BAKAT
“
Saya memohon semua ahli BAKAT Laut agar dapat bersama saya menjayakan agenda untuk menjadikan ia sebuah organisasi yang inklusif.
“
KESINAMBUNGAN BERPAKSIKAN KEBAJIKAN Oleh: Lt Kdr Melissa Yayanto TLDM
W
arga angkatan tentera seringkali terpaksa berjauhan dari keluarga kerana menjalankan tugas dan operasi di perbatasan. Keadaan ini memerlukan para isteri berdikari dalam menguruskan rumahtangga dan anakanak. Bagi membantu mereka ini, Kelab Keluarga telah ditubuhkan sejak dari zaman pemerintahan kolonial lagi. Ia kemudiannya disusun semula pada 1976 dan dinamakan Persatuan Isteri-isteri Tentera Laut (PERISTILA). Kini ia dikenali sebagai Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Laut (BAKAT Laut), dengan coganKata ‘Bersama Berbakti’. Ikuti temu bual Majalah Samudera (MS) bersama Datin Maslina binti Ismail (DM) berkenaan peranan dan cabaran BAKAT Laut masa kini serta gagasan beliau sebagai pengerusinya. MS: Boleh Datin kongsikan fungsi dan peranan BAKAT 30 | SAMUDERA
Laut dengan para pembaca Majalah Samudera? DM: BAKAT Laut adalah sebuah organisasi kebajikan yang dianggotai secara automatik oleh semua isteri warga TLDM. Ia bertujuan membantu serta membimbing mereka dalam pelbagai aspek kehidupan sebagai isteri anggota tentera. Sesuai dengan cogan kata ‘Bersama Berbakti’, BAKAT itu sendiri bermatlamat menjaga kebajikan keluarga warga tentera di samping mengeratkan hubungan ahlinya melalui pelbagai program yang dijalankan. MS: Selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Laut sejak 30 November 2018, apakah perancangan Datin? DM: Sebagai Ibu BAKAT, saya berhasrat meneruskan kesinambungan kepimpinan terdahulu yang menekankan aspek kebajikan. Program Sumbangan Samudera Kasih yang telah diperkenalkan
sejak dulu akan dioptimumkan agar kesemua warga the Navy People dan keluarga mendapat manfaat sepenuhnya daripada bantuan ini. Saya juga telah menggariskan beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada keharmonian dan merapatkan ukhuwah sesama ahli BAKAT Laut. Selain itu, saya juga mahu terus memberi penekanan yang tinggi dalam aspek kebajikan isteri dan keluarga tentera laut termasuklah anak-anak. Program dan aktiviti yang dijalankan antaranya akan membantu meringankan beban para suami dalam menambah pendapatan isi rumah serta pendidikan anak-anak melalui bantuan khidmat tutor yang akan dimulakan tahun ini. MS: Apakah penekanan Datin untuk tahun ini? DM: Seperti yang saya jelaskan tadi, hasrat saya bagi 2019 ini lebih tertumpu kepada perihal kebajikan keluarga tentera laut. Di kesempatan ini juga, saya