Majalah Samudera Edisi 1/2019

Page 28

UNSUNG HERO

SUNGAI PANDAN:

UJI KECEKAPAN PASUKAN SELAM TLDM Oleh: Lt Kdr Norma Hanim binti Pandak Mahashim TLDM

Satu tragedi ngeri telah berlaku di Sungai Pandan, Bintulu pada tengah malam Isnin 23 April 2018 sebuah tongkang yang membawa muatan empat buah lori dipenuhi buah kelapa sawit telah terbalik dan mengorbankan Mohd Dzulhiqmi Delphen, 23 tahun. Mayat mangsa telah terperangkap di dalam sebuah lori yang turut tenggelam dalam insiden itu. Usaha mengeluarkan mayat mangsa yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pasukan Gerakan Marin menemui jalan buntu setelah empat hari bertungkus lumus dalam operasi tersebut. Hal ini disebabkan arus sungai yang deras dan terdapat banyak kayu balak yang hanyut. Kehadiran buaya di sungai ini turut menyukarkan pelaksanaan operasi. Malah sungai itu juga merupakan laluan utama kapal tongkang. Lantas usaha ini dipanjangkan ke Pasukan Selam TLDM Kota Kinabalu. Misi telah diketuai oleh Lt Kdr Rusminizam Ismail TLDM dengan dibantu seramai empat orang anggota penyelam TLDM. Dua anggota dari pasukan selam telah menyelam ke dasar sungai dengan menggunakan tali keselamatan. Tali keselamatan diikat di badan penyelam berfungsi sebagai alat telekomunikasi antara anggota yang menyelam di dalam air dengan penyelia selam yang berada di atas bot. Kedua-dua penyelam juga turut diikat dengan menggunakan buddy arm band sebagai alat komunikasi antara mereka berdua. 28 | SAMUDERA

Keadaan arus sungai yang keruh telah menyukarkan penglihatan penyelam. Mereka seolah-olah menyelam di waktu malam walaupun ketika itu matahari masih bersinar. Oleh yang demikian, kaedah ship bottom search dilaksanakan di mana ianya biasa dilakukan untuk selaman di waktu malam. Pasukan telah berjaya mengesan mayat pada jam 3 petang 26 April 2018, iaitu setelah hampir sejam usaha pencarian dilakukan. Tugasan sebegini amat mencabar namun ianya bukanlah penghalang untuk mereka melunaskan kewajipan kepada masyarakat.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.