Edisi 16

Page 1

RM2.50

www.transisi.com.m

y

31.12. 2010 - 13 JAN 2011

Impian and a akan menjadi kenyataan

31 DIS 2010

- 13 JAN 2011/

Antarabangsa

Edisi Ke -16 Disember/Januari 25 Muharam - 09 Safar 1432H

Oleh Siti Maizatul

P

Akmar Ismail

25 Muharam

iktiraf Permata

ERMATA Insan mele- Quran takkan dan Sunnah keduduka nPermata Insan-USI daripada nya di tahap M memikat apabila kerjasama tersendiri hati dua universiti Arab Saudi, Universiti Sains nya antara Universiti Al Mawhibba Islam Malayh King sia (USIM) mendapat Abdul Aziz Riyadh pengik- siti dan Univertirafan peringkat Al Tayyibah antaraban gMadinah yang sa. bersetuju memetera i perjanjian Hasil usaha kerjasama di meningkatkan Riyadh, 10 Janukurikulum dalam ari ini. bidang AlUsahasama dimeterai itu

ROSMAH DARI KANAN... Hj Abdul Rahim, Prof Madya Dr Amy Azhar, Prof Dr Kamal Ab Hamid, Prof Dr Ahmad Faiz. Mustafa, Madya Dr Suhaidi Hassan, Hj Abd Datuk Seri Shahidan, Wahab Awang dan Datuk

BILANGAN: 16/2010

Lihat muka 20

- 09 Safar 1432H

Insan-USIM

bertujuan meningkat kan kualiti program kendalian Permata dan mewujudkan ramai Insan-USIM golountuk melahirkan ngan ulama mengikut landasan lebih ramai cendekiaw betul. an Islam negara ini. “Usaha ini amat murni kerana Penaung Permata ia lebih kepada melahirkan ramai Insan, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor cendekiawan Islam negara mengharapkan ini program kenda- dan mampu mewujudka n ramai lian badan itu ilmuwan Islam bersama USIM agung berterasdapat melahirkan insan bertakwa kan Al-Quran dan Sunnah,” katanya.

xpresi

31 DIS 2010 - 13 JAN 2011 / 25 Muharam - 09 Safar 1432H www.transisi.com.m y

PROFIL

MIOR ATIQU RRAHMAN AL-SHAFIQ ISHAK

Tarikh

Lahir: 29 Mac 1986 Asal: Kepong Umur: 24 Hobi: Bermain futsal Pendidikan: Maahad Tahfiz Qiraat, Addin, Nawar, Perak Malim Kerjaya: - Imam Masjid Faidzin, Taman - Guru KAFA Integrasi Darul Ehsan Muhajirin Taman Selasih 2, Gombak

31

ALPHA

Oleh Mohd Azhan Jurufoto NooratikaOthman h Ab Rahim

NIVERSITI Utara Malaysi a (UUM) meranc perkenalkan ang memAnuger mengiktiraf kejayaa ah Pencapaian Alumni sebagai n bekas pelajar tahun depan. UUM menjela ng Anugerah khas yang julung umumkan Naib kali diperke nalkan itu diCanselor (NC) (UUM), Prof Universiti Utara Dr Mohamed Malaysia Mustafa Ishak bersama NC pada UUM di Bukit Kemuni anjuran Persatuan Alumni Majlis Hi Tea UUM (PAUUM ng Club Golf Resort pada ) 25 Disember lalu.

>> Muka 21

18

TEMU BUAL UUM sasar RU 2013

Kaedah terba ru PPUKM

22 & 23

25

UPM B juara pesta hoki

Imam Muda

Pulapol lahir anggota modal insan

16 & 29

Ahmadineja d paling berpen garuh

30

Papago! H560 0 lebih tipis, jelas

GAU

Air kehidupan

Masakan unik Rasa Nyony a

14

UUM U perkenal Anugerah A lumni

TM

Oleh Rudysha m Abd Raof Foto Nooratika h Ab Rahim

S

ELAKU imam Tidak hairanl banyak cabaran muda, an, dan Muda dugaan yang Masjid Faidzin Imam Muda di salah sebuah perlu dilaTaman terbesa lui, terutama masjid Ehsan, Kepong dalam membe r di Kepong , Selangor, , banyak n- Mior Atiqurr tuk generasi cabaran dilalui muda mendek ahman Al-Syaf sepanja ati masjid. Malah, iq setahun falsafah hidup Ishak, 24, sentiasa peka setengah menjawng seperti dengan keadaa at ‘menarik n persekitaran, jawatan ini. Banyak rambut terutam dalam tepung’ ragam remaja yang a ketika mendek sudah sebati kita perlu lalui dalam diri supaya ati golongan remaja supaya sepanjang hari yang dibawa mampu ajaran yang mendekati dilihat masjid sebaga begitu membimbangka diikuti golongan berkena n,” karumah kedua i tanya. an. mereka. “Sebenarnya sebagai Imam

>> Muka 15

Akhbar Nasional Dwimingguan

www.transisi.com.my

Sumpahan P 13 Mei Prof Shamsul Amri : Keganasan tidak selesai masalah

ERGADUHAN kaum tidak akan berulang lagi di Malaysia walaupun wujud ketegangan kaum kerana rakyat sudah sedar

Stokis/Pengedar yang berminat hubungi

03 41025786/ 019 6070198 Http//:www.alphagau.com

IKON Oleh Razali Yahaya, Rudysham Ab Raof dan Muhammad Amsyari Ismail

‘sumpahan 13 Mei 1969’ ialah peristiwa ngeri dan keganasan seumpama itu tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Saya suka gaya Iniesta

03 GAYA

>> Muka 2

12/33

David Teo optimis

BICARA

07 SHAMSUL AMRI

LAI MENG

MOHD KAMAL

Tuah tiga Profesor

L

ANGKAH Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengiktiraf golongan cendekiawan seperti profesor dilihat satu usaha positif ke

arah memartabatkan kecemerlangan ilmu dalam kalangan masyarakat kita. Mereka yang bertuah menjadi penerima pertama gelaran Profesor Ulung itu

LTdL mampu jana pendapatan

AGAMA

ialah Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Prof Dr Looi Lai Meng dan Tan Sri Prof Dr Mohd Kamal Hassan. >> Muka 4 & 5

37

Toleransi dalam Islam


2

Dengan keamanan terdapatlah kebahagian dan kemakmuran, dan bertambahlah kekayaan negara - Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

ISU

Transisi

30 DIS 2010 - 13 JAN 2011

Belajar terima perbezaan >> Dari Muka 1

P

ENGARAH Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin berkata, sejauh ini percanggahan antara satu sama lain memang berlaku, namun rakyat Malaysia kini sudah semakin matang dan tahu keganasan bukan jalan terbaik penyelesaian masalah. “Oleh itu, rusuhan kaum sebagaimana yang berlaku pada 13 Mei 1969 tidak mungkin berulang lagi di negara ini”, katanya yang banyak terbabit dengan pengkajian etnik di negara ini. Shamsul Amri adalah antara tiga penerima anugerah Profesor Ulung bersama Tan Sri Dr Kamal Hassan dan Prof Dr Looi Lai Meng seperti diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barubaru ini. Penerima anugerah itu diberi elaun tambahan RM10,000, selain gaji bulanan gred tertinggi turus dan geran penyelidikan. Profesor Ulung adalah ikon dan sarjana yang boleh dicontohi dan boleh dianggap milik negara kerana sumbangan mereka selepas ini sewajarnya merentasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang mereka wakili. Selain Shamsul Amri sebagai Pengarah KITA UKM, Prof Kamal pula pernah menjadi Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari 1999 hingga 2006. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama UIAM, manakala Lai Meng adalah Profesor Kanan Patologi di Universiti Malaya (UM). Shamsul Amri melahirkan keyakinan itu dalam ucaptamanya bertajuk ‘Daripada Konflik kepada Kesepaduan: Memberi Erti kepada Pluralism dan Mengurus Kepelbagaian di Malaysia’ pada Persidangan Antarabangsa mengenai ‘Memikirkan Semula Realiti, Mengimbas Kembali Pluralisme: Masa depan Pluralisme untuk Masyarakat Demokratik’ yang berlangsung di Puri Pujangga UKM Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Persidangan dua hari itu, yang menarik minat ramai peserta dan penceramah antarabangsa, bertujuan menilai realiti Pluralism yang wujud hari ini di banyak daerah dan transformasinya dalam masyarakat yang berubah. Persidangan itu dianjurkan oleh KITA, CSR & Philanthropy dan Transdiscilpinary Action Group (CPTAG), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti LINKÖPING, Sweden. Beliau berkata, dalam sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia sudah pasti wujud perbezaan dan perbalahan, tetapi apa yang lebih penting rakyat berfikiran waras untuk tidak menjadikan keadaan yang tegang itu bertukar menjadi pergaduhan dan keganasan.

Rusuhan “Ketegangan kaum memang wujud kerana penduduk Malaysia memang suka bertikam lidah tetapi tidaklah sehingga menghunus parang. Oleh itu, kepelbagaian kaum itu dapat diuruskan dengan kebolehan kita untuk menerima kewujudan perbezaan dan betapa kita sedia berkompromi”, katanya. Beliau menekankan ada sebab positif yang wujud di Malaysia, tetapi ia sukar dijelaskan berbanding anggapan negatif terhadap persoalan ‘mengapa kita menjadi sebuah negara yang aman damai? “Sudah pasti ada sebab mengapa kita dapat wujud berterusan hingga hari ini,” katanya. Sejak rusuhan kaum pada 1969 tidak ada lagi sebarang pertelingkahan seumpama itu hingga membolehkan rakyat Malaysia menikmati perdamaian berkekalan yang dikategorikan sebagai satu ‘ketegangan mantap’. Sejak pelbagai Rancangan Lima Tahun Malaysia dilaksanakan mulai 1971, Malaysia sentiasa mimpikan ‘Perpaduan dan Persamaan’. Prof Shamsul Amri berkata, perpaduan rakyat negara ini bukan persamaan kerana masing-

Ketua Pengarang Zian Johari Pengarang Eksekutif Razali Yahaya

masing ada identiti etnik sendiri. “Jadi, kita tidak boleh jadi sama. Bagaimanapun, kita tetap bersatu padu berdasarkan hakikat kita sudah belajar menerima perbezaan dengan cara yang aman,” katanya. Beliau berkata, masyarakat Malaysia sudah mengamalkan istilah ‘meminjam budaya’, di mana kita meminjam serba sedikit budaya masing-masing seperti makanan dan gaya masakan kita, pakaian dan cara kita berpakaian. “Amalan pinjam meminjam budaya ini tidak ada arahan atau sebarang formula, tetapi digerakkan oleh masyarakat kita sendiri yang kita boleh berbangga”, katanya. Beliau juga menekankan Kerajaan yakin bahasa adalah ‘akar budaya’ dan budaya kita adalah identiti kita. “Kita berikan penghormatan kepada pelbagai bangsa dengan membenarkan sekolah mengikut bangsa dibuka dengan setiap bangsa utama dan yang kecil mempunyai sekolah sendiri dan mengajar dalam bahasa ibunda mereka. “Di mata dunia, Malaysia dilihat sebagai contoh keharmonian etnik. Ciri sebenar perpaduan yang unik melalui kepelbagaian ini seharusnya diperjelaskan dan dibentangkan u n t u k memah a m i sepenuhnya pluralisme (kemajmukan) di Malaysia”, katanya.

Dalam sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia sudah pasti wujud perbezaan dan perbalahan, tetapi apa yang lebih penting rakyat berfikiran waras untuk tidak menjadikan keadaan yang tegang itu bertukar menjadi pergaduhan dan keganasan.

SHAMSUL AMRI

Penulis Eksekutif Muhammad Amsyari Ismail Rudysham Abdul Raof

Pereka Kreatif Kanan Sarina Hj Ali

Pengurus Kanan Iklan dan Promosi Fuzilah Hassan

Pereka Kreatif Noor Dina Daud

Pengurus Pengedaran Khairi Ng Abdullah

Penyunting Eksekutif Mohd Azhan Othman

Jurufoto Nooratikah Ab Rahim

Pengurus Iklan Azleen Abu Bakar

Diterbitkan oleh UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) 06010 Sintok Kedah Darul Aman. Dicetak oleh ULTIMATE PRINTS SDN BHD (62208H), Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Alamat Pejabat: 5-4, Tingkat 4, Jalan 15/48A, Sentul Boulevard, 51000 Kuala Lumpur . Tel: 03 4043 0646 / 0672 Faks: 03 4043 0401 E-mel: transisi.mail@gmail.com.my Laman web: www.transisi.com.my


12

Transisi

30 DIS 2010 - 13 JAN 2011

David Teo optimis

Oleh Muhammad Amsyari Ismail Jurufoto Nooratikah Ab Rahim

D

AVID Teo, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri filem tempatan. Setiap filem terbitan syarikatnya, Metrowealth pasti mencecah kutipan pecah panggung seperti Jangan Pandang Belakang, Adnan Sempit dan Ngangkung. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, anak kelahiran Segamat, Johor ini sebenarnya tidak pernah meminati bidang hiburan. Sebelum mula menjadi penerbit filem pada 2000, David hanya akan membelek ruangan ekonomi, politik dan berita jika membaca akhbar dan jauh sekali mahu menyelak ruangan hiburan dan filem. “Dulu saya hanya seorang jurujual langsung. Tidak pernah terfikir menceburi bidang hiburan hingga ada orang cadangkan saya mencuba kerana katanya, bidang hiburan sangat menguntungkan. “Saya pula orang yang pantang dengar perkataan untung. Dari situ, saya terfikir kenapa saya tidak boleh ikut cadangan kawan saya itu. Bagaimanapun, tiga filem pertama yang saya hasilkan hanya buatkan saya rugi RM3.6 juta! “Tetapi, saya pantang kalau perniagaan asyik rugi saja. Cukuplah tiga kali dan saya tekad tidak mahu rugi lagi. Seterusnya saya hanya ingin berjaya dan untung, berjaya dan untung,” katanya. Bagi David, apa yang penting ialah apa saja perkara dilakukan mestilah daripada rezeki halal. “Jika dulu saya mencari kuantiti, kini saya tumpu kepada kualiti sesuatu penerbitan itu. Selepas lebih 10 tahun dalam bidang ini, sekarang saya mahu mencari kejayaan dalam melahirkan pelapispelapis pula,” katanya ketika ditemui di Wisma Metrowealth di Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan, baru-baru ini. Bangunan lapan tingkat yang baru dibelinya itu adalah bukti kejayaan David

selama sedekad dalam dunia hiburan. Namun, dia sama sekali tidak pernah puas atau meninggi diri dengan kejayaannya itu. Bagi David, melalui Metrowealth, dia kini memberi tumpuan kepada usaha membangunkan modal insan yang dimulakan dengan penubuhan Skim 10 Pengarah. Ini bagi memastikan impiannya bergelar penerbit contoh menjadi kenyataan. Melalui MIG Talent, David berjaya mengetengahkan pelakon-pelakon berbakat seperti Maya Karin, Dynas, Irma Hasmie, Intan Ladyana, Piere Andre, Puteri Mardiana, Shahiezy Sam dan Yana di pentas hiburan arus perdana. Justeru, tiada alasan untuk dia tidak menggilap bakatbakat muda agar golongan pelapis itu mampu memberi nafas dan sentuhan baru dalam persada filem tempatan.

Modal insan

Puteri Mardiana dan Yana. Kami beri tunjuk ajar dan peluang kepada mereka untuk tunjukkan bakat dan potensi diri. Kita tidak mahu muka sama saja mewarnai dunia filem kita. “Ketiga, kami juga beri peluang kepada penulis skrip baru untuk mencorak dan menggarap idea kreatif dalam penulisan skrip mereka. Kami akan bantu dan beri tunjuk ajar hingga berjaya kepada mereka yang baru keluar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) atau mereka yang tiada pengalaman. “Modal insan keempat, krew produksi. Ini semua dibangunkan serentak untuk menghasilkan sesuatu filem. Buat anak-anak muda, kami akan beri motivasi untuk mereka sama-sama berada dalam program pembangunan yang kami lakukan. Di sini, kami semua bekerja dalam satu pasukan,” kata, penuh semangat.

“Saya mahu menjadi ikon dan perintis kepada barisan pelapis. Jika orang lain tidak berani ambil risiko, saya berani berdepan risiko. Sebab itu, saya boleh bertahan sampai sekarang. “Modal insan kedua ialah saya mahu beri peluang kepada muka baru tidak ternama agar berpeluang menjadi aktor dan aktres popular seperti Lisa Surihani dan Farid Kamil. Kami tidak pandang paras rupa sebagai syarat menjadi bintang. Status bintang itu boleh dicipta dan kami s u d a h buktikan seperti

DAVID TEO

GA


AYA

33

30 DIS 2010 - 13 JAN 2011 Transisi

Tidak lupa kongsi rezeki

"Jangan sesekali kita lupa Tuhan untuk berjaya. Jangan jemu berdoa dan buat kebaikan kerana nescaya, Tuhan akan membalasnya" www.metrowealthpictures.com

Farisha Fatin

SELAIN keberanian mengambil risiko, David juga terkenal dengan sikap merendah diri dan peranannya sebagai majikan yang tidak pernah lupa menghargai ‘pasukannya’ setiap kali filem-filemnya ‘meletup’. “Itu tangggungjawab saya dalam membangunkan modal insan. Kita kena jujur dan ikhlas dalam setiap kerja dilakukan. Ini satu ‘teamwork’. Jadi, istilah kongsi rezeki apabila ada filem dapat untung, kita kongsilah sama-sama. Tidak boleh makan sendiri. Konsep ini dapat menyemarakkan semangat bekerja pekerja dan krew produksi agar dapat terus berkarya dengan hasil berkualiti,” katanya lagi. Ketika ditanya mengenai perancangannya, David menyifatkan perkembangan industri hiburan dan filem Malaysia kini semakin meningkat yang mana penerbitan filem sudah menjadi satu industri.

Ikhlas

Emel : movies@metrowealth.com.my

“Jika sebelum ini saya mensasarkan menerbitkan 100 filem menjelang 2015, tetapi kini mulai 2011, saya mengimpikan 100 filem sebelum 2013. Di Metrowealth, kami tidak akan berhenti selagi mampu. Itu konsep untuk berjaya dan buatkan kejayaan itu boleh kekal lama. “Saya tidak pernah impikan dapat anugerah dalam setiap kerja dilakukan. Erti berjaya itu tidak cukup dengan anugerah. Tetapi, keuntunganlah paling utama dalam melakukan sesuatu perniagaan,” katanya. Sebelum menutup perbualan kami, David berpesan kepada generasi muda agar jangan sesekali mengganggap diri sebagai bos ketika berada di puncak karier. Sebaliknya, bos juga perlu turun ke bawah untuk belajar selok-belok sesuatu pekerjaan untuk lebih berjaya. “Untuk berada di puncak mudah, tetapi untuk kekal di puncak lebih susah. Saya tidak pernah rasa diri saya besar. Saya sentiasa akan mendengar pandangan orang baru dan muda bagi meningkatkan keupayaan diri,” katanya. Menurutnya, generasi seka-

Bangunan baru Metrowealth di Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan. rang terlalu cepat ingin jadi kaya dan enggan mengharungi dugaan dan kepayahan, sedangkan bagi dirinya, setiap kejayaan bermula daripada keikhlasan dan kejujuran yang mana sikap positif dapat membantu seseorang itu untuk berjaya seperti mengenggam bara api, biarlah sampai jadi arang.

“Saya pernah jatuh dalam perniagaan ini apabila wang dihabiskan orang tidak bertanggungjawab. “Tetapi, itu semua mematangkan dan mengajar saya erti bangun semula dan menjadi saya seperti hari ini. “Jangan sesekali kita lupa Tuhan untuk berjaya. Jangan jemu

berdoa dan buat kebaikan kerana nescaya, Tuhan akan membalasnya. Seseorang itu harus rajin berusaha untuk jadi jutawan. Jutawan bukan dilahirkan dengan emas dan wang ringgit depan mata. Tanpa usaha, sesiapapun tidak akan berjaya,” katanya menutup perbualan kami.


KAMPUS

31 DIS 2010 - 13 JAN 2011 Transisi

Majlis rai 100 terbaik

21

Ekuestrian kokurikulum UTM

P

SATU ALUMNI... NC dan barisan exco PAUUM bergambar bersama bekas pelajar UUM.

>> Dari Muka 17 ANUGERAH khas yang julung kali diperkenalkan itu diumumkan oleh Naib Canselor (NC) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak pada Majlis Hi Tea bersama NC UUM anjuran Persatuan Alumni UUM (PAUUM) di Bukit Kemuning Club Golf Resort pada 25 Disember lalu. Beliau berkata, anugerah tersebut bakal menghimpunkan 100 alumni terbaik dalam satu majlis makan malam khas secara besar-besaran dengan hasrat ia dapat membuka mata banyak pihak untuk mengenali siapa bekas pelajar UUM. “Kita sudah ada 80,000 alumni. Tidak mungkin kita gagal menghimpunkan 100 bekas pelajar yang sudah berjaya dalam pelbagai bidang untuk diberikan pengiktirafan,” katanya. Kira-kira 70 bekas pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM)

menghadiri majlis alumni petang itu yang turut dihadiri Presiden PAUUM, Datuk Seri Dr Shahidan Kasim, Timbalan Presidennya, Prof Madya Dr Mohd Amy Azhar Hj Mohd Harif dan barisan exco lain. Terdahulu, satu sesi pertandingan golf diadakan pada pagi tersebut di tempat sama sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PAUUM 2010 dimulakan pada jam 2 petang untuk membincangkan beberapa perkara berbangkit seperti pelantikan pengerusi mesyuarat, laporan aktiviti dan kewangan serta memorandum pelaksanaan.

Sukarela Dr Mustafa dalam ucapannya kepada alumni UUM menyifatkan penubuhan sesebuah persatuan alumni amat bergantung kepada semangat kesukarelaan dalam kalangan bekas pelajarnya kera-

Senarai Eksekutif PAUUM 2009/2011 Presiden: Datuk Seri Shahidan Kassim Timbalan Presiden: Prof Madya Dr Mohd Amy Azhar Hj Mohd Harif Naib Presiden: Hj Abu Bakar Mat Safar, Hjh Rashidah Hj Rodzi Setiausaha Agung: Muhammad Iskandar Zulkarnain Muhammad Suhaimi Pen Setiausaha Agung: Rusli Ahmad Bendahari Agung: Shukri Md Saad Ahli Majlis Eksekutif Biro Akademi: Hj Abd Wahab Awang, Zulkiflli Omar Biro Keahlian: Subri Hasim, Baharudin Yaacob Biro Pendidikan: Mohd Shuib Abu Bakar, Dr Hijattulah Abdul Jabar Biro Perhubungan Chapter & Perhubungan Antarabangsa: Abdul Razak Rahmat, Prof Madya Dr Oemar Hamdan, Hj Mohd Djuhri Biro Teknologi Media: Adi Affandi Ahmad Biro Promosi: Suraya Deraman Biro Kebajikan: Siti Norliza Jumali Biro Rekreasi: Ku Mohd Fauzi Ku Yaacob

na masing-masing sudah ada haluan dan tanggungjawab sendiri. “Saya ucapkan tahniah kepada mereka yang begitu komited dengan persatuan alumni. Ini menunjukkan betapa kuatnya ikatan, nostalgia dan rasa kebersamaan anda semua,” katanya. Baginya, kedudukan sesebuah universiti ada kaitan rapat dengan alumni kerana bekas pelajar yang berjaya dalam karier akan membantu menaikkan nama pusat pengajian mereka. “Seseorang pelajar itu tidak perlu pun memberi sumbangan balik kepada universiti. Cukuplah universiti menumpang nama atas kejayaan mereka. “Saya percaya alumni juga akan dapat tumpang seronok jika universiti mencapai apa jua kejayaan,” katanya. Justeru, Dr Mustafa menyatakan beliau kini sudah mengarahkan kolej-kolej UUM mewujudkan kawasan peringatan, juga lebih dikenali sebagai walk of fame atau wall of fame untuk melakar nama alumni yang mencipta kejayaan cemerlang mengikut bidang pengajian masing-masing. Selain semangat kesukarelaan, beliau berkata, dana juga memainkan peranan penting dalam menguatkan sesebuah persatuan alumni. Dr Mustafa kemudian menyuarakan keinginannya untuk melihat berdiri sebuah menara alumni UUM yang melambangkan kejayaan universiti yang ditubuhkan sejak 1984 itu. “Bangunan (menara alumni) itu akan menjadi mercu tanda

pencapaian alumni UUM yang mana di dalamnya kita boleh wujudkan pelbagai bisnes seperti kopitiam, kafe, pusat snuker, kelab dan gimnasium bagi memudahkan ahli alumni berkumpul,” katanya. Baginya, alumni yang kuat dan mencipta nama akan memberi impak kepada kejayaan sesebuah universiti selain menjadi salah satu faktor yang menentukan ranking institut pengajian tinggi tersebut. Alumni UUM, Agus Salim Yusof, 40, yang kini menjawat jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Brunei, mengakui berasa amat teruja kerana berkesempatan menghadiri majlis alumni UUM. “Karier saya banyak dihabiskan di luar negeri. Jadi, saya tak berapa ikut perkembangan alumni UUM. Sebenarnya saya berminat mahu jadi ahli alumni yang setia, cuma tidak berpeluang,” katanya. Menurutnya, kali terakhir dia menyertai majlis alumni UUM ialah 10 tahun lalu yang ketika itu diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara. “Tahun lalu pula saya bercadang mahu hadir Konsert Diraja Jubli Perak anjuran UUM. Namun, kebetulan ada rombongan kenamaan Malaysia datang ke Brunei dan saya terpaksa batalkan rancangan itu,” katanya yang merupakan alumni UUM 1993. Agus yakin alumni UUM mampu bergerak dan menjadi persatuan kuat hasil kerjasama bekasbekas pelajarnya.

ELAJAR Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang ingin menambah pengetahuan serta minat dalam sukan berkuda boleh memilih kokurikulum ekuestrian. Pengarah Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum UTM, Mejar Prof Madya Dr Ahmad Ariffian Bujang berkata, bagi subjek kokurikulum ekuestrian, pelajar akan diajar oleh tenaga profesional berkaitan kemahiran mengurus dan menjaga kuda. “Bermula pelajaran asas berkaitan penjagaan dan pengurusan kuda hingga kepada cara menunggang haiwan itu akan diajar kepada pelajar berkenaan. “Pada permulaan, mereka mungkin rasa kekok tetapi bila sudah serasi bersama

Bermula pelajaran asas berkaitan penjagaan dan pengurusan kuda hingga kepada cara menunggang haiwan itu akan diajar kepada pelajar berkenaan

kuda berkenaan, ia mudah memberi kerjasama. Kokurikulum ekuestrian ini sama seperti yang lain, cuma memerlukan disiplin dan minat yang mendalam”, katanya. Beliau berkata, selain mengenali habitat kuda, pelajar juga boleh menggunakan kelebihan itu untuk masa depan kerana mereka yang mengikuti kursus berkenaan akan dianugerahkan sijil peringkat ‘O’ level oleh Majlis Ekuin Malaysia. Ahmad Ariffian berkata, menerusi pengiktirafan itu mereka boleh menggunakan pengalaman dan kemahiran itu untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ekuin di Australia atau menjadi tenaga kerja di kelab ekuestrian yang semakin bercambah di negara ini.


x

presi

31 DIS 2010 - 13 JAN 2011 Transisi

15

Ajak anak muda dekati masjid

Mior mengucup tangan bapanya, Ishak.

>> Dari Muka 13 “NAMUN, saya tidak mudah mengalah dan akan terus berusaha membawa seramai mungkin remaja berjemaah di masjid. Saya mahu mereka jadikan masjid sebagai rumah kedua dan usaha ini seperti menarik rambut dalam tepung kerana jika salah teguran sudah pasti mereka bawa diri. “Saya juga masih muda dan belum berumah tangga, saya memahami remaja kerana saya juga remaja. Tetapi, sebagai imam di masjid ini, saya perlu tahu batas susila seorang remaja. Jadi, perlakuan sosial remaja masa kini tidak menjadi halangan bagi saya jika ia dilakukan cara betul. “Sebagai seorang yang patuh pada ajaran Islam, kita perlu bersihkan diri kita dulu sebelum tegur orang lain. “Begitu juga saya, jawatan Imam Muda ini tidak membuatkan saya riak dan jika boleh mahu semua remaja di tempat saya mencintai masjid seperti mana mereka sayang pada diri sendiri,” katanya kepada Transisi ketika ditemui di pekarangan Masjid Faidzin Taman Ehsan, baru-baru ini. Anak kepada Ketua Penga-

rang Eksekutif Melaka Hari Ini, Ishak Dalib, 52, tidak pernah terfikir mahu menjadi imam kerana pada awal pekerjaannya, dia ialah pegawai tadbir yang bertugas di Bank Negara Malaysia (BNM). Bagaimanapun, selepas setahun membabitkan diri dalam dunia kewangan, Mior terpanggil untuk menghadiri temu duga sebagai imam muda masjid itu yang dikelolakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan tidak menyangka pembelajarannya selama lima tahun di Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin, Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak itu membuahkan hasil. “Saya begitu teruja ketika itu dan berada dalam dunia baru. Namun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan sentiasa berdoa saya diteguhkan imam ketika mengimamkan makmum kawasan saya. Bagi saya inilah pekerjaan paling mulia di sisi Allah. “Sebagai hamba-Nya, sudah pasti saya akan beri yang terbaik supaya masyarakat sekitar kawasan saya menjadi hamba yang baik dan taat pada suruhan Allah. Saya juga sering berdoa

LUCU... Mior tiada masalah untuk beraksi lucu seperti remaja lain.

Ishak mendukung anak angkat Mior, Nuril Emelda Fenira. supaya dipanjangkan umur untuk pastikan lebih ramai remaja dan masyarakat mendekati masjid sebagai bekalan di akhirat,” katanya.

Cita-cita Selain menjadi imam, anak sulung daripada enam beradik ini turut dilantik sebagai tenaga pengajar Kelas Fardu Ain (KAFA) di masjid terbabit dan bercita-cita menjadi Imam Utama di Masjid Negara suatu hari kelak. “Buat masa ini tidak pernah terlintas meninggalkan kerja sebagai Imam. Malah, saya inginkan cabaran lebih besar iaitu menjadi Imam Utama di Masjid

Negara. Namun, masih banyak perlu saya pelajari untuk mendalami ilmu agama. “Saya berterima kasih kepada Imam Utama masjid ini iaitu Ayub Zambri dan Abdul Hamid Ahmad yang banyak beri tunjuk ajar kepada saya untuk beri yang terbaik setiap kali bertugas di masjid ini. “Meskipun masjid tidaklah sebesar masjid utama lain, tetapi ia cukup istimewa buat saya,” katanya. Ditanya mengenai ramai golongan berpendidikan agama lebih cenderung kepada parti politik pembangkang negara ini, Mior, yang begitu meminati sukan futsal, berkata, ia terpulang kepada individu itu sendiri kerana

tanpa agama ia tidak cukup untuk berpolitik. “Agama amat perlu apabila berpolitik, tetapi acuannya perlu digunakan sebaik mungkin. Ia pilihan individu itu sendiri dan saya tidak akan berkecimpung dalam parti politik negara kerana tumpuan utama ialah membentuk insan bersih di sisi Allah. “Saya mahu, remaja dan masyarakat dekatkan diri dengan Al-Quran kerana hanya itu saja boleh membantu kita meneruskan hidup sempurna dan sudah semestinya menjadi bekalan utama kita di akhirat kelak,” katanya.

Saya mahu, remaja dan masyarakat dekatkan diri dengan Al-Quran kerana hanya itu saja boleh membantu kita meneruskan hidup sempurna”


x

presi

31 DIS 2010 - 13 JAN 2011 Transisi

15

Ajak anak muda dekati masjid

Mior mengucup tangan bapanya, Ishak.

>> Dari Muka 13 “NAMUN, saya tidak mudah mengalah dan akan terus berusaha membawa seramai mungkin remaja berjemaah di masjid. Saya mahu mereka jadikan masjid sebagai rumah kedua dan usaha ini seperti menarik rambut dalam tepung kerana jika salah teguran sudah pasti mereka bawa diri. “Saya juga masih muda dan belum berumah tangga, saya memahami remaja kerana saya juga remaja. Tetapi, sebagai imam di masjid ini, saya perlu tahu batas susila seorang remaja. Jadi, perlakuan sosial remaja masa kini tidak menjadi halangan bagi saya jika ia dilakukan cara betul. “Sebagai seorang yang patuh pada ajaran Islam, kita perlu bersihkan diri kita dulu sebelum tegur orang lain. “Begitu juga saya, jawatan Imam Muda ini tidak membuatkan saya riak dan jika boleh mahu semua remaja di tempat saya mencintai masjid seperti mana mereka sayang pada diri sendiri,” katanya kepada Transisi ketika ditemui di pekarangan Masjid Faidzin Taman Ehsan, baru-baru ini. Anak kepada Ketua Penga-

rang Eksekutif Melaka Hari Ini, Ishak Dalib, 52, tidak pernah terfikir mahu menjadi imam kerana pada awal pekerjaannya, dia ialah pegawai tadbir yang bertugas di Bank Negara Malaysia (BNM). Bagaimanapun, selepas setahun membabitkan diri dalam dunia kewangan, Mior terpanggil untuk menghadiri temu duga sebagai imam muda masjid itu yang dikelolakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan tidak menyangka pembelajarannya selama lima tahun di Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin, Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak itu membuahkan hasil. “Saya begitu teruja ketika itu dan berada dalam dunia baru. Namun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan sentiasa berdoa saya diteguhkan imam ketika mengimamkan makmum kawasan saya. Bagi saya inilah pekerjaan paling mulia di sisi Allah. “Sebagai hamba-Nya, sudah pasti saya akan beri yang terbaik supaya masyarakat sekitar kawasan saya menjadi hamba yang baik dan taat pada suruhan Allah. Saya juga sering berdoa

LUCU... Mior tiada masalah untuk beraksi lucu seperti remaja lain.

Ishak mendukung anak angkat Mior, Nuril Emelda Fenira. supaya dipanjangkan umur untuk pastikan lebih ramai remaja dan masyarakat mendekati masjid sebagai bekalan di akhirat,” katanya.

Cita-cita Selain menjadi imam, anak sulung daripada enam beradik ini turut dilantik sebagai tenaga pengajar Kelas Fardu Ain (KAFA) di masjid terbabit dan bercita-cita menjadi Imam Utama di Masjid Negara suatu hari kelak. “Buat masa ini tidak pernah terlintas meninggalkan kerja sebagai Imam. Malah, saya inginkan cabaran lebih besar iaitu menjadi Imam Utama di Masjid

Negara. Namun, masih banyak perlu saya pelajari untuk mendalami ilmu agama. “Saya berterima kasih kepada Imam Utama masjid ini iaitu Ayub Zambri dan Abdul Hamid Ahmad yang banyak beri tunjuk ajar kepada saya untuk beri yang terbaik setiap kali bertugas di masjid ini. “Meskipun masjid tidaklah sebesar masjid utama lain, tetapi ia cukup istimewa buat saya,” katanya. Ditanya mengenai ramai golongan berpendidikan agama lebih cenderung kepada parti politik pembangkang negara ini, Mior, yang begitu meminati sukan futsal, berkata, ia terpulang kepada individu itu sendiri kerana

tanpa agama ia tidak cukup untuk berpolitik. “Agama amat perlu apabila berpolitik, tetapi acuannya perlu digunakan sebaik mungkin. Ia pilihan individu itu sendiri dan saya tidak akan berkecimpung dalam parti politik negara kerana tumpuan utama ialah membentuk insan bersih di sisi Allah. “Saya mahu, remaja dan masyarakat dekatkan diri dengan Al-Quran kerana hanya itu saja boleh membantu kita meneruskan hidup sempurna dan sudah semestinya menjadi bekalan utama kita di akhirat kelak,” katanya.

Saya mahu, remaja dan masyarakat dekatkan diri dengan Al-Quran kerana hanya itu saja boleh membantu kita meneruskan hidup sempurna”


Impian anda

www.transisi.com.my

akan menjadi kenyataan

Lihat muka 20 31 DIS 2010 - 13 JAN 2011/ 25 Muharam - 09 Safar 1432H

Antarabangsa iktiraf Permata Insan-USIM

Oleh Siti Maizatul Akmar Ismail

P

ERMATA Insan meletakkan kedudukannya di tahap tersendiri apabila kerjasamanya antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa. Hasil usaha meningkatkan kurikulum dalam bidang Al-

Quran dan Sunnah daripada Permata Insan-USIM memikat hati dua universiti Arab Saudi, Universiti Al Mawhibbah King Abdul Aziz Riyadh dan Universiti Al Tayyibah Madinah yang bersetuju memeterai perjanjian kerjasama di Riyadh, 10 Januari ini. Usahasama dimeterai itu

bertujuan meningkatkan kualiti program kendalian Permata Insan-USIM untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam negara ini. Penaung Permata Insan, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mengharapkan program kendalian badan itu bersama USIM dapat melahirkan insan bertakwa

ROSMAH

dan mewujudkan ramai golongan ulama mengikut landasan betul. “Usaha ini amat murni kerana ia lebih kepada melahirkan ramai cendekiawan Islam negara ini dan mampu mewujudkan ramai ilmuwan Islam agung berteraskan Al-Quran dan Sunnah,� katanya.

DARI KANAN... Hj Abdul Rahim, Dr Kamal Ab Hamid, Prof Mustafa, Datuk Seri Shahidan, Prof Madya Dr Amy Azhar, Prof Madya Dr Suhaidi Hassan, Hj Abd Wahab Awang dan Datuk Dr Ahmad Faiz.

U UUM perkenal Anugerah Alumni Oleh Mohd Azhan Othman Jurufoto Nooratikah Ab Rahim

NIVERSITI Utara Malaysia (UUM) merancang memperkenalkan Anugerah Pencapaian Alumni sebagai mengiktiraf kejayaan bekas pelajar UUM menjelang tahun depan. Anugerah khas yang julung kali diperkenalkan itu diumumkan Naib Canselor (NC) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak pada Majlis Hi Tea bersama NC UUM anjuran Persatuan Alumni UUM (PAUUM) di Bukit Kemuning Club Golf Resort pada 25 Disember lalu.

>> Muka 21

18

TEMU BUAL UUM sasar RU 2013

Kaedah terbaru PPUKM

22 & 23

25

UPM B juara pesta hoki


18

KAMPUS

Transisi 31 DIS 2010 - 13 JAN 2011

UUM sasar RU 2013 K

ETIKA Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sibuk menggariskan Pelan Transformasi untuk menaikkan martabat universiti seluruh negara, pengurusan tertinggi Universiti Utara Malaysia (UUM) turut mencari adunan terbaik dalam memastikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) utara Semenanjung itu dilihat antara universiti terulung berterusan melahirkan graduan gemilang. Malah, kecekapan serta peningkatan motivasi di kalangan pensyarah bertaraf antarabangsa akan turut diperhebat-

kan bagi meletakkan UUM sebaris IPTA terulung negara. Naib Canselor, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkeyakinan bahawa universiti itu mampu menjadi Universiti Penyelidikan (RU) pertama bidang pengurusan dalam tempoh tiga tahun akan datang (2013). Justeru, tidak hairan Dr Mohamed Mustafa menggariskan beberapa panduan baru kepada kakitangan akademiknya menjelang tahun baru ini supaya hala tuju UUM lebih tepat dan tersusun supaya kegemilangan UUM dapat dikecapi secepat mungkin.

TEMU BUAL Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak

Oleh Rudysham Abd Raof

TRANSISI: Sudah pasti menjelang 2011, Prof mempunyai sasaran tertentu untuk mengukuhkan lagi UUM antara universiti terbaik negara. Apakah sasaran Prof? DR MOHAMED MUSTAFA: Tahun baru sudah pasti semangat perlu baru. Kita sebagai kakitangan akademik yang diberi amanat melahirkan generasi muda terbaik buat negara perlu mencari kaedah paling sesuai supaya hasrat kerajaan terutama KPT berjaya dikecapi. Malah, saya akan menyusun beberapa strategi untuk memastikan UUM segera diiktirafkan sebagai RU pertama dalam bidang pengurusan. TRANSISI: UUM ditubuhkan 30 tahun lalu, sudah banyak melahirkan golongan cerdik pandai dengan menjawat jawatan utama dalam sektor Kerajaan serta swasta. Jadi, apakah langkah Prof untuk mengekalkan momentum berkenaan? DR MOHAMED MUSTAFA: Saya akan melakukan beberapa fasa untuk meneruskan rentak cemerlang UUM pada masa depan. Fasa pertama akan dibuat bermula 2011 hingga 2015. Dalam tempoh itu, saya akan berusaha untuk memperkasakan struktur setiap kolej UUM supaya lebih besar, bina sub struktur maju hingga kepada super struktur. Jika asas kita kuat, sudah pasti harapan untuk meletakkan UUM antara IPTA disegani bukan saja di peringkat nasional, malah mampu diiktirafkan di persada antarabangsa. TRANSISI: Bilakah sasaran Prof untuk memastikan UUM diiktiraf Kerajaan sebagai RU pertama bidang pengurusan? DR MOHAMED MUSTAFA: Sememangnya sudah lama saya mahu UUM diiktiraf sebagai RU oleh pihak kerajaan. Tetapi, sasaran utama saya ialah pada 2013 dan saya yakin serta percaya usaha ke arah itu akan berjaya kerana kita bekerja keras untuk menjayakannya (RU). Jadi, mahu atau tidak saya pasti akan meletakkan UUM sebagai RU di bidang pengurusan pertama pada tahun berkenaan. Untuk itu, semua pihak, terutama kakitangan UUM beriltizam supaya hasrat itu dicapai. UUM adalah sebuah universiti yang khusus dalam bidang pengurusan dan sudah pasti

kekuatan kami adalah di sektor berkenaan. Kita kena akur tanpa pengurusan yang baik dan cemerlang, negara tidak akan ke mana. Kita lihat negara luar seperti Korea Selatan, Taiwan dan Jepun, dulu mereka setaraf dengan Malaysia, tetapi kini sudah berjaya di peringkat global. Semuanya berkaitan dengan pengurusan yang bijaksana. Jadi, untuk cemerlang di persada antarabangsa, kita perlu kukuhkan terlebih dahulu aspek pengurusan. TRANSISI: Sebelum ini Prof sudah menggariskan Pelan Transformasi UUM supaya kakitangan universiti memberi fokus kepada agenda memperkemas dan memperkasakan struktur akademik serta pentadbiran. Boleh Prof huraikan lebih mendalam konsep yang akan dilaksanakan? DR MOHAMED MUSTAFA: Memang benar. KPT menyediakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) bagi membolehkan IPT menyediakan pelan transformasi mereka supaya seiring dengan perancangan negara. Justeru, saya perlu segera mempunyai Pelan Transformasi dan Pelan Pembangunan 10 Tahun (2010-2020) selaras dengan agenda besar negara dengan mengambil kira Rancangan Malaysia Ke-10 dan Model Ekonomi Baru (MEB). Pelan ini bertujuan melonjakkan UUM sebagai Universiti Pengurusan terkemuka negara dalam tempoh tiga tahun akan datang selain menyediakan roadmap untuk menjadi sebuah RU. Untuk itu, saya perlu menguatkan struktur akademik dan pentadbiran supaya memenuhi syaratsyarat akreditasi dan mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara. TRANSISI: Sebagai langkah awal, apakah tindakan Prof untuk memastikan ia berjalan lancar? DR MOHAMED MUSTAFA: Bidang pengurusan serta penyelidikan dalam pengurusan dan perniagaan akan dimantapkan dengan penubuhan Graduate School of Business (GSB) di Othman Yeop Abdullah College of Business (COB) yang mempunyai autonomi bagi memantapkan program pascasiswazah dalam bidang pengurusan. Bagi menyokong usaha itu, Institut Penyelidikan Pengurusan dan Per-

niagaan (IMBRe - Institute for Management and Business Research) ditubuhkan di UUM COB untuk menggerakkan penyelidikan dalam bidang pengurusan perniagaan dalam program MBA, DBA dan juga BBA. IMBRe bekerjasama bagi memperkasakan Kursi Profesor dengan mencari dana baru Kursi Profesor di samping mempercepatkan usaha mendapat akreditasi AACSB (The Association to Advance Collegiate Schools of Business) dalam tempoh tidak melebihi tiga tahun. Jaringan dan kolaborasi dengan pihak Industri dan Korporat akan dimantapkan dengan menyusun semula Pusat Jaringan UniversitiIndustri (UIL) menjadi Pusat Kerjasama Industri-Universiti (CUIC). TRANSISI: Apakah Prof juga akan memastikan peranan Profesor Adjung UUM dan Visiting Professor diselaraskan supaya usaha UIL dan CUIC bergerak seiringan? DR MOHAMED MUSTAFA: Sudah tentu. Mereka ada rangkaian hubungan baik dengan pihak industri dalam dan luar negara selain meningkatkan kolaborasi UUM dengan pihak industri khususnya dalam bidang penempatan industri staf akademik dan pelajar dalam industri. Kita juga harus segera memantapkan dan mula mempromosikan program flagship dalam bidang pengurusan perniagaan di peringkat sarjana muda dan pascasiswazah untuk mengangkat COB menjadi Top Business School dalam tem-

poh terdekat. Selain itu, untuk menjadi sebuah universiti penyelidikan, aspek penyelidikan dan program pascasiswazah yang dapat menjana penyelidikan dan dana harus diperkukuhkan misalnya dengan mewujudkan dua buah Graduate School di College of Arts and Sciences (CAS) dan College of Law, Government and International Studies (COLGIS) yang boleh merancang mewujudkan Kursi Profesor di kedua-dua Graduate School ini. Begitu juga dengan Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) dan Institut Pembangunan Keusahawanan & Koperasi (CeDi) akan dinaik taraf sebagai Graduate School yang akan mempunyai penyelidikan khusus dalam niche area tertentu serta pelajar Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) secara situasi penyelidikan. IPDM dan CeDi juga wajar merancang mendapatkan penaja bagi Kursi Tun Dr Mahathir dalam pengajian Kepimpinan dan Pembinaan Negara Bangsa dan Kursi Profesor dalam bidang Keusahawanan dan Koperasi selain menyediakan biasiswa untuk menaja pelajar-pelajar PhD di IPDM dan CeDi. TRANSISI: Apakah lagi harapan Prof menjelang tahun baru ini? DR MOHAMED MUSTAFA: Saya akan pastikan graduan lepasan ijazah mampu mencecah 40 peratus daripada lebih 20,000 pelajar UUM. Begitu juga dengan pelajar antarabangsa, saya berharap kita mampu membawa masuk kira-kira 10,000 pelajar luar negara pada 2015.


Ayam tambatan - Simpulan bahasa

Transisi

30 DIS 2010 - 13 JAN 2011

Tiada rehat Oleh Muhammad Amsyari Ismail

T

AHUN 2010 boleh dianggap tahun memberangsangkan untuk beberapa acara sukan seperti bola sepak, terjun, basikal dan skuasy. Prestasi ini jika diukur dalam dua acara besar disertai iaitu Sukan Komanwel di New Delhi dan Sukan Asia, Guangzhou. Tahun 2011, menyaksikan tiada temasya besar seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Olimpik tetapi kontinjen negara akan menyertai Sukan Sea edisi ke-26 di Indonesia pada November ini. Jadi, ia tiada istilah rehat buat atlet negara kerana sukan bukan lagi sekadar penyertaan tetapi medan pertaruhan maruah dan imej negara. BOLA SEPAK Kejayaan pasukan bola sepak negara ke pusingan kedua Sukan Asia di Guangzhou dalam tempoh 32 tahun wajar mendapat pujian. Anak buah K Rajagobal pergi Guangzhou tanpa enam tonggak akibat kecederaan. Paling menarik adalah apabila kita tewas di tangan tuan rumah, China apabila pengadil perlawanan Ben Williams dari Australia melayangkan tiga kad merah kepada pemain Malaysia. Skuad negara yang dibarisi ramai pemain kurang berpengalaman termasuk tujuh pemain Harimau Muda tumpas 0-3 pada perlawanan itu dan kalah 0-2 kepada Jepun yang muncul

Tepi Padang

Muhammad Amsyari Ismail

R

AKYAT Malaysia pasti berbangga dengan prestasi skuad bola sepak kita yang semakin menampakkan taring Harimau Malaya sejak meraih emas di Sukan Sea 2009. Prestasi di Piala Suzuki AFF 2010 menjadi saksi terbaru bahawa sukan nombor satu negara ini semakin meningkat sejak dibimbing jurulatih yang dilabel Arsene Wenger Malaysia, K Rajagobal. Rajagobal bertuah memiliki

juara kejohanan dalam satu lagi perlawanan peringkat kumpulan. Tahun 2011, skuad bola sepak negara berdepan tugas berat mempertahankan pingat emas Sukan Sea yang dimenangi pada 2009. BASIKAL Sukan basikal yang merupakan salah satu acara dalam Program Road to London 2012 boleh dianggap cemerlang tahun lalu. Pecutan dua jagoan, Azizulhasni Awang dan Josiah Ng menghadiahkan emas masingmasing di Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun lalu. Tidak keterlaluan dikatakan, dua pelumba ini menjadi taruhan terbaik negara bagi melakar sejarah meraih emas pertama di Sukan Olimpik 2012. BADMINTON Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu bertindak lebih agresif menaikkan nama pemain muda bagi program Road to London 2012 agak beban meraih emas pertama tidak galas Datuk Lee Chong Wei dan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boong Heong sahaja. Walaupun deretan kejuaraan Siri Super diraih Chong Wei, dia masih gagal menyinar di kejohanan besar seperti Sukan Olimpik, Asia dan Kejohanan Dunia. Bayang seteru utama dari China, Lin Dan masih lagi membayanginya dan pentas final di Guangzhou menjadi saksi,

pemain utama Negara Tembok Besar itu berada pada kelas tersendiri. Kekalahan mengejut skuad lelaki berpasukan kepada Thailand di peringkat suku akhir Sukan Asia perlu diberi perhatian. Jika sebelum ini, China, Korea Selatan, Indonesia dan Denmark dianngap lawan dalam acara berpasukan, muncul pula Thailand. Impian merampas kembali Piala Thomas yang dimenangi kali terakhir pada 1992 bertambah sukar jika tiada barisan pelapis berkaliber untuk menggalas cabaran. SEPAK TAKRAW Sepak takraw menyaksikan kita terus ketinggalan di belakang musuh tradisi. Kita sekadar meraih dua pingat perak dalam acara berpasukan dan antara regu di mana kedua-duanya kepada Thailand. Perubahan perlu dilakukan bagi mengembalikan kejayaan nostalgia sepak takraw negara agar kita tidak terus ditinggal Thailand. Malah, Vietnam, Myanmar, Jepun, Korea Selatan dan Indonesia juga semakin menghimpit kita. Corak permainan dan pendekatan yang berbeza perlu dikaji dengan mendalam bagi memastikan kita tidak kecewa pada Sukan SEA di Indonesia tahun depan. HOKI Pujian wajar diberi kepada skuad hoki lelaki negara selepas

kejayaan mara ke final Sukan Asia, Guangzhou. Tetapi kegagalan meraih tiket automatik ke Sukan Olimpik 2012 mencacatkan sedikit cerita indah di Guangzhou. Semangat juang tinggi ditunjukkan seperti menewaskan India di separuh akhir akan diingati selama-lamanya walaupun meraih pingat perak. Ini memaksa anak buat Stephen Van Huizen melalui ujian perit pusingan kelayakan ke London di mana hanya juara kumpulan sahaja akan layak beraksi di pentas berprestij itu. Namun, pencapaian ke final di Guangzhou sekurang-kurangnya dapat menebus aksi longlai pada Sukan Komanwel lalu. TERJUN Sukan terjun antara acara yang cemerlang pada 2010. Di Guangzhou, Skuad terjun membuat terjunan menyakinkan apabila memperbaiki pencapaian di Doha dengan empat perak, lima gangsa berbanding satu perak tiga gangsa empat tahun lalu. Justeru memang wajar sukan ini tersenarai ke dalam program ‘Road to London’ berdasarkan kemampuan atlet menghasilkan pingat di temasya utama termasuk Kejohanan Dunia yang berlangsung di Itali selain keupayaan Pandalela Rinong menghadiahkan emas pertama di Sukan Komanwel, bulan lalu. Pencapaian barisan pener-

jun seperti Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Bryan Nickson Lomas, Oii tze Liang, Ng Yan Kee, Yoeh Ken Nee dan Jun Hoong Cheong adalah yang terbaik pernah dilakar penerjun negara di Sukan Asia. Misi seterusnya barisan penerjun negara adalah di Kejohanan Akuatik Dunia FINA ke14 di Shanghai, China, Julai ini. SKUASY Sukan skuasy antara sukan yang tidak mengecewakan. Kehebatan Datuk Nicol David menempatkan dirinya dalam kelompok legenda skuasy dunia apabila menjulang kejuaraan Terbuka Dunia buat kali kelima untuk menyamai rekod milik bintang skuasy Australia, Sarah Fitz-Gerald wajar diberi pujian. Di Sukan Asia 2010, pasukan negara menang tiga daripada empat emas dipertandingkan sekali gus menepati sasaran Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM). Nicol, pemain nombor satu dunia membantu skuad wanita meraih dua emas melalui wanita individu dan dan acara berpasukan. Begitupun, pemain lelaki hanya mampu meraih satu emas menerusi Azlan Iskandar dalam perseorangan lelaki selepas pemain nombor satu lelaki negara itu gagal mengatasi lawan sama, Aamir Atlas Khan di final berpasukan.

Mulakan kenangan baru bola sepak kumpulan pemain yang berkemahiran, semangat tinggi, lasak dan keupayaan teknikal baik seperti Safiq Rahim, S Kunalan, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidin, Mohamad Ashari Samsudin dan keseluruhan pasukan yang majoritinya berusia di bawah 24 tahun. Sebenarnya, kita memiliki kumpulan pemain berbakat tetapi mungkin sebelum ini secara tidak sedar potensi mereka ini terlepas pandang. Pemain muda Rajagobal memanfaatkan peluang diberi sekaligus menunjukkan kepada pemain senior apa yang mampu mereka laku-

kan. Pemain muda jangan pula besar kepala dengan pujian sebaliknya teruskan berusaha. Kini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlulah menjaga kebajikan pasukan ini. Pastikan pemain gembira dan kebajikan mereka dijaga agar mereka dapat menunjukkan komitmen berterusan di atas padang. Hindari kepentingan peribadi dan ‘politicking’ bagi mengelakkan musibah terkena pasukan kita. Jepun, Korea Selatan atau Ghana pernah tersungkur di kaki Malaysia dalam saingan Pesta-

bola Merdeka sebelum ini, tetapi negara berkenaan sudah beraksi di pentas dunia. Jika mereka mampu lakukan, mengapa tidak kita? Apa kekurangan kita? Mungkin elok juga kita tidak perlu memanggil pemain bertaraf bintang ke dalam skuad kebangsaan. Sebaliknya, guna sahaja pemain sedia ada dan utamakan program pembangunan. Mungkin sedikit perubahan boleh dilakukan memantapkan lagi pasukan mengikut acuan Rajagobal dan rakan-rakannya. Saya kagum melihat semangat penyokong kita tidak kira umur dan kaum bersatu mem-

banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan separuh akhir pertama dan final pertama Piala Suzuki AFF, baru-baru ini. Sudah lama tidak melihat situasi ini dengan mata sendiri. Puluhan ribu penyokong tidak putus-putus memberi sokongan dari awal sehinggalah ke wisel penamat semuanya kerana anda, pasukan bola sepak kita. Kepada Rajagobal dan pasukannya, mari mulakan kenangan baru untuk bola sepak Malaysia. Jika kita masih sandarkan kenangan kepada Allahyarham Mokthar Dahari, bola sepak kita tidak akan ke mana-mana.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.