Transisi 2

Page 1

RM2.50

18.06 - 01.07.2010 Edisi Kedua Jun 05 REJAB - 18 REJAB 1431H

BILANGAN: 02/2010

3

IKON Rashid teringin menyanyi

3 3 8 RAJA-RAJA MELAYU

9 BICARA Sketsa Qaliff Umar

40 Akhbar Dua Minggu Sekali

Reaksi Dr Amir ketika memberikan pandangannya.

n a h doktor Sultan a Lu “S

EBAGAI anggota tentera, wajib saya mempertahankan institusi Kesultanan Melayu”. Itulah luahan Pakar Perubatan Penyakit Dalaman (Physician), Kolonel Dr Amir Ramli, juga doktor peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra. Menurut Dr Amir, pelantikannya memerlukan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan tanggungjawabnya lebih besar berbanding doktor di bawah Kementerian Kesihatan. Justeru, selaku pegawai kerajaan, tugas beliau bukan saja merawat pesakit, malah wajib mempertahankan kedaulatan negara daripada anasir tidak bertanggungjawab. Ikuti luahan Dr Amir secara eksklusif kepada penulis Transisi, RAZALI YAHAYA, RUDYSHAM ABD RAOF dan jurufoto, NORATIKAH AB RAHIM mengenai tugas

beliau ketika bertugas sebagai doktor peribadi Sultan Kelantan sejak dari awal baginda dibawa pulang ke Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan selepas menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, awal Mac lalu. “Pertama kali saya bertemu Tuanku Sultan dalam pesawat penerbangan khas Kerajaan Malaysia. Ketika itu, saya dibantu Kolonel Dr Razin Kamarulzaman, salah seorang doktor peribadi baginda, juga Pakar Perubatan Penerbangan yang arif mengenai isu transportasi udara. >> Lihat MUKA 4

Lagi berita di muka 5 • Detik cemas Dr Amir


2

R

ISU

OMBAKAN Kabinet oleh Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah menjawab semua teka teki siapa calon disenaraikan dan siapa pula diketepikan. Keputusan itu turut melenyapkan impian beberapa pihak dalam komponen Barisan Nasional (BN) yang nampak kecewa apabila calon mereka sekali lagi gagal mendapat tempat di hati Perdana Menteri. Apa pun, baik UMNO, MCA, MIC dan tidak kurang PPP, ada yang menzahirkan rasa tidak senang dengan senarai rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri itu. Apa yang pasti, keputusan itu sedikit sebanyak menggambarkan kesedaran mengenai perubahan kepimpinan dalam MCA dua bulan lalu dan yang pasti Najib semacam berhasrat untuk meletakkannya dalam perspektif betul bagi masyarakat Cina. Secara umum, MCA di bawah kepemimpinan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semacam berjaya melobi bagi partinya untuk dua portfolio iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Ini kerana beberapa pegawai MCA sendiri sejak sekian lama mahu parti mereka meminta dua portfolio yang strategik itu kerana mempunyai hubungan langsung dengan masyarakat Cina. Selalunya, MCA diperuntukkan bagi jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Bagaimanapun, selepas Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU 11) pada 2004, ia digantikan dengan portfolio Kementerian Pelancongan dan kemudiannya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Bagi MCA, dua portfolio itu sangat signifikan kepada mereka. Ia menggambarkan simbol kepercayaan dan keyakinan Perdana Menteri dan pimpinan tertinggi BN kepada MCA. Sebahagian besar anggota MCA menyambutnya penuh gembira bahawa Najib masih menaruh kepercayaan kepada MCA bagi membina semula sokongan masyarakat Cina sekalipun

Transisi

MCA mencari penawar kabinet TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS Oleh Razali Yahaya

CHUA SOI LEK

CHUA TEE YONG

sokongan kaum Cina kepada BN telah pudar dan merosot sejak PRU 12 dan beberapa pilihan raya kecil berikutnya. Perkara penting sekarang bagi kepemimpinan parti dan mereka yang dilantik sebagai timbalan menteri dan menteri ialah untuk melaksanakan tugas dengan baik. Bagaimanapun, sesetengah anggota veteran parti itu tetap mengingatkan bahawa dengan mempunyai kedudukan yang signifikan dalam kerajaan adalah satu perkara lain dan ia sebenarnya belum menjamin MCA boleh secara automatik mendapatkan semula sokongan kerana prestasi menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri akan dinilai terlebih dahulu sebelum sokongan menjadi kuat. Sebagai contoh, dalam pertanian, bolehkah mereka yang terbabit membantu petani yang tidak bertanah mendapat tanah atau membantu nelayan mendapat lesen? Ramai percaya MCA masih mempunyai tanggungjawab berat untuk mendapatkan

semula sokongan daripada masyarakat jika BN bersedia mengkaji semula sesetengah polisi yang dianggap tidak menguntungkan. Keseluruhannya, ia bukan individu tetapi lebih kepada dasar kerajaan dan pelaksanaannya. Ini kerana orang ramai akan menilai sama ada ia selaras dengan semangat 1Malaysia atau sebaliknya. Tidak keterlaluan kalau dikatakan Dr Chua Soi Lek telah melakukan pendekatan yang boleh dikira bagus dengan meletakkan parti pada landasan yang betul dan menggabungkan jenteranya untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang. Sama ada ia berjaya atau tidak, kita akan tahu menjelang PRU13 akan datang. Dalam keadaan sekarang, ia masih terlalu awal dan Dr Chua perlu masa untuk menyesuaikannya sebelum berupaya mengembalikan semula sokongan masyarakat Cina kepada BN. Begitupun, bagi mereka

Ketua Pengarang Zian Johari

Penyunting/Penulis Mohd Azhan Othman

Pengarang Eksekutif Razali Yahaya

Pereka Kreatif Kanan Sarina Hj Ali

Penulis Khas Muhammad Amsyari Ismail Rudysham Abdul Raof

Pereka Kreatif Noor Dina Daud Jurufoto Nooratikah Ab Rahim

Pengurus Kanan Iklan dan Promosi Fuzilah Hassan Pengurus Iklan Azleen Abu Bakar Pengurus Pengedaran Khairi Ng Abdullah

GAN PING SIEU yang anti dengan Dr Chua, mendakwa bahawa beliau telah mengingkari janji awalnya untuk menyatupadukan pelbagai puak dalam parti dengan tidak menyingkirkan pemimpin puak yang utama atau mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan saingan politknya dari kedudukan kerajaan. Paling ketara, mereka tidak puas hati apabila Dr Chua menamakan anaknya, Chua Tee Yong, 33, menjadi timbalan menteri. Bagaimanapun, Presiden MCA itu mempertahankan tindakannya. Baginya MCA mempunyai pilihan yang sedikit kerana ia hanya mempunyai beberapa wakil rakyat untuk dipilih dan Tee Yong adalah antara dua Anggota Parlimen yang tidak mempunyai atau tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam kerajaan sebelum ini. MCA mempunyai 15 Anggota Parlimen. Daripada jumlah itu, 13 sama ada memegang jawatan atau pernah memegang jawatan dalam kerajaan sebelum ini. Dua nama iaitu Chua Tee Diterbitkan oleh: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 604-9283020 Faks: 604-9283046

18 JUN - 01 JULAI 2010

Yong (Labis) dan Senator Gan Ping Sieu telah dihantar kepada Perdana Menteri. Mereka menyifatkan ‘kompromi’ berlaku antara Najib dan MCA kerana Dr Chua sendiri tidak memegang sebarang jawatan Kabinet. Mungkin atas dasar ini, Najib sendiri mungkin tidak punya banyak pilihan dan terpaksa mengambil jalan mudah melantik anak Dr Chua untuk jawatan timbalan menteri. Tindakan seumpama ini sebenarnya tidak menghairankan dan ia bukan perkara baru dalam MCA. Pada masa lepas, bekas presiden parti (Ong Ka Ting) melantik abangnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan menjadi setiausaha agung parti dan kemudiannya diberikan satu kedudukan sebagai menteri selepas memutuskan tidak menamakan dirinya bagi jawatan kabinet berikutan prestasi buruk pada PRU12 2008. Apa yang pasti, sebagai presiden parti, Dr Chua telah melakukan satu tindakan strategik bagi menangani politik dalaman dengan menyingkirkan beberapa pemimpin utama seperti saingannya dan bekas Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat yang digugurkan sebagai Menteri Pengangkutan; dan Datuk Wee Jeck Seng yang diketepikan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Ong Ka Ting. Apa sekalipun, perkara yang berlaku sudah pun berlaku. Perlantikan anaknya dalam kabinet Najib memang dilihat semacam ‘kompromi’ dan yang jelas ‘cakap-cakap belakang’ pasti berterusan dan jika tersilap langkah, ia akan terus menjadi beban yang tidak tertanggung oleh MCA selepas ini. Tidak dapat tidak MCA di bawah rejim Dr Chua perlu bingkas dengan sepantas mungkin untuk bekerja keras dalam mengembalikan semula sokongan kaum Cina kepada BN dalam menghadapi PRU 13. Jika tidak, ia pasti dianggap satu kerja sia-sia kerana sebahagian besar komponen BN terus bermasalah.

Dicetak oleh: ULTIMATE PRINTS SDN BHD (62208H), Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5511 3888 Faks: 603-5101 3608


18 JUN - 01 JULAI 2010

Transisi

IKON

3

Ketua jurulatih badminton negara

Rashid teringin menyanyi Apakah kualiti yang anda suka pada seorang perempuan? Kalau isteri perlu patuh dan taat kepada suami. Apakah perkataan atau ayat yang paling anda terlebih guna? “Semua Ok� Siapakah yang menjadi cinta paling agung dalam hidup anda? Sudah tentu ibu bapa saya. Bila dan di mana saat paling bahagia anda? Saat di mana saya menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga.

Oleh Muhammad Amsyari Ismail muhammad_amsyari@yahoo.com Anda ada mengikuti perkembangan Piala Dunia? Siapa pasukan kegemaran anda?

Apakah bakat yang paling anda mahu selain hebat bermain badminton? Saya tidak pandai menyanyi tapi teringin sangat untuk pandai menyanyi. Apakah yang akan anda ubah dalam diri anda? Saya ingin petah bercakap.

Saya layan juga Piala Dunia dan memilih Brazil sebagai juara.

Kenangan manis dalam hidup anda? Membantu negara menjuarai Piala Thomas pada 1992 di KL. Bagi individu pula, saya bangga meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 1996.

Pemain paling diminati dalam skuad Brazil? Kaka. Tapi lebih meminati pemain Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo kerana memiliki skil tinggi.

Apakah yang paling bernilai dalam hidup anda?

Apa maksud kebahagiaan sempurna dalam hidup anda?

Apakah yang anda ingin dari kawan-kawan?

Mencapai kebahagiaan dalam kehidupan rumah tangga dan karier. Apa yang paling anda takuti? Tidak mengikut perintah Maha Pencipta. Siapa ikon yang anda sanjungi? Tun Mahathir Mohamed kerana banyak menyumbang kejayaan dan pembangunan kepada Malaysia. Meletakkan Malaysia dikenali di persada dunia.

Tiada yang terlalu khusus. Saya amat mementingkan persahabatan. Apakah perkara yang paling susah pernah anda dilalui? Ketika sebagai pemain badminton dulu, sudah pasti tiba saat menjalani latihan. Banyak latihan keras terpaksa dilalui.

Tanggapan salah tentang diri anda? Orang selalu kata saya sombong dan susah untuk dibawa berbual. Tetapi apabila dah kenal, tanggapan itu ternyata ia salah.

Apa yang anda rasa paling membazir? Masa yang tidak dipenuhi dengan perkara berfaedah. Setiap hari mesti

Bahan bacaan yang anda gemar?

Waktu bilakah anda menipu?

Genre filem yang anda minat? Aksi. Terbaru menonton filem Robin Hood dan Prince of Persia.

dilakukan dengan perkara bermanfaat kepada diri.

Selalunya menggunakan ayat ‘On The Way’ apabila dihubungi rakan. Apakah yang anda tidak suka tentang penampilan anda? Susah untuk dijawab. Siapakah yang anda benci? Pada saya, perasaan benci tidak boleh ada pada diri. Kualiti yang perlu ada pada seseorang lelaki? Berprinsip dan teguh iman. Boleh memberi panduan kepada orang lain.

Sekadar suratkhabar. Mudah dan senang didapati.

Adakah anda pernah menyesali sesuatu dalam hidup anda? Gagal meraih pingat emas Sukan Olimpik walaupun yakin mampu melakukannya. Pemain badminton sekarang yang anda suka tengok? Lin Dan kerana dia memiliki pergerakan dan kawalan permainan yang menarik. Aksinya di gelanggang tenang dan bersahaja. Motto hidup anda? Sentiasa berazam untuk memperbaiki kualiti diri.


4

Transisi

ISU

18 JUN - 01 JULAI 2010

Siapa cakap bohong? Semasa mengiringi baginda, hati kecil saya berkata keadaan Tuanku tidaklah seteruk seperti digambarkan beberapa akhbar arus perdana. Saya tidak mempunyai apa-apa perhubungan dengan Tuanku Sultan mahupun kerabat baginda. Saya juga tidak pernah menjejak kaki ke mana-mana istana di Kelantan atau negeri-negeri lain luar Kelantan. Misi saya berjalan seperti dirancang dan baginda berjaya dibawa balik ke Istana Mahkota pada 4 Mac lalu. Saya ingatkan misi sudah tamat, tetapi sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur, saya dititahkan untuk turut serta dalam perbincangan antara pakar perubatan Singapura dan doktor tempatan di Istana Kota Lama. Saya terlibat secara langsung sepanjang perbincangan berkenaan. Saya begitu terkejut apabila laporan perubatan dari Singapura jauh lebih baik daripada apa yang dikatakan wakil istana seperti disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Saya bertanya kepada diri, apakah sedang berlaku di Istana Kelantan sekarang? Siapa bercakap bohong mengenai isu kesihatan Tuanku? Apakah doktor Singapura atau pihak Istana Kelantan? Apakah tujuan mereka berbuat demikian? Apakah implikasi mengenai laporan perubatan ini kepada Tuanku? Ini adalah pelbagai isu yang bermain di benak hati saya. Saya juga terlalu takut dengan isu-isu tersebut, lebih-lebih lagi difahamkan semua ini disebabkan rancangan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra untuk tidak membolehkan Tuanku pulih seperti sedia kala. Nauzubillah! Sampai hati seorang isteri dan anak memperlakukan kepada seorang suami dan ayah begitu. Itu adalah persepsi saya ketika mula saya menjejak kaki di Istana Mahkota. Dalam takut dan cemas, saya menjalankan tugas sebagai doktor dengan berhati-hati. Daripada mesyuarat pertama dengan Raja Perempuan, saya ditugaskan membuat koordinasi rawatan Tuanku antara doktor lantikan Kementerian Kesihatan dan doktor Singapura. Mesyuarat pertama itu membebaskan saya daripada segala buruk sangka terhadap Raja Perempuan. Tengku Anis bertitah, “Dr Amir, sila buat apa yang terbaik untuk kesihatan dan keselamatan Tuanku Sultan. Jangan persoal mengenai wang ringgit, titik peluh, kesusahan dan keperitan kita semua, yang penting Tuanku sihat”. “Ya, Allah, betapa mulia hati Raja Perempuan. Engkau sudah bebaskan aku daripada fitnah terhadap Tengku Anis”. Itu adalah luahan hati saya ketika pertama kali bertemu Raja Perempuan. Kemudian, kami dibawa kepada Tuanku Sultan dan setiap pelan rawatan, daripada sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya, perlu dipersembahkan Raja Perempuan kepada Tuanku Sultan. Jadi, satu lagi pelajaran saya dapat, kita tidak boleh pandai-pandai dalam isu rawatan Tuanku. Semuanya hendaklah dipersembahkan untuk mendapat persetujuan baginda. Jika Tuanku cakap ya... yalah kita, kalau tak... jangan. Ini kerana Tuanku sudah boleh bercakap, berinteraksi secara ilmiah, boleh membuat penilaian secara waras dan tidak cacat pemikiran. Tanggungjawab saya sebagai doktor, yang berperanan menjalankan koordinasi rawatan Tuanku akan saya laksanakan dengan baik. Saya berjanji tidak akan terlibat dalam konflik yang dikatakan ‘Konflik Keluarga’ itu. Buat pengetahuan umum, semua doktor yang ada

di Istana Mahkota diperkenankan oleh Tuanku tanpa campur tangan mana-mana pihak, termasuk Tengku Anis atau Tengku Fakhry seperti yang difitnahkan sesetengah orang. Saya sentiasa berada di sisi Tuanku sepanjang proses rawatan. Berbekalkan pengalaman semasa bertugas di bawah Program Bantuan Kemanusian seperti di Aceh, Indonesia untuk membantu mangsa Tsunami, juga pengalaman semasa bertugas di Pakistan, ia sedikit sebanyak membantu saya merawat Tuanku. Semua perlu dibuat secara teliti dan sistematik. Penekanan kepada aspek urutan, senaman, fisioterapi, terapi cara kerja dan pertuturan dibuat sejajar dengan saranan doktor Singapura. Tuanku Sultan memberikan komitmen penuh untuk terbabit secara aktif dalam program dirancang. Cita-cita baginda untuk kembali bersemayam di singgahsana menyebabkan proses pemulihan berjalan tanpa banyak masalah. Tuanku Sultan begitu tekun dan sabar. Ini menyebab-

SAYA tidak akan jual profesion saya dengan wang ringgit, pingat atau pangkat. Saya terpaksa meletakkan karier saya di mata pedang kerana saya merasakan begitu banyak kemurkaan dan kedurjanaan berlaku. Banyak fitnah terjadi. Mereka yang diberi kuasa tidak menggunakan dengan betul. Orang yang diberi amanah tidak menjalankan dengan betul. Semua takut!

>> Dari Muka 1

kan kesihatan baginda menunjukkan kesan positif dalam jangka masa singkat. Tetapi, proses pemulihan itu menjadi bahan mainan pihak-pihak tertentu. Mereka yang tidak pernah berjumpa Tuanku membuat kenyataan mengenai kesihatan Tuanku yang tidak tepat, tidak terkini dan jauh menyimpang daripada perkembangan asal. Mereka mewayangkan institusi raja dan meletakkan rakyat sebagai juri. Ini menyebabkan rakyat percaya bahawa Tuanku gering seperti hanya menunggu ajal saja. Rakyat keliru dan ini adalah hasutan. Mengapa Tuanku memilih doktor tentera? Ini kerana baginda adalah Kolonel Yang Dipertua Kor Risik dan Kor Artelari dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebab itulah, baginda meminta pertolongan doktor ATM mengiringi baginda. Baginda ketika sihat sentiasa memandang tinggi profesion ketenteraan. Namun, memang ada seorang wakil doktor dari Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) mengiringi baginda semasa dalam perjalanan pulang. Ada pihak mengatakan Tuanku Sultan ada masalah dengan doktor KKM. Itu tidak benar. Baginda cuma tidak bersetuju dengan cadangan Kerajan Negeri melantik Lembaga Perubatan (Medical Board). Ini kerana baginda bukan penjawat awam yang tertakluk kepada undang-undang yang perlu dirujuk kepada Lembaga Perubatan. Jika itu berlaku, mungkin ini kes pertama di Malaysia dan dunia, di mana seorang Sultan diturunkan takhta dengan menggunakan kuasa Lembaga Perubatan. Banyak pihak kata saya terlalu berani mempersoalkan kesahihan panel doktor lantikan Kerajaan Negeri untuk menilai tahap kesihatan Tuanku ketika dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada 7 Mei lalu. Saya berani kerana benar. Saya ada fakta dan bukti dalam kes ini. Saya tidak akan jual profesion saya dengan wang ringgit, pingat atau pangkat. Saya terpaksa meletakkan karier saya di mata pedang kerana saya merasakan begitu banyak kemurkaan dan kedurjanaan berlaku. Banyak fitnah terjadi. Mereka yang diberi kuasa tidak menggunakan dengan betul. Orang yang diberi amanah tidak menjalankan dengan betul. Semua takut! Saya ada bersama Tuanku semasa rombongan kami ditahan oleh skuad ‘ala mafia’. Saya berada di belakang Tuanku dan Raja Perempuan semasa kejadian. Tuanku bertanya, “Gapo ni? Gapo ni?” ( Apa ini? Apa ini?). Saya peluk Tuanku dari belakang tempat duduk kereta. Saya tenangkan Tuanku, “Sabar Tuanku, kita ditahan. Kita jangan melawan. Kita ikut apa saja arahan mereka”. Tuanku dalam keadaan menggigil, takut dan trauma menjawab “Baik.... Baik”. Penahanan itu menyebabkan Tuanku berada dalam trauma dan ketakutan hingga sekarang. Penggunaan skuad ‘mafia’ untuk menahan seorang Sultan bagi saya adalah penyalahgunaan kuasa yang jelas lagi nyata. Lebih-lebih lagi Sultan sekarang dalam proses sembuh daripada gering, tidak mengancam keselamatan negeri atau negara dan tidak mencetuskan apa-apa ketidakstabilan. Apakah adil menggunakan kekuatan luar biasa menahan baginda di HUSM untuk rujukan ke panel doktor? Saya ada bersama Tuanku dan Raja Perempuan sepanjang adegan penahanan Tuanku itu. Kejadian tersebut menyebabkan Tuanku tidak dapat tidur nyenyak. Termimpi-mimpi adegan orang bertopeng menyerang dan cuba mencederakan baginda. Saya lihat Tuanku meronta-ronta dan minta dilepaskan bagi membolehkan baginda pulang semula ke Istana Mahkota, tetapi tidak dihiraukan. Memandangkan baginda marah, agresif dan tidak terkawal pada malam itu, doktor yang bertugas malam tersebut terpaksa memberikan ubat penenang. Bagi sesiapa kurang arif mengenai kesan sampingan ubat penenang ini, ia menyebabkan seseorang pesakit tertidur dan mengantuk. Kadang-kadang menyebabkan pesakit tidak boleh berfikir waras dan normal. Selepas tidak dapat tidur dua malam berturut-turut akibat takut, trauma dan diberi ubat penenang pada esok hari, panel doktor itu pun datang menilai tahap pemikiran Tuanku. Apakah adil Tuanku menjawab pelbagai soalan diajukan mereka? Atas dasar inilah saya mempersoalkan kesahihan panel doktor berkenaan. << Ke Muka 5


18 JUN - 01 JULAI 2010

Transisi

ISU

Detik cemas Dr Amir D

I SEBALIK kemelut Istana Kelantan yang dilihat belum menampakkan jalan penyelesaian, timbul pula isu menggemparkan dalam sejarah institusi diraja negeri Cik Siti Wan Kembang itu apabila ada pihak tertentu menggunakan kuasa mereka menahan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan rombongan, mirip ‘ala mafia’ sebaik keluar dari Istana Mahkota Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, bulan lalu. Kejadian 4 Mei lalu, jelas menggambarkan betapa rumit kedudukan Tuanku Sultan ketika ini - lebih mengecewakan dan menjadi tanda tanya rakyat negeri Serambi Mekah itu - mengapa ada pihak tergamak mengambil tindakan ‘ala mafia’ menahan rombongan diraja daripada menaiki pesawat untuk berangkat ke Singapura? Bukan saja Tuanku Sultan ditahan, malah dalam rombongan itu, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan doktor peribadi, Kolonel Dr Amir Ramli turut ditahan dan dibawa secara paksa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan tanpa perkenan baginda. Selain Tengku Anis dan Dr Amir, dalam konvoi itu adalah pasukan pengiring; Tengku Temenggung, Tengku Muhammad Fakhry Petra yang menaiki kenderaan lain, seorang lagi doktor peribadi Sultan Kelantan, Kolonel Dr Mohammad Razin Kamarulzaman dan kerabat diraja Kelantan. Menceritakan detik cemas itu, Dr Amir menjelaskan beliau yang bersama Tuanku Sultan dalam kenderaan baginda baru keluar dari Istana Mahkota, Kubang Kerian menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa - tetapi dihalang beberapa kenderaan tanpa sebarang amaran. Lebih mengejutkan, Dr Amir mendakwa anggota

>> Dari Muka 4 Saya begitu sedih kerana terpaksa melakukan semua ini kerana majoriti barisan panel adalah kalangan doktor terkenal tanah air. Saya begitu menghormati . Sebahagian mereka adalah ‘tok guru’ saya. Tetapi, saya rasa mereka tidak tahu apa yang berlaku sebelumnya dan mereka tidak tahu bagaimana Tuanku dimasukkan ke HUSM serta bagaimana layanan seperti penjenayah dialami baginda. Mungkin ada kalangan mereka tidak mengetahui bahawa Tuanku tidak dapat tidur dan diberikan ubat penenang.

‘ala mafia’ itu menyerbu kenderaan dinaiki mereka dan berteriak seolah-olah rombongan tersebut pengganas berprofil tinggi. “Saya pada mulanya terkejut kami dihalang, tetapi lebih mengecewakan kerana kami tahu siapa anggota berkenaan. Mereka berteriak meminta kami keluar dari kenderaan secara paksa, sedangkan anggota tersebut tahu Tuanku Sultan masih dalam rawatan. “Ia seperti dalam filem aksi. Saya tidak percaya ia berlaku ketika baginda dalam keadaan tidak sempurna. Saya agak terkilan kerana saya sendiri berada di sisi Tuanku Sultan ketika kejadian dan saya memeluk erat baginda supaya bertenang. “Saya rasa perkara ini tidak masuk akal kerana cara digunakan tidak betul. Semua tahu Tuanku Sultan masih gering dan perlukan penjagaan sempurna. 4

ISU

Transisi 04 - 17 JUN 2010

Saya reda ketentuan Allah Ia memang satu keajaiban dan Allah telah makbulkan doa saya dan semua pihak yang sayangkan Tuanku. Doktor yang merawat Tuanku pun berasa kagum dengan ayat Quran yang dibaca. Betapa mustahaknya kita semua baca Al-Quran. >> Dari Muka 1 “Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur kepada Allah kerana berkat doa saya dan keluarga serta rakyat secara keseluruhan, kesihatan Tuanku sehingga sekarang memang banyak berubah,” katanya. Beliau berkata: “Sebagai insan kerdil, saya reda dengan apa juga yang berlaku ke atas keluarga saya sekarang. Allah sedang menguji saya dan keluarga. Saya menerimanya dengan penuh kesabaran dan saya yakin ada hikmah besar di sebalik apa yang berlaku sekarang ini”. Katanya, dalam situasi sekarang, selain rawatan perubatan moden, saya dengan keluarga juga tidak ketinggalan berusaha mendapat pelbagai rawatan tradisional demi memastikan Tuanku dapat pulih secepat mungkin. “Untuk pulih dan sembuh seperti biasa, selain berdoa, saya juga tidak jemu untuk terus berusaha pelbagai perubatan demi kesihatan Tuanku. Saya yakin Tuanku akan pulih berdasarkan perkembangan kesihatan Tuanku menunjukkan tanda-tanda positif dari semasa ke semasa,” katanya penuh bersemangat. Tengku Anis berkata demikian dalam wawancara eksklusif akhbar tabloid nasional terbaru, Transisi yang berlangsung di Istana Mahkota Kubang Kerian, di sini baru-baru ini. Tengku Anis berkata, sejak rawatan di Singapura lagi, doktor yang merawat Tuanku Ismail melahirkan rasa kagum dengan kebesaran ayat Al-Quran serta solat hajat yang diadakan sebelum itu kerana mampu menyedarkan kembali baginda. “Kalau ikut perubatan, doktor tidak memberikan banyak harapan Tuanku mampu sembuh tetapi kebesaran Allah mengatasi segala-galanya. Melalui berkat doa semua pihak, bacaan Yasin dan juga solat hajat di hospital, tiba-tiba Tuanku sedarkan diri. “Ia memang satu keajaiban dan Allah telah makbulkan doa saya dan semua pihak yang sayangkan Tuanku. Doktor yang merawat Tuanku pun berasa kagum dengan ayat Quran yang dibaca. Betapa mustahaknya kita semua baca Al-Quran,” kata Tengku Anis sebak ketika mengimbau kembali detik-detik kebesaran Allah terhadap kesihatan suaminya semasa menjalani rawatan di negara jiran itu. Apa yang pasti, Tengku Anis dan keluarga tidak pernah jemu dan sentiasa memastikan rawatan ke atas Tuanku Ismail berjalan dengan baik sama ada melalui rawatan moden mahupun secara tradisional.

Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid tabah menghadapi ujian Allah. Dalam masa yang sama, Tengku Anis agak terkilan dengan beberapa fitnah yang mendakwa Tuanku Ismail tidak boleh bercakap dan santap seperti mana yang dinyatakan sesetengah pihak. “Sekarang, kesihatan Tuanku Ismail menunjukkan banyak perubahan berkat doa rakyat sekalian. Janganlah anggap Tuanku tidak mampu lagi untuk sembuh dan kembali memerintah. Mengapa ada manusia tidak berhati perut macam ini. Saya hanya mampu berdoa dan berserah, semoga Tuhan membalas siapa yang membuat fitnah terhadap keluarga saya. “Kenapa mereka yang berkenaan mahu buat macam tu. Sampai hati ada orang buat Tuanku macam itu. Sebaiknya, marilah kita berdoa agar Tuanku cepat sembuh, pulih dan dapat memerintah seperti dulu,” katanya. Apa yang pasti, Tengku Anis adalah seorang yang bersemangat, kuat dan tabah dalam mengharungi pelbagai dugaan termasuk fitnah terhadap dirinya sejak Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra gering tahun lalu sehinggalah

baginda meneruskan rawatan di Istana Mahkota sekarang. Sejak Tuanku mendapat rawatan di Singapura, ada pihak mengambil kesempatan ‘menangguk di air keruh’ untuk mencipta babak berpanjangan ‘krisis Istana Kelantan’ yang semacam belum selesai sehingga sekarang. Dalam tinjauan rambang sepanjang tiga hari berada di sini, pelbagai pihak yang ditemui memberikan gambaran positif untuk memulihkan suasana harmoni terhadap krisis yang timbul itu. Bagi mereka, kekeruhan Istana Kelantan akan kembali sedia kala sebaik Tuanku Ismail pulih dan meneruskan pemerintahannya. Jadi, perkembangan kesihatan Tuanku yang semakin bertambah baik, menjadikan tidak ada siapa boleh berbuat sesuka hati untuk menafikan kewujudan Sultan Kelantan selagi baginda masih hidup dan berkuasa. Dengan izin Allah dan andainya Sultan Kelantan dapat pulih berkat doa pelbagai pihak, hanya Tuanku boleh sediakan wasiat kepada siapa patut diserahkan takhta kerajaan negeri dan jajahan takluknya nanti.

Sampai hati mereka melakukan perkara ini tanpa belas kasihan,” katanya. Walaupun Tuanku Sultan diiringi beberapa anggota keselamatan, tetapi tindakan ‘mafia’ itu agak keterlaluan dan tidak sepatutnya berlaku kerana sikap toleransi dalam menangani situasi genting lebih diperlukan. “Saya melihat ia tindakan yang tidak betul. Kita tidak perlukan bom untuk membunuh seekor semut. Kenapa perlu guna tindakan ‘mafia’ untuk tahan rombongan Tu-

Namun, alhamdulillah, Tuanku berjaya menjawab dengan betul dan ilmiah majoriti soalan dilontarkan oleh Panel Doktor itu.Lebih mengecewakan, ketua panel doktor yang dilantik Kerajaan Negeri (tidak perlu disebut nama) hingga sekarang belum pernah melawat Tuanku sejak baginda kembali ke Istana Mahkota. Seperti saya nyatakan sebelum ini, ada perbezaan nyata antara doktor yang merawat sendiri dan panel doktor yang datang menilai tahap kesihatan Tuanku. Memang ramai rakan saya diberi amaran oleh pihak tertentu supaya tidak terlibat dengan krisis Istana Kelantan. Saya pun terbabit sama. Saya ditekan dari pelbagai sudut, tetapi saya yakin

5

anku Sultan? Tidakkah mereka kasihan dengan situasi Tuanku ketika itu? “Masih banyak lagi cara betul boleh digunakan (menahan kami), bukan dengan kekerasan atau memerlukan ‘mafia’. Saya macam tidak percaya ia berlaku di depan mata saya,” kata Dr Amir. Sementara itu, rakannya, Dr Razin juga mengesahkan beliau turut berada dalam rombongan Tuanku Sultan ketika kejadian berlaku. “Saya dan Dr Amir berada dalam kenderaan bersama Tuanku Sultan dan Raja Perempuan ketika itu. Saya kecewa kerana mereka diberi tanggungjawab menahan kami. Ia tidak masuk akal kerana agak keterlaluan. “Saya berharap perkara ini dibawa ke tengah dan tidak berlaku pada kemudian hari kerana ia membabitkan kesihatan Tuanku Sultan,” kata Dr Razin. Mengenai kedudukan institusi diraja ketika ini, Dr Amir berkata, beliau mahu semua pihak mengetahui kedudukan sebenar tanpa sebarang prejudis. “Banyak kisah kita dengar perihal kedudukan di Istana Kelantan. Saya melihat ramai keliru dengan apa yang berlaku,” katanya. Jelas Dr Amir, sejak dilantik sebagai doktor peribadi Tuanku Sultan, beliau memang begitu bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas baginda. “Saya adalah antara orang paling hampir dengan baginda. Saya tahu apa yang berlaku. Baginda memerlukan perhatian semua pihak. Saya berkhidmat kerana Allah. Tuanku Sultan dan Raja Perempuan adalah raja yang baik dan baginda berdua mengharapkan suasana aman seperti sedia kala. “Ramai keliru terhadap kesihatan baginda. Saya ingin jelaskan bahawa Tuanku Sultan semakin baik dan janganlah buat kesimpulan sendiri,” katanya. Ditanya mengenai kenyataan beberapa pihak mengatakan kesihatan Tuanku Sultan semakin membimbangkan, Dr Amir berkata, jangan buat spekulasi jika tidak tahu hal sebenarnya. “Saya bercakap apa yang benar kerana saya seorang doktor. Doktor tidak boleh menipu mengenai kesihatan seseorang pesakit. Jika tidak percaya, datang lihat sendiri keadaan sebenar Tuanku Sultan. “Pihak bercakap itu tidak pernah melawat Tuanku Sultan dan melihat keadaan sebenar baginda. Jadi, jangan buat spekulasi kerana ia bukan saja memberi impak negatif terhadap institusi diraja Kelantan, malah mampu mengelirukan semua pihak, terutama rakyat Cik Siti Wan Kembang. “Saya sebagai doktor peribadi Sultan Kelantan yakin dan percaya dengan doa dan kuasa Allah, kesihatan Tuanku Sultan akan pulih seperti biasa,” kata Dr Amir.

dengan perjuangan saya. Saya bercakap benar atas fakta terkini, hasil daripada pemeriksaan dan pemantauan berkala dilakukan pasukan perubatan yang merawat Tuanku. Saya tidak boleh lari daripada tanggungjawab tersebut kerana ia diarahkan kepimpinan tertinggi ATM. Saya anggap semua ini adalah peperangan yang Tuanku Sultan dan Raja Perempuan sedang hadapi. Justeru, saya yang ditugaskan membantu wajib mempertahankan amanat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Kita tidak boleh membenarkan sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu yang didalangi orang-orang

tertentu tercipta kerana kelak ia akan menjadi ikutan sejarah. Apa akan diwariskan kepada anak cucu kita jika pekara sebegini dibiarkan begitu sahaja? Jangan ada dalang yang cuba ‘menangguk di air keruh’ serta mengambil kesempatan untuk mencipta babak panjang dalam ‘krisis Istana Kelantan’ seperti pernah dinyatakan oleh Raja Perempuan Kelantan. Saya tidak akan berundur walaupun seinci. Jika tidak, imej pasukan tentera dibawa saya akan tercalar. Saya malu menjadi tentera yang lari dari medan perang. Biar mati sebagai syuhada daripada lari seperti bacul dan pengecut! Pantang Melayu undur!


6

Transisi

ISU

18 JUN - 01 JULAI 2010

Pandu F1 impian Nabil Oleh: Muhammad Amsyari Ismail muhammad_amsyari@yahoo.com

K

etika ditanya adakah pemilihannya selaku ikon 1Belia 1Malaysia Mac lalu sebagai satu beban kepada dirinya, Muhammad Jan al-Jefri dengan penuh yakin menjawab, dia tidak menganggapnya sebagai satu beban atau tekanan kepada dirinya sebaliknya ia menyemarakkan semangatnya untuk berjaya dalam karier yang diceburi. “Saya mahu menjadi diri sendiri dan berusaha melakukan yang terbaik untuk menjadi contoh kepada belia negara ini. “Ia adalah satu penghormatan kerana dipilih sebagai ikon 1Belia 1Malaysia. Negara ketika ini sedang berusaha ke arah perpaduan dan kejayaan, jadi saya sangat bangga kerana dapat menyumbang ke arah itu,” katanya ketika ditemui penulis di Fitness First The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini. Nabil, 17, dipilih ikon 1Belia 1Malaysia oleh Kementerian Belia dan Sukan dan menurut Menterinya, Datuk Ahmad Shabery, pemilihan pelumba remaja Formula BMW Pacific 2010 adalah tepat memandangkan dia dianggap individu terbaik yang berupaya membawa dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Pemilihannya berdasarkan komitmen dan disiplin tinggi ditunjukkan penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama ini yang mampu bertahan dan berada sehingga ke tahap ini pada usianya yang muda. Walaupun sibuk dengan jadual ketatnya selaku pelajar dan atlet, Nabil bijak membahagikan masanya dengan teratur. Dia akan bangun seawal enam pagi untuk berjoging dan akan ke Fitness First empat kali seminggu untuk menjaga tahap kecergasannya. Menjelang perlumbaan pula, dia akan kerap ke litar untuk menjalani latihan. Nabil turut mengikuti kelas tuisyen agar dia dapat mencapai pencapaian ‘garang’ seperti aksinya di litar lumba. Setakat ini, dia berjaya mengimbangkan pencapaian akademiknya apabila berjaya meraih 5A dalam Ujian Pe-

nilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berbekalkan pencapaian terbaik menduduki kedudukan ke-16 di World Finals di Sham Al-Sheikh, Mesir 2009 dan juara keseluruhan Asia Rotax Max Asia 2008 dan 2009, Nabil tekad untuk mempamerkan tunggangan terbaiknya dalam siri perlumbaan Formula BMW Pacific 2010. Bagi anak kepada pasangan Jan Al-Jefri Abdul Rashid dan Farisha Pawanteh Che Din ini, dia melihat ada perbezaan antara go-kart dan Formula BMW adalah dari segi tuntutan tahap kecergasan dalam kategori baru yang diceburinya tahun ini. “ Go kart kurang memerlukan tenaga tetapi apabila berjinak dengan Formula BMW, saya dapati tahap kecergasan amat menjadi keutamaan. Jadi saya sentiasa perlu sentiasa cergas,” katanya. Percakapan anak muda ini menampakkan dia amat bersungguh-sungguh dalam sukan pemotoran ini. Malah ketika kami berbual mengenai bagaimana dia melihat dirinya dalam lima tahun akan datang, Nabil yang menjadikan pemandu McLaren Mercedes , Lewis Hamilton sebagai idolanya berkata, dia ingin memandu jentera Formula Satu (F1) ketika itu. “Saya mahu menjadi seperti Hamilton. Dia adalah ikon saya dalam sukan ini. Bukan mudah untuk menjadi pemandu termuda muncul juara dunia sepertinya,” katanya.

Baginya, persaingan F1 musim ini agak sengit terutama dari Red Bull, McLaren Mercedes dan Ferrari. Tetapi menganggap pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dan Mark Webber akan menguasai perlumbaan musim ini. Selain sukan pemotoran, Nabil turut gemar bermain futsal, bola sepak dan badminton di waktu lapangnya. Dia juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan Piala Dunia 2010 yang rancak berlangsung ketika ini dan memilih Sepanyol sebagai pilihan juara kerana memiliki sentuhan pemain kegemarannya, Fernando Torres. Sebelum kami menamatkan perbualan kami, Nabil sempat menasihatkan belia seusianya yang meminati sukan pemotoran agar tunjukkan bakat mereka di platform yang betul iaitu di litar lumba.

Nabil (kanan) tekun menjalani

latihan kecergasan.

PROFIL MUHAMMAD NABIL JAN AL JEFRI

Umur: 17 tahun Tarikh: 24 Oktober 1993

Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama Tinggi : 173 sentimeter Berat: 63 kilogram Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) – 5A Penilaian Menengah Rendah (PMR) - 8A Pencapaian terbaik : KEDUDUKAN KE-16 DI WORLD FINALS DI SHAM AL-SHEIKH, MESIR 2009 JUARA KESELURUHAN ASIA ROTAX MAX ASIA 2008, 2009 Nama ayah: JAN AL-JEFRI ABDUL RASHID Nama ibu: FARISHA PAWANTEH CHE DIN


18 JUN - 01 JULAI 2010

Transisi

ISU

7

Mustafa NC baru UUM S

INTOK: Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak, 50, dilantik sebagai Naib Canselor UUM yang baru. Pelantikan beliau berkuat kuasa 16 Jun lalu hingga 15 Jun 2013. Mustafa akan menggantikan Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi, 58, yang bersara bermula 16 Jun lalu selepas memegang jawatan itu selama lima tahun bermula Jun 2005. Beliau berkelulusan PHD (Political Sociology) dari University of Leeds dan MA (Politics) dari Univeristy of York, England. Mustafa memulakan kerjaya akademik dari peringkat bawah sebagai tutor dan kemudian pensyarah hingga dilantik sebagai profesor dalam bidang Politik dan Pengajian Antarabangsa. Pengalamannya sebagai TNC memberi kelebihan kepa-

da beliau untuk memahami budaya, sejarah dan kekuatan UUM dan seterusnya memacu kemajuan universiti itu. Beliau juga dikenali kerana sering menulis dan menyumbang komentar serta analisis politik nasional dan antarabangsa. Semua hasil tulisannya itu pernah disiarkan di pelbagai media dalam dan luar negara atas kepakarannya sebagai Profesor dalam bidang Sains Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa. Di peringkat nasional, beliau adalah Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara. Beliau juga menyandang Presiden Persatuan Pengajian Antarabangsa. Kementerian Pengajian Tinggi turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Nordin selaku mantan NC UUM atas perkhidmatannya. MOHAMED MUSTAFA ISHAK

Majlis kesyukuran akhbar Transisi

KUALA LUMPUR: Satu majlis doa selamat dan kesyukuran diadakan pada 11 Jun lalu sempena pelancaran edisi sulung akhbar Transisi terbitan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berada di pasaran sejak 4 Jun lalu. Majlis berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur, di mana hadirin menunaikan solat Maghrib berjemaah dengan diimamkan Pegawai Kanan Pendidikan Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni. Hadirin kemudian menunaikan solat Hajat dan membaca surah Yasin sebelum disusuli dengan solat Isyak berjemaah.

Mereka dijemput menjamu selera di Dewan Makan, Masjid Negara. Antara pegawai UUM yang hadir semasa adalah Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi, Pemangku Pendaftar UUM, Mohamad Akhir Yusuf, Bendahari UUM, Amron Man, Pengarah Canselori, Maimunah Mohamad dan Pegawai Khas Media, Azahar Kasim. Wakil Transisi terdiri daripada Ketua Pengarang, Zian Johari, Pengarang Eksekutif, Razali Yahaya, Pengurus Kanan Iklan dan Promosi, Fuzilah Hassan, Pengurus Iklan, Azleen Abu Bakar dan Pengurus Pengedaran, Khairi Ng Abdullah.

Wakil-wakil media juga dijemput antaranya Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid, Editor Millenia, Zainuddin Ayip, Bekas Ketua Penyunting Berita Minggu, Fadzil Abdullah dan Jalil Husin. Turut memeriahkan majlis malam itu adalah blogger Sukan, Rizal Hashim, Penerbit Teguh Ringgit, Rodly Nayan, Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi Perhubungan Awam Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Hisham Ab Karim dan bilal Masjid Negara, Jeffri Bujang.


8

Transisi

RAJA-RAJA MELAYU

18 JUN - 01 JULAI 2010

Pemilihan Y

Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu

W

asiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurun-kan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 : Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

M

alaysia bukanlah kerajaan beraja, tetapi Malaysia mempunyai Raja atau Yang di-Pertuan Agong. Apa yang menarik dan unik ialah, Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja. CIRI-CIRI KELAYAKAN • • •

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain; 3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4.Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RajaRaja Melayu memerintah negara ini;

Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh dipilih. Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi. Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX. Selepas itu satu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang Rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong pertama hingga ke sembilan).

YANG TIDAK LAYAK DIPILIH

• •

5. Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

Perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali: Raja itu belum dewasa; Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda tidak berhasrat dipilih; atau Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima ahli Majlis.

LANGKAH-LANGKAH AWAL SEBELUM PEMILIHAN

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu; 7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

• • •

Mohon perkenan tarikh Mesyuarat Pemilihan. Sekiranya kekosongan berlaku kepada jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menulis surat kepada setiap Raja bertanyakan sama ada baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Raja-Raja yang tidak berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dan


18 JUN - 01 JULAI 2010

Transisi

BICARA

9

Kampung Baru perlu bangunan ikon Melayu M

ENYEBUT Kampung Baru, ia bukan lagi isu baru di negara ini. Hampir dua dekad diperdebatkan sama ada di media cetak, mahupun kedai kopi. Malah pelbagai rupa dan nama menteri silih berganti. Namun, isu Kampung Baru masih belum menampakkan plot penyelesaian. Berdasarkan penilaian tanah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) tiga tahun lalu, setiap kaki persegi (kps) kawasan itu bernilai RM270 hingga RM300 kps bagi tanah kediaman dan RM500 hingga RM600 kps bagi tanah perdagangan. Penulis Transisi, RAZALI YAHAYA dan RUDYSHAM ABD RAOF bersama jurufoto, NORATIKAH AB RAHIM mewawancara ‘Bapa Arkitek Pembangunan Kuala Lumpur’, juga bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar, 74, mengupas projek pembangunan Kampung Baru dan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mewujudkan nisbah 60:40 kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. TRANSISI: Tan Sri paling rapat dengan perancangan membangunkan Kampung Baru ketika menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur dari 1981-1992. Jelaskan usaha itu? ELYAS: Pembangunan kawasan Kampung Baru adalah inisiatif semua pihak, terutama Kerajaan. Saya bersyukur kerana terbabit.Cuma terkilan kerana hingga kini ia masih tidak berhasil. Dulu, saya mahukan pembangunan Kampung Baru dilaksanakan secara komprehensif dan tidak gemar pembangunan berperingkat kerana akan menghadapi banyak masalah. Masalah utama ialah terlalu sukar mengenal pasti pemilik tanah kerana ada penduduk sudah tidak menetap di situ. Malah, ada yang meninggal dunia. Jika kita mahu merancang pembangunan, ia perlukan strategi iaitu melalui pembangunan komprehensif. TRANSISI: Raja Nong Chik mencadangkan pelaksanaan pembangunan Kampung Baru mengikut nisbah 60:40 kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera? ELYAS: Perkara sudah dibangkitkan dan didebatkan semua pihak, termasuk saya. Menteri pula mengatakan ia hanya cadangan. Saya tidak mahu ulas panjang mengenai cadangan beliau. Bagi saya, keseluruhan pembangunan Kampung Baru perlu dilaksanakan orang Melayu 100 peratus kerana pemilik Kampung Baru adalah Melayu. Jadi, saya kurang setuju cadangan itu. Malah, saya percaya pemilik tanah Kampung Baru lebih yakin menyerahkan tanggungjawab kepada syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) bagi menguruskan pembangunan hartanah jika tidak membabitkan pertukaran hak milik tanah. Justeru, pemilik tanah dapat keuntungan daripada projek pembangunan itu tanpa perlu menukar hak milik tanah. Jadi, nisbah pemilikan 60:40 dalam membangunkan Kampung Baru bukan penyelesaian terbaik. Negara memiliki banyak syarikat gergasi milik Kerajaan seperti Tabung Haji, Kha-

zanah, Amanah Raya Berhad (ARB) dan Petronas yang boleh berkecimpung membangun dan membeli bangunan itu. Pemilik tanah boleh berurusan dengan syarikat itu menerusi saham yang akan dimiliki. Sudah tentu pemilik tanah di Kampung Baru akan tetap menuai keuntungan setiap tahun menerusi pembahagian dividen saham. Apa yang penting, tanah itu tetap milik mereka. TRANSISI: Tan Sri antara tokoh kepercayaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memastikan kewujudan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) berjaya, sekali gus menjadi ikon Malaysia. Jelaskan? ELYAS: Saya beri cadangan kepada beliau (Tun Mahathir) supaya bina dua bangunan tinggi, merangkumi bangunan kediaman dan perniagaan. Itu yang akhirnya menjadi Twin Tower (KLCC). Saya juga beri cadangan bangunan dibina secara menegak kerana ruang udara percuma. Jika pembangunan dibuat secara lebar menggunakan tanah, itu akan merugikan. Ketika itulah rancangan pembangunan komprehensif terlaksana. TRANSISI: Apakah pembangunan komprehensif seperti dilaksanakan di kawasan KLCC yang Tan Sri mahukan dalam membangunkan Kampung Baru? ELYAS: Pendekatan ini sepatutnya dilaksanakan kerana kita tidak boleh membuat lakaran pelan bangunan seperti pembinaan Puncak Baru (City Hall). Bukan tidak boleh, saya lihat sesetengah tempat boleh dilaksanakan ‘layout plan’. Pelan itu hendaklah seperti pelan indikatif dan bukan pelan definitif terperinci seperti sekarang. Pelan terperinci ini mengikat pelabur dan pemaju tanah. Pelabur dan pemaju mesti diberi kebebasan bersama pemilik tanah menentukan corak pembangunan mengikut situasi pasaran, permintaan komersial dan teknologi terkini. Paling penting, reka bentuk setiap bangunan perlu menarik dan tidak terkongkong kepada pelan sempit. Saya lebih suka jika bangunan di

Kampung Baru tidak menyaingi ketinggian KLCC. Sama tinggi tidak mengapa kerana saya mahu lihat ada sebuah bangunan mampu menjadi ikon untuk Kampung Baru kerana ia melambangkan keutuhan orang Melayu di kawasan itu. TRANSISI: Andai pembangunan komprehensif dilaksanakan di Kampung Baru, tentu jalan kampung perlu dihapuskan? ELYAS: Jalan kecil di Kampung Baru memang tidak diperlukan kecuali jalan utama kerana ia punca kesesakan. Jalan raya kecil tidak boleh dikekalkan kerana mengehadkan kebebasan perancangan (freedom of planning and development). Namun, selepas Kampung Baru dibangunkan, nama-nama sejarah boleh diberi dan dikekalkan kepada jalan baru itu. TRANSISI: Pandangan terhadap syarikat GLC membantu penduduk Kampung Baru? ELYAS: Pemilik tanah boleh joint venture (kerjasama) dengan syarikat gergasi untuk menubuhkan koperasi bagi membolehkan pemilik tanah memiliki saham dan hak pada tanah, tetapi bukan menubuhkan syarikat. Jika menubuhkan syarikat, Kerajaan boleh membantu membangunkan pembangunan. Koperasi itu memudahkan usahama dengan syarikat gergasi lain seperti Petronas, Tabung Haji dan lainlain. Tiada masalah jika ada koperasi luar ingin bekerjasama, tetapi mesti secara berperingkat dan mungkin mengambil masa hingga 20 tahun. TRANSISI: Hanya Kampung Baru perlu dibangunkan atau kawasan sekitarnya?

ELYAS: Kawasan sekitar Kampung Baru seperti Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) serta Hospital Kuala Lumpur (HKL) boleh dibangunkan bersama, kerana saya lihat keadaan hospital terlalu usang. Malah, seluruh kawasan dari Jalan Sultan Ismail hingga Jalan Tun Razak boleh dibangunkan secara komprehensif. Saya khuatir jika cara pembangunan dilaksanakan secara lot sahaja dan terpaksa bergantung kepada inisiatif. Saya merasakan sehingga 50 tahun pun tiada pembangunan. Itulah masalah dihadapi sejak 20 tahun. TRANSISI: Harapan mengenai pembangunan Kampung Baru? ELYAS: Kita melaksanakan projek bukan hanya untuk Kampung Baru, tetapi pembangunan menyeluruh (Regional Development within Wilayah Persekutuan) iaitu wilayah dalam Wilayah Persekutuan, termasuk Kampung Baru, Pasar Chow Kit, HKL, Jalan Pahang dan Jalan Tun Razak. Ini ambil masa 20 tahun. Kita buat pelan bangunkan KLCC pun ambil masa sama. Bagi mengekalkan ciri keaslian, kita tidak boleh bangunkan seluruh kawasan itu. Mana ada bangunan bersejarah di situ. Kampung Baru perlu sentiasa baru dan ciri-ciri penduduk dikekalkan. Sebanyak 30 peratus pembangunan boleh dibina dengan mempamerkan ciri-ciri sejarah kawasan. TRANSISI: Bagaimana nasib orang Melayu, apakah mereka dipinggirkan? ELYAS: Saya tidak melihat penduduk dipinggirkan jika pembangunan dilaksanakan. Malah, pemilik tanah di kawasan itu akan menjadi kaya. Misalnya, tanah dijual kepada Petronas untuk projek KLCC. Kebanyakkan pemilik kini menjadi jutawan. Jika pemilik tanah di KLCC berkeluasan 160 ekar boleh jadi jutawan. Kita mengambil secara keseluruhan. Ini adalah peluang orang Melayu mendapat keuntungan. Pembangunan itu boleh menjangkau hingga 25 tahun. Sewajarnya ditubuhkan koperasi. Kerajaan patut mewujudkan mekanisme membangunkan institusi kewangan khas bagi membiayai projek itu. Orang Melayu di situ tiada modal selain hanya memiliki tanah. Tanah patut dinilai mengikut pasaran dan diberi modal berdasarkan pasaran dan nilai tanah. Jika ada rancangan lebih inovatif dan besar, saya tidak nampak pemilik tanah ada masalah mengenai nasib mereka. Isu siapa sisih siapa, itu tidak timbul kerana itu tanah mereka.


10

BISNES

Transisi

ERDANA Menteri menggariskan lima teras strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, untuk tujuan itu, Malaysia perlu merangka pendekatan baru yang mengutamakan modal insan berkualiti, inovasi dan kreativiti selain kerajaan bertindak umpama syarikat yang berdaya saing. Beliau ketika membentangkan RMK10 di Dewan Rakyat baru-baru ini berkata, Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada struktur kos rendah untuk berdaya saing kerana arus globalisasi dan liberalisasi mewujudkan persaingan sengit dengan negara seperti China, India, Brazil, Rusia dan negara jiran. Teras pertama ialah menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi Petunjuk Utama (KPI). Teras kedua ialah dengan mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Teras ketiga, dengan menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif. Teras keempat dan kelima ialah membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia serta mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup. Dalam RMK10 yang bertemakan ‘Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial’, kerajaan memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun itu. Najib selanjutnya berkata, bagi mentransformasikan negara ke arah mencapai Wawasan 2020, RMK10 digagaskan

5 teras realisasi

P

18 JUN - 01 JULAI 2010

RMK10 daripada 10 idea, antaranya memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara. Najib, juga Menteri Kewangan, berkata, RMK10 dirangka dengan pelbagai pendekatan baru dalam perjalanan menuju ekonomi berpendapatan dan berproduktiviti tinggi sesuai dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan. Dalam rancangan itu, beliau berkata Pendapatan Negara Kasar per kapita telah disasarkan untuk meningkat kepada RM38,850 atau AS$12,140 pada tahun 2015. Katanya, pertumbuhan akan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan di samping menggiatkan semula sektor pertanian bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan. Najib berkata, dalam RMK10, kerajaan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan infrastruktur bukan fizikal termasuk pembangunan modal insan seperti pembangunan kemahiran serta keupayaan inovasi yang lebih mantap. Selanjutnya, peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal telah meningkat kepada 40 peratus berbanding 21.8 peratus dalam RMK9. “Tumpuan akan diberikan kepada program pembangunan kemahiran dan juga aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta modal teroka ke arah memu-

puk tahap inovasi negara yang lebih memberangsangkan,” katanya. Beliau berkata pendekatan itu juga adalah selaras dengan usaha menggalakkan sektor swasta untuk turut melabur dalam infrastruktur fizikal dan juga menyediakan perkhidmatan seperti latihan kemahiran. Najib berkata, RMK10 juga akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan Bumiputera adalah bilangan terbesar iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan itu. Menurutnya, sebagai langkah meningkatkan daya saing dan kecekapan pasaran serta memastikan penggunaan sumber yang lebih optimal, kawalan harga dan subsidi perlu dirasionalkan secara berperingkat untuk menghapuskan penyelewengan pasaran dan penyelewengan. “Bagaimanapun, keputusan pengurangan subsidi akan dilaksanakan selepas mengambil kira maklum balas rakyat. “Senarai terperinci program dan projek bagi pelan pusingan pertama ini akan dikeluarkan pada akhir Ogos 2010. Bagi melaksanakan program pembangunan RMK10, kerajaan akan menyediakan siling peruntukan sebanyak RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. “Untuk tujuan ini, sebanyak 55 peratus akan diagihkan kepada sektor ekonomi,

NAJIB TUN RAZAK 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus kepada sektor pentadbiran am,” katanya. Dengan merujuk semangat Piala Dunia, Perdana Menteri berkata, rakyat negara ini boleh mengiaskan kejayaan untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang maju dengan rakyat berpendapatan tinggi kepada analogi pasukan bola yang berjaya. “Bagi sesebuah pasukan bola, untuk berjaya, semua pemain daripada pasukan tersebut tanpa mengira posisi, perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan. “Jika tidak, mereka bukan saja tidak mungkin menang, malah boleh kalah teruk. Setiap pemain bermula daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang adalah sama penting. “Bagaimana hebat pun pemain bermain secara individu, tetapi mereka hanya akan menggondol kemenangan sebenar secara berpasukan. Oleh itu, setiap aset pasukan adalah berharga dan perlu dioptimumkan potensinya bagi mencapai kejayaan,” katanya.

Agenda Bumiputera berasas merit D ATUK Seri Najib Tun Razak berkata, agenda pembangunan Bumiputera tetap diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke10 (RMK10) dengan pendekatan baru berasaskan merit. Bagi tujuan itu, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan majlis peringkat tertinggi diketuai beliau sendiri yang akan berfungsi merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda berkenaan. Penubuhan majlis itu adalah satu daripada lima inisiatif strategik yang dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan masyarakat Bumiputera dalam ekonomi negara. Empat inisiatif strategik lain adalah meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui institusi berkaitan kerajaan; mempertingkat pegangan hartanah; menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta membangun guna tenaga profesional secara tuntas. “Berikutan persekitaran ekonomi global dan domestik lebih mencabar, sudah tiba masa kita melaksanakan transformasi dalam agenda pembangunan Bumiputera

bagi mewujudkan penyertaan syarikat yang berdaya saing dan berdaya maju. “Pendekatan baru ini akan berasaskan empat prinsip, iaitu mesra pasaran, berdasarkan keperluan, merit dan kelulusan,” katanya ketika berucap membentangkan RMK10 di Parlimen, baru-baru ini. Najib berkata, majlis itu akan dianggotai beberapa menteri Kabinet, pegawai kanan Kerajaan dan pihak swasta serta Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri bertindak sebagai urusetia. Menurutnya, Unit Pengurusan Projek Kementerian Kewangan akan memantau program berkaitan bagi memastikan pelaksanaan cekap dan berkesan. Bagi memperluaskan pemilikan dan kawalan ekuiti Bumiputera, Najib menyatakan program ekuiti swasta dalam syarikat pelaburan yang ada kaitan dengan kerajaan seperti Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Tabung Haji akan diperbaharui, diperkukuh dan diperluaskan. Beliau berkata, institusi pelaburan ekuiti swasta Bumiputera yang ditubuhkan kerajaan iaitu Ekuiti Nasional

Bhd (Ekuinas) pula akan membawa pendekatan baru yang lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit. “Ekuinas akan melabur dalam syarikat sederhana besar yang berpotensi tinggi agar dapat disokong hingga menjadi jaguh serta peneraju utama dalam sektor masing-masing,” katanya. Dalam usaha mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera, Pelaburan Hartanah Bhd akan menubuhkan Tabung Pelaburan Amanah Hartanah bagi mengurangkan kekangan untuk melabur dalam sektor hartanah komersial dan industri serta mendapat faedah daripada peningkatan nilai hartanah tersebut, katanya. Najib turut menyentuh mengenai Kampung Baru dengan memberi jaminan aset Bumiputera di tengah ibu kota akan dibangunkan tanpa menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai pemilik asal tanah-tanah di kawasan itu. Kerajaan juga akan mengukuhkan agensi pembangunan keusahawanan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Nasional Bhd (PUNB) dengan peruntukan sebanyak RM3 bilion.


18 JUN - 01 JULAI 2010

Transisi

BISNES

11

1,000 produk jenama 1MALAYSIA BEST S

UBANG JAYA: Seribu produk berasaskan pertanian yang diusahakan 200 usahawan tani di seluruh negara bakal diberi kelulusan menggunakan jenama 1Malaysia Best diperkenalkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), bulan ini. Fama kini memperuntukkan lesen penggunaan jenama 1Malaysia Best kepada kira-kira 600 produk yang diusahakan 138 usahawan sejak ia dilancarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Pengerusi Fama, Datuk Badruddin Amiruldin berkata, menerusi penggunaan jenama itu, usahawan berpeluang melangkah lebih jauh sekali gus meneroka pasaran tempatan dan antarabangsa dengan lebih mudah serta memperoleh pelb-

SM FAISAL

K

agai insentif kerajaan. “Antaranya pihak pengusaha mampu mengadakan promosi setiap produk diperkenalkan dan membuka peluang niaga untuk mereka di peringkat antarabangsa. “Bagi memperkasa jenama 1Malaysia Best ini, kami akan mengadakan lebih banyak kempen pengiklanan dan promosi berterusan melalui Kempen Kesedaran Jenama di media cetak serta elektronik. “Promosi juga diadakan di pasar raya, pasar tani, cawangan Fama dan pelbagai program pameran seluruh negara,” katanya kepada media pada majlis pelacaran di Subang Jaya, baru-baru ini. Beliau berkata, Fama memperkenalkan jenama 1Malaysia Best untuk membantu meningkatkan taraf dan mempromosikan produk berasaskan pertanian keluaran tempatan terutama di pasaran antarabangsa

Naza, GM jalin kerjasama automatif

UALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin berkata, kejayaan Cruze di rantau ini mengukuhkan lagi keyakinan bergabung tenaga dengan General Motors (GM) Asia Tenggara menerusi syarikat sekutunya, Pavilion Crest Sdn Bhd (Pavilion Crest). “Kami akan bekerjasama erat dalam menilai kemampuan program pemasangan automotif di Malaysia di samping meningkatkan kemungkinan sokongan kolabiratif bagi memenuhi permintaan serantau,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran Chevrolet Cruze di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, baru-baru ini. Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merasmikan kemunculan pertama Chevrolet Cruze di negara ini dengan tawaran harga pasaran menarik bermula RM97,888. Sedan kompak 1.8 liter (1,796cc) itu, yang laris di pasaran Eropah, Australia, India dan rantau Asia, dipacu pemanduan tayar hadapan menerusi transmisi automatik enam kelajuan terbaru dalam kelasnya

tersendiri dengan fungsi shiftronik. Chevrolet Cruze turut merangkul 35 anugerah termasuk pencapaian keselamatan lima bintang oleh Program Penilaian Kenderaan Baru Eropah dan Australia (Euro-NCAP dan ANCAP). Hadir sama, Presiden General Motors Operasi Asia Tenggara, Martin Apfel; Pengarah Chevrolet Malaysia, Sanjeev Garg dan Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion Crest Sdn Bhd, Datuk Marwan Mohd Said. Dalam perkembangan lain, Martin Apfel menegaskan keyakinan pihaknya dalam membawakan produk automotif terbaiknya kepada pasaran tempatan mengikut spesifikasi dan keperluan rakyat. “Contohnya Cruze mempunyai ciri teknologi dan pacuan kuasa selain reka bentuk struktur yang stabil, selesa dan dinamik untuk pemanduan efisien. Antaranya sistem penyerapan gegaran dan bunyi dari memasuki kabin kenderaan,” katanya. Bagi memantapkan lagi ciri keselamatan, Cruze memenuhi Sistem Peningkatan Kestabilan Kenderaan menggunakan brek elektronik untuk ketepatan kawalan pemanduan.

dan mewujudkan kestabilan ekonomi kepada pengusaha. “Jika sebelum ini pengusaha hendak promosi produk di luar negara terpaksa pergi sendiri, tetapi dengan jenama 1Malaysia Best ini, kita boleh bawa semua sekali bawah satu jenama dengan perbelanjaan ditanggung kerajaan. Kita memang diberi peruntukan untuk mempromosikan produk seperti ini. “Selain itu, kementerian akan menanggung 50 peratus daripada kos pengiklanan produk jenama ini bagi tujuan promosi di televisyen atau saluran media lain,” katanya. Menurut Badruddin, Fama difahamkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang menimbang meluaskan penggunaan jenama 1Malaysia Best bagi produk makanan bukan berasaskan pertanian pada masa depan.

BADRUDDIN AMIRULDIN

Perodua kekal kuasai pasaran

Alza antara produk Perodua yang mendapat sambutan.

R

AWANG: Perodua mengekalkan penguasaan pasaran pada Mei lalu dengan jualan 15,000 kereta dan anggaran agihan pasaran 29.6 peratus berikutan permintaan kukuh berterusan mendapatkan kenderaan. “Jualan 15,000 unit itu meningkat 13.6 peratus berbanding 13,200 unit dicatatkan pada Mei tahun lalu,” kata Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh. Sehingga kini, Perodua sudah menjual 78,700 kereta, meningkat 5.64 peratus berbanding 74,500 unit, diunjurkan bagi tempoh lima bulan tahun ini. Ia melonjak 23.16 peratus berbanding jualan 63,900 unit bagi tempoh JanuariMei 2009. Perodua mengunjurkan untuk menjual 176,000 unit kereta pada tahun ini berbanding 166,700 unit yang dijual

pada tahun lalu. “Kami sangat teruja dengan bilangan jualan dan percaya catatan sehingga separuh kedua akan menunjukkan angka lebih baik memandangkan jangkaan permintaan semasa Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali nanti,” kata Aminar. Beliau berkata, jualan kereta di Malaysia secara tradisi meningkat pada suku ketiga setiap tahun. Aminar ketika mengulas mengenai prestasi selepas jualan Perodua berkata, pada Mei lalu, sebanyak 137,000 penghantaran servis dicatatkan berbanding dengan unjuran 130,000 penghantaran. Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, keseluruhan 681,000 penghantaran atau 46 peratus daripada agihan pasaran dicatatkan berbanding dengan 666,000 penghantaran sepanjang tempoh Januari-Mei 2009.


12

Transisi

GLOBAL

18 JUN - 01 JULAI 2010

Facebook cetus fenomena dunia Isu privasi tidak halang Zuckerberg dominasi budaya baru komunikasi

B

eberapa minggu lagi, Facebook secara rasmi akan mencatatkan rekod 500 juta pengguna aktif di seluruh dunia. Jika Facebook diibaratkan sebagai daratan, laman web jaringan sosial itu akan menjadi negara ketiga yang memiliki populasi terbesar di dunia, dua pertiga lebih besar daripada Amerika Syarikat (AS). Lebih seorang daripada empat orang yang melayari Internet bukan setakat memiliki akaun Facebook. Malahan, mereka kembali semula ke laman web tersebut dalam tempoh 30 hari. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mark Zuckerberg, 26, mencipta Facebook ketika beliau masih menuntut di Universiti Harvard sebagai platform komunikasi untuk pelajar-pelajar dalam kumpulan atlet, Ivy League membabitkan lapan institut pengajian tinggi di timur laut AS. Namun, selepas enam tahun mencipta laman web ajaib itu, syarikat beliau kini berjaya tersenarai dalam kalangan kuasa besar web dunia seperti Microsoft dan Google. Microsoft membuatkan komputer begitu mudah digunakan setiap orang. Google membantu pengguna Internet mencari data manakala YouTube mencetuskan fenomena hiburan menerusi video talian. Kemunculan Facebook pula jauh mengatasi laman-laman web tersebut, iaitu dengan pelaburan bercirikan emosional terhadap pengguna-penggunanya. Facebook membuatkan kita tersenyum selain menimbulkan perasaan ingin bergaya dalam foto supaya dapat melihat diri sendiri di talian. Malah, ia membuatkan kita berasa gelisah apabila tiada sesiapa memberi sebarang respon terhadap komen lucu yang disiarkan. Kita juga dengan mudah akan ketawa melihat tubuh rakan-rakan sekolah yang berubah menjadi gemuk selepas menamatkan pengajian masing-masing selain berhenti sejenak menyaksikan fotofoto perkahwinan hingga kepada membaca kemas kini status peribadi mereka. Kini, ramai pengguna Internet seluruh dunia begitu selesa menjalani kehidupan seharian bersama Facebook yang berjaya mencetuskan pertembungan budaya luar biasa. Ini dikukuhkan menerusi fakta 28 peratus pengguna Facebook adalah golongan

berusia 34 tahun ke atas, mencatatkan pertumbuhan demografi terpantas dalam kalangan penggunanya. Facebook berjaya mengubah kitaran sosial masyarakat global hari inidengan membuatkan kita terbiasa kepada keterbukaan. Namun, ironinya, gergasi Internet itu mengambil peluang mengautkan keuntungan berbilion dolar daripada kegembiraan dan kesedihan yang diluahkan penggunanya. Kesediaan pengguna berkongsi apa saja, daripada masalah peribadi hingga kritikan pedas terhadap majikan, kini menjadi situasi kritikal bagi kejayaan Facebook berikutan perdebatan hangat umum mengenai tahap privasi laman web itu. Ia bermula pada 2007 apabila tetapan asal dalam inisiatif Facebook Beacon membolehkan semua kemas kini oleh rakan Facebook dihantar ke laman web pihak ketiga. Namun, fungsi Beacon itu mencetuskan pertikaian apabila akaun pengguna didaftarkan secara automatik dalam pangkalan data laman web pihak ketiga itu dengan memaksa Zuckerberg muncul menyuarakan permohonan maaf secara terbuka. Justeru, sebagai langkah mengatasi kebimbangan itu, Facebook mula mengorak langkah meningkatkan kawalan privasi dalam laman web jaringan sosial tersebut. Perubahan itu muncul susulan daripada aduan disampaikan kepada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) pada 5 Mei lalu oleh Pusat Maklumat Privasi Elektronik. Aduan setebal 38 halaman itu menggesa FTC supaya memberi penjelasan mengenai tetapan privasi bagi setiap maklumat disiarkan pengguna. Ini termasuk apa yang berlaku kepada data tersebut selepas pengguna berkongsi data itu di laman Facebook mereka. Facebook kemudian memutuskan menggubal semula polisi privasi ketika kepentingannya dalam capaian maklumat peribadi pengguna masih belum meluas. Pada April lalu, Facebook melancarkan inisiatif baru dan terbesar dipanggil Open Graph yang membenarkan pengguna menentukan apa disukai mereka untuk disiarkan di talian. Logik inisiatif ini menyatakan jika ada rakan menyarankan sesuatu aplikasi kepada pengguna Facebook, mereka biasanya akan cenderung menyukai

“Kami membina web, di mana asasnya adalah sosial� - CEO Facebook,

Mark Zuckerberg

saranan itu. Justeru atas kapasiti pengguna ramai, termasuk banyak syarikat berhasrat menarik perhatian kumpulan sasaran tertentu, Facebook kini berjaya meraih semula kepercayaan pengguna untuk memaparkan maklumat peribadi mereka di laman-laman web lain. Hasilnya, kurang daripada sebulan selepas pelancaran Open Graph, lebih 100,000 laman web sudah melakukan integrasi dengan protokol tersebut.

Facebook

117 juta

MySpace 42 juta

Pelawat sepanjang Mac (AS)

Bagi Zuckerberg, misi syarikatnya adalah untuk mewujudkan dunia yang lebih terbuka dan saling berhubungan. “Kami membina web, di mana asasnya adalah sosial,� kata Zuckerberg ketika mengumumkan Open Graph. Walaupun privasi menjadi isu utama yang sering diperdebatkan, Facebok dijangka terus relevan dalam beberapa tahun akan datang sebagai bentuk budaya baru masyarakat dunia dalam berkomunikasi dan bersosial.

Twitter 20 juta

Linkedln 14 juta


18 JUN - 01 JULAI 2010

GLOBAL 13

Transisi

Dominasi Israel dicabar Insiden Flotilla paksa Turki sertai Iran, Syria bentuk perikatan

Penduduk AS turut mengutuk serangan Israel.

T

URKI, Iran dan Syria mula membentuk perikatan kuat menentang Israel susulan daripada insiden serangan komando ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza hujung bulan lalu. Ketiga-tiga negara itu, yang banyak menyimpan kenangan pahit mengenai negara Yahudi itu, nekad untuk mengawasi kuasa ketenteraan Israel di rantau Timur Tengah. Ankara, yang pernah menjadi sekutu Tel Aviv, kini mengetuai kempen menentang kerajaan rejim tersebut selepas sembilan warganya mati dibunuh komando Israel dalam serbuan ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei lalu. Berbanding Turki, Iran dan Syria sudah lama menjadi musuh utama Israel sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Perkembangan terbaru itu membuka peluang kepada Tehran dan Damsyik untuk mengubah keseimbangan di rantau tersebut supaya lebih menguntungkan mereka. Beberapa minggu lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menganjurkan persidangan di Istanbul bagi

membincangkan pelbagai konflik di rantau berkenaan. Persidangan itu bukan saja menumpukan kepada isu serangan Israel ke atas konvoi Flotilla, tetapi turut menyentuh pembabitan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan. Persengketaan AS dan Iran berhubung program nuklear dibangunkan Tehran juga dibangkitkan, termasuk beberapa mesyuarat dua hala lain. Antara pemimpin terkenal yang hadir adalah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dan pegawaipegawai kanan dari China, India dan Pakistan. Presiden Syria, Bashar al-Assad dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas diundang sebagai tetamu jemputan. Dalam usaha menambah tekanan ke atas Israel berhubung isu Gaza, Turki menggunakan pengaruhnya untuk menenangkan situasi di Afghanistan dengan menganjurkan persidangan tersebut bersama Presiden Hamid dan Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi. Walaupun Kabul dan Islamabad kini sedang bergelut menentang Taliban di negara masing-masing, tetapi kedua-dua kerajaan itu saling mencurigai satu sama lain mengenai motif dan sasaran sebenar mereka. Hamid sedang cuba membabitkan kepimpinan Taliban dalam rundingan damai. Sebaliknya, Pakistan pula, yang bekerja keras menangani pengaruh India di Afghanistan, mahu memastikan mereka diberi peranan utama dalam sebarang rundingan damai.

Persidangan kali ini disusuli dengan Forum Kerjasama Turki-Arab yang dihadirimenteri-menteri luar dari Liga Arab dan Turki sendiri dengan semua keputusan menumpukan kepada menambahkan tekanan ke atas Israel. Beberapa tuntutan spesifik digubal bagi mendesak Israel menarik semula sekatan ke atas Gaza dan bersetuju membenarkan suruhanjaya bebas antarabangsa menyiasat serangan terhadap konvoi Flotilla. Namun, Israel terus berdegil dengan menolak kedua-dua tuntutan tersebut dengan menggunakan pelbagai alasan bagi mewajarkan tindakan ganas mereka. Recep muncul mengulangi tuduhannya bahawa Israel jelas melakukan kesalahan besar yang ada kaitan dengan keganasan terancang. Beliau kemudian menegaskan Ankara tidak akan memulihkan hubungan dengan Tel Aviv selagi negara Yahudi itu enggan bersetuju supaya siasatan bebas dijalankan. Recep turut mengambil kesempatan menggesa Presiden Mahmoud mencapai perdamaian dengan seteru politiknya, Hamas kerana syarat awal diperlukan ke arah mewujudkan negara Palestin merdeka. Mahmoud kemudian mengumumkan akan menghantar delegasi ke Gaza dan menggesa pemimpinpemimpin Hamas menerima pelan damai Mesir dalam usaha meredakan konflik dalaman. Hasrat Israel menggunakan kekuatan ketenteraan dalam menghadapi konflik serantau dijangka menghadapi kesukaran berikutan usaha Turki menggalakkan perdamaian di negara-negara sasaran Tel Aviv. Namun, kemunculan Turki sebagai musuh baru Israel diramalkan tidak mampu mengubah kedegilan Tel Aviv walaupun menghadapi tambahan tekanan. Ini kerana Israel masih memiliki sokongan besar sekutu kuatnya, AS melalui kekuatan kumpulan media dan pelobi yang menguasai sebahagian besar struktur organisasi negara tersebut.

Washington kecut perut hadapi pengaruh Yahudi Oleh Mohd Azhan Othman

K

EBERANIAN wartawan veteran Rumah Putih, Helen Thomas, 89, mengeluarkan kenyataan keras mengenai Israel bulan lalu mengejutkan banyak pihak kerana ia jelas bertentangan dengan dasar pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang pro kepada kerajaan rejim Yahudi itu. Helen ketika diajukan soalan oleh wartawan semasa Sambutan Warisan Yahudi di Rumah Putih pada 27 Mei lalu mendesak Israel supaya berambus dari bumi Palestin. Namun, kontroversi kenyataannya itu mula memuncak selepas ia tersiar dalam laman web perkongsian video, YouTube beberapa minggu lalu, seiring dengan tindakan ganas komando rejim menyerang konvoi kapal bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza. Komen yang disifatkan sebagai anti-semitik itu pantas mengundang kecaman keras pelbagai pihak, terutama daripada pertubuhan dan kumpulan pelobi Yahudi antarabangsa dan AS.

Namun, beberapa pihak lain, terutama kalangan negara Arab dan Islam, pendirian Helen mendapat pujian dan dia dianggap lebih berani berbanding Presiden Barack Obama dan anggota Kongres AS sendiri. Ada pihak menganggap komen Helen itu dipengaruhi latar belakangnya sebagai anak kepada migran dari Lebanon. Justeru, tidak menghairankan sentimen Timur Tengah mempengaruhi persepsinya terhadap Israel. Bagaimanapun, jika diimbas rekod lalu sepanjang dia membuat liputan sejak pentadbiran Presiden John F Kennedy, Helen adalah antara kelompok wartawan yang sangat kritikal kepada dasar-dasar AS, terutama membabitkan isu integriti dan keselamatan negara. Semasa sidang media di Rumah Putih pada 27 Mei lalu, Helen pernah bertanya kepada Obama bilakah beliau akan memanggil pulang askar AS dari Afghanistan, pertanyaan sama yang juga pernah diajukan kepada bekas Presiden George W Bush mengenai perang di Iraq. Helen berpendapat AS sudah jauh tersasar daripada dasar sebenar negara itu yang kononnya menyanjung tinggi kebebasan dan hak asasi manusia.

Hakikatnya, Washington sendiri campur tangan dalam menentukan pentadbiran sesebuah negara seperti dilakukannya di Iraq dan Afghanistan. Lebih menghairankan, Rumah Putih tiba-tiba menikus dan kecut perut ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan secara terbuka Tel Aviv akan meneruskan peluasan penempatan haram Yahudi di Baitulmaqdis Timur. Ini termasuk reaksi lembik Washington ketika mengulas insiden serangan ke atas konvoi antarabangsa barubaru ini. Bagi Helen, pengaruh Tel Aviv dalam mencorak struktur pentadbiran AS adalah sesuatu yang sukar diterima rakyat AS kerana ia mampu menjejaskan integriti selain mengancam keselamatan negara tersebut. Sudahnya, Helen membayar harga cukup tinggi atas sikap kritikalnya itu dengan terpaksa melepaskan jawatan sebagai kolumnis akhbar dalam Hearsts Corp selepas menerima pelbagai desakan dan kecaman daripada media-media tempatan yang dikuasai Yahudi.


14

KAJIAN ILMIAH

Transisi

18 JUN - 01 JULAI 2010

Lignozorp buat hidupan air terus bernafas S

BANGGA.... Prof Dr Nasir (dua dari kanan ) bersama di ITEX’10.

Gambar Hiasan

EMEMANGNYA tasik rekreasi, takungan rawatan kumbahan dan air bertakung termasuk air sungai beraliran perlahan, sentiasa terdedah kepada pencemaran dari pelbagai sumber sisa kotoran. Sisa kotoran boleh didapati dalam pelbagai bentuk sama ada tenggelam, terapung dan separa terapung seperti sisa masakan, sisa industri, sampah-sarap yang dibawa arus air permukaan tanah masuk ke sungai, tasik dan sebagainya. Justeru, sebagai pihak yang prihatin sudah tentu usaha untuk membersihkan perairan itu perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikuti jadual atau tempoh berkala, bergantung kepada kadar kemasukan sisa pencemaran. Ketika ini dan sebelumnya, air bertakung dan air sungai ini dibersihkan menggunakan kaedah konvensional iaitu secara menggunakan kren pengorek berantai yang mempunyai struktur lengan yang panjang.


PIALA DUNIA 18 Jun -01 Julai 2010/05 Rejab-18 Rejab1431H

www.facebook.com/Transisi

11 Jun - 12 Julai 2010

Ji Sung memukau A

KSI Park Ji Sung di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan semakin mendapat perhatian apabila tampil cemerlang dengan meledakkan salah satu gol ketika menewaskan bekas juara Eropah, Greece 2-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B. Jika Korea Selatan berhasrat mengulangi pencapaian separuh akhir 2002, wakil Asia yang mendapat julukan Taeguk Warriors itu pasti menagih khidmat Ji Sung untuk berada pada tahap terbaik. Ji Sung berkata, gol dijaringkannya ketika menumpaskan Greece adalah gol ketiga sepanjang penampilannya dalam Piala Dunia. Namun, baginya apa yang lebih penting adalah kemenangan pasukan. “Ini satu keputusan baik dan kami amat teruja,� katanya, sebaik tamat perlawanan menentang Greece.

18 & 23

Poster Gamat Bola

>> Muka 17

26

Kasut Emas

Nama : Park Ji Sung Tarikh Lahir : 25 Februari 1981 Asal : Seoul, Korea Selatan Tinggi : 175sm Posisi : Tengah Pasukan kebangsaan : Korea Selatan Kelab sekarang : Manchester United Nombor jersi : 13 Bekas kelab : Kyoto Purple Sanga (2000-2002) PSV Eindhoven - (2003-2005) Manchester United (2005-sekarang)

milik siapa?


16

PIALA DUNIA

Transisi

18 JUN - 01 JULAI 2010

Kelibat Subkhiddin kebanggaan negara

W

ALAUPUN pasukan bola sepak kebangsaan tidak berada dalam 32 negara beraksi di pentas Piala Dunia 2010, Afrika Selatan, tetapi mata peminat tempatan pasti tertumpu ke arah kelibat seorang warga Malaysia bernama Subkhiddin Mohd Salleh. Pemilihan Subkhiddin, 44, sebagai pengadil Malaysia pertama yang mengadili perlawanan Piala Dunia dengan diberi kepercayaan menjadi pegawai perlawanan keempat dalam aksi pembukaan membabitkan Afrika Selatan dan Mexico pasti mengharumkan nama negara. Subkhiddin diberi tanggungjawab membantu Ravshan Irmattov dari Uzbekistan pada perlawanan pembuka tirai antara tuan rumah, Afrika Selatan dan Mexico di Stadium Soccer City, Johannesburg di samping Rafael Ilyasov (Uzbekistan) dan Bakhadyr Kochkarov (Kyrgyzstan). Seramai 30 pengadil akan bertugas mengendalikan 64 perlawanan sepanjang Piala Dunia berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai. Sebelum ini, dua rakyat Malaysia pernah terpilih sebagai pembantu pengadil iaitu Allahyarham Kapten Halim Abdul Hamid pada Piala Dunia 1998 di Perancis, manakala Mat Lazim Awang Hamat di Piala Dunia 2002 yang diadakan secara bersama oleh Korea Selatan dan Jepun. Selain Subkhiddin, dua wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Dell Akhbar Khan akan terlibat dalam aspek keselamatan, manakala Paul Windsor sebagai komisioner perlawanan serta penyelaras gelanggang Piala Dunia 2010. Subkhiddin memulakan karier sebagai pengadil bola sepak pada 20 tahun lalu di peringkat daerah. Dia, juga guru di Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal berasal dari Bagan Ajam, Pulau Pinang , memiliki kelayakan sebagai pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa)

sejak 2000. Selepas dipilih bersama pengadil lain, Subkhiddin terus menjalani latihan penyesuaian termasuk latihan fizikal dan di-dedahkan dengan aplikasi undang-undang pertandingan dalam satu perlawanan ujian. Sebagai calon pengadil perlawanan bola sepak Piala Dunia, Subkhiddin dan pengadil lain perlu bersedia sejak tahun 2007 daripada segi fizikal, mental dan psikologi. Pada Piala Dunia Fifa 2010, Subkhiddin akan dibantu dua penjaga garisan iaitu Yuxin Mu dari China dan Jeffrey Gek Pheng dari Singapura. Pemilihan Subkhiddin diharapkan dapat menyuntik inspirasi kepada pengadil-pengadil lain dan generasi muda untuk melibatkan diri dalam bidang pengadilan bola sepak. Malah, jika kena pada gayanya, tidak mustahil hasrat untuk mengadili perlawanan Piala Dunia mampu menjadi kenyataan dan ini perlu dijadikan ‘ultimate goal’ bagi seseorang pengadil. Ketika berjinak sebagai pengadil Fifa pada 2000, orang pertama mendekati Subkhiddin ialah Allahyarham Ahmad Nazri Abdullah. Mereka sering menjalani latihan bersama dan arwah sering memberikan galakan dan kata semangat kepadanya untuk menjadi pengadil terbaik. Subkhiddin akan bersara daripada bidang pengadilan di peringkat antarabangsa pada 2012 nanti memandangkan Fifa menetapkan had umur pengadil yang mewakili badan bola sepak dunia itu adalah tidak melebihi 45 tahun.

SUBKHIDDIN MOHD SALLEH Tarikh Lahir: 17 November 1966 Asal : Parit Buntar, Perak Tinggi : 174 sentimeter Kerjaya : Guru Hobi : Bowling, snuker Penampilan Antarabangsa Sejak : 2000 • Dipilih sebagai pengadil Piala Dunia Fifa 2007 bawah 20 tahun di Kanada dengan mengadili perlawanan peringkat kumpulan antara Panama dan Argentina. • Pernah melayangkan kad merah kepada tiga pemain ketika mengadili perlawanan antara Chile dan Portugal. • Antara pengalaman dramatik dilalui adalah tindakan berani seorang pemain Portugal, Zequinha merampas kad merah ketika beliau sedang mengarahkan rakan sepasukan, Manu keluar padang. • Turut diberi tanggungjawab mengadili perlawanan antara Scotland dan Costa Rica. Antara tugas di Afrika Selatan: • Pegawai keempat bagi perlawanan Serbia bertemu Ghana dalam Kumpulan D pada 13 Jun. • Juga pegawai keempat perlawanan Brazil bertemu Korea Utara dalam Kumpulan G (5 Jun).

Hotel Olympic Sports meriahkan Piala Dunia Oleh Gan Yong Li

D

EMAM Piala Dunia kembali hangat dirasai kalangan peminat fanatik bola sepak antarabangsa dengan setiap peminat sudah memiliki pasukan kegemaran masing-masing. Hotel Olympic Sports di bawah pengurusan Waz Lian Hotel Management Sdn Bhd di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur turut memeriahkan Piala Dunia tahun ini. Pengarah Urusan Waz Lian Management, Mirnawan Nawawi, juga bekas pemain hoki kebangsaan berkata, pameran yang berlangsung lebih sebulan lalu bertujuan mempamerkan koleksi pemain-pemain bola sepak terkenal dunia. Menurutnya, idea mengenai pameran ini adalah cetusan daripada salah seorang rakan yang bertanggungjawab menyumbangkan semua koleksi dalam pameran tersebut. “Antara koleksi dipamerkan adalah jersi, autograf pemain dan poster piala dunia sejak 1930 hingga 2006.

“Saya diberikan kepercayaan oleh rakan saya untuk menjadikan hotel ini sebagai pusat pameran bagi memeriahkan lagi sambutan Piala Dunia kali ini. “Pameran ini berbeza dengan hotel-hotel lain. Koleksi dipamerkan adalah barangan peribadi yang ditandatangani sendiri oleh pemain tersebut seperti jersi dipakai Roberto Carlos dan Ronaldo serta pemain veteran lain,” katanya. Mirnawan turut bersama bekas pemain hoki kebangsaan, Ow Soon Kooi bagi menjayakan pameran berkenaan dalam usaha mengenang kembali jasa pemain veteran negara selain mempromosikan hotel itu. Skrin layar gergasi juga disediakan untuk memberi peluang kepada penonton menyaksikan perlawanan secara langsung dari ruang santai Coffee House di hotel tersebut. Orang ramai boleh mengunjungi pameran tersebut secara percuma yang berlangsung sepanjang musim Piala Dunia.

ambar on Kooi berg iri) dan Ow So n. (k ka an er w m na pa ir M ng di ra koleksi ya bersama anta


18 JUN - 01 JULAI 2010

PIALA DUNIA 17

Transisi

Perancis rindu Zidane

cent Enyeama yang menafikan beberapa percubaan Lionel Messi ketika menang tipis 1-0 ke atas Nigeria dalam saingan Kumpulan B pada 12 Jun. Tetapi saya rasa, Diego Maradona pasti lega dengan tiga mata dan gawang pasukannya tidak dibolosi. Terima kasih kepada gol tungggal, Gabriel Heinze.

J

IKA diberi pilihan, sudah pasti saya tidak mahu memilih siapa pemilik tunggal trofi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Bukan mahu menafikan keupayaan pemain hebat dunia, tetapi aksi di peringkat perlawanan awal peringkat kumpulan membuatkan saya menjadi tanda tanya adakah mereka benarbenar mahu membantu negara masing-masing atau berusaha sehingga ke kemuncak. Itu coretan hati ketua pasukan Selangor, Mohd Amri Yahyah kepada Transisi.

P

asukan pilihan saya, Perancis mengejutkan ramai pemerhati dengan aksi di bawah tahap sebenar ketika terikat 0-0 dengan Uruguay dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A pada 12 Jun lalu. Jika aksi sama diteruskan Les Blues, juara 1998 itu, sukar bagi mereka untuk mara ke pusingan seterusnya. Perancis seakan merindui sentuhan emas Zinedine Zidane yang membawa watak hero ketika menundukkan Brazil 3-0 di final 1998. Keengganan pengurus, Raymond Domenech menurunkan penjaring sepanjang zaman, Thierry Henry dalam kesebelasan utama nyata menghu-

AMRI YAHYAH Jika Argentina berhasrat memenangi kejohanan ini buat kali ketiga, saya rasa jentera serangannya diketuai Messi, Carlos Tevez dan Gunzalo Higuian perlu lebih tajam tidak seperti ketika menentang Nigeria. Maradona juga boleh menggunakan menantunya, Sergio Aguero dan Martin Palermo jika gandingan tiga serangkai itu buntu. Kegagalan jentera serangan juga dilihat memberi tekanan kepada benteng pertahanan Maradona- Walter Samuel dan Heinze yang bergelut dengan pasukan yang mengamalkan corak permainan pantas. Memang Maradona sering dikritik sejak mengambil alih tugas jurulatih Argentina tetapi jika dia dapat menyatukan pasukannya, Argentina mampu dianggap pilihan juara. Aksi kelam kabut England dan kesilapan budak sekolah penjaga golnya, Robert Green ketika terikat 1-1 dengan Amerika Syarikat dalam saingan Kumpulan C, 13 Jun lalu menimbulkan persoalan saya, adakah skuad Fabio Capello boleh dianggap pilihan juara. Saya rasa Capello perlu menurunkan penjaga gol muda, Joe Hart pemain Manchester City yang dipinjamkan kepada Birmingham City berbanding Green. Bukan menafikan keupayaan Green, tetapi Hart tampil cemerlang bersama Birmingham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Memang pengalaman Hart kurang berbanding Green tetapi prestasi semasa pemain muda itu perlu diambil kira.

Saya juga kagum dengan permainan yang ditunjukkan Park Ji Sung dalam permainan itu. Tidak hairanlah dia diangkat sebagai pemain nombor satu Asia. Tidak mengejutkan saya jika, Korea Selatan mampu mengulangi pencapaian ke separuh akhir edisi 2002. Saya menjangkakan dua pemain iaitu Messi dan ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo sebagai calon pilihan untuk menonjol di Afrika Selatan. Kedua-dua pemain ini amat merbahaya jika bola di kaki mereka. Larian Messi mengkagumkan dan keupayaan dia menggelecek beberapa pemain lawan perlu diberi perhatian. Saya tertarik dengan usaha Ronaldo melakukan trik baru setiap kali bola di kakinya. Dia juga memiliki keupayaan melakukan sepakan percuma menarik yang digeruni penjaga gol lawan. Namun saya lihat, kedua-dua pemain ini berkongsi kelemahan sama iaitu kurang gemar turun ke bawah membantu rakan lain ketika pasukan mereka diasak lawan. Apa yang pasti, saya akan terus mengikuti perkembangan Piala Dunia 2010 dengan penuh minat yang mendalam.

LIONEL MESSI

CRISTIANO RONALDO

kum diri. Sebaliknya Domenech memilih penyerang Chelsea, Nicolas Anelka yang dilihat lebih ‘all-rounded’ berbanding King Henry. Jika saya mempunyai kuasa memilih calon serangan, saya akan menggunakan formasi 4-4-2 dengan Anelka bergandingan dengan Henry di sokong pula perancang Bayern Munich, Franck Ribery dan pemain Chelsea, Florent Malouda dalam perlawanan seterusnya menentang Mexico (17 Jun) dan Afrika Selatan (22 Jun). Juara dua kali, Argentina dinafikan kecemerlangan penjaga gol Nigeria, Vin-

Saya juga merasakan Wayne Rooney memikul tugas berat dalam misi memecah gawang lawan. Gandingannya, Emile Heskey lebih berkesan dalam membuka peluang kepada rakan mencari gol dan bukan penyudah. Ini memerlukan Steven Gerrard dan Frank Lampard bergerak ke depan dan ke dalam kotak penalti untuk membantu memburu gol. Paling memikat saya setakat ini pasti Korea Selatan. Kejayaan menewaskan bekas juara Eropah 2004, Greece membanggakan Benua Asia. Pemain mereka rajin dan seolah-seolah mempunyai tenaga luar biasa ketika mengejar bola di setiap sudut padang. Mereka bermain bola sepak dengan cara betul dan penuh keyakinan.


18

PIALA DUNIA

Transisi

18 JUN - 01 JULAI 2010

GAMAT

MERI pasu

MESRA... Jurulatih Argentina, Diego Maradona melayan kerenah jurukamera sebelum perlawanan bermula.

LOLOS... Pe pemain G main Korea Selata reece. n, Park J i Sun

g (No. 7)

diasak du

a

MALU... Kesilapan budak sekolah Robert Green menyebabkan England seri 1-1 dengan Amerika Syarikat.

LEDAKAN PERTAMA... Pe main Afrika Selatan, Siphiw e Tshabalala Dunia menewaskan penja ga gol Mexico, Oscar Pe rez.


ampus K 18 Jun -01 Julai 2010/05 Rejab-18 Rejab1431H

www.facebook.com/Transisi

20

4,000 lepas an sertai Vocte SPM ch

Mara pilih universiti tersohor

21 Siswa perlu aktif penyelidikan

22 UUM terokai industri filem

M

AJLIS Amanah Rakyat (Mara) hanya menawarkan tajaan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian luar negara di universiti tersohor, bermula tahun depan. >> Muka 21


20

KAMPUS

Transisi

Perluas kuasa autonomi S

EBAHAGIAN besar universiti tempatan yang menepati syarat akan diberi kuasa autonomi sepanjang Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). Laporan rancangan pembangunan lima tahun negara (RMK10) yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini, menyebut langkah itu adalah antara usaha bersepadu kerajaan untuk meningkatkan kompetensi siswazah dan kebolehpasaran modal insan negara. Buat masa ini, Universiti Sains Malaysia (USM) mempunyai kuasa autonomi. USM adalah universiti Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) pertama sejak program itu diperkenalkan pada 2008 bertujuan meningkatkan inovasi, prestasi dan menggalakkan kecemerlangan universiti terbabit. Universiti APEX diberi kuasa autonomi dalam bidang tadbir urus, sumber manusia (lantikan anggota sokongan, staf akademik dan pengurusan atasan), kewangan dan pengambilan pelajar. Selain memperluaskan pemberian autonomi kepada universiti penyelidikan dan universiti awam lain, beberapa pendekatan digariskan dalam RMK10 bagi meningkatkan kompetensi siswazah di negara ini seperti berikut: * Pembaharuan kontrak Naib Canselor bergantung kepada prestasi universiti dengan petunjuk prestasi utama (KPI), antara lain, adalah kebolehpasaran siswazah. * Pembiayaan institusi awam akan berasaskan prestasi, antara lain, bersandarkan prestasi yang dikaitkan dengan Sistem Penarafan Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA). * Program Perkongsian Pemindahan Pengetahuan (KTP) akan diperkenalkan pada 2011 bagi meningkatkan kerjasama industri dengan universiti

Lepasan SPM bakal sertai Voctech

berkaitan dalam memperkukuhkan kerjasama industri dan penyelidikan. * 2,730 kursus pengajian sedia ada akan disemak semula bagi memastikan pematuhan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia bagi menyeimbangkan kandungan akademik dan kemahiran awal. * Semua politeknik disusun semula dengan menawarkan kursus di peringkat diploma dan ijazah serta mengurangkan secara berperingkat kursus peringkat sijil menjelang akhir 2015. * Tiga politeknik sedia ada akan dinaik taraf kepada politeknik premier untuk melaksanakan penyelidikan gunaan melalui kerjasama dengan industri berkaitan bagi memupuk inovasi dan teknologi baru. * Menjelang akhir RMK10, staf akademik berkelayakan PhD di universiti penyelidikan disasarkan sebanyak 75 peratus, manakala universiti awam lain 60 peratus berbanding 35.9 peratus pada 2009. * Bagi mencapai sasaran ini, program MyBrain15 menetapkan matlamat meningkatkan pemegang PhD kepada 18,000 pada 2015 dan 60,000 pada 2023 dengan RM2.26 bilion diperuntukkan bagi menyediakan biasiswa kepada 16,800 staf akademik melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Seramai 20,000 pelajar tercicir akan mendapat manfaat daripada liputan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang akan diperluaskan dalam RMK10 dengan RM150 juta diperuntukkan bagi tempoh berkenaan.

18 JUN - 01 JULAI 2010

MUHYIDDIN YASSIN

K

IRA-KIRA 4,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijangka mengikuti pendidikan Vokasional-Teknikal atau Voctech sebaik saja tiga Sekolah Menengah Vokasional (SMV) baru dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) siap sepenuhnya menjelang 2015. Penyertaan itu dilihat meningkat sebanyak 20 peratus dan usaha untuk meletakkan Voctech ke tahap tertinggi menjadi agenda utama Kementerian Pelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini. Menurut beliau, Kementerian Pelajaran menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menarik lebih ramai pelajar mengikuti pendidikan aliran vokasional supaya setanding dengan Eropah yang mampu menarik 50 peratus pelajarnya mengikuti aliran itu. Muhyiddin, juga Menteri Pelajaran berkata, kementeriannya akan menstrukturkan semula Sekolah Menengah Teknik (SMT) kepada SMV dalam tiga fasa dengan memfokuskan kepada program vokasional dan kemahiran.

Beliau berkata, Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) akan digunakan sebagai sayap utama vokasional untuk kegunaan pendidikan di sekolah menengah harian berhampiran. “Sebagai langkah permulaan, dua KIP dikenal pasti untuk dijadikan Vocational Wings pada 2012. Kita akan menambah dua SMV untuk golongan murid kurang upaya (OKU) dan menghadapi masalah pembelajaran. “Kini, ada dua sekolah untuk golongan ini di Indahpura, Johor dan Shah Alam, Selangor. Di samping itu, ada tiga sekolah menengah harian yang menawarkan mata pelajaran vokasional kepada murid OKU,” katanya. Muhyiddin berkata, kementerian juga akan menambahbaikkan subjek vokasional di sekolah menengah harian supaya setaraf dengan SMV sedia ada bagi membolehkan sekolah itu turut diiktiraf industri dan badan profesional. Menurutnya, bagi meningkatkan kompetensi guru vokasional dan kemahiran sedia ada, 4,764 guru akan dilatih dan ditauliah kemahiran sekurangkurangnya mencapai kemahiran minimum iaitu tahap tiga Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mulai tahun depan. “Justeru, proses pengambilan guru vokasional dan kemahiran baru akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka mencecah 10,000 orang pada 2015,” katanya.

PSH jadi teras lahir masyarakat berilmu

P

EMBELAJARAN Sepanjang Hayat (PSH) akan dijadikan salah satu daripada tujuh teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dalam usaha memastikan negara mampu melahirkan masyarakat berilmu dan berkemahiran tinggi. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, berkata PSH perlu diarusperdanakan di negara ini supaya masyarakat yang dilahirkan lebih bermutu tinggi dan mampu bersaing di peringkat global. “Proses PSH adalah an-

tara pendekatan yang mampu memberi nilai tambah kepada masyarakat khususnya pekerja yang menjadi penyumbang kritikal kepada produktiviti dan pembangunan negara. “Kita berada dalam zaman pengetahuan dan maklumat, justeru kita perlu terjemahkannya sama ada benar atau tidak kita sebuah negara berpengetahuan. Segala kemajuan dan pertumbuhan ekonomi bergantung kepada penguasaan pengetahuan yang ada pada masyarakat,” katanya kepada media selepas merasmikan bangunan

Pusat Pembelajaran Shah Alam Open University Malaysia (OUM) baru-baru ini. Sehingga kini, kata Mohamad Khaled, kira-kira 90,000 enrolmen pelajar yang mengambil bahagian dalam PSH di 12 institisi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini seperti OUM, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Teknologi Malaysia. “Kerajaan turut menitikberatkan pendidikan tidak formal selain pendidikan secara formal dan di situlah relevannya PSH yang meru-

pakan salah satu daripada tujuh teras PSPTN, “ kata beliau. Sehubungan itu, katanya, bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan PSH dapat dilaksanakan dengan sempurna kementerian telah melantik Presiden/Naib Canselor OUM Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali untuk mempengerusikan satu jawatankuasa khas bagi menyediakan ‘blue print’ pembudayaan PSH. Mohamed Khaled berkata ‘blue print’ itu diharap mampu menjadi salah satu rujukan utama kepada semua pihak dalam usaha

kementerian menjayakan serta membudayakan PSH di kalangan masyarakat. Menerusi teras pembudayaan PSH, kementerian telah menggariskan empat pelan tindakan iaitu meningkatkan mekanisme dan prasarana PSH; memperkemaskan kerangka pengiktirafan PSH; mempertingkatkan usaha promosi dalam menggalakkan orang awam menyertai PSH dan menyediakan pembiayaan secukupnya untuk menyokong program pembudayaan PSH.


18 JUN - 01 JULAI 2010

KAMPUS

Transisi

21

Siswa perlu aktif penyelidikan M

ahasiswa digalakkan membabitkan diri dalam bidang penyelidikan bagi mencapai matlamat negara untuk mewujudkan nisbah 60 penyelidik bagi 10,000 tenaga kerja di negara ini. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, matlamat di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) itu akan diteruskan ke RMK-10 memandangkan ia masih lagi jauh untuk dicapai. “Mengikut data semasa, nisbah Penyelidik, Saintis dan Jurutera (RSE) kepada tenaga kerja di Malaysia pada tahun 2008 ialah 17.9:10,000, dan masih jauh ketinggalan dari negara-negara maju yang telah mencapai sehingga 400:10,000,” katanya kepada media selepas melancarkan Makmal Biokeselamatan Tahap 3 (BSL3) Pusat

Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Saifuddin berkata, selain mewajibkan pensyarah menjadi penyelidik, mahasiswa juga digalak untuk menjadi pembantu penyelidik kepada pensyarah mereka. Beliau berkata, program praktikal juga akan diperbanyakkan di institusi penyelidikan bagi mendedahkan mahasiswa tentang metodologi serta prospek kerjaya sebagai penyelidik. “Kita akan mulakan dari awal untuk menjadikan mahasiswa biasa dengan kerjaya penyelidik, dan kita nak cuba pupuk untuk menjadikan penyelidik sebagai kerjaya masa depan,” katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Mikrobiologi Perubatan PPUM Prof Dr Sazali Abu Bakar berkata, makmal itu adalah yang pal-

ing moden dan yang pertama di negara ini yang akan digunakan bagi pengesanan dan penyelidikan penyakit berjangkit mikrobakteria khususnya penyakit Tibi. “Fasiliti ini adalah juga yang pertama di Asia Tenggara yang memenuhi standard piawaian 2010 Australia dan New Zealand bagi makmal terkawal,” katanya. Sazali berkata, dengan penubuhan makmal itu, pengesanan penyakit Tibi yang kebiasaannya mengambil masa satu hingga enam bulan akan dapat disingkatkan kepada dua minggu sahaja. Selain itu, ciri-ciri makmal yang moden juga akan dapat melindungi penyelidik daripada dijangkiti penyakit yang diselidik, selain membantu mereka membuat penyelidikan mengenai penyakit baru.

SAIFUDDIN ABDULLAH

Enam universiti dipilih Mara >> Dari Muka 19

MOHD SHAFIE APDAL Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Mara memberi fokus tajaan kepada pelajar ke universiti yang mempunyai reputasi baik dan tersohor di peringkat antarabangsa. Untuk pelaksanaan dasar baru tajaan itu, enam buah universiti yang berada dalam senarai berkenaan ialah Oxford, Harvard, Cambridge, London School of Economics, Imperial College dan Universiti Monash di Australia. Bagaimanapun katanya, tajaan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di luar negara untuk pengajian ijazah pertama dan peringkat sarjana, akan tertakluk kepada bidang kritikal seperti perubatan, patalogi dan bius. “Dasar baru yang dipersetujui kerajaan itu akan membolehkan Mara mengutamakan tajaan untuk pelajar di universiti tempatan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Royal College of Medicine Perak, di Ipoh baru-baru ini. Mohd Shafie berkata, pelaksanaan dasar baru itu akan membolehkan Mara memberi keutamaan menaja penuntut cemerlang di universiti tempatan dan sekali

Antara enam universiti yang menjadi pilihan Mara gus dapat mengurangkan perbelanjaan agensi berkenaan. Katanya, banyak universiti tempatan mempunyai kualiti dan kemudahan pembelajaran yang setanding dengan universitiuniversiti luar negara. “Dasar baru ini adalah berita baik untuk pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Untuk tahun ini sahaja, kita dapat lihat persaingan mendapatkan tajaan semakin meningkat. “Umum mengetahui bahawa tajaan pengajian di luar negara jauh lebih mahal berbanding pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang kualiti pengajiannya tidak kurang hebatnya,” katanya. Beliau berkata, dasar baru pembiayaan pendidikan Mara itu akan membuka lebih

banyak peluang kepada bakal penuntut di IPT pada masa depan. Buat masa ini, hanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Mara menaja pelajar dalam jumlah yang besar.

Mara memberi fokus tajaan kepada pelajar ke universiti yang mempunyai reputasi baik dan tersohor di peringkat antarabangsa

UNIVERSITI PILIHAN MARA:

* Universiti Oxford * Universiti Harvard * Universiti Cambridge * London School of Economics * Imperial College * Universiti Monash


22

KAMPUS

Transisi

UUM terokai industri filem

PEMBIKINAN... Salah satu penggambaran yang dijalankan oleh UNIFILM.

G

ABUNGAN kepakaran akademik antara kalangan mahasiswa dengan penggiat industri perfileman tanah air akan melahirkan sebuah produksi kebanggaan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dikenali sebagai Unifilm (Uniutama Film Centre). Menerusi penubuhan produksi milik UUM itu, ia akan menjadikan universiti berkenaan sebagai pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang media elektronik. Unifilm yang dianggotai 20 kakitangan menempatkan studio dan kelengkapan teknikal bernilai kira-kira RM1juta itu mengorak langkah memperkembangkan perkhidmatannya kepada jabatan-jabatan, kolej dan pelbagai agensi sama ada swasta atau kerajaan, pihak korporat, penyelidik, tokoh akademik atau orang perseorangan. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Prof. Dr. Dahlan Ismail memberitahu, penstrukturan Unifilm yang dahulunya dikenali sebagai Unit Penyiaran UUM adalah sebuah Unit Audio Visual yang bermula penubuhannya pada 1984. Katanya, ia kini beralih arah setelah mengalami penjenamaan semula yang dikenali dengan nama Unifilm.

DAHLAN ISMAIL Beliau berkata, penubuhan Unifilm adalah cetusan idea Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi yang bertujuan menjana pendapatan kepada universiti melalui perkhidmatan audio visual dan produksi. Katanya, untuk menjadikan Unifilm cemerlang, sokongan daripada pelbagai pihak diperlukan dan pihaknya kini bekerjasama erat dengan Persatuan Pengarah Filem (FDAM) dan Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA) untuk mempelbagaikan lagi aktivitinya. Menurut Dahlan, Unifilm telah menjalin hubungan rapat dengan Perbadanan Filem

Nasional (FINAS) dalam usaha untuk menerbitkan lebih banyak kajian bagi mempertingkatkan pemasaran, pengurusan dan perkembangan industri filem tanah air. ‘’Langkah ini supaya suatu hari nanti, UUM mampu dinobatkan sebagai industri yang mampu memberi pulangan besar kepada negara menerusi film. ‘’Kita juga akan mengekalkan imej keintelektualan dalam setiap karya supaya ia dapat dihayati dan memberi kesan kepada masyarakat selain usaha yang memerlukan perkongsian dan percambahan idea bukan hanya daripada penulis skrip dan pengarah tetapi di kalangan ahli akademik,” katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, beberapa projek inovasi telah dirancang dalam menjayakan Unifilm iaitu penglibatan dalam Video Klip Kemiskinan, Video Klip Kajian Kes, Produksi Filem berskala besar bertajuk Panglima Awang Hitam. Katanya, berpegang kepada tiga prinsip iaitu Kualiti, Kepantasan dan Kos (QSC), pastinya Unifilm mampu memberi sumbangan yang menyerlah terhadap perkembangan Industri Perfileman, penyiaran dan seni tanah air. Sementara itu, Pengarah Unifilm, Zaini Kosnin, berkata, pihaknya menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk Single Camera Production (SCP), Multiple Camera Production (MCP) untuk aktiviti-aktiviti anjuran universiti, pertubuhan pelajar UUM serta organisasi luar pada kadar harga yang sangat kompetitif dan berpatutan. Selain itu, pihaknya juga akan menerbitkan video korporat, video latihan, video persembahan dan perasmian sesuatu majlis. Katanya, krew Unifilm yang lengkap dengan penerbit rancangan, wartawan, jurukamera, pereka multimedia, arkib, juru audio, juruteknik dan beberapa kakitangan lain pastinya akan memuaskan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan produksi berkenaan. Unifilm akan memulakan langkahnya untuk menerbitkan drama televisyen, dokumentari, filem dan lain-lain program yang akan memberi sumbangan kepada pembangunan seni tanah air Dengan pengalaman selama 10 tahun, penulis skrip telemovie dan drama bersiri popular Halimah Jongang yakin Unifilm mampu meletakkan UUM setanding dengan produksi tempatan yang lain.

18 JUN - 01 JULAI 2010

Aktiviti kampus Jun 2010

Program: Majlis Pembukaan Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Putra Malaysia Tarikh: 21 Jun Tempat: Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan Program: 3rd World Halal Research Summit 2010 (WHR) Tarikh: 23-25 Jun Tempat: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Program: Minggu Perkasa Putra Pelajar Baharu Semester Pertama 2010/2011 Tarikh : 26 Jun-11 Julai Tempat: Dewan Besar,UPM

Program: World Halal Research Summit 2010 Tarikh: 23 - 25 Jun Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) Program: The 4th Lecturing in English Course (N-LiE4) 2010 Tarikh: 21-24 Jun Tempat: Berjaya Hills Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Program: Pensijilan Pengajaran dan Pembelajaran IPT di Universiti Malaysia Kelantan Tarikh : 20 – 24 Jun Tempat : Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Krew penerbitan UNIFILM yang terlibat dalam pembabitan filem pendek ‘Impian’.


18 JUN - 01 JULAI 2010

PIALA DUNIA 23

Transisi

T BOLA!!!

IAH... Penyokong tuan rumah tidak melepaskan peluang menyokong ukan kesayangan mereka.

a menjaringkan gol perta

SORAKAN MERAH... Penyokong Korea Selatan meraikan kemenangan pasukan mereka menewaskan Greece 2-0.

ma Piala

stralia, Pemain Au . .. D A K G LAYAN h n kad mera dilayangka

o. 4)

(N Tim Cahill

APA SALAH SAYA... Penyerang Perancis, Thierry Henry (kanan) bertikam lidah dengan pengadil, Nishimura.


24

PIALA DUNIA

Transisi

Nadi Korea Selatan >> Dari Muka 15

J

urulatih Korea, Huh Jung-Moo memuji prestasi cemerlang ketua pasukannya itu. “Dia ketua pasukan dan nadi kami. Pemain lain boleh mencontohi komitmen yang diberikannya ketika turun padang,” katanya. Di Korea Selatan, Ji Sung boleh diibaratkan seperti bintang bola sepak terkenal, David Beckham. Dia adalah idola, hero dan ikon anak muda di negara itu dengan ramai anak muda Korea memasang impian mahu mengikut jejaknya untuk menyarung jersi Manchester United (MU) Bukan setakat di Korea, rakyat Asia turut berbangga dengan Ji Sung kerana dia adalah satu-satunya rakyat Asia yang berjaya menempatkan diri dalam kesebelasan kelab liga Inggeris itu. Di Afrika Selatan, Ji Sung diberi tanggungjawab mengetuai Korea Selatan berdasarkan pengalamannya dalam dua edisi Piala Dunia (2002, 2006). Kehadiran Korea Selatan tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi selepas mereka berjaya mencipta kejutan layak ke separuh akhir 2002, di bawah bimbingan Guus Hiddink. Pada kejohanan itu, Ji Sung menjaringkan gol kemenangan Korea Selatan ke atas Portugal pada minit ke-70 untuk membawa pasukannya ke separuh akhir. Sebenarnya, Hiddink adalah individu penting yang bertanggungjawab membuka laluan kepada Ji Sung beraksi dalam kancah bola sepak Eropah. Dia memulakan karier bola sepaknya secara profesional seawal usia 18 tahun bersama kelab Jepun, Kyoto Purple Sangga. Selepas Piala Dunia 2002, yang menyaksikan Korea mengejutkan Sepanyol dan Itali dalam laluan ke separuh akhir, Ji Sung meninggalkan Asia untuk mengikut

PARK JI SUNG Hiddink ke kelab Belanda, PSV Eindhoven. Di PSV, Ji Sung mencuri perhatian selepas menjaringkan gol ketika menentang AC Milan pada separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pada 2005. Dia perlahan-lahan mencipta reputasi di Belanda dalam musim pertamanya bersama PSV. Dua tahun kemudian, bola sepak Eropah sudah mula sebati dalam diri apabila membantu PSV memenangi kejuaraan berganda pada 2005. Tuah terus menyebelahi Ji Sung apabila aksinya menarik perhatian pengurus MU, Sir Alex Ferguson dan dia kemudian dibawa ke Old Trafford pada Julai 2005 dengan harga perpindahan bernilai £4 juta (RM19 juta). Itu pun selepas Ferguson melihat aksi Ji Sung sebanyak 20 kali sebelum membuat keputusan mengikatnya. Ketika itu, beliau dituduh membeli pemain Asia itu sekadar melariskan jualan jersi MU bagi tujuan komersial. Namun, Ji Sung kini dianggap antara pemain yang mendapat kepercayaan jurulatih dari Scotland itu dan kerap diturunkan

dalam perlawanan penting MU. Ferguson menegaskan bahawa dia tidak membawa Ji Sung ke Old Trafford hanya sekadar untuk menjual publisiti dan jersi kelab. “Ketika saya melihatnya beraksi pada peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang PSV pada 2005, saya rasa pemain ini (Ji Sung) memahami bola sepak. “Dia bijak dan berdisiplin serta mampu beraksi di posisi berbeza. Tetapi anda boleh katakan apa saja mengenai setiap pemain yang kami beli,” katanya. Malah, Ferguson turut memuji aksi cemerlang Ji Sung selepas menyaksikan aksi cemerlang anak buahnya itu ketika menewaskan Greece. “Tiada lain yang mampu saya katakan selain pujian kepada Ji Sung. Dia tidak pernah mengecewakan. Dia pemain yang berkualiti dan Korea Selatan beruntung memiliknya,” katanya. Di Old Trafford, Ji Sung menjulang tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah walaupun tidak beraksi di perlawanan akhir menentang Chelsea. Ji Sung adalah pemain yang rajin dan bertenaga walaupun posisi sebenarnya adalah di tengah. Namun, dia juga mampu beraksi di segenap penjuru padang, termasuk membantu pasukannya memecah benteng pertahanan lawan. Dia satu-satunya pemain Korea Selatan yang memenangi medal Liga Juara-Juara Eropah dan pemain Asia pertama beraksi di pentas final Eropah. Dia juga berjaya mendakap Piala Kelab Dunia bersama Red Devils. Ji Sung melakukan 89 penampilan dengan menjaringkan 13 gol bersama MU. Tiga gol dalam tiga penampilanya di Piala Dunia untuk meletakkan dirinya sebaris penjaring sepanjang zaman Korea Selatan di Piala Dunia, Ahn Jung-Hwan.

18 JUN - 01 JULAI 2010

Tarikh

Perlawanan

Masa

18 Jun

Jerman lwn Serbia

7.30 mlm Astro

Slovenia lwn Amerika Syarikat

10 mlm Astro

England lwn Algeria

2.30 pg Astro

Belanda lwn Jepun

7.30 mlm Astro

Ghana lwn Australia

10 mlm TV1, Astro

Cameroon lwn Denmark

2.30 pg Astro

Slovakia lwn Paraguay

7.30 mlm TV1, Astro

Itali lwn New Zealand

10 mlm TV1, Astro

Brazil lwn Ivory Coast

2.30 pg TV1, Astro

Portugal lwn Korea Utara

7.30 mlm TV1, Astro

Chile lwn Switzerland

10 mlm Astro

Sepanyol lwn Honduras

2.30 pg Astro

Mexico lwn Uruguay

10 mlm Astro

Perancis lwn Afrika Selatan

10 mlm Astro

Nigeria lwn Korea Selatan

2.30 pg TV1, Astro

Greece lwn Argentina

2.30 pg Astro

Slovenia lwn England

10 mlm Astro

Amerika Syarikat lwn Algeria

10 mlm TV1, Astro

Australia lwn Serbia

2.30 pg Astro

Ghana lwn Jerman

2.30 pg Astro

Slovakia lwn Itali

10 mlm Astro

Paraguay lwn New Zealand

10 mlm Astro

Denmark lwn Jepun

2.30 pg Astro

Cameroon lwn Belanda

2.30 pg TV1, Astro

Portugal lwn Brazil

10 mlm Astro

Korea Utara lwn Ivory Coast

10 mlm Astro

Chile lwn Sepanyol

2.30 pg TV1, Astro

Switzerland lwn Honduras

2.30 pg Astro

19 Jun

20 Jun

21 Jun

22 Jun

23 Jun

24 Jun

25 Jun

26 Jun

Pusingan 16 terbaik

FAKTA

Ji Sung meraikan gol jaringannya ketika menentang Greece.

Semasa kanak-kanak, Ji Sung bertubuh kecil dan dipaksa ayahnya memakan katak rebus untuk membantu tumbesaran tubuhnya.

26 Jun

Plwn 1: 1A lwn 2B

10 mlm TV1, Astro

Plwn 2: 1C lwn 2D

2.30 pg Astro

27 Jun

Plwn 3: 1D lwn 2C

10 mlm Astro

Plwn 4: 1B lwn 2A

2.30 pg TV1, Astro

Plwn 5: 1E lwn 2F

10 mlm TV1, Astro

Plwn 6: 1G lwn 2H

2.30 pg Astro

Plwn 7: 1F lwn 2E

10 mlm Astro

Plwn 8: 1H lwn 2G

2.30 pg TV1, Astro

28 Jun

29 Jun


18 JUN - 01 JULAI 2010

PIALA DUNIA 25

Transisi

Fakta nombor Piala Dunia 2010 >> Ketika Piala Dunia 1954, 140 gol dijaringkan >> 15,000 sukarelawan dan 41,000 pegawai polis ditugaskan di Kejohanan 26

2010 >> 10 stadium di Afrika Selatan mampu memuatkan lebih 570,000 orang sepanjang kejohanan berlangsung.

Piala Dunia

perlawanan dengan rekod purata dalam setiap perlawanan.

.

>> 2

>> Penyerang Brazil, Ronaldo Luis Nazario de menjaringkan 15 gol dalam

>>

3 penyertaannya di Piala Dunia. 1994

Pada , legenda Cameroon, Roger Milla muncul pemain tahun dan tertua beraksi di pentas Piala Dunia dengan usia hari.

42

39

5.4 gol bagi 4

kad merah kuning diperoleh

dan kad bintang Peran-

cis, Zinedine Zidane Piala Dunia adalah kad terbanyak.

edisi dalam rekod layangan

3

>> Sebanyak 204 negara bersaing merebut 32 slot di Piala Dunia tahun ini. Hanya tempat Afrika Selatan terjamin selaku tuan rumah.

>>

Jaringan terpantas oleh penyerang Turki, Hakan tang Korea pada

2002,

Piala Dunia dicipta Sukur ketika meneniaitu

11 saat.

>> Sebanyak 3 juta tiket diperuntukkan untuk 64 perlawanan, 480,000 daripadanya adalah untuk peminat Afrika Selatan.

>> Pemenang tahun ini akan membawa pulang AS$30 juta (RM100 juta).

>> Skuad Brazil berjaya memenangi Piala Dunia sebanyak 5 kali. >> Pemain Jerman, Lothar Matthaeus memegang rekod penampilan perlawanan terbanyak di Piala Dunia, dan

1998

.

25 perlawanan antara 1982

>> 13 slot diperuntukkan untuk zon Eropah, Afrika (5), Asia (4) dan Amerika Selatan (4), CONCACAF (3) manakala 2 slot lagi ditentukan melalui perlawanan

play-off.


26

PIALA DUNIA

Transisi

18 JUN - 01 JULAI 2010

Kasut Emas milik siapa?

P

IALA Dunia sentiasa menjadi medan untuk pemainpemain bola sepak dari segenap benua mempamerkan kehebatan masing-masing di peringkat teringgi. Sudah pasti jentera peledak yang bertanding dalam Piala Dunia Afrika Selatan tahun ini merencana strategi terbaik untuk meraih gelaran penjaring terbanyak, sekali gus memenangi anugerah Kasut Emas. Ronaldo, Gerd Muller, Gary Lineker, Paolo Rossi adalah antara nama besar yang pernah mendakap anugerah tersebut. Kini di Afrika Selatan, barisan penyerang terbaik dunia sekali lagi akan berentap memburu penghormatan sama. Pada empat tahun lalu di Jerman, legenda Brazil, Ronaldo mencatatkan sejarah tersendiri dengan meledakkan 15 gol sepanjang tiga edisi Piala Dunia disertainya, mengatasi rekod dicipta penyerang Jerman, Muller pada 1970. Ronaldo muncul penjaring terbanyak pada 2002 dengan lapan gol dan turut membantu skuad samba itu muncul juara kali kelima. Aksi cemerlangnya itu memadamkan memori pahit ketika tewas kepada Perancis semasa final 1998 selepas bermain di bawah keupayaan sebenar akibat masalah kesihatan. Bekas penyerang prolifik Inter Milan, Barcelona dan Real Madrid itu adalah pemain Brazil kelima yang menjadi penjaring

terbanyak pada pusingan akhir Piala Dunia. Terdahulu, bekas rakan sepasukan, Vava dan Garrincha berkongsi status sama pada 1962 bersama empat pemain lain. Kejohanan empat tahun lalu juga menyaksikan penyerang tinggi lampai, Miroslav Klose berjaya membawa pulang anugerah penjaring terbanyak dengan mengumpul tujuh gol pada pusingan kelayakan walaupun Jerman sekadar mara ke separuh akhir. Justeru, Klose kali ini pasti berhajat besar untuk memburu Kasut Emas buat kali kedua selain membantu negaranya menjulang Piala Dunia buat kali keempat. Namun, bukan Klose seorang saja menyimpan hasrat itu. Dia bakal disaingi hebat penyerang sensasi England, Wayne Rooney yang tampil cemerlang bersama kelab elit Inggeris, Manchester United musim ini. Pada Euro 2004, penampilan awal Rooney terbatas akibat kecederaan dialami dan dia juga kurang cergas ketika mewakili skuad Three Lions itu pada Piala Dunia 2006. Namun, jika ada mana-mana anak buah Fabio Capello yang mampu menyamai pencapaian Kasut Emas dilakukan Gary Lineker, hanya penyerang Red Devils itu dilihat berpotensi melakukannya. Selain itu, bekas rakan sepasukan Rooney di Old Trafford, Cristiano Ronaldo turut diletak-

Malaysia, bila lagi?

K

Oleh Muhammad Amsyari Ismail

EHANGATAN Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan bukan saja menggamit perhatian seluruh dunia, tetapi tempias turut dirasai rakyat negara ini. Walaupun tiada nama Malaysia dalam 32 negara bertanding, kita boleh berbangga dengan kelibat individu bernama Subkhiddin Mohd Salleh sebagai pegawai keempat perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah dan Mexico yang berkesudahan 1-1. Malam itu, saya lepak minum bersama rakan-rakan di kedai mamak dekat Bukit Antarabangsa. Turut bersama kami adalah seorang rakan yang kebetulan memang bukan kaki bola. Entah apa mimpi dia lepak dengan kami tidak pula saya ketahui. “Kau sokong pasukan mana, Epoi (bukan nama sebenar)?” “Aku tak sokong mana-mana, tapi nak tengok Subkhiddin turun padang. Kalau Malaysia main, aku tentu sokong punya!” katanya, selamba. Jawapan spontan Epoi itu membuatkan kami semua ketawa sebelum terhenti tiba-tiba ketika menyaksikan kelibat Subkhiddin masuk

kan sebagai pilihan utama untuk menjulang trofi Kasut Emas. Pemain kebangsaan Portugal itu menjaringkan 42 gol dalam semua kejohanan ketika menyarung jersi United selain muncul penjaring terbanyak untuk kelab barunya, Real Madrid sepanjang penampilan sulungnya di Sepanyol. Brazil meletakkan tugas memburu gol di bahu penyerang Sevilla, Luis Fabiano yang turut tersenarai dalam calon merangkul Kasut Emas tahun ini. Fabiano menjaringkan lima gol ketika membantu negara itu menjuarai Piala Konfederasi pada tahun lalu. Seteru Brazil, Argentina memiliki banyak pilihan di jentera serangan dengan dibarisi kelibat Lionel Messi, Carlos Tevez, Gonzalo Higuain dan Sergei Aguero, juga menantu Diego Maradona. Bekas penyerang Argentina, Mario Kempes, yang menjaringkan enam gol pada 1978 dan Guillermo Stabile dengan lapan gol (1930) adalah bekas pemenang Kasut Emas dari rantau Amerika Selatan itu. Peminat bola sepak dunia juga boleh memilih Sepanyol untuk muncul juara Kasut Emas tahun ini memandangkan skuad bimbingan Vincente del Bosque itu memiliki gandingan penyerang berbisa di peringkat Eropah iaitu Fernando Torres dan David Villa. Status Torres tidak perlu diperkenalkan lagi selepas golnya membantu Sepanyol muncul

juara Euro 2008, manakala Villa pula adalah penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman di negara tersebut. Aksi garang Villa di hadapan gawang dengan 21 gol bersama Valencia dalam saingan La Liga musim ini menarik perhatian kelab gergasi Sepanyol, Barcelona mengikatnya beraksi di Nou Camp musim depan. Bintang Atletico Madrid, Diego Forlan yang membantu kelabnya menjuarai Piala Europa musim ini akan mengetuai barisan serangan Uruguay dalam usaha menjuarai Piala Dunia buat kali ketiga sejak kali terakhir memenanginya pada 1950. Beban berat juga digalas penyerang Perancis, Nicolas Anelka yang beraksi cemerlang bersama Chelsea musim ini walaupun dia dilihat kurang menyerlah ketika menyarung jersi kebangsaan. Anelka diramalkan sukar mengulangi pencapaian cemerlang dilakukan Just Fontaine yang meledakkan 13 gol pada 1958. Dia dijangka beraksi sebagai penyerang tunggal kerana Thierry Henry dijangka hanya diturunkan selaku supersub.

bersama pengadil perlawanan, Ravshan Irmatov dari Uzbekistan dan dua pembantu pengadil, Rafael Ilyasov (Uzbekistan) dan Bakhadyr Kochkarov (Kyrgyzstan). Sedar tidak sedar setiap kami tersenyum bangga. Dalam fikiran saya terbayang senyuman mereka semua ketika melihat detik skuad kebangsaan kita memijak padang semasa kejohanan Piala Dunia. Bola sepak Malaysia belum pernah ke Piala Dunia dan entah bila akan berjaya. Walaupun sudah dua kali layak bertanding ke Sukan Olimpik, pada 1972 dan 1980, tetapi hajat besar itu masih belum kesampaian. Kita masih lagi mencari tempat di kalangan sepuluh negara Asia Tenggara, apatah lagi di peringat Asia. Mungkin edisi Piala Dunia kali ini bakal menyaksikan kebangkitan bola sepak Asia. Korea Selatan membuktikan tiada apa yang mustahil apabila mengejutkan bekas juara Eropah 2004, Greece, 2-0 . Korea Selatan, yang layak ke separuh akhir Piala Dunia 2002, menunjukkan kepada dunia betapa mereka memiliki kelas tersendiri dengan ditunjangi bintang sensasi Manchester United, Park Ji Sung. Malangnya, di sebalik kerancakan kejohanan bermusim itu, kita masih lagi terus dibuai dengan kenangan lama, tidak ubah seperti lagu ‘Sandarkan Pada Kenangan’ yang dinyanyikan penyanyi kegemaran Epoi, Jamal Abdillah. Legenda negara, Datuk Soh Chin Aun dan Santokh

LUIS FABIANO

WAYNE ROONEY

FERNANDO TORRES

Singh berterusan mengingatkan kita mengenai rasa bangga dirasai mereka ketika menyarung jersi negara selain tidak pernah memikirkan soal imbuhan. Hero-hero negara itu hampir berjaya membawa Malaysia ke Kelayakan Piala Dunia. Malah, mereka membantu negara ke Sukan Olimpik 1972 dan 1980. Hakikatnya, kelangsungan perjuangan mereka gagal diteruskan generasi kita. Sehingga hari ini, hanya dua kejayaan terbesar itu kekal dalam sejarah bola sepak negara. Selain itu, kita cuma mampu berbangga dengan beberapa kejayaan kecil seperti Sukan Sea dan Pestabola Merdeka. Ketika beribu-ribu peminat tempatan memakai jersi Brazil, Argentina, Sepanyol dan England, kita perlahan-lahan mula melupakan keinginan dan keperluan bola sepak Malaysia beraksi di pentas dunia. Tiada keinginan dan mudah berpuas hati dengan bersandarkan pada kenangan lalu membuatkan kita hilang keyakinan diri hingga menganggap aksi Piala Dunia adalah bukan untuk kita.


18 JUN - 01 JULAI 2010

Transisi

KAJIAN ILMIAH

27

“Saya yakin ciptaan ini boleh dipasarkan tahun depan jika ada pihak tertentu mahu bekerjasama dengan USM dalam membangunkan kilang bagi menghasilkan produk berskala besar” rp.

UJI... Bahan Lignozo

Sisa kotoran yang dikorek oleh kren atau jentera berat yang berbentuk lumpur atau cairan pekat enap cemar biasanya dibuang ke tempat yang ditetapkan seperti di pusat pelupusan sampah atau pun dimasukkan ke loji penyahan sisa enap cemar kumbahan yang diselenggarakan oleh Indah Water Konsortium (IWK). Prosedur sebegini agak menyukarkan kerana melibatkan proses pengangkutan dan permohonan permit pembuangan sampah serta caj pengusaha pusat pelupusan yang tinggi. Oleh itu, satu penyelidikan bertujuan mencari kaedah moden yang bebas daripada kesulitan di atas, boleh dilakukan secara setempat pada bila-bila masa dengan cara yang mudah dicipta. Satu kumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai Penyelidik Pusat Pengajian Sains Kimia, Prof Dr Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim dan Norliana Mohd Salleh, pelajar Sarjana Kimia Industri, mencipta sejarah berjaya menemui satu teknologi pemecah kebuntuan dalam menyelenggara pencemaran air tasik dan sungai yang dicemari bahan berat logam. Penemuan terkini kumpulan penyelidik universiti itu nyata berupaya membolehkan air tercemar dengan sisa toksik seperti plumbum kuprum, kromium dan sebagainya dapat digunakan semula. Apa yang lebih menggembirakan ialah ciptaan itu mampu membolehkan kehidupan air boleh bernafas tanpa ada sebarang masalah. Inovasi yang dikenali sebagai Lignozorp atau penjerap logam berat, sekali lagi berjaya meletakkan nama USM dalam senarai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terbaik negara apabila menerima Pingat Emas pada pameran Teknologi, Inovasi dan Merekacipta 2010 (ITEX ‘10) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini. Bercakap kepada Transisi, Lignozorp dihasilkan

Teknologi digunakan untuk hasilkan Lignozorp. daripada tandan kelapa sawit kosong yang diekstrak menjadi ‘lignin’ dan ia sangat sesuai digunakan untuk menjerap logam berat bagi perawatan air buangan yang dihasilkan daripada kitaran sisa pertanian. “Kami tidak menjangka berjaya meraih pingat emas di Itex ’10 baru-baru ini. Ia satu pencapaian terbaik bagi saya dan kumpulan, terutama kepada Norliana. Saya hanya percaya bahawa keistimewaan yang ada pada Lignozorp ialah kos penghasilannya yang sangat rendah serta mampu jerap logam berat dalam air sisa pertanian yang dilihat antara faktor utama kepada pencemaran alam sekitar,’’ katanya. Dalam satu kajian sebelum ini diakui bahawa perairan yang bertakung dan sungai yang tercemar, sekiranya tidak dirawat akan menyebabkan satu pembentukan kualiti perairan negara merosot dan sukar untuk kembali kepada keadaan asal kecuali menggunakan kaedah berteknologi tinggi yang memerlukan kos yang amat tinggi. Antara masalah atau isu yang dihadapi dalam merekabentuk sistem perawatan air tasik dan sungai yang sudah tercemar dengan bahan logam berat ialah: • Keperluan untuk mencuci dasar yang tidak seragam, sama rata dan berlekuklekuk.

ekabentuk proses baru untuk disesuaikan dengan keadaan dan jenis sisa pencemaran dalam mengurangkan permintaan oksigen biologi (BOD) dan pepejal terampai. Menurut Dr Mohamad Nasir, produk Lignozorp dapat dihasilkan dengan kos serendah RM4 sekilogram (per kg) berbanding produk komersial yang mencecah sehingga RM 900 per kg. Selain murah, ia turut membuktikan Lignozorp mampu mengurangkan nilai keperluan oksigen kimia (COD) dan keperluan oksigen biologi (BOD) dalam air buangan, menjadikan ia satu produk yang mempunyai nilai tinggi dalam pasaran. “Bayangkan,kami hanya guna tandan kelapa sawit kosong untuk cipta Lignozorp dan bahan ini juga mampu mengitar semula sisa pertanian itu kepada produk bernilai tinggi yang mampu menyelesaikan satu lagi masalah pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran logam berat. Di sini, boleh kita lihat bahawa kosnya begitu rendah sekali,” katanya. Beliau berkata, produk berkenaan dibangunkan selama dua tahun melalui pembiayaan geran penyelidikan USM berjumlah RM18,570 dan sudahpun dipatenkan pada 31 Disember tahun lalu. “Saya yakin ciptaan ini boleh dipasarkan tahun depan jika ada pihak tertentu mahu bekerjasama dengan USM dalam membangunkan kilang bagi menghasilkan produk berskala besar,” katanya. Sememangnya usaha dan ciptaan yang dilakukan penyelidik USM perlu diiktiraf bukan sahaja daripada Itex, malah semua pihak yang bertanggungjawab dalam perairan negara kerana Lignozorp mampu menyelesaikan segala masalah kehidupan air sekali gus mengurangkan bau busuk.

• Keperluan untuk mencuci tasik atau sungai yang bentuk tepiannya tidak seragam seperti empat segi, bulat dan sebagainya. • Sisa pepejal yang tidak seragam dari segi saiz selalunya tersangkut di jaringan penapis menyebabkan tersumbat dan adakalanya sehingga pam penyedut enap cemar turut tersumbat. • Keperluan untuk mengawal bot atau kapal dari jauh agar proses penyenggaraan tasik dan sungai dapat dilakukan secara kawalan jauh. • Pemilihan teknologi proses sedia ada yang sesuai untuk merawat pelbagai jenis rawatan sisa pencemaran dalam sungai yang tidak konsisten serta keperluan mer-

Pingat emas ITEX

’10.


28

Transisi

AGAMA

Soal/Jawab

Suami minta duit jika mahu cerai SOALAN SAYA baru berkahwin lima bulan. Bagaimanapun, keharmonian yang dibina itu tidak kekal lama dan kami kini mengalami masalah rumahtangga. Kami memutuskan untuk bercerai dan suami saya meminta RM5,000 jika hendak bercerai dengannya. Apakah hukumnya? Patutkah saya membayar sedangkan masalah kami berpunca dari suami?

18 JUN - 01 JULAI 2010

Oleh itu, langkah yang paling baik berbincang dengan ahli keluarga cadangan untuk berpoligami. Sekiranya ada persetujuan, boleh membuat permohonan poligami di Mahkamah Syariah yang berdekatan.

Tidak perlu keluar saf solat

Samsiah Mohd Ismail Kota Bharu, Kelantan.

Boleh lakukan Solat Jama’ Atau Qasar SOALAN ASSALAMUALAIKUM. Saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai solat jama’ dan qasar. Saya tinggal di Melaka dan bekerja di Subang Jaya. Setiap hari saya akan berulang dari Melaka ke tempat kerja di Kuala Lumpur. Jika diikutkan kepada hukum, jarak itu sudah melebihi dua marhalah. Soalannya, adakah saya dikira musafir? Ini kerana setiap hari saya akan berulang dari Melaka ke Subang Jaya. Jadi, apakah saya layak solat jama’ dan qasar? Ini kerana saya pasti terlepas solat maghrib setiap hari disebabkan sampai sahaja di rumah, sudah masuk waktu isya’. Apa yang harus saya lakukan. Mohd Daud Samad Alor Gajah, Melaka. JAWAPAN 1. Jika jarak antara tempat tinggal dengan tempat kerja melebihi dua marhalah (iaitu 85 KM), saudara harus jama’ dan qasar solat sekalipun berulang-alik setiap hari antara rumah dan tempat kerja. 2. Saudara boleh memilih sama ada hendak melakukan jama’ taqdim atau takhir. Jama’ taqdim ialah menyegerakan solat isyak dengan melakukannya dalam waktu maghrib (ia dilakukan sebaik selesai menunaikan solat maghrib). Jama’ takhir ialah dengan menangguhkan solat maghrib ke dalam waktu isyak (melakukannya bersama solat isyak). Namun jika saudara berniat jama’ takhir dan meneruskan perjalanan hingga sampai ke tempat tinggal saudara, tidak harus lagi saudara mengqasarkan solat kerana saudara tidak lagi dinamakan musafir (kerana sudah sampai di kawasan tempat menetap). Ini bermakna saudara perlu melakukan solat isyak secara sempurna (4 rakaat) berserta solat maghrib (3 rakaat). Saudara tidak harus lagi mengqasarkan isyak (2 rakaat) kerana saudara tidak berada dalam safar (permusafiran).

JAWAPAN Rumahtangga yang dibina bukan untuk diruntuhkan dengan sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah dari segi syarak. Oleh yang demikian, puan boleh membuat aduan di unit kaunseling bagi mengatasi masalah demikian. Sekiranya tiada juga jalan penyelesaian terhadap perkara berkenaan, puan boleh membawa kes itu di mahkamah syariah yang berdekatan bagi memohon perceraian. Untuk makluman puan, perceraian tidak boleh dilakukan di luar mahkamah. Jika berlaku juga, denda akan dikenakan kepada si suami. Ini bergantung kepada keputusan hakim mahkamah syariah berkenaan. Mengenai duit yang dipohon oleh pihak suami, puan tidak perlu bayar kepadanya sehinggalah pihak mahkamah memutuskannya terlebih dahulu.

Bakal madu pening sikap isteri pertama SOALAN SAYA dan teman lelaki ingin berkahwin. Bagaimanapun, isterinya tidak mahu berpoligami dan tidak mahu menandatangani borang poligami.Disebabkan situasi ini, kami tidak dapat bernikah. Adakah cara lain untuk saya bernikah tanpa perlu mendapat tandatangan isterinya? Ini kerana saya ingin berkahwin di sini dan disaksikan keluarga saya dan bukan bernikah di luar negara. Adakah terdapat dalam Islam perlu meminta persetujuan dan tandatangan isteri untuk suami berkahwin lagi, atau adakah itu hanya undang-undang ciptakan manusia? Patimah Alimuddin Alor Setar, Kedah. JAWAPAN Islam mengharuskan poligami sekiranya suami itu berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan. Terdapat perbezaan antara Akta atau Enakmen antara negeri-negeri berkaitan keizinan isteri pertama untuk poligami.

SOALAN Saya ada sedikit masalah. Imam di tempat saya apabila membaca surah-surah dan fatehah, bacaannya tidak fasih dan sebutannya tidak qari. Contoh sebutan ha disebut dengan kho, huruf zai disebutkan huruf zo. Apakah yang harus saya buat, sama ada mufarakah atau terus mengikutinya. Kalau mufarakah, nanti timbul fitnah, tetapi mengikutinya rasanya tak redha hati saya. Tolong berikan penjelasan. Mohd Salam Ali Kuantan, Pahang. JAWAPAN Salah satu syarat menjadi imam ialah seorang yang betul dan fasih bacaannya. Dalam hal ini saudara boleh mufaraqah daripada imam dan meneruskan solat seperti biasa tanpa keluar daripada saf (tempat saudara berada semasa mengikut imam). Bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan makmum yang lain (sekiranya saudara berada di tengah-tengah saf atau di saf hadapan) saudara boleh meneruskan solat (dengan niat mufaraqah) dan mengikut perbuatan imam.

Pasangan nikah gantung boleh ‘bersama’ SOALAN SAYA ada kemusykilan dengan adat dan syariat tentang jimak selepas nikah. Seringkali kita mendengar peristiwa seperti nikah gantung. Dikatakan mengikut adat, suami isteri dalam nikah gantung belum boleh ‘bersama’ sebelum kenduri. Adakah itu sama dengan dosa menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal? Jika betul, siapakah yang menanggung dosa tersebut kerana menyiksa batin keduadua suami isteri berkenaan. Baharudin Mustapha Bangi, Selangor. JAWAPAN Konsep nikah gantung tidak wujud dalam Islam. Dengan demikian suami isteri yang sah boleh melakukan persetubuhan walaupun belum diadakan majlis kenduri. Apabila suami isteri telah sah berkahwin tidak timbul persoalan dosa dalam perhubungan suami isteri.


18 JUN - 01 JULAI 2010

Transisi

AGAMA

Harta ikut faraid

F

ARAID adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Oleh itu harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya seperti anak, isteri, suami, ibu. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris seperti zakat dan nazar, serta wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah: 1. Tanah 2. Bangunan (rumah). 3. Barang kemas (emas, perak dll). 4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak). 5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll. CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapa di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapa yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

1. Ashabul-Furud Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu. 2. Asabah Golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat tiga jenis asabah iaitu: (a) Asabah Binafsih (b) Asabah Bil Ghoir (c) Asabah Maal Ghoir. (a) Asabah Binafsih Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain.\ Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki

saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa. (b) Asabah Bil Ghoir Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Ia terdiri daripada empat orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan. (c) Asabah Maal Ghoir Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Ia terdiri daripada dua orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan). 3. Dhawil-Arham Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah keduaduanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengam-

29

bil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Terdapat empat golongan DhawilArham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada dua jenis iaitu Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman. (a) Hijab Nuqshon Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya seperti suami daripada menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu. (b) Hijab Hirman Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka.

Kadar dan syarat setiap ahli waris

Berikut adalah bahagian yang diperolehi ahli waris mengikut syarak 1/2

Tidak mempunyai anak ATAU Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki.

1/4

Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki.

1/4

Tiada anak ATAU Tiada cucu dari anak lelaki

1/8

Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki

1/2

Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki.

2/3

Dua orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki

ASABAH BI-GHAIRIH

Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki

1/2

Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak.

2/3

Mempunyai dua orang atau lebih DAN tiada anak.

1/6

Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan seorang anak perempuan.

ASABAH BI-GHAIRIH

Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki. Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU dua anak perempuan atau lebih.

1/6

Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa.

1/3

Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3 dari baki

Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri.

Sama seperti bapa

Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa

1/2

Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikannya Asabah.

2/3

Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah.

ASABAH

Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk

Terhalang oleh

disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki.

1/2

Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah.

2/3

Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah.

1/6

Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa

Asabah

disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk.

Terhalang Oleh

1. Bapa 2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung 3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan 4. Saudara lelaki kandung

1/6

Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki.

1/3

Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki.

Terhalang oleh

Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki.


30

SIHAT

Transisi

18 JUN - 01 JULAI 2010

Risiko diabetes wanita hamil punyai kesan terhadap metabolisme gula dalam badan seseorang. Kesan peningkatan hormon tersebut menjadikan kandungan gula dalam darah turut meningkat. Jika sistem imbangan hormon tidak lancar, khususnya apabila hormon insulin dikeluarkan tidak cukup untuk menurunkan paras gula dalam darah, maka diabetes akan berlaku. Keadaan tersebut menjadi lebih buruk jika wanita itu mengidap kencing manis sebelum hamil dan menerima rawatan secara suntikan atau diabetesnya dikawal dengan mengurangkan ambilan gula dan kanji (dieting). Keadaan diabetes ini lebih sukar distabilkan ketika wanita itu hamil. Dua situasi tersebut memiliki beberapa kesan buruk, terutama terhadap bayi dalam kandungan dan juga ibu mengandung. Sesetengah wanita memiliki potensi mengidap diabetes ketika hamil. Ciricirinya adalah seperti berikut:

R

AMAI wanita tidak menyedari mereka boleh mengidap diabetes atau kencing manis ketika hamil, sekalipun secara zahir mereka sihat dan tidak pernah menderita penyakit berkenaan. Ini disebabkan kandungan hormon, khususnya hormon estrogen dan progesterone yang meningkat dengan begitu tinggi semasa hamil. Hormon itu mem-

Tanda diabetes 1. Perasaan haus terus menerus. 2. Berat badan turun mendadak. 3. Kerap buang air kecil. 4. Cepat letih. 5. Rasa gatal. 6. Koma dalam kes-kes tertentu.

Komplikasi diabetes 1. Kegagalan buah pinggang. 2. Penyakit jantung. 3. Mati pucuk. 4. Kerosakan otak. 5. Buta.

Tanda diabetes kronik 1. Berat badan pesakit merosot. 2. Rasa kebas atau sakit pada tangan atau kaki.

Keguguran di peringkat awal boleh berlaku dan ia lebih kerap terjadi pada peringkat empat hingga lima bulan. Biasanya, jika bayi itu selamat dilahirkan, mereka memiliki berat badan berlebihan berbanding bayi normal. Justeru, ia menimbulkan komplikasi kepada si ibu. Situasi ini mampu menjejaskan proses kelahiran secara normal dan memerlukan pembedahan. Bayi dengan berat berlebihan akibat diabetes juga menimbulkan kesulitan ketika melahirkannya secara forsep atau cara lain. Ada kemungkinan kepala bayi atau bahunya cedera dan boleh menyebabkan kematian. Bayi dilahirkan ibu yang mengidap diabetes terdedah kepada masalah pernafasan atau kekuningan. Bayi yang mengalami masalah pernafasan berisiko maut pada peringkat awal, sejurus selepas dilahirkan.

• Ada ahli keluarga terdekat seperti ibu, nenek, adik beradik mengidap diabetes. •Pernah mengalami keguguran, khususnya keguguran berulang kali. • Pernah melahirkan anak terlalu berat, melebihi 4.5 kilo gram. • Pernah mengalami masalah bayi dalam rahim atau bayi mati ketika dilahirkan. • Memilki berat badan berlebihan, me lebihi had Indeks Jisim Tubuh (BMI). • Pernah melahirkan anak cacat.

Kesan diabetes kepada Ibu Wanita yang mempunyai ciri-ciri diabetes kemungkinan besar mengidap penyakit itu. Proses tersebut dicetuskan melalui kehamilan, terutama apabila ia berlaku berulang kali. Kehamilan dianggap sebagai keadaan yang memberi tekanan dan mengganggu imbangan hormon dan akhirnya mencetuskan diabetes. Diabetes menjadi semakin tidak stabil dalam kalangan wanita hamil yang dikesan mengidap penyakit berkenaan. Mereka memerlukan ubat-ubatan atau suntikan yang lebih daripada dos biasa. Penyesuaian ubat amat penting dalam mengatasi masalah yang mungkin dialami bayi dalam kandungan

Jika anda termasuk dalam golongan di atas, sebaiknya dapatkan penjagaan dan pemeriksaan rapi ketika hamil supaya gejala itu tidak berulang semasa kehamilan berikut. Diabetes juga boleh dikawal pada kehamilan seterusnya. Diabetes yang tidak terkawal dan tidak stabil boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.

Tanda kencing manis Diabetes ketika hamil tidak mempunyai sebarang tanda. Justeru, jika memiliki ciriciri seperti dinyatakan, amat penting bagi mereka menjalani ujian air kencing. Wanita hamil perlu mendapat penjagaan rapi sejak peringkat awal. Jika disahkan mengidap diabetes, rawatan sewajarnya boleh diberikan. Air kencing pengidap diabetes mengandungi kand-

3. Luka pada kaki yang sukar disembuhkan 4. Koma.

Cara uji pesakit diabetes 1. Jika air kencing dihurung semut, kemungkinan besar orang itu mengidap diabetes. 2. Gunakan kertas uristix untuk menguji air kencing. Jika warna kertas berubah, orang itu sah mengidap diabetes.

Cegah diabetes 1. Bersenam secara teratur. 2. Tidak merokok. 3. Jaga berat badan ideal. 4. Kawal kadar glukosa dalam darah. 5. Lakukan pemeriksaan kesihatan. 6. Buat pemeriksaan mata secara berkala. 7. Ambil gula berkalori rendah.

ungan gula yang banyak. Namun, tidak semua air kencing wanita hamil yang mengandungi gula termasuk dalam kumpulan pesakit diabetes. Sesetengahnya hanya mengalami masalah buah pinggang. Buah pinggang yang tidak boleh menahan kebocoran gula dalam darah menyebabkan ia dikeluarkan menerusi air kencing. Ini boleh berlaku ketika wanita itu hamil kerana mekanisme penapisan gula dalam buah pinggang menjadi lemah. Namun, ia bukan petanda penyakit. Menangani masalah diabetes Langkah pertama, wanita itu perlu memastikan berat badan mereka tidak berlebihan. Ini kerana pelbagai jenis penyakit boleh berlaku akibat masalah kegemukan, terutama ketika hamil. Jika seseorang wanita melebihi had BMI, mereka perlu mendapat nasihat pakar pemakanan mengenai bahan dan cara pemakanan yang baik. Kawalan makanan, khususnya makanan yang mengandungi gula dan zat kanji seperti nasi, roti atau mi adalah sangat penting ketika hamil. Corak pemakanan perlu dikawal rapi kerana dikhuatiri menyebabkan diabetes dan darah tinggi. Sebaliknya, makanan ketika hamil sepatutnya perlu mengandungi zat protein, vitamin dan besi yang banyak terdapat dalam daging, ayam, sayur dan bijian. Ibu hamil yang mengidap diabetes akan melahirkan anak secara normal jika mendapat penjagaan rapi. Seandainya timbul masalah, misalnya diabetes tidak dapat distabilkan atau terdapat tanda yang mengancam nyawa bayi dalam kandungan, ada kemungkinan kelahiran secara pembedahan diperlukan. Namun, keadaan ini jarang berlaku. Sebahagian besar wanita tersebut bersalin secara normal walaupun ada sebilangan kecil perlu melahirkan anak lebih cepat menerusi kaedah induction of labour. Pada keseluruhannya, diabetes tidak begitu membahayakan wanita hamil, tetapi ia boleh mengancam bayi dalam kandungan.

PETUA CEGAH BARAH

1. Makan bijan, kekacang, ubi dan ma kanan berakar lebih tujuh set hidangan sehari.

4. Kurangkan ambilan daging mera h, makanan berlema k dan bergaram.

2. Makan pelbagai jenis sayuran dan buahbuahan lebih lima set hidangan sehari.

5. Lakukan senaman konsisten setiap mi nggu. atau 20-30 mi nit sehari.

3. Hadkan ambilan gula dan elak maka nan diproses seperti da ging burger, sosej dan naget.

6. Jauhi alkohol dan tembakau. Jangan minum minuman beralkohol dan berhen ti merokok.


18 JUN - 01 JULAI 2010

Transisi

SIHAT

31

Keajaiban sel stem epal Mampu melambatkan proses penuaan Oleh Muhammad Amsyari Ismail

R

AHSIA keajaiban untuk kekal sihat, kelihatan muda dan bertenaga ditemui sejak berabad lama. Malah ramai individu tidak kira wanita atau lelaki sanggup berhabisan wang ringgit untuk memiliki pakej menarik itu. Tetapi percayakah anda, hanya dengan sebiji epal mampu mengatasi masalah penuaan. Mungkin agak sukar untuk kita mempercayainya tetapi itulah realitinya kerana buah itu mengandungi bahan anti oksidan tinggi. Hasil kajian turut mendapati epal bukan sahaja dianggap bahan anti-pengoksida, malah boleh mencegah penyakit barah. Pengurus Unit Perniagaan Mibelle Biochemistry Switzerland, berkata Dr Fred Zulli, pengambilan sebiji epal atau jusnya setiap hari mampu melambatkan proses penuaan. “Sel stem epal berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan memperbaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk

pigmen kulit. “Sel hayat dalam badan manusia mempunyai jangka hayat terhad, di sebabkan faktor peningkatan usia selain keadaan persekitaran dan pemakanan harian yang tidak sihat. “Ia secara tidak langsung menyebabkan kulit kurang anjal dan tegang serta otot tisu pada kulit mengedut, sekali gus mempercepatkan proses penuaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Di Switzerland, penduduknya mengamalkan makan sejenis epal diberi nama Uttwiler Spatlauber yang membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan. Buah epal ini sangat istimewa kerana ia berupaya kekal segar dalam tempoh 6 hingga 8 bulan walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk. Sebuah syarikat tempatan, Go Cell International Sdn Bhd mengambil inisiatif berkongsi kebaikan buah-buahan dengan mengeluarkan produk minuman kesihatan

diberi nama Go Geous. Go Geous, produk stem sel pertama di Asia yang dihasilkan daripada ekstrak buah epal, Uttwiller Spathlauber. Ia memiliki satu gabungan formula bahan yang sangat hebat seperti kolagen ikan, ekstrak beri acai, ekstrak batang pain, ekstrak biji anggur, L Arginine dan campuran beri. Ia adalah spektrum seimbang yang lengkap bagi vitamin, mineral, protein, antioksida, Omega 3, 6 & 9, fiber dan nutrisiphyto lain yang diperlukan untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif. Sel stem epal yang terdapat dalam produk ini menggunakan kaedah PhytoCellTec. Lebih menarik buah ini kaya dengan phytonutrien, protein dan mempunyai sel hidup yang panjang. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hazimi Hamid, berkata Go Geous boleh dijadikan makanan tambahan kepada penggunanya kerana ia bukan saja berupaya melambatkan proses penuaan malah menjadikan anda sihat dan lebih bertenaga. “Produk ini boleh diminum sesiapa

saja tanpa mengira umur dan ia tidak mendatangkan bahaya kepada ibu mengandung,” katanya. Kebanyakkan orang akan kehilangan sebanyak 30 peratus fiber kolagen ketika mereka mencecah usia 40-an dengan menyebabkan kedutan dan kulit mula mengendur. Rousselot Hydrolysed Collegen ini membantu mempertahankan dan meningkatkan fiber kolagen yang menjadikan kulit lembut, tegang dan sihat dari dalam. Produk ini juga berupaya memulihkan sistem kardiovaskular, risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta mengawal diabetis, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melegakan sakit sendi. Go Geous sememangnya produk kecantikan lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki yang mampu menjadikan seseorang itu kelihatan menawan, menarik, cantik, cergas dan sihat dari luar dan dalam. Maklumat lanjut mengenai produk Go Geous boleh layari blog: http://gogeousbisnes.blogspot.com

“Sel stem buah epal berkesan untuk menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk memperbaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit” - Fred Zulli

Faktor genetik pengaruhi risiko barah testis LONDON: Sepasukan saintis Britain menemui tiga faktor genetik baru bagi barah testis yang membentuk kumpulan penyakit paling kerap menyerang kalangan lelaki muda. Tiga gen itu dikenal pasti sebagai TERT, ATF7IP dan DMRT1. Ketua saintis dari Institut Penyelidikan Barah (ICR), Clare Turnbull berkata, TERT dan ATF7IP adalah gen yang sangat penting dalam mengekalkan kepanjangan yang betul pada penghujung kromosom, dipanggil telomeres. Masalah kependekan telomeres dapat dikesan dalam banyak barah dan variasi genetik dalam TERT yang ada kaitan dengan barah lain, termasuk paru-paru, buah pinggang, rahim, pankreas, kulit dan prostat.

Gen DMRT1 pula memainkan peranan penting dalam penetapan jantina dan sudah lama dikaitkan dengan perkembangan barah testis bagi tikus. Penemuan terbaru itu dijangka membantu pesakit barah testis dalam mendapatkan diagnosis awal dan rawatan lebih baik. Kajian dibuat membabitkan imbasan ke atas 6,000 corak gen lelaki daripada kumpulan pengidap dan bebas barah testis. Hasilnya, saintis mengesan variasi genetik dalam tiga bahagian besar yang biasa ditemui dalam tubuh pesakit barah. “Kehadiran gen-gen di bahagian tersebut memberikan kami petunjuk kepada mekanisme yang menyebabkan berlaku barah testis. Ini membantu kami

membangunkan cara rawatan baru bagi penyakit berkenaan,” kata saintis ICR, Nazneen Rahman. Bagi mengesahkan kajian itu, pasukan saintis melakukan analisis susulan terhadap 670 pesakit barah testis dan 3,500 lelaki yang tidak mengidap penyakit tersebut. Lelaki berusia 15 hingga 45 tahun adalah golongan yang paling ramai menderita barah testis. Namun, penyakit itu termasuk dalam kumpulan barah yang boleh dirawat kerana ia bertindak balas dengan baik kepada rawatan kemoterapi. Bagaimanapun, rawatan tersebut menyebabkan kebanyakan mereka yang pulih daripada penyakit itu menghadapi masalah kesuburan.

Barah testis memiliki komponen genetik kuat dan lelaki yang mempunyai saudara lelaki yang mengidap penyakit itu berisiko lapan hingga 10 kali ganda membangunkan sel barah tersebut. Penyakit barah testis boleh dipulihkan menggunakan sel barah dalam testis rawatan kemoterapi Risiko mengidap barah testis daripada kaitan talian darah adalah sangat tinggi berbanding jenis barah lain iaitu sekitar dua kali ganda.


32

UJI MINDA

Transisi

Teka Silang Kata

SUDOKU

1

2

3

4

3 1 9 4 1 6 1

7 2 4

8 4 3 5 9 2 6

6 2 8 4 3 5

9 5 2 3 8 7 4

1 9 4 6

18 JUN - 01 JULAI 2010

6

8

8

5

7

9

10

1 2

12

13

14

6 1 3

11

MELINTANG 1. Di sampaikan pada khalayak ramai 4. Kata hairan 7. Nama askar kepunyaan sultan 8. Perbuatan kekerasan, tekanan 10. Kantung 12. Gagal 14. Sejenis alat muzik kecil bertali bertali empat

Anda peka?

KE BAWAH 1. Huruf ke-23 dalam abjad jawi 2. Mencangkul tanah 3. Unit SI yang berkaitan dengan elektrik 5. Perkataan ‘dari’ 6. Orang ke dua tertinggi di dalam negara 8. Benda tajam di perbuat daripada besi 9. Tanya 11. Sejenis pengangkutan awam di Singapura 13. Ya, baiklah, akur, bersetuju

Menantu hantu

Cari 5 perkara yang sama tapi tak serupa

S

uatu hari ketika si suami sedang menonton televisyen, bapa mertua lalu di hadapan dan tiba-tiba rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabut si suami, isteri dan ibu mertua datang meluru sambil menggoncang tubuh bapa mertua. Namun, bapa mertua hanya diam dan langsung tidak bergerak. Ibu mertua yang panik melihat situasi mencemaskan itu pantas menyuruh menantu mengajar bapa mertua mengucap. Dengan penuh keyakinan, si suami pun merapatkan mulut ke telinga bapa mertuanya dan berkata; “Maaa... Rabbukaaaaa! (Siapa Tuhan kamu!)” jeritnya, kuat. Tidak sampai sesaat bapa mertua terus sedar dan terbatuk-batuk. “Bila masa kau jadi malaikat? Aku belum mati lagilah!!” kata bapa mertua dan ibu mertua tiba-tiba terjelepuk pengsan.

A

Jawapan edisi 1

MELINTANG 1. Batil 4. Ele 5. Ngaum 7. Abai 8. Era 9. NST 11.Mei 12.Guam KE BAWAH

B

Sudoku

Teka silang kata

1. Buntang 2. Lembam 3. Selisik 6. Uar 8. Eta 10.Su

1 3 8 5 6 2 9 4 7

7 5 6 9 8 4 2 1 3

9 2 4 1 7 3 5 6 8

8 1 9 2 4 5 7 3 6

2 6 3 8 9 7 1 5 4

4 7 5 6 3 1 8 9 2

3 9 2 4 5 8 6 7 1

5 8 7 3 1 6 4 2 9

6 4 1 7 2 9 3 8 5


18 JUN - 01 JULAI 2010

Transisi

RAJA-RAJA MELAYU

33

Yang di-Pertuan Agong

negerinya akan diletakkan di tempat akhir dalam senarai pencalonan. PROSIDING PEMILIHAN •

• • •

Apabila Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak hadir walaupun mereka ahli Majlis. Pemilihan dibuat secara undi sulit. Keratan undi dimusnahkan di hadapan Raja-Raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan. Kertas undi yang digunakan tidak bernombor dan ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama dimasukkan dalam peti undi. Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan. Seorang Raja boleh memilih seorang Raja lain sebagai proksi iaitu mengundi bagi pihak baginda sekiranya Raja itu tidak menghadiri Mesyuarat Pemilihan.

PROSES PEMILIHAN Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberikan kertas undi kepada setiap Raja, dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai/ tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Calon mestilah mendapat majoriti 5 undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda. Jika Raja

yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti, maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan untuk diundi. Proses hanya akan selesai selepas baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.

negara ke negara asing.

JAWATAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

4. Yang di-Pertuan Agong mungkin tidak dapat melaksanakan fungsinya atas sebab lain.

Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong agak penting juga, tetapi kerana jawatan ini dibayangi oleh jawatan Yang di-Pertuan Agong, maka institusi dan pemegang jawatan itu tidak begitu diketahui oleh orang awam. Timbalan Yang di-Pertuan Agong biasanya lebih dikenali sebagai Raja negerinya daripada sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Timbalan hanya penting apabila baginda melaksanakan fungsi Yang di-Pertuan Agong, samada semasa ketiadaan Yang di-Pertuan Agong atau semasa Yang di-Pertuan Agong tidak dapat melaksanakan fungsinya atas sebab kesihatan atau tidak berkemampuan. Selain itu, Perlembagaan tidak memberikan Timbalan kedudukan yang lebih tinggi daripada Raja-Raja lain. Dengan sebab memegang jawatan Timbalan Yang diPertuan Agong, kedudukan Raja berkenaan tidak dianggap melebihi Raja yang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Terengganu yang hanya mendahului Sultan Selangor dan Pemangku Raja Perlis dari segi kekananan. Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan dalam perkara 33 Perlembagaan Persekutuan. PERLUNYA TIMBALAN Kewujudan jawatan Timbalan Ketua Negara bukanlah amalan yang luar biasa. Ada banyak sebab perlunya perwujudan jawatan sedemikian: 1. Yang di-Pertuan Agong mungkin tidak ada dalam negara; terutamanya apabila baginda membuat lawatan

2. Kesihatan yang kurang baik mungkin menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada melaksanakan fungsinya. 3. Kemungkinan berlakunya kemangkatan semasa masih memegang jawatan. Hal ini berlaku pada Yang di-Pertuan Agong yang pertama, kedua dan kesebelas.

Dalam keadaan yang sedemikian, kehadiran Timbalan Ketua Negara yang fungsinya ditetapkan dengan jelas dalam Perlembagaan membantu masalah yang mungkin berlaku. PROSES PEMILIHAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG Selepas tamat urusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pula disempurnakan mengikut proses yang sama. SELEPAS TAMAT URUSAN PEMILIHAN Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menghantar surat mengenai mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang diPertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan tugas-tugas rasmi selepas baginda menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai saksi-saksi.


34

Transisi

HAWA

Resipi Warisan

bersama..

Chef Raja Ariffin Raja Sufian

Asam Pedas Ikan Pari

Hak isteri selepas kahwin atau cerai

P

ERCERAIAN adalah perbuatan halal yang sangat dimurkai Allah kerana ia membawa kepada pelbagai implikasi dalam masyarakat. Bagi menjamin kedudukan wanita, Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri memberi beberapa hak kepada wanita untuk menuntut keadilan akibat perceraian. Berikutan daripada perceraian biasa (bukan fasakh, khuluk dan taklik), isteri berhak menuntut perkara berikut:

Tempat tinggal

Isteri yang diceraikan berhak mendapat tempat tinggal daripada bekas suami ketika dalam idah.

Nafkah Bukan saja boleh dituntut ketika perkahwinan, tetapi juga boleh dituntut selepas perceraian, iaitu semasa dalam idah. Erti nafkah adalah termasuk makan minum, pakaian dan tempat tinggal. BAHAN-BAHAN: 3 ulas bawang putih 1 camca the sebuk lada hitam 3 biji bawang merah 1 camca the kerisik 1 cm kunyit & 3 cm halia 1/2 cawan air asam jawa 2 camca besar minyak masak 1 cawan setengah air 1 cawan setengah air 10 biji halba 1/2 kg ikan pari 10 tangkai cili kering dikisar Tomato serta garam secukup rasa 1 camca besar rempah kari 2 helai daun limau purut CARA MENYEDIAKAN : 1.Tumbuk bawang merah,putih,halia & kunyit 2.Panaskan minyak dan masukkan halba,tumis hingga naik bau kemudi an masukkan bahan yang ditumbuk sehingga garing 3. Masukkan cili kisar, rempah kari kacau sehingga garing kemudian ma sukkan daun limau, serbuk lada hitam serta kerisik.Kacau sehingga sebati. 4. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya.Didihkan kemudian masukkan ikan pari selama 2-3 minit 5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa serta tomato.

18 JUN - 01 JULAI 2010

Muakah Isteri juga berhak menuntut mutaah iaitu pemberian sagu hati oleh suami kepada bekas isteri yang diceraikan tanpa sebab. Harta Sepencarian Iaitu harta diperoleh bersama ketika menjadi suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat ditentukan Syarak. Cara membuat tuntutan ialah sama ada perempuan atau lelaki yang bercerai boleh membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan keputusan terhadap bekas suami atau isteri mengenai pembahagian harta sepencarian. Bagi memudahkan mendapat hak itu, lebih baik menggunakan khidmat peguam. Mereka yang tidak mampu menggunakan khidmat tersebut boleh memohon kepada Biro Bantuan Guaman dan . Semua permohonan perlu dibuat kepada Pendaftar Mahkamah Syariah.

Hadhanah Penjagaan kanak-kanak dalam peringkat umur tertentu dan belum mumaiyyiz selepas ibu bapa mereka bercerai. i) Hak penjagaan Apabila berlaku perceraian, hak penjagaan kanak-kanak diberikan kepa-

da ibu. Namun, ia tertakluk kepada beberapa syarat yang wajib dipenuhi. ii) Kelayakan penjaga Tidak semua orang berhak atau layak menjadi penjaga kepada kanak-kanak kecuali selepas memenuhi kriteria iaitu: Islam; Baligh dan sempurna akal; Berkemampuan dan boleh menjalankan tugas penjagaan serta pendidikan dengan sempurna; Amanah dan bermoral tinggi; Memiliki pertalian darah dengan kanak-kanak; Mempunyai tempat tinggal tetap; Tinggal di tempat kanak-kanak yang dipelihara; Jika yang mengendalikan penjagaan adalah ibu sendiri, maka disyaratkan dia belum lagi berkahwin dengan lelaki lain selain daripada bapa bayi itu. Kelayakan di atas termaktub seperti dalam UndangUndang Keluarga Islam Negeri-Negeri. iii) Hilang kelayakan Hak penjagaan seseorang perempuan itu akan hilang jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak itu; perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan; perempuan itu menukar permastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu; perempuan itu murtad; perempuan itu cuai atau menganiayai kanak-kanak itu. iv) Had masa Had penjagaan kanakkanak akan tamat selepas mereka mencapai umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan. Bagaimanapun, Mahkamah atas permohonan penjaga boleh membenarkannya menjaga kanak-kanak itu se-

hingga umur sembilan tahun bagi lelaki dan 11 tahun bagi perempuan. Apabila tamat tempoh, hak penjagaan berpindah kepada bapa. Seterusnya jika kanakkanak itu telah mencapai umur mumaiyiz maka ia boleh memilih untuk tinggal sama ada dengan ibu atau bapanya. v) Penjagaan anak luar nikah Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah hanya oleh ibu dan saudara mara ibu. vi) Upah kendali hadhanah Apabila yang melakukan tugas hadhanah itu adalah ibu kanak-kanak itu, maka setelah tamat masa eddahnya dan dia tidak lagi mendapat apa-apa nafkah daripada bekas suaminya, maka pada saat itu dia berhak dapat upah penjagaan anaknya. Ini kerana dia telah melaksanakan satu tugas bagi pihak bapa anaknya ataupun wali anaknya. Jika yang mengendalikan urusan hadhanah itu bukan ibunya sendiri, maka dia berhak mendapat upah atas pelbagai khidmatnya terhadap kanak-kanak itu kecuali jika dia redha atau rela memberikan khidmatnya secara percuma. Bayaran hadhanah dikira dari permulaan hari dia melaksanakan tugasnya. Bayaran ini tidak luput sama sekali kecuali dengan menjelaskannya atau menghalalkannya sahaja. Orang yang bertanggungjawab membayar upah hadhanah ialah orang yang bertanggungjawab menanggung nafkah anak berkenaan kerana perbelanjaan hadhanah dikira sebahagian daripada nafkah dan ia adalah wajib ke

atas seseorang bapa ataupun penjaganya. vii) Tambahan Di samping perceraian biasa terdapat 3 cara lain untuk membatalkan perkahwinan bagi mengimbangi keadilan terhadap hak wanita iaitu:

Fasakh Semua negeri di Malaysia ada peruntukan Undang-Undang mengenai perceraian melalui fasakh. Isteri berhak mendapat perintah Mahkamah Syariah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh nikah atas sebabsebab munasabah.

Khulu’ (tebus talak) Khulu’ adalah perceraian melalui permohonan pihak isteri yang disertai dengan bayaran tertentu. Isteri harus meminta talak dengan membayar kepada suaminya sesuatu benda yang berharga sebagai ganti. Jumlahnya tertakluk kepada kedua-dua pihak. Setelah dua pihak bersetuju jumlah bayarannya, maka Mahkamah akan mengarahkan suami melafazkan perceraian. Talak seperti ini dinamakan ‘Bain Sughra’ iaitu perceraian yang tidak boleh dirujuk kecuali akad dan mas kahwin yang baru.

Taklik Menurut semua undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, seorang wanita yang telah berkahwin boleh memohon cerai taklik. Taklik diertikan sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut hukum syarak. Seorang perempuan berhak memohon kepada Mahkamah mendapat perceraian kepada mahkamah mendapat perceraian menurut syarat surat perakuan taklik yang telah dibuat selepas akad nikah. – Jakim.


18 JUN - 01 JULAI 2010

HAWA 35

Transisi

Biar mati anak jangan mati adat S

EMUA bangsa di dunia terutama Malaysia ada cara tersendiri menjalankan tradisi dan adat budaya masing-masing. Begitu juga dalam upacara perkahwinan. Bagi masyarakat Melayu, perkahwinan adalah perkara terpenting dalam kehidupan mereka kerana ia tahap sejarah dalam hidup seseorang. Perkahwinan perlu dirancang supaya segala upacara dapat dibuat dengan baik. Namun, dalam konteks tradisi perkahwinan Melayu, idea dan amalan dapat menjurus kepada pengertian budaya dan kepercayaan yang diwarisi turun temurun. Seperkara yang tidak boleh diketepikan dalam tradisi perkahwinan Melayu adalah tumbuhan semula jadi. Lebih daripada itu, masyarakat Melayu amat berpegang kepada pepatah ‘biar mati anak jangan mati adat’. Walaupun tidak ramai memahami falsafah dan mempelajari logik adat itu secara mendalam, sekurang-kurangnya kita masih memerlukannya dalam setiap upacara perkahwinan. Ini termasuk empat perkara iaitu merisik, pertunangan, persiapan sebelum bersanding dan majlis perkahwinan. Juster, proses persediaan mendirikan rumah tangga tidak semudah seperti menyebutnya. Selepas proses meminang, timbul pula soal wang hantaran. Jika bernasib baik, jumlahnya berpatutan. Sebaliknya, ia mungkin mencecah lima angka atau lebih bagi golongan elit. Ada sebahagian ibu bapa seperti berlumba-lumba meletakkan harga wang hantaran anak gadis mereka. Tindakan ini menggerunkan sesetengah lelaki untuk mendirikan ‘masjid’ sedangkan keinginan untuk berkahwin amat tinggi.

MERISIK Adat istiadat merisik dalam masyarakat Melayu bukan sahaja dituntut dalam agama , malah adat. Ia dimulakan dengan pihak lelaki menghantar wakil ke rumah pihak perempuan untuk dipinang. Walaupun diketahui peminangan itu akan diterima, tetapi syarat menghantar wakil perlu dilakukan sebagai membuka tirai bicara. Upacara itu bertujuan menzahirkan hasrat sebenar mereka secara rasmi. Ia dilakukan pada peringkat permulaan secara tidak langsung, tetapi ada maksud untuk bertanyakan sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Amalan berkenaan dilakukan bagi mendapatkan maklumat mengenai diri perempuan yang hendak disunting. Selepas tiba masa sesuai, wakil tersebut akan berterus terang mengenai

hajat mereka. Semasa upacara tersebut, pihak lelaki turut membawa sebentuk cincin tanda dan tepak sirih bersama pinang , kapur serta gambir. Tepak sirih itu dipanggil sirih meminang. Jika peminangan diterima, pihak lelaki akan menghulurkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan sebagai tanda penerimaan. Cincin tanda pula sebagai tanda perjanjian penerimaan peminangan sebelum berlangsung upacara pertunangan.

PERTUNANGAN Ikatan pertunangan adalah perjanjian yang dipersetujui kedua pihak keluarga lelaki dan perempuan untuk menjodohkan anak mereka dalam tempoh tertentu selepas upacara merisik dan meminang. Lazimnya, pada hari pertunangan, pihak lelaki turut menghantar belanja dengan disertakan beberapa hadiah iringan. Mengikut adat Melayu, hantaran tepak sirih adalah bingkisan paling utama dan penuh bermakna berbanding barangan lain yang dipersembahkan pihak lelaki kepadapihak perempuan. Daun sirih terpilih digubah indah bersama kapur, gambir dan buah pinang yang dikacip. Antara barangan hantaran yang biasa dihantar pihak lelaki kepada pihak perempuan ialah sirih junjung yang digubah cantik untuk mendahului hantaran, sebentuk cincin pertunangan, Al-Quran, sejadah, telekung, set bahan solek, bunga rampai, sepasang baju, kasut, kuih muih, buahbuahan dan lain-lain. Setiap jenis hantaran diletakkan dalam sebuah pahar yang akan diketuai gubahan sirih junjung. Bilangan barangan hantaran dibuat dalam jumlah ganjil dan mengikut kemampuan pihak lelaki serta mengambil kira kemampuan pihak perempuan. Lazimnya, buah-buahan dan bunga rampai adalah barang hantaran wajib kerana sifatnya manis dan berbau wangi. Ia boleh dianggap sebagai harapan keduadua belah pihak agar perjanjian hubungan mempelai akan berterusan dan berkekalan hingga gerbang perkahwinan. Semasa upacara pertunangan, rombongan lelaki akan disambut mesra dan dihulur tepak sirih yang disusun kepada tetamu sebagai mengalukan kedatangan rombongan. Seperti diketahui umum, sirih, pinang, kapur dan gambir memang sinonim dengan orang Melayu. Barang hantaran pertunangan lain akan diletakkan di tengah-tengah majlis. Ketua wakil pihak lelaki akan duduk berhampiran ketua wakil perempuan. Sirih junjung diletakkan di hadapan mereka sebagai bunga majlis.

Rundingan seterusnya berkisar mengenai tempoh pertunangan, jumlah hantaran belanja dan perjanjian untuk menghadapi sebarang takdir jika pertunangan terputus separuh jalan. Sebaik mendapat kata putus mengenai perkara dibincangkan, istiadat menyarungkan cincin akan dijalankan. Cincin kemduian disarungkan ke jari manis kanan gadis. Justeru, berlangsunglah pertunangan secara rasmi.

SEBELUM BERSANDING Peringkat ini meliputi segala persiapan menyambut upacara perkahwinan. Ini termasuk istiadat letak kerja, hias pengantin, berinai dan berhias. Orang yang memainkan peranan penting dalam adat istiadat bersanding ialah ‘mak andam’. Tujuan utama mak andam adalah menghias pengantin perempuan selain mengendalikan majlis persandingan agar berjalan dengan baik. Tugas mak andam bermula sehari sebelum hari persandingan berlangsung. Keperluan disediakan termasuklah kain putih, limau purut, bertih, pisau cukur, gunting, sikat, setengah meter kain putih, sirih, air semangkuk, bedak, bunga tujuh jenis dan beberapa keperluan lain. Upacara ini terpaksa dilakukan dalam bilik berasingan kerana ia membabitkan pelbagai ‘upacara perempuan’ dan orang lain tidak dibenarkan masuk kecuali individu tertentu. Selepas semua selesai, istiadat berinai akan menyusul. Ia boleh dikategorikan kepada berinai kecil dan berinai besar. Berinai berinai kecil dilakukan beberapa hari sebelum berlangsung majlis perkahwinan. Ia dilakukan terhadap pengantin perempuan saja. Bahagian di inai ialah kedua tapak tangan, sepuluh jari tangan, bahagian kuku jari kaki dan disekeliling tapak kaki. Adat ini dilakukan tanpa bantuan mak andam kerana hanya dilakukan untuk bersuka-suka saja. Kesan berinai itu boleh dijadikan tanda bahawa seseorang itu baru saja melangsungkan perkahwinan.

BERSANDING Bersanding adalah acara kemuncak dalam adat istiadat perkahwinan. Ia detik paling bersejarah dalam hidup seseorang terutamanya kaum wanita. Selepas pengantin perempuan siap dihias dan bersedia untuk majlis persandingan, wakil pengantin perempuan akan menghantar bunga berdaun sirih kepada wakil pengantin lelaki yang bertandang

tidak jauh dari rumah pengantin perempuan. Pemergian pengantin lelaki dan rombongannya ke rumah pengantin perempuan akan diiringi paluan kompang dan arakan bunga manggar. Bunga manggar ialah dua jambak bunga dibuat daripada kertas warna warni dan dililitkan pada lidi kelapa serta dicucuk pada dua biji buah betik atau nenas muda yang dicacak pada dua batang galah. Ketibaan mereka itu disambut dengan taburan bertih, beras kunyit dan air renjisan mawar. Upacara ini dilakukan orang tertentu iaitu saudara rapat dengan pengantin perempuan, bertujuan agar perkahwinan mempelai mendapat rahmat. Selepas dua mempelai duduk atas pelamin, upacara menepung tawar atau berinai besar dimulakan. Selepas upacara ini berakhir, sempurnalah adat istiadat perkahwinan orang Melayu. Istiadat seterusnya ialah upacara menyambut menantu yang dilakukan di rumah pengantin lelaki. Natijahnya, penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam istiadat perkahwinan masyarakat Melayu tidak boleh dipertikaikan. Ini kerana dalam segala bentuk upacara, pantang larang yang diamalkan dan jampi mentera mak andam serta penggunaan tumbuhan tertentu seperti beras kunyit, bertih, inai dan seumpamanya memiliki signifikasi tersendiri. Antaranya, ia bertujuan melindungi pasangan pengantin daripada gangguan makhluk halus dan lain-lain. Upacara lain seperti bersanding, adat berandam, berarak dengan bunga manggar dan sebagainya pula bertujuan memeriah majlis selain mengeratkan hubungan dua pengantin dengan saudara mara kedua belah pihak. Walaupun setiap negeri mempunyai istiadat berbeza, tetapi umumnya, ia hampir sama dan mempunyai matlamat tertentu.

Rasulullah SAW bersabda, “Hak suami ke atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat kepada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci suaminya masuk ke dalam rumahnya.” - Hadis riwayat al-Tabrani)


36

Transisi

HIBURAN

18 JUN - 01 JULAI 2010

Muzium Jacko S

umbangan Michael Jackson dalam dunia muzik pop memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Justeru, pihak berkuasa Amerika Syarikat bercadang membangunkan sebuah muzium yang akan menyimpan benda-benda peninggalannya. Muzium tersebut dijangka bermula tahun depan di daerah Gary dalam negeri Indiana dengan menelan kos bernilai AS$300 juta (RM985 juta). “Projek ini akan menjadi magnet dan bakal menarik

pengunjung dari seluruh dunia,” kata Datuk Bandar Gary, Rudy Clay dipetik BBC. Clay meramalkan muzium itu akan menjana sumber kewangan daerah tersebut dengan pendapatan kira-kira AS$150 juta (RM492 juta). Pembinaan muzium itu turut mendapat restu ayah kepada Michael, Joe Jackson. “Ini adalah sesuatu yang Michael dan keluarganya inginkan,” katanya.

10 filem terlaris sepanjang zaman!!!

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

S

Avatar (2009) AS$2,728,713,460

Titanic (1997) AS$1,848,201,268

The Lord of the Rings: The Return of the King (2003) AS$1,119,110,941

Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest (2006) AS$1,066,179,725

Alice in Wonderland (2010) AS$1,014,078,021

Harry Potter and the Phi losopher’s Stone (2001) AS$974,733,550

Pirates of the Caribbean: At World’s End (2007) AS$960,996,492

Harry Potter and the Philosopher’s Stone (2007) AS$974,733,550 Harry Potter and the Philosopher’sStone (2009) AS$960,996,492

Dylexia

“Ibu selalu cakap, kalau kamu boleh habiskan 50 buku, ibu akan belikan motor. Tetapi, saya tidak berjaya lakukannya. Jadi, saya tidak pernah mendapat hadiah dijanjikannya itu,” katanya dipetik Splash News.

Artis lelaki terbaik Indonesia

S

ejak Anang Hermansyah berpisah dengan Krisdayanti, penyanyi Indonesia itu kembali sibuk menghasilkan karya-karya muzik untuk peminatnya.Hasilnya cukup berbaloi apabila dia baru-baru ini dipilih sebagai Artis Solo Lelaki Terbaik dalam kategori pop dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI). Anang berhasil mengalahkan Ari Lasso, Ello, Once, termasuk legenda muzik Indonesia, Iwan Fals dalam majlis yang disiarkan stesen televisyen RCTI secara langsung dari JITEC Mangga Dua Square.

The Dark Knight (2008) AS$1,001,921,825

Orlando hidap esiapa saja akan memberi pujian apabila menyaksikan aksi bintang Hollywood, Orlando Bloom di layar perak. Namun, tidak ramai tahu bahawa aktor kacak itu sebenarnya menderita Dylexia, penyakit yang menyebabkan seseorang itu sukar memahami semua bentuk tulisan. “Jika dibandingkan dengan aktor lain, saya yang paling susah memahami skrip dan menghafal dialog,” katanya ketika ditemu bual wartawan pada acara Child Mind Institute. Walaupun mengakui menghadapi kesukaran menghafal skrip, Orlando tidak menjadikan penyakit dideritainya itu sebagai alasan untuk tidak beraksi cemerlang dalam setiap filem lakonannya. Orlando berkata, ibu adalah individu penting yang sentiasa berada di sisi untuk memberi dorongan sepanjang perjalanan karier seninya.

Avatar menewaskan Titanic yang mendominasi carta filem terlaris sepanjang zaman sejak 12 tahun lalu.

Projek muzium Michael Jackson di Gary dijangka bermula tahun depan.

Pada majlis sama, Anang turut bersama penyanyi baru, Syahrini untuk menyanyikan lagu duet mereka, ‘Jangan Memilih Aku’. Anang ketika tampil mengambil trofi anugerah menujukan kemenangannya itu kepada dua anaknya, Azriel dan Aurel. “Sayang sekali Azriel tidak dapat ikut kerana ada ujian esok. Ini adalah kemenangan mereka juga. Ini adalah inspirasi dari mereka. Saya persembahkan kemenangan ini untuk industri muzik Indonesia,” katanya.

Bay janji kejutan Transformers 3

P

engarah Transformers, Michael Bay memberi jaminan bahawa sekuel ketiga filem itu tidak akan mengulangi kesilapan yang berlaku dalam siri terdahulu. Bay mengakui menerima banyak maklum balas negatif mengenai Transformers: Revenge of the Fallen yang ditayangkan tahun lalu. Menurutnya, penggambaran filem ketiga nanti akan dibuat dalam 3D dengan menonjolkan Shock-

wave daripada Decepticon sebagai musuh baru kepada kumpulan Autobot. Filem terbaru akan datang juga menyaksikan penampilan aktres baru, Rosie Huntington-Whiteley menggantikan Megan Fox yang digugurkan daripada produksi kendalian Bay. Jika segalanya berjalan lancar, filem ketiga tersebut dijadualkan menemui peminat-peminat seluruh dunia pada 1 Julai 2011.


18 JUN - 01 JULAI 2010

Transisi

HIBURAN

37

Melodi kita kitar semula – Jay Jay Oleh Rudysham Abd Raof

B

IARPUN aksinya dalam arena muzik tanah air sudah lebih tiga dekad, namun statusnya selaku penyanyi tersohor negara tidak pernah merudum apatah lagi dilupai meskipun ditenggelami dengan kemunculan penyanyi baru yang tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Personalitinya tidak pernah dipandang sinis generasi muda malah sentiasa menjadi ikutan dan pengalaman hampir 31 tahun dalam dunia seni tanahair menjadikan Mohd Fauzi Darus atau lebih sinonim dengan panggilan Jay Jay di kalangan penggiat dan peminat muzik, menjadikan lelaki ini sudah cukup matang berbicara mengenai susur galur industri muzik tempatan. Sejak mula mencipta nama bersama Carefree pada era 70-an, Jay Jay menjadi antara penyanyi lelaki yang masih bertahan hingga sekarang. Sebagai artis lelaki yang memegang status senior dalam bidang muzik, ilham dan pandangan yang disampaikan penyanyi ini tidak seharusnya dipinggirkan. Luahan penyanyi senior sepertinya perlu diambil perhatian kerana pengalaman yang dikutip penyanyi ini boleh menjadi sumber pembelajaran buat generasi baru yang mula bertapak dalam industri muzik tempatan. “Industri muzik tempatan sememangnya sudah hampir merudum. Lihat sahaja penyanyi dalam generasi muda, ada yang kita tidak kenal. Radio mainkan lagu tapi kita tidak tahu siapa penyanyinya. “Saya lihat ini satu senario yang agak parah dalam industri muzik tanah air. Jika dibandingkan penyanyi dulu, kita kenal siapa. Dengar sahaja lagu di radio kita tahu siapa penyanyinya. Keadaan ini sebenarnya satu

percaturan yang harus diambil berat generasi muda kita. “Begitu juga dengan lagu yang dimainkan. Kebanyakannya tidak kuat untuk diketengahkan. Dalam melodi sesebuah lagu, hanya memiliki tujuh note sahaja iaitu A hingga G. Dengan note itulah, ia dimainkan dan dicipta sejak dulu. “Yang ada sekarang hanya kitar semula. Jadi, sudah pasti lagu yang diilhamkan generasi muda sekarang tidak begitu kuat dan bukannya evergreen. Kita dengar lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, kebanyakan lagu ciptaannya kuat dan hingga sekarang menjadi siulan,” katanya kepada Transisi ketika dihubungi baru-baru ini. Jay Jay yang kini berusia 53 tahun tidak pernah serik untuk terus mencari ilham dalam mengangkat martabat industri seni tanah air malah impiannya supaya arena muzik Malaysia terus megah seperti mana kemeriahan yang dirasai ketika era 70-an sehinggalah akhir 90-an. “Waktu itu muzik Malaysia mempunyai kedudukan tinggi di kalangan rakyat negara ini. Namun, memasuki era baru, muzik kita terus merudum dan ketandusan penyanyi berkualiti. “Banyak yang ada sekarang ialah kuantiti dan bukannya kualiti. Kebanyakan penyanyi kita tidak bekerja keras untuk mencari identiti tersendiri. Penyanyi yang berkualiti adalah mereka yang memiliki identiti sendiri seperti M Nasir, David Arumugam, Faizal Tahir dan Ramli Sarip. “Saya lihat ramai penyanyi yang dilahirkan seperti mee segera dan semua benda yang dilakukan adalah ‘segera’. Ini adalah satu virus yang sukar dibendung jika ia tidak diatasi secepat mungkin. “Saya tidak bermaksud mem-

Diari Seni Kita The Musical (Teater) Tarikh: 17-27 Jun 2010 Masa: 3.00 ptg (20 Jun 2010) | 8.30 mlm (17-27 Jun 2010) Venue: Panggung Sari, Istana Budaya

perkecilkan bakat yang lahir dari mana-mana program realiti, tetapi inilah hakikat yang perlu diterima. Kebanyakan penyanyi dulu menjadi yang terbaik kerana mereka sukar menjadi penyanyi. “Tidak seperti penyanyi yang lahir dari program realiti, mereka berada dalam industri kerana undian penonton. Ini yang saya kata ‘instant singer’,” tambahnya. Bagaimanapun, kata Jay Jay, jika semua penyanyi kerja kuat tidak kira mereka datang dari n ng isterinya Zaito program realiti atau dari mana pun, Jay Jay di sampi mereka tetap akan berjaya kerana kekuatan mental serta keyakinan diri adalah ramuan paling istimewa untuk berjaya. Selepas 12 tahun, Jay Jay akhirnya muncul dengan album solo terbaru berjudul ‘Emosi’. Walau hanya tampil dengan empat lagu baru dan empat lagu yang pernah dinyanyikannya dahulu, itu bukan bermakna, ‘Emosi’ sekadar album tangkap muat. “Kesukaran mendapatkan lagu terbaik membuatkan saya enggan tampil dengan lebih banyak lagu baru. Sejak 2004 saya mula mengumpul lagu-lagu bersesuaian, tetapi tidak berjumpa. Alhamdulillah, daripada beratus lagu yang dikumpul, akhirnya saya berjumpa empat lagu terbaik yang sesuai untuk dimuatkan dalam album ini,” katanya. Lagu baru yang kini sedang hangat diputarkan di radio dan mendapat perhatian pendengar ialah ‘Permaisuriku’ ciptaan Omar K dan Azlan Lagu-lagu Jay Jay masih segar di kalangan masyarakat masa kini. Abu Hassan.

Hari Puisi & Lagu: Esok Untuk Siapa? ‘Nota Untuk ISRAEL’ Tarikh: 19 Jun 2010 Masa: 3.00 ptg Venue: Galeri, Lobi Menara KBS, Presint 4, Persiaran Perdana, Putrajaya. Program Merakyatkan Filem 1 Malaysia - Gila-Gila Remaja Tarikh: 26 Jun 2010 Venue: Panggung Coliseum

Festival Muzik KL 2010 - Konsert Ella Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan Tarikh: 1-2 Julai 2010 Masa: 8.30 mlm Venue: Panggung Sari, Istana Budaya

Persembahan Teater ‘On Anxiety’ Kwang Tung Dance Company 2010 Tarikh: 2-4 Julai 2010 Masa: 3.00 ptg (3, 4 Julai) | 8.30 mlm (2-4 Julai) Venue: KLPac – Pentas 2


38

POTRET

Transisi

18 JUN - 01 JULAI 2010

Transisi curi tumpuan anya.

a bap

n si c

rhatia

nsisi

..Tra TARIK

turut

k pe enari

rsam ilik be

m

TER

ula BMW mba Form ca akhbar lu e .P .. K a KHUSYU bil asyik memb Na , ra a g e n Transisi.

RENUNG...Seorang pembaca di Uptown, Damansara melihat muka hadapan Transisi.

BACA...Pengunjung Masjid Negara tidak melepaskan peluang membaca naskah Transisi.

TEKUN...Pembaca Transisi di Alor Gajah, Melaka.


18 JUN - 01 JULAI 2010

JOM CUTI

Transisi

39

Budaya unik Pulau Bali B

ALI adalah pulau dewata dengan keunikan budaya dan panorama alamnya. Banyak tempat pelancongan menarik boleh dikunjungi sepanjang berlibur di pulau berkenaan. Lapangan terbang Ngurah Rai Bali adalah salah satu pintu masuk antarabangsa melalui udara yang menawarkan kenyamanan perjalanan ke Pulau Seribu Pura itu. Dengan senyuman dan tegur sapa yang ramah daripada orang Bali, percutian kita khususnya pelancong dari Malaysia akan lebih terasa dan sukar dilupakan. Pelbagai masakan khas Bali yang halal mudah didapati pasti akan menggoda kita untuk mencubanya. Rakyat Malaysia yang pernah ke pulau dewata itu, pasti mengharungi pelbagai objek pelancongan yang terdapat di situ seperti menempuh arung jeram, menunggang kuda, berperahu atau berbasikal menyusuri pedesaan yang menawarkan harga khusus di hotel penginapan atau villa yang sangat kompetitif. Sebenarnya, percutian ke Bali pasti menjadi suatu pengalaman yang menyenangkan apabila kita merencanakan semuanya terlebih dahulu. Antaranya membuat tempahan tiket penerbangan, bilik hotel dan seterusnya lawatan ke pelbagai tempat sepanjang berada di pulau berkenaan.

indah dangan ukit. Peman n di lereng b a ia pertan

Kuil suci tur ut jadi tumpuan pela ncong

t

i masyaraka

Acara tradis Bali

n arunga

B Tarian

Sebenarnya, mengenai penginapan, kita tidak menghadapi masalah untuk membuat pilihan. Ia bergantung kepada bajet seseorang sama ada mahu menginap di hotel sederhana hinggalah bertaraf lima bintang. Tepuk dada tanya selera! Sebagai pusat pelancongan utama di Indonesia, ia sudah dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa. Ada banyak perkelahan utama di pulau Bali iaitu Kuta, Ubud, Nusa Dua, Sanur, Seminyak, Denpasar, Candidasa, dan Lovina. Semua perkelahan itu menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet yang bercirikan seni bina Bali eksotik serta modern. Pelbagai pilihan penginapan disediakan untuk semua golongan, sama ada yang datang bersendirian, bersama keluarga, rakan-rakan, hinggalah kepada kumpulan yang lebih besar termasuk hari keluarga, percutian kakitangan syarikat swasta atau kerajaan. Selain itu, anda boleh meneruskan lawatan ke tempat-tempat menarik di pulau Bali seperti Kintamani, Bedugul, Tanah Lot, Besakih, Tanjung Benoa, Uluwatu, Ubud, Jimbaran dan lain-lain. Sambil itu anda juga boleh singgah di kedai cenderahati di Celuk, Mas, Legian, Sukawati dan lain-lain. Bagaimanapun, jika kita mahu menghabiskan waktu percutian yang lebih

Tarian tradisional masyarakat Bali

lama dan berhemat perbelanjaannya, disarankan untuk menginap di hotel yang sesuai dengan kemampuan kewangan. Oleh itu, anda disarankan meninjau beberapa hotel yang dikategori menawarkan harga murah tetapi fasilitinya cukup memadai untuk kenyamanan sepanjang percutian yang lebih panjang. Jika Anda ingin mengeliling Bali tanpa mengharapkan bantuan pemandu pelancong, pilihan yang tepat adalah menyewa kenderaan. Banyak pilihan kenderaan dengan harga murah dapat disewa sehingga memudahkan untuk lawatan ke pusat-pusat pelancongan yang terdapat di pulau itu. Pulau Bali selain memiliki keindahan alamnya, ia juga terkenal dengan kebudayaannya. Lebih daripada itu, masyarakat pulau Bali juga terkenal sebagai masyarakat yang mempunyai daya seni yang tinggi. Ini terbukti daripada banyaknya karya seni yang mereka cipta. Bahkan jika kita berkunjung ke Ubud, kita boleh melihat sendiri bagaimana masyarakat Bali yang mahir mengerjakan pelbagai kegiatan seperti membuat ukiran, patung dan pelbagai macam barang lain. Lebih daripada itu, karya seni masyarakat Bali kini sudah diakui oleh dunia. Jika kita berlibur ke Bali,kita juga boleh menyaksikan keahlian dari masyarakat dalam bidang seni dengan

Antara kuil suci yang dikelilingi air laut yang turut jadi tumpuan pelancongan. mengunjungi Garuda Wisnu Kencana (GWK). Tempat ini terletak di Jimbaran atau disebut juga dengan Bukit. Terletak di Bukit Unggasan, Garuda Wisnu Kencana adalah patung yang dibuat dengan ketinggian 140 meter. Di atas bukit itu, kita berpeluang melihat patung Dewa Wisnu yang menaiki burung garuda dengan ukuran yang sangat besar. Dari tempat ini, kita juga boleh menyaksikan pemandangan indah pulau Bali seperti Pantai Kuta, pelabuhan Benoa, Pantai Jimbaran dan Ngurah Rai. Satu lagi tempat paling indah untuk menyaksikan pemandangan pulau Bali adalah dari Restoran Jendela Bali yang berada di puncak. Dari sini. Kita berpeluang menyaksikan Gunung Agung yang menjulang tinggi dengan megahnya, keindahan pantai serta keindahan panorama ketika matahari terbit dan tenggelam Ironisnya, Pulau Bali adalah sebuah pulau yang terkenal sebagai pulau seribu kuil serta memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta pemandangan alam yang cantik. Ia sesuai sebagai tempat pelancongan atau percutian kerana pulau ini sangat diminati pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan serta budaya yang unik adalah manifestasi tarikan utama ke pulau berkenaan.


Transisi 18 JUN - 01 JULAI 2010

7KAJIAN ILMIAH 2 -

14

Lignozorp buat hidupan air terus bernafas

Sketsa

RM2.50

Qaliff Umar

Lain daripada yang lain

3

IKON

Rashid teringin menyanyi

8 - 33 RAJA-RAJA MELAYU

9 BICARA Sketsa Qaliff Umar

40

us Kamp 18 Jun

Akhbar Dua Minggu Sekali

b1431H

b-18 Reja

/05 Reja

i 2010

-01 Jula

nsisi

.com/Tra

book www.face

20

PIALA DU

an SPM 4,000 lepas ch sertai Vocte

18 Jun -01

.com/Transisi

UUM

22 ri filem

i indust

teroka

da n kepa n tajaa nawarkadi universiti nya me ra ara) ha luar nega an kyat (M ka 21 ah Ra kan pengaji >> Mu Aman jut AJLIS yang melan un depan. tah pelajar r, bermula tersoho

M

mpus

S

n ka isipa

5 Rejab-1

8 Rejab1431H

11 Jun - 12

Ji Sung m

Reaksi Dr Amir ketika memberikan pandangannya.

Luahan doktor Sultan “S

perlu an Siswapenyelidik aktif

Julai 2010/0

NIA

www.facebook

or pilih Mara rsiti tersoh unive

21

Dapatkan Transisi di kedai berhampiran anda. Jumpa kami di www.facebook.com/Transisi. Sebarang pertanyaan sila e-mel transisi.mail@gmail.com

18.06 - 01.07.2010 Edisi Kedua Jun 05 REJAB - 18 REJAB 1431H

BILANGAN: 02/2010

EBAGAI anggota tentera, wajib saya mempertahankan institusi Kesultanan Melayu”. Itulah luahan Pakar Perubatan Penyakit Dalaman (Physician), Kolonel Dr Amir Ramli, juga doktor peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra. Menurut Dr Amir, pelantikannya memerlukan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan tanggungjawabnya lebih besar berbanding doktor di bawah Kementerian Kesihatan. Justeru, selaku pegawai kerajaan, tugas beliau bukan saja merawat pesakit, malah wajib mempertahankan kedaulatan negara daripada anasir tidak bertanggungjawab. Ikuti luahan Dr Amir secara eksklusif kepada penulis Transisi, RAZALI YAHAYA, RUDYSHAM ABD RAOF dan jurufoto, NORATIKAH AB RAHIM mengenai tugas

beliau ketika bertugas sebagai doktor peribadi Sultan Kelantan sejak dari awal baginda dibawa pulang ke Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan selepas menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, awal Mac lalu. “Pertama kali saya bertemu Tuanku Sultan dalam pesawat penerbangan khas Kerajaan Malaysia. Ketika itu, saya dibantu Kolonel Dr Razin Kamarulzaman, salah seorang doktor peribadi baginda, juga Pakar Perubatan Penerbangan yang arif mengenai isu transportasi udara. >> Lihat MUKA 4

A

KSI Park Ji hatian apabiSung di Piala Dunia menewaska la tampil cemerlang 2010 Afrika Selata n n bekas Kumpulan u juara Eropa dengan meledakkansemakin mendapat B. perh, Greece salah satu Jika Korea 2-0 dalam Selatan berha perlawanan gol ketika Asia ya yang mend srat meng pembukaan ulangi penca tuk berad ber a pada apat julukan Taegu paian separ k Warriors uh akhir Ji Sung Su berka tahap terbaik. itu pasti 2002, wakil menagih ta, gol dijarin sepanjang khidmat j gkann Ji Sung unpenam Namu Nam n, bagin pilannya dalam ya ketika menumpas Piala kan Greec ya “Ini s e adalah satu keput apa yang lebih pentinDunia. gol ketiga usan baik g adalah menentang n dan kami Greece. amat teruja kemenangan pasuk ,” katanya, an. sebaik tamat perlawanan

>> Muka

18 & 23

17

26 Poster Gam

at Bola

Lagi berita di muka 5 • Detik cemas Dr Amir

Sisipan depan

Julai 2010

emukau

Kasu

t Emas

Nama Tarikh Lah Lahir : Park Ji Sung A l Asal : 25 Februa Tinggi ri : Seoul, Korea1981 Posisi Selatan : 175sm Pasukan kebangsaan : Tengah Kelab sekara : Korea Selatan ng Nombor jersi : Manchester Bekas kelab United : 13 Kyoto Purple : PSV Eindho Sanga (2000-2002) ven - (2003-2 Manchester 005) United (2005-s ekarang)

Sisipan s

ukan

milik

siapa

?


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.