Transisi 3

Page 1

RM2.50

02-15.07.2010 Edisi Ketiga Julai 19 REJAB - 03 SYAABAN 1431H

BILANGAN: 03/2010

3

Islam mangsa keliru Barat

IKON Saya joging setiap Ahad

Akhbar Dua Minggu Sekali

GLOBAL

12

www.transisi.com.my

24 HIBURAN 25

Gaza

gamit saya Oleh Rudysham Abd Raof

TIADA istilah ‘semangat yang hilang’ dalam kamus wartawan penyiaran, Ashwad Ismail walaupun menjadi tawanan selama 28 jam oleh rejim Zionis ketika mengikuti pelayaran kapal ‘Mavi Marmara’ untuk misi penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza, bulan lalu. >> MUKA 4 & 5

Mahasiswa perlu ikhlas - Khaled MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata perjuangan mahasiswa yang baru memasuki alam universiti tidak ubah seperti tentera yang bersabung nyawa untuk berjihad ke jalan Allah dan perlu menjaganya dengan tertib tanpa dikuasai sebarang gangguan anasir luar.

>> MUKA 2


2

ISU

Transisi

02 JULAI-15 JULAI 2010

>> Dari Muka 1

Bagaimana janji belum tertunai TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS Oleh Razali Yahaya

K

ALAU mahu diukur dengan kestabilan politik, sampai bila pun belum tentu stabil selagi lanskap politik negara masih berlandaskan kepada pemerintah dan pembangkang. Ini kerana saban hari kita semua didedahkan di media elektronik mahupun akhbar arus perdana, pelbagai kerenah mereka yang saling mengecam satu sama lain. Apapun, kita sebagai rakyat Malaysia tetap bangga kerana suasana kestabilan di negara masih di tahap memuaskan dan jauh lebih baik jika dibandingkan dengan beberapa negara luar lain. Sebenarnya, bukan senang mahu pastikan ia ‘sempurna ‘, tetapi itulah warnawarni Malaysia yang kita sayangi. Selepas Tsunami Pilihan Raya ke-12 (PRU12) pada 2008, yang menyaksikan kejutan luar dugaan, telah merubah landskap politik negara dan ia terus panas sehingga sekarang. Baik pihak kerajaan mahupun pembangkang, masing-masing ada saja tidak kena dan disebabkan terlalu emosional, perlakuan mereka dalam perdebatan di Parlimen, jauh lebih teruk dan tidak menggambarkan keperibadian pemimpin dipilih rakyat. Kalau mahu diukur dengan pemulihan ekonomi, ia amat jelas dan Kerajaan sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk memastikan rakyat negara ini tidak terjerumus kepada tahap kemiskinan teruk. Apa sekalipun, seseorang pemimpin begitu memerlukan populariti untuk mengekalkan kuasa, diikuti kestabilan parti-parti komponennya. Petunjuk ekonomi tidak membantu sangat dalam membuat keputusan kerana ia boleh diubah suai agar kelihatan ‘cantik’. Namun, jika petunjuk ekonomi sudah terlampau parah dan tidak berdaya lagi untuk nampak cantik, maka dengan sendiri populariti yang dimiliki akan merudum. Tidak keterlaluan, kalau boleh pemimpin nombor satu negara (Najib) seboleh-bolehnya tidak mahu melepas peluang keemasan ini untuk bertindak sebagai ‘penyerang’ bagi sebuah pasukan bola sepak dan seterusnya mencipta ‘gol’ dalam pilihan raya akan datang. Perkiraannya memang nampak mudah. Jika dibuat

Khaled: Maruah melalui ilmu Menurutnya, jika diperhalusi perjuangan mahasiswa, terutama mereka yang baru memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), amat penting untuk menaikkan semula maruah melalui peradaban dan ketamadunan ilmu. “Mahasiswa usah bersikap ‘hangat-hangat tahi ayam’ pada awal semester. Selepas tahu selok-belok di universiti, mereka mula lalai dan tidak hadir kuliah kerana cenderung ke arah anasir tidak baik. “Mahasiswa juga jangan terbabit dengan aktiviti tidak berfaedah seperti dilamun cinta dan menyertai pertubuhan bertentangan dengan amalan pelajar kerana semua itu memusnahkan harapan keluarga, bangsa dan negara. “Seorang tentera begitu ikhlas menjaga keamanan negara dan kesabaran serta komitmen tinggi itu perlu dicontohi mahasiswa,” katanya ketika menerima kunjungan pihak editorial Transisi di Putrajaya, baru-baru ini.

Keputusan Pilihan Raya Umum 12 2008

* ( ) Jumlah kerusi yang ditandingi.

congak secara kasar, tidak mungkin dalam waktu terdekat, dengan mengambil kira bulan puasa, bulan haji dan banjir menanti pada penghujung 2010, maka 2011 memerlukan semua parti termasuk Pakatan Rakyat boleh memanaskan badan lebih awal untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya. Namun, hakikat yang tidak boleh dinafikan dalam PRU12 adalah kerana perubahan sikap sebahagian besar orang Melayu yang inginkan perubahan pemerintahan negara. Pemimpin UMNO dan BN telah ditolak dalam pilihan raya umum yang menyaksikan kerajaan gagal mengekalkan kuasa dua pertiga sebagaimana dicipta pada PRU11. Keadaan ini menyaksikan bukan Melayu juga menyokong PAS dengan harapan parti itu boleh membetulkan sistem pemerintahan di bawah BN ketika itu. Ini ditambah buruk dengan anggapan kekuasaan dan penguasaan UMNO dalam kerajaan bersama BN sukar digugat setelah menjadi pemerintah selama lebih 50 tahun. Akibatnya, perkara yang tidak diingini sejak sekian lama, akhirnya berlaku juga dan ia memang sukar dipercayai. Orang Melayu dikatakan berharap kepada PAS dan PKR untuk membela kehidupan mereka, sementara bukan Melayu bergantung kepada DAP dan PKR. Mereka bergabung atas nama ‘Pakatan Rakyat’ bagi memberi saingan kepada BN. Lebih daripada itu, pemimpin pembangkang sanggup

Ketua Pengarang ZIAN JOHARI

Beliau berkata, kebelakangan ini ada golongan terpelajar terjebak dan terpengaruh melakukan aktiviti jenayah kolar putih seperti rasuah, penipuan dan pecah amanah. Ini mungkin disebabkan tiada keberkatan ilmu kerana tiada keikhlasan dalam diri. Khaled juga mengingatkan pelajar supaya sentiasa bergantung harap kepada Allah kerana itulah cara menjaga keharmonian diri sendiri. “Amalan berdoa adalah jalan terbaik untuk cemerlang. Tanpa hubungan erat dengan-Nya, seseorang itu tidak akan berjaya sama ada di dunia dan akhirat. Menurutnya, alasan kesuntukan masa bukan hujah untuk tidak mengerjakan perintah Allah kerana ibadah kepada-Nya wajib diutamakan. Khaled berkata, peluang mendapat tempat di IPTA dan IPTS perlu dimanfaatkan sebaik mungkin supaya pelajar menjadi insan berguna nanti.

melupakan perbezaan ideologi parti masing-masing bagi satu misi perjuangan iaitu mahu menumbangkan BN dan seterusnya menubuhkan kerajaan baru yang menjanjikan lebih merakyatkan rakyat tanpa mengira kaum. Pelbagai janji manis telah ditaburkan untuk mengambil hati rakyat dalam pilihan raya Mac 2008 dengan harapan rakyat memilih parti mereka menggantikan pemerintahan BN yang sudah dianggap terlalu tua. Kini, janji-janji manis itu lebih banyak tergendala dan sesetengahnya belum terlaksana langsung hingga sekarang. Rakyat yang mengundi menanti dan mula menagih janji, tetapi kebanyakan pemimpin sama ada BN atau PKR masih terus dibuai keselesaan. Pelbagai polemik terus mewarnai lanskap politik tanah air. Masing-masing mencari kelemahan dan bertikam lidah, pertikaian sesama sendiri tanpa menyedari mereka belum melunaskan janji-janji pilihan raya yang sepatutnya diutamakan daripada agenda lain. Rakyat mahukan perubahan dan pelaksanaan janji yang sudah ditabur dan bukan retorik politik yang tidak berkesudahan tanpa membawa keuntungan kepada kehidupan mereka. Rakyat mahu agenda pembangunan mapan dan menjamin taraf ekonomi mereka demi kelangsungan kehidupan dalam situasi ekonomi dunia yang belum pulih sepenuhnya. Ingatlah, pemimpin yang bertanggungjawab harus memikirkan agenda rakyat secara total tanpa mengira kaum dan mempunyai niat jelas dan bersih. Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang melaksanakan apa dikata dan menjuarai impian rakyat seperti diharapkan. Ini kerana ekonomi yang pulih sepenuhnya dan politik yang stabil adalah dua faktor utama dijadikan sandaran untuk mengadakan PRU13. Untuk itu, Kerajaan tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat kerana bimbang fokus untuk membawa rakyat dan negara ke arah lebih maju akan tersasar. Kita tidak boleh bersandarkan pada tinjauan semata-mata, kerana ia mungkin hanya untuk tempoh dan atas alasan-alasan tertentu saja serta bukan dilihat secara keseluruhan.

Pengarang Eksekutif RAZALI YAHAYA Penulis Khas MUHAMMAD AMSYARI ISMAIL, RUDYSHAM ABDUL RAOF

Penyunting/Penulis MOHD AZHAN OTHMAN

Pereka Kreatif Kanan SARINA HJ ALI Pereka Kreatif NOOR DINA DAUD Jurufoto NOORATIKAH AB RAHIM

Pengurus Kanan Iklan dan Promosi FUZILAH HASSAN

Pengurus Iklan AZLEEN ABU BAKAR

Pengurus Pengedaran KHAIRI NG ABDULLAH

Diterbitkan oleh: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 604-9283020 Faks: 604-9283046 Dicetak oleh: ULTIMATE PRINTS SDN BHD (62208H), Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5511 3888 Faks: 603-5101 3608


02 JULAI- 15 JULAI 2010

Transisi

IKON

Saya joging setiap Ahad

Falsafah hidup DS? Sebagai ahli politik, kita perlu bekerja untuk rakyat dalam apa juga keadaan pun. Kita perlu turun padang dan melihat segala permasalah rakyat, selaras dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Mungkin ada kenangan pahit manis sepanjang karier politik DS? Sudah tentu kerana setiap orang mempunyai pengalaman berbeza. Ini lumrah hidup dan kita perlu bersedia dan berani menghadapinya. Jika melawat Melaka, orang akan puji kebersihannya. Apakah rahsianya? Memang kebersihan diberi keutamaan. Saya cukup pantang lihat sampah sarap bertaburan atau tidak diangkat oleh pihak berkuasa. Saya akan pantau keadaan ini dan jika ada tidak kena saya terus hantar SMS kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya dapat diperbetulkan. Rakyat Melaka mesti mempunyai budaya pembersih dan amalan ini memang diberi penekanan.

KETUA MENTERI MELAKA DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM Oleh Muhammad Amsyari Ismail Sukan Malaysia (Sukma) XIII sangat berjaya. Tahniah atas kejayaan pihak penganjur, terutama Kerajaan Negeri Melaka? Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Sukma XIII 2010 di Melaka. Sebenarnya, ini adalah kejayaan bersama, rakyat dan Kerajaan Negeri. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terbabit. Kalau negeri lain tidak sanggup menganjurkannya, Melaka bersedia menggalas cabaran ini pada masa depan.

Apakah rahsia kejayaan Sukma XIII ketika Piala Dunia sedang rancak berlangsung? Tiada resepi rahsia kejayaan. Publisiti meluas oleh media membuatkan Sukma cukup berjaya. Setiap venue pertandingan, termasuk majlis pembukaan dan penutup dibanjiri penonton walaupun penganjur menghadapi demam Piala Dunia. Rakyat Melaka dan orang luar dari negeri ini turun beramai-ramai menyaksikan setiap acara. Contohnya, perlawanan akhir bola sepak Terengganu dan Selangor dibanjiri kira-kira 10,000 penonton. Sukma XIII di Melaka kejayaan besar di segi kualiti, kemunculan bakat muda dan saingan sesama kontinjen negeri. Bagaimana DS melihatnya? Memang diakui, Sukma XIII 2010 di Melaka melakar sejarahnya tersendiri apabila lebih 81 rekod kejohanan dan 14 rekod kebangsaan dipecahkan. Ini pencapain terbaik untuk atlet-atlet kita. Negeri yang menang juga tidak memonopoli jumlah pungutan pingat. Jumlah pungutan pingat antara Johan dan Naib Johan serta tempat berikut tidak ada banyak perbezaan. Demam Piala Dunia 2010 rancak berlangsung. Apakah DS sempat menontonnya dengan jadual harian ketat?

3

Jika ada masa saya menonton, tetapi setakat ini hanya beberapa perlawanan tertentu sempat saya saksikan. Pasukan mana menjadi pilihan DS menjuarai Piala Dunia 2010? Kenapa? Brazil. Pasukan itu menjadi pilihan kerana pemainnya seimbang. Mereka boleh bertahan dan menyerang. Corak permainan mereka sentiasa konsisten selain memiliki semangat berpasukan tinggi. Apa yang DS gemar lakukan jika dapat lari daripada kesibukan tugas? Berjoging. Ini hobi saya sejak dulu lagi. Kadangkadang, jam 2 pagi saya berjoging kalau rasa berat badan berlebihan. Ketika melawat luar negara, sebelah pagi saya akan keluar berjoging. Pernah ketika di Paris, saya sesat kerana terlupa ingat jalan balik ke hotel. Saya berjoging setiap Ahad dan ini masa terbaik untuk bersama pelbagai lapisan masyarakat. Kalau anda suka berjoging boleh join saya setiap Ahad di Memorial Kemerdekaan, Dataran Pahlawan dan Bandar Hilir di Melaka. Makna kebahagiaan sempurna bagi DS? Apabila kita dapat membentuk keluarga, terutama anak-anak, menjadi orang berjaya selain dapat melihat rakyat hidup dalam harmoni dan bersatu padu. Aset negara kita ialah perpaduan. Ini yang perlu kita pertahankan sampai bila-bila. Kejayaan paling besar dan cukup bermakna dalam hidup DS? Menjadi ahli politik. Bukan semua orang boleh jadi ahli politik kerana ia memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran.

Telefon bimbit DS boleh dihubungi bila-bila masa. Apakah ini tidak mengganggu tugas-tugas seharian? Saya tidak fikir ini mengganggu. Sebaliknya, ini cara terbaik saya berinteraksi secara langsung dengan rakyat. Kadang-kadang, mereka perlukan keputusan segera dan caranya ialah merujuk kepada saya. Jadi, kita kena bertindak cepat agar semua masalah rakyat dapat diatasi. Begitu juga jika saya perlukan khidmat pegawai-pegawai tertentu. Saya akan hubungi mereka secara terus dan mintak penjelasan sekiranya sesuatu isu itu memerlukan penjelasan. Saya boleh dihubungi melalui nombor ini, 019-6659567 DS juga ada Facebook (FB). Bilakah masa DS lihat dan menjawabnya? Biasanya pada tengah malam jika tidak ada sesiapa yang jumpa saya. Saya ambil masa dua atau tiga jam menjawab semua soalan dikemukakan melalui FB. Ini kaedah mudah selain menggunakan SMS untuk selesaikan masalah rakyat. Bagaimanakah DS melihat kepemimpinan Perdana Menteri (PM) kita? PM kita seorang yang tegas dan bersikap terbuka. Beliau pemimpin yang sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat dengan pelbagai pendekatan dan strategi baru. Ini termasukkan Model Baru Ekonomi (MBE), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan sebagainya. PM kita ingin bawa perubahan dan setiap rakyat Malaysia wajar menyokongnya. Pandangan DS mengenai politik semasa? Kita sepatutnya tidak perlu banyak politiking. Kita perlu terus bekerja dan beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Rakyat akan menilai seseorang pemimpin itu dan mereka juga yang akan menentukannya.


4

Transisi

ISU

02 JULAI-15 JULAI 2010

>> Dari Muka 1

B

IARPUN dihalang oleh ibu bapa, Ashwad masih belum puas dan hati kecilnya masih terkilan kerana tidak berpeluang menjejakkan kaki dibumi Palestin – negara yang ingin dilawatinya sejak kecil – dek serangan puak rejim yang terkenal dengan sikap kejam itu. “Saya ibarat jatuh ditimpa tangga. Bukan sahaja keinginan saya membantu menghantar bantuan makanan tidak kesampaian. Malah, mendapatkan gambaran sebenar mengenai keperitan hidup rakyat Palestin juga gagal. “Saya benci dan geram dengan kekejaman rejim Zionis ini. Mereka bukan saja tidak berhati perut, tetapi lebih keji daripada setan. Mereka hanya takut bayang-bayang sendiri. Mereka tidak tanya apa tujuan kita, mereka terus serang walaupun kita masih di perairan antarabangsa. “Selepas serang dan bunuh sukarelawan atas kapal, mereka bawa dan kurung kita di Israel. Tujuan murni untuk hantar bekalan makanan ke Gaza terus terbantut. Insiden ini membuatkan saya sangat bencikan Zionis. Hakikatnya, gambaran sebenar mengenai mereka sejak sekian lama seperti dipaparkan di kaca televisyen saban hari ternyata benar dan memang keji. “Saya ada agenda tersendiri apabila berada di bumi penuh bergolak itu. Kepentingan saya adalah melaporkan apa yang berlaku di Palestin. Saya mahu lihat sendiri nasib dan kesengsaraan mereka, tetapi semua itu tidak menjadi. Ini yang saya kesal tak sudah,” katanya kepada Transisi ketika ditemui baru-baru ini. Meskipun di ambang maut dan ketakutan jelas menjadi teman paling rapat buat Ashwad selama 28 jam ditahan kerajaan rejim itu, beliau yang bertugas selaku wartawan dan penyampai berita di Astro Awani tidak sedikitpun gentar untuk berkunjung sekali lagi ke Palestin. Kepentingan anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah itu adalah membuat liputan, sekali gus memberi gambaran sebenar apa berlaku di bumi para Anbia tersebut. Walaupun ‘nyawa bagai tidak ternilai’ dan boleh lenyap bila-bila masa, ia tidak sedikitpun dijadikan alasan buat Ashwad untuk berundur daripada tanggungjawabnya. “Saya tahu usia baru mencecah 25 tahun dan ramai yang halang jika saya mahu pergi lagi ke sana. Ibu bapa saya pun agak sukar melepaskan saya lagi (ke Palestin), tetapi saya nekad, misi ini belum selesai. “Saya mahu lihat sejauh mana kekejaman rejim Israel ke atas penduduk Palestin. Kita baru 28 jam ditahan dan didera, bayangkan

‘‘

rakyat wilayah itu sudah lebih 60 tahun menjadi mangsa kekejaman Israel di bumi sendiri,” katanya yang hampir empat tahun bergelar wartawan. Ditanya lebih lanjut tindakan rejim Israel ke atas tawanan Mavi Marmara, Ashwad nyata sebak kerana kisah pahit itu pasti menjadi ‘sejarah tersendiri’ yang sukar dilupakan. “Ia satu igauan buruk dan sukar melupakannya. Tentera Israel tidak melakukan penderaan fizikal ketika ditahan. Selepas membunuh beberapa sukarelawan, mereka menggunakan cara penderaan mental yang agak perit terhadap kami. Saya akui deraan mental mereka memang hebat,” katanya. Ashwad berkata, walaupun secara fizikal mereka tidak diapa-apakan tentera Israel, tetapi penderaan mental daripada rejim itu memeritkan semua tahanan. “Israel memang pintar dengan kaedah penderaan mental. Fizikal tidak diapaapakan, tetapi mental kita diasak pelbagai sudut. Cara mereka lakukan deraan mental cukup hebat. Kalau diikutkan darah muda, rasanya mahu saya tendang mereka sampai mampus. “Namun, sebelum menyertai sukarelawan ini, saya dibimbing supaya bersedia di segi mental dan fizikal kerana Israel tidak akan sunyi daripada penderaan. Jadi, saya kawal amarah saya dan tidak melawan,” katanya. Menurutnya, beliau akan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menarik lebih ramai remaja negara ini agar turut serta dalam kempen anti-Israel selain bertindak sebagai jurucakap bagi memastikan tujuan memulaukan Zionis menjadi kenyataan. “Saya akan pastikan saya tiba di bumi Palestin. Malah, saya mahu lebih ramai penaja menarik remaja seluruh Malaysia bersama kita untuk membantu rakyat Palestin dengan menghulurkan bantuan makanan seperti yang kami lakukan sekarang. “Semua orang bencikan Israel. Kita perlu tunjukkan kepada dunia pendirian Malaysia tidak pernah berubah dan sentiasa konsisten memerangi kekejaman Zionis. Setakat ini, bukan saja Turki memainkan peranan utama dalam menyalurkan bantuan, tetapi pemimpin Yahudi di negara Eropah turut berusaha ke arah itu,” katanya. Ditanya mengenai perancangan selepas ini, Ashwad berkata, beliau dan NGO negara akan mencari penaja untuk menghulurkan bantuan kepada negara Islam yang agak kucar-kacir seperti Afghanistan dan Iraq.

Apa daya Ashwad

mereka lakukan deraan mental cukup hebat, kalau diikutkan darah muda, rasanya mahu saya tendang mereka sampai mampus

“Tumpuan kita bukan saja di Palestin, malah Afghanistan dan Iraq atau negara Islam mundur lain juga menjadi sebahagian daripada program kami. Kita mahu bantu mereka, terutama dalam peng-

hantaran bekalan makanan. “Jadi, saya amat berharap supaya lebih ramai remaja negara ini turut serta dalam kempen yang bakal kami adakan tidak lama lagi,” kata Ashwad.


02 JULAI- 15 JULAI 2010

Transisi

ISU

5

S

Episod duka

EJAK penahanan sukarelawan misi menghantar bantuan makanan ke Gaza melalui jalan laut oleh rejim Zionis yang terkenal dengan kekejaman mereka, boleh dikatakan semua pihak tidak terlepas daripada menyaksikan berita sensasi itu di kaca TV dan akhbar. Dulu, kita hanya mendengar tangisan penduduk Palestin meraung atas kematian saudara mereka akibat ditembak tentera Israel melalui siaran satelit. Kini, ia dilihat penuh tragis oleh rakyat kita sendiri, juga penyampai berita Astro Awani, Ashwad Ismail, 25, ketika mengikuti misi berkenaan dengan menaiki kapal ‘Mavi Marmara’. Kekejaman Zionis memang tidak pernah padam, apatah lagi sukarelawan yang mengikuti misi itu bukan untuk berperang atau menjadi benteng ketenteraan Palestin, tetapi untuk menghantar bekalan makanan. Namun ‘Israel tetap Israel’. Hati mereka begitu kejam dan tidak kira apa sekalipun, sikap zalim mereka terserlah. Ashwad yang ditemui di pejabatnya selepas membaca berita di Awani Global menceritakan detik cemas kepada penulis Transisi, RUDYSHAM ABD RAOF dan jurufoto, NORATIKAH AB RAHIM mengenai pengalaman dan suasana ketika menjadi tahanan di Israel.

hanya sebesar zarah TRANSISI: Tugas sebagai wartawan penyiaran Astro Awani memerlukan komitmen tinggi. Bagaimana Ashwad boleh memiliki masa untuk terbabit dengan pasukan sukarelawan? ASHWAD: Sebagai wartawan yang juga pelajar Sains Politik, menjejakkan kaki ke negara bergolak kesan daripada dasar imperialisme dan hegemoni ekonomi politik negara-negara kuasa besar adalah impian saya sejak di sekolah lagi. Lanskap politik antarabangsa tidak sunyi dengan konflik PalestinIsrael. Isu Palestin dan negara-negara Islam yang dijajah kuasa besar menyentuh perasaan dan aspirasi saya. Kita berkongsi sentimen primordial yang sama. Justeru, saya mahu melihat, menyaksikan dan menyelami realiti rantau itu secara dekat terutama melibatkan konflik enam dekad PalestinIsrael. Inilah yang mendorong semangat saya untuk ikut sama sukarelawan Malaysia menghantar bantuan ke Gaza. TRANSISI: Jika diukur di segi usia, Ashwad masih terlalu muda (25 tahun). Apakah Ashwad tidak berasa takut atau gentar untuk menyertai pasukan ini di Gaza? ASHWAD: Saya wartawan. Tanggungjawab utama saya adalah melihat sendiri realiti kehidupan penduduk di Gaza, lanskap geopolitik di sana dan ia akan dijadikan bahan penceritaan saya kepada semua rakyat Malaysia. Kita sering didedahkan laporan media barat, segala pengisian berita disulam agenda tersendiri. Saya ada prinsip. Kalau takut kena ombak, usah buat rumah di tepi pantai. Jadi, sifat takut, gentar atau apa saja, saya buang jauhjauh. Tidak ada apa yang perlu saya takut. Saya mahu merakam segalanya untuk diterjemahkan kepada masyarakat Malaysia. TRANSISI: Bolehkah Ashwad jelaskan semula penahanan dan pengalaman ketika diserang tentera Zionis?

ASHWAD: Sepanjang 28 jam ditahan rejim Israel, saya seperti dapat merasakan sendiri konflik enam dekad Palestin-Israel. Apa yang saya rasai ketika itu, penduduk Palestin melaluinya setiap saat, setiap detik, setiap minit menghadapi pelbagai kemungkinan yang sukar diramal. Apa saya dilalui itu hanya sebesar zarah jika dibandingkan dengan kesengsaraan puluhan tahun rakyat Palestin. TRANSISI: Di sudut pemikiran, sudah tentu ramai menyatakan tiada faedah rakyat Malaysia memberi bantuan kerana kita agak ketinggalan di segi hubungan dengan Israel. Malah negara Timur Tengah sendiri dilihat lebih gemar berdiam diri dalam isu Palestin. Mengapa Ashwad nekad menyertainya walaupun nyawa berada di hujung tanduk? ASHWAD: Misi Freedom Flotilla menyuntik nafas baru dalam lanskap politik Timur Tengah kerana diterajui Turki, negara Islam sekular dan bukan Arab. Malah, misi itu menggabungkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari lebih 50 negara dalam kapal ‘Mavi Marmara’. Apakah maksudnya? Ia jelas melangkaui batasan agama, bangsa, warna kulit dan fahaman politik. Mereka berpegang kepada pendirian sama dan mereka teguh berdiri di bawah satu agenda iaitu ‘kemanusiaan’. Ia mencerminkan kekuatan masyarakat sivil mampu membawa perubahan dan mencapai matlamat yang mustahil. TRANSISI: Bagaimana pula dengan penilaian Ashwad terhadap nyawa sendiri dan apa yang anda fikir saat itu? ASHWAD: Sebaik bertentang mata dengan tentera Israel dan melihat mangsa maut akibat ditembak, saya hanya bertawakal kepada Allah. Matlamat saya adalah selamat dan pulang ke Malaysia serta menceritakan kepada semua orang mengenai pengalaman di Gaza. Alangkah sedihnya, saya dan

jurukamera Astro Awani, Shamsul Kamal Latip serta semua NGO lain juga menerima nasib sama, iaitu gagal menjejakkan kaki ke Gaza, sebaliknya dibawa ke Israel. TRANSISI: Jelaskan kedudukan sebenar Ashwad waktu ini. Masih trauma dan terasa bahangnya atau masih bersemangat untuk menyertai program sukarelawan ke Palestin? ASHWAD: Secara ringkas, saya simpulkan tragedi Mavi Marmara pada 31 Mei lalu mendorong semangat saya untuk terus berusaha berlandaskan perjuangan menceritakan realiti sebenar di negara Islam bergolak supaya menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita yang hidup aman dan sentosa di bawah konsep demokrasi permuafakatan sejak merdeka. Satu perkara penting yang harus kita sedar, ilmu adalah senjata utama. Justeru, saya berterima kasih kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan juga Naib Canselornya, Prof Dr Mohamad Mustafa Ishak yang menawarkan biasiswa penuh kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dalam Pengajian Antarabangsa. Ini sekali gus menunjukkan ilmu adalah kekuatan kita untuk mendepani cabaran mendatang dalam era dunia unipolar. TRANSISI: Pengalaman berdepan tentera Israel, apakah mereka terlalu kejam? Apakah yang Ashwad ingin lakukan terhadap mereka ketika itu? ASHWAD: Mereka melihat semua NGO dalam kapal adalah pengganas. Justeru, mereka bertindak apa saja untuk melumpuhkan usaha kami ke Gaza. Apa yang ingin saya lakukan, saya ingin pulang ke Malaysia. Saya bersyukur kerana tindakan cepat Kerajaan Malaysia membantu membebaskan kami semua. Saya Ashwad Ismail, Wartawan Astro Awani, bekas tahanan penjara Be’ersheba, Israel sel 5226.


6

Transisi

ISU

02 JULAI-15 JULAI 2010

P

PM menghadap Sultan Kelantan CERIA.. Najib menghadap Sultan Kelantan di Istana Mahkota.

ERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan menghadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu baru-baru ini, sempena lawatan sehari beliau ke negeri itu. Ini adalah kunjungan pertama Najib menemui baginda selepas pulang pada Mac lalu daripada menjalani rawatan perubatan akibat masalah jantung di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak Mei tahun lalu. Perdana Menteri diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang tiba di perkarangan Istana Mahkota, jam 1.15 petang. Baginda, yang ditemani Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid berkenan meluangkan masa hampir 20 minit berbual mesra bersama Najib dan Mustapa.

Bukan milik saya - Tengku Fakhry PEPATAH Melayu menyebut ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’. Hakikat inilah menjadi pegangan agung Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra (gambar) terhadap sebarang isu antara beliau dan kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra. Meskipun pelbagai onak dan duri menjadi teman rapat dalam istana Kelantan dan ditambah isu mengenai hubungannya dengan Tengku Faris, tidak sedikitpun jadi alasan Tengku Fakhry menderhaka.

P

ADA tanggal 14 Mei 2009, ayahanda saya, Sultan Ismail Petra gering dan dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi (CCU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan sebelum dipindahkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 24 Mei 2009. Semuanya berlaku begitu pantas dan saya sebagai putera baginda memang sedih kerana ayahanda yang saya kasihi dilaporkan agak tenat dan tidak mempunyai harapan lagi. Ia sesuatu yang cukup menghibakan, apatah lagi kesihatan baginda tiba-tiba bermasalah. Namun, Allah Maha Berkuasa dan selepas hampir setahun, baginda menunjukkan tanda-tanda semakin pulih. Daripada sukar untuk bertitah, baginda kini boleh senyum dan bersuara walaupun tidak seperti dulu. Ini semuanya berkat doa semua rakyat. Saya bersyukur dengan perkembangan kesihatan baginda yang dari semasa ke semasa menampakkan tanda-tanda kemajuan. Namun hati kecil saya tetap kecewa kerana masih ada suara-suara nakal dan tidak berbudi bahasa mengatakan saya ingin merampas takhta, sekali gus menjadi Sultan negeri

Tengku Fakhry tetap pasrah dan menerimanya dengan hati terbuka kerana ia ketentuan Allah terhadap diri dan keluarganya. Biarpun apa berlaku, Tengku Fakhry, yang ditemui secara eksklusif penulis TRANSISI, RAZALI YAHAYA dan RUDYSHAM ABD RAOF baru-baru ini, meluahkan perasaannya dan mahu semua pihak dan rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang jangan keliru kerana beliau tidak pernah ingin menaiki takhta sebagai Sultan dan tidak terdetik berbuat demikian.

ini. Kenyataan berbaur nakal itu bukan saja menghiris hati, tetapi mewujudkan suasana agak kelamkabut terhadap keluarga kami. Apa yang pasti, kenyataan liar tersebut sebenarnya mempunyai agenda tersendiri kerana ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh. Ini bukan saja pembohongan, malah fitnah paling besar. Ramai rakyat keliru dengan kenyataan liar berkenaan, apatah lagi mampu membangkitkan perasaan kacau dan menyebabkan ramai pihak tersinggung. Sudah tentu kenyataan tersebut menimbulkan syak wasangka dan menerbitkan perasaan tidak percaya terhadap saya. Semuanya karut dan saya agak kecewa terhadap pembohongan jahat ini. Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak berminat langsung menjadi Sultan Kelantan dan tahu siapa diri saya? Kenapa perkara ini berlaku. Saya pun tidak tahu apa sebenarnya motif mereka mahu melaga-lagakan kami adik beradik. Percayalah, Allah bersama orang teraniaya. Tidak ada sebab untuk saya menjadi Sultan kerana ia bukan profesion atau kerjaya yang perlu direbut. Ia adalah warisan turun temurun dan

pengganti seseorang pemerintah negeri ini dibuat berdasarkan lantikan dan bukan rampasan. Apatah lagi dalam keluarga, saya adalah putera ketiga dan masih mempunyai dua lagi kekanda yang mempunyai hak untuk memerintah negeri Serambi Mekah ini. Apakah ini perkara yang logik untuk dibualkan atau diperdebatkan? Saya bukan jenis anak raja yang tidak tahu protokol ataupun warisan diraja. Saya seorang yang lebih gemar menjalankan aktiviti sendiri dan tidak mungkin saya mampu menjalankan tugas seorang Sultan seperti dilakukan ayahanda saya. Untuk pengetahuan umum, saya banyak membabitkan diri dalam aktiviti sosial dan lasak seperti snorkel, mengembara, minum teh dan berjumpa rakan-rakan. Ini semua tidak terikat dengan protokol istana. Dari kecil saya dilatih untuk berhubung rapat dengan suasana luar. Kini, perniagaan adalah kehidupan saya dan tidak pernah terfikir untuk menaiki takhta. Semua tahu kekanda saya, Tengku Muhammad Faris adalah Tengku Mahkota Kelantan? Jadi, kenapa perlu saya ambil hak beliau? Sudah tentu itu perkara yang tidak benar sama sekali.

Tolonglah, selepas ini jangan ada lagi pihakpihak tertentu membuat pelbagai andaian atau spekulasi yang boleh memecahkan keharmonian keluarga kami. Saya tidak mahu lagi difitnah dan dipandang serong semua pihak. Tidak ada niat di hati untuk jadi Sultan kerana ia bukan hak saya. Sekali lagi saya tegaskan tidak ada sedikitpun cita-cita berbuat demikian (rebut takhta), tak ada niat dan jauh sekali untuk membelakangi kekanda saya yang amat disayangi dan dihormati. Minat dan tumpuan serta pengorbanan saya sekarang adalah untuk membantu dan memastikan ayahanda pulih seperti sedia kala. Jadi, janganlah kita memandai-mandai menabur fitnah kerana ia boleh merosakkan hubungan akrab kami sekeluarga. Saya mempunyai sebuah kediaman di Kuala Lumpur. Di dalamnya ada dua akuarium, perabot, televisyen, barangan pejabat, katil, permaidani, kain langsir dan sebagainya. Jadi, saya melantik seorang penjaga untuk mengawal selia kediaman saya itu. Antara tugas utama penjaga itu adalah memberi makan ikan, mencuci akuarium, menyapu dan mengelap lantai, menukar mentol lampu rosak serta pelbagai tugas lain yang diamanahkan. Bukan bidang kuasa penjaga itu untuk menyewa, menjual, mengubah suai, menukar warna dan membawa masuk orang tidak dikenali tanpa kebenaran pemilik kediaman itu – inilah saya sebenarnya. Justeru, konsep begini boleh diguna pakai dalam pentadbiran di Kelantan. Ia sangat mudah dan cukup senang untuk difahami.


02 JULAI- 15 JULAI 2010

Transisi

ISU

7

ASW2020-Bandar bantu miskin tegar D

ATUK Seri Najib Tun Razak berkata, RM100 juta yang diperuntukkan dalam Amanah Saham Wawasan 2020-Bandar (ASW2020-Bandar) bertujuan membantu memberi pendapatan tambahan kepada keluarga miskin tegar dan miskin bandar melalui pemberian dividen tahunan dan faedah lain hasil pelaburan itu. “Setiap ketua isi rumah tanpa mengira kaum yang layak dan berdaftar dengan e-Kasih akan diberikan wang prinsipal pelaburan RM10,000 dan tetap menjadi hak milik kerajaan,” katanya. Perdana Menteri berkata, pemberian pelaburan sumbangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu diharapkan dapat menambah pendapatan golongan tertentu yang memerlukan bantuan kerajaan. “Skim ini berbeza dengan skim lain. Mereka akan menerima dividen dan lain-lain pulangan pada setiap tahun sepanjang hayat mereka. Bagaimana-

NAJIB TUN RAZAK pun, sekiranya pemegang amanah itu meninggal dunia, unit itu akan disampaikan kepada orang lain yang memerlukan,” katanya semasa merasmikan program tersebut di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri di Jabatan Per-

dana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB ,Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. Seramai 4,976 ketua isi rumah yang berdaftar di bawah Fasa1 dan 2 dalam program e-Kasih layak menerima pelaburan unit amanah itu, termasuk 196 keluarga di Wilayah Persekutuan dan mereka menerima buku unit amanah masing-masing pada majlis berkenaan. Najib berkata, Kerajaan sudah mengenal pasti golongan miskin tegar dan miskin bandar berdasarkan usaha pendaftaran eKasih yang diselaraskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Di bawah program e-Kasih, pendapatan garis kemiskinan bagi golongan miskin tegar adalah kurang daripada RM430 bagi Semenanjung Malaysia, RM540 bagi Sabah dan RM520 bagi Sarawak. Golongan miskin pula didefinisikan kurang daripada RM720 di Semenan-

jung Malaysia, RM960 Sabah dan RM830 Sarawak. Sehingga 16 Jun lalu, seramai 8,439 ketua isi rumah miskin tegar dan miskin bandar sudah berdaftar di bawah e-Kasih. Beliau berkata, Kerajaan berhasrat mencapai sasaran sifar miskin tegar dan mengurangkan separuh isi rumah miskin keseluruhan daripada 5.7 peratus kepada 2.8 peratus menjelang akhir 2010. Menurutnya, agenda mengurangkan golongan miskin tegar menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mereka yang berdaftar di bawah e-Kasih fasa 1 dan 2 berkurangan daripada 50,931 kepada 33,417 isi rumah. “Jumlah golongan miskin tegar dapat dikurangkan kerana Kerajaan tidak mengambil sikap sebagai negara kebajikan. Sebaliknya, hanya memberi bantuan kepada golongan miskin tegar. Tetapi bagi golongan miskin, Kerajaan menyediakan program-program membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan itu,” katanya.

Perlu kajian teliti mansuh UPSR, PMR

Banyak pihak minta kajian teliti dilakukan sebelum UPSR dan PMR dimansuhkan.

A

HLI akademik tidak menolak langkah kerajaan menghapuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tetapi meminta kajian lebih teliti dibuat sebelum ia dilaksanakan. Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Hashim Othman berkata, UPSR dan PMR hanya budaya pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan tidak melahirkan pelajar berpengetahuan atau

berkemahiran. Menurutnya, sistem persekolahan pelajar peringkat sekolah rendah hingga tingkatan tiga sepatutnya berasaskan kepada sejauh mana pelajar itu mampu menyelesaikan masalah. “Lebih baik jika mereka dapat menggunakan pendidikan yang diterima bagi keperluan hidup mereka sehari-hari,” katanya. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik berkata, Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memansuhkan dua peperiksaan tersebut sebelum membuat keputusan muktamad. Beliau berkata, pendidikan di Malaysia terlalu berorientasikan peperiksaan hingga menyebabkan pembelajaran lebih menjurus kepada usaha mencapai keputusan baik dalam peperiksaan awam semata-mata. Menurutnya, contoh terbaik kesan daripada corak peperiksaan selama ini adalah dalam pembelajaran bahasa Melayu dan Inggeris apabila pelajar gagal berkomunikasi atau menyelesaikan masalah dengan baik walaupun mencapai keputusan peperiksaan cemerlang. Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Abdul Rashid Jamian berkata, pendidikan peringkat sekolah rendah sepatutnya menumpukan kepa-

da usaha meningkatkan kemahiran pelajar dalam membaca, menulis dan mengira saja. Abdul Rashid berkata, UPSR yang dilaksanakan sekarang terlalu berorientasikan pencapaian individu hingga menyebabkan ibu bapa hilang tumpuan dan terlalu mendesak dalam memastikan anak mereka memperoleh keputusan terbaik dalam UPSR dan PMR. “Saya setuju sekiranya ujian peringkat sekolah dan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah atau yang dikendalikan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) diadakan untuk menilai kemampuan pelajar pada penghujung tahun,” katanya. Beliau juga bersetuju jika pelajar peringkat sekolah menengah diberikan pendidikan mengikut kemahiran mereka sejak Tingkat Satu hingga Tingkatan Lima dalam bidang kemahiran seperti Sains, Teknikal, Sastera ataupun Kesenian. Menurutnya, mata pelajaran Kemahiran Hidup perlu diperkasakan untuk pelajaran sekolah menengah sebelum menghadapi peperiksaan SPM. Bagaimanapun, penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM), Profesor Emeritus Abdullah Hassan ketika mengulas perkembangan ini menyatakan kajian menyeluruh perlu dilaksanakan sebelum Kerajaan memutuskan perkara tersebut.


8

Transisi

02 JULAI-15 JULAI 2010

Keluarga mahu dalang diadili

Oleh Razali Yahaya

“SAYA tidak dibenarkan memeriksa seluruh badan arwah semasa kami sekeluarga mahu menatap wajahnya kali terakhir. Saya juga sempat melihat ada kesan lebam di mata kanan arwah.” Demikian luahan pilu Mohd Sobri Mohd Sofian, 41, bapa kepada Mohammad Naim Mustaqim, 16, pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi yang mati dipercayai akibat dibuli dan didera pelajar senior, baru-baru ini. Mohd Sobri terpaksa akur keputusan wakil ATM yang mengiringi jenazah untuk tidak membenarkan dia memeriksa badan arwah anaknya itu. “Mereka kata ikut prosedur tidak boleh sebab arwah sudah dikafan. Mereka hanya membenarkan bahagian muka saja dibuka untuk kami sekeluarga menatap wajahnya kali terakhir. “Pada waktu itu, saya tidak bantah tetapi mendapati ada kesan lebam di mata kanan arwah ketika mengucupnya kali terakhir,” katanya penuh kesal. Mohd Sobri kini meminta mereka yang bertanggungjawab memukul anaknya dibawa ke muka pengadilan. Menurutnya, walaupun dia dan keluarga menerima kejadian itu sebagai takdir, tetapi kematian Mohammad Naim tetap memerlukan pembelaan bagi memberi teladan kepada orang lain yang mungkin menerima nasib sama pada masa depan. “Arwah anak harapan kami untuk membantu keluarga pada masa depan. Namun, kejadian keji itu menghancurkan harapan kami sekeluarga. Sukar bagi saya menerima kejadian itu. “Saya impikan satu hari nanti arwah akan pulang ke rumah dengan pakaian seragam sebagai seorang pegawai tentera dan berharap dia akan membantu kami dan adik-adik lain untuk berjaya sepertinya,” katanya. Mohammad Naim, pelajar tingkatan empat MTD, meninggal dunia di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT), Kem Sungai Besi , Kuala Lumpur pada awal pagi beberapa hari lalu, dipercayai akibat dibuli dan didera pelajar senior. Mangsa dikatakan pengsan selepas didera kumpulan pelajar senior antara jam 11.30 pagi dan 1.20 pagi di asrama MTD sebelum dikejarkan ke PPAT, tetapi disahkan meninggal dunia. Keluarga Mohammad Naim kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Poilis (IPD) Bal-

ing untuk menuntut keadilan atas kematiannya. Ibu mangsa, Fauziah Abd Wahab, 45, berkata, kehilangan anak sulung yang menjadi harapan mereka sekeluarga amat menyedihkannya. Menurutnya, arwah bercita-cita menjadi tentera berpangkat kapten apabila diterima masuk MTD selepas cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). “Kini semua berkecai dan kami mahukan mereka yang melakukan perbuatan keji itu bertanggungjawab sepenuhnya dan dikenakan tindakan setimpal,” katanya, sebak. Fauziah berkata, dua minggu lalu arwah pulang dan ada kesan lebam di beberapa bahagian badan serta tangannya terseliuh, tetapi tidak mengadu apa-apa. Dia tetap ceria daripada biasa. Jadi, kami tidak menaruh syak dan menyangkakan arwah gembira di sana. “Wajah arwah semasa meninggal, juga lebam di matanya amat menyedihkan saya apabila mengenangkan dia terpaksa melalui semua ini. Dugaan ini akan saya hadapi dengan tabah,” katanya. Dia berkata demikian ketika ditemui di IPD Baling, baru-baru ini untuk membuat laporan polis. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Azmi Che Husain. Jenazah Mohammad Naim selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Baru dalam mukim Siong, Baling. Dalam perkembangan lain, Persatuan Bekas Putera Maktab Tentera Diraja (OPA) mengecam sebarang bentuk perbuatan buli, termasuk ugutan dan penderaan fizikal yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap pelajar MTD. Presidennya, Mejar Jeneral (B) Datuk Dr Mohamad Termidzi Junaidi berkata, walaupun MTD berteraskan pendidikan ala tentera, budaya buli tidak wajar diamalkan dan kejadian seumpama itu tidak harus berlaku, lebihlebih lagi di sekolah yang menerapkan nilai murni dan jati diri dalam menjaga keselamatan negara.

Seorang dibuang, 4 digantung

K

UALA LUMPUR: Dalam perkembangan terbaru, seorang pelajar tingkatan lima MTD yang disyaki terbabit dalam insiden buli dengan menyebabkan kematian Mohammad Naim Mustaqim disingkir serta-merta daripada pengajiannya, manakala empat lagi digantung pengajian hingga siasatan kes selesai. Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas siasatan mendapati pelajar tersebut membuli dengan niat sejak awal tahun ini. Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas majlis penyerahan sijil kepada petugas Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2010) di Kuala Lumpur pada hujung bulan lalu.

AHMAD ZAHID HAMIDI Menurutnya, kementerian memandang serius kes buli di sekolah dan tindakan wajar perlu diambil bagi membendung masalah itu serta mengelak perkara sama berulang. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, juga Pengerusi MTD berkata, kementerian menyerahkan kepada polis untuk menyiasat hal berkenaan. Pada 25 Jun lalu, polis menahan lima pelajar tingkatan lima MTD bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu bagi kesalahan membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori.

Ibu bapa mangsa, Mohamad Sobri dan Fauziah melihat jenazah anak mereka.


02 JULAI- 15 JULAI 2010

Transisi

BICARA

9

Pengukuhan jenama UUM Mustafa optimis tingkatkan imej universiti

P

engalaman 26 tahun dalam bidang akademik membolehkan Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak dipilih sebagai Naib Canselor (NC) Universiti Utara Malaysia (UUM) menggantikan Tan Sri Datuk Nordin Kardi berkuatkuasa 16 Jun lalu. Mustafa berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Sosiologi Politik dari University of Leeds dan MA (Poli-

:Fokus utama Prof selepas dilantik sebagai NC baru UUM? Di UUM, kita terkenal sebagai universiti pengurusan dan perniagaan, tetapi reputasi kami kurang dikenali umum. Justeru, saya berhasrat untuk menjenamakan semula imej universiti ini sebagai institutsi pengajian terkemuka bukan saja di Malaysia, malah di luar negara. Papan iklan bersaiz besar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang adalah antara projek penjenamaan semula tersebut. :Tidakkah rancangan Prof itu akan menghilangkan imej dan identiti lama UUM, yang digelar sebagai universiti tali leher (necktie)? UUM dikenali dengan identiti korporat mereka dan ia sudah lama disedari umum. Saya tidak akan mengubahnya dan pelajar-pelajar akan tetap kekal dengan identiti tersebut. Saya cuma melakukan beberapa penambahbaikan pada aspek akademi dan pengurusan.

:Perancangan NC untuk meletakkan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka? Saya akan memperkasakan struktur akademik di segi pentadbiran dan kurikulum. Salah satu langkah itu adalah mendapatkan pengiktirafan akreditasi antarabangsa bagi program akademi UUM. Universiti perlu memiliki 60 peratus tenaga pengajar yang memilki ijazah kedoktoran (PHD) yang kini berjumlah sekitar 26 hingga 27 peratus. :Berapa lama masa diperlukan supaya perancangan itu mencapai sasaran? Saya meletakkan jangka masa setahun. Pada masa sama, UUM juga akan berusaha menambah bilangan Profesor, Profesor Madya dan pensyarah antarabangsa sebanyak 10 peratus dalam tempoh kurang daripada setahun. Usaha ini akan berjaya jika struktur akademik dan kekuatan sumber manusia di UUM ditingkatkan. Ia akan bertambah kukuh lagi jika kita memiliki akreditasi antarabangsa.

tik) dari University of York, England. Ikuti wawancara penulis Transisi, Muhammad Amsyari Ismail dan Mohd Azhan Othman bersama jurufoto, Noratikah Ab Rahim di Aras 9, Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya ketika hari pertama beliau menghadiri mesyuarat dengan ahli Lembaga Pengurusan Universiti (LPU), pada 22 Jun lalu.

:Jelaskan rancangan jangka pendek dan panjang Prof di UUM? Selain mencapai sasaran 60 peratus tenaga pengajar PHD, rancangan jangka pendek saya adalah melahirkan 40 peratus pasca sarjana. Saya juga merancang meningkatkan aspek penyelidikan, pengurusan dan perniagaan (PPP), termasuk mengukuhkan kekuatan sumber manusia UUM. Saya berharap UUM dapat menjadi pusat rujukan bagi PPP. Dalam jangka panjang pula saya bercadang menjadikan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka dalam tempoh lima tahun. Saya juga merancang menarik ramai pelajar-pelajar berkualiti dari dalam dan luar negara. :Apakah pelajar tempatan mampu bersaing dengan pelajar dari luar negara yang bakal diterima masuk ke UUM? Sebenarnya, usaha menerima kemasukan pelajar asing akan memberi kelebihan kepada penuntut tempatan di UUM. Antaranya, mereka mampu meningkatkan penguasaan bahasa, terutama ba-

hasa Inggeris melalui komunikasi secara langsung dengan pelajar luar negara. :Mungkin Prof ada cara tersendiri untuk menghidupkan suasana kerja dan pembelajaran UUM? Saya mengamalkan konsep leadership among equals kerana apa saja boleh berlaku dalam dunia akademik. Jika hari ini kita menjadi ketua, tidak mustahil esok kita kembali menjadi pensyarah. Tidak salah kita menyokong siapa saja yang dilantik sebagai pemimpin kerana kita juga perlukan sokongan orang lain apabila dipilih untuk memimpin. :Apakah tanggungjawab baru ini akan menjejaskan masa Prof bersama keluarga? Hubungan sesama anggota keluarga sangat penting dan saya amat mengambil berat mengenai hal ini. Saya akan cuba membahagikan masa supaya urusan kerja tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan. Hanya itu akan mengerat kasih sayang kami.


10

Transisi

BISNES

02 JULAI-15 JULAI 2010

Perjanjian perdagangan ancam ekonomi Taiwan

Puluhan ribu penduduk berarak ke ibukota bagi membantah ECFA.

B

ARU-BARU ini, berpuluh-puluh ribu aktivis dan penyokong pembangkang Taiwan mengadakan demonstrasi di ibu kota Taipei bagi membantah cadangan kerajaan memeterai perjanjian perdagangan dengan China. Penunjuk perasaan berarak sambil membawa sepanduk antikerajaan sepanjang jalan utama menghala ke bangunan pejabat Presiden, Ma Ying-Jeou. Mereka berpendapat tindakan kerajaan itu hanya akan menjejaskan pentadbiran Taiwan selain membahayakan ekonomi negara itu. Pembangkang, Parti Demokrat Progresif (DPP) menggesa kerajaan mengadakan pungutan suara berdasarkan suara rakyat mengenai perjanjian tersebut sebelum sebarang keputusan dilaksanakan. Polis mendakwa kira-kira 32,000 penunjuk perasaan menyertai demonstrasi itu, manakala penganjur menyatakan jumlah mereka mencecah lebih 100,000 orang. Kerajaan berkata, Perjanjian Kerangka Kerjasama Ekonomi (ECFA) yang ditandatangani pada awal bulan ini di bandar Chongqing, China akan menikmati banyak faedah kepada syarikat-syarikat Taiwan di jiran itu. Faedah itu sama seperti diterima negara Asia Tenggara di bawah perjanjian perdagangan berasingan dengan China. Perjanjian tersebut dianggap sebagai

Rakyat bimbang ECFA akan menjejaskan ekonomi Taiwan dalam jangka masa panjang.

pemata paling bernilai dalam dasar ekonomi Ying-Jeou, yang berhasrat meredakan ketegangan di Selat Taiwan, titik utama persengketaan sejak kedua-dua pihak berpecah akibat perang saudara pada 1949. Namun, hubungan ekonomi dan politik itu juga menjadi matlamat asas Beijing dalam usaha kerajaan komunis itu mengembalikan semula kekuasaannya di Taiwan. “Perjanjian perdagangan akan menukar Taiwan menjadi satu lagi jajahan China seperti Hong Kong,” kata pekerja kilang getah, Chang Kuo-Min di daerah Changhua, tengah Taiwan. Menurutnya, Taiwan sudah bekerja keras untuk mencapai demokrasi seperti dinikmati sekarang dan rakyat negara ini sama sekali tidak akan membenarkan China menguasai mereka. Petani, Wu Hsien-Che menentang keras tarif bebas import dikemukakan China ke atas produk-produk hasil tani Taiwan dengan menyifatkan ia sebagai racun yang disalut gula. Buktinya, tinjauan pendapat menunjukkan ramai rakyat Taiwan membantah perjanjian perdagangan tersebut walaupun sebelum itu mereka menyokongnya. Kebanyakan penunjuk perasaan terdiri dalam kalangan warga tua dari wilayah tengah dan selatan Taiwan, yang menjadi kubu kuat kepada DPP, kumpulan pembangkang yang menyokong gerakan pro

kemerdekaan di pulau itu. Pengerusi DPP, Tsai Ing-Wen berkata, perjanjian tersebut hanya akan memberi manfaat kepada syarikat-syarikat besar, manakala mereka yang miskin tetap melarat. “China meresap masuk dalam perniagaan kami langkah demi langkah dan membuatkan ekonomi Taiwan menjadi sebahagian daripada ekonomi mereka. “Kami turun ke jalanan hari ini untuk melindungi kepentingan generasi akan datang,” katanya lagi. DPP berkata, rakyat Taiwan mungkin meraih faedah jangka pendek daripada kesan potongan tarif import. Namun, banyak kilang-kilang tempatan dijangka dipaksa menutup operasi mereka dalam beberapa tahun nanti akibat limpahan produk-produk murah dari China. Perdana Menteri, Wu Dun-Yih pernah berkata, perjanjian berkenaan akan mewujudkan 260,000 pekerjaan di Taiwan dengan menarik banyak pelaburan dalam kalangan penduduk tempatan dan asing. Di bawah perjanjian itu, syarikat-syarikat Taiwan akan menerima kelebihan tarif ke atas 539 produk yang dieksport ke China, manakala syarikat-syarikat dari Tanah Besar pula akan memperoleh manfaat terhadap 267 produk dalam pasaran Taiwan. Keseluruhan perdagangan dua hala itu bernilai sekitar AS$110 bilion (RM355 bilion) setahun dan Taiwan sendiri meraih

MA YING-JEOU keuntungan kira-kira AS$50 bilion (RM161 bilion). Sejak hilang peluang memerintah kepada parti Ying-Jeou pada 2008, DPP kini memenangi enam daripada tujuh pilihan raya kecil. Beberapa siri tinjauan umum turut menunjukkan pertambahan sokongan rakyat kepada parti pembangkang itu. DPP mengharapkan dasar Ying-Jeou, terutama dalam isu perjanjian perdagangan, akan membantu parti itu meraih sokongan besar dalam pilihan raya bandar tahun ini dan pilihan raya Presiden pada 2012. Ying-Jeou dijadualkan menyerahkan perjanjian perdagangan itu kepada perwakilan Taiwan untuk diluluskan pada bulan ini dan dijangka tidak menghadapi banyak masalah kerana majoriti kerusi dikuasai Parti Nasionalis pimpinannya.


02 JULAI- 15 JULAI 2010

Transisi

BISNES

11

Airbus jejas pelan transformasi MAS

Tengku Azmil kecewa dengan kelewatan

TENGKU AZMIL

K

EGAGALAN Airbus menepati janji menghantar enam pesawat Airbus A380 pada 2011 ke tarikh baru (April 2012) memberikan kesan terhadap Pelan Tranformasi Perniagaan (BTP 2) Penerbangan Malaysia (MAS) secara keseluruhan. Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif MAS, Tengku Datuk Azmil Zaharuddin berkata, syarikat penerbangan kebangsaan memang kecewa dengan kelewatan berterusan penghantaran pesawat itu dan mungkin memilih membatalkan tempahan sebelum hujung tahun ini. “Airbus masih gagal menepati janjinya menghantar pesawat berkenaan seperti ditetapkan. Penangguhan itu menambah tekanan kepada pelan transformasi kami yang antara lain merangkumi pelupusan beberapa pesawat sedia ada sebelum ketibaan A380,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan mutakhir mengenai tarikh penghantaran A380 dan MAS dijangka memilih untuk membuat pembatalan jika Airbus berterusan menunda penghantaran pesawat itu. “MAS tidak menolak kemungkinan membatalkan tempahan pembelian enam A380 kerana kami kini sedang mengadakan perbincangan terperinci mengenai langkah sesuai diambil sama ada peringkat

Lembaga Pengarah ataupun dengan Airbus. “Keputusan akan dibuat sebelum hujung tahun ini,” katanya kepada media selepas mesyuarat agung tahunan MAS di Petaling Jaya, baru-baru ini yang turut dihadiri Pengerusi MAS, Tan Sri Dr Munir Majid. Sementara itu, Kesatuan Pekerja-Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (Maseu) mendesak MAS bertegas dan membatalkan sahaja tempahan A380. Mereka berpendapat tindakan Airbus menunda penghantaran pesawat itu seperti dijanjikan boleh mengakibatkan kerugian lebih besar kepada MAS. “Ketika penerimaan pesawat itu bagi tarikh baru dicadangkan, iaitu 2012, ia seakan sudah basi dalam industri penerbangan,” kata Setiausaha Eksekutif Maseu, Mustafar Maarof dalam kenyataan di Kuala Lumpur. Maseu berkata, MAS perlu menukar strategi perniagaan dan mengelak mengikuti langkah-langkah syarikat penerbangan lain di rantau ini. Menurutnya, MAS boleh beroperasi lebih selesa dan lebih ekonomi dengan membina modus operandi perniagaan sendiri dalam menghadapi saingan sengit peringkat global. Airbus sepatutnya menghantar A380 pada Januari 2007, tetapi hingga kini penghantaran itu ditunda lagi. Ini sesuatu yang tidak munasabah dalam urusniaga industri penerbangan. Mustafar berkata, jika MAS masih tetap mahu menunggu, syarikat itu akan gagal mengemas kini dan merangka pelan serta model perniagaan. Berdasarkan perspektif undang-undang buruh, A380 mengubah cara dan waktu rehat krew-krew penerbangan. “Setiap penerbangan A380 memerlukan krew yang cukup bagi memastikan semua ruang pesawat dipantau untuk menjamin keselamatan penumpang dan pesawat. “Ini kerana peningkatan aspek keselamatan di segi spesifikasi dan konfigurasi pesawat akan menambah beban kerja krew penerbangan dan teknikal semasa dalam penerbangan,” katanya.

74,781 pelabur layak Sukuk 1Malaysia

S

UKUK 1Malaysia (S1M) 2010 bernilai RM2.4 bilion diagihkan kepada 74,781 pelabur berkelayakan dan boleh dilanggani di 31 bank perdagangan, komersial dan pembangunan seluruh negara. Kenyataan Kementerian Kewangan menyatakan pemohon yang melanggan bon Islam itu akan dimaklumkan bank ejen masing-masing. “Mulai 22 Jun, pelabur sudah boleh menjual dan membeli S1M di bank ejen. Pembelian berdasarkan ‘siapa datang dulu dilayan dulu’ tanpa menetapkan jumlah had pegangan maksimum. “Ia tertakluk kepada Sukuk yang dijual pemegang terdahulu. Harga jualan dan belian dikira berdasarkan prinsip tara sebelum dicampur keuntungan terakhir,” kata kenyataan kementerian. Pelabur yang berminat melanggan Sukuk boleh mendapatkan maklumat dan harga harian menerusi laman web www.bondinfo.bnm.gov. my atau menghubungi bank ejen masing-masing. Jumlah minimum jual beli ditetapkan RM100 dalam gan-

daan RM100 dengan dikenakan kos pentadbiran 0.1 peratus daripada nilai belian nominal. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Bank Negara Malaysia (BNM) Telelink di talian, 1-300-88-5465 atau layari www.treasury.gov.my dan www.bnm.gov.my/sukuk1malaysia. S1M, yang diterbitkan tanpa skrip dan berlandaskan prinsip Syariah, adalah instrumen pelaburan tambahan untuk warga Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas. Tempoh matang adalah tiga tahun dan ia memiliki ciri penjualan semula yang memberikan fleksibiliti kepada pelabur untuk menjual dan membeli sukuk sebelum tarikh matang tersebut. Kadar keuntungan ialah 5 peratus setahun, bersamaan penerimaan keuntungan 1.25 peratus daripada jumlah pegangan mereka pada setiap akhir suku tahun dan mendapat pengecualian cukai. Keuntungan suku pertama Sukuk dikira daripada tarikh terbitan, iaitu 21 Jun hingga 20 September tahun ini.


12

Transisi

GLOBAL

02 JULAI-15 JULAI 2010

Islam mangsa keliru Barat Kesan Islamophobia runtuhkan simbol kebebasan diperjuangkan Eropah but walaupun sebelum itu mereka menjadi kelompok paling lantang memperjuangkan hak-hak golongan homoseksual dan perkahwinan dalam kalangan gay dan lesbian. Namun, apabila kecaman dan kritikan keras dilemparkan terhadap penganut Islam, simpati mereka tiba-tiba beralih kepada pengkritik dengan menyatakan ia sebahagian daripada kebebasan bersuara di Eropah. Parlimen Perancis sebulat suara mengharamkan niqab dengan mendakwa ia mengancam sekularisme di negara itu. Tetapi, sekularisme itu sendiri, menurut fahaman B a r a t , adalah suci daripada pemikiran seperti itu. Justeru, pengharaman niqab jelas tiada kaitan dengan sekularisme. Sebagai doktrin dipegang Barat, sekularisme sepatutnya mempertahankan hak asasi setiap individu, terutama golongan minoriti. Ia juga sepatutnya melindungi hak setiap indivu untuk bebas menganut sebarang agama dan menampilkan identiti mereka selain turut menjadi simbol kepada pluralisme dan toleransi di Barat. Apakah slogan terkenal dan dibanggakan Perancis, ‘kemerdekaan, kesamaan dan kebebasan’ adalah menjurus kepada golongan bukan Islam saja? Niqab dilabelkan sebagai skandal moral dan penghinaan kepada tradisi Barat. Kumpulan-kumpulan anti-niqab menganggap perempuan Islam yang memakai pakaian itu sebagai bom masa yang mesti dihapuskan. Bagi mereka, tiada langsung perbezaan antara golongan pelampau dan sederhana dalam Islam. Insiden pembunuhan wanita Mesir, Marwa el-Sherbini di Jerman setahun lalu adalah antara bukti nyata mengenai sentimen fanatik melulu dalam kalangan penduduk Eropah. Tiada bukti yang mengaitkan niqab dengan keganasan. Semua operasi pengganas yang berlaku di Eropah dilakukan

EROPAH BARAT Populasi Penganut Islam 2000 Peratusan muslim daripada keseluruhan penduduk 6% dan lebih

Laut Norway

3% - 5% 1% - 2% Kurang 1% Bandar dengan populasi Islam besar

Laut B altik

O

BSESI Barat terhadap niqab atau tudung menutup muka sering dilihat sebagai sebahagian daripada plot bawah sedar untuk menyekat apa saja simbolik Arab dan Islam. Hakikatnya, niqab bukanlah merujuk kepada pakaian Islam sebenar, fakta yang sudah lama diketahui oleh ahli politi Barat. Namun, pakaian itu mula menjadi sasaran kebencian selepas ia dianggap sebagai simbol budaya yang asing dan bahaya kepada masyarakat Eropah. Kadangkala, wanita India atau Sikh dan Buddha turut diheret dalam kekeliruan sama yang tercetus akibat pemakaian niqab. Apakah Parlimen Eropah masih mahu berterusan membahaskan isu niqab tanpa ada penyelesaian jelas? Hujah teologi menjelaskan kemarahan Barat terhadap niqab adalah kesan daripada sentimen Islamophobia, yakni fenomena yang menular secara meluas seluruh Eropah. Sentimen tersebut kemudian melarat kepada apa saja bentuk atau simbol yang ada kaitan dengan Islam seperti masjid hingga kepada kewujudan menara-menara azan. Jika trend itu berterusan, tidak mustahil suatu hari nanti Parlimen Eropah akan mengharamkan golongan lelaki menyimpan janggut panjang dan mencukur kumis mereka. Kita pasti ternanti-nanti istilah fobia apa pula akan muncul berikutan larangan berkenaan. Perkembangan tersebut mengungkap krisis nyata dialami Barat. Apabila sesuatu isu itu membabitkan Islam, Eropah jelas menidakkan prinsip kebebasan dan kesamaan yang dipertahankan. Lihatlah apa yang berlaku ke atas 65 juta penduduk Islam di Perancis, 22 juta di Australia, 10 juta di Belgium dan berjutajuta lagi di Belanda atau wanita-wanita berniqab di rantau itu. Kita ternyata tidak dapat menafikan kerosakan akibat salah tafsir dicetuskan Eropah. Ini diburukkan lagi dengan sikap berat sebelah intelektual Barat yang hanya membisu dan memandang sepi isu terse-

REP. CZECH

Laut Atlantik

SEPANYOL Peratusan Muslim di negara Eropah Austria Perancis Belgium Sweden Jerman

oleh kumpulan lelaki yang mempamerkan wajah mereka. Malah, serangan dilakukan lelaki dan wanita bertopeng di negara-negara Arab dan Islam termasuk dalam insiden keganasan yang jarang berlaku kerana pengganas cenderung mahu diri mereka dilihat dan dikenali. Itu adalah apa yang mereka inginkan.

15% 7% 4% 3.6% 3.4%

Belanda Britain Denmark Ireland Poland

3% 2.7% 2% 2% 2%

Niqab dilabelkan sebagai skandal moral dan penghinaan kepada tradisi Barat. Kumpulan-kumpulan anti-niqab menganggap perempuan Islam yang memakai pakaian itu sebagai bom masa yang mesti dihapuskan.


02 JULAI- 15 JULAI 2010

Muslihat Israel longgar sekatan B

GLOBAL 13

Transisi

menggangap keputusan Israel itu sebagai helah. “Sekatan Israel jelas mencabuli undang-undang antarabangsa dengan hampir dua juta penduduk menjadi mangsa,” katanya. Menteri Penerangan Jordan, Nabil Sharif, juga jurucakap kerajaan turut mendesak Tel Aviv menarik balik sepenuhnya sekatan walaupun menyifatkan keputusan melonggarkan tekanan ke atas Gaza sebagai tindakan tepat. “Namun, rancangan Israel itu tidak cukup. Langkahlangkah kosmetik tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya. Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton berkata, EU berharap kenyataan terbaru kerajaan Israel itu akan disusuli dengan reaksi segera. Menteri Luar Itali, Franco Frattini menyatakan Israel sepatutnya memahami bahawa strategi sekatan adalah tidak berhasil dan mereka harus menarik balik kepungan tersebut kerana ia hanya akan menjejaskan penduduk Gaza.

Oleh Mohd Azhan Othman

P

Walaupun pelbagai rentetan keganasan dibuktikan sejak lebih 60 tahun lalu, kerajaan rejim Yahudi itu berterusan memperdayakan masyarakat dunia menerusi pelbagai retorik terancang dengan disokong kuat mediamedia antarabangsa. Hakikatnya, penduduk Palestin terpaksa bergelut meneruskan kehidupan seharian sambil menyaksikan tanah air mereka dijarah penjajah berlesen sedikit demi sedikit.

SAEB EREKAT

EBERAPA minggu lalu, Israel mengumumkan akan melonggarkan sekatan terhadap Genting Gaza berikutan pelbagai tekanan dan desakan dunia susulan daripada insiden serangan skuad komando rejim Yahudi itu ke atas konvoi bantuan antarabangsa. Namun, sekutu Tel Aviv dan jiran-jiran Arab menganggap pengumuman itu tidak mampu pergi jauh melainkan kerajaan Israel menarik balik sepenuhnya sekatan embargo di wilayah Palestin tersebut. Dalam kenyataan dikeluarkan pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, kerajaan Yahudi itu bersetuju meluaskan senarai barangan yang boleh dibawa masuk ke Gaza. Kenyataan itu menegaskan senarai tersebut adalah membabitkan barangan untuk projek-projek awam dengan proses kemasukan dibuat melalui pengawasan antarabangsa. Antara senarai barangan baru diluluskan Israel termasuk semua jenis makanan, permainan, alat tulis, perkakasan dapur, tilam dan tuala, kata penyelaras bekalan Palestin di Genting Gaza, Raed Fattaouh. Namun, Israel tetap mengekalkan larangan terhadap eksport melalui laluan air selain menyekat import bahanbahan binaan yang amat diperlukan untuk membangunkan semula Gaza selepas perang lebih setahun lalu. Kenyataan tersebut turut mendedahkan mengenai mesyuarat Kabinet yang dijangka diadakan dalam masa terdekat untuk membuat keputusan berhubung langkahlangkah melaksanakan dasar tersebut. “Israel mengharapkan komuniti antarabangsa juga akan berusaha untuk segera membebaskan askar kami, Gilad Shalit yang ditawan Hamas,” kata kenyataan itu. Sementara itu, Hamas yang menguasai Gaza pantas mengetepikan keputusan Israel dengan menyifatkan reaksi kerajaan Zionis itu sebagai propaganda media. Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, keputusan Israel meningkatkan senarai dan kuantiti barangan ke Gaza bertujuan meneruskan kepungan dan memastikan sekatan berterusan terhadap Gaza selain cuba memesongkan kritikan antarabangsa terhadap tindakan ganas rejim itu. “Apa yang diperlukan bukanlah membenarkan tambahan kemasukan kuantiti barangan, tetapi menarik semua sekatan embargo dengan membuka sempadan mengelilingi Gaza dan memastikan setiap orang bebas bergerak serta barang-barang diperlukan, terutama bahan binaan dibawa masuk,” katanya. Di Ramallah, Ketua Perunding Palestin, Saeb Erekat

Beginilah keadaannya di Gaza.

Perpaduan Fatah, Hamas masih kabur

ENDIRIAN Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berhubung isu Timur Tengah selepas insiden serangan ke atas konvoi bantuan ke Gaza dalam laporan berita laman web akhbar tertua Israel, Haaretz pada pertengahan Jun lalu begitu mengejutkan. Menurut Haaretz, Mahmoud dilaporkan memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bahawa beliau menentang desakan supaya sekatan laluan laut ke Genting Gaza ditarik balik. Mahmoud ketika bertemu Obama di Rumah Putih ketika itu mendakwa penarikan sekatan tidak sepa-tutnya dibuat sekarang kerana ia hanya akan memberi ruang kepada Hamas untuk meningkatkan keupayaan mereka, sesuatu yang ditakuti Washington dan sekutunya, Tel Aviv. Lebih menyedihkan, pendirian Mahmoud itu turut disokong Mesir yang sekian lama menutup laluan sempadan ke Gaza. Walaupun kebenaran laporan tersebut mungkin boleh dipertikaikan, timbul beberapa persoalan mengenai pendirian sebenar Mahmoud dalam mencapai perdamaian di Timur Tengah tanpa mengetepikan hak dan

aspirasi rakyat Palestin. Ketika penduduk Gaza dihimpit kemelaratan, Mahmoud masih mahu meraih simpati Washington dalam menangani kemelut di rantau itu. Apakah beliau lupa struktur media dan pentadbiran AS sendiri sudah lama menjadi proksi kuat kerajaan Tel Aviv sejak tragedi Nakba yang menyaksikan tertubuhnya negara Yahudi dalam tanah air penduduk Palestin? Obama mungkin bercita-cita besar dalam mewujudkan perdamaian di Timur Tengah, tetapi sejarah membuktikan tiada seorang pun Presiden AS berjaya mencari penyelesaian muktamad di rantau bergolak itu sejak lebih 50 tahun lalu. Jika Barat dapat menumbangkan kuasa Nazi di Jerman selepas 12 tahun ia berkuasa, di manakah kuasa mereka ketika menangani pencerobohan rejim Zionis di bumi Palestin? Jadi, simpati dan rayuan apa lagi yang mahu diharapkan Mahmoud daripada Obama? Umat Islam sebenarnya menanti perpaduan total antara Hamas dan Fatah. Hanya itulah kuasa pendesak yang mampu menggerunkan Israel dan mewujudkan keamanan di rantau itu.


14

RAJA-RAJA MELAYU

Transisi

02 JULAI-15 JULAI 2010

Senarai Raja untuk pe Yang di-Pertuan Ag BIL

1

SENARAI RAJA MENGIKUT TARIKH NAIK TAKHTA

1957 Johor (1895) Pahang (1932) Negeri Sembilan (1933) Selangor ( 1938) Kedah (1943) Perlis (1945) Kelantan (1945) Terengganu (1945) Perak (1948)

SENARAI NEGERI UNTUK PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG

SENARAI NEGERI YANG RAJANYA TELAH DIPILIH SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG

Senarai Pertama pada 1957 Johor Pahang Negeri Sembilan Selangor Kedah Perlis Kelantan Kelantan Perak Sultan Johor dan Sultan Pahang menolak pencalonan

2

1957 Johor Pahang Negeri Sembilan Selangor Kedah Perlis Kelantan Terengganu Perak

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong I pada 1957 Negeri Sembilan Selangor Kedah Perlis Kelantan Terengganu Perak Johor Pahang

Negeri Sembilan

Yang di-Pertuan Agong I mangkat pada 1 April 1960 semasa masih memegang jawatan 3

1960 Selangor Perlis Kelantan Terengganu Perak Pahang Kedah (15 Julai 1958) Johor ( 8 Mei 1959) Negeri Sembilan (1 April 1960)

SEN SERI PADUKA BAGINDA PERTAMA Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad NEGERI SEMBILAN 31.8.1957 - 01.4.1960

KELIMA Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah KEDAH 21.9.1970 - 20.9.1975

KEDUA Tuanku Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah SELANGOR 14.4.1960 - 01.9.1960

KEENAM Al-Sultan Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim KELANTAN 21.9.1975 - 29.3.1979

KETIGA Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail PERLIS 21.9.1960 - 20.9.1965

KETUJUH Sultan Haji Ahmad Shah AlMusta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’Adzam Shah PAHANG 26.4.1979 - 25.4.1984

KEEMPAT Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin TERENGGANU 21.9.1965 - 20.9.1970

KELAPAN Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail JOHOR 26.4.1984- 25.4.1989

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong II pada 1960 Selangor Perlis Kedah Kelantan Terengganu Perak Johor Pahang

Selangor

Yang di-Pertuan Agong II mangkat pada 1 September 1960 semasa masih memegang jawatan 4

1960 Perlis Terengganu Perak Pahang Kedah Johor Negeri Sembilan Kelantan ( 10 Julai 1960 ) Selangor ( 1 September 1960 )

Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong III pada 1960 Perlis Kelantan Terengganu Perak Pahang Kedah Johor

Negeri Sembilan Selangor Perlis

Yang Di-Pertuan Agong III tamat tempoh pada 21 September 1965 5

1965 Perlis Terengganu Pahang Kedah Johor Negeri Sembilan Kelantan Selangor Perak ( 4 Januari 1963)

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong IV pada 1965 Terengganu Pahang Kedah Johor Kelantan Perak

Negeri Sembilan Selangor Perlis Terengganu

Yang di-Pertuan Agong IV tamat tempoh pada 21 September 1970 6

1970 Perlis Terengganu Kedah Johor Kelantan Selangor Perak Negeri Sembilan ( 18 April 1974 ) Pahang ( 5 Mei 1974 )

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong V pada 1970

Kedah Johor Kelantan Perak Pahang

Negeri Sembilan Selangor Perlis Terengganu Kedah

SENARAI TIMBALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA Tuanku Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah SELANGOR 31.8.1957 - 01.4.1960

KEEMPAT Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah KEDAH 21.9.1965 - 20.9.1970

KEDUA Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail PERLIS 14.4.1960 - 01.9.1960

KELIMA Al-Sultan Tuanku Yahya Petra ibn Almarhum Sultan Ibrahim KELANTAN 21.9.1970 - 20.9.1975

KETIGA Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin TERENGGANU 21.9.1960 - 20.9.1965

KEENAM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’Adzam Shah PAHANG 21.9.1975 - 29.3.1979


02 JULAI- 15 JULAI 2010

Transisi

emilihan gong

RAJA-RAJA MELAYU

Sultan Pahang menolak pencalonan Yang di-Pertuan Agong V tamat tempoh pada 21 September 1975 7

1975 Perlis

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong VI pada 1975 Kelantan

Terengganu Kedah Johor Kelantan Selangor Perak Negeri Sembilan Pahang

Perak Pahang Johor

Sultan Johor menolak pencalonan

NARAI YANG DI-PERTUAN AGONG

ni

Yang di-Pertuan Agong VI mangkat pada 29 Mac 1979 semasa masih memegang jawatan 8

KESEMBILAN Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah PERAK 26.4.1989 - 25.4.1994

Negeri Sembilan Selangor Perlis Terengganu Kedah Kelantan

KETIGA BELAS Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah TERENGGANU 13.12.2006

1979 Perlis Kedah Selangor Negeri Sembilan Pahang Kelantan ( 29 Mac 1979 ) Terengganu ( 20 September 1979) Johor (11 Mei 1981 ) Perak ( 3 Februari 1984 )

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong VII pada 1979 Pahang Johor Perak

Negeri Sembilan Selangor Perlis Terengganu Kedah Kelantan Pahang

Yang di-Pertuan Agong VII tamat tempoh pada 1984

KESEPULUH Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman NEGERI SEMBILAN 26.4.1994 - 25.4.1999

9

KESEBELAS Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj SELANGOR 26.4.1999 - 21.11.2001

1984 Perlis Kedah Selangor Negeri Sembilan Pahang Kelantan Terengganu Johor Perak

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong VIII pada 1984 Johor Perak

Negeri Sembilan Selangor Perlis Terengganu Kedah Kelantan Pahang Johor

Yang di-Pertuan Agong VIII tamat tempoh pada 1989 10

KEDUA BELAS Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail PERLIS 13.12.2001 - 12.12.2006

1989 Perlis Kedah Selangor Negeri Sembilan Pahang Kelantan Terengganu Johor Perak

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong IX pada 1989 Perak

Negeri Sembilan Selangor Perlis Terengganu Kedah Kelantan Pahang Johor Perak

Yang di-Pertuan Agong IX tamat tempoh pada 26 April 1994

KETUJUH Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman NEGERI SEMBILAN 26.4.1979 - 25.4.1984

KESEBELAS Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah TERENGGANU 26.04.1999 - 21.11.2001

KELAPAN Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah PERAK 26.4.1984 - 25.4.1989

KEDUA BELAS Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah TERENGGANU 13.12.2001 - 12.12.2006

KESEMBILAN Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman NEGERI SEMBILAN 26.4.1989 - 25.4.1994

KESEPULUH a’in Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj SELANGOR 26.4.1994 - 25.4.1999

KETIGA BELAS Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah KEDAH 13.12.2006 -

Apabila Sultan Perak menamatkan tempoh jawatannya sebagai Yang di-Pertuan Agong IX pada 26 April 1994, pusingan penuh telah lengkap dengan semua Raja negeri berpeluang menjadi Yang di-Pertuan Agong 11

12

1994 Perlis Kedah Selangor Negeri Sembilan Pahang Kelantan Terengganu Johor Perak

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong X pada 1994

1999

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong XI pada 1999

Negeri Sembilan Selangor Perlis Kedah Kelantan Pahang Johor Perak

Selangor Perlis Kedah Kelantan Pahang Johor Perak Negeri Sembilan 13

2001

Negeri Sembilan

Selangor

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong XII pada 2001 Perlis Kedah Kelantan Pahang Johor Perak Negeri Sembilan Selangor

Negeri Sembilan Selangor Perlis

15


16

Transisi

AGAMA

02 JULAI-15 JULAI 2010

Pembaca boleh menghantar emel kepada transisi.mail@gmail.com untuk mengajukan soalan mengenai sebarang kemusykilan agama.

Soal/Jawab

Produk tiada logo halal Soalan Apakah hukum menggunakan atau makan produk-produk, terutamanya makanan, yang tidak ada logo halal?

Ust Jefri Bujang

Jawapan Walaupun tiada logo halal Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri dan kandungan produk itu tidak diragui, ia boleh digunakan atau dimakan.

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Anak luar nikah boleh waris harta ibu

Beza pajak gadai Islam, konvensional

Soalan Apakah kedudukan anak luar nikah dalam Islam? Bagaimanakah hak mereka terhadap harta pusaka ibu bapa mereka nanti?

Soalan Boleh terangkan mengenai skim pajak gadai Islam dan pajak gadai konvensional? Jawapan Pajak gadai Islam tidak mengandungi faedah atau riba daripada pinjaman, tetapi mengenakan upah simpanan barang kemas mengikut jumlah nilai barang tersebut dan jumlah mas mengikut kadar tertentu. Pajak gadai konvensional pula mengenakan faedah, iaitu riba kepada peminjam mengikut jumlah masa pajakan barang itu akan ditebus.

Cara akikah sempurna Soalan Saya ingin mengetahui cara-cara melakukan akikah yang terbaik dan sempurna. Jawapan Akikah adalah sunat muakad dan afdal dilakukan pada hari ke-7 kelahiran. Cara melakukan akikah tersebut ialah: 1. Menyembelih binatang untuk anak lelaki, Dua ekor kambing atau Dua bahagian lembu sekiranya mampu. Jika tidak, memadai 1 ekor atau 1 bahagian sahaja. Bagi anak perempuan pula, seekor kambing atau satu bahagian lembu saja. 2. Bercukur rambut. Kemudian, rambut itu ditimbang dan dinilaikan dengan harga emas dan perak serta wang disediakan kepada fakir miskin. 3. Memberi nama anak dengan makna yang baik. 4. Membelah mulut, iaitu menyuap makanan manis di mulut bayi.

Wajib tunai Haji jika mampu Soalan Apakah hukum jika seseorang Islam itu berduit dan mampu menunaikan Haji, tetapi masih tidak berbuat demikian? Jawapan Ibadah Haji adalah Rukun Islam ke-5. Syarat wajib menunaikan ibadah Haji ialah: 1. Memiliki tubuh badan sihat. 2. Mampu di segi belanja untuk diri, termasuk bekalan untuk anak isteri yang ditinggalkan dan orang yang berada dalam tanggungannya. Dalam hal ini, jika individu itu sudah mampu, dia wajib tunaikan Haji sekiranya sihat. Menggunakan alasan belum bersedia tidak boleh dikira. Inilah ujian perlu dihadapi orang-orang berkemampuan sama ada harta itu digunakan untuk ibadah atau kepentingan duniawi.

Jawapan Anak luar nikah adalah anak dilahirkan akibat perbuatan zina ibunya atau anak lahir kurang daripada tempoh enam bulan daripada tarikh perkahwinan oleh kedua ibu bapanya. Anak itu hendaklah dibinkan atau dibintikan kepada Abdullah. Anak itu juga tidak boleh mewarisi harta pusaka bapanya, tetapi boleh mewarisi harta ibunya.

Sah pakai minyak wangi alkohol

Soalan Hukum memakai minyak wangi beralkohol dalam solat. Ada pendapat mengatakan alkohol itu najis dan solat kita tidak sah. Boleh jelaskan. Jawapan Alkohol dalam minyak wangi boleh dan sah dipakai semasa solat.

Semut dalam minuman Soalan Saya kerap minum air yang mengandungi semut, selepas beberapa teguk saya tersedar di dalam bekas minuman itu ada semut. Saya tidak tahu hukumnya lalu saya membuang air itu. Jawapan Jika semut di dalam air itu sedikit, iaitu seekor atau dua, hukumnya harus, boleh diminum atau dibuang airnya. Tetapi, jika jumlah semut itu dalam kadar yang banyak, iaitu menutupi keseluruhan minuman, eloklah dibuang saja.


02 JULAI- 15 JULAI 2010

Transisi

AGAMA

Hikmah Israk Mikraj

17

1

Rencan a satu dar ipada dua siri

Oleh Ust Jefri Bujang

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” - surah Al-Isra’, ayat 1

HEBAT sungguh ciptaan Allah dan tiada tandingan berbanding manusia. Walaupun selepas berpuluhpuluh tahun angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Amstrong bersama kapal angkasanya mendarat di bulan, ia masih tidak dapat merungkai ciptaan Allah terhadap alam semesta ini. Kita sebagai penganut Islam wajar beriman dengan perkara ghaib ini dan ia adalah asas tauhid kepada Allah. Kenapa perlu percaya walhal ia perjalanan memakan masa berbulan-bulan, manakala Rasullah pula dapat mengembara hanya satu malam? Teori sains mampu membuktikan bahawa kita mesti percaya walaupun ia tidak kelihatan pada pandangan kasar. Contohnya, udara yang dihidu manusia setiap masa masih tidak diketahui hakikat kebenarannya. Apakah pernah kita terfikir sebelum ini? Kenapa kita mahu menafikan peristiwa Israk Mikraj apabila manusia sendiri berjaya melakukan beberapa siri percubaan ke angksa lepas melalui roket ciptaan mereka dan mendarat di bulan untuk melakukan kajian. Saintis Barat berpendapat jika ada hidupan di luar sana, maka sesuai bagi manusia untuk berpindah dan menetap di bulan menggunakan kaedah dan cara lebih saintifik serta canggih. Tujuh lapisan langit bumi perlu ditempuhi kapal angkasa sebelum sampai ke cakerawala lain. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah AlBaqarah, ayat 29: “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi,kemudian Dia menuju dengan kehendak-Nya ke arah langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahi akan tiap-tiap sesuatu.” Terlalu sedikit ilmu yang dikurniakan Allah kepada manusia, tetapi ahli-ahli sains mampu melakukan perkara luar biasa. Justeru, tidak mustahil Allah melakukan keajaiban di luar jangkaan akal fitrah manusia. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah,

Pengembaraan Rasulullah ke tujuh lapisan langit beri pengertian besar buat umat Islam

Kisah menakjubkan ini diceritakan Allah dalam Al-Quran dan berkait rapat dengan tajuk kita, Israk Mikraj. Peristiwa pengembaraan agung Rasullah ke tujuh lapisan langit itu menjadi bukti kepada penganut Islam beriman bahawa Allah Maha Mengasihi kekasihnya, Nabi Muhammad.

ayat117: “Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: jadilah engkau maka jadilah ia.” Allah juga mengutuk golongan yang tidak mempercayai kekuasaan-Nya dalam menjadikan suatu yang ghaib dan luar biasa melalui firman dalam surah Al-Imran, ayat 47: “Mariam berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan memperoleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendaki-Nya, apabila dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka dia hanyalah berfirman kepadanya: Jadilah engkau maka jadilah ia.” Israk Mikraj dan perjalanan ditempuh manusia biasa sepanjang hidupnya amat berbeza kerana ada peristiwa menakjubkan di dalam kisah itu. Perjalanan menggunakan kenderaan dipanggil ‘buraq’ tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan ciptaan manusia dan baginda dibawa mengembara malam kerana ia mukjizat kurniaan Allah kepada Rasul-Nya. Walaupun kejadian ini benar dengan dalil kuat, tetapi masih ramai meraguinya hingga ada umat Islam ketika itu tergugat iman. Kemudian, muncul sahabat baginda, Abu Bakar membenarkan kata-kata Rasulullah hingga diberi gelaran as-Siddiq (yang membenarkan). Kewujudan kenderaan dipanggil ‘buraq’ itu mesti diakui manusia jika mereka dapat melihat apakah makhluk Allah yang ada di langit seperti kajian mereka terhadap objek luar, UFO. Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah dan balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah dalam surah An-Najm, ayat 13-18: “Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. “Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. “Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

Rasulullah juga diperlihatkan balasan baik dan seksaan yang menimpa umatnya kelak hingga membuatkan baginda menangis setiap kali mengenangkannya. Antaranya, sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala sendiri dengan batu besar. Setiap kali kepala dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali lalu dipecahkan semula dan ia dilakukan berulang kali. Jibril memberitahu baginda, itulah orang yang berat kepala mereka untuk bersolat. Sesungguhnya solat menjadi penanda aras kekuatan ummah. Ini dikuatkan lagi dengan Firman Allah dalam ssurah Al-Ankabut, ayat 45: ”Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” Menyedihkan, tidak ramai yang mengingati Israk Mikraj pada zaman teknologi ini. Mereka lebih mengingati hari kekasih dan pelbagai hari lain ciptaan Barat bagi melalaikan umat Islam daripada mengingati hari kebesaran agama kita. Selain itu, Rasulullah juga melihat pelbagai bentuk penyeksaan seperti penzina, pemakan riba, perempuan yang membuka aurat, memfitnah dan lainlain bentuk azab Allah yang amat pedih. Rasulullah turut melihat pelbagai keajaiban umatnya yang menanam tanaman syurga ketika masih hidup dengan sentiasa membasahkan bibirnya berzikir kepada Allah. Di Sidratul Muntaha, baginda menyaksikan sungai yang mengalirkan susu dan madu. Unggas-unggas emas berterbangan dan dahan-dahan pokok yang bertukar menjadi permata bersinar. Baginda juga dapat melihat sungai al-Kautsar mengalir terus masuk ke dalam syurga. Sesiapa yang minum air al-Kautsar ini sekali saja, maka dia tidak akan merasa dahaga buat selamanya. Begitulah kehebatan dan kecantikan yang dapat digambarkan mengenai syurga. Allah berfirman menerusi surah Al-Buruuj, ayat 11: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; itulah keberuntungan yang besar.”

Ikuti siri terakhir dalam keluaran 16 Julai 2010


18

SIHAT

Transisi

Serangan jantung membunuh Oleh Gan Yong Li

S

ERANGAN jantung adalah salah satu pembunuh utama dalam kehidupan seharian manusia tanpa mengira umur atau jantina. Ramai tidak menyedari bahawa penyakit jantung wajar diberikan perhatian khusus dengan rata-rata tidak mengetahui simptom-simptom penyakit itu. Pernahkah anda sakit dada? Apakah kesakitan itu membuatkan anda tidak mampu bernafas atau bergerak? Bagaimanakah perasaan anda ketika sakit dada? Apakah anda terfikir bahawa apa yang anda rasai ketika itu adalah serangan jantung atau penyakit jantung koronari? Secara am, penyakit jantung koronari berpunca daripada pengurangan atau tiada aliran darah yang membawa oksigen ke jantung. Tanpa oksigen mencukupi, otot jantung akan cedera atau mati dan ini menyebabkan kematian melalui tiga cara: i. Kematian mengejut disebabkan denyutan jantung tidak normal. ii. Kegagalan otot jantung mengepam darah ke seluruh tubuh. iii. Kegagalan mekanikal disebabkan injap rosak atau dinding jantung terkoyak. Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah sejenis penyakit yang mempunyai spektrum luas kerana ia ada kaitan dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, aterotrombosis

dan kegagalan jantung. Namun, paling penting ialah mengawal tekanan darah kerana tekanan tinggi menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Apabila jantung dipaksa bekerja lebih kuat berbanding sepatutnya, ia menjadi besar dan kurang cekap serta akhirnya menyebabkan kegagalan jantung. Seseorang yang mengalami tekanan perasaan atau stres keterlaluan dan tidak mempunyai rehat mencukupi juga berisiko mengidap penyakit jantung. Seseorang itu berisiko tinggi mendapat serangan jantung jika mempunyai masalah-masalah berikut : i. Kurang bersenam atau tidak aktif Senaman penting untuk menguatkan jantung, sekali gus mampu membaiki aliran darah ke jantung. ii. Asap rokok Dikenal pasti sebagai penyebab utama sakit jantung. asap rokok akan mempercepatkan pembekuan da rah, menggalakkan pemendapan lemak pada din-

02 JULAI-15 JULAI 2010

Gaya hidup tidak sihat, tekanan jadi punca utama

ding jantung dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung. iii. Masalah kegemukan Pengambilan lemak yang terlalu tinggi seperti mentega dan daging berlemak turut memberi kesan kepada jantung. iv. Tekanan darah tinggi Darah tinggi menggalakkan penyempitan saluran darah dan menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang serangan jantung. v. Kencing manis Pesakit kencing manis juga berisiko tinggi mendapat penyakit jantung. vi. Tekanan perasaan Denyutan jantung meningkat apabila seseorang itu yang mengalami tekanan perasaan. Ini menyebabkan tekanan darah turut meningkat. Tanda serangan jantung: · Sesak nafas. · Kerap sakit dada. · Sakit mencengkam hingga pitam atau pengsan. · Berpeluh sepanjang masa. · Selalu rasa sejuk walaupun suhu sekitar panas. · Pening kepala dan loya. · Berdebar.

SERANGAN JANTUNG darah tersumbat

arteri TIP CEGAH PENYAKIT JANTUNG:

lapisan lemak kolestrol

saluran arteri

daging sihat

daging mati

1. Amalkan pemakanan sihat Hindari makanan berlemak atau kolesterol tinggi. Kurangkan makanan laut kerana memiliki kandungan kolesterol tinggi. Jauhi makanan dengan kandungangula tinggi seperti minuman ringan. Kerap makan sayur-sayuran dan buah-buahan. 2. Berhenti merokok Katakan tidak kepada rokok agar jantung kekal sihat. 3. Hindari tekanan perasaan atau stres Legakan tekanan perasaan dengan aktiviti-aktiviti luar atau beriadah. 4. Rajin bersenam Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ambil masa 20-30 minit bagi setiap kali senaman. Berjalan kaki atau berjoging sangat baik untuk menguatkan jantung dan melancarkan peredaran darah. 5. Pemeriksaan kesihatan berkala Pemantauan kesihatan berkala mampu mengurangkan risiko serangan jantung.


02 JULAI- 15 JULAI 2010

Transisi

SIHAT

Asma ada kaitan faktor genetik

19

Asma kanak-kanak TERDAPAT 10 hingga 20 peratus kanak-kanak dunia mengidap asma. Kebiasaannya, ia bermula dengan serangan selesema dan batuk sebelum disusuli sesak nafas. Jika tidak diubat dan dicegah, mereka kemungkinan menghidap penyakit itu hingga dewasa. Kajian menunjukkan 80 peratus kanak-kanak yang mengidap asma akan bebas daripada penyakit itu apabila mencecah usia 5 tahun. Bagi kanak-kanak yang mengidap asma tahap sederhana, penyakit itu akan hilang sekitar usia 12-13 tahun dan 50-60 peratus lagi pulih apabila berusia 20-25 tahun. Sebanyak 20 peratus lagi akan menderita asma berterusan dan hanya sebilangan kecil daripada mereka akan sembuh. Asma tidak dapat diubati, tetapi kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Sebaliknya, orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal mengidap penyakit berkenaan. Namun, asma hanya memudaratkan paru-paru dan tidak memberi sebarang kesan kepada jantung. Tanda dan gejala asma adalah seperti berikut: ¡ Pernafasan berbunyi, terutama ketika menghembuskan nafas. Tetapi, tidak semua pengidap asma memiliki pernafasan berbunyi atau sebaliknya. ¡ Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan. ¡ Batuk berpanjangan pada malam atau cuaca sejuk. ¡ Pengidap mengadu berasa dada menjadi sempit. ¡ Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan pengidap tidak dapat bercakap kerana sukar mengatur pernafasan.

Perubatan

A

FAKTA PENTING:

SMA, juga dikenali sebagai lelah adalah penyakit kronik yang menyerang saluran pernafasan pada paru-paru. Penyempitan saluran pernafasan akibat serangan penyakit tersebut menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan kelihatan termengah-mengah. Keadaan menjadi lebih teruk apabila kahak pekat menutup saluran pernafasan dengan menghalang kemasukan oksigen ke paru-paru. Kekurangan udara dalam paru-paru menyebabkan pesakit pengsan dan ia mampu membawa kepada kematian. Asma tidak boleh disembuhkan dan ubatubatan yang ada sekarang hanya mampu menghalang penyakit itu menjadi lebih teruk. Selain kesukaran bernafas, antara tanda lain seseorang itu mengidap asma ialah kerap batuk dan pernafasan menjadi pendek. Masalah pernafasan menjadi teruk apabila pesakit itu memiliki alahan, terutamanya

habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok. Makanan dan ubat-ubatan seperti aspirin atau penisilin juga boleh menyebabkan alahan pada pesakit, termasuk penggunaan pewarna makanan berlebihan. Justeru, pesakit asma seharusnya peka terhadap alahan yang menyebabkan mereka mudah diserang penyakit berkenaan. Aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersenam dan kerja-kerja berat turut memudahkan pesakit diserang asma selain tekanan perasaan dan stres. Fakta juga menunjukkan asma ada kaitan dengan faktor genetik atau keturunan. Jika ibu atau bapa mengidap asma, ada kemungkinan besar ahli keluarga mereka menderita penyakit tersebut. Pada usia kanak-kanak, gejala awal dapat dikesan seperti rasa gatal pada dada atau leher. Apabila diserang asma, mereka biasanya akan berasa cemas berlebihan dan banyak berpeluh.

1. Membabitkan semua peringkat umur, keturunan dan jantina. 2. Boleh dikawal dengan rawatan berterusan dan pesakit berpeluang menjalani kehidupan normal . 3. Tiada ubat, tetapi boleh dicegah. 4. Penyakit kronik utama dalam kalangan kanak-kanak. 5. Bertambah teruk dan boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan berterusan. 6. Orang dewasa berpeluang pulih buat sementara, tetapi tidak boleh disembuhkan.

Sedutan (Inhaler) UBAT sedutan ini kerap digunakan untuk mencegah asma. Antaranya ialah becotide, pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila pesakit diserang asma, doktor akan memberikan ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori. Ubatan tersebut mampu mengatasi masalah penyempitan rongga pernafasan ke paru-paru. Kadangkala, pesakit diberikan steroid untuk meredakan kesesakan nafas. Pesakit juga mungkin diberikan sodium cromoglycate untuk membantu mereka mengelak serangan penyakit itu. Kesan ubat sedutan 1. Selamat dan memberi kesan segera. 2. Berkesan selama empat jam. 3. Boleh diambil selalu dan ketika diperlukan. 4. Ulang setiap dua atau tiga jam. 5. Boleh digunakan sebelum bersenam. 6. Tidak berkesan pada asma teruk. Jenis ubat asma Ubat sedutan 1. Salbutamol (Respolin) 2. Terbutaline (Bricanyl) 3. Ipratropium (Atrovent) 4. Budesonide (Pulmocort) 5. Disodium Cromoglycate (Intal) Ubat makan 1. Salbutamol 2mg 2. Theophylline 125mg 3. Theophylline SR 250mg 4. Prednisolone 5mg 5. Terbutaline 2.5mg Ubat Suntikan 1. Hydrocortisone 100mg 2. Aminophylline 250mg


20

HAWA

Transisi

02 JULAI-15 JULAI 2010

Padah nikah isteri orang Oleh Siti Nurmah Wasilan

T

Situasi aneh muncul apabila Norizan mendakwa keputusan mereka untuk bernikah dibantah keluarga walaupun hubungannya dengan ibu bapa kekasih lamanya itu sangat baik. Namun, Hazri mengetepikan perasaan aneh itu dengan menganggap ia lumrah setiap manusia berubah daripada suka menjadi benci. Susulan daripada hajat tanpa restu itu, mereka mengambil keputusan bernikah di selatan Thailand.

N

S

WARIS IPI

A

RE

IDAK terlintas di hati apabila melihat lelaki ceria di hadapan penulis mempunyai kisah perkahwinan cukup dramatik sejak menamatkan zaman bujangnya. Namun, apabila diselami isi hati Hazri (bukan nama sebenar), ada kisah hitam menyelubungi jiwa akibat kegagalan dua perkahwinan dilaluinya. Malah, perkahwinan keduanya bersama Norizan (bukan nama sebenar) menjadi episod paling dramatik kerana wanita tersebut adalah isteri orang. Hazri ketika ditanya mengenai faktor mendorongnya menikahi wanita itu menjelaskan pernikahan mereka adalah berlandaskan cinta kerana pernah mengikat tali pertunangan ketika remaja dulu. Namun, pertunangan mereka terputus di tengah jalan apabila Norizan dikahwinkan dengan lelaki lain tanpa kerelaan. Hazri tidak pernah menyangka Norizan menyembunyikan status perkahwinan bersama suaminya semata-mata untuk berkahwin dengannya. “Sebelum membuat keputusan bernikah, dia pernah luahkan perasaan cinta kepada saya. Ketika itu, perasaan cinta saya kepadanya juga masih menebal,” katanya. Hazri bertemu dengan Norizan secara kebetulan ketika mereka dirawat di hospital sama. Sejak itu, mereka saling berhubung dan menjadi teman Hazri mendedahkan kisah dukanya rapat serta saling berkongsi pelbagai masalah. “Saya sangat kesal kerana tidak lihat surat cerai Nori“Norizan banyak luahkan kekecewaan mengenai zan terlebih dulu sebelum membuat keputusan bernikah masalah rumahtangganya. Dia mendakwa suaminya di Songkhla,” katanya. penagih dadah dan sedang menjalani pemulihan. HidupHazri dan Norizan bernikah pada 2000 dan dikurninya dengan empat anaknya seperti digantung tidak berakan seorang anak lelaki lima tahun kemudian. tali kerana dia tidak mempunyai pekerjaan. Pembohongan Norizan terbongkar selepas dia gagal “Masalah dihadapi Norizan membuatkan saya simpamenunjukkan sijil perceraiannya ketika Hazri mahu ti dan terdetik di hati saya untuk menikahinya. Lagipun, mendaftar kelahiran anak mereka di Jabatan Pendia menyatakan sudah sah bercerai dengan suaminya,” daftaran Negara. jelas Hazri.

bersama Chef Raja Ariffin Raja Sufian

Kuih Lopes

Perasaan Hazri bercampur baur. Dia rasa berdosa kerana berkahwin dengan isteri orang. Perasaan marah juga tidak dapat dibendung apabila mengenangkan dirinya diperbodohkan wanita paling dipercayainya. Hazri kini hanya memikirkan mengenai masa depan anaknya yang baru saja dilahirkan kerana sijil pernikahan bersama Norizan tidak diiktiraf Kerajaan Malaysia.

“Saya sangat kesal kerana tidak lihat surat cerai Norizan terlebih dulu sebelum membuat keputusan bernikah di Songkhla,” - Hazri Hal itu menyukarkan anaknya mendapatkan kad pengenalan pada masa depan. Hazri turut bimbang dengan persepsi masyarakat mengenai status anaknya yang pasti menjadi bahan bualan masyarakat sekeliling. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan perkara sebenar apabila anaknya besar nanti. Lebih merungsingkan, sijil kelahiran anaknya itu tidak ber’bin’kan namanya ataupun Abdullah. Padahnya, Hazri kini hidup dalam keadaan tertekan akibat tindakannya berkahwin dengan isteri orang selain terpaksa menghadapi persepsi negatif masyarakat mengenai status anaknya. Walaupun pahit diterima, pengalaman dilalui Hazri memberi pengajaran berguna kepadanya supaya terlebih dulu menyelidik latar belakang pasangan dan berkahwin secara sah serta diiktiraf Kerajaan Malaysia.

BAHAN-BAHAN: 2 cawan pulut 2 cawan santan 1 camca teh air kapur 1 cawan pati daun pandan 1/2 cawan kelapa parut 1/2 camca teh garam Air gula 1 biji gula Melaka 1 setengah cawan air CARA MEMBUAT: · Rendam pulut seketika bersama air kapur dan kemudian cuci sebersihya. · Campurkan pulut bersama santan yang sudah dicampur sedikit garam. · Tuang pati santan ke dalam adunan dan kukus hingga masak. · Selepas pulut sejuk, kepal mengikut acuan dikehendaki. Gaulkan kelapa parut apabila dikeluarkan dari acuan.


02 JULAI- 15 JULAI 2010

Transisi

HAWA

21

Perniagaan dekat di hati Azizah Oleh Siti Nurmah Wasilan

Nama : Azizah Ariffin Tarikh lahir : 10 Jun 1969 Umur : 41 Asal : Pulau Pinang Anak : Danial Afiq (15), Haikal Afiq (12), dan Ashriel Afiq (9) Suami : Mohd Khafairil Mohd Khalil Pendidikan : Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan, UUM, Sintok, Kedah. Diploma Pengurusan Perniagaan, UiTM, Arau, Perlis. Rancangan TV pernah diacarakan: Buletin Pagi, Tengah Hari, Agenda, Bincang Petang, Buletin Utama, Nona, Wanita Hari Ini.

A

PABILA melihat raut jelita wajahnya, ramai tidak menyangka Azizah Ariffin, yang aktif dalam bidang penyiaran sejak 1994, sudah menjangkau usia 41 tahun pada 10 Jun lalu. Walaupun aktif dalam penyiaran, minatnya dalam bidang perniagaan tidak pernah disia-siakan kerana Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dimiliki belum pernah digunakan sepenuhnya. Bagi Azizah, bidang perniagaan sangat dekat di hati seiring ijazah digenggamnya selepas tamat pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM). “Bidang perniagaan sangat dekat di hati kerana ijazah yang ada belum digunakan sepenuhnya,” katanya. Pembabitannya dalam bidang perniagaan didorong suami tercinta, Mohd Khafairil Mohd Khalil, juga kakitangan stesen televisyen swasta, TV3 yang bergiat dalam bidang itu melalui produk penambah tenaga, ‘Malam Jumaat’. “Buat masa ini saya banyak membantu suami yang terlebih dahulu menceburi bidang perniagaan dengan menjadi pengasas produk penambah tenaga ‘Malam Jumaat’ yang kini telah pun berada di pasaran”, katanya. Produk itu, keluaran syarikat Malam Jumaat Marketing, dirumus khas daripada herba asli dan boleh didapati dalam dua rumusan iaitu Malam Jumaat untuk lelaki dan wanita. Produk tersebut mampu menambah tenaga akibat kelesuan selain dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini, Azizah kini menggalas tugas penerbit kumpulan Media Prima bagi rancangan Semanis Kurma di TV9 dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3. Selain penerbit, beliau tetap turun padang mengacarakan rancangan WHI dua kali seminggu, terutama apabila ada kaitan dengan topik rumah tangga setiap Jumaat. Menurutnya, walaupun sudah menjadi penerbit rancangan televisyen, beliau tetap setia mengacara kerana menganggap ia sebagai satu ibadah untuk menyalurkan maklumat secara efektif kepada penonton selain menjadi

perantara informasi dengan masyarakat sasaran. “Pengacaraan menggabungkan ilmu penerbitan, komunikasi dan maklumat yang amat penting untuk disampaikan kepada khalayak. “Bidang ini juga adalah amanah besar yang perlu dipikul sama ada sebagai penyampai atau penerbit. Ini kerana ilmu diketengahkan kepada masyarakat Insya-Allah menjadi ibadah kepada saya,” katanya, yang sudah 16 tahun berkecimpung dalam penyiaran. Azizah berkata, dia jatuh cinta dengan bidang ini kerana konsep penyiaran adalah ‘fast paced’, iaitu komunikasi pantas yang disalurkan melalui penyampaian berita kepada masyarakat. “Saya sukakan bidang yang ‘fast paced’ dan tidak rutin seperti kerja-kerja pejabat. Malah menggabungkan ilmu penerbitan, komunikasi dan maklumat yang amat penting untuk disampaikan kepada khalayak dengan pantas tetapi beretika,” katanya. Walaupun bidang penyiaran menuntut komitmen tinggi, tetapi ia tidak menjejaskan kualiti masa antara dia dan suami, termasuk anak-anak. Hasil perkahwinan terdahulu, beliau dikurniakan tiga putera iaitu, Danial Afiq, 15, Haikal Afiq, 12, dan Ashriel Afiq, 9. Menurutnya, sebagai ibu dan isteri, masa seharian dimanfaatkan dengan bijak kerana kualiti masa dengan keluarga sangat penting supaya mereka tidak berasa terabai. “Sebagai ibu, saya juga perlu memenuhi tuntutan keluarga seperti menghantar anak-anak ke tuisyen dan sebagainya. Pada hujung minggu, saya cuba mengelak terlibat dengan sebarang aktiviti kecuali jika ia tidak dapat dielakkan,” katanya. Dia berpendapat masa untuk diri sendiri perlu ada bagi mengelakkan tekanan akibat tuntutan kerja, manakala komitmen rumah tangga yang

n tv.

endalikan rancanga

Azizah ketika meng

diluangkan sepanjang hari perlu diatasi dengan cara positif. “Apabila mengalami tekanan, saya akan cuba memperuntukkan masa dengan melakukan perkara menyeronokkan seperti membaca majalah atau bersiar-siar bersama keluarga,” katanya. Menyingkap pembabitan dalam bidang penyiaran, Azizah mula berkecimpung secara serius dalam industri itu selepas tamat pengajian di UUM pada 1994 ketika berusia 25 tahun. Penghijrahannya dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan memberi tuah kepadanya apabila terpilih menjadi pembaca berita selepas menghadiri temuduga terbuka dikelolakan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Dua tahun kemudian beliau ditawarkan bekerja di TV3 sebagai wartawan penyiaran sebelum menjadi penerbit rancangan TV.


22 UJI MINDA

S u d o k u

2 8

7 6

Transisi

3 5

6

1

3 9 7

03/10 Teka Silang Kata

8

9

2 4

5 7

2

3

5

3

MELINTANG

4

1. Dihasilkan oleh binatang-binatang kecil 5. Benda pecah 6. Menghubungkan dua perkataan 8. Tukang 11. Penuh dengan air 13. Simbol kimia 14. Singkatan untuk uda 15. Satu pertubuhan dunia Eropah

5

6

6 2

7

9 8

7

Anda

1 9

7 6

02 JULAI-15 JULAI 2010

9

10

KE BAWAH

5 11

12

2. Susunan perkara yang dikemukakan 3. Sejenis limau 9. Kepanasan 10. Mempersendakan 11. Singkatan untuk Angkatan Darat 12. Huruf keenam abjad jawi

13

4 14

15

peka?

Jangan takut

Cari 9 perkara yang sama tapi tak serupa

Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah. “Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu…” “Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.” “Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut…”

A

Jawapan Bilangan 02 MELINTANG 1) Pidato 4) Aho 7) JMF 8) Paksa 10) Poket 12) KO 14) Ukulele

B

Sudoku

Teka silang kata 02/10

KE BAWAH 1) Pa 2) Tajak 3) OHM 5) Of 6) TKP 8) Paku 9) Soal 11) ERL 13) OK

4 7 9 6 8 2 5 3 1

5 2 8 3 4 1 9 6 7

3 1 6 9 7 5 2 4 8

8 4 3 7 5 9 1 2 6

7 6 2 8 1 4 3 5 9

9 5 1 2 3 6 8 7 4

2 9 4 5 6 8 7 1 3

6 8 7 1 2 3 4 9 5

1 3 5 4 9 7 6 8 2


23

Transisi

JIMAT 20%

www.transisi.com.my

02 JULAI- 15 JULAI 2010

ya!

BORANG LANGGANAN

saya melangg ingin an akhb

BUTIRAN PERIBADI

ar

TRANS

ISI

Nama

:

No KP

:

Tarikh Lahir

:

Alamat

:

Telefon bimbit

:

Faks

:

Emel

:

Tel (Pejabat):

BUTIR LANGGANAN Status langganan: TRANSISI :

Baru Pembaharuan Persendirian 26 keluaran - RM52.00 13 keluaran - RM26.00

BUTIR BAYARAN Amaun : Wang Pos

Cek

Bahagian Langganan Universiti Utara Malaysia - Transisi 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Azizi, 50300 Kuala Lumpur

Bank Draf (Acc No: 02093010000010)

No :

RM2.50

(Sila tulis nama di belakang Cek/Wang Pos/Bank Draf)

18.06 - 01.07.2010

3

Edisi Kedua Jun 05 REJAB - 18 REJAB

1431H BILANGAN: 02/2010

IKON

Rashid teringin menyanyi

8 - 33 RAJA-RAJA MELAYU

POS KEPADA

(Dibayar atas nama ‘Bendahari Universiti Utara Malaysia’) Pembayaran melalui akaun Bank Islam

Korporat

Tel: 010 5223832 Fax : 03-26949228 emel: khairi.transisi@gmail.com

PROFIL

9 BICARA Sketsa Qaliff Umar

40

Akhbar Dua Minggu Sekali

Reaksi Dr Amir

RM2.50

BILANGAN: 03/2010 1431H

3

IKON

Saya joging setiap Ahad

Islam mangsa keliru barat

beliau ketika bertugas sebagai doktor peribadi Sultan Kelantan sejak dari awal baginda dibawa pulang ke Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan selepas menjalan i rawatan di Hospital Mount Elizabeth , Singapura, awal Mac lalu. “Pertama kali saya Sultan dalam pesawatbertemu Tuanku penerbangan khas Kerajaan Malaysia saya dibantu Kolonel . Ketika itu, zaman, salah seorangDr Razin Kamarulbaginda, juga Pakar doktor peribadi Perubatan Penerbangan yang arif mengenai isu transportasi udara. >> Lihat MUKA

Lagi berita di muka 5 • Detik cemas Dr Amir

www.transi

26-30

31-35

36 DAN KEATAS

PENDIDIKAN

:

Diploma

Ijazah

Lepasan Ijazah

Lain-Lain

JAWATAN

:

Eksekutif

Pengurus

Pengurus Besar

Pengarah

Pelajar

4

GLOBAL

12

25

HIBURAN

Akhbar Dua Minggu Sekali

21-25

n pandangannya.

n

“S

EBAGAI anggota tentera, wajib saya memper tahankan institusi Kesultanan Melayu” . Itulah luahan Pakar Perubatan Penyakit man (Physicia Dalan), Kolonel Dr Amir Ramli, juga doktor peribadi Sultan Kelantan Tuanku Ismail , Petra. Menurut Dr Amir, pelantikannya memerlukan perkenan Seri Paduka Baginda Dipertuan Agong Yang dan lebih besar berbandi tanggungjawabnya ng doktor di bawah Kementerian Kesihata n. Justeru, selaku pegawai kerajaan, beliau bukan saja tugas merawat pesakit, wajib mempert ahankan kedaulata malah n negara daripada anasir tidak bertanggungjawab Ikuti luahan Dr . Amir pada penulis Transisi,secara eksklusif keRAZALI YAHAYA RUDYSHAM ABD RAOF dan jurufoto, , NORATIKAH AB RAHIM mengena i tugas

02.7-15.07.2010

:

ketika memberika

Luahan doktor Sulta

Edisi Ketiga Julai 19 REJAB - 03 SYAABAN

UMUR

BAGAIMANA ANDA MENGENALI TRANSISI? :

24

si.com.my

DIMANA ANDA DAPATKAN NASKAH ANDA ?:

Gaza

gamit saya Oleh Rudysham

Abd Raof

TIADA istilah ‘semanga t yang hilang’ dalam penyiaran, Ashwad kamus wartawan Ismail walaupun menjadi tawanan oleh rejim Zionis selama 28 jam ketika mengikut i pelayaran kapal untuk misi penghant ‘Mavi Marmara’ aran bantuan kemanus Palestin di Gaza, iaan kepada rakyat bulan lalu.

Mahasiswa perlu ikhlas

>> MUKA 4 & 5

MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri mahasiswa yang Mohamed Khaled baru memasuki Nordin berkata, alam universiti bersabung nyawa perjuangan tidak ubah seperti untuk berjihad ke tentera yang tanpa dikuasai sebarang gangguan jalan Allah dan perlu menjagan ya dengan tertib anasir luar.

>> MUKA 2

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Universiti Utara Malaysia - Transisi 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Azizi, 50300 Kuala Lumpur Tel : (010) 522 3832 Faks: (603) 26949 228 Emel : khairi.transisi@gmail.com

Syarat-syarat langganan • Pembayaran tidak akan dikembalikan untuk pembatalan langganan.


24

HIBURAN

Transisi

02 JULAI-15 JULAI 2010

‘Toy Story 3’ ada kelas tersendiri Penonton dikejutkan pengembaraan penuh lucu, emosi

S

FAKTA

EPANJANG hidup, ada beberapa perkara yang memberi impak besar ketika kali pertama kita mengalaminya. Misalnya, saat jatuh cinta ataupun detik indah bercuti ke luar negara buat kali pertama. Hebatnya, filem animasi 3D, Toy Story 3 terbitan Pixar Animation Studios berjaya mengulangi kesan sama itu ketika pertama kali anda menontonnya. Bagi bersikap adil, patut dinyatakan di sini, dua sekuel Toy Story terdahulu juga tergolong dalam kelompok filem hebat. Ini termasuk filem-filem lain terbitan studio animasi itu, beribu pejabat di California, Amerika Syarikat (AS). Pada mulanya, ramai penonton agak skeptikal dengan sekuel terbaru animasi itu. Ini mungkin dipengaruhi kekecewaan peminat terhadap banyak francais filem Hollywood seperti Transformers: Revenge of the Fallen dan Iron Man 2, yang gagal menyamai impak seperti filem terdahulu. Namun, perasaan itu terus lenyap sebaik saja penonton disajikan dengan pengembaraan penuh lucu dan mengharukan daripada Woody the Cowboy, menggunakan suara Tom Hanks, bersama rakan-rakannya. Pada penghujung filem kedua lalu, Woody gembira kerana dapat bersatu semula dengan pemiliknya, Andy. Tetapi dia sudah sedia maklum bahawa Andy hanya tinggal beberapa tahun saja lagi untuk bermain anak patung mainan sebelum tuannya itu menginjak remaja. Beberapa tahun kemudian, Andy, yang akan melanjutkan pengajian ke kolej, bercadang menyimpan patung-patung mainannya itu, yakni Woody dan rakanrakan di loteng. Ibunya keliru dengan menganggap Andy sudah tidak mahu lagi menyimpan barangan mainannya itu, lalu menghantar Woody dan rakan-rakan ke pusat jagaan kanak-kanak, Sunnyside Daycare. Bagaimanapun, Woody, satu-satunya patung mainan yang menyedari salah faham tersebut, gagal memberi penjelasan kepada rakan-rakannya kerana mereka sudah pun dibawa ke pusat jagaan tersebut. Ketibaan mereka di Sunnyside disambut baik oleh patung-patung mainan di situ, dipimpin oleh Lotso Huggin’ Bear. Rakan-rakan Woody kemudian memutuskan tinggal di pusat jagaan tersebut walaupun dia sedaya upaya memujuk mereka supaya kembali kepada Andy. Mimpi ngeri bermula apabila mereka menjadi mainan kepada kanak-kanak muda yang cenderung bermain kasar. Buzz Lightyear (Tim Allen) cuba memujuk Lotso supaya mereka dipindahkan ke bilik kanak-kanak lain yang lebih matang, tetapi ditolak. Sejak itu, kehidupan di Sunnyside bertukar menjadi seperti penjara bagi Woody dan rakan-rakan. Sementara itu, Woody memilih untuk meninggalkan pusat jagaan tersebut sebelum dia dijumpai kanak-kanak perempuan bernama Bonnie yang melayannya tidak ubah seperti Andy ketika kanak-kanak dulu. Salah satu patung mainan Bonnie memberitahu Woody bahawa rakan-rakannya

0 ulasan 7 1 a d a p tus dari ji Toy Story 3 98 pera u m 0– itik me or 8.7/1 pengkr k s a t a r pu dengan es, Tomato Rotten eb rebiu w n a m a l . filem AS

dalam bahaya. Di sini, pengembaraan hebat pun bermula apabila Woody bergelut menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha membebaskan rakan-rakannya dan membawa mereka pulang kepada Andy. Lebih menarik, filem ini menyaksikan kemunculan semula karakter kegemaran peminat seperti Jessie the Cowgirl (Joan Cusack), Mr dan Mrs Potato Head (Don Rickles dan Estelle Harris), Rex the Dinosaur (Wallace Shawn) dan lain-lain, termasuk penampilan karakter baru, Ken (Michael Keaton) yang begitu mengesankan. Harus diakui, pengarah, Lee Unkrich dan penulis lakon layar, Michael Arndt bersama hasil suntingan teliti Ken Schretzmann dan adunan muzik daripada Randy Newmann berjaya meletakkan Toy Story 3 pada kelas tersendiri yang sukar ditan-dingi mana-mana filem animasi lain. Kita bukan saja akan ketawa menyaksikan keletah Woody dan rakan-rakan, malah beberapa babak dalam filem tersebut mengundang emosi hingga mampu menitiskan air mata. Seperti cinta pertama, Toy Story 3 menjanjikan pengalaman yang cukup berbaloi dan sukar dilupakan.


02 JULAI- 15 JULAI 2010

Transisi

Status jutawan tidak buat Tomok leka

HIBURAN

25

Tomok ketika membuat persembahan di Palembang.

Oleh Rudysham Abd Raof

J

IKA sesetengah penghibur, mungkin gelaran jutawan boleh membuatkan mereka lalai dalam dunia hiburan tanpa memikirkan masa depan. Namun, tidak bagi Shah Indrawan Ismail atau Tomok kerana status itu tidak sedikitpun mengubah hidupnya. Malah, dia lebih peka dengan keadaan sekeliling. Bagi Tomok, yang popular dengan lagu terbaru dalam album single ‘Rindu Terhenti’, status dimilikinya kini hanya sementara dan tanpa usaha berterusan sudah pasti ia akan hilang begitu saja. “Kita perlu sedar bahawa populariti dan kesenangan dimiliki ketika ini tidak akan kekal jika ia tidak dipelihara sebaik mungkin. Jadi, usaha keras perlu dilakukan sekarang supaya kita tidak ketinggalan pada masa depan. “Saya akui waktu mula-mula menyertai kancah hiburan, agak sukar menyaingi kehebatan artis senior. Sekarang saya bersyukur kerana nama semakin dikenali dan diterima peminat hiburan tanah air,” katanya. Tomok berkata, dia kini begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti. Jadual saya juga terlalu ketat, termasuk menyiapkan album baru yang bakal dipasarkan tidak lama lagi. Dia juga dipanggil membuat persembahan untuk beberapa program televisyen tempatan. “Saya sukakan kesibukan ini. Dia tidak mahu lepaskan peluang kerana ia bukan selalu mengiringi kita. Jadi, rezeki yang datang perlu saya laksanakan sebaik mungkin. “Selepas OIAM3 (One In A Million), rezeki tidak putus. Saya bersyukur kerana Allah memberi rezeki ini dan saya tidak akan duduk diam selagi masih ada yang mahukan saya menjadi penghibur,” katanya. Ketika ditanya mengenai album baru, penyanyi kumpulan New Boys itu menjelaskan kemunculan album solo sulungnya tersebut memuatkan 12 lagu baru dan diterbitkan komposer terkenal tanah air, Aubrey Suwito dan Audi Mok. “Saya juga menulis lagu dalam album ini. Album solo ini berkonsepkan ‘pop rock’ dan sesuai dengan jiwa saya. Abang Aidit (Alfian) turut menyumbangkan lagu kepada saya,” kata Tomok, yang mendendangkan lagu berjudul Arjuna dalam drama bersiri genre aksi ‘Arjuna’ di TV3. Mengecapi populariti sekelip mata, ada khabar angin menyatakan Tomok dilanda asmara bersama juruhebah popular, Fara Fauzana. Tomok pantas menepis dakwaan itu dengan menganggap ia sebagai khabar angin. “Saya masih bujang dan tidak pernah menjalinkan hubungan dengan sesiapa termasuk Fara.

Saya tidak menafikan ramai kawan dan saya pasti akan umumkan jika sudah bertemu dengan wanita pilihan,” katanya. Tomok juga menjelaskan bahawa dia kini dalam perbincangan dengan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Mustafa Ishak yang mahu dia menjadi pelajar universiti itu. “Saya berterima kasih kepada Prof Mustafa kerana beri peluang kepada saya melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi. Kami masih dalam perbincangan dan saya tidak mahu lepaskan peluang terbaik ini. “Saya meminati bidang komunikasi dan kemungkinan besar akan mengikuti pengajian ini untuk meneruskan cita-cita saya dalam arena komunikasi tempatan dan antarabangsa. Ini usaha berterusan dalam menggapai impian menjadi insan berjaya pada masa depan. “Walaupun setinggi mana kita, ilmu adalah perkara paling penting dalam hidup manusia. Jadi, saya tidak mahu ketinggalan mencari identiti terbaik dalam diri ini. Yang penting, kejayaan seseorang itu sudah pasti daripada ilmu yang diperoleh,” katanya. Tomok menyatakan dia dan delegasi UUM pernah mengadakan promosi di Palembang, Indonesia bagi memperkenalkan universiti itu di negara jiran tersebut. “Ia satu pengalaman hebat kerana bekerjasama dengan sebuah universiti terbaik negara ini. Ramai pelajar Indonesia mahu mengikuti pengajian mereka di UUM. Kesungguhan mereka menjadi penguat semangat kepada saya untuk belajar. “Sebagai anak jati Malaysia, saya tidak akan lepaskan peluang diberikan Prof Mustafa untuk belajar di UUM. Ini peluang terbaik saya mengejar cita-cita untuk masa depan lebih gemilang,” katanya, yang bakal mengikuti pengajian di Kampus Cawangan UUM di Kuala Lumpur.


26

Transisi

POTRET

02 JULAI-15 JULAI 2010

PENJARA PUDU

Tinggal Kenangan...

UTUH... Pintu utama Penjara Pudu yang masih utuh sejak dibina pada 1895.

TEMBOK KENANGAN... Tembok yang memisahkan banduan dari dunia luar.

BILIK KURUNGAN... Banyak kejadian misteri berlaku di sini.

MURAL... Hasil kerja tangan banduan menghiasi tembok penjara.

USANG... Penjara usang di pusat bandar yang dikelilingi bangunan.

KUSAM... Pintu masuk ke balai polis yang ditempatkan di Penjara Pudu.


02 JULAI- 15 JULAI 2010

Transisi

Penulis (kiri) bersama anak dalam bot menuju ke Pulau Kapas

S

EJAK sekian lama, Pulau Kapas bukan asing kepada penduduk daerah Marang. Ia terletak kirakira enam kilometer dari pinggir pantai Marang dan dianggap sebuah pulau tersohor dengan air lautnya yang jernih, pantai berpasir putih dan lambaian pohon kelapa yang gemalai. Pulau ini yang agak terpencil, jauh dari kesibukan di tanah besar adalah destinasi paling sesuai untuk siapa sahaja yang ingin mencari tempat untuk ketenangan dan berehat. Pelbagai jenis batu karang lembut dan keras, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menarik menjadikannya sebagai destinasi wajib bagi penyelam skuba dan perenang snokel yang arif. Suasana pulau yang santai ini sebenarnya memberi keselesaan kepada pelancong sama ada yang datang dari dalam negeri atau luar negara untuk berehat di sini. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti disajikan untuk memenuhi masa lapang pelawat sepanjang berada di pulau berkenaan. Pilih sahaja kesukaan anda sama ada berenang, snorkling, menyelam, berkayak, menaiki bot, luncur papan air dan memancing. Suatu ketika dahulu, Pulau Kapas sekadar tempat persinggahan nelayan atau tempat berlindung daripada ribut. Peredaran masa telah merubah segala-galanya dan kini Pulau Kapas seakan ‘dara pingitan’ yang sentiasa menjadi perhatian ramai sama ada pelancong dari luar dan dalam negeri. Dengan mengambil masa sekitar 20 minit menaiki bot dari Jeti Marang, pelawat sudah daripada awal lagi dapat menikmati panorama pulau yang mengasyikkan. Airnya yang jernih, diikuti pantai yang bersih, ombak beralun, kehidupan karang yang semacam tidak terusik, flora dan fauna yang masih belum diteroka, adalah manifestasi yang meletakkan Pulau Kapas sebagai destinasi pelancongan yang berbaloi kepada setiap pengunjung khususnya kepada mereka yang datang bersama keluarga. Mereka yang berkunjung boleh mandi-manda dengan tenang, malah turut berpeluang menyaksikan keindahan ikan pelbagai warna ataupun aktiviti scuba diving. Bagi mereka yang mencari ketenangan dan kedamaian, Pulau Kapas menawarkan penginapan chalet pada harga berpatutan. Bagi yang suka berkhemah, tempat perkhemahan turut disediakan tanpa bayaran yang mahal. Itulah kelebihan Pulau Kapas, yang tidak ada pada pulau-pulau lain di Terengganu.

JOM CUTI

27

Percutian jimat di Pulau Kapas Oleh Shamsul Bahari Yahya Lebih membanggakan, Pulau Kapas kini bukan sahaja menjadi tumpuan pengunjung kepada aktiviti pantai dan hidupan laut tetapi juga aktiviti meneroka hutan dengan membiakkan pelbagai spesies orkid hutan serta mewujudkan ladang herba bagi spesies perubatan tradisional termasuk pokok Tongkat Ali yang sudah sedia tumbuh. Pulau ini mempunyai resort yang memuaskan tetapi bagi mereka yang mahu bercuti bersama keluarga, dinasihatkan membuat tempahan melalui pakej melancong lengkap yang merangkumi pelbagai kemudahan sepanjang percutian itu. Untuk tujuan itu, tempat penginapan popular yang sering menjadi tumpuan pengujung ialah Kapas Island Resort, Kapas Coral Beach,Kapas Beach Chalet, Makcik Gemuk Resort, Duta Puri Island Resort, Gem Wellness Spa & Island Resort, Kapas Turtle Valley Beach Resort, The Light House dan Qimi Chalet. Bagi pengunjung yang mahukan penginapan berdekatan jeti pulau kapas, mereka boleh memilih Kapas Island Resort dengan harga bilik standard RM130, deluxe garden view RM180, deluxe sea view RM200. Mereka yang datang bercuti dengan keluarga besar, sudah pasti mahukan penginapan dengan harga berpatutan. Untuk itu, mereka berpeluang singgah di Kapas Beach Chalet, Makcik Gemok Beach Resort dengan kadar sekitar RM60 hingga RM120. Qimi Chalet pula menghadap laut dan harganya sekitar RM150. Kawasan depan chalet sangat cantik kerana banyak terumbu karang. Untuk snorkling, pelawat boleh sewa peralatan di kedai berdekatan chalet yang menyediakan life jaket dengan kadar sewa RM10, goggle RM15 dan sebagainya. Dalam perkembangan lain, Pulau Kapas akan menjadi lebih popular di peta dunia sedikit masa lagi apabila ‘Projek Solar Hibrid Pulau Kapas’ yang diilhamkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said untuk meletakkan pulau berkenaan sebagai destinasi pelancongan yang terkenal dan bebas daripada pencemaran alam sekitar. Sistem Solar Hibrid adalah satu teknologi yang menggabungkan system tenaga suria dan generator diesel, serta dilengkapi dengan system bateri untuk menyimpan tenaga elektrik. Ia terletak di tapak seluas dua ekar berhadapan jeti Pulau Marang di atas tanah lot 31 dan sebahagian tanah lot 32 adalah milik Perbadanan Memajukan

Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Pembiayaan projek solar hibrid ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Terengganu. PMINT sebagai agensi pelaksana dan TNB adalah kontraktor kepada projek ini. Projek yang dilancarkan pada 4 Jun 2007 itu bagaimanapun telah membekalkan tenaga elektrik kepada enam pengguna iaitu Majlis Daerah Marang, Restoran Pak Ya, Makcik Gemok Beach Resort, Kapas Island Resort, Kapas Turtle Valley dan Qimi Chalet. Paling membanggakan, projek berkenaan dapat membekalkan bekalan elektrik 24 jam yang dapat melicinkan operasi chalet dan resort; membantu pengusaha chalet mendapat pulangan operasi yang maksimum berdasarkan ‘occupancy rate’ yang meningkat; membuka peluang perniagaan baru kepada penduduk di daratan untuk membuka gerai makanan di tanah persendirian yang masih kosong; mewujudkan ‘enviromental friendly’ di sekitar Pulau Kapas tanpa dikhuatiri pencemaran minyak diesel daripada generator set milik operator chalet yang dibuang; bekalan elektrik yang berterusan sepanjang tahun dan tidak memerlukan tempat simpanan minyak diesel yang boleh membahayakan keselamatan orang ramai.

Pengunjung bergemb

ira di Pulau Kapas

Penyu Lipas mati terdampar di pantai akibat sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu


PIALA DUNIA 02-15 Julai 2010/19 Rejab-03 Syaaban1431H

www.transisi.com.my

02 Julai - 15 Julai 2010 Laluan ke suku akhir: Peringkat kumpulan – Serbia 0 lwn Ghana 1 (13 Jun) Ghana 1 lwn Australia 1 (19 Jun) Ghana 0 lwn Jerman 1 (23 Jun) Pusingan kedua: Ghana 2 lwn AmerikaSyarikat (AS) 1 ( 27 Jun)

Ghana atasi badi?

W

AKIL tunggal Afrika, Ghana mencipta sejarah layak ke peringkat suku akhir buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu selepas cemerlang mengalahkan Amerika Syarikat (AS) 2-1 dalam perlawanan yang berlanjutan masa tambahan pada peringkat kalah mati pusingan kedua, 26 Jun lalu.

>> Muka 3

2

7

Higuain gah catat sejarah

10 gol terbaik


2

PIALA DUNIA

Higuain K

ETAJAMAN Higuain, 23, terserlah ketika membantu Argentina menewaskan Korea Selatan 4-1 dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan B di Soccer City, sekali gus mengikut jejak langkah legenda rakan senegara, mendiang Guillermo Stabile dan Gabriel Batistuta. Batistuta menjadi satu-satunya pemain yang melakukan hatrik pada dua Piala Dunia berturutturut iaitu sewaktu menentang Greece di Amerika Syarikat pada 1994 dan ketika menumpaskan Jamaica 5-0 di Perancis 1998. Stabile pula meledakkan hatrik Piala Dunia pada aksi sulungnya ketika Argentina menang 6-3 ke atas Mexico di Uruguay 1930 sebelum bersara daripada dunia bola sepak dengan mencatat rekod lapan gol dalam empat perlawanan antarabangsa. Bagi Higuain, dia bangga dan gembira dengan kejayaan melakukan hatrik dan menjadi pemain ketiga negaranya mencipta jaringan seperti itu di Piala Dunia. “Saya gembira dapat menjaringkan gol. Anda perlu sentiasa tenang,� katanya. Dia turut mencipta nama selaku penjaring sewaktu membantu Argentina menewaskan Mexico 3-1 pada pusingan kedua peringkat kalah mati untuk mengumpul empat gol di kejohanan ini. Bintang Real Madrid itu dilahirkan di Brest, Perancis dan

Transisi

02-15 JULAI 2010

gah

catat sejarah Pemain Argentina ketiga jaring hatrik selepas Stabile, Batistuta

pada musim 2008/09 dalam saingan La Liga. Higuain dianggap novis dalam penampilannya di peringkat antarabangsa dan gagal disenaraikan dalam skuad Argentina untuk kejohanan Piala Dunia Fifa bawah 20 tahun dan Copa America. Namun, tuah menyebelahinya pada 2009 apabila dia dipanggil Maradona untuk beraksi bersama pasukan senior selepas tampil bergaya dalam aksi per-

boleh mewakili Les Bleus di Piala Dunia 2010, tetapi memilih beraksi bersama Argentina. Anak kepada bekas pemain profesional, John Nicolas Higuain itu memutuskan menunggu lamaran Argentina walaupun menerima jemputan jurulatih Perancis, Raymond Domenech untuk beraksi bersama Perancis dalam aksi persahabatan pada November 2006. Potensi Higuain mula dihidu bekas jurulatih Argentina, Daniel Passarella yang memberi peluang kepada pemain itu beraksi ATISTUTA dalam kesebelasan utama pasuGABRIEL B kan remaja dan mula mencipta nama bersama River Plate. sahabatan bersama pasukannya Dianggap penyerang pantas, itu dalam aksi bawah 23 tahun. bijak dan mampu menjaringkan Higuain tidak mengecewakan gol melalui kedua-dua belah kaki, apabila menjaringkan gol penting Higuain, yang mendapat jolokan ketika menentang Peru dalam El Pipita, dipikat gergasi Sepanaksi kelayakan Piala Dunia 2010 yol, Real Madrid pada 2006. dan meledakkan gol kemenanDia tidak menghadapi masalah gan menewaskan Jerman dalam besar untuk menyesuaikan diri aksi persahabatan Mac lalu. bersama Galacticos walaupun Jika Argentina berhasrat menterpaksa bersaing dengan pejuarai Piala Dunia buat kali ketimain hebat lain seperti Cristiano ga, bisa Higuain pastinya ditagih Ronaldo, Raul, Ruud van NistelMaradona untuk menjinakkan rooy, Arjen Robben, Rafael van Jerman pada pusingan suku der Vaart, Javier Saviola dan Kaakhir 3 Julai ini. rim Benzema sejak tiba di Santiago Bernabeu. Ketenangan dan ketaProfil jamannya menghidu Nama: Gunzalo Gerardo peluang gol di depan Higuain gawang lawan dalam Tarikh lahir: 10 Disember 1987 aksi kelab begitu terAsal: Brest, Perancis serlah. Dia menjarTinggi: 185sm ingkan 35 gol dalam Posisi: Penyerang Kelab lama: River Plate (2004-2006) 35 penampilan berKelab sekarang: Real Madrid sama River Plate. (2006 sehingga sekarang) Di Madrid pula, HiNo jersi: 9 guain mempamerkan Penampilan antarabangsa: 7 peningkatan setiap Gol antarabangsa: 6 musim. Buktinya, musim lalu dia berjaya mengatasi rekod 22 gol yang diciptanya


3

PIALA DUNIA

Transisi

02-15 JULAI 2010

Gyan nekad

banggakan Afrika

>> Dari Muka 1

A

samoah Gyan muncul wira Black Cats selepas jaringannya pada minit ke-93 dalam masa tambahan membantu Ghana ke suku akhir menentang Uruguay, 3 Julai ini. Dalam perlawanan mendebarkan itu, Ghana terlebih dahulu mendahului pada minit ke-5 melalui jaringan Kevin Prince-Boateng namun AS menyamakan kedudukan selepas mendapat sepakan penalti yang disempurnakan oleh Landon Donovan pada minit ke-62. Persoalannya, adakah Ghana mampu menamatkan badi sumpahan pasukan Benua Afrika yang acap kali tersekat di peringat lapan pasukan terbaik itu? Kejayaan ke suku akhir juga menjadikan Ghana pasukan pertama dari Afrika layak ke suku akhir selepas lapan tahun. “Ya, kami boleh,” itu keyakinan dilaung peminat di benua Afrika tentang kemampuan Ghana untuk menjadi pasukan pertama dari benua itu mara ke separuh akhir jika menewaskan Uruguay. Ghana juga menjadi pasukan ketiga dari Afrika layak ke suku akhir selepas Cameroon pada tahun 1990 dan Senegal (2002) .

Benua Afrika kini bergantung kepada Ghana untuk meneruskan perjuangan selepas rakan lain Ivory Coast, Cameroon, Nigeria, Afrika Selatan dan Algeria mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia 2010. Ghana, juara Afrika empat kali hadir ke Afrika Selatan membawa pemain-pemain muda dan aksi mereka sepanjang peringkat kumpulan dan pusingan kedua amat menarik. Mereka menunjukkan semangat berpasukan dan skil individu menarik ketika menundukkan AS. Jurulatihnya, Milovan Rajevac kagum dengan semangat yang ditunjukkan anak buahnya ketika menamatkan cabaran AS sekali gus ke suku akhir. “Ghana kini antara lapan negara terbaik dunia. Seluruh dunia memerhatikan kami sekarang. “Saya pernah berkata bahawa semua orang gemar akan sukan ini dan ketika ini Ghana mendapat sokongan sokongan dunia. “Saya perlu mengucapkan tahniah kepada anak buah saya. Mereka memiliki keupayaan dan kekuatan untuk berjuang dalam kejohanan ini,” katanya. Ujian seterusnya buat Black Cats adalah Uruguay yang masih belum tewas dalam

kejohanan ini. Mereka pantas dan berjuang sehingga titisan akhir. Ia satu halangan besar buat Ghana. Buat pertama kalinya dalam 13 perlawanan antarabangsa, Ghana berjaya menjaringkan lebih dari satu gol dalam satu perlawanan dan mereka semakin menemui rentak jaringan. Jika Ghana berhasrat menamatkan badi suku akhir, mereka perlu beraksi sebagai satu unit, kukuhkan benteng pertahanan dan perlu mencipta lebih banyak peluang menjaringkan gol. Mereka perlu lebih menyerang walaupun sudah mendahului lawan. Ghana muncul pasukan Afrika pertama menjulang Piala Dunia bawah 20 tahun setahun lalu di Mesir, dan enam pemain muda yang muncul naib juara di Piala Negara-Negara Afrika Januari lalu ada dalam skuad ini. Malah, sebelum Piala Dunia 2010 bermula, Ghana bukanlah pilihan negara Afika untuk meneruskan perjuangan tetapi kini mereka membuktikan ramalan itu tidak tepat.

man penyerangnya, Asamoah Gyan pasti menjadi taruhan. Penyerang kelab Renners, di Ligue 1 ini sudah mengumpul tiga gol di kejohanan ini termasuk jaringan kemenangan ke atas AS. Dia menyempurnakan penalti pada minit ke-85 bagi memastikan kemenangan sulung 1-0 Ghana pada perlawanan pertama peringkat kumpulan ke atas Serbia. Dia turut mencipta selaku penjaring juga melalui sepaskan penalti ketika mengikat Australia 1-1 dalam perlawanan kedua. Memiliki skil individu menarik dan ketajaman di depan pintu gol, Ghana memerlukan Gyan berada pada tahap terbaiknya ketika berdepan Uruguay bagi memenuhi impian besar benua Afrika. Gyan berkata, kejayaan ke suku akhir bukan sahaja milik Ghana tetapi kepunyaan benua Afrika. “Kami adalah pasukan ketiga Afrika layak ke suku akhir. Kami menjadikan semua berbangga dengan kami bukan sahaja Ghana tetapi seluruh Afrika,” katanya.

Senjata: Jika Ghana berhasrat menewaskan Uruguay sekali gus ke separuh akhir, ketaja-

Profil

LEDAK... Gyan (kanan) muncul wira Ghana dengan gol kemenangan menewaskan AS 2-1 di pusingan kedua 27 Jun lalu sekali gus membawa Black Cats ke suku akhir.

Nama Tarikh Lahir Asal Tinggi Posisi Kelab

: Asamoah Gyan : 22 November 1985 : Accra, Ghana : 180sm : Penyerang : 2003- Liberty 2003-2008- Udinese 2004-2006- Modena 2008- sekarang- Rennes


4

PIALA DUNIA

Transisi

02-15 JULAI 2010

GAMAT

Demam Piala Dunia 2010 di Afrika Selata tanah air. Saksikan ragam peminat-pemin sempat dirakam lensa Transisi.

GEMBIRA... Penyokong bersorak meraikan jaringan pasukan kegemaran mereka di Restoran Ehsan dalam Bandaraya Ipoh, Perak.


02-15 JULAI 2010

PIALA DUNIA 5

Transisi

T BOLA!!!

an turut melanda nat tempatan yang

SKRIN BESAR... Dataran Merdeka dipenuhi ratusan peminat bola sepak tempatan.

ASYIK... Ragam penonton di Wangsa Ukay, Bukit Antarabangsa, KL.

DARI UTARA... Ragam peminat bola sepak di Restoran Nasmir, Kulim, Kedah.

PENUH TUMPUAN... Peminat bola sepak di Wangsa Maju menonton aksi Piala Dunia di Restoran NZ.


02-15 JULAI 2010

PIALA DUNIA 6

Transisi

Apa kata bintang kita P

eringkat pertama Piala Dunia 2010 sudah berakhir dan saingan peringkat kalah mati pun bermula. Peminatpeminat bola sepak seluruh dunia kini menanti penuh debar dengan mengharapkan pasukan negara dan pilihan masing-masing menjejakkan kaki ke padang final. Kehangatan sama turut dirasai individu penting dalam sukan bola sepak tanah air. Saksikan apa kata mereka mengenai pusingan pertama yang baru saja berakhir 26 Jun lalu.

S

S

EPANJANG kempen Piala Dunia 2010 berlangsung, saya kagum dan bangga dengan kejayaan Korea Selatan dan Jepun melangkah dari peringkat kumpulan. Ini secara tidak langsung menunjukkan mutu bola sepak di rantau Asia semakin meningkat. Pemain Korea Selatan dan Jepun mempamerkan aksi berani atas padang dan semangat tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan pasukan lebih hebat. Mereka juga memiliki komitmen tinggi yang wajar dipuji. Malah, pencapaian kedua-dua negara itu hanya menggunakan jurulatih tempatan dan bukan import. Ini menunjukkan kepercayaan terhadap jurulatih tempatan juga mampu menghasilkan kejayaan. Selain itu, gaya permainan menarik dipamerkan gergasi Amerika Selatan, K Rajagobal Argentina dan Brazil turut memi(Jurulatih kebangsaan) kat saya. Skuad bimbingan Diego Maradona dan Dunga itu memiliki Pasukan pilihan: Brazil bakat, skil individu dan permainan berpasukan yang bagus. Paling mengejutkan, dua nama besar, Itali dan Perancis gagal mara ke peringkat berikut. Ramai mengharapkan mereka meneruskan kemaraan, tetapi itulah bola sepak. Tiada yang mustahil.

S

ESUATU yang mengejutkan kerana banyak pasukan bukan pilihan lebih menyerlah dalam aksi peringkat awal. Mungkin kerana terlalu berhati-hati menyebabkan beberapa pasukan besar tidak menonjol. Tetapi saya pasti selepas ini mereka akan ‘full throttle’ (main bersungguh-sungguh). Pada pendapat saya, prestasi pasukan Asia, terutama Korea Selatan dan Jepun berjaya meletakkan benua ini berbangga dengan pencapaian diraih mereka. Saya meminati bintang Portugal, Cristiano Ronaldo tetapi dalam saingan peringkat kumpulan, pemain Real Madrid itu seakan hilang arah. Aksinya tidak seperti ketika bersama kelabnya. Dia seperti tidak sesuai fuan dengan formasi diguAidil Za nakan Portugal. Razak n dan bangsaa e k n a n (Pertaha ri Sembilan) Nege Brazil pilihan: Pasukan

AYA agak terkejut dengan apa yang menimpa juara dan finalis 2006, Itali dan Perancis. Mereka seakan hilang sengat dan hambar sepanjang kempen kali ini hingga gagal meneruskan kemaraan ke peringkat kedua. Ini mungkin disebabkan kegagalan mereka menandingi pasukan lain di segi kepantasan yang menjadi aset penting kepada semua pasukan sepanjang kejohanan berlangsung. Setiap negara yang mengambil bahagian memiliki kepantasan dan kerja berpasukan. Berbeza dengan pasukan Afrika, mereka dilihat agak mementingkan diri di depan pintu gol walaupun memiliki skil individu menarik. Faktor kepantasan mungkin menjadi penentu kepada pasukan mana yang bakal menjuarai edisi 2010 ini. Saya agak terkejut dengan permainan I r f a n (Juru dipamerkan Korea Selatan dan Jepun. latih Bakti Tere ngga Kejayaan ke pusingan kedua boleh diPasu nu) kan anggap pencapaian kerana ia berlaku pilih an: A di luar negara sendiri. Malah, di sergen tina balik kritikan banyak pihak terhadap penggunaan bola Jabulani, pemain mereka bijak menyesuaikan diri. Ini dibuktikan ketika Korea Selatan menentang Nigeria dan Jepun berdepan Denmark.

E

DISI Piala Dunia 2010 tidak lengkap jika saya tidak menonton kelibat bintang Argentina, Lionel Messi. Dia cemerlang dan menceriakan sesiapa saja yang menyaksikan aksinya walaupun menamatkan peringkat kumpulan tanpa sebarang gol. Dia tidak mementingkan diri dan memainkan peranan penting membuka peluang buat rakan sepasukan menjaringkan gol. Ramai memperkatakan tentang kehebatan pemain Portugal, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney (England) dan Fernando Torres (Sepanyol) sebelum kejohanan bermula. Namun, ia ibarat indah khabar daripada rupa. Mereka gagal menepati ramalan awal di peringkat kumpulan. Pasukan Asia seperti Korea Selatan dan Jepun pula terus meningkat berbanding ketika menjadi tuan rumah bersama 2002. Saya tidak terkejut jika banyak lagi pasukan pilihan mengikut jejak Perancis dan Itali pada pusingan seterusnya lleh h Sa ) gara-gara saingan liga yang panjang Dolla Pahang tih a l u di negara masing-masing. Faktor r  (Ju anda kepenatan mungkin menjejaskan : Bel n a h i il mereka untuk beraksi pada tahap kan p Pasu sebenar.


02-15 JULAI 2010

PIALA DUNIA

Transisi

7

Dua gol jaringan Maradona tersenarai sebagai sepuluh gol terbaik Piala Dunia.

1986:

DIEGO MARADONA (Argentina lwn England) Legenda Argentina, Diego Maradona menewaskan penjaga gawang England, Peter Shilton dengan menjaringkan gol menggunakan tangan yang digelar ‘Tangan Tuhan’ (Hand of God). Gol kedua lebih menarik apabila dia menggelecek beberapa pemain England dari tengah padang sebelum bijak menewaskan Shilton.

1986:

DIEGO MARADONA (Argentina lwn Belgium) Maradona sekali lagi mempamerkan kehebatan dalam perlawanan seterusnya ketika menentang Belgium di separuh akhir. Maradona melepasi tiga terjahan pemain Belgium sebelum menewaskan penjaga gol Belgium, Jean-Marie Ptaff.

1994:

SAID OWAIRAN (Arab Saudi lwn Belgium) Pemain kebangsaan Arab Saudi, Said Owairan menyambut bola dari kawasan sendiri dan membuat larian deras menewaskan empat pemain Belgium sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Belgium, Michel Preud’homme. Detik hebat itu berlaku semasa Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

0 1

1998:

MICHAEL OWEN (England lwn Argentina) Pemain remaja sensasi, Michael Owen mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Argentina dalam perlawanan itu. Sebaik saja menerima bola dari pemain tengah, David Beckham, Owen memecut laju dan tenang menewaskan penjaga gol Argentina.

1958:

PELE (Brazil lwn Sweden) Pele mendada bola hasil lantaran lintang rakan sepasukan, Nilton Santos dan kemudian melepasi pertahanan Sweden, Sigvard Parling Santos sebelum melepaskan sepakan volley menewaskan penjaga gol, Karl Svensson.

1998:

gol terbaik

PELE

DENNIS BERGKAMP (Belanda lwn Argentina) Ketika perlawanan terikat 1-1 dan menuju masa tambahan, Bergkamp melakukan jaringan klinikal penuh bergaya pada minit ke-89. Dia memperdayakan pertahanan lawan dan menembus masuk ke dalam kotak penalti sebelum menjaringkan gol bagi memastikan kejayaan Belanda ke separuh akhir.

1978:

2006:

ESTEBAN CAMBIASSO (Argentina lwn Serbia dan Montenegro) ARIE HAAN (Belanda lwn Itali) Argentina menang besar 6-0 menewaskan Serbia dan Montenegro Rembatan bagai roket dari jarak 40 meter dalam aksi peringkat kumpulan di Gelsenkirchen. Gol pemain teoleh penyerang Belanda, Haan pada minit ke-76 ngah, Esteban Cambiasso dipilih antara gol terbaik dalam selangsung mengejutkan penjaga gol Itali, Dino Zoff jarah Piala Dunia. Sebanyak 24 hantaran dilakukan sebedengan membantu pasukannya ke final buat kali kedua lum Cambiasso muncul meledakkan jaringan selepas berturut-turut. menerima hantaran belakang Hernan Crespo.

1970:

CARLOS ALBERTO (Brazil lwn Itali) Pele melorongkan bola dari bahagian kanan kubu lawan dan Alberto yang sedang berlari terus melepaskan tendangan padu melepasi jangkaun penjaga gol Itali, Enrico Albertosi.

1978: ARCHIE GEMMILL (Scotland lwn Belanda) Sepakan lambung Gemmill selepas melepasi pertahanan Belanda, Wim Jansen, Rudi Krol dan Jan Poortvliet dengan mudah mengelirukan penjaga gol lawan, Jan Jongbloed bagi membolehkan Scotland mendahului 3-1.


8

PIALA DUNIA

Transisi

02-15 JULAI 2010

Mimpi ngeri Jabulani

Rembatan kerap tersasar, penjaga gol lakukan kesilapan budak sekolah

P

IALA Dunia 2010 di Afrika Selatan kali ini menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan jutaan peminat bola sepak seluruh dunia berikutan kesukaran pemain-pemain hebat, yang mewakili 32 negara, menjaringkan gol dan membuat hantaran tepat. Ini termasuk rembatan yang kerap tersasar selain beberapa kesilapan penjaga gol yang diangggap sebagai kesalahan budak sekolah. Banyak pihak mengkritik bola rasmi, Jabulani yang digunakan sepanjang edisi Piala Dunia tahun ini, terutama jurulatih dan penjaga gol. Malah, sepanjang kejohanan dunia itu berlangsung, pengulas sukan kerap mengulangi kenyataan mendakwa bola itu sering tersasar. Hantaran lintang juga tidak tepat selain banyak rembatan menerawang jauh dari sasaran. Tidak semua menyambut baik kedatangan Jabulani. Selain bunyi bingitan vuvuzela, bola itu, berasal daripada perkataan Zulu dan membawa maksud meraikan, turut mencetuskan kegusaran pemain, terutama kalangan penjaga gol. Penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas melabelkan Jabulani sebagai ‘reput’, manakala penjaga gawang Itali, Gianluigi Buffon mendakwa bola itu ‘sukar dijangka’. Penjaga gol Amerika Syarikat, Marcus Hahnemann pula menggelarkan produk Adidas itu sebagai ‘mimpi ngeri’ hingga diberi jolokan ‘joke-ball-lani’ oleh peminat di Afrika Selatan. Namun, faktor-faktor di atas bukan kerana kelompok pemain kelas dunia itu hilang rentak tiba-tiba.

Kegagalan penjaga gol England Robert Green menepis bola mudah menjadi perbualan banyak pihak. Sebaliknya, semua masalah itu, yang dilabelkan sebagai kesilapan budak sekolah, disebabkan mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan Jabulani. Peminat dapat merasakan seseorang pemain itu perlu memberi fokus sepenuhnya kepada bola walaupun bermain secara sederhana. Pemain bergelut untuk tidak mahu melakukan kesilapan seperti dilakukan penjaga gol England, Robert Green kerana ia boleh dianggap kesilapan besar. Kesannya, cuma purata satu gol dijaringkan bagi setiap perlawanan sepanjang saingan peringkat kumpulan lalu. Pihak Adidas menjelaskan masalah tersebut akan selesai selepas pemain dapat menyesuaikan diri dengan bola baru itu. Persoalannya, kenapa pemain perlu

Gah nama, tidak kualiti

S

Oleh Muhammad Amsyari Ismail

AINGAN Piala Dunia 2010 masih bergelut untuk mencapai statusnya sebagai kejohanan terulung di muka bumi ini walaupun menampilkan deretan pemain bintang. Setakat ini, kualiti persembahan sepanjang tempoh kejohanan berlangsung boleh dianggap sederhana saja. Kelibat Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Fernando Torres dan Kaka tenggelam dibayangi kebingitan vuvuzela . Begitu juga dengan penggunaan bola Jabulani yang menerima kritikan pemain terutama penjaga gol dan jurulatih. Saya juga hairan kenapa Jabulani lebih banyak melambung dan tersasar daripada menggegarkan jaring gol? Di sebalik kritikan itu, saya tabik hormat kepada pemain Korea Selatan, Lee Jung-Soo dan pemain Jepun, Keisuke Honda serta Yasuhito Endo atas kemampuan mereka menjaringkan gol menarik menerusi sepakan percuma. Kegagalan dua bekas juara, Perancis dan Itali ke pu-

mengharunginya ketika kejohanan utama dunia berlangsung? Jabulani juga mencetuskan ketegangan antara jurulatih Brazil, Dunga dan Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Jerome Valcke. Valcke mendakwa Brazil kini bersedia mengaitkan bola itu sebagai alasan jika beraksi hambar pada Piala Dunia kali ini. Selain Dunga, jurulatih Ivory Coast, Sven Goran Eriksson antara jurulatih yang turut mengkritik Jabulani. “Anda boleh lihat sendiri semasa perlawanan berlangsung. Bola menerawang seperti dalam latihan menembak. “Penjaga gol tidak gembira. Walaupun sudah terlewat melakukan sesuatu,

singan kedua hangat diperkatakan. Memang betul kata orang tua-tua, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat-tepat kena di batang hidung skuad Perancis. Jika anda masih ingat, skuad Raymond Domenech ini layak ke Afrika Selatan penuh kontroversi tujuh bulan lalu menerusi insiden Thierry Henry menampan bola dengan tangan untuk membolehkan William Gallas menjaringkan gol kemenangan ke atas Ireland. Kini giliran Ireland bergembira akan nasib menimpa Perancis. Malah, media dan rakyat Ireland berpesta selepas Perancis tersingkir. Bagi mereka, keadilan sudah berbalas. Berlainan pula dengan juara 2006, Itali. Skuad Azzurri ini dilabelkan tua, tetapi jurulatihnya, Marcelo Lippi, yang mengemudi skuad itu empat tahun lalu, percaya skuad 2010 mampu memacunya mencipta sejarah dan mengulangi pencapaian jurulatih, Vittorio Pozzo yang memenangi dua Piala Dunia berturut-turut pada 1930an. Malangnya, cubaan Lippi memahat sejarah itu dicemari dengan rekod sebagai pengendali Azzurri terburuk dalam tempoh 50 tahun. Itali terperosok di tangga tercorot dalam kumpulan-paling teruk pernah dihuni negara itu tanpa kemenangan dan hanya mengutip dua mata. Walaupun Argentina pasukan kegemaran saya,

tetapi ia perlu dibincangkan. Semua pihak perlu mendengar pandangan penjaga gol terbaik dunia. Ini tidak bermakna kita menyokong mereka. “Pengurus, pemain dan syarikat pengeluar bola (Adidas) perlu berbincang mengenai bola itu,” katanya. Namun, di sebalik percanggahan pendapat, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Sepp Blatter memuji Jabulani dengan menganggap ia bola yang lebih tepat dan memiliki bentuk paling sempurna. Pihak Adidas tampil menyokong kenyataan Blatter dengan mendakwa Jabulani sebagai ‘bola sempurna pernah dicipta’, lebih ringan dan sukar dijangka. “Bola tersebut mengikut syarat ditetapkan Fifa, merangkumi berat, saiz, dan tekanan mengikut suhu. Malah, cukup sesuai dengan aksi-aksi pemain,” kata jurucakap Adidas. Piala Dunia adalah kejohanan yang sangat dinantikan seluruh dunia dan setiap 64 perlawanan itu sepatutnya berlangsung dalam keadaan baik. Jika Fifa berhasrat menukar bola itu untuk kebaikan sukan tersebut, kenapa pemain tidak diberikan masa menyesuaikan diri dengan Jabulani? Apakah kerana ia tidak menguntungkan Fifa? Beraksi dengan bola baru di pentas tertinggi jelas tidak adil kepada semua pihak membabitkan pemain, penyokong dan Piala Dunia itu sendiri. Ia boleh diklasifikasikan sebagai jenayah terhadap bola sepak dan pihak Fifa perlu bertanggungjawab atas punca masalah itu.

prestasi Korea Selatan dan Jepun lebih menarik perhatian dan cukup membanggakan benua Asia. Kejayaan ke pusingan kalah mati boleh dianggap sejarah. Lain pula ceritanya di negara kita. Di sebalik keuntungan kedai mamak dan keseronokan peminat ‘melayan’ bola dengan layar gergasi, saban hari ada saja cerita kaki judi dan bookie ditahan pihak berkuasa sejak Piala Dunia 2010 berlangsung. Ini semua gara-gara pertaruhan atau lebih tepat lagi judi bola. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010. Tidak kira umat Islam atau bukan Islam, judi dan pertaruhan memang haram dan salah di segi moral, tidak kira sama ada berlesen atau tidak. Perjudian itu sendiri lebih banyak mengundang kesan negatif berbanding positif. Apa sekalipun tanggapan orang ramai terhadap Piala Dunia kali ini, saya meramalkan banyak lagi kejutan akan berlaku di Afrika Selatan. Tidak pernah dalam sejarah Piala Dunia, penyandang juara dan naib juara gagal melepasi pusingan pertama seperti yang terlaku terhadap Itali dan Perancis. Afrika Selatan 2010 adalah bukti betapa kemungkinan itu boleh terjadi dan sememangnya sudah terjadi. Jadi, siapa pilihan anda menjuarai Piala Dunia 2010? Tepuk dada tanya selera.


4-5

ampus K 02 Julai -15 Julai 2010/19 Rejab-03 Syaaban1431H

www.transisi.com.my

Kajian Ilmiah

Formula bantu akhlak remaja

6 LPU UUM, dari kiri: Mohamad Akhir Yusuf, Nik Ab. Kadir Nik Mat, Noor Khalidah Md. Khalid, Tan Sri Samsudin Osman, Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Dato’ Zuraidah Atan, Dato’ Wira Dr. Affifudin Omar dan Dato’ Haji Nik Mohd Amin Abdul Majid.

Tahniah NC baru P

UTRAJAYA: Naib Canselor (NC) Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak buat kali pertama menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) sebagai NC baru di Aras 9, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 22 Jun lalu.

>> Muka 3

Idea segar pengkarya muda

8 UUM pilihan pelajar antarabangsa


02-15 JULAI 2010

KAMPUS

Transisi

7

Kuliah hujung minggu pikat pelajar baru Oleh Siti Nurmah Wasilan

Pengarah UUMKL, MOHMAD AMIN

Melalui kursus ditawarkan, seramai 35 pensyarah berpengalaman berkhidmat di sini.

r bagai program mendenga

pel TUMPU… Pelajar daripada ah UUMKL. gar Pen da ipa dar at lim tak

U

NIVERSITI Utara Malaysia cawangan Kuala Lumpur (UUMKL) menerima pendaftaran 101 pelajar baru dalam program Pasca Siswazah Trisemester Pertama 2010/2011 bermula 26 Jun lalu. UUMKL menawarkan tiga progam pengajian iaitu Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA), Sarjana Perniagaan (MBA), dan Sarjana Sains (MSc). Pengarah UUMKL, Mohmad Amin Mad Idris berkata, 10 orang pelajar melanjutkan pengajian dalam program DBA, MSc (31) dan MBA (54). “UUMKL hanya menawarkan pengajian secara sambilan bagi memberi peluang kepada golongan bekerja melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih stabil. “Melalui kursus ditawarkan, seramai 35 pensyarah berpengalaman berkhidmat

DAFTAR DIRI… Kakitangan UUMKL sedia memberi bantuan.

di sini,” katanya. Pendaftaran pelajar-pelajar baru itu disambut baik dan mereka diberikan taklimat mengenai program, jadual kuliah dan panduan mengakses portal. Pelajar Sarjana Sains Pengurusan Sumber Manusia, Noorraha Abdul Razak, 32, berminat melanjutkan pengajian di UUMKL kerana jadual kuliah yang tidak mengganggu waktu kerjanya. “Saya membuat tinjauan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain mengenai waktu kuliah. Cuma UUMKL yang mengadakan kuliah pada Sabtu dan Ahad. Justeru saya memutuskan melanjutkan pengajian di sini,” katanya, yang kini berkerja sebagai Eksekutif Kanan di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed). Program ditawarkan UUMKL turut menarik minat pegawai polis di Bukit Aman,

Universiti Malaya (PPUM), Dahlia Suhaimi, 26, berkata, jadual kuliah di segi masa dan kursus sudah ditetapkan dan ini memudahkannya memilih waktu sesuai untuk menghadiri kuliah. “Jadual kuliah dan tarikh peperiksaan akhir semester sudah diatur, hal ini memberi kelebihan kepada pelajar untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan kelak,” katanya. Mohmad Idris menyambut baik reaksi positif pelajar-pelajar itu dengan menyatakan jadual kuliah pada hujung minggu dibuat berdasarkan permintaan pelajar terdahulu. “Pihak UUMKL mempertimbangkan permintaan pelajar supaya kuliah diadakan pada hujung minggu kerana kekangan waktu kerja dan kuliah”, katanya selepas tamat memberi taklimat kepada pelajar baru.

Syarat kemasukan sangat menarik.

Tarikh peperiksaan ditetapkan memudahkan pelajar.

DAHLIA SUHAIMI

ASP Nor Shamsul Yaakop, 39, yang terdorong memilih melanjutkan pengajian di sini berdasarkan pengalaman rakanrakan. “Faktor utama menarik minat saya adalah syarat pengajian ditawarkan. Mereka yang memiliki lebih 10 tahun pengalaman bekerja dibenarkan mengambil program Sarjana walaupun saya hanya berkelulusan diploma. “Dua rakan saya melanjutkan pengajian di sini dalam program DBA. Mereka yang mencadangkan saya supaya memilih program MBA,” katanya. Kenyataan itu turut dipersetujui pensyarah muda dalam bidang perniagaan dari Kolej Tunku Abdul Rahman, Lai Mun Keong, 24, selepas diperkenalkan oleh rakannya mengenai jadual kuliah fleksibel. Pegawai Pentadbir Pusat Perubatan

NOR SHAMSUL YAAKOP

Kuliah hujung minggu tidak ganggu kerja.

NOORRAHA ABDUL RAZAK


2

KAMPUS

RM71j dana pendahuluan PTPTN Oleh Razali Yahaya

P

ERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM71 juta sebagai wang pendahuluan pembiayaan (WPP) kepada lebih 47,000 pelajar baru yang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara bermula Julai ini. Timbalan Pe-ngurus PTPTN, Nora Yusof Pelajar diingatkan supaya membayar balik wang pinjaman selepas berkata, jumlah kes- mendapat pekerjaan. eluruhan peruntukan pinjaman adalah luskan mesyuarat Kabinet “Peruntukan pendidikan diRM32.6 bilion yang bakal disediakan Kerajaan sangat bebaru-baru ini,’’ katanya pada agihkan kepada 200,000 pelasar ke arah membantu rakyat sidang media selepas mejar IPTA tahun ini. berpendapatan rendah dan serasmikan Seminar Hala Tuju Menurutnya, bagi memasderhana mendapat pendidikan Pembangunan Keusahawan tikan dana WPP sampai ke tatinggi,” katanya. IPT di Kuala Lumpur, barungan pelajar, pihaknya terpaksa Beliau berkata, peruntubaru ini. turun padang menjelajah 45 kakan itu membuktikan Kerajaan Mohamed Khaled berkata, wasan Parlimen seluruh negara komited terhadap usaha mesebelum ini pinjaman penuh untuk menyalurkan dana Keraningkatkan kualiti pendidikan PTPTN hanya layak diberikan jaan itu. negara setanding dengan nekepada pelajar daripada ke“Namun, masih ada sebagara maju. luarga berpendapatan kurang hagian dana terpaksa dikirim “PTPTN ditubuhkan sejajar RM3,000. ke alamat pelajar yang layak dengan hasrat Kerajaan yang Bagaimanapun, Kerajaan menerimanya bagi mengurangtidak mahu ada pelajar cemermengkaji semula syarat kekan beban semasa mendaftar lang gagal memasuki IPTA atas layakan itu selepas timbul di kampus masing-masing,” kasebab kewangan,” katanya. pelbagai rungutan disebabtanya. Dalam perkembangan terkan ramai pelajar memerluNora berkata, setiap pelajar kini lain, Kementerian Pengakan pembiayaan pinjaman yang layak berpeluang memjian Tinggi (KPT) memutuskan PTPTN. peroleh dana pendahuluan pelajar daripada keluarga berMenurutnya, kerajaan berRM1,500 untuk persiapan sependapatan kurang RM4,000 setuju untuk meningkatkan belum mendaftar di IPTA. layak mendapat pinjaman RM1,000 lagi bagi syarat Beliau turut mengingatkan penuh PTPTN bermula Julai kelayakan tersebut, sekali penerima PTPTN supaya memini. gus menjadikan pelajar daribayar pinjaman masing-masing Menterinya, Datuk Seri pada keluarga berpendapasebaik saja mendapat pekerMohamed Khaled Nordin bertan RM4,000 ke bawah layak jaan tetap selepas tamat pekata, kelonggaran syarat itu mendapat pinjaman penuh ngajian. seiring dengan hasrat KeraPTPTN. “Ini penting untuk semua jaan memperluaskan lagi Syarat baru tersebut mempeminjam kerana bayaran pinpeluang pelajar miskin melanjaman itu dapat digunakan pula babitkan pelajar yang memajutkan pelajaran di Institusi untuk pelajar lain pada masa suki IPT awam dan swasta, Pengajian Tinggi (IPT). akan datang. “Syarat kelayakan itu dilukatanya lagi.

Transisi

02-15 JULAI 2010

40,506 lepasan

STPM, matrikulasi layak IPTA

S

ERAMAI 40,506 daripada 61,228 pemohon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi ditawarkan pengajian peringkat ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Keputusan itu menunjukkan 82.3 peratus daripada 49,234 pemohon yang mencapai kelayakan minimum diberi tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA. Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata, daripada jumlah itu, 28,663 orang atau 70.7 peratus adalah Bumiputera, 9,569 calon Cina (23.6 peratus) dan 2,304 calon India (5.7 peratus) serta lain-lain. Beliau berkata, seramai 22,967 (56.7 peratus) adalah calon aliran sains, manakala 17,539 (43.3 peratus) calon sastera. Radin Umar berkata, semua IPTA sudah mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya sejak 19 Jun lalu. Menurutnya, calon yang gagal menerima tawaran boleh mengemukakan rayuan mela-

lui aplikasi e-rayuan, http://upu. mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan. ‘‘Keputusan pemilihan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA. Jika tiada sebarang jawapan diterima hingga 31 Julai ini, rayuan mereka dianggap gagal,” katanya. Beliau berkata, semua pemohon yang mendapat keputusan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 berjaya memasuki IPTA, tetapi tidak semua ditawarkan pilihan pertama. ‘‘Keputusan tawaran juga bergantung kepada 10 peratus markah kokurikulum. Pemohon yang bagus mungkin tidak mendapat tawaran kursus pilihan pertama mereka jika mereka memohon kursus kompetitif di universiti sekitar Lembah Klang. ‘‘Terdapat 2,088 pemohon yang mendapat keputusan PNGK 4.00 dan 404 orang telah ditawarkan tempat di Universiti Sains Malaysia dan bakinya ke universiti lain,” katanya.

UnisZA nama baru UDM

U

NIVERSITI Darul Iman Malaysia (UDM) yang ditubuhkan pada 2006 kini ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) yang berkuat kuasa 14 Mei lalu. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pertukaran nama UDM kepada UnisZA dibuat dengan mengambil kira sejarah UDM yang pada asalnya adalah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebelum dinaik taraf kepada sebuah universiti. “Pertukaran nama UDM sudah mendapat perkenan Yang diPertuan Agong pada 13 April 2010 dan diwartakan pada 13 Mei 2010,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini. Beliau berkata, UnisZA menjadi harapan kepada rakyat Malaysia agar dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan berkarisma. “Penubuhan UnisZA diharap dapat melahir dan membentuk pemimpin yang pemikirannya diasuh dengan ilmu, budaya tinggi, akhlak luhur serta berwajah antarabangsa selaras dengan visi UnisZA itu sendiri,” katanya. UDM yang ditubuhkan pada 2006 adalah universiti awam ke-18 di negara ini. Hasrat penubuhannya adalah untuk menjadikan institusi pendidikan berstatus universiti penuh yang menawarkan pelbagai program akademik di Terengganu. Universiti ini mula beroperasi di kampus Kolej Sultan Zainal Abidin, sebuah institusi pendidikan agama yang bersejarah di Terengganu dan langkah ini diwujudkan bagi membolehkan beberapa program yang ditawarkan oleh KUSZA sebelum ini dinaik taraf kepada program ijazah.


3

KAMPUS

Transisi

02-15 JULAI 2010

Naik taraf kemudahan pelajar

NC baru tinjau persiapan sambut pendaftaran semester baru Oleh Nur Shazana Abdul Rani dan Syairah Sa’adun

N

AIB Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baru, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak turun padang bagi meninjau persediaan menyambut kedatangan pelajar baru Ahad ini (4 Julai). Tinjauan dilakukan pada 24 Jun lalu bersama pegawai universiti bagi melihat keadaan dan persiapan kemudahan yang sedang dinaik tarafkan bagi menyambut pelajar baru. Mustafa berkata, pihak pengurusan Universiti kini dalam usaha menambah baik kemudahan pelajar yang disediakan di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) dan Dewan Kuliah Gugusan (DKG). Antara kemudahan sedang dinaik tarafkan ialah menggantikan perabot lama seperti katil,

meja dan almari bagi menyediakan suasana lebih selesa dan menyeronokkan. “Kemudahan lain yang terbabit dalam projek ini ialah menaik tarafkan dan mengecat tandas, bilik mandi dan bilik pelajar di semua DPP bagi menjadikan persekitaran cantik dan berseri,” katanya. Beliau berkata, penambahbaikan ini dilakukan selaras dengan perancangan strategik utama UUM iaitu menyediakan suasana dan budaya kecemerlangan ilmiah bagi penyuburan dan perkembangan penyelidikan, penerbitan, perundingan serta perkhidmatan. “UUM ingin menyediakan asrama dan dewan kuliah yang bukan saja cantik, malah sekurangkurangnya setaraf dengan hotel

Mustafa (kanan) memperkatakan sesuatu dengan diperhatikan seorang pegawai DPP.

NC UUM melawat DPP dengan ditemani pegawai universiti.

tiga bintang untuk memberi keselesaan dan mencetuskan rasa keseronokan kepada para pelajar,” katanya ketika selesai melakukan tinjauan ke DPP Proton, Tradewinds dan Petronas. Menurutnya, pelbagai kemudahan disediakan dalam Universiti ini adalah untuk memberi keselesaan kepada pelajar dan mempamerkan imej terbaik sebagai sebuah universiti pengurusan yang terkemuka negara ini. Beliau menytakan akan mengadakan sesi taklimat khas kepada pengetua, felo, pengurus asrama dan pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada

29 Jun lalu bagi memastikan semua perancangan berjalan lancar. “Dalam pertemuan ini, kita membincangkan soal penyelenggaraan asrama dengan betul bagi mencapai tahap piawaian lebih tinggi, terutama membabitkan kebersihan, kecantikan dan keselesaan. “Tanggungjawab pengetua dan felo sekarang ialah memantau segala persiapan, termasuk mengecat sebelum pendaftaran pelajar. Saya sendiri akan turun padang membuat spot check sebelum kemasukan pelajar 4 Julai ini,” katanya. Menurutnya, pengetua juga

harus membuat rondaan lebih rapi setiap hari bersama felo bagi memastikan perjalanan DPP mengikut piawaian ditetapkan. “Mereka mesti berada di pejabat asrama di dewan penginapan masing-masing selama tiga hari dalam seminggu dan dua hari lagi di kolej akademik,” katanya. Beliau berharap dengan wujud segala kemudahan dan persekitaran yang selesa, ia akan mencetuskan suasana ceria serta menjadi perangsang kepada semua pelajar untuk belajar dengan lebih tekun dan gigih.

Kehadiran Mustafa dapat aluan LPU-UUM >> Dari Muka 1 Mustafa tiba di kompleks pada jam 8 pagi sebelum mengadakan pertemuan ringkas dengan Pengerusi LPU, Tan Sri Samsudin Osman di pejabatnya di bangunan sama. Dalam pertemuan itu, Samsudin mengucapkan tahniah kepada Mustafa berikutan pelantikannya sebagai NC baru UUM, berkuat kuasa pada 16 Jun lalu. Samsudin turut memberi kata-kata

perangsang kepada Mustafa supaya menjalankan amanah dengan baik dan dedikasi dalam usaha memajukan UUM. Menurutnya, jawatan NC amat penting dalam sesebuah universiti kerana hala tuju dan jatuh bangun sesebuah institusi pengajian tinggi itu terletak kepada kredibiliti pemimpin yang mampu memimpin dengan baik. Selain Samsudin, Mustafa juga mengadakan pertemuan dengan ahli LPU lain yang turut mengambil ke-

sempatan mengucapkan tahniah kepadanya. Mesyuarat pertama di bawah kepimpinan Samsudin bermula jam 10 pagi untuk membincangkan beberapa perkara yang perlu diberi penekanan bagi memajukan universiti, terutama dalam usaha meningkatkan reputasi di peringkat nasional dan antarabangsa. Sesi mesyuarat bersurai selepas hampir dua jam sebelum disusuli jamuan makan. Ahli LPU yang hadir dalam me-

syuarat julung kali disertai Mustafa ialah Pengerusi Syruz Corporation Sdn Bhd, Datuk Wira Dr Affifudin Omar, Peguambela dan Peguamcara, Datuk Zuraidah Atan, Pengarah Urusan The Royal Mint Exchange Sdn Bhd, Datuk Nik Mohd Amin Nik Abdul Majiid, Timbalan Pengarah Kanan (Belanjawan) Kementerian Kewangan, Nik Ab Kadir Haji Yusuf, Wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi, Noor Khalidah Md. Khalid dan Pemangku Pendaftar, Mohammad Akhir Haji Yusuf.


4

KAMPUS

Transisi

02-15 JULAI 2010

Formula bantu akhlak remaja

AN KAJI H ILMIA

Dr Aswati cipta model IQ, EQ, SQ Oleh Gan Yong Li dan Wan Azuraina Meor Abdullah Foto Nooratikah Ab Rahim

P

EMBENTUKAN masyarakat berakhlak dan mempunyai kerohanian tinggi adalah salah satu agenda utama negara. Hasrat ini diutarakan melalui Wawasan 2020 oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang antara lainnya berhasrat untuk melahirkan masyarakat kukuh dengan sifat-sifat kerohanian dan mempunyai moral progresif serta dinamik. Namun, dapat kita lihat bahawa keruntuhan akhlak masa kini menjadi semakin meruncing hingga ada yang sanggup melakukan jenayah demi kepuasan diri sendiri. Kebanyakan kes yang berlaku hari ini lebih tertumpu kepada golongan remaja. Akhlak masyarakat Melayu diasaskan kepada akulturasi budaya Melayu dan ajaran Islam. Bagaimanapun, arus permodenan dan globalisasi yang melanda era ini secara tidak langsung menyebabkan budaya dunia dan globalisasi ala Barat menular dalam sistem akhlak orang Melayu. Fenomena ini membawa impak besar dalam budaya seharian orang Melayu hingga membawa kepada keruntuhan sistem nilai dan akhlak dalam pelbagai lapisan masyarakat. Kesannya, ramai umat Melayu dilaporkan terlibat dengan pelbagai kesalahan akhlak hingga membimbangkan semua pihak. Orang Melayu sedang bergelut mempertahankan adat tradisi Melayu sebenar. Hal ini amat ketara, terutamanya dalam kalangan generasi muda Melayu yang sedang melalui proses perubahan budaya dan nilai dengan cenderung mengikuti model budaya dan nilai Barat. Golongan muda Melayu kini terlibat dalam ajaranajaran agama baru daripada pelbagai sumber, terutamanya kumpulan-kumpulan Black Metal yang kononnya memberikan formula ketenangan fikiran kepada mereka melalui muzik. Di sudut kenegaraan, remaja mempunyai peranan untuk menyumbang terhadap pembangunan, kemajuan dan pemodenan. Hakikatnya, remaja sekarang sedang melalui kemelut sosial dan kekeliru-

an hidup akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang pesat di negara ini. Antara masalah sosial dikenal pasti membabitkan golongan remaja ialah seks bebas yang bermula daripada pergaulan tanpa batas, lari dari rumah, penagihan dadah, pengambilan minuman keras, lepak, lumba haram, termasuk pembabitan remaja dalam jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan membunuh. Keadaan ini amat mendukacitakan kerana ia menunjukkan peningkatan berterusan dan membimbangkan. Realiti yang terpapar dalam senario Pendidikan : Doktor Falsafah, Psikologi Pendidikan, gejala sosial di atas menampakkan konflik Universiti Sains Malaysia (USM) antara penghayatan nilai-nilai Islam baik Jawatan : Pensyarah Kanan Universiti USM dengan tingkah laku masyarakat Melayu Asal : Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan beragama Islam. Mereka melakukan Pencapaian tertinggi: perkara-perkara dilarang agama secara • Buku artikel terbitan Sense Publisher, Amsterdam (dalam berterusan dengan tidak meletakkan nilai proses, 2010). baik buruk dan dosa pahala berdasarkan anjuran syariat Islam. • Mendapat pembiayaan sebagai penyampai dalam PersiMengambil fenomena ini dan medangan Mosaic di Jerman (2009). ngaitkannya dengan psikologi moral, tiga komponen dapat menjelaskan kemora• Akses internet yang meluas. • Pengabaian isu agama kalangan lan itu, iaitu penaakulan moral, emosi pelajar sendiri. moral dan tingkah laku moral. Ketiga-tiga 6. Diri sendiri • Kesedaran sivik dan akidah yang komponen moral itersebut saling berkait • Tiada keyakinan. rendah. dan berhubungan serta akhirnya diter• Mencari perhatian masyarakat dan jemahkan dalam tingkah lakuan moral. keluarga. 3. Persekitaran Keruntuhan akhlak remaja Melayu • Masyarakat tidak prihatin. • Kurang jati diri. boleh disebabkan beberapa perkara se• Iman tidak teguh. • Pembudayaan barat kalangan perti: masyarakat muda. Menyedari hakikat itu, penyelidik Univer•Organisasi tempatan atau swasta bert1. Institusi keluarga siti Sains Malaysia (USM), Dr Aswati Hameraskan keuntungan tanpa melihat kesan • Alam rumah tangga tidak teratur. sampingan semasa. zah menjalankan kajian taakulan akhlak • Perpisahan ibu bapa. dalam kalangan pelajar Melayu, bertujuan • Pertengkaran yang kerap berlaku mengumpul maklumat bagi menjelaskan 4. Rakan sebaya dalam keluarga. elemen-elemen yang mempengaruhi pem• Golongan kawan yang tidak sesuai. • Keadaan sosio ekonomi yang sempit. bentukan akhlak pelajar Melayu. • Kurang ilmu dalam pengetahuan • Suasana rumah tangga yang tidak Aswati, juga pensyarah Psikologi, Pusat tertentu. harmonis dan tenteram. • Pendedahan maklumat tidak terkaPengajian Ilmu Pendidikan menggunakan • Tidak keupayaan pihak penjaga kajian tersebut sebagai landasan untuk wal/pendedahan seks dan kesihatan. mengawasi pendidikan anak. mengetahui lebih lanjut mengenai kejatuhan akhlak di kalangan pelajar Melayu. 5. Media 2. Kurangnya pendidikan dan peng Seramai 732 pelajar Melayu dipilih se• Penggunaan ilmu tidak sesuai/por hayatan agama bagai responden dan terbahagi kepada 396 nografi. • Tekanan belajar. • Sikap ingin tahu yang tinggi dalam pelajar sekolah menengah dan 336 pelajar • Ibu bapa kurang menitikberat hal Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). isu semasa. pendidikan anak. Kajian itu, yang mengambil masa tujuh • Ikon hiburan.

Aswati Hamzah


02-15 JULAI 2010

KAMPUS

Transisi

tahun, tidak memutuskan harapannya untuk terus mengkaji bagi mendapat dan memahami cara hidup remaja Melayu. Walaupun mengambil masa panjang, kajian berkenaan ternyata berkesan apabila membentangkannya di Persidangan MOSAIC, Jerman pada 2009. Lebih membanggakan, Aswati adalah salah seorang pengkaji wanita Melayu dari Asia membentangkan kajian ilmiah tersebut. Pembentangan Aswati turut mendapat pujian daripada ahli falsafah moral Barat,

“Kita menggabungkan IQ, EQ dan SQ supaya menjadikan pendidikan lebih sempurna. Bill Puka dan Uwe Gillen. “Dalam proses melakukan kajian ini, saya hendak tahu bagaimana ahli akademik menangani masalah moral dan bagaimana masyarakat Melayu berfikir apabila melakukan sesuatu perkara yang menyalahi moral. “Saya mendapat pelbagai cabaran, termasuk kritikan daripada pelbagai pihak yang rata-rata menyatakan mengapa harus melakukan kajian ini. Namun, kajian saya lakukan adalah untuk dikembangkan secara ilmiah bagi membuka mata masyarakat Melayu dalam membentuk moral institusi kekeluargaan dan sosial yang lebih tersusun. “Atas sokongan rakan dan ahli-ahli

akademik universiti, saya berjaya melakukan kajian ini. Paling membanggakan saya berjaya mencipta model baru menggabungkan Intelligence Quotient (IQ), Emotional Intelligence (EQ), dan Essentially Intelligence (SQ),” katanya kepada Transisi. Aswati juga mengharapkan masyarakat dapat memahami mengenai kepentingan EQ dan SQ dalam menerapkan nilai moral tinggi dalam kalangan pelajar atau anak-anak. Ibu bapa harus memainkan peranan tinggi dalam mengenali nilai moral anak. Jika ibu bapa tidak mengenali SQ dan EQ dalam diri masing- masing, keruntuhan akhlak akan meruncing. Hasil kajian menunjukkan aspek moral dan akhlak boleh dicantumkan serta boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan sekolah kerana melibatkan proses muhasabah atau penyucian diri secara sempurna. Berdasarkan kajian ini, ada empat golongan remaja Melayu iaitu: • Istiqamah dan yakin dengan kebenaran. • Lakukan kebaikan atau kebenaran kerana mengetahui ia benar. • Mengikut melakukan kebenaran tetapi hanya mengikut. • Melanggar moral dan tidak mengetahui kesannya. Menurutnya, selepas mengenal pasti keempat-empat golongan itu, kita dapat mengawal tingkah laku remaja yang terbabit dengan kes jenayah. “Kita menggabungkan IQ, EQ dan SQ supaya menjadikan pendidikan lebih sem-

Rakan-rakan penyelidik dari Switzerland, Jerman, Poland, Brazil dan Turki.

purna. Kematangan seseorang itu juga memainkan peranan dalam pembentukan sesuatu akhlak dalam jiwa remaja tersebut. Saya masih ingat lagi kata-kata ahli falsafah Barat di Jerman, amat baik jika kamu dapat menggunakan atau melaksanakan model ini untuk membuatkan rakyat Amerika Syarikat (AS) memahami

5

nilai-nilai moral,” katanya lagi. Aswati berkata, jika remaja ada konflik diri, mereka perlu merujuk kembali kepada ibu bapa dalam apa jua keadaan. Rumah dan ibu bapa adalah tempat utama dijadikan perlindungan pada kawalan anak-anak mereka. Pepatah Cina menyebut, ‘Jika ingin masyarakat yang baik, simpanlah wanita di rumah’. Gambar h

iasan

Aswati (kiri) dan Prof Uwe Gielen.


02-15 JULAI 2010

KAMPUS

Transisi

6

Idea segar pengkarya muda Kotak Hitam 3.0: Skrin Filem tampil empat projek akhir penuntut UiTM Oleh Mohd Azhan Othman

K

UMPULAN seni bebas, Frinjan dengan kerjasama MapKL dan Kelab Skrin Filem Fact menganjurkan acara Kotak Hitam 3.0: Skrin Filem dengan menampilkan empat filem hasil karya pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Teknologi Kreatif & Artistika (KTKA) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Acara itu, yang diambil sempena tempat lokasi, ‘Black Box’, berlangsung di bangunan MapKL di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu bermula jam 1 tengah hari hingga 11.30 malam. Filem-filem itu adalah Kalut, diarahkan (Faliq Sharif), Along & Kak Long (Hisyamuddin Ahmad), Aku Dia & Tong Sampah (Azri Abu Hassan) dan 3 Budak Melayu (Faizal Lockman Hakim). Idea-idea diterjemahkan setiap karya filem arahan pengarah-pengarah muda itu memberi harapan positif mengenai masa depan industri perfileman negara yang ketandusan karya segar dalam mengangkat nilai sosio budaya tempatan. Kalut adalah filem berunsur komedi, berkisar mengenai pemandu teksi, Selamat yang menghadapi konflik rumah tangga akibat beristeri dua. Isterinya, Bibi dan Mimi tidak tahu mereke dimadukan dan Selamat sedaya upaya merahsiakannya dengan melakukan pelbagai helah sebelum penonton dikejutkan dengan penamat cerita di luar jangkaan. Plot d a l a m

Along & Kak Long lebih bercorakkan drama mengenai kisah peminjam ceti (Along) berjumpa Kak Long untuk mengutip hutang. Kak Long adalah pemilik warung nasi lemak di ibu kota dan suaminya, Datuk Jam melarikan diri selepas membuat pinjaman wang daripada Along yang kemudian dibelanjakan untuk berhibur. Sebaliknya, Kak Long menjelaskan segala hutang tersebut.

Konflik perhubungan menjadi isu utama diketengahkan Aku, Dia dan Tong Sampah. Sharnaz yang berpisah dengan Hazwan bukan saja tidak dapat melupakan Hazwan, malah teragakagak membuang semua surat pemberian kekasihnya itu. Namun, insiden di tong sampah menemukan dia dengan Amir, yang turut mengalami nasib sama. Kebetulan pula bekas kekasih Amir, Dianne adalah

teman wanita baru Hazwan. Situasi tersebut memaksa Sharnaz berpakat dengan Amir untuk memenangi semula hati bekas kekasih masing-masing. Kisah tiga sahabat, Epol, Nana dan Zurin mewarnai penceritaan 3 Budak Melayu. Pelbagai kesukaran dilalui pelajarpelajar jurusan perfileman itu dalam usaha mereka mencari duit untuk membuat filem. Pelbagai peristiwa dan halangan mencuit hati dihadapi sepanjang proses menyiapkan filem mereka itu. Setiap tayangan filem diselang-selikan persembahan akustik daripada komuniti Frinjan membabitkan artis muzik indie berkumpulan dan solo seperti Strawbery, Farah, Mysticus, Iqbal M, Jayzuan, Beeha dan Azreel Azhar. Penganjur, Ahmad Shafiq Ab Halim, 24, berkata, Kotak Hitam kali ini sudah masuk edisi ketiga dengan tayangan filem menjadi fokus utama acara tersebut. “Edisi pertama dibuat sempena pelancaran MapKL, manakala edisi kedua dianjurkan pada bulan April lalu. Istimewa mengenai Kotak Hitam adalah ia terbuka kepada umum dan percuma,” katanya. Noorfariza Hishamuddin, 24, juga penganjur Kotak Hitam berkata, acara ini bertujuan mendedahkan khalayak umum kepada karya pelajar-pelajar perfileman yang biasanya dibuat secara tertutup di uni-

AHMAD SHAFIQ

NOORFARIZA versiti. “Sasaran audien adalah kalangan komuniti filem, termasuk orang ramai yang meminati hasil karya seni anak muda tempatan. Kini mereka dapat menyaksikan sendiri projek dihasilkan pelajar-pelajar akhir yang mengambil jurusan perfileman,” katanya. Menurutnya, platform Frinjan digunakan kerana ia memiliki kelompok komuniti tersendiri yang sentiasa mengikuti setiap perkembangan seni anjuran kumpulan itu.


8

KAMPUS

Transisi

UUM pilihan pelajar antarabangsa

02-15 JULAI 2010

Aktiviti Kampus Julai 2010

Kemudahan tempat tinggal sepanjang pengajian jadi tarikan

S

I N T O K : S e r a m a i 250 pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian Doktor Falsafah (PHD) dan Sarjana mendaftar di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Tradewinds Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi kemasukan semester Julai Sesi 2010/2011 pada 24 Jun lalu. Daripada jumlah itu, seramai 146 adalah pelajar lelaki dan 104 pelajar perempuan yang mengikuti program seperti PHD, Sarjana Sains (Teknologi Maklumat) dan Sains Teknologi dan Komunikasi. Penolong Pendaftar Unit Penga- Seorang pelajar asing menyaksikan rakannya mengisi borang mengisi borang pendaftaran. jian Siswazah UUM College of Arts and akan tempat tinggal sepanjang Yaman, Iraq, Nigeria, Brunei, rakyat tempatan, malah seluruh mereka menuntut di sini dan Sciences (UUM CAS), Abdul Tanzania dan Bangladesh. dunia selaras matlamat Keramemiliki prasarana lengkap unRahman Mohd Isa berkata, turut Menurutnya, semua pelajar jaan yang ingin menjadikan tuk semua pelajar. diterima masuk untuk kemasumendaftar pada 24 Jun lalu, Malaysia salah satu pusat pen“UUM kini pantas bergerak kan kali ini ialah dua pelajar manakala pendaftaran pelajar didikan antarabangsa setandalam era pendidikan global baru dari Saint Luca di keputempatan pada 27 Jun lalu. ding negara lain,” katanya. dan membuka peluang kemalauan Caribbean. “Kelebihan yang menjadi taPelbagai aktiviti diatur untuk sukan pelajar antarabangsa unAntara pelajar-pelajar lain rikan pelajar luar negara untuk pelajar-pelajar baru, antaranya tuk mendapat pendidikan tinggi yang mendaftar adalah dari Inmemilih UUM adalah kerana Diskusi mengenai Silang Buyang cemerlang serta bertaraf universiti ini menyedidonesia, Thailand, Arab Saudi, daya, Taklimat dari Jabatan antarabangsa. Jordan, China, Libya, Keselamatan dan Taklimat ber“Membuka peluang pendidikan bukan saja kepada hubung Insuran.

Program: Persidangan Antarabangsa Berhubung Keselamatan Makanan Semasa Sukar. Tarikh: 5 - 7 Julai Tempat: Auditorium, Fakulti Kejuruteraan.

Program: Seminar Kebangsaan Penanda Arasan Penyelidikan Arkeologi di UKM. Tarikh: 12 Julai Tempat: Bilik Senat dan Bilik Majlis.

Program: PQS 2010. Tarikh: 13 - 14 Julai Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Program: Persidangan Antarabangsa Ke-2 Berhubung Teknologi dan Pengurusan Operasi. Tarikh : 5 - 7 Julai Tempat : Hotel Bayview, Langkawi.

enanti giliran negara sabar m UUM. PP Tradewinds, D di n ia aj ng pe endaftar

r luar Beberapa pelaja

untuk m

Ruang DPP dipenuhi pelajar asing.


Kamp us 02 Julai

-15 Julai

2010/19

Rejab-03

4-5

Syaaban143

1H

PIALA D 02 Julai

i.com.my

i.com.my

Transisi 02 JULAI - 15 JULAI 2010

UNIA

-15 Julai

www.transis

www.transis

2010/19

Rejab-03

Syaaban143

1H

02 Julai

- 15 Julai

2010

Laluan ke Peringk suku akhir: at kumpul an – Serbia 0 lwn Ghana Ghana 1 lwn Austral 1 (13 Jun) ia 1 (19 Jun) Ghana 0 lwn Jerman 1 (23 Jun) Pusingan kedua: Ghana 2 lwn Amerik aSyarik at (AS) 1 ( 27 Jun)

Kajian

Ilmiah Formula bantu akhl ak rema ja

6 LPU UUM, dari kiri: Osman Moham , Prof Mohd. Amin Dr. Moham ad Akhir Yusuf, Abdul Majid.ed Mustafa Ishak, Nik Ab. Kadir Dato’ Zuraid Nik Mat, Noor Khalidah ah Atan, Md. Dato’ Wira Dr. Affifud Khalid, Tan Sri Samsudin in Omar dan Dato’ Haji Nik

Tahnia h

NC bar u

www.transisi.com.my

P

UTRAJAYA Profesor : Naib Canselor MesyuaratDr Mohamed Must(NC) Universiti Utara Lembaga afa Aras 9, Kompleks Pengarah Ishak buat kali Malaysia (UUM ), Perbadan pertama Universiti menghadir an Putra jaya pada (LPU) sebagai NC baru i 22 Jun di lalu.

>> Muka

3

Idea seg ar pengka rya mud

a

8 UUM pilih an antaraba pelajar ngsa

Ghana

W

Menarik di dalam Sisipan

atasi ba

AKIL tungg al Afrika ke perin gkat suku , Ghana mencipta sejarah akhir buat sejarah bola sepak mengalahk layak kali perta yang berla an Amerika Syari negara itu selep ma dalam as ceme kat (AS) rlang pusingan njutan masa tamb 2-1 kedua, 26 ahan pada dalam perlawana Jun lalu. peringkat n kalah mati >> Muka

di?

2

7

3

Higuain gah catat seja rah

10 gol terbaik

ESOK AKU AKAN MENDAFTAR DIRI DI UNIVERSITI SUSAH UNTUK AKU MELELAPKAN MATA... ADA SATU KERISAUAN ATAU LEBIH TEPAT- KETAKUTAN! MACAM-MACAM AKU FIKIRKAN-TERASA SEPERTI ESOK HENDAK BERDEPAN DENGAN BINATANG BUAS! AHH-MAMPUKAH AKU?....

NAMUN SEGALA KETAKUTAN HILANG APABILA MENJEJAKKAN KAKI DI SINI-KAMI DISAMBUT DENGAN PENUH KEMESRAAN. TERASA SEPERTI DI DUNIA BARU!

SELAMAT DATANG WARGA PELAJAR BARU 2010. KAMI MENANTI KEDATANGAN ANDA!!

Sketsa RM2.50

Lain daripada yang lain

18.06 - 01.0

Edisi Kedua 05 REJAB Jun -

7.2010

3

BILANGA 18 REJAB 1431H N: 02/20 10

IKON

Rashid teringin menyanyi

RM2.50

Qaliff Umar

8 - 33

02.7-15.07.

Edisi Ketiga Julai 19 REJA B-

2010

3

BILANGA 03 SYAABAN 1431H N: 03/20 10

RAJA-RA JA MELAYU

Akhbar Dua Minggu Sekali

Sketsa Qaliff Umar

40

IKON

Reaksi

“S

Dapatkan Transisi di kedai berhampiran anda. Jumpa kami di www.facebook/Transisi. Kunjungi laman web www.transisi.com my. Sebarang pertanyaan sila email transisi.mail@gmail.com

EBAGAI anggota saya mem tentera, wajib Kesultana pertahankan instit luahan n Melayu”. usi Paka Itulah man (Phys r Perubatan Penyakit juga dokto ician), Kolonel DalaDr Amir r peribadi Tuanku Ramli, Ismail Petra Sultan Kelan tan, Menurut . lukan perkeDr Amir, pelantikann ya mem Dipertuan nan Seri Padu erka Bagin Agong dan lebih besar tanggungja da Yang wabnya Kementeria berbanding dokto r di bawa n Kesihatan. h Justeru, selaku pega beliau bukan wai keraja an, tugas wajib mem saja merawat pesakit, malah daripada pertahankan kedau anasi latan nega Ikuti luaha r tidak bertanggu ra ngjawab. pada penu n Dr Amir secar a eksklusif lis Trans RUDYSHAM isi, RAZA keLI YAHA ABD RAO NORATIK F dan jurufo YA, AH AB RAHIM to, mengenai tugas

Dr Amir

ketika memb

erikan panda

ngannya.

ktor Su

ltan

beliau ketika bertugas tor perib sebag adi awal bagin Sultan Kelantan ai doksejak dari Mahkota da dibawa pulan g ke Istana Kubang Kerian, selepas Kelantan menja Mount Elizab lani rawatan di Hosp eth, Singa lalu. pura, awal ital Mac “Pertama Sultan dalamkali saya berte mu Tuan pesawat ku khas Keraj pene rbangan saya diban aan Malaysia. Ketik tu Kolon a itu, zaman, salah seorael Dr Razin Kama baginda, rulng dokto juga Paka r peribadi bangan yang arif r Perubatan Pene mengenai portasi udara risu trans . >> Lihat

Lagi berit a • Detik cemadi muka 5 s Dr Amir

MUKA 4

GLOBAL

12

Akhbar Dua Minggu Sekali

25 N

HIBURA www.

Luahan do

Islam man keliru baragsa t

Saya jogin setiap Ahadg

9 BICARA

Gaz

trans

isi.co

24

m.my

gamitas Oleh Rudys

ham Abd

Raof

aya

TIADA istila penyiaran h ‘semangat yang , Ashwad hilang’ dalam kamu oleh rejim Isma Zionis ketik il walaupun s wartawan menjadi untuk misi a mengiku tawanan penghant selama Palestin aran bant ti pelayaran kapa di Gaza uan kema l ‘Mavi Marm28 jam , bulan nusiaan lalu. ara’ kepada rakyat >>

Mahasis ikhlas wa perlu

MUKA 4

&5

MENTERI mahasisw Pengajian Ting gi, bersabun a yang baru mem Datuk Seri Moh g amed asuki alam tanpa diku nyawa untuk universit Khaled Nordin berjihad asai seba i tidak ubah berkata, ke jalan rang gang perjuanga seperti guan anas Allah dan perlu n menjagan tentera yang ir luar. ya deng an tertib

>> MUK

A2

Untuk tempahan iklan: (012) 273 5464/ (012) 311 3907


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.