Transisi 4

Page 1

RM2.50

16-29.07.2010 Edisi Keempat Julai 04 SYAABAN - 10 SYAABAN 1431H

3 IKON

BILANGAN: 04/2010

Hadis jadi pedoman

Akhbar Dwi Mingguan

Peralatan Kebesaran Diraja

RAJA-RAJA MELAYU

14-15

24 HIBURAN 25

www.transisi.com.my

PM ajak pelajar baru menjana minda PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (gambar) mengajak pelajar baru supaya menjana minda dan bersedia menggandakan

keyakinan diri bertepatan dengan dunia kampus yang penuh cabaran. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan mengalu-alukan

Usah Buta Sejarah

pelajar-pelajar baru Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/ IPTS) sesi 2010/2011.

>> MUKA 2

ONN JAAFAR

TUNKU ABDUL RAHMAN

ABDUL RAZAK

Oleh Razali Yahaya, Rudysham Abd Raof, Muhammad Amsyari Ismail dan Siti Nurmah Wasilan

SEJARAH adalah catatan masa lalu berdasarkan kajian terhadap sesuatu peristiwa bagi menghuraikan kesan sebab dan akibat. Sejarah tidak boleh dicipta tapi pelbagai pihak bebas membuat analisis. Kegagalan memahami sejarah menyebabkan kalangan generasi hari ini hilang jati diri selain men-

galami krisis moral yang teruk. Justeru gesaan menjadikan sejarah subjek wajib di peringkat rendah hingga pengajian tinggi disifatkan cadangan bernas dalam mewujudkan sebuah negara bangsa supaya politik tidak menjadi bahan bahana buta sejarah.

>> MUKA 4 & 5

HUSSEIN ONN DR MAHATHIR

ABDULLAH


2

ISU

Transisi

16 - 29 JULAI 2010

“

Sedutan teks ucapan PM kepada pelajar-pelajar baru

Transformasi Intelektual >> Dari Muka 1

ALHAMDULILLAH, pertamanya saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya juga, maka dapat saya menyampaikan sedikit pesanan sempena meraikan saudara/saudari atau lebih mesra anak-anak yang berjaya mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), dan mula mendaftarkan diri di universiti masing-masing sejak minggu lepas. Dalam waktu yang terluang dan kesempatan ini, ingin saya manfaatkan dengan mengajak saudara-saudari semua menginsafi dan bersyukur kerana diberi peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi. Di sinilah langkah anda bermula bagi meniti cabaran sebenar dalam kehidupan. Sekali lagi, tahniah! Memulakan kehidupan kampus dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum ini, menuntut saudara-saudari bersikap positif terhadap hubungan antara etnik. Keharmonian dalam kalangan warga kampus hendaklah sentiasa diutamakan dan ingatlah kunci utama keharmonian dan perpaduan adalah semangat toleransi satu sama lain, terutama bagi generasi muda seperti saudara-saudari. Di hadapan saya ini adalah anak-anak yang lahir di zaman ledakan dunia ICT dan dunia tanpa sempadan. Sebaik saja melangkah ke alam tertiary education, saudara-saudari mestilah pertamanya bersedia untuk mentransformasi dan menjana minda bagi mengilhamkan perubahan diri dengan tingkah laku yang positif dan bersedia untuk menggandakan dan menyemarakkan keyakinan diri bersesuaian dengan dunia kampus yang

memerlukan tuan/puan sentiasa membuat penghayatan diri dan menggunakan intelektual status dengan cara lebih kreatif dan inovatif. Saudara-saudari mesti bersedia memproses informasi yang sentiasa berada di hujung jari. Gunakanlah akal dan pertimbangan waras dalam mengurus dan menggunakan maklumat diperoleh, terutamanya dalam membentuk perangai dan sahsiah sebagai seorang berpendidikan tinggi. Tempoh tiga hingga empat tahun di universiti hendaklah digunakan untuk membina kekuatan dan keberkesanan minda positif sebagai cara hidup dan seterusnya menghargai dan menyedari peluang serta potensi kejayaan masing-masing. Membiasakan diri menjadi insan yang lebih fleksibel dan menjauhi fikiran sempit, membentuk kemahiran berkomunikasi dan membentuk kebiasaan dan menjadikan budaya berfikiran lateral, luas dan berlainan. Dengan kesediaan minda, barulah saudara-saudari akan sedar bahawa saudara-saudari adalah ejen perubahan yang akan membentuk modal insan dan akan mendukung segala perancangan Kerajaan pada hari ini. Kerajaan sentiasa berusaha menyediakan ekosistem intelektual terbaik agar setiap rakyat yang berpeluang ke universiti dapat mengembangkan potensi dan bakat mereka secara optimum bagi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi. Saya juga ingin saudara-saudari tahu bahawa ada dua prinsip penting dalam saya mentadbirkan Kerajaan hari ini. Pertama, saya mahukan kehidupan rakyat hari ini lebih baik daripada hari

semalam dan kehidupan mereka pada masa depan akan lebih baik lagi daripada hari ini. Kedua pula, menggerakkan ekonomi negara dan meletakkannya kembali atas landasan pertumbuhan sihat serta mapan. Dalam keduadua prinsip ini, saudara-saudari adalah sasaran paling tepat yang akan menikmati kejayaan ini sekiranya bersedia membuat anjakan minda dari sekarang. Saya ingin menarik perhatian tuan-puan terhadap Wawasan 2020. Saya pasti sebagai warga Malaysia yang tergolong dalam kategori cerdik-cerdik belaka, saudara-saudari sudah biasa mendengar perkataan Wawasan 2020 sejak di sekolah lagi. Kini hanya tinggal 10 tahun dari sekarang untuk kita merea-lisasikan Wawasan ini. Dan kita masih jauh untuk mencapainya. Justeru Wawasan ini perlu ditunjangi oleh satu bentuk transformasi. Kita tidak boleh lagi melaksanakan sesuatu melalui cara biasa, tetapi memerlukan anjakan paradigma dengan memberikan penekanan kepada 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Selaras dengan hasrat ini kerajaan telah melancarkan Program Transformasi Kerajaan (PTK) dan program Transformasi Ekonomi bagi menunjang segala usaha ke arah pencapaian Wawasan ini. Transformasi ekonomi dilaksanakan melalui dua inisiatif ekonomi bagi memeta hala tuju jangka panjang, sederhana juga jangka pendek negara, yakni Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Dalam banyak forum saya selalu menyebut Pepatah Arab berbunyi ‘Siapa yang bersungguh-sungguh, maka dialah yang mendapat’. Hal ini sama juga bagi golongan pelajar seperti saudara-saudari, perlu ber-

Ketua Pengarang Zian Johari

Penyunting/Penulis Mohd Azhan Othman

Pengarang Eksekutif Razali Yahaya

Pereka Kreatif Kanan Sarina Hj Ali

Penulis Khas Muhammad Amsyari Ismail Rudysham Abdul Raof

Gunakanlah akal dan pertimbangan waras dalam mengurus dan menggunakan maklumat diperoleh, terutamanya dalam membentuk perangai dan sahsiah sebagai seorang berpendidikan tinggi. - Najib

Pereka Kreatif Noor Dina Daud Jurufoto Nooratikah Ab Rahim

Pengurus Kanan Iklan dan Promosi Fuzilah Hassan Pengurus Iklan Azleen Abu Bakar Pengurus Pengedaran Khairi Ng Abdullah

sungguh-sungguh mengimbangi di antara keduanya, pelajaran dan kehidupan sosial di kampus dengan bertiangkan kekuatan pegangan agama. Insya-Allah atas landasan yang betul, tuan/ puan akan berjaya bukan saja mendapat segulung ijazah, malah keluar sebagai seorang intelek yang akan melengkapi modal insan diperlukan negara, memiliki minda kreatif, berdaya

kepimpinan tinggi, berwawasan murni dan bercitra global. Akhir kalam saya mengucapkan selamat memulakan kehidupan baru sebagai warga kampus di mana saja saudarasaudari mengikuti siaran ini, dari utara UNIMAP hinggalah selatan UTM, serta UMS dan UNIMAS di Sabah dan Sarawak dan anda yang berada di semua kolej-kolej dan kolej universiti swasta.

Amanat Menteri Pengajian Tinggi

Universiti ajar siswa berfikir

PERTAMA sekali, saya mengucapkan tahniah kepada semua, sebagai pelajar-pelajar baru yang diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Saya pasti ini suasana baru dan masa yang sangat ditunggu-tunggu bagi memulakan fasa baru dalam kehidupan sebagai pelajar universiti. Saya juga yakin ini kali pertama tuan/ puan berjauhan dari rumah dan keluarga untuk belajar hidup berdikari, mengurus diri dengan berkesan serta belajar bagaimana cara berinteraksi dengan rakan-rakan sekeliling dan yang dipertanggungjawabkan. Pengalaman di universiti amat berbeza dengan zaman persekolahan lalu, ia bukan hanya melibatkan proses pembelajaran daripada guru dan buku, tetapi ia berkaitan dengan bagaimana cara menyesuaikan diri menghadapi cabaran dan bersedia untuk menjadi ahli masyarakat yang bertanggungjawab. Pendidikan di universiti bukan setakat memberi kita ilmu, tetapi ia lebih daripada itu, dan paling penting ia mengajar bagaimana berfikir. Kebebasan

MOHAMED KHALED NORDIN berfikir dengan rasional akan menjadikan peranan dan nilai ilmu itu menjadi lebih jelas. Pencapaian akademik adalah satu dari aspek pengalaman yang akan dialami di universiti. Selain itu, di sini adalah tempat, di mana nilai keintelektualan dan pembangunan karakter anda dibina, sama ada secara sosial mahupun secara emosional (dalaman dan luaran). Selain itu, sangat penting membina jaringan persahabatan dalam kalangan rakan-rakan. Saya berharap tuan puan akan mengambil kesempatan dan peluang untuk bukan saja berseronok, tetapi memanfaatkan sebanyak mungkin faedah semasa menjadi pelajar universiti. Apatah lagi universiti bukan sekadar tempat mendapatkan segulung ijazah, tetapi apa yang lebih penting adalah tempat tuan puan meniti kematangan dan kedewasaan bersandarkan tanggungjawab dan peranan tersedia.

Diterbitkan oleh: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 604-9283020 Faks: 604-9283046 Dicetak oleh: ULTIMATE PRINTS SDN BHD (62208H), Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5511 3888 Faks: 603-5101 3608


16 - 29 JULAI 2010

Transisi

IKON

3

Hadis jadi pedoman : akar Abu B Datuk j i H r l S a Tan a Kam staph Hj Mu

Nama

h Tarik

Lahir

:

1949 erak. 18 Mac : sing, P Lahir u t P a , p t a Tem ngk ng Cha Kampu : ahim Isteri i Datin an Ibr Sr W n j a H u P ng an No Hjh W : Fazwin Anak hani , Hjh a in l ah Ma r e a F F h , j H halid ah) mad K (Sejar a Hj Ah k: r e t s a emi uda S Akad jana M 70) r a S h 19 Ijaza alaya ( siti M Univer

Melalui penubuhan dan pengurusan ‘The Koshian’ saya memperoleh kemahiran kreatif, pengurusan, kewangan, kepimpinan, kerja berpasukan dan pengurusan masa. Nilai-nilai ini menyemai dan membentuk cara pengurusan kerja dalam kerjaya.

PENGERUSI KUMPULAN EMKAY

TAN SRI HJ MUSTAPHA KAMAL HJ ABU BAKAR Oleh Muhammad Amsyari Ismail 1. Bagaimana Tan Sri membabitkan diri dalam dunia perniagaan? “Hadis, punca rezeki 9/10 dari berniaga”. Atas pegangan inilah hasrat untuk berniaga saya pendamkan hingga cukup ilmu pengetahuan, keupayaan dan kemahiran. Ilmu yang diperoleh semasa memegang jawatan di sektor kerajaan dan swasta membolehkan saya memulakan perniagaan. Pengalaman bertemu seorang lelaki Cina berusia lingkungan 70-an semasa menjadi Penolong Pegawai Daerah menjadi pencetus semangat kepada saya untuk menjadi usahawan. 2. Apa yang dikatakan lelaki Cina itu? Katanya, “Dalam banyak keadaan, kuasa dan kekayaan tidak boleh bercampur aduk... mungkin boleh

pilih satu, bukan kedua-duanya pada satu masa”. 3. Hobi Tan Sri? Saya gemar membaca, bermain muzik dan berkebun. 4. Tan Sri pandai bermain muzik? Saya pernah menjadi pemain gitar utama kumpulan muzik kugiran ketika sekolah dulu. Malah, ketika itu saya juga memiliki kugiran sendiri bernama ‘The Koshian’. Saya minat muzik sejak berusia 13 tahun dan saya juga pernah mengiringi artis terkenal seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma. Banyak yang saya pelajari daripada penubuhan kugiran tersebut. 5. Boleh Tan Sri kongsi apa yang dipelajari itu?

6. Apa persamaan mengurus kugiran dan perniagaan? Mengurus kugiran sama seperti mengurus perniagaan. Berurusan dengan pemain gitar, pemain dram atau penyanyi boleh disamakan dengan berurusan dengan arkitek, jurutera dan juru ukur bahan. Mengawal dan mengurus individuindividu berbakat bagi menghasilkan yang terbaik memerlukan kemahiran interaksi yang bagus. 7. Apakah idea Tan Sri dalam menggalakkan semangat niaga dalam kalangan rakyat negara ini? Jika cucu seorang penjual sayur boleh berjaya, maka sesiapa pun boleh jika diberi peluang untuk maju. Walaupun ia bermula dengan satu impian, tetapi kejayaan bukanlah milik orang tertentu saja. Latar belakang dan persekitaran memang mempengaruhi keadaan. Namun, kita sendiri yang bertanggungjawab menjadikan siapa diri kita akhirnya. 8. Apa prinsip hidup Tan Sri? Untuk berjaya kita kena buat apa kita minat dan sentiasa bertekad serta menetapkan sasaran untuk jadi yang terbaik. Ini akan merangsang kita untuk terus berusaha gigih mencapai cita-cita itu. 9. Bagaimana luangkan masa bersama keluarga? Makan dan bercuti.

10. Gambarkan diri Tan Sri secara ringkas. Kuat bekerja dan mengutamakan disiplin serta fokus dalam satu bidang. 11. Idola atau tokoh dikagumi? Tun Dr Mahathir Mohamad. 12. Siapa isteri dan anak-anak di mata Tan Sri? Insan tersayang dan penting dalam hidup saya. Mereka sentiasa di sisi ketika saya amat memerlukan. 13. Projek terbaru MK Land? The Rafflesia di Damansara Perdana. 14. Bagaimana cara orang awam mengenali Tan Sri dengan lebih dekat terutama dari aspek perniagaan? Semuanya ada di Galeri Emkay di Menara Mustapha Kamal, PJ Trade Centre, No 8, Jalan PJU 8/a, Bandar Damansara Perdana, 47820, Petaling Jaya, Selangor. Galeri itu bertujuan memberikan motivasi kepada generasi muda dan mereka yang baru melibatkan diri dalam perniagaan. Mereka yang ingin berkunjung ke sini bolehlah mendaftarkan diri melalui e-mel kepada info@emkay.com.my atau lawati www.galeriemkay.my. 15. Nasihat Tan Sri kepada mereka yang berminat menceburi perniagaan? Berniaga bukan perkara senang. Success is not a gift. Saya sudah berjaya melaluinya dan jika boleh, anda juga pasti boleh dengan cara bekerja keras tanpa putus asa. Paling penting, selepas berusaha haruslah berdoa kerana hanya dengan izin-Nya, segalanya tercapai. Insya-Allah.


4

Transisi

ISU

>> Dari Muka 1

Wajibkan subjek sejarah “SAYA kecewa dan sedih melihat generasi muda negara tidak lagi mengenal asal usul. Malah, mereka seakan lupa dengan ketaatan kepada negara dan ibu bapa. Banyak contoh berlaku kebelakangan ini, termasuk menderhaka kepada orang tua, melakukan perkara negatif dan lebih gemar mengikut telunjuk anasir buruk daripada media Barat. “Kealpaan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai warga negara amat dikesali dan Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk memastikan generasi muda menunjukkan taat setia mereka kepada negara dan ibu bapa. “Bahana buta sejarah adalah punca segala-galanya dan generasi muda tidak harus membiarkan diri dibuai keseronokan daripada terjemahan budaya kuning yang jelas mampu menghancurkan negara dan menyesatkan mereka pada masa depan,” itulah antara pandangan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruldin, baru-baru ini. Justeru, beliau menyeru Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi meluluskan segera serta mewajibkan subjek sejarah di peringkat rendah hingga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) supaya generasi muda tidak alpa. Menurutnya, gabungan badan bukan kerajaan (NGO) sering menyeru Kerajaan mewajibkan subjek sejarah di semua peringkat. Tetapi, syarat wajib mata pelajaran itu belum mencukupi untuk memastikan generasi muda mendalami sejarah negara. “Bagi saya, Kerajaan perlu memastikan setiap pelajar mendapat kepujian dalam subjek ini seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia. Setakat wajib mata pelajaran sekolah, ia tidak cukup untuk memastikan pelajar mendalami subjek ini,” katanya. Ketegasan amat penting ke-rana ia adalah satu usaha mempertingkatkan patriotisme

dalam kalangan pelajar selain dapat memberi kefahaman kepada mereka terhadap sejarah tanah air. “Jadi, sudah sampai masa perkara ini diberi pertimbangan sewajarnya kerana ramai pelajar terjerumus ke lembah tidak baik. “Hal ini berlaku kerana pelajar atau generasi muda kurang memahami, apatah lagi mahu menghayati sejarah tanah air kerana mereka rakyat yang hidup selepas zaman ke-susahan dan ada tidak tahu negara pernah dijajah bangsa asing. “Ini berlaku kerana generasi muda kurang didedahkan sejarah susah payah menuntut kemerdekaan dan membangunkan negara selepas kemerdekaan. “Saya ingin tekankan betapa wajarnya sejarah dijadikan subjek wajib dengan kepujian kerana ia terlalu penting bagi menguatkan semangat cintakan tanah air dan lebih bertanggungjawab pada keluarga, terutama ibu bapa. Pendedahan lebih luas amat diperlukan kerana mereka perlu tahu tokoh penting negara sebelum merdeka seperti Datuk Onn Jaffar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn hingga era Tun Dr Mahathir. “Bukan saja tokoh ini perlu didedahkan kepada generasi muda kerana kehebatan mereka menerajui negara pada era kegelapan, malah tokoh lain seperti ulama terbilang negara perlu dijadikan pedoman untuk mereka mendalam i

16 - 29 JULAI 2010

Tanpa sejarah sesebuah masyarakat akan hancur, apatah lagi jika kita menolak mentah-mentah sejarah negara sendiri. Sedangkan kita tahu pendidikan berteraskan sejarah adalah soal masa depan negara.

ilmu sejarah bangsa Melayu,” katanya. Dengan cara ini, pelajar atau generasi muda dapat disuntik semangat cintakan negara selain dapat memupuk kesedaran tinggi supaya mereka tidak terjebak dengan gejala merugikan. Ketika ditanya mengenai cadangan Kerajaan memasukkan kurikulum bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan, beliau berkata, cadangan itu baik tetapi lebih baik jika subjek sejarah diwajibkan terlebih dulu kerana ia lebih penting berbanding belajar bahasa. Persoalannya, kata Badruddin, ketika kerajaan mula bersikap terbuka dan memandang ke hadapan mengenai bahasa Tamil dan Mandarin di peringkat sekolah, bagaimana pula dengan kedudukan mata pelajaran sejarah? “Apakah wajar subjek sejarah dipinggirkan? A p a k a h silibus ini tidak penting b u a t

kita? Saya rasa ini yang perlu ditekankan. Dilema ini yang dihadapi dan menghantui sistem pendidikan kita. Walhal, satu dunia maklum sistem pendidikan berasaskan sejarah adalah teras kepada pembinaan negara. “Tanpa sejarah sesebuah masyarakat akan hancur, apatah lagi jika kita menolak mentahmentah sejarah negara sendiri. Sedangkan kita tahu pendidikan berteraskan sejarah adalah soal masa depan negara. Bagaimana semangat patriotisme dapat dilahirkan jika generasi kita terus ‘buta sejarah’? Setiap bangsa dan negara ada sejarah, ia mesti dipelihara sebagai warisan generasi akan datang, kecuali jika kita mahu memadamkan sejarah dan mencipta sejarah baru,” katanya. Menurut Badruddin, jika semua pihak menolak sejarah bererti generasi muda negara akan terus menolak asal-usul dan negara tercinta. “Cubalah memahami sejarah. Subjek ini sangat menarik dan saya yakin generasi muda, terutama pelajar tentu terpesona dengan apa yang negara miliki. Inilah masa kita perlu merungkaikan kembali keperitan pejuang terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan. “Kita ter-

Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruldin

apkan ilmu masa lalu. Biar mereka tahu asal usul. Bukan bersenang-lenang dengan apa diperoleh sekarang. Ramai generasi muda tidak tahu bagaimana ibu bapa mereka berjuang untuk hidup. “Bagi mereka, sejarah tidak penting kerana ia sudah berlalu. Mengingati masa lalu akan merugikan dan memundurkan. Masa depan diri sendiri lebih penting. “Ini persepsi cetek pemikiran generasi muda sekarang. Konsep diamalkan dengan membuang sejarah adalah kesilapan besar. Jadi, menjadi tugas utama Kerajaan membangkitkan semula semangat patriotisme dalam diri generasi hari ini. “Sebab itu, saya mahu subjek ini menjadi keutamaan. Jika boleh ia dijadikan subjek pen-ting silibus pendidikan. Sejarah adalah asas dan tunggak kekuatan negara. Mereka perlu pelajari sebagai subjek wajib,” katanya. Menurutnya, sejarah bukan sekadar kenangan silam atau kisah lalu yang dibiarkan begitu saja. Malah, ia asas pembinaan tamadun cemerlang bagi setiap bangsa di dunia . “Sewajarnya sejarah berkaitan asal-usul, sikap dan pemikiran bangsa sejak dulu harus diambil iktibar dan dijadikan renungan membina bangsa lebih bertamadun sesuai dengan tuntutan zaman dan era globalisasi. “Kepentingan sejarah amat besar dijadikan rujukan, pengajaran, panduan dan peringatan. Ini kerana sejarah, meskipun tidak berulang, tetapi boleh berulang dalam bentuk lain dengan natijah hampir sama,” katanya.


16 - 29 JULAI 2010

Transisi

ISU

5

Belum memadai sekadar wajibkan subjek sejarah T

OKOH akademik dan pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menyifatkan cadangan mewajibkan subjek sejarah di peringkat rendah hingga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) belum cukup memadai. Ini kerana sukatan pelajaran itu sendiri perlu disusun semula. “Pihak kami sudah banyak kali menekankan betapa penting subjek sejarah, tetapi kecewa kerana ia dianggap tidak penting. “Sekarang banyak kesilapan berlaku. Buku sejarah tidak memberi penjelasan baik mengenai negara. Seharusnya bahan sejarah perlu menyampaikan fakta yang betul. Jadi, individu berpengalaman diminta mengajar atau melatih guru-guru yang mengajar sejarah. “Guru juga perlu banyak membaca bahan sejarah kerana mereka individu yang dekat dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar,” katanya. Generasi muda hari ini juga dilihat kurang menggemari subjek sejarah dan dianggap subjek membosankan dan dibenci. Ini tidak seharusnya berlaku kerana pembelajaran sejarah perlu dikaitkan dengan situasi sekarang. Jika mereka tidak nampak akan relevan subjek itu, bagaimana mereka ingin mencuba memahami dan menghayati sejarah. Kay Kim berkata, sistem pendidikan berasaskan peperiksaan tidak patut menjadi keutamaan kerana pemahaman terhadap apa dibaca dan dipelajari terhadap subjek sejarah adalah lebih penting. Baginya, pelajar kini lebih berusaha keras untuk lulus peperiksaan dan mendapat gred bagus, tetapi tidak menghayati apa dipelajari mereka. Jika ini berterusan, mereka sendiri yang akan rugi.

KHOO KAY KIM

HAMIDIN ABD HAMID Menurutnya, sistem pendidikan hanya menggalakkan generasi muda menjadi peniaga, korporat, usahawan tanpa menyentuh aspek perpaduan dan nilai kemanusiaan. “Apakah kita mahu gunakan Matematik dan Sains untuk menjayakan konsep 1Malaysia? “Golongan muda tidak memahami apa berlaku kepada negara sejak dulu, malah mereka tidak mengetahui siapa mereka. “Seharusnya sebagai warga

negara, mereka perlu memberi keutamaan kepada negara dan masyarakat di mana mereka tinggal,” katanya. Sementara itu, bekas pensyarah di Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Hamidin Abd Hamid berpendapat langkah mewajibkan subjek sejarah di peringkat rendah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) adalah langkah baik. Subjek sejarah sepatutnya menyeronokkan dan jika diterapkan lebih awal, ia akan menyemai sifat cintakan subjek itu. Hamidin berkata, sejarah perlu diketahui umum dan menjadi wacana kepada pembangunan insan. Kejayaan sesuatu negara itu berteraskan kepada sejarah dan sekiranya rakyat memahami apa itu sejarah, semangat cintakan negara akan lahir daalam diri mereka tanpa dipaksa. “Penekanan terhadap subjek sejarah perlu diteliti semula bagi menjadikan ia menyeronokkan untuk murid-murid sekolah rendah. “Tiga elemen penting perlu diterapkan, iaitu critical thinking, kreatif dan imaginasi tinggi. “Remaja tidak boleh dipersalahkan jika mereka kurang gemar subjek sejarah. Ini kerana mereka diberikan tafsiran bahawa subjek itu adalah fact and figure. Ia dianggap sebagai fakta saja,” katanya. Hamidin kini bertugas sebagai Pengarah Pasukan Sekolah Nasional Interim Kerajaan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Ubah sukatan, cara mengajar supaya tidak bosankan pelajar

SALIHA HASSAN

KAMAL KAMARUDDIN

Kaji semula kaedah belajar ENSYARAH di Jabatan Sejarah Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Kamal Kamaruddin berkata, idea memperkenalkan subjek sejarah di peringkat rendah adalah langkah terbaik bagi memastikan generasi muda tidak melupakan asal usul mereka. “Banyak negara menjajah Tanah Melayu, tetapi kita masih tidak memahami dan mendalami mengapa hal ini berlaku. Malah, tidak menghargai jasa pejuang-pejuang dulu mempertahankan tanah air. “Kesedaran mengenai perjuangan mereka perlu dihayati bermula pada peringkat rendah supaya generasi muda akan datang kenal jati diri masingmasing,” katanya. Menurutnya, jika subjek sejarah diwajibkan pada peringkat sekolah rendah, pengisiannya perlu dimantapkan di segi penceritaan dan pengajaran supaya pelajar berminat memahami sejarah negara. “Pendekatan untuk menarik minat pelajar dalam subjek sejarah, terutama peringkat sekolah rendah memerlukan bahan-bahan penceritaan ringkas, bergambar dan menarik supaya murid-murid faham maksud sesuatu sejarah itu,” katanya lagi.

P

Kamal berpendapat peranan guru juga sangat penting dalam menyampaikan fakta sejarah dengan lebih berkesan melalui kaedah lebih kreatif seperti melawat tempat-tempat sejarah. “Pelajar kini mengamalkan budaya menghafal fakta sejarah dan bukan memahami maksud tersirat. Malah, mempelajari subjek itu sekadar untuk lulus peperiksaan,” kata Kamal. “Justeru, pengisian silibus perlu dikaji sebelum diperkasakan supaya subjek sejarah yang diperkenalkan di peringkat rendah mencapai objektif,” katanya. Pendirian sama turut disokong oleh mantan Profesor Madya di Fakulti Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Saliha Hassan. Menurutnya, cara pembelajaran subjek sejarah perlu dikaji sebelum dikuatkuasakan di peringkat sekolah rendah bagi mengenali sahsiah kewarganegaraan. “Pembelajaran sejarah bukan hanya berorientasikan peperiksaan, tetapi untuk mengenali identiti diri. “Kualiti perkhidmatan guruguru dalam subjek sejarah perlu dipertingkatkan untuk memastikan tujuan asal memperkenalkan subjek sejarah peringkat rendah tercapai,” katanya lagi.


6

Transisi

ISU

16 - 29 JULAI 2010

Pembangunan semula KL Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof

S

EBAGAI ibu kota dengan ekonomi berorientasikan perdagangan serta berhasrat menjadi negara maju menjelang 2020, pertumbuhan Kuala Lumpur harus dilihat daripada perspektif global lebih luas dalam konteks pertumbuhan di rantau Asia Pasifik. Meskipun sudah lebih sedekad Tan Sri Elyas Omar bersara sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur, namun beliau tetap teruja apabila berdebat mengenai pembangunan semula ibu negara tercinta ini kerana baginya KualaLumpur tetap menjadi ibu kota kebanggaannya. Elyas, kini Yang Dipertua Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) cawangan Kuala Lumpur, meminta dan merayu Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi pendekatan berbeza dalam usaha memajukan ibu negara ini bertaraf dunia. “Sudah lama saya hendak membincangkan mengenai pembangunan semula Kuala Lumpur kerana selepas bersara sebagai Datuk Bandar (1992) dan Pesuruhjaya Sukan (dua tahun lalu) saya lebih giat dalam pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) serta menumpukan perhatian dalam perniagaan. Walaupun begitu, saya rasa pelan keseluruhan pembangunan Kuala Lumpur ada beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki. Pertamanya, pelan itu tidak mengambil kira wujudnya Putrajaya. Sekalipun tidak terbabit dalam pembinaan Putrajaya, idea mewujudkan sebuah bandaraya baru bagi mengambil alih pembangunan pesat di Kuala Lumpur dalam masa jangka panjang adalah daripada saya sendiri semasa menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur. Saya buat cadangan kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk ‘menyelamatkan’ masa depan Kuala Lumpur daripada gejala kepadatan penduduk. Mengikut Pelan 2020, saya dapati penduduk Kuala Lumpur dijangka meningkat lebih dua juta. Keadaan ini tidak boleh diterima kerana Kuala Lumpur akan menjadi terlalu padat (overpopulated) dan akibatnya agak padah dari segi implikasi sosioekonomi.

Tujuan mewujudkan sebuah bandar baru sebagai ‘Bandar Kembar’ Kuala Lumpur iaitu Putrajaya ialah mengelakkan Kuala Lumpur daripada mempunyai penduduk melebihi dua juta dalam tempoh 10-15 tahun akan datang hasil pembangunan pesat bandaraya ini. Dengan adanya Putrajaya, pembangunan besar-besaran di sesetengah kawasan Kuala Lumpur perlu dikurangkan atau dibekukan sama sekali. Pembangunan kecil-kecilan seperti bangunan kediaman pangsapuri dan bangunan komersial yang tidak lebih daripada lima hingga 10 tingkat di beberapa kawasan bandar raya boleh diteruskan. Biarpun Putrajaya sudah siap dibina sejak beberapa tahun lalu, pembangunan di Kuala Lumpur masih berjalan dengan lancar dan pesat sehingga sekarang. Tiada gambaran dalam Pelan 2020 mengenai penyelarasan pembangunan di antara Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sebaliknya pembangunan Kuala Lumpur yang dirancang sehingga 2020 akan dilaksanakan dengan tidak mengambil kira kedudukan Putrajaya sebagai alternatif kepada Kuala Lumpur. Bagi saya, Kuala Lumpur tidak seharusnya diperkembangkan lagi buat masa sekarang dengan pembangunan yang lebih pesat kerana kepadatan penduduk

FAKTA

Ditubuhkan 1849 Status bandar raya 1972 Status Wilayah Persekutuan 1974 Keluasan 243,65 kilometer persegi (km2) Jumlah penduduk 1,809,699 (2009) Kepadatan 7.388 per km2 Datuk Bandar Datuk Ahmad Fuad Ismail (14 Disember 2008-sekarang)

akan menjadi ancaman luar biasa sehingga menggugat kedudukan ibu negara ini sebagai destinasi yang sukar untuk dilawati. Putrajaya juga sepatutnya mempunyai pelan tindakannya sendiri yang akan mengandungi kawasan-kawasan pembangunan perniagaan tersendiri. Sebenarnya pelan pembangunan yang diwar-warkan saya sebelum ini ialah saya melihat dalam Pelan Kawalan Pembangunan (bahagian satu) bahawa Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi dizonkan sebagai Zon Warisan (Heritage Zone). Saya rasa ini adalah tidak wajar. Antara sebab utama saya tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana lapangan terbang Sungai Besi tidak lagi sesuai di

tengah Bandaraya Kuala Lumpur terutama di segi keselamatan penduduk kerana kemungkinan kapal terbang yang sentiasa turun naik setiap hari boleh mengundang padah sekiranya terhempas di pusat bandar. TUDM adalah lapangan tentera yang berasal dari lapangan terbang awam yang sudah lagi tidak sesuai dan dipindahkan ke Subang oleh pihak kerajaan kirakira 40 tahun lalu. Saya berpendapat seelokeloknya lapangan terbang itu dipindahkan ke kawasan yang jauh dari Kuala Lumpur, umpamanya ke Negeri Sembilan kerana negeri itu memiliki banyak tanah kosong yang boleh dijadikan lapangan terbang TUDM dan juga untuk Flying Clubs. Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia (selain Perlis) yang belum lagi ada lapangan

terbang walau untuk pesawat kecil sekalipun. Saya rasa satu hari kelak tekanan akan berlaku supaya lapangan terbang itu dipindahkan ke tempat yang lain. Jika pada satu hari kelak lapangan terbang ini akan dipindahkan dari Kuala Lumpur, mengapa rancangan memindahkannya tidak boleh dibuat sekarang? Oleh itu, saya berpendapat adalah lebih wajar jika lapangan terbang itu digunakan untuk tapak pembangunan baru yang bercorak komersial, kediaman, rekreasi dan kawasan lapang di Kuala Lumpur khususnya untuk mengambilalih pembangunan pesat sedang berlaku di Segitiga Emas (Golden Triangle) dan yang sepatutnya dibekukan kerana kesesakan lalulintas yang semakin meruncing setiap hari.

>> Muka 7

Pulau Pinang

Singapura

Lokasi KL terletak di tengah Semenanjung Malaysia.

KL dijangka mengalami tranformasi besar-besaran di bawah Pelan 2020.


16 - 29 JULAI 2010

Transisi

ISU

7

>> Dari Muka 6 Lapangan terbang TUDM boleh dijadikan juga tapak untuk taman pusat ibu kota yang baru (New Central Park). Ini kerana, kawasan TUDM agak luas iaitu kira-kira 300 hingga 400 ekar, jadi pembangunan bercorak perdagangan, perumahan, rekreasi dan taman bandaraya boleh dilaksanakan di situ dengan lebih selesa mengikut trend dunia masa kini. Begitu juga dengan pembangunan yang ingin dilaksaanakan di Kampung Baru, usaha DBKL mengadakan suatu pelan khas bagi pelaksanaannya dianggap satu tugas terpuji dan tepat. Tetapi saya rasa ada beberapa kelemahan dalam perancangan ini. Sistem pembangunan yang dirancangkan adalah bersifat ‘inisiatif individu’ dan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya walaupun dalam tempoh 10 hingga 15 tahun atau menjelang 2020. Sebaliknya pembangunan secara adhoc yang berlanjutan seperti sekarang akan berlaku. Pembangunan Kampung Baru masih mengekalkan sistem jalan raya seperti yang dilihat boleh memberi impak negatif kepada pembangunan Kampung Baru secara keseluruhannya. Ia juga akan membangkitkan banyak masalah pada masa hadapan dari segi pembangunan infrastruktur serta pengambilan tanah. Perancangan untuk Kampung Baru pada keseluruhannya bukan satu perancangan yang komprehensif dan inovatif dan mungkin juga membangkitkan

FAKTA

h KL perna a tar n dipilih a r 10 banda sia terbaik A lah ja a oleh m k e Asiawe 7. pada 200

konflik atau rasa tidak puas hati di kalangan pemilik tanah kerana berlainan zon. Saya rasa cara lebih baik ialah dengan mengadakan suatu perancang yang berani (bold plan) seperti pembangunan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dengan menara kembarnya sepertimana yang saya rancangkan pada 80-an ketika menjadi Datuk Bandar bagi menggantikan padang lumba kuda di situ. Ia membabitkan pembangunan semula di seluruh kawasan lumba kuda yang merangkumi tanah kerajaan di persekitarannya. Kawasan pembangunan KLCC dibangunkan dengan serentak dan mengambil masa lima tahun membabitkan Petronas selaku pembiayanya. Begitu juga di Kampung Baru, ia boleh dibangunkan dengan serentak mengikut fasa (dua atau tiga fasa) dalam tempoh 10 hingga 15 tahun dengan menggunakan sumber kewangan daripada pelbagai institusi kewangan dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanahraya, Petronas, Tabung Haji dan Felda. Ini bermakna satu pelan pembangunan baru bagi Kampung Baru perlu disediakan. Sambil pembangunan di kawasan itu dirancang dan dilaksanakan, saya syorkan supaya semua pembangunan besar yang membabitkan bangunan atau kompleks perniagaan dan kediaman yang lebih dari lima hingga 10 tingkat dibekukan

Pelan 2020 perlu dibaiki di pusat Bandar Kuala Lumpur, terutama sekali di kawasan Segitiga Emas. Selain di Kampung Baru, saya juga ingin menyentuh soal pembangunan di kawasan Kampung Melayu yang lain seperti Sungai Penchala, Segambut, Gombak, Sungai Mulia dan Datuk Keramat yang sepatutnya diberi perancangan khas. Pada hemat saya, kawasan ini seperti dilupakan dan sememangnya saya menyeru supaya kerajaan memberi tumpuan yang sama dengan kawasan lain. Sebagai contoh, kita tumpukan kepada kawasan Segambut yang langsung tidak mempunyai rancangan khas bercorak pembangunan semula walaupun pembangunan pesat sedang berlaku di lokasi bersebelahan iaitu Mont Kiara dan Sri Hartamas. Apa yang ditunjukkan ialah hanya ‘kegunaan zon tanah’ atau development intensity sahaja iaitu dari segi nisbah plot dan kepadatan penduduk. Sebenarnya jika dilihat Segambut dengan rumah kayunya usang dan dibandingkan dengan kedudukan Mont Kiara dan Sri Hartamas di sebelahnya, keadaan yang mewah amatlah ketara dan mendukacitakan seperti gambaran keadaan di ‘Dunia Ketiga’ dan bukannya di Malaysia.

Kedudukan seperti ini akan berpanjangan pada masa depan akibat daripada perancangan sambil lewa terhadap seluruh kawasan Segambut. Sebenarnya apa yang diperlukan dalam pembangunan semula Kuala Lumpur ialah dua jenis perancangan iaitu Pelan Tempatan dengan petunjuk nisbah plot dan kepadatan penduduknya di seluruh Kuala Lumpur seperti Pelan 2020 yang ada sekarang serta Pelan Pembangunan Semula bandaraya ini bagi kawasan tertentu dalam jangka masa 20 tahun selaras dengan kedudukan Kuala Lumpur sebagai bandaraya bertaraf dunia. Saya berpendapat bahawa Pelan 2020 ini sebenarnya pelan petunjuk sahaja (Indicative Planning) untuk pemaju dan tuan punya tanah yang mengandungi butir terperinci mengenai nisbah plot dan kepadatan penduduk. Pelan ini sebenarnya boleh digunakan bukan saja setakat 2020 tetapi untuk jangka masa lebih lama. Di sesetengah tempat terutama di kawasan Pusat Bandar pembangunan hendaklah dikurangkan ataupun dibekukan sama sekali, kecuali kawasan Kampung Baru dan persekitarannya. Kawasan lain yang hampir usang di kampung Melayu serta

kawasan tertentu seperti Salak Selatan, Jinjang dan Cheras serta kawasan Lapangan Terbang TUDM hendaklah dibangunkan semula supaya Kuala Lumpur lebih moden dan mengikut selera antarabangsa. Apa yang ingin saya tekankan ialah kawasan lapang di Kuala Lumpur perlu ditambah dan jangan disentuh sama sekali bagi sebarang aktiviti pembangunan selain menjadikannya kawasan rekreasi atau padang permainan. Untuk makluman, suatu kawasan lapang yang digunakan untuk kanak-kanak bermain bola sepak seluas satu setengah ekar di Jalan Ipoh berhampiran Balai Polis Sentul digunakan bagi pembinaan sebuah sekolah kerajaan. Yang amat menyedihkan saya, bukannya sekolah dibina di atas kawasan lapang kecil tetapi sekolah itu tidak mempunyai padang bagi kegunaan murid.”


8

ISU

Transisi

16 - 29 JULAI 2010

Perangai buruk ahli boleh hancurkan parti TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS Oleh Razali Yahaya

K

ETIKA komponen Pakatan Rakyat yang ditunjangi PKR, PAS dan DAP semakin menunjukkan keserasian, sebaliknya lain pula cerita yang berlaku kepada parti utama Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO. Mereka nampaknya masih belum insaf dan kelihatan masih bercakaran serta bergaduh sesama sendiri seperti berlaku dalam beberapa siri mesyuarat bahagian parti itu yang dijadualkan berakhir hujung Julai ini. Walaupun dikejutkan dengan ‘tsunami politik’ pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) 2008, namun sebahagian pemimpin UMNO, khususnya di peringkat cawangan dan bahagian, belum sedar dengan kejutan itu. Apa yang pasti, masih terdapat perpecahan dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO hingga menyebabkan usaha memantapkan parti terhalang. Nampaknya, perangai pemimpin UMNO masih di takuk lama dan ‘tsunami politi’’ yang melanda beberapa negeri pada PRU12 lalu, belum dapat dijadikan iktibar sepenuhnya oleh ahli-ahli parti. Sebaliknya, mereka ‘berperang’ sesama sendiri seperti berlaku dalam mesyuarat bahagian sekarang. Sepatutnya, pengajaran pahit PRU12 itu ‘membuka mata’ se-

mua ahli UMNO pelbagai peringkat – Puteri, Pemuda, Wanita dan bahagian – untuk mengumpul semua kekuatan bagi menyerang pembangkang yang semakin ghairah menyusun strategi merampas kuasa pada PRU13. Perilaku buruk sebahagian ahli UMNO itu tentu sekali mengecewakan presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Ini kerana sejak mengambil alih pucuk pimpinan UMNO daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, boleh dikatakan beliau sudah ‘berbiuh’ kerana acap kali mengingat dan menasihatkan semua ahli parti pelbagai peringkat agar menghentikan pertelagahan kerana ia boleh melemahkan keutuhan UMNO, terutama dalam menghadapi PRU13. Mungkin sudah terlalu lama memimpin parti menjadikan mereka ‘kebal’ dan merasakan cukup selesa serta kuat tanpa menyedari pembangkang semakin melipat gandakan usaha untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Sepatutnya, ‘peperangan’ waktu ini adalah mematahkan segala tohmahan dan fitnah dibawa pembangkang yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Jika pergaduhan sesama sendiri masih mengikut ‘versi lama’, ia pasti memudahkan pihak lawan terus menabur ‘racun’ untuk melenyapkan UMNO yang menjadi tunjang kepada BN. Contohnya, UMNO di Kelantan masih bercakaran sesama sendiri sehingga tidak pasti siapa lebih berkuasa dan berpengaruh dalam UMNO di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Terbaru, di Sungai Petani, mesyuarat Bahagian UMNO secara terbuka ahli di peringkat bahagi-

Jika pergaduhan sesama sendiri masih mengikut ‘versi lama’, ia pasti memudahkan pihak lawan terus menabur ‘racun’ untuk melenyapkan UMNO yang menjadi tunjang kepada BN. an melancarkan protes terhadap Ketua Bahagian, Ali Yahya. Di Bahagian Petaling Jaya Selatan juga tidak kurang ‘meriah’ kerana perpecahan yang berlaku akibat perasaan tidak puas hati di peringkat akar umbi. Malah, di banyak tempat bahagian UMNO di seluruh negara kelihatan seperti ‘api dalam sekam’ yang hanya menunggu masa untuk terbakar. Jika situasi ini terus tidak berubah, ia boleh memberi ruang kepada Pakatan Rakyat memainkan jarum mereka untuk mengekalkan momentum kemenangan pada PRU13 nanti. Walaupun pada dasarnya UMNO macam nampak kuat dan hebat, tetapi tingkah laku buruk sebahagian pemimpin dan ahli UMNO sebagaimana terdedah di peringkat negeri, bahagian dan cawangan sedikit sebanyak tetap merisaukan pemimpin di peringkat pusat. Untuk itu, Timbalan Presiden

UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga senada dengan Najib apabila memberi tempoh hingga akhir tahun ini kepada seluruh ahli UMNO agar kembali bersatu berikutan spekulasi PRU13 mungkin diadakan tahun depan. Peringatan dan amaran kepada parti kebangsaan Melayu berusia 53 tahun itu supaya mengambil segala langkah untuk menyelesaikan perbalahan sesama sendiri memandangkan mereka perlu memperkukuhkan parti untuk kembali memperoleh sokongan yang merosot dua tahun lalu. Ini kerana PRU13 nanti bakal menjadi yang pertama bagi Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Apapun, pertelingkahan sesama ahli UMNO sebenarnya bukan isu baru kerana ia sudah berlarutan sejak sekian lama dan mungkin sama umur dengan parti

UMNO. Sudah terlalu lama dan kita tidak tahu sampai bila sikap berkenaan akan berakhir. Tidak keterlaluan kalau dikatakan ia mungkin berakhir selepas UMNO berkubur? Nauzubillah!! Sebaiknya, keseluruhan ahli UMNO pelbagai peringkat perlu segera muhasabah diri dan menghayati pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang prihatin bahawa masyarakat Melayu akan menjadi minoriti jika mereka tidak bersatu.

Terbaru, di Sungai Petani, mesyuarat Bahagian UMNO secara terbuka ahli di peringkat bahagian melancarkan protes terhadap Ketua Bahagian, Ali Yahya.


16 - 29 JULAI 2010

Transisi

BICARA

9

Jangan jadi Tuan Besar P

ERALIHAN pucuk pemimpin UMNO berlaku apabila parti itu dan rakan lain dalam Barisan Nasional (BN) menerima tamparan paling hebat dengan kehilangan empat negeri yang dahulunya dikuasai BN dalam PRU12. Pelbagai teori diperdebatkan bagi men-

ghuraikan kekalahan itu tanpa merujuk perubahan yang diharapkan berlaku di peringkat bahagian dan cawangan. Penulis Transisi, RAZALI YAHAYA dan RUDYSHAM ABD RAOF menyelami isi hati dan pandangan ‘orang muda’ seperti bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,

Sikap menyalahkan kepimpinan atasan kerana gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU12 agak ketara. Apakah ini disebabkan masalah kepimpinan ataupun ketidaktentuan dalam gelombang parti kerajaan ketika itu? Kekalahan lalu umpama menyembunyikan ego yang ada di peringkat bahagian dan cawangan. Hari ini, percaya atau tidak masih ada ahli UMNO di peringkat bawahan tidak kenal ketua bahagian mereka sendiri. Ini terjadi kerana ketua bahagian di bahagian mereka tidak bersifat ‘mesra alam’ apatah lagi bermesra dengan ahli dan masyarakat setempat. Cerita mengenai pemimpin kekok bermasyarakat dan bergaul masih kedengaran. Sifat sombong dan bongkak masih berterusan. Apakah idea Perdana Menteri mengenai slogan 1Malaysia tidak mampu menarik sokongan? Tiada guna mengharapkan kemesraan dan keramahan Perdana Menteri dalam menangani persepsi rakyat terhadap pemimpin, sedangkan mereka yang berjawatan peringkat tertinggi UMNO dan Pemuda serta peringkat bahagian atau cawangan mengekalkan sikap ‘Tuan Besar’. Sesetengah pemimpin menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri seperti mendapatkan projek Kerajaan, manakala masalah rakyat tidak dihiraukan dan terabai. Boleh terangkan punca utama membuatkan UMNO dan BN hilang sokongan peringkat akar umbi, terutama generasi muda? Saya melihat ada beberapa perkara yang menjerumus ke arah kegelapan. Pertama, sikap sesetengah pemimpin UMNO, terutama peringkat Pemuda yang sentiasa berebut untuk mendapat jawatan tertinggi parti. Mereka ingin kekal menjadi ketua, tidak kira apa sekalipun. Ego mereka sentiasa di puncak. Yang pen-ting jawatan menjadi kebanggaan dan bukan rakyat yang perlu men-

DATUK IDRIS HARON yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka di Parlimen baru-baru ini untuk melihat sejauh mana keupayaan UMNO mampu menawan semula hati rakyat, terutama generasi muda, menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

jadi tajuk utama dalam fikiran. Kedua, mereka (pemimpin muda) sudah tidak ada semangat dan kesungguhan untuk menambah bilangan ahli. Mereka juga meminggirkan golongan cerdik pandai selain tidak bersungguh-sungguh mengajak mereka yang cenderung kepada parti lain untuk terus bersama UMNO. Akhir sekali, kebencian masyarakat terhadap pemimpin UMNO, terutama peringkat Pemuda akibat pengalaman lalu sudah tidak mampu ditahan lagi. Mereka lebih gemar merebut jawatan dan bukan berkhidmat, tetapi untuk kepentingan diri sendiri. Keba-nyakan mereka ini (pengundi muda) bukan menyokong parti lawan tetapi lebih rela mengundi parti lawan sebagai tanda protes. Sikap pemimpin UMNO masih tidak berubah. Apakah pemimpin UMNO tidak belajar sesuatu daripada kegagalan dalam pilihan raya lalu? Pemimpin bagaimanakah diperlukan? Daripada kaji selidik terhadap pengundi terutamanya generasi muda, pemimpin muda sekarang belum belajar daripada kegagalan lalu. Mereka khayal dalam dunia masing-masing dan tidak mahu belajar daripada sejarah lalu. Ini punca kita terkebelakang, apatah lagi mahu berdepan cabaran generasi muda yang lebih getir. Penolakan pengundi terhadap seseorang pemimpin bukan kerana isu nasional saja, tetapi sedikit sebanyak dipengaruhi ketrampilan, pendekatan dan kerjasama dalam kalangan parti komponen serta rakyat setempat. Pemimpin perlu dekat dengan pengundi dan mengajak mereka mengenali sejarah kebangkitan Melayu dalam UMNO. Begitu juga generasi muda, mereka perlu dididik sejak dari peringkat sekolah menengah hingga ke institut pengajian tinggi (IPT). Mereka perlu tahu sejarah penubuhan UMNO dalam memerdekakan negara. Kita sering mendengar rungutan pengundi, terutama generasi muda apabila pilihan raya bakal diadakan. Antara keluhan yang biasa kita dengar

ialah di manakah YB (pemimpin) kita? Huraikan. Keluhan ini biasa kita dengar berlaku masalah dan bencana dalam masyarakat. Ia akan diterjemah melalui undi jika sikap ‘hilang dari kawasan’ diamalkan berterusan. Pengundi akan memilih parti alternatif sebagai tanda protes. Pemimpin bongkak akan ditolak pengundi. Percayalah, saya juga melihat barisan kepimpinan muda sekarang hanya mesra dengan orang setaraf atau tinggi dalam parti, tetapi tidak ahli biasa. Mereka hanya melayan masalah orang berkedudukan dan bukan rakyat biasa. Apakah cara terbaik menarik kembali perhatian generasi muda menyokong UMNO dan BN? Perdana Menteri pernah berkata, persepsi terhadap politik UMNO harus berubah mengikut trend terkini dan bukan cara lama dalam usaha menawan kembali hati rakyat menyokong BN. UMNO perlu sentiasa segar untuk melalui pembaharuan mengikut persekitaran politik berbeza dan berubah-ubah berdasarkan kehendak rakyat. Trend perubahan perlu dilakukan bagi menangkis tohmahan pembangkang. Walaupun UMNO berusia 64 tahun, tetapi ia perlu berubah mengikut suasana politik semasa supaya rakyat terus menyokong parti ini. Saya yakin kita mampu berjaya jika UMNO buktikan kekuatannya selaras dengan teknologi terkini supaya maklumat dapat disampaikan secara telus kepada rakyat. Datuk pernah menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Pemuda UMNO lalu. Apakah masih berminat mencuba lagi? Tawaran saya pada pemilihan UMNO lalu agak suram dan mendapat reaksi dingin daripada ahli UMNO. Mungkin rezeki belum tiba. Tetapi saya tidak patah hati dan masih berminat menjadi Ketua Pemuda. Jika diberi peluang apa salahnya. Perjuangan saya belum selesai untuk bersama menaikkan semula imej Pemuda di mata masyarakat.


10

Transisi

BISNES

16 - 29 JULAI 2010

Kecemerlangan operasi lonjak kejayaan Proton Oleh Siti Fatimah Abdullah

Model kereta konsep, Proton Emas semasa menyertai Pameran Motor Antarabangsa Geneva pada Mac lalu.

SINTOK: Menyedari kepentingan alam sekitar kepada manusia sejagat, Proton mengambil inisiatif membangunkan industri automatif dengan meningkatkan teknologi mesra alam dan kemahiran industri agar lebih berdaya saing di arena global. Proton kini menembusi pasaran di 25 negara, termasuk Asean, China, Iran, India, Timur Tengah dan Afrika Selatan serta memiliki 200 pusat jualan di luar negara dengan meraih keuntungan bernilai RM21 bilion. Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Prof Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, satu lagi pencapaian terunggul Proton adalah menghasilkan kereta menggunakan teknologi hijau ciptaan firma automotif dari Itali, Italdesign Giugiaro (Giugiaro). “Konsep berdasarkan Lotus Hybrid direalisasikan melalui model Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan bakal diperkenalkan di Malaysia dalam masa terdekat,”

katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk ‘Mencapai Kecemerlangan Operasi menerusi Teknologi dan Inovasi’ semasa Persidangan Antarabangsa Kedua berhubung Teknologi dan Pengurusan Operasi (ITCOM) anjuran Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia (UUM) di Langkawi baru-baru ini. Syed Zainal, juga Profesor Adjung Universiti Utara Malaysia (UUM) di Kolej Perniagaan (COB) menyifatkan usaha itu sebagai tanggungjawab sosial yang penting dalam menjamin kelestarian pembangunan untuk masa depan generasi akan datang. “Bagi menjamin kemajuan Proton, kecemerlangan operasi sangat penting dalam memastikan keuntungan jangka panjang dan kita sentiasa mengutamakan kehendak pelanggan. “Rekaan bukan dibuat oleh CEO, pakar atau jurutera Proton, tetapi ditentukan

pelanggan dan kita mengeluarkan produk diingini mereka dengan kos operasi optimum dalam masa ditetapkan. “Proton amat menitik beratkan kepantasan dan mengutamakan prestasi serta kualiti selain konsisten dan bertanggungjawab terhadap produk dihasilkan melalui pengilangan, jualan dan pemasaran serta tenaga manusia efektif bagi kepuasan pelanggan,” katanya. Menurutnya, usaha membangunkan kenderaan baru sangat kompleks dan memerlukan proses teliti yang mengambil masa 36 bulan bermula daripada konsep asas hingga kepada pengeluaran kereta. Bagaimanapun, penggabungan fasiliti, pakar jurutera dan metodologi kecemerlangan operasi membolehkan proses membangunkan model baru yang memerlukan perancangan, styling, rekabentuk kejuruteraan, prototaip, pengujian dan powertrain cuma memakan masa 17 bulan. Proton juga mengamalkan sistem

pengilangan efektif melalui pengurusan kitaran produk dengan mengintegrasikan bahagian pengurusan, jualan dan pemasaran, kejuruteraan, sumber, pengilangan dan perkhidmatan.

SYED ZAINAL ABIDIN


16 - 29 JULAI 2010

Transisi

BISNES

11

Putra teardrop Portway

Tauke kucing Shah Alam Oleh Muhammad Amsyari Ismail

S

IAPA sangka, hanya sekadar bermula dengan hobi, cinta dan sayangnya terhadap kucing secara tidak langsung mengenalkan Ismail Mohd Ali dalam bidang perniagaan. Ismail tidak pernah merancang untuk menjadi ahli perniagaan dan semua yang berlaku terjadi secara kebetulan. Pemilik Imadi Pet Clinic di Kota Kemuning, Shah Alam itu kini cukup terkenal di kalangan peminat kucing. Mengimbau kembali pembabitannya, Ismail, 47, berkata, minat terhadap haiwan manja itu sudah ada dalam dirinya sejak kecil lagi. “Malah pada usia saya 17 tahun, saya pernah membela 12 ekor kucing pada suatu masa tapi tidak menyangka akan serius dalam bidang ini kerana, pernah satu ketika, saya geli dengan kucing selepas agak lama juga tidak memegang haiwan itu. “Saya juga pernah berasa kekok apabila kucing menggesel kaki saya apabila makan di gerai,” katanya membuka bicara. S e b e l u m menjalankan perniagaan ini, Ismail pernah menjalankan perniagaan lain tapi sering berdepan masalah. Dia yang inginkan teman

Imakatz Smoky Shadow Sky

nya.

esayangan

a kucing k

il bersam sraan Isma

Keme

menghilangkan tekanan, membuat keputusan untuk memelihara seekor kucing Parsi betina yang diberi nama Niwhite. “Sejak membela Niwhite, tidak dinafikan saya tenang dan dia menjadi teman meluahkan masalah. Pada saat itu, belum terlintas untuk melakukan kerja membiak kucing atau apa saja perniagaan berasaskan kucing secara serius. “Apabila Niwhite beranak, saya mula terfikir untuk menjualnya secara kecil-kecilan,” katanya. Sejak itu, Ismail mula mempelajari banyak perkara mengenai kucing melalui pembacaan, laman web, dan berkongsi pengalaman bersama rakan yang memPutra punyai minat

sama. Pada ketika itu, kerja pembiakan kucing hanya dilakukan di rumah dan ditumpukan kepada pembiakan kucing Parsi sahaja. Kini, selepas sembilan tahun membela dan membiak kucing baka baik, Ismail mempunyai ratusan kucing yang kebanyakannya memiliki sijil kelahiran dan berdaftar dengan The Cat Fancies Association (CFA), The International Cat Association (TICA) dan Feline International Federation. Antara baka kucing yang terdapat di kedai haiwannya adalah Persian, Bengal, Siam, Mine Coon, American Short Hair, American Curl, Burmese Short Hair, Himalayan, British Short Hair, Rusian Blue dan Red Doll. Kesemua jenis ini didaftar di bawah TICA. “Bagi saya, minat membela kucing dan seterusnya menjalankan perniagaan haiwan ini banyak membantu saya relaks, di samping ia sebagai satu hobi dan turut menjana kewangan yang

dibuat secara komersial. “Saya percaya perniagaan ini akan mendapat lebih sambutan dalam masa 10 tahun akan datang. “Mungkin daripada hobi membela kucing, orang ramai tidak perasan bahawa haiwan kesayangan mereka turut mampu menghasilkan pulangan lumayan buat tuan punya badan,” katanya. Antara baka menarik yang dimiliki Ismail adalah baka kucing Bengal F1 atau Asia Leopard Cat yang terbaik di negara ini yang terhasil secara tidak sengaja. Bengal jantan berwarna saphire mable (seakan warna keemasan) dinamakan Putra Bengal Putra Teardrop Portway adalah kelahiran luar biasa yang banyak mendatangkan rezeki padanya. “Baka Bengal berwarna jingga pada latar dengan corak coklat biasanya terhasil ada Bengal betina tetapi ia terhasil pada Putra. “Ini menjadikan Putra sangat istimewa malah keunikan itu membolehkannya membolot banyak anugerah dalam pertan-dingan kucing tercantik,” katanya. Kepakaran Ismail membolehkannya berbangga dengan kedai dimilikinya yang terkenal di kalangan peminat kucing tidak

kira sama ada ia baka baik atau biasa. Dia turut mempunyai seramai empat pekerja untuk membantunya menguruskan urusan di kedai ini. Walaupun berbangga dengan perniagaan yang diceburinya, Ismail mengakui dia turut berdepan cabaran dalam bidang veterinar. “Ia satu cabaran buat saya kerana terpaksa bersaing dengan orang lain yang mempunyai kemahiran khusus dalam bidang ini tapi minat mendalam terhadap haiwan manja ini, saya tekad meneruskannya. “Alhamdulillah, perniagaan saya semakin berkembang. Selain pembiakan secara komersil, saya turut menjual makanan dan kelengkapan untuk kucing, anjing, dan arnab,” katanya Selain perniagaan dijalankannya, Ismail turut bertindak selaku Presiden Persatuan Peminat Kucing Malaysia (MCFA) yang ditubuhkan sejak 2009. Sejak setahun ditubuhkan, kelab ini sudah berjaya menarik penyertaan hampir 1,000 ahli terdiri daripada peminat kucing seluruh negara. “Persatuan ini ditubuhkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kecintaan kepada haiwan bernama kucing ini. “Melalui persatuan ini, peminat-peminat kucing seluruh negara dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta teknik yang mampu membantu ahli lain dalam menjadikan hobi ini sesuatu yang bermakna bagi setiap pencinta kucing. “Persatuan ini akan memastikan segala aktiviti dan program berjalan lancar serta mendapat sambutan baik dari orang ramai agar dapat mengiktiraf haiwan kesayangan ini di tahap lebih tinggi,” katanya.

Imakatz Leon Sparkle Blace


12

Transisi

GLOBAL

Tugas berat

Julia, Aquino Susunan Mohd Azhan Othman

JULIA

S

EPANJANG dua minggu lalu, dunia menyaksikan dua peristiwa penting yang dijangka memberikan impak besar kepada sosio politik global, khususnya Asia Pasifik. Ia adalah upacara angkat sumpah Julia Gillard sebagai Perdana Menteri baru Australia pada 24 Jun lalu dan Benigno ‘Noynoy’ Aquino III sebagai Presiden baru Filipina, enam hari kemudian. Kedua-dua tokoh itu menjadi harapan baru rakyat dalam menetapkan hala tuju negara masing-masing selepas dikecewakan dengan dasar-dasar dilaksanakan pemimpin terdahulu. Julia, 48, dipilih sebulat suara tanpa tentangan dalam sesi undian mengejutkan dilakukan perwakilan Parti Buruh berikutan kemerosotan populariti Perdana Menteri terdahulu, Kevin Rudd. Pelantikan itu mencatatkan sejarah tersendiri apabila beliau menjadi Perdana Menteri wanita pertama di Australia selepas ia didominasi 27 Perdana Menteri lelaki sejak lebih seabad lalu. Walaupun dipertikaikan banyak pihak, tetapi keupayaan dan kualiti dimiliki Julia sebagai ahli Parlimen, juga Timbalan Perdana Menteri menjadi modal terbaik untuk beliau meraih populariti umum. Ini dibuktikan dengan keputusan tinjauan pendapat yang menunjukkan pertambahan sokongan rakyat terhadap Buruh. Berdasarkan keputusan tinjauan Nielsen, yang disiarkan dua hari selepas beliau mengangkat sumpah, sokongan terhadap Buruh melonjak 14 mata kepada 47 peratus berbanding 42 peratus untuk parti pembangkang, Konservatif. Nielsen meramalkan parti pemerintah itu bakal kembali berkuasa dengan 55 peratus undi jika ditambah dengan undi

AQUINO sokongan daripada Parti Green berbanding 45 peratus untuk pembangkang. Sokongan peribadi diperoleh Julia sejurus dilantik sebagai Perdana Menteri pula mencecah 55 peratus berbanding 34 peratus diraih calon pembangkang utama, Tony Abbott. Selain Nielsen, populariti dicapainya turut disahkan tinjauan Galaxy, yang disiarkan akhbar Daily Telegraph dengan mencatatkan 58 peratus sokongan berbanding 32 peratus untuk Abott. Julia ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama meletakkan masalah cukai perlombongan dan beberapa dasar tidak popular kerajaan terdahulu sebagai perkara utama diperdebatkan. Ia adalah reaksi segera daripada tindakan Rudd menghentikan skim perdagangan karbon yang banyak meninggalkan kesan buruk ke atas industri itu. Beliau juga berjanji memberi kerjasama lebih baik dengan ahli Kabinet bagi mengelak melakukan kesilapan sama dilakukan Rudd hingga menyebabkan bekas Perdana Menteri itu dipulaukan anggota parti dan rakyat Australia. Sementara itu, jauh di barat Laut Pasifik, pelantikan Aquino sebagai Presiden baru Filipina turut mengundang perhatian penganalisis politik tempatan dan antarabangsa. Berbanding Julia, yang meraih kuasa secara ‘rampasan kuasa’, pelantikan Benigno, 50, ternyata lebih demokratik kerana jawatan Presiden disandang beliau itu dipilih melalui saluran pilihan raya. Keputusan pilihan raya 10 Mei lalu menunjukkan Aquino menguasai 42.08 peratus undi dengan mengetepikan pencabar-pencabar terdekat seperti bekas Presiden, Joseph Estrada (26.25 pera-

tus) dan Manuel Villar (15.42 peratus). Kemenangan besar diperolehnya itu seiring harapan menggunung rakyat Filipina yang mahu negara mereka ditadbir oleh kerajaan bersih dan bebas rasuah. Beliau ketika mengangkat sumpah dengan disaksikan lebih 500,000 rakyat Filipina di taman pinggir pantai Manila berikrar membasmi kemiskinan di negara itu melalui pembanterasan rasuah. Bagi rakyat Filipina, reputasi Aquino sebagai anak lelaki kepada wira demokrasi negara itu, Corazon ‘Cory’ Aquino yang mengetuai revolusi ‘Kuasa Rakyat’ menjatuhkan Presiden Ferdinand Marcos pada 1989, memberikan harapan positif kepada kemakmuran yang bakal dinikmati mereka. Di sebalik pelbagai isu tempatan yang memerlukan reaksi segera di negara masing-masing, kuasa dan pengaruh Julia

BENIGNO SIMEON COJUANGCO AQUINO III (Noynoy Aquino) Tarikh lahir: 8 Februari 1960 Umur: 50 Asal: Manila Parti politik: Liberal Pendidikan: Sarjana Ekonomi (Universiti Ateneo de Manila) Menjadi Presiden: 30 Jun 2010

16 - 29 JULAI 2010

dan Benigno turut ditagih komuniti antarabangsa, terutama negara-negara Islam dam Asia Tenggara dalam menangani beberapa isu global. Antaranya ialah penempatan pangkalan tentera Australia di Afghanistan dan konflik di selatan Filipina, yang gagal diselesaikan pemerintahan terdahulu hingga menjejaskan hubungan diplomatik dengan negara-negara terbabit. Berdasarkan kedudukan geopolitik, kedua-dua pemimpin tersebut sama ada suka atau tidak menghadapi tugas berat untuk mencapai penyelesaian meyakinkan dalam usaha memulihkan imej negara mereka. Namun, kenyataan Julia kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bahawa Canberra akan mengekalkan pangkalan askar di Afghanistan meleburkan hasrat negara-negara Islam dan jiran serantaunya. Justeru tidak menghairankan kenapa penganalisis politik serantau tidak meletakkan harapan tinggi kepada beliau untuk membawa pembaharuan dalam dasar luar Australia. Ini kerana beliau sejak awal lagi memutuskan untuk meneruskan legasi pemimpin-pemimpin Australia terdahulu untuk menjadikan negara itu sebagai proksi AS di Asia Tenggara. Julia turut tidak menyebut mengenai isu serangan perkauman dan hubungan toleransi agama yang semakin meretak di Australia walaupun sentimen Islamofobia semakin menular di negara berkenaan. Sementara itu, perdamaian di wilayah Mindanao masih jauh daripada kenyataan apabila Aquino langsung tidak meletakkan isu tersebut sebagai sasaran utama dalam pentadbiran beliau semasa menyampaikan ucaptamanya. Realitinya, pelantikan kedua-dua tokoh muda tersebut tidak begitu menggembirakan penduduk Islam yang membentuk kelompok minoriti di negara-negara itu. Bagi mereka, Julia dan Aquino hanya akan mengulangi skrip sama dilakukan pemimpin terdahulu dan tiada keajaiban akan berlaku.

JULIA GILLARD Tarikh lahir: 29 September 1961 Umur: 48 Asal: Barry, Wales, United Kingdom Parti politik: Buruh Pendidikan: Sarjana Sastera dan Sarjana Undang-undang (Universiti Melbourne) Menjadi Perdana Menteri: 24 Jun 2010


16 - 29 JULAI 2010

GLOBAL 13

Transisi

Twitter paling mudah, cepat Susunan Ika Destiana

P

ERKEMBANGAN microblogging semakin berkembang pesat dalam rangkaian Internet dengan kehadiran laman web jaringan sosial, Twitter. Apabila melayari Twitter, ia sebenarnya sangat mudah digunakan dan mempunyai penampilan serta sederhana. Twitter dikenali sebagai microblogging kerana pengguna boleh menghantar dan membaca mesej, dikenali sebagai ‘Tweet’, tidak lebih daripada 140 patah perkataan. Sejak kemunculan laman web itu pada 2006, populariti Twitter semakin melonjak dan menarik perhatian pengguna Internet. Malah, ia menduduki tangga ke-11 laman web paling kerap dilayari setiap hari, menurut Alexa Traffic Rank. Twitter menjadi salah satu rangkaian sosial diminati pengguna internet untuk memperoleh pelbagai informasi kerana penyebaran melalui media tersebut lebih pantas berbanding televisyen (TV) ataupun radio. Informasi mengenai skandal seks Ariel Peterpan juga pernah menjadi Topik Aliran Twitter, di mana penyanyi Indonesia itu diberi jolokan ‘Ariel Peterporn’ ketika video pornonya tersebar di Internet pada Jun lalu. Bukan hanya rakyat biasa saja yang

menggunakan Twitter, malah individu ternama juga mempunyai akaun Twitter dengan ribuan pengikut. Ahli-ahli politik terkenal seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memiliki akaun Twitter. Ini termasuk selebriti dunia seperti Oprah Winfrey, Britney Spears dan Ashton Kutcher yang menjadi antara penyebab menjadikan Twitter terkenal. Kutcher digelar ‘Raja Twitter’ kerana memiliki lima juta pengikut, mengalahkan CNN yang mempunyai tiga juta pengikut saja. Tidak kira di segi teknologi, politik, ekonomi, hiburan, bola sepak dan isu semasa, segala maklumat sangat mudah serta cepat didapati dari Twitter. Kadangkala maklumat yang ada di Twitter tidak tersiar dalam akhbar atau kaca TV. Selain microblogging, Twitter juga dikenali sebagai multimedia blogging kerana pengguna boleh menghantar ‘Tweet’ dalam bentuk teks, grafik, audio dan visual. Seperti Facebook, Twitter dapat diakses melalui telefon bimbit, di mana semakin canggih peranti atau gajet hari ini, semakin mudah pengguna memuat naik gambar ataupun video ke Twitter. Bagi telefon bimbit, Twitter boleh diakses menggunakan dua sistem iaitu Per-

Platform pengguna Internet untuk kongsi maklumat

khidmatan Paket Radio Umum (GPRS) dan Khidmat Pesana Ringkas (SMS). Melalui GPRS, pengguna harus menggunakan peranti khas atau web, manakala kemas kini SMS akan terus dikirim ke peti mel SMS pengguna lain. Sekarang, banyak aplikasi untuk peranti bimbit memudahkan pengguna mengemas kini status mereka di Twitter. Ada puluhan aplikasi Twitter untuk iPhone dan BlackBerry. Misalnya Tweetdeck boleh digunakan pengguna Iphone, manakala UberTwitter ataupun Twitter for Blackberry untuk pengguna Blackberry. Bagi pengguna telefon bimbit yang ada akses internet, mereka boleh menggunakan Mobile Twitter ataupun Mobile Tweete. Kemampuan mengakses Twitter melalui web mobil adalah faktor pendorong kepada kejayaan rangkaian sosial itu. Ia memiliki kualiti capaian maklumat maksimum walaupun diakses melalui Blackberry hingga kepada telefon bimbit biasa. Capaian Harian (peratus)

Bagi mereka yang gemar menggunakan teknologi laman web jaringan sosial sebagai tempat promosi bisnes, Twitter adalah media sosial yang sangat berguna. Penggunaan Twitter sebagai media promosi sangat berkesan kerana maklum balas pengikut dapat diperoleh segera. Twitter digunakan pengusaha bisnes untuk menghantar maklumat kepada pelanggan mengenai penjualan produkproduk baru yang menarik, melakukan kajian, e-dagang dan membentuk komuniti bagi pelanggan mereka. Malah, mereka juga dapat memerhatikan komen positif dan negatif mengenai produk dikeluarkan secara terus daripada pengguna Twitter. Twitter turut digunakan sebagai media sosial oleh banyak syarikat dan organisasi besar dunia seperti agensi berita CNN, E! dan BBC yang memainkan peranan menyebar dan mengemas kini informasi kepada masyarakat luar. Capaian Harian (peratus)

BULAN

TAHUN

Apabila Merkel turun padang EJURUS Jerman membenamkan gergasi bola sepak dari Latin, Argentina di Stadium Green Point, Cape Town, wajah Canselor Angela Merkel dengan aksi mengacu penumbuk ke udara menghiasi dada-dada akhbar seluruh negara Eropah itu. Sebelum itu, gelagat Merkel bersama Perdana Menteri Britain, James Cameron menonton perlawanan antara Jerman dan England di kaca televisyen turut mendapat perhatian media tempatan dan antarabangsa. Pelbagai polemik muncul dengan beberapa pihak mendakwa kesungguhan beliau berlepas ke Afrika Selatan sebagai cubaan mendapatkan sokongan kepada calon Presiden persekutuan pilihannya, Christian Wulff. Walaupun Wulff akhirnya berjaya menewaskan calon pembangkang, Joachim Gauck, tetapi pilihan raya dimenangi be-

S

liau itu dilihat sebagai tamparan hebat kepada Merkel dan pentadbirannya. Namun, Menteri Kewangan Jerman, Wolfgang Schauble menyifatkan apa dilakukan Merkel itu tiada kena mengena dengan Wulff melainkan hanya untuk dirinya saja. Salah seorang penasihat kanan Merkel berpendapat perasaan dan sikap rakyat berubah apabila Jerman mendapat tempat ketiga semasa Piala Dunia 2006. Menurutnya, kejayaan diraih Jerman dalam kejohanan dunia itu sama sekali tidak meningkatkan populariti kerajaan, sebaliknya ia lebih mempengaruhi ekonomi negara. Fakta 2006 menunjukkan jumlah pengangguran menurun walaupun ketika itu perikatan antara parti Merkel, Kesatuan Demokrat Kristian (CDU) dan Parti

Demokrat Sosial (SD) bagaikan retak menanti belah. Justeru, tujuan Merkel itu boleh saja dianggap sebagai strateginya untuk memulihkan ekonomi Jerman yang terjejas teruk akibat krisis kewangan yang melanda Eropah sejak lebih setahun lalu. Walaupun pelbagai spekulasi menular, harus diakui tindakan Merkel itu memberikan impak besar kepada rakyat Jerman yang sedang beremosi dengan rentetan kejayaan pasukan kebangsaan mereka. Impak sama tidak akan berlaku jika Merkel turun padang menyaksikan perlumbaan Formula Satu, apatah lagi perlawanan golf ataupun polo. Kelibat seorang pemimpin di stadium yang sesak, bingit, bersuhu panas dan dipenuhi pelbagai aksi di luar jangkaan

senang saja dilabelkan umum sebagai berjiwa rakyat walaupun pemimpin tu mungkin menyimpan agenda tertentu. Ini kerana status bola sepak itu sendiri sebagai sukan proletariat dan ia bukan sukan elit yang hanya boleh dimainkan golongan tertentu saja. Sebaliknya di Malaysia, jarang sekali pemimpin-pemimpinnya melihat signifikan bola sepak daripada aspek strategi politik dan ekonomi, terutama dalam mencorakkan sosio budaya masyarakat. Kebanyakan mereka cenderung melihat sukan rakyat itu di segi habuan peribadi semata-mata tanpa mengambil kira aspek pemupukan patriotisme dan nilai perpanduan negara bangsa. Sudahnya, bola sepak di tanah air berlegar-legar dengan episod penuh duka dan hanya mampu mengulang ucap kejayaan lampau yang tercatat dalam album lama.


14

RAJA-RAJA MELAYU

Transisi

16 - 29 JULAI 2010

Peralatan kebe MUSKAT MUSKAT merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah. Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah. Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Penggal Persidangan Parlimen.

TENGKOLOK TENGKOLOK Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan Melayu. Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai tengkolok berlainan warnanya dari sesebuah negeri. Ikatan tengkolok (solek) ini adalah pelbagai antaranya: ANAK GAJAH MENYUSU, LANG MENYUSUR ANGIN, GARAM SEBUKU (GETAM PEKASAM), PUCUK PISANG PATAH, AYAM PATAH KEPAK DAN DENDAM TAK SUDAH. Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soleknya dinamakan “Dendam Tak Sudah” yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dengan bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.

KERIS PENDEK

PENDING PENDING Diraja ini diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah dan bersulamkan sebelas biji permata delima. Di tengahtengahnya pula tertera lambang Kerajaan Persekutuan. Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbungabunga dengan benang emas.

GANDIK GANDIK Diraja atau pemeles ini ialah merupakan pakaian ulu bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Gandik Diraja ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak bulan dengan bintang, keduaduanya diperbuat daripada emas putih juga. Gandik ini dipakai oleh Seri Paduka Baginda dalam istiadatistiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Gandik ini diperbuat khas supaya boleh dicerai menjadikan loket dan kerongsang.

KERIS PENDEK Diraja adalah diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading yang bertatahkan emas. Hulu keris ini dinamakan ‘Hulu Pekaka’ dan berupa kepala ‘Garuda’. Di sampir keris ini diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan. Keris ini ialah salah satu pakaian Diraja dan seperti Keris Panjang Diraja. Ia cuma dibawa atau dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

COGAN ALAM COGAN ALAM ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Alam diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 cm atau bersamaan lima kaki empat inci dan merupakan suatu bulatan di atas kepala tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi daripada emas.

COGAN AGAMA COGAN AGAMA adalah merupakan alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang Kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Agama diperbuat daripada perak dan panjangnya 155.04 cm atau lima kaki satu inci dan berupa sebatang tongkat bulat berkepala besar. Di atas kepala tongkat itu diperbuat anak bulan dengan bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan kepalanya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.


16 - 29 JULAI 2010

Transisi

RAJA-RAJA MELAYU

esaran Diraja KALUNG KALUNG Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Kalung ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian. Kalung ini merupakan sebahagian daripada pakaian kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam istiadatistiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalung ini boleh dicerai menjadikannya sepasang subang, kerongsang dan kerabu.

COKMAR COKMAR ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cokmar ini terdiri dari dua batang dan diperbuat daripada perak. Tiap-tiap satu panjangnya 81.32 sm atau dua kaki lapan inci dan merupakan alat perang. Cokmar ini merupakan tongkat pendek berkepalakan kubah.

KERIS PANJANG ALAT kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah Keris. Keris Panjang Diraja adalah Kebesaran Negara yang utama dalam istiadat Pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari sebelas bilah keris daripada negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk ‘Tapak Kuda’, dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.

PEDANG, KERIS PANJANG DAN SUNDANG PEDANG, Keris Panjang dan Sundang ialah tiga jenis senjata Melayu tua yang dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata pedang, keris panjang dan sundang zaman purbakala. Keris panjang dan sundang bersalut dengan perak serta berukirukir pada hulu dan sarungnya.

PAYUNG UBUR-UBUR KUNING PAYUNG Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja. Payung Ubur-ubur Kuning sebanyak dua puluh kaki dan diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning raja iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi kebesaran Raja-rajanya. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.

PERKATAAN nobat adalah berasal dari perkataan Parsi ‘naubat’ bermaksud sembilan jenis alat. Nobat ialah ‘pancaragam’ Diraja yang telah digunakan dari zaman berzaman di Negeri-negeri Melayu terutamanya untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja. Antara alat-alat bunyian Nobat ialah Gendang, Nafiri, Serunai dan Gong. Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah:

NOBAT

* NEGERI PERAK * NEGERI KEDAH * NEGERI SELANGOR * NEGERI TERENGGANU

COGAN AGAMA TOMBAK Berambu sebanyak dua puluh kaki, matanya berluk tiga diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari sebelas buah Negeri Semenanjung Malaysia.

PANJI PANJI-PANJI Diraja yang berwarna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi. Warna kuning ialah warna Diraja. Karang padi yang berwarna keemasan melambangkan kemewahan atau kemakmuran

15


16

Transisi

AGAMA

16 - 29 JULAI 2010

Pembaca boleh menghantar emel kepada transisi.mail@gmail.com untuk mengajukan soalan mengenai sebarang kemusykilan agama.

-HADIS

Soal/Jawab

Daripada Aisyah: Nabi SAW memilih waktu pu asa pada Isnin dan khamis.

MUNAFIK

-Iman Tir

mizi

Apakah dimaksudkan dengan MUNAFIK?

Ust Jefri Bujang

Maksud munafik di segi bahasa, orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar. Di segi syarak, seorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya dalam hati.

Masjid Negara, Kuala Lumpur

SYIRIK

MUSYRIK

Apakah bahagian-bahagian SYIRIK?

Apakah dimaksudkan dengan MUSYRIK?

Apakah tanda-tanda seseorang itu MUNAFIK?

Terbahagi kepada dua:

Orang yang mempercayai sesuatu itu lebih berkuasa daripada Allah. Dia lebih bergantung harap kepada kuasa lain selain Allah. Orang musyrik sanggup menghabiskan sejumlah wang semata-mata untuk berjumpa bomoh atau dukun bagi mendapatkan sesuatu. Syirik dilakukan itu kada ngkala melibatkan makam atau kubur alim ulama.

Tanda-tanda seseorang itu menjadi munafik ialah: 1. Iman tidak tetap dan tidak teguh. 2. Tindak tanduk sentiasa berubah. 3. Tidak tetap kata. 4. Sentiada mengharapkan kebaikannya dibalas. 5. Jiwa tidak tenteram. 6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup.

1. Syirik Akbar Menyembah benda seperti kubur, pokok, batu dan sebagainya serta menganggap diri lebih rendah daripada benda-benda tersebut. 2. Syirik Asghar Melakukan sesuatu bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

il m u a n Is l a m

Makam Imam Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand, Uzbekistan. MUHAMMAD Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari, lebih dikenali sebagai al-Bukhary atau Imam Bukhari adalah sarjana Islam sunni daripada keturunan Tajik. Beliau adalah pengumpul dan penulis hadis yang dike-

nali sebagai Sahih Bukhari dan dianggap antara paling sahih serta sering dijadikan rujukan umat Islam hari ini. Imam Bukhari dilahirkan pada 194H(810M) di Bukhara, kini di Uzbekistan. Bapanya meninggal dunia ketika beliau masih kecil dan

MURTAD Apakah yang dimaksudkan dengan MURTAD? Di segi bahasa, menolak atau berpaling. Di segi syarak, orang Islam yang meninggalkan Islam dan segala ajaran yang terkandung dalamnya. Mereka akan menghalalkan segala sesuatu yang diharamkan Allah. Apakah hukum MURTAD? Mereka boleh dikenakan hukuman bunuh jika tidak mahu bertaubat. Hasil sembelihan mereka tidak halal untuk dimakan. Apakah dimaksudkan KAFIR? Orang yang menidakkan keesaan Allah, kenabian Nabi Muhammad dan mengingkari segala syariat-Nya dianggap sebagai kafir. Mereka ini sama seperti orang yang tidak mahu beriman dengan ajaran Islam.

Imam Bukhari profesor hadis sepanjang zaman dibesarkan oleh ibunya bersendirian yang bertanggungjawab mendidiknya dengan memberikan pendidikan terbaik kepada beliau. Menurut sejarawan Islam, al-Dhahabi, Imam Bukhari mula belajar hadis sejak 205H dan riwayat menyatakan beliau sudah menghafal 70,000 hadis Nabi Muhammad sejak berusia belasan tahun. Pada usia 16 tahun, beliau pergi ke Mekah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Kegembiraan ketika di Mekah memaksa Imam Bukhari menetap lebih lama di situ bagi membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Kota Suci itu. Hasilnya, pada usia 18 tahun, beliau menerbitkan buku pertama mengenai sahabatsahabat Rasulullah dan disusuli dengan buku sejarah berjudul Al-Tarikh-al-Kabir.

Minat mendalam dalam sejarah dan hadis-hadis Rasulullah mendorong Imam Bukhari bertemu dan belajar daripada ramai cendekiawan terulung dalam usaha mempelajari dan membahaskan hadis Nabi. Antara tempat dilawati beliau adalah Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain. Semasa di Baghdad, beliau selalu berbincang dengan Imam Ahmad Hanbal, pengasas mazhab Hanbali. Sepanjang pengembaraan, Imam Bukhari hanya menetapkan satu matlamat, iaitu mengumpulkan seberapa banyak ilmu bagi membuat pengumpulan terbesar hadis Rasulullah. Ketekunan dan ketelitian beliau menulis semula hadishadis Nabi dibuktikan dengan kenyataan berikut, “Saya su-

dah menulis mengenai 1800 orang, setiap seorang meriwayatkan hadis Rasulullah dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian ditetapkan.� Ingatan kuat yang mengkagumkan dan sumbangan besar beliau terhadap sains pengumpulan hadis membuatkan segala usaha intelektual beliau sangat sukar ditandingi. Semua kompilasi hadis Rasulullah dibukukan dalam Al-Jami-al-Sahih selepas membuat penyelidikan selama 16 tahun dengan meneliti 600,000 hadis sebelum memilih 7,525 hadis berdasarkan takrif kesahihan yang ditetapkan beliau. Sarjana unggul umat Islam itu meninggal dunia pada malam Aidilfitri 256H (870M) di Khartank dekat Samarkand, Uzbekistan.


16 - 29 JULAI 2010

Transisi

HIKMA H ISRAK MIKRA

J

Siri Akh

ir

AGAMA

17

Pengajaran seharian Oleh Ust Jefri Bujang

ISRAK Mikraj membawa erti besar kepada umat Islam kerana perintah wajib solat lima waktu kepada manusia bermula dari peristiwa tersebut dan disampaikan terus Allah kepada kekasihnya, Rasulullah tanpa perantaraan Jibril di Sidratul Muntaha. Kita patut bersyukur dapat berdialog sendiri dengan Allah SWT dalam solat dan memohon apa saja dihajati terus kepada-Nya. Kita perlu merenung seketika untuk memperbetulkan kembali hubungan kita dengan Allah, bukan hanya ketika kesempitan dan susah saja, tetapi juga semasa senang. Caranya ialah sentiasa taat kepada perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Pelbagai pengajaran boleh diambil daripada peristiwa ini untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita seperti: 1. Mengingati Allah dalam keadaan ditimpa musibah ataupun ketika mendapat kesenangan. Memberi pertolongan, menghilangkan kesedihan dan kesengsaraan adalah kuasa Allah. Justeru mohonlah apa saja daripada-Nya. Rasulullah juga pernah mengalami musibah kesedihan kerana kehilangan isteri yang dicintainya, Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika itu, Allah memerintahkan Jibril supaya Rasulullah diisrakmikrajkan. Ini memberi pengajaran bahawa mendekatkan diri kepada Allah bukan ketika susah saja. 2. Beriman dan yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah sebagai Pencipta. Ini terbukti dalam Israk Mikraj mengenai kekuasaan dan keajaiban yang ditunjukan di alam lain seperti Sidratul Muntaha,

syurga dan neraka. 3. Tidak termakan tipu daya iblis dan syaitan yang tidak akan jemu menyesatkan umat manusia dengan pelbagai cara hingga tiba hari kiamat. Sejak awal perjalanan Israk Mikraj jin Ifrit sudah mengejar dengan membawa obor untuk menghalang dan memperdayakan baginda. 4. Di sepanjang perjalanan, Rasulullah tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang ditemui. Keutamaan memberi salam amat digalakkan kepada umat Islam sesama muslim sebagai tanda penghormatan dan mengeratkan silaturrahim. Penting bagi kita menghayati Israk Mikraj untuk mengambil pengajaran dan iktibar atas semua yang

kekuasaan Allah, seperti berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah: “Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku (Rasulullah), dan bulan Ramadan bulan umatku. Kemuliaan bulan Rejab dengan malam Israk Mikraj, Syaaban dengan malam Nisfu dan Ramadan dengan malam Lailatulqadar.� Puasa Rejab, berdasarkan sabda Rasulullah, mempunyai banyak hikmah dan kelebihan seperti: 1. Puasa 1 hari pada Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga. 2. Puasa 1 hari pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya). 3. Puasa 3 hari pada Rejab, dijadikan parit panjang yang meng-

pada melakukan pelbagai kejahatan yang dimurkai Allah. Penulis mengharapkan umat Islam memperingati Israk Mikraj bukan sekadar ikutan tanpa sebarang pengisian rohani, termasuk membiarkan kisah ini berlalu begitu saja tanpa mengambil iktibar apa yang mahu disampaikan oleh Nabi Muhammad. Penting kita meneliti perkara tersirat dalam peristiwa besar ini dalam menempuh dunia yang penuh fitnah dan cabaran supaya tidak lalai selain sentiasa mengingati Allah dan meningkatkan ketaqwaan serta keimanan kita kepada-Nya.

Kita perlu merenung seketika untuk memperbetulkan kembali hubungan kita dengan Allah, bukan hanya ketika kesempitan dan susah saja baik selain mengelak segala yang keji dan mungkar, termasuk memperbaiki diri ke arah lebih sempurna dalam mendapat keberkatan hidup di muka bumi Allah ini. Peristiwa ini bukan sekadar diceritakan kembali ketika setiap kali tiba Rejab. Sebaliknya, penting bagi kita memanfaatkan bulan ini melalui mengerjakan amalan sunat dengan tidak mengabaikan amalan wajib supaya kita dapat lebih menghayati dan insaf serta takut kepada

halang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). Begitu hebat ganjaran amalan sepanjang Rejab dan janganlah dipersiakan. Amat rugi jika bulan ini dibiarkan berlalu tanpa melakukan sebarang amalan yang meningkatkan keimanan kita kepada Allah. Rebutlah. Jika tidak dapat banyak, laksanakanlah sedikit. Itu lebih baik daripada meninggalkan semua. Sekiranya ini dapat dihayati, manusia dapat mengelak diri dari-

-AL-QURAN-

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia... -surah Al-Baqarah 2:185


18

SIHAT

Transisi

Obesiti parah jika tidak dikawal Punca kepada banyak penyakit kronik

O

BESITI adalah penyakit nutrisi akibat pengumpulan lemak berlebihan yang terdapat dalam tubuh manusia hingga memudaratkan kesihatan seseorang. Selain mencederakan organ badan, obesiti juga mampu membataskan kegiatan atau aktiviti sosial dan fizikal serta jangka hayat pengidapnya.

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai semasa berucap pada Majlis Pelancaran Majlis Cegah Obesiti Malaysia (MCOM) berkata, Malaysia kini antara negara Asia yang mempunyai masalah obesiti sama seperti Amerika, negara Eropah dan Timur Tengah. Malah, penyakit itu tidak hanya menular dalam kala-

ngan golongan dewasa ataupun remaja, tetapi juga kanakkanak. Budaya rakyat Malaysia yang terdedah kepada aktiviti makan malam adalah punca obesiti. Ini kerana pemilihan waktu makan yang lewat dan pengambilan makanan dalam kuantiti besar memberi kesan tidak baik kepada proses penghadaman makanan.

TIP

mengurangkan keinginan makan bagi pengidap obesiti: 1. Makan secara perlahan bagi setiap kunyahan. 2. Guna pinggan atau mangkuk kecil. 3. Makan dalam kuantiti kecil. 4. Makan makanan yang tinggi kandungan air dan minum air dulu sebelum makan (sup sayur, buahbuahan, air kosong).

5. Makan di tempat tertentu saja (elak makan di depan tv atau ketika bekerja). 6. Makan pada masa tetap. 7. Tidak meninggalkan sarapan kerana menyebabkan pengambilan makanan berlebihan ketika makan tengah hari. 8. Amalkan snek sihat seperti

Kekalkan berat badan ideal untuk sentiasa sihat.

buah-buahan. 9. Kurangkan kekerapan makan di luar dan hadkan duit dibawa ketika keluar 10. Atasi tekanan atau masalah sebaiknya. 11. Bersenam sekurangkurangnya 3 kali seminggu.

Punca Obesiti Obesiti bermula daripada pengambilan tenaga (daripada sumber makanan) melebihi keperluan tubuh individu tersebut dalam tempoh tertentu dan disusuli dengan kurang aktiviti fizikal. Namun, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada gejala obesiti, iaitu: 1. Genetik (anak-anak berisiko mengalami obes jika ibu bapa mengidapnya). 2. Diet tidak seimbang (tinggi lemak dan gula). 3. Makan berlebihan. 4. Gaya hidup kurang aktif (kurang atau tiada aktiviti fizikal). 5. Tekanan emosi (menyumbang kepada makan berlebihan). 6. Ubat-ubatan (bergantung kepada kesan sampingan sesetengah ubat). 7. Penularan obesiti juga mengundang kepada penyakit lain kerana pengumpulan kolesterol berlebihan mampu meningkatkan penyimpanan lemak berbahaya itu atau low-density lipoproteins (LDL) dalam saluran arteri jantung. Antara penyakit berpunca akibat obesiti: 1. Penyakit jantung. 2. Tekanan darah tinggi. 3. Hiperlipidemia (kandungan kolesterol tinggi dalam darah). 4. Kencing manis dan sebagainya. Obesiti kerap muncul dengan kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi dan berisiko menyebabkan penyakit jantung dan strok. Masalah tersebut memaksa jantung bekerja lebih kuat untuk memenuhi keperluan tubuh kerana banyak kawasan dalam tubuh memerlukan darah dan langkahlangkah pengawalan diperlukan bagi mencegah penyakit tersebut menjadi kronik. Justeru, pesakit perlu mengelak melakukan aktiviti yang tidak

16 - 29 JULAI 2010

mengeluarkan peluh seperti permainan komputer, menonton video dan melayari Internet dalam jangka masa lam. Antara kaedah mudah boleh diambil ialah: 1. Amalkan pemakanan seimbang, sederhana dan pelbagai. Banyakkan makanan bijirin (roti, nasi, mi, bihun), buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ikan/ayam dan produk tenusu. Kepelbagaian makanan menyumbang kepada kombinasi nutrien diperlukan tubuh. 2. Makan mengikut keperluan. Jangan makan berlebihan dan berhenti sebelum kenyang. Kurangkan makanan tinggi lemak, bergoreng, bersantan dan banyakkan pengambilan susu rendah lemak. Kurangkan makanan tinggi gula (air manis, kuih-muih, air tin, gula). 3. Amalkan sarapan pagi. Makan makanan tinggi serat (fiber), bijirin dan kaya dengan protein (susu) untuk meningkatkan metabolisme. Pastikan ada waktu bersarapan kerana dapat mengelakkan pengambilan makanan berlebihan ketika makan tengah hari. 4. Kekalkan berat badan sihat. Ini dapat mencegah risiko penyakit kronik. Beli penimbang berat dan timbang berat seminggu atau sebulan sekali untuk memantau perkembangan berat badan. 5. Tingkatkan aktiviti harian. Bersenam bukan untuk menurunkan berat badan saja, tetapi membaiki peredaran darah, menguatkan jantung dan meningkatkan tahap kecergasan badan.

PIRAMID MAKANAN Lemak, Gula, Minyak Kurangkan ambilan

Tenusu 2 Hidangan

Daging/ikan 2 Hidangan

Sayur 3-5 Hidangan

Buah 2-4 Hidangan

Bijirin 6 Hidangan

Air 8 gelas

FAKTA: -2 daripada 5 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah obesiti-Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006


16 - 29 JULAI 2010

Transisi

SIHAT

19

Barah payu dara cegah sebelum parah Pemeriksaan sendiri mampu elak sel barah merebak

B

ARAH payu dara adalah penyakit berbahaya dan paling ditakuti wanita kerana ia bukan sekadar menyebabkan kecacatan, tetapi mampu membawa maut. Di Malaysia, dianggarkan 27 daripada 100,000 wa-nita mengalami barah payu dara berbanding 18 daripada 100,000 wanita

menderita barah pangkal rahim, antara barah yang sering berlaku dalam kalangan wanita. Dalam setahun, dianggarkan 2,700-3,000 kes baru didiagnosis sebagai barah payudara. Secara umum, barah payu dara bukan hanya menyerang wanita, tetapi juga lelaki. Namun, wanita

paling berisiko tinggi dan paling kerap mengidap penyakit tersebut. Bagi mencegah risiko penyakit tersebut berlaku, pemeriksaan sendiri payu dara (PSP) perlu dilakukan supaya benjolan dalam payu dara dapat dikenal pasti.

Siapakah berisiko tinggi mengidap barah payu dara? 1. Berusia atas 25 tahun dan kerap berlaku antara 45 hingga 55 tahun. 2. Sejarah keluarga - Risiko meningkat dua ke tiga kali ganda jika keluarga terdekat seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara mempunyai sejarah barah payu dara. 3. Sejarah barah - Pesakit barah payu dara berisiko tinggi mengalaminya sekali lagi. 4. Sejarah haid dan pembiakan - Wanita yang mengalami masalah reproduktif, iaitu didatangi haid pertama pada usia awal iaitu 9 tahun dan putus haid pada usia agak lewat (55 tahun ke atas). Namun, melahirkan anak mengurangkan risiko

barah ini, terutama jika kelahiran anak pertama berlaku sebelum ibu mencapai usia 30 tahun. 5. Pemakanan - Pengambilan lemak berlebihan meninggikan risiko barah. Wanita digalakkan mengambil banyak sayur-sayuran. 6. Pengambilan hormon Wanita putus haid yang mengambil hormon terapi gantian (HRT). 7. Obesiti - Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan. Berat badan unggul bergantung kepada ketinggian dan rangka badan. Sentiasa pantau Indeks Jisim Tubuh (BMI) untuk kekalkan berta badan ideal.

Berapa kerap PSP patut dilakukan? Sebulan sekali bagi mereka yang masih mengalami datang bulan atau haid. Waktu sesuai ialah pada hari ketujuh hingga 10 selepas haid. Bagi wanita putus haid, ambil satu hari yang mudah

Langkah 1: Persediaan. Mulakan dengan payu dara kanan. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut. Letakkan bantal atau tuala mandi yang dilipat di bawah bahu kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian, letakkan tangan kanan di bawah kepala dan gunakan tangan kiri untuk periksa payu dara kanan. Terdapat dua kaedah digunakan untuk pemeriksaan itu iaitu kaedah urutan menegak (vertical strip) dan pusingan (circular). Langkah 2: Kaedah urutan menegak. Periksa seluruh kawasan payu dara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka atas garis coli (bra-line) di bahagian bawah dan dari garis tengah kedua-dua payu dara hingga ke garis tengah di bawah ketiak. Mulakan urutan pertama di ketiak. Buat pusingan ringan dan kemudian tekan kuat untuk mengesan sebarang benjolan atau penebalan. Gerakkan tangan perlahan-lahan menggunakan pusingan ringan ke bawah dan atas garis coli dan lakukan tekanan kuat di setiap bahagian. Di bawah garis coli, gerakkan tangan lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan atas menuju tulang selangka dengan melakukan pusingan dan tekanan. Langkah 2: Kaedah urutan menegak. Periksa seluruh kawasan payu dara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka atas garis coli (bra-line) di bahagian bawah dan dari garis tengah kedua-dua payu dara hingga ke garis tengah di bawah ketiak. Mulakan urutan pertama di ketiak. Buat pusingan ringan dan kemudian tekan kuat untuk mengesan sebarang benjolan atau penebalan. Gerakkan tangan perlahan-lahan menggunakan pusingan ringan ke bawah dan atas garis coli dan lakukan tekanan kuat di setiap bahagian. Di bawah garis coli, gerakkan tangan lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan atas menuju tulang selangka dengan melakukan pusingan dan tekanan. Langkah 3: Kaedah pusingan. Bermula di atas payu dara. Lakukan pusingan besar seluruh payu dara sambil memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan luar biasa. Buat sekurang-kurangnya tiga pusingan kecil hingga ke puting. Lakukan kaedah ini dua kali tekanan, iaitu ringan dan kuat. Jangan lupa periksa bawah areola, kawasan hitam pada puting.

Langkah 4: Periksa lelehan. Periksa lelehan di puting payu dara. Gunakah kedua-dua belah tangan. Tekan payu dara untuk lihat sebarang lelehan luar biasa dari puting.

diingat dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir.

Tanda-tanda barah payu dara: 1. Ketulan dalam payu dara. Ia tidak menimbulkan kesakitan. Kebiasaannya disedari secara tidak sengaja semasa mandi atau PSP. 2. Ketulan kelenjar yang membesar di ketiak. 3. Cairan seperti darah atau nanah keluar dari puting. 4. Perubahan warna kulit payu dara seperti kulit limau oren yang berlubang kecil. Ini menunjukkan barah sudah merebak dan kemungkinan besar saluran limpa tersumbat.

Langkah 5: Periksa ketiak. Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan periksa ketiak dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.


HAWA

Transisi

TEMA IPI S S E

IK

R

20

Bihun Goreng Singapura BAHAN-BAHAN: 600gm bihun 100gm daging ayam 250gm udang segar 250gm tauge 100gm kucai BAHAN TUMBUK: 2 sudu besar lada hitam 4 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih

CARA MEMBUAT: • • • • • •

Kahwin muda ketika usia 14 tahun Oleh Siti Nurmah Wasilan

P 1 batang lobak merah (dipotong halus) 3 keping tauhu (digorengkan dan dihiriskan nipis) 2 biji limau nipis 3 sudu besar minyak Daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan] Garam Air

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Masukan daging ayam. Selepas ayam masak, masukkan udang, garam dan air. Kacau rata. Masukkan lobak merah dan bihun. Gaulkan hingga sebati. Masukkan taugeh, tauhu dan kucai apabila bihun lembut. Goreng hingga masak.

16 - 29 JULAI 2010

ASTINYA menjadi satu persoalan dalam kalangan masyarakat apabila seorang gadis, mendirikan rumah tangga pada usia terlalu muda iaitu ketika berusia 14 tahun. Nurul Arianty Ajman dan suaminya, Abdul Manaf Muslihon, menganggap jodoh mereka sebagai rezeki. Nurul, 14, berkahwin dengan Manaf yang berumur 27 tahun semasa itu. Nurul kini berusia 23 tahun, dan suaminya, 36, hidup bahagia dengan dikurniakan tiga anak, Nur Hidayah, 8, Muhammad Ilham, 6, dan Muhammad Idham, 3. Dalam hal Nurul dan suaminya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkannya mengangkat sumpah di Mahkamah Syariah untuk memastikan tiada paksaan daripada mana-mana pihak. “Saya dan ayah diminta oleh JAIS untuk mengangkat sumpah di Mahkamah Syariah Sungai Manggis, Banting sebagai syarat membenarkan untuk berkahwin memandangkan ketika itu saya masih di bawah umur,” katanya.

NURUL... Perlu betul-betul bersedia. Jarak usia sebanyak 13 tahun bukan penghalang meneruskan hajat untuk berkahwin, malah perkahwinan mereka direstui oleh keluarga. Pengajian Nurul di sekolah menengah bagaimanapun tidak dapat diteruskan kerana keluarganya mempunyai masalah kewangan. Menurutnya, berkahwin dalam usia yang muda banyak mengajarnya erti tanggungjawab dan berdikari untuk menguruskan rumah tangga. Hal itu menjadikannya lebih matang seiring dengan status sebagai isteri.

“Dahulunya kerja-kerja di rumah, saya hanya melihat ibu menguruskannya tetapi kini giliran saya memikul tanggungjawab itu kepada keluarga pula,” katanya. Nurul berkata, dalam melayari alam perkahwinan, persefahaman amat penting untuk memastikan keharmonian rumah tangga, dan sekiranya hal itu tidak diamalkan akan berlaku pelbagai masalah hingga membawa kepada penceraian. “Apabila berlaku perselisihan faham, salah seorang perlu mengalah, bertolak ansur antara satu sama lain supaya usia perkahwinan kekal. Bak kata orang tua-tua, sedangkan lidah lagi tergi-git,” katanya. Suami memberi kepercayaan penuh kepada Nurul, malah tidak menyekat kebebasan untuk berkawan asalkan tidak membuat perkara yang melampaui batas sebagai seorang isteri. “Bukan bermakna apabila sudah berkahwin segala aktiviti dilakukan sebelum ini dihentikan, tetapi ada batasan yang perlu dijaga,” katanya.

CADANGAN HIDANGAN

Tabur hirisan daun bawang dan daun sup serta makan panas-panas.

BAHAGIA... Bersama tiga anaknya.


16 - 29 JULAI 2010

Transisi

HAWA

21

Tudung ARIANI Citarasa terkini Oleh Siti Nurmah Wasilan

“Tudung ini tidak perlu digosok dan sangat menjimatkan masa.” - Ariza Ibrahim WARDINA

EKIN

R

EKAAN moden dan terkini Galeri Muslimah Ariani Skaf dan Selendang semakin mendapat tempat di hati wanita muslimah sejak dipasarkan pada 2008. Reka bentuk tudung ARIANI sangat ekslusif berbanding tudung jenama lain kerana kaedah pemakaiannya mudah dan tidak merumitkan pemakai. Kesibukan wanita masa kini, terutama bagi mereka yang bekerjaya menjadikan produk Ariani sebagai koleksi peribadi yang boleh dipakai dengan pantas tanpa penjagaan rapi. Pengurus ARIANI Gallery di Jalan Masjid India, Noor Faridzah Othman, 29, berkata,

keistimewaan tudung ARIANI adalah di segi penggunaan dan penjagaan yang menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. “Tudung jenama ARIANI seperti Tiara Printed, Tiara Diamond, Tiara Beaded dan Tiara Ekslusif sangat mudah digunakan. Hanya sarung saja di kepala dan ia juga menjimatkan masa. “Selepas menggunakan tudung Ariani seharian, pengguna hanya perlu basuh dengan cara mencelup dalam air bersama pewangi pakaian. Tidak perlu gosok kerana ia akan merosakkan fabrik,” katanya.

Kepelbagai corak yang ekslusif menjadikan ARIANI sebagai inspirasi wanita hari ini untuk tampil anggun dan bergaya, manakala fabriknya menjamin keselesaan pemakai. Noor Faridzah berkata, fabrik tudung ARIANI diimport dari Itali, Perancis, Jerman dan Turki yang terdiri daripada fabrik berjenama terkenal antarabangsa seperti Valentino, Bonasera, Pierre Cardin dan sebagainya. “ARIANI memilih jenama antarabangsa bagi menjamin kualiti dan keselesaan pemakai. Kami juga menawarkan harga berpatutan,” katanya. Dalam perkembangan lain, Ariani baru saja mengeluarkan

satu lagi jenama tudung terbaru iaitu Ariani Platinum yang dihasilkan pereka dari Itali. Tudung tersebut menggunakan rekaan moden dan terkini yang dihiasi batu Swarovski serta sulaman menarik dengan menggunakan teknologi cetakan dakwat digital. Sejak tudung ARIANI dipasarkan pada 2008, Ekin atau nama sebenarnya Nora’ Asikin Rahmat menjadi duta kepada produk ARIANI sehingga kini, manakala Wardina Safiyyah dilantik menjadi duta ARIANI PLATINUM pada 2010 yang mempunyai rekaan lebih eksklusif.

Pelanggan setia ARIANI, Ariza Ibrahim berkata, tudung Ariani menjadi jenama kegemarannya kerana cara memakainya tidak rumit. “Tudung ini tidak perlu digosok dan sangat menjimatkan masa. Rekaan ARIANI sangat eksklusif kerana menggunakan konsep sarung saja di kepala. Malah, tidak perlu menggunakan butang terlalu banyak untuk merapikannya,” katanya. Selain itu, pengunjung ARIANI juga diberikan khidmat nasihat percuma mengenai cara memilih tudung sesuai dan teknik pemakaian tudung.

TIP Memakai selendang Chiffon Printed

1

Bahagi selendang dua bahagian, kanan panjang dan kiri pendek. Sematkan dengan butang di bawah leher.

2

Tarik bahagian hujung kanan selendang, kemudian lilit atas kepala.

3

Lilit selendang dengan rapi agar tidak longgar.

4

Sisipkan jarum di hujung selendang.

5 Imej selendang dari belakang.

6 Boleh dipadankan dengan pelbagai pakaian lain sama ada kasual, formal atau santai.


22 UJI MINDA

S u d o

2 9

4 6

4 8 1 6 3

k u

Transisi

5

9 2 4 6

Anda

8 1

04/10 Teka Silang Kata

4 9 7

1

7

2

4

1. Membungkus sagu 5. Tewas dalam permainan 6. Latihan Industri 7. Reban 9. Kewangan 10. Silap

5

2 6

6

7

3 9

KE BAWAH

8

2. Anggota pertubuhan 3. Penduduk asli Afrika 4. Kata penunjuk untuk benda 6. Lembut 7. Kawasan di antara dua tiang 8. Huruf ke-25 abjad jawi

9

10

peka?

Cari 6 perkara yang sama tapi tak serupa

MELINTANG

3

4

6 5 9

16 - 29 JULAI 2010

Cita-cita pelajar Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarpelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri dan memberitahu cita-cita mereka. Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”. “Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?” tanya cikgu. Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel.” “Bagus. Jadi suri rumah tangga adalah cita-cita mulia. Siapa lagi?” Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, apabila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”

A

Anda Peka

Jawapan

1

Bilangan 03

2

4

3

Sudoku

B

4 2 1 8 9 7 6 3 5

9 3 8 1 5 6 2 7 4

5 7 6 2 4 3 1 9 8

3 5 9 6 1 4 8 2 7

2 1 7 3 8 9 4 5 6

6 8 4 7 2 5 3 1 9

5

8

1 4 5 9 3 8 7 6 2

7 9 2 4 6 1 5 8 3

8 6 3 5 7 2 9 4 1

9

6

7

Teka silang kata 03/10 Melintang 1. Karang 5. Letup 6. Dan 8. Dagel 11. Acap 13. CM 14. Da 15. EU

Ke bawah 2. Agenda 3. Abung 9. Api 10. Ece 11. AD 12. Ca


23

Transisi

www.transisi.com.my

16 - 29 JULAI 2010

JIMAT 20%

ya!

BORANG LANGGANAN

saya ing melanggin an

ak

TRANS hbar ISI

BUTIRAN PERIBADI Nama

:

No KP

:

Tarikh Lahir

:

Alamat

:

Telefon bimbit

:

Faks

:

Emel

:

Tel (Pejabat):

BUTIR LANGGANAN Status langganan: TRANSISI :

Baru Pembaharuan Persendirian 26 keluaran - RM52.00 13 keluaran - RM26.00

BUTIR BAYARAN Amaun : Wang Pos

Cek

POS KEPADA Bahagian Langganan Universiti Utara Malaysia - Transisi 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Azizi, 50300 Kuala Lumpur

Bank Draf

(Dibayar atas nama ‘Bendahari Universiti Utara Malaysia’) Pembayaran melalui akaun Bank Islam

Korporat

(Acc No: 02093010000010)

No : (Sila tulis nama di belakang Cek/Wang Pos/Bank Draf)

Tel: 010 5223832 Fax : 03-26949228 emel: khairi.transisi@gmail.com

PROFIL UMUR

:

21-25

26-30

31-35

36 DAN KEATAS

PENDIDIKAN

:

Diploma

Ijazah

Lepasan Ijazah

Lain-Lain

JAWATAN

:

Eksekutif

Pengurus

Pengurus Besar

Pengarah

Pelajar

BAGAIMANA ANDA MENGENALI TRANSISI? :

DIMANA ANDA DAPATKAN NASKAH ANDA ?:

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Universiti Utara Malaysia - Transisi 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Azizi, 50300 Kuala Lumpur Tel : (010) 522 3832 Faks: (603) 26949 228 Emel : khairi.transisi@gmail.com

Syarat-syarat langganan • Pembayaran tidak akan dikembalikan untuk pembatalan langganan.


24

Transisi

HIBURAN

16 - 29 JULAI 2010

Seni interdependent gaya Frinjan Pengunjung membelek buku di Pekan Frinjan.

Oleh Wan Azuraina Meor Abdullah UMPULAN seni bebas, Frinjan pada 3 Julai lalu mengadakan acara Pekan Frinjan kali ke-13 bertempat di Laman Menara Jam, Shah Alam, Selangor bertemakan kemanusiaan dan ketuhanan. Frinjan, berasal daripada perkataan fringe, adalah gerakan interdependent (saling bergantung) daripada kelompok bebas, menggabungkan kumpulan anak muda dan veteran yang bergiat aktif dalam seni sastera dan muzik secara intelektual, pembudayaan dan pengembangan sosial masyarakat. Namun, Frinjan tidak membezakan mana-mana golongan indie dan matlamat kewujudan kumpulan itu adalah mencipta gerakan mengangkat seni daripada bahanbahan sastera pinggiran. Penganjur Frinjan, Amri Rohayat Ahmad Rani berkata, fringe bukan bermaksud ia dipinggirkan, tetapi bertujuan membawa seni dan sastera pinggiran kepada umum serta dibudayakan oleh masyarakat. “Frinjan dibawa kepada masyarakat kerana idea-idea sastera dan seni terpinggir jarang diperkenalkan kepada umum,” katanya. Ditubuhkan pada pertengahan 2009, Frinjan menggunakan Pekan Frinjan sebagai platform untuk membudayakan masyarakat

K

satu acara. Gabungan muzik dan penjualan buku-buku ilmiah akan menggamit masyarakat untuk bersama Frinjan,” katanya lagi. Alina Abdullah, juga penganjur Frinjan berkata, Pekan Frinjan terbuka secara percuma kepada umum dan kumpulan itu turut menarik penggerak muzik bebas menyampaikan seni mereka di situ. “Frinjan lebih kepada interdependent, kami mendapat sokongan Tourisme Selangor untuk menganjurkan Pekan Frinjan sebagai aktiviti umum di Shah Alam bagi menarik semua golongan masyarakat terlibat dalam aktiviti lebih berfaedah. “Kami juga mendapat sokongan anakanak muda dan veteran yang bergiat dalam seni bagi menyampaikan muzik dan ideaidea mereka kepada umum,” katanya lagi. Buku-buku dijual di Pekan Frinjan adalah karya penulis tempatan dan Indonesia daripada pelbagai genre yang mengetengahkan konsep ilmiah, kehidupan dan lain-lain. Konsep pasar terbuka (free market) itu, yang diilhamkan daripada penjualan buku seperti di Eropah, mendapat perhatian ulat buku yang sentiasa dahagakan pengetahuan intelektual. Sebagai penganjur, Alina dan Amri Rohayat berharap aktiviti anjuran Frinjan dapat diketengahkan kepada masyarakat luar selain Shah Alam. “Kami akan menyusun setiap aktiviti dan mengumpulkan khalayak umum bagi menguatkan gerakan ini. Kami tidak mahu terburu-buru menaikkan Frinjan hingga hilang keunikan gerakan ini. Perancangan yang baik dalam memantapkan aktiviti perlu diambil kira,” katanya.

melalui pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan yang dibawa terus kepada umum, khususnya di kawasan awam dan jalanan. Pekan Frinjan 13: Manusia Tempang di Bumi Tuhan mendapat sokongan daripada Tourism Selangor dan dibantu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Republik Anak Muda (RAM) dan penganjuran kali ini adalah aktiviti terakhir sebelum tiba Ramadhan dan Syawal. Antara penggiat seni yang muncul membuat persembahan adalah Keladak, Beeha, Meor, Nik, Iqbal M, Grup Epifani Shah Alam. Persembahan kata laung pula disampaikan Hasmi Hashim, Najwan Halimi, Adi Hamka, Fahmee, Ahmad Shafiq Halim dan Sisi Seni. Amri Rohayat berkata, konsep pekan sehari digunakan untuk mengumpulkan penggiat seni dan masyarakat di Shah Alam dengan pelbagai tema digunakan bagi memberikan kelainan kepada mereka. “Idea Pekan Frinjan juga diilhamkan daripada pasar sehari dan gig yang dapat mengumpulkan masyarakat tempatan dalam

AMRI ROHAYAT

10 selebriti

Poster Pekan

Frinjan 13

ALINA

Hollywood paling berkuasa 1. Oprah Winfrey 2. Beyonce Knowles 3. James Cameron 4. Lady Gaga

Bayaran TV/Radio (AS$juta)

RANKING Akhbar Web

Sosial

315

1

5

5

11

87

9

13

2

15

210

21

9

20

81

62

13

4

1

1

105

7

6

35

34

64

15

24

3

2

7. U2

130

54

18

11

28

8. Sandra Bullock

56

6

21

17

62

9. Johnny Depp

75

34

22

16

21

10. Madonna

58

16

3

4

33

5. Tiger Woods 6. Britney Spears

Sumber: Forbes.com (28 Jun 2010)


16 - 29 JULAI 2010

Transisi

HIBURAN

25

Muaz tak kekok beri nasihat Oleh Rudysham Abd Raof

B

IARPUN baru berusia 26 tahun dan boleh dianggap masih mentah dalam dunia kehidupan, namun ia tidak menjejaskan DJ remaja popular masa kini, Muazanazzuddin Mohamed untuk memberi nasihat ala ‘guru kaunseling’ kepada pendengar Radio MuzikFM menerusi celotehnya.

Muaz (duduk tengah tiga dari kanan) bersama rakan setugas di MuzikFM. Faktor usia tidak penting untuk memberi nasihat kepada mereka yang lebih tua, tetapi DJ yang hanya dikenali sebagai Muaz ini mengatakan bahawa setiap individu terutama remaja sepertinya perlu berfikiran positif dan harus menghargai orang di sekeliling. “Sebelum memasuki konti untuk bertugas, saya selalu berdoa agar tidak terlepas kata ketika menyampaikan sesuatu ucapan. Saya perlu jaga pertuturan dan harus jujur dalam setiap perkataan yang ingin disampaikan. Lebih penting, kita perlu sentiasa gembira dan ceria. “Inilah semua elemen yang perlu ada dalam diri saya sebelum memasuki konti. Ia dapat membantu saya membina keyakinan diri serta meningkatkan emosi saya ke tahap terbaik. Jadi, bila memberi nasihat sudah tentu yang ikhlas daripada saya. “Saya tidak bimbang jika ada suara nakal di luar sana mengatakan usia baru setahun jagung nak nasihat orang. Kata-kata ini tidak sedikitpun mengguris hati saya kerana sudah tentu membangkitkan lagi semangat saya untuk terus berkarya di konti. “Ini kerana saya ikhlas memberi pandangan dan sudah pasti mahu semua pendengar mengambil inisiatif setiap nasihat saya,” kata Muaz, asal Ampang Selangor yang memulakan tugas sebagai DJ di Radio MuzikFM sejak tiga tahun lalu. Sememangnya Muaz bukan sahaja bergelar DJ kerana berbekalkan wajah tampan dan menarik, beliau pernah mengendalikan beberapa program televisyen serta suara yang mampu menambat hati pendengar. Mengimbas kembali detik awalnya terlibat dalam bidang pengacaraan, pemilik Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan Kepujian (Penyiaran) dari Universiti Teknologi

Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor ini pernah mengendalikan program Lanskap terbitan Unit Pembangunan dan Pertanian, RTM selama dua musim berturut-turut. Muaz turut diberi peluang mengacarakan program Karyawan Muda hasil usahasama antara Kementerian Penerangan Malaysia menerusi dua jabatan lain iaitu Filem Negara Malaysia (FNM) dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM). Diminta berkongsi pengalamannya dalam bidang pengacaraan dan sebagai DJ, dengan nada bersungguh, Muaz menyatakan, “Sejujurnya saya gembira dan bersyukur dengan kerjasama diberikan semua pihak, terutama DJ lebih senior yang sentiasa menyokong apa sahaja input tambahan setiap kali bersiaran di udara. “Malah pada masa sama situasi ini memberikan saya mood yang lebih santai dan tidak nampak kaku sewaktu menyampaikan se-suatu perkembangan mutakhir atau mengacarakan sesuatu program. “Apa yang saya mahu lakukan mesti sempurna kerana saya mahu menyumbang sesuatu dalam bidang yang saya ceburi. Jadi setiap identiti kebangsaan serta seni, budaya dan warisan peradaban bangsa perlu saya perkukuhkan,” katanya yang sentiasa menguntum senyuman. Ditanya sama ada dua bidang yang dicebu-rinya iaitu sebagai penyampai radio dan pe-ngacara televisyen mampu mengganggu tugas, Muaz secara jujur menerangkan ia sememangnya awal-awal lagi dipastikan tidak bertentangan dengan jadualnya kerana penggambaran dilakukan waktu siang manakala dia bertugas di konti sebelah malam. “Malah, pada masa sama saya masih sem-

Muaz (kanan) ersama rakan DJ dalam satu acara anjuran RTM. pat meluangkan masa melakukan hobi saya termasuk melancong, mendengar muzik, futsal dan menonton wayang bersama temantemannya,” katanya. Muaz turut ditanya sama ada dia akan meneruskan kerjaya sebagai DJ dalam tempoh lama, “Saya percaya kerjaya ini boleh bertahan lama dalam diri saya. Apa yang penting kita harus tahu bagaimana menyesuaikan diri dan

cara persembahan harus mengikut peredaran masa supaya dapat diterima masyarakat. “Namun, saya masih mempunyai cita-cita yang lebih besar. Saya mahu mempunyai kedai pakaian yang mempunyai jenama sendiri dan selain itu akan akan berusaha menjalankan perniagaan makanan dengan membuka restoran yang bakal diusahakan bersama keluarga tersayang,” katanya.

TENANG... Pengalaman tiga tahun banyak mengajar Muaz.

PETAH... Aksi Muaz dalam konti MuzikFM.


26

Transisi

POTRET

16 - 29 JULAI 2010

Demam Bola

02.7-15.07.

Edisi Ketiga Julai 19 REJA B-

2010

3

BILANGA 03 SYAABAN 1431H N: 03/20 10

IKON

Islam man keliru baragsa t

Saya jogin setiap Ahadg

GLOBAL

Gaz

trans

isi.co

ham Abd

TIADA istila

Raof

h ‘sem

IKON

Rashid teringin menyanyi

8 - 33

aya

>> MUK

A4&5

MENTERI mahasisw Pengajian Ting gi, bersabun a yang baru mem Datuk Seri Moh g amed asuki alam tanpa diku nyawa untuk universit Khaled Nordin berjihad asai seba i tidak ubah berkata, ke jalan rang gang perjuanga seperti guan anas Allah dan perlu n menjagan tentera yang ir luar. ya deng an tertib

9 BICARA Sketsa Qaliff Umar

40

Luahan do Reaksi

angat yang penyiaran , Ashwad hilang’ dalam kamu oleh rejim Isma Zionis ketik il walaupun s wartawan menjadi untuk misi a mengiku tawanan penghant selama Palestin aran bant ti pelayaran kapa di Gaza uan kema l ‘Mavi Marm28 jam , bulan nusiaan lalu. ara’ kepada rakyat

Mahasis ikhlas wa perlu

3

Akhbar Dua Minggu Sekali

24

m.my

gamitas Oleh Rudys

7.2010

RAJA-RA JA MELAYU

25 N

HIBURA www.

18.06 - 01.0

Edisi Kedua 05 REJAB Jun -

BILANGA 18 REJAB 1431H N: 02/20 10

12

Akhbar Dua Minggu Sekali

Dapatkan Transisi di kedai berhampiran anda. Jumpa kami di www.facebook/Transisi. Kunjungi laman web www.transisi.com my. Sebarang pertanyaan sila email transisi.mail@gmail.com

RM2.50

Lain daripada yang lain

RM2.50

SOKONGAN... Para penyokong pasukan Sepanyol dan Belanda yang menonton di layar gergasi di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 12 Julai 2010.

“S

EBAGAI anggota saya mem tentera, wajib Kesultana pertahankan instit luahan n Melayu”. usi Paka Itulah man (Phys r Perubatan Penyakit juga dokto ician), Kolonel DalaDr Amir r peribadi Tuanku Ramli, Ismail Petra Sultan Kelan tan, Menurut . lukan perkeDr Amir, pelantikann ya mem Dipertuan nan Seri Padu erka Bagin Agong dan lebih besar tanggungja da Yang wabnya Kementeria berbanding dokto r di bawa n Kesihatan. h Justeru, selaku pega beliau bukan wai keraja an, tugas wajib mem saja merawat pesakit, malah daripada pertahankan kedau anasi latan nega Ikuti luaha r tidak bertanggu ra ngjawab. pada penu n Dr Amir secar a eksklusif lis Trans RUDYSHAM isi, RAZA keLI YAHA ABD RAO NORATIK F dan jurufo YA, AH AB RAHIM to, mengenai tugas

Dr Amir

ketika memb

erikan panda

ngannya.

ktor Su

ltan

beliau ketika bertugas tor perib sebag adi awal bagin Sultan Kelantan ai doksejak dari Mahkota da dibawa pulan g ke Istana Kubang Kerian, selepas Kelantan menja Mount Elizab lani rawatan di Hosp eth, Singa lalu. pura, awal ital Mac “Pertama Sultan dalamkali saya berte mu Tuan pesaw khas Keraj at penerbang ku an saya diban aan Malaysia. Ketik tu Kolon a itu, zaman, salah seorael Dr Razin Kama baginda, rulng dokto juga Paka r peribadi bangan r Perubatan yang Penerportasi udara arif mengenai isu trans . >> Lihat

Lagi berit a • Detik cemadi muka 5 s Dr Amir

MUKA 4

>> MUK

A2

Untuk tempahan iklan: (012) 273 5464/ (012) 311 3907


16 - 29 JULAI 2010

Transisi

JOM CUTI

27

Kimchi tarikan Seoul Oleh Ika Destiana Yang melawat ibu kota Korea Selatan baru-baru ini.

SEOUL adalah tempat cuti yang sesuai untuk dikunjungi tahun ini kerana Korea Selatan sedang melancarkan kempen “Visit Seoul 2010�. Korea bukan sahaja terkenal dengan drama-drama seperti Winter Sonata, Autumn In My Heart, Full House dan Dae Jang Geum bahkan ia juga memiliki banyak tempat menarik. Terdapat lima istana besar di Seoul dan yang terbesar ialah Gyeongbokgung yang merupakan istana tertua di zaman Dinasti Joseon yang dibangun tahun 1392. Istana ini dikenali sebagai simbol daripada Dinasti Joseon. Di dalam istana juga terdapat National Folk Museum (Muzium Kebudayaan Nasional) yang mempamerkan pelbagai barang tradisional tentang cara hidup orang Korea pada zaman dahulu. Istana Changgyeonggung dan Changdeokgung yang terletak di sebelah timur Hanyang yang dibangunkan sekitar abad ke-15 sebagai tempat istirehat raja. Istana Changdeokgung adalah salah satu istana Dinasti Joseon yang memiliki senibina indah dan masih terpelihara keasliannya, malah ia dinobatkan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO. Istana Deoksu memiliki keunikan seni bina tersendiri, gabungan daripada seni tradisi dengan Barat. Tempat menjalankan upacara ritual berada di Istana Jongmyo. Istana ini adalah kuil Confucius yang dibuat untuk menyimpan khazanah daripada kerabat diraja Dinasti Joseon. Bagi mereka yang ingin menik-

ersama rgambar b Penulis be chool di Kimchi S mati keindahan alam, pulau Nami, terletak 63 kilometer dari Seoul, adalah pusat peranginan yang harus dikunjungi kerana pulaunya berbentuk seperti daun yang mengapung indah di atas tasik Cheongpyeong. Pulau Nami terkenal dan menjadi perhatian penggiat perfileman tempatan untuk menjalani pengambaran drama Korea seperti drama Korea Winter Sonata. Alpensia dibuka pada penghujung 2009 dan menjadi tempat bermain ski paling terkenal. Ia dibina dengan hasil daripada inspirasi Banjaran gunung Alpensia yang terdapat di Eropah. Menara Namsan, atau yang dikenali juga sebagai Menara Seoul, memiliki ketinggian 480 meter dan di dalam kawasan

ini terdapat muzium Teddy Bear yang mempamerkan pelbagai bentuk Teddy Bear yang memaparkan kehidupan tradisonal dan moden masyarakat Korea. Everland ialah taman tema yang terdapat taman empat musim dengan menawarkan keindahan bunga, khususnya bunga tulip. Terdapat juga roller coaster pertama yang dibuat daripada kayu. Setelah puas menjelajah sekitar Seoul, kini tiba masanya menyaksikan Jump Show iaitu pertunjukan bisu tanpa suara yang menggunakan seni silat tae-kwan-do sebagai teknik penceritaan. Ia sangat menghiburkan sehingga tidak kering gusi. Jika anda pergi ke Seoul, tidak

Keindahan 4 Seasons Garden yang memukau

Monumen drama Winte r Sonata di Pulau Nami

lengkap sekiranya tidak menikmati keenakan kimchi. Kimchi ialah makanan utama penduduk Korea sama halnya dengan nasi. Pagi, siang, ataupun malam makanan Kimchi sentiasa ada dalam hidangan. Kimchi mempunyai banyak khasiat, salah satunya ialah anti penuaan. Jika anda ingin melihat cara pembuatan Kimchi, anda boleh mengunjungi Kimchi School dan belajar terus di sana malah berpeluang mencuba Hanbok iaitu pakaian tradisional Korea. Selain itu, ada juga Bulgogi iaitu potongan daging kerbau yang dipanggang dengan kicap, minyak bijan, bawang putih, bawang bombai dan lada hitam. Hidangannya disajikan di atas

Antara bahan-bahan membuat kimchi, makanan tradisional Korea

bara api. Samgyetang atau sup ayam ginseng, sup ini berisi seekor ayam muda direbus dengan api kecil selama dua tiga jam hingga empuk. Samgyetang bukan hanya dimakan untuk mengubati penyaki malah, protein dan mineral sup ayam ginseng sebagai ubat dipercayai boleh mencegah penyakit. Bagi anda yang suka membeli-belah, antara tempat paling terkenal ialah Myeongdong yang menawarkan barangan berjenama seperti Louis Viton ataupun Gucci. Ia diberi jolokan “Little Tokyo� kerana menjadi tempat tumpuan pelancong dari Jepun dan kerana itu hampir semua peniaga kawasan itu fasih berbahasa Jepun. Jika ingin mendapatkan barang-barang lebih murah, anda boleh datang ke pasar Namdaemun. Pasar Namdaemun menjual semua jenis barangan seharihari daripada pakaian hingga barangan elektronik. Selain itu, pasar Dongdaemun adalah pasar pakaian terbesar di Korea yang menawarkan harga sangat murah. Sebelum pulang ke tanah air, pastinya anda tidak melepaskan peluang untuk membeli ole-ole kepada keluarga dan sahabat handai. Jalan Insadong amat terkenal dengan menjual barangan antik, aksesori dengan harga yang berpatutan.


8

ampus K 16 -29 Julai 2010/04-17 Syaaban1431H

Si kembar Sintok

www.transisi.com.my

Amanah penuhi impian

Prof Dr Mustafa beramah mesra dengan waris di DPP Telekom, UUM.

NC meninjau proses pendaftaran pelajar baru.

Oleh Mohd Azhan Othman Foto Noratikah Ab Rahim

S

INTOK: NAIB Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, kehadiran pelajar-pelajar baru ke UUM adalah amanah yang akan

Kajian Ilmiah

4-5

IPT TAHAP CEMERLANG SETARA 2009 dipikul seluruh warga kerja UUM bagi memenuhi impian mereka bergelar graduan suatu hari nanti.

IPTA

• Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) • Universiti Malaya (UM) • Universiti Putra Malaysia (UPM) • Universiti Sains Malaysia (USM) • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) • Universiti Teknologi Mara (UITM)

>> Muka 3

6

IPTS ar mendeng s pelajar ri a . -w S s A ri Wa an M C di Dew taklimat N

80 pelajar daftar kursus perubatan UM

• • • • • • • • • • •

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Universiti Multimedia (MMU) Universiti Teknologi Petronas (UTP) Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) Sunway University College Curtin University of Technology Kampus Sarawak Monash University Kampus Sunway Taylor’s University College International Medical University University of Nottingham Kampus Malaysia Swinburne University Technology Kampus Sarawak


2

KAMPUS

Transisi

16-29 JULAI 2010

UKM sambut pelajar baru Ambil masa sebulan rancang program orientasi untuk keselesaan

Oleh Wan Azuraina Meor Abdullah

B

ANGI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengadakan sesi pendaftaran pelajar baru bagi 2010/2011 pada 4 Julai lalu dan diteruskan dengan program orientasi hingga 13 Julai. Sesi pendaftaran berlangsung di kampus Induk UKM di Bangi, Selangor, membabitkan 10 kolej kediaman meliputi 3,635 tempat yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar baru tersebut. Naib Yang Dipertua Kolej Ibrahim Yaakub, Siti Noor Aishah Zainal Abidin berkata, persediaan menyambut para pelajar baru bagi sesi 2010-2011 dirancang sejak sebulan lalu sebelum pendaftaran bermula. “Program orientasi ini akan lebih menumpukan kepada hal kehidupan mahasiswa dan politik di kampus supaya mereka dapat bergiat aktif selain bidang akademik,” katanya. Siti Noor Aishah, juga pelajar tahun kedua UKM berkata, peralatan dalam bilik sudah dikenal pasti bagi memberikan perkhidmatan

terbaik kepada pelajar-pelajar baru. “Kami juga sudah seminggu berkampung di kolej bagi memastikan kelengkapan setiap bilik pelajar berada dalam keadaan baik dan menggantikannya dengan kelengkapan baru. “Langsir baru turut dipasang oleh ahli jawatankuasa kolej di setiap bilik bagi memberikan keselesaan kepada mereka. Ini jarang dilakukan sebelum ini,” katanya. Sebagai wakil pelajar di kolej kediaman tersebut, Siti Noor Aishah menasihatkan pelajar baru supaya lebih berdikari dan kerap bertanya kepada senior jika mempunyai sebarang kemusykilan mengenai hal akademik atau kolej. Pelajar baru UKM, Ling Sin Chieng, 19, berkata, sambutan dilakukan pihak kolej sangat teratur dan memudahkan pelajar mendaftar diri di kolej tersebut. “Ini pertama kali saya tinggal di asrama dan berjauhan dengan keluarga di Sarawak. Tetapi,

saya akan cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus dan kawan-kawan baru di sini,” katanya.

Kami juga sudah seminggu berkampung di kolej bagi memastikan kelengkapan setiap bilik pelajar berada dalam keadaan baik dan menggantikannya dengan kelengkapan baru.”

SITI NOOR AISHAH

LING SIN CHIENG

Saya akan cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus dan kawan-kawan baru di sini.”

Urusetia Kolej Seroja sabar melayani pelbagai kerenah.

Sistem MyKad licinkan proses daftar pelajar

Sebahagian AJK Desasiswa membantu menyambut kedatangan pelajar baru.

G

EORGETOWN: Seramai 5281 pelajar mendaftar pengajian di kampus Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang bagi sesi 2010/11. Statistik kemasukan pelajar menunjukkan 535 pelajar

mendaftar di Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, manakala 708 penuntut lagi mendaftar di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan. USM dalam sesi pendaftaran kali ini menawarkan tempat ke-

hari imat semasa endengar takl m r di ha is ar w Ibu bapa dan M. pelajar di US n ra ta af nd pe pada 20 pelajar bagi proses ialah Diyana Zuhali Mohamad pengambilan khas di bawah prodan Shahrul Anuar Ibrahim sergram warga emas, budaya dan ta gimnas negara, Wan Siti Hasukan. niza Wan Izhar. Antara pelajar yang Sejumlah 53 pelajar luar nemendaftar di bawah program gara didaftarkan untuk program sukan ialah atlet-atlet Sukma pengajian ijazah sarjana muda

termasuk dari Nigeria, China, Indonesia, Iran, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan lain-lain. Dalam hal lain, sesi kali ini menyaksikan USM menggunakan sistem MyKad bagi membantu memudahkan proses pendaftaran. Sistem itu, yang diperkenalkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Datuk Omar Osman, bertujuan memantapkan proses pendaftaran pelajar baru kali ini. Ini kerana kehadiran ramai pelajar menyebabkan kawasan sekitar kampus dan asrama penuh sesak. Justeru, penggunaan proses berkenaan berupaya mengurangkan tekanan persekitaran semasa hari pendaftaran.


16-29 JULAI 2010

KAMPUS

Transisi

Pelajar baru jatuh hati dengan UUM Oleh Gan Yong Li

S

INTOK: Perasaan ceria dan gembira jelas terpapar pada raut wajah pelajar-pelajar baru yang mendaftar pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk sesi 2010/11 pada 4 Julai lalu. Situasi itu turut dirasai wariswaris pelajar, terutama bagi mereka yang pertama kali menghantar anak melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Salah seorang pelajar baru dari Sabah, Siti Rafidah Lambahid, yang diwawancara di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton menyatakan rasa gembira kerana mendapat tawaran belajar di UUM walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga. “Penginapan dan prasarana disediakan pihak universiti sungguh lengkap. Ini membuatkan saya lebih semangat untuk belajar di sini,” katanya yang mengambil program Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat. Pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Jaymeela Jaya Pragasam berkata, minggu orentasi disediakan pihak universiti akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mendapatkan pendedahan mengenai UUM. “Saya harap keputusan memilih universiti pengurusan ini membuahkan hasil dalam usaha mencapai cita-cita untuk menjadi usahawan berjaya,” katanya.

ingini,” katanya. Seorang lagi pelajar, Liang Seramai 4,776 pelajar baru Chee Khuan, jurusan Sarjana dari seluruh negara mendaftar Muda Kewangan menyatakan di UUM untuk sesi pengajian kali dia sangat bersemangat melanini. jutkan pengajian di UUM kerana Naib Canselor, Prof Dr Mofaktor persekitaran di sini cukup hamed Mustafa Ishak berkata, selesa untuk pembelajaran. walaupun jumlah penuntut agak “Saya harap akan menjadi besar, tetapi penginapan disegraduan cemerlang bagi mediakan cukup untuk menampung menuhi impian keluarga selain kapasiti pelajar tempatan dan ingin mengikuti jejak langkah kakak yang sudah mendapat antarabangsa. “Setakat ini, kita sudah mamsegulung Ijazah,” katanya. Sementara itu, waris pelajar, pu menampung 31,251 pelajar untuk belajar dan menginap Ariffin Saidin berkongsikan rasa gembira kerana berkesempadalam kampus. tan menghantar anak sulung“Pihak pengurusan universiti nya melanjutkan pengajian di turut memperuntukkan RM9.04 UUM. juta untuk menaik taraf pra“Perjalanan dari Ipoh ke sarana dan kemudahan sekitar UUM berjalan lancar dan kami kawasan kampus bagi menyesekeluarga menginap di Jitra. diakan persekitaran pembeSaya sangat gembira kerana ini lajaran kondusif,” katanya ketika adalah kali pertama kali saya ke membuat tinjauan sempena pensini untuk menghantar anak sudaftaran pelajar baru UUM. lung saya,” katanya. Seorang lagi waris pelajar, Ahmad Tarmizi Yunus dari Raub, Pahang yakin UUM dapat mewujudkan suasana pembelajaran selamat dan tenang untuk pelajarpelajarnya menimba ilmu. “Lokasi UUM yang jauh dari kebingitan kota dapat membantu pelajar mengelak diri daripada terjebak Suasana ceria sepanjang sesi suai gejala sosial yang tidak dikenal pelajar di DPP Proton.

“Kami terima kehadiran pelajar-pelajar baru ini sebagai satu amanah untuk mendidik mereka hingga berjaya menggenggam segulung ijazah selepas tamat pengajian kelak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Naib Canselor Bersama Waris Sempena Minggu Suai Kenal 2010/2011 di Dewan Muadzam Shah (MAS), UUM, Sintok pada 5 Julai lalu. Mustafa turut menasi-

hatkan pelajar supaya mempersiapkan diri di segi mental dan fizikal dalam mengharungi kehidupan kampus untuk mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Baginya, tiada alasan untuk gagal meraih kejayaan kerana kemudahan disediakan UUM adalah bertaraf kelas pertama. Ibu bapa juga diminta sentiasa prihatin dengan perkembangan anak-anak di universiti bagi memastikan mereka tidak terpesong daripada matlamat asal sebagai mahasiswa.

Sesi kali ini menyaksikan 4,667 pelajar dari seluruh negara mendaftar sebagai mahasiswa UUM untuk mengikuti pelbagai program pengajian ditawarkan. “Seramai 2,752 pelajar mendaftar di Kolej Perniagaan, Kolej Sastera dan Sains (1,302) serta Kolej Undang-Undang dan Pengajian Antarabangsa (613). Daripada keseluruhan pelajar, 77 adalah pelajar asing,” katanya. Mustafa berkata, keseluruhan pelajar UUM kini berjumlah 31,251 orang mem-

Saya harap akan menjadi graduan cemerlang bagi memenuhi impian keluarga.”

LIANG CHEE KHUAN

Saya harap keputusan memilih universiti pengurusan ini membuahkan hasil dalam usaha mencapai cita-cita untuk menjadi usahawan berjaya.”

SITI RAFIDAH

4,667 pelajar daftar sesi 2010/11

>> Dari muka 1

3

babitkan 1,186 pelajar PhD, Diploma Siswazah (44), Diploma Lepasan Siswazah (780), Sarjana (4,030) dan Sarjana Muda (25,211). Beliau berkata, pihak universiti kini bersedia melakukan perubahan bagi meletakkan imej dan reputasi UUM setanding dengan institut pengajian tinggi luar negara. Antara usaha dilakukan UUM adalah menandatangani 100 memorandum persefahaman (MoU) dengan badan kerajaan dan swasta. “UUM turut menjalinkan

“ JAYMEELA

Penginapan dan prasarana disediakan pihak universiti sungguh lengkap. Ini membuatkan saya lebih semangat untuk belajar di sini.”

kerjasama MoU dengan 35 universiti luar negara seperti Universiti Monash, Universiti Nottingham dan lain-lain,” kata Mustafa. Mengulas mengenai kehadiran ramai pelajar asing, beliau menyatakan kemasukan mereka adalah sebahagian daripada strategi UUM untuk menaikkan nama universiti. “Selepas bergelar graduan nanti, mereka secara tidak langsung akan bertindak sebagai duta Malaysia di negara masing-masing. Ini penting dalam persekitaran diplomatik global hari ini,” katanya.


4

KAMPUS

Transisi

16-29 JULAI 2010

CCTV bantu kenal pasti suspek jenayah Produk baru ciptaan penyelidik UTM Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof Foto Wan Jamal Mohd Ariff (UTM)

KAJ ILMI

Mohd Farid dan komponen CCTV ciptaannya.

N

EGARA pernah digemparkan dengan kejadian tragis kematian Nurin Jazlin Jazimin, 8, pada 20 Ogos 2008 hingga memaksa pihak berkuasa menggunakan khidmat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat untuk mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung pembunuhan kejam itu. Pengecaman semula itu dibuat berikutan kegagalan pihak berkuasa mengesan raka-

man CCTV yang diperoleh dari tempat kejadian untuk mendapatkan wajah sebenar suspek dan nombor pendaftaran motosikal dalam rakaman berkenaan. Ini memaksa pihak berkuasa menggunakan khidmat FBI bagi mengecam kualiti rakaman berkenaan. Antara segmen rakaman itu menunjukkan imej seorang lelaki menaiki motosikal jenis Modenas Kriss dengan membawa

beg sukan dan berlegar-legar di luar sebuah bangunan kedai tiga tingkat di Petaling Jaya pada 16 September 2008. Lelaki itu kemudian mengangkat beg berkenaan dan meninggalkannya di tepi tangga tingkat bawah premis tersebut sebelum beredar dari situ. Harapan mengecam wajah lelaki tersebut gagal kerana imej agak kabur hingga memaksa khidmat FBI digunakan untuk meningkatkan mutu rakaman

CCTV berkenaan, tetapi masih gagal mengenal pasti suspek pembunuh. Sebenarnya, memang sukar atau mustahil meningkatkan mutu rakaman CCTV yang merekodkan wajah suspek pembunuh Nurin kerana banyak faktor menyebabkan sesuatu rakaman itu tidak dapat ditingkatkan. Jika kita menonton rancangan televisyen (tv) jenayah seperti CSI dan seumpamanya, kita dapati semua imej-imej kabur dapat

dijelaskan dengan begitu baik. Namun, kita sepatutnya faham bahawa ia hanya lakonan yang banyak menggunakan efek khas ke atas sesuatu rancangan tv atau filem. Jalan cerita kehilangan, pembunuhan dan penemuan mayat Nurin jelas penuh dramatik serta menyayat hati rakyat negara ini. Ia bukan saja memberi kesan negatif jangka panjang, malah harapan mendapatkan khidmat pakar FBI yang didakwa


16-29 JULAI 2010

KAMPUS

Transisi

i

Antropometr muka

JIAN IAH

Parut

Tinggi

5

Hasil rakaman menggunakan CCTV gabungan tiga teknologi imej digital.

i

Antropometr badan Mohd Farid menguji kaedah Fotogrametri stereo.

Perbezaan imej rakaman menggunakan penapis infra merah.

Prof Halim (kiri) menunjukkan sesuatu kepada rakan penyelidik, Mohd Farid (tengah) dan Dr Zulkepli. cukup hebat masih tidak mampu menyelesaikan tragedi berkenaan. Bagaimanapun, kegagalan mendapatkan imej jelas suspek pembunuh Nurin itu memberi ilham kepada calon Doktor Falsafah (PhD), Mohd Farid Mohd Ariff dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Mohd Farid, 30, berjaya mencipta CCTV yang dapat membuat rakaman lebih jelas walaupun dalam keadaan gelap selain mampu memberikan maklumat ketepatan identiti suspek. CCTV itu, yang menggabungkan tiga teknologi imej digital iaitu kamera resolusi tinggi, penapis infra merah dan peranti tiga dimensi (3D), adalah pertama seumpamanya di dunia. Ia dibangunkan dua tahun lalu dengan bantuan sepasukan penyelidik Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi (FKSG)

UTM. Mohd Farid, yang baru menamatkan pengajian peringkat PhD dalam Pemetaan Forensik berkata, beliau mendapat ilham daripada kes Nurin Jazlin apabila menyedari imej CCTV di tempat kejadian begitu kabur hingga siasatan sukar dilakukan. Justeru, beliau menggabungkan teknologi kamera video digital dengan 3D terkini dalam kajian Fotogrametri untuk menghasilkan imej lebih jelas bagi memudahkan siasatan terhadap suspek. “Dalam kes Nurin, pihak forensik tidak dapat mengenal pasti imej motosikal di kawasan kejadian kerana ia kabur, tetapi CCTV berupaya merakam apa saja objek bergerak dan selepas diproses ia boleh memberi ketepatan maklumat dalam tempoh hanya 15 minit,” katanya. Mohd Farid berkata, produk berkenaan adalah sebahagian program tesis dan berharap

boleh membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan lebih cepat dan tepat. “Sistem pengawasan keselamatan yang pertama seumpamanya di dunia ini dihasilkan berasaskan gabungan teknologi pengimejan moden dan bidang geomatik. “Ia membabitkan tiga komponen utama iaitu komponen kutipan data secara off-line dan on-line, komponen kolaborasi ruang dan pemprosesan data,” katanya ketika ditemui di UTM Skudai, Johor, baru-baru ini. Sementara itu, Ketua Kumpulan Penyelidikan Fotogrametri dan Pengimbasan Laser FKSG, Dr Zulkepli Majid berkata, komponen kamera itu boleh digabungkan dengan ‘bingkai kolaborasi ruang’ bagi mendapatkan data mengenai suspek dan direkodkan dalam CCTV tersebut. “Antara kelebihan CCTV ini

adalah ia boleh merakamkan imej 3D, manakala imej stereo mampu mengambil dua gambar sekali gus dan menggabungkannya untuk mendapatkan imej lebih jelas menggunakan kamera 6 megapiksel. Sistem infra merah mampu merakamkan gambar ketika gelap selain pengecaman dapat dibuat lebih cepat dan tepat. “Kita juga sedang membangunkan sistem yang boleh mengenal pasti kontur muka jika suspek memakai topeng dan kaedah ini ternyata lebih baik berbanding sistem forensik seperti digunakan Interpol dan FBI,” katanya. Dr Zulkepli berkata, CCTV berkenaan boleh merakam imej bergerak selama tiga hingga empat hari dan jarak rakaman terbaik adalah antara tiga hingga enam meter dengan data boleh dikumpul di dalam pusat penyimpanan CCTV itu atau operasi se-

cara talian terus kepada pelayan (server) utama. Pemprosesan data pula menurutnya, akan menggunakan kaedah fotogrametri yang boleh memberikan imej tepat dan pantas mengenai fizikal suspek. Berbeza CCTV yang menggunakan sistem mono, iaitu hanya mengambil sekeping gambar, harga CCTV baru ini lebih mahal iaitu kira-kira RM6,000 bagi setiap set produk itu dan tidak termasuk sistem pengesanan imej, latihan dan peralatan. “Keseluruhan sistem ini boleh dibeli pada harga RM60,000 dan sesuai untuk pengawasan sekitar kawasan (kawasan bahaya) terpilih. “Bagaimanapun, kita sedang dalam perancangan mereka bentuk bekas CCTV ini bagi membolehkan ia diletakkan di tempat sesuai dan tahan cuaca,” katanya.


6

KAMPUS

Transisi

16-29 JULAI 2010

Bidang perniagaan tarikan baru siswa Oleh Siti Nurmah Wasilan

S

HAH ALAM: Siswazah kini semakin peka terhadap peluang pekerjaan dalam bidang perniagaan tanpa mengira program diambil mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Beberapa pelajar baru yang ditemui ketika mendaftar sesi pengajian 2010/2011 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 4 Julai lalu berpendapat sikap terlalu memilih pekerjaan tidak lagi menjadikan isu besar. Ini kerana siswazah hari ini menyedari bidang perniagaan mampu memberikan mereka peluang menjana pendapatan sendiri. Pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Industri di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Safia Najwa Suhaimi, 20, berkata, minat mendalam

dalam bidang rekaan bukan penghalang untuk menjadikan bidang itu sebagai salah satu cabang perniagaan. “Program pengajian di sini adalah platform kepada saya sebagai persediaan membuka perniagaan berkaitan rekaan apabila tamat pengajian kelak,” katanya. Pelajar program Ijazah Sarjana Muda Grafik dan Media Digital UiTM, Siti Nazira Abdullah, 21, berkata, bidang grafik mampu meraih pendapatan lumayan kepada mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan kerana ia tidak memerlukan banyak tenaga menguruskannya. “Bidang grafik ada banyak cabang. Terpulang kepada minat masing-masing sebagai medan kerjaya masing-masing. Contohnya, pembinaan laman web

bagi tujuan perniagaan tidak perlu tenaga kerja banyak dan rekaan grafik dalam laman web perlu kreatif dan cantik supaya dapat menarik perhatian pelayar,” katanya. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan, Meor Redzuan Meor Mohd Danial, 21 berpendapat siswazah, terutamanya lepasan IPTA perlu bijak merancang masa depan untuk merebut peluang pekerjaan ditawarkan sektor kerajaan ataupun swasta. “Graduan kini lebih fokus untuk mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan kerana terlalu banyak persaingan sesama graduan, terutamanya pelajar IPTA,” katanya. Seramai 14,458 pelajar mendaftar di kampus induk UiTM dan dan cawangan-cawangan lain universiti itu.

MEOR REDZUAN

Graduan kini lebih fokus mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan kerana terlalu banyak persaingan sesama graduan, terutamanya pelajar IPTA.”

SAFIA NAJWA

Program pengajian di sini adalah platform kepada saya sebagai persediaan membuka perniagaan berkaitan rekaan apabila tamat pengajian kelak.”

80 pelajar daftar kursus perubatan UM Oleh Ika Destiana

K

UALA LUMPUR: SerFakulti Perubatan di UM, amai 80 pelajar baru juga universiti terkemuka jurusan perubatan dunia,” katanya. mendaftar di Fakulti PeSementara itu, bapa rubatan Universiti Malaya Sharon, Christopher Yet (UM) bagi sesi kemasukan 2 0 1 0 / 2 0 11 pada 4 Julai lalu. Sesi pendaftaran berjalan lancar dengan pelajar diberikan sambutan mesra oleh seluruh warga universiti. Pelajar ju- Sharon (tengah) bersama bapanya, rusan Sains Christopher dan ibu. Perubatan dari Sarawak, Sharon Yet Xue Chuong Hin tidak dapat Er, 19, adalah antara pelamenyembunyikan rasa jar yang mendaftar di Kolej gembira atas usaha gigih Kediaman Ibnu Sina (KK6), anaknya itu hingga melapenempatan rasmi penuntut yakkannya dipilih melanperubatan UM. jutkan pengajian di Fakul“Walaupun rindukan ti Perubatan UM. kampung halaman, tetapi Christopher menganggap keputusan menghantar saya teruja kerana menjadi salah seorang pelajar anaknya melanjut pengajian

di UM sebagai tindakan tepat berdasarkan kemudahan lengkap disediakan universiti tersebut sepanjang proses pengajian. Minggu suai kenal di Universiti Malaya berlangsung selama seminggu bermula 4 hingga 9 Julai lalu di semua kolej kediaman dan semua pelajar dibantu pembantu mahasiswa yang ditempatkan di setiap kolej. Ketua pembantu mahasiswa di KK6, Lokman Abdul Aziz berkata, program sepanjang minggu suai kenal itu adalah membabitkan aktiviti sukan dan kebudayaan.

Minggu suai kenal memberi peluang kepada pelajar mengenali satu sama lain.

NOTA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 1. Semakan Keputusan e-Rayuan Kemasukan ke IPTA bagi Lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 akan diumumkan pada minggu ketiga Julai 2010. 2. Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Setaraf (ijazah Pertama) sesi akademik 2010/11 adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum untuk menentukan nilai merit seseorang calon.


16-29 JULAI 2010

KAMPUS

Transisi

7

Konsep hijau realisasikan pembangunan lestari Isu pengurusan teknologi alam sekitar jadi fokus ICTOM Oleh Siti Fatimah Abdullah

K

EBANYAKAN syarikat besar yang mencipta inovasi dan kreativiti sedang menuju ke arah teknologi hijau melalui penggunaan teknologi mesra alam bagi menjamin pembangunan lestari. Malah, pembiayaan daripada bank yang memberi keutamaan kepada projek berkonsepkan hijau merangsang lebih ramai pengusaha menguruskan teknologi dan operasi dengan mengambil kira kesan kepada alam sekitar. Timbalan Pengerusi Persidangan Antarabangsa Kedua berhubung Teknologi dan Pengurusan Operasi (ICTOM), Prof Madya Dr Hartini Ahmad berkata, isu ini amat dekat dalam kalangan ahli akademik yang menjalankan pelbagai kajian, di mana hasil dapatan menjurus kepada kelebihan kompetitif berterusan.

“Seminar ini, yang memfokuskan kepada teknologi hijau memberi penekanan terhadap aspek operasi, teknologi, pemasaran dan perniagaan, manakala penyelidikan yang dijalankan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan pertumbuhan. “Justeru, kecekapan operasi perlu diintegrasikan bersama konsep hijau untuk meningkatkan tanggungjawab sosial korporat yang ada kaitan dengan masyarakat dan generasi akan datang,” katanya. Menurutnya, usaha ini membentuk sinergi antara ahli akademik, pengamal profesional dan penyelidik dalam bidang pengurusan teknologi serta operasi untuk mencari solusi bagi menangani masalah yang timbul. Dr Hartini berkata, sebanyak 75 kertas kerja dibentangkan. Antaranya ialah Penilaian Teknologi, Pemindahan Tek-

DR HARTINI AHMAD nologi, Ambilan Teknologi, Pengurusanan Kitaran Bekalan, Pengurusan Operasi, Hak-Hak Harta Intelektual dalam Pengurusan, Technopreneurship, Teknologi Hijau, Robotik dalam Pembuatan, Proses Rekabentuk dan Pembangunan Produk Baru. Menurutnya, lapan kertas kerja bermutu menerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik pada hari

terakhir seminar. Ia seterusnya akan diterbitkan dalam jurnal berwasit iaitu Jurnal Teknologi dan Pengurusan Operasi (JTOM) terbitan Kolej Perniagaan (UUM COB) dan Jurnal Manajemen Teknologi (JMT) terbitan Institut Teknologi Bandung (ITB). Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak menyatakan pengurusan teknologi dan operasi memainkan peranan penting dalam organisasi untuk menguruskan sumber manusia, meningkatkan potensi keuntungan serta mencapai matlamat dengan amalan pengurusan berkesan. Menurutnya, ia ada kaitan dengan amalan bagaimana memberikan perkhidmatan terbaik melalui proses, budaya kerja dan pengurusan berkesan bagi mengelakkan pembaziran. “Prosedur salah menyebab-

kan sesuatu projek tergendala dan mendatangkan kerugian,” katanya sebelum merasmikan ICTOM di Langkawi anjuran UUM COB pada 6 Julai lalu. ICTOM adalah medan pertukaran idea dengan pakar pelbagai sektor dan memberi galakan kepada mereka untuk berkongsi idea, membincangkan isu, cabaran dan strategi, membina jaringan, meningkatkan komunikasi serta kerjasama penyelidik dan pengamal, katanya lagi. Beliau menyifatkan seminar dengan kerjasama ITB itu sebagai perkongsian pintar penting antara Malaysia-Indonesia yang memberi manfaat secara kolektif. Bertemakan Teknologi dan Pengurusan Operasi: Mencari Dinamism, Daya Saing dan Ketahanan, seminar kedua kali ini menarik minat 82 peserta dari pelbagai negara.

Siswa pemangkin negara

S Dari kiri: Prof Dr Hassan Ali, Prof Dr Ku Nor Izah Ku Ismail, Prof Dr Norshuhada Shiratuddin, Prof Dr Mohd Noor Mohd Shariff, dan Prof Dr Che Su Mustaffa.

Lima staf dilantik Profesor

N

AIB Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak menyampaikan watikah pelantikan profesor kepada staf akademik UUM di Canselori pada 29 Jun lalu. Pelantikan tersebut dibuat susulan daripada Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) ke-67 yang meluluskan lima staf akademik untuk dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7). Mereka adalah Prof Dr Hassan Ali, Prof Dr Mohd Noor Mohd Shariff, Prof Dr Ku Nor Izah Ku Ismail, Prof Dr Che Su Mustaffa dan Prof Dr Norshuhada Shiratuddin. Dr Hassan berkata, kejayaan itu adalah pencapaian terbesar dalam hidupnya selepas menimba pengalaman berharga yang membentuk disiplin, komitmen, fokus, semangat berpasukan dan hala tuju minda untuk berjaya. “Inilah saat paling mengembirakan dan menjadi kemuncak kerjaya sebagai seorang ahli akademik,” katanya.

ENATOR Mohamad Ezam Mohd Nor ketika berucap kepada pelajar-pelajar baru Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok pada 6 Julai lalu menggesa mahasiswa meletakkan kepentingan negara melebihi diri sendiri. “Ini prinsip yang harus diamalkan mahasiswa dalam pembinaan negara bangsa,” katanya. Sifat negarawan yang ada dalam diri pemimpin terdahulu patut menjadi ramuan penting supaya mahasiswa tidak terpesong dengan anasir yang boleh memusnahkan negara. Justeru, mahasiswa patut memahami dan mengenali pengasas sesebuah negara agar semangat perjuangan merekadapat diselami. Ezam berkata, mahasiswa bukan sekadar mengenali nama seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan dan Datuk Onn Jaafar sebagai pengasas negara, tetapi juga harus mencontohi semangat serta pengorbanan

Mereka mesti menggunakan saluran betul bagi mengkritik atau mencadangkan sesuatu kepada Kerajaan atau badan-badan tertentu.”

mereka untuk memartabatkan negara. Menurutnya, mahasiswa seharusnya memiliki keberanian, kekuatan dan semangat mempertahankan negara. “Mahasiswa mempunyai kedudukan yang hebat. Mereka mesti menggunakan saluran betul bagi mengkritik atau mencadangkan sesuatu kepada Kerajaan atau badan-badan tertentu,” katanya lagi. Beliau berkata, mahasiswa perlu ada sifat negarawan dalam diri masing-masing kerana sesebuah negara atau tamadun akan musnah jika meletakkan kepentingan politik melebihi diri sendiri sebagai keutamaan.

MOHAMAD EZAM Ezam berkata, cabaran utama dalam pembinaan negara dan bangsa adalah rasuah kerana sesebuah negara akan musnah serta hancur apabila gejala itu berleluasa. “Saya berharap agar graduan UUM dapat memberi keyakinan dan janji untuk memikul tanggungjawab dalam membantu membangunkan negara. Ini kerana mahasiswa adalah entiti untuk menjadi seorang pemimpin pada suatu hari nanti,” katanya.


8

KAMPUS

Transisi

Si kembar Sintok

Oleh Gan Yong Li Foto Saiful Bakhtiar Othman

Tugas kami sekarang adalah untuk belajar bersungguhsungguh bagi tidak mengecewakan keluarga yang banyak berkorban kepada - Adila kami.”

Animala (kiri) dan An ikala mengambil jurusan sama di UUM. Adila (kiri) bersama kembarnya, Amira.

B

EBERAPA pelajar kembar menjadi tumpuan ramai ketika mendaftar sesi pengajian 2010/2011 di kampus induk Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok pada 4 Julai lalu. Pasangan kembar, Animala Ramachndran dan Anikala Ramachndran bukan saja mempunyai paras rupa sama, tetapi turut mengambil program pengajian sama dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan. “Kami gembira kerana dapat

melanjutkan pengajian di universiti sama. Kami juga ingin mengikuti jejak kakak yang pernah melanjutkan pengajian di sini dan tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa,” kata Animala. Menurutnya, mereka berdua terpaksa membantu bapa berniaga pada waktu pagi selain memenuhi tanggungjawab sebagai pelajar pada waktu petang. Hasilnya, semua pengorbanan itu tidak sia-sia apabila mereka berjaya menjejakkan

40 B lepasan SPM daftar UUM

ERKAT usaha gigih dan doa, Nor Atiqah Mohamad Zainudin, 18, berjaya tersenarai dalam kalangan 40 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendaftar sebagai penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 4 Julai lalu. Walaupun usia lebih muda berbanding pelajar lain, ia tidak mematahkan semangat Nor Atiqah untuk bersaing dengan rakan-rakan sepengajian lain. Dalam peperiksaan SPM lalu, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar,

kaki ke menara gading. “Kami tidak akan mensiasiakan peluang ini walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga. Ayah berpesan setiap kejayaan memerlukan usaha gigih,” tambah Anikala. Sementara itu, satu lagi pasangan kembar turut mencuri perhatian ketika kedua-duanya mendaftar diri sebagai mahasiswa UUM di Dewan Penginapan Pelajar (DPP). Pasangan tersebut ialah Nurul Nadia Adila Baharuddin, 20, dan Nurul Nadia Amira Baharuddin dari Kelantan. Adila mengambil jurusan Sarja-

Kuala Terengganu itu mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 11A dalam semua mata pelajaran. “Saya sangat gembira apabila mendapat panggilan daripada pihak Yayasan Terengganu memaklumkan saya terpilih melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat),” katanya. Sementara itu, Nurul Afifah Mohd Yusof, 18, turut berjaya menyambung pengajian di UUM dalam jurusan sama. “Rasa sangat teruja dan terkejut kerana saya langsung

na Muda Kewangan, manakala Amira memilih bidang Keusahawanan. Kedua-duanya menyimpan harapan sama untuk menjadi graduan cemerlang selepas tamat pengajian nanti. “Kami belajar secara berkumpulan dan selalu berbincang bersama. Kami juga menggunakan kaedah mengajar pelajar lain bagi membantu mereka yang kurang faham mengenai sesuatu subjek,” kata Adila. “Tugas kami sekarang adalah untuk belajar bersungguh-sungguh bagi tidak mengecewakan keluarga yang banyak berkorban kepada kami,” katanya lagi. Seramai 4,667 pelajar baru mendaftar di UUM untuk sesi pengajian kali ini.

FAKTA 4,667 pelajar baru mendaftar di UUM untuk sesi pengajian 2010/2011.

16-29 JULAI 2010

Aktiviti Kampus Julai 2010

PROGRAM : Persidangan Kebangsaan Alam Dalam Kesusasteraan. TEMPAT : Dewan Kuliah A, USM. TARIKH : 16-17 Julai PROGRAM : Persidangan Kebangsaan ke-4 mengenai Amalan Haji Terbaik. TEMPAT : Hotel Eastin, Pulau Pinang. TARIKH : 27-29 Julai

PROGRAM : Persidangan Penuaan Asia Tenggara (SEACA2010). TEMPAT : Hotel Grand Millennium, KL. TARIKH : 17-18 Julai PROGRAM : Seminar Antarabangsa Pembangunan Komuniti Lestari 2010. TEMPAT : Hotel Marriot Putrajaya. TARIKH : 20-22 Julai

tidak menyangka boleh ‘lompat’ terus ke peringkat universiti,” katanya. Selain menguasai bahasa Melayu dan Inggeris, bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan itu turut mampu menguasai bahasa Perancis. Menurutnya, pelajar tidak harus sombong dalam pembelajaran dan patut berkongsi ilmu satu sama lain. Nor Atiqah dan Nurul Afifah Nor Atiqah (kiri) dan Nurul Afifah. adalah pelajar program Laluan Pantas UUM (Fast Track) hasil Lima pelajar Terengganu dipilih kerjasama pihak Yayasan Ter- mengikuti program tersebut dengan diengganu dan UUM. biayai sepenuhnya Yayasan Terengganu.


PIALA DUNIA 16-29 Julai 2010/04-17 Syaaban1431H

www.transisi.com.my

11 Jun - 12 Julai 2010

’ Ole

Sepanyol

Oleh Muhammad Amsyari Ismail

P

asukan terbaik wajar dijulang sebagai juara. Tiada siapa dapat menafikan betapa Sepanyol memang layak menjuarai bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan edisi ke-19 ini. Kemampuan La Furia Roja tidak wajar dipertikai dengan pasukan

bimbingan Vicente del Bosque ini memiliki ramuan istimewa terutama dari aspek gaya permainan menarik, seni bola sepak, dan semangat berpasukan tinggi untuk mengatasi 31 pasukan lain di pentas tertinggi ini.

>> Muka 3


2

PIALA DUNIA

Transisi

16-29 JULAI 2010

Xavi, Iniesta matador La Furia Roja

N

AMA mereka berdua mungkin tidak sehebat bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi (Argentina) ataupun rakan senegara, Fernando Torres. Namun, Xavi Hernandez dan Andres Iniesta memainkan peranan penting dalam kempen membantu Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Xavi dan Iniesta lahir daripada produk akademi remaja Barcelona dan sehingga kini beraksi bersama barisan utama kelab itu. Gandingan mereka juga menjadi nadi kepada kelab

Catalan tersebut muncul juara Liga Juara-Juara Eropah 2009, juga La Liga. Kombinasi keduadua pemain itu juga membawa Sepanyol menjuarai Euro 2008. Mereka tidak memiliki gaya hidup glamor seperti Ronaldo atau David Beckham, tetapi dua pemain Barcelona tersebut membuktikan mereka mampu mempamerkan aksi dan seni bola sepak menarik walaupun tidak memiliki profil bintang terkenal. Dua tonggak Barcelona dengan ketinggian sama-1.7 meter ini jelas menampilkan perwatakan garang di Afrika Selatan dan dianggap dua pengumpan

bola yang hebat. Sebelum kejohanan dunia kali ini bermula, fokus pemerhati dan peminat dunia tertumpu ke arah nama besar seperti Messi, Ronaldo dan Torres, tetapi sebaik saja melabuhkan tirai pada 12 Julai lalu, Xavi berjaya mencuri perhatian ramai. Di Afrika Selatan, Xavi berjaya meningkatkan permainannya ke satu tahap yang menjadikan dia sebagai pemain tengah paling produktif dan kreatif di Eropah. Kelibat Xavi mungkin sukar dilihat kerana jika bola di kaki Messi dan Ronaldo, sentuhan, gerakan dan kelincahan mereka pasti memukau. Namun, berlainan pula dengan Xavi. Anda perlu melihatnya dengan lebih dekat kerana dia juga tidak dapat lari daripada melakukan skil menarik, tetapi jika situasi memerlukan, dia melakukannya dengan mudah. Permainan Xavi paling menyerlah ketika membantu Sepanyol menjinakkan Jerman 1-0 di separuh akhir. Sepakan sudutnya singgah tepat di kaki Carles Puyol yang kemudian melonjak menanduk masuk gol kemenangan perlawanan itu. Malah, peminat seluruh dunia turut mengundi Xavi menerima anugerah pemain terbaik perlawanan itu. Walaupun sukar mengiktirafnya selaku pemain terbaik, tetapi pemilihannya sebagai pemain terbaik dalam perlawanan Sepanyol-Jerman menjulang namanya sebagai wira. Sumbangan Xavi mula dihargai dan dia boleh dianggap genius bola sepak moden. Jur u -

Profil

Nama : Andres Iniesta Tarikh Lahir : 11 Mei 1984 Tinggi : 170 sm Posisi : Tengah Kelab : Barcelona l a ti h J e r -

Profil Nama : Xavier Hernandez Creus Tarikh Lahir : 24 Januari 1980 Tinggi : 170sm Tugas Xavi lebih efektif apabila ganPosisi : Tengah dingannya, Iniesta Kelab : Barcelona berada pada kelas

man,

Joachim Loew turut bersetuju bahawa Xavi adalah kunci dan tunjang pasukan Sepanyol. “Xavi adalah tulang belakang Sepanyol. Penguasaannya di bahagian tengah cukup sempurna,” katanya.

tersendiri. Malah, bekas pengendali Sepanyol, Luis Aragones menyifatkan Iniesta sebagai inspirasi dan tunjang kekuatan pasukan. “Dia (Iniesta) adalah pemain bijak dengan mencipta hantaranhantaran luar biasa yang mampu membantu rakan-rakan sepasukan menjaringkan gol,” katanya.


16-29 JULAI 2010

PIALA DUNIA 3

Transisi

Akhiri penantian juara >> Dari muka 1

Jaringan kemenangan oleh perancang Barcelona, Andres Iniesta pada minit ke-116 sekali lagi menunjukkan gol klasik berpasukan dari juara Eropah 2008 itu, sekali gus menjuarai Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah bola sepak Sepanyol. Gol berpunca dari hantaran lintang ke dalam kotak penalti oleh pemain gantian, Fernando Torres, tetapi ditanduk keluar pertahanan Belanda. Bola yang jatuh tepat di kaki Cesc Fabregas sebelum pemain Arsenal itu melakukan umpanan kepada Iniesta yang menahan kemas dan merembat kencang menewaskan penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg. “Ia sukar dipercayai dan amat menakjubkan. “Kami dipaksa bekerja keras sebelum menang. Sukar untuk menggambarkan perasaan memenangi Piala Dunia. Segala usaha kami selama ini berjaya membuahkan hasil,” kata Iniesta. Iniesta berkata, dia menghadiahkan gol kemenangannya itu kepada keluarga dan ketua Espanyol, mendiang Dani Jarque, yang rebah dan meninggal dunia pada usia 26 tahun ketika latihan pra musim di Itali pada Ogos 2009. Sepanyol yang beraksi di perlawanan akhir pertama mereka menjadi pasukan kedua selepas Jerman Barat berjaya memegang Piala Dunia selepas turut meraih kejuaraan Eropah pada 2008. Skuad merah kuning itu juga muncul pasukan pertama Eropah yang memenangi Piala Dunia di luar benua Eropah. Kejayaan di Afrika Selatan turut menyaksikan Sepanyol menyertai Brazil (lima kali), Itali (empat), Jerman (tiga), Uruguay (dua), Argentina (dua), England dan Perancis sebagai pemegang Piala Dunia. Sepanyol membuktikan kepada dunia seni bola sepak dipamerkan mereka sepanjang kejohanan ini berjaya menggagalkan usaha Jerman di separuh akhir dan seterusnya menafikan hasrat total football Belanda yang turut mengintai menjuarai kejohanan ini buat kali pertama di perlawanan akhir. Skuad 2010 ini dibentuk oleh bekas pengendali sebelum ini,

Pemenang Piala Dunia 1930 : Uruguay

4 Argentina 2

1934 :

Itali 2 Czechoslovakia 1 ( selepas masa tambahan)

1938 :

Itali 4 Hungary 2

1950 :

Uruguay 2 Brazil 1

1954 :

Jerman Barat 3 Hungary 2

1958 :

Brazil 5 Sweden 2

1962 :

Brazil 2 Czechoslovakia 1

1966 :

England 4 Jerman Barat 2 (selepas masa tambahan)

1970 :

Antara aksi menarik final Piala Dunia 2010 membabitkan Sepanyol dan Belanda. Perlawanan itu dimenangi Sepanyol dengan keputusan 1-0. Luis Aragones dan dipertingkatkan kualitinya oleh jurulatih berpengalaman, del Bosque menjadikan ia benar-benar mantap. Afrika Selatan menjadi saksi betapa Sepanyol semakin meningkat sejak menjuarai kejuaraan Eropah dua tahun lalu. Skuad Sepanyol tidak memiliki barisan pemain berstatus bintang seperti England, tetapi walaupun tanpa ‘superstar’, mereka tampil cemerlang ketika di atas padang kerana semua pemain bermain untuk pasukan. Bagi pemain Sepanyol tiada yang lebih besar berbanding pasukan itu sendiri. Biar pun, Torres dan Fabregas kurang menonjol sepanjang kejohanan ini, pemain muda, Pedro Rodriguez yang memerlukan masa sebelum melakukan debut di Piala Dunia ini, dan Pepe Reina serta Victor Valdes yang berada di belakang Iker Casillas, tiada siapa merungut tentang hal itu. Semua 23 pemain Sepanyol ke Afrika Selatan sedar akan tanggungjawab yang mereka perlu lakukan iaitu membantu negara mereka menjuarai Piala Dunia buat pertama kali dan bu-

kan untuk menjadi bintang di kejohanan ini. Bola sepak Sepanyol sentiasa memiliki barisan pemain hebat seperti era sebelum ini diketuai Fernando Hierro dan Raul tetapi masih gagal menjuarai Piala Dunia. Tetapi situasi berlainan tahun ini apabila tarikh 12 Julai 2010 dan pentas Stadium Soccer City menjadi bukti skuad sedia ada berjaya memadam badi generasi terdahulu. Di sebalik kejayaan ini, semangat perpaduan di dalam pasukan amat jelas apabila pemain pertahanan, Sergio Ramos menghadiahkan kemenangan Piala Dunia kepada bekas rakan sepasukan dari Sevilla iaitu mendiang Antonio Puerta manakala Iniesta menujukan gol kemenangannya kepada rakannya, Dani Jarque. Perlawanan akhir kali ini turut mencipta sejarah tersendiri apabila pengadil perlawanan, Howard Webb dari England melayangkan 14 kad kuning dan satu kad merah. Edisi kali ini menyaksikan penyerang Uruguay, Diego Forlan dinamakan sebagai Pemain

Terbaik Kejohanan sekali gus meraih anugerah Bola Emas hasil undian media antarabangsa. Forlan berjaya mendapat 23.4 peratus selepas turut berkongsi sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol serta membantu negaranya menduduki kedudukan keempat. Pemain Belanda, Wesley Sneijder kedua mengumpul 21.8 peratus diikuti penyerang Sepanyol, David Villa. Sementara itu, pemain muda Jerman, Thomas Mueller memenangi Kasut Emas meskipun berkongsi jaringan bersama Forlan, Sneijder dan Villa. Namun, Mueller memenangi anugerah itu kerana mencipta banyak umpanan (tiga) sepanjang kejohanan ini. Selamat tinggal Afrika Selatan dan moga jumpa kembali di edisi seterusnya di Brazil pada 2014 dan persoalannya sama ada barisan berbakat Sepanyol ini mampu mempertahankan kejuaraan Eropah dan Piala Dunia milik mereka atau tidak? Tahniah kepada Sepanyol... juara dunia 2010.

Brazil 4 Itali 1

1974 :

Jerman Barat 2 Belanda 1

1978 :

Argentina 3 Belanda 1 (selepas masa tambahan)

1982 :

Itali 3 Jerman Barat 1

1986 :

Argentina 3 Jerman Barat 2

1990 :

Jerman Barat 1 Argentina 0

1994 :

Brazil 0 Itali 0 ( Brazil menang penalti 3-2)

1998 :

Perancis 3 Brazil 0

2002 :

Brazil 2 Jerman 0

2006 :

Itali 1 Perancis 1 (Itali menang penalti 5-3)

2010 :

Sepanyol 1 Belanda 0 (selepas masa tambahan)


4

PIALA DUNIA

Transisi

16-29 JULAI 2010

MATI-MATIAN... Penjaga gol, Maarten Stek John Heitinga menghalang cubaan pemain t

MELEPAS... Pemain sayap, Arjen Robben dan penyerang, Robin van Persie kecewa atas kegagalan pasukan Belanda menjulang Piala Dunia.

MENANG... Kegembiraan terpapar di wajah setiap pemain Sepanyol.

DEMIMU... Peminat-pemi Sepanyol meraikan kemen pasukan kebangsaan mere menewaskan Belanda HERO KAMI... Pemain Sepanyol menjulang jurulatih, Vicente del Bosque sebaik saja wisel penamat ditiupkan.


16-29 JULAI 2010

PIALA DUNIA 5

Transisi

kelenburg dan pertahanan Belanda, tengah Sepanyol, Cesc Fabregas.

inat nangan eka

MILIK LA FURIA ROJA... Skuad Sepanyol bergambar beramai-ramai bersama trofi Piala Dunia.

IMPIAN TERCAPAI... Penyerang, Fernando Torres (kanan) mengucup Piala Dunia bersama rakan pasukan, Sergio Ramos.

A T S FIE L A N I F TERBANG... Penjaga gol, Iker Casillas melonjak tinggi menyelamat gawang Sepanyol daripada asakan penyerang lawan, Van Persie (kanan).


6

PIALA DUNIA

Transisi

16-29 JULAI 2010

Bintang muda menyinar Penjaga gol

Manuel Neuer (Jerman) Hadir ke Piala Dunia 2010 berbekalkan empat cap. Neuer kelihatan begitu tenang menyerap tekanan permainan ketika membantu pasukannya membenam England 4-1 pada pusingan kedua. Malah, turut cemerlang menafikan percubaan Lionel Messi, Gunzalo Higuain dan Carlos Tevez ketika menundukkan Argentina 4-0 pada suku akhir lalu.

Pertahanan

Gregory Van Der Wiel (Belanda) Van Der Wiel memiliki ciri-ciri pemain pertahanan kanan era moden. Dia pantas dan bijak menguasai bola di kakinya. Pemain pertahanan kelab Belanda, Ajax Amsterdam ini mempunyai corak pertahanan yang baik walaupun baru berusia 22 tahun. Ketenangan dan keupayaannya mengunci gerakan lawan menjadi kelebihan pemain ini.

Pertahanan

Fabio Coentrao (Portugal) Pemain pertahanan tengah ini dianggap pemain muda terbaik oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger di Afrika Selatan. Berusia 22 tahun, Coentrao bijak membuat keputusan dalam perlawanan terutama ketika berdepan penyerang lawan. Dia tahu bila untuk naik ke atas membantu rakan lain dan segera turun ke bawah mengekang kemaraan lawan.

Pertahanan

4

Pertahanan

Diego Godin (Uruguay) Sama seperti Mensah, Godin juga berusia 24 tahun, tetapi aksi yang ditunjukkannya di Afrika Selatan menunjukkan permainannya seperti pemain berpengalaman. Dia kelihatan cukup sempurna di posisi pertahanan kiri.

Tengah Alexis Sanchez (Chile) Sanchez, 21, Â memiliki larian pantas dan deras untuk mengkucar-kacirkan pihak lawan dan mengatur permainan. Salah satu lagi aset dimilikinya adalah ketahanan fizikal dan kemahiran menggelecek.

Tengah

Sami Khedira (Jerman) Tersenarai ke Piala Dunia 2010 selepas Michael Ballack disahkan tidak dapat beraksi untuk Jerman. Walaupun baru berusia 23 tahun, Khedira berjaya mengisi kekosongan ditinggalkan Ballack dengan baik sekali. Dia turut memiliki corak pertahanan yang baik walaupun beraksi di posisi tengah.

Tengah

Jonathan Mensah (Ghana)

Matias Fernandez (Chile)

Dia sentiasa berada di posisi tepat setiap kali pasukannya diserang lawan. Ketinggian dimiliki adalah aset pada dirinya. Mensah, 24, mempunyai asas kukuh sebagai pemain pertahanan tengah yang baik.

Sama seperti Sanchez, Fernandez berbahaya apabila bola berada di kakinya. Dia sentiasa ingin menguasai bola dan bermain dengan cemerlang.

Penyerang

Mesut Ozil (Jerman) Dia boleh dianggap sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan dunia ini berlangsung. Dia allrounder dan berupaya bermain dengan baik ketika berhadapan dengan ramai pemain pertahanan lawan. Dia sukar dikekang dan kelibatnya sentiasa konsisten dan cemerlang.

Penyerang

Asamoah Gyan (Ghana) Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang penyerang tunggal? Dia mampu mengawal bola dengan baik selain bijak membuka laluan kepada rakan sepasukan. Gyan layak dipilih mengetuai jentera serangan kerana mempunyai deria dan naluri gol yang tinggi di depan gawang.

Penyerang Luis Suarez (Uruguay)

Memiliki keupayaan yang baik sebagai penjaring dan tidak gentar dengan cabaran. Walaupun agak lambat panas dalam kejohanan ini, Suarez semakin menemui sentuhannya dan dilihat mampu menyesuaikan diri dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) jika dia benarbenar berhasrat berhijrah ke liga tersebut.


PIALA DUNIA 7

Transisi

16-29 JULAI 2010

Keputusan penuh Afrika Selatan 2010 KUMPULAN A

KUMPULAN B

KUMPULAN C

12 Jun

2

Korea Selatan

lwn

Greece

0

13 Jun

1

England

lwn

USA

1

0

12 Jun

1

Argentina

lwn

Nigeria

0

14 Jun

0

Algeria

lwn

Slovenia

1

Uruguay

3

17 Jun

4

Argentina

lwn

Korea Selatan

1

18 Jun

2

Slovenia

lwn

USA

2

lwn

Mexico

2

17 Jun

2

Greece

lwn

Nigeria

1

19 Jun

0

England

lwn

Algeria

0

Mexico

lwn

Uruguay

1

23 Jun

2

Nigeria

lwn

Korea Selatan

2

23 Jun

0

Slovenia

lwn

England

1

Perancis

lwn

Afrika Selatan

2

23 Jun

0

Greece

lwn

Argentina

2

23 Jun

1

USA

lwn

Algeria

0

11 Jun

1

Afrika Selatan

lwn

Mexico

1

12 Jun

0

Uruguay

lwn

Perancis

17 Jun

0

Afrika Selatan

lwn

18 Jun

0

Perancis

22 Jun

0

22 Jun

1

KUMPULAN A

M

S

Belanda

3

3

0

0

4

Jepun

3

2

0

5

4

Denmark

3

1

1

4

1

Cameroon

3

0

K G

B

MATA

1

9

M

S

Uruguay

3

2

1

0

Mexico

3

1

1

Afrika Selatan

3

1

Perancis

3

KUMPULAN B Argentina

Korea Selatan

B

MATA

4

0

7

1

3

2

1

1

3

0

1

2

P

M

S

3

3

0

3

1

KUMPULAN E

P

P

K G

0

1

1

7 5

6

4

KUMPULAN F

P

M

B

MATA

5

1

9

1

4

2

6

0

2

3

6

3

0

3

2

5

0

B

MATA

S

K G

K

G

KUMPULAN D 13 Jun

0

Serbia

lwn

Ghana

1

13 Jun

4

Jerman

lwn

Australia

0

18 Jun

0

Jerman

lwn

Serbia

1

19 Jun

1

Ghana

lwn

Australia

1

24 Jun

0

Ghana

lwn

Jerman

1

24 Jun

2

Australia

lwn

Serbia

1

KUMPULAN E

Paraguay

3

1

2

0

3

1

5

Slovakia

3

1

1

1

4

5

4

14 Jun

2

Belanda

lwn

Denmark

0

1

Jepun

lwn

Cameroon

0

Greece

3

1

0

2

2

5

3

New Zealand

3

0

3

0

2

2

3

14 Jun

Nigeria

3

0

1

2

3

5

1

Itali

3

0

2

1

4

5

2

19 Jun

1

Belanda

lwn

Jepun

0

20 Jun

1

Cameroon

lwn

Denmark

2

KUMPULAN C USA

P

M

S

3

1

2

K G 0

4

B

MATA

3

5

KUMPULAN G Brazil

P

M

S

3

2

1

K G 0

5

B

MATA

25 Jun

1

Denmark

lwn

Jepun

3

2

7

25 Jun

1

Cameroon

lwn

Belanda

2

15 Jun

1

Itali

lwn

Paraguay

1

15 Jun

1

New Zealand

lwn

Slovakia

1

20 Jun

0

Slovakia

lwn

Paraguay

2

20 Jun

1

Itali

lwn

New Zealand

1

24 Jun

3

Slovakia

lwn

Itali

2

24 Jun

0

Paraguay

lwn

New Zealand

0

15 Jun

0

Ivory Coast

lwn

Portugal

0

16 Jun

2

Brazil

lwn

Korea Utara

1

21 Jun

3

Brazil

lwn

Ivory Coast

1

21 Jun

7

Portugal

lwn

Korea Utara

0

25 Jun

0

Korea Utara

lwn

Ivory Coast

3

25 Jun

0

Portugal

lwn

Brazil

0

England

3

1

2

0

2

1

5

Portugal

3

1

2

0

7

0

5

Slovenia

3

1

1

1

3

3

4

Ivory Coast

3

1

1

1

4

3

4

Algeria

3

0

1

2

0

2

1

Korea Utara

3

0

0

3

1

12

0

KUMPULAN D

P

M

S

Jerman

3

2

0

1

Ghana

3

1

1

Australia

3

1

Serbia

3

1

1 26 Jun 2 27 Jun 3 27 Jun 4 28 Jun 5 28 Jun 6 29 Jun 7 29 Jun 8 30 Jun 1 2 3 Julai

2 Julai

3 3 Julai 4 4 Julai

K G

B

MATA

5

1

6

1

2

2

1

1

3

0

2

2

KUMPULAN H

P

M

S

Sepanyol

3

2

0

1

4

Chile

3

2

0

6

4

Switzerland

3

1

3

3

Honduras

3

0

Pusingan ke-2 2

Uruguay

Lwn

Korea Selatan

1

1

USA

Lwn

Ghana

2

4

Jerman

Lwn

England

1

3

Argentina

Lwn

Mexico

1

2

Belanda

Lwn

Slovakia

1

3

Brazil

Lwn

Chile

0

0

Paraguay

Lwn

Jepun

0

1

Sepanyol

Lwn

Portugal

0

2

Belanda

Lwn

Brazil

1

Uruguay

Lwn

Ghana

1

Paraguay menang 5-3 dalam penentuan penalti

1 7 Julai 2 8 Julai 1 11 Julai

K G

KUMPULAN F

B

MATA

4

2

6

1

3

2

6

1

1

1

1

4

1

2

0

3

1

KUMPULAN G

Separuh Akhir 3

Belanda

Lwn

Uruguay

2

0

Jerman

Lwn

Sepanyol

1

KUMPULAN H

Ke-3 / Ke-4 2

Uruguay

Lwn

Jerman

3

Tempat ke - 3 Jerman

Suku Akhir 1

Uruguay menang 4-2 dalam penentuan penalti

4

Jerman

Lwn

Argentina

0

0

Paraguay

Lwn

Sepanyol

1

1

Akhir 12 Julai

0

Belanda

Lwn

Sepanyol

1

16 Jun

0

Honduras

lwn

Chile

1

16 Jun

0

Sepanyol

lwn

Switzerland

1

21 Jun

1

Chile

lwn

Switzerland

0

22 Jun

2

Sepanyol

lwn

Honduras

0

26 Jun

0

Switzerland

lwn

Honduras

0

26 Jun

1

Chile

lwn

Sepanyol

2

1

Sepanyol


8

PIALA DUNIA

11

Transisi

16-29 JULAI 2010

Pilihan Terbaik

D

EMAM Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sudah pun berakhir. Sepanyol muncul juara edisi kali ini. Sama seperti anda, saya juga mempunyai barisan pemain impian yang dipilih dari 32 negara bertanding. Mereka mungkin bukan yang terbaik bagi anda tetapi secara peribadi pilihan ini cukup untuk membentuk Dream Team saya. - Muhammad Amsyari Ismail

Penjaga gol Richard Kingson (Ghana) Tenang dan mampu membaca hantaran lintang dengan baik. Mempunyai daya refleks dan berani ketika menghadapi situasi satu lawan satu.

Bek kiri Diego Lugano (Uruguay) Terkenal dengan semangat juang tinggi ketika beraksi. Bagus di udara dan suara lantangnya menunjukkan dia memiliki sifat kepimpinan semula jadi.

Pertahanan tengah Marcus Tulio Tanaka (Jepun) Sukar mencari pemain sesuai di posisi ini dalam 11 Pilihan tetapi Tulio beraksi mantap sepanjang Piala Dunia 2010 ini. Dia berani dan mempunyai kekuatan fizikal serta mampu mengekang lawan dengan baik.

Pertahanan tengah Carlos Salcido (Mexico) Memiliki stamina menakjubkan. Selain mampu menjadi pemimpin yang bagus di atas padang, Salcido juga bagus di udara dan berupaya beraksi dengan baik di mana-mana bahagian pertahanan.

Bek kanan Maicon (Brazil) Memiliki kualiti menarik sebagai pemain bek kanan. Gemar naik ke atas membantu rakan sepasukan terutama melalui sayap. Dia turut mempunyai sifat kepimpinan yang baik serta mampu mempengaruhi rakan sepasukan.

Formasi

Sayap kiri Mesut Ozil (Jerman) Ozil menyerlah sepanjang kejohanan kali ini. Dia dianggap sebagai kurniaan kepada bola sepak Jerman. Aksi bersahaja ditampilkan pemain muda ini begitu meyakinkan. Mentaliti menyerang dan kreativiti di bahagian tengah mampu mengubah keputusan perlawanan.

Tengah pertahanan (DM) Javier Mascherano (Argentina) Walaupun gagal mengekang ketangkasan Jerman di suku akhir, Mascherano menjadi pilihan saya untuk mengisi kekosongan di posisi hadapan empat pertahanan. Berani mencabar bola bila situasi 50-50 dan bentesan keras yang dilakukannya sesuai untuk pemain ini berada di posisi DM.

Tengah (CM) Xavi Hernandez (Sepanyol) Genius, mungkin itu perkataan sesuai ditujukan kepada perancang Sepanyol ini. Dia bijak membaca permainan. Xavi turut memiliki keupayaan melakukan hantaran tepat dan mengelirukan. Satu lagi kelebihan Xavi adalah dia mampu beraksi di manamana bahagian tengah. Selain itu, Xavi turut merbahaya dalam situasi set-pieces.

Tengah (CM) Thomas Mueller (Jerman) Thomas Mueller seorang lagi pemain Jerman yang menyinar. Berusia 20 tahun, dia diangggap bakat baru paling hebat pernah ditemui di negaranya selepas Gerd Muller. Keduaduanya garang dalam merobek gawang lawan. Saya amat tertarik dengan ketenangan yang dipamerkannya ketika beraksi terutama membantu Jerman menewaskan England di pusingan kedua dan Argentina (suku akhir). Ketenangan ditunjukkannya tidak menggambarkan betapa muda usianya.

Sayap kanan Arjen Robben (Belanda) Jika tidak dihantui masalah kecederaan, Robben pilihan utama saya di bahagian sayap. Larian deras dan mampu menggelecek dengan baik adalah aset utamanya.

4-5-1

Kingson

Maicon

Salcido

Tulio

Lugano

Maschera

no

Robben

Xavi

Mueller

Ozil

Villa

Simpanan

1. Diego Forlan 2. Wesley Sneijder 3. Maarten Stekelenburg 4. Andres Iniesta 5. Aaron Mokoena  Penyerang David Villa (Sepanyol)  Ada beberapa nama yang menjadi pilihan seperti Miroslov Klose dari Jerman, Diego Forlan (Uruguay) dan Gunzalo Higuain (Argentina). Tetapi penyerang Sepanyol, David Villa memikat saya. Dia tajam di depan gawang lawan. Komiten di atas padang turut menyerlahkan betapa dia peledak berbisa di Afrika Selatan.

Jurulatih Joachim Loew (Jerman) Loew berjaya menanam formula kemenangan kepada anak buahnya. Dia mengutamakan kerja keras dan semangat tinggi dalam pasukannya. Di samping aspek teknikal dan fizikal, dia turut tidak melupakan aspek free-flowing football seperti yang ditunjukkan ketika meratah England 4-1 dan Argentina 4-0.


Transisi PIALA D 16 -29 Julai

16 - 29 JULAI 2010

UNIA

2010/04-17

Syaaban143

1H

www.transis

i.com.my

11 Jun -

12 Julai

2010

www.transisi.com.my

’ Ole

Sketsa

Oleh Muham

Sepany

ol

P

mad Amsy

ari Ismail

asukan wajar dijulaterbaik bimb ingan Vicen ng sebaga Bosque te del siapa dapai juara. Tiada ini t menafikan ramuan istim memiliki betapa ewa teruSepa tama dari mang layak nyol measpek gaya menjuarai permainan bola sepa menarik, seni bola k Piala 2010 di Dunia Afrik semangat sepak, dan edisi ke-19 a Selatan tinggi untukberpasukan ini. Kemampua mengatasi n La Furia 31 pasukan Roja tidak lain di pentas tertinggi tikai deng wajar diperini. an pasu kan

>> Muk

a3

Qaliff Umar

KAIN BAJU AKU ADA TIGA BALDI -SEKARANG JUGA PERGI CUCI!

HOiii!! membuli ye! awak berdua boleh dikenakan tindakan keras!

ANGKAT AKU PUNYA SEKALI!! ini bukan kes buli encik-ini kes bertaruh world cup. dia yang cakap kalau pasukan pilihannya kalah, dia sanggup buat apa saja untuk kami berdua....

hmmm... inilah keseronokan tinggal di asrama- kita tak boleh la tegas sangat!

betul encik...

QALIFF UMAR

09

BICARA Jangan jadi Tuan Besar

11

BISNES Tauke kucing Shah Alam

16

AGAMA

Imam Bukhari Profesor hadis sepanjang zaman

18

SIHAT

Obesiti parah jika tidak dikawal

20

HAWA Kahwin ketika usia 14 tahun


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.