Transisi 1

Page 1

RM2.50

04-17.06.2010 Minggu Pertama Jun

21 JAMADILAKHIR04 REJAB 1431H

BILANGAN: 01/2010

KAJIAN ILMIAH Profesor ‘Cari Jodoh’

14 - 27

11 BISNES

PIALA DUNIA Singa Pertaruh Kepakaran Capello

Siapa 11 Jutawan Melayu?

26

30

Sketsa Qaliff Umar

MS belakang

SIHAT

Kenal Pasti Tanda Strok

32 JOM CUTI

Pulau Redang

Edisi Dua Minggu Sekali

m i n d a

RANSI

SI

m e n j a n a

T

Doa Tengku Anis Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof Foto Nooratikah Ab Rahim

R

AJA Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid tidak pernah jemu dan sentiasa bersemangat untuk terus berdoa kepada Allah SWT, agar suaminya Sultan Ismail Petra cepat sembuh, pulih dan dapat memerintah seperti dahulu. “Sebagai isteri, saya memang terlalu sedih dan pilu dengan keadaan kesihatan Tuanku sejak mula-mula mendapatkan rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura tahun lalu. Selain rawatan intensif itu, saya sentiasa iringkan doa kepada Allah SWT agar Tuanku sembuh seperti sedia kala”.

>> Lihat MUKA 4

>> S & J bersama Raja Perempuan Kelantan - MUKA 5 >> Istana tak rampas tanah rakyat - MUKA 6


ISU

2

Transisi 04 - 17 JUN 2010

Samy boleh jadi liabiliti MIC, BN TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS Oleh Razali Yahaya

M

IC kini bukan sahaja nampak cacamerba tetapi parti tertua kaum India itu kini sedang menuju kehancuran. Jika tidak ditangani secara bijaksana, MIC bukan sahaja ibarat nanah kepada Barisan Nasional (BN) tetapi parti itu kini secara pelahanlahan akan lenyap dan berkubur kerana masyarakat India sudah cukup meluat dan menolak sepenuhnya kepemimpinan lapuk presiden Datuk Seri Samy Vellu.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan, yang menjadi mangsa terbaru disingkirkan dari parti, menjadi ‘budak nakal’ kerana memu-

m e n j a n a

m i n d a

lakan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) untuk mendesak presiden parti itu mengundur diri. Mugilan, seorang terpelajar, membuktikan tidak semua ahli MIC boleh dicucuk hidung dan tunduk kepada segala kemahuan Samy Vellu. Dia adalah generasi baru berfikiran terbuka yang mahukan perubahan dan ia perlu dilakukan segera terhadap MIC kerana mendapati masyarakat India kini sudah ‘hilang stim’ dengan parti berkenaan. Anggota parti yang sudah sekian lama menolak kepimpinan Samy Vellu perlu bangkit dan menyokong 100 peratus gerakan diilhamkan oleh Mugilan. Hanya kuasa rakyat melalui wadah GAS barangkali mampu memperjuangkan hak parti dan seterusnya memastikan MIC mempunyai masa depan lebih baik atau terus

Ketua Pengarang Zian Johari

Penyunting/Penulis Mohd Azhan Othman

Pengarang Eksekutif Razali Yahaya

Pereka Kreatif Kanan Sarina Hj Ali

Penulis Khas Muhammad Amsyari Ismail Rudysham Abdul Raof

Pereka Kreatif Noor Dina Daud Jurufoto Nooratikah Ab Rahim

kekal relevan. Sudah terang lagi disuluh, anak muda asal Hulu Selangor itu memang tidak keseorangan. Dia mahu kerajaan pimpinan BN buka mata dan telinga bahawa masyarakat India serius mahukan perubahan kepemimpinan dalam MIC dan Samy Vellu perlu segera berundur. Setiausaha Agung MIC, S Murugesan, seolah-olah senada dengan Mugilan, apabila menganggap langkah Samy Vellu memecat sesiapa juga yang menentangnya boleh menggangugugat demokrasi parti itu. Gerakan itu juga dikatakan akan bergerak ke seluruh negara untuk mencari sokongan menggesa Samy Vellu segera berundur. Mugilan juga akan mengeluarkan cakera padat (CD) khas yang mengisahkan kepemimpinan Samy sepanjang menerajui MIC selama 31 tahun. Sebelum ini, Mugilan dipecat kerana mendesak presiden parti berundur berpunca daripada tindakan Samy Vellu melantik anaknya, S Vell Paari, sebagai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC). Keputusan itu dikatakan dibuat tanpa berunding dengan pemimpin lain dan ia memberi gambaran Samy Vellu cuba mewariskan jawatan Presiden MIC kepada anaknya. Pendekatan pintu belakang oleh presiden parti itu jelas tidak disenangi sebahagian besar ahli parti. Bagi mereka, kalau Vell Pari berwibawa, dia kena bertanding untuk membolehkan perwakilan membuat pilihan. Apa yang pasti, Mugilan dan rakan-rakan tidak mahu lagi menunggu lebih lama terhadap perubahan MIC. Mereka mahu perubahan disegerakan, jika tidak ia akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada MIC tetapi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Sebenarnya, protes terhadap Samy Vellu sebelum ini telah menyebabkan masyarakat India berpecah teruk dengan menyertai 10 buah parti dan kumpulan seperti Gerakan, Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Progresif India (IPF), Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Makkal Sakti Malaysia dan kelab penyokong Pas serta pertubuhan haram Hindraf. Ini kerana Samy Vellu dilihat sudah mencapai tahap tepu yang tidak mempercayai orang sendiri untuk terus menerajui parti. Beliau perlu berundur kerana jika tidak BN dibimbangi akan terus kehilangan undi pengundi India. Sebenarnya masyarakat India bukan tidak suka MIC atau BN tetapi kerana menolak Samy Vellu sebagaimana diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang turut menyaksikan kekalahan paling aib beliau di Sungai Siput. Samy yang terlalu lama menerajui MIC tidak sepatutnya terus mengekalkan pendekatan autokrasi dalam parti itu. Dia perlu berundur secara terhormat daripada terus kekal menerajui parti

Pengurus Kanan Iklan dan Promosi Fuzilah Hassan Pengurus Iklan Azleen Abu Bakar Pengurus Pengedaran Khairi Ng Abdullah

INFO

31 34 01 10 06 13

Presiden MIC 1979 – kini

Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia 1974 - Mac 2008

Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan 1978 - 1979

Menteri Kerja Raya, Malaysia 1979 - 1989

Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos, Malaysia 1989 - 1995

Menteri Kerja Raya Malaysia 1995 - Mac 2008

dan dengan penuh bertanggungjawab membiarkan ahli peringkat akar umbi memilih pemimpin terbaik secara demokrasi. Ini kerana, tindakan berterusan mengekalkan penguasaan bukan sahaja boleh menjadi liabiliti kepada MIC tetapi turut menjejaskan kredibiliti BN. Samy Vellu tidak sepatutnya menyalahgunakan kuasa untuk mengekalkan pengaruh tanpa mengambil kira pengajaran yang ditunjukkan rakyat pada PRU12 yang lalu. Keadaan itu, telah menyebabkan masyarakat India seperti dalam keadaan tiada hala tuju kerana pemimpin mereka masih tidak berubah dan kekal berada pada takuk lama. Samy Vellu perlu memberi peluang kepada generasi pelapis mengambil alih parti dan jangan tunggu sehingga selepas PRU13, kerana ia sudah terlambat bagi MIC dan BN. Suara akar umbi paling penting dalam sebuah parti yang membawa suara masyarakat dan pendekatan menjadikan parti itu seperti milik individu perlu ditolak sekeras-kerasnya.

Diterbitkan oleh: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman Tel: 604-9283020, Faks: 604-9283046. E-mel: transisis@gmail.com

Dicetak oleh: MIDMODAL INDUSTRIES SDN. BHD. (PQ 1780/3363), N0. 1, Jalan P4/1, Seksyen 4, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia. Tel: 603-8724 2954 Faks: 603-8724 2957


IKON

04 - 17 JUN 2010 Transisi

3

Jaguh basikal trek negara

Azizulhasni suka samba Brazil Oleh Muhammad Amsyari Ismail

Basikal kegemaran anda?

Basikal trek saya iaitu Bike Technology (BK). Bilakah dan di mana saat paling bahagia anda?

Saat saya dilahirkan pada 5 Januari 1988 di Hospital Dungun, Terengganu. Apakah bakat yang anda paling inginkan selain hebat berbasikal?

Pasukan manakah anda sokong pada Piala Dunia 2010?

Brazil dan Argentina. Mereka memiliki ramai pemain bagus seperti Kaka dan Lionel Messi. Tapi pilihan utama tetap Brazil kerana saya minat gaya samba mereka. Apakah gambaran sebuah kebahagiaan yang sempurna buat anda?

Bebas dari masalah dan memiliki jiwa yang tenang. Apakah paling anda takut?

Petir.

Kalau boleh saya mahu pandai bermain semua jenis alat muzik. Sekiranya anda boleh mengubah sesuatu tentang diri, apakah yang akan diubah?

Ketinggian. Sekarang 166 sentimeter (sm), tapi jika boleh saya ingin capai ketinggian 175 hingga 180sm. Apakah kejayaan paling besar dalam hidup anda?

Muncul pelumba Malaysia pertama memenangi pingat pada Kejohanan Trek Basikal Dunia di Poland.

Apakah yang bernilai milik anda? Siapa yang paling anda kagumi dan masih hidup hingga hari ini?

Tun Mahathir Mohamad. Beliau pemimpin hebat kerana banyak menyumbang kejayaan dan pembangunan kepada Malaysia dan buatkan negara ini dikenali di persada dunia. Apa yang anda rasa paling membazir?

Melepak. Saya tidak suka buang masa.

Koleksi lagu dalam komputer riba saya. Apakah yang paling anda hargai pada rakanrakan? Persahabatan.

Apakah kesengsaraan besar yang anda rasakan?

Susah untuk puaskan hati semua pihak.

Bilakah anda menipu?

Ketika hendak buang angin (kentut). Apakah yang anda tidak suka tentang penampilan sendiri?

Apabila rambut tidak kemas. Saya sentiasa pentingkan penampilan rambut yang terurus.

Apakah kerja yang anda paling suka buat?

Mendengar lagu dalam pemain audio dan komputer riba saya. Apakah karakter anda yang paling menonjol?

Rasanya saya ini jenis ‘hyper active’.

Siapakah anda benci?

Orang yang beri dan terima rasuah.

Apakah yang anda gemar lakukan pada masa lapang?

Saya suka belajar sesuatu yang baru.

Apakah kualiti yang anda suka pada seorang lelaki?

Berotot. Maskulin.

Apakah penyesalan paling besar dalam hidup anda?

Saya sangat nakal ketika kanak-kanak.

Apakah kualiti yang anda suka pada seorang perempuan?

Sopan santun dan ayu. Sudah pastilah isteri tersayang. Apakah perkataan atau ayat yang paling kerap anda sebut?

“Doh”. Contohnya, “Nak pergi mana doh?” Siapa cinta paling agung dalam hidup anda?

Sudah tentu keluarga dan isteri tercinta, juga basikal saya.

Motto hidup anda?

Bagi saya, ilmu sangat penting dalam hidup kerana dengan ilmu kita akan disanjung dan dihormati. Sasaran anda selepas ini?

Saya ingin meraih pingat emas Sukan Olimpik 2012 di London..


4

ISU

Transisi 04 - 17 JUN 2010

Saya reda ketentuan Allah Ia memang satu keajaiban dan Allah telah makbulkan doa saya dan semua pihak yang sayangkan Tuanku. Doktor yang merawat Tuanku pun berasa kagum dengan ayat Quran yang dibaca. Betapa mustahaknya kita semua baca Al-Quran. >> Dari Muka 1 “Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur kepada Allah kerana berkat doa saya dan keluarga serta rakyat secara keseluruhan, kesihatan Tuanku sehingga sekarang memang banyak berubah,” katanya. Beliau berkata: “Sebagai insan kerdil, saya reda dengan apa juga yang berlaku ke atas keluarga saya sekarang. Allah sedang menguji saya dan keluarga. Saya menerimanya dengan penuh kesabaran dan saya yakin ada hikmah besar di sebalik apa yang berlaku sekarang ini”. Katanya, dalam situasi sekarang, selain rawatan perubatan moden, saya dengan keluarga juga tidak ketinggalan berusaha mendapat pelbagai rawatan tradisional demi memastikan Tuanku dapat pulih secepat mungkin. “Untuk pulih dan sembuh seperti biasa, selain berdoa, saya juga tidak jemu untuk terus berusaha pelbagai perubatan demi kesihatan Tuanku. Saya yakin Tuanku akan pulih berdasarkan perkembangan kesihatan Tuanku menunjukkan tanda-tanda positif dari semasa ke semasa,” katanya penuh bersemangat. Tengku Anis berkata demikian dalam wawancara eksklusif akhbar tabloid nasional terbaru, Transisi yang berlangsung di Istana Mahkota Kubang Kerian, di sini baru-baru ini. Tengku Anis berkata, sejak rawatan di Singapura lagi, doktor yang merawat Tuanku Ismail melahirkan rasa kagum dengan kebesaran ayat Al-Quran serta solat hajat yang diadakan sebelum itu kerana mampu menyedarkan kembali baginda. “Kalau ikut perubatan, doktor tidak memberikan banyak harapan Tuanku mampu sembuh tetapi kebesaran Allah mengatasi segala-galanya. Melalui berkat doa semua pihak, bacaan Yasin dan juga solat hajat di hospital, tiba-tiba Tuanku sedarkan diri. “Ia memang satu keajaiban dan Allah telah makbulkan doa saya dan semua pihak yang sayangkan Tuanku. Doktor yang merawat Tuanku pun berasa kagum dengan ayat Quran yang dibaca. Betapa mustahaknya kita semua baca Al-Quran,” kata Tengku Anis sebak ketika mengimbau kembali detik-detik kebesaran Allah terhadap kesihatan suaminya semasa menjalani rawatan di negara jiran itu. Apa yang pasti, Tengku Anis dan keluarga tidak pernah jemu dan sentiasa memastikan rawatan ke atas Tuanku Ismail berjalan dengan baik sama ada melalui rawatan moden mahupun secara tradisional.

Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid tabah menghadapi ujian Allah. Dalam masa yang sama, Tengku Anis agak terkilan dengan beberapa fitnah yang mendakwa Tuanku Ismail tidak boleh bercakap dan santap seperti mana yang dinyatakan sesetengah pihak. “Sekarang, kesihatan Tuanku Ismail menunjukkan banyak perubahan berkat doa rakyat sekalian. Janganlah anggap Tuanku tidak mampu lagi untuk sembuh dan kembali memerintah. Mengapa ada manusia tidak berhati perut macam ini. Saya hanya mampu berdoa dan berserah, semoga Tuhan membalas siapa yang membuat fitnah terhadap keluarga saya. “Kenapa mereka yang berkenaan mahu buat macam tu. Sampai hati ada orang buat Tuanku macam itu. Sebaiknya, marilah kita berdoa agar Tuanku cepat sembuh, pulih dan dapat memerintah seperti dulu,” katanya. Apa yang pasti, Tengku Anis adalah seorang yang bersemangat, kuat dan tabah dalam mengharungi pelbagai dugaan termasuk fitnah terhadap dirinya sejak Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra gering tahun lalu sehinggalah

baginda meneruskan rawatan di Istana Mahkota sekarang. Sejak Tuanku mendapat rawatan di Singapura, ada pihak mengambil kesempatan ‘menangguk di air keruh’ untuk mencipta babak berpanjangan ‘krisis Istana Kelantan’ yang semacam belum selesai sehingga sekarang. Dalam tinjauan rambang sepanjang tiga hari berada di sini, pelbagai pihak yang ditemui memberikan gambaran positif untuk memulihkan suasana harmoni terhadap krisis yang timbul itu. Bagi mereka, kekeruhan Istana Kelantan akan kembali sedia kala sebaik Tuanku Ismail pulih dan meneruskan pemerintahannya. Jadi, perkembangan kesihatan Tuanku yang semakin bertambah baik, menjadikan tidak ada siapa boleh berbuat sesuka hati untuk menafikan kewujudan Sultan Kelantan selagi baginda masih hidup dan berkuasa. Dengan izin Allah dan andainya Sultan Kelantan dapat pulih berkat doa pelbagai pihak, hanya Tuanku boleh sediakan wasiat kepada siapa patut diserahkan takhta kerajaan negeri dan jajahan takluknya nanti.


ISU

04 - 17 JUN 2010 Transisi

5

Yang batil pasti musnah N

AMA Tengku Anis Tengku Abdul Hamid sememangnya menjadi bualan hangat sehingga peringkat nasional ketika ini, apatah lagi banyak kontroversi mahupun musibah melanda keluarga istana Kelantan. Selepas kegeringan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra sejak Mei tahun lalu, pelbagai isu bermain di dada akhbar, malah rakyat tidak segan silu berbincang di mana-mana saja, termasuk di kedai kopi tanpa menghiraukan baik buruk setiap konflik yang dibincangkan mengenai hal ehwal institusi diraja negeri Serambi Mekah itu. Namun, segala musibah yang melanda Raja Perempuan Kelantan ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat dan memastikan negeri naungannya aman tanpa ada sebarang gangguan luar. Ketabahan jelas terpancar di wajahnya biarpun pelbagai konflik melanda, Tengku Anis tetap mencemar duli untuk menerima tetamu di istananya, termasuk penulis Transisi, RAZALI YAHAYA, RUDYSHAM ABD RAOF dan Jurufoto, NOORATIKAH AB RAHIM yang berpeluang mewawancara Raja Perempuan Kelantan yang mudah memberi senyumannya secara eksklusif di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan, baru-baru ini.

TRANSISI: Bagaimanapun keadaan Tuanku mengharungi pelbagai konflik yang melanda keluarga Tuanku selepas kegeringan Tuanku Sultan pada ketika ini? RAJA PEREMPUAN KELANTAN (RPK): Keadaan saya seperti biasa dan saya tetap bersemangat menjaga kesihatan baginda biarpun banyak masalah mengganggu saya ketika ini. Yang penting, kesihatan Tuanku Sultan tetap menjadi keutamaan saya dan saya tidak pernah serik menjaganya siang malam kerana baginda suami saya. TRANSISI: Banyak pihak mengatakan keadaan Tuanku Sultan semakin membimbangkan? RPK: Kenyataan itu tidak benar kerana keadaan baginda semakin hari bertambah baik dan saya gembira dengan situasi ini apatah lagi Tuanku Sultan sudah mampu makan dan solat berjemaah tanpa sebarang masalah. Situasi ini menguatkan lagi semangat saya dan saya yakin baginda akan pulih seperti biasa tidak lama lagi. Selera makan Tuanku Sultan juga semakin baik dan sering meminta saya menyediakan makanan kegemarannya. Saya melihat cara fisioterapi di kediaman kami amat baik dan beliau begitu gembira berada di Istana. Saya juga tidak putusputus berdoa kepada Allah SWT supaya beliau sembuh dengan cepat dan kembali bertugas semula. Yang nyatanya, ayat-ayat al-Quran memberi kekuatan semangat kepada beliau untuk cepat sembuh. TRANSISI: Apakah makanan kegemaran Tuanku Sultan? RPK: Baginda tidak suka makanan pedas dan lebih gemar makanan barat. Baginda juga suka makanan Jepun dan sentiasa meminta saya memasak untuknya nasi goreng dan mihun goreng. Jika berada di Istana, baginda akan pastikan saya memasak untuknya. Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar dan saya yakin suasana ceria dan harmoni seperti dulu akan kembali di Istana ini. TRANSISI: Kebelakangan ini ramai pihak mengatakan keadaan Tuanku agak berlainan kerana bimbang dengan krisis keluarga yang melanda ketika ini, terutama daripada anakanda Tuanku? RPK: Sebenarnya keadaan tidaklah begitu. Semuanya tidak benar. Anak-anak saya seperti biasa dan ambil berat antara satu sama lain. Mereka tetap bertegur sapa dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Tidak ada sengketa antara mereka. Saya tidak tahu mengapa ia digembar-gemburkan. Saya mengajar anak-anak supaya hormat menghormati

Tengku Muhammad Faris Petra

Tengku Muhammad Faiz Petra

Dua penulis Transisi Razali (kanan), Rudysham bersama Tengku Anis di antara mereka. Ajaran Islam yang saya terapkan dalam diri mereka cukup tebal, malah sejak umur sembilan tahun mereka semua sudah khatam Al-Quran. Saya ibu mereka dan mereka sentiasa patuh ajaran saya dan tetap berpegang teguh pada ajaran Islam yang diterapkan dalam diri mereka. TRANSISI: Apakah sebenarnya motif utama sesetengah pihak berkata begitu terhadap keluarga Tuanku? RPK: Saya pun tidak tahu apa motif mereka. Saya di sini (istana) seperti biasa. Anak-anak sentiasa berada di samping saya walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing. Tidak ada apa yang beza antara dulu dan sekarang. Saya juga berasa sedih dan tertanya-tanya mengapa ia berlaku ketika Sultan gering. Saya ingin katakan bahawa tidak ada apa yang berlaku antara saya dan anak-anak. Biarlah apa orang nak kata kerana saya percaya Allah sentiasa berada di pihak yang benar. Saya sentiasa berdoa supaya pihak berkenaan berhenti bercakap dan yakin Allah akan membantu saya. Perkara yang batil tidak akan mendapat restu Allah. Bagi saya kebenaran pasti terserlah dan hanya menentukan siapa benar atau sebaliknya. TRANSISI: Tuanku agak sibuk kebelakangan ini kerana menjaga Tuanku

Sultan. Bagaimana Tuanku membahagikan masa untuk meninjau kemajuan Projek Diraja Kelantan (PDRK)? RPK: Projek Diraja ini amat penting bagi saya kerana ia adalah salah satu kerja kebajikan daripada saya kepada rakyat. Biarpun sibuk saya tetap berusaha untuk melihat perkembangannya dari dekat. Memang saya sibuk ketika ini, tetapi semua ini adalah bekalan saya di akhirat kelak. Saya percaya bahawa perkara yang baik akan dibalas dengan baik oleh Allah SWT. TRANSISI: Tuanku dikatakan amat mencintai bidang seni, terutama lukisan dan kraftangan? RPK: Dari dulu lagi saya gemar melukis dan sememangnya saya amat meminati seni tradisional, begitu juga dengan hasil kraftangan, semuanya hobi saya. TRANSISI: Akhir sekali, apa harapan Tuanku terhadap suasana tidak keruan yang ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyusahkan keharmonian keluarga? RPK: Saya manusia biasa dan tetap mengharapkan agar suasana kembali seperti sedia kala. Saya juga berharap Tuanku Sultan pulih secepat mungkin kerana saya amat merindui gelak tawanya dan saya pasti rakyat negeri ini sentiasa berdoa akan kesejahteraan baginda.

Tengku Muhammad Fakhry Petra

Tengku Amalin Aishah Putri


6 ISU

B

Transisi 04 - 17 JUN 2010

IARPUN usaha yang dilakukannya adalah untuk menjaga kepentingan rakyat miskin, namun Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid hairan dan kecewa kerana masih ramai menganggapnya menangguk di air keruh. Niat murni yang dilakukannya melalui Projek Diraja Kelantan (PDRK) jelas disalahertikan sesetengah pihak yang menganggap beliau menjalankan perniagaan serta mencari kesempatan untuk meraih keuntungan daripada projek itu. Sememangnya, tidak pernah terlintas di hati Tengku Anis untuk mencari kesempatan apatah lagi menggunakan kuasa yang ada meraih keuntungan. Ini kerana projek yang diilhamkannya sejak 10 tahun lalu semata-mata membantu rakyat miskin di negeri ini meningkatkan pendapatan mereka, terutama dalam bidang pertanian Ketika ditemui di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan, beliau berkata, PDRK yang diilhamkan itu bukan mencari keuntungan kerana ia dibuat untuk membantu rakyat termiskin di negeri ini. “Saya berduka cita kerana ada yang mendakwa saya menjalankan perniagaan menerusi PDRK. Saya tidak berniaga dengan projek ini. Ia adalah untuk kepentingan rakyat miskin Kelantan. “PDRK adalah untuk bantu rakyat saya yang tidak ada kerja. Jadi, bila saya melihat banyak tanah terbiar di seluruh negeri, ia beri ilham kepada saya menjadikan tanah-tanah ini lebih berharga melalui projek usahasama antara penduduk dan agensi kerajaan yang berkaitan. “Saya tidak pernah dapat untung dari projek ini. Saya sendiri beri modal kepada peserta PDRK dan mereka perlu usahakan sehingga berjaya. Saya hanya pastikan mereka cukup segala-galanya dari segi kewangan dan peralatan. “Peserta laksana sendiri tugas yang diamanahkan dalam PDRK, bila sampai masa mereka kutip hasil dan saya tidak pernah kaut keuntungan,” katanya. PDRK mula dilaksanakan sejak 2000 di Jajahan Pasir Mas dan menjadi sumber pendapatan tetap bagi penduduk di Kelantan terutama menerusi produk pertanian seperti penanaman tembikai, kelapa wangi, betik, nangka, pisang dan roselle. Selain daripada tanaman, PDRK juga turut melaksanakan produk penternakan iaitu ikan air tawar, udang galah, ketam nipah, puyuh dan kambing Boer. PDRK mendapat kerjasama penuh Jabatan Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi agensi penyelidikannya, MARDI. Kini PDRK diperluaskan di seluruh jajahan Kelantan dan semakin mendapat perhatian apabila produk yang dihasilkan peserta itu amat bermutu tinggi dan mendapat pujian semua pihak, terutama agensi kerajaan yang terbabit secara langsung dalam skop pertanian. “Ketika PDRK mula-mula dilaksanakan semua pihak beri kerjasama penuh kepada saya. Pegawai Jajahan turut sama dalam projek ini. Mereka sentiasa memantau dan membantu

P

ROJEK Diraja Kelantan (PDRK) yang diragui kemampuannya ketika mula diperkenalkan pada 2000, kini boleh mengukir senyuman apabila ia diperluaskan ke seluruh negeri Serambi Mekah itu. Meskipun ramai yang menyangkal, namun PDRK yang diperkenalkan di Mukim Apam, Pasir Mas pada 28 Oktober 2000 menerusi projek kelapa wangi, sudahpun mampu berbangga dengan apa yang dimiliki. Sudah pasti orang paling gembira dengan kejayaan PDRK ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid yang mencetuskan ilham bila melihat banyak tanah terbiar di negeri itu tanpa dimajukan sesiapa. “Saya sedih lihat banyak tanah terbiar di negeri ini. Ketika mengadakan lawatan di setiap jajahan, saya agak terkilan kerana tidak ada satupun inisiatif dilaksanakan oleh agensi berkaitan untuk memajukan tanah berkenaan. “Dari sinilah tercetusnya idea mewujudkan PDRK dengan mengadakan perbincangan khusus bersama kerajaan negeri untuk memajukan tanah terbiar ini. “Mereka (kerajaan negeri) setuju beri tanah berkenaan secara pinjaman untuk dimajukan. Saya kumpul orang yang ber-

Istana tak rampas tanah rakyat

Seorang peserta PDRK meninjau hasil projek kelapa wangi Mukim Apam Pasir Mas, Kelantan. saya untuk memastikan projek ini diterima rakyat. “Saya begitu kagum dan gembira kerana PDRK berjaya membantu kerajaan negeri mengurangkan pengangguran di Kelantan yang semakin hari semakin membimbangkan. “Tetapi kini, Pegawai Jajahan yang sentiasa mendampingi saya menerusi PDRK ‘sudah hilang’. Selepas krisis Istana melanda Kelantan saya seakan-akan ditinggalkan pegawai kerajaan negeri tanpa sebarang bantuan,” kata Tengku Anis. Meskipun diperlakukan begitu, Tengku Anis berkata, beliau tetap bertahan kerana masih ada yang membantunya, terutama bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara. “Mereka tetap bersama saya untuk membantu. Ini kerana impian mereka juga sama seperti saya, mahu melihat nasib rakyat Kelantan terus terbela. Walaupun tiada pertolongan agensi kerajaan negeri tetapi MARDI sentiasa menghulur-

kan bantuan bagi merealisasikan kejayaan PDRK,” katanya. Menurutnya, PDRK adalah salah satu contoh kejayaannya untuk membantu kerajaan negeri mengurangkan masalah pengangguran dan memajukan semula tanah terbiar di negeri ini. “Bila saya dituduh rampas tanah rakyat, ambil untung daripada PDRK saya begitu sedih. Saya tak tahu apa motif mereka kata begitu. Sedangkan tanah yang dimajukan ini adalah tanah kerajaan yang sudah pasti satu hari nanti tetap menjadi milik kerajaan,” katanya. Menurutnya, pelaksanaan PDRK lebih bermotif kepada kebajikan dan ia adalah sebagai bekalan di hari akhirat kelak dan tidak ada langsung niat tersembunyi sebaik projek itu mula-mula diperkenalkan.

Tanah terbiar tumpuan PDRK pengalaman untuk melaksanakan PDRK. Kini, saya begitu gembira kerana daripada tanah terbiar, PDRK berjaya jadikannya sebagai tanah yang bernilai tinggi. “Banyak hasil pendapatan diperolehi daripada PDRK menerusi produk tanaman dan penternakan yang diusahakan. Saya difahamkan ada peserta meraih sehingga RM3,000 sebulan menerusi projek ini,” katanya Tengku Anis. Selain daripada projek kelapa wangi di Pasir Mas, PDRK juga menjalankan projek tanaman tembikai di Machang; ternakan ikan dalam sangkar (Pasir Putih); tanaman padi/cili fertigas/ternakan ikan keli (Bachok); kambing Boer (Tanah Merah); limau madu/lembu (Kuala Krai); ternakan ketam nipah (Tumpat). Selain itu, PDRK turut melebarkan sayapnya di Jeli dengan melaksanakan projek

ternakan udang galah dan pertanian berkelompok; ternakan lembu/kambing/puyuh (Kota Bharu), namun bagi Gua Musang, PDRK lebih kepada produk makanan yang dihasilkan rakyat tempatan. “Saya berharap, PDRK akan terus berkembang maju supaya lebih ramai rakyat miskin di negeri ini mampu berdiri di kaki sendiri. Apa yang penting, masalah pengangguran dapat diatasi. “Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi agensinya, MARDI yang banyak membantu saya dalam menguruskan PDRK ini,” kata Tengku Anis. Seorang peserta projek kelapa wangi yang ditemui di Pasir Mas, Ahmad Omar, berkata beliau kini lebih berbangga kerana berjaya berdikari apabila PDRK diperkenalkan di jajahan ini sejak 10 tahun lalu.

Ahmad Omar “Saya menyertai PDRK lima tahun lalu. Setiap bulan saya peroleh lebih RM2,000 hasil jualan kelapa wangi yang diusahakan bersama lima rakan saya yang lain. “Saya berterima kasih kepada Tengku Anis yang begitu bersungguh-sungguh melihat rakyat di negeri ini berdikari. Bagi saya ini adalah hadiah paling istimewa dalam hidup saya,” katanya. Ahmad yang kini berusia 49 tahun berkata, dalam tempoh empat bulan tahun ini pendapatannya lebih RM10,000 dan ia satu angka yang agak besar bagi dirinya yang bekerja sebagai petani di PDRK. “Saya berharap lebih ramai rakyat buka mata apa yang dilakukan oleh keluarga di raja ini. Ia satu projek yang baik dan saya yakin projek ini mampu kurangkan faktor pengangguran di Kelantan,” katanya.


ISU

04 - 17 JUN 2010 Transisi

Nilai-nilai Asia Model Mahathir Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani Pengerusi

S

Kajian Ketahanan Negara Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia (UUM)

emenjak berakhirnya era pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hampir tiada lagi pemimpin-pemimpin negara berhujah lagi berkenaan ‘nilai-nilai Asia’. Konsep nilai-nilai Asia ini amat popular sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi negara-negara Asia Timur termasuklah Malaysia terhadap perkembangan ideologi liberalisme di Barat setelah berakhirnya Perang Dingin pada 1989. Bagaimanapun nilai-nilai Asia ini dipersalahkan apabila berlakunya krisis kewangan di Asia pada 1997. Namun pada 11 April 2010 lalu, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang di Parlimen kini, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam persidangan World Movement of Democracy di Jakarta telah menyebut dan mengungkit semula berkenaan konsep nilai-nilai Asia ini. Beliau mengkritik konsep nilai-nilai Asia yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir di Malaysia sebagai penghalang kepada demokrasi dan kebebasan di samping menggunakan agenda kestabilan sosial dan paternalisme untuk mengabsahkan matlamat sistem autoritarianisme yang diamalkan. Persoalan yang timbul ialah mengapa hujah nilai-nilai Asia timbul semula walaupun tiada perbincangan mengenainya oleh Tun Mahathir atau pihak kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini telah membawa agenda baru ‘1Malaysia’? Apakah nilai-nilai Asia yang sebenarnya kepada penduduk Malaysia? Tun Mahathir ketika berucap merasmikan Persidangan ‘Pencemaran Di Dalam Bandaraya-Bandaraya Metropolitan (Polmet)’ di Kuala Lumpur pada 2000 telah menghuraikan berkenaan dengan nilai-nilai Asia itu. Beliau menyatakan bahawa nilai-nilai Asia mengandungi nilai-nilai seperti ketiadaan sikap individualisme yang keterlaluan, rasa tanggungjawab bagi masyarakat, yakin terhadap hubungan kekeluargaan yang mantap, mengutamakan pendidikan, dan berjimat cermat. Beliau menambah lagi, gigih berusaha, kerja berkumpulan untuk negara, satu kontrak sosial di antara rakyat dan negara, moral yang tinggi, akhbar yang bebas tetapi bertanggungjawab, kepercayaan terhadap rakyat sebagai pemegang amanah, dan menghormati alam persekitaran. Tun Mahathir juga melihat bahawa kesan kemakmuran ekonomi Asia sebelum berlakunya krisis pada 1997 adalah sebagai hasil keunikan nilainilai yang ada pada masyarakat Asia yang membawa kepada kemantapan ekonomi tersebut. Satu senarai yang besar telah din-

7

Ancaman ialah dari dalam… Jadi kita harus dilengkapi dengan senjata… Tidak dengan senjata api, tetapi dengan undangundang yang perlu untuk menjamin negara kekal stabil. -Tun Mahathir

yatakan oleh Tun Mahathir berkenaan nilai-nilai Asia. Perkara yang boleh dipertikaikan di sini ialah nilai-nilai terbabit juga terdapat di dalam nilai-nilai masyarakat lain khususnya masyarakat Barat. Meskipun begitu, Tun Mahathir mengakui bahawa kebanyakan daripada nilai-nilai Asia tersebut pernah menjadi nilai-nilai Barat sebelum kemerosotan sistem sosial serta nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan di Barat yang kelihatan pada masa kini. Nilai-nilai Barat yang dijelaskan hanya dikhususkan kepada pemikiran liberalisme yang banyak didokongi negaranegara blok demokrasi liberal diketuai Amerika Syarikat blok yang memenangi Perang Dingin. Oleh itu, bagi beliau sesetengah ni-

kepentingan keharmonian hubungan kaum, kemajuan ekonomi, dan pembangunan infrastruktur. Pendekatan nilai-nilai Asia yang dibawa oleh Tun Mahathir ini, mengikut Errol P Mendes, lebih menekankan nilai-nilai Melayu Islam berbanding nilai-nilai Asia yang didokong pemimpinpemimpin di Singapura, Jepun, Korea, Taiwan, dan China yang lebih menekan kepada fahaman Konfusianisme. Prinsip utama pegangan nilai-nilai Asia Tun Mahathir ialah beliau merasakan bahawa untuk memerintah Malaysia yang mempunyai ciri-ciri kepelbagaian kaum dan keadaan ekonomi yang sedang meningkat, autoriti atau pihak pemerintah perlulah kuat lagi dihormati.

lai seperti ‘kepentingan keluarga’ dan ‘autoriti yang kuat’ yang pernah menjadi nilai masyarakat konservatif di Barat diterima oleh rakyat Malaysia dalam Malaysia menuju kepada pembangunan infrastruktur dan ekonomi. Di samping itu, sebahagian daripada nilai liberal Barat seperti ‘kepentingan individu mengatasi masyarakat’ akan dicabar atau diketepikan. Bentuk nilai-nilai Asia ialah apa yang dikenali sebagai Model Mahathir lebih memfokuskan kepada perlunya satu autoriti yang kuat dan hak keluarga serta masyarakat diutamakan di samping sekatan boleh dilakukan ke atas peranan aktif masyarakat sivil (NGO), amalan demokrasi, prinsip pemerintahan berasaskan undang-undang, dan kebebasan akhbar (media). Oleh itu, nilai-nilai Asia telah mengabsahkan tindakan-tindakan Tun Mahathir dalam pemerintahannya di atas

Bagi beliau tanpa autoriti yang kuat sesuatu masyarakat itu boleh terjerumus ke arah anarki. Prof Zakaria Haji Ahmad pernah menyatakan bahawa di Asia, masyarakat umum tidak akan bertoleransi dengan kerajaan yang lemah kerana ia satu laluan menuju kegagalan di dalam pemerintahan. Tambah beliau, kerajaan yang baik ialah kerajaan kuat yang mempunyai autoriti yang luas. Oleh itu, autoriti kuat juga membolehkan kerajaan membatasi kebebasan asasi khususnya kebebasan mengeluarkan pendapat melalui saluran media serta kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan NGO di bawah alasan kestabilan hubungan kaum dan pembangunan ekonomi di Malaysia. Tun Mahathir menekankan nilai-nilai Asia bagi mempertahankan polisipolisinya. Beliau juga menghujahkan baha-

wa masyarakat Asia mempraktikkan kelebihan kepada hak-hak masyarakat dan keluarga. Di sini Tun Mahathir mengkritik nilai-nilai Barat khususnya daripada fahaman liberalisme yang menekankan kepada kepentingan hakhak individu. Dalam menggerakkan masyarakat yang membangun seperti Malaysia, hak-hak individu tidak sekalikali mengatasi hak-hak masyarakat. Malahan hak-hak masyarakat serta majoriti sentiasa diberikan keutamaan yang mengatasi hak-hak individu. Berdasarkan nilai atau faktor kerukunan masyarakat dan keharmonian, Tun Mahathir telah menjalankan pemerintahan dalam menghadkan kebebasan sivil dan politik rakyat semata-mata demi kepentingan negara dan masyarakat Malaysia keseluruhannya. Tun Mahathir juga merasakan bahawa Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, budaya, dan agama adalah tidak sesuai dan merbahaya bagi sesuatu perdebatan terbuka diadakan sebagai saluran mengeluarkan pendapat. Beliau pernah menyatakan di dalam majalah Far Eastern Economic Review bertarikh 28 Oktober 1996 yang di antara lain menyebut, “Ancaman ialah dari dalam… Jadi kita harus dilengkapi dengan senjata… Tidak dengan senjata api, tetapi dengan undang-undang yang perlu untuk menjamin negara kekal stabil”. Ancaman dari dalam yang dimaksudkan ialah berkenaan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, budaya, dan agama yang memudahkan terutamanya konflik kaum berlaku yang menggugatkan keharmonian kaum dan kestabilan politik negara. Sebab itulah, pentadbiran Tun Mahathir mengenakan beberapa kawalan terhadap hak asasi manusia di Malaysia dengan cara mengekalkan undangundang yang sedia ada, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Apa yang jelas, pandangan yang dibawa oleh Tun Mahathir masih lagi relevan kini dalam menghadapi bentuk masyarakat yang wujud di Malaysia kini walaupun kurang pihak-pihak yang ingin membicarakan lagi berkenaan konsep ini. Sama ada konsep ini baik atau tidak kepada masyarakat, hanya penduduk Malaysia sendiri yang boleh menentukannya. Dasar yang dibawa oleh kepemimpinan Malaysia kini jelas adalah kesinambungan daripada agenda nilai-nilai Asia yang dicetuskan oleh Tun Mahathir sendiri.


8

RAJA-RAJA MELAYU

Transisi 04 - 17 JUN 2010

Kedudukan Y Al Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al Marhum Tuanku Muhammad (31 Ogos 1957 - 1 April 1960)

Al Marhum Tuanku Kurshiah binti Al Marhum Tunku Besar Burhanuddin

P

erkara 32 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong seperti berikut:

“32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan,dan Permaisurinya

Al marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Al Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah (14 April 1960 – 1 Sept 1960)

Al Marhum Tengku Ampuan Jema’ah binti Al Marhum Raja Ahmad

(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15. (2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang diPertuan Agong.

Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Al-Haj Ibni Al Marhum Syed Hassan Jamalullail (21 Sept 1960 – 20 Sept 1965)

Tengku Budriah binti Al Marhum Tengku Ismail

(3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-Raja, atau dipecat dari jawatanya oleh Majlis Raja-Raja dan hendaklah terhenti daripada memegang jawatan apabila t erhenti daripada menjadi seorang Raja. (4) Peruntukan-peruntukan Bahagian 2 dalam Jadual Ketiga hendaklah dipakai bagi memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan”. Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti berikut:

Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (13 Dis 2006 - )

“33. Timbalan Kepala Utama Negara bagi Persekutuan Al Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Zainal Abidin (21 Sept 1965 – 20 Sept 1970)

Tuanku Intan Zaharah binti Al Marhum Tengku Seri Setia Raja

(1) Maka hendaklah ada seorang Timbalan Kepala Utama Negara bagi Persekutuan (digelarkan Timbalan Yang di-PertuanAgong) dan ia hendaklah menjalankan tugas-tugas serta mempunyai keistimew keistimewaan Yang di-Pertuan Agong

Jawatan bukan diwa Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Badlishah (21 Sept 1970 – 20 Sept 1975)

Al Marhum Tuanku Hajah Bahiyah binti Al Marhum Tuanku Abdul Rahman

Al Marhum Tengku Yahya Petra Ibni Al Marhum Sultan Ibrahim (21 Sept 1975 – 29 Mac 1979)

Al Marhum Tengku Zainab binti Tengku Mohamed Petra

J

awatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah jawatan yang diwarisi turun temurun. Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen pada dua peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri.Pada peringkat Persekutuan, Ketua Negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sementara ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Pada peringkat negeri pula, ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Besar juga Yang Dipertua Negeri sementara ketua kerajaan pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri. Dalam Perlembagaan Persekutuan urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong adalah terletak pada Majlis Raja-Raja. Dalam sistem kerajaan Persekutuan yang terdapat ramai Raja, sebuah Majlis yang dinamakan Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan sebagai tempat bagi Raja-DipertuaNegeri bertemu dan berbincang.


BICARA

04 - 17 JUN 2010 Transisi

9

Itu saya tidak pasti tetapi pemilihan sebagai panel mungkin berkait rapat dengan doa saya di hadapan Kaabah sewaktu menjadi pensyarah jemputan Fakulti Kejuruteraan, Universiti King Abdul Aziz, lebih 20 tahun lalu - Prof Dr Ismawi Zen

Hajat Mawi makbul Gambar NOORATIKAH AB RAHIM TRANSISI: Boleh jelaskan bagaimana perasaan Prof sebaik menerima berita dipilih menganggotai Panel Antarabangsa Untuk Pembesaran Masjidil Haram? ISMAWI: Terkejut dan saya berasa macam tidak percaya mengapa saya dipilih. Ada ketika berdetik di hati, mungkin pihak berkenaan tersilap orang tapi itulah hakikat kebesaran Allah SWT. Apapun saya sentiasa bersyukur kerana sebagai manusia, saya hanya merancang dan Allah menentukan segala-galanya. Ini kerana pemilihan berkenaan bukan perlu dibanggakan sangat. Ia adalah tanggungjawab berat dan amanah daripada Pencipta kita, Allah lebih-lebih lagi ia mengaitkan soal ummah seluruh umat Islam dan amat rapat dengan ritual ummah. TRANSISI: Pemilihan Prof, satu-satunya anak Malaysia yang mencipta nama di peringkat antarabangsa mungkin berkait rapat dengan perkara kebaikan yang tidak ternilai pernah dilakukan sepanjang hidup? ISMAWI: Itu saya tidak pasti tetapi pemilihan sebagai panel pembesaran Masjidil Haram mungkin berkait rapat dengan doa saya di hadapan Kaabah sewaktu menjadi pensyarah jemputan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti King Abdul Aziz, lebih 20 tahun lalu. Allahualam! TRANSISI: Ia satu amanah yang tidak ternilai dan sejauh ini berapa ramai panel sudah membentangkan kertas cadangan masing-masing? ISMAWI: Di bawah panel itu, 16 kumpulan dari pelbagai negara sudah bentangkan kertas cadangan masing-masing dan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abd Aziz pilih satu kumpulan berdasarkan kepakaran. Semua kertas itu masih di peringkat awal tetapi pembesaran laluan Saie sudah

M

EKAH al Mukarramah, kota suci bagi 1.5 bilion umat Islam dan disifatkan sebagai pusat pengumpulan manusia terbesar dunia. Saban tahun, jumlah jemaah mengunjungi tempat ibadat itu semakin meningkat, justeru ia memerlukan kawasan yang besar terutama bagi menampung jemaah melakukan ibadat haji dengan selesa dan tenang sepanjang berada di sana. Sehubungan itu, satu perancangan membesarkan kawasan Masjidil Haram sedang giat dilaksanakan kerajaan Arab Saudi dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun. Projek yang memfokuskan kepada dua perkara utama iaitu pembangunan rohani dan konsep mesra alam itu, bukan sahaja memberi kemudahan kepada

dilakukan sejak 2008. Ketika ini, kerja awal sudah dibuat dengan merobohkan bangunan di sekitar masjid. Pembersihan kawasan merangkumi 650 meter dari kawasan masjid berkenaan. TRANSISI: Sebaik siap sepenuhnya nanti, berapa ramai jemaah boleh ditampung Masjidil Haram ini? ISMAWI: Jika siap mengikut jadual, kawasan ibadat itu dijangka boleh menampung 1.5 juta orang dari seluruh dunia, khususnya musim Haji dan Ramadan. TRANSISI: Kami difahamkan Raja Abdullah mahukan konsep mapan dilaksanakan dalam projek itu. Apakah maksud konsep berkenaan? ISMAWI: Konsep ini menekankan kepada kemampuan arkitek untuk merancang bangunan yang boleh memantulkan haba kerana iklim panas serta keindahan alam sekitar. Kemudahan untuk warga emas dan sistem juga harus dipraktikkan. Sebenarnya, yang agak

semua golongan jemaah, yang ingin menyempurnakan rukun Islam kelima itu. Bagi merealisasikan projek itu, enam arkitek berpengalaman dipilih menganggotai Panel Antarabangsa Untuk Pembesaran Masjidil Haram terdiri daripada seorang berasal dari Turki, Arab Saudi, Algeria, Malaysia dan dua dari Lebanon. Agak membanggakan anak Malaysia yang ditawarkan menganggotai panel berkenaan ialah Pensyarah Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ismawi Zen. PENULIS TRANSISI, RAZALI YAHAYA dan RUDYSHAM ABD RAOF berpeluang mewawancara tokoh akademik dari Kampung Gedong, Samarahan, Sarawak ini.

menarik ialah pembangunan semula Mekah ini bakal menghidupkan kembali fungsi masjid pada zaman Rasulullah sebagai tempat perkembangan ilmu. Saya tertarik apabila Kerajaan Arab Saudi mahu tubuhkan institusi pengajian di masjid itu bagi menghilangkan suasana sunyi bila berakhirnya musim Haji dan Ramadan. TRANSISI: Selain pembesaran masjid, apa yang agak menarik dalam pembangunan semula Masjidil Haram? ISMAWI: Pembinaan terowong pejalan kaki dan stesen perkhidmatan awal iaitu Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) seperti yang wujud di Malaysia turut dibangunkan untuk keselesaan jemaah bergerak sepanjang berada di kota suci. Sekarang, kenderaan dibenarkan masuk tetapi bila LRT siap, kenderaan lain perlu diletakkan di Masjid Tana’im dan menaiki LRT memasuki Masjidil Haram. TRANSISI: Mengenai kemudahan untuk warga emas uzur dan orang kurang upaya

(OKU), boleh Profesor terangkan? ISMAWI: Sekarang OKU dan golongan tua melakukan tawaf di tingkat dua bersama jemaah biasa. Sudah tentu agak sukar bagi mereka melakukan tawaf. Dalam konteks ini, Kerajaan Arab Saudi agak prihatin dengan nasib mereka. Inilah satu faktor yang menarik minat saya kerana semua golongan mampu berada di Mekah. TRANSISI: Boleh Prof beritahu sejarah pembesaran Masjidil Haram pada era moden ini? ISMAWI: Fasa pertama dilakukan pada 1955 atas arahan Pengasas Arab Saudi, Raja Abdul Aziz dan pada 1988, Raja Fahd Abdul Aziz Al Saud arahkan pembesaran kawasan solat daripada 152,000 kepada 356,000 meter persegi. Projek kali ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan empat garis panduan (larangan) ditetapkan pihak kerajaan iaitu larangan mengubahsuai Kaabah; larangan ubah lokasi Saei iaitu antara Bukit Safa dan Marwah; larangan ubah kedudukan telaga Zam Zam dan larangan ubah sempadan Tanah Haram. TRANSISI: Sepanjang pembabitan sebagai antara orang penting pembesaran Masjidil Haram, apakah harapan Profesor? ISMAWI: Sebagai ahli panel, aspek permasalahan perlu difikirkan. Panel dilantik perlu ambil kira setiap soal pembesaran tetapi tidak pinggirkan konsep masjid yang mesra alam. Paling utama, pembesaran ini tidak sumbang kepada pemanasan global, pembaziran keselamatan di waktu kecemasan dan perlu ada sentuhan kerohanian bila berada di masjid. Kami perlu fikirkan semua perkara yang ditetapkan, tetapi memelihara nilai sejarah Kota Mekah adalah kepentingan setiap ahli panel yang dilantik.


10 BISNES

Transisi 04 - 17 JUN 2010

Model baru Proton mampu lonjak jualan - Syed Zainal W

ALAUPUN jumlah jualan keseluruhan industri automotif tempatan menyusut sebanyak 2 peratus tahun lalu, Proton masih mampu mencatatkan peningkatan jualan 8 peratus, sekali gus meningkatkan penguasaan pasarannya kepada 28 daripada 26 peratus. Peningkatan itu kemungkinan disebabkan situasi ekonomi tempatan yang bertambah baik dan pengurusan syarikat konglomerat negara itu berkeyakinan bahawa inilah masa terbaik memperkenalkan satu lagi model baru mereka pada Oktober atau November tahun ini. Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata dengan jualan kereta di pasaran tempatan dijangka terus mengalami peningkatan, Proton optimistik model baru itu akan menyumbang kepada usaha syarikat meningkatkan lagi penguasaan pasarannya. “Penerimaan terhadap kenderaan kelu-

aran kami telah meningkat dan ini dibuktikan dengan peningkatan jumlah tempahan dan jualan,” katanya. Menurutnya, pengenalan serta penjenamaan semula model baru Proton seperti Saga, Persona dan Exora mendapat sambutan menggalakkan peminat setia kereta nasional itu. “Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti, telah meletakkan semula Proton Holdings Bhd dalam kedudukan kewangan yang kukuh, “ katanya. Ini terbukti menerusi keuntungan syarikat berkenaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010, pengeluar kereta nasional itu meraih keuntungan sebelum cukai RM285 juta, peningkatan kira-kira 150 peratus berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM319 juta yang dialaminya dalam tahun kewangan sebelumnya. Ini diraihnya daripada pendapatan

berjumlah RM8.23 bilion, peningkatan 27 peratus daripada RM6.49 bilion. Beliau berkata, prestasi lebih baik yang dicatatkan itu adalah disebabkan jualan menggalakkan bagi tiga model utama Proton iaitu Saga, Persona dan Exora. “Keuntungan ini bukan sahaja disebabkan penjualan kereta semata-mata, malah ia turut disokong beberapa inisiatif pihak pengurusan pengeluar sejak beberapa tahun lalu. Ia termasuk meningkatkan portfolio produk, memberikan lebih perhatian kepada pengurusan kos serta memastikan kecekapan pengeluaran,” katanya. Mengenai penggabungan kilang Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam, Syed Zainal Abidin berkata, kajian mengenainya sedang dijalankan dan sebarang keputusan yang bakal dibuat akan mengambil kira pelbagai faktor terutama keseluruhan eko sistem Proton.

Syed Zainal Abidin

Bank Rakyat, Brunei jalin kerjasama B

ANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) sekali lagi menempa sejarah menjadi institusi perbankan terbaik negara apabila dijemput mengadakan kerjasama dengan koperasi utama Brunei untuk mewujudkan francais Ar-Rahnu X’Change. Kerjasama yang bakal dijalinkan itu adalah langkah awal bagi memenuhi pelawaan Kerajaan Brunei yang mahu Bank Rakyat menubuhkan cawangan perbankan Islamnya di negara berkenaan, kata Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzzaman Che Mat. “Pelawaan ini disampaikan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Brunei. “Kerajaan Brunei amat tertarik dengan prestasi dan produk perbankan Islam yang ditawarkan Bank Rakyat. Kenyataan ini amat membanggakan saya apatah lagi berjaya mengharumkan nama di negara di Asia Tenggara. “Apatah lagi Brunei adalah antara negara terkaya di dunia. Jadi, kita bangga menjadi bank terbaik buat mereka,” kata Kamaruzzaman. Mengikut perancangan, kata beliau, Bank Rakyat akan memulakan dengan produk ArRahnu iaitu perkhidmatan pajak gadai Islam menerusi kerjasama antara anak syarikat bank itu dengan koperasi di Brunei. Bagi membuka cawangan perbankan Islam

Kamaruzzaman Che Mat

pula, kata Kamaruzzaman “Kami perlu membuat kajian lanjut kerana tidak mudah bagi bank koperasi membuka cawangan di luar negara. Ia memerlukan banyak kelulusan daripada pihak berkuasa. Bank Rakyat ketika ini mempunyai 124 cawangan dan 16 rangkaian Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara yang semuanya menawarkan produk Pajak Gadai-i Ar-Rahnu. Mengenai bilangan cawangan francais ArRahnu X’Change yang akan ditubuhkan di Brunei, Kamaruzaman berkata, pihaknya masih mengkaji bilangan yang sesuai dengan pasaran negara ini. “Semuanya akan dikaji dalam lawatan kami ke Brunei nanti. Kami juga masih belum menyenarai pendek koperasi mana yang akan bekerjasama dengan kami,” katanya.

Agrobank biaya projek walit A

GROBANK menyediakan peruntukan RM67.7 juta untuk diagihkan kepada usahawan yang berminat menyertai projek penternakan burung walit untuk eksport ke China, Taiwan dan Hong Kong. Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Said, berkata pembiayaan itu untuk pembinaan rumah ternakan burung bersaiz lebih kecil dengan kosnya sekitar RM10,000 hingga RM20,000. Beliau berkata, setakat ini tiada statistik mengukur potensi pasaran sarang burung itu tetapi tahun lalu Malaysia mengeksport RM1 bilion sarang burung ke pasaran berkenaan. “Industri burung walit masih baru dan mempunyai potensi besar. Harga pasaran semasa sarang burung itu adalah antara RM6,600 hingga RM9,900 sekilogram. “Malah ada lokasi tertentu di negara ini seperti Kelantan mampu menghasilkan sarang burung lebih berkualiti dan mampu meraih harga sehingga RM12,000 sekilogram,” katanya kepada media di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ahmad Said berkata, kemudahan pembiayaan itu yang dilancarkan pertengahan bulan lalu, akan ditawarkan kepada semua warga negara tanpa mengira bangsa yang berumur 18 tahun ke atas. “Peluang ini dibuka kepada mereka yang pernah atau belum pernah menceburi bidang perniagaan ini atau mahu mengembangkan perniagaan sedia ada,” katanya. Beliau berkata, skim pembiayaan itu dikenakan kadar faedah tetap 3.75 peratus setahun. Ahmad berkata, dalam memberikan kelulusan, Agrobank turut menimbangkan lokasi rumah ternak kerana ada lokasi yang tidak dapat membantu perkembangan dan kehadiran burung berkenaan, yang secara tidak langsung boleh menjejaskan penghasilan sarang. Katanya, Agrobank mula menawarkan dana pembiayaan ternakan burung walit sejak 2008 dengan tumpuan kepada projek bersaiz besar dengan kos pembinaan rumah ternak antara RM150,000 hingga RM600,000 seunit dan hingga kini sejumlah RM6.3 juta sudah disalurkan kepada 42 pengusaha.


11

BISNES

04 - 17 JUN 2010 Transisi

U

Jutawan Melayu

SAHAWAN terbilang, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary terus mengekalkan gelarannya antara 11 Individu Melayu Terkaya Malaysia sebagaimana diumumkan oleh Forbes Asia, baru-baru ini. Mengetuai Yayasan Al-Bukhary, Syed Mokhtar mengumpul kekayaan berjumlah RM5.64 bilion (AS$1.7 bilion), untuk muncul sebagai individu Melayu paling kaya di Malaysia. Bagaimanapun, beliau berada di tangga kelapan keseluruhan 10 Individu Paling Kaya Malaysia di belakang Raja Gula terkenal, Tan Sri Robert Kuok (AS$12 bilion); Ananda Krishnan (AS$8.1 bilion); Tan Sri Lee Shin Cheng (AS$4.6 bilion); Puan Sri Lee Kim Hua (AS$3.9 bilion); Tan Sri Quek Leng Chan (AS$3.85 bilion); Tan Sri Teh Hong Piow (AS$3.8 bilion) dan Tan Sri Yeoh Tiong Lay (AS$2.5 bilion). Dua lagi individu dalam senarai 10 Individu Terkaya Malaysia selepas Syed Mokhtar ialah Tan Sri Vincent Tan yang mengumpul kekayaan berjumlah AS$1.6 bilion untuk menduduki tempat kesembilan, manakala Tan Sri Tiong Hiew King di tangga ke-10 dengan kekayaan berjumlah AS$1.2 bilion. Sementara itu, tokoh perbankan terkenal, Tan Sri Azman Hashim yang mengetuai Arab-Malaysia Corp menduduki tangga kedua individu Melayu paling kaya di Malaysia. Bagaimanapun, beliau menduduki tempat ke-11 keseluruhan individu terkaya di negara ini. Azman meninggalkan saingan terdekat dalam kategori individu Melayu terkaya di termpat ketiga iaitu Pengarah Eksekutif Air-Asia, Datuk Kamarudin Meranun. Beliau menduduki tangga ke- 21 keseluruhan individu terkaya Malaysia. Turut tersenarai adalah anak-anak Allahyarham Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir iaitu pemilik syarikat Sapura Holding iaitu Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin di tangga keempat individu Melayu terkaya. Pada masa yang sama, Datuk Shahril dan Shahriman berjaya memperbaiki kedudukannya di tempat ke-23 kalangan 40 individu terkaya di Malaysia. Beliau dan adiknya Shahriman yang berkongsi kedudukan itu dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak RM896.4 juta (AS$270 juta). Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mokhzani Mahathir dari Kencana Petroleum turut dalam senarai apabila menduduki tangga ke-26 orang terkaya Malaysia. Mokhzani yang menjadi individu Melayu kelima terkaya meninggalkan saingan terdekat Ahmayuddin Ahmad dari Westport tempat keenam. Ahmayuddin bagaimanapun disenarai di tangga ke-27 keseluruhan individu paling kaya Malaysia. Adik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Nazir Tun Abdul Razak yang menjadi Melayu ketujuh terkaya, turut kembali dimasukkan dalam senarai 40 Individu Terkaya Di Malaysia 2010. Beliau yang juga Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, dilaporkan berada di tangga ke-32 dengan jumlah kekayaan RM481.4 juta (AS$145 juta) selepas tercicir daripada

11

Oleh Razali Yahaya apakedea@gmail.com

11

Melayu Paling Kaya

1. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary -Yayasan Al-Bukhary ( 8) 2. Tan Sri Azman Hashim - Arab-Malaysian Corp (11) 3. Datuk Kamarudin Meranun - AirAsia (21) 4. Datuk Shahril & Shahriman - Sapura ( 23) 5. Datuk Mokhzani Mahathir - Kencana Petroleum (26) 6. Ahmayuddin Ahmad - Westport (27) 7. Datuk Seri Nazir Razak - CIMB (32) 8. Raja Datuk Seri Eleena Azlan Shah - Gamuda (33) 9. Tan Sri Rozali Ismail - Puncak Niaga Holding (35)

Syed Mokhtar Al-Bukhary

2

Azman Hashim

1

3

Kamarudin Meranun

6 Ahmayuddin Ahmad

7

Nazir Razak

10. Datuk Seri Abdul Hamed Sepawi - Ta Ann Holding (39) 11. Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir - Hard Rock Cafe (40)

4

5

Shahril Shamsuddin

Mokhzani Mahathir

8

9 Rozali Ismail

Eleena Azlan Shah

10 Individu Terkaya Malaysia 1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

AS$12b

2. Tan Sri Ananda Krishnan

AS$8.1b

3. Tan Sri Lee Shin Cheng

AS$4.6b

4. Puan Sri Lee Kim Hua

AS$3.9b

5. Tan Sri Quek Leng Chan

AS$3.85b

6. Tan Sri Teh Hong Piow

AS$3.8b

7. Tan Sri Yeoh Tiong Lay

AS$2.5b

8. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

AS$1.7b

9. Tan Sri Vincent Tan

AS$1.6b

10.Tan Sri Tiong Hiew King

AS$1.2b

senarai berkenaan tahun lalu. Sementara itu, anak Sultan Perak, Raja Datuk Seri Eleena Azlan Shah sebagai Pengarah Eksekutif Bebas Gamuda yang menduduki tangga ke-33 keseluruhan, menjadi Melayu kelapan terkaya dengan meninggalkan saingan di tempat kesembilan iaitu Pengawai Eksekutif Puncak Niaga Holding (35 keseluruhan); Ketua Eksekutif Ta Ann Holding, Datuk Seri Abdul Hamed Sepawi tangga ke-10 (39 keseluruhan). Manakala usahawan yang juga Pengerusi Hard Rock Cafe, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir sebagai Melayu ke-11 terkaya. Beliau turut tersenarai dalam 40 individu paling kaya Malaysia seperti

10 Hamed Sepawi

dilaporkan Forbes Asia, baru-baru ini. Dalam satu lagi perkembangan yang menarik, pemilik Eversendai, A K Nathan, kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Burj Khalifah di Dubai memecah tradisi apabila tersenarai sebagai individu ke-24 terkaya dengan nilai kekayaan sebanyak RM830 juta (AS$250 juta). Kuok, 86, pula terus mengekalkan gelaran sebagai individu terkaya di Malaysia sejak 2006, berjaya menambahkan kekayaan sebanyak RM9.96 bilion (AS$3 bilion) tahun lalu kepada RM39.8 bilion (AS$12 bilion). Ananda Krishnan juga kekal pada kedudukan kedua dengan jumlah kekayaan

11 Syed Yusof Syed Nasir

sebanyak RM26.8 bilion (AS$8.1 bilion) dan peneraju Kumpulan IOI, Lee Shin Cheng masih di tempat ketiga dengan kekayaan RM15.2 bilion (AS$4.6 bilion). Forbes Asia berkata, kombinasi kekayaan individu rakyat Malaysia pada tahun ini meningkat 42 peratus dengan jumlah RM169.32 bilion (AS$51 bilion) berbanding RM119.5 bilion) pada tahun lalu. Keseluruhan pertambahan kekayaan itu adalah seiring dengan lonjakan Indeks Komposit Kuala Lumpur sebanyak 32 peratus dan kenaikan mata wang ringgit 11 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat sejak 12 bulan lalu.


12 GLOBAL

Transisi 04 - 17 JUN 2010

Najib terima anugerah tertinggi ICT S

HANGHAI: Inisiatif Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memastikan akses jalur lebar negara lebih meluas dan mampu dimiliki rakyat adalah faktor utama Perdana Menteri diberi penghormatan menerima Anugerah Persatuan Telekomunikasi dan Maklumat Dunia 2010 (ITU). Najib (gambar) memainkan peranan sebagai perintis dalam pembangunan jalur lebar di negara ini dengan melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) awal tahun ini yang dilihat

bukan sahaja berjaya meningkatkan akses jalur kepada lebih ramai penduduk di negara ini sekali gus menyediakan peluang lebih besar buat mereka turut serta dalam ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan. Perdana Menteri adalah antara tiga penerima anugerah itu bagi tahun ini, yang memberi fokus terhadap tokoh penting yang memberi sumbangan besar dalam penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) anjuran Kesatuan Tekekomuniasi Antarabangsa (ITU).

Beliau menerima anugerah berkenaan di Ekspo Shanghai, China yang diadakan sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia pertengahan bulan lalu, jelas memperlihatkan kewibawaan Perdana Menteri untuk meletakkan nama Malaysia di peringkat lebih tinggi. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut melahirkan rasa gembira dengan penganugerahan itu dan menyifatkan ia satu penghormatan paling besar diberi se-

buah organisasi antarabangsa seperti ITU kepada seseorang pemimpin negara. Setiap kali bajet negara dibentangkan, peruntukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pasti tidak pernah dipinggirkan, malah menjadi keutamaan untuk dilaksanakan oleh Perdana Menteri. Malah, Najib sentiasa menyokong usaha ITU dalam memperkukuhkan keselamatan siber sejagat menerusi Pusat IMPACT di Cyberjaya. - AFP.

Thailand hadapi perpaduan berliku

atra

Thaksin Shinaw

tentera Bangkok di kawasan pedalaman, protes Baju Merah kali ini dianggap kesan tindak balas paling serius di negara itu. Sebenarnya, Bangkok tidak mencerminkan keseluruhan Thailand. Ia cuba menjadi model kebangsaan dengan memadamkan perbezaan suku kaum menerusi pentadbiran ala Barat. Namun, di utara dan timur laut Thailand, kebanyakan penduduknya suku kaum Lao yang bertutur dialek Lao, malah majoriti penduduk Thai menggunakan dialek Lao di rumah. Perbezaan kedaerahan ini sebenarnya telah dipatahkan secara kuku besi oleh tentera Thailand sejak 1950an. Pada awal 1960an, Panglima Sarit Thanarat cuba menyempurnakan model ciri Thai dari segi bahasa dan ketaatan kepada Raja. Namun, usaha tentera itu digagalkan tentera sendiri menerusi satu rampasan kuasa pada 1976. Perlembagaan Rakyat hanya diwujudkan pada 1997 dengan kedaulatan diberikan kepada Dewan Perwakilan dan Senat bagi membentuk Parlimen Thailand. Perlembagaan Thailand mengiktiraf hak budaya suku kaum. Berikutan itu, hak mengundi rakyat diperluaskan. Situasi ini telah memberikan penduduk di bahagian utara dan timur laut Thailand hak untuk menentukan masa depan mereka menerusi demokrasi. Perkembangan ini dipergunakan oleh Thaksin yang membina ‘jambatan’ sokongan dengan memberikan pinjaman mudah dan bantuan kesihatan kepada rakyat petani. Puak elit Bangkok khususnya yang menyokong Abhisit menyedari percaturan Thaksin dan berusaha mencari kesilapannya, termasuk tuduhan rasuah. Thaksin kini menjadi pelarian kerana mengelakkan diri daripada dipenjara atas tuduhan rasuah. Namun sebaliknya beliau dianggap wira majoriti rakyat Thailand yang berpendapat bekas Perdana Menteri

Baju Merah

B

ANGKOK: Mungkin wajah rakyat Thailand selepas ini akan terbahagi kepada dua iaitu puak Baju Merah dan Baju Kuning atau antara golongan elit Bangkok dengan rakyat biasa di desa. Persoalan ini semacam menjadi kenyataan selepas penyokong Barisan Bersatu untuk Demokrasi Menentang Diktator(UDD) atau Baju Merah menamatkan protes dan kepungan selama 79 hari di ibu kota Bangkok pada 19 Mei lalu. Protes panjang itu telah meninggalkan banyak kenangan pahit atau igauan buruk dan turut melumpuhkan aktiviti harian ibu kota berkenaan, hasil ciptaan Baju Merah yang diwakili sebahagian besar golongan petani dari utara dan timur laut negara yang berjumlah 62 juta orang itu. Bukan sahaja Bangkok, malah mereka juga menyerang bandar-bandar lain di beberapa wilayah di luar Bangkok dengan sasaran Dewan Rakyat, pejabat dan syarikat yang dianggap bersimpati dengan kerajaan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva (gambar kecil). Laporan dari Bangkok menyebut kira-kira 70 anggota Baju Merah terkorban dalam protes panjang itu. Sejumlah askar juga turut terkorban dalam serangan balas, termasuk bom buatan sendiri. Persoalannya, apakah mungkin golongan elit Bangkok yang menyokong kerajaan Abhisit dan menentang Baju Merah memahami sebab kebencian terbaru ini? Beberapa pemerhati politik Thailand berpendapat, ketegangan suku kaum dan ekonomi rakyat bawahan yang memihak kepada Thaksin Shinawatra, memungkinkan akan memanjangkan perseteruan yang wujud kepada satu tempoh yang tidak pasti antara Bangkok dengan bahagian lain di negara berkenaan. Selepas seabad penguasaan politik dan

itu ditindas tentera dan golongan elit. Dengan harapan dapat menyesuaikan diri dengan suasana politik baru, barisan penentang Thaksin telah cuba meraih kembali kuasa. Mereka membentuk Perikatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) dengan Baju Kuning. PAD kemudian berjaya mendapatkan sokongan tentera dengan melancarkan rampasan kuasa yang menjatuhkan Thaksin pada 2006. Gambaran ini jelas telah membakar kemarahan rakyat Thailand, terutamanya golongan petani yang menganggap Thaksin sebagai wira mereka. Kini, pemerhati politik membayangkan kemungkinan Baju Merah yang masih tidak puas hati akan kembali ke Bangkok atau melancarkan gerakan terbaru ‘ala gerila’ untuk terus meruntuhkan kepimpinan Abhisit. Sebaliknya, Abhisit berjanji akan memulihkan Thailand dengan mengadakan pilihan raya segera. Persoalannya apakah tindakan itu berupaya menyelamatkan negaranya daripada perang saudara?


GLOBAL 13

04 - 17 JUN 2010 Transisi

Rakyat AS kutuk kerjasama Israel W

ASHINGTON Sebilangan besar rakyat Amerika Syarikat (AS) melahir rasa tidak puas hati dengan tindakan pemimpin negara Uncle Sam itu, yang sewenang-wenangnya membelanjakan wang untuk kepentingan Israel setiap tahun. Bagi mereka, peruntukan besar itu sepatutnya digunakan untuk memenuhi keperluan rakyat dan bukannya kegunaan Israel yang banyak membelanjakan wang berkenaan untuk membeli senjata canggih bagi kegunaan di medan peperangan. Lebih menghairankan, pemimpin AS yang silih berganti seolah-olah meneruskan tradisi dengan tidak menghiraukan arahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya masyakarat menentang kekejaman Israel. Gambaran ini jelas memperlihatkan bahawa pemimpin AS bukan sahaja merestui perbuatan terkutuk Israel, malah mereka melanggar hukum antarabangsa. Sememangnya, persamaan antara AS dan Israel amat ketara dan keduadua negara berkenaan sentiasa memuja Jawatankuasa Pengurusan Rakyat Amerika-Israel (AIPAC), yang berfungsi sebagai penyampai atau pengintip. Fungsi pemimpin Israel adalah hanya mengadakan perbincangan dengan AIPAC, manakala ahli jawatankuasa pertubuhan itu secara total meminta Ahli Kongres AS men-

terjemahkannya serta merestui permintaan Israel tanpa banyak soal. Semua pun tahu bahawa antara AS dan Israel tidak ada bezanya, mereka sentiasa mencari helah dengan menguar-uarkan pengganas di seluruh dunia. Kekejaman mereka agak ketara apabila sentiasa menahan orang yang tidak bersalah tanpa usul periksa dan melancarkan psikologi peperangan terhadap mana-mana negara yang tidak disukai. Kedua-dua negara ini sentiasa menganggap diri mereka sebagai Polis Dunia. Sedangkan kekejaman yang dilakukan mereka lebih buruk dan teruk berbanding apa yang berlaku. Banyak persoalan timbul mengapa AS dan Israel saling bergantung harap antara satu sama lain dan ada persamaan antara dua negara ini. Paling ketara persamaannya ialah soal membangunkan negara dan cara pemerintahan pemimpin. Jika dilihat dari segi sejarah, wujudnya golongan bangsawan AS adalah menerusi penaklukan tanah daripada penduduk asli negara itu, Red Indian. Menerusi pemilikan tanah ini yang membuatkan golongan bangsawan terbabit mampu membina empayar mereka dengan cara membuta tuli dan memperbodohkan penduduk tanpa rasa belas kasihan. Begitu juga apa yang berlaku di bumi

Israel. Tanah rakyat Palestin diceroboh dan tanpa segan silu golongan Zionis ini menuntut hak mereka dengan sewenangwenangnya.

Bagi Palestin, mereka tidak mahu menjadi boneka seperti yang berlaku ke atas orang asli Red Indian di AS Sejarah ini sememangnya diketahui penduduk dunia, tetapi apakan daya jika AS hanya menutup sebelah mata sebarang tindakan Israel ke atas penduduk Palestin. Kekuatan mereka adalah senjata canggih yang tidak pernah diimpikan oleh orang asli Red Indian, mahupun penduduk jati Palestin. Segala apa yang berlaku di benua Amerika dan Palestin sentiasa menjadi tumpuan masyarakat dunia, jika dihitung kemarahan yang berlaku sudah tentunya penduduk Palestin yang sentiasa bergelumang dalam ketakutan kerana Israel sentiasa mencari helah untuk mengusir mereka dari tanah air sendiri. Penduduk Palestin kesal dan marah kerana Israel mencuri tanah mereka secara

Obama (kanan) dan Netanyahu

terang-terangan dengan menggunakan kekuatan tentera. Kekejaman yang berlaku seolah-olah sudah biasa ditatapi dan penduduk dunia seperti sudah lali mendengar orang Palestin dibunuh. Jadi, sudah semestinya apa yang berlaku di benua Amerika tidak mahu diulangi oleh penduduk Palestin. Mereka tetap berdiri teguh dan tidak menghiraukan gesaan benua itu untuk berundur. Tanah air tetap dipertahankan biarpun AS dan Israel sentiasa bergabung untuk menghapuskan mereka dari tanah air sendiri. Bagi Palestin, mereka tidak mahu menjadi boneka seperti yang berlaku ke atas orang asli Red Indian di AS. Biarpun mereka berputih tulang tapi tidak berputih mata dengan menyerahkan bulatbulat Palestin kepada Israel yang sudah tentu mampu mengundang bahaya. Kedaulatan tetap dijaga dan hubungan intin antara puak Zionis Israel yang diketuai Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan AS yang dipimpin Presiden Barrack Obama tidak akan dipandang ringan oleh Palestin. Bagi mereka, biarpun dua negara itu bertukar pemimpin tetapi harapan untuk menuntut segalanya tetap akan berakhir kerana bagi mereka janji manis pemimpin terbabit hanya omong kosong.

Bayi ‘ajaib’ tunjuk tanda bagus

M

ANCHESTER: Bayi yang masih dalam kandungan menunjukkan tanda ‘bagus’ pada ibunya bahawa dia dalam keadaan baik. Marie Boswell, 35, pada mulanya agak terkejut tetapi menarik nafas lega dengan ‘signal Ok’ dari bayinya yang masih berusia 20 minggu itu. Tanda itu sangat jelas ketika beliau membuat ultrasonografi (USG), di sini. “Kami semacam tidak percaya, tetapi apa yang kami lihat itu benar-benar memeranjatkan,” kata ibu muda itu sebagaimana dilaporkan dalam akhbar The Sun, baru-baru

ini. Dia dan suaminya, James Evan, 41, melihat secara jelas apa yang dilakukan bayinya ketika membuat pemeriksaan rutin kandungan. Bayinya bakal lahir pada September ini. Petugas USG Hospital Wythenshawe di sini, Gerry Jackson mengaku ini adalah perkara luar biasa dan menakjubkan. “Ini jarang terjadi apabila bayi yang masih dalam kandungan mampu memberi signal Ok yang boleh dilihat secara jelas melalui ultrasonografi.

Uji ultrasonografi adalah prosedur yang menggunakan gelombang suara frekuensi tinggi ke atas perut dan rongga rahim, untuk membolehkan dapat melihat keadaan bayi sebenar ketika dalam kandungan. Prosedur uji USG adalah sebahagian daripada rutin rawatan pra kelahiran selain memberikan informasi penting yang diperlukan pegawai perubatan untuk memberikan perawatan yang optimal.


14 KAJIAN ILMIAH

Transisi 04 - 17 JUN 2010

Dr Fadzilah Profesor ‘CARI JODOH’ Oleh Rudysham Abd Raof Foto Nooratikah Ab Rahim

M

ELIHAT kepada isu pengangguran negara yang semakin meruncing tanpa kaedah sesuai menanganinya, meletakkan graduan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini terus berada dalam kedudukan tidak selesa apatah lagi zaman remaja semakin berlabuh dan keyakinan diri semakin hilang apabila memikirkan untuk membina keluarga dalam tempoh terdekat. Walaupun kajian demi kajian dijalankan dan sering berfokuskan kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah, namun masih banyak yang tidak memberi impak besar bagi menanganinya. Keadaan ini terus membingungkan banyak pihak apatah lagi membantu siswazah tempatan selesa dengan kerja masing-masing begitu juga dengan majikan, sehingga pemilihan kerja menjadi faktor utama mengapa masih ramai graduan kita menganggur.

MAJIKAN

BERJAYA...Dr Fadzilah dan Megat Firdaus menerima pingat emas di ITEX ‘10.

GRADUAN

JOBMATCHING

AGENSI CARI KERJA

MENCARI PEKERJA


PIALA DUNIA 04-17 Jun 2010/21Jamadilakhir-04 Rejab1431H

www.facebook.com/transisi

11 Jun - 12 Julai 2010

Misi ajaib Messi

T

IDAK ada apa yang kita perlukan jika seorang bintang seperti Lionel Messi lahir di bumi Malaysia apatah lagi kehadirannya dalam mana-mana pasukan di dunia begitu menjadi harapan setiap jurulatih yang memimpin skuad masing-masing. Namun, kenyataan itu hanya mampu ditelan tanpa mampu meluahkannya semula, kerana Messi adalah hak mutlak skuad Argentina kendalian bekas pemain tersohor dunia, Diego Maradona yang sememangnya menjadi ketua jurulatih pasukan Piala Dunia paling bertuah di bumi ini. >>ms 17

16

16

ia e Piala Dun

ayak K Malaysia L

t Jenin

Fantasi Ma

PROFIL

Nama : LUIS AN Nama Sam DRES ME aran SSI : LEO Tarikh Lah ir : 24 JUN 1 Tempar L 987 ahir : ROSARIO Tinggi , ARGENT INA : 169CM Berat : 67KG Pasukan K eb Kelab Lam angsaan: ARGENT INA a : NEWELL ’S OLD BO YS (1995-200 Kelab Sem 0) asa : Ba rc e lo na FC (2000 – hin gga kini)

24

Poster Pasukan Itali

2030?


16 PIALA DUNIA

Analisis

Rudysham Abd Raof

A

NDAI Allahyarham Mokhtar Dahari masih hidup, Malaysia mungkin tidak ketandusan bakat sepertinya dalam skuad kebangsaan kerana sudah tentu SuperMokh mampu melakukan sesuatu dalam pembentukan skuad generasi baru. Keinginan kita melihat skuad kebangsaan di pentas Piala Dunia sudah tentu meluap-luap kerana itulah pentas paling berharga untuk menunjukkan kepada alam ini bahawa Malaysia juga mampu mencipta sejarah tersendiri bagi bersaing dengan pasukan bola sepak penakluk dunia yang lain. Kenapa Mokhtar Dahari disebut-sebut? Sudah tentu kerana kehebatannya yang mampu memulihkan semangat jitu serta kekuatan dalaman kepada pemain generasi baru menjadi hulubalang negara, dan pastinya jika pemain yang menyarung jersi Malaysia sekarang mempunyai gaya persembahan seperti SuperMokh, kita mampu beraksi di Piala Dunia. Namun, semuanya sudah menjadi kenangan dalam lipatan sejarah bola sepak tanah air. Ketiadaan Mokhtar amat dirasai setiap insan yang begitu cintakan sukan ini. Selepas ketiadaannya, kehebatan Malaysia hanya mencium medal kebanggaan menerusi skuad bimbangan K Rajagobal kerana meraih emas di Sukan Sea Laos tahun lalu selepas 20 tahun mengidam. Itulah sahaja kehebatan kita di gelanggang antarabangsa tetapi untuk ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kita tetap terkebelakang dengan kedudukan di takuk sama iaitu 146. Ini satu episod malang untuk skuad negara dan untuk semua pihak terutama peminat bola sepak, lebih baik mereka agungkan aksi pemain antarabangsa di liga tertentu seperti Barclay Premier League (BPL) di England, Liga Italy ataupun Liga Sepanyol yang membarisi pemain bintang handalan dan sentiasa menjadi pujaan setiap insan yang meminati sukan ini. Kini edisi Piala Dunia kembali lagi. Kali ini, aksinya menjengah di Afrika Selatan. Sememangnya kita tidak sabar untuk melihat skuad yang kita sokong meraih tempat terbaik ataupun bergelar juara. Kehebatan skuad negara ketika meraih emas di Sukan Sea tahun lalu sudahpun menjadi sejarah dan tidak perlu lagi diingati, kerana ia terlalu kecil untuk dinilai berbanding tahap agung Piala Dunia. Namun, kita sememangnya perlu optimistik dan persoalannya, mampukah skuad negara menjadi antara penumpang dalam penerbangan antarabangsa ke Piala Dunia edisi akan datang? Mungkin, bagi sesetengah pihak fanatik bola sepak, ini adalah `fantasi Mat Jenin’. Tidak ada yang mustahil dalam kamus kehidupan di dunia ini. Hanya ibu dan bapa tidak boleh dicipta atau ditiru. Kerana ibu bapa adalah salah satu ciptaan Allah pal-

Transisi 04 - 17 JUN 2010

Pusingan akhir Piala Dunia 2030

Fantasi Mat Jenin pasukan Malaysia ing agung. Bagi masyarakat moden, apa sahaja perkara yang ingin dilaksanakan akan tetap dicapai jika ada kemahuan dan ketekunan. Dulu kita tidak pernah kenali negara Togo atau Ivory Coast, kini nama pemain seperti Emanuelle Adebayor dan Drogba sudahpun terkenal. Dari mana mereka, adakah pemain ini dari golongan bangsawan seperti di England atau Jerman? Tentunya tidak. Mereka juga terdiri daripada golongan marhain ketika waktu kecil.

terlepas aksi di Afrika Selatan, namun tidak semestinya kita akan terus terlepas atau menghidu baunya sahaja buat selamalamanya. Skuad negara sejak 20 tahun lalu sering dibandingkan dengan Korea Selatan dan Jepun. Dulu, ketika era Mokhtar, Soh Chin Aun, R Arumugam, Santokh Singh dan rakan-rakan, pasukan Korea dan Jepun itu sama tarafnya dengan Malaysia. Perbualan ini sentiasa menjadi igauan bagi FAM tetapi kini muncul pula Korea Utara, pasukan

main seperti Diego Maradona (Argentina), Pele (Brazil), Rudy Voeller (Jerman), Messi, Kaka (Brazil) dan banyak lagi yang ada di dunia ini. Jika dinilai, perwatakan atau ukuran badan yang dimiliki pemain berkenaan sama sahaja apa yang ada pada diri pemain kita, cuma nama membezakannya. Kalau semangat atau kemahiran kita seperti mereka, kita mampu bersaing. Rata-rata saiz pemain dalam skuad negara terbabit sama sahaja dengan pemain kita,

MALAYSIA CEMERLANG...adakah kegemilangan sebegini mampu tercetus pada pentas Piala Dunia suatu hari kelak?

Togo dan Ivory Coast tidak pernah kita kenali pada masa lalu, tiada langsung istimewa yang dapat kita lihat, dari segi sejarah ataupun kekuatan yang dimiliki kedua-dua negara ini. Kini, nama negara ini sudahpun terpahat dalam sejarah bola sepak antarabangsa – apa sebabnya kalau bukan dek kerana aksi di pentas Piala Dunia. Togo gagal layak ke Piala Dunia kali in tetapi penulis skuad itu pasti berjaya pada edisi akan datang. Kekuatan sebenar yang perlu kita tekankan dalam diri pemain adalah mental dan semangat jitu. Jika kesungguhan yang ada pada pemain serta komitmen tinggi FAM dalam membentuk pasukan negara sudah pasti matlamat untuk menjejakkan kaki di pentas Piala Dunia tetap menjadi kenyataan. Mungkin, kali ini skuad negara

yang dirasa diwujudkan kerana semangat juang dalam peperangan. Kuota bagi negara Asia hanya empat sahaja - beraksi di Piala Dunia, termasuk Australia. FAM dan pemain tentu cemburu dengan kelibat skuad terbabit. Perlukah kita terus cemburu atau buat tak tahu dengan kejayaan demi kejayaan tetangga kita meneruskan kecemerlangan mereka di pentas antarabangsa? Kita perlu lupakan perasaan itu, kita hendaklah bekerja dari sekarang dan membentuk pasukan masa hadapan untuk bekalan cucu-cicit kita. Cuba kita bayangkan jika nama Malaysia bergegar di pentas Piala Dunia, sudah pasti perasaan bangga dan pilu akan menjadi teman paling rapat dalam hati kita. Kita percaya masanya akan sampai. Kita akan tetap memiliki perwatakan atau kelibat pe-

malah jika mereka menyarung jersi Malaysia, orang pasti percaya mereka rakyat Malaysia. Tidak ada langsung perbezaan jika diukur daripada segi pemakanan ataupun perwatakan antara pemain Malaysia dan negara terbabit. Jika Brazil hebat, kenapa kita tidak boleh? Sedangkah iklim Malaysia dan negara fanatik bola sepak itu sama sahaja iaitu Khatulistiwa. Skuad boleh muncul di pentas Piala Dunia pada 2030. Adakah fantasi ini akan menjadi kenyataan? Ia tidak mungkin mustahil kerana segala apa yang ada di bumi Malaysia ini, lebih baik daripada beberapa negara di pentas Piala Dunia kali ini. Oleh itu, marilah kita berdoa untuk memastikan pasukan Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia menjadi kenyataan.


PIALA DUNIA 17

04 - 17 JUN 2010 Transisi

>> dari muka surat 15

M

alah, Maradona yang muncul pemain yang menjuarai Piala Dunia pada 1986 bersama pasukan yang digelarkan Skuad Tango bagi peminat bola sepak di pelusuk dunia amat mengagumi kelicikan dan kehebatan Messi ketika beraksi di gelanggang, tidak kira ketika menyarung jersi skuad antarabangsa atau kelab yang diwakilinya, Barcelona. Jika Maradona dipuja kerana kehebatannya dan terkenal disebabkan gol kontroversi ketika menentang England yang berkesudahan Argentina menang 2-1, apatah lagi gol kemenangan itu diperoleh menerusi satu gerakan mengelirukan kerana dijaring menerusi tangan kanannya sehingga digelar `Keajaiban Tangan Dari Tuhan’. Bagaimanapun, Maradona yang hampir menemui ajal akibat pengaruh dadah tetap mengakui kehadiran Messi sememangnya menyelam a tk a n maruahnya sebagai jurulatih Argentina dan mengatakan bahawa pemain yang mempunyai ketinggian 169 cm adalah jelmaannya yang hadir dari planet lain. Pemain Terbaik Dunia dari Argentina berusia 22 tahun itu, jelas satu simbol dan hadiah paling bermakna buat rakyat Argentina kerana kemunculannya amat dinanti-nantikan pada Kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan bermula 10 Jun ini seperti mana ketika aksinya di Barcelona. Bagi setiap jurulatih yang berjaya membawa skuad masing-masing ke Piala Dunia kali ini mengakui bahawa kehadiran Messi mampu menghadirkan ancaman paling besar terhadap impian mereka untuk meraih tempat lebih jauh sekali gus memburu kemasyhuran pada Piala Dunia kali ini. Maradonna turut mendedahkan bahawa dia sendiri kagum dengan kepintaran serta seni menggelecek yang dipamerkan oleh Messi biarpun dia tidak sepatutnya meluahkannya pada ketika ini kerana bimbang mampu membuatkan pemain itu bermain sambil lewa, tapi bagi jurulatih sensasi itu, Messi bukan seorang yang besar kepala.

r

Ma

na

o ad

Sentuhan planet lain

“Anda menonton bola sepak untuk menyaksikan pemain seperti Messi. Apa yang dilakukannya begitu cantik hingga ia bertukar menjadi satu seni. Apa yang dilakukan pada usianya, tidak pernah dilihat sebelum ini. Mengambil bola di tengah padang dan kemudian menjaringkan gol, seolaholah dia berada di atas padang permainan sekolah, cukup menakjubkan. “Saya memikirkan beberapa tahun lalu dia mungkin tidak akan pergi lebih jauh tetapi saya sedar sekarang bahawa dia berada di planet berlainan,’ tegas Maradona. Messi dimahkotakan Pemain Terbaik Eropah dan Dunia selepas membimbing Barcelona meraih tiga gelaran serentak tahun lalu dan musim ini dia sekali lagi menjadi pilihan mengekalkan gelaran itu dan pencabar terdekatnya kali ini ialah bintang Manchester United dan skuad Piala Dunia England, Wayne Rooney. Bukan sahaja Maradona mengakui anak didiknya itu dari planet lain, malah jurulatih terkemuka Perancis yang membimbing Arsenal, Arsene Wenger turut menyatakan hal sama dan takjub dengan kemampuan Messi di tengah gelanggang. Messi musim ini telah membukukan 32 gol untuk membantu skuad Barcelona menjadi duri dalam daging buat skuad bintang,

Real Madrid yang dipenuhi dengan pemain bertaraf dunia, terutama Cristiano Ronaldo, Kaka dan Karem Benzema. “Dia tahu membongkar seluruh pertahanan di dunia. Sering wujud kebimbangan jika ada pemain seperti Messi,” tegas Wenger. Namun bagi Messi, biarpun dia kini bergelar jutawan kerana beraksi di bumi Sepanyol dan menjadi pemain utama skuad Barcelona, dia bagaimanapun tidak pernah melupakan sejarah hidupnya ketika mulamula menjinakkan diri dalam dunia boleh sepak bersama skuad kecil, Newell’s Old Boys di Argentina. Kemunculannya di Newell/s Old Boys amat berbeza sekali dan kini dia nyata berterima kasih kepada bapanya Jorge Messi yang sentiasa memberi dorongan serta semangat berbelah bagi kepadanya untuk

terus maju dalam dunia boa sepak. Jelas sekali, kehadiran Messi pada temasya terbesar bola sepak dunia ini akan mencetuskan fenomena luar biasa apatah lagi kedudukannya yang dianggap terbaik ketika ini mampu memberi impak besar pada skuad Argentina untuk meraih gelaran utama di negara Safari.

FAKTA

Messi beru mur 18 tahu n pada penampilan Piala Dunia yang pertam pada 2006 a tapi tidak be raksi ketika tewas di su ku akhir men entang Jerm an


23 PIALA DUNIA

Transisi 04 - 17 JUN 2010

JADUA PIALA

Perancis

Mexico

Greece

Nigeria

26/06

Uruguay

Afrika Selatan

Korea Selatan

Argentina

SUKU AKHIR

26/06

1A

1C

1E

1G

1B

2B

2D

2F

2H

2A

02/07

02/07

06/07

Amerika Syarikat

Jerman

Ghana

KUMPULAN A AFRIKA SELATAN 11/06 URUGUAY 11/06 AFRIKA SELATAN 16/06 PERANCIS 17/06 AFRIKA SELATAN 22/06 MEXICO 22/06

KUMPULAN B ARGENTINA 12/06 KOREA SELATAN 12/06 GREECE 17/06 ARGENTINA 17/06 NIGERIA 22/06 GREECE 22/06 KUMPULAN C ENGLAND 12/06 ALGERIA 13/06 SLOVANIA 18/06 ENGLAND 28/06 SLOVANIA 23/06 AS 23/06

KUMPULAN D JERMAN 13/06 SERBIA 13/06 JERMAN 18/06 GHANA 19/06 GHANA 23/06 AUSTRALIA 23/06

28/06

03/07

03/07

England

Algaria

Slovakia

28/06

06/07

Australia

Serbia

___

Lwn

___

MEXICO

16:00

___

Lwn

___

PERANCIS

20:30

___

Lwn

___

URUGUAY

20:30

___

Lwn

___

MEXICO

20:30

___

Lwn

___

PERANCIS

16:00

___

Lwn

___

URUGUAY

16:00

___

Lwn

___

NIGERIA

16:00

___

Lwn

___

GREECE

13:30

___

Lwn

___

NIGERIA

16:00

___

Lwn

___

KOREA SELATAN

13:30

___

Lwn

___

KOREA SELATAN

20:30

___

Lwn

___

ARGENTINA

20:30

___

Lwn___

AS

20:30

___

Lwn___

SLOVANIA

13:30

___

Lwn___

AS

16:00

___

Lwn___

ALGERIA

20:30

___

Lwn___

ENGLAND

16:00

___

Lwn___

ALGERIA

16:00

___

Lwn

___

AUSTRALIA

20:30

___

Lwn

___

GHANA

16:00

___

Lwn

___

SERBIA

13:30

___

Lwn

___

AUSTRALIA

16:00

___

Lwn

___

JERMAN

20:30

___

Lwn

___

SERBIA

20:30

AKHIR


PIALA DUNIA 18

04 - 17 JUN 2010 Transisi

UAL LA DUNIA 27/06

27/06

Switzerland

29/06

29/06

1B

1D

1F

1H

2A

2C

2E

2G

02/07

02/07

07/07

07/07

Jepun

ItalI

New Zealand

Slovakia

Paraguay

Brazil

Ivory Coast

Korea Utara

Portugal

SEPARUH AKHIR

Chile

12/7

Belanda

16 PASUKAN 03/07

03/07

Denmark

Cameroon

KUMPULAN E BELANDA 14/06 JEPUN 14/06 BELANDA 19/06 CAMEROON 19/06 DENMARK 24/06 CAMEROON 24/06

KUMPULAN F ITALI 14/06 NEW ZEALAND 15/06 SLOVAKIA 20/06 ITALI 20/06 SLOVAKIA 24/06 PARAGUAY 24/06 KUMPULAN G IVORY COAST 15/06 BRAZIL 15/06 BRAZIL 20/06 PORTUGAL 21/06 PORTUGAL 25/06 KOREA UTARA 25/06 KUMPULAN H HONDURAS 16/06 SEPANYOL 16/06 CHILE 21/06 SEPANYOL 21/06 CHILE 25/06 SWITZERLAND 25/06

Honduras

Sepanyol

___

Lwn___

DENMARK

13:30

___

Lwn___

CAMEROON

16:00

___

Lwn___

JEPUN

13:30

___

Lwn

___

DENMARK

20:30

___

Lwn

___

JEPUN

20:30

___

Lwn

___

BELANDA

20:30

___

Lwn

___

PARAGUAY

20:30

___

Lwn

___

SLOVAKIA

13:30

___

Lwn

___

PARAGUAY

13:30

___

Lwn

___

NEW ZEALAND

16:00

___

Lwn

___

ITALI

16:00

___

Lwn

___

NEW ZEALAND

16:00

___

Lwn

___

PORTUGAL

16:00

___Lwn ___

KOREA UTARA

20:30

___

Lwn

___

IVORY COAST

20:30

___

Lwn

___

KOREA UTARA

13:30

___

Lwn

___

BRAZIL

16:00

___

Lwn

___

IVORY COAST

16:00

___

Lwn

___

CHILE

13:30

___

Lwn

___

SWITZERLAND

16:00

___

Lwn

___

SWITZERLAND

16:00

___

Lwn

___

HONDURAS

20:30

___

Lwn

___

SEPANYOL

20:30

___

Lwn

___

HONDURAS

20:30


Menarik di dalam

ampus K 04-17 Jun 2010/21Jamadilakhir-04 Rejab1431H

20

www.facebook.com/transisi

5 kredit syarat kemasukan IPTA, IPTS

20 Sharifah Hapsah

Dzulkifli Abd Razak

8

Nik Mustapha Abdullah

Ghauth Jasmon

status Swa-Akreditasi K

EMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) menganugerahkan status Swa-akreditasi kepada lapan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam usahanya menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia serta menggalakkan IPT meneruskan budaya kualiti secara berterusan. >> ms 21

Ekspresi Bukti Cinta Alam

21

3 Politeknik terpilih

Politeknik SSAAS (Shah Alam) Politeknik Ungku Omar (Ipoh) Politeknik Johor Bahru

22

Mohamad Akhir, Maimunah naik pangkat


20

Kampus

Transisi 04 - 17 JUN 2010

5 kredit syarat kemasukan IPTA, IPTS

S

YARAT kemasukan pelajar baru ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini akan diseragamkan dengan sekurang-kurangnya lima kredit menjelang 2015. Ketika ini, peraturan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menetapkan pelajar perlu mempunyai kredit dalam tiga mata pelajaran untuk memasuki IPTS dan lima kredit untuk memasuki IPTA. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata penyeragaman syarat baru itu perlu dibuat bagi memastikan kualiti pengajian tinggi negara ini berada pada landasan terbaik dan mengelakkan ‘double standard’ dalam pengambilan pelajar IPTA dan IPTS, sedangkan pelajar mengambil jurusan sama. “Adalah tidak bagus mereka yang menuntut di IPTS ini dilihat sebagai pelajar kelas bawahan, sedangkan mereka mengambil jurusan peringkat diploma ataupun ijazah,” katanya baru-baru ini. Beliau mengulas dakwaan bahawa KPT mahu melaksanakan syarat baru kemasukan pelajar, mulai Jun ini, dengan menetapkan hanya pemohon memiliki lima kredit dalam mata pelajaran dipertimbangkan melanjutkan pengajian dalam bidang pilihan masing-masing. Berikutan itu, katanya, IPTS diberi panduan serta ruang bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan rancangan dasar baru itu.

Dr Radin Umar Ternyata, dakwaan itu menimbulkan kebimbangan di kalangan pengendali IPTS terhadap kesukaran mendapat pelajar baru. Ibu bapa juga bimbang anak mereka sukar melanjutkan pengajian pada peringkat tinggi sekurang-kurangnya diploma, selepas gagal mendapat tempat di IPTA. Radin Umar berkata, pihaknya menyedari syarat berkenaan tidak boleh dilaksanakan secara tergesagesa.

ITU-UUM bantu usahawan

D

UNIA di hujung jari menerusi kecanggihan ICT membolehkan komputer digunakan secara meluas oleh penduduk dunia untuk mengakses maklumat tanpa sempadan. Dianggarkan melebihi 1 trilion penduduk dunia yang mengakses maklumat melalui internet semakin bertambah setiap hari. Atas kesedaran itu, International Telecommunication Union (ITU-UUM) Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menganjurkan Kursus Latihan Pembangunan Laman Web Usahawan KEDA untuk membantu usahawan agar lebih berdaya saing dan berfikiran global. Pengarah ITU-UUM, Prof. Madya Dr. Wan Rozaini Sheik Osman berkata, selain faktor fizikal, personaliti dan kebolehan komunikasi, pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer serta aplikasi antara ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi usahawan berjaya dalam pasaran mencabar. “Para usahawan perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu terutamanya ICT misalnya dengan menguasai kemahiran membangunkan laman web sebagai nilai tambah sekali gus memberi pulangan menguntungkan,” katanya. Menurutnya, peralatan teknologi dan komunikasi membantu usa-

hawan mendapatkan pengetahuan baru dengan pantas. “Ramai yang mengakses maklumat, maka ini adalah suatu peluang yang amat baik digunakan oleh sesiapa terutama bagi mereka yang ingin berkongsi maklumat terkini,” ujarnya. ITU-UUM menyediakan latihan, perundingan dan penyelidikan

Sendiri Laman Web Asas, Pasti Boleh Membina Laman Web sendiri, dan Membuang Tanggapan Negatif terhadap Internet. Pada majlis yang sama, Timbalan Pengurus Besar Operasi KEDA, Darus Hashim turut menyampaikan sijil penyertaan kepada 32 usahawan cemerlang dari seluruh Negeri Kedah.

dalam bidang ICT yang memberi tumpuan kepada pembangunan ICT luar bandar. Program tiga hari itu menyediakan modul yang relevan untuk membolehkan usahawan memahaminya di akhir latihan termasuk Kefahaman Asas Menggunakan Laman Web, Kaedah Mudah Membina

BAGUS... Peserta kursus dari ITU-UUM dan KEDA menunjukkan tanda bagus selepas berakhir majlis berkenaan baru-baru ini.

Ekspresi bukti cinta alam

S

IFAT rendah diri dan menghargai alam sekitar wajar diterapkan dalam setiap jiwa insan untuk melindungi alam daripada sebarang bentuk kemusnahan yang merugikan penduduk dunia. Selama ini, manusia terlalu bangga diri dan bongkak apabila dengan sewenang-wenangnya membuang sampah, sisa toksik, memusnahkan habitat flora dan fauna sekali gus menjadi penyumbang terbesar kepada pencemaran sehingga bumi semakin tenat dan tidak mampu menampung kerakusan manusia. Atas kesedaran itu, semangat kecintaan terhadap alam sekitar diterjemahkan oleh 200 staf Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menyertai ‘Green Exercise’ dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar di Kelab Golf UUM. Bertemakan “Eco-Friendly: Down to Earth”, ‘Green Exercise’ adalah salah satu aktiviti Kempen Mesra Eko peringkat UUM sebagai langkah simbolik dan tanda sokongan universiti terhadap pemuliharaan alam sekitar selaras dengan seruan kerajaan dalam usaha mengurangkan kesan rumah hijau. “Selain menyihatkan badan, program ini memberi peluang kepada staf beramah mesra melalui senaman berkonsepkan Tai Chi yang diadakan sempena Hari Bumi 2010 di samping menikmati keindahan dan kehijauan alam sekitar,” kata Pendaftar UUM, Harun Amin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Kempen Mesra Eko. Jelasnya, UUM sentiasa menyokong usaha menghargai persekitaran alam semulajadi melalui Kempen Eco yang memulaukan penggunaan barangan plastik, beg plastik dan bekas polistirena. “Ia digantikan dengan penggunaan eco-pack yang berasaskan sabut kelapa sawit dan hampas tebu yang mudah lupus di dalam tanah, lebih selamat dan mesra alam berbanding dengan plastik dan polistirena,” ujarnya. Sekretariat Kempen Mesra Eko proaktif menjalan- kan pelbagai aktiviti termasuk Santai Puisi Alam Sekitar, Ops Kempen Mesra Eko Siri 1 dan 2, Jungle Trekking, Earth Hour, dan Program Eksplorasi Sintok sejak kempen dilancarkan. Sementara itu, peserta program, Azlina Yahaman berpendapat, pelbagai perkara pelik dan bencana yang menakutkan berlaku seperti banjir besar, gempa bumi, kebakaran hutan dan pemanasan global yang menyebabkan cuaca tidak menentu sehingga bumi semakin panas. “Untuk menjadikan bumi lebih selamat dan sejahtera kita perlu berubah sikap dan memahami kepentingan alam sekitar yang memberi kesan secara langsung terhadap kehidupan manusia. “Oleh itu, hubungan harmoni antara manusia dengan alam sekeliling perlu dimantapkan supaya dapat mengekalkan keseimbangan ekosistem dan kualiti kehidupan,” jelasnya. Azlina menyifatkan kempen itu sebagai usaha murni memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih peka terhadap isu alam sekitar dan ianya dilihat mampu membentuk insan yang lebih bertanggungjawab, memiliki perasaan dan tingkah laku yang beretika dalam usaha mewujudkan masyarakat yang celik alam sekitar. Beliau sangat teruja menyertai Tai Chi iaitu sejenis senaman yang melibatkan pergerakan perlahan dan lembut di mana bukan saja boleh membakar lemak, tetapi pada masa sama membantu mengekalkan kestabilan dan memberikan ketenangan minda.


Kampus

04 - 17 JUN 2010 Transisi

21

Universiti Politeknik 2015

S

EBUAH Universiti Politeknik dijangka akan ditubuhkan menjelang 2015 sejajar dengan langkah transformasi menjadikan politeknik peneraju pendidikan teknik dan vokasional di negara ini. Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr. Abdul Rahim Ahmad berkata, selaras dengan program transformasi itu, tiga buah politeknik perintis dinaik taraf sebagai Politeknik Premier. Untuk tujuan itu, tiga politeknik yang dipilih ialah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam), Politeknik Ungku Omar (Ipoh) dan Politeknik Johor Bahru. Katanya, melalui pelan transformasi itu, politeknik disasarkan untuk menjadi pusat pengajian teknikal pilihan utama di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia SPM), sekali gus mengangkat martabat Politeknik itu sendiri. ‘’Kita wajar berbangga dengan pengiktirafan ini dan sekali gus membuktikan kerajaan sentiasa perihatin terhadap masa depan pelajar dalam bidang berkenaan,” katanya selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Kuala Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini, baru- baru ini. Abdul Rahim berkata, menerusi transformasi itu, beberapa objektif sudah dikenal pasti antaranya untuk melonjakkan akses kepada politeknik dengan menyediakan pembelajaran bermutu tinggi daripada kursus-kursus sedia ada. Katanya, selain mengukuhkan relevannya program pengajian dan kebolehan pengajar di politeknik terhadap

3 politeknik yang dipilih:

Politeknik SSAAS (Shah Alam) Politeknik Ungku Omar (Ipoh) Politeknik Johor Bahru

kehendak pembangunan ekonomi negara, ia diharap menjadi peneraju bidang pembangunan penyelidikan teknologi tertentu, sesuai dengan kehendak dan keperluan industri. ‘’Kami juga mahu membina reputasi dan jenama baru dan inisiatif baru sistem pengajian politeknik yang mampu meletakkan sistem ini sebagai institusi pengajian terbaik negara. ‘’Selain itu, ia mampu meningkatkan aspek kualiti, nilai

kursus pengajian dan tahap institusi politeknik yang ditanda aras setaraf dengan institusi terbaik negara,” katanya. Beliau selanjutnya percaya program transformasi yang dilancarkan sebagai usaha penting ke arah meningkat kualiti dan memperkasa pendidikan vokasional dan teknik di negara ini. Katanya, transformasi ini boleh dijayakan melalui inovasi sistematik yang menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan dan latihan politeknik. Ini bermakna warga politeknik perlu sentiasa memikirkan cara dan kaedah baru untuk meningkatkan keberhasilan pendidikan dan latihan ini. ‘’Ini termasuklah melakukan inovasi dari segi pembangunan kurikulum, latihan sumber manusia, menambak baik struktur dan tadbir urus institusi serta pengukuhan kerjasama antara institusi dan industri. ‘’Adalah diharapkan melalui transformasi ini politeknik ini berupaya menghasilkan kejayaan kepada individu pelajar, industri, masyarakat dan negara dan penciptaan kemewahan baru,” katanya. Beliau juga menaruh keyakinan penuh seluruh warga politeknik akan sama menentukan kejayaan agenda transformasi politeknik yang telah direncanakan itu. Selain itu, unit penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang diwujudkan di Politeknik akan melahirkan lebih ramai lagi graduan yang berkualiti selaras dengan kehendak pasaran yang lebih berorientasikan inovatif di dalam sektor pekerjaan.

Status tidak babit program profesional

>> dari muka 19

STATUS ini menjadikan mereka sebagai IPT pertama diberi kuasa mengakreditasi sendiri program pengajian yang ditawarkan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Swaakreditasi itu membolehkan semua IPT terbabit membuat penilaian kualiti program mereka tanpa melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). “Swa-akreditasi ini dianugerah kepada empat IPT awam dan empat IPT swasta yang membabitkan 554 program pengajian,” katanya selepas majlis penyampaian sijil status Swa-akreditasi itu, di Putrajaya barubaru ini. Turut hadir Pengerusi MQA, Tan Sri Dr Mohamed Salleh Mohamed Yassin, Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Dr Syed Ahmad Hussein; Naib Canselor UKM, Profesor Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah; Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon; Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr. Nik Mustapha Abdullah dan wakil USM, Profesor Datuk Dr. Maufauzy Mohamed yang memwakili Naib Cancelornya, Prof Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak. Empat IPT awam itu ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putera Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM), manakala IPT swasta membabitkan Monash University Sunway Campus, University of Nottingham Malaysia Campus, Swinburne University of Technology Sarawak dan Curtin University of Technology Sarawak. Bagaimanapun katanya, status ini tidak membabitkan program profesional yang memerlukan pengiktirafan badan profesional berkaitan. “Berdasarkan audit MQA yang sepanjang September 2009 sehingga Mac 2010 yang lalu, semua IPT itu mempunyai sistem

Empat IPTS layak dapat Swa-Akreditasi kualiti dalaman yang dapat menjamin kualiti proses pendidikan serta kelayakan yang dianugerahkan,” katanya. Khaled berkata, bagi memastikan kualiti program pengajian terjamin, semua IPT terbabit perlu membangunkan sistem akreditasi sendiri yang menyamai sistem MQA termasuk sistem akreditasi sementara sebelum program dapat ditawarkan.

Katanya, MQA akan mengaudit sistem akreditasi dalaman IPT setahun kemudian, diikuti audit pemantauan sekurang-kuranngnya setiap lima tahun seperti ditetapkan MQA. “Ini juga dapat memudahkan graduan lulusan IPT mendapatkan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam, tajaan badan

korporat dan swasta,” katanya. Ditanya lebih banyak IPT akan dipelawa mendapatkan status Swa-akreditasi itu, Khaled berkata, mana-mana IPT yang layak digalakkan memohon untuk memperoleh Swa-akreditasi itu, selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia se-bagai hab pendidikan di rantau ini.


22

Kampus

Transisi 04 - 17 JUN 2010

Mohamad Akhir, Maimunah naik pangkat Oleh Siti Fatimah Abdullah

P

ENGARAH Canselori, Mohamad Akhir Yusuf, terus mendapat mandat Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila dilantik sebagai Pemangku Pendaftar UUM bagi menggantikan Harun Amin yang bakal bersara tidak lama lagi. Tempatnya pula diganti Maimunah Mohamad yang sebelum ini bertugas selaku Ketua Penolong Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Pelantikan dua tokoh UUM ini diumumkan oleh Naib Canselor universiti itu, Tan Sri Dr Nordin Kardi di Majlis Serah Tugas di Bilik Mesyuarat Canselori, barubaru ini. Tan Sri Nordin dalam ucapannya memberikan tahniah kepada Mohamad Akhir dan Maimunah sekali gus berharap kedua-dua pemimpin staf UUM ini mampu menjalankan tugas dengan baik. “Saya percaya dengan kriteria dan kelebihan yang ada pada mereka, mampu memainkan peranan aktif dalam memastikan segala urusan berjalan lancar,” katanya. Tan Sri Nordin turut berharap Maimunah mampu menjalankan tugasnya dengan berkesan demi membangunkan Jabatan Canselori. Sementara itu, Mohamad Akhir ketika berucap mengingatkan kepada kakitangan khususnya staf Canselori supaya memberi komitmen tinggi

Maimunah

Mohamad Akhir

kepada teraju kepimpinan baru sekali gus memastikan misi dan visi jabatan tercapai. Tambahnya, dengan suasana kerja yang kondusif dan paduan staf yang sangat komited menjalankan tugas dilihat akan melicin- kan urusan yang dijalankan. Maimunah turut menyatakan kegembiraannya di atas pelantikan itu dan menyeru semua staf supaya memberi kerjasama yang padu kepada beliau dalam menjayakan misi jabatan. “Sepanjang 20 tahun di UUM, saya banyak berurusan

dengan pelajar yang sentiasa dekat di sisi dan dengan pertukaran ini beberapa penambahbaikan akan dibuat seiring tanggungjawab yang digalas. “Sesiapapun akan berasa takut dengan tugas yang cukup mencabar ini namun saya percaya setiap orang mempunyai prestasi yang boleh dimantapkan,” katanya di majlis penyerahan tugas itu. Pada majlis sama, turut menyaksikan nota serahan tugas dan upacara menandatangani dokumen serah terima tugas antara kedua-dua pihak selain penyerahan cenderamata penghargaan kepada Mohamad Akhir. Hadir sama, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Mohamad Sanuri Rahamad; Pengarah Pusat Sukan, Shafferi Rejab; ketua-ketua unit Jabatan Canselori termasuk staf SUKSIS dan PALAPES. Maimunah berharap kebimbangan yang dialaminya itu dapat diatasi dengan kerjasama dan komitmen daripada rakan-rakan, staf serta pemimpin nombor satu universiti. “Saya percaya Canselori adalah satu pasukan yang mempunyai hubungan baik dan sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain,” katanya.

M

ODEL pentadbiran autonomi universiti perlu diperjuangkan bagi memperkasa tadbir urus dan perundangan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke tahap lebih cekap dan efisien. Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, kepentingan memperjuangkan model itu adalah untuk memastikan Artikel Memandu (KPI) sesebuah IPTA lebih tersusun dan mampu menjadikan universiti tempatan lebih berakauntabiliti setaraf IPT tersohor di seluruh dunia. Katanya, autonomi mesti diungkap sebagai satu instrumen peningkatan keberkesanan pentadbiran bagi setiap universiti tempatan sekali gus membantu program penyelidikan IPTA negara. “Saya mahu lihat universiti kita bersaing dengan universiti luar negara. Jadi, model sebegini seharusnya diperlukan untuk menjana segala urusan kewangan, pendapatan

DIARI KAMPUS

JUN 2010

dan akademik. “Semua yang dilakukan ini adalah untuk membangunkan organisasi IPTA, jadi sudah semestinya kita mahu melihat konsep modal insan yang diperkenalkan mampu menaikkan semangat,” kata Muhriz sempena sambutan ulangtahun ke-40 UKM. Selain itu, beliau mahu UKM menjadi universiti contoh dalam memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat global. “Saya mahu Bahasa Melayu dimartabatkan dalam pelbagai peranan kerana ia adalah bahasa istana dan bahasa wahana pembentukan jati diri. “Beberapa institusi terkemuka dunia seperti School of Oriental and African Studies, University of London dan Victoria University of Wellington, New Zealand menyanjung tinggi Bahasa Melayu. Jadi, kita orang Melayu perlu naikkan martabat bahasa ini ke tahap tertinggi tanpa segan silu,” katanya.

07/06/2010

Program Pengurusan Pembangunan, COLGIS, UUM akan mengadakan satu seminar kerjasama di Universitas Islam Riau (UIR) pada 7-9 Jun 2010. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat mengalualukan penyertaan saudara/saudari bagi menjayakan seminar ini sama ada sebagai pembentang kertas kerja atau peserta. Kertas kerja saudara/saudari boleh terdiri daripada tema hukum/perundangan, ekonomi, pengurusan, pentadbiran, politik, hubungan antarabangsa dan sebagainya yang berkaitan dengan seminar ini. Sesiapa yang berminat, mempunyai idea, hasil penyelidikan boleh hubungi terus sekretariat kertas kerja (HAMIDI ISMAIL melalui hamidi@uum.edu.my atau 012- 294 9472 atau 04- 928 4369).

07/06/2010-10/06/2010

8.30 PAGI : English For Drivers bertempat di Bilik Mesyuarat, Unit Kenderaan, Jabatan Pembangunan dan

Gambar Nooratika Ab Rahim

Bahasa Melayu wahana jati diri

Mencemar Duli... Tuanku Muhriz dan Tunku Ampuan Besar di majlis Sambutan Ulangtahun UKM Ke 40.

Penyenggaraan, UUM anjuran Pusat Bahasa, UUM. Maklumat lanjut hubungi urus setia di talian 04 – 928 6707

17/06/2010

UUM COB dengan kerjasama ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. dan ESQ Wilayah Utara akan mengadakan ESQ LEADERSHIP TRAINING – BASIC LEVEL seperti butiran berikut: Tarikh : 17-19 Jun (Khamis – Sabtu) Tempat : Dewan Tan Sri Othman (TSO) Masa : 8.00 pagi – 7.00 petang Maklumat lanjut berhubung latihan ini boleh diperolehi di www.cob.uum.edu.my. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Roselina Zabidi di talian 5001 / oleen@ uum.edu.my, Dr. Salniza Md Salleh di talian 019 – 478 5774 / sal1029@uum.edu.my.


Transisi 04 - 17 JUN 2010

ITALI

JUARA DUNIA 2006

24 PIALA DUNIA


PIALA DUNIA 25

04 - 17 JUN 2010 Transisi

Bernd Schuster

Eric Cantona

ARGENTINA, COLOMBIA SEPANYOL

Alfredo Di Stefano

Stan Bowles

George Weah

FINLAND

Jari Litmanen

ENGLAND

Abedi Pele

Paolo Di Canio

ITALI

IRELAND UTARA

George Best

LIBERIA

PERANCIS

JERMAN

GHANA

10

pemain HEBAT kempunan pusingan akhir

WALES

Ryan Giggs


26 PIALA DUNIA

Frank Lampard

Steven Gerrard

Transisi 04 - 17 JUN 2010

Wayne Rooney

Theo Walcott

Singa pertaruh kepakaran Capello Tekad rangkul Piala Dunia kali ke-2

J

ika England berhasrat mencium Piala Dunia buat kali kedua sejak 1966, skuad Three Lions itu mereka pasti menagih pengalaman dan kepakaran taktikal pengurusnya, Fabio Capello di Afrika Selatan nanti. Ini kerana setiap pasukan yang dikemudi Capello dalam karier kelabnya berjaya membuahkan kejayaan. Capello mempunyai nafsu untuk mencipta kejuaraan liga domestik bersama setiap kelab dibimbingnya. Dalam lima musim pertamanya sebagai pengurus kelab, dia berjaya menjuarai empat kejuaraan Serie A bersama Milan dan mengemudi kelab berkenaan merangkul Liga Juara-Juara Eropah pada musim 1993-94 apabila menewaskan Barcelona 4-0. Dia kemudian menghabiskan setahun bersama Real Madrid, di mana dia membantu gergasi Sepanyol itu mendakap La Liga pada musim pertamanya dan pada 2001, dia membimbing AS Roma menjuarai kejuaraan pertama Serie A selepas 18 tahun. Capello turut merasai nikmat juara Serie A bersama Juventus sebelum kembali semula ke Real Madrid pada 2006 di mana dia sekali lagi meraih kejuaraan La Liga.

Sejak dilantik menduduki kerusi panas yang disifatkan sebagai jawatan kedua paling penting selepas Perdana Menteri England pada Disember 2007, Capello menyuntik keyakinan dan corak pentadbiran yang disegani. Untuk berjaya, Capello membina pasukannya diketuai penyerang berbisa Manchester United, Wayne Rooney yang dilihat beraksi dalam musim cemerlangnya musim ini meledak 34 gol dalam semua saingan termasuk 26 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Di benteng pertahanan pula, John Terry dan Rio Ferdinand membentuk gandingan mantap. Capello juga menagih keupayaan dua pemain sayap muda, Aaron Lennon dan Theo Walcott untuk melakukan hantaran kepada Rooney. Biarpun menempah tiket awal ke Afrika Selatan, kemampuan England untuk menamatkan penantian selama 44 tahun masih menjadi tanda tanya. Walaupun dibarisi bintang-bintang mahal EPL seperti Rooney, Frank Lampard, Steven Gerrard dan Ferdinand, keupayaan England di Afrika Selatan tertumpu kepada kemampuan Capello untuk mengubah skrip England dengan

kejayaan tidak seperti empat pengurus sebelum ini- Ron Greenwood (1982), Bobby Robson (1986, 1990), Glenn Hoddle (1998) dan Sven Goran Erikkson (2002, 2006) yang bertemakan kekalahan.

Capello

Tiupan vuvuzela bergema di Afrika Selatan

T

Muhammad Amsyari Ismail

inggal beberapa hari sahaja lagi sepak mula Piala Dunia 2010 akan bermula. Di negara kita, demam Piala Dunia sudah pun bermula meskipun wisel mula belum ditiup lagi. Sudah ada peminat yang mencari jersi pasukan kegemaran masing-masing sama ada yang tiruan atau ‘original’. Ada juga yang mencari buku panduan Piala Dunia untuk dijadikan koleksi. Pastinya, ada yang tidak cukup tidur kerana bersengkang mata menonton aksi Piala Dunia sama ada di kedai mamak atau di rumah. Manakala, kedai mamak yang menyajikan tontonan dengan tv gergasi pasti berjaya menarik perhatian pelanggan. Kita boleh berbangga dengan pemilihan Subkhiddin Mohd Salleh - pengadil bola

sepak Malaysia yang mencipta sejarah menjadi pengadil pertama akan mengadili perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan. Usaha membawa pusingan akhir Piala Dunia ke Benua Afrika akhirnya menjadi kenyataan dan acara sukan yang paling diikuti di planet ini, akan memecah tradisi dengan diadakan buat julung kalinya di Benua Afrika atau lebih tepat lagi, Afrika Selatan. Apa yang peminat harapkan dari Afrika Selatan 2010? Pastinya, kehadiran dunia disambut dengan lagu dan tarian serta bunyian unik dari trompet vuvuzela yang belum pernah dirasai di mana-mana Piala Dunia sebelum ini. Tiupan vuvuzela berjaya membawa pasukan bola sepak Afrika Selatan yang dikenali sebagai ‘Bafana Bafana’ bermaksud

‘budak-budak’, budak-budak’ ke separuh akhir Piala Konfederasi pada Jun 2009. Persoalannya, adakah pasukan dari Benua Afrika mampu memenangi piala berprestij ini di laman mereka sendiri? 2010 adalah peluang terbaik buat Afrika Selatan dan lima lagi wakil benua itu, Ivory Coast, Ghana, Cameroon, Nigeria dan Algeria membuktikannya. Meskipun masih belum mendakap Piala Dunia, kejayaan Afrika Selatan dipilih menganjurkan kejohanan ini dilihat usaha pertama ke arah itu. Ramai pemain lagenda lahir dari Piala Dunia terdahulu antaranya, Pele, Franz Beckenbauer, Diego Maradona, Gerd Muller dan Garrincha. Kini giliran Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, Kaka, Fernando Torres dan Didier Drogba

untuk mempamerkan kehebatan mereka Dianggap antara pemain terbaik sepanjang zaman, Maradona kini membimbing negaranya, Argentina berusaha merangkul kejuaraan dunia buat kali ketiga selepas 1978 dan 1986. Maradona beruntung kerana memiliki pemain terbaik dunia ketika ini, Messi. Argentina seharusnya menjadi salah satu pasukan pilihan kali ini bersama juara lima kali, Brazil, juara Eropah, Sepanyol, juara tiga kali, Jerman dan pasukan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), England. Apa yang pasti, peminat seluruh dunia akan disajikan dengan aksi menarik, drama dan kontroversi sepanjang sebulan ini. SELAMAT MENONTON...


KAJIAN ILMIAH

04 - 17 JUN 2010 Transisi

27

Apa tidaknya, selepas berjuang lebih setahun untuk mencipta sistem ini, saya dan rakan-rakan akhirnya diiktiraf. Mungkin sistem ini masih baru tapi saya yakin boleh bantu siswazah kita cari pekerjaan dan majikan yang sesuai dengan jiwa mereka

Jawatankuasa Pemandu Kajian (JPK) sejak 2001 pernah membuat kajian mengenainya dan sampel kajian ini merangkumi graduan yang sedang menganggur serta yang sudah bekerja. Pendekatan ini membolehkan perbandingan dijalankan antara dua kelompok graduan ini dari segi perbezaan ciri-ciri peribadi atau psikologi dan ciri-ciri lain yang berperanan dalam menentukan status bekerja atau tidak bekerja seseorang siswazah. Bukan sahaja JPK menjalankan tanggungjawab berhubung berlakunya penggangguran graduan tempatan, malah organisasi bukan kerajaan (NGO), badan sukarela dan sektor swasta sentiasa berhempas pulas mencari idea untuk memastikan tiada lagi penggangguran di kalangan siswazah. Ini kerana ia sudah pasti merugikan sekali gus merencatkan usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada masa depan. Menerusi kajian yang dijalankan pihak berkuasa tempatan, beberapa cadangan dan langkah timbul daripada perbincangan mengenai isu serta cabaran tenaga kerja di Malaysia. Antara cadangan dasar itu termasuklah:• Menentukan perimbangan antara kadar proses peralihan struktur daripada p-ekonomi kepada k-ekonomi dengan penawaran, permintaan tenaga kerja, teknik pengeluaran dan produktivi buruh supaya tidak wujud defisit atau lebihan dalam tenaga kerja • Menggubal Dasar Pekerja Asing Negara • Menggubal Pelan Induk Sumber Manusia Negara • Menubuhkan Konsortium Pakatan Tiga Pihak berhubung dengan isu tenaga kerja dan guna tenaga di Malaysia • Memastikan semua dasar berhubung tenaga kerja dan guna tenaga konsisten, lestari dan kurang bersifat ad hoc. Biar apapun tindakan dijalan atau dilaksanakan pihak kerajaan, NGO, badan sukarela dan swasta, ia masih di takuk lama dan penggangguran masih di tahap membimbangkan. Pendek kata, kertas kerja lebih banyak daripada

INI DIA...Dr Fadzilah menunjukkan sistem JobMatching ciptaannya. pelaksanaan untuk membantu siswazah meraih pendapatan sendiri tanpa membebankan lagi ibu bapa. Menyedari hakikat itu, penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Fadzilah Siraj menggunakan kepakarannya untuk membantu siswazah di negara ini tidak terus dirundung malang dengan memperkenalkan sistem cari `jodoh’ antara pencari kerja dan majikan negara ini. Pensyarah College of Arts and Sciences (UUM CAS), ini digelar `Profesor Cari Jodoh’ di kalangan rakan-rakan akademik dan kebanyakan pelajar di bawah naungannya. Sistem yang dikenali sebagai ‘JobMatching’ itu membuatkan Dr Fadzilah kini dikenali kerana pembangunan program ciptaannya berjaya meraih Pingat Emas Teknologi, Inovasi dan Merekacipta 2010 (ITEX 10) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) 14 Mei lalu. Biarpun sudah banyak perisian atau laman web berhubung pekerjaan dilancarkan di rantau ini seperti Jobstreet, Job Malaysia dan Jensjobs, ia tidak sama dengan apa yang dicipta oleh Dr Fadzilah bersama pembantunya, Megat Firdaus Haris, Norhashimah Mustafa, Muhammad Ashraq Salahudin dan Shahrin Rizlan Mohd Yusof. “Selepas ciptaan saya ini diperkenalkan, rata-rata pensyarah UUM dan rakan-rakan akademik panggil saya Profesor Cari Jodoh. Memang, sistem ini untuk cari jodoh,

TAHNIAH...Dr Fadzilah bersama rakan akademik UUM.

tetapi bukan membuat ikatan perkahwinan. “Saya kini lebih seronok kerana cipataan ini berjaya meraih pingat emas di ITEX. Ini satu anugerah yang terindah dalam hidup saya. Apatah lagi, kejayaan ini meletakkan UUM sebaris dengan IPTA terkemuka lain. “Apa tidaknya, selepas berjuang lebih setahun untuk mencipta sistem ini, saya dan rakan-rakan akhirnya diiktiraf. Mungkin sistem ini masih baru tapi saya yakin boleh bantu siswazah kita cari pekerjaan dan majikan yang sesuai dengan jiwa mereka,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Kata anak kelahiran Muar, Johor itu, sistem ciptaannya itu amat berbeza dengan laman web mencari kerja yang dijalankan oleh syarikat konglomerat seluruh dunia. Sebagai contoh, menurut beliau “Jobstreet memang memberi banyak peluang tetapi, majikan dan pencari kerja perlu membayar yuran bila menggunakan khidmat sistem ini. “Begitu juga dengan Jensjob dan laman web lain, semuanya memerlukan bayaran bila kita gunakan. Cuma, JobMalaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia percuma tetapi tiada sistem penjodohan dalam laman webya,” kata Dr Fadzilah. Beliau yang kini berusia 51 tahun berkata, JobMatching yang diperkenalkan olehnya lebih kepada membantu siswazah mendapatkan kerja yang benar-benar sesuai sebelum mereka bertugas. Menerusi sistem itu, kata beliau, pencari kerja atau lepasan siswazah hanya perlu memasukkan data mengenai biodata masing-masing dan pekerjaan yang dicari untuk memudahkan pemprograman mencari jodoh dilaksanakan. “Majikan yang perlukan pekerja juga boleh mendaftar. Cuma, mereka perlu membayar yuran ditetapkan sistem ini. Khidmat bagi lepasan siswazah yang menggunakan sistem ini adalah percuma. Itu yang membezakan sistem ini dengan laman web lain. “Malah, sistem ini akan mengatur segala urusan mengemakini biodata pencari kerja dan majikan. Tugas perisian ini adalah memastikan kedua-duanya (majikan dan pencari kerja) lebih cocok bila bersama. “Sebab itu, rakan-rakan panggil saya Profesor Cari Jodoh. Rasa malu pun ada tapi gelaran ini juga membuatkan saya dikenali sehingga raih emas di ITEX ini,” katanya. Perincian sistem ini agak menarik kerana ia menggabungkan antara elemen keserasian di antara majikan dan lepasan siswazah di negara ini. Keserasiannya digabungkan menerusi sistem peratusan yang dijalankan sistem berkenaan dan jika melebihi 90 hingga 100 peratus, keduadua boleh bekerjasama antara sama lain. Dalam kata lain, kata Dr Fadzilah, setiap kurikulum atau apa yang dipelajari graduan ketika di universiti akan dimasukkan dalam data sistem ini dan ia jelas bersifat seimbang bagi memastikan tiada unsur-unsur berat sebelah antara kedua-duanya.


28 AGAMA

Transisi 04 - 17 JUN 2010

Soalan Jawapan

BERDOSA suruh suami cerai madu SOALAN Apa hukumnya seorang isteri menghalang suami daripada menunaikan tanggungjawab terhadap isteriisteri yang lain dan apa hukumnya jika isteri menyuruh suami menceraikan isteri-isterinya. Osman Selamat, Melaka JAWAPAN Hukum seorang isteri menghalang suaminya menunaikan tanggungjawab ke atas isteri-isterinya yang lain adalah berdosa dan berdosa juga bagi isteri yang menyuruh suami menceraikan isteriisteri yang lain kerana tidak mahu bermadu. Cuba bayangkan perasaan orang lain jika melakukan sedemikian rupa. Janganlah kita suka mementingkan diri sendiri. Apa perasaan kita, bila suami kita berkahwin lain setelah kita minta ia menceraikan isteri-isterinya. Janganlah kita bersikap suka meruntuhkan rumahtangga orang lain dengan berbuat berbagai angkara yang boleh menyusahkan orang lain. Hidup kita di dunia ini hanya sementara. Perbanyakkan berbuat kebajikan kepada sesama manusia di dunia ini.

Jangan sampai berlaku PERCERAIAN SOALAN Saya kerap bergaduh dengan suami, memandangkan dia bekerja di negeri lain dan saya tinggal di negeri kelahiran beliau di samping anak-anak yang masih kecil. Saya ibu yang bekerja menjaga anak-anak kecil menjadi tekanan kepada saya kerana sering ditinggalkan. Kami bergaduh dan membuat keputusan untuk pindah ke negeri yang dia duduki sekarang. Memandangkan saya bekerja dan risau jika berhenti bermakna sumber pendapatan kami akan kurang. Dia sangat marah dan menyatakan “awak tidak perlu kerja dua tahun dari tarikh hari ini, duduk rumah jaga anak, I tanggung semua.. bagi tempoh dua tahun jika saya tidak dapat jalankan tanggungjawab saya itu kita cerai talak satu dalam tempoh dua tahun lagi�. Saya sangat kecewa kerana beliau tidak memberi peluang untuk saya bekerja. Jika saya tetap bekerja dalam tempoh dua tahun tersebut adakah jatuh talak kepada saya. Apa patut saya lakukan sekarang?. Farhana Ismaun, Selangor JAWAPAN Talak tidak akan jatuh sekiranya anda bekerja namun, talak akan jatuh sekiranya dia tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya dalam masa dua tahun tersebut. Sebaik-baiknya anda dan suami berbincang dengan cara yang baik demi menjaga keharmonian rumahtangga yang dibina selama ini.

Anak berdosa masih boleh TAUBAT SOALAN Apakah cara untuk menjadi seorang anak yang soleh dengan keadaan sebelum ini ia berdosa dengan ibu bapanya dan tidak sempat untuk meminta keampunan dari kedua - duanya kerana ibu bapanya telah meninggal dunia? Jailani Ahmad Kedah JAWAPAN Antara perkara yang boleh dilakukan oleh seorang anak yang berdosa kepada kedua ibu bapanya dan tidak sempat memohon keampunan dari mereka sebelum meninggal dunia adalah seperti berikut: 1. Bertaubat kepada Allah s.w.t melalui solat taubat kerana saudara telah melanggar perintah Allah iaitu melakukan kesalahan kepada ibu bapa. 2. Mendoakan supaya roh kedua ibu bapa saudara dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Berusahalah menjadikan diri sebagai seorang anak yang soleh. 3. Menghubungkan silaturahim dengan saudara mara dan orang-orang yang dikasihi oleh ibu bapanya semasa hayat mereka.

Gambar Hiasan

Niat baik NIKAH ibu tunggal SOALAN Saya berniat memperisterikan ibu tunggal yang sengsara dan mempunyai dua orang anak yatim yang masih kecil kehilangan bapa kerana meninggal dunia. Apa yang jadi penghalang adalah peraturan jabatan terkini yang menetapkan setiap permohonan poligami mesti mendapat kelulusan isteri pertama. Tujuan perkahwinan ini adalah mengelakan fitnah, kerana kemampuan saya bersedia untuk menanggung dua anak yatim itu. Untuk makluman pihak keluarga ibu bapa bagi ibu tunggal itu telah pun memberikan restu. Persoalannya, saya tidak mahu perkahwinan ini dibuat di luar negara walaupun saya mampu untuk berbuat demikian dengan bantuan kedutaan Malaysia di luar negara. Pertanyaan dan hasrat saya ini ikhlas kerana memberikan kasih sayang pada anak-anak yatim. Ishak Malek, Perak JAWAPAN Niat untuk berkahwin dengan perempuan berkenaan adalah harus dan baik kerana bertujuan untuk menolong dan membantu anak-anak yatim. Oleh itu saudara dinasihatkan agar berurusan dengan Pejabat Agama Islam Daerah berdekatan untuk mendapatkan nasihat berkenaan masalah yang saudara hadapi.

HADIS: Rasulullah s.a.w. mengutuk lelaki yang berpakaian seperti wanita, dan wanita berpakaian seperti lelaki. - Bukhari


AGAMA 29

04 - 17 JUN 2010 Transisi

Al-Quran: Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar. -Surah Al-Imran 3:146

Pasangan boleh kahwin semula dengan akad nikah baru SOALAN SAYA menceraikan isteri secara ‘tebus talak’ kira-kira dua tahun lalu. Selepas bercerai, kami berkawan baik kerana sering menguruskan kebajikan anak. Saya sering berjumpa bekas isteri sehingga kami mengambil keputusan untuk bernikah semula. Namun, saya diberitahu seorang rakan bahawa tidak boleh bernikah semula dengan bekas isteri. Ini kerana cerai secara ‘tebus talak’ adalah perceraian Bain Kubro. Harap tuan jelaskan kepada saya apakah perceraian khuluk sebenarnya, benarkah ia cerai Bain Kubro serta benarkah saya dan bekas isteri tidak boleh bernikah semula. Jailani Mahmood, Ampang Selangor. JAWAPAN JARANG ada pasangan yang bercerai dapat mengekalkan hubungan baik sebegini. Tahniah kerana saudara mampu mengekalkan keadaan harmoni dengan bekas isteri demi kepentingan anak. Seperti diketahui, perceraian ialah perbuatan halal tetapi amat dibenci Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Perbuatan halal yang amat dimurkai Allah ialah talak.” (Hadis riwayat Ibn Majah) Di sebalik perbuatan halal yang dimurkai Allah itu, perceraian adalah penyelesaian untuk memberi nafas baru kepada suami isteri yang tidak dapat lagi hidup bersama atas pelbagai sebab. Antara perceraian yang dibenarkan syarak ialah khuluk atau tebus talak iaitu hak diberikan kepada isteri yang mahu membebaskan diri daripada suami apabila tidak mampu meneruskan hidup bersama suami atas sebab tertentu selain sebab fasakh atau taklik. Kehendak hukum syarak mengenai khuluk dalam Seksyen 49 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang antara lain memperuntukkan: “Jika jumlah bayaran tebus talak tidak dipersetujui pihak itu, mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut hukum syarak dengan memberi pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihak itu.”

Seksyen 49 juga memperuntukkan mengikut subseksyen (1): “Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaan sendiri, tetapi pihak itu bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau cerai tebus talak, mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talak dipersetujui oleh pihak itu, mengarahkan suami melafazkan perceraian dengan cara penebusan dan perceraian itu adalah Bain Sughra atau tidak boleh dirujuk.” Berkenaan perceraian bain sughra, berdasarkan hukum syarak, bain adalah talak yang tidak membolehkan suami rujuk isterinya walaupun dalam tempoh idah dan talak jenis ini dibahagi kepada dua talak, Bain Sughra dan Bain Kubro. Bain Sughra adalah talak yang memerlukan seorang suami mengakad semula akad nikah dengan isterinya jika suami mahu kembali hidup bersama dengan bekas isterinya. Talak yang termasuk dalam kategori ini adalah cerai secara fasakh dan cerai khuluk atau tebus talak.

Sementara Bain Kubro ialah cerai talak tiga atau talak ketiga dengan suami hanya boleh menikahi semula bekas isteri selepas ia bernikah dengan suami kedua, bersetubuh dan berlaku perceraian seterusnya menjalani idah. Suami pertama dibolehkan menikahi bekas isterinya dengan akad baru. Talak yang tidak membolehkan pasangan bernikah selama-lamanya ialah perceraian disebabkan sumpah dibuat suami terhadap isteri yang dituduh berzina atau suami menafikan anak yang dikandung isteri zuriatnya. Berdasarkan penjelasan di atas, khuluk adalah termasuk dalam kategori talak Bain Sughra iaitu tidak boleh dirujuk walaupun dalam tempoh idah namun pasangan boleh berkahwin semula dengan akad yang baru. Oleh itu, jika saudara mengambil keputusan memulakan semula hidup bersama bekas isteri, maka boleh mengahwini bekas isteri dengan akad nikah yang baru.

Jangan sampai gila talak T

ALAK adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud ‘menceraikan’ atau ‘melepaskan’. Mengikut istilah syarak ia bermaksud, ‘melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian’. Jika suami melafazkan kalimah ini ke atas isterinya, maka dengan sendirinya mereka berdua telah terpisah dan isterinya berada dalam keadaan idah . Jika semasa isteri dalam tempoh idah, kedua pasangan ingin berdamai, mereka boleh rujuk semula tanpa melalui proses pernikahan. Sebagaimana firman Allah swt dalam surah At-Talak ayat 2 yang bermaksud: “Maka rujuklah mereka dengan cara yang baik atau ceraikan mereka dengan cara yang baik pula”. Lafaz talak terbahagi kepada dua iaitu Talak Sharih dan Talak Kinayah. Talak Sharih bermaksud ‘nyata’ atau ‘jelas’ iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang. Lafaz ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah ‘talak’ atau ‘cerai’. Contoh lafaz Sharih ialah ‘aku ceraikan kau dengan talak satu’; ‘aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak engkau’ atau ‘hari ini aku ceraikan kau’.Jika suami melafazkan talak mengunakan kalimah yang ‘sharih’ seperti di atas, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi. Sementara Talak Kinayah pula bermaksud kalimah yang secara tidak langsung mempunyai dua atau lebih pengertiannya. Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan ‘aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau’; ‘pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka’; atau ‘kita berdua sudah tiada apaapa hubungan lagi’. Lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori Kinayah. Jika suami tidak berniat menceraikan isterinya, maka talak tidak jatuh tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh.

Bagi pasangan yang meragui lafaz yang diucapkan oleh suami, mereka perlu menghubungi pihak mahkamah bagi mendapatkan pengesahan. Begitu juga bagi pasangan yang ingin merujuk semula, mereka perlu melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan nasihat.

kan isteri tersebut menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Jika ditakdirkan isteri ini berpisah dengan suaminya yang kedua kerana meninggal dunia, maka barulah suami pertamanya berhak menikahi bekas isterinya itu. Talak Bain Sughra adalah talak yang

Hukum Talak Wajib a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi. b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal mencapai kesepakatan

diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh ‘rujuk’ kembali melainkan dengan pernikahan yang baru, walaupun isterinya dalam idah. Sebahagian dari talak Bain Sughra adalah talak yang diputuskan oleh Hakam; talak melalui Khulu’ dan talak yang difasakhkan oleh Hakim. 4. Talak Tiga - Apabila berlaku perkara seumpama ini Hakim Mahkamah akan membicarakan kes pasangan yang terbabit dan memutuskan hukum talaknya. 5. Talak Sunni - Talak Sunni adalah talak mengikut sunnah Nabi saw, iaitu seorang suami menceraikan isterinya di saat ia telah suci dari haid dan sebelum mereka bersatu, lalu suami melafazkan talak di hadapan dua orang saksi. 6. Talak Bid’i - Talak Bid’i adalah talak yang diucapkan oleh suami ketika isteri dalam keadaan berikut: • Talak diucapkan suami semasa isteri uzur (haid). • Talak diucapkan suami semasa isteri dalam nifas. • Talak diucapkan suami semasa isteri dalam keadaan suci tetapi suami telah bersatu dengannya.

untuk perdamaian rumahtangga. c) Apabila pihak kadi berpendapat talak adalah lebih baik. d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemi kian, maka berdosa si suami. Haram a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas. b) Keadaan suci yang telah disetubuhi. c) Ketika suami sakit yang menghalang isterinya menuntut harta pusakanya. d) Menceraikan isterinya talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut beru lang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih. Sunat a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya. b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya. Makruh Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama. Harus Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya.

Gambar hiasan Talak terbahagi kepada enam iaitu Talak Raj’ie, Talak Battah, Talak Bain, Talak Tiga, Talak Sunni dan Talak Bid’i. 1. Talak Raj’ie - Talak Raj’ie bermaksud talak yang boleh dirujuk semasa isteri dalam idah dengan lafaz tertentu, iaitu pasangan tidak dikehendaki melalui majlis pernikahan atau ijab dan kabul. Talak yang dilafazkan oleh suami hanya dikira Raj’ie jika ia talak pertama atau talak kedua. 2. Talak Battah - Talak Battah adalah talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya buat selama-lamanya, umpamanya perkataan suami kepada isterinya iaitu ‘aku ceraikan kau buat selama-lamanya’. Menurut pandangan Imam Syafi’e talak seumpama ini hanya jatuh menurut niatnya, jika suami berniat satu maka talak hanya disabitkan satu, tetapi jika berniat tiga, maka talak dikira jatuh tiga. 3. Talak Bain - Talak Bain terbahagi kepada dua iaitu Talak Bain Kubra dan Talak Bain Sughra. Talak Bain Kubra adalah talak yang berlaku kepada pasangan terbabit sebanyak tiga kali. Ini bermaksud suami telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali. Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya, melain-


30 SIHAT

Transisi 04 - 17 JUN 2010

Kenal pasti tanda awal

STROK S

TROK tidak terjadi begitu sahaja. Lazimnya terdapat tanda-tanda amaran. Dengan mengenalpasti tandatanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya. Di negara ini, strok adalah pembunuh keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung. Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang dan mahal. Terdapat dua jenis serangan strok iaitu strok iskemia dan strok berdarah. Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Biasanya strok iskemia adalah akibat pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya. Strok jenis ini mungkin disebabkan trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah. Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak. Mengenai strok berdarah, ia terjadi apabila salur darah dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah. Strok berdarah kemungkinan disebabkan pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah dalam otak. Manakala pendara-

PETUA DEMAM KUNING AMBIL seketul nila baju dan rendam dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikan anak anda dengan air nila itu. Di samping itu, anda perlu juga menila lampinnya. Cubalah, insya-Allah. Boleh juga guna cara lain. Jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan tadi. Campurkan air berkenaan bersama air sejuk. Biarkan ia suam terlebih dahulu.

han subraknoid, iaitu apabila salur strok. Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres. Bagaimana strok didianogsis? Doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal. Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit. Doktor akan jelaskan mengenai kesan strok kepada pesakit. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung berapa teruk otak rosak dan di bahagian otak mana strok berlaku. Otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu. Oleh sebab otak mengawal semua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang. Pakar kesihatan menegaskan pemulihan segera adalah penting di mana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan sebarang kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan. Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling. Risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu terus mengamalkan gaya hidup yang sihat. Antaranya mereka perlu melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mengambil sebarang pil kontraseptif. Selain itu, jika seseorang itu pernah diserang strok, adalah amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan sentiasa dapat diawasi.


SIHAT

04 - 17 JUN 2010 Transisi

31

RESDUNG virus kanser

R

ESDUNG ialah virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ tertentu dalam badan. Simptom resdung ialah sakit kepala, gatalgatal, rambut gugur, hidung berair, kerap bersin, mulut berbau busuk, mata gatal-gatal, penglihatan kabur, telinga gatal, seluruh muka gatal, jerawat biasa atau batu, muka berbintik hitam, kahak banyak di kerongkong, gatal pada badan tertentu dan hidung berdarah. Punca Resdung Alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tidak dapat keluar, ia pasti akan terkumpul. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Bagaimanapun, resdung tidak berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. Gejala Resdung • Sumbat hidung • Lendir dari hidung dan tekak • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan • Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya Kemudaratan Resdung • Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata

UA T E P ah

ceg ng du res

• • • • • •

Jangkitan otak Sakit tekak yang kronik Jangkitan tulang muka Menerukkan keadaan lelah Berdengkur secara kronik Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil

• Alahan hidung • Selsema biasa yang melarat Alahan Resdung atau Resah Hidung ialah satu fenomena di mana seseorang menjadi alah (alergi) kepada pelbagai agen persekitaran. Debu, habuk atau biji-biji debunga, tumbuhtumbuhan selalu dikaitkan dengan kejadian alahan ini. Beberapa agen lain sebab alahan 1. Bijirin 2. Bulu binatang serta beberapa bahan pelarut kimia 3. Asap rokok 4. Habuk kapur tulis 5. Debu tanah dan udara tercemar adalah beberapa agen yang boleh

menyebabkan seseorang mengala mi alahan. Kita juga sering mendengar terdapat orang yang alah kepada beberapa jenis makanan dan ubat-ubatan. Ada pula individu yang menjadi alah kepada suhu yang terlalu sejuk. An-

dai mereka terdedah kepada keadaan yang sedemikian, gejala-gejala alahan akan timbul. Tidak semua orang menjadi alah kepada agen-agen ini. Ia bergantung kepada individu itu sendiri. Terdapat individu yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap agen-agen tersebut. Bagi mereka yang hipersensitif iaitu keadaan di mana daya ketahanan yang terlalu kurang pendedahan kepada agen-agen ini boleh menimbulkan masalah lain seperti lelah. Ini kerana alahan dan asma boleh disebabkan oleh agen yang sama. Lebih satu pertiga daripada pesakit yang mengalami alahan mempunyai kemungkinan yang besar untuk men-

1. Elak pelihara binatang berbulu dalam rumah seperti kucing dan arnab. 2. Elak guna sarung bantal, cadar dan selimut diperbuat daripada bulu binatang. Untuk lebih baik, cuci tiga benda tadi dengan air panas bagi membunuh serangga dan pepijat. 3. Perlu kerap bersihkan karpet atau permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi. 4. Kalau anda tidak mengemas rumah, pakai penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu. 5. Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas. 6. Perlu kerap mengelap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. 7. Kalau anda alahan terhadap jenis makanan tertentu contohnya makanan laut, jangan makan makanan berkenaan.

galami asma. Ada juga yang mewarisi ciri-ciri alahan ini daripada keluarga. Gejala atau tanda seseorang itu mengalami alahan akan timbul setelah beberapa minit membran mukus hidung terdedah kepada sesuatu agen. Keadaan ini akan memulakan satu tindakan antigen-antibodi dan keradangan. Rawatan dan Pencegahan Dalam kebanyakan kes alahan, langkah awal rawatan ialah menjauhkan pesakit terhadap pendedahan berterusan kepada agen terbabit untuk menghalang tindak balas immunologi tubuh terhadap agen-agen berkenaan. Bagaimanapun, keadaan menjadi sukar sekiranya seseorang itu menjadi alah kepada lebih daripada satu agen kerana sebagaimana yang diketahui terdapat banyak agen yang terkandung di dalam persekitaran termasuk dalam makanan. Rawatan perubatan yang digunakan dalam menangani masalah alahan ini lebih tertumpu kepada mengurangkan atau menghalang kesan-kesan tindak balas immunologi yang telah berlaku. Dalam kes yang serius, tahap keupayaan pendedahan seseorang dapat dipertingkatkan dengan mendedahkan pesakit kepada agen-agen secara terapeutik. Namun rawatan secara terapi-immuno ini bukanlah menjadi kemestian bagi setiap individu yang mengalami alahan. Sekiranya seseorang itu mengalami gejala alahan yang ringan dan boleh dikawal dengan menggunakan ubatubat tertentu, rawatan secara terapiimmuno ini tidak dicadangkan. Sebaliknya mereka yang mengalami gejala alahan yang teruk dan sukar dikawal, rawatan sebegini mungkin boleh dipertimbangkan. Antihistamin Selain daripada rawatan terapi-immuno, antihistamin adalah antara ubat berkesan merawat dan melegakan gejala-gejala alahan ini. Ia merupakan agen-agen kimia yang bertindak dalam badan dengan menghalang tindakan histamin ke atas tapak-tapak reseptor. Dengan itu kesan yang mungkin disebabkan oleh tindakan histamin akan dapat dikurangkan.

Contoh ubat antihistamin • Difenhidramin • Klorofeniramin • Bromfeniramin • Prometazin • Doksilamin


32 JOM CUTI

a n o Pes

Transisi 04 - 17 JUN 2010

Pulau Redang P

ULAU REDANG terletak di perairan Laut China Selatan adalah salah satu daripada sembilan pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di Terengganu serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse tenggelam pada Perang Dunia Kedua. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.

Pulau Redang adalah lokasi pelancongan indah dan boleh membuat siapa sahaja jatuh cinta sebaik menjejakkan kaki ke pulau berkenaan. Selain landskap pantai yang menarik, ia juga memberi pemandangan laut yang membiru, pasir putih dan hutan hujan tropika yang memagari kawasan kepulauan fantasi ini. Pesona pulau ini bukan sahaja menambat hati penduduk setempat, malah pelancong seantero dunia pasti turut jatuh cinta dan sanggup mengembara sehingga berhari-hari semata-mata mahu menikmati dan berkongsi anugerah alam di Pulau Redang. Pelbagai aktiviti menarik dan mencabar boleh dilakukan pengunjung sepanjang penginapan mereka di Pulau Redang seperti snorkel, mandi manda, menyelam skuba, memancing di tengah lautan, berkayak di sekeliling pulau, jungle tracking dan menyelami kehidupan di perkampungan nelayan. Khazanah alam yang masih terpelihara boleh dikongsi bersama dengan pengunjung yang datang dengan syarat mereka menjaga kebersihan pulau dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan ekosistem Pulau Redang. Bagi yang gemar melihat kehidupan di dasar laut, mereka boleh menyewa peralatan dengan penduduk setempat atau mengikuti pakej yang disediakan. Pengalaman menyelam di dasar laut sambil melihat keindahan batu karang, berenang bersama ikan-ikan yang jinak dan cantik serta melihat penyu, pasti memberi suatu kenangan yang sukar dilupakan kepada pengunjung.

Aktiviti snorkel sangat popular di sini. Pantainya landai dan cetek. Pasirnya putih bersih. Airnya jernih. Anda tidak perlu pergi jauh untuk melihat hidupan laut beraneka jenis, bentuk dan warna. Ikan-ikan ini sangat jinak seperti dipelihara. Mereka akan menghampiri anda hanya dengan menabur cebisan roti dan biskut di permukaan air. Satu lagi aktiviti popular ialah menyelam skuba. Jika snorkel tidak perlu pengalaman dan sesuai untuk kanakkanak, menyelam skuba hanya untuk mereka yang terlatih. Peralatan seperti pakaian khas, balang gas oksigen, bot dan pemandu perlu disewa. Kemudahan sewaan peralatan ada di Taman Laut dan juga resort-resort lain. Aktiviti ini popular di kalangan pelancong luar negara. Sukan air lain seperti ski air, skuter air disediakan oleh resort-resort yang beroperasi di kepulauan Redang. Sukan air bermotor tidak dibenarkan di Taman Laut kerana dikhuatiri merosakkan hidupan laut seperti ikan-ikan eksotik dan terumbu karang. Gelanggang bola tampar pantai boleh dilihat di sepanjang pantai yang ada resort. Taman Laut ialah kawasan terpelihara. Pelancong dilarang membawa keluar semua jenis hidupan laut dari kawasan ini. Paling penting, bot TLDM lengkap bersenjata kerap membuat rondaan mengawal keselamatan di kepulauan Redang. Terdapat juga pelbagai kemudahan lain disediakan untuk pelancong yang datang ke sini dari jeti di Marang. Mereka hanya perlu menaiki bot lebih kurang satu jam dan mengambil apa sahaja pakej yang ditawarkan sepanjang berada di Pulau

Redang. Kini, terdapat pelbagai tawaran istimewa dan tambang udara murah menanti pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2010. Harga penerbangan dan hotel bukan lagi satu masalah! Jadi kemaskan beg anda dan segera ke Pulau Redang. Terletak kira-kira kilometer(45km) daripada pesisir pantai Kuala Terengganu, Pulau Redang ada antara pulau terluas di Laut China Selatan. Tidak ada masa yang lebih sesuai melawat Pantai Timur daripada sekarang. Musim monsun belum tiba. Ini bermakna mereka dapat menikmati langit yang membiru, air laut yang jernih dan pasir pantai yang putih bersih. Pulau ini amat indah dan sempurna, seperti syurga. Ia sesuai untuk merehatkan minda dan membebaskan diri daripada kerja-kerja yang membebankan. Urusan sewa bot juga mudah dan boleh dilakukan di hotel tempat menginap. Pengembaraan di hutan, menaiki bot dan aktiviti kenu juga terdapat di sini. Bagaimanapun, terdapat polisi di mana anda tidak dibenarkan memancing pada kedudukan 3.2km daripada pulau kerana kawasan berkenaan telah digazetkan sebagai taman marin. Walau apa pun cara kita merehatkan diri, Pulau Redang adalah tempat yang paling sempurna. Daripada rehat secara total atau penuhi kujungan dengan pelbagai aktiviti, jangan lepaskan peluang mengunjungi Pulau Redang sekiranya anda terfikir untuk bercuti.


04 - 17 JUN 2010 Transisi

RAJA-RAJA MELAYU 33

n Yang di-Pertuan Agong dalam masa berlaku kekosonga dalam jawatan Yang di-

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah (26 April 1979 – 25 April 1984)

Al Marhum Tengku Hajah Afzan binti Tengku Muhammad

Al Marhum Sultan Iskandar Ibni Al Marhum Sultan Ismail (26 April 1984 – 25 April 1989)

Sultanah Zanariah binti Al Marhum Tunku Ahmad

Pertuan Agong dan dalam masa Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas-tugas jawatannya oleh keranasakit, tidak ada dalam Persekutuan ataupun oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas-tugas itu dalam masa Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya atau tidak ada dalam Persekutuan selama yang dijangka kurang daripada lima belas hari, melainkan jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa adalah perlu dan mustahak tugas-tugas itu dijalankan. (2) Timbalan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun, atau jika dipilih dalam tempoh jawatannya itu, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangan olehnya kepada Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terhenti daripada memegang jawatan apabila terhenti daripada menjadi seorang Raja. (3) Jika dalam tempoh jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, kekosongan berlaku dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong, maka tamatlah tempoh jawatannya apabila kekosongan itu dipenuhi.

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah (26 April 1989 –25 April 1994)

Tuanku Bainun binti Mohd. Ali

(4) Peruntukan-peruntukan Bahagian 2 dalam Jadual Ketiga hendaklah dipakai bagi memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan.

Tuanku Nur Zahirah

(5) Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan supaya tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh seorang Raja jika tugas-tugas itu terpaksa menurut Fasal (1) dijalankan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak dapat dijalankan demikian itu oleh kerana jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kosong atau tidak ada dalam Persekutuan ataupun oleh kerana apa- apa sebab lain; akan tetapi undang- undang itu tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja”.

Al Marhum Tuanku Ja’afar Ibni Al Marhum Tuanku Abdul Rahman (26 April 1994 – 25 April 1999)

Tuanku Najihah binti Al Marhum Tunku Besar Burhanuddin

Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj (26 April 1999 – 21 Nov 2001)

Tuanku Siti Aishah

warisi turun temurun Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja.Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletakhak pada Parlimen yang kemudiannya meletakhakkan kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (13 Dis 2001 – 12 Dis 2006)

Tengku Fauziah binti Al Marhum Tengku Abdul Rashid


34 POTRET

Transisi 04 - 17 JUN 2010

Kereta terpantas dunia

SSC Ultimate Aero: 257 mph (414 km/ jam), 0-100kmj dalam 2.7 saat. Enjin V8 Twin Turbo (1.183hp), Harga: RM 2,101,630

Bugatti Veyron: 253mph (407km/ jam), 0-100kmj dalam 2.5 saat. Enjin W16 Sudut Tirus, Aluminium (1.001hp), Harga: RM4,637,460

Saleen S7 Twin-Turbo: 248mph (399km/ jam), 0-100kmj dalam 3.2 saat. Enjin V8 Twin Turbo (750hp), Harga: RM1,782,400

Koenigsegg CCX: 250 mph (402 km/ jam), 0-100kmj dalam 3.2 saat. Enjin V8 90 Darjah (806hp), Harga: RM2,232,020

Ferrari Enzo: 217 mph (349 km/ jam), 0-100kmj dalam 3.4 saat. Enjin V12 F140 (660hp), Harga: RM2,151,730


UJI MINDA 35

04 - 17 JUN 2010 Transisi

Teka Silang Kata 01/2010

SUDOKU 1 3

8 1 9

5 6 9 4 7

1 4 2 3

3 5 8

2 3 8 7 1

6

4

4

3 2 4 8

8 9 2

1

5 6 4 7 1 3 2 9 8 5

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

MELINTANG 1. Perihal tidak benar. 4. Menyeret-menyeret dengan pada hujung. 5. Bunyi yang berdengung. 7. Memandang tidak penting. 8. Jangka masa tertentu yang lama. 9. Syarikat akhbar terbesar di negara ini. 11. Bulan dalam kalendar. 12. Penyakit pada mulut.

KE BAWAH 1. Terbuka luas-luas 2. Tidak ada kekuatan. 3. Mencari bukti atau keterangan. 6. Pengumuman yang dibuat dengan menarik. 8. Huruf ketujuh dalam abjad Yunani. 10. Singkatan bagi bongsu.

Rileks Beb

Anda peka? Cari 6 perkara yang sama tapi tak serupa

Gajah mati Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut. Pengurus Lelaki

A

B

: Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati. : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

Dilema Seorang Lelaki Bergelar Doktor Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku. Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang. Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata, “Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.” Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi. Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya, “Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.” Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih… Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata, “Tapi masalahnya kamukan doktor haiwan…”


36 HAWA

Transisi 04 - 17 JUN 2010

RESIPI CIK DARA

Isteri mulia di sisi Islam

KARI IKAN TENGGIRI Bahan 4 keping ikan tenggiri 2 biji tomato – belah 4 5 kacang bendi 4 bawang merah - hiris 2 ulas bawang putih - hiris 2 tangkai lada hijau 2 sudu teh serbuk kari – bancuh dengan 2 sudu air 2 cawan santan pekat – sebiji kelapa ½ cawan jus asam jawa 1 tangkai daun kari 2 sudu minyak masak Garam secukup rasa

Seorang isteri yang akidahnya benar akan tercermin dalam tingkah laku misalnya:

Cara penyediaan 1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 2. Masukkan bancuhan serbuk kari dan kacau hingga naik bau. Masukkan daun kari. 3. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. 4. Masukkan tomato, bendi, dan jus asam jawa. Masak selama 10 minit. 5. Masukkan ikan dan biarkan mereneh buat seketika. Tutup api.

NASI MINYAK Bahan 1 kg beras basmathi – dibersihkan dan ditoskan 1.5 liter air 150 ml susu cair 150 gm minyak sapi 100 gm kacang pis 80 gm kacang gajus 50 gm bawang goreng 2 helai daun pandan Sedikit garam Bahan A 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pelaga Bahan B (dikisar) 8 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 3 cm kunyit hidup 3 cm halia Cara penyediaan 1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. 2. Tumiskan bahan A dan diikuti bahan B. Kacau hingga berbau. 3. Masukkan beras dan kacau selama 2-3 minit. 4. Masukkan daun pandan, garam dan susu cair. 5. Akhir sekali, masukkan air dan kacau rata. 6. Masak hingga air kering. 7. Tabur bawang goreng, kacang pis dan kacang gajus ketika dihidang.

•Dia hanya bersahabat dengan wanita yang baik. •Selalu bersungguh -sungguh dalam beribadah kepada Allah. •Bisa menjadi contoh bagi wanita lain.

A

da sebahagian agama mengganggap kedudukan seorang isteri sekadar alat pemuas nafsu bagi suaminya termasuk melayani makanan minumnya dan menjadi pelayan dalam rumah tangganya. Sebaliknya, Islam telah mengajarkan kita bahawa pernikahan adalah salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan Allah dalam kehidupan ini. Allah SWT berfirman: “Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21). Ada sebahagian sahabat Rasulullah yang ingin memusatkan perhatiannya untuk beribadah dengan cara berpuasa sepanjang hari dan solat sepanjang malam serta menjauhkan diri daripada wanita. Maka Rasulullah SAW mengingkari hal itu dengan mengatakan: “Adapun saya, berpuasa dan makan, solat dan tidur dan menikahi wanita, maka barang siapa tidak suka dengan sunnahku, maka tidak termasuk golonganku.” (Hadis Riwayat Bukhari) Islam menjadikan isteri yang solehah adalah kekayaan paling berharga bagi suaminya setelah beriman kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya. Islam menganggap isteri solehah sebagai salah satu sebab kebahagiaan. Rasulullah bersabda, “Seorang mukmin tidak memperoleh kemanfaatan setelah bertakwa kepada Allah yang lebih baik selain isteri yang solehah, jika suami menyuruhnya dia taat, jika dipandang dia menyenangkan, jika ia bersumpah kepadanya dia mengiakan, dan jika suami pergi (jauh dari pandangan) maka dia

memelihara diri dan harta suaminya” (Hadis Riwayat Ibnu Majah) Rasulullah bersabda, “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”. (Hadis Riwayat Muslim) Islam mengangkat nilai wanita sebagai isteri dan menjadikan pelaksanaan hak-hak suami isteri itu sebagai jihad di jalan Allah. Islam menetapkan untuk isteri hak yang wajib dipenuhi oleh suami. Hak itu tidak sekadar tinta di atas kertas. Pertama, hak yang wajib dipenuhi seorang suami terhadap isterinya adalah mas kahwin yang diwajibkan oleh Islam se bagai tanda kecintaan suami terhadap isterinya. Kedua, yang harus dipenuhi seorang suami terhadap isterinya adalah nafkah. Seorang suami diwajibkan untuk mencukupi makanan, pakaian, tempat tinggal dan perubatan kepada isterinya. Ketiga, adalah mempergauli dengan baik. Allah berfirman, “Dan pergaulilah mereka (isteri-isterimu), baik dalam berbicara, wajah yang berseri-seri, menghibur dengan bersenda gurau dan mesra dalam hubungan. Sebagai timbal balik daripada pelaksanaan hak-hak yang wajib dipenuhi seorang suami terhadap isterinya, maka Islam mewajibkan isteri untuk mentaati suami di luar perkara maksiat. Memelihara hartanya, sehingga seorang isteri tidak boleh mempergunakan harta berkenaan kecuali dengan izinnya. Demikian juga seorang isteri wajib memelihara rumahnya sehingga tidak membenarkan orang lain masuk ke rumahnya kecuali atas izin suaminya, sekalipun keluarganya sendiri. Kewajipan ini tidak banyak dan tidak bersifat menzalimi seorang isteri, jika dibandingkan dengan kewajipan yang harus dipenuhi suaminya. Oleh itu setiap hak selalu diimbangi dengan kewajipan, dan Islam tidak menjadikan kewajipan itu hanya dibebankan kepada wanita atau lelaki sahaja. Adapun Islam telah menempatkan keperibadian wanita secara mulia. Oleh itu, kita mengenal isteri-isteri Rasul dengan nama-nama dan nasabnya seperti: Khadijah binti Khuwailid, Aisyah binti Abu Bakar, Hafshah binti Umar, Maimunah binti Al Harits dan Shafiyah binti Huyyai yang bapanya adalah seorang Yahudi yang pernah memerangi Rasulullah SAW. Sebagaimana keperibadian wanita ketika ini tidak akan terkurang sebaik ia bernikah dan tidak akan kehilangan kemampuannya dalam soal perjanjian jual beli dan muamalah.


HAWA

04 - 17 JUN 2010 Transisi

I

SLAM sejak mula menetapkan hak dan peranan wanita dalam membangunkan kekuatan masyarakat serta negara berganding bersama kaum lelaki. Bagaimanapun, masih ada pihak meletakkan wanita sebagai golongan lemah yang sekadar sesuai melakukan tugas di rumah. Pandangan negatif itu cuba menyekat kebebasan wanita dalam bidang pekerjaan dan ia berpunca daripada kesilapan interpretasi serta gambaran salah umat Islam sendiri. Lebih teruk lagi, apabila orientalis Barat menyebar fahaman buruk mengenai Islam, terutama mengenai layanan terhadap wanita. Sebenarnya tidak ada ayat Al-Quran dan hadis melarang wanita bekerja kerana sesungguhnya Allah tidak menyekat kebebasan hamba-Nya daripada melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan keluarga. Sesuatu yang dilakukan mendatangkan kebaikan adalah suruhan Allah yang tidak dibezakan antara lelaki dan wanita. Perbuatan dikira baik untuk lelaki, baik juga untuk wanita. Sesungguhnya Allah memberi pembalasan bergantung kepada apa yang dilakukan, tidak kira lelaki atau wanita. Oleh itu,

Bukan alasan lepas tangan urus keluarga dalam keadaan darurat atau tidak ada sumber untuk membiayai keperluan hidup, adalah wajib wanita bekerja untuk rezeki yang halal. Firman Allah bermaksud: “Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, sama ada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, mereka akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiayai (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun.� (Surah an-Nisa, ayat 124) Perkara yang perlu ditekankan di sini, tidak berlaku perkara ditegah dalam pekerjaan dan ini bukan hanya dihadkan kepada wanita bekerja kerana lelaki turut terdedah melakukan perbuatan tidak baik ketika bekerja. Hakikatnya, golongan wanita kini tidak lagi berada di bawah kongkongan lelaki.

Dalam apa jua keadaan, Islam tidak meletakkan sebarang perbezaan hak terhadap wanita semata-mata untuk menjaga kepentingan lelaki. Umumnya, wanita bergelar isteri berada di bawah pimpinan suami dan segala berkaitan hidup berumahtangga ditentukan suami. Inilah punca sesetengah suami isteri merancang mengelak mendapat anak pada awal perkahwinan kerana bagi mereka, kehadiran anak dalam keluarga akan mengganggu tumpuan kepada kerjaya dan menyekat kebebasan.Tetapi, suami biasanya memberi isteri pilihan khususnya dalam soal kerjaya. Kebebasan ini tidak seharusnya disalahgunakan oleh isteri kerana hakikatnya, isteri masih berada dalam penguasaan

IT ubah imej wanita moden W

ALAUPUN separuh penduduk manamana negara terdiri daripada wanita, kaum Hawa masih dianggap kumpulan minoriti. Apakah ini disebabkan dunia masih dikuasai kaum Adam? Apakah keadaan ini akan berubah setelah kaum Hawa menguasai teknologi maklumat (IT) dan dapat memperbaik nasib dan kedudukan mereka? Tidak kira apa juga pandangan, lelaki dan wanita mesti menguasai IT, kerana IT membuka laluan kepada wanita untuk membaiki diri dan mengubah imej mereka. Banyak perubahan sosio-ekonomi dan politik berlaku ke atas wanita, terutama di negara maju.Perkembangan ini bukan sahaja membuka peluang baru kepada wanita, tetapi juga mengimbangi hubungan kuasa antara lelaki dengan wanita. Sehingga zaman perindustrian, kerjaya yang dipilih oleh wanita meliputi aktiviti tradisional, kerana 80 peratus daripada mereka bekeria dalam sektor perkhidmatan, perkeranian, kejururawatan dan perkilangan. Kerja mereka dibayar upah yang murah, diberi status yang rendah; maka wanita tidak mempunyai kuasa dan pengaruh. Bagaimanapun, dalam era maklumat sekarang, yang dipentingkan ialah kekuatan intelektual. Industri maklumat yang menjadi kuasa utama penggerak ekonomi abad ke21 telah membuka banyak peluang pekerjaan baru kepada wanita. Kerja yang dimaksudkan itu bukan sahaja terhad kepada membuat pengaturcaraan yang hanya boleh difahami oleh komputer dan penganalisis sistem, tetapi menghasilkan maklumat yang boleh difahami oleh manusia, sama ada pakar atau bukan pakar. Antaranya, membangunkan laman web, mengarang, dan melukis yang memerlukan bakat, kemahiran, latihan, kreativiti, dan pengalaman. Wanita yang mempunyai literasi teknologi, terutama literasi komputer mendapati mereka boleh melakukan banyak kerja yang tidak dapat dilakukan oleh mereka dahulu.

37

Kelebihan itu disebabkan teknologi maklumat telah mewujudkan fleksibiliti dan peluang yang tidak wujud sebelum ini. Wanita kini tidak perlu lagi menyerahkan tanggungjawab berkomunikasi kepada lelaki sahaja, sebagaimana mereka menyerahkan kuasa ekonomi dan politik kepada

lelaki selama ini. Kini, banyak peluang baru wujud daripada perubahan yang berlaku pada zaman maklumat. Wanita yang berpendidikan tinggi dan mempunyai literasi teknologi adalah wanita baru yang pandai komputer.

suami. Hierarki dalam hidup berkeluarga masih perlu dipatuhi untuk menjamin kebahagiaan hidup berumahtangga. Biarpun, wanita mempunyai kedudukan tinggi dalam kerjaya atau masyarakat, dia tetap berada di bawah pimpinan suami. Taraf hubungan suami isteri tidak mengikut kedudukan di luar lingkungan keluarga. Dalam mana-mana masyarakat dan agama sekalipun, lelaki ditetapkan sebagai ketua atau pemimpin kerana kelebihan yang dimiliki dari segi kekuatan fizikal, mental dan emosi. Allah menjelaskan kedudukan lelaki sebagai ketua keluarga dalam firman-Nya bermaksud: “Lelaki itu pemimpin wanita.� (Surah an-Nisa, ayat 34) Mempunyai kerjaya dan sibuk di luar rumah bukan alasan wanita lepas tangan urusan rumah tangga. Tugas hakiki sebagai isteri dan ibu mesti dilaksanakan serta diutamakan setiap masa. Majoriti wanita sekarang berkerjaya. Pandangan mengatakan wanita tidak perlu bekerja tidak lagi sesuai. Konflik yang timbul bagi ibu bekerja ialah masalah menjaga anak. Dalam keluarga tradisional, suami bekerja sedangkan isteri mengurus rumah tangga dan menjaga anak. Justeru, wanita perlu bijak menjalankan tanggungjawab kerana status sebagai isteri dan ibu tidak memungkinkan mereka mengelak daripada tugas rumah tangga. Berikan sedikit masa emas kepada anak kerana biarpun sesibuk mana, masih ada peluang untuk ibu menunjukkan kasih sayang dan perhatian kepada anak. Kasih sayang ibu bapa adalah pemberian utama kepada anak. Gunakan peluang bersama anak seperti pada waktu sarapan pagi, makan malam, dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, masa istirehat dan sebagainya untuk menunjukkan rasa kasih sayang dan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Interaksi biarpun sekejap, dapat menjalin perasaan kasih sayang antara ibu bapa dan anak. Mereka akan mudah memahami apa yang dilakukan ibu bapa dan menerimanya dengan hati terbuka. Amalan mencium dan bersalam dengan anak sebelum keluar rumah juga satu cara berkesan mengikat kasih sayang. Biarpun ia agak mudah, kesan di sebaliknya amat mendalam. Bekerja gigih itu baik, tetapi jangan berlebihan sehingga mengabaikan keluarga. Ibu perlu mengehadkan masa berkerja, kecuali ia terlalu penting dilakukan pada luas batas waktu kerja biasa. Ibu yang baik sentiasa mencari masa untuk bersama anak dan bukannya menjauhkan diri daripada tanggungjawab sebagai ibu. Ibu yang baik rela berkorban demi anak melebihi apa yang dilakukan untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang menganggap anak mengganggu ketenangan dan memberikan tekanan, sebenarnya dalam dirinya masih belum wujud perasaan keibuan.


38

HIBURAN

Transisi 04 - 17 JUN 2010

KATRINA KAIF mahu cepat nikah?

CHERYL COLE tidak suntik botox

WALAUPUN namanya sudah menjulang antara selebriti terkenal, Katrina Kaif tidak dapat menyembunyikan keinginannya untuk berkeluarga. Aktres Bollywood ini mengaku kalau boleh mahu segera bernikah dengan calon pilihan hati dan seterusnya hidup bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang. Dalam wawancara, bintang berusia 26 tahun itu dipetik sebagai berkata, Sebagai seorang wanita normal, tentu sekali tidak sempurna kehidupannya jika tidak memiliki sebuah keluarga harmoni di samping suami tercinta. Apa sekalipun, masih banyak aspek yang saya perlu capai sebagai selebriti sebelum memenuhi tuntutan berkeluarga. Namun, perancangan untuk berkeluarga mungkin tidak akan berlaku dalam waktu terdekat. Katrina yang diketahui menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon sensasi, Salman Khan sejak beberapa tahun lalu, masih sibuk memburu cita-cita dalam dunia perfileman Bollywood. Katrina, kelahiran Hong Kong pada 16 Julai 1984, memulakan kerjayanya di layar perak ketika membintangi filem Boom pada 2003. Demi mendukung SEBILANGAN besar selebriti Hollywood melakukan suntikan botox untuk kariernya di Bollywood, Katrina memilih bermenghilangkan kedutan di wajah mereka supaya kekal muda. pindah ke Mumbai, India. Antara filem yang Bagaimanapun, ia tidak bagi artis, Cheryl Cole. Baginya, tindakan itu dibintanginya ialah Sarkar (2005) dan Maine sangat menakutkan. Pyaar Kyun Kiya (2005). Pada filem terakhPenyanyi berusia 26 tahun yang baru sahaja dipilih sebagai artis seksi irnya, dia mendapatkan penghargaan sebagai dunia bagi versi majalah FHM, dia tidak risau menjadi tua dengan adanya Stardust Breakthrough Performance Award kerutan pada wajahnya. (Female). Justeru, Cheryl tidak faham mengapa wanita muda sanggup melakukan Namun, nama Katrina terus bermain rawatan anti-kedut yang berisiko tinggi supaya kecantikan wajahnya dilihat dibibir peminat selepas filem box office sempurna tanpa adanya kedutan. Namastey London pada 2006. Selanjutnya, “Saya tidak risau itu semua. Saya punya beberapa sahabat yang usianya dia terus mendapatkan banyak tawaran lebih tua dan mereka selalu mengatakan, ‘usia 26 kamu tidak nampak tua berlakon termasuk filem Apne, Partner, dan kamu masih seperti anak-anak. Welcome, Race, Hello, New York dan Blue, “Kata-kata itu membuatkan saya cukup senang. Oleh itu, saya amat takut Ini membolehnya meraih Anugerah IIFA untuk membuat rawatan anti-kedut kerana sudah ada seorang wanita yang sebagai Best Female Style Icon 2008. masih 25 tahun tetapi sudah suntik botox.” ujarnya. Selama ini, vokalis Girl Aloud itu juga mengaku dirinya tidak pernah memakai jenis perawatan kecantikan dan kecergasan khusus atau rutin lain untuk terus dilihat cantik. Ketika ditanya Majalah More, bagaimana ia melakukan persiapan percutian di pantai, ia menjawab: “Saya hanya mengenakan bikini, saya juga tidak mahu memberikan tekanan pada diri saya sendiri. Saya bercuti untuk bersantai. Anehnya orang-orang selalu beranggapan bahawa saya telah mempersiapkan segalanya untuk bercuti di pantai,” jelasnya.

Sandiwara Lily terus berulang

LILY ALLEN memang belum mempunyai anak. Namun, penyanyi Inggeris itu merancang dalam waktu dekat. Untuk tujuan itu, dia dilaporkan terpaksa melupakan buat sementara waktu dunia nyanyian sepanjangka tempoh hamil nanti hingga anaknya cukup besar. Menurut perkiraan Lily, dia dijagka ‘bercuti’ sehingga lima tahun bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada anak yang bakal lahir. Benar atau tidak, kita tunggu bila tiba masanya tiba. “Saya ingin punya anak dalam tahun ini,” ujar Lily Allen seperti dilaporkan Splash News. Setelah memiliki anak, Lily ingin memberi tumpuan sepenuh kepada anaknya sehingga berusia dua tahun. “Saya ingin menjaga sendiri anak saya selama dua atau tiga tahun pertama. Saya tidak ingin meninggalkan mereka,” jelasnya. Ini bukan pertama kali Lily Allen ‘mengancam’ mahu mengakhiri kariernya dalam dunia muzik. Pada 2006, Lily pernah mahu mengakhiri kerjayanya dan diikuti 2007, kejadian sama terus berulang lagi. Apa yang nyata, tidak satu pun ‘ancaman’ itu jadi kenyataan. Sebaliknya, Lily terus melancarkan album keduanya berjudul ‘It’s Not Me, It’s You pada 2008 lalu.

SRKha n, Karee na kekal popul ar BINTANG Bollywood terkemuka, Shah Rukh Khan (SRK) dan Kareena Kapoor masih kekal menduduki tangga teratas sebagai artis paling popular di India sebagaimana kaji selidik dalam Bollywood Barometer yang dibuat oleh eBay India. Bollywood Barometer memutuskan popular dua bintang terkenal itu berdasarkan jumlah produk selebriti yang tersedia di eBay India. Selain itu, SRK juga menjadi artis lelaki paling popular diikuti Akhsay Kumar dan John Abraham. Kareena berada di tempat pertama dengan meninggalkan Rani Mukherjee dan Aishwarya Rai. Barometer memilih 10 artis lelaki dan wanita popular bersandarkan 50 artis terbaik Bollywood. Ini dilakukan kerana keterlibatan mereka pada produk-produk termasuk kerap menjadi pilihan muka hadapan sebilangan besar majalah filem, DVD, poster dan buku. Sementara itu, populariti Shilpa Shetty dan Abhishek Bachchan dilihat sudah semakin menurun apabila berada pada kedudukan ke-10


N

HIBURAN 39

04 - 17 JUN 2010 Transisi

ROZITA D

ENGAR saja nama Rozita Che Wan sudah pasti ada yang menelan air liur kerana kecantikan dan keayuan yang dimiliki wanita dari utara Semenanjung Malaysia ini amat mempesonakan serta mampu membuatkan jejaka menoleh dua atau tiga kali. Biarpun bergelar ibu tunggal dengan memiliki dua cahaya mata, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra, Rozita tetap mampu menandingi aktres yang masih bujang dengan susuk tubuh yang boleh menggegar jantung setiap insan yang bernama lelaki memandangnya tidak kira dari dekat atau jauh. Namun, takdir sudah menentukan segalanya apabila kejelitaan yang dimiliki aktres kelahiran Alor Setar, Kedah ini penuh dengan suka dan duka apatah lagi kemunculannya dalam dunia hiburan tanah air mencetuskan fenomena luar biasa, terutama dalam hal ehwal kontroversi. Rozita pernah berkata tiada lagi kontroversi dalam dirinya pada setiap kali tahun baru menyusul, namun setiap kali tibanya tahun yang dinantikan cetusan rasa tidak puas hati ataupun perasaan geram di kalangan isteri VIP di negara ini sentiasa bermain di benak fikirannya, dia sememangnya tidak boleh lari dari segala tohmahan dan irihati semua pihak yang mencemburui lenggang lenggok perjalanannya. Kini, timbul pula Rozita bakal disunting VIP yang kini menjadi salah seorang taikun. Kontroversi ini amat mengelirukan apatah lagi desas-desusnya tidak begitu hangat diperkatakan umum, namun bermain di setiap pelusuk saluran internet di negara ini. Sebenarnya, Rozita bukan sahaja mendapat `perhatian khusus’ dari Rozali, malah beliau turut dikaitkan dengan pelbagai VIP di negara ini, kalau mahu disebut nama setiap singkatan Datuk yang muncul di bibir peminat seni tanah air, pelbagai versi abjad yang wujud seperti Datuk A, Datuk K dan Datuk R. Itu belum lagi dikira beliau dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta dingin sesama artis iaitu Zizan Nin, namun Zizan yang juga aktor dari Tanjung Rambutan, Perak itu sudah mengahwini bunga pujaannya awal tahun ini. Himpitan kontroversi Rozita amat parah untuk ditelan kerana sejak awal pembabitannya dalam dunia hiburan tercetus tanda tanya, kereta mewah BMW yang dipandunya siapa empunyanya? Namun, Rozita yang ketika itu baru sahaja bergelar janda anak dua, menafikan kehadiran seorang Datuk menjadikannya seorang selebriti kaya sehingga memiliki kenderaan mewah berkenaan. Rozita sememangnya mengaku bahawa boleh dikatakan 90 peratus kerjayanya berjalan lancar dan mendapat perhatian, namun sebagai selebriti, kontroversi yang datang

mencari

Cinta Sejati

Rozita bakal disunting VVIP yang kini menjadi salah seorang taikun tanpa diundang tidak mampu dijauhi. Sambil mempersoalkan kenapa dia sering difitnah, Rozita akur dengan jalan seni yang dipilihnya. Kata pemilik tubuh montok ini, dia belum mempunyai agenda kahwin lagi. Baginya, dia belum bersedia melaburkan masa untuk sebarang emosi dan berusaha memiliki cinta. Tahun lalu, dua adiknya, Jaja (Rohaiza Che Wan) dan Shidi (Roshidi Che Wan) menamatkan zaman bujang mereka. Jaja dijangka berkahwin dengan pilihan hatinya pada Mac 2009 manakala Shidi pada Ogos lalu. “Nampaknya nanti hanya tinggal saya dan Ayu Raudah (adiknya- juga aktres popular) saja yang belum berkahwin. Saya tak tipu memang hingga saat ini, saya belum pernah terfikir untuk berkahwin buat kali kedua lagi biarpun orang di luar sana sering berteka-teki mengenai hari bahagia saya dan dengan siapa saya berdating. Jujur, saya lebih selesa hidup sendiri tanpa cinta. “Mungkin ini masa terbaik untuk saya memberi tumpuan kepada kerjaya dan anak. Lagi baik, saya tak perlu berasa sakit hati, sentap atau makan hati, itupun andai saya sudah punyai kekasih. Saya tak berminat nak kenal dengan sesiapa dan kalau ada yang nak kenal, lupakan saja niat itu. Bukan saya tidak mahu berkasih, mungkin juga saya sudah tawar hati,” katanya kepada beberapa media sebelum ini. Segalanya perlu diterima Rozita dengan ketabahan hati biarpun selama empat tahun ini cuping telinganya tidak mampu menahan asakan tohmahan serta kata fitnah yang acap membuat hati wanitanya tersentuh dan terguris. Hamburan kata yang meletakkan dirinya umpama boneka sehingga tidak mempunyai perasaan memungkinkan wanita ini meletakkan noktah kepada semua itu. Sebagai manusia tahap kesabarannya mempunyai batas, selama Rozita

cuba mempertahankannya. Namun sejak menganjak usia 37 tahun pada 9 Mac lalu, beliau bagaikan tidak terbendung lagi menahan asakan kontroversi yang seolah-oleh tidak berpenghujung. Lantas untuk menutup segala kekalutan itu, Rozita bertekad mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan mulai 2011. Berulang dia mengulangi pendiriannya itu, malah Rozita tidak kesal apabila memilih untuk bersara ketika namanya sedang di puncak. Baginya, pandangan serong masyarakat pada setiap langkahnya selama empat tahun bergelar artis amat mengecewakan dan selepas ini dia ingin mencari kedamaian dengan caranya sendiri. “Saya sudah tidak sanggup lagi. Terlalu banyak cerita tidak betul bertebaran hingga mengalihkan perhatian masyarakat kepada kerjaya saya. “Semua kontroversi itu menampakkan saya begitu buruk di mata masyarakat. “Bayangkan orang yang saya tidak kenal dan bercakap turut digosipkan dengan saya. Apa semua ini? “Akhirnya masyarakat keliru dan menuduh saya kemaruk publisiti hingga sanggup menjaja cerita peribadi. Tuduhan itu cukup menghiris hati.

Rozita...

“Apakah selama empat tahun mengerah keringat di lokasi penggambaran, saya tidak menyumbang sesuatu kepada industri hiburan,” tanya Rozita. Namun, walau apapun pengakuan Rozita, namun kedudukan atau sejauh mana hubungan intimnya dengan VIP itu masih menjadi tanda tanya. Malah, penafian ataupun pengakuan belum lagi terbit di bibir wanita ini. Jadi, tanda tanya mengenainya belum terjawab bagi kedua-dua insan yang mempunyai pangkal nama yang sama, `R’.


Transisi 04 - 17 JUN 2010

Sketsa Qaliff Umar

m e n j a n a

m i n d a

Lain daripada yang lain

RM2.50

PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA DI PUSINGAN AKHIR PIALA DUNIA 2030

Kamp us 04-17

Menarik

Profesor ‘Cari Jodoh’

11 BISNES

SUKAN Singa Pertaruh Kepakaran Capello

Siapa 11 Jutawan Melayu?

26

30 SIHAT

Kenal Pasti Tanda Strok

temui kami

www.facebook.com/Transisi

32 JOM CUTI

di dalam

PIALA

Rejab1431H

www.faceb

ook.com/T ransisi

20

Transisi

Abd Dzulkifli Razak

apha Nik Must Abdullah

Ghauth Jasmon

ik 3 Politekn terpilih

21

staAtkuredsitasi

8

Swa K

i (KPT) ajian Tingg akreditasi AN Peng Swai (IPT) EMENTERI erahkan status ajian Tingg ut Peng menganug lapan Instit n Malaysia kepada adika idikan anya menj gan pend dalam usah t kecemerlan kan IPT . pusa menggalak sebagai berterusan dunia serta kualiti secara bertaraf n budaya ruska mene

SSAAS Politeknik ) (Shah Alam Ungku Politeknik ) Omar (Ipoh Johor Politeknik Bahru

m i n d a

T

RANSI

Doa Tengku Anis Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof Foto Nooratikah Ab Rahim

22

d Akhir Mohama ku pemang tar UUM Pendaf

>> ms 21

R

AJA Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid tidak pernah jemu dan sentiasa bersemangat untuk terus berdoa kepada Allah SWT, agar suaminya Sultan Ismail Petra cepat sembuh, pulih dan dapat memerintah seperti duhulu. “Sebagai isteri, saya memang terlalu sedih dan pilu dengan keadaan kesihatan Tuanku sejak mula-mula mendapatkan rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura tahun lalu. Selain rawatan intensif itu, saya sentiasa iringkan doa kepada Allah SWT agar Tuanku sembuh seperti sedia kala”.

>> Lihat MUKA 4

pus

kam Sisipan

04-17 Jun

2010/21Ja

DUNIA madilakhir-

04 Rejab

1431H

SI

si Bukti Ekspre m Cinta Ala

Sharifah Hapsah

m e n j a n a

syarat 5 kredit an IPTA, IPTS kemasuk

20

Dapatkan Transisi di kedai berhampiran anda. Jumpa kami di www.facebook.com/Transisi. Sebarang pertanyaan sila e-mel transisi.mail@gmail.com

KAJIAN ILMIAH

14 - 27

1Jama Jun 2010/2

k.com/ www.faceboo

m i n d a

Minggu Pertama Jun

21 JAMADILAKHIR04 REJAB 1431H

Pulau Redang

dilakhir-04

m e n j a n a

04-17.06.2010 BILANGAN: 01/2010

Misi ajaib Messi T

11 Jun -

IDAK ada apa perluka n jika yang kita bintang seoran Messi seperti g lahir Lion di bum apatah i Malays el lagi dalam mana-m kehadirann ia dunia ya ana pas begitu setiap menjadi ukan di harapa mimpin jurulatih n yan sku Namun, ad masing- g memasing. kenyata mampu an meluah ditelan tanp itu hanya kannya a Messi semula, mampu adalah kerana hak mut Argenti na kendali lak skuad pemain an bekas Marado tersohor dun na yan ia, Dieg menjadi g sem emangn o kan Pial ketua juru latih pas ya di bum a Dunia pali ung ber i ini. tuah

16 Malaysia Layak Ke Piala

Dunia 2030?

Fantasi Mat Jenin

>> S & J bersama Raja Perempuan Kelantan - MUKA 5 >> Istana tak rampas tanah rakyat - MUKA 6

Muka depan

Nam

a

PROF

IL

: LUI Nam S ANDR a Tarikh Samara ES MESSI Lahir n : LEO : 24 Tem JUN 198 par 7 : RO Lahir Tinggi SARIO , AR GENTI NA : 169 CM

Poster Pasu

kan Itali

Sisipa

n suk

an

12 Julai

2010


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.