Transisi 6

Page 1

RM2.50

13.- 26.08.2010 Edisi Keenam Ogos 03 -16 RAMADAN 1431H

03

BILANGAN: 06/2010

Sehari, seminggu dan sebulan

IKON Nak Jadi Invisible girl

Akhbar Nasional Dwimingguan

28

CINTA KAMPUS

www.transisi.com.my

sudah lapuk? Oleh Razali Yahaya , Rudysham Abd Raof dan Mohd Azhan Othman

“SEBAGAI salah seorang tenaga pendidik di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA), saya kurang mengerti mengapa berpolitik itu dianggap sesuatu yang begitu hina dan membahayakan. Bagi saya, tidak ada sebabnya untuk Kerajaan menghalang pela-

Harga bufet Ramadan hotel RM135++ Oleh Muhammad Amsyari Ismail dan Gan Yong Li

BULAN Ramadan sememangnya dinantikan umat Islam negara ini. Sudah pasti ada antara kita yang sudah merancang atau memilih lokasi berbuka puasa bagi memastikan hidangan yang dijamah ketika berbuka memuas-

jar daripada berpolitik kerana saya yakin tidak ramai pelajar akan aktif dalam politik,� itulah luahan Pensyarah Kanan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari.

kan hati. Kebelakangan ini, sudah menjadi trend bagi mereka yang berkemampuan untuk berbuka puasa di hotel setiap kali tiba Ramadan. Malah, budaya berbuka puasa di hotel semakin popular dalam kalangan

>> Muka 4,5,6 & 8 masyarakat kita, termasuk golongan sederhana. Ini semua bergantung kepada kemampuan masing-masing memilih untuk berbuka di mana-mana hotel sama ada bertaraf lima bintang atau lebih rendah.

>> Muka 2


2

ISU

Transisi 13 OGOS - 26 OGOS 2010

Elakkan pembaziran, biar sederhana >> Dari Muka 1

H

OTEL-hotel seluruh negara ketika ini ligat memaparkan iklan berbuka puasa ala bufet di premis masing-masing. Jika dulu, berbuka puasa di rumah bersama keluarga diutamakan, tetapi kini hotel menjadi pilihan disebabkan faktor kesuntukan masa dan kesesakan lalu lintas untuk berbuka di rumah. Terdapat hotel menawarkan RM65++ bagi satu kepala dan ada juga hotel mempromosikan 100 hidangan berbuka dengan hanya RM95++ satu kepala. Malah, ada yang mencecah hingga RM150++ satu kepala. Lebih menarik lagi, terdapat hotel menyediakan hiburan sampingan seperti persembahan ghazal yang mengiringi majlis

HARGA BUFET HOTEL DAN RESTORAN SEKITAR LEMBAH KLANG Ramadan Buffet at Maya Brasserie, Hotel Maya Dewasa RM80 Kanak-Kanak (5-12) separuh harga ------------------Menara KL Ramadan Buffet, Restoran Berputar Seri Angkasa Dewasa RM135++ Kanak-Kanak (3-11) RM75++ -----------------------Buffet Ramadhan Ramadan, Restoran Seri Melayu Dewasa RM70++ Kanak-Kanak RM40++ Warga Emas potongan 15% ------------------Restoran Wild Rice, Hotel Boulevard MidValley (aras 9) 11-15 Ogos Dewasa RM70 Kanak-Kanak (6-12) RM35 16 Ogos-5 September Dewasa RM85 Kanak-Kanak (6-12) RM43

berbuka sebelum disusuli solat terawih, manakala hotel yang kreatif pula menawarkan tawaran menginap di hotel dengan pakej bersahur. Peliknya, harga bufet yang ditawarkan bukanlah murah, sebaliknya tanpa kita sedari ia meningkat dari tahun ke tahun. Namun, keterujaan berbuka di hotel menyebabkan pihak hotel berlumba-lumba mengiklankan promosi berbuka puasa di premis mereka. Persoalannya, apakah harga tinggi diletakkan hotel menjadi masalah kepada pengguna? Sebenarnya bagi pengguna, semahal mana pun harga bufet itu, ia bukan masalah buat mereka. Sebaliknya, kita sendiri sebagai pengguna perlu menyoal

6-8 September Dewasa RM70 Dewasa Kanak-Kanak (6-12) RM35 --------------------Ramadan Buffet, Cititel Mid Valley 11-17 Ogos Dewasa RM60 Kanak-Kanak (6-12) RM30 18 Ogos-2 September Dewasa RM70 Kanak-Kanak (6-12) RM35 6-8 September Dewasa RM55 Kanak-Kanak (6-12) RM27.50 ---------------Selera Kampung Ramadan Buffet, Hotel Dynasty Dewasa RM68++ Kanak-Kanak RM34++ ---------------Middle Eastern Treats Ramadan Buffet, Hotel Nikko Dewasa RM90 Kanak-Kanak (6-12) RM45 Promosi 11-17 Ogos Dewasa RM80

semula mengenai keperluan berbuka. Apakah berbuka di hotel satu kemestian atau kita ada pilihan lain? Pihak hotel sudah tentu mempunyai alasan tersendiri untuk mempertahankan kewajaran mereka mengenakan bayaran berbuka lebih RM100 seorang. Antara alasan yang sering digunakan ialah pihak hotel menyediakan lebih 100 juadah berbuka puasa. Namun, secara logiknya, apakah anda mampu makan semua hidangan tersebut seperti diwar-warkan pihak hotel dengan pakej harga ditetapkan. Justeru, tidak wajar pengguna terpengaruh dengan bilangan juadah yang menjadi sebahagian daripada strategi pemasaran mereka.

Kanak-Kanak (6-12) RM40 -----------------The 39 Restaurant Ramadan Buffet, PNB Darby Park Dewasa RM99 Kanak-Kanak RM69 ---------------------PNB Darby Park Cafe Ramadan Buffet Dewasa RM65++ Kanak-Kanak RM35 -------------------Ramadan Buffet Balik Kampung Buka Puasa - Hotel Corus Dewasa RM85++ Kanak-Kanak RM42.50++ 11-15 Ogos dan 6-9 September Potongan 50% 16 Ogos-5 September Potongan 20% -----------------Hotel Renaissance Kuala Lumpur RM85++ dan RM89++ --------------Hotel Marriott Putrajaya RM97++

Ketua Pengarang Zian Johari

Penulis Khas Muhammad Amsyari Ismail Rudysham Abdul Raof

Pengarang Eksekutif Razali Yahaya

Penyunting/Penulis Mohd Azhan Othman

Pereka Kreatif Kanan Sarina Hj Ali Pereka Kreatif Noor Dina Daud

DR MA’AMOR Berhubung isu harga bufet berbuka, pengguna mempunyai banyak alternatif lain berbuka puasa di hotel yang menawarkan harga murah, restoran atau berbuka sahaja di rumah. Kita sendiri yang menentukan sama ada berbuka puasa di hotel itu kewajipan atau gaya hidup. Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Marimuthu Nadason berkata, keinginan pengguna, khususnya umat Islam berbuka puasa di hotel-hotel tidak boleh dihalang kerana itu hak masing-masing mengikut kemampuan mereka. “Tetapi, itu bukan bermaksud pihak hotel boleh meletakkan harga sewenang-wenangnya. Pihak kami akan tetap memantau harga pakej berbuka puasa ala bufet di hotel-hotel. “Ini bagi mengelakkan pihak hotel mengambil kesempatan mengenakan caj tinggi ketika ramai pengguna Melayu dan Islam berebut berbuka puasa di hotel sempena Ramadan ini. “Di Kuala Lumpur, memang ada hotel meletakkan harga tinggi untuk satu kepala dengan menghidangkan 30 hingga 40 jenis menu makanan. Pihak kami menasihatkan pengguna supaya berbelanja secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran. Pengguna sendiri perlu mengukur keupayaan mereka dengan tidak hanya mengikut pe-

Jurufoto Nooratikah Ab Rahim

rasaan semata-mata,” katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Osman berpendapat masalah harga tinggi atau sebaliknya adalah subjektif kerana ia bergantung kepada perkhidmatan ditawarkan. “Sepatutnya, sepanjang Ramadan umat Islam digalakkan menjadikan bulan mulia ini sebagai ruang melatih diri supaya berjimat dan mengelakkan pembaziran. Kita juga harus mengamalkan amalan bantu-membantu kepada mereka yang memerlukan seperti anakanak yatim. “Paling penting, makanan yang

MARIMUTHU diambil mestilah halal. Lebih baik jika kita mempraktikkan budaya berbuka puasa di rumah berbanding hotel. Kita bukan saja boleh berbuka dengan ahli keluarga dan saudara mara, tetapi juga boleh merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain,” katanya. Kesimpulannya, kesederhanaan adalah penting biar berapa tinggi sekalipun harga bufet atau di mana saja anda memilih berbuka puasa dalam usaha mengelakkan pembaziran sepanjang Ramadan.

Pengurus Kanan Iklan dan Promosi Fuzilah Hassan

Pengurus Pengedaran Khairi Ng Abdullah

Pengurus Iklan Azleen Abu Bakar

Diterbitkan oleh: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 604-9283020 Faks: 604-9283046 Dicetak oleh: ULTIMATE PRINTS SDN BHD (62208H), Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5511 3888 Faks: 603-5101 3608


13 OGOS - 26 OGOS 2010

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna - Bidalan

Transisi

Oleh Muhammad Amsyari Ismail

Nak Jadi Invisible Gir l Jutawan Internet Irfan Khairi

Profil

Asal: Ipoh, Perak Tarikh Lahir: 17 Disember 1976 Pendidikan: Sarjana Muda Rekabentuk Multimedia dari Universiti Staffordshire, UK Isteri: Shazrina Mohd Yusof Anak: Ilham Abadi (8), Kasih Kamilia Abadi (6), Ikhlas Abadi (4) dan Cinta Strawberry Abadi (2)

1. Sejak bila anda terbabit secara serius dalam bidang perniagaan internet? Sejak di universiti. Ketika itu saya masih lagi belajar di Universiti Staffordshire pada tahun 1998. Namun, pada ketika itu, hanya sekadar mencuba-cuba. Tidak sehingga tahun 2000, selepas graduate, saya menerima tawaran bekerja sebagai konsultan multimedia di Brimingham, United Kingdom. Di situ saya mula menjalankan perniagaan internet secara serius secara part time di rumah. Selepas kerja 9-5 di pejabat, saya menjalankan perniagaan Internet di rumah. 2. Apa yang mendorong membabitkan diri dalam perniagaan ini? Perasaan minat dalam bidang perniagaan sejak kecil mendorong minat saya untuk menjalankan perniagaan. Membaca kisah kejayaan usahawanusahawan di internet juga memberi semangat kepada saya untuk cuba menjalankan perniagaan berbentuk internet. 3. Apa yang anda gemar lakukan pada waktu lapang? Pada waktu lapang saya gemar menonton DVD, bermain muzik, serta beriadah bersama keluarga tercinta. 4. Orang yang paling dikagumi? Kenapa? Nabi Muhammad SAW oleh kerana kesempurnaan baginda dalam pelbagai bidang serta sahabat-sahabat baginda yang banyak memberi dorongan kepada hidup kita sehingga kini. 5. Berapa jam sehari dihabiskan masa di depan komputer? Dalam lingkungan tujuh hingga lapan jam. 6. Laman web apa yang sentiasa dilayari selain daripada perniagaan? Laman web berita luar negara dan tempatan. 7. Bayangkan hidup tanpa komputer/ internet? Agak sukar oleh kerana komputer dan internet

adalah periuk nasi saya. Sekiranya tiada, mungkin saya melakukan karier berkaitan dengan minat saya iaitu merekacipta. Itu pun perlukan komputer . Mungkin menjadi seorang pelukis. 8. Gajet apa yang sentiasa dibawa ke manamana? Kenapa? Selain daripada handphone, saya membawa ipod ke mana sahaja untuk mendengar music ketika tidak melakukan apa- apa, atau ketika dalam kereta. Sebut kereta, saya juga membawa gadget GPS sistem kerana karier saya kini memberi ceramah banyak bergantung pada lokasi-lokasi berbeza dan GPS dapat membantu saya mencari tempat dengan cepat dan mudah! 9. Gambarkan diri secara ringkas? Seorang yang simple dan mudah. Senang untuk di dampingi. Santai dan relaks. 10. Muzik dan artis kegemaran? Muzik rock dan rock ballad. Artis dulu dulu seperti Bon Jovi, dan kini seperti Nickleback. 11. Genre filem kegemaran? Kenapa? Saya menonton semua jenis genre kerana filem minat saya. Mungkin genre Mystery Thriller adalah favourite kerana membuat kita tertanyatanya ending sesuatu cerita itu dan minda menjadi aktif ketika pelbagai persoalan di dalam kepala. 12. Jika diberi peluang untuk memilih ‘Super Hero’ seperti Superman, Batman, Spiderman, Cicakman dan sebagainya. Siapa yang dipilih dan mengapa? Mungkin Invisible Girl (Fantastic 4). Bukan mahu menjadi perempuan, tetapi kebolehan menghilangkan diri dan orang tidak nampak kita. Kita dapat melakukan apa sahaja tanpa orang kacau. Kini, ke mana sahaja saya pergi, ramai yang akan memerhati . 13. Apa makna ke-

kayaan bagi anda? Kejayaan adalah perasaan gembira. Sekrianya kita gembira, kita berjaya. Kalau kita tension memanjang, itu bukan berjaya. Tidak kira wang sikit atau banyak, pencapaian besar atau kecil, sekiranya kita gembira, itu petanda kita berjaya. 14. Bagaimana keadaan bekerja di rumah? Seronok oleh kerana tiada bos. Hanya bos-bos kecil, iaitu anak-anak yang kadangkala menghiburkan kita. 15. Apa perancangan akan datang anda? Melakukan apa yang saya lakukan kini. Mendidik lebih ramai bab motivasi dan perniagaan. 16. Apa falsafah hidup Irfan? Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan dan banyak lagi peribahasa Melayu yang kaya dengan nasihat-nasihat motivasi. Setiap Ahad pagi di RTM1, Hujung Minggu Malaysia, saya merungkai peribahasa-peribahasa Melayu pada segi motivasi. 17. Percutian bagaimana yang disukai? Yang menghiburkan, banyak fun & games seperti Disneyland, Universal Studios dan lain2… kalau tempatan, mungkin Sunway Lagoon. Bila anak-anak gembira, kita ibu bapa turut enjoy! 18. Tempat yang menjadi impian Irfan dan keluarga untuk dilawati? Tiada yang teringin sangat. There’s no place like home! 19. Jika Irfan bukanlah Irfan yang dikenali sekarang, siapakah anda pada masa ini? Secara sambilan kini saya juga bermain muzik de-ngan rakan-rakan di bawah indie band, Pagi Band. Boleh search kami di Facebook. Mungkin sekiranya saya bukan Irfan yang ramai kenali, mungkin saya pemuzik indie!


4

ISU

Transisi 13 OGOS - 26 OGOS 2010

Tidak semua mahasiswa terlibat dalam politik >> Dari Muka 1

M

ALAH, beliau yang juga pakar undang-undang Perlembagaan berkata, tidak semua pelajar akan hilang tumpuan dalam akademik meskipun sibuk berpolitik kerana mereka masih mampu mentadbir masa dan melaksanakan pengajian masing-masing dengan cemerlang tanpa sebarang gangguan. Persoalannya, kata beliau, apakah sebenarnya golongan mahasiswa yang mahu dilahirkan Kerajaan menerusi sistem pendidikan tinggi negara? “Yang jelas, Kerajaan tidak sepatutnya mengongkong pelajar dengan hanya membaca dan menghafal semata-mata. Apa yang penting, kita perlu melahirkan mahasiswa yang mampu menghubungkan teori dengan kenyataan. “Semua ini gara-gara terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Saya berpendapat akta ini sudah lapuk. Tiada guna Kerajaan menggunakan lagi akta yang mampu mengongkong intelektual pelajar. “Yang menarik ialah kes empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mereka pelajar program Sains Politik yang ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor berlangsung, sedang menduduki kursus ‘Analisis Pilihan Raya’ di Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). “Tujuan mereka turun padang di Hulu Selangor adalah meninjau realiti bagaimana kempen pilihan raya negara ini dijalankan. Malangnya, apa yang sepatutnya dipuji sebagai inisiatif baik dijadikan jerat untuk perangkap mereka. “Saya bukan menyokong usaha Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) mahu Kerajaan fikir semula supaya siswazah negara ini aktif berpolitik dan kaji semua penggunaan AUKU. Tetapi rasionalnya perkara ini sudah lama diperjuangkan semua pihak. “Kesatuan kakitangan akademik tempatan sudah sekian lama menyeru Kerajaan hapus AUKU. Tujuan saranan ini dibuat bukanlah untuk mendesak mahasiswa terbabit dalam politik semata-mata. Tetapi, ia lebih kepada memberi kesedaran ma-

hasiswa supaya lebih bebas menyelami pelbagai ideologi dan pemahaman. “Inilah masa pelajar universiti berpeluang mengembangkan minda dan pemikiran mereka ke tahap lebih cemerlang,” katanya. Perlu diingat, kata Dr Abdul Aziz, tidak semua mahasiswa yang terlibat dalam politik akan terpengaruh menyertai parti pembangkang. Ketika kemuncak gerakan Reformasi pada akhir tahun 1990-an, berpuluh-puluh ribu mahasiswa seluruh negara turun menyertai demonstrasi antikera-

PROF DR AZIZ

untuk terbabit dalam kegiatan politik. Mereka sedar jika ruang bebas ini diberikan, bukan parti pembangkang saja yang boleh menerima manfaat. UMNO juga secara terbuka boleh mengembangkan pengaruhnya di kampus melalui sayap Putera dan Puterinya,” katanya. AUKU yang diwarisi hari ini adalah salah satu ‘harta peninggalan’ Kerajaan sejak 1971. Pindaan

politik dianggap sudah terpesong daripada landasan kebenaran. Hasrat Kerajaan ialah membendung kemungkinan mahasiswa gagal dalam pelajaran kerana keterlibatan mereka dalam kegiatan politik. Tidak diketahui berapa ramai mahasiswa di universiti tempatan yang gagal dalam pelajaran kerana sibuk berpolitik.

“Cuba kita fikir perkara yang ringkas. Pelajar berusia 21 tahun boleh mengundi sedangkan di universiti mereka, tidak boleh berpolitik. Apakah ini adil buat pelajar?

jaan. “Daripada puluhan ribu ini, tidak semua yang hingga sekarang masih setia menyokong parti pembangkang. Ramai juga yang dulu kuat melaung Reformasi dan menjunjung poster Anwar Ibrahim. Tetapi, kini menyertai UMNO dan parti komponen Barisan Nasional lain. “Fahaman dan dokongan politik boleh berubah. Janganlah disekat mahasiswa daripada mencuba dan mendekati pendekatan politik yang berbeza. “Saya percaya beberapa pemimpin muda mahu ruang bebas diberikan kepada mahasiswa

ke atas AUKU pada 1975 dibentangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Pelajaran ketika itu selepas berlaku demonstrasi besar-besaran anjuran gerakan mahasiswa pada 1974. Demonstrasi tersebut dianjurkan bagi membela nasib petani miskin di Baling, Kedah. AUKU diperkenalkan atas alasan betapa perlu mahasiswa menumpukan masa dan tenaga kepada pelajaran dan tidak membuang masa terbabit dalam kegiatan politik. Politik dianggap melalaikan dan mereka yang terlibat dalam

Mungkin benar ia salah satu penyebab kegagalan. Namun, pasti ada penyebab lain kerana mereka barangkali sibuk bersukan, bekerja sambilan dan mungkin juga dilamun percintaan. Dr Abdul Aziz turut menyatakan kewujudan AUKU bukan saja dilihat sebagai penyekat kebebasan dan daya kreativiti mahasiswa. Malah, akibat daripada pelaksanaan undang-undang itu sejak 1971, ia gagal membentuk jati diri dan melatih pelajar sebagai golongan pemimpin negara pada masa hadapan. Sebelum AUKU, katanya, mahasiswa adalah kelompok paling

hadapan dalam memperjuangkan isu-isu rakyat. Selain inisiatif merancang aktiviti bersama masyarakat, termasuk program masuk kampung dan desa, mahasiswa juga mempunyai aset seperti rumah persatuan dan menguruskan kewangan mereka secara bebas. “AUKU gagal perkasakan mahasiswa. Kawalan ini adalah legasi daripada sistem yang lapuk. Sekatan ini wujud sejak 40 tahun. Jadi, pihak Kerajaan kena fikir semula fasal akta ini supaya suasana kampus lebih demokratik. Mereka perlu diberikan peluang. Tidaklah nanti mahasiswa dikatakan hanya menurut saja apa diarahkan,” jelasnya. Katanya, AUKU tidak lagi relevan kerana kewujudannya hanya sebagai penghalang kepada proses pendidikan berkualiti, sekaligus menggagalkan perkembangan tahap institusi pendidikan negara yang semakin merosot. “Kita kena akur bahawa mahasiswa dan tokoh akademik yang bersifat berani dalam menyentuh isu negara dan politik adalah kunci utama kepada penghasilan modal insan berkualiti tinggi dan mampu menghasilkan kajian ilmiah yang baik. “Jika AUKU menjadi penghalang kepada proses ini, manakala pelajar serta pendidik dinafikan haknya, bagaimana institusi pendidikan negara berkembang maju?” katanya. Jadi, Kerajaan tidak memerlukan lagi AUKU yang dilihat hanya menghalang keinginan pelajar berpolitik kerana ia akan memberi tekanan kepada mana-mana parti yang mahu mengembangkan sayap mereka. “Cuba kita fikir perkara yang ringkas. Pelajar berusia 21 tahun boleh mengundi sedangkan di universiti mereka, tidak boleh berpolitik. Apakah ini adil buat pelajar? “Lebih menghairankan, universiti luar negara seperti England dan Amerika Syarikat, pelajar Malaysia dibenarkan menubuhkan Kelab UMNO di sana. Jadi, fikirlah,” kata Dr Abdul Aziz.


13 OGOS - 26 OGOS 2010

P

EMIMPIN mahasiswa menyifatkan kondisi dan budaya di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) semacam rosak kerana kewujudan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang bukan sahaja menganggu kehebatan kampus, malah merencatkan pencapaian akademik pelajar. Justeru, kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah agar mahasiswa diberi peluang terbabit dalam politik, sekali gus menjurus ke arah merombak semula AUKU, dan ini dilihat satu permulaan baru bagi memantapkan lagi kedudukan mahasiswa di mata masyakarat. Yang Dipertua Ikatan Mahasiswa Johor, Muhammad Syukri Sa’adon, berkata mahasiswa hari ini hanya didedahkan dengan ilmu keusahawanan, ilmu kemahiran kendiri serta lain-lain penerapan ilmu yang sememangnya berguna, tetapi malangnya hal ehwal politik seakan dianaktirikan dan dinafikan dalam diri pelajar IPTA. “Ilmu politik bukan hanya tertulis di atas nota atau perlu dijawab sewaktu dalam peperiksaan. Ia perlu lebih dari itu. Mahasiswa perlu menceburkan diri secara langsung ke arena ini kerana ia satu kebebasan dan jangan sesekali diugut atau ditakutkan mereka. “Jika benar mahu lahirkan mahasiswa yang segar jiwa dan celik pemikiran, jangan sesekali dibenakkan mata hati mereka. Dengan kebebasan, mahasiswa akan berani meneroka sesuatu dan saya lihat dengan berpolitik, mahasiswa akan tahu untuk membela bangsa dan agama mereka,” kata Muhammad Syukri. Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhammad Zaki Omar, berkata kerajaan perlu melihat semula akta ini supaya memberikan lebih ruang kepada mereka untuk bergerak bebas tanpa ada sebarang kongkongan, terutama apabila berpolitik. “Mahasiswa harus fokus dalam soal akademik adalah alasan usang untuk melarang mahasiswa terlibat dengan politik. Situasi ini menghalang mahasiswa belajar membuat keputusan untuk diri mereka sendiri. “Apabila mahasiswa tidak diberi peluang membuat keputusan, maka agak susah untuk memberi tindakan selepas bekerjaya kelak. Jadi, universiti hari ini harus berubah dan berperanan sepertimana yang seharusnya. Peranan dan falsafah universiti itu harus dikembalikan dengan perubahan,” katanya. Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohd Idris Mohd Yusoff pula berkata mahasiswa adalah

ISU

Transisi

Namun, saya harap biarlah pelajar menjadi contoh pada masyarakat dan tidak menjadikan keterbukaan kerajaan ini sebagai medan untuk lepas geram.”

MOHMAD AMIN

seharusnya wujud sama sekali,” katanya. Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Hilman Idham, berkata mahasiswa adalah bakal pemimpin masa hadapan. Jadi pembabitan golongan itu dalam politik amat penting bagi melahirkan pemimpin yang berkaliber. “Mahasiswa mempunyai idealisme dan pandangan masing-masing dalam politik, jadi penglibatan mereka amat penting bagi menyuarakan pandangan sebagai mahasiswa. Banyak pendedahan positif akan diterima mahasiswa sekiranya mereka terlibat dalam politik termasuk dari segi pengembangan pengalaman, membuat keputusan, mempraktikkan teori politik yang dipelajari dan sebagai. “Sepatutnya sejak dari dulu mahasiswa ini dibenarkan terlibat sama dalam politik dan jangan sesekali melabelkan mahasiswa ini,” katanya. Pengerusi Pro-Mahasiwa Universiti Putra Malaysia (UPM), Syed Syafiq Syed Hashim, berkata sebenarnya pelajar IPTA

MOHD SHAFIQ yang menentukan masa depannya sendiri. Saya percaya, jika pemimpin yang ada hari ini benarbenar ikhlas, tiada sebab mengapa mahasiswa tidak boleh berpolitik,” kata Syed Syafiq. Pengerusi Pro-M UIAM, Wan Hakimi Wan Mustapha pula berkata mahasiswa tidak sepatutnya disekat untuk berpolitkik dan seharunys kerajaan perlu merombak semula AUKU segera demi kebebasan berpolitik pelajar IPTA. “Yang penting, kerajaan perlu menghormati perasaan mahasiswa yang juga mempunyai perasaan dalam politik negara. Jadi, salahkah kita turut serta memberi pendapat kerana golo-

5

HILMAN sity, Amerika Syarikat, Mohmad Amin Mad Idris, berkata sudah sampai masanya Kerajaan membuat perubahan demi kepentingan negara dan beliau turut menyifatkan cadangan itu amat baik serta boleh mewujudkan persaingan sihat. “Ketika saya menjadi ketua pelajar di luar negara, saya bantu tubuhkan Kelab UMNO bersama bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Yassin Kamari (Allahyarham) ketika menuntut di Amerika Syarikat pada 1981. “Jadi, tidak mustahil jika pela-

Mahasiswa tuntut berpolitik

ngan ini akan mencorak masa depan negara,” katanya. Sementara itu, Yang Dipertuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Shafiq Jaafar, berkata cadangan Saifuddin itu sememangnya sudah lama dinantikan mahasiswa seluruh negara. “Inilah pemimpin (Datuk Saifuddin) yang demokrasi. Beliau mempunyai pandangan jauh dan percaya dengan apa yang Empat pelajar UKM ditahan selepas dituduh terbabit dalam dilahirkan daripada hatinya. Saya politik semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor, percaya cadangan ini mendapat baru-baru ini. reaksi positif daripada semua pihak, terutama pemimpin pelajar yang begitu cintakan politik tanah tonggak utama yang akan me- dalam negara diberi layanan kelas air,” kata Mohd Shafiq. nentukan masa depan negara kedua terhadap berpolitik mahaSementara itu, bekas Presiswa di universiti tempatan. dan bangsa. siden Persatuan Pelajar Ma“Sikap ‘double standard’ ini jelas laysia Southern Illinois Univer“Negara memerlukan tokoh yang mempunyai idealisme, si- dengan kewujudan Kelab UMNO fat yang baik dan matang dalam luar negara. Dalam satu keadaan, membuat sebarang keputusan. mahasiswa disuruh menghabisNamun kita akan berdukacita kan pengajian dahulu sebelum sekiranya AUKU ini terus mem- terjun ke dunia politik. Dalam satu belenggu pelajar untuk bergiat keadaan lain pula, mahasiswa diaktif dalam politik seperti awal beri galakan dan platform untuk berpolitik. tahun 60-an hingga 70-an. “Jadi, saya memohon tali yang “Justeru, saya melihat cadangan Datuk Saifuddin ini suatu mengikat mahasiswa selama yang perlu disegerakan. Bah- hampir 39 tahun ini dileraikanlah kan, usaha untuk menyekat ma- segera. Kembalikanlah semula hasiswa dari berpolitik yang di- hak mahasiswa yang dirampas MUHAMMAD ZAKI perkenalkan melalui AUKU tidak sejak 1971. Biarlah mahasiswa

jar tempatan diberi peluang mereka mampu memberi yang terbaik di institusi tempat mereka belajar. Zaman sudah berubah dan pelajar perlu lebih kreatif dalam membina kekuatan diri. “Namun, saya harap biarlah pelajar menjadi contoh pada masyarakat dan tidak menjadikan keterbukaan kerajaan ini sebagai medan untuk lepas geram. Mereka juga tidak boleh sesuka hati naik ke pentas dan menghentam pihak yang tidak disukainya. Biarlah mereka berpolitik secara berhemah,” katanya yang juga bekas Presiden Persatuan Pelajar Amerika Utara-Kanada pada 1981 hingga 1985.

SYED SHAFIQ


6

ISU

Transisi 13 OGOS - 26 OGOS 2010

Pelajar belum matang

W

ALAUPUN beberapa pihak menganggap penguatkuasaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mengongkong kebebasan pelajar, ada pihak lain berpendapat akta itu wajar dipertahankan ataupun dikaji terlebih dulu sebelum sebarang pindaan dibuat. Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah dalam program Soal Jawab TV3 yang membincangkan isu ‘Wajarkah mahasiswa menyertai parti politik’ baru-baru ini mempertahankan pendiriannya untuk tidak membenarkan penuntut universiti berpolitik. Ibrahim berkata, selain lanskap politik tanah air yang tidak sesuai untuk mahasiswa berpolitik, beliau juga berpendapat penunutut Malaysia masih belum matang. Menurutnya, beliau khuatir kebebasan menyertai parti politik yang diberikan kepada mahasiswa akan menyebabkan situasi menjadi tidak terkawal dan mereka kemungkinan menyentuh isu-isu sensitif yang mampu menggugat kestabilan

negara. Namun, Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Nizamuddin berpendapat cadangan pindaan AUKU wajar diperhalusi sebelum dilaksanakan. Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan keberkesanan cadangan itu dan faedahnya kepada penuntut universiti. “Cadangan dikemukakan Pemuda UMNO itu sangat positif. Bagaimanapun, ada batasan perlu digariskan agar mahasiswa tidak terlalu taksub dalam berpolitik. “Penyertaan pelajar juga harus diberikan secara ringan. Jangan sehingga pelajaran terabai dan hilang tumpuan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang penuntut,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan Pergerakan Pemuda UMNO supaya kerajaan meminda AUKU bagi membolehkan mahasiswa aktif berpolitik. Ahmad menganggap kebenaran berpolitik diberikan kepada mahasiswa akan melahirkan pelapis pemimpin yang berkualiti pada masa depan.

DR IBRAHIM

Lanskap politik tanah air tidak sesuai untuk mahasiswa berpolitik

Saya anggap AUKU tidak relevan lagi D ALAM usaha mencari kepastian sama ada AUKU masih benar-benar relevan, Transisi mendapatkan reaksi dari PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR), DATIN SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL baru-baru ini.

“UMUM mengetahui banyak persoalan mengenai fungsi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dilaksanakan pada 1971 menjadi perbualan hangat hingga masyakarat mula sedar bahawa kedudukan akta itu agak terkebelakang dan tidak relevan lagi. Saya ingin tekankan bahawa sememangnya pelbagai kajian sudah dilaksanakan berhubung akta ini dan ia tidak nampak mampu membawa pelajar kita ke arah lebih dinamik. Malah, semakin hari tidak ramai mahasiswa berwibawa mampu dilahirkan untuk generasi akan datang. Sebagai negara demokrasi, mahasiswa mempunyai pilihan untuk terbabit dalam politik bagi menentukan hala tuju masa de-

pan negara. Ada yang menganggap AUKU 1971 hanya sebagai sekatan mahasiswa terbabit dalam parti politik, pertubuhan dan kesatuan sekerja. Saya akui ia sememangnya berlaku. Saya menyokong usaha Datuk Saifuddin ingin membawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi dan mahu mahasiswa bergiat aktif dalam politik sebagaimana Kerajaan Persekutuan membenarkan guru DG41 hingga DG48 berkecimpung dalam dunia politik. Ia usaha yang baik. Namun, AUKU masih lagi menjadi penghalang mahasiswa negara ini untuk berpolitik dan saya kira ia boleh menjadi punca pelajar kita terumbangambing tanpa haluan apatah lagi

memenuhi tanggungjawab sosial anggota masyarakat. Jika kita bandingkan, pelajar di era 60an dan 70-an (sebelum AUKU dilaksanakan), negara berjaya melahirkan ramai pemimpin politik terbilang dan diketengahkan antara pejuang negara. Ini yang kita mahu, bukannya terus menjadikan pelajar dikongkong tanpa haluan. Saya menganggap AUKU bukan sahaja tidak relevan lagi dipraktikkan di Malaysia. Malah, ia sudah lapuk dan tidak boleh diterima pakai dalam era moden. Kita mahu lahirkan pelajar intelektual dalam pelbagai bidang, terutama politik yang sudah tentu mampu membawa negara tercinta ini ke tahap lebih cemerlang.

“Ia boleh dimanfaatkan supaya pelajar menjadi lebih dinamik di samping mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin yang berkaliber untuk masa hadapan,” katanya. Selain itu, pelajar juga dapat melahirkan idea-idea bernas dan kreatif yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Aspalella A Rahman berkata, kajian pelbagai aspek perlu dilakukan agar pelaksanaan pindaan itu tidak membawa kesan buruk pada masa depan. “Penuntut universiti diharapkan tidak melupakan tugas mereka sebagai pelajar dan mengimbangi pelajaran serta berpolitik dengan saksama,” katanya. Dr Aspalella menyifatkan perubahan dasar Kerajaan itu sebagai perkembangan sihat sekiranya mahasiswa menggunakan peluang berpolitik sebaik-baiknya. “Jika cadangan itu menjadi kenyataan, semua pelajar akan berpolitik demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara tanpa ada kepentingan lain,” katanya.

DR WAN AZIZAH Negara sememangnya memerlukan ramai pemimpin berwibawa tidak kira daripada parti mana. Yang penting, kita tidak boleh menyekat keghairahan mahasiswa untuk berpolitik. Mereka sudah bijak memilih mana yang baik atau tidak kerana kita perlu lahirkan pemimpin intelektual dan berjiwa rakyat. Sudah tentu, untuk melahirkan generasi sebegini perlu bermula dari akar umbi dan sudah pasti di peringkat pengajian tinggilah, negara mampu melahirkan lebih ramai pemimpin cerdik pandai dan tahu mengendalikan bumi Malaysia pada masa depan. Ringkasnya, golongan mahasiswa di semua institusi pengajian tinggi (IPT) perlu diberi peluang menggunakan kecer-

dikan mereka untuk menaikkan nama negara dan sudah pasti di gelanggang politik mereka mampu menjana kekuatan negara di mata dunia. Saya juga mahu melihat generasi muda ini mempunyai pendirian sendiri dan peka dengan tuntutan semasa kerana ia boleh menjamin kejayaan negara ini. Yang penting bagi saya, menerusi kebijaksanaan dan intelektual yang dimiliki pelajar hari ini, kita mampu memiliki pemimpin berwibawa.

Mereka sudah bijak memilih mana yang baik atau tidak kerana kita perlu lahirkan pemimpin intelektual dan berjiwa rakyat.


13 OGOS - 26 OGOS 2010

JANA FIKIRAN

Transisi

7

Oleh Gan Yong Li, Siti Nurmah Wasilan, Wan Azuraina Abdullah dan Ika Destiana

Asward Fitri Arafat 23, Pelajar Tidak setuju kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah maksiat dan zina. Ia bukan saja menggalakkan lagi maksiat, tetapi menimbulkan anggapan bahawa mereka sudah ada tempat berlindung jika mengandung.

Azura 34, Eksekutif Jualan Tidakkah kewujudan sekolah seperti ini seperti memberi galakan maksiat. Ini kerana pelajar sekolah akan berfikir, jika dia terlanjur akan ada sekolah khas yang terima dia.

Hamid, 49, Pemandu Universiti Tidak setuju kerana ia menggalakkan lagi pelajar melakukan perkara tidak baik. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan untuk mendidik anak mereka sejak kecil.

How Pek Lian, 24, Pelajar Saya tidak setuju kerana ia seperti tidak sesuai dan hanya menggalakkan remaja terus me-lakukan maksiat. Segala cadangan haruslah ditelitikan.

Mohd Saiful Anuar, 23, Pelajar Saya tak setuju sebab ia seperti hendak galakkan mereka mengandung anak luar nikah saja. Jadi selepas ini, budak sekolah lagi berani sebab sudah ada tempat untuk mereka pergi tanpa malu.

Nur Hanis, 23, Pembantu Tadbir Setuju, kerana dapat mengelakkan remaja me-lakukan zina dan pembuangan bayi yang tidak berdosa. Tetapi pengisian sekolah berkenaan di segi kaunseling dan keagamaan perlu dimantapkan.

Nur Sakinah, 23, Pelajar Saya sangat tidak setuju kerana mereka akan lebih cenderung untuk melakukan zina sehingga melahirkan anak luar nikah.

Nurulamira, 23, Pelajar Penubuhan sekolah khas ini tidak menyelesaikan masalah sosial dalam kalangan pelajar. Malah, menggalakkan lebih ramai pelajar melakukan maksiat kerana mereka (terutamanya perempuan) sudah ada tempat khas untuk berlindung.

Ishak, 59, Pengawal Keselamatan

Ramlah, 23, Pelajar

Setuju, tetapi perlu dikaji sepenuhnya. Saya rasa kahwin muda bukan satu cadangan bagus kerana ia akan membebankan remaja tersebut dengan pelbagai masalah tanggungan keluarga.

Tidak setuju. Pelajar yang sudah mengandung luar nikah akan berasa tidak bimbang kerana ada pihak membela nasib mereka.

Mohd Qatadah, 26, Pelukis Pelan

Siti Salimah, 23, Pelajar

Setuju dengan syarat ia benar-benar membantu menyelesaikan dan mengelak maksiat dan zina. Tapi, kerajaan boleh cari alternatif lain yang bersesuaian.

Langsung tidak mengelakkan maksiat dan zina tetapi lebih menggalakkan remaja, terutama pelajar sekolah melakukannya. Ia seakan menyokong tindakan mereka.

nikon_girl2003 Tidak setuju. Penubuhan ini menggalakkan lagi mereka membuat maksiat tanpa ada kerisauan kerana sudah disediakan sekolah seperti itu. Perlu kaji dulu masalah remaja tersebut dengan terperinci sebelum ambil tindakan. awesomerockshoe Kita sudah ada sekolah pemulihan akhlak. Kenapa mahu bina sekolah seperti itu? Ia cadangan sia-sia kerana memfokuskan kepada sekolah mengandung. izzati_haris Setuju. Saya rasa Sekolah Mengandung ini untuk mereka yang terlanjur dan mahu pulang ke pangkal jalan. Sekurang-kurangnya mereka dapat peluang kedua dan mulakan hidup baru. Ikin Cikin Sekolah ini akan mengundang lebih banyak kes pelajar bawah umur mengandung. Mereka akan lebih berani melakukan zina kerana beranggapan akan dijaga nanti. Ayu Rizyu Tidak setuju. Sekolah itu mungkin membuatkan lebih ramai orang berzina kerana tahu ada sekolah khas disediakan jika mereka mengandung luar nikah. ShidIeez Shazqannaz Tidak setuju. Bagi saya taraf sekolah terlalu besar. Tapi, sekiranya ingin ditubuhkan pusat perlindungan pasti ramai yang setuju. Nazirah Ahmat Pakri Setuju. Pembelajaran agama perlu dititikberatkan dan banyakkan pusat perkhidmatan kaunseling Islam. Di sekolah pula, tingkatkan sahsiah dan moral. Mencegah lebih baik daripada merawat. Watanabe Ewan Tidak setuju, bimbang sekiranya jumlah remaja yang melalukan seks rambang sejak di bangku sekolah meningkat. Kanaga Kanven Penubuhan ini tidak akan mengelakkan masalah maksiat. Malah, akan menambahkannya lagi. Remaja akan jadi lebih berani melakukannya.


8

ISU

Transisi 13 OGOS - 26 OGOS 2010

‘Mahasiswa lembik’ mangsa ciptaan AUKU

TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS Oleh Razali Yahaya

A

KIBAT hadir semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu, empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini menghadapi kemungkinan dikenakan tindakan tatatertib. Ini menjadikan mereka sebagai mangsa terbaru Akta Universti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menghalang mahasiswa terbabit dalam sebarang kegiatan politik. AUKU yang ada hari ini adalah ‘buah tangan’ bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Pindaan AUKU pada 1975 telah dibentangkan oleh beliau selaku Menteri Pelajaran, selepas demonstrasi Gerakan Mahasiswa pada 1974. Demonstrasi besar-besaran itu bertujuan membela nasib petani miskin di Baling, Kedah.

Kononnya, akta berkenaan diperkenalkan bagi memastikan mahasiswa menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak membuang masa dengan berpolitik. Bagi mereka, politik boleh melalaikan pelajar. AUKU terpaksa dikerahkan untuk membendung kemungkinan pelajar gagal dalam pelajaran kerana terlalu berpolitik. Apa pun, kita tidak mempunyai statistik tepat mengenai jumlah mahasiswa universiti tempatan yang gagal semata-mata kerana aktif berpolitik. Barangkali memang benar atau mungkin sebaliknya, ia menjadi antara penyebab kegagalan. Begitupun, masih ada sebab lain iaitu sibuk bersukan, bekerja sambilan dan mungkin kerana ‘tangkap cintan’ menjadikan pelajar tidak berma-

ya untuk memberi fokus terhadap pelajaran. Sekiranya berpolitik penyebab kegagalan, AUKU telah digunakan bagi mengekang gejala berkenaan. Sepatutnya akta berkenaan tidak menjurus kepada kegiatan politik semata-mata, tetapi perlu diperluaskan bagi membanteras penyebab kegagalan sama ada membabitkan bersukan, bercinta atau bekerja sambilan. Sebagai bekas mahasiswa Universiti Malaya (UM), saya sendiri kurang mengerti mengapa berpolitik itu dianggap membahayakan. Tidak dinafikan memang lumrah ada mahasiswa ponteng kelas dan gagal dalam peperiksaan kerana sibuk menghadiri ceramah-ceramah politik. Bagaimanapun, bukan semua boleh dianggap begitu kerana saya sendiri juga pernah sibuk berpolitik semasa bergelar mahasiswa tetapi masih mampu membahagikan masa termasuk melaksanakan segala tugasan akademik dengan baik. Sekalipun aktif berpolitik, saya tidak menjadikannya sebagai hambatan, tetapi masih berupaya mendapat keputusan cemerlang, malah lebih manis lagi keputusan pada tahun akhir mengatasi mereka yang dianggap ‘ulat buku’. Persoalannya sekarang, golongan mahasiswa yang macam mana mahu kita dilahirkan melalui sistem pendidikan tinggi di negara ini? Apakah kita mahu melahirkan mahasiswa ‘ulat buku’ dan sekadar menghafal atau kita mahukan mahasiswa yang mampu menghubungkan teori dengan kenyataan? Justeru itu, dalam kes empat pelajar UKM itu, mereka adalah pelajar program sains politik yang semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor berlangsung, sedang menduduki kursus ‘Analisis Pilihan raya’ bagi Jabatan Sains Politik universiti berkenaan. Sebagai pelajar Sains Poilitik, mereka sebenarnya ke sana untuk meninjau realiti bagaimana

kempen pilihan raya di negara ini dijalankan. Malangnya, inisiatif yang baik untuk program mereka itu telah berlaku sebaliknya dan mereka akhirnya terperangkap dan seterusnya menjadi mangsa kebobrokkan AUKU yang dianggap tidak ‘mesra alam’ dengan mahasiswa universiti itu. Sebenarnya, gerakan mahasiswa IPTA sudah acap kali mengadakan demontrasi aman sambil menyeru kerajaan menghapuskan AUKU. Saranan itu dibuat atas kesedaran mahasiswa perlu diberi kebebasan menyelami pelbagai ideologi dan pemahaman. Semasa masih menuntut di kolej dan universiti sebenarnya adalah kesempatan terbaik golongan muda atau mahasiswa berpeluang mengembang minda dan pemikiran. Jika ianya terus disekat, maka mereka boleh dianggap sebagai ‘mahasiswa lembik’ ciptaan AUKU yang mengongkong itu. Sebenarnya, politik itu menganjur perdebatan dan merangsang minda kritis orang muda. Adakah kita mahu golongan muda atau mahasiswa hanyut dalam buaian hiburan terjemahan Barat yang kini terus menguasai sebilangan besar media elektronik global. Ironisnya, tidak semua mahasiswa yang aktif dalam politik akan terpengaruh menyertai mana-mana parti pembangkang. Misalnya, pada kemuncak gerakan Reformasi sekitar 1990-an, berpuluh ribu mahasiswa seluruh negara turun menyertai demonstrasi anti-kerajaan. Bagaimanapun, tidak semua antara mereka itu hingga sekarang masih setia menyokong parti pembangkang. Ramai antara mereka yang duhulunya kuat melaung ‘Reformasi’ dan menjunjung poster Anwar Ibrahim, tetapi kini telah menyertai UMNO termasuk komponen Barisan Nasional yang lain. Perlu diingat, fahaman politik itu boleh berubah. Oleh itu, jangan sekat mahasiswa daripada mencuba dan mendekati

pendekatan politik yang berbezabeza itu. Jika kerajaan masih bertegas tidak mahu menghapuskan AUKU, paling tidak laksanakan secara adil. Kita percaya beberapa pemimpin muda UMNO seperti Saifuddin Abdullah mahu ruang yang bebas diberikan kepada mahasiswa untuk terlibat dalam kegiatan politik. Mereka sedar jika ruang bebas ini diberikan, bukan parti pembangkang sahaja yang boleh menerima manfaat. Sebaliknya UMNO boleh secara terbuka mengembangkan pengaruhnya di kampus. Sebenarnya, memang ada perbezaan antara politik dengan parti politik, antara isu politik dengan isu parti politik, antara politik kepartian dengan politik non-kepartian dan antara politik partisan dengan politik nonpartisan. Ini hanya sebahagian daripada ilmu politik. Ilmu politik adalah sebahagian disiplin yang perlu didedahkan kepada mahasiswa kerana mereka adalah pelapis negara akan datang dan bagi menjadi lebih matangkan, mereka memerlukan pendidikan politik. Kita tidak perlu kembali sepenuhnya ke zaman sebelum AUKU. Apa yang perlu ialah kita muhasabah tentang kefahaman dan pemikiran mahasiswa hari ini tentang politik. Sebagai bakal pemimpin masa depan, mahasiswa perlu keluar daripada kerangka kampus dan minda harus peka terhadap isuisu semasa termasuk mencari jalan penyelesaian kepada isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat umum. Tinggalkan emosi dan pihak-pihak terbabit perlu bersikap lebih terbuka supaya mahasiswa mempunyai imej tersendiri. Kita harus ubah daripada apa yang kita ada sekarang. Percayalah bahawa mahasiswa dan anak muda kita mempunyai idealisme yang sudah bersedia memimpin negara akan datang. Kalau AUKU terus menjadi hambatan, maka negara mungkin ketandusan barisan pemimpin yang mempunyai kekuatan diri dalam menghadapi cabaran globalisasi.


13 OGOS - 26 OGOS 2010

BICARA

Transisi

9

YB kita zero idea A

MUKADIMAH

PABILA kita berbicara mengenai kewibawaan Yang Berhormat (YB), mungkin ada menggelengkan kepala kerana tidak ramai kalangan mereka mempunyai kredibiliti sebagai wakil rakyat. Selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) dan diumumkan pemenang, ada YB tidak nampak batang hidung biarpun ditegur banyak kali pemimpin tertinggi parti. Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ketika ini ramai menyatakan ada antara wakil rakyat negara ini tidak ada kredibiliti membantu rakyat. Malah, mereka langsung tidak menampakkan kewibawaan untuk muncul juara di hati rakyat? DR SHAMSUL: Dalam konteks ini, kita lihat siapa yang ingin menjadi wakil rakyat atau berkecimpung dalam bidang politik, tetapi jika tidak memahaminya mereka akan terjerumus ke lembah kegelapan. Pendek kata, mereka akan berjalan dalam keadaan telanjang kerana tidak tahu bagaimana cara melaksanakannya. Apabila saya buat kajian, ramai YB atau wakil rakyat gagal menjalankan tugas mereka dengan sempurna kerana gagal mengawal diri dan perasaan ketika berada di puncak. Kegagalan ini berpunca daripada ketidakjujuran mereka dalam menjalankan tugas diamanahkan rakyat. Ramai wakil rakyat tidak dihormati kerana alpa terhadap sumpah mereka sebelum bergelar YB. Mengapa perkara ini berlaku? Apakah ia punca utama menyebabkan UMNO gagal mempertahankan kerusi dua pertiga mereka di Parlimen dalam PRU12? DR SHAMSUL: Sebenarnya, kekalahan besar UMNO pada PRU12 kerana wakil rakyat pilihan mereka tidak senonoh. Rakyat marah. Mereka bukan

juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang temui secara eksklusif Penulis Transisi, Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof bersama jurufoto, Nooratikah Ab Rahim mempunyai pandangannya berhubung kedudukan YB dalam sesebuah parti politik tanah air. Malah, beliau menyatakan kebanyakan YB negara ini tiada langsung idea membangunkan rakyat di kawasan mereka. bencikan UMNO, tetapi meluat dengan cara wakil rakyat UMNO berurusan. Ia sudah jadi seperti ilusi. Kita perlu sedar pergantungan organik antara Melayu, Cina dan India sangat rapat. Di segi makanan seperti sayur, sudah tentu dari peniaga Cina. Kita orang Melayu sudah tentu beli sayur sebagai bahan makanan. Begitu juga India dan buruh Indonesia. Jaringan ini tetap bersambung. Apabila ada mulut nakal kata kuasa orang Melayu akan dirampas, semuanya karut. Siapa nak rampas? Orang Cina tidak boleh jadi Sultan. Tengok, bagaimana Sultan boleh kawal Menteri Besar. Di sini, saya lihat terpulang kepada Sultan atau Raja untuk mengawal negara. Jadi, pada saya realiti yang wujud di Malaysia ini adalah semua kaum. Di satu sudut, mereka boleh bersentuhan, tapi ada kalanya tidak. Bukan saja di segi politik, masih banyak lagi perkara perlu ditekankan. Kini, timbul pula isu Perpaduan Melayu. Banyak benda saya lihat tidak kena. Saya kira wakil rakyat di negara ini atau pemimpin peringkat negeri sudah tiada idea. Banyak akhbar melaporkan pemimpin UMNO berbalah sesama sendiri? Mereka seperti tidak pernah serik dengan kegagalan? Apakah ini faktor mereka tewas dalam PRU?

DR SHAMSUL: Aspek politik banyak membataskan pergerakan kita. Saya akui ramai kalangan pemimpin UMNO berbalah sesama sendiri. Lebih mengecewakan, penggunaan pelbagai jenis tahyul. Itu yang saya lihat kedudukan pemimpin UMNO. Mana ada pemimpin MCA seperti pemimpin UMNO? Paling hebat pun, mereka baling kerusi ketika mesyuarat. Politik orang Melayu paling zalim dan kejam. Pemimpin kita banyak guna politik halus. Pendek kata, politik ghaib. Bagi mereka (pemimpin UMNO), tiada politik ghaib, sukarlah kehidupan mereka. Saya tidak tahu bila mereka akan jadi lebih bertamadun. Kadang-kadang saya kecewa dengan apa yang berlaku. Saya setuju mereka memang tidak serik. Sebenarnya, ke mana hala tuju mereka dalam membangkitkan kekuatan rakyat di tanah air sendiri? Apakah konsep pemimpin UMNO sekarang akan menyebabkan perpecahan Melayu? DR SHAMSUL: Saya mahu bezakan pandangan politik dan strategi politik. Saya tidak pernah menganggap apa dibincangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim se-bagai kenyataan berunsur strategi politik kerana beliau hanya orang politik yang ada kepentingan untuk menang pilihan raya. Dia cuma memiliki strategi menawan negara. Setiap kenyataan daripada Anwar memang untuk menimbulkan keraguan orang ramai. Lihat saja beliau berdiskusi, fokusnya hanya Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri). Anwar tidak pernah bincang pasal

Samy Vellu (Datuk Seri) atau Koh Tsu Koon (Tan Sri). Beliau mesti cerita pasal Najib. Tetapi, kelebihan Najib satu saja, dia dalam Kerajaan pemerintah. Belia boleh buat apa saja diingini. Anwar tidak boleh. Ketua Pembangkang hanya tahu beri janji perkataan, tetapi tidak boleh melaksanakannya. Jadi, perpecahan Melayu hanya retorik semata-mata. Datuk sudah lama menjadi tokoh akademik dan lali dengan rentetan politik tanah air. Kemungkinan Datuk sendiri dapat meramalkan bilakah PRU13 diadakan dan bagaimana peluang UMNO? DR SHAMSUL: Mungkin tahun depan. Keadaan semua kaum sudah berubah. Semua orang boleh berfikir sendiri dan menggunakan kuasa mengundi. Jika dulu, kaum India dalam satu kawasan campur akan memilih DAP saja dan tidak mungkin pilih Pas. Tetapi sekarang, perkara itu tidak berlaku lagi. Semua kaum sudah mampu bebaskan diri mereka daripada kongkongan agama. Mereka boleh pilih atau undi siapa mereka mahu. Ini kerana rakyat lebih bijak daripada ahli politik. Sejauh mana cara pemikiran pemimpin UMNO dan apakah mereka mampu melakukan perubahan? DR SHAMSUL: Pemimpin kita tidak ada idea bagus. Mereka tidak cerdik berbanding pengundi. Wakil rakyat UMNO akan terus puji parti mereka. Mereka tidak turun ke kawasan masingmasing atau beri idea untuk memajukan masyarakat setempat. Kepentingan diri sentiasa jadi agenda utama. Sebab itu, pe-

ngundi muda atau warga emas sudah tutup pintu hati mereka kepada UMNO. Apakah perlu dilakukan semua wakil rakyat dalam memenangi hati pengundi dan apakah cabaran perlu mereka hadapi untuk PRU13? DR SHAMSUL: Rakyat sudah menunjukkan kuasa mereka pada PRU 1999, 2004 dan 2008. Mereka boleh lakukan apa saja jika Kerajaan terus gagal bela nasib. Konsep ini jauh berbeza dengan ahli politik. Mereka terikat dengan parti dan tidak boleh lari. Cabaran paling besar Kerajaan sekarang ialah tiada program dibuat untuk meyakinkan rakyat. Paling penting Kerajaan perlu tekankan perkara kecil atau mikro strategi. Kita perlu kenali setiap rakyat dalam kawasan. Setiap pengundi Malaysia ada perbezaan pendapat. Ada yang perlukan lebuh raya seperti rakyat Kelantan. Ada yang tidak perlu seperti orang Iban di Sarawak. Perlu ada mikro strategi. Sekarang saya tidak nampak kesedaran mengenainya daripada pemimpin politik. Jika beri subsidi, bukan semua dapat. Jika turunkan harga minyak, bukan semua guna kenderaan. Sebab itu, saya kata pemimpin kita tidak ada idea. Bagaimana pula dengan warga emas dan orang kurang upaya (OKU)? Apakah nasib mereka benar-benar terbela. Kemampuan pemimpin kita berfikir amat terbatas. Perkara mikro tidak pernah menjadi agenda utama. Sehingga ada wakil rakyat tidak tahu berapa ramai jumlah pengundi di kawasan mereka. Jadi, pemimpin atau wakil rakyat Kerajaan perlu berubah dari sekarang sebelum malapetaka baru melanda.


10

BISNES

Transisi 13 OGOS - 26 OGOS 2010

Modul standard kewangan IPTA

Hadirin mendengar taklimat disampaikan Hj Amron. Mohd Najib (kiri) berkongsi pandangan semasa Bengkel Skim W. Oleh Siti Nurmah Wasilan

U

NIVERSITI Utara Malaysia (UUM) menjadi tuan rumah pertama melaksanakan Bengkel Penggubalan Modul Skim W bagi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam usaha menyeragamkan modul skim kewangan yang berlangsung di UUM cawangan Kuala Lumpur 6 dan 7 Ogos lalu. Penyeragaman modul Skim W itu dicapai dalam mesyuarat bendahari-bendahari IPTA pada Mac lalu yang memutuskan supaya satu modul standard diwu-

judkan berhubung Pengurusan Kewangan yang boleh digunakan semua IPTA. Mesyuarat juga sebulat suara memilih Bendahari UUM sebagai urusetia dalam pelaksanaan bengkel tersebut memandangkan UUM mendapat pengiktirafan sebagai universiti pengurusan. Timbalan Bendahari UUM, Hajah Che Norain Ahmad berkata, penyeragaman ini bertujuan menyelaraskan setiap modul skim kewangan setiap IPTA selain memperincikan modul dise-

diakan pihak universiti. “Penyelarasan ini dilakukan bagi melicinkan pentadbiran kewangan setiap IPTA. Selain itu, ia mampu mengelakkan penyelewengan dalam pengurusan kewangan,” katanya. Ketua Penolong Bendahari Universiti Putra Malaysia (UPM), Norlian Ismail menyambut baik program berkenaan kerana ia memberi peluang kepada pegawai-pegawai IPTA lain untuk saling bertukar pendapat bagi memastikan modul digubal mampu meningkatkan mutu pe-

Ketua Penolong Bendahari Kanan, Eylani Ahmad (kiri) sedang berbincang sesuatu dengan Che Norain.

UUM menggunakan pendekatan Continueos Professional Development (CPD) berbanding Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebagai langkah menghapuskan ujian dengan lebih menjurus kepada amalan praktikal. ngurusan kewangan. “Rangka modul sudah disiapkan UUM. Pelaksanaannya memberi peluang kepada pegawai kewangan IPTA lain menyuarakan pandangan dan komen mereka agar pengisiannya dimantapkan lagi,” katanya. Timbalan Bendahari Kanan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Haji Mohd Najib Mohamed berkata, kerjasama antara IPTA amat diperlukan bagi memenuhi keperluan kursus diadakan supaya setiap kursus tidak bertembung selain mampu mengurangkan kos perbelanjaan. “Perlu ada kerjasama sesama IPTA, termasuk menghebahkan kursus-kursus diadakan kepada IPTA lain. Tindakan ini lebih efisien dan mampu mengurangkan kos pelaksanaan,” katanya. UUM menggunakan pendekatan Continueos Professional Development (CPD) berbanding Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebagai langkah menghapuskan ujian dengan lebih menjurus kepada amalan praktikal. “Ada universiti menggunakan

PTK dan ada juga menggunakan CPD. Setiap universiti mempunyai pendekatan berbeza sama ada mengadakan ujian atau praktikal seperti menganjurkan bengkel seperti ini,” kata Mohd Najib. Surat Pekeliling Perkhidmatan 5/2005 mewajibkan setiap kakitangan Kerajaan dikehendaki mengikut kursus atau latihan sekurang-kurangnya 42 mata dalam CPD. Sebaliknya, Surat Pekeliling Perkhidmatan 10/2008 mengenai CPD mengkehendaki setiap kakitangan Kerajaan mengikuti pembelajaran secara berterusan. Kakitangan Kerajaan juga diwajibkan menghadiri tujuh kali kursus setahun, bersamaan 42 mata bagi setiap penilaian ke atas penjawat awam. Kira-kira 30 orang pegawai kewangan termasuk Bendahari UUM, Tuan Haji Amron Man hadir membincangkan penggubalan modul skim W dalam bengkel tersebut.


13 OGOS - 26 OGOS 2010

BISNES

Transisi

FILIPINA

KEMBOJA SINGAPURA

11

Sukar laksana One Asean Currency

10 negara anggota Asean.

R

ANCANGAN penyatuan mata wang negara-negara Asean atau One Asean Currency masih menjadi mimpi dan terlalu sukar untuk dilaksanakan. Hakikat ini perlui diakui jika kita mengambil kira realiti ekonomi yang dihadapi setiap negara anggota Asean yang rata-ratanya berada dalam situasi tidak menentu. Perkembangan ekonomi negara-negara Asean masih jauh

Ranking 2010

Ranking 2009

terkebelakang berbanding Kesatuan Eropah (EU) yang jauh lebih maju dan stabil. Koordinator Program Kajian The Habibie Centre Asean di Jakarta, Dean Yulindra Affandi menyatakan banyak pihak sering membandingkan isu-isu mengenai One Currency Asean dengan mata wang yang digunakan komuniti Eropah, Euro. Dean berkata, EU terbentuk kerana sejarah panjang negaranegara anggota kesatuan itu

50

Syarikat

Negara

yang majoritinya negara maju. Malah, sesebuah negara Eropah perlu melepasi beberapa kriteria ketat sebagai syarat menyertai EU. Sebaliknya, tiada sebarang kriteria tertentu untuk keanggotaan Asean melainkan kedudukan geografi dan sempadan sesebuah negara. “Tidak harus ada kriteria-kriteria seperti EU. “Kalau kita mengimpikan Asean Currency, ia masih jauh

kerana kemampuan ekonomi politik masing-masing sangat tempang,” katanya. Malah, Sekretariat Asean memiliki divisyen khusus yang bertanggungjawab menguruskan perkembangan ekonomi Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam dalam usaha mengurangkan jurang ekonomi yang agak terkebelakang berbanding negara Asean lain. Ini kerana negara-negara itu memerlukan masa dan usaha

yang berterusan bagi melonjak dan mengukuhkan ekonomi mereka. Terbaru, Timor Leste adalah antara negara Asean yang memerlukan komitmen rakan anggota lain selepas ia dijangka menyertai Asean pada 2012. “(Asean Currency) Sukar diwujudkan. Buat masa sekarang, ia belum boleh diputuskan dan ditentukan walaupun hingga terbentuk Komuniti Asean pada 2015 nanti,” kata Dean.

Syarikat Paling Inovatif 2010 Benua

Ranking 2010

Ranking 2009

Syarikat

Negara

Benua

1 1 Apple AS Amerika Utara

26 22 Honda Motor Jepun Asia

2 2 Google AS Amerika Utara

27 - Fast Retailing Jepun Asia

3 4 Microsoft AS Amerika Utara

28 - Haier Electronics China Asia

4 6 IBM AS Amerika Utara

29 19 McDonald AS Amerika Utara

5 3 Toyota Motor Jepun Asia

30 46 Lenovo China Asia

6 11 Amazon.com AS Amerika Utara

31 32 Cisco Systems AS Amerika Utara

7

32 21 Walt Disney AS Amerika Utara

27

LG Electronics

Korea Selatan

Asia

8 - BYD China Asia

33 15 Reliance Industries India Asia

9 17 General Electric AS Amerika Utara

34 - Siemens Jerman Eropah

10 14 Sony Jepun Asia

35 - Dell AS Amerika Utara

11

36 38 Nestle Switzerland Eropah

16

Samsung Electronics Korea Selatan

Asia

12 33 Intel AS Amerika Utara

37

13 31 Ford Motor AS Amerika Utara

38 25 Vodafone Britain Eropah

14

39 47 JPMorgan Chase AS Amerika Utara

8

Research In Motion

Kanada

Amerika Utara

-

British Sky Broadcasting Britain

Eropah

15 18 Volkswagen Jerman Eropah

40 - Oracle AS Amerika Utara

16 7 Hewlett-Packard AS Amerika Utara

41 - Petrobras Brazil Amerika Selatan

17 13 Tata Group India Asia

42 42 Banco Santander Sepanyol Eropah

18 20 BMW Jerman Eropah

43 48 Fiat Itali Eropah

19 24 Coca-Cola AS Amerika Utara

44 - China Mobile China Asia

20 5 Nintendo Jepun Asia

45 - Goldman Sachs AS Amerika Utara

21 10 Wal-Mart Stores AS Amerika Utara

46 43 Nike AS Amerika Utara

22

47 - HTC Taiwan Asia

-

Hyundai Motor

Korea Selatan

Asia

23 9 Nokia Finland Eropah

48 40 Facebook AS Amerika Utara

24 34 Virgin Group Britain Eropah

49 36 HSBC Britain Eropah

25

50 30 Verizon Communications AS Amerika Utara

12

Procter & Gamble

AS

Amerika Utara

Sumber : BusinessWeek


12

RAJA-RAJA MELAYU

Transisi 13 OGOS - 26 OGOS 2010

Kuasa Yang di-Pertuan Agong Perkara 32(1) dan 32(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan: “32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya. (1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang diPertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenadakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15. (2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.” Perkara 182 dan 183 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: “182. Mahkamah Khas. (1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik

oleh Majlis Raja-Raja. (2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1). (3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri walau di mana pun kuasa tindakan berbangkit. (4) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang terletakhak pada mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan melalui Perlembagaan ini atau manamana undang-undang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabat pendaftarannya di Kuala Lumpur. (5) Sehingga Parlimen, melalui undang-undang, membuat peruntukan khas yang berlawanan berkenaan dengan prosedur (termasuk pendengaran prosiding secara tertutup) dalam kes-kes sivil atau jenayah dan undang-undang yang mengawalselia keterangan dan pembuktian dalam prosiding sivil dan jenayah, maka amalan dan

prosedur yang terpakai dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah bawahan, mana-mana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding dalam Mahkamah Khas. (6) Prosiding dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan. (7) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Negara, membuat apa-apa kaedah yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membuat peruntukan bagi penghapusan apa-apa kesulitan atau anomali jua pun dalam manamana undang-undang bertulis atau dalam pelaksanaan apaapa fungsi, perjalanan apa-apa kuasa, penunaian apa-apa kewajipan, atau pembuatan apaapa perbuatan, di bawah manamana undang-undang bertulis, yang mungkin disebabkan oleh Perkara ini, dan bagi maksud itu kaedah-kaedah itu boleh membuat apa-apa pengubahsuaian, adaptasi, penggubahan, pertukaran atau pindaan jua pun kepada mana-mana undangundang bertulis. “183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang diPertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam

Negara sendiri. Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.”


x

presi

13 - 26 Ogos 2010 / 03 - 16 Ramadan 1431H

www.transisi.com.my

Oleh: Wan Azuraina Meor Abdullah dan Mohd Azhan Othman Foto Nooratikah Ab Rahim

D

ULU Noor Amirah Asraf, 20, cuma gadis biasa yang rutinnya menyanyi bersama rakan-rakan band. Namun, siapa sangka suara emas milik gadis cantik yang mesra dengan panggilan Mira ini perlahanlahan meniti bibir khalayak umum menerusi lagu hitnya bersama kumpulan Tilu, Ku Bukan Aku.

>> Muka Tengah 16 & 29


14

x

presi

Transisi

13 - 26 OGOS 2010

30 filem pendek satu malam

Maskara Shorties jadi platform pengarah muda kongsi idea Oleh Wan Azuraina Meor Abdullah dan Mohd Azhan Othman

BAINUN WAHEEDA

SESAK... Lebih 500 pengunjung hadir menyaksikan Maskara Shorties 3 di Rumah Pena KL.

K

AWASAN lapang sekitar Rumah Pena Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu penuh sesak dengan lebih 500 pengunjung hadir menyaksikan acara tayangan filem pendek, Maskara Shorties 3 yang menghimpunkan 30 karya pengarah mapan dan amatur dari dalam dan luar negara. Maskara Shorties 3 dianjurkan kumpulan seni bebas, Sindiket Sol-Jah dengan kerjasama Sekretariat Penulis-Penulis Blog dan Persatuan Penulis Malaysia (Pena) serta turut mendapat tajaan syarikat kosmetik Jepun, Nano White yang mengedarkan pek losyen muka kepada 200 pengunjung pertama. Acara itu, yang sudah memasuki edisi ketiga, masih tampil dengan konsep sama iaitu tayangan filem pendek dalam durasi 10 minit ala ‘wayang pacak’ dengan semua karya filem ditayangkan secara terbuka dan santai. Maskara Shorties adalah acara tahunan dan cabang aktiviti kepada acara seni, Maskara (Malam baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-kawan yang Kita Suka) yang diadakan sekali setiap dua bulan di tempat sama. Namun, tumpuan acara tersebut lebih menjurus kepada ruang bagi penggiat seni generasi baru

mempersembahkan karya filem mereka tanpa mengira genre. Menariknya, 30 filem pendek yang menyertai tayangan kali ini turut membabitkan penyertaan dari negara jiran, Singapura dan Kemboja, termasuk Australia. Penganjur Maskara Shorties, Mohzanuddin Zaharin (OP) berkata, jika tahun lalu Sindiket Sol-Jah mendapat penyertaan dari Indonesia, tetapi tahun ini ada penyertaan dari Singapura yang pengarahnya terdiri dalam kalangan pengkarya muda dari negara itu. “Kita ada lima penyertaan dari Singapura. Ini menunjukkan Maskara Shorties semakin mendapat perhatian luar,” katanya. Rakan penganjur, Mohd Iqbal Sirajuddin (Jigo) menyatakan Sindiket Sol-Jah lebih senang mengekalkan konsep tayangan percuma dan bukan pertandingan kerana cara itu dapat membantu mana-mana pengarah mengetengahkan karya terbaru mereka untuk tontonan umum. Himpunan filem pendek melibatkan hasil karya barisan pengarah muda berbakat seperti Low Weiyan (The Colours of Ideas), Anwari Ashraf Hashim (Kiamu!), dan Bainun Waheeda Burhanuddin (Low Budget Love) menjadi bukti betapa industri seni visual tempatan tidak pernah kontang

ra penonton dan pengarah filem,” katanya. Sementara itu, Bainun, 22 menyifatkan Maskara Shorties sebagai pembuka peluang kepada pengarah muda sepertinya berkongsi karya mereka dengan penonton. “Saya cuma hadir sebagai penonton Shorties tahun lalu. Cuma tahun ini saya berpeluang menghantar karya sendiri,” katanya.

LOW WEIYAN

“Jika saya ada idea hendak dikongsikan nanti, saya pasti akan salurkan melalui Maskara.”

OP dengan idea segar dan kreatif yang cukup membanggakan. Weiyan, 21, dari Singapura berkata, acara seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang kerana tayangan umum seperti itu akan memberi persepsi baru dalam menjana idea. “Jika saya ada idea hendak dikongsikan nanti, saya pasti akan salurkan melalui Maskara,” katanya. Anwari, 21, berpendapat pe-nganjuran Maskara Shorties begitu mengujakan kerana ia adalah satu-satunya acara yang pertama kali dilakukan secara terbuka di kawasan lapang tanpa kerusi empuk dan kaunter makanan ringan seperti di pawagam. “Suasana menarik ini dapat merapatkan lagi hubungan anta-

ngan filem pendek.

Senarai pengarah yang menyertai taya


13 - 26 OGOS 2010

x

presi

Transisi

Pa’din ingin bangkit semula capai emas

15

Oleh Muhammad Amsyari Ismail

N

AMA Ahmad Fadzil Musa mungkin kurang dikenali tetapi jika sebut saja Pa’din, pasti ramai peminat sukan lasak atau X-Treme mengenalinya, khususnya papan selaju (skateboard). Berusia 34 tahun, Pa’din sudah membabitkan diri secara aktif sebagai atlet sukan skateboard profesional selama 21 tahun. Dia antara skateboarder yang berpengaruh di negara ini dan pernah mencatat pencapaian membanggakan di dalam dan luar negara. Anak kelahiran Georgetown, Pulau Pinang ini berjaya memenangi pingat emas dalam kejohanan Asian X-Games Asia sebanyak dua kali pada 2000 dan 2004. Dia juga pernah meraih pingat emas dalam Kejohanan 1st Asian Indoor Games, Bangkok yang diiktiraf oleh Majlis Olimpik Asia selain menjadi satu-satunya atlet Asia yang layak bertanding di Summer X-Games, Amerika Syarikat pada 2004. “Segala kejayaan yang diraih membuatkan saya tidak pernah menyesal memilih menjadikan sukan ini sebagai karier. Melalui skateboard, nama saya dikenali tidak kira dalam negera ataupun peringkat antarabangsa. “Malah, sukan ini membawa saya menjelajah ke banyak negara seperti China, Indonesia, Filipina dan Amerika Syarikat,” katanya. Sekitar awal 90-an, mungkin ramai beranggapan sukan ini hanya dimainkan budak-budak nakal, tetapi Pa’din membuktikan tanggapan itu salah. Walaupun masa banyak dihabiskan di dataran luncur (skatepark) atau jalanan (street) untuk berlatih skil skateboard, Pa’din membuktikan dia juga cemerlang dalam pelajaran apabila dianugerahkan pelajar cemerlang Jabatan Kejuruteraan Mekanikal semasa mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Port Dickson pada 1998. Selepas tamat pengajian dia kemudian memberi sepenuh masa dalam sukan skateboard yang diibaratkan bagai nyawa

keduanya. Mengakui sukan ini berisiko tinggi terdedah kepada kecederaan, Pa’din menegaskan latihan yang jitu banyak membantunya mengatasi masalah tersebut. Pada masa sama, sesiapa yang berminat menyertai sukan ini perlu memiliki jiwa kental dan semangat tinggi. Pa’din sendiri pernah mengalami kecederaan apabila tulang pergelangan tangannya retak pada 1994 ketika menjalani latihan. Bukan itu saja, dia juga pernah patah jari dan mengalami kecederaan lutut. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus aktif sehingga sekarang. Walaupun sudah bergelar suami kepada Juita Jasmin dan bapa kepada seorang cahaya mata, Muhammad Faheem, 2, Pa’din kini masih tetap ‘terbang’ sebagai atlet skateboard selain menjadi tenaga pelatih kepada atlet muda negara. Pada masa sama, dia turut aktif mengadakan demo dan klinik profesional bagi membantu pelapis sukan ini. “Kepada remaja yang berminat membabitkan diri dalam sukan lasak, tidak kira skateboard, inline skate atau sebagainya, manfaatkanlah kemudahan disediakan Kerajaan dengan mencuba skil di skatepark. “Kerajaan sekarang banyak memberi sokongan berbanding ketika pada awal kemunculan

sukan lasak di negara ini. Remaja hari ini lebih ber- tuah. “Satu l a g i , jangan masuk s u kan ini sematamata untuk glamor, tetapi biarlah kerana minat mendalam. Ini kerana dengan minat, semua perkara jadi mudah,” katanya lagi. Pada tahun ini, Pa’din turut mencatat pencapaian membanggakan apabila menduduki tempat kedua kejohanan X-Games Asia di Shanghai dan Converse Street Clash di Kuala Lumpur. “Saya agak kecewa kerana gagal meraih emas dalam X-Games Asia di Shanghai dan mensasarkan untuk bangkit semula dengan harapan muncul juara pada tahun depan,” katanya.

Jangan masuk sukan ini semata-mata untuk glamor, tetapi biarlah kerana minat mendalam. Ini kerana dengan minat, semua perkara jadi mudah.”

AHMAD FADZIL MUSA (PA’DIN)

si berani

Antara ak

Pa’din.

Tarikh Lahir 20 Oktober 1976 Asal Georgetown, Pulau Pinang Isteri Juita Jasmin Anak Muhammad Faheem (2)


16

x

presi

Transisi

13 - 26 OGOS 2010

Sinonim dengan Tilu n

ampilka Tilu men n. tempata

dalam kelainan

industri

muzik

Aksi Mira semasa membuat persembahan bersama rakan Tilu.

>> Dari Muka 13 JIKA disebut Mira, amat sedikit mereka di luar sana yang mengenalinya. Tetapi, apabil di-sebut Tilu, dengan pantas susuk gadis mungil bersuara merdu yang melontarkan irama pop jazz terbayang di fikiran. “Ramai yang kata Tilu itu Mira, tetapi sebenarnya Mira adalah vokalis kumpulan Tilu. Tilu ialah kumpulan muzik yang memperjuangkan muzik pop jazz. Kami bersatu dalam satu kumpulan dengan kepelbagaian alat muzik, ” katanya. Selepas dua tahun di arena muzik, Mira, selaku vokalis sejak 2009 meneruskan perjuangannya bersama rakan-rakan Tilu lain di bawah naungan KRU Production. Hasilnya, pada Februari lalu, mereka melancarkan album sulung yang memuatkan lapan lagu, termasuk satu lagu ciptaan Edry KRU. “Lagu pertama Tilu, ILU adalah lagu pertama yang saya

nyanyikan bersama Tilu. Apabila album Tilu sudah ada di pasaran, saya sangat gembira hingga tidak mampu kata apa-apa,” kata Mira, juga pelajar Ijazah Linguistik Bahasa Inggeris di Universiti Putra Malaysia (UPM). Tilu yang bermaksud tiga dalam bahasa sunda merujuk kepada tiga ahli pertama Tilu iaitu Puja Paska, 30, (Puja) selaku pemain gitar atau bass, Reza Ramsey, 29, (Bajai) sebagai pemain rhodes dan Johar Ashraf Lucas, 26, (Johar) selaku pemain dram. Lima anggota lain, termasuk Mira yang menyusul kemudian adalah pemain gitar, Kiki Rizki Rahadiyan, 25, (Kiki), peniup saksofon, Ahmad Jeffny Kamar, 26, (Jefny), peniup trumpet, Mohamad Firdaus Bohari, 23, (Daus) dan peniup flugal horn, Fareed Aziz, 25, (Fareed). “Ini kali pertama saya menyanyi secara profesional. Sebelum ini hanya menyanyi di rumah dan bukan buat persembahan di mana-mana pun. Di sekolah dulu

pun saya tidak aktif dan pendiam saja. Jadi, apabila Tilu mencari vokalis, sepupu saya cadangkan saya mencuba,” katanya. Sebahagian besar idea lagu dalam album Tilu disumbangkan sendiri oleh ahli kumpulan itu sendiri. Apabila ditanya mengenai minatnya dalam bahasa dan penulisan, Mira menyatakan dia kini lebih selesa menyanyi kerana baginya kata-kata dalam lirik Tilu sangat puitis dan dia masih belum berada pada tahap yang mampu menulis lirik sepuitis itu. Mira ketika bercerita mengenai pengalaman bersama peminat tidak dapat menyembunyikan rasa seronoknya setiap kali berhadapan dengan mereka yang mengikuti Tilu. ”Perasaan itu bercampur. Rasa seronok sebab Tilu bawa muzik yang lain dalam industri seni muzik indie dan kami yakin muzik kami mampu membawa pendengar mengenali kami. “Rasa terharu apabila ada

peminat beri peluang dan kepercayaan kepada kami untuk ketengahkan muzik Tilu. Rasa takut juga ada apabila berada dibawah KRU kerana tanggungjawab makin besar. Jadi, kami akan buat yang terbaik untuk peminat dan pihak KRU sendiri,” katanya. Bagaimanapun, Mira menegaskan bahawa fokusnya adalah kepada pelajaran walaupun sudah berkecimpung dalam industri muzik. Anak kedua daripada tiga adik beradik ini sentiasa memegang kata-kata ibu bapa dan nenek-nya yang sentiasa menyokong penglibatannya dalam dunia seni tanah air. Menurutnya, jadual pembelajaran dan karier disusun supaya efisien, manakala toleransi dipupuk sesama ahli kumpulan bagi melicinkan waktu latihan. Selain itu, dia juga menerapkan disiplin dalam setiap aktiviti dan pembelajarannya. “Biasanya, latihan diadakan pada waktu malam. Waktu lati-

han juga disusun baik kerana ahli Tilu lain juga bekerja. Jadi, apabila ada latihan, semua rakan ahli memberikan komitmen yang terbaik. Masing-masing tahu saya masih belajar dan mereka tidak ganggu waktu belajar saya. “Lagipun apabila ada masa terluang, kami akan kumpul bersama. Masing-masing hormat dengan waktu ditetapkan sebab semua bekerja dan saya pula belajar. “Ibu bapa saya juga tegaskan kepada saya, jika ingin berada dalam Tilu, saya sekurangkurangnya mesti dapat 3 pointer ke atas,” katanya. Mira mengakui dirinya lebih selesa bersama Tilu dan menurutnya, inilah masa sesuai untuk masyarakat mendengar kembali genre muzik tempatan dan menyokong mereka dalam memartabatkan kembali muzik tanah air. “Saya lebih yakin apabila bersama Tilu. Saya akan bersama mereka selagi peluang


22- 23 13 - 26 Ogos 2010 / 3 - 16 Ramadan 1431H

www.transisi.com.my

20

26

25

21 Tutup operasi IPTS ‘kaki kelentong’

KAJIAN ILMIAH

Negara perlu graduan peribadi mulia

UM elak jadi ‘jaguh kampung’

i-COMTOUR aktif promosi UUM

Lelaki pupus?

Oleh Rudysham Abd Raof

T

IADA apa perlu disangkal dengan kewibawaan siswi yang terus mendominasi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara dan sememangnya ia bukan isu baru untuk dipersoalkan. Secara kebetulan atau sebaliknya, itulah hakikat yang perlu diterima. Tahun ini sahaja, golongan wanita terus menyentap kehebatan lelaki untuk kemasukan ke IPTA apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011. Untuk jumlah keseluruhan turut menyaksikan pelajar wanita masih menguasai tempat di IPTA apabila 58.6 peratus (61,750 pelajar) daripada 105,377 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA bagi sesi pengajian 2010/2011 adalah golongan hawa.

>> Muka 19

Siswazah wanita terus kuasai IPTA.

Dua program tarik minat pelajar asing D KAMARUDIN HUSSIN

UA program Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) iaitu Keusahawan Kejuruteraan dan Perniagaan Antarabangsa mendapat sambutan pelajar antarabangsa. Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, antara pelajar berkenaan termasuk dari Yemen, Chi-

na dan Indonesia. Katanya, semasa penubuhan pusat berkenaan, ia menerima 169 pelajar sulung di Pengajian Perniagaan Antarabangsa dan 136 pelajar di Pengajian Keusahawanan Kejuruteraan. “Namun, pada kemasukan 2010/2011 baru-baru ini, kita telah menerima 144 pelajar Pengajian Perniagaan Antarabangsa dan 159 pelajar untuk Pengajian Keusahawanan Keju-

ruteraan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas perasmian Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT) dan Pusat Kokurikulum UniMAP di Kangar baru-baru ini. Menurut Kamarudin, pelancaran pusat pengajian itu menjadikan jumlah keseluruhan pusat pengajian di UniMAP setakat ini berjumlah sembilan buah dan PPIPT adalah satu-satunya pu-

sat pengajian yang menawarkan dua kursus bukan dalam bidang kejuruteraan iaitu Perniagaan Antarabangsa dan Keusahawanan Kejuruteraan. Beliau berkata, pusat berkenaan akan membentuk pelajar yang tidak bergantung kepada konsep makan gaji semata-mata berikutan kadar pengangguran yang semakin meningkat akibat kelembapan aktiviti ekonomi negara.


18

KAMPUS

13 - 26 OGOS 2010

Transisi

Buang pelajar militan Oleh Rudysham Abd Raof

K

ERAJAAN akan menyingkir pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang didapati terbabit dengan kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI) atau kumpulan yang menyalahi undang-undang negara. Timbalan Menteri Pengajian Tinggit, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) berkata, Kerajaan memandang serius pembabitan pelajar IPTA dalam kegiatan itu kerana ia boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara. “ K e -

Insentif lumayan pensyarah perubatan

S

EMUA pensyarah perubatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) boleh menarik nafas lega apabila kerajaan bersetuju memberi insentif antara RM400 hingga RM1,200 sebulan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan itu dibuat sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka yang menjalankan tugas pengajaran, pembelajaran, tugas klinikal dan pre-klinikal. Katanya, tarikh keputusan itu berkuat kuasa 1 Jun lalu tetapi pelaksanaannya tertakluk kepada penerimaan jabatan terbabit. Sehingga Mac lalu, terdapat 1,894 pensyarah perubatan

yang direkodkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). “Pensyarah Perubatan yang layak menerima Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di IPTA itu adalah pegawai tetap, sementara dan kontrak dalam Gred DU45, DU51/52, DU53/54, Gred Khas C dan ke atas. “Bagi mereka yang mempunyai kepakaran klinikal, bayaran insentifnya adalah antara RM600 hingga RM1,200 sebulan, manakala tanpa kepakaran klinikal pula antara RM400 hingga RM1,000 sebulan,’’ katanya. Beliau berkata demikian dalam satu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010 yang dikeluarkan di sini, baru-baru ini. Bagaimanapun, Abu Bakar

menterian akan sentiasa memantau setiap masa pergerakan dan aktiviti pelajar. Tiada maaf bagi mereka yang menjadi ahli kumpulan pengganas ini. “Tindakan menyingkir dan menarik balik sertamerta biasiswa atau pinjaman akan dilakukan setelah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan mereka terbabit,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Forum Wacana di Sekolah Agama Rakyat Felda Lakum, Lanchang, Pahang baru-baru ini. Katanya, kerajaan tidak akan membiarkan kegiatan bahaya kumpulan militan seperti JI atau mana-mana kumpulan yang sewaktu dengannya menular di pusat pengajian tinggi. Selanjutnya, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, terdapat lebih 50,000 pelajar negara ini menuntut di luar negara dan daripada jumlah itu 6,000 daripadanya belajar di

GRED

Tindakan menyingkir dan menarik balik serta-merta biasiswa atau pinjaman akan dilakukan setelah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan mereka terbabit. -- Saifuddin Abdullah Asia Barat. Katanya, sehingga kini belum ada lagi pelajar tajaan kerajaan dilaporkan terbabit kegiatan militan tetapi terdapat segelintir pelajar persendirian pernah terbabit dengan kumpulan itu di luar negara beberapa tahun dahulu. Menurutnya, kementerian itu mengadakan latihan dan kursus kepada pelajar sebelum dihantar ke luar ne-

gara bertujuan memberi kefahaman supaya mematuhi undang-undang di negara mereka belajar. Dalam pada itu, kata Saifuddin, terdapat 14 pegawai khas kementerian ditempatkan di luar negara yang sentiasa membuat pemantauan dan laporan berkala kepada kerajaan tentang perkembangan semasa pelajar yang menuntut di sana.

Kadar sebulan (RM) Dengan Kelulusan Tanpa Kelulusan Kepakaran Klinikal Kepakaran Klinikal

VK7 ke atas

1,200.00

1,000.00

DU 53/54

1,000.00

800.00

DU 51/52

800.00

600.00

DU 45

600.00

400.00

berkata, mereka yang dikecualikan adalah pegawai yang bercuti tanpa gaji (termasuk cuti belajar tanpa gaji), cuti separuh gaji (termasuk cuti belajar separuh gaji) dan cuti belajar bergaji penuh melebihi 92 hari. “Ini termasuk pegawai yang tempoh cuti rehat melebihi 28 hari berturut-turut termasuk hari rehat mingguan dan hari kelepasan am dan cuti selain daripada cuti rehat yang melebihi 28

hari berturut-turut termasuk hari rehat mingguan dan hari kelepasan am. “Kombinasi mana-mana jenis cuti yang melebihi 28 hari berturut-turut termasuk hari rehat mingguan dan hari kelepasan am dan hari-hari tidak hadir bekerja atau menjalankan tugas rasmi selain daripada tugas hakiki atas arahan Ketua Jabatan yang melebihi 92 hari berturut-turut,’’ katanya.

Abu Bakar Abdullah


13 - 26 OGOS 2010

KAMPUS

Transisi

19

Guru cemerlang mampu lahir pelajar minda ‘kelas satu’ Oleh Siti Fatimah Abdullah Foto Zamarizul Salleh

I

LMU pengetahuan memainkan peranan penting dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju serta mampu bersaing di persada antarabangsa. Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, generasi terpelajar zaman ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi) mampu melahirkan pelajar yang diperkasakan dengan ilmu dan iman agar tidak lagi bergantung dengan pihak luar untuk memiliki kepakaran sendiri. “Kita perlu mencapai kecemerlangan dalam ilmu dengan berpaksi kepada budi pekerti yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. “Biar kurang pandai asalkan pelajar mempunyai akhlak mulia dan sebab itu tugas guru kena mendidik bukan hanya mengajar. “Tapi apa yang berlaku, ‘A’ dijadikan Key Performance Indicator (KPI) dalam menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah sehingga masing-masing bersaing untuk dapat ‘A’ yang akhirnya memberi tekanan kepada pelajar dalam usia yang muda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UUM dengan Persatuan Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Kelantan (PGSABK), di EDC-UUM Sintok, baru-baru ini. Turut hadir Yang Dipertua PGSABK, Wan Jusoh Wan Mat dan Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Ahmad Robert Abdul Rahim. Kira-kira 152 pelajar PGSABK hadir pada majlis berkenaan yang dianjurkan UUM College of Arts And Sciences (UUM CAS) itu. UUM menjadi pilihan PGSABK bagi program Diploma Pendidikan selama 22 bulan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kualiti guru sekolah agama di Kelantan. Beliau berkata, guru kelas pertama akan melahirkan pelajar minda kelas pertama yang bukan sahaja membentuk pelajar cemerlang tetapi dapat membentuk insan kamil yang berguna kepada diri, agama, bangsa dan negara. “Tugas ini perlu digalas oleh guru dan kalau kita mahu murid cemerlang guru kena cemerlang dahulu dari segi kualiti, kemahiran dan kebolehan,” katanya.

Mustafa dan Yang Dipertua PGSABK, Wan Jusoh Wan Mat menandatangani MoA sambil diperhatikan oleh Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Ahmad Robert Ab. Rahim (tengah). Justeru katanya, kaedah penyampaian perlu betul selain corak mengajar, pedagogi yang berkesan dan tidak terikat dengan silibus penting akan menjadikan guru lebih kreatif, inovatif dan tidak kaku sekali gus memudahkan penerimaan pelajar dan

lebih menyeronokkan. Beliau berharap, hubungan yang terjalin tidak terhenti setakat ini demi mengangkat martabat guru sekolah agama untuk menggilap bakat dan prestasi pelajarnya. Katanya, UUM bersedia me-

nawarkan program peringkat sarjana untuk mengikuti kelas di Kelantan, malah mereka yang cemerlang akan mendapat biasiswa selaras dengan hasrat ‘MyBrain 15’ yang mensasarkan seramai 18,000 pemegang PhD menjelang 2015.

Lelaki lebih minat bidang teknikal >> Dari Muka 17 Untuk jumlah keseluruhan turut menyaksikan pelajar wanita masih menguasai tempat di IPTA apabila 58.6 peratus (61,750 pelajar) daripada 105,377 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA sesi pengajian 2010/2011 adalah golongan hawa. Ramai mengaitkannya dengan sistem merit, namun ia jelas dilihat bukan punca utama kerana pengambilan pelajar bergantung pada kelayakan. Sama ada merit atau kuota, aspek kecemerlangan tetap menjadi faktor utama selain menepati kemasukan asas. Umum mengetahui, IPTA tidak menawarkan tempat calon gagal memenuhi syarat ditetapkan. Perlu diakui bahawa kekua-

tan minda kini adalah hak wanita dan sesiapapun tidak sepatutnya menyalahkan sistem yang diwujudkan kerajaan sebaliknya ada faktor tertentu yang menyebabkan senario itu terus berlaku. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Datuk Dr Mohamed Asin Dollah, berkata isu berkenaan perlu dilihat dalam konteks luas sebelum dikategorikan sebagai kritikal. Katanya, tumpuan masyarakat terhadap kebanjiran mahasiswa wanita setiap kali pelajar baru mendaftar di IPTA menjadikannya terus berlarutan serta bagaikan tiada kesudahan. “Penafsiran umum menyebabkan masyarakat terus melabelkan

IPTA dikuasai wanita manakala golongan lelaki terus terpinggir. “Adakah jumlah pelajarnya diambil kira? Sukar mengatakan mahasiswi mendominasi kerana ruang penafsiran terbatas berdasarkan satu senario sematamata,” katanya. Menurut Dr Mohamed Asin, beliau mengakui bahawa faktor merit atau kuota bukan segalagalanya kerana kelayakan seseorang pelajar menjadi keutamaan sebelum mereka menjejak kaki ke menara gading. Sebenarnya, kata beliau, kecenderungan minat lelaki menyambung pengajian program berbentuk teknikal di kolej bukan IPTA turut menyumbang apatah lagi faktor jangka masa pendek serta peluang pekerjaan yang ce-

rah serta memberi jaminan. “Tarikan dunia kerjaya kerana memikul tanggungjawab keluarga dan menstabilkan ekonomi diri juga menjadi punca. Kebanyakan bidang teknikal di kolej seperti komuniti masih dikuasai lelaki kerana kerjaya lebih cerah meskipun hanya sijil. Pendek kata mencari pengalaman kerja lebih diutamakan. “Sebagai anak lelaki, kematangan mempertimbangkan masalah atau masa depan keluarga dilihat menjadi keutamaan mereka daripada terus belajar di peringkat lebih tinggi. “Saya lihat, selepas mereka stabil dari segi kewangan, baru ambil keputusan sambung belajar melalui program tertentu seperti luar kampus selain tidak

MOHAMED ASIN DOLLAH perlu gusar mengenai kerjaya,” katanya. Sememangnya, situasi itu berlaku menunjukkan satu bukti kejayaan daripada usaha Kerajaan memperkasa kaum hawa di Malaysia yang boleh dibanggakan supaya dapat terus bersaing dengan lelaki dalam membangun dan memajukan negara.


20

KAMPUS

Bicara Menara Gading Oleh Rudysham Abd Raof rudy_sham72@yahoo.com

H

Transisi

Arah tutup operasi IPTS ‘kaki kelentong’

ARUSKAH Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berdiam diri atau melaksanakan hukuman agak ringan terhadap pemilik Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terang-terangan bertindak menipu anak bangsanya sendiri tidak kira dengan apa cara sekali pun? Persoalan ini sentiasa berlegar dalam benak fikiran semua pihak yang terbabit secara langsung dalam dunia akademik. Apa yang pastinya, nasib yang ditanggung pelajar muda negara ini bukan sahaja kehilangan semangat meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi, malah jiwa mereka akan terus memberontak untuk membenci diri sendiri seandainya perkara itu terus berleluasa tanpa tindakan berat daripada kerajaan ke atas pemilik IPTS terbabit. Bagi sesetengah pihak, sudah tentu pelajar yang harus dipersalahkan kerana tidak membuat kajian terlebih dahulu IPTS yang ingin mereka sertai. Bagaimanapun, adakah itu cara untuk menidakkan kekecewaan pelajar? Yang pastinya, mereka akan terus dihimpit kesengsaraan kerana harapan meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi berkecai kerana penipuan HEBAT...Tetapi di mana mereka selepas ini? tanpa ada sekatan ini. status pengiktirafan. Penipuan itu sudah hadap mereka ini yang dilihat tidak serik Berdasarkan maklumat Gabungan cukup membuatkan pelajar yang dahaga- dan terus menipu pelajar tempatan untuk Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), kan ilmu di peringkat pengajian tinggi terus mengaut keuntungan atas angin. sejak 2007 sehingga Mei lalu, sebanyak cair dengan janji manis pegawai yang diIa satu jenayah yang tidak wajar diam2,192 aduan diterima berhubung pelba- beri gaji untuk menjaja nama IPTS ber- pun. Badan berwajib perlu mendakwa pegai jenis penipuan IPTS. Kebanyakan kenaan. milik IPTS penipu secara terbuka dan paspenipuan berlaku adalah berkaitan status Pelbagai jenis amaran, rayuan dan tikan hukuman dikenakan lebih berat hatta pengiktirafan kursus yang diambil terma- nasihat sentiasa dihamburkan supaya menutup operasi agar menjadi teladan pesuk penipuan kononnya mendapat akredi- pelajar terus berhati-hati serta menyiasat milik IPTS lain supaya jangan mengamal tasi penuh daripada Agensi Kelayakan terlebih dahulu latar belakang sesebuah ‘taktik kotor’ menipu anak bangsa sendiri. Malaysia (MQA). IPTS yang ingin disertai, tetapi adakah Presiden Persatuan Pengguna Subang Jumlah itu hanya diperolehi daripada itu sudah memadai? Adakah pelajar perlu dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob FOMCA menerusi Pusat Khidmat Aduan menjadi penyiasat sebelum melanjutkan George menyatakan pihaknya menerima Pengguna Nasional (NCCC). Dipercayai pelajaran? purata lapan aduan sebulan berhubung lebih ramai lagi pelajar tertipu tetapi kebeSecara peribadi, pegawai KPT khu- penipuan IPTS. Ini meliputi kes program ratan untuk tampil membuat aduan. Anta- susnya Bahagian Swasta perlu lebih pengajian tidak diiktiraf, pembiayaan ra aduan mereka ialah mengenai iklan proaktif menjalankan siasatan terhadap yuran pengajian mahal, penipuan tenaga mengelirukan mengenai program ditawar- IPTS yang ‘tumbuh bagai cendawan’ di pengajar serta kekurangan fasiliti. Aduan kan IPTS sehinggalah mereka baru sedar musim hujan. Adakah mereka mendapat paling banyak diterima berkaitan pengikditipu selepas berakhirnya pengajian. pengiktirafan daripada badan berwajib tirafan sijil, iaitu tiada akreditasi daripada Modus operandi jahat IPTS ini agak untuk menjalankan kursus pengajian? Tin- Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). mudah iaitu hanya menipu berhubung dakan lebih berat seharusnya diambil terDr Jacob turut mencadangkan KPT

Tip

Siri 2

M

13 - 26 OGOS 2010

lebih proaktif mengatasi masalah IPTS yang menawarkan kursus-kursus tanpa akreditasi serta ‘tawaran program palsu’. Tindakan ini akan memberi teladan kepada semua pihak untuk lebih berwaspada menjalankan perniagaan serta menjadi panduan kepada orang awam memilih IPTS yang terbaik buat anak mereka. Umumnya, apa yang sering berlaku adalah IPTS ‘menjaja’ kononnya memiliki akreditasi sedangkan mereka hanya menerima akreditasi provisional atau sementara yang diberi MQA selepas penilaian awal. Cara utama mereka ialah mempromosikannya menerusi ruang iklan yang disediakan di dada akhbar tempatan. Kebetulan pula, kebanyakan pelajar akan mempercayai setiap apa yang diiklankan di akhbar utama negara ini. Ada juga IPTS mengabui mata pelajar dengan mempromosi pengiktirafan MQA walaupun ia untuk kursus tertentu bukan keseluruhan yang ditawarkan. Semua yang diiklankan perlu membangkitkan semangat pelajar, pada hal semuanya palsu. Jadi, adakah kita perlu membiarkan pelajar bersendirian menyiasat terlebih dahulu latar belakang IPTS seperti itu? Atau pihak media turut sama memantaunya sebelum menyiarkan iklan institusi palsu berkenaan. Sesungguhnya biar semua pihak memainkan peranan dalam menghapuskan pemilik IPTS ‘kaki kelentong’ kerana ia mampu meletakkan akademik negara di tahap terendah di rantau ini. Pegawai tinggi kerajaan dan pemain media semuanya tergolong sebagai profesional. Jadi bantulah pelajar yang tidak cukup matang untuk mencorakkan masa depan mereka. Janganlah mereka terus menjadi mangsa ‘godaan promosi palsu’ pemilik IPTS penipu.

Amalan berjimat pelajar

ENJADI seorang pelajar kampus bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh mengganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran. Sebenarnya, pengurusan kewangan yang baik boleh dimulakan dengan mempraktikkan teknik mudah menyimpan wang. Setelah selesai membaca artikel ini, anda boleh mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan selaku seorang pelajar. 4. Buat perbandingan harga semasa membeli-belah Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran

yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar kita lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang. Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli, malah sentiasa berusaha mendapatkan nilai terbaik untuk wang anda. 5. Potong kad kredit Kajian Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati 50 peratus rakyat Malaysia diisytihar muflis berusia 30 tahun ke bawah. Statistik ini antara lain menggambarkan pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50 peratus daripada rakyat Malaysia diisytiharkan bankrap. Tidak kira jika anda memilki kad kredit sendiri

atau diberi kad kredit oleh ibu bapa, tanyalah diri sendiri: Ingat! Jadilah pengguna kad kredit bertanggungjawab kerana anda (atau ibubapa anda) perlu membayar hutangnya nanti. 6. Kurangkan bil elektrik Sedar atau tidak, tidak ramai yang mengambil berat isu penggunaan elektrik. Memasang lampu walaupun tiada orang di rumah adalah suatu perkara lazim yang dipandang remeh walaupun ia satu pembaziran. Sebenarnya,apabila anda menjimat elektrik, anda juga menjimatkan wang. Antara perkara boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas pada tahap sederhana, menggunakan lampu jenis jimat tenaga, serta mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer.


13 - 26 OGOS 2010

KAMPUS

Transisi

Negara perlu graduan peribadi mulia

T

UANKU Nur Zahirah mahukan universiti lebih berperanan untuk bertindak sebagai institusi berprestij ke arah menjadi penentu masa depan masyarakat dan negara. Raja Permaisuri Agong bertitah jatuh dan bangunnya sistem masyarakat dan industri keseluruhannya bergantung pada siswazah yang diharapkan dapat membim-bing dan memimpin keluarga, masyarakat, industri dan ge-nerasi akan datang. “Negara perlukan siswazah bercirikan holistik dan seimbang dengan menggunakan keupayaan, potensi dan bakat diri untuk membawa kecemerlangan kepada negara,” titah baginda. Tuanku Nur Zahirah bertitah demikian pada majlis konvokesyen kelapan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Terengganu, baru-baru ini. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat ke majlis itu. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Ahmad

Said serta Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman. Baginda yang juga Canselor UMT bertitah, siswazah perlu mempunyai kemahiran tinggi untuk menyelesaikan masalah diri dan organisasi, berperwatakan dan berperibadi mulia, mengutamakan daya intelek, bersikap ilmiah dan berupaya menghadapi apa juga situasi dan rintangan. Baginda bertitah harapan negara kepada mahasiswa amat tinggi kerana mereka adalah pelapis juga tanggungjawab untuk mengurus pembangunan negara yang bakal diserahkan suatu hari nanti. “Dalam konteks ini, diharapkan transformasi pendidikan yang berasaskan falsafah pendidikan negara seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, dapat melahirkan siswazah yang memiliki kecemerlangan pemikiran sesuai dengan tuntutan masa kini,” titah baginda. Baginda bertitah, dalam era globalisasi yang makin mencabar

dan iklim ekonomi dunia yang semakin kompetitif, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah keupayaan negara untuk terus bersaing dengan negara maju yang lain. “Justeru, dalam usaha memperkukuhkan nilai ekonomi dan sistem pendidikan, usaha melahirkan lebih ramai modal insan yang kreatif dan inovatif perlu diteruskan dan universiti adalah wahana untuk memenuhi tuntutan berkenaan. “Untuk itu setiap universiti perlu menjana lebih ramai modal insan berkualiti dan berinovasi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara. “Beta juga berharap kualiti pendidikan yang ditawarkan dan kursus-kursus pengajian perlu menepati kehendak dan keperluan industri serta pasaran pekerjaan,” titah baginda. Tuanku Nur Zahirah selanjutnya mahu UMT sensitif kepada perkembangan semasa beriku-

21

Tuanku Nur Zahirah menyampaikan ijazah kepada pelajar. tan perubahan landskap ekonomi negara dan dunia dengan kursus yang ditawarkan relevan dengan keperluan semasa. Titah baginda, warga kerja UMT perlu menghayati budaya kerja universiti di negara maju yang menjadikan visi serta misi universiti sebagai asas untuk

menghasilkan perkhidmatan bermutu tinggi. Seramai 1,577 graduan daripada tujuh penerima ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana Sains (54), Sarjana Pengurusan (13) dan Sarjana Muda (1,421) menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen itu.

Samsudin Pro Canselor UMT, Dr Sulaiman Profesor Emeritius

B

EKAS Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Samsudin Osman dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pengisytiharan pelantikan itu disempurnakan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah merangkap Canselor UMT di kampus universiti itu, baru-baru ini. Samsudin, 63, menjadi KSN dari 2001 hingga 2006 dan sebelum itu menjawat beberapa jawatan penting dalam Kerajaan. Ini termasuk sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya, Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sehingga sekarang dan pernah menjadi Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dalam perkembangan lain,

bekas Naib Canselor UMT, Prof. Dr Sulaiman Md Yassin dianugerahkan Profesor Emeritus pada majlis konvokesyen itu. Dr Sulaiman dalam ucapannya berkata, beliau terharu dengan anugerah yang itu malah merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada UMT atas kepercayaan menerajui universiti itu sebelum ini. Ia adalah kemuncak dalam kerjayanya ketika sumbangannya yang panjang dalam dunia pengajian tinggi tanah air diberi pengiktirafan prestij itu. Dalam istiadat konvokesyen di universiti yang pernah diterajuinya, beliau dianugerahkan Profesor Emeritius dalam bidang komunikasi dan pembangunan masyarakat. Penganugerahan itu disempurnakan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah yang juga Canselor UMT pada majlis Konvokesyen Kelapan itu. Beliau memperoleh Ijazah

Sarjana Muda Sains Pertanian dari Universiti Malaya (UM) pada 1972 sebelum melanjutkan pengajian ke Cornell University di Amerika Syarikat pada peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang komunikasi dan pendidikan lanjutan. Pada 1985, Dr Sulaiman kembali semula ke Cornell University sebagai Malaysian Fulbright Scholar. Pada 1987 beliau dilantik sebagai profesor dalam bidang komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau pakar dalam bidang pembangunan masyarakat dan komunikasi dan telah menghasilkan 11 buku akademik, 11 monograf dan modul serta berpuluh artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Sebagai penyelia ijazah tinggi, beliau berjaya melahirkan lapan orang doktor falsafah dan berpuluh orang sarjana melalui penyelidikan dan kerja kursus. Setakat ini, beliau telah me-

mimpin 17 buah penyelidikan utama dan anggota kepada berpuluh ahli pasukan penyelidikan kecil menerusi tajaan tempatan seperti IRPA, Kementerian Pelajaran, UPM, Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta geran penyelidikan antarabangsa. Beliau dilantik sebagai penasihat dan Ahli Lembaga Penasihat Felda, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Perkhidmatan Lanjutan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia ( PORIM ) dan Ahli Pusat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Beliau memegang pelbagai jawatan di universiti antaranya, Pengarah Pusat Kecemerlangan, Dekan, Timbalan Naib Canselor dan Naib Canselor. Pada 2004, beliau dilantik Rektor Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) dan menjadi Naib Canselor UMT pada 2007.

SAMSUDIN OSMAN

SULAIMAN MD. YASSIN


22

KAMPUS

Transisi

13 - 26 OGOS 2010

KAJIAN ILMIAH

UKM cipta sejarah

baru dunia permotoran Oleh Muhammad Amsyari Ismail dan Gan Yong Li Foto: Nooratikah Ab Rahim

Sebahagian pelajar, pensyarah, penyelidik dan kakitangan teknikal bersama kenderaan ciptaan mereka.

D

Dr Taib Iskandar Mohamad memberi penerangan tentang penciptaan kereta UKM-LPG.

ALAM rancangan hiburan terkemuka dunia, kita pernah melihat program Ripley’s Believe It or Not dan ada ketikanya kita terpegun dengan aksi dan ciptaan yang dipertontonkan. Namun, di bumi bertuah Malaysia juga tidak kurang hebat apabila ada pencipta muda tempatan mereka cipta sebuah kenderaan yang mampu mengharungi perjalanan sejauh 479.5 kilometer (km) dengan hanya menggunakan satu liter bahan api. Begitulah hakikatnya yang mampu mencetus fenomena baru dalam penciptaan moden negara, - hasil ‘keringat intelektual’ daripada sekumpulan pelajar, pensyarah, penyelidik dan kakitangan teknikal Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) serta Pusat Penyelidikan Automotif (CAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - dengan melakar sejarah baru menghasilkan MYNUCAR 2 (Malaysia Universiti Car No 2). MYNUCAR 2 yang dihasilkan tidak sampai dua bulan

adalah sebuah kenderaan enjin pembakaran dalaman dengan penekanan diberikan bukan saja kepada aspek penjimatan bahan bakar, malah mempunyai ciri-ciri aerodinamik sesuai buat semua peringkat. Lebih menarik, MYNUCAR 2 hanya menggunakan bahan api alternatif iaitu gas petroleum cecair (LPG). Dengan berbekalkan geran penyelidikan sebanyak RM25,000 – hasil ciptaan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai UKM-LPG – jelas berjaya mengharumkan nama universiti berkenaan apabila diumum pemenang bagi kategori Fuel Gasolin Alternative dengan menewaskan 81 pasukan daripada 10 negara Asia dalam pertandingan Shell Eco-Marathon Asia 2010, baru-baru ini. Penasihat pasukan, Dr Taib Iskandar Mohamad, berkata MYNUCAR 2 menggunakan bahan api LPG dengan hanya dijanakan enjin motosikal berkuasa 100 cc. “LPG adalah bahan api hidrokarbon campuran gas propana dan butane serta mempunyai


N H

13 - 26 OGOS 2010

nilai kalori bersih (NCV) sebanyak 46,000 kilojoule (kj)/kilogram (kg), lebih tinggi berbanding diesel dengan NCV 42,600 kj/kg. “Bahan api ini melepaskan kandungan karbon amat rendah apabila dibakar. Pendek kata, penggunaan MYNUCAR 2 mampu mengatasi masalah pencemaran udara yang semakin kritikal. Kenderaan ini juga boleh bantu memelihara prestasi enjin dengan mengurangkan hakisan dalaman,” katanya yang juga Pensyarah Kanan FKAB. LPG paling kerap digunakan di negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat, Eropah dan negara Asia seperti Thailand. Di Malaysia, ia masih belum mendapat sambutan daripada pengguna kerana kuantiti petrol dan diesel masih banyak serta tidak membebankan pengguna. Justeru, Dr Taib Iskandar meminta kerajaan memberi sokongan mapan terhadap penyelidikan itu kerana ia dilihat mampu menjana pendapatan yang lebih

KAMPUS

Transisi

baik terhadap pengguna di negara ini. “Ia adalah satu penghasilan terbaik kami dan lebih penting mampu menjaga pendapatan serta ekonomi pengguna pada masa depan,” katanya. Sementara itu, Pegawai Penyelidik MYNUCAR 2, Azhari Shamsudeen, berkata MYNUCAR 2 dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu reka bentuk, pembuatan dan pemeriksaan.untuk menghasilkan kereta yang kompetitif bersesuaian dengan keadaan sekitar. “Rekabentuk MYNUCAR 2 mengalami banyak perubahan sejak hari pertama ia dibina. Ia memerlukan satu kerja berterusan yang berubah mengikut keperluan dan kehendak. Di sini, proses pembuatan dipecahkan lagi kepada dua iaitu pembuatan casis dan badan kereta. “Bahan digunakan untuk membentuk casis dengan menggunakan keluli lembut yang dilihat mampu memberi sokongan kuat kepada struktur serta boleh

melindungi pemandu daripada sebarang kemalangan. “Untuk membina struktur badan MYNUCAR 2 ini, ia dimulakan dengan pembentukan acuan badan daripada busa (foam) yang dibalut dengan plastik pelapik. Kepingan gentian kaca disusun dengan rapi pada permukaan plastik dan disapu resin sebelum dibiarkan kering di bawah matahari untuk mengukuhkannya. “Pengalaman membina kereta ini cukup bermakna buat kami semua kerana dari awal hingga akhir ciptaan ini kami mengharungi pelbagai onak dan duri. Ini sudah semestinya tidak dapat dipelajari menerusi teori. Kami terpaksa mencuba berulang kali hingga terpaksa tidur di bengkel. “Cabaran paling mencabar adalah menukarkan bahan api petrol kepada LPG dengan menukarkan beberapa peralatan supaya jentera ini boleh bergerak. Dan inilah hasilnya, kami berjaya membina sebuah kenderaan ‘juara’ buat negara,” katanya.

BANGGA... Ciptaan UKM menjadi juara dalam kategori Gas Gasolin Alternative.

23 Urusetia membuat kiraan berat MYNUCAR 2 sebelum pertandingan bermula.

Pelajar bertungkus lumus memasang enjin di rangka MYNUCAR 2.


24

KAMPUS

13 - 26 OGOS 2010

Transisi

Makmal UMP bertaraf dunia

P

ERKHIDMATAN Makmal Kejuruteraan Awam (CELS) di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA) Universiti Malaysia Pahang (UMP) mendapat pengiktirafan dunia kerana mengamalkan sistem pengurusan makmal berkualiti. Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, pengiktirafan persijilan ISO/EIC 17025:2005 membuktikan makmal UMP diurus secara sistematik dan mengikut ketetapan piawaian antarabangsa. ‘’Pengiktirafan itu akan membantu kami menarik minat terutama pihak industri untuk menjalankan penyelidikan dan ujian terhadap produk keluaran syarikat mereka,” katanya. Beliau berkata demikian sele-

pas program Moh Makan Durian Bersama Media anjuran UMP yang berlangsung di Agro Resort Semuji, Gambang, Kuantan baru-baru ini. Sekitar 30 wartawan pelbagai media pengamal media hadir memeriahkan program berkenaan dengan hidangan pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan dan langsat. Daing Nasir berkata, selain dimanfaatkan oleh pihak industri sekitar Pantai Timur, makmal itu dapat digunakan secara meluas daripada segi pengajaran dan pembelajaran oleh warga kempus UMP. Beliau berkata, pengiktirafan yang berkuat kuasa selama tiga tahun bermula 6 Julai lalu, menjadikan UMP sebuah universiti yang membudayakan pemba-

ngunan dan penyelidikan (R&D) dalam merealisasikan konsep ‘universiti-industri’ bagi mencapai objektif Pelan Perancangan Strategik UMP 2008-2010. ‘’Pengiktirafan antarabangsa ini adalah inisiatif UMP untuk memberi peluang kepada industri menjalankan pengujian sampel air permukaan dan air sisa bagi pengeluaran produk industri,” katanya. Beliau juga berpuas hati dan kegembiraan apabila UMP turut mendapat pengiktirafan daripada Niosh Certification Sdn Bhd dalam Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS 18001:2007) dan MS 1722: Bahagian 1:2005 di makmal Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) baru-baru ini.

Katanya, makmal berkenaan menerima pengiktirafan Sistem Pengurusan Alam Sekitar - ISO 14001:2004 iaitu gabungan sistem pengurusan itu membentuk Sistem Pengurusan Bersepadu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar. ‘’UMP memang menitikberatkan amalan keselamatan, kesihatan, alam sekitar dan dengan pengiktirafan ini membuktikan makmal universiti ini adalah yang terbaik di Pantai Timur,” katanya. Daing Nasir turut mengumumkan mengenai penerimaan pengiktirafan daripada Perbadanan Bioteknologi Malaysian kepada UMP dalam menjalankan penyelidikan di makmal universiti itu menerusi BioNexus Partners Programme (BNP) bagi membantu perusahaan kecil dan se-

DAING NASIR derhana (PKS). Mengulas program Moh Makan Durian, beliau berkata, ia bertujuan menghargai jasa dan peranan media dalam menyiarkan liputan mengenai UMP sejak penubuhannya lapan tahun lalu.

Kerjasama UUM, Kolej Komuniti Oleh Shamsuddin Oli Mohamed

D Mohamed Khaled (duduk tengah) di majlis usahasama Kolej Komuniti - UUM. Kelihatan Dr Mustafa (dua dari kanan).

Alumni ’97 juara boling UUM

PASUKAN Alumni ‘97 menjuarai Kejohanan Boling Antara Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung di Flamingo, Ampang Kuala Lumpur, baru-baru ini. Manakala Alumni ’06 meraih kedudukan naib johan dan tempat ketiga dimenangi Alumni ‘05. Bagi kategori individu lelaki, Mohamad Rizal Samsuri muncul juara dengan 326 jatuhan pin, manakala Tunku Intan Nasroh Tunku Mohamd dengan 281 jatuhan pin memenangi kategori wanita.

ALAM usaha Kerajaan melahirkan pelajar intelektual, Kolej Komuniti jelas tidak mahu ketinggalan untuk membantu negara apabila mengadakan kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi merealisasikan hasrat murni itu. Ia juga selaras dengan usaha Kerajaan memaksimumkan ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar ke tahap terbilang dan akan berusaha bagi memastikan kedudukan Kolej Komuniti negara ini lebih tinggi berbanding kolej pendidikan di negara ini. Justeru, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta UUM menjalankan pemindahan ilmu secara tersusun buat Kolej Komuniti supaya struktur pembelajaran dapat diterjemahkan dengan lebih berkesan kepada pelajar. “Kerjasama ini amat penting buat Kolej Komuniti dalam memperkasakan ilmu kepada pelajar masing-masing. Jadi, UUM sebagai universiti terulung dalam bidang pengurusan amatlah diharap dapat membantu kolej ini ke tahap lebih tinggi. “Pemindahan ilmu UUM kepada Kolej Komuniti dijangka memberi impak besar dalam memperluaskan budaya keusahawanan

pelajar. Dengan adanya kerjasama ini, saya percaya kolej ini mampu melahirkan graduan yang hebat pada masa depan,” katanya ketika berucap melancarkan Pelan Pengukuhan Keusahawanan Kolej Komuniti Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT di Gerik, baru-baru ini. Beliau berkata, gabungan kolaborasi antara universiti, pihak industri, pelajar dan kolej dalam setiap perancangan yang dijalankan pastinya mampu memberi manafaat kepada masyarakat setempat terutamanya graduan Kolej Komuniti. “Pembabitan ketiga-tiga pihak ini pastinya dapat mengukuhkan lagi kolej ini seterusnya memantapkan lagi enam teras dalam pelan yang bakal dirancangkan bersama,” katanya. Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak turut melahirkan penghargaan kepada Kolej Komuniti kerana memilih UUM sebagai rakan kongsi mereka. Beliau berkata, UUM memberi bantuan melalui Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI). “Kita tidak mahu pelajar atau usahawan hanya pandai menjual sahaja tetapi mereka perlu mengetahui pelbagai aspek pengurusan lain,” katanya.


13 - 26 OGOS 2010

KAMPUS

Transisi

UM elak jadi ‘jaguh kampung’

25

Aktiviti Kampus

Oleh Razali Yahaya

U

NIVERSITI Malaya (UM) terus mengorak langkah untuk muncul sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tersohor apabila menghantar 1,000 mahasiswa mengikuti pengajian jangka pendek di beberapa universiti di Asia tahun ini. Naib Canselor UM, Datuk Dr Ghauth Jasmon berkata, program pertukaran 1,000 pelajar setiap tahun itu, sebagai usaha memperbaiki ranking dunia. Sasaran kami adalah untuk menduduki tempat ke-100 pada 2015. Katanya, setakat Julai, 500 mahasiswa sudah dihantar mengikuti pengajian di beberapa universiti termasuk di Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan dan universiti-universiti terpilih di Asean. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, 600 pelajar asing sudah memulakan pengajian se-

lama satu hingga dua semester di UM. “Setakat ini kita memberi fokus kepada universiti di Asia kerana perbelanjaannya agak murah. Rantau ini juga menyaksikan perkembangan ekonomi yang rancak berserta pencapaian teknologi yang tinggi,” katanya. Beliau berkata demikian pada media selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Festival Konvokesyen UM (Feskum) 2010 di sini, baru-baru ini. Feskum 2010 itu dirasmikan Pro Canselor UM, Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan yang turut diiringi Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim. Beliau berkata, UM menduduki ranking 180 dunia dan 42 di Asia menerusi penarafan Times Higher Education tahun ini. Untuk itu, UM akan terus memperbaiki untuk sasaran ranking ke-100 universiti

terbaik dunia pada 2015. Dalam perkembangan lain, Ghauth juga menyentuh mengenai kurikulum kemahiran berkomunikasi dan membuat persembahan yang diwajibkan dalam kebanyakan kursus sebagai memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. “Kurikulum itu sudah dimulakan tahun lalu bagi melenyapkan anggapan majikan bahawa siswazah UM kurang berkeyakinan dan tidak mahir berkomunikasi,” katanya. Beliau berkata, di peringkat tempatan, UM masih mengekalkan kedudukannya sebagai universiti yang berada di tangga teratas. “UM tidak seharusnya berpuas hati menjadi ‘jaguh kampung. Visi kita adalah untuk menjadi institusi pengajian tinggi yang ternama di peringkat antarabangsa,’’ katanya.

GHAUTH JASMON

Setakat ini kita memberi fokus kepada universiti di Asia kerana perbelanjaannya murah. Rantau ini juga menyaksikan ekonomi yang rancak serta pencapaian teknologi tinggi.

PROGRAM : Bicara Ramadhan. TEMPAT : Dewan Senat UTM. TARIKH : 13 Ogos ANJURAN : UTM PROGRAM : Bicara Ramadhan. TEMPAT : Dewan Senat UTM. TARIKH : 20 Ogos ANJURAN : UTM PROGRAM : Bicara Ramadhan. TEMPAT : Dewan Senat UTM. TARIKH : 26 Ogos ANJURAN : UTM

‘Dilema Panggung’ filem komersil UiTM Oleh Gan Yong Li

P

ELAJAR Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor sekali lagi mencipta sejarah baru dalam dunia perfileman tanah air apabila berjaya menerbitkan sebuah filem cereka berjudul Dilema Panggung, baru-baru ini. Hasil usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) meletakkan nama FACT semakin dikenali apatah lagi filem cereka yang diterbitkan itu mampu berdiri sama tinggi dengan filem komersil yang ditayangkan di kaca televisyen tempatan. Filem berkenaan diarahkan dua pelajar tahun akhir Diploma FACT, Mohamad Attar Hatta Azam dan Ahmad Hafis Ab Rashid itu mendapat suntikan modal daripada Finas sebanyak RM25,000 dengan menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Datuk Aziz Sattar, Soffi Jekan dan Opie Zami bagi menarik perhatian penonton. Timbalan Dekan (Akademik) FACT, Dr Mahadi J Murat, berkata beliau amat berharap ada stesen televisyen berminat membeli

filem berkenaan supaya ia dapat ditayangkan kepada penonton luar. “Saya berbangga kerana pelajar dapat menggunakan kemahiran dipelajari di UiTM hingga berjaya menerbitkan sebuah filem yang setaraf dengan filem komersil lain. Walaupun peruntukan tidak tetapi kualitinya agak bagus dan hampir menyamai pembikin profesional. Pada majlis pratonton filem berkenaan baru-baru ini, FACT turut mengundang Seniman Negara, Tan Sri Dr Jins Shamsudin dan pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk menyaksikan pratonton karya seni dua pengarah muda berbakat itu bagi mendapatkan sokongan serta pandangan mereka mengenai Dilema Panggung. Pengarah Dilema Panggung, Ahmad Hafiz Ab Rashid, berkata percubaan pertama itu dilakukan pelajar kelas Seni Layar dan Penulisan Skrip hasil gabungan tenaga serta idea bersama. “Saya berharap dengan kewangan yang agak kurang, ia masih mampu diketengahkan

AZIZ SATAR

MAHADI J. MURAT

Sebahagian krew produksi menjalankan penggambaran filem Dilema Panggung

dan bersaing dengan filem lain. Jika ada sokongan dan peluang diberikan syarikat filem tempatan saya yakin ia mampu member impak baru dalam dunia perfileman tanah air,” katanya. Selain dihasilkan sepenuhnya oleh pelajar, Ahmad Hafiz berkata, Dilema Panggung turut diterbitkan dalam format definisi tinggi (HD) yang banyak digunakan dalam filem komersil. Sementara itu, Dr Jins ketika ditemui menyatakan rasa teruja kerana filem tersebut mampu dihasilkan dengan baik meskipun hanya bermodalkan RM25,000. “Saya akan terus beri galakan dan sokongan penuh kepada Dilema Panggung dan berharap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dapat turut bersama memberi dorongan kepada pelajar dalam menghasilkan sesuatu produk baru. “Secara peribadi, saya bersedia memberi tunjuk ajar kepada pelajar jika diundang bagi pengarahan sesebuah filem pada masa akan datang,” katanya.


26

KAMPUS

Transisi

13 - 26 OGOS 2010

SARIPATI MENARA GADING UPSI masuk tiga kampung

K N WUTTICHAI

HISHAM DZAKARIA

SHAHRULNIZA

i-COMTOUR aktif promosi UUM Oleh Rudysham Abd Raof Foto Noratikah Ab Rahim

M

ELENTUR buluh biarlah dari rebung. Itulah falsafah utama kumpulan i-COMTOUR Training & Consultancy, Pusat Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam usaha memastikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Pengerusi i-COMTOUR, Prof Madya Dr Hisham Dzakaria berkata, kumpulannya kini lebih aktif mempromosikan UUM di peringkat global sekali gus menjadikan universiti di utara Semenanjung Malaysia itu sebagai destinasi akademik terbaik di rantau ini. “Kita sudah menjalankan pelbagai aktiviti dengan membawa masuk beberapa tenaga pengajar serta pegawai kanan kerajaan luar negara untuk mengenali lebih dekat UUM sebagai pusat akademik terulung di rantau ini. Ia adalah usaha ke arah pengantarabangsaan UUM. “Aktiviti terbaru kami membawa masuk lebih 60 pelajar Sekolah Menengah Nawamintrachinuthit Triamudomsuksanomklao, Bangkok, Thailand supaya mereka dapat kenal lebih dekat universiti ini dan terus ‘jatuh cinta’ di UUM. “Rata-rata pelajar berusia 16 tahun dan peluang sebegini perlu diambil ‘ibarat melentur buluh dari rebung’ supaya mereka berminat dengan UUM sebaik saja mahu meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi,” kata Dr Hisham ketika ditemui Transisi baru-baru ini. Program lawatan yang dikenali sebagai Learn & Explore Malaysia Excursions (LASBELA) awal bulan ini bukan sahaja disertai pelajar, malah membabitkan 12 tenaga pengajar sekolah terbabit turut hadir untuk mendapat gambaran sebenar mengenai kekuatan UUM dan Malaysia amnya.

EAZAMAN 204 mahasiswa lima kolej kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak menyertai program Bakti Siswa Perdana 2010 di tiga kampung di Gerik, Perak, baru-baru ini. Program lima hari itu disertai mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid, Aminuddin Baki, Za’ba, Ungku Omar dan Unit Kediaman Luar Kampus bertemakan ‘Desa Diselusuri Ilmu Dibajai’ menyemai bakti Malau, Belum Baru dan Air Jada. Timbalan Pengarah Projek, Rosdi Muji berkata, tema dipilih relevan dengan lokasi perkampungan tradisional bagi membolehkan peserta menimba pelbagai pengalaman ketika bersama keluarga angkat dan penduduk kampung.

UIAM menang Festival Bunga

S

EMPENA Festival Bunga dan Taman Putrajaya atau Floria’10, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) meraih pingat emas untuk kategori Taman Universiti. Ini membolehkan UIAM membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, trofi dan sijil penghargaan. UIAM diwakili 12 pelajar tahun dua dan tiga Kulliyah Senibina dan Senireka Alam Sekitar (KAED). Mereka diketuai pensyarah Jabatan Senibina, Prof. Madya Dr Izawati Tukiman dan Mohd. Ramzi Mohd. Hussain. Lapan IPTA mengambil bahagian iaitu Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi Mara.

Skim insentif hafiz USIM

KHUSYUK... Pelajar Thailand mendengar taklimat. Selain diberi penerangan mengenai UUM dalam program lawatan sambil belajar itu, kumpulan i-COMTOUR turut membawa pelajar serta tenaga pengajar terbabit mengadakan lawatan khas di ibu negara untuk mendekatkan mereka mengenai budaya serta keadaan sebenar negara ini. Pengarah program, Shahrulniza Said berkata, i-COMTOUR bukan sahaja membawa masuk pelajar mengenali UUM lebih dekat, malah pihaknya juga bertanggungjawab mempromosikan Malaysia sebagai destinasi yang perlu dilawati dan boleh dijadikan pusat pendidikan utama kepada orang luar. “Usaha pengantarabangsaan ini bukan untuk UUM sahaja, malah ia membabitkan keseluruhan institusi pengajian tinggi di negara ini. Sebenarnya ia adalah usaha ‘serampang dua mata’ dari kami. Pertama, biar mereka kenal dulu Malaysia dan kedua belajar di negara ini, terutama di UUM. “Sebab itu, pelajar yang kita bawa ini dari peringkat sekolah menengah.

Ini kerana, mereka mudah dibentuk,” kata Shahrulniza yang juga guru Bahasa Inggeris di UUM. Sementara itu, guru Bahasa Inggeris sekolah terbabit, N Wuttichai, berkata peluang ini penting buat tenaga pengajar sekolah berkenaan menaikkan taraf pelajar mereka di tahap tertinggi dan sememangnya usaha itu amat baik dan perlu diteruskan dari semasa ke semasa. “Sememangnya, saya tidak pernah melawat Malaysia, tetapi kali pertama berkunjung di sini saya sudah jatuh cinta. Pelajar saya juga memberi respon yang baik dan ada antara mereka menyatakan minat untuk menyambung pelajaran di Malaysia. “Saya juga terpesona dengan UUM yang profesional dan saya yakin universiti ini akan menjadi tumpuan pelajar luar negara. Saya kira, rakyat Malaysia bertuah kerana mereka bukan sahaja berada di negara yang aman dan indah, malah memiliki IPTA hebat dalam pelbagai bidang,” katanya.

D

ALAM usaha memartabatkan golongan hafiz di kalangan warga akademik, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperkenalkan Skim Insentif Huffaz al-Quran USIM (i-Huffaz). Sebagai permulaan, siswazah Pengajian Quran dan Sunnah USIM, Mohd. Rasyidi Md. Rasyid, 26, dan mahasiswa tahun tiga jurusan Syariah dan Undang-Undang USIM, Razlan Ramli, 22, antara terpilih untuk menerima insentif itu. Masing-masing menerima insentif wang tunai RM 2,000 beserta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam satu majlis di kampus tersebut baru-baru ini.

600 ikuti seminar usahawan

6

00 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan mengikuti Program Seminar Gerak Usahawan Siswa 2010 di Dewan Profesional Kampus UiTM Machang baru-baru ini. Seminar sehari anjuran Institut Pembangunan Pengurusan JOhor (IPPJ) Sdn. Bhd. dengan kerjasama UiTM Kelantan bertujuan memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar.. Pengarah program, Mohd. Alim Asturi berkata, programitu dibahagikan kepada tiga iaitu sesi seminar, latihan simulasi serta pameran produk keluaran syarikat tempatan yang telah lama berada di pasaran.


13 - 26 OGOS 2010

27

KAMPUS

Transisi

UJI MINDA

S u d o

6 9

7

1 3

7

k u

3 6

6 8 4

Anda

3 1 1

8 2

1 4 8

2

06/10 Teka Silang Kata

8 7

2

3

MELINTANG

4

1. 5. 6. 7. 8.

5 5

1 6 3

7

Permusuhan Ikan Menyeluruh Huruf keenam abjad Arab Ion bercas negatif

KE BAWAH

2 1

6

1. Burung 2. Pemilihan 3. Halus 4. Kaedah menarah

7 8

peka?

Cita-cita pelajar

Cari 7 perkara yang sama tapi tak serupa Cikgu Nasyor sedang mengendali kelas kokurikulum di padang sekolah. Seperti biasa, dia akan menyuruh pelajar-pelajarnya melakukan regangan otot. Ketika semua pelajar perlu berbaring sambil mengangkat dan menggerakkan kaki seperti sedang mengayuh basikal, Cikgy Nasyor terperasan pelajarnya, Mamat tiba-tiba menghentikan kayuhan kakinya. Dia terus menyergah Mamat. Cikgu Nasyor: Mamattttt, apa sebab kau berhenti ha?! Mamat: Basikal saya tengah turun bukit, cikgu. Sebab itu saya berhenti, takkan nak kayuh juga!

A

Jawapan

Anda Peka

Bilangan 05

Sudoku

B

9 4 6 2 7 8 1 3 5

1 3 7 9 5 6 8 2 4

5 8 2 3 1 4 6 9 7

3 9 5 8 6 2 4 7 1

7 6 1 5 4 9 2 8 3

4 2 8 7 3 1 9 5 6

1 6 5 9 4 8 3 7 1 2

4

2

8 1 3 6 2 7 5 4 9

2 7 4 1 9 5 3 6 8

3

Melintang 1. Kumbang 5. Langsai 7. Ulser 9. Mayang

5

6 7

Ke bawah 2. Manusia 3. Ais 4. Gaing 6. Ac 8. Ria


28

KAMPUS

Transisi

13 - 26 OGOS 2010

Oleh Nilamsari

CINTA KAMPUS

Jika anda ada kisah cinta kampus atau puisi yang mahu dikongsi bersama, hantar nukilan anda ke transisi.mail@ gmail.com atau www.facebook.com /Transisi

A

KU masih ingat tentang pagi yang membawa seribu satu cerita. Segalanya kelam kabut disebabkan alarm telefon bimbitku tidak berfungsi. Rasa mahu menjerit apabila aku terlewat hampir dua jam ke kelas. Mana mungkin aku beritahu dosen yang aku terlambat garagara ‘alarm’ tidak berbunyi. Nasib baik baju sudah diseterika, beg sudah dikemas. Aku memang orang yang berdisiplin. Tapi hari ini, memang keadaan menguji aku. Mengapa hari ini begini? Aku hampir-hampir menangis! Berpusu-pusu aku bersama pelajar lain menyesakkan lagi perut bas yang sederhana besar itu. Sikit lagi memang boleh jadi tin sardin kemek! 15 minit perjalanan masuk ke dalam kampus hanya diiringi rasa bersalah yang semakin menebal. Turun saja dari bas, aku terus meluru melintasi jalan ke arah dewan kuliah di seberang hentian bas tanpa memikirkan apa bakal terjadi. Namun, pekikan kuat hon sebuah kereta menghentikan langkah aku. Tersergam Honda CRV berplatkan abjad W. Oh, kereta Wilayah, getus aku. Kelihatan deretan kereta di belakang kenderaan itu dan aku hanya terpaku tanpa sebarang perasaan serta tujuan. Honda CRV sudah diparkir di bahu jalan dan aku pula di dalam kereta tersebut. Di sisi ada seorang lelaki berkemeja putih, berkumis rapi. Cemas tergambar di wajah pemuda itu. Pemuda atau remaja? Entah aku tak tahu. Yang nyata dia risau. Aku juga risau. Bila aku disini dan siapa dia? “Awak okay?” kata dia. Geleng pun tidak. Iya pun tidak. Aku hanya mampu memandangnya tanpa kerlip mata. Dia tahu tiada jawapan dan Honda CRV itu dipandunya laju. Kini, aku di hadapan pintu bilik rawatan kecemasan pusat kesihatan! Kata doktor, aku tiada apaapa masalah pun. Cuma terkejut. Tiada patah kata daripada aku untuk si doktor. Hanya anggukan dan gelengan bagi setiap soalan. Tapi, dia tetap setia menemani.

Gila, aku yang tidak dikenali ditunggu! Mungkin dia risau lagi. Rasa bersalahkah? Apa yang aku tahu? Tiada apa pun dalam fikiran aku ketika itu. Pelik! Aku terus pulang sejurus selesai mengambil ubat. Tiada kata atau pandangan apa-apa kepada dia. Sikap seperti orang tiada ada perasaan. Sampai di bilik aku tidur. Kepala pusing memikirkan apa yang berlaku beberapa jam tadi. Apa yang aku lakukan? Akhirnya aku terlelap dengan fikiran masih tidak berhenti berfikir. Gila! Seminggu berlalu. Puas aku cari lelaki berkemeja putih tersebut. Berkumis rapi. Berkereta Honda CRV berplatkan abjad W. Dek kerana tak mahu dileteri Habibah, aku teruskan usaha mencari dia yang satu dalam sepuluh ribu manusia di kampus itu. “Kau gila! Orang dah tolong kau separuh waras di tengah jalan. Kau boleh ignore macam tu saja? Tak ada adab sangatkah nak ucap terima kasih? Paling kurang pun senyum sajalah. Itupun sudah cukupkan?” leteran Habibah masih panas di telingaku hingga kini. Nasib baik Nurul tak tambah cerita. Parah, aku lambat lagi hadir ‘group discussion’. Entah apa badi pun tak tahulah. Hampir setiap kelas pagi aku lambat. Ini termasuk sesi group discussion sebelah pagi. Bas lambat atau aku lambat? Tapi, itu bukan alasan kukuh untuk menghadap Habibah dan Nurul. Nada pop Sixpence None the Richer membingit di dalam beg sandang. Pasti pesanan ringkas Habibah. Pusing lagi kepalaku. Untuk sekian kali aku bergegas. Kalau ada pertandingan maraton, pasti aku layak jadi juara kampus! Aku abaikan nada lagu itu dan biar saja ia mengiringi langkah laju kakiku ini. Tidaklah sunyi sangat melayan tekanan. Dari jauh, aku lihat berpusupusu manusia di perkarangan perpustakaan. Lagi laju aku mengayuh kaki. Andai dapat terbang pasti aku jadi hebat. Lamunan tekanan dan gegasan langkah terhenti. Di hadapan aku, tersergam Honda CRV berplatkan abjad W. Ya, kereta sama. Dia. Aku kena ucap terima kasih. Kena ucap kata maaf. “Awak lagi?” tanya dia. Dia menjenguk keluar dari tingkap kereta. Berkumis rapi. Kali ini berkemeja biru cair. “Saya minta maaf. Saya juga

nak ucap terima kasih,” kataku sebelum pantas bergegas pergi. Tiada pandangan lain lagi. Apa yang pasti, aku sudah cakap yang perlu aku cakap. Habibah tidak boleh marah aku lagi. Nurul kena sokong aku kali ini. Aku mendaki tangga perpustakaan. Tangga tinggi buat aku lelah. Dari hujung konkos aku nampak Habibah bagi isyarat aku lambat. Nurul bagi isyarat Amar sudah marah. Mati! Habis group discussion aku balik bersama Nurul dan Habibah. Aku diam dalam Myvi biru. Malas mahu buka cerita, tapi Habibah perlu tahu. Kalau tidak, memang tidak habis leterankan? “Sudah jumpa dia. Sudah cakap sorry dan thanks,” kata aku. “Bila kau jumpa? Apa respon dia?” tanya Nurul yang sedang fokus memandu. Habibah menjengah kepala ke bahagian hadapan pemandu. Aku yang duduk di sebelah Nurul mahu saja membisu. Dua manusia ini kalau masuk bab mengorek rahsia atau cerita, mesti mahu sampai ke akar umbi. “Tadi, aku hampir kena langgar dengan dia lagi,” kataku. “Gila punya perempuan. Tak ada cara lainkah kau nak bertembung dengan dia? Habis tu, dia kata apa?” soal Habibah. “Sudah itu saja cara. I just said thanks and sorry. That’s all. Lepas tu, aku terus ‘blah’. Kalau aku lama-lama dengan dia, nanti Amar bertukar jadi dinasour pula,” kata aku, ketawa kecil. Aku ingat lagi kata Habibah, kalau dua kali aku sudah kena langgar dengan lelaki sama, mana mungkin dinafikan kali ketiga kerana bukan saja aku dilanggar, tapi hati dan perasaan aku juga. Ceh, melebih-lebih nampaknya budak Habibah ni. Sebulan berlalu, lelaki berkumis rapi, berkereta Honda CRV berplatkan abjad W masih di fikiran. Walaupun hari berlalu pantas, tetapi bagusnya, aku tidak lagi terburu-buru ke kelas seperti minggu-minggu terdahulu. Tapi pagi ini, aku ada taklimat projek ilmiah. Aku berlari. Lagi dua minit taklimat bermula. Aku lihat ramai pelajar meluru memasuki pintu sama. Tanpa sedar, aku jadi mangsa tolakan manusia di hadapan. Kurang sopan! Aku yang hilang keseimbangan badan hampir tumbang

dan hanya menunggu saat terjatuh bagai nangka busuk di lantai simen. ““Awak okay?” kata lelaki yang kebetulan berada di tempat kejadian ketika aku sedang longlai tidak bermaya. Aku kenal sangat raut wajah itu. Sangat kenal. Kupandang wajahnya. Ada senyuman terukir. Ini kali ketiga aku tahu apa yang akan dikatakan dia. “Saya okay. Terima kasih dan maaf,” kataku sambil membetulkan baju kurung pesakku. Seperti biasa, aku ingin melarikan diri sekali lagi lagi. Aku dapat menyaksikan dia perlahan-lahan mengorak langkah ke arahku. “Saya harap awak tak lari lagi. Saya bukan monster atau dinasour. Penat saya cari awak dan tolong jangan lari lagi. Kalau tidak, saya juga susah sebab asyik kena tunggu masa langgar awak baru boleh jumpa. Bukan setakat susah risau, tapi susah hati saya,” katanya lagi sambil menguntum senyuman ikhlas. “Lepas taklimat, saya tunggu awak di ‘coffee house’. Ingat, hati-hati,” katanya sebelum melepaskan tanganku dan berlalu memasuki dewan kuliah. Ramai mata memandang dan aku pilih tempat di bahagian tengah dewan kuliah. Kemudian aku perasan sepasang mata menangkap pemerha-

tianku. Lelaki itu. Berkumis rapi. Berkemeja kuning cair kemas. Ya, dia di hadapan, di bahagian meja dosen bersama dosenku lain. Aku kaget. Dia senyum. Kepalaku pusing. Cerita apa ini, Habibah!!

Wahai bidadari pujaan hati wajahmu cantik putih berseri bagai berlian yang sukar untuk dimiliki keperibadianmu sungguh suci dan murni Wahai bidadari pujaan hati telah lama mataku memerhati niat hati ingin memiliki tapi hati tak mampu memberanikan diri Namun kini dirimu tiada lagi di sisi tidak mampu lagi untuk ku memerhati tidak mampu lagi untuk ku miliki hanya wajahmu kekal di hati

shah_et UUM


13 - 26 OGOS 2010

masih ada. Saya harap muzik seperti ini akan lebih dihargai dan masyarakat akan bersama mendengar muzik yang dibawakan kami,” katanya.

Tiru lenggok Saloma Sementara itu, ibu Mira, Nooraidah Khalil, 52, menyatakan anaknya itu sudah pandai me-nyanyi sejak berusia lima tahun dengan menjadikan Biduanita Negara, Saloma sebagai idolanya. “Dia suka ikut lenggok suara Saloma. Pada masa sama, dia juga gemar menyanyi lagu Inggeris walaupun tidak tahu apa disebutkannya,” katanya, ketawa. “Mira sudah ada band sendiri sejak di tingkatan empat. Saya biarkan saja sebab kadang-kadang muzik membantu kita release tension,” katanya lagi.

x

presi

Transisi

Menurutnya, dia dan suami, Asraf Dahari tidak pernah mendorong Mira menceburkan diri dalam bidang seni suara. Sebaliknya, mereka memberikan anak ke-dua daripada tiga beradik itu kebebasan dalam melakukan apa disukainya dengan menetapkan syarat-syarat tertentu. “Saya beritahunya, kalau Mira nak menyanyi boleh. But you must be what I want. Belajar mesti rajin dan gred CGPA mesti 3 ke atas. Maksudnya, kita beri kebebasan kepada anak dan pada masa sama kita letakkan syarat,” katanya. Selain itu, Nooraidah menegaskan dia juga akan sentiasa memastikan setiap aktiviti dilakukan Mira tidak terlepas daripada pengetahuan keluarga. Nooraidah ketika menceritakan perwatakan Mira dan dua lagi adik beradiknya menyifatkan penyanyi muda itu sebagai

MENARIK... Mira dan keluarga membelek Transisi.

anak yang manja. “Mira suka minta pendapat atau merujuk sesuatu hal kepada saya. Contohnya di segi penampilan dan pemilihan baju. Mungkin sebab dia seorang yang manja,” katanya. Sebaliknya, kakak Mira, Noor Aina Asraf, 23, berpendapat adiknya itu seorang yang garang, tetapi agak pendiam. “Sejak kecil dulu dia selalu nak menang kalau kami bertengkar. Dia juga selalu buli adik bongsu kami,” katanya sambil ketawa. “Tetapi, sebenarnya Mira agak pendiam berbanding adik beradik lain. Kalau tengah marah, dia akan diam saja. Dia jenis penyabar orangnya,” katanya lagi. Namun, menurutnya, itu semua adalah asam garam sepanjang membesar bersama dan hakikanya hubungan mereka kini amat rapat. “Mira paling rapat dengan Aiman (adik bongsu),” katanya. Apabila ditanya mengenai kelebihan dimiliki Mira selain menyanyi, Noor Aina menjelaskan adik perempuannya itu juga berbakat dalam penulisan seperti cerpen dan puisi. “Dia pernah tulis novel pendek dalam bahasa Inggeris,termasuk puisi. Masa kecil dulu dia pandai melukis, tetapi apabila masuk tingkatan dua minatnya lebih kepada nyanyian.

29

WAJAH BARU... Mira menghiasi persada seni tanah air.

NOOR AMIRAH ASRAF (MIRA) Tarikh Lahir 27 April 1990 Tempat Lahir Perak Umur 20

Hobi Membaca Pendidikan Ijazah Linguistik Bahasa Inggeris, Universiti Putra Malaysia (UPM) Keluarga Asraf Dahari (55) Nooraidah Khalil (52) Noor Aina Asraf (23) Aiman Asraf (18)

Lama sungguh hari berlalu Hening malam menyiksaku Bila bersendirian sepi jadi pilu Kau pergi aku yang hilang Sedikit pun hidup tak senang Langit cerah ku renung mendung kelabu Kerana diriku bukan aku Tiap kali kau menjauh Fikiran tak keruan Jiwa rasa kekosongan Diriku bukan aku Tiap kali kau menjauh Pulangkan dia ke pangkuanku Yang digemar menjadi bosan Sukarnya cari ketenteraman Bila hati bersedih semuanya tak betul

Keluarga sentiasa menyokong kerjaya seni Mira.

Ku cuba setabah hati melupakan Dirimu dari ingatan Tapi semakin dicuba semakin rindu -Tilu


30

x

presi

Transisi

13 - 26 OGOS 2010

Gaya hidup digital iPad Oleh Ika Destiana

P

ERNAHKAH anda bayangkan suatu masa nanti anda tidak perlu lagi membeli akhbar, buku ataupun majalah dengan hanya memiliki satu gajet yang boleh menggantikan semua media kertas itu? Tuntutan dan keperluan itu mendorong Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc, Steve Jobs mencipta sebuah gajet baru yang kini sedang hangat di pasaran dipanggil iPad. iPad adalah produk berbentuk komputer tablet yang memiliki rekabentuk hampir sama dengan iPod Touch dan iPhone, cuma saiznya lebih besar berbanding dua produk tersebut. Produk ini dicipta sebagai peranti digital yang berada antara telefon bimbit pintar (smartphone) dan komputer riba. Ia dilancarkan pada April lalu dan dijual pada harga sekitar AS$499 (RM1,580) hingga AS$829 (RM2,625). Ia dilengkapi beberapa aplikasi seperti YouTube, e-mel, imej, Google Map, kalendar, iPod, senarai panggilan dan nota serta mempunyai fungsi

sama seperti netbook iaitu internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) dan Bluetooth dengan menggunakan Safari sebagai sistem operasi (OS). Pelayar web Safari dalam iPad membuatkan Internet seakan berada di hujung jari anda, di mana pengguna boleh mengemas kini laman web secara menegak atau melintang pada skrin pelbagai sentuh (Multi-Touch) yang besar. Ketika iPad dimainkan pada kedudukan melintang, laman web dibuka juga akan berputar sama sebelum berubah mengikut saiz paparan. Persembahan mengkagumkan ini wujud daripada kombinasi sempurna pemproses dan fungsi Multi-Touch. Bagaimanapun, banyak pihak mengkritik iPad dengan mendakwa ia bukan produk revolusionari melainkan hanya iPod Touch versi jumbo. Kenyataan itu mungkin benar kerana jika dilihat di segi teknologi, iPad tidak ubah seperti versi terkini iPod Touch dengan skrin lebih besar dan pemproses lebih pantas. Hakikatnya,kemunculan

Permainan komputer begitu menyeronokkan menggunakan iPad.

Bersama Dr PC 1. Berapa edisi Windows 7 dan apakah kelebihannya? Apakah ia boleh dijalankan pada mod XP kerana saya menggunakan Windows XP? -Amir Hamzah

Ada tujuh jenis Windows 7 iaitu window 7 Starter, Home Basic, Home Premium, Professional, Enterprise, Ultimate dan Windows 7 ‘E’. Ia boleh menyokong semua jenis mod termasuk Windows XP. Di segi kelebihan, paparan grafik Windows 7 lebih cantik, pantas dan stabil berbanding perisian Windows lain. 2. Kenapa komputer sentiasa dalam keadaan lembap? Jika saya ingin format komputer, apakah

iPad boleh dikatakan lebih cenderung kepada menjual konsep gaya hidup alternatif berbanding produk berteknologi tinggi. Penampilan luar iPad cukup memukau dan elegan. Skrin LCD produk itu terbukti cukup tahan lasak daripada goresan, manakala bahagian perumah belakang peranti itu

Tip awal telefon bimbit masuk air 1. Keluarkan telefon bimbit dari air secepat mungkin bagi mencegah komponen dalaman terkena air sepenuhnya. 2. Segera tanggalkan bateri dan putuskan atau matikan aliran tenaga. 3. Keluarkan kad SIM untuk mencegah kemungkinan kerosakan atau kehilangan data. 4. Selepas selesai, keringkan telefon bimbit dengan menggunakan kain yang boleh menyerap air atau alat pengering rambut. 5. Biarkan telefon bimbit dalam keadaan kering sepenuhnya sebelum menghidupkannya semula. 6. Hantar ke kedai servis jika semua langkah di atas sudah diambil, tetapi masih gagal mengaktifkan telefon bimbit. 7. Servis telefon bimbit anda bagi mengelakkan kerosakan litar elektronik pada masa akan datang. Biasanya, tempoh membaiki mengambil masa sekitar 30 minit dan tidak menyebabkan data-data hilang, manakala kosnya tidak melebihi RM10.

CEO Apple, Steve Jobs. dibuat daripada bahan seperti aluminium berwarna perak. Ini dicantikkan lagi dengan tambahan logo Apple berwarna hitam yang ada pada bahagian belakang peranti bagi menampilkan kesan lebih elegan. Berat iPad (700 gram) dikatakan cukup berat. Ini mungkin disebabkan ia banyak menggunakan sebelah tangan, terutama jika digunakan sebagai pembaca e-buku. Namun golongan profesional emndakwa iPad memudahkan kerana sebelum ini mereka perlu membawa

laptop dengan berat sekitar 2 kilogram. Keupayaan iPad juga menakjubkan dengan resolusi skrin LED 1024x768 pada tahap kontras sempurna menjadikan paparan kelihatan tajam, jelas dan hidup. Kemampuan Multi-Touch juga tidak mengecewakan dengan sensitiviti tinggi dan respon pantas. Walaupun pemproses A4 dengan kelajuan 1 GHz dalam iPad sudah digunakan banyak telefon pintar lain, tetapi apa yang membuatkan fungsi iPad begitu efisien dan responsif

adalah kerana sistem operasinya, juga dikenali sebagai iOS yang terbukti ringan dan praktikal. Antara kekurangan iPad adalah ketidakupayaan memainkan fungsi flash yang menjadi standard dalam paparan animasi dan video. Namun, Jobs mendakwa beliau tidak memasukkan flash untuk menjimat kuasa bateri iPad, tetapi jawapan itu ternyata tidak memuaskan hati pengguna produk itu kerana bagi mereka Apple sepatutnya boleh melakukan lebih baik daripada itu.

yang diperlukan? Selepas format, apakah perisian asas yang perlu ada? -Nur Aliyana Ishak

(driver) bagi jenis komputer anda dan perisian lain mengikut cita rasa anda seperti Microsoft Office, Flashplayer, Winrar, Adobe Reader, Real Player dan lain-lain.

Kebiasaannya, RAM tidak memberi kesan kepada kepanasan laptop. Sebaliknya ia berpunca daripada haba yang tidak dia-lirkan keluar. Bagi penggunaan RAM, gunakan kapasiti 1 Gigabait (GB) atau 2GB, bergantung kepada kemampuan laptop. Jika laptop panas, anda boleh gunakan pad penyejuk bagi mengurangkan panas. Kelajuan laptop bergantung kepada RAM dan pemprosesan.

Serangan virus kemungkinan menjadi punca komputer menjadi lembap. Jadi, hapuskan virus menggunakan perisian antivirus. Perkara pertama jika ingin mengformat komputer ialah perisian sistem operasi (OS) seperti Windows XP, Vista atau Windows 7. Selepas format, anda memerlukan perisian pemacu

3. Apakah punca laptop saya panas? Apakah kerana memori komputer (RAM) terlalu rendah dan bagaimana menyelesaikannya? Kelajuan sesebuah laptop bergantung kepada apa? -Lim Ken Sheng


13 - 26 OGOS 2010

x

presi

Transisi

31

Galeri Tiang Seri FADZIL ABDULLAH

Oleh Siti Nurmah Wasilan

A

DAPTASI novel kepada drama bukan lagi suatu fenomena baru dalam dunia penulisan kreatif tanah air. Namun, kreativiti mengadaptasikan sesebuah drama dalam bentuk novel adalah satu pembaharuan yang mampu menyumbang kepada amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Fadzil Abdullah, 54, adalah antara penulis berkaliber yang aktif dalam bidang adaptasi skrip daram kepada novel. Menurutnya, adaptasi dramanovel bertujuan memberikan penghayatan yang lebih dan mengetengahkan perkara tersirat dalam karya asal kepada pembaca. Novel Puisi Buat Anis dan Lemas Dalam Cinta terbitan anak syarikat Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Gallery adalah dua karya drama yang diadaptasikan kepada bentuk novel. “Secara visual, penonton dapat mengetahui satu-satu karakter. Tetapi, melalui novel, penceritaan perlu lebih mendalam tanpa mengetepikan konsep asal drama. Salah satu kelainan diketengahkan dalam novel adalah bahasa digunakan. “Dalam drama, bahasa digunakan tidak seperti dibualkan dalam pertuturan harian. Justeru dalam novel ini, saya menggunakan bahasa pertuturan seharian

Tarikh lahir 14 Julai 1956 Tempat lahir Anjung Batu Tangkak, Johor Umur 54 Kerjaya - Kolumnis pelancongan - Pengarang buku dan majalah - Pengarang akhbar Berita Harian - Ketua Penyunting (Harian Metro) - Penulis karya dan bahan pelancongan dan pengembaraan. - Penulis adaptasi drama-novel - Ketua Eksekutif EastQabillah Travel and Tour Nama isteri Puteri Asmah Megat Wazir (50) , Noreha Mohd Ripin (43) Nama anak Dr Malinda (28), Mirda Arief (27), Mirda Haqim (25), Maisara Atiqah (19), Mira Kamelia (9), Fateh Iskandar (8), Nekeisya (7) dan Qhaira Dilla (5).

bagi menggambarkan kehidupan nyata. “Malah, saya manganggap bahasa sebagai maruah yang perlu dipertahankan. Hal ini mendorong saya menghasilkan karya penulisan dalam bahasa Melayu,” katanya. Fadzil berkata, bahan bacaan sangat kurang di pasaran, terutama buku atau bahan rujukan bahasa Melayu walaupun ramai penulis Malaysia mampu menulis biografi, buku dan sebagainya. “Masalah ini mendorong saya menulis buku atau novel dalam bahasa Melayu. “Usaha menovelkan drama adalah antara usaha yang menyumbang kepada budaya membaca, terutama kalangan generasi muda yang sukakan penulisan kreatif seperti dalam bentuk novel,” katanya. Malah, beliau merasakan satu kerugian jika karya skrip dan drama berkualiti tidak dimanfaatkan sebaiknya walaupun ia boleh disimpan dalam bentuk dokumentasi seperti novel. “Sayang sekali sekiranya sesuatu karya skrip drama berkualiti dibiarkan begitu saja. “Jika menonton drama di televisyen (TV), ia tidak memberikan penjelasan lebih mendalam kerana penonton hanya memahami apa yang dilihat. Tetapi, novel lebih menjiwai perasaan

kumpul pengalaman Fadzil

pembaca,” katanya. Fadzil menyatakan dia akan seimbas lalu apabila menerima skrip drama TV yang diberikan untuk memahami karakter, latar dan keseluruhan cerita. Seterusnya, dia akan menyusun plot drama tersebut untuk diadaptasikan kepada novel mengikut citarasa sendiri tanpa mengubah konsep asal skrip. “Berdasarkan skrip asal, saya akan mengubahnya menjadi cerita baru yang tidak ada dalam drama asal tanpa lari dari konsep drama. “Bagaimanapun, jika saya menulis semula skrip drama itu, ia tidak menimbulkan sebarang kelainan. Saya menulis novel drama dengan penghayatan lebih mendalam supaya pembaca dapat merasai apa yang tersirat. “Ada sesetengah penonton tidak berpuas hati dengan sesetengah bahagian dalam drama TV yang ditayangkan. Jadi, saya bertanggungjawab memberi kepuasan di segi penyampaian menerusi penulisan luar dari kotak fikiran pembaca,” katanya. Fadzil diberi tanggungjawab besar oleh Fine Gallery untuk menghasilkan 100 naskhah novel dalam masa lima tahun dengan menjadikan golongan muda sebagai sasaran pembaca. Pada 2007 lalu, bukunya yang

berjudul Onn Jaafar pernah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Setakat ini, dia juga sudah menghasilkan sebanyak 20 naskhah buku kanak-kanak. “Dalam setahun, saya perlu menyiapkan lebih kurang 25 novel untuk mencapai sasaran seperti diharapkan Fine Gallery,” katanya. Fadzil, yang banyak mendapat sokongan moral isteri tercinta, Puteri Asmah Megat Wazir menyatakan dia kini sedang bekerja keras menyiapkan novel karya sendiri. “Karya ini mengetengahkan elemen manusia yang berjiwa kosong sedang mencari diri dan tuhannya,” katanya. Menurutnya, penulis yang baik perlu belajar dari alam dan sekeliling kerana ia mampu memberi inspirasi dan penghayatan untuk menulis. “Bagi mencari ketenangan, saya gemar beristirahat di tiga pulau kegemaran iaitu Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Pemanggil. “Saya akan pergi sendirian selama seminggu tanpa sebarang medium komunikasi dan yang ada hanya kedamaian,” katanya. Selepas bersara daripada dunia kewartawanan, dia menubuhkan agensi pelancongan,

EastQabillah Travel and Tour yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan kepada mereka yang ingin melancong dalam dan luar negara. Fadzil, yang kini menjangkau 35 tahun berkecimpung dalam dunia penulisan juga menyimpan pelbagai pengalaman menarik untuk dikongsikan bersama orang ramai melalui penubuhan sebuah galeri miliknya di lembah Gunung Ledang. Menurutnya, galeri tersebut akan dinamakan Tiang Seri dan dijangka siap dalam masa dua tahun dengan menerapkan konsep seni bina Bali. Galeri itu, yang didirikan di atas tanah seluas 1 hektar akan menghimpunkan koleksi buku dan novel hasil karyanya sebagai bahan rujukan kepada generasi akan datang. Ia juga menempatkan pusat pengajian anak-anak yatim dan sedang dalam perancangan untuk mengadakan perbincangan dengan Yayasan Warisan Johor bagi mengumpulkan aktiviti tradisional Melayu dalam galeri tersebut. “Saya sangat gemar pokokpokok dan kehijauan alam serta aliran air yang memberi satu ketenangan. Konsep ala bali sesuai diterapkan dalam dekorasi galeri ini kerana saya suka keindahan alam,” katanya.


32

x

presi

Transisi

13 - 26 OGOS 2010

Sebahagian ahli membuat persembahan muzik tradisional di Festival Yayasan Seni Berdaftar (YSB), Ampang, Kuala Lumpur.

MENCUBA... Seorang pelancong luar negara mencanting batik.

Tarian Ulik Mayang dipersembahkan oleh penari dan pelakon.

Persembahan menarik pelakon Mak Yong.

AKSI... Acara tomoi turut dipersembahkan di festival.


13 OGOS - 26 OGOS 2010

Transisi

RAJA-RAJA MELAYU

Kedudukan Seri Paduka Baginda Dalam Senarai Keutamaan Persekutuan Susunan Keutamaan yang digunakan sekarang ialah Susunan Keutamaan Persekutuan yang kedua puluh. Susunan Ke-utamaan ini telah digazet dan mula berkuat kuasa pada 22 Januari 1998 mela-

1. Yang di-Pertuan Agong. 2. Raja Permaisuri Agong. 3. Raja-Raja dan PemangkuPemangku Raja. 4. Yang Dipertua Negeri-Negeri. 5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada Kerajaan Persekutuan. 6. Perdana Menteri. 7. Timbalan Perdana Menteri. Kehormat - 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota/Raja Muda) 8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) 9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara, (S.M.N.) 10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.) Kehormat - 10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan. 11. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. 12. Yang Dipertua Negeri Dewan Negara. 13.Yang Dipertua Dewan Rakyat. 14.Bekas-bekas Perdana Menteri. 15. Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri. 16. Ahli-ahli Jemaah Menteri. 17. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara. Kehormat - 17A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri. 18. Peguam Negara.

19. Panglima Angkatan Tentera. 20. Ketua Polis Negara. 21. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 22.Timbalan-Timbalan Menteri. 23.Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. 24. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang Mutlak, PemangkuPemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha. 25.Presiden Mahkamah Rayuan. 26.Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya. 27.Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. 28.Ketua Pembangkang di Parlimen. 29.Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan. 30.Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan. 31.Setiausaha-Setiausaha Parlimen. 32.Bekas Ketua Setiausaha Negara. 33.Pegawai-pegawai Gred Utama Turus 1, 11 dan III. 34.Bekas Peguam Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera dan Bekas Ketua Polis Negara. 35.Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. 36.Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi. 37.Pengerusi Tribunal

lui Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 No. 2 P.U. (B) 29 bertarikh 22 Januari 1998. Susunan Keutamaan ini menyenaraikan 70 kategori seperti berikut:

Perkhidmatan Awam. 38.Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman. 39.Ketua Audit Negara. 40.Gebenor Bank Negara. 41.Datuk Bandar Kuala Lumpur. 42.Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan. 43.Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 44.Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 45.Datuk Paduka Maharaja Lela. 46.Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.) 47. Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) 48.Profesor-Profesor Diraja. 49.Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.) 50.Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.) Kehormat - 50A. TimbalanTimbalan Menteri Besar/ Timbalan Ketua Menteri. Kehormat - 50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri. 51. Ahli-ahli Dewan Negara. 52. Ahli-ahli Dewan Rakyat. 53. Pegawai-pegawai Gred Utama ‘A’ dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya. 54.Panglima Tentera Darat. 55.Panglima Tentera Laut. 56.Panglima Tentera Udara. 57.Timbalan Ketua Polis Negara. 58.Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian. 59.Naib-Naib Canselor Universiti. Kehormat - 59A. Ahli-ahli Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Menteri Negeri di Sabah/ Sarawak. 60.Pegawai-pegawai Gred Utama ‘B’ dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya. 61.Pengerusi-Pengerusi BadanBadan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama ‘B’ dan ke atas. Kehormat - 61A. Penerima Anugerah ‘Fellow’ Negara. 62. Wakil-wakil Tempatan BangsaBangsa Bersatu 63.Pegawai-pegawai Gred Utama’C’, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya. Kehormat - 63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. 64. Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.) 65. Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.) 66. Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.) 67. Pegawai-pegawai Gred 1, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya. 68. Setiausaha-Setiausaha Politik. 69. Pegawai-pegawai Gred 11 dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya. 70.Konsul-konsul Besar negaranegara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia.

33


34

GLOBAL

Transisi 13 OGOS - 26 OGOS 2010

Terperangkap di Gaza Seorang remaja Palestin menjual pakaian kanak-kanak di sebatang jalan di tengah Bandar Raya Gaza.

FATMA SHARIF

F

ATMA Sharif adalah peguam di sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pusat Hak Asasi Manusia Al Mezan yang beribu pejabat di Gaza. Dia pernah menyuarakan kritikan keras terhadap Israel berikutan sekatan ketat yang dikenakan rejim itu ke atas Gaza hingga menyebabkan krisis kemanusiaan meruncing di wilayah itu. Fatma, 29, juga aktivis hak asasi wanita, merancang melanjutkan pengajian di Universiti Birzeit, Tebing Barat dalam Sarjana Hak Asasi Manusia dan Demokrasi, jurusan yang tidak ditawarkan di Gaza. Mahkamah Agung Israel pada 2007 menggesa kerajaan Tel Aviv membenarkan penduduk Gaza mendaftar di universiti-

universiti Tebing Barat dengan syarat pengajian diambil mereka ada kaitan dengan jurusan kemanusiaan. Bagaimanapun, permohonan Fatma ditolak walaupun jurusan pilihannya itu menepati kriteria ditetapkan. Dia kemudian pergi mengadu kepada NGO Israel, Gisha yang menyokong gerakan pembebasan Palestin, juga bertanggungjawab memfailkan pungutan suara sah bagi pihaknya. Namun, pungutan suara itu, yang menyarankan sekatan perjalanan pelajar Gaza ke Tebing Barat dilonggarkan, turut diketepikan mahkamah sama. Fatma ketika ditemui di rumahnya di Genting Gaza menyifatkan keputusan mahkamah Israel itu sebagai tidak adil. Menurutnya, dia cuma seorang daripada sekian ramai pelajar Gaza yang menderita kehilangan peluang pendidikan dan pekerjaan akibat sekatan berkenaan. Baginya, apa dialaminya itu adalah secebis daripada sekian banyak kisah penderitaan yang dirasai beribu-ribu penduduk Gaza sejak tiga tahun lalu. Baru-baru ini, Israel mula menghadapi tekanan dunia supaya melonggarkan sekatan terhadap Gaza berikutan serangan

OMAR SHA’BAN maut dilancarkan pasukan komando rejim itu ke atas kapal misi bantuan antarabangsa. Namun, ia masih belum cukup memaksa Tel Aviv menarik balik sekatan mereka melainkan hanya mampu membenarkan kemasukan barangan-barangan tertentu ke wilayah berkenaan. Eksport barangan dari Gaza tetap dihalang, manakala penduduk wilayah itu menghadapi sekatan perjalanan. “Kita perlu mengalihkan fokus komuniti antarabangsa kepada isu ini,” kata Fatma. Pengarah pertubuhan PalThink, Omar Sha’ban berkata, ekonomi Gaza semakin merudum teruk di bawah sekatan itu dengan 97 peratus kilang-kilang di wilayah tersebut ditutup dan kadar pengangguran melonjak

40 peratus. Dia menganggarkan situasi di Gaza memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk pulih semula. “Untuk membaiki kerosakan, termasuk akibat serangan ketenteraan Israel tahun lalu, kita memerlukan tiga juta tan simen dan lebih 600,000 tan keluli. Kita juga perlu membina kilang baru, jalan raya dan kemudahan lain,” katanya. Tidak kurang juga beberapa pengusaha perniagaan yang bergelut dengan masalah hutang dan kerugian akibat sekatan eksport perniagaan. Pengusaha eksport bunga carnation ke Eropah, Zachary Hijazi mendakwa menanggung kerugian AS$10,000 (RM31,832) setiap 1,000 meter persegi sejak sekatan Gaza diperketatkan pada 2007. Dia dan pengusaha lain di Gaza kini masih meneruskan perniagaan mereka dengan terpaksa memilih sama ada membuang lebihan tanaman itu atau memberikannya kepada haiwan ternakan tanpa mengetahui bila sekatan akan berakhir. “Dunia sudah lupakan orangorang di Gaza,” keluhnya. Pakar Psikologi dari Program Kesihatan Mental Komuniti Gaza

(GCMHP) menyuarakan kebimbangannya mengenai kesan buruk akibat masalah pengangguran yang semakin meningkat di wilayah tersebut. “Situasi ini meletakkan lelaki dalam keadaan tertekan dan kecewa, di mana kegagalan meluahkan perasaan itu mempengaruhi hubungannya dengan isteri dan anak-anak,” katanya. Menurutnya, kesan berangkai itu akan mendorong kepada masalah sosial dan kesihatan mental seseorang hingga mendorong kepada percambahan aktiviti militan di rantau Timur Tengah.

Seorang petani di Gaza mengutip bunga carnation untuk dijual.


13 OGOS - 26 OGOS 2010

GLOBAL

Transisi

2

Kita yang kalut, tidak peduli

010 sudah melewati separuh tahun. Dunia masih kalut dengan peperangan dan krisis kemanusiaan di sana sini. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang diangkat menduduki kerusi empuk di Rumah Putih sejak lebih setahun lalu ternyata tidak berupaya untuk menyumbang apa-apa penyelesaian pun kepada kemelut dunia. Konflik Israel-Palestin semakin meruncing dengan negaranegara Islam lain seperti Turki, Lebanon dan Syria turut diheret sama dalam kebiadaban dicetuskan rejim Zionis.

Sementara itu, Afghanistan, Pakistan dan Iraq masih bergelut keluar dari kancah perang saudara dan keganasan di negara masing-masing. Jauh di rantau sebelah sini, penduduk Islam di selatan Filipina dan selatan Thailand barangkali sudah lama belajar menjadi sahabat baik kepada mereka yang bernama penindasan, kemelaratan dan kematian. Tidak lupa juga derita yang menjerut saudara seagama kita di negara-negara Balkan, termasuk di China dan Kashmir. Iran pula, yang mungkin boleh dianggap satu-satunya hero dunia Islam dan penen-

tang kapitalisme Barat, dibiarkan sendirian menepis sekatan ekonomi yang cuba diusahakan bersungguh-sungguh oleh AS dan sekutu-sekutunya. Nun di Eropah sana, Kerajaan Portugal, Ireland, Greek dan Sepanyol (atau dikenali sebagai negara PIGS) kini sedang pening kepala memikirkan cara terbaik mengatasi krisis kewangan dihadapi mereka ketika sahabat serantau lain hanya mampu berkata, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Ah, lupakan saja krisis makanan di Afrika. Bukankah isuisu begitu sudah lapuk. Selagi

35

perut sendiri dapat diisi, apalah yang mahu difikirkan mengenai rakyat di benua hitam itu. Kawan, lupakanlah seketika cerita-cerita politik dalaman yang memualkan. Tinggalkan sebentar dunia hedonisme realiti TV yang penuh puja memuja. Selaklah akhbar dan layarilah internet. Ambil masa beberapa minit mengetahui perkembangan saudara-saudara semanusia kita di luar sana. Apakah kerana dikepung sempadan tanah dipanggil negara, kita sudah tidak punya masa untuk memikirkan derita mereka yang juga bernama manusia?

Rakyat Sepanyol pertahan lawan lembu Lagak seorang matador di Sepanyol.

D

UNIA sukan tradisi lawan lembu di Sepanyol kecoh selepas Parlimen Catalonia memutuskan untuk mengharamkan pertandingan turun temurun itu bermula 2012

nanti. Namun, berdasarkan keputusan tinjauan dilakukan, ramai rakyat Sepanyol menentang pengharaman itu walaupun me-ngakui tidak menyukai sukan berkenaan. Tinjauan akhbar El Pais mendapati 58 peratus responden beranggapan keputusan mengharamkan sukan tersebut sebagai penolakan Catalonia kepada tradisi Sepanyol yang berselin-dung di sebalik usaha memperjuangkan hak asasi haiwan. Catalonia, yang berbangga dengan identiti ‘berbeza’ mereka berbanding wilayah Sepanyol lain, adalah satu-satunya wilayah di negara Eropah itu yang mengharamkan sukan lawan lembu susulan daripada kempen dilancarkan aktivis hak-hak asasi. Tinjauan juga menunjukkan 60 peratus rakyat Sepanyol tidak menyukai lawan lembu berbanding 37 peratus menyukainya, manakala 3 peratus lagi tidak memberi sebarang jawapan. Bagaimanapun, 57 peratus responden menentang usaha Catalonia mengharamkan sukan tradisi itu dan hanya 30 peratus mempertahankannya. Tinjauan dua hari kendalian firma Metroscopia itu memba-

bitkan 500 responden dengan margin kesilapan sekitar 4.5 peratus. Di Catalonia, lawan lembu bukanlah sukan popular dan keputusan kerajaan Catalonia itu dianggap sebagai usaha menyingkirkan nilai tradisi Sepanyol yang diwarisi sejak zaman Rom. Ia bukan saja mencetuskan kemarahan pihak yang terbabit secara langsung dalam sektor sukan itu, tetapi turut mendapat bantahan hebat daripada kumpulan pembangkang kon-

Perlawanan berakhir apabila lembu menggelupur mati akibat ditusuk pedang oleh matador.

servatif, Parti Popular. “Kami meminta penghormatan ke atas kebebasan individu diambil kira dalam tontonan yang menjadi ekspresi budaya dan tradisi kita,” kata kumpulan pro lawan lembu, La Mesa del Toro ketika membacakan manifesto ditulis mereka. “Profesional lawan lembu menolak keputusan Parlimen Catalonia. Kami menuntut manipulasi politik ke atas pesta lawan lembu ini ditamatkan dan kami juga menuntut jaminan terhadap

hak kami untuk bekerja,” kata kumpulan itu lagi. Selain Catalonia, bandar Viana do Castelo di Portugal adalah bandar pertama di negara itu yang mengharamkan sukan lawan lembu. Biar apapun kenyataan dikeluarkan, bantahan yang dibuat oleh mereka yang menyokong sukan tradisi itu jelas mendedahkan sikap segelintir masyarakat Eropah yang mendakwa kononnya bertamadun.


36

AGAMA

Soal/ Jawab

HADIS: Sabda Rasullah SAW: Sampaikanlah Ilmu yang menghidupkan Islam dan menjadi tiang penegak iman- Riwayat Al-Bukhari

WUDUK Ust Jeffri Bujang

HUTANG

Masjid Negara, Kuala Lumpur

HUDUD APAKAH pihak Jakim berusaha menasihati Kerajaan bagi menjalankan hukum hudud seperti yang sepatutnya dilaksanakan negara Islam laksanakan? Apakah alasan jika tidak dapat dilaksanakan hukum itu sedangkan ia sesuai sepanjang zaman dan di mana jua? Hukum hudud adalah salah satu peraturan yang ditentukan Allah melalui Al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Setiap orang Islam wajib mengimaninya dan melaksanakannya. Tujuan Allah mensyariatkan hukum itu adalah untuk menyelesaikan permasalahan sosial dihadapi umat Islam. Jakim sentiasa berusaha memastikan kerajaan melaksanakan syariah Islam, manakala pelaksanaannya memerlukan kepakaran ilmu dan mengambil kira masyarakat majmuk

BOLEHKAH kita ambil wuduk semasa mandi tanpa sebarang pakaian? - Zuki Li Boleh dan sah wuduk, tetapi makruh.

PAJAK TERANGKAN mengenai skim pajak gadai Islam dan pajak gadai konvensional? Pajak gadai Islam tidak mengenakan faedah atau riba daripada wang pinjaman tersebut. Tetapi, mengenakan sewa barang kemas yang disimpan mengikut jumlah nilai barang itu dan jumlah masa mengikut kadar tertentu. Sebaliknya, pajak gadai konvensional mengenakan faedah/riba kepada jumlah pinjaman berdasarkan jumlah masa pajakan barang itu akan ditebus.

Transisi 13 OGOS - 26 OGOS 2010

SAYA ada berhutang RM20 sejak saya di bangku sekolah. Masalahnya, bagaimana untuk saya menjelaskan hutang tersebut sedangkan rakan saya hingga kini tidak dapat dihubungi. Bolehkah saya berniat sedekah di masjid saja. Niat saudara amat baik kerana Islam menuntut seseorang itu menjelaskan hutangnya. Bagi mengatasi masalah ini. saudara dina-

sihatkan mencari waris terdekat kepada kawan saudara. Sekiranya tidak dijumpai, hendaklah diserahkan kepada Baitulmal berdekatan.

Pembaca boleh menghantar emel kepada transisi.mail@ gmail.com untuk mengajukan soalan mengenai sebarang kemusykilan agama.

SAMBUT BAYI

CARA menyambut kelahiran bayi dalam Islam? Selepas bayi dilahirkan, sunat melakukan amalan berikut 1. Azan di telinga kanan bayi dan iqamat di telinga kiri. 2. Tahnik iaitu memberi rasa manisan di lelangit bayi dengan buah kurma dan seumpamanya.

3. Melakukan akikah sebaik-baiknya pada hari ketujuh selepas kelahiran. 4. Mengeluarkan sedekah mengikut berat rambut bayi yang dinilai dengan harga emas. 5. Memberi nama yang baik kepada bayi tersebut.

Al-Ghazali sarjana falsafah rujukan Barat

Karya Imam al-Ghazali, Kimiya-ye Sa’adat (The Alchemy of Happiness) edisi Parsi pada 1308M.

ABU Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali atau Imam al-Ghazali, juga dikenali sebagai Algazel di dunia Barat adalah ahli falsafah dan teologi Islam terkenal berasal dari Parsi pada abad pertengahan. Beliau dilahirkan di bandar Tus dalam wilayah Khorasan di Parsi (Iran) pada 1058M (450H). Gelaran al-Ghazali ath-Thusi diperolehnya ada kaitan dengan pekerjaan bapanya sebagai pemintal bulu kambing dan tempat kelahirannya iaitu Ghazalah dalam bandar Tus, manakala gelaran asy-Syafi’i menunjukkan beliau bermazhab Syafii. Bapanya meninggal dunia ketika beliau dan adiknya, Ahmad Ghazali masih kecil se-

belum mereka berdua dipelihara seorang sahabat bapanya selama beberapa tahun. Pada 1070M, beliau dan adiknya berpindah ke Gurgan dalam wilayah Golestan, Iran untuk belajar di sebuah madrasah. Di situlah beliau mempelajari ilmu fekah dengan Muhammad ibn Ahmad Abul Qasim Rādkānī dan Jurjani selama tujuh sebelum kembali ke Tus. Pengembaraan mencari ilmu yang memberi impak besar kepada hidup Imam alGhazali bermula apabila beliau ke Nishapur, timur laut Iran sekitar 1080M pada usia 23 tahun. Di bandar itu, beliau berguru dengan sarjana Islam terkenal, Abu’l Ma’ālī Juwaynī, juga dikenali sebagai

Imam al-Haramayn. Selepas gurunya itu meninggal dunia pada 1085M, Imam alGhazali dijemput wazir paling berkuasa semasa era Kesultanan Seljuk, Nizamul Mulk Tusi ke mahkamahnya. Terpesona dengan kebijaksaan dimiliki Imam al-Ghazali, Nizamul memutuskan melantik beliau sebagai ketua profesor di Al-Nizamiyya di Baghdad, salah satu universiti Islam pertama (1091M). Peluang diberikan itu digunakan sepenuhnya Imam al-Ghazali untuk menyampaikan syarahan ilmiah kepada lebih 300 pelajar selain menyertai banyak debat dan diskusi yang menjadi titik mula beliau dikenali seluruh dunia

Islam. Krisis kerohanian yang dirasainya pada 1095M memaksa beliau mengetepikan jawatan disandang dan meninggalkan Baghdad dengan alasan mengerjakan Haji di Mekah. Bermula di situ, Imam al-Ghazali langsung meninggalkan segala kemewahan dimiliki beliau dengan menikmati cara hidup beliau sebagai ahli sufi yang zuhud dan warak. Selepas menetap beberapa kali di Damsyik dan Baitulmaqdis dengan mengunjungi Madinah dan Mekah pada 1096, beliau kembali semula ke tempat kelahirannya di Tus dan menyendiri daripada orang ramai. Tempoh pengasingannya berakhir pada 1106 apabila beliau

kembali mengajar di Nizamiyyah Nishapur. Tidak lama kemudian, beliau sekali lagi pulang ke Tus dan menetap di bandar kelahirannya itu dan meninggal dunia pada 19 Disember 1111M (505H). Imam al-Ghazali menulis lebih 70 buku dalam bidang sains, falsafah awal Islam, psikologi Islam, Kalam dan Sufisme. Bukunya yang berjudul Tahafut al-Falasifah (The Incoherence of the Philosophers) diangkat sebagai karya epistemologi Islam agung, di mana beliau berjaya membongkar skeptisme falsafah yang belum pernah ditemui Barat hingga kemunculan René Descartes, George Berkeley and David Hume.


Transisi

AL-QURAN: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum hingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri - Surah Ar-Ra’d 13:11

AGAMA 37

Zakat bukti kecintaan kepada Allah

Gambar Hiasan

13 OGOS - 26 OGOS 2010

Oleh Ust Jeffri Bujang

M

ENGELUARKAN zakat adalah perintah Allah ke atas setiap hamba-Nnya. Ini jelas terbukti dalam firman Allah bermaksud, “Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat”. Zakat adalah rukun Islam ketiga. Ia ibadat yang diwajibkan terhadap umat Islam sebagai bukti kecintaan kita kepada Allah melebihi kecintaan kita kepada harta benda yang bersifat sementara. Kejayaan sistem zakat dalam sesebuah negara banyak bergantung kepada kewujudan masyarakat Islam berjiwa Islam di segi aspek kehidupan mereka. Namun, wujud beberapa sikap kurang elok dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia yang menjadi tanda kepada tiada penjiwaan mereka terhadap Islam.

Salasilah Nabi dan Rasul

Antaranya: 1. Degil dalam melaksanakan suruhan Allah Wujud golongan yang akan patuh suruhan Allah apabila perintah itu termaktub dalam undang-undang negara. Jika suruhan Allah itu tiada dalam AlQuran dan Al-Sunnah, ia tidak

diikuti. Malah, mereka langsung tidak merasa berdosa kerana meninggalkan suruhan tersebut. Sikap begini jelas menunjukkan golongan ini lebih cenderung takutkan undang-undang buatan manusia berbanding undangundang Allah. 2. Zakat dipandang remeh Ada golongan yang lebih takut apabila tidak membayar cukai pendapatan, perniagaan dan sebagainya berbanding zakat, sedangkan syarat-syarat zakat sudah dipenuhi. Kerajaan dalam usaha menggalakkan umat Islam membayar zakat memutuskan memberikan potongan rebet kepada pembayar zakat daripada jumlah cukai wajib bayar selepas dikemukakan resit bayaran bersama borang penyata. Ini perkembangan positif kepada umat Islam. Persoalannya, kenapa golongan ini tetap mementingkan bayaran cukai, sedangkan zakat dapat ditolak rebet? Marilah kita renungkan. 3. Tiada pendedahan kepada tujuan zakat Sebenarnya, zakat bertu-

juan menyucikan harta benda seseorang individu itu. Melalui zakat, berlaku elemen pembersihan rohani terhadap harta dizakatkan, seterusnya menjadikan kehidupan mereka yang membayar zakat sentiasa dalam keberkatan Allah. Zakat boleh dianggap teras kepada sistem ekonomi Islam. Berasaskan sistem zakat, golongan tidak berkemampuan akan dibantu untuk menjana ekonomi dan sosial mereka. Zakat juga berperanan menstabilkan ekonomi umat Islam. Justeru, dengan menunaikan zakat, perkembangan ekonomi negara akan lebih pesat dengan aliran wang berterusan. Golongan asnaf yang diberikan wang zakat akan memperoleh keupayaan membeli dan mengguna, sekali gus memacu ekonomi negara. Tujuan bantuan zakat adalah bersifat jangka panjang. Bantuan zakat diberikan dalam bentuk dan jumlah yang membawa manfaat berterusan. Diharapkan mereka yang layak menerima zakat dapat pula menjadi penyumbang zakat bagi membantu

keturunan langsung generasi putus

golongan sasaran lain suatu hari nanti. 4. Pengetahuan pecahan zakat Umumnya, masyarakat Islam Malaysia mengetahui kewujudan zakat fitrah yang dibayar pada bulan puasa sebagai satu tradisi. Tetapi, tahukah kita, selain zakat fitrah, wujud juga zakat harta seperti zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat emas dan perak, zakat binatang ternakan dan lain-lain. Kita mesti mengetahui pecahan zakat harta kerana ia sangat penting bagi menjamin ekonomi umat Islam. Jika dilihat, kebanyakan perintah mengeluarkan zakat dalam Al-Quran diletakkan bersebelahan dengan perintah melaksanakan solat. Ini menunjukkan, perintah berzakat sama penting dan sama taraf dengan solat. Harta yang kita miliki bersi-

keturunan langsung generasi putus

fat sementara dan hanya amalan semasa di dunia akan dibawa ke akhirat kelak. Orang mengeluarkan zakat diibaratkan seperti orang yang membelanjakan harta pada jalan Allah dan akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda kelak. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 261 bermaksud: “Bandingan (derma) orangorang yang membelanjakan harta pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiaptiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” Daripada Abu Hurairah. Rasulullah dalam khutbah kepada kami bersabda: “Mana-mana orang yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menjauhi dosa besar, dibukakan pintu syurga dan dikatakan kepadanya, dipersilakan masuk dengan selamat sejahtera.” Zakat disyariatkan kepada umat Islam bagi menyucikan dan membersihkan harta mereka. Ia juga menyucikan hati dan jiwa umat Islam itu sendiri daripada sifat sombong, tamak, bakhil dan pentingkan harta berbanding amalan berbentuk kerohanian. Melalui zakat, masyarakat Islam memupuk perasaan belas kasihan kepada saudaranya yang susah, selain menyemai perasaan ingin membantu dan menghayati nikmat kesenangan yang dikecapi tanpa mengabaikan saudara Islam yang lain. Firman Allah dalam surah AzZariyaat, ayat 19 bermaksud: “Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang-orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta.” Sebagai timbal balik kepada sumbangan yang diberikan, Allah melipat gandakan balasan kepada mereka yang membayar zakat pada jalan Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui apa diperlukan makhluk sebagai hamba-Nya.


HAWA IP ES

I S EL

A T

R

38

Betisnya seper ti kelopak pandan, leher nya seper ti gambar dilarik - Pepatah

Asam Pedas Melaka BAHAN-BAHAN : 20 tangkai cili kering 10 biji bendi 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 3 sudu besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air 1 labu bawang besar 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 1 sudu besar jintan manis ½ sudu teh lada hitam ½ liter air 2 biji tomato - potong 4 1 batang terung - potong 2 tangkai bunga kantan dipecahkan 1 sudu besar garam ½ sudu teh serbuk perasa

BAHAN TUMIS 5 tangkai daun kari (leraikan) 1 labu bawang besar dihiris halus ½ sudu teh biji sawi ½ sudu teh halba 5 keping ikan tenggiri atau ikan parang atau 1 ekor ikan terubuk (dibersihkan) 2/3 cawan minyak masak

CARA MEMBUATNYA : • • •

Panaskan minyak dan tumis bawang hingga kuning serta masukkan bahan tumis lain hingga naik bau. Tumiskan bahan kisar dan garam serta masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan ikan dan gaulkan sebati bersama bunga kantan. Masukkan air, serbuk perasa, bendi dan bahan lain kecuali tomato. Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat sebelum masukkan tomato serta diangkat lima minit kemudian. Jika suka, boleh masukkan 1 sudu besar gula. Belacan juga boleh ditambah dalam bahan kisar dengan menggorengkannya menggunakan sedikit minyak.

HUKUM SUNTIKAN BOTOX Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4-6 April 2006 memutuskan suntikan botox atau BTA sebagai HARAM. Keputusan itu dibuat berdasarkan dua faktor: 1. Penelitian ke atas laporan kajian dalam dan luar negara serta hujah-hujah jelas dalam pengeluaran fatwa beberapa negara Islam lain. Hasilnya, Botox dikesan mengandungi bahan-bahan meragukan, najis dan diharamkan, antaranya ialah babi. 2. Suntikan BTA didapati mampu memberi mudarat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan. Namun, untuk tujuan perubatan, suntikan botox dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan pakar bertauliah.

Transisi 13 OGOS - 26 OGOS 2010

Suntik botox bawa mudarat

Oleh Siti Nurmah Wasilan

S

EGELINTIR wanita tidak pernah puas dengan apa dimiliki dengan membuat transformasi wajah mereka untuk kelihatan lebih sempurna dan cantik. Wajah bulat mahu ditukar menjadi bujur sirih, hidung kembang mahu dimancungkan dan kulit kedut pula ingin ditegangkan seperti anak dara. Fenomena ini akhirnya melahirkan Botulinum Toxin Type A (BTA) atau lebih dikenali sebagai Botox yang terhasil daripada sejenis racun dikenali sebagai Clostridium Botulium. Botox adalah bahan kimia dihasilkan sejenis bakteria, botulinum toksin yang berupaya melumpuhkan otot jika salah cara penggunaannya. Bahan kimia itu dieksploitasi pakar kecantikan bagi menghilangkan kedutan dan tanda penuaan pada wajah manusia, khususnya wanita. Botox mendapat sambutan hangat, apatah lagi ia sering dipakai ramai selebriti terkenal seluruh dunia. Kini penggunaan botox semakin menjadi trend berikutan sikap obses diri untuk kelihatan cantik dan sempurna. Suntikan Botox, yang dianggap ‘susuk moden’, adalah dilarang di sisi Islam kerana disifatkan sebagai penipuan dan mengubah kejadian Allah. Malah, ia mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.

Namun, suntikan itu dibenarkan untuk tujuan perubatan dengan syarat penggunaannya dalam keadaan darurat dan berdasarkan keperluan selain ia dilakukan pakar bertauliah. Rawatan memulihkan kecacatan dan menghiaskan diri dibenarkan. Malah, manusia memang digalak berhias diri selagi tidak melampaui batas. Botox hanya mampu bertahan tiga hingga enam bulan bergantung kepada kawasan tubuh disuntik sama ada tepi mata, tengah kening dan dahi atau kening. Tempoh paling panjang pula sembilan bulan saja dan apabila otot-otot kembali seperti sedia kala, kesan kedutan dapat dilihat semula. Botox juga boleh digunakan untuk mengubah bentuk senyuman dan ekspresi wajah serta membentuk dagu. Suntikan botox perlu dilakukan berterusan setiap enam bulan sekali sekiranya seseorang itu ingin mengekalkan seri wajah dan tidak dilakukan terlaku kerap selepas tiga bulan. Ini bertujuan mengelakkan suntikan baru yang diambil menjadi tidak berkesan kerana tubuh manusia mampu membina antibodi dalam tempoh berkenaan. Kesan sampingan botox 1. Pedih dan ngilu di bahagian suntikan. 2. Bengkak, kemerahan dan

INFO 1. Botox ejen saraf yang digunakan dalam bidang kecantikan untuk rawatan kedutan dengan melumpuhkan otot wajah. 2. RM1,500 kos setiap suntikan. 3. Sumber boleh didapati di pusat perubatan dan rawatan kecantikan. 4. Kegunaan Perubatan merawat masalah otot akibat penyakit cerebral palsy.

Empat contoh wajah selebriti Hollywood, Jocelyn Wildenstein yang terjejas teruk akibat botox.

lebam sekitar bahagian suntikan. 3. Reaksi alahan. 4. Tiada sebarang perubahan disuntik botox. 5. Sakit kepala. 6. Mual. 7. Kelopak atau alis mata jatuh. 8. Simptom selesema. 9. Jangkitan pernafasan. Tiga sebab Botox dilarang Islam 1. Unsur najis dan kotoran dalam botox Kajian mendapati botox mengandungi bahan daripada babi selain wujud unsur tiruan yang boleh memudaratkan. Dalam Islam, ada dalil menyebut: “Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tidak boleh pula membalas mudarat.” 2. Mengubah ciptaan Allah untuk tujuan menambah kecantikan Islam melarang keras sebarang usaha mengubah ciptaan asal ke atas bahagian tubuh yang dilakukan dengan alasan kelihatan cantik atau lebih cantik selain tujuan kosmetik. Namun, jika ia dilakukan atas tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ia adalah harus. Dalil melarang pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan adalah berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Nisa’, ayat 117-119 bermaksud: “Apa yang mereka sembah selain Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan derhaka yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.” 3. Unsur penipuan Mengandungi unsur penipuan yang diharamkan Islam. Syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada pembedahan plastik atau penggunaan produk kosmetik botox bagi menukarkan wajah tua kepada muda.


13 OGOS - 26 OGOS 2010

SIHAT

Transisi

HIV tidak kenal mangsa

Oleh Wan Azuraina Meor Abdullah

H

IV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang menyebabkan sindrom kurang daya tahan penyakit, AIDS. Sebelum dikenali seluruh dunia sebagai HIV, nama lain virus ini termasuk dalam HTLV-III (human T-lymphotropic virus-III), LAV (lymphadenopathy-associated virus), dan ARV (AIDS-associated retrovirus). HIV tergolong dalam kumpulan retrovirus iaitu virus lemah dan tidak dapat bergerak sendiri. Virus ini akan masuk ke dalam badan dengan memasuki sel perumah untuk membiak. Virus HIV mengambil masa 8 hingga 10 tahun sebelum menyebabkan berlaku AIDS. Kuman HIV dikesan dalam tubuh manusia pada pertengahan 1970-an. Pada mulanya, ia dikenali sebagai Pneumatic Carinii Pneumonia iaitu barah

paru-paru. Kes kematian pertama direkodkan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Mac 1981 membabitkan seorang lelaki yang mengamalkan gaya hidup homoseksual. Pada tahun sama, penyakit itu, yang mencatatkan 36 kes, sudah merebak ke negara-negara Eropah seperti Perancis, Belgium, Switzerland, Denmark, Britain dan Sepanyol. Pada tahun itu juga AIDS pertama kali diiktiraf sebagai penyakit. Pada 1983, Dr Montagnier menemui HIV sebagai penyebab AIDS. Penyakit ini adalah ancaman kepada seluruh dunia dan ia merebak tanpa mengenal usia, bangsa atau jantina. Penyakit ini juga sudah meningkat 20 kali ganda sejak dikesan kali pertama dalam tubuh manusia 29 tahun lalu. Pertubuhan Kesihatan Sedu-

nia (WHO) menyifatkan AIDS sebagai musibah terbesar dalam sejarah perkembangan manusia apabila ia menjadi penyebab utama kematian lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 15 hingga 59 tahun. Peringatan Seseorang yang dijangkiti HIV akan disebut sebagai pengidap HIV positif. Namun, virus ini bukanlah bersifat mudah berjangkit kerana ia hanya boleh merebak melalui empat cara: 1. Penggunaan jarum suntikan yang dicemari HIV/AIDS. 2. Jangkitan melalui hubungan seks rambang. 3. Ibu yang mengidap HIV semasa hamil boleh menyebabkan bayi kandungannya turut dijangkiti. Virus juga dapat dipindahkan melalui susu ibu. 4. Pemindahan darah atau organ yang dicemari HIV/AIDS.

HIV tidak merebak melalui: 1. Gigitan serangga 2. Bekerja dengan pesakit AIDS 3. Berkongsi kemudahan awam 4. Berpelukan 5. Berenang 6. Tinggal serumah 7. Menderma darah 8. Bersentuhan/bersalaman 9. Bersukan

4 PERINGKAT HIV:

1. Waktu jendela - 45 hingga 60 hari. Virus menular dalam tubuh pesakit. Ketika ini, HIV masih negatif dan jumlah virus sangat tinggi dalam darah. Ia mampu menjangkiti tubuh badan manusia lain melalui pemindahan darah dan hubungan seks. 2. Ketika disahkan HIV positif Pesakit mengambil masa hampir sepuluh tahun untuk menunjukkan tanda-tanda AIDS. Jika pemakanan dan kesihatan dijaga rapi, tempoh itu dapat dilanjutkan lebih lama. 3. Selepas beberapa tahun dijangkiti - Pesakit akan mengalami cirit-birit berlarutan, susut badan lebih 10 peratus, demam dan batuk berpanjangan, bengkak kelenjar dan mudah letih. 4. Peringkat terakhir - apabila tahap daya tahan diri melawan penyakit lumpuh, pesakit mula menunjukkan tanda-tanda AIDS. Pada peringkat ini, kira-kira 50 peratus pesakit akan mati dalam tempoh 2 tahun.

TANDA-TANDA AIDS:

1. Kandidiasis - Masalah keputihan dalam mulut yang disertai rasa sakit, termasuk sakit pada bahagian tenggorok ketika menelan. Jangkitan boleh menjangkiti usus, hati, saraf pusat dan sistem pernafasan. 2. Karposi Sarcoma - Bagi pesakit barah saluran darah, penyakit ini hanya tertumpu di bahagian kaki. Tetapi, bagi pesakit AIDS, ia menular ke seluruh badan dan paru-paru. 3. Pneumocystis Carini Pneumonia (PCP) - Penyakit paru-paru akibat jangkitan protozoa (parasit satu sel). Tanda PCP ialah menghadapi masalah kahak lebih daripada lima hari, sesak nafas teruk, pernafasan mengah dan muka bertukar lebam. 4. Herpes Zoster - Penyakit virus yang menyebabkan kulit melepuh mengikut punca saraf. Kebiasaannya, ia menyerang bahagian sebelah dada dan badan. Sakit saraf biasanya berlaku sebelum dua atau tiga hari kulit melepuh.

TIDAK MATANG

Keadaan pesakit yang dijangkiti AIDS. CARA MENGATASI: 1. Penagih dadah digalakkan mengambil dadah methadone atau bupenorphrin. Satu dos methadone mampu menahan rasa ketagihan dalam 24 jam. 2. Penggunaan kondom juga harus digalakkan, tetapi keberkesanannya bukan 100 peratus kerana berisiko bocor. 3. Menghindari hubungan seks luar perkahwinan. Jangan melakukan seks dengan orang yang tidak diketahui latar belakangnya. 4. Pengambilan ubat azidothymidine (AZT) untuk merawat pesakit AIDS, terutama ibu mengandung. Ia antara ubat terawal digunakan untuk menyekat enzim transeriptase yang da-

Jangkitan AIDS menyebabkan kulit melepuh teruk. pat menghalang virus HIV dan mengurangkan jangkitan HIV daripada 30 peratus kepada 7 peratus. 5. Elakkan hubungan seks dengan ramai pasangan atau sejenis. 6. Suami isteri yang mengidap AIDS digalakkan menggunakan kondom agar tidak menjangkiti pasangan. 7. Jangan berkongsi alatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan lain-lain yang berisiko dicemari darah. 8. Pesakit dilarang menderma organ atau darah supaya orang lain tidak dijangkiti. 9. Ajar anak-anak dengan didikan agama dan moral. 10. Berkhatan, untuk lelaki

atau perempuan, juga mampu mencegah jangkitan AIDS. Lakukan ujian HIV secara percuma di hospital bagi mengenal pasti sama ada anda dijangkiti virus itu atau sebaliknya. Keputusan ujian akan dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Malah, pihak hospital akan memberikan bantuan kaunseling kepada pesakit. Jika anda disahkan positif dijangkiti HIV, dapatkan khidmat nasihat doktor. Walaupun dibuktikan negatif, tidak bermakna anda tidak dijangkiti. Anda mungkin berada dalam waktu jendela, iaitu 4560 hari dalam proses penularan HIV dalam tubuh.

39

MATANG

Dua bentuk virus HIV, tidak matang dan matang.


40

HIBURAN

Transisi 13 OGOS - 26 OGOS 2010

Suka duka The Kerinting Bro

Oleh Mohd Azhan Othman dan Muhammad Amsyari Ismail Foto Siti Nurmah Wasilan

C

ERIA dan informatif adalah definisi ringkas bagi menggambarkan celoteh pasangan The Kerinting Bro ketika mengendalikan program pembuka hari, Suria Breakfast di stesen radio Suria FM bermula jam 5.30 hingga 10 pagi setiap hari. Di sebalik suara penuh ceria Halim Othman, 45, dan Ahmad Zuwairi Mohd Nor, atau lebih dikenali sebagai Zizi, 29, mereka sebenarnya bergelut dengan rutin tugas cukup mencabar. Selain perlu ke pejabat seawal jam 4 pagi, kedua-duanya juga perlu sentiasa komited, ceria dan positif dalam menghadapi pelbagai kerenah pendengar Suria FM. Halim berkata, tugas paling berat seseorang penyampai radio (DJ) ialah meninggalkan masalah peribadi sebaik saja melangkah masuk ke konti. “DJ kena lupa diri. Maksud saya dalam konteks yang baik. Dia kena lupa bahawa dia ada masalah. Lupa dia juga manusia biasa. Ini kerana seseorang DJ itu perlu menghubungkan perasaan pendengar menjadi perasaannya,” katanya.

DJ bagai tendangan Messi

Bagi Halim, tugas DJ adalah antara apresiasi seni tinggi dan halus yang ada kaitan langsung dengan psikologi manusia. “Penyanyi sudah bersedia dengan satu-satu perasaan yang mahu dibawa sebelum naik ke pentas. Tetapi perasaan DJ dua hala. Ia berbeza mengikut jam dan masa. “Contohnya, perasaan ketika jam 6 hingga 7 pagi berbeza daripada jam 8 hingga 9 pagi. “Begitu juga perasaan pada hari-hari tertentu seperti Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ia turut berubah mengikut kepelbagaian pendengar, termasuk jenis lagu dimainkan,” katanya.

Justeru Halim menolak dakwaan banyak pihak yang menganggap kerjaya sebagai DJ sebagai tugas mudah dengan sekadar menghabis masa berbual dan memutarkan lagu. “Saya positif dengan anggapan itu. Ini menunjukkan kita berjaya membuatkannya nampak mudah. Sama seperti Messi, aksinya menendang bola nampak mudah, tetapi jika kita melakukannya, ia nampak payah. “Tetapi itu tidak bermakna Messi tidak kuat berlatih. Hakikatnya, setiap kali tendangannya, ada seribu kali tendangan di belakang sebelum ia nampak mudah di kaca TV. Situasi ini sama seperti DJ kerana banyak latihan dan imaginasi diperlukan,” katanya lagi. Halim berkata, walaupun minat dalam bidang penyampaian radio sudah ada sejak kecil, tetapi bakatnya itu mula berkembang sepanjang pengajiannya selama 10 tahun di Amerika Syarikat. “Cara orang (DJ) luar berekspresi berlainan berbanding orang Melayu yang sering didengar perlahan dan banyak berbunga-bunga. “Di sana, ada radio yang seratus peratus bercakap dan perbualan menjadi sesuatu yang seronok didengar. Dia kemudian menamakan mendiang David Viscott daripada stesen radio KABC di Los Angeles sebagai idolanya kerana DJ itu membuatkannya tidak kisah lambat ke tempat kerja sematamata mahu mendengar rancangannya. Halim di akhir wawancara memberikan empat pesanan kepada mereka yang bercita-cita mahu menjadi DJ. “Pertama, mesti pandai berbahasa. Ia seperti di medan perang. Kita tiada masa berfikir bagaimana menghayun pedang kerana ia refleksi dan spontan. Kedua, seni penyampaian. Ia sama seperti ulasan sukan. Ada

masa kita tidak membuat laporan secara kerap dan ada masa kita melaporkan sebaliknya. “Ketiga, kenal pasti karakter dan tujuan menjadi DJ. Mereka sepatutnya menjadi indivdu yang mampu merangsang hari seseorang. Keempat, dengar program radio kendalian DJ luar seperti Singapura atau Jepun,” katanya. Sementara itu, Zizi ketika berkongsikan detik bagaimana dia menyedari kelebihannya sebagai DJ menyatakan segalanya bermula ketika seorang rakannya melakukan rakaman video yang memerlukan suara narator.

“Ia berlaku secara tidak sengaja. Ketika rakan saya itu ke tandas, dia meminta saya cuba menjadi narator dalam rakaman tersebut. Selepas dengar suara saya, dia cakap saya boleh jadi DJ. “Sejak itu, dia beli sistem audio untuk jadi DJ kenduri kahwin. “Tapi ketika pertama kali menjadi DJ, saya langsung tak cakap apa-apa selama empat jam dan hanya mainkan lagu saja. Selepas itu baru saya dapat bercakap dengan lancar tanpa henti,” katanya, ketawa. Tambahan lagi pengalaman berucap tanpa teks ketika sekolah dulu banyak membantu mengembangkan kebolehannya sebagai DJ. Zizi berkata, kesempatan menjalani latihan praktikal di Era FM membuka peluang kepadanya menjadi DJ yang menjadi impiannya sejak bergelar pelajar jurusan komunikasi massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dulu. “Saya memang sudah lama

berhasrat mahu bergandingan dengan abang Halim. Hasrat itu tercapai pada 2005 di Era, tetapi tidak lama. Cuma di Suria FM barulah kami disatukan sebagai gandingan DJ,” katanya. Menurutnya, tidak banyak masalah dihadapi sepanjang bergandingan dengan Halim walaupun jurang usia mereka berdua jauh berbeza. Ini kerana pengalaman Halim sebagai ‘orang lama’ dalam industri penyampaian radio banyak membantu meningkatkan kemampuannya ketika mengendalikan program Suria Breakfast. “Mungkin sukar menandingi pengalaman abang Halim yang lebih senior. Jadi, orang muda seperti saya kena banyak membaca dan sensitif dengan apa berlaku hari ini,” katanya.

Ibu tunggal mahu bunuh diri

Zizi menyatakan keluhan seorang ibu tunggal yang mahu membunuh diri akibat tertekan hidup adalah pengalaman paling sukar dilupakan sepanjang bergelar DJ. “Saya ambil masa hampir sejam untuk menenangkan wanita malang itu. Saya terpaksa tangguhkan program dan melayannya,” katanya. Walaupun tidak pernah mengharapkan sebarang ba-

HALIM OTHMAN

Tarikh Lahir 28 September 1964 Tempat Lahir Kerteh, Terengganu Umur 45 Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina (Universiti Tennesee, Amerika Syarikat) Hobi Membaca, Memancing

Celoteh The Kerinting Bro sentiasa menceria suasanan pagi pendengar Suria FM.

lasan, tetapi ucapan terima kasih diucapkan wanita tersebut kepadanya atas khidmat nasihatnya itu dirasakan bagai penghargaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. “Pendengar yang selesa dengan kita menganggap kita sebagai teman mereka. Kita bagaikan bantal untuk mereka meluahkan masalah. “Sehubungan itu, seseorang DJ perlu meninggalkan semua masalahnya di luar konti kerana dirinya adalah milik pendengar apabila ke udara,” katanya. Bagi Zizi, karier sebagai DJ tidak semudah disangka umum kerana banyak perkara perlu dikorbankan seperti kehidupan sosialnya bersama rakan-rakan. “Apabila ‘lepak’ dengan kawankawan, saya beritahu mesti tak lebih jam 10 malam. Itu adalah had saya supaya ia tidak menjejas kerja. “Dulu, masa mula bekerja memang susah tidur. Tapi selepas 3-4 bulan, semua sudah jadi biasa. Tidur empat ke lima jam sudah cukup bagi saya,” katanya. Kepada generasi muda yang berminat menjadi DJ, Zizi menasihatkan supaya terlebih dulu mengenal diri dan menetapkan hala tuju yang mahu dicapai. Justeru, dia menasihatkan sesiapa saja yang merasakan diri memiliki kelebihan sebagai DJ memberanikan diri mencuba nasib dalam bidang tersebut.

AHMAD ZUWAIRI MOHD NOR (ZIZI)

Tarikh Lahir 6 April 1981 Tempat Lahir Hospital Kuala Lumpur (HKL) Umur 29 Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (UiTM) Hobi Memancing, Membaca, Mengembara


13 OGOS - 26 OGOS 2010

HIBURAN

Transisi

Aktres ditimpa musibah apabila sebut nama kekasih ketika terima trofi

S

AMA ada sumpahan ataupun kebetulan, ramai peminat Hollywood percaya penerima anugerah Aktres Terbaik Oskar akan berpisah dengan suami atau teman lelaki masing-masing jika menyebut nama mereka semasa menerima

trofi keramat itu. Mitos sumpahan ke atas penerima trofi Oskar mulai menular selepas Kate Winslet dan Sam Mendes mengumumkan perceraian mereka, Mac lalu. Ia dikuatkan lagi dengan kejadian menimpa Sandra Bullock

Penerima anugerah Aktres Terbaik Oskar 1998 berdasarkan lakonannya dalam filem As Good As It Gets. Ketika menerima trofi, Hunt menyatakan Azaria, yang dikenalinya sejak 1994, sebagai lelaki terbaik pernah dikenalinya. Hubungan pasangan itu kekal romantis dan mereka berkahwin pada 17 Julai 1999. Na-

mun, setahun kemudian mereka berpisah. Pada 4 Ogos 2000 masingmasing mengakui sudah tidak tinggal bersama selama beberapa bulan. Pada tahun berikutnya, Helen memfailkan perceraian dengan menyifatkan hubungan mereka berdua bagai perbezaan yang tidak dapat disatukan.

Dia merangkul gelaran Actres Terbaik Oskar pada Mac 1999 untuk aksinya dalam Shakespeare In Love (1998). Ketika berucap, Paltrow turut menyebut nama kekasihnya, Ben Affleck, yang turut berlakon dalam filem sama.

Namun, dua bulan selepas ucapan cinta itu mereka putus. Kini kedua-duanya berkahwin dengan pasangan lain. Paltrow berkahwin dengan Chris Martin, manakala Affleck mendirikan rumah tangga dengan Jennifer Garner.

yang kebetulan juga berlaku pada pertengahan Mac tahun ini. Apabila diimbas kembali kronologi yang menimpa penerima Oskar terdahulu, teori mitos tersebut dilihat seakan benarbenar satu sumpahan.

HELEN HUNT

GWYNETH PALTROW Sumpahan diterima Theron agak berbeza berbanding aktres lain. Dia menerima Oskar menerusi lakonan dalam filem Monster pada Februari 2004. Ketika mengucapkan terima kasih kepada teman lelakinya, Stuart Townsend, dia menyatakan pasangannya, Stuart Townsend sebagai incredible partner in

crime. Hubungan mereka kekal selama enam tahun selepas kemenangan Theron, tetapi berakhir sembilan tahun kemudian pada Januari 2010. Kedua-duanya tidak pernah berkahwin dan cuma menyarungkan cincin pengikat. Upacara perpisahan mereka dilakukan dengan menanggalkan cincin masing-masing.

Dia menjulang trofi Oskar menerusi filem Walk The Line pada Mac 2006. Aktres itu berterima kasih kepada Ryan Phillippe dengan memujinya sebagai ‘suami mengagumkan’. Lapan bulan kemudian, Witherspoon memfailkan dokumen perceraian. Se-

belum berpisah, dia dan suaminya pernah disebut sebagai pasangan emas Hollywood. Mereka berdua berkenalan di lokasi penggambaran Cruel Intentions dan berkahwin pada 1999 dengan dikurniakan dua anak, Ava, 10, dan Deacon, 6.

CHARLIZE THERON

REESE WITHERSPOON

KATE WINSLET

41

HALLE BERRY Filem Monster’s Ball melayakkannya merangkul trofi Oskar 2002. Pujian kepada suaminya, juga penyanyi, Eric Benet dan anak tirinya, India didakwa menjadi penyebab dia bercerai selepas 18 bulan kemudian. Dia mening-

galkan Benet berikutan kecurangan suaminya itu dan dia Benet. Halle kini bahagia bersama pasangan barunya, Gabriel Aubry dengan dikurniakan seorang cahaya mata, Nahla Ariela.

Winslet memenangi Oskar pada 2009 The Reader. Ketika menerima trofi dia mengucapkan terima kasih kepada suaminya dengan menyatakan dia sangat beruntung kerana memiliki suami yang luar biasa. Pasangan ini jarangjarang diterpa gosip. Setelah kemenangannya di Oskar, pasangan ini mengumumkan per-

pisahan pada Mac 2010. Khabarnya karena sering kali berpisah untuk urusan kerja membuat mereka jadi memiliki ‘jarak yang lebar.’ Khabarnya pula, keputusan pisah yang dibuat Winslet dan Mendes sudah dilakukan sejak Januari. Pernikahan mereka cuma bertahan enam tahun dan mendapat seorang anak lelaki, Joe, 6.

Saat meraih Oskar untuk filem Erin Brockovich pada 2001, Julia mengucapkan terima kasih kepada kekasihnya, Benjamin Bratt yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu. Namun, sebulan selepas

majlis anugerah Oskar yang berlangsung pada Mac itu berakhir, mereka berdua berpisah. Pada 2002, Roberts berkahwin dengan jurukamera, Daniel Moder dan kini memiliki tiga anak.

Dia membolot dua trofi Oskar sepanjang karier seninya. Semasa menyampaikan ucapan kemenangan pertamanya untuk filem Boys Don’t Cry, dia terlupa mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Chad Lowe. Secara kebetulan, perkahwinan mereka bahagia hingga sampai giliran dia meraih trofi Os-

kar kedua menerusi filem Million Dollar Baby pada Februari 2005. Ucapan terima kasih kepada suaminya dengan menyebut, ‘Chad kaulah segalanya’ dikatakan menjadi punca berakhirnya perkahwinan mereka yang berlangsung sejak 1997 pada Januari 2006. Mereka kemudian sah bercerai pada 2007.

Dia disebut sebagai mangsa sumpahan terbaru Oskar berikutan skandal memalukan dilakukan suaminya, Jesse James. Bullock mendapatkan gelaran Aktres Terbaik Oskar tahun ini untuk filem The Blind Side. Gara-gara ucapan terima kasih kepada suaminya pada malam anugerah itu, hubungan

mereka berdua terputus apabila seorang model tatu bernama Michelle ‘Bomshell’ McGee membongkarkan kisah kecurangan James sebelum empat lagi wanita mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya itu. Bullock ketika ini dalam proses memfailkan perceraian daripada James.

JULIA ROBERTS

HILARY SWANK

SANDRA BULLOCK


Transisi 13 OGOS - 26 OGOS 2010 Rizal dikucup mesra anaknya, Anas.

Profil

Rizal bersama isteri, Intan Salina Abdul Jalil dan anak-anaknya.


13 OGOS - 26 OGOS 2010

1

David Villa

SUKAN

Transisi

3

2

Angel di Maria

David Silva

4

Yaya Toure

Aleksandar Kolarov

Leornado Bonucci

8

7

6

5

Simon Kjaer

Sami Khedira

43

9

Filipe Luis

10

Pedro Leon

Kelab mewah belanja sakan Oleh Muhammad Amsyari Ismail

David Villa

€40 juta (RM165.8 juta)

S

AINGAN liga bola sepak Eropah kembali lagi. Selepas berakhirnya Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan 12 Julai lalu, tumpuan peminat sukan nombor satu dunia beralih kepada saingan liga utama di rantau itu seperti Liga Perdana Inggeris (EPL), La Liga, Serie A dan Bundesliga. Namun, sepanjang tempoh itu,

setiap pasukan sibuk dengan urusan perpindahan pemainpemain baru bagi memantapkan pasukan masing-masing selepas ia dibuka pada 1 Julai lalu. Setakat ini, kelab-kelab gergasi EPL seperti Manchester United (MU) dan Chelsea masih belum melakukan pembelian secara besar-besaran berbanding nafsu besar Manchester City yang berbelanja mewah musim ini. City di bawah bimbingan Roberto Mancini membelanjakan lebih €80 juta (RM402 juta) untuk membeli empat pemain baru sambil ketika pemilik kelab berkenaan, iaitu sebuah syarikat beribu pejabat di Abu Dhabi, terus menyuntik kewangan yang besar kepada kelab itu dalam usaha untuk membeli kejayaan. The Citizens berjaya mendapatkan Yaya Toure dari Barcelona dengan yuran perpindahan, €29 juta (RM120 juta), pemain sayap Valencia, David Silva, €30.2 juta (RM126 juta), Alexander Kolarov dari Lazio, €19.3 juta (RM80 juta) dan pertahanan Hamburg, Jerome Boateng.

Nilai perpindahan besar itu jelas menunjukkan ke-sungguhan City memburu kejuaraan liga pertama sejak kali terakhir memenanginya pada 1968. Perbelanjaan besar tersebut tidak terhenti setakat itu saja. Malah, Mancini turut mensasarkan perpindahan berjumlah €25 juta (RM125 juta) untuk membeli pemain Inter Milan, Mario Balotelli dan tawaran hampir sama ke atas pemain tengah Aston Villa, James Milner. Sementara itu, The Blues, yang memutuskan melepaskan Joe Cole, Michael Ballack dan Juliano Belletti tidak panik walaupun pengurusnya, Carlo Ancelotti sekadar mendapatkan bekas pemain Liverpool, Yossi Benayoun dan Thomas Kalas. Bagi MU, hanya Javier Hernandez dan Chris Smalling membarisi muka baru yang dibawa masuk oleh Sir Alex Ferguson. Kelibat pemain muda seperti Gabriel Obertan, Danny Welbeck dan Federico Macheda menyakinkan Ferguson bahawa mereka tidak perlu bernafsu besar membeli pemain baru seperti

jirannya, City. Juara La Liga, Barcelona dilihat berjaya melakukan pembelian berbaloi musim ini dengan membawa masuk peledak antarabangsa Sepanyol, David Villa yang dibeli dengan harga €40 juta (RM166 juta) dari Valencia. Setakat ini, Villa, yang menjadi penjaring terbanyak Piala Dunia 2010, mencatatkan yuran perpindahan tertinggi di Eropah dan dia diyakini mampu menajamkan lagi jentera serangan Barca. Apatah lagi jika bergandingan dengan Lionel Messi dan menerima umpanan tepat dari Xavi Hernandez dan Andres Iniesta. Seteru utama Barcelona, Real Madrid pula membawa masuk Angel di Maria dari Benfica pada harga €40 juta (RM165.8 juta) dan Sami Khedira, €13.6 juta (RM56.5 juta) dari Stuttgart dalam usaha jurulatih barunya, Jose Mourinho merampas kejuaraan La Liga. Tidak ketinggalan Arsenal yang hanya membawa masuk Maroune Chamakh dari Bordeaux secara percuma dan pemain pertahanan, Lauren Koscielny de-

ngan melepaskan ramai pemain seperti William Gallas, Mikael Silvestre dan Phillippe Senderos. Peminat Liverpool pula ternyata gembira apabila bekas pemain Chelsea, Joe Cole memilih The Reds sebagai destinasi terbaru kariernya. Pembelian itu penting buat pengurus baru, Roy Hodgson bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Benayoun dalam usaha memperbaiki kedudukan The Reds yang terperosok di tangga ketujuh musim lalu. Kehadiran Milan Jovanovic dan Danny Wilson turut menambah keyakinan Hodgson yang kini masih aktif memburu beberapa pemain lain seperti Christian Poulsen dan Loic Remy bagi menggantikan Javier Mascherano dan David N’Gog yang dijangka meninggalkan Anfield. Dengan pintu perpindahan masih terbuka hingga 31 Ogos ini, banyak kejutan bakal berlaku dengan pembelian tidak dijangka. Persoalannya, apakah berbaloi perbelanjaan mewah dilaburkan City dan Real?

10 Perpindahan Utama 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

David Villa (Valencia ke Barcelona) Angel di Maria (Benfica ke Real Madrid) David Silva (Valencia ke Manchester City) Yaya Toure (Barcelona ke Manchester City) Aleksandar Kolarov (Lazio ke Manchester City) Leornado Bonucci (Bari ke Juventus) Simon Kjaer (Palermo ke Wolfsburg) Sami Khedira (Stuttgart ke Real Madrid) Filipe Luis (Atletico Madrid ke Deportivo La Coruna) Pedro Leon (Gerafe ke Real Madrid)

- €40 juta (RM165.8 juta) - €40 juta (RM165.8 juta) - €30.2 juta (RM125.5 juta) - €29 juta (RM120.4 juta) - €19.3 juta (RM80.17 juta) - €15.5 juta (RM64.38 juta) - €14 juta (RM58.15 juta) - €13.6 juta (RM56.49 juta) - €12 juta (RM49.85 juta) - €10 juta (RM41.54 juta)


Sketsa

13 - 26 OGOS 2010

SUKAN

43 41

HAWA

www.transisi.com.my

HIBURAN

Transisi

Kelab mewah belanja sakan

38

Sumpahan Oskar

Suntik botox

Qaliff Umar

www.transisi.com.my

PUSAT REFLEKSOLOGI

PUSAT REFLEKSOLOGI

ya!

BORANG LANGGANAN

TRANS

BUTIRAN PERIBADI

ar

:

No KP

:

Tarikh Lahir

:

Alamat

:

Bahagian Langganan Universiti Utara Malaysia - Transisi 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Azizi, 50300 Kuala Lumpur

Amaun :

ISI

Nama

POS KEPADA

BUTIR BAYARAN

saya melangganingin akhb

Wang Pos

Cek

Bank Draf

(Dibayar atas nama ‘Bendahari Universiti Utara Malaysia’)

Tel: 010 5223832 Fax : 03-26949228 emel: khairi@transisi.com.my

Pembayaran melalui akaun Bank Islam (Acc No: 02093010000010) No :

Telefon bimbit

:

Faks

:

Emel

:

(Sila tulis nama di belakang Cek/Wang Pos/Bank Draf)

Tel (Pejabat):

PROFIL

BUTIR LANGGANAN Status langganan:

Baru

TRANSISI

Pembaharuan

Persendirian

:

26 keluaran - RM52.00

Korporat

UMUR

:

21-25

26-30

31-35

PENDIDIKAN

:

Diploma

Ijazah

Lepasan Ijazah

JAWATAN

:

Eksekutif

Pengurus

Pengarah

Pelajar

13 keluaran - RM26.00 BAGAIMANA ANDA MENGENALI TRANSISI? :

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Universiti Utara Malaysia - Transisi 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Azizi, 50300 Kuala Lumpur Tel : (010) 522 3832

Faks: (603) 26949 228

Emel : khairi@transisi.com.my

DIMANA ANDA DAPATKAN NASKAH ANDA ?:

36 DAN KEATAS Lain-Lain

Pengurus Besar

rat sya k at- nan r tida a Sy gga aran alikan y n b a a l b kem talan em i a • P kan d emb a tuk p n. a n n u gga lan


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.