Ebook Persediaan Ramadan by IMAN

Page 1

Erti Ramadan

Ramadan itu sebuah perjalanan dan sekolah yang boleh menjadikan kita seorang hamba Allah yang baik dan membaikkan. Kenapa baik dan membaikkan? Baik kerana mutiara-mutiara Ramadan itu ibarat latihan-latihan kepada jiwa kita dan membaikkan pula kerana jika kita mengharungi Ramadan dengan penuh pengharapan, kita akan meningkatkan diri kita supaya menjadi orang yang lebih maju dari masa ke masa.

Apa itu Ramadan sebenarnya? Ramadan berasal dari kalimah ramada ( ضمر) yang bererti panas terik. Keadaan yang boleh kita gambarkan bagi memahami falsafah Ramadan adalah seperti batu kelikir yang berada di tengah-tengah padang pasir yang tandus, lalu batu itu disirami air hujan, kemudian datang pula suatu sinar mentari yang terik lalu menjadikan batu kelikir itu bersinar.

Begitulah natijah bagi mereka yang keluar dari ‘sekolah Ramadan’ dalam keadaan mengharap supaya Allah menjadikan dirinya baik dan memperoleh kekuatan jiwa. Diri yang benar-benar berserah kepada Allah, benar-benar berdoa agar Allah

membaiki jiwanya dalam keadaan berusaha ke arah yang lebih baik, dia akan dipandu oleh Allah.

Ramadan bukan sekadar mendidik kita dari sudut zahir seperti menahan diri dari meneguk air ketika terik waktu panas, mengunyah makanan ketika perut kita berteriak, tetapi lebih dari itu. Ramadan mengajar kepada kita apakah itu erti merasa cukup dengan pemberian Allah, apakah itu erti syukur, apakah itu erti berkongsi, apakah itu erti kasih sayang dan apakah itu erti mencari keredhaan Allah.

Matlamat kita ketika Ramadan bukan sekadar menjadikan diri kita dapat menahan nafsu makan, tetapi juga menjadikan kita seorang yang dapat menjaga diri. Itulah hikmahnya Allah mengakhirkan ayat tentang syariat berpuasa dengan lafaz نوقتت مكلعل yang bererti “moga-moga kamu menjadi orang yang bertaqwa”.

Orang yang bertaqwa itu bagaimana sebenarnya? Selalu kita dengar kalimah ini atau seakan-akan dengannya. “Taqwa”, “orang yang bertaqwa”, tetapi apa maksud sebenarnya?

Kalimah taqwa ( ىوقت) berasal dari kalimah ةياقو yang membawa erti penjagaan. Ini bererti jika kita mengharungi bulan mulia ini dengan penuh azam dan kesungguhan, maka kita akan dapat menjaga diri kita dari cengkaman anasir tidak baik. Adapun ciri-ciri taqwa itu ada empat menurut Sayyiduna Ali RA:

Muzuza

1. Takut kepada Allah

2. Beramal dengan al-Quran

3. Merasa cukup dengan nikmat Allah

4. Bersedia dengan hari kemudian

Inilah apa yang akan terisi dalam jiwa kita apabila kita memahami apa itu erti Ramadan.

Tips mendapatkan Ramadan yang bermakna

1. Berkenalan dengan bulan Ramadan

Mana mungkin suatu cinta akan berputik tanpa adanya perkenalan yang baik dan mendalam. Maka gunakan peluang kali ini dalam hidup kita supaya kita dapat mengenal apa itu Ramadan sebenarnya dan sudah tentu Ramadan bukanlah sebatas menahan makan dan minum kemudian terbuka halangan itu setelah azan maghrib sahaja. Ia lebih dari itu.

Ramadan itu sebuah pengertian diri, kita mempelajari siapakah diri kita iaitu sekeping jiwa yang mempunyai nafsu. Nafsu itu pula mampu dilentur dan dididik dengan adanya rasa syukur dan sabar. Didikan nafsu itu akan menjadi suatu erti besar dalam hidup untuk menjadi hamba Allah yang baik dan membaikkan.

Mulakan perkenalan indah antara kita dan Ramadan dengan mengetahui maksud namanya dan kelebihan-kelebihan yang sarat dari awal sehingga akhir. Kelebihan-kelebihan dalam Ramadan bakal menjadikan kita seorang yang memaknainya dengan dalam. Pandangan kita terhadapnya mungkin berubah berbanding sebelum ini. Ramadan akan tampak seperti suatu fasa yang paling indah dalam hidup kita di saat sekeliling kita menyempitkan peluang kita melihat sinar kebaikan, Ramadan menjadi fasa yang penting untuk kita membukanya kembali dan kembali kepada jalan Ilahi.

SMT Edisi Ramadan

2. Persediaan untuk menerimanya

Setelah mengenal apa itu Ramadan dan kelebihannya, kita mempersiapkan diri kita pula untuk menerima kehadirannya. Menerima kehadiran Ramadan bukan sekadar dari sudut fizikal tetapi menerima dengan hati dan sanubari yang dalam.

Hati yang benar-benar bersedia menerima Ramadan dengan ikhlas, berazam supaya Ramadan ini ditunaikan hak padanya dan diberikan suatu interaksi yang baik iaitu adab yang tinggi. Hati yang benar-benar tulus menerima kedatangan Ramadan akan mendorong diri kita untuk menggerakkan panca indera.

Persediaan dari sudut jasmani adalah sangat penting seperti kita mula bertatih berpuasa sunat sebelum datangnya Ramadan. Ibarat sepasang bakal ibu bapa yang berlatih untuk minimumkan tidur dek kerana jiwa mereka yang bersedia dan teruja dengan ketibaan putera atau puteri yang disyukuri.

Persediaan dari sudut rohani pula menjadi tunjang penting dalam cinta kita kepada Ramadan seperti sifat sabar dan syukur yang tulus. Keterujaan dengan berita hampirnya Ramadan mampu buatkan jiwa kita kian jauh dari segala yang mencemarkan jiwa. Tiada sifat panas baran, tiada juga sifat suka membazir, bahkan lebih menjadi aman dengan sifat-sifat yang baik.

Apabila kita bersedia secara zahir dan batin, Ramadan yang hadir tidak disia-siakan bahkan akan kita hargai. Hati kita menjadi damai dengan hadirnya Ramadan, bukan menjadi kusut.

3. Jatuh cinta dengan Ramadan

Perkenalan kita dengan Ramadan dari namanya, kelebihannya, apa yang kita perlu sedia menjelang kehadirannya, ini membawa kepada cinta Ramadan yang kukuh. Cinta kita terhadap Ramadan akan lebih kukuh sepanjang kita menerima kunjungannya iaitu usai Sya’ban berakhir. Kita akan merasa bahawa kitalah manusia yang paling beruntung kerana diberikan anugerah ini.

Kita diberi peluang untuk berada pada suatu bulan yang penuh berkat, kebaikan, dan peluang untuk menghindar segala keburukan. Alangkah agung dan hebatnya bulan ini tiga puluh hari padanya boleh membawa ke syurga.

Muzuza

Padanya diturunkan al-Quran dan disisipkan satu malam yang mempunyai kebaikan lebih hebat dari seribu bulan!

Ada orang yang melalui Ramadan sehingga dia merasa jiwanya kerdil lalu kembali ke jalan Ilahi. Ada juga orang yang melalui Ramadan sehingga dia merasa sudah tiba waktunya, dia menjadi orang yang baru lalu menjadi orang yang lebih produktif. Maka tiada mustahil buat kita yang sudah sekian lama berazam untuk mencintai Ramadan sehingga mengubah diri kita menjadi lebih baik.

Inilah kehebatan Ramadan dan apa yang dirasai oleh golongan terhebat dalam sejarah Islam iaitu golongan salaf al-Soleh. Mereka cintakan Ramadan sehingga merasa sedih dan hiba apabila Ramadan berlalu meninggalkan.

Syukur

Baca & tadabbur al-Quran

Banyak memberi

Sabar

Kuran makan

Rasa cukup

Sedekah

Tawakal

Rendah diri

Solat

Doa

Puasa

SMT Edisi Ramadan

4. Bersabar padanya

Setiap kecintaan terhadap sesuatu tidak sunyi daripada ujian dan cabaran. Begitulah kita dengan Ramadan. Segala keindahan dan kehebatan Ramadan

hakikatnya perlu kita lalui dengan penuh sabar. Nafsu kita ketika Ramadan ibarat melonjak membara.

Maka di sinilah perlunya kesabaran. Mengapa kita perlu bersabar?

Kerana sabar itu simbol kepada pengorbanan. Kita korbankan keinginan diri kita semata-mata untuk menjadikan Ramadan kita penuh makna dan erti. Kita korbankan segala kemahuan kita sepanjang Ramadan seperti makan minum, melontarkan kata-kata yang tidak perlu dan seumpamnya supaya Ramadan itu memberi kesan kepada jiwa kita.

Maka itulah syarat kepada cinta, iaitu pengorbanan. Tiada cinta yang mampu kita ungkapkan tanpa secebis pengorbanan. Cintakan Allah, pemudapemuda al-Kahfi sanggup mengorbankan segala kemewahan lalu menuju kepada gua. Cintakan Rasul, para sahabat Nabi sanggup mempertahankan Baginda dari dicemuh. Cintakan Ramadan, kita sanggup melalui hari-hari dengan penat tetapi dalam hati kita, kita mengetahui bahawa ini semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul. Inilah hakikat cinta yang membawa ke syurga.

5. Setia dengan kebaikan

Sepurnama kita melalui dan menikmati Ramadan, maka langkah seterusnya menguji diri kita yang sebenar. Benar, mungkin hati kita hiba dek kerana Ramadan bakal meninggalkan kita jua sama ada rela atau tidak. Namun cinta kita kepada Ramadan akan mengubah hati kita.

Apa yang berubah? Diri kita. Ramadan tidak berubah, tetap 30 hari dan 30 malam, tetapi yang berubah adalah diri kita. Diri kita berubah dengan hebat sekali apabila memaknai Ramadan.

Perubahan yang mungkin kita hadapi termasuk lebih banyak bersyukur dengan nikmat Allah dek kerana banyaknya kita menyedari hakikat kesusahan sahabat-sahabat yang mungkin tidak mendapat makan minum seperti kita. Lagi, sabar dengan ujian. Kemudian diri kita mungkin lebih rapat dan dekat kepada al-Quran kerana sebulan kita cuba mendekati al-Quran.

Muzuza

Perubahan-perubahan yang mungkin terkesan dari Ramadan ini tidak mampu kita ungkapkan kesemuanya kerana setiap jiwa boleh jadi mempunyai

perubahan yang berbeza. Itulah hebatnya Ramadan yang mampu membentuk setiap jiwa tanpa mengira apa sahaja latar belakangnya. Syaratnya, jiwa itu menginginkan Ramadan, maka Ramadan akan menjadi sahabat baiknya lalu

menjadikan kelebihan-kelebihannya melekat padanya.

Kebaikan-kebaikan yang kita lakukan ketika Ramadan itu diteruskan dan disemat ke dalam hati. Sebatikan jiwa kita dengan semangat Ramadan supaya kita menjadi hamba Allah yang setia. Setia dengan kebaikan. Walaupun Ramadan mungkin berlalu pergi dan kita tidak tahu apakah ini kali terakhir kita menemuinya, tetaplah setia bersama segala kebaikan kerana Ramadan itu lebih dari sekadar bulan.

Ramadan itu sebuah cinta, peluang dari Allah dan pintu kemajuan diri. Ramadan itu sebuah perjuangan dari diri, terhadap diri dan kepada diri.

Muzuza

SMT Edisi Ramadan

“Hmm, buang masa sahaja kursus-kursus ni. Sedarnya seminggu dua sahaja, lepas itu balik jadi macam dulu-dulu juga!” keluh seorang pekerja yang pesimis dengan kursus yang dihadirinya.

Keluhan beliau munasabah.

Namun, ia bukan hanya terjadi kepada kursus berkenaan. Malah kebaikankebaikan hasil ibadah yang Allah swt sendiri rencanakan untuk kita pun ada risiko yang serupa. Ramadan sudah sinonim sebagai bulan latihan. Bulan kita fokus kepada penambahbaikan diri. Kemudian Ramadan berlalu, dan kita terkapai-kapai dalam lautan kebiasaan silam menenggelamkan perubahan yang baru bertunas.

Ia ada kaitan dengan kemanusiaan kita.

٧

أ دق

١٠ اهىس د نم باخ دقو

Demi diri manusia dan demi apa yang menyempurnakan kejadiannya.

Maka Dia telah ilhamkan kepadanya kecenderungan kepada kejahatan dan ketakwaan. Sesungguhnya berjayalah sesiapa yang menyucikan jiwanya.

Dan sesungguhnya rugilah mereka yang tenggelam di dalam keburukannya.

(Al-Shams 91: 7 - 10)

Manusia itu ada pasang surutnya. Semasa meningkat, mereka taat seumpama malaikat. Semasa surut, mereka ingkar hingga lebih sesat berbanding haiwan. Manusia bukan malaikat yang ketaatannya statik. Manusia juga bukan haiwan. Bukan jin syaitan yang ingkarnya tiada lagi peluang berubah. Manusia berada di antara dua penjuru yang ekstrim.

“Barangsiapa menyembah Ramadan, sesungguhnya Ramadan telah berlalu. Barangsiapa menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak akan mati.”

اهى وس امو سفن و
ز نم
٨ اهى وقت و اهروجف اهمهل أف ٩ اهىك
حلف
SMT Edisi Ramadan

Ungkapan ini sering dipetik khatib dan penceramah di penghujung bulan Ramadan. Ia mimik kepada kata-kata Abu Bakr al-Siddiq r.a. ketika cuba mententeramkan Umar ibn al-Khattab r.a. dan sahabat-sahabat yang lain usai kewafatan Nabi Muhammad ﷺ .

Apakah paksi agama kita adalah Muhammad ﷺ ? Jika begitu, kita terperangkap di dalam kesesatan golongan murtad di hari itu yang enggan membayar zakat kerana Muhammad ﷺ sudah wafat. Demikian juga persoalannya dengan kesungguhan ibadah kita di bulan Ramadan. Adakah kerana bulan Ramadan, atau demi Tuhan bulan Ramadan?

Ramadan berlalu.

Allah swt Maha Hidup dan beribadah kepada-Nya perlu diteruskan.

Apa keadaan kita selepas Ramadan adalah persoalan yang berat.

Kembali kepada diri sebelumnya adalah kebarangkalian yang amat meletihkan.

Ia menimbulkan bibit sesal.

Kebesaran dan keutamaan ibadah memang jelas di dalam fakta. Kita semua tahu sembahyang sunat tidak mungkin lebih besar pahalanya dan lebih utama perintahnya berbanding sembahyang yang fardu. Tetapi kita akur bagaimana kita mengejar solat Tarawih berjemaah di masjid, kemudian masjid kembali sepi apabila tiada lagi tarawih. Apa yang tinggal hanyalah solat fardu yang Allah berikan perintahnya kepada Nabi Muhammad ﷺ semasa Mi’raj baginda kepada-Nya.

Kita tidak mahu menyindir sesiapa kerana ia adalah medan perjuangan kita semua. Selagi masih hidup dan belum mati, tiada sebarang jaminan untuk sesiapa pun jua di kalangan kita, bahawa kita mampu beristiqamah.

Hasrizal Abdul Jamil

BEBAN ISTIQAMAH

ةعقاولاو

“Abu Bakr berkata: wahai Rasulullah, aku melihat engkau telah beruban?

Jawab baginda: aku telah diubankan oleh Surah Hūd, al-Wāqi’ah, al-Mursalãt dan ‘Amma Yatasā’alūn”

(Hadith riwayat al-Tirmidhi)

Kali pertama saya belajar mengenai kisah di atas, ia adalah di era Britain ditadbir oleh kerajaan Tony Blair. Beliau menjadi Perdana Menteri pada usia pertengahan 40an. Tidak lama selepas beliau memegang jawatan tertinggi itu, saya melihat perubahan ketara fizikal apabila rambutnya putih beruban dan kelihatan tua begitu segera.

“Oh, seseorang boleh bekerja dan berfikir mengenai sesuatu hingga fizikalnya terkesan. Barangkali demikianlah para sahabat melihat kesan penuaan pada diri Rasulullah ﷺ hingga Abu Bakr r.a. bertanya mengenainya kepada baginda. Ayat-ayat di dalam surah Hud dan saudara-saudaranya itu mengandungi kisah dan perintah yang berat ke atas Nabi Muhammad ﷺ .

Salah satunya adalah mengenai perintah istiqamah.

ISTIQAMAH DAN KONSEP TRANSFER

DALAM PENDIDIKAN

Salah satu topik besar di dalam sains pembelajaran dan psikologi kognitif adalah transfer . Ia merujuk kepada keupayaan satu-satu kemahiran tertentu diajar dan dilatih di dalam satu keadaan, kemudian kemahiran berkenaan boleh dipindahkan ke konteks berbeza di luar bilik darjah dan sekolah. Ia adalah objektif idaman pendidikan. Namun menghasilkannya adalah amat sukar.

Armenia pernah mewajibkan permainan catur kepada semua murid di sekolah negara berkenaan. Ia ekoran kepercayaan pada masa itu bahawa murid-murid yang mahir bermain catur adalah mahir dalam problem solving . Kemahiran menyelesaikan

دوه نيتبيش لاق تبش دق للَّها لوسر اي هنع للَّها ضير ركب وبأ لاق تر وك سمشلا اذ إو نول ءاستي معو تلاسرملاو
SMT Edisi Ramadan

masalah adalah salah satu kemahiran paling mahal dan dijulang tinggi dalam pendidikan alaf ke-21 ini.

Namun kajian lanjut mendapati seorang murid itu mahir di dalam catur bukan kerana kemahirannya dalam problem solving telah meningkat. Sebaliknya ia berpunca daripada berulang-ulang kali bermain sebagai latihan, murid berkenaan mempunyai stok memori yang besar di dalam ingatannya. Ia membantu untuk mengatur strategi bermain catur, tetapi ia bukan kemahiran penyelesaian masalah yang mempunyai keupayaan transfer ke konteks pekerjaan dan sebagainya.

Penyelidik di dalam sains pembelajaran juga berhati-hati meninjau keupayaan memindahkan kemahiran kepada konteks yang dekat ( near transfer ) dengan konteks yang jauh ( far transfer ). Kemahiran di dalam satu topik matematik, lebih berpotensi untuk dipindahkan ke topik lain di dalam subjek yang sama. Kemahiran itu mungkin mencabar sedikit untuk dipindahkan ke subjek lain tetapi masih ada kaitan jelas dengan matematik. Tetapi memindahkan kemahiran matematik ke dalam subjek akidah dan sejarah, cabarannya menjadi lebih besar.

Kita pegang kefahaman ini semasa meneliti persoalan istiqamah, dan bagaimanakah latihan-latihan di bulan Ramadan, boleh dibawa untuk diamalkan pada bulan-bulan seterusnya.

Allah swt tidak membiarkan kita terawang-awang sendirian mencari jalan beristiqamah. Urusan yang berat dan besar ini, Allah bekalkan panduan mengenainya di dalam surah Hud, ayat 112 hingga 115:

Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa teguh berdiri di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

١١٢ يرصب نولمعت امب ۥ هن إ اوغطت لَا و كعم بات نمو ترم أ امك مقتسٱف
Hasrizal Abdul Jamil

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim

maka (kalau kamu berlaku demikian), nescaya Neraka akan menyambarmu kepadanya, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

ى

Dan dirikanlah solat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Dan sabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orangorang yang berbuat kebaikan.

مث ء الِي و أ نم للَّهٱ نو د نم مكل امو رالنٱ مكسمتف اوملظ ني لَّذٱ لَى إ اونك رت لَا و ١١٣ نو صَرنت لَا
كل ذ
يسلٱ بۡنه ذي تنسلۡحٱ ن إ للِي ٱ نم افل ز و راهلنٱ فَي رط ةولصلٱ مق أو ١١٤ ني رك ذلل
رك ذ
تا
١١٥ يننسحملٱ رج أ عيضي لَا للَّهٱ ن إف بِرصٱو
SMT Edisi Ramadan

RUKUN PERTAMA: JANGAN MELAMPAU DALAM BERAGAMA

اوغطت لَا و

“Janganlah kamu melampau”

Melampau boleh terjadi kerana fikiran, boleh juga kerana perasaan. Melampau dalam beragama boleh terjadi apabila fikiran tidak dibimbing dengan ilmu yang baik mengenai apa sebenarnya yang Allah perintahkan ke atas kita. Melampau juga boleh terjadi apabila emosi mengalahkan akal lantas sesuatu dibuat secara berlebih-lebihan dengan sangkaan ia memberi makna kepada keberagamaan diri.

Rasulullah ﷺ membimbing kita di bulan Ramadan agar mencari titik seimbang yang selamat daripada sikap melampau. Bimbingan baginda terjadi di dalam perkara yang mungkin kita remehkan tanpa sedar.

Menyegerakan berbuka puasa, dan melewatkan sahur.

“Bawa bertenang, kalau tak bersahur pun bukannya tak boleh. Jom makan siap-siap. Ini pun dah jam 12 malam,” kata seorang anak muda kepada rakannya.

Allah memerintahkan dia berpuasa apabila masuk waktu subuh, sekitar jam 5:45 pagi waktu Malaysia. Tanpa sedar, makan siap-siap sebelum tidur dengan memaksudkannya sebagai sahur awal, menjadikannya mula berpuasa seawal jam 1 pagi. Melebihi yang disuruh. Melampau. Puasa cukuplah 13 jam, tetapi beliau sengaja memanjangkannya menjadi 18 jam dek mengabaikan perintah melewatkan sahur ke waktu yang sepatutnya, sebelum subuh.

“Alahai, aku agak dah. Jalan mesti sibuk punya. Tak apalah, bukannya mati berbuka lewat setengah jam” kata seorang lelaki yang terperangkap di tengah-tengah lautan kereta.

Allah memerintahkan dia berpuasa dari masuk waktu subuh hingga masuk waktu Maghrib, sekitar jam 7:30 petang waktu Malaysia. Dia berpuas sehingga jam 8:30 malam. Lebih daripada yang disuruh. Melampau.

Hasrizal Abdul Jamil

Bukan tanggungan fizikal itu yang menjadi persoalan. Tetapi latihan spiritual pada beragama mengikut ketetapan Tuhan Pemilik Syariat. Sikap mengabaikan amalan bersahur dan membiarkan kejadian terlewat berbuka puasa kerana terperangkap di dalam kesesakan jalan raya yang sudah dijangka, adalah menyanggahi peringatan Nabi ﷺ .

‘Amr bin al-’Aas r.a. meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah bersabda:

رحسلا ةلك أ باتكلا له أ مايصو انمايص ينب ام لصف

“Perkara yang menjadi pemisah di antara puasa kita dengan puasa Ahli

Kitab adalah (kita ini) makan sahur”

(Hadith riwayat Muslim: 1096)

نورخؤي ىراصلناو دوهلِي ا نلأ رطفلا سالنا لجع ام ارهاظ ني لدا لازي لَا

“Agama kita akan teguh nyata selama mana orang ramai menyegerakan berbuka puasa kerana sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani itu melewatkannya”

(Hadith riwayat Abu Dawud: 2353)

Bayangkan.

Kita meneliti data-data besar seperti keluaran dalam negeri kasar untuk menentukan sama ada rakyat dan negara sesebuah negara itu berkeadaan baik atau tidak. Ia munasabah.

Tetapi Rasulullah ﷺ menjadikan cara kita berbuka puasa dan bersahur, sebagai indikasi baik atau buruknya keadaan umat pada satu-satu masa. Di sebalik waktu berbuka dan bersahur itu ada larangan besar dalam agama, iaitu “jangan melampau”.

Kemusnahan ajaran Yahudi dan Nasrani banyak berlegar di sekitar perbuatan melampau dalam beragama. Mengharamkan apa yang halal atas nama mendekatkan diri kepada Tuhan, penganut syariat terdahulu melakukan kesilapan memberat-

SMT Edisi Ramadan

beratkan agama mereka lebih daripada yang Tuhan perintah, hingga akhirnya agama itu menjauhi fitrah dan tidak dapat ditanggung oleh manusia pada mengamalkannya.

Justeru di bulan Ramadan, perbaikilah kecenderungan diri kita yang sering menganggap perkara-perkara yang berat dan susah itu sebagai jalan menuju takwa.

Salah faham yang selalu terjadi pada menganggap lagi susah lagi banyak pahala, lagi bagus, lagi Allah swt suka.

Sesungguhnya sifat melampau mencabar upaya konsistensi.

Amalan yang sederhana malah sedikit tetapi berterusan adalah yang terbaik.

Sheikh Fadhl Hasan Abbas rahimahullāh ketika menyentuh isu ini di dalam bukunya Al-Khumāsiyyat al-Mukhtārah fi Tahdhīb al-Nafs al-Ammārah , beliau berkata“sesungguhnya berlebihan dan berkurangan adalah adik beradik.”

Keterangan-keterangan al-Quran sering menyertakan perbuatan melampau ini dengan fasad. Melampau punca kerosakan. Sifat melampau (taghut dan tughyan) itu dirujukkan kepada kaum ‘Aad dan Thamud, Firaun dan Qarun, bahawa melampau mereka itulah yang mengundang kerosakan dan kebencanaan.

Bukan hanya pada soal moral dan akhlaq, malah hukum Allah pada alam juga begitu. Melampau pada makan minum, binasa badan, melampau pada meratah alam, kehidupan manusia binasa. Sifirnya mudah, melampau itu membunuh keseimbangan. Ia tidak mesra alam, kerana itu ia dicela Pemilik alam.

Jangan melampau dalam beragama. Pada amalan, juga pada prinsip, pemikiran dan perasaan.

Tiga sahabat bertanya kepada para isteri Nabi Muhammad ﷺ mengenai ibadah baginda. Apabila mereka menceritakan sifat ibadah Rasulullah ﷺ , ceritanya berbunyi ‘biasa-biasa’. Tiada yang luar biasa.

“Di mana pula kedudukan kita berbanding baginda?” fikir mereka.

Lantas ada yang berazam mahu solat sepanjang malam tanpa tidur, berpuasa sepanjang masa, malah ada yang enggan berkahwin agar boleh memaksimumkan fokus ibadah.

Kisah berkenaan sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad ﷺ lantas baginda membetulkan salah faham itu dengan bersabda:

Hasrizal Abdul Jamil

“… Akan tetapi aku bersolat dan aku tetap tidur. Aku berpuasa dan aku berbuka. Aku juga mengahwini wanita. Sesiapa yang enggan mengikut sunnahku, maka dia bukan dari kalangan umatku!”

(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Allah swt jadikan seluruh alam, langit dan bumi, ada neraca keseimbangan yang disebut al-Mīzān. Tanpa keseimbangan, segalanya jadi rosak dan hilang kestabilan dan kelangsungan.

“Dan janganlah kamu melampau terhadap neraca (al-Mīzān) itu.”

(Al-Rahmān 55: 8)

RUKUN KEDUA: JANGAN CENDERUNG KEPADA GOLONGAN

YANG ZALIM

“Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim”

Hasan al-Basri rahimahullah pernah menyebut, “telah dijadikan agama itu di antara

DUA JANGAN. Jangan melampau, dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim”

Cenderung yang bagaimana?

“Cenderung pada dua keadaan. Sama ada kecenderungan prinsip dan emosi, atau kecenderungan berbentuk kebergantungan” kata Sheikh Fadhl Hasan Abbas di dalam bukunya al-Khumāsiyyāt al-Mukhtārah

سيلف تِينس نع بغر نمف ءاسنل ا ج و زت أو رطف أو موص أو مان أو لِّيص أ ان أ ينكل نيم
٨ نايزملٱ فِي
أ
اوغطت لَا
اوملظ ني لَّذا لَى إ اونك رت لَا و
SMT Edisi Ramadan

Cenderung jenis yang pertama, menjadikan emosi menggadai prinsip dan kebenaran tatkala mendepani si zalim dan kezalimannya.

Berkawan, andai ada di kalangan mereka yang melakukan kemungkaran serta melalaikan, kita ada pilihan. Kita boleh memilih untuk mengutamakan keselamatan diri dan meninggalkan mereka. Kita juga memilih untuk meneruskan persahabatan.

Andai pilihan kita adalah yang pertama, berusahalah dengan ihsan, agar persahabatan tidak bertukar menjadi permusuhan.

Jika pilihan kita adalah yang kedua, berada bersama kawan-kawan semasa mereka melakukan kemungkaran, kita perlu menunaikan tanggungjawab mencegah kemungkaran.

Cegah dengan tangan… sama ada berbentuk tindakan munasabah secara literal, atau menggunakan kuasa dan pengaruh yang kita ada.

Cegah dengan lisan… menyampaikan nasihat. Menegur secara baik, bukan menyindir atau mencela, tetapi membersihkan kotoran dengan kebersihan. Jangan kemungkaran menatijahkan kemungkaran.

Cegah dengan hati… ia selemah-lemah iman. Bimbang mengecilkan hati kawan, khuatir terguris perasaan, hendak mengganggu sembang kerana mahu menunaikan solat pun kita tidak sampai hati, mencegah kemaksiatan dengan selemah-lemah iman pun, gagal ditunaikan.

Ia tidak berakhir di situ. Keupayaan diri sendiri untuk istiqamah juga mula terheret ke dalam risiko kegagalan. Benteng terakhir diri runtuh perlahan-lahan, apabila cenderung kepada orang-orang yang zalim.

Zalim itu tidak semestinya pemerintah kuku besi atau penjenayah. Tidak semestinya non Muslim atau musuh agama. Sebagaimana umumnya ia disebut Allah swt, maka umumlah aplikasinya dalam kehidupan seharian kita. Apa jua perbuatan yang tidak wajar, tidak sepatutnya, adalah zalim. Sebesar-besarnya zalim adalah syirik kepada Allah. Zalim yang kecil-kecil pula mengelilingi kehidupan seharian kita, dilakukan oleh orang-orang yang kita sayang dan tidak mahu mereka terguris hati.

Bayarannya adalah istiqamah diri sendiri!

Hasrizal Abdul Jamil

Manakala kecenderungan jenis kedua pula, ialah berbalik kepada makna perkataan RUKUN yang digunakan di dalam ayat itu tadi. Rukun itu adalah tempat bersandarnya sesuatu, sebagaimana struktur rumah bergantung kepada tiang yang disebut RUKUN. Maka mereka yang cenderung kepada manusia zalim itu, antaranya ialah manusia yang bersandar dan bergantung kepada si zalim.

Bergantung kepadanya untuk makan minum.

Bergantung kepadanya untuk mengekalkan posisi. Atau apa sahaja kebergantungan yang berbalik kepada penggadaian prinsip itu tadi.

Dan si zalim pula bersandar kepada orang-orang yang bersandar dengannya. Golongan yang cenderung kepada si zalim itulah yang memberi ‘nyawa’ kepada kezaliman si zalim, yang bernafas pada meratah seribu kezaliman, kemudian bersedekah satu kepada perukun-perukun yang bergantung kepadanya.

Di dalam Kitāb al-Kabāir oleh al-Imām al-Dhahabī rahimahullāh, ada disebutkan kisah ini:

Seorang tukang jahit datang kepada Sufyan al-Thauri rahimahullāh dan berkata: sesungguhnya aku adalah tukang jahit pakaian sultan (yang zalim) itu. Apakah aku termasuk di dalam golongan pembantu-pembantu (yang cenderung) kepada si zalim? Sufyan al-Thauri menjawab: Bahkan engkau termasuk di dalam golongan manusia yang zalim. Ada pun mereka yang cenderung kepada si zalim ialah mereka yang menjual jarum dan benang kepadamu!”

Begitu sekali kerasnya amaran Sufyan al-Thauri kepada lelaki berkenaan.

Ilmuan atau sesiapa sahaja, yang mengharapkan habuan daripada golongan berkedudukan yang zalim, akan terkorban ilmu dan integriti mereka. Bukan sahaja malang di dunia, di Akhirat kelak akan disambar oleh api Neraka.

انأ له ناطلسلا بايث طيخأ لجر نِّيإ لاقف ير ولثا نايفس لَى إ طايخ لجر ءاجو
ناوعأ نكلو مهسفنأ ةملظلا نم تنأ لب نايفس لاقف ةملظلا ناوعأ نم طويلخاو ةربلإا كنم عيبي نم
ةملظلا
SMT Edisi Ramadan

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim

maka (kalau kamu berlaku demikian), nescaya Neraka akan menyambarmu kepadanya, sedangkan kamu tidak ada sebarang pembantu selain Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Hūd 11: 113)

Golongan yang cenderung kepada si zalim, mereka bukan masuk Neraka secara dicampak. Sebaliknya mereka disambar oleh api Neraka.

Kita sentiasa ingat kepada kezaliman orang-orang zalim. Luka dan parut yang mereka tinggalkan berbekas merentas masa, lautan dan darat. Tetapi kita sering lupa kepada pembantu-pembantu si zalim. Golongan enablers ini menangguk di air keruh, mengukuhkan kedudukan si zalim sambil menikmati habuan kerana si zalim dan pembantu saling kuat menguatkan.

Jika si zalim itu seumpama bongkah batu besar yang tidak dapat diubah dengan menolaknya, maka pembantu-pembantunya adalah batu-batu kecil yang berada di bawah dan keliling bongkah tersebut. Usaha banyak tertumpu kepada batu besar itu kerana jelasnya dia dan kezalimannya. Sedangkan kekuatannya banyak disebabkan oleh sokongan kerikil dan pasir yang menampung, yang kurang kelihatan dan kurang diberi perhatian.

Neraka Allah menyambar golongan ini , menghadirkan mereka ke azab yang menakutkan. Si zalim rebah dengan balasan setimpal dengan kezaliman mereka, namun golongan yang rukun kepada si zalim, disambar sendiri oleh Neraka, biar pun kita terabai daripada menghantar mereka ke seburuk-buruk kesudahan itu.

مث ءالِي و أ نم للَّها نو د نم مكل امو رالنا مكسمتف اوملظ ني لَّذا لَى إ اونك رت لَا و نو صَرنت لَا
Hasrizal Abdul Jamil

RUKUN TIGA: DIRIKAN SOLAT

Dan dirikanlah solat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

(Hūd 11: 114)

Istiqamah bersandar kepada solat.

Solat yang terbahagi seimbang di sepanjang siang dan malam dalam sehari, membantu kita kekal berhubung dengan Allah, mengingati-Nya dan mendamaikan diri daripada keresahan demi keresahan yang tidak berkesudahan.

Puasa di bulan Ramadan memenatkan. Solat pula merehatkan.

Salim ibn Abu al-Ja’d menceritakan seorang lelaki (Mis’ar mengagak bahawa lelaki berkenaan daripada Kabilan Khuza’ah) berkata: alangkah baiknya jika aku telah bersolat dan berasa selesa berehat dengannya. Kata-katanya itu seakan-akan tidak dapat diterima oleh mereka yang berada di sekitarnya lantas membantah kenyataan beliau. Lelaki berkenaan menjelaskan bahawa aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

“Wahai Bilal, bacakanlah iqamah untuk memanggil kepada solat. Kita berasa rehat dengan solat itu.”

(Hadith riwatar Abu Dawud: 4985)

Solat berat bagi yang mereka yang tidak beroleh khusyuk mendirikannya.

ى رك ذ كل ذ تاـيسلٱ بۡنه ذي تنسلۡحٱ ن إ للِي ٱ نم افل ز و راهلنٱ فَي رط ةولصلٱ مق أو ١١٤ ني رك ذلل
اهب انحر أ ة لاصلا مق أ ل لاب اي
SMT Edisi Ramadan

Mendirikannya dengan khusyuk menghadirkan makna-makna sebenar solat, bahawa ia adalah bicara kita dengan Allah swt.

Orang yang berkasih boleh berbual dengan telefon berjam-jam lamanya. Tidak jemu bercakap dan tidak jemu mendengar percakapan. Kuasa kasih, menjadikan kesusahan hilang keberatan, jadi kenikmatan juga kerehatan. Jika rasa terbeban ketika hendak mendirikan solat, ambillah ia sebagai isyarat untuk kita meninjau bentuk hubungan kita dengan Allah swt. Adakah perintah Allah itu masih menjadi beban kepada kita, atau kita mula perlahan-lahan menikmati rasa selamat, beruntung, terjaga, apabila Pencipta kita tidak membiarkan kita terawang-awang hidup tanpa arah dengan menyediakan petunjuk dan ‘talian’ berhubung’.

Bersolatlah sehingga dengan solat kita sayangkan Allah swt.

Bersolatlah sehingga kasih sayang Allah swt kepada kita menjadikan solat tidak lagi beban, sebaliknya sebuah kerehatan.

Dalam seribu satu ujian mendidik anak-anak tatkala kami hidup sebagai golongan minoriti di Ireland ini, berpesan-pesan agar menjaga solat adalah sebesarbesar urusan antara kami sebagai ibu bapa, dengan mereka. Selagi bersolat, kuranglah rasa bimbang. Apabila mula mengabaikan solat, seluruh dunia akan mengancam jati diri mereka.

Istiqamah mereka.

Istiqamah kita juga.

Bersabarlah mendirikannya.

RUKUN EMPAT: BERSABARLAH

Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

(Hūd 11: 115)

١١٥ يننسحملٱ رج أ عيضي لَا للَّهٱ ن إف بِرصٱو
Hasrizal Abdul Jamil

Perbahasan mengenai sabar telah disentuh sebelum ini, ketika mengulas sabda Nabi Muhammad ﷺ bahawa sabar itu seperti matahari.

Sabar menjadi rukun keempat istiqamah kerana istiqamah itu adalah urusan yang panjang. Rasulullah ﷺ berpesan:

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya bersabar dalam perkara yang engkau tidak suka itu ada kebaikan yang sangat banyak. Dan sesungguhnya kemenangan itu adalah dengan bersabar.”

(Hadith riwayat Ahmad: 2803)

Sabar menyempurnakan rukun istiqamah kerana semua rukun sebelumnya tidak akan berdiri tanpa sabar.

Cabaran yang memerlukan sabar datang dari luar dan dalam diri kita, hadir secara tersembunyi dan nyata. Semuanya memerlukan sabar.

Kita bukan hanya diperintakan oleh Allah agar mendapatkan pertolongan-Nya dengan sabar dan solat, malah solat itu sendiri berhajatkan kepada sabar untuk setia menegakkannya. Kita, dan seisi keluarga:

Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

(Taha 20: 132)

Ingatkah kalian kepada perbincangan awal kita mengenai cabaran near transfer dan far transfer untuk memindahkan kemahiran-kemahiran yang dibentuk di bulan ini ke kehidupan pasca Ramadan? Ia rumit kerana fitrah diri kita sendiri sebagai manusia. Namun kerumitan, bukan alasan untuk ia tidak berhasil. Kita tidak berusaha berpaksikan keupayaan diri sendiri semata-mata.

بِرصلا عم صَرلنا نأو ايرثك ايرخ هركت ام على بِرصلا فِي نأ ملعاو
١٣٢ ى وقتلل ةبقعلٱو كقز
رن ننَّح ۖ اقز ر كل سن لَا ۖ اهيلع بِرطصٱو ةولصلٱب كله أ رم أو
SMT Edisi Ramadan

Pada tahun 1940, The New York Times menyiarkan sebuah makalah bertajuk, Sisu: A Work That Explains Finland. Kemenangan tentera Finland mengalahkan bala tentera Rusia yang jauh lebih gergasi di dalam Winter War (1939-1940) mengangkat sisu sebagai kualiti unik pada memperkenalkan siapakah bangsa Finnish kepada dunia.

Akan tetapi, seperti yang diusulkan oleh Emilia Lahti di dalam kajiannya bertajuk Embodied Fortitude: An Introduction to the Finnish Construct of Sisu (2019), sisu bukanlah kualiti yang terbatas hanya kepada masyarakat Finnish, tetapi ia adalah kualiti yang ada pada seluruh manusia. Sudah tiba masanya untuk kekuatan yang menjadi paksi kepada sisu itu turut ditinjau melalui perjuangan dan budaya bangsa lain di seluruh dunia.

Sebagai seorang Muslim yang Allah rezekikan bermastautin di Finland selama empat tahun, topik sisu menjadi wacana saya bersama rakan sepengajian. Konsep yang merupakan social construct itu mempunyai kelompongan universal apabila kekuatan dalaman manusia bergantung semata-mata kepada usaha dirinya. Seseorang mungkin kuat mendepani tekanan dan seksaan musuh, kemudian lemah dan kalah menghadapi kesunyian serta kehidupan yang kehilangan makna.

Malah sisu juga boleh bertukar menjadi karakter yang negatif apabila ia seseorang menjadi keras kepala di luar rasional demi mempertahankan ego atau kepentingan tertentu. Sisu sukar berdiri dengan sempurna dan seimbang, kecuali apabila manusia paling kuat, tetap kembali menyandarkan kekuatannya kepada Tuhan Yang Maha Kuat, Maha Perkasa.

Kita perlu mencari kekuatan daripada Pencipta kita, Allah swt.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah rahimahullāh di dalam Madārij al-Sālikīn memperkenalkan kepada kita beberapa kategori sabar:

Pertama: sabar dengan Allah ( للَّه اب بِرصلا), merujuk kepada langkah terawal seseorang mendapatkan kekuatan dan pertolongan dengan Allah. Dia melihat kesabaran pada dirinya adalah kurniaan Pemberi Sabar iaitu Allah swt. Ia selari dengan apa yang dinyatakan oleh Allah swt:

Hasrizal Abdul Jamil

“Dan bersabarlah. Sesungguhnya tiada kesabaran padamu kecuali dengan Allah.”

(Al-Nahl 16 : 127)

Kedua: sabar demi Allah ( للَّه بِرصلا), memberi fokus kepada kesedaran terhadap tujuan tinggi seseorang semasa bersabar, selain survival dirinya ketika mendepani ujian. Baginya, sabar itu adalah ibadah, jalan meraih reda Allah, menjadikan dirinya lebih dekat dengan Allah swt, justeru meluaskan perspektif sabarnya bukan hanya kepada manfaat duniawi, tetapi berpanjangan kepada kehidupan ukhrawi dan Syurga-Nya yang abadi.

Ketiga: sabar bersama Allah ( للَّه ا عم بِرصلا), ia tertumpu kepada kualiti proses sabar seseorang itu. Beliau melazimkan diri dengan amalan-amalan yang diperintahkan oleh Allah. Kesabaran ketiga ini menghasilkan keadaan seorang itu menikmati kekuatan pada melaksanakan perintah Allah, sesuatu yang lebih tangible , menjauhi perangkap perasaan dan sangkaan terhadap kebersamaanNya. Kekuatan, malah ketenangan dan kebahagiaan bukan matlamat yang dikejar, tetapi sesuatu yang datang sebagai kurniaan Allah, hasil melazimkan diri dengan ibadah dan suruhan-suruhan Allah, biar pun tidak terlihat hubungan langsungnya dengan ujian yang sedang menuntut kesabaran individu berkenaan. Sabar ini, adalah sabar golongan siddīqīn, menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah di dalam Madārij al-Sālikīn karangannya.

Keempat sabar daripada Allah ( للَّه ا نع بِرصلا), sesungguhnya sabar ini harus berada di dalam kategori yang terpisah daripada tiga yang pertama. Ibn Qayyim al-Jawziyyah menukilkan di dalam Tafsirnya kisah seorang lelaki bertanya kepada al-Imam al-Shibli rahimahullāh:

“Sabar yang manakah paling berat ke atas orang yang bersabar?”

“Sabar fillāh ,’ jawabnya.

“Bukan,” balas lelaki yang menyoal itu tadi.

“Sabar lillāh ,” al-Shibli menawarkan jawapan kedua.

١٢٧ نو ركمي امم قيض فِي كت لَا و مهيلع ن زتَح لَا و للَّهٱب لَا إ كبِرص امو بِرصٱو
SMT Edisi Ramadan

“Tidak,” balas si penyoal itu tadi.

“Sabar ma’allāh ?” al-Shibli mencuba lagi.

“Pun bukan!” jawab lelaki tersebut.

“Habis, sabar yang bagaimana?” tanya al-Shibli.

“Iaitulah sabar ‘anillāh !” jawab lelaki berkenaan.

Al-Imam al-Shibli rahimahullāh menjerit hingga hampir tercabut nyawanya, terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Sabar keempat ini sungguh luar biasa. Betapa beraninya seorang makhluk kekal tenang dan sabar mengenepikan Allah, menjauhkan diri daripada-Nya, tidak peduli kepada amaran-Nya, dan enak-enak sahaja terus bergelumang dengan kejahatan.

Semoga Allah melindungi kita daripada sabar sebegini, amin.

Ya Allah, bantulah kami untuk istiqamah dalam agama-Mu, pelihara kami daripada sikap melebih-lebih atau mengurang-ngurangkan ketaatan kepada-Mu, lindungi kami daripada kaum yang zalim dan kecenderungan kami kepada mereka, kurniakan kami upaya mendirikan solat dan rehatkan kami daripada kepenatan dunia dengannya, dan bimbinglah kami untuk terus bersabar demi-Mu, dengan-Mu, bersama-Mu, dan jauhkan kami daripada keberanian untuk sabar dalam maksiat terhadap-Mu, amin.

Hasrizal Abdul Jamil

Imbas kod QR untuk untuk versi penuh:

Ibadah Puasa : Daripada Susah

kepada Mudah

Dalam ayat 185 daripada surah al-Baqarah, Allah SWT menjelaskan kehendak-Nya melalui ibadah puasa, bahawa Dia tidak ingin membebankan kita dan sebaliknya Dia ingin mempermudahkannya buat kita.

“Allah SWT menghendaki kemudahan bagimu dan Dia tidak menghendaki kesukaran bagimu.”

Untuk lebih memahami ayat ini, saya ingin membawa anda untuk melihat sejarah pensyariatan puasa dalam Islam. Bagaimana umat Islam berpuasa sebelum disyariatkan Ramadan. Pensyariatan puasa melalui beberapa fasa.

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Sayyidatina Aishah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW berpuasa Asyura ketika zaman Jahiliyyah kerana Quraish berpuasa pada hari tersebut.

1) Puasa Asyura.

Begitu juga setelah hijrah ke Madinah, Baginda SAW terus berpuasa pada Hari Asyura kerana melihat orang Yahudi berpuasa pada hari ini kerana syukur atas keselamatan Nabi Musa dan bani Israil daripada Firaun.

Nabi Muhammad SAW melakukan puasa Hari Asyura kerana perintah dan izin daripada Allah SWT dan sebagai penerusan kepada syariat umat terdahulu seperti ibadah haji.

Manakala ulama berbeza pendapat adakah puasa Asyura ini wajib kemudian dimansuhkan hukumnya menjadi sunat ataupun memang sunat yang dituntut dan tidak ada sebarang perubahan.

سْرَ عل ٱ مك ب دي ري لَا و سْرَ ي ل ٱ مك ب للَّه ٱ دي ري
Fakhri Fadzli

2) Puasa Ramadan secara pilihan.

Pada tahun 2 Hijrah, Allah SWT memerintahkan kewajipan Ramadan pada bulan Syaaban tahun tersebut.

Namun perintah pada waktu ini ialah atas dasar pilihan. Bagi sesiapa yang mampu berpuasa dia boleh berpuasa manakala mereka yang tidak mampu berpuasa boleh membayar fidyah sebagai gantian.

3) Puasa Ramadan secara wajib.

Setelah melalui fasa pilihan, akhirnya puasa Ramadan diwajibkan keseluruhannya

kepada umat Islam. Firman Allah SWT:

“Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan

(atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu …”

Keringanan masih diberikan namun kepada dua golongan sahaja:

““… dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada harihari yang lain.”

(al-Baqarah: 185)

Fakhri Fadzli
مك نم
همصيلف رهشلٱ
دهش نمف
رخ أ مٍاي أ نم ة دعف رفس على و أ اضي رم نكَا نمو

Maka selepas itu datang ayat yang disebutkan pada permulaan tadi iaitu Allah SWT inginkan kemudahan buat kita dan tidak inginkan kesusahan.

Persoalan yang saya ingin ajak anda untuk berfikir bersama saya ialah, “Adakah ibadah puasa berubah daripada mudah kepada susah atau daripada susah kepada mudah?”

Jawapannya adalah, daripada susah kepada mudah. Puasa yang pada asalnya hanya wajib pada Hari Asyura dan pilihan pada bulan Ramadan telah menjadi wajib keseluruhannya pada bulan Ramadan.

Jadi bagaimana Allah SWT mengatakan bahawa puasa yang disyariatkan ini adalah mudah dan tidak susah. Sedangkan ia menjadi semakin sukar?

Di sinilah terletaknya hikmah dan keindahan puasa Ramadan secara khusus dan syariat Islam secara umum.

Andai kita renungkan kehidupan ini, kita akan dapat lihat sebuah sunnatullah yang konsisten iaitu untuk mendapatkan sesuatu yang mudah, kita perlu melalui kesusahan.

Seorang pelajar yang ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, adakah dia akan memperolehnya dengan bersenang lenang atau perlu melalui susah payah?

Kita semua tahu jawapannya kerana kita pernah melaluinya. Untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, seseorang perlu melalui kepayahan belajar dan mengulang kaji.

Dia perlu mengorbankan kerehatan dan kesenangan sekarang untuk kemudahan hidup akan datang. Maka dia perlu melalui kesusahan. Ini adalah satu daripada ribuan contoh lain daripada kehidupan yang dapat kita perhatikan.

Begitu juga dengan puasa Ramadan yang tujuannya adalah untuk mencapai darjat ketakwaan yang tidak mudah. Tambahan lagi apabila ketakwaan menjadi prasyarat untuk mendapat petunjuk Allah SWT yang didambakan.

Maka Allah SWT mensyariatkan sesuatu yang “susah” iaitu puasa pada bulan Ramadan supaya kita beroleh sesuatu yang indah dan hebat iaitu ketakwaan.

Pada hakikatnya, Allah SWT “memberatkan” kita dengan puasa pada bulan ini supaya kita mudah untuk mencapai ketakwaan.

Fakhri Fadzli

Maka apa yang Allah SWT lakukan untuk puasa daripada mudah menjadi semakin susah adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.

Allah SWT Maha Kaya dan tidak berhajat kepada lapar dan dahaga kita. Dia hanya inginkan kemudahan buat kita.

Dengan memahami hakikat ini kita akan semakin mencintai dan menghargai Ramadan yang dikurniakan ini. Kita melalui sedikit kesusahan dan kepayahan ini untuk memperoleh kemudahan di sisi-Nya.

Paling utama adalah kita melalui segala “kesusahan” di dunia ini kerana di hari akhirat kita menginginkan syurga-Nya.

Fakhri Fadzli

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.