Cukuplah Sekali Sakit Ini oleh Melni

Page 1


MELNI

Rupa-rupanya memang ada sebuah kafe yang bernama Kafe Pak Mat Peria di kawasan medan selera di dalam kampus. Kafe tersebut adalah antara kafe yang popular dalam kalangan pelajar kerana menjual nasi berlauk yang pelbagai dengan harga mesra poket.

Daripada luaran, Kafe Pak Mat Peria nampak seperti sebuah warung biasa saja. Terdapat satu bangunan kecil seperti sebuah pondok yang dijadikan tempat untuk memasak dan membancuh air. Di luar pondok itu pula ditempatkan sebuah meja panjang untuk diletakkan pelbagai aneka pilihan lauk. Payung besar disediakan di setiap meja untuk menjadi pelindung daripada cuaca panas dan hujan.

Mata Fida dan Nia melilau memandang ruang warung yang tak seberapa, tapi membawa satu perasaan

Nia tiba-tiba teruja sedangkan dalam tugasan-tugasan sebelum ini, macam-macam alasan diberikan.

“Ya, ya. Aku datang,” jawab Fida, malas-malas bergerak ke arah Nia. Sempat dia berbalas pandangan dengan Luth tapi lelaki itu hanya sekadar tersengih.

Kini, Fida dan Nia sudah berdiri sebelahmenyebelah di hadapan Safina. Mangkuk berisi kertaskertas kecil berlipat disua ke arah Nia dan Fida.

Nia yang pertama mengambil sekeping kertas dari dalam mangkuk tersebut diikuti Fida. Mereka berdua membuka kertas berlipat itu dan membaca perkataanperkataan tertulis.

Petai cicah budu

Tiga perkataan yang membuatkan Fida rasa seperti semua darah dalam badan tiba-tiba turun ke kaki. Wajah

Fida berubah jijik. Petai dan budu. Dua jenis makanan yang langsung tak boleh masuk ke dalam tekaknya.

Bukan Fida tak pernah mencuba. Sekali saja, ketika dia mengikuti Encik Salman melawat sahabat di Kelantan. Tetapi, sebaik saja makanan kampung itu menyentuh lidah, terus terluah semula. Tak mampu ditelan.

Semenjak insiden itu, Fida terus mengangkat bendera putih.

“Boleh pilih lain tak?” tanya Fida, muka penuh berharap memandang Safina. Safina tersengih, sinis.

“Tak boleh. Apa yang kau dapat, yang tu kau kena makan,” jawab Safina, seronok melihat wajah pucat Fida.

Dalam kepala Fida, seolah-olah kedengaran bunyi kaca pecah. Berderai segala tanggapan Fida tentang Safina yang mesra dan baik hati. Rupanya sama saja seperti senior lain yang suka buat junior merana sewaktu orientasi!

‘Ayah! Fida tak nak makan benda ni!’ Jeritan hati Fida tak dapat didengari oleh sesiapa.

“You dapat apa?” soal Nia, pelik melihat reaksi Fida. Walaupun baru sehari dia mengenali Fida, tapi setahunya Fida bukanlah jenis yang mengada dan memilih. Yang mengada itu Nia. Merengek itu ini tak tentu hala. Lehernya dipanjangkan untuk melihat kertas di tangan Fida. “Isy! Sedap tu petai dengan budu. Nak tukar tak?” Nia memberi cadangan.

“Boleh ke?” Suara Fida penuh berharap. Tolonglah, Safina lembut hati dan membenarkan pertukaran. Tak sanggup Fida nak makan petai dan budu tu!

Safina menjulingkan mata ke atas dan mendengus.

“Ikut koranglah. Yang penting challenge korang settle,” Safina akhirnya memberi kata putus. Malas nak berlama-lama sebab peserta lain sudah mula tiba.

“Yes!” sorak Fida, gembira. “Kau dapat apa?”

Kertas di tangan Fida dan Nia bertukar tangan. Namun, sebaik saja Fida membaca makanan apa yang dia perlu makan, sekali lagi wajahnya memucat. Hilang terus rasa gembira tadi, ibarat dibawa angin lalu.

Peria cicah sambal tempoyak

‘What is it dengan segala makanan kampung?!’ Fida membentak dalam hati.

“Ni pun you tak makan, ke?” Kening Nia bertaut. Jelas sekali Nia sedang menghakimi Fida. Fida dipandang atas bawah beberapa kali.

“Tekak aku tak boleh masuk benda-benda macam ni.” Fida terpaksa mengaku. Tak guna dia berpura-pura demi menjaga ego. Risau nanti kalau dipaksa, termuntah juga di situ.

“Sis Fina, kalau I buat challenge ni sorang-sorang, boleh? I makan semua ni.” Nia mengambil kertas dari tangan Fida dan menunjukkannya kepada Safina. Sekali lagi, Safina melepaskan keluhan.

Terus muka Fida berubah cemberut. Sempat lagi perempuan ni puji diri.

“Dasar Minah Budu,” tutur Fida perlahan, namun didengari oleh Luth yang berdiri tak jauh daripada mereka. Tersembur ketawa besar daripada lelaki itu.

Semenjak hari itu, melekat panggilan Minah Budu untuk Nia.

Hari pertama kelas

Fida berdiri di hadapan cermin sambil membetulkan bajunya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Fida mengambil beg galas dan helmet lalu keluar

dari bilik. Dia terus berjalan ke arah kawasan parkir kenderaan kolej.

Kelas pertama Fida sebagai pelajar universiti dengan rasminya bermula pada hari ini. Rakan sebiliknya awal-awal pagi sudah keluar. Ada kelas jam 8 pagi katanya. Kelas Fida pula bermula pada jam 11 pagi, jadi Fida ada masa lebih untuk bergolek-golek di atas katil sebelum dia perlu bersiap.

Mengikut cakap-cakap senior, pihak pengurusan kolej tidak berapa tegas dalam perlaksanaan peraturan tentang pelajar tahun pertama tidak dibenarkan

membawa kenderaan sendiri. Jadi, Fida membawa motornya untuk memudahkan pergerakan pergi balik kelas. Tak perlulah dia naik bas shuttle yang disediakan oleh pihak universiti atau berjalan kaki.

Jarak antara kolej kediaman Fida dan bangunan dewan kuliah tak jauh, sekadar satu kilometer saja. Cuaca pada hari itu nyaman, dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan sinar matahari yang bersembunyi di sebalik awan gebu. Fida menunggang motor tuanya itu dengan tenang sambil bersiul-siul.

Sebaik dia tiba di kawasan bangunan dewan kuliah, dia dapati semua petak tempat letak motosikal sudah dipenuhi.

‘Aduh, nak park dekat mana, ni?’ Fida bertanya dalam hati sambil mata melilau melihat seluruh kawasan tempat letak kenderaan itu.

Kemudian, pandangannya terhenti pada satu petak letak kereta yang kosong.

‘Hah, tu ada parking kosong. Tapi, tu tempat parking kereta. Boleh ke aku park motor kat situ?’ Fida dalam dilema. Sekali lagi matanya mengimbas kawasan sekeliling.

Memang sah! Langsung tak ada tempat kosong di barisan tempat letak motosikal untuk dia menyelit.

Motor buruk.

Terngiang-ngiang cemuhan yang diutarakan oleh Nia sebentar tadi.

‘Motor buruk? Motor buruk kau panggil motor aku? Dasar Minah Budu!’ getus Fida.

Fida berpatah balik, laju dia melangkah ke arah Nia.

“Kau cakap apa tadi?” Fida terus bertanya tanpa memberi salam. Nia yang masih mengomel kepada diri sendiri tersentak dengan sergahan Fida.

“Eh, you ni, kenapa tiba-tiba tengking I?” soal Nia dengan renungan tajam ke wajah Fida.

“Kau kata tu motor buruk?” Fida menuding ke arah motornya. “Sedap betul mulut tu, ya?” dia menyambung seraya memeluk tubuh.

“Kenapa you nak terasa? Motor you ke?” Nada suara Nia langsung tak ada tanda-tanda bersalah sebab mengutuk satu-satunya harta paling berharga buat Fida.

Motosikal tersebut adalah milik arwah Puan

Fatimah. Walaupun motosikal tua itu buruk di mata orang lain, namun untuk Fida ia adalah motosikal terbaik di dunia.

“Ya, memang tu motor aku. Kau nak minta maaf ke tak sebab panggil motor aku buruk?” Fida menapak selangkah ke arah Nia, matanya mencerlung memandang gadis itu.

Nia menelan liur melihat kegarangan Fida, namun dia tak mahu terlalu tunjuk takut. Dia mengangkat wajah, membalas pandangan Fida.

“Kenapa I nak kena minta maaf? I tak buat salah pun. Motor tu memang buruk. Kenapa you parking kat tempat park kereta? You tau tak you dah menyusahkan orang?” bebel Nia.

Fida terdiam buat beberapa ketika. Memang tak dinafikan apa yang Nia katakan itu betul. Memang salah dia sendiri kerana meletakkan motornya di tempat letak kereta.

“Kalau ya pun aku salah parking dekat situ, tak payahlah nak kutuk-kutuk motor aku.” Fida membalas, masih tak mahu mengalah. Suka hati je Minah Budu ni nak kutuk-kutuk motor orang. “Lagipun, kereta kau nak park dekat situ ke? Kalau ya, aku boleh alih motor aku. Benda senang je yang kau nak bising-bising kenapa?”

Memang Fida cukup pantang kalau ada sesiapa yang cakap buruk tentang motosikalnya. Motosikal itulah paling penting bagi Fida.

Masa kini

“And then ada this one girl yang komen dekat video I. Dia cakap make up I makin cantik sekarang,” becok saja mulut Nia berbicara.

Fida dan Nia sekarang berada di dalam kereta yang dipandu Luth. Nia duduk di kerusi penumpang, manakala Fida duduk di kerusi belakang.

Semalam, dalam sesi perbincangan mereka, Fida dan Luth sudah yakin dengan tajuk projek yang dipilih dan bersetuju untuk membeli barang-barang yang diperlukan untuk membina prototaip projek mereka pada hari ini memandangkan mereka tiada kelas.

Tapi apa yang Fida tak boleh nak faham ialah, kenapa pula Nia sibuk nak ikut sekali? Baru saja dia nak

layan perasaan gembira boleh luangkan masa bersama

Luth, tiba-tiba ada pula penyibuk ni.

“Okeylah kiranya kan dapat komen macam tu?

Maknanya kau dah improve,” Luth melayan ulah Nia, sambil mata masih fokus pada pemanduan.

“Yep. Lepas tu I ada tengok satu make up trend baru ni. I nak try, tapi rasa macam susah je. Renyah sikit steps dia,” sambung Nia.

Di belakang, Fida menceber, terkumat-kamit seorang diri meniru cara Nia bercakap.

‘Tak habis-habis cakap pasal trend make up.

Tahulah kau tu beauty influencer baru nak up,’ desis hati

Fida, membuak-buak rasa tak puas hati.

“Eh, Fida. Kau diam je kat belakang tu? Okey ke tak? Aircond sampai tak?”

Bebelan Nia terhenti tatkala Luth menukar perhatian kepada Fida. Wajah Fida memerah, segan apabila tiba-tiba dia menjadi tumpuan. Sempat dia mengerling ke arah Nia yang sudah berpaling memandangnya.

“Okey je. Aircond semua okey,” jawab Fida. “Korang berdua borak je. Abaikan aku kat belakang ni,” sambung Fida perlahan, tapi sempat ditangkap telinga Nia.

“You ada nak cakap apa-apa ke?” Nia bertanya dengan kening terangkat.

“Tak. Aku tak ada apa-apa nak cakap. Orang lain tak boleh bercakap apabila kau dah mula buka mulut. Pot pet pot pet tak henti-henti.” Fida memeluk tubuh, wajah berpaling ke sisi supaya dia tak perlu memandang muka Nia.

‘Dasar Barbie celup,’ sambung Fida dalam hati.

“You, kalau you ada apa-apa tak puas hati dengan I, cakap je tau. Dari dulu lagi you asyik buat muka apabila nampak I. Ingat I tak perasan ke?” Nia membidas. Berlapis-lapis dahi Nia akibat berkerut.

Fida baru saja nak buka mulut untuk membalas, tapi terbantut apabila Luth meleraikan perbalahan mereka.

“Dah, dah jangan gaduh. Kita dah sampai pun.”

Luth memutar stereng untuk masuk ke dalam kotak tempat letak kereta. Sebaik saja kereta selamat masuk ke dalam kotak dan Luth menukar gear ke gear parkir, terus Fida keluar dari perut kereta.

Fida melangkah laju ke dalam kedai menjual barang-barang hardware. Menurut Luth, kedai yang mereka kunjungi ini menjual barang secara runcit dengan harga pukal.

berdiri di sebelah Fida yang dari tadi berdiri memandang

barang-barang yang tersusun di rak display.

Hah! Sampai dah Minah Budu ni!

Luth dan Nia sudah berada di lorong yang sama dengan Fida. Mata Luth melekap pada deretan pelbagai komponen elektronik yang tersusun.

“Kitorang nak kena bina prototaip automatic roof system,” jawab Luth seraya mengambil satu motor yang boleh beroperasi menggunakan bateri.

“Macam mana tu?”

“Kitorang nak bina satu sistem yang boleh kesan apabila hujan turun, lepas tu bumbung automatik keluar untuk tutup ruangan tu.” Dengan penuh sabar Luth menerangkan.

“Sistem macam ni berguna kalau orang tak ada kat rumah, tapi ada baju di ampaian lepas tu tiba-tiba hujan. Ataupun untuk orang yang tak nak pokok diorang terlebih air masa musim hujan,” sambung Luth lagi.

“Tapi, kenapa tak keringkan baju pakai mesin pengering je? Lagi senang,” soal Nia.

“Sebab bukan semua orang pemalas macam kau,” cepat saja Fida meningkah.

Siapa Nia untuk mempersoalkan tajuk yang mereka sudah pilih? Walaupun projek yang mereka pilih untuk buat ni bukanlah satu teknologi baru. Malahan, sudah ada banyak aplikasinya di pasaran, namun Fida yakin yang projek ini boleh membantunya untuk mendapat markah yang tinggi.

Tugasan mereka bukanlah untuk mencipta prototaip yang tak pernah dicipta orang. Tapi, pensyarah mereka mahu menguji kebolehan pelajar mengaplikasi ilmu elektronik, fizik dan programming yang telah mereka pelajari dari tahun pertama. Tambahan pula, projek sebegini juga dapat melatih pelajar dari segi project planning, bajet kos, pengurusan masa dan banyak lagi. “I tanya je,” getus Nia.

Luth di tepi menggaru belakang telinga. Sesungguhnya, kadang-kadang dia sendiri pening melayan kerenah Nia dan Fida; ada saja isu nak berbalah setiap kali bersua muka. Entah apa sebab gadis berdua tu betul-betul tak boleh serasi.

“Ada orang tak suka pakai mesin pengering sebab boleh rosak baju,” Luth mencelah, tak mahu mereka sambung bertekak. “Fida, kau ada tools ke untuk kita assemble semua komponen ni nanti? Wire cutter? Screw driver? Apa lagi?” Sengaja dia menukar topik perbualan.

“Ada. Aku pinjam tools ayah aku je. Rasanya kita

beli komponen je. Bateri 9V pun tak payah beli. Lebihan bateri aku beli untuk projek sem lepas ada lagi. Tapi, kalau nak extra bolehlah beli satu lagi untuk back up.”

Fida kembali tak menghiraukan kewujudan Nia di situ. Cepat urusan mereka selesai, cepat dia boleh balik dan tak payah tengok muka Minah Budu ni lagi.

Fida membawa keluar telefon bimbit dan membuka aplikasi Notes. Ditatal senarai barangan yang mereka perlu beli satu per satu.

“PCB board, motor, sensor, LCD display … .”

Terkumat-kamit Fida membaca senarai yang ada.

Sering kali kalau pasangan pelajar lelaki dan perempuan bersatu untuk menyiapkan projek sebegini, orang akan beranggapan yang lelaki akan menggalas tugas menguruskan hal-hal berkaitan hardware. Manakala, yang perempuan akan mengambil alih tugasan menyiapkan laporan dan mungkin, membina program untuk mengawal model prototaip mereka nanti.

Namun untuk Fida dan Luth, dinamik mereka bukan begitu. Fida memang mengaku awal-awal dia agak lemah dalam programming dan Luth memang hebat dalam subjek itu. Jadi, mereka sudah sepakat yang Fida akan menguruskan pembinaan model prototaip dan Luth akan mengusahakan program yang akan digunakan mereka.

“Aku fikir-fikir balik, aku ingat nak pakai Arduino board je. Senang.” Luth memberitahu.

“Boleh je. Ikut yang mana mudah,” balas Fida.

“Nice. So PCB board tak payahlah beli. Aku dah ada Arduino board.” Riak lega menghiasi wajah Luth.

Terangguk-angguk Fida. Rasanya hampir semua yang mereka perlukan, sudah ada. Kemudian, baru Fida

teringat yang Encik Salman ada memesan untuk membeli kepala air pancur baru untuk bilik air tetamu. Kepala air pancur lama sudah tak elok.

“Okeylah. Macam semua dah ada. Aku nak pergi ambil barang ayah aku pesan kejap, lepas tu nanti boleh bayar,” kata Fida, matanya sekali lagi menilik satu per satu barang dalam bakul yang dipegang.

Okey! Semua cukup!

“Jomlah pergi sekali. Ayah kau kirim apa?” Luth mengambil bakul di tangan Fida.

Terkemut-kemut mulut Fida kerana berasa berbunga-bunga dan bahagia. Sungguh, perangai Luth sebiji seperti Encik Salman. Jika Encik Salman dan Fida membeli-belah, memang Encik Salman tak akan benarkan Fida mengangkat sendiri barangan yang dibeli.

Semua Encik Salman yang pegang tak kira berapa banyak barang yang dibawa.

Setibanya mereka bertiga di bahagian yang menempatkan peralatan bilik air, mata Fida terus fokus melihat satu per satu pilihan kepala air pancur yang ada.

“Kenapa you nak kena beli benda ni?”

‘Mula dah Minah Budu ni,’ getus hati Fida.

“Benda rosak, kenalah ganti baru,” Fida menjawab, kali ini dia cuba untuk bereaksi baik sedikit.

Tiba-tiba terbit rasa kasihan dia kepada Luth yang selalu jadi orang tengah apabila dia dan Nia bercakar seperti anjing dengan kucing.

“Why not panggil orang repair je? Kalau apa-apa barang kat rumah rosak, mama selalu panggil orang je buat. Senang. Tak payah buat sendiri. Kalau you nak, I boleh minta dengan mama nombor plumber tu.”

“Setakat tukar kepala shower ni tak payah panggil orang. Bapa kau tak pandai buat kerja baik pulih macam ni ke? Setakat benda senang pun nak panggil plumber?” balas Fida tanpa berfikir panjang.

Apabila Fida mengungkap kata-kata itu, terus riak Nia berubah. Geraham diketap, penumbuk dikepal di sisi. Untuk beberapa saat, Nia merenung Fida dengan pandangan yang cukup tajam. Kalau Nia tu Superman, mungkin Fida sudah cair dipanah laser dari mata Nia.

“Luth, I nak balik!” tiba-tiba Nia membentak.

“Nia …” Luth serba salah. Dia tahu yang kali ini, Fida sudah melampaui batas dan Nia sangat terasa.

“I dah tak nak tengok muka perempuan….”

Kata-kata Nia terhenti. Dia pandang Fida atas bawah. “Perempuan baju kotak-kotak ni!” sambung Nia, keduadua tangan disilang di depan dada. Kepala dipaling supaya dia tak perlu lagi melihat muka Fida.

“Kau nak insult aku ke?” tanya Fida, kepala ditundukkan untuk melihat baju kemeja kotak-kotak yang dipakai. Hampir saja dia tersengih terhibur.

Memang apabila mereka bertekak selama ini, Nia tak pandai untuk cari kata-kata mengejek terhadap Fida.

“Baju kotak-kotak bukan satu insult yang bagus, Nia. But nice try,” ejek Fida.

Nia merengus. Bibir dimuncungkan.

“Siapa suruh you awam sangat? Fashion sense pun tak ada. Kemeja kotak-kotak macam ni tak ada style langsung,” balas Nia. “Luth, I nak balik!”

“Nia, kan kita dah plan nak pergi lunch samasama lepas habis beli barang ni.” Luth cuba memujuk.

Mungkin itu bayangan dia saja, tapi Luth yakin dia hampir dapat melihat kepulan asap keluar dari telinga Nia.

Ya, memang benar dia dan Nia kerap bertikam

lidah. Namun begitu, inilah kali pertama Fida nampak ekspresi yang begitu terluka terbit daripada wajah Nia.

Sebelum ini, Nia sekadar mencebik atau menarik muka panjang saja apabila Fida memerlinya.

“Aku rasa kali ni kau memang dah agak melampau,” tegur Luth. Kepala Luth digaru-garu. Dia nampak seperti serba salah untuk menyatakan sesuatu.

Dia tak mahu terlalu menyalahkan Fida kerana Fida tak tahu. “Isu bapa-bapa ni sensitif sikit untuk Nia.”

“Dah kenapa?”

“Mama Nia tu ibu tunggal.” Tak perlu Luth terangkan panjang lebar, terus Fida sedar khilafnya saat itu.

Menderu-deru rasa bersalah menerpa jiwa Fida. Rasa macam nak tampar mulut sendiri. Dia sepatutnya lebih berhati-hati dalam berkata-kata. Tak patut dia menyentuh sesuatu yang sangat peribadi buat Nia. Kalau ada orang yang buat komen tak sensitif tentang ibunya pun, sudah tentu Fida sendiri akan berkecil hati.

‘Fida, kali ni memang sah kau yang salah. Cakap tak fikir panjang,’ Fida memarahi diri sendiri atas keterlanjuran kata-katanya.

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.