Sekali Lagi Aku Sendiri oleh Hasif Rayyan

Page 1


Hasif Rayyan

Bab 6

Malam itu tidur Hafiy lena disambut fantasi dirinya yang sudah dewasa. Dalam mimpi itu, Hafiy sudah menjengah usia awal 20-an. Badannya sudah tidak kecil, kini segak dan tinggi seperti Encik Mateen dengan ketinggian 185 cm.

Kelibatnya yang kacak kelihatan menuruni eskalator AEON Mall dikelilingi polis keselamatan selaku pengiringnya.

Mereka bergerak menuju ruang atrium, merentasi banjiran manusia yang menjulang kamera telefon hendak mengambil gambar wajah kacak Hafiy dengan lebih dekat.

Pakaian Hafiy pula kemas bergaya, berbaju leher penyu putih dipadankan dengan sut blazer serta kasut

kulit. Dengan gaya rambut belah tengah dan kaca mata hitam, tatagaya Hafiy mirip seorang bintang.

Sesekali Hafiy akan mengangkat dan melambai tangan kepada orang ramai yang mengelilinginya. Andai sempat, dia berhenti untuk menandatangani novel yang dihulurkan peminat dan bergambar dengan mereka sebelum berlalu semula menuju ke lokasi yang dia perlu berada sekejap lagi.

Perjalanan Hafiy terhenti sebaik muncul kelibat seseorang yang jatuh di hadapannya dari kerumunan manusia.

Seseorang yang Hafiy sangat kenal, sekalipun wajahnya cengkung dipenuhi jambang serabut. Pakaian pejabatnya tampak lusuh seolah-olah sudah tidak

dibasuh beberapa hari. Dalam celah bisikan orang ramai, dia berjalan cuba mendekati Hafiy.

Semua pengiring mula bersiaga. Bahkan ada yang mengherdik kepada lelaki itu supaya berundur segera. Namun Hafiy mengangkat tinggi sebelah tangan. Menarik perhatian polis dan semua orang di situ. Tanda menyuruh mereka semua bertenang.

Langkah kaki Hafiy bergema kala berjalan keluar dari kepungan polis, menghampiri lelaki itu.

“Bawa dia pergi,” arah Hafiy, berjalan berselisih sebelah bahu Taufiq.

Lekas tubuh Taufiq disambar dan dijatuhkan

pasukan polis sehingga terlentang ke lantai. Ketika sedang bergelut, dia menjerit memanggil nama Hafiy, meronta-ronta meminta untuk dilepaskan. Namun rayuannya tidak didengari. Bahkan dibalas jeritan boo dan caci maki orang sekeliling.

Hafiy tersenyum sendiri. Meraikan kemenangan yang hanya bertahan sementara.

Dari belakang, kelihatan Taufiq berjaya melepaskan diri dari kepungan polis. Dia berlari ke arah Hafiy, mempamer wajah berang dengan tangan siap mengacu pisau. Jeritan keras dan derap kaki yang pantas menarik tolehan Hafiy.

Namun dia tidak sempat mengelak. Pisau itu menembusi dadanya. Sekelip mata kesan merah semakin merebak membasahi bajunya.

Dunia Hafiy tunggang terbalik. Jeritan orang ramai langsung berkumandang nyaring. Lolongan tawa

Taufiq meraikan kematian Hafiy mengiringi pandangan yang semakin pekat gelap.

Hafiy mengeluh. Lambat-lambat dia bangun hendak turun dari katil.

* * * * *

Selesai menyahut seruan jamban, Hafiy berjalan di dalam kegelapan menuju ke dapur. Membuka peti sejuk yang menyimbahkan cahaya putih ke muka.

Dalam mamai, Hafiy meneguk air dari botol. Menikmati kedinginan yang menyegarkan tekak. Namun tegukannya terhenti sebaik paras air tinggal separuh.

Hafiy terdengar sesuatu. Dari arah ruang keluarga.

Bunyi itu perlahan. Seperti bunyi almari dibuka dan barang-barang ditarik keluar. Jantungnya langsung berdegup kencang. Tidak mungkin itu bunyi angin.

Perlahan dia berjalan ke pintu dapur, mengintai ke ruang tamu dari balik dinding. Nafasnya terhenti. Ada bayang seseorang sedang menggeledah kabinet televisyen, pantas memasukkan konsol Playstation 3 kepunyaan Hafiy dan papanya ke dalam beg karung.

‘Pencuri!’ Mata Hafiy membuntang.

Dari balik dinding, Hafiy diam memerhati pencuri itu sedang menyuluh lampu ke bilik utama. Bilik Puan

Laila dan Encik Mateen. Nafas budak itu bagai diragut,

Namun melihat pegangan Hafiy yang sedang menggeletar, pencuri itu dengan beraninya menyambar dan menarik lengan Hafiy, menjatuhkan budak itu hingga tersembam ke lantai dapur dan melucutkan pisau dari pegangannya.

Hafiy meronta-ronta. Cuba melepaskan diri.

Namun dia dikejutkan bucu keras dan dingin yang tibatiba menekan ubun kepalanya.

Hafiy menjerit gentar. Kaki semakin kuat menggelepar menendang udara, sekalipun pegangan sang pencuri kekal kemas mengekang tubuhnya.

“Diam budok! Bising!” herdik sang pencuri, langsung menarik picu pistol.

Tangisan Hafiy bertambah nyaring, berulang kali memanggil papa dan mama untuk lekas selamatkannya.

“Hafiy!”

Kerusi dibalun lalu membantai wajah sang pencuri.

Tubuhnya langsung tertolak merempuh rak pinggan sehingga jatuh perabot itu—bersama segala isiannya yang pecah berderai menimpa sang pencuri.

Termengah-mengah Encik Mateen, lekas melemparkan kerusi ke tepi dan berlari mendapatkan anaknya.

“Hafiy! Hafiy okey ko?”

Hafiy lekas bangun berlari memeluk tubuh Encik Mateen. Tangisannya semakin nyaring lantaran ketakutan.

Encik Mateen membalas pelukan kuat sambil mengusap rambut anaknya. “Tak apa. Jangan takut. Papa ada.”

Namun Hafiy menyedari sesuatu dari belakang papanya. Dalam keadaan masih terbaring, pencuri itu mengacu pistol ke arah mereka.

“Papa!” jerit Hafiy, memberi amaran.

Namun terlambat.

BLAM!

Dua das peluru terbang membentuk lubang pada belakang baju Encik Mateen. Teriakan pedih berkumandang nyaring. Membuntang mata Hafiy yang menyaksikan segalanya tanpa dia berdaya melakukan apa-apa.

Tubuh papanya tumbang tersembam ke lantai, turut menjatuhkan Hafiy di dalam pelukan.

Belakang kepala Hafiy menghentak permukaan jubin lantai. Kejung merenjat seluruh anggota tubuh

Seraya itu, Hafiy melihat bibir Encik Mateen berkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah dan juga kata-kata terakhir kepadanya.

“Papa … Jangan … Jangan tinggalkan Hafiy!”

Rayuan itu dibalas desah nafas yang panjang dan terakhir.

Mata Hafiy membuntang. “Papa?”

Hafiy memanggil. Tiada sahutan.

Hafiy menggoyangkan bahu papanya. Tiada gerakan.

Tak mungkin.

“Papa?! Papa dengar dok? Bangun, pa! Papa!

PAPA!”

Hafiy meraung nyaring. Tangisannya tumpah tanpa henti. Berterusan memanggil papanya sekalipun takkan bersambut sehingga seluruh tenaga anak kecil itu hilang ditelan kegelapan.

Asalkan Hafiy sudah tidak perlu melihat mama

duduk bergelap sepanjang hari di ruang tamu dan mendengar tangisannya tanpa henti. Sehingga Hafiy memilih untuk keluar berbasikal pada setiap petang berbanding menonton kartun ataupun melukis di dalam bilik sepanjang hari; supaya dia sendiri tidak terikut menangis sama.

Naik saja ke tingkat tiga blok sekolah, Hafiy sudah didatangi kerisauan baru. Lagi-lagi apabila dia mula perasan beberapa murid dan cikgu yang bertembung dengannya sepanjang koridor melontarkan pandangan semacam.

Hafiy pasti sepanjang ketiadaannya, segala cerita tentang kejadian yang menimpa keluarganya malam itu sudah tersebar kepada pengetahuan semua orang.

Entah-entah ketika masuk sahaja ke dalam kelas nanti, mesti ramai yang mahu bertanya pelbagai soalan tentang malam itu.

“Macam mana pencuri boleh masuk rumah?”

“Hafiy buat apa masa pencuri itu serang dia?”

“Macam mana papa boleh kena tembak?”

“Betulkah papa Hafiy mati kat dalam pelukan Hafiy?”

“Betulkah papa mati kerana melindungi Hafiy?”

“Betulkah papa mati kerana salah Hafiy?”

Seolah-olah soalan itu cuba hendak mengingatkan Hafiy tentang mimpi ngerinya pada hampir setiap malam.

Tapi entah macam mana, sangkaan Hafiy meleset semuanya.

Tak ada sesiapa yang datang bertanya.

Malah sejak hari itu juga, budak-budak lelaki sudah berhenti mengejek dan mengacaunya.

Walaupun Hafiy ada buat silap semasa main bola sepak, seperti tersalah sepak bola masuk gol pasukan sendiri, mereka tidak pula marah-marah dan mengutuk macam biasa. Bahkan mereka juga marahkan Taufiq, mengejek dia mengada-ada macam budak kecil sebab marahkan Hafiy. Padahal benda kecil saja.

Budak-budak perempuan pula, entah kenapa ada yang mula bercakap lembut dan bertanya khabar dengannya. Kadang-kadang mereka juga membantu Hafiy dengan kerja sekolah. Padahal mereka tidak pernah pula hiraukan Hafiy sebelum ini. Bahkan lebih ajaib, pada suatu hari Hafiy terima sepucuk surat misteri.

Walaupun tidak ditulis nama pengirimnya, Hafiy boleh mengecam tulisan itu milik ketua kelas, Amira.

olah layanan sebegitu akan semakin mengingatkannya bahawa papa sudah tiada.

Bahkan kenapa perlu tunggu sehingga papa tiada, barulah semua orang terhegeh-hegeh hendak melayaninya dengan baik?

Itu tak adil. Semua orang cuma menipu.

Seolah-olah Hafiy hanya boleh dilayan baik sekiranya dia layak diberi simpati.

Kalau saja Hafiy tahu begini jadinya, dia lebih rela dibuli semula.

Tapi Hafiy tahu. Dia perlu pura-pura berterima kasih. Dia perlu kuat. Dia tahu papa tidak mahu dia dibuli lagi.

Sebab papa semestinya mahu Hafiy gembira dan seronok di sekolah.

Walaupun tanpa dia untuk menyaksikan semua perubahan ini.

Bab 8

Loceng berdering. Semua murid kelas 4 Wawasan bangun serentak sejurus arahan ketua kelas. Beramairamai mengucapkan terima kasih dan mendoakan Cikgu Syafiza semoga menjadi ahli syurga, sebelum menggalas beg dan berpusu-pusu keluar dari bilik darjah.

Kecuali Hafiy. Hanya dia yang kembali duduk di kerusi. Kepalanya menunduk hendak mengambil barang dari bawah meja.

“Hafiy? Tokse balik lagi ko?” tegur Cikgu Syafiza, suaranya lembut dan prihatin.

Tersentak bahu Hafiy, cepat-cepat dia bangun dari tunduknya. Tidak sedar pula Cikgu Syafiza masih berada di meja guru sedang mengemas komputer riba, segala kabel wayar dan segala perkakas mengajarnya.

Cikgu Syafiza bangun membalas begnya. “Tak apalah kalau lagu tu. Nanti sebelum tubik, Hafiy tolong tutup kipas lampu, deh.”

Hafiy mengangguk. Senyuman hormat turut dikuntumkan. “Boleh, cikgu.”

Pandangan Hafiy menghantar langkah Cikgu Syafiza bergerak keluar dari kelas. Bunyi derap kasut menghilang, kini seluruh bilik darjah diselubungi nada sunyi yang lapang.

Hafiy menghembus nafas panjang. Seperti memberi ruang kepada bunyi itu untuk masuk menenangkan kepalanya yang sedang disenakkan dengung kacau.

Hafiy tahu, ada cara lain hendak meredakan kekacauan itu. Dia menyelak lembaran buku lukisan sehingga terhenti pada lukisan terakhir.

Lukisan Raed versi arwah papa.

Berbanding lukisan Hafiy, lukisan papa tampak lebih profesional dan hidup.

Hafiy tersenyum sayu. Terfikir betapa arwah papa memang boleh buat segalanya. Betul-betul macam hero.

Ketika ini, pensel 2B Hafiy mula bergerak melakarkan garis pada muka surat sebelah. Sesekali matanya mengerling ke arah lukisan Raed versi papa

di sebelah. Lama-kelamaan bentuk wajah Raed mulai

kelihatan, sekalipun hasilnya tidak sebagus lukisan papa.

Namun Hafiy tidak peduli. Gerak penselnya

semakin laju. Fikirannya seperti bersatu dengan lukisan. Setiap lakaran garis bagaikan gema yang memunculkan satu per satu tayangan kenangan terakhir Hafiy bersama papa pada malam ketika papa sedang duduk melukis

Raed.

“Banyak sungguhlah senjata Raed ni,” komen papa, sedang cuba melakar wajah Raed dengan lebih teliti.

“Yalah, sebab dia hero. Penembak tepat. Pesilat hebat. Mahir pedang!” Sempat Hafiy mengatur aksi

bergaya dengan silangkan tangannya ke atas mengacu pensel dan pembaris. Kononnya tengah buat gaya angkat pedang dan pistol.

Tawa papa langsung terhenti sejurus melihat aksi

Hafiy. Matanya membuntang, seolah-olah mendapat lintasan ilham.

“Hafiy, tunggu. Kejap papa ambil gambar. Jangan gerak!” arah papa, cepat-cepat mengangkat kamera telefon Blackberry lantas mengambil gambar gaya aksi

Hafiy yang sedang menggeletar menahan posturnya.

Selepas itu, papa suruh Hafiy mengambil gambarnya yang turut melakonkan gaya serupa. Ruparupanya, hendak dijadikan rujukan melukis Raed dengan postur tubuh yang lebih dinamik.

Melihat lukisan Raed menjadi lebih hebat dan dinamik, mata Hafiy membuntang gemilang. Garis senyum turut melebar sampai ke telinga.

“Fuyoo, berketul-ketul papa lukis Raed!” puji Hafiy, menuding pada garis lengan dan tubuh Raed yang dilukis tegap.

Lubang hidung papa mengembang. “Biasalah, lukisan papa mestilah kena ikut modelnya.”

“Hmm, yo lo. Mujur perut tak ikut model,” balas Hafiy, menjeling nakal ke situ.

“Heh! Perut-perut jangan sebut, Hafiy. Sensitif!” tegur papa, cepat-cepat menutup perutnya. Sempat dia memicit perutnya yang menggelebeh.

Langsung mencetus tawa kekek Hafiy dan kemudian tawa besar papa.

Tayangan kenangan itu terhenti. Begitu juga dengan gerak lukisan Hafiy. Genggaman penselnya menggeletar bersama-sama nafasnya yang mulai tersedu sedan.

Satu titisan jatuh membasahi sekitar lukisan Raed yang belum sempurna. Kemudian satu lagi.

Hafiy menunduk. Dahi dipaut pada bucu meja. Membiarkan lebihan air mata terus berguguran membasahi simen, melepaskan segala sesalan yang mengecamukkan fikiran, menghimpit dan menyesakkan nafas sehingga dia terbatuk-batuk.

“Hafiy tulislah sampai siap. Nanti bagi papa baca.”

Gema suara harapan papa yang berkumandang dalam kepala kini kedengaran seperti amanat, apabila benak menayangkan keadaan saat-saat akhir papa terbaring berlumuran darah.

“Papa minta maaf, deh…”

“Bukan, papa … Bukan … Patutnya Hafiy yang minta maaf …” rintih Hafiy, menyedari dia takkan dapat mengotakan janjinya kepada papa, ataupun melihat wajah bangga papa seandainya Hafiy benar-benar berjaya menjadi penulis hebat seperti yang didoakan.

“Ya, semua salah kau!”

Lekas Hafiy mengangkat kepala. Nafasnya diragut sehingga terhenti. Sedang dia melilau bingung mencari punca suara, tiba-tiba dia merasakan bahagian bawah pergelangan tangan kirinya kebas dicengkam ngilu.

Hafiy memeriksa tangan kirinya. Tiada apaapa melainkan tahi lalat. Sekalipun warnanya hitam semacam.

“Parok mu ni. Ble-ble melukis pun boleh teriok.”

Hafiy mendongak kembali. Melihat Taufiq sedang menjeling geram kepadanya.

Hafiy turut membalas jelingan helang sambil cepatcepat mengesat air mata. Sebal dan malu meluap-luap kerana sisi lemahnya terbongkar lagi dari pandangan orang yang paling dibencinya.

“Tak payah nak sibuklah.” Hafiy menutup buku lukisan dan mula hendak mengemas barangnya.

Taufiq menghentak buku lukisan pada meja. Wajahnya berang, seolah-olah tidak berpuas hati melihat perubahan sikap Hafiy yang tidak lagi takut berhadapan dengannya macam dulu.

“Sombong benar mu lo ni, dih?”

Hafiy tidak menjawab. Enggan melayan provokasi

Taufiq. Cuba menarik buku lukisannya dari tekanan telapak tangan Taufiq, namun tidak berjaya digerakkan.

Melihat Taufiq menyeringai, Hafiy merengus lantang. Kesabarannya sudah hilang.

“Mu nak gapo, Taufiq? Takkan tak nampak aku tengah serabut ni? Jangan kacau, boleh dok?”

“Hah?” Suara Taufiq naik senada, keningnya terangkat sebelah.

“Apa salah aku pula? Kalau aku kacau, sepatutnya mu buat tak layan sajalah! Takkan itu pun tak boleh fikir? Memang bila dah tak ada ayah, terus jadi bodoh ko lagu mano?”

Hafiy mengetap bibir. Genggaman buku lima dikepal erat, menahan geram yang membakar dada.

Melihat reaksi Hafiy, Taufiq menambah, “Mu ingat mu sorang saja tak ada ayah? Ayah aku pun dah lama matilah! Tapi ada mu tengok aku mari sekolah buat muka sedih, menangis macam mu?”

“Kalau aku menangis pun, tak ada kaitan dengan mu-lah! Yang mu nak serabut sangat bakpo?!” Hafiy mengherdik keras, geram perasaan kehilangannya sedang diperkecilkan.

“Sebab mu lembik. Kena keras sikit, menangis, sakitlah. Aku benci benar orang lagu tu,” jawab Taufiq, selamba.

“Mu tahu mana aku lembik? Mu tak pernah kena lagi dengan aku,” cabar Hafiy, suaranya rendah mengancam.

“Hah? Kena gapo?” Taufiq terdengus sinis, kemudian ketawa geli hati. “Mu nak gocoh? Budak lembik, manja, sikit-sikit teriok macam mu nak gocoh dengan aku? Dah kalau lembik tu, tak payah nak agah kuatlah!”

“Habis, mu? Padahal mu sendiri bukannya kuat sangat. Mu yang sedap-sedap menyusahkan orang, jangan mari nak marah akulah kalau sep-sep dia tokse layan mu dan tinggal mu sorang!”

“Mu kecek molek sikit!” jerkah Taufiq, langsung menolak tubuh Hafiy sekuatnya.

Hafiy tidak sempat bertindak. Tubuhnya langsung jatuh menghentam meja di belakangnya. Kepala terhantuk terkena bucu meja kayu. Mencetus gegar dan renjutan kejung bersama-sama desing yang membingit telinga dan mengaburkan pandangan.

Hafiy cuba bangun. Imbangannya goyah lantaran ruang pandangan masih bergegar. Namun dalam

“Bagi balik papa aku! MU BAGI DIA BALIK

SEKARANG!” Dia meracau.

“ Tak boleh, HAFIY!”

Kerusi lantas jatuh dari pegangan Hafiy.

Sekali lagi. Hafiy terdengar suara redam yang seolah-olah bisikan ghaib itu. Dia melilau ke sekeliling, mencari punca suara.

“Kau tak layak. Sebab kau lembik.”

“Siapa? Mu siapa?!”

Taufiq terpinga-pinga melihat Hafiy seolah-olah berada dalam dunia sendiri. “Hoi, bakpo dengan mu ni? Gila ko?”

Namun soalan itu tidak dihiraukan.

“Mu nak gapo dengan aku?!” Hafiy mengherdik lagi.

“AKU HENDAK HUKUM KAU!”

Sekali lagi, pergelangan tangan kiri Hafiy kebas diserang ngilu. Namun ngilu itu semakin mencengkam seolah-olah menghiris tangannya.

Mata Hafiy membuntang. Diperhatikan tahi lalat pada pergelangan tangan kirinya mulai bergelora,

“Kau tidak layak ditolong.”

Suara ghaib itu menghantar gelita menyelubungi pandangan Hafiy.

Langkah Hafiy terundur. Nafas kian dihimpit getar curiga. Wap terkeluar dari mulut.

Hafiy mengusap lengan. Entah kenapa terasa dingin semacam. Bahkan apabila ditenung tangan dan seluruh anggota tubuh, warna kulitnya serba putih. Bukan putih pucat, tetapi lut sinar.

Fikiran Hafiy terjentik, cuba mengingat semula kejadian sebelum dia berada di sini. Tadi dia hilang kawalan terhadap segala tubuhnya. Bahkan dia seolaholah dijerut ketika itu, tapi kenapa? Apa puncanya? Ataupun siapa?

“Hukuman kau akan bermula sekarang.”

Bisikan suara itu bagai menerajui mata Hafiy memandang debu hitam yang kelihatan sedang berguguran di sekelilingnya seperti salju.

Salah satu debu itu jatuh menyentuh telinga. Mengejutkan Hafiy dengan cucukan dingin, disusuli bunyi desis seakan-akan sejatan.

Dicari punca bunyi itu. Kedengaran dari atas. Hafiy mendongak. Dan pandangannya membuntang.

Tiada bumbung, sebaliknya hanya hamparan langit serba putih.

Seluruh tubuh Hafiy menggeletar. Kedua-dua

tangan lekas menutup telinga, namun bisikan itu tetap menembusi masuk menggegar gegendang telinganya.

HEHEHEHEHEHE. Dah boleh mula?

Siapa nak mula dulu?

AKU!

AKU!

BAGI AKU DULU!

I sy, sabarlah. Tunggu giliran!

Tak nak sabar. A ku bosan! A ku penat tunggu! PENAT!!!

Mula cepat. Nak sekarang. SEKARANG!

HEHEHEHEHEHE. Kena tanya dulu. Cepatlah minta izin!

Tanya cepat!

HAFIY DAH SEDIA?

HAFIY DAH SEDIA?

HAFIY DAH SEDIA?

HAFIY HAFIY HAFIY

HAFIY HAFIY HAFIY HAFIY HAFIY HAFIY, TAK PAYAH TANYA! DIA SENYAP!! BUAT SAJA!

Dan kesemua suara yang memanggilnya itu datang dari arah sang bintang. Nafas Hafiy terhenti sebaik melihat barisan gigi dan sebiji mata serba hitam muncul tersenyum ngeri kepadanya.

‘Tolonglah, cepatlah bangun!’

Kakinya semakin tenggelam ditarik ke bawah.

“Bangun!” Hafiy berteriak sekuat hati.

Sekelip mata persekitarannya berubah. Hafiy mendapati dirinya tercegat tegak. Nafasnya kembali lapang. Bahkan pasir jerlus juga sudah tiada, seolah-olah dia cuma bermimpi.

Namun dia tahu, mimpinya belum tamat. Lagi pula sekarang dia berdiri di tengah ruang gelita tidak berpenghujung.

Dan jangkaan Hafiy ternyata betul. Kedengaran bunyi derap kaki terpantul. Semakin lama semakin hampir.

Muncul kelibat seseorang. Mata Hafiy membuntang tidak percaya. Berdirinya Encik Mateen tersenyum redup dan mendepangkan lengannya.

Kelopak mata Hafiy mulai bergenang.

“Papa!” Hafiy langsung berlari menyambar dan memeluk papanya seeratnya. Tersedu-sedu dia menangis, melepaskan segala ketakutan.

“Hafiy okey dok?” Encik Mateen bertanya lembut, sambil mengusap rambut anak lelakinya.

“Papa! Tolong, Hafiy nak bangun! Hafiy tokse duduk sini! Hafiy takut!” rayu Hafiy.

Encik Mateen jeda. Sekadar membalas dengan menghilangkan garis senyuman.

“Bukan papa tokse tolong. Tapi papa dah tak boleh, Hafiy.”

Hafiy mendongak. Terpinga-pinga mendengar jawapan papanya yang aneh.

“Takkan Hafiy tak ingat? Hafiy yang buat papa mati malam tu.”

Hafiy lekas menolak tubuh papanya, hendak meleraikan dirinya dari pelukan. Namun langkah Hafiy tersadung sehingga dia rebah terduduk.

Encik Mateen ketawa. Suara biasanya yang redup berubah garau meredam umpama lolongan syaitan.

‘Tak mungkin. Itu bukan papa!’

Hafiy cuba berundur. Namun kakinya menggeletar kuat, tidak mampu hendak digerakkan untuk berlari dari papa yang sedang berjalan mendekatinya.

“Bakpo Hafiy cuba nak lawan pencuri tu? Sebab nak cuba jadi hero?” tanya ‘Encik Mateen’.

Nafas Hafiy terhenti. Kenangan menerjah benak fikiran, mengimbas kembali ketika dia membuat

keputusan untuk mengambil pisau di dapur dengan niat hendak menyerang pencuri itu dari belakang.

“Bukan! Hafiy cuma tokse pencuri tu masuk bilik papa dan mama! Itu saja!” laung Hafiy.

“Dan kau dah gagal!” herdik ‘Encik Mateen’, suaranya bergema garang. Matanya hilang berganti lohong, membuatkan wajahnya tampak lebih bengis.

“Kau ingat aku tak boleh lawan pencuri tu? Padahal kau juga yang kata, aku kuat macam hero! Macam mana hero nak lawan penjahat kalau sibuk kena jaga orang lembik macam kau? Hah?!” herdik ‘Encik Mateen’.

Hafiy menunduk. Mata ditutup. Kedua-dua tangan mencengkam telinga. Cuba menutup segala herdikan yang menghantui fikiran. Namun dia tidak berjaya. Kali ini benaknya memunculkan pula tayangan kenangan ketika papa rebah ditembak pencuri semasa hendak menyelamatkannya malam itu.

“Bukan … Hafiy tak berniat ...”

“Aku sepatutnya masih hidup!”

“KAU DIAM!”

Suasana mendadak berubah hening. Namun nafas sebak Hafiy semakin tidak terkawal. Wajahnya kekal menunduk, tidak berani hendak membuka mata

ataupun mengangkat kepala. Lagi pula hening itu cuma bertandang seketika.

“Wah! Suka-suka engkau mahu suruh aku diam, ya?”

Hafiy kekal mengunci mulut. Dapat merasakan kehadiran seseorang yang sedang berada di hadapannya. Namun dia cuba pura-pura tidak peduli, mengharapkan sosok itu bakal bosan dan menamatkan mimpi ngeri ini.

Suara keluhan bergema. “Sudahlah tak ada adab, penipu pula.”

Petikan jari bergema. Sesuatu tiba-tiba menjerut kedua-dua tangan Hafiy dan merebahkan dia terlentang di atas lantai. Hafiy meronta-ronta. Namun jerutan itu semakin kuat menyakiti dan mengunci gerak tubuh Hafiy.

“Tak payah buang tenaga, Hafiy. Sekali kau dijerut, kau takkan boleh lepaskan diri.”

Bagaikan dipukau, tubuh Hafiy kejung sejurus pandangannya bertembung tepat dengan wajah seseorang yang serba putih dan kosong. Pusaran hitam tiba-tiba berputar di bawah dahi membentuk satu kelopak mata dan kemudian bola mata merah yang membuntang tajam. Garis senyum muncul terukir menyeringai sehingga ke telinga.

“Assalamualaikum.” Dia menyapa.

“Aahhh!”

Terkejut, cepat-cepat sang lembaga berpakaian seperti ketua tentera diktator itu berundur menutup telinganya yang tidak wujud.

“Kurang ajar punya budak! Bila orang bagi salam, patutnya jawab waalaikumussalam! Yang kau menjerit macam jumpa hantu, kenapa?!” Dia mengherdik, seolaholah tidak sedar dirinya memang serupa hantu paras rupanya.

“Kau siapa? Kau nak apa dengan aku?!”

Mata bulat sang lembaga itu berkerdipan seperti terpinga-pinga. Kemudian dia menepuk dahi. “Oh, patutlah! Aku lupa beritahu kau.”

Sang lembaga berdeham. Dibetulkan seragam tentera supaya tampak segak bergaya, kemudian dia menurunkan topi beret sambil menunduk penuh hormat.

“Salam kenal, Hafiy. Nama aku Zalam. Villain kau.”

Hafiy terkebil-kebil. “Villain?”

Zalam menggumam sambil menjeling helang kepada Hafiy.

“Mula-mula penipu, selepas itu pengecut? Kau nampak, Hafiy? Semua ini takkan berlaku kalau kau memang kuat dari dulu.”

“Bukan …”

“Tapi masalahnya kau lembik, tak berguna! Sebab itu papa mati!”

“Bukan!”

Jiwa Hafiy dirundung pilu. Dia tahu. Bahkan cukup sedar, dia sebenarnya tidak mampu hendak melawan pencuri itu dengan kudratnya sahaja.

Namun keinginannya untuk memastikan mama dan papa terselamat lebih menebal, sehingga Hafiy terjerat dalam permainan egonya. Akibatnya dia membahayakan diri, sehingga papa terpaksa menggadai nyawa demi melindunginya.

“Papa … Hafiy minta maaf … Minta maaf … Semua salah Hafiy …”

Zalam ketawa kecil. Tangannya yang besar dan runcing mengusap kepala Hafiy. Seolah-olah hendak memuji dan menenangkan budak itu.

“Bagus. Macam itulah yang aku mahu,” kata Zalam, sentuhannya menghantarkan deru hawa dingin yang membeku seluruh tubuh Hafiy.

“Aku janji, Hafiy. Kalau kau mengalah dan terima

saja hukuman aku, aku akan bawa kau bertemu papa. Dengan syarat, kau perlu mati dulu.”

Mata Hafiy membuntang. Dia cuba menggerakkan kepala, namun seluruh derianya bagai sedang lumpuh.

“Jangan …”

Cengkaman sesungut semakin tajam menjerut kulit

tekak, menghimpit suara Hafiy dari terkeluar melepasi kerongkong.

“Ini peluang besar untuk kau, Hafiy. Kau masih budak, jadi kau tidak perlu risau tentang neraka. Kau akan mati dalam keadaan suci tanpa dosa. Hukuman aku akan tolong kau.”

‘Jangan. Jangan buat aku macam ini. Aku tak nak…’

Suara Hafiy menghilang. Begitu juga dengan kesedarannya yang semakin sirna.

“Kau tak mahu apa?”

Tiba-tiba Hafiy dikejutkan teguran seseorang yang bergema dalam kepalanya.

“Tak boleh. Aku lembik. Aku tak kuat.”

“Kau akan kuat dengan adanya aku. Tapi aku takkan boleh tolong selagi kau tak suarakan keinginan kau!”

“Kau nak tolong aku?”

“Ya. Jadi katakan cepat. Apa yang kau mahukan?”

Hafiy mengetap gigi. Menyeru seluruh kekuatan yang masih bersisa.

“Aku nak keluar dari sini!”

Dia menjerit, mengejutkan Zalam yang terpingapinga.

“Jawapan bagus!” balas suara itu.

Tiba-tiba seluruh ruang hitam merekah dan pecah berderai seolah-olah serpihan kaca, mendedahkan panorama serba putih. Kemudian angkasa putih itu bagaikan terbakar dan terkoyak seperti fabrik. Sebuah jet angkasa muncul keluar, meluncur turun dan melepaskan tembakan bertubi-tubi menyerang Zalam.

“Celaka! Dia sampai pula!”

Zalam lekas mengubah paras rupa menjadi gergasi lohong hitam. Dia mengaum hebat, menggegarkan seluruh ruang. Angkasa mulai runtuh menjadi serpihan hujan bongkah yang cuba menjatuhkan jet angkasa.

Namun jet angkasa itu lincah terbang mengelak setiap bongkah. Ia terbang mendekati Zalam dan melepaskan tembakan pancaran laser tepat ke dada.

Awalnya serangan laser itu berjaya diserap Zalam, namun tiba-tiba dadanya berpintalan seperti pusaran yang turut menyedut seluruh ruang putih ke dalamnya, bersama-sama.

“Aahhh!” Tubuh Hafiy turut terbang hampir disedut bersama, namun cepat-cepat jet angkasa itu menembakkan alat pacak yang membebaskan lingkaran pelindung menyelubungi sekeliling Hafiy.

Hafiy kembali jatuh. Cepat-cepat dia bangun, memerhati seluruh ruang putih itu yang terkoyak semakin besar akibat disedut tubuh Zalam.

“Kau jangan ingat kau terselamat, Hafiy! Aku akan datang lagi! Kau tunggu!” laung Zalam, sebelum kelibatnya lenyap bersama-sama pusaran.

Suasana kembali tenang. Lingkaran pelindung melenyap. Panorama ruang putih telah hilang sepenuhnya. Kini berganti tebing berbumbungkan langit malam yang dihiasi Bimasakti dan dua bulan.

Seketika Hafiy terdiam ditawan pesona, sebelum pandangannya ditarik dengan kemunculan jet angkasa yang turun mendarat di hadapannya.

“Diam betul kau. Takkan sudah lupa muka aku?

Padahal hari-hari kita selalu jumpa dalam buku lukisan kau.”

Mata Hafiy berkerdipan. “Jadi, kau, kau memang …”

Lelaki itu mengangguk dan menghulurkan tangan kanan hendak bersalam.

“Aku Raed Kafil. Hero kau.”

“Raed Kafil?” Hafiy macam tidak percaya.

Hatinya membuak-buak ingin bertanyakan macammacam soalan.

Namun seperti kebiasaan mimpi yang sentiasa tamat sebelum klimaks, ruang pandangan Hafiy bertukar kabur.

Tubuhnya mulai jatuh terbaring. Lantas mencetuskan kerisauan Hafiy.

“Jangan risau. Aku takkan ke mana-mana,” pujuk Raed, sambil mengusap kepala Hafiy.

“Sekarang masanya untuk kau bangun dulu, Hafiy.”

Suara Raed memudar bersama kelibatnya ditelan cahaya putih yang menyilaukan pandangan Hafiy.

Tentang Penulis

Dikenali sebagai penulis yang mengetengahkan tema kekeluargaan dalam novelnya yang laku keras ketika di PBAKL 2023, bertajuk Terima Kasih, Luka. Selain menulis novel, juga merupakan penulis Komik Karier: Cikgu Akbar terbitan IMAN.

Novel Sekali Lagi Aku Sendiri ini merupakan nukilan semula seorang Hasif Rayyan terhadap karya lamanya yang bertajuk Khayalan yang pernah diterbitkan dahulu, kali ini diberi nafas baru dengan jalan cerita yang berbeza dan tentunya pengalaman yang tidak sama dengan novel-novel sebelumnya.

Boleh ikuti media sosial Hasif Rayyan di:

hasifrayyan

hasifrayyan

HasifRayyan

Hasif Rayyan

Jika anda mempunyai maklum balas berkenaan

buku ini (kesalahan, kerosakan dan ulasan) boleh

isikan borang maklum balas di pautan ini:

Atau imbas kod QR di bawah:

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Sekali Lagi Aku Sendiri oleh Hasif Rayyan by imanpublication - Issuu