Insisi & Operasi Kecil Ketumbit ,ikf;fl;bf; fPwy; kw;Wk; $l;bizg;G Oftalmologi & Sains penglihatan fz; kUj;Jtk; kw;Wk; ghu;it mwptpay; Insisi dan pengkuretan merupakan rawatan pembedahan kecil untuk ketumbit. Prosedur ini termasuk melakukan pembukaan pada sista, mengeluarkan kandungan sista dan membedah keluar seksyen kecil dinding sista. Prosedur ini dilakukan setelah suntikan bius setempat diberikan. Arahan Selepas Prosedur 1. Tanggalkan pad mata kira-kira 4 jam selepas prosedur atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda. 2. Sapukan ubat mata yang diberikan seperti yang diarahkan. 3. Cuci tangan anda sebelum dan selepas menyapukan ubat mata. 4. Ia adalah perkara biasa sekiranya kelopak mata anda mengalami lebam selepas prosedur. Bengkak dan lebam biasanya akan pulih dalam masa beberapa minggu. 5. Sekiranya anda mengalami kesakitan yang ketara atau pendarahan yang berlebihan dari kelopak mata yang dioperasikan, sila hubungi kami dengan segera semasa waktu pejabat. Klinik Mata Hospital Khoo Teck Puat 6602 3042/6602 3046 Pusat Perubatan Admiralty, Pusat Mata 6807 8360
Waktu Operasi Isnin hingga Jumaat : 8:30am - 5:30pm Sabtu : 8:30am - 11:00am Tutup pada hari Ahad dan Cuti Umum
6. Sekiranya ia berlaku selepas waktu pejabat, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital atau mana-mana jabatan kecemasan yang berdekatan. 7. Ia penting untuk mendapat rawatan susulan dengan doktor anda.