Penjagaan Kesihatan Mulut untuk Orang Dewasa Lanjut Usia Mulut kita merupakan persekitaran yang rumit dengan pelbagai spesis bakteria yang wujud bersama di gigi, gusi, lidah dan tisu lembut kita. Di kalangan orang dewasa yang lanjut usia dan mempunyai satu atau lebih penyakit, termasuk mekanisme pertahanan paru-paru yang lemah, refleks batuk yang lemah, status imun tubuh yang lemah dan status fungsi yang merosot; penjagaan kebersihan mulut adalah sangat penting.
GUSI YANG BERJANGKIT
Bakteria di dalam mulut yang penjagaannya terabai, boleh disedut ke dalam paru-paru dan menyebabkan jangkitan paru-paru serta radang paru-paru/pneumonia. Bakteria itu juga boleh dibawa melalui aliran darah ke jantung, meningkatkan risiko penyakit jantung. Bagi pesakit kencing manis yang bacaan gulanya tidak terkawal lebih mudah mengalami penyakit gusi. Bakteria dan toksin beracun yang lain memasuki peredaran tubuh anda melalui tisu gusi yang berpenyakit dan menjangkiti seluruh badan anda!
Periodontitis (Penyakit Gusi) kini dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk: • Penyakit Jantung
ARTERI
• Penyakit Paru-paru
bakteria dan toksin
• Strok • Diabetes
HATI