
1 minute read
FUTSAL LELAKI TERBUKA
Innoprise Capital Sdn Bhd dengan kerjasama Mizanis Sports Boutique telah menganjurkan kejohanan futsal lelaki terbuka pada 18 Mac 2023.

Kejohanan yang melibatkan 19 buah pasukan ini dijuarai oleh pasukan TT FT sementara naib juara dirangkul oleh pasukan Chaiyang FT. Pemenang tempat pertama, naib johan dan pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir telah menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai dan piala iringan.
Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu inisiatif bagi menggalakkan pencinta futsal mengembangkan bakat selain menerima pendedahan penyertaan dalam kejohanan terutama sekali bagi pemain yang baharu berkecimpung dalam sukan ini.
Innoprise Capital Sdn Bhd selaku penganjur bersama Mizanis Sports
Boutique mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Selaras dengan perancangan aktiviti tahunannya, Kelab Rekreasi Kumpulan
Yayasan Sabah (KRKYS) telah menganjurkan
Program Gaya Hidup Sihat pada 1 Februari 2023 bertempat di Kompleks Sukan Tun Adnan. Seramai 20 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah menyertai aktiviti zumba yang antaranya merupakan atlet kontinjen PESAYA ke-14.




Objektif program ini adalah untuk menggalakkan staf Kumpulan Yayasan Sabah untuk mengamalkan gaya hidup sihat di samping memupuk silaturahim antara staf daripada pelbagai bahagian. Program ini akan dijalankan sepanjang tahun pada minggu terakhir setiap bulan. Zin jemputan yang telah mengetuai aktiviti zumba tersebut ialah Encik Mohd Rizal Nazaruddin Matlin yang merupakan pengajar berpengalaman di Studio Hotfit, Bwellness dan M93.
Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Encik
Zulkhairi bin Haji Ismail, Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), selaku penasihat KRKYS.
Sementara itu, sesi kedua Program Gaya Hidup Sihat ini telah berlangsung pada 2 Mac 2023 bertempat di Ruang Legar Tadika Ria yang disertai seramai 23 orang staf. Aktiviti ini diketuai oleh Encik Azazi bin Jumat yang juga dikenali sebagai Zin AJ. Beliau mengajar di beberapa buah studio iaitu Smoty Studio, Ossesys Studio dan Fitness Olympus Gymnasium Taman Bakti Ikhlas.