1 minute read

KONTINJEN KUMPULAN YAYASAN Majlis Apresiasi

Sebagai menghargai kejayaan kontinjen

Kumpulan Yayasan Sabah mendapat naib johan di Pesta Sukan Antara

Yayasan-Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) ke-14 Sarawak, majlis apresiasi telah diadakan pada 7 Mac 2023 di Sabah International Convention Centre (SICC).

Majlis ini diserikan dengan kehadiran

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji

Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar dan barisan Pengurusan Kumpulan

Yayasan Sabah.

Ketua Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada Pengarah Yayasan Sabah dan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah atas kepercayaan dan amanah yang diberikan. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua atlet yang menunjukkan prestasi cemerlang di PESAYA Sarawak kali ini.

Dalam majlis berkenaan, ketua pasukan daripada 13 acara menerima sijil penghargaan mewakili semua atlet. Mereka terdiri daripada Encik Al Amin bin Abdul Thani (Badminton), Puan Nor Bijaya Timala binti Maskor (Bola Jaring), Encik Laxmi bin Abul Sani (Bola Tampar Lelaki), Puan Sofea Walter binti Abdullah (Bola Tampar Wanita), Encik Abdul Wahap bin Abdul Latip (Dart), Encik Rohan bin Sapri (Karom), Encik Abu Zarin bin Abu Bakar Titingan (Futsal Lelaki), Puan Siti Sheriffah binti Haji Jabar Khan (Futsal Wanita), Puan Nor Hanikka binti Jupiring (Bola Baling Wanita), Encik Mohd Fuad bin Samin (Bola Baling Lelaki), Encik Mohammad Nasrun bin

Abdullah (Ping Pong), Cik Suzanirihwati binti Abdul Ghani (Petanque), Encik Gerard C. Monjiliu (Bola Sepak), Encik Suhaili bin Jahani (Sepak Takraw), Encik Mohd Iqbal bin Mohd Khalid (E-Sports ML), Encik Mohd Mizanuza’im bin Abdul Karim (E-Sports FIFA), Encik Juanis

Tinggal (Golf) dan Encik Mohd Redzuan bin Mohamad Zin (Tenpin Boling).

Anugerah Khas juga diberikan kepada salah seorang atlet iaitu Cik Suzanihriwati binti Abdul Ghani atas kejayaannya mendapat dua pingat emas dan satu perak pada Kejohanan 27th Thailand Master Athletic Championship 2023. Anugerah ini khas disampaikan oleh Dato’ Sri Haji Gulamhaidar sebagai dorongan kepada atlet-atlet lain untuk terus cemerlang dalam acara sukan yang disertai pada masa akan datang.