
1 minute read
MESYUARAT AGUNG KHAS
KPYSB
Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad (KPYSB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas (MAK) pada 24 Februari 2023 di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.
Menurut Pengerusi KPYSB, Encik Jessel Kamijan @ Jessel bin Aloysius dalam ucapannya memaklumkan bahawa mesyuarat ini bertujuan bagi mendapatkan kelulusan pembukaan
Cawangan KPYSB di Dewan Taman Bakti IKhlas daripada anggota KPYSB. Cawangan ini adalah bagi menjalankan perniagaan dobi dan kiosk.
“Perniagaan dobi ini akan meningkatkan lagi keyakinan dan pulangan yang baik kepada ahli dan KPYSB,” jelas beliau.
Seramai 106 anggota KPYSB telah hadir ke Mesyuarat Agung Khas KPYSB.
Bengkel Pelan Antirasuah
Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS) telah menganjurkan Bengkel Analisis Data dan Penilaian Risiko Rasuah, Pelan Antirasuah Organisasi pada 13 hingga 16 Februari 2023 di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu. Bengkel tersebut melibatkan 16 agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri yang dibimbing oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) dan seramai 21 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah telah menghadiri bengkel tersebut.

Bengkel ini bertujuan untuk mengenal pasti risiko rasuah, integriti dan tadbir urus yang bersumber dan tidak bersumber. Antara objektif lain bengkel ini adalah untuk menganalisis data dan risiko rasuah serta menentukan bidang keutamaan bagi risiko yang telah dikenal pasti.

Rentetan daripada bengkel tersebut, Kumpulan Yayasan Sabah telah menghantar deraf Plan Antirasuah Organisasi pada 24 Februari 2023 untuk tujuan pemurnian dalam siri bengkel seterusnya.

Fasa tiga siri bengkel ini ialah Bengkel Pembangunan Penilaian Risiko Rasuah dan Pengubalan Pelan Antirasuah Organisasi yang berlansung pada pada 16 hingga 17 Mac 2023 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC) melibatkan 40 orang staf Kumpulan Yayasan Sabah.


Objektif utama fasa ketiga ini adalah untuk memastikan pelan tindakan yang telah dibangunkan jelas dan dapat dipraktikkan dengan efektif serta memastikan inisiatif yang dicadangkan mendapat persetujuan daripada Pengurusan atasan di samping memastikan penyediaan draf buku yang sewajarnya.
