
1 minute read
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF
Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB) telah menganjurkan
Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dengan kerjasama
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri cawangan
Sabah. Kursus yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif
Benta Wawasan Sdn. Bhd., Encik Ambran bin Pe’ang ini telah diadakan pada 9 dan 10 Januari 2023 di Hotel LA, Tawau.
Kursus selama dua hari ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang peserta. Dalam ucapan perasmian, Encik Ambran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada dua orang pegawai pakar
KIK daripada MAMPU, iaitu Puan Veronica Chin Moi Ching dan Cik Vivian Nazarius yang sudi membimbing pasukan-pasukan
KIK BWSB dalam kursus tersebut.
Beliau juga menjelaskan selaras dengan perancangan strategik BWSB, kejayaan penambahbaikan proses telah ditetapkan sebagai salah satu KPI korporat. Realisasi KPI ini mendorong staf BWSB untuk melaksanakan projek-projek penambahbaikan dan inovasi.
Encik Ambran berharap agar smua staf BWSB dapat menyumbangkan idea dan menjadi penggerak transformasi proses dan operasi syarikat. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perancangan Korporat, Inovasi Proses dan Perundangan BWSB kerana menjayakan penganjuran inisiatif ini.
