1 minute read

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Kumpulan Yayasan Sabah muncul sebagai naib juara dalam

Pesta Sukan Antara Yayasan-Yayasan Negeri Se-Malaysia

(PESAYA) ke-14 yang berlangsung pada 10 hingga 19 Februari

2023 di Kuching, Sarawak. Sebanyak 13 buah kontinjen dari yayasan-yayasan negeri seluruh Malaysia telah menyertai kejohanan tersebut yang mempertandingkan 14 acara dan melibatkan seramai 1,131 penyertaan atlet seluruh negara. Kumpulan Yayasan Sabah menghantar seramai 174 orang atlet dan pegawai.

Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah diketuai oleh Setiausaha

Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman selaku Ketua

Kontinjen. Acara pembukaan dan penutupan turut dihadiri oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar.

Keseluruhannya, Kumpulan Yayasan Sabah berjaya memperoleh dua pingat emas, tujuh perak, lapan gangsa dan empat di kedudukan keempat dengan jumlah kutipan sebanyak 51 mata meninggalkan Yayasan Pelajaran Johor di tempat ketiga. Dua pingat emas Kumpulan Yayasan Sabah diperoleh melalui acara golf berpasukan dan karom lelaki. Sementara itu, pingat perak diperoleh melalui acara tenpin boling berkumpulan wanita dan Master individu wanita, bolasepak, futsal wanita, petanque, golf individu dan karom wanita. Pingat gangsa pula diperoleh melalui acara bola baling wanita, dart, badminton, sepak takraw, E-Sport Mobile Legends dan tenpin boling berpasukan lelaki, individu wanita dan berpasukan keseluruhan.

Kejayaan ini amat bermakna kerana Kumpulan Yayasan Sabah berjaya memperbaiki kedudukan daripada tempat keenam semasa di PESAYA ke-13 Kedah tahun 2019 yang lalu.

This article is from: