1 minute read

Pengurusan dan Staf MBJ

Saling bantu-membantu kerana semua pihak adalah penting bagi kelancaran organisasi. Demikian ucapan

Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah merangkap

Pengerusi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah pada mesyuarat MBJ siri 1/2023.

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 23 Mac 2023 di Menara Tun Mustapha.

MBJ meliputi perkara berkaitan dengan perkhidmatan organisasi dan pentadbiran yang menitikberatkan kepada kepentingan kebajikan staf. Isu-isu yang dikemukakan oleh staf melalui Wakil Pekerja perlu diselesaikan secara bersama melalui perbincangan dan perkongsian idea oleh semua ahli MBJ.

Pelbagai isu yang melibatkan kebajikan staf dibincangkan pada mesyuarat tersebut. Isu-isu berkenaan dibincangkan dalam suasana harmoni sesuai dengan tujuan MBJ iaitu mewujudkan hubungan yang rapat antara Pengurusan dengan staf.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Puan Felicia Matayun, Pengurus Kumpulan, Bahagian Perhutanan, Dr. Esther Li serta Wakil Pengurusan dan Wakil Pekerja.

This article is from: