
1 minute read
Menara Tun Mustapha Lawatan ke
9 Disember 2022
Seramai 155 ahli rombongan dari SK Kota Klias, Beaufort yang terdiri daripada 45 orang ibu bapa, 16 orang guru, dan 94 orang pelajar mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha. Rombongan tersebut turut melawat Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.
12 Disember 2022
Seramai 23 orang pelajar International Baccalaureate Diploma dari Kolej Melayu Kuala Kangsar bersama tujuh orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha.
Lawatan yang bertemakan Creativity, Activity & Service ini bertujuan untuk mengenali kepelbagaian budaya serta pembangunan fizikal dan insaniah di Sabah.

Peserta rombongan diberikan taklimat aktiviti Kumpulan Yayasan Sabah oleh Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Mohd Redzuan Mohd. Zin yang diikuti dengan lawatan ke Galeri Tun Mustapha yang dikendalikan oleh Encik Abu Zarin Abu Bakar Titingan. Rombongan seterusnya dibawa melawat ke Galleria Artisan untuk melihat produk kraf tangan keluaran tempatan dan aktiviti mencanting batik.

10 Februari 2023
Seramai 100 orang pelajar beserta 12 orang guru daripada SJK (C) Yue Min, Penampang mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha. Rombongan turut melawat Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens dan Galeri Tun Mustapha (GTM).
13 Februari 2023
Rombongan daripada Sekolah Kebangsaan Kuala Abai, Kota Belud yang melibatkan seramai 40 orang murid tahun 6 dan juga enam orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha. Rombongan turut dibawa melawat perpustakaan dan GTM.


Majlis

Ramah Mesra & Taklimat Program Penghantaran

Pelajar Tingkatan Satu
Majlis ramah mesra dan taklimat program penghantaran pelajaran tingkatan satu ke Semenanjung Malaysia yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Pendidikan telah diadakan pada 20 Mac 2023 di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha. Program penghantaran pelajar ke Semenanjung Malaysia sejak tahun 1968 ini amat signifikan dalam merapatkan lagi hubungan dan integrasi nasional antara Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Seramai 22 orang pelajar tingkatan satu dihantar ke Mahaad Tahfiz Negeri Pahang, Yayasan Islam Kelantan dan Kolej Genius Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Lawatan Institut Kemahiran MARA
Seramai 14 orang pelajar bersama dua orang pensyarah pengiring dari Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Menara Tun Mustapha pada 21 Mac 2023.
Dalam lawatan tersebut mereka diberi taklimat teknikal mengenai penghawa dingin memandangkan sebahagian daripada pelajar tersebut mengambil program Sijil Teknologi Penyaman Udara Dan Penyejukan. Taklimat disampaikan oleh Pegawai Kanan Penyelenggaraan, Encik Dinata D. Abdillah daripada Bahagian Tenaga dan Fasiliti. Sejurus selesai taklimat, rombongan tersebut dibawa melawat ke Galeri Tun Mustapha dan seterusnya ke Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.