
1 minute read
KDMRS Muslim
KDMRS ditubuhkan pada tahun 2018 yang bertujuan untuk berkhidmat demi membina hubungan antara pelbagai etnik Kadazan-Dusun-Murut-Rungus-Sungai di Malaysia.
Mereka berhasrat untuk bekerjasama dengan Kumpulan Yayasan Sabah dalam menjalankan aktiviti sosial termasuk pembangunan pendidikan dan keagamaan khususnya dalam memperkasa ilmu sebagai seorang muslim.
Kunjungan Hormat
Encik Hanafiah (kanan) mendengar penerangan mengenai Sabah AIR Aviation daripada Encik Rodney (tengah).
Rombongan dari Sabah AIR Aviation Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Rodney Linus serta Eksekutif Kanan Pemasaran, Puan Floris Kinajil telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman pada 2 Mac 2023.
Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk mewujudkan peluang kerjasama di antara syarikat berkenaan dengan Kumpulan Yayasan Sabah.

Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah

Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah yang diketuai oleh Pengarahnya, Tuan Haji Yusdi bin Haji Nasip serta Ketua Pemasaran, Encik Mohd. Redzuan bin Ramlan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman pada 7 Mac 2023.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk mewujudkan kerjasama di antara Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Yayasan Sabah.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Rombongan daripada Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sabah yang diketuai oleh Pengarahnya, Encik Suszma Khairitszi bin Mamat telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman di Menara Tun Mustapha pada 20 Mac 2023.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menerangkan program-program yang dilaksanakan oleh LPPKN Negeri Sabah. Turut hadir beberapa orang pegawai daripada LPPKN iaitu Pegawai Perubatan, Dr. Halimatul Saadiah Mohd Aris dan Penolong Pegawai Penerangan, Encik Eddy Samond bin Layun.


Kunjungan Hormat
Persatuan Perkhidmatan
Taska Sabah
Seramai tujuh orang ahli Persatuan Perkhidmatan Taska Sabah (PPTS) yang diketuai oleh Pengerusinya Puan Jelsie Fung telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Korporat Yayasan Sabah Encik Hanafiah Diman pada 21 Mac 2023 di Menara Tun Mustapha.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan PPTS, ahli-ahlinya, objektif penubuhan dan program-program yang dianjurkan oleh PTTS. PTTS juga berharap dapat sokongan dan kerjasama dari pihak Yayasan Sabah kerana mempunyai matlamat yang sama dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di Sabah.

Sumbangan Foodbank dan Dapur Pelajar UiTM


Kumpulan Yayasan Sabah melaluiBahagian Pembangunan Pendidikan telah menyampaikan sumbangan kepada Foodbank dan Dapur Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah bertempat di Asrama Lelaki Kolej Kediaman Manukan, UiTM pada 9 Mac 2023.

Antara sumbangan yang diberikan adalah 300 kampit beras, 50 kotak mi segera, 10 kotak biskut dan 20 kotak tin sardin.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan, Puan Bahiwata S. Haji Mulia. Turut hadir dalam majlis ini ialah para pegawai dari Bahagian Pembangunan Pendidikan. Sebelum itu, ketibaan rombongan disambut oleh Penolong Pendaftar UiTM Encik Luqman Abd. Shukur serta wakil daripada penuntut asrama, tenaga pengajar dan warden asrama.