
1 minute read
MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITY COL L EG E Sabah FoundatIon
University College Sabah Foundation (UCSF) terus melahirkan modal insan yang berkemahiran serta berkualiti menerusi peningkatan kualiti pendidikan.


“Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan penuh terhadap apa juga usaha pembangunan oleh UCSF menerusi Kumpulan Yayasan Sabah.” Demikian menurut Ketua Menteri Sabah merangkap Canselor UCSF, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor semasa menyempurnakan Majlis Konvokesyen UCSF kali ke-2 yang diadakan pada 14 Januari 2023 di Sabah International Convention Centre (SICC).
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji juga menyatakan bahawa memorandum yang termeterai antara UCSF dan PETRONAS pada Oktober tahun 2022 merupakan satu lagi pencapaian dalam usaha pembangunan modal insan di Sabah. “Melalui kerjasama ini, UCSF akan menawarkan kursus berasaskan Minyak dan Gas di kampusnya untuk melahirkan lebih ramai pelajar tempatan dalam pelbagai bidang pekerjaan sektor berkenaan,” tambah beliau.
Beliau turut mengumumkan, “Bagi memastikan UCSF terus cemerlang dan menjadi pilihan anak-anak kita, kerajaan negeri akan memberi peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta sebagai geran penyelidikan pembangunan Sabah, kursus dan latihan kepada penjawat awam serta belia, dan projek perintis bagi pengeluaran batik botani UCSF.”
Sebagai reaksi kepada pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri Sabah itu, Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq Idris mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas sokongan berterusan.
“Ini akan membolehkan UCSF mengukuhkan kapasiti penyelidikannya dan memainkan peranan penting dan menjalankan penyelidikan strategik pembangunan yang bermanfaat untuk negeri Sabah,” kata Dr. Rafiq.