2 minute read

USAHA PEMBANGUNAN MODAL INSAN HARUS TERUS MENINGKATKAN

Khususnya Dalam Aspek Pendidikan

Demikian menurut Ketua Menteri

Sabah merangkap Pengerusi Lembaga

Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor semasa berucap di Malam

Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah pada 7 Februari 2023 di Sabah International Convention Centre (SICC).

“Kumpulan Yayasan Sabah harus terus memberi fokus kepada pendidikan dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke pengajian tinggi. Pada tahun 2022 sebanyak RM28.5 juta telah dibelanjakan untuk memberi tajaan dalam bentuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman kepada 2,823 orang pelajar baharu dan yang sedang belajar. Saya berharap pelancaran Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) pada bulan Jun tahun lalu dapat meringankan beban kewangan Kumpulan Yayasan Sabah dalam membiayai komitmen tersebut. Saya yakin dengan dana terkumpul TPNS akan dapat meringankan bebanan kewangan Kumpulan Yayasan Sabah,” kata beliau.

Sehingga kini kerajaan telah melaksanakan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif bagi membangunkan agenda pendidikan di negeri ini. Inisiatif ini membuka sinar baharu khususnya kepada golongan B40 untuk memastikan anak mereka mendapat pendidikan hingga ke peringkat universiti.

Di samping itu, beliau juga berbangga dengan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) yang mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan kira-kira 98 peratus manakala University College Sabah Foundation (UCSF) sebanyak 75 peratus pada 2022.

Dalam pada itu, Datuk Seri Haji Haji turut mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas pencapaian melaksanakan sebanyak 95 peratus daripada 17 inisiatif Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Inisiatif yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 membabitkan dua teras di dalam SMJ iaitu Modal Insan dan Kelestarian Hijau.

“Prestasi ini amat membanggakan dan tahniah kepada semua warga Kumpulan Yayasan Sabah. Sebagai jentera strategik Kerajaan Negeri, Kumpulan Yayasan Sabah perlu terus memacu pelbagai program sejajar dengan Hala Tuju SMJ. “Dalam pada itu, usaha Kumpulan Yayasan Sabah yang komited melindungi khazanah yang terkandung di kawasan konservasi di bawah seliaannya, perlu terus dipertingkatkan. Usaha ini sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah yang sentiasa memastikan pelaksanaan pembangunan sosial dan ekonomi bergerak seiring dengan usaha melestarikan alam sekitar agar kesejahteraan rakyat terjaga,” tegas beliau.

Beliau berharap agar Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah terus berusaha agar aktiviti perniagaan anak-anak syarikat akan terus menghasilkan keuntungan sekali gus dapat menggandakan pembayaran dividen kepada Innoprise Corporation Sdn. Bhd (ICSB).

“Hampir semua sektor yang diceburi telah mencatatkan pulangan yang lebih baik pada tahun 2022. Keuntungan sebelum cukai dijangka melebihi RM412 juta.Tahniah kepada anak-anak syarikat berkaitan perladangan kelapa sawit dan penjanaan kuasa elektrik yang merupakan penyumbang utama kepada prestasi yang memberangsangkan ini.

Pemulihan keuntungan oleh anak-anak syarikat di sektor pelancongan dan kayu balak turut memberi kesan kepada prestasi baik ini.

Beliau juga berharap pihak Pengurusan terus memberi perhatian dalam perancangan masa hadapan, antaranya memastikan Kumpulan Yayasan Sabah ditadbir secara efisien dari segi kos; mentranformasikan anak-anak syarikat yang rugi melalui usaha sama dimana wang pelaburan akan disuntik oleh rakan kerjasama dan mengewangkan (monetise) aset-aset Kumpulan Yayasan Sabah seperti tanah dan perhutanan.

Selain itu beliau berkata Kumpulan Yayasan Sabah perlu menambah nilai dan pulangan anak syarikatnya melalui penyenaraian di bursa saham, selain berkolaborasi dengan organisasi dari dalam dan luar negara yang mempunyai kepentingan bersama; pemantauan berterusan anak-anak syarikat untuk memastikan prestasi yang baik agar pembayaran dividen yang maksimum dapat dilakukan.

Jelasnya tumpuan juga perlu diberikan terhadap pelaksanaan Projek

Pembangunan Pavillion Harbour City, Jesselton Waterfront Sdn. Bhd. dan Lok Kawi Resort City; memastikan hasil tunai (cash entitlements) dari projek pembangunan bersama dapat diterima dengan secepat mungkin dan melaksanakan beberapa projek pembangunan hidroelektrik baharu di kawasan yang dikenal pasti.

Pada majlis tersebut, Dato Seri Haji Hajiji turut menyampaikan sijil kepada 26 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tujuh orang penerima

Anugerah Jubli Perak dan 30 orang penerima Anugerah Jasamu Dikenang. Beliau turut menyaksikan penyerahan bendera Yayasan Sabah kepada kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah ke Pesta Sukan Antara Yayasan-Yayasan

Negeri Se-Malaysia (PESAYA) kali ke-14 di Kuching, Sarawak.

Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh penghibur tempatan yang terdiri daripada penari Kumpulan Budayawan, kugiran Masmona, Belinda Jane, Amin Wali dan Dabra Sia.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah

Pembantu Menteri kepada Ketua

Menteri, Datuk Abidin bin Madingkir, Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji

Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah

Yayasan Sabah, Pengerusi Eksekutif

ICSB, Datuk Jasni Dayah dan isteri serta barisan Pengurusan dan staf Kumpulan

Yayasan Sabah.

This article is from: