1 minute read

ZON PEDALAMAN SELATAN

PROGRAM TERAS (INTELEK & MINDA)

Pejabat Zon Pendalaman Selatan (ZPS) telah mengadakan Program Memburu Impian ke Puncak Jaya di Dewan Sekolah Menengah Kimanis pada 11 Oktober 2022. Seramai 114 orang pelajar tingkatan 5 telah menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar mengenai sahsiah diri seperti pengukuhan akademik dan ketahanan mental serta teknik-teknik menjawab soalan kepada para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Turut hadir dalam program ini ialah Pengetua SMK Kimanis, Datin Masniah binti Tarah, dan Yang Dipertua PIBG SMK Kimanis, Encik Malin bin Jamal. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pentadbir ZPS, Tuan Haji Gulam Hassan bin Hapil.

Pejabat ZPS telah menganjurkan Program Motivasi Kecemerlangan SPM dan STPM. Program yang diadakan di Dewan Terbuka SMK Menumbok ini telah diadakan pada 18 Oktober 2022.

Seramai 150 orang pelajar telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6. Program tersebut bertujuan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar mengenai sahsiah diri seperti pengukuhan akademik dan ketahanan mental serta teknik-teknik menjawab soalan SPM dan STPM.

Dalam program tersebut Yayasan Sabah College of Teknology dan University College Sabah Foundation turut menyertai pameran pendidikan.

Puan Dr. Hajah Kamsi @ Kamsiah binti Adil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort telah dijemput sebagai penceramah bagi program ini. Turut hadir dalam program ini ialah Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Menumbok, Encik Masinau Hussin. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pentadbir ZPS, Tuan Haji Gulam Hassan bin Hapil.

Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah

Dengan bertemakan “Kekal Selamat, Kekal Sihat”, Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah akan mempertingkatkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sukan dan rekreasi untuk warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah melalui pelbagai aktiviti seperti acara Fun Run yang telah diadakan pada 7 Oktober 2022 bertempat di Sunset Plaza, Menara Tun Mustapha. Acara tersebut dimeriahkan dengan aktiviti seperti karaoke, cabutan bertuah dan sesi senaman zumba. Menurut Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, acara tersebut adalah bukti komitmen Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Kumpulan Yayasan Sabah di samping menggalakkan semangat berpasukan dalam organisasi. “Oleh itu, saya menyeru kepada warga Kumpulan Yayasan Sabah untuk melibatkan diri dalam acara bermakna ini sebagai usaha membudayakan amalan gaya hidup sihat,” tambahnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Korporat (YS|ICSB) merangkap Penasihat Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Zulkhairi bin Haji Ismail, wakil daripada Majlis Belia Sabah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sabah dan Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan.

This article is from: