5 minute read

ZON PENDALAMAN UTARA

PROGRAM TERAS (INTELEK & MINDA)

Seramai 280 orang pelajar terdiri daripada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mengikuti program Tuju Cemerlang pada 21 September 2022 yang dikendalikan oleh penceramah jemputan daripada Smart Method Training Consultant, Encik Rusdi bin Rusli. Objektif program ini adalah untuk memberi kepada para pelajar untuk mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik dengan menguasai teknik belajar yang berkesan.

Seramai 129 orang peserta yang terdiri daripada 99 orang pelajar calon SPM dan 30 orang ibu bapa mengikut program Saya Juara yang dikendalikan oleh penceramah daripada SURE Success Strategies, Encik Sylevster Dulip Sintia.

Objektif program ini yang diadakan pada 26 September 2022 adalah untuk membina mentaliti bagi persiapan akhir para pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM melalui pendedahan kepada strategi dan teknik perancangan ulang kaji akhir, amalan pengurusan emosi dan masa.

Di samping itu, program ini turut memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang aspek-aspek yang perlu ditekankan dalam memberi sokongan kepada pelajar untuk berusaha mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik.

Program Pemacu Kecemerlangan SPM pada 27 September 2022 telah disertai oleh 146 orang pelajar tingkatan 5. Program ini dikendalikan oleh perunding motivasi dan penceramah daripada MBK Dynamics Consultant, Kota Kinabalu, Tuan Haji Mohd Makhtar Imam Haji Nor.

Objektif program ini ialah untuk meningkatkan semangat dan motivasi belajar yang tinggi, membentuk amalan gaya pembelajaran yang cemerlang serta beradab mulia kepada para guru, ibu bapa dan warga yang lebih tua.

Seminar Motivasi dan Kecemerlangan SPM @ Dewan Jaya, SMK Bingkor Keningau

Seminar Motivasi dan Kecemerlangan SPM ini disertai oleh 170 orang pelajar tingkatan 5, SMK Bingkor Keningau dan dikendalikan oleh penceramah daripada Great Impact Resources, Encik Norhasdi bin Hassan.

Program ini yang diadakan pada 29 September 2022 bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik dan meningkatkan keyakinan diri demi kecemerlangan dan membantu pelajar menjadi individu yang lebih yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

PROGRAM TERAS (SOSIO BUDAYA)

Gotong-royong secara

Gotong-royong Membaik Pulih Paip Air Graviti

Gotong-royong yang diadakan pada 24 September 2022 ini telah disertai oleh 77 orang penduduk kampung yang mana kemudahan yang dibaik pulih ini memberi manfaat kepada lebih kurang 800 orang penduduk kampung tersebut.

Penduduk kampung yang bergantung kepada sumber bekalan air paip graviti ini menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas bantuan yang diberikan.

Gotong Royong Membersih Tanah Perkuburan dan Jalan Ke Tanah Perkuburan @ Tanah Perkuburan Kg. Baru Jumpa, Kemabong, Tenom

Gotong-royong yang diadakan pada 29 September 2022 telah disertai oleh 92 orang penduduk kampung yang mana kawasan tanah perkuburan ini merupakan tanah perkuburan bagi penduduk Mukim Baru Jumpa yang merangkumi empat buah kampung dengan jumlah penduduk lebih 1,000 orang. Gotong-royong ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.43 Kemabong.

PROGRAM TERAS (SOSIOEKONOMI)

Kursus Penggunaan WhatsApp Business @ Rumah Komuniti, Kg. Papar, Tambunan

Program yang diadakan pada 25 September 2022 ini bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para peserta bagi tujuan pemasaran produk dalam talian dengan memberi pendedahan kepada bentuk pemasaran, kelebihan dan kelemahan pemasaran dalam talian, analisis penilaian perniagaan (SWOT Analysis) serta melatih peserta menggunakan WhatsApp Business sebagai platform pemasaran dalam talian.

Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Tambunan yang mengusahakan pelbagai bentuk perniagaan kecil-kecilan seperti penjualan sayuran, hasil tanaman buah-buahan dan bahan makanan diproses seperti jeruk, sambal dan pes sedia dimasak.

Program ini yang dikendalikan oleh Encik Mardi B. Marijo daripada Inspirasi Minda Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Tambunan.

Program ini diadakan pada 17 Oktober 2022 bertujuan memberikan ilmu pengetahuan kepada para peserta berkenaan potensi tanaman Keladi Cina dan panduan penanaman berkesan. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Wanita Berdaya Maju, Kg. Bomboi, Keningau yang membantu suami mereka sebagai petani mengikuti program ini.

Program ini dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Keningau dan Persatuan Wanita Berdaya Maju, Kg. Bomboi, Keningau.

Program ini bertujuan memberikan ilmu pengetahuan kepada para peserta mengenai penyediaan baja organik bagi ternakan ayam, ternakan ikan, tanaman padi dan buah-buahan melalui pendedahan kepada penggunaan baja organik dan manfaatnya bagi ternakan ayam, ikan, tanaman padi dan buah-buahan serta memberikan kemahiran berkenaan penyediaan baja organik. Program ini dikendalikan oleh Puan Beatrice Akoi daripada Triple B Enterprise.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kg. Bunang Laut, Sook, Keningau telah mengikuti program pada 20 Oktober 2022 yang dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Bunang Laut, Sook.

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kg. Enam dan Kg. Kawatuan, Nabawan telah mengikuti program ini pada 28 Oktober 2022 yang dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Loboh, Nabawan.

Puan Beatrice memberi tunjuk ajar kepada peserta semasa latihan praktikal memampatkan sekam dan daun kering.

Peserta membuat lakaran kombinasi produk tenunan dan manic.

Pejabat Zon Pendalaman Utara (ZPU) telah melaksanakan Program Komuniti Kraftangan (PKK) dalam bulan Ogos dan September 2022 di Kg. Tulid Station, Sook, Keningau dengan peruntukan daripada Pusat Kraftangan Sabah (PKS). Program ini bermula pada 13 Ogos hingga 12 September 2022 dengan penyertaan seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha kraf tangan.

Matlamat program adalah membantu PKS dalam melaksanakan PKK bagi tahun 2022 dan ini merupakan kesinambungan kepada Program Latihan Kraftangan (PLK) yang dilaksanakan di Zon Pedalaman Utara sejak tahun 2011 lagi.

Antara objektif program ini ialah mengenal pasti tahap potensi lokasi terpilih melalui proses pengembangan idea, kemahiran insani, memberikan latihan berkenaan promosi dan jualan serta melakukan uji lari pengeluaran kraf bagi meningkatkan pendapatan para peserta tersebut.

PKK memfokuskan latar belakang kraf tangan berasaskan hasil rimba sesuai dengan identiti kraf di bahagian pedalaman atas Sabah. Durasi program dibahagikan kepada dua fasa. Fasa 1 diadakan selama tiga hari, di mana para peserta mengikuti perbengkelan yang merangkumi pengembangan idea, mengasah kemahiran insani, latihan promosi dan jualan. Fasa 2 merupakan uji lari pengeluaran kraf selama 27 hari, di mana setiap peserta perlu menghasilkan 10 unit produk berdasarkan cadangan produk pada bengkel pengembangan idea.

Program ini dilaksanakan dengan kendalian tenaga pengajar daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Sabah.

Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N.44 Tulid, Puan Flovia Ng (kini Datuk, memegang jawatan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah) pada 12 September 2022 bertempat di Kg. Tulid Station, Sook, Keningau.

Puan Flovia (kini Datuk - berbaju kelabu, lima dari kanan) melihat produk yang dihasilkan oleh peserta program.

PROJEK/PROGRAM YAYASAN SABAH BERSAMA RAKYAT

Sepanjang bulan Ogos dan September 2022, projek baik pulih rumah di bawah Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) diadakan di daerah Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan.

Sebanyak tujuh buah rumah yang melibatkan tujuh Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan baik pulih ini iaitu Encik Edward Edwin dari Kg. Tabilung, Tambunan, Encik Beduin bin Lemis dari Kg. Luanti Baru, Keningau, Encik Dius bin Korotid dari Kg. Patikang Ulu, Keningau, Puan Hilonggima binti Madaun dari Kg. Bonod Bt. 7, Sook, Keningau, Encik Bister bin Angkub dari Kg. Buang Sayang, Keningau, Encik Anthony bin Atin dari Kg. Lologubon, Melalap, Tenom dan Encik Sheeddy Awang dari Kg. Kalas, Nabawan.

Kerja-kerja baik pulih ini sebahagian besarnya melibatkan pembaikan bumbung dan penggantian atap rumah yang telah rosak. Kesemua KIR yang telah mendapat manfaat daripada projek ini menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas bantuan yang diberikan. Projek ini merupakan salah satu usaha Kumpulan Yayasan Sabah dalam menokok tambah usaha kerajaan bagi memberi bantuan dan keselesaan tempat tinggal kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Keadaan

This article is from: