
1 minute read
PRESTASI PERKHIDMATAN CEMERLANG ke arah
Pengarah Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Puan Rosnih binti Othman telah mengadakan sesi libat urus bersama Kumpulan Yayasan Sabah pada 7 November 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Auditorium, Menara Tun Mustapha.
Delegasi Sekretariat SMJ yang turut hadir pada sesi libat urus ini ialah Ketua Penolong Pengarah, Puan Chung Ching Yian, Pegawai-pegawai Tadbir dan Pegawai-pegawai Interim Hi Talent.


Manakala Kumpulan Yayasan Sabah dihadiri oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Encik Hanafiah Diman yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah serta Pegawai-pegawai Kanan Kumpulan Yayasan Sabah.
Sesi libat urus ini diadakan untuk berkongsi mengenai laporan pencapaian inisiatif SMJ-YS 2022-2023, dan juga untuk membincangkan mengenai pembentukan inisiatif baharu bagi tahun 2023-2024.
Inisiatif SMJ ini membantu dalam merangka Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) dan amat penting untuk dilaksanakan kerana pelan tersebut berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan negeri yang memandu arah pelaksanaan secara strategik untuk mencapai sasaran yang betepatan dengan keperluan pembangunan negeri.
Bagi memastikan prestasi perkhidmatan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahap yang cemerlang, Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (20212025) membantu Kumpulan Yayasan Sabah dalam mencapai visi dan misinya sebagai jentera pembangunan strategik Kerajaan Negeri Sabah.
Setakat bulan September 2022, prestasi pencapaian Inisiatif SMJ-Kumpulan Yayasan Sabah adalah 90 peratus.
Perbincangan inisiatif berkumpulan.

