
1 minute read
Majlis Ramah Mesra
Mahasiswa-Mahasiswi Sabah IPT Zon Timur
Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat Cawangan Kuala Lumpur telah menganjurkan sesi ramah mesra dengan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari Sabah yang menuntut di Terengganu, Kelantan dan Pahang pada 18 Disember 2022 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu.

Sinonim dengan visi organisasi Kumpulan Yayasan Sabah - Dinamik, Berjiwa Rakyat, Komited dan Prihatin, program tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan antara pelajar dan pemimpin negeri melalui persekitaran yang kondusif dan bersifat komunikasi dua hala. Dalam program tersebut, pemimpin dapat memberikan gambaran yang jelas dan telus kepada pelajar tentang agenda dan hala tuju Kerajaan Negeri Sabah dan peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan kepada graduan bila tiba masa mereka kembali ke Sabah. Manakala pelajar pula dapat memahami aspirasi dan menghargai perkembangan semasa dan terbaharu di bawah kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah.
Program tersebut telah dihadiri oleh Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan, Puan Bahiwata S. Haji Mulia serta para jemputan daripada universiti-universiti yang terlibat.
Puan Bahiwata (kanan, berbaju cerah) beramah mesra dengan sebahagian pelajar yang hadir.
