
1 minute read
Penghargaan Majlis
dan penat lelah kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah telah diraikan dalam satu majlis penghargaan yang diadakan pada 29 November 2022 bertempat di Sabah International Convention Centre.
“Kombinasi staf dengan persefahaman yang baik telah membolehkan Kumpulan Yayasan Sabah muncul johan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah dan naib johan sempena sambutan Hari Jadi Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah.” Demikian menurut Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail.
Tambah beliau lagi, “Kepercayaan yang diberikan pihak Pengurusan kepada anda semua telah dibalas dengan kejayaan yang membanggakan. Penglibatan staf dari sembilan bahagian, unit dan anak syarikat iaitu Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan, Unit Pentadbiran, Unit Hartanah, Bahagian Komunikasi Korporat, Bahagian Tenaga dan Fasiliti, Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian, Borneo Security Centre Sdn. Bhd., YSG Bioscape Sdn. Bhd. dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah dilihat membuahkan hasil yang amat positif dan memberangsangkan.”
2022

“Sekiranya ada dalam kalangan kalian yang masih mewakili Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun akan datang, pencapaian gemilang pada tahun ini seharusnya tidak menjadikan kita selesa, mendabik dada atau over confident tetapi jadikanlah tahun ini sebagai pembakar semangat untuk meneruskan disiplin yang tinggi, kerjasama yang baik dan tekad yang jitu agar kejayaan tersebut mampu diulangi dengan jayanya pada tahun-tahun mendatang. Berkat kesungguhan dan kerja keras semua, kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah diyakini akan terus menjadi tumpuan dan perhatian selepas ini,” nasihat beliau kepada kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah.
“Dengan pencapaian yang diperoleh ini telah membuka mata semua kontinjen yang menyertai perbarisan bahawa Kontinjen Kumpulan Yayasan Sabah wajib digeruni, dan wajib dihormati khususnya rakan saingan kita iaitu Lembaga Taman-Taman Sabah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd.,” ucap Encik Azami bin Salleh dalam ucapan beliau mewakili ahliahli kontinjen yang lain. Encik Azami telah bersama dengan kontinjen perbarisan Kumpulan Yayasan Sabah sejak tahun 2013.
Encik Jainin bin Andin menerima sijil penghargaan daripada Encik Zulkhairi.
Beliau turut menyeru agar rakan-rakan kontinjen untuk terus bersemangat sebagai satu pasukan. “Tanpa kerjasama berpasukan dan disiplin, Kumpulan Yayasan Sabah tidak akan berjaya seperti yang dicapai pada tahun 2022. Hasil kemenangan yang telah kita kecapi tidak berakhir di sini, marilah kita tingkatkan usaha agar tahun 2023 kita akan dapat memperbaiki prestasi dan seterusnya mendapat johan berganda.”

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kepada Pengarah Yayasan Sabah, ketua-ketua bahagian, unit dan anak-anak syarikat serta pihak urus setia dan ketua jurulatih, Encik Suriadi bin Sarman kerana sentiasa memberi dorongan, semangat dan tidak putus asa sehingga kontinjen perbarisan mendapat kejayaan.

Encik Zulkhairi turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 42 orang ahli kontinjen perbarisan yang melibatkan peserta perbarisan, jurulatih, ketua kontinjen dan juga pereka bentuk pakaian kontinjen perbarisan.
Senyum kegembiraan jelas terpancar di wajah para peserta di samping ketua-ketua bahagian, unit dan anak syarikat masing-masing.
