1 minute read

MajlisPenyampaian

SIJIL TAMAT KURSUS PROGRAM KHAS ANAK NEGERI (PKAN) SABAH

Seramai 35 orang pelatih menerima sijil tamat kursus pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah, Pusat Warisan dan Kraf Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) yang diadakan pada 1 November 2022 bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha.

“Penyediaan Premis Inkubator Pusat Warisan Kraf yang berkeluasan 20x100 kaki ini disediakan kepada pelatih dalam memula dan mengembangkan perniagaan mereka dengan menggunakan fasiliti dalam menghasilkan produk, serta akses kepada teknologi penggunaan komputer, memasarkan produk secara dalam talian selain memasarkan produk secara fizikal seperti di pasar raya atau tamu.

Fasiliti yang disediakan merangkumi ruang pejabat, ruang kerja inkubator serta ruang galeri untuk pameran hasilan produk,” demikian menurut Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif ICSB, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB), Encik Zulkhairi bin Haji Ismail.

Tambah beliau lagi, “KTYS telah melatih seramai 2,096 orang pelatih bagi tempoh 11 tahun ini yang mana kebanyakan mereka berasal dari kawasan pedalaman negeri Sabah. Hal ini bermakna KTYS tidak mengenepikan golongan masyarakat yang berasal dari pedalaman untuk menerima latihan dalam bidang kemahiran kraf tangan.

“Harapan saya agar melalui latihan dan kemahiran yang diperoleh boleh mengubah landskap ekonomi diri dan keluarga sekaligus sebagai jaminan pada masa hadapan. Gunakan kemahiran dan bakat yang dimiliki dengan menghasilkan produk yang boleh dipasarkan kepada masyarakat sekitar agar usaha anda dapat dinilai dalam bentuk penjanaan pendapatan,” tambah beliau lagi.

Selaras dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya yang memberi fokus kepada Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat, Latihan Kemahiran Kraftangan yang dianjurkan oleh KTYS ini secara tidak langsung dapat melahirkan usahawan yang berjaya seperti mana yang terkandung dalam Dasar

Keusahawanan Nasional yang ingin meningkatkan bilangan usahawan negara yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan bersifat kompetitif.

Turut hadir adalah Ketua Eksekutif KTYS, Tuan Haji Samin bin Haji Ongki, Ketua Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Puan Ranimah binti Putra, Pengurus Pusat Warisan Kraf, Puan Nurfatin Sulin Eban, Ahli-ahli Lembaga Pengarah KKYS Sdn. Bhd., wakil pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri dan pengurus-pengurus jabatan KTYS.

Tempoh kursus bagi setiap pelatih adalah tiga bulan bagi kursus asas, empat bulan bagi kursus lanjutan dan enam bulan bagi inkubator dalam bidang-bidang seperti seni jahitan dan sulaman kreatif, seni ukiran logam, seni lukisan fabrik abstrak, serta kraf usahawan inkubator.

This article is from: