1 minute read

DI PUSAT (AMAL) LATIHAN DAN AMALI OKU, TUARAN

Yayasan Sabah Collge of Technology (YSCT) dan Bank Islam Malaysia Berhad mengambil inisiatif tanggungjawab sosial korporat dengan bekerjasama dalam membaik pulih bengkel perusahaan perabot di Pusat (Amali) Latihan dan Amali Orang Kelainan Upaya (OKU), Kg. Baru Selaud, Tuaran, Sabah pada 10 Oktober 2022.

“Tahniah dan syabas kepada Bank Islam atas inisiatif tanggungjawab sosial korporat membantu masyarakat Sabah dalam memastikan kelangsungan kehidupan mereka terjamin, membantu pihak yang terjejas dan peka terhadap persekitaran yang memerlukan perhatian dan bantuan. YSCT amat berbesar hati atas kolaborasi menjayakan program amal untuk membaik pulih bengkel ini,” kata Ketua Eksekutif YSCT, Tuan Haji Samin bin Haji Ongki.

Tambah beliau lagi, “YSCT sedia berkongsi kepakaran khususnya dalam bidang pembinaan dan elektrik yang dimiliki tenaga mahir yang terdiri daripada kalangan pensyarah, jurulatih dan penolong jurulatih serta pelajar yang terlatih dan mampu menyumbang kepada program ini.”

Menurut Pengarah Pengguna Negeri Bank Islam Malaysia Berhad, Puan Nona Baria, “Inisiatif amal Bank Islam di bawah tanggungjawab sosial korporat bersama YSCT ini adalah untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang upaya dalam memberi hak kesamarataan dan peluang kepada mereka sama seperti orang lain.”

Melalui kolaborasi ini, Bank Islam menyumbang sejumlah RM35,000 kepada Pusat (Amal) Latihan dan Amali OKU, manakala YSCT menawarkan tenaga kerja dalam membina dan membaik pulih bengkel ini yang mengambil masa satu minggu untuk disiapkan.

Pusat (Amal) Latihan dan Amali OKU ini diusahakan oleh Tuan Haji Azman Saidin, yang juga merupakan seorang OKU fizikal. Beliau gigih membantu OKU yang senasib dengannya dalam menubuhkan bengkel perusahaan perabot tersebut untuk memberi peluang kepada golongan ini menimba ilmu dan memperoleh pengalaman bekerja selain mengasah bakat dan kemahiran mereka.

“Para pelatih di sini kebanyakkannya merupakan individu-individu yang

(hadapan) bersama-sama dengan kumpulan teknikal yang membantu dalam usaha baik pulih bengkel. pernah berkerjaya seperti doktor, peguam dan lain-lain. Apabila berlaku kemalangan dan keadaan mereka berubah di sinilah tempatnya kami memberikan mereka semangat,” kata Tuan Haji Azman. Beliau mengucapkan terima kasih kepada YSCT dan Bank Islam kerana menghulurkan bantuan dalam membaik pulih pusat berkenaan agar dapat memberikan manfaat kepada lebih ramai orang yang kurang bernasib baik. Pusat tersebut diusahakan oleh 20 orang penghuni OKU.

Dengan usaha membaik pulih ini, bengkel ini dapat beroperasi semula dan sekaligus dapat membantu pelatih meneruskan aktiviti perniagaan mereka seperti sedia kala.

This article is from: