
1 minute read
Menara Tun MustaphaLawatan ke
10 November 2022
Seramai 100 orang pelajar penghuni Asrama Malaysia (AMal) dari Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Johor telah melawat Galeri Tun Mustapha sempena Program Success Story Asrama Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022. Amal merupakan program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2009 yang menempatkan pelajar pelbagai kaum dalam satu asrama bermatlamatkan perpaduan antara kaum.
10 November 2022
Satu lawatan kerja telah diadakan oleh Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Encik Abdul Haris bin Lakar ke Galleria Artisan di Menara Kinabalu dan Menara Tun Mustapha.

Lawatan tersebut bertujuan mengeratkan jalinan kerjasama antara Kumpulan Yayasan Sabah dengan MyIPO serta memberi peluang kepada pihak MyIPO untuk melihat sendiri produk-produk tempatan yang terdapat di Galleria Artisan. Turut serta ialah Penolong Ketua Pengarah MyIPO, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Perniagaan, Encik Sh. Arifin Mohd. Noor dan Pengarah MyIPO Cawangan Sabah, Puan Asmah binti Khalid.

Pengurus Besar Kristal Handal Sdn. Bhd. (KHSB), Puan Zaiton Bakri telah memberikan taklimat kepada delegasi MyIPO mengenai operasi dan pemasaran produk-produk kendalian KHSB termasuk kerjasama dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) melalui program Global Entrepreneur One Stop Centre (GLOPEC).
Sederhana

9 Disember 2022
Seramai 155 ahli rombongan dari SK Kota Klias, Beaufort yang terdiri daripada 45 orang ibu bapa, 16 orang guru, dan 94 orang pelajar mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha. Rombongan tersebut turut melawat Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.
Encik Salim Japaran, Pegawai Bahagian Pembangunan Pendidikan memberikan taklimat mengenai peluang-peluang tajaan Kumpulan Yayasan Sabah.
Para pelajar mengambil kesempatan berkunjung ke Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.
12 Disember 2022
Seramai 23 orang pelajar International Baccalaureate Diploma dari Kolej Melayu Kuala Kangsar dan tujuh orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha.

Lawatan yang bertemakan Creativity, Activity & Service ini bertujuan untuk mengenali kepelbagaian budaya serta pembangunan fizikal dan insaniah di Sabah.



Para peserta rombongan diberikan taklimat aktiviti Kumpulan Yayasan Sabah oleh Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Mohd Redzuan Mohd. Zin yang diikuti dengan lawatan ke Galeri Tun Mustapha. Lawatan ke Galeri Tun Mustapha dikendalikan oleh Encik Abu Zarin bin Abu Bakar Titingan. Rombongan seterusnya dibawa melawat ke Galleria Artisan untuk melihat produk kraf tangan keluaran tempatan dan aktiviti mencanting batik.
