
28 minute read
ANUGERAH JASAMU DIKENANG

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 16 Jun 1981. Di awal perkhidmatan saya bertugas sebagai Renjer Hutan di Bahagian Perhutanan, Wilayah Lahad Datu. Jawatan terkini saya ialah sebagai Kerani Kanan di pejabat yang sama.
Aspek terbaik selama bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan dalam kalangan staf. Mereka banyak membantu dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan, dan selama saya bekerja tidak ada kesukaran yang tidak dapat diatasi kerana bimbingan daripada rakan sekerja yang banyak membantu.
Buat masa ini saya belum ada perancangan untuk persaraan dan hanya berehat di rumah bersama keluarga.
Aspek yang dirindui semasa bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah adalah suasana pejabat bersama rakan sekerja yang telah dianggap seperti keluarga sendiri. Saat-saat manis yang tidak dilupakan ketika membuat lawatan kerja bersama staf pejabat Kumpulan Yayasan Sabah yang mana lawatan kerja tersebut merupakan kesempatan yang cukup bermakna untuk berkenalan dengan staf dari bahagian lain.
Nasihat saya untuk rakan-rakan yang masih bekerja di organisasi yang menjadi mercu tanda negeri Sabah, agar bekerjalah dengan seikhlas hati dan jujur. Ini kerana bagi saya apa pun jawatan yang kita sandang, ianya merupakan impian ramai orang di luar sana.”
“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Disember 1981. Saya sangat berterima kasih kepada pihak Pengurusan kerana telah memberikan kepercayaan dan tanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Saya rasa tidak ada tugasan yang mencabar jika kita bersatu hati dalam melaksanakan tugasan untuk menjadikannya lebih mudah. Perancangan yang paling penting semasa persaraan adalah mengekalkan kesihatan diri agar dapat membuat perancangan yang selanjutnya dengan lebih teratur. Aspek yang akan dirindui adalah ketika melaksanakan tugasan bersama kawan-kawan sekerja yang nakal.
Saat-saat yang tidak akan dilupai ketika bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah adalah ketika diarahkan untuk melaksanakan tugasan yang penting seperti bertugas di luar kawasan untuk pergi ke pelbagai tempat.
Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan sekerja dan pihak Pengurusan terutama sekali Unit Pentadbiran-Kenderaan Gunasama kerana telah memberi kepercayaan kepada saya dalam memikul tanggungjawab sebagai pemandu selama 41 tahun. Semoga kawan-kawan sekerja yang masih bertugas sentiasa dalam keadaan yang sihat agar dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.”
“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 14 Julai 1984. Aspek terbaik selama saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah apabila dibayar bonus sebulan gaji. Aspek yang sangat sukar selama bekerja di organisasi ini apabila terlibat membantu melaksanakan Skim Perpisahan Sukarela (VSS) staf Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 2003.
Rancangan saya masa persaraan kelak, saya akan menceburi bidang pelaburan bursa saham. Saya akan merindui Majlis Makan Malam Kumpulan Yayasan Sabah yang diadakan setiap tahun di mana saya telah menerima Anugerah Jubli Perak pada tahun 2009 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2021. Ini merupakan saat-saat yang tidak akan saya lupakan.


Nasihat
Anie Abd. Rahman

Ketua Pentadbir Zon Zon Pantai Timur Utara
“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada Ogos 1989. Salah satu aspek terbaik sepanjang berkhidmat di organisasi ini adalah pihak Pengurusan sentiasa prihatin terhadap masalah staf terutamanya daripada segi kebajikan dan kesihatan dengan menyediakan kemudahan seperti perubatan, subsidi pinjaman perumahan dan sebagainya.
Aspek yang akan dirindui pastinya rakan sekerja dan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu antara staf serta semangat kekitaan dalam organisasi. Di samping itu, saat-saat yang tidak akan dilupakan apabila saya bertugas sebagai Pegawai Kawasan dan kemudiannya menjadi Pengurus Kawasan di daerah Kinabatangan dari tahun 1997 hingga 2017.
Nasihat saya kepada staf yang masih berkhidmat, berkerjalah dengan ikhlas bagi memastikan Kumpulan Yayasan Sabah terus berkembang maju untuk diri kita, anak-anak kita dan generasi masa hadapan.”
Baraim bin Ahurun
Kerani Am
Kawasan Konservasi Lembangan Maliau Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar
“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Jun 1981 sebagai Kerani Am di Kawasan Konservasi Lembangan Maliau.
Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana diberi peluang berkhidmat di organisasi yang begitu prihatin dalam menyediakan pelbagai kemudahan kepada staf. Apabila bersara, saya pasti akan berehat meluangkan masa dengan keluarga dan melibatkan diri dengan aktiviti bersukan dan menjalankan aktiviti-aktiviti amal.

Saat-saat yang saya tidak akan lupakan apabila bertugas di luar pejabat atas urusan rasmi ke Pulau Banggi, Kudat di mana feri yang kami naiki rosak di tengah laut. Saya berjaya ke garis penamat perkhidmatan saya dengan Kumpulan Yayasan Sabah juga merupakan saat yang tidak akan saya lupakan.
Nasihat saya buat staf dan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, teruskan berusaha tanpa henti bagi memastikan kesinambungan Kumpulan Yayasan Sabah dan seterusnya mencapai matlamatnya untuk membantu rakyat negeri Sabah.”

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 4 Ogos 1988 sebagai Kerani Akaun. Sepanjang berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya mempelajari perkara-perkara mengenai hala tuju dan fungsi organisasi. Walau bagaimanapun, organisasi perlulah sentiasa prihatin dengan isu-isu yang dihadapi oleh staf.

Semasa persaraan kelak, saya akan berehat dan mengusahakan kebun buah-buahan saya di kampung. Saya pasti akan merindui suasana bekerja bersama rakan-rakan dan berkongsi idea. Nasihat untuk semua staf dan pihak Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah adalah bekerja itu satu ibadah…jalinkan hubungan yang baik dengan pihak Pengurusan.”
“Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Mei 1989 sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Kesihatan dan Kebajikan. Sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya berpeluang menimba pengalaman kerja yang amat bernilai, khususnya dalam meningkatkan keupayaan mengelola, mengawal selia dan mengetahui selokbelok aliran pentadbiran organisasi. Saya rasa aspek yang paling sukar sepanjang bertugas dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah apabila sesuatu tugasan memerlukan tindakan segera dalam masa yang singkat dan terhad.
Apabila bersara, banyak masa yang terluang untuk merancang percutian bersama keluarga dan bebas untuk merancang aktiviti harian. Saya pasti akan merindui keriangan dan gelak ketawa rakan-rakan sekerja dalam mengharungi cabaran demi mencapai objektif organisasi. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila berpeluang berkhidmat dengan empat orang Pengarah Yayasan Sabah yang berbeza latar belakang dan corak kepimpinan dalam pentadbiran sejak tahun 2001 hingga saya bersara.
Kepada semua staf Kumpulan Yayasan Sabah, sentiasalah bertanggungjawab, berdisiplin dan berintegriti dalam melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan. Buat Kumpulan Yayasan Sabah, semoga terus maju jaya dan kekal relevan sebagai sebuah organisasi yang berupaya mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf sosioekonomi serta pendidikan khususnya kepada rakyat negeri Sabah.”
“Saya mula berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah pada 15 Julai 1981 sebagai Renjer Hutan. Aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah kebajikan staf dijaga seperti peruntukan perubatan dan diberi peluang untuk mengikuti kursus keselamatan di tempat kerja. Jika ditanya apa aspek yang paling sukar pernah dilalui, bagi saya adalah semasa bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan daerah dan kontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja memadamkan api kebakaran hutan di musim kemarau. Rancangan saya semasa persaraan kelak adalah bekerja sendiri dengan mengusahakan tanah untuk pertanian.
Aspek yang saya akan rindui selama bekerja dengan Kumpulan Yayasan adalah apabila bersama dengan rakan sekerja untuk menjalankan tugasan di lapangan, menghadiri mesyuarat dan mengikuti kursus yang dianjurkan bersama dengan pihak Jabatan Perhutanan Sabah. Saat-saat yang tidak saya lupakan adalah apabila memandu kenderaan di lapangan dalam blok di musim hujan dengan keadaan jalan yang berlumpur, licin dan berbukit cerun yang tinggi.
Nasihat saya kepada semua staf Kumpulan Yayasan Sabah, sentiasalah mempunyai minat yang mendalam dengan tugasan yang diamanahkan serta semangat yang kental bila berdepan dengan cabaran. Staf juga perlu saling menghormati dan patuh pada arahan serta mempunyai disiplin yang baik di samping bersifat rendah hati dan bertolak ansur dengan rakan sekerja.”

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 November 1989. Antara aspek yang terbaik semasa saya bekerja dengan organisasi ini adalah dapat menimba ilmu dan pengalaman pekerjaan yang amat berguna. Manakala aspek yang paling sukar adalah apabila berdepan dengan tekanan kerja. Tekanan kerja ini secara umumnya berpunca daripada tanggungjawab atau bebanan tugas yang tidak berpadanan dengan pengetahuan, kemahiran atau jangkaan saya sendiri sehingga menyebabkan saya sukar untuk menghadapinya. Tekanan saya ini akan menjadi bertambah teruk apabila saya tidak mempunyai kawalan terhadap punca tekanan tersebut.
Apabila bersara saya ingin mengisi masa dengan memberi tumpuan yang lebih kepada keluarga terutamanya anak saya yang berumur 10 tahun dan juga menjaga kesihatan diri.
Antara kenangan bekerja adalah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam bulan puasa dari bulan Mac hingga Ogos 2020. Tidak ada bazar Ramadan, solat tarawih di masjid, bufet Ramadan di hotel-hotel dan semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup semasa PKP dan kerja-kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah. Membantu menemuduga pelajar-pelajar lepasan UPSR untuk pengambilan dan penempatan sekolah di Semenanjung Malaysia dan Sarawak juga merupakan antara kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Tidak dapat saya lupakan juga semasa menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Jubli Perak 25 tahun dalam tahun yang sama. Pada masa yang sama, saya telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kerja mengendalikan peminjam-peminjam pinjaman Kumpulan Yayasan Sabah yang tidak membayar semula pinjaman mereka. Tidak begitu mudah untuk membuat tugas menagih hutang ini.

Melalui pengalaman saya semasa bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah, saya ingin berkongsi nasihat agar semua staf bekerjalah dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan komited serta hormatilah pegawai-pegawai atasan kita.
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah kerana telah memberi peluang kepada saya bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah yang telah memberi tunjuk ajar dan nasihat sehingga saya dapat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.”
“Saya
Antara
Pengurusan. Selain itu, organisasi ini saling bantu-membantu antara satu sama lain seperti satu komuniti keluarga. Aspek yang paling sukar adalah ketika menjalankan tugas di luar kawasan.
Pada masa ini, saya akan berehat secukupnya dan akan melakukan khidmat masyarakat. Semenangnya saya akan merindui cabaran menjalankan tugas harian di pejabat yang melatih saya untuk sentiasa berfikir secara kritis dan membentuk saya sebagai anak jati Sabah.
Saya akan sentiasa menghargai masa yang saya habiskan bekerja di bahagian sokongan dan khidmat teknikal, terutamanya pada awal tahun 90-an apabila kami terpaksa memberi latihan kepada setiap staf Kumpulan Yayasan Sabah kerana kekurangan penguasaan ICT dalam kalangan majoriti pengguna ketika itu. Walau bagaimanapun, atas ketabahan dan kecekalan hati warga Kumpulan Yayasan Sabah, kini hampir seluruh warga sudah mahir dengan ICT.
Nasihat saya untuk semua staf yang masih berkhidmat, Kumpulan Yayasan Sabah adalah satu komuniti dengan budaya yang tersendiri. Kita sebagai staf perlulah berasa bangga. Selain itu, berikanlah komitmen dan dedikasi yang berterusan semasa menjalankan tugasan yang diberikan.”
“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 15 Februari 1990 sebagai seorang tukang kebun. Dapat berkumpul bersama rakan-rakan sekerja yang menghiburkan dengan karenah masing-masing serta nikmat kesyukuran menerima gaji setiap hujung bulan adalah hal yang terbaik selama saya bekerja dalam organisasi ini.
Kesukaran kerja yang saya tidak dapat lupakan adalah apabila ditugaskan untuk menguruskan sistem Kaizen sumber manusia mengenai cuti staf ICSB yang pada mulanya agak sukar bagi saya. Namun, syukur Alhamdulilah berkat semangat untuk belajar saya mampu mengendalikannya dengan baik.
Saya akan mengambil peluang untuk bertemu rakan-rakan lama setelah bersara wajib nanti dan sekiranya kesihatan mengizinkan, saya akan balik ke kampung untuk turun ke laut sebagai nelayan yang lain. Antara aspek terbaik yang akan dirindui setelah bersara


Pengurus Penyelidikan Kanan Perpustakaan Penyelidikan Borneo
“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 21 Disember 1988.
Antara aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah apabila saya turut serta merancang dan melaksanakan program Pembangunan Masyarakat Luar Bandar. Manakala aspek yang paling sukar apabila organisasi kurang bajet untuk melaksanakan program yang telah dirancang. Hal ini menyebabkan kredibiliti organisasi dipersoalkan oleh masyarakat.
Rancangan saya semasa persaraan kelak adalah untuk meneruskan aktiviti kerja sosial kepada masyarakat luar bandar yang terpinggir, di samping menjual hasil kebun apabila tiba musimnya dan mengusahakan inap desa (Homestay).
Aspek yang saya akan rindui mengenai bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah adalah semasa bersama dengan rakan sepasukan mengharungi cabaran dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sama ada di pejabat mahu pun di lapangan.

Saat-saat yang tidak akan dilupai iaitu pertama, apabila diberikan tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan kepakaran dan minat. Kedua, saat menerima surat kenaikan pangkat sebanyak tiga kali sepanjang perkhidmatan.
Nasihat untuk semua staf dan Pengurusan agar mematuhi prosedur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.”
“Saya mula berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah pada 15 Ogos 1981. Ketika itu saya bertugas sebagai Pegawai Ambulans di bawah seliaan Perkhidmatan Ambulans Yayasan Sabah (PAYS).
Sebelum saya bersara saya menyandang tugas Pegawai Tadbir Kanan di Zon Pantai Barat Selatan.
Sudah pasti kesukaran tetap ada ketika bertugas terutama apabila berdepan dengan cabaran perubahan tempat kerja yang memerlukan penyesuaian optimum dan segera. Namun, berkat kesabaran dan semangat jati diri yang kuat, saya dapat menempuh setiap cabaran tersebut dengan penuh keyakinan dan kesungguhan.
Sekarang ini setelah bersara saya mengamalkan hidup secara sederhana dalam setiap perkara yang saya lakukan di samping mengutamakan gaya hidup sihat dan selesa.Tidak dapat dinafikan saya merindui rakan sekerja lama, ketua jabatan yang saling berganti, suasana kerja, bonus serta gaji yang diperoleh setiap hujung bulan.
Saya juga ingin mengambil perhatian pembaca mengenai pengalaman manis yang sukar untuk dilupakan apabila dinaikkan pangkat pada saat-saat akhir perkhidmatan walaupun perbezaan gaji yang sedikit namun tetap saya hargai.
Bagi teman-teman yang masih berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah, di samping mendapat gaji menyara hidup keluarga, bersyukurlah kerana masih bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah. Jangan sesekali kita melupai ketua bahagian yang telah membantu menaik taraf karier kita. Hargailah segala faedah yang disediakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Bekerjalah dengan ikhlas dan jangan ada hasad dengki malah kita harus sokong-menyokong di antara satu sama lain.”

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 5 Julai 1984 sebagai jurutaip di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Saya bangga bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah. Ini adalah kerana, organisasi ini ditubuhkan untuk membantu anakanak Sabah khususnya dalam pendidikan dan membantu menaikkan taraf kehidupan serta sosioekonomi rakyat Sabah. Sepanjang bersama Kumpulan Yayasan Sabah, saya amat menghargai kerjasama antara rakan sekerja dan tunjuk ajar daripada pegawai atasan semasa menyelesaikan masalah berkaitan kerja. Manakala aspek yang paling sukar pula apabila saya terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang agresif. Situasi sebegini betul-betul memerlukan kesabaran yang tinggi dan sebagai manusia biasa, bukan senang tetapi saya banyakkan berdoa agar dipermudahkan urusan kerja. Lama kelamaan saya berjaya menghadapi situasi ini dengan lebih baik.

Antara aspek yang akan dirindui adalah majlis makan malam yang diadakan kerana dapat mengeratkan silaturahim antara warga Kumpulan Yayasan Sabah kerana keluarga besar Kumpulan Yayasan Sabah akan berkumpul setiap hujung tahun. Sekarang saya sudah bersara, saya akan berehat setelah hampir 40 tahun bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah. Kemudian, saya mempunyai perancangan untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Kepada rakan-rakan yang masih bekerja, teruslah bekerja dengan penuh telus dan dedikasi. Manakala kepada pihak Pengurusan, saya berharap akan terus memantapkan perkhidmatan dan keseragaman proses kerja.”

“Saya menyertai kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Jun 1981. Saya merasakan aspek terbaik bekerja di organisasi ini adalah kerja berpasukan yang diamalkan untuk mencapai matlamat Kumpulan Yayasan Sabah.
Aspek yang paling sukar ketika bertugas adalah apabila saya diberi kepercayaan oleh Pengurusan atasan untuk melakukan sesuatu tugas yang memerlukan sokongan daripada pelbagai peringkat staf.

Saya merindui suasana pejabat dan rakan sekerja yang sentiasa bekerjasama dengan saya. Seterusnya, saya akan merindui tugas-tugas yang sering saya lakukan. Saat-saat yang saya tidak akan lupakan adalah ketika hari ulang tahun saya di mana rakan sekerja membuat kejutan. Selain itu, saat membuat lawatan bersama rakan-rakan sekerja.
Nasihat untuk semua staf dan pihak Pengurusan bekerjalah secara adil dan tegas. Jangan campurkan hal peribadi di tempat kerja kerana suasana kerja akan berubah ketika kita mula melibatkan hal peribadi. Tetaplah menjadi seorang yang lebih baik agar semua lebih maju.
Saya akan tetap mencari rezeki meskipun saya sudah bersara.”
Sepanjang perkhidmatan, saya dapati Kumpulan Yayasan Sabah sangat menjaga kebajikan stafnya. Aspek paling sukar ketika bertugas adalah keperluan tugasan yang sememangnya mencabar sebagai Renjer Hutan. Antara kenangan yang tidak akan saya lupakan adalah ketika saya dan rakan sekerja berjalan kaki sejauh 40 kilometer di Batu 38, Keningau.
Dengan persaraan ini saya akan berehat di samping memulakan penanaman pokok getah dan kelapa sawit di masa hadapan. Saya berharap agar semua warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah teruskan berkhidmat mengikut arahan yang diberikan.”
“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 6 Julai 1982. Jangka masa empat puluh satu tahun yang banyak mengubah kehidupan saya dan keluarga. Kumpulan Yayasan Sabah telah banyak mengajar saya untuk terus cemerlang dalam tugas harian dan ini telah memberikan pengalaman manis mahupun sebaliknya.
Banyak pengalaman kerja yang telah saya lalui sepanjang berkhidmat di organisasi ini. Saya pernah bertugas di Unit Keselamatan, Unit Comprehensive Harvesting Plan dan Plenary Closing Inspection.
Bagi saya, di dalam kehidupan tiada kesukaran yang di lalui sekiranya berpegang kepada prinsip hidup sepanjang melaksanakan tugas dan anggaplah semua itu sebagai cabaran. Seterusnya, beranggapan saya dibayar untuk melaksanakan tugas tersebut dan itulah tugasan yang diamanahkan dengan saya, jadi saya lebih terbuka menerima semua kesukaran dan cabaran ketika bertugas. Selepas bersara, saya merancang untuk berkebun di kampung saya.
Saat-saat yang tidak akan di lupakan adalah semasa saya bertugas dalam hutan pada tahun 1995 dan terkena jangkitan demam malaria.
Pastinya saya akan merindui suasana bekerja, tetapi lebih merindui rakan-rakan sekerja daripada tugasan harian. Nasihat saya kepada rakan-rakan yang masih berkhidmat, berbaktilah dan bekerja dengan baik serta utamakan produktiviti organisasi. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah.”
“Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Februari 1981 sebagai Pengawal Keselamatan dan berpindah ke Bahagian Komunikasi Korporat pada Februari 1995.
Aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah dari segi pendidikan anak-anak yang mendapat dermasiswa, daripada segi kesihatan keluarga yang mendapat kemudahan di klinik-klinik panel dan dari segi cuti pula, staf boleh memohon dan juga boleh menjual cuti kepada organisasi.
Saat-saat yang tidak saya boleh lupa adalah ketika saya sedang sakit kritikal selama setahun dan banyak tugas-tugas di pejabat tergendala. Saya berasa sangat beruntung kerana mempunyai ketua dan rakan-rakan yang sangat memahami, banyak memberi saya semangat, sokongan moral, nasihat hingga saya menguatkan hati dan semangat untuk membuat pemeriksaan dan rawatan untuk melawan penyakit kritikal hingga saya sembuh dan sihat seperti sekarang. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ketua dan kawan-kawan saya. Saya akan kenang semua jasa baik dan kenangan indah selama kita bekerja bersama-sama.

Rancangan persaraan saya adalah ingin mengusahakan perniagaan secara dalam talian (online) dan mungkin saya akan melukis pelan sesuai dengan minat saya.

Saya akan merindui rakan-rakan sekerja, meja kerja saya, aktiviti-aktiviti semasa mengambil gambar sebagai jurugambar terutamanya semasa Majlis Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah serta riuh-rendah pejabat dengan pelbagai karenah rakan-rakan sekerja. Ini semua hanya tinggal dalam kenangan.
Nasihat saya sebagai seorang yang pernah bekerja bersamasama dengan rakan-rakan semua ialah buatlah tugas yang telah diamanahkan kepada kita dengan penuh keikhlasan dan dedikasi. Jangan ada perasaan iri hati terhadap pencapaian atau jawatan rakan-rakan yang lain. Kalau kita yakin dan ikhlas dalam menjalankan kerja, pasti kita akan dapat yang terbaik pada masa akan datang.”
“Saya mula bertugas di Unit Komputer, Bahagian Amanah Rakyat Sabah pada 3 Ogos 1983 sebagai Pengaturcara Rendah, kemudian saya dinaikkan pangkat sebagai Pengaturcara Analisis (Analyst Programmer) sehinggalah Kumpulan Yayasan Sabah melaksanakan Skim Perpisahan Sukarela (Voluntary Separation Scheme - VSS) pada tahun 2003.
Pada masa yang sama, sebelum VSS, pihak Pengurusan memberikan saya peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana (Master of Business Administration – MBA) dan saya dipindahkan ke Bahagian Perikanan sebagai Pegawai Kanan sejurus selepas VSS. Selepas itu, saya kemudiannya dipindahkan ke Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar (CEMD). Bekerja di CEMD telah memberikan saya pengalaman yang saya hargai kerana sikap Pengurusan yang baik dan sangat membantu. Sepanjang bertugas di bahagian ini saya pernah bertugas di Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA), Kawasan Konservasi Sungai Taliwas (TRCA) dan akhirnya kembali ke ibu pejabat Kumpulan Yayasan Sabah sehinggalah saya bersara pada 1 Ogos 2022.”
“Saya mula bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1980. Antara aspek terbaik bekerja di organisasi ini adalah pihak Pengurusan yang telah banyak membantu saya dari segi ekonomi, etika kerja, disiplin diri, ilmu dan pengalaman. Antara aspek yang paling sukar ketika bertugas adalah apabila memasuki kawasan hutan buat kali pertama.
Perancangan saya selepas bersara adalah untuk menjaga kesihatan diri agar sentiasa kekal cergas dan cerdas. Sudah tentu saya akan merindui gelagat dan perangai rakan-rakan yang saya anggap sebagai keluarga yang sentiasa ada di saat susah dan senang.
Saat yang tidak dapat saya lupakan adalah waktu pertama kali bekerja dalam bidang perhutanan, di mana saya telah ditempatkan di kawasan perhutanan yang terpencil dan mencabar.
Pesanan saya untuk semua rakan-rakan yang masih bertugas di Kumpulan Yayasan Sabah, berilah komitmen kerja seratus peratus kerana daripada komitmen itulah kita akan mempunyai pengalaman dan hasil kerja yang terbaik, serta bekerjasama antara lain. Akhirnya, kuatkanlah mental and fizikal untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang.”
“Perkhidmatan saya dalam Kumpulan Yayasan Sabah bermula pada 19 April 1990 sebagai Pembantu Tadbir di Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens. Manakala sebelum saya bersara, saya bertugas sebagai Pembantu Akauntan Kanan di Bahagaian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB).


Sepanjang perkhidmatan, saya dapati aspek terbaik sebagai staf di Kumpulan Yayasan Sabah adalah keprihatinan organisasi ini dalam menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi perumahan, perubatan, pinjaman komputer dan banyak lagi.
Kemudahan yang diberikan bersama rakan-rakan sekerja, tugasan yang mencabar dan sudah tentu Majlis Makan Malam Kumpulan Yayasan Sabah adalah antara perkara yang amat saya rindui. Pengalamaan yang tidak akan saya lupakan apabila menyertai pertandingan futsal bersama rakan-rakan sekerja. Manakala antara pengalaman yang paling mencabar adalah semasa pandemik COVID-19 melanda, sukar saya untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.
Pembantu Akauntan Kanan Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB)
Kini, saya luangkan persaraan saya untuk memulakan pengalaman yang baharu dan membantu keluarga untuk menjalankan perniagaan. Akhir kata terima kasih kepada semua warga Kumpulan Yayasan Sabah. Kenangan manis selama saya berkhidmat 32 tahun akan saya kenang selamanya. Kepada yang masih berkhidmat, teruskan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada Kumpulan Yayasan Sabah, seiring dengan slogan Dinamik, Berjiwa Rakyat, Komited dan Prihatin.”

“Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 16 Mei 1985 sebagai Mesengger (Penghantar Surat) di Electronic Data Processing Department (EDP).
Saat paling mencabar semasa berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah selepas fasa Skim Perpisahan Sukarela (SPS) pada pertengahan tahun 2003 hingga penghujung 2004, di mana bilangan staf yang masih ada adalah sedikit dan pelbagai tugasan perlu dilaksanakan. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

Perancangan saya adalah untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga, melibatkan diri dengan aktivitiaktiviti masjid yang berdekatan dengan rumah saya serta beriadah dengan keluarga dan rakan-rakan.
Bagi saya, Kumpulan Yayasan Sabah sangat mengambil berat tahap kebajikan staf dengan memberikan faedah dan saranan yang munasabah. Saya akan merindui suasana bekerja bersama-sama dengan rakan-rakan, bukan sahaja tempat pejabat yang sama tetapi juga dengan rakan-rakan daripada pejabat yang lain. Selain daripada itu, setiap kali Kumpulan Yayasan Sabah menganjurkan pelbagai acara sukan seperti Pesta Sukan Antara Wilayah atau Pesta Sukan Antara YayasanYayasan Se Malaysia, saat-saat bersama dengan rakan-rakan daripada pelbagai acara sukan akan pasti diingati selalu.
Saat-saat yang tidak akan dilupakan apabila saya berpeluang untuk bertugas dan siap-siaga dalam mesyuarat yang melibatkan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Pengarah Yayasan Sabah mahupun Ahli-ahli Kabinet Negeri Sabah. Semasa bertugas dalam mesyuarat seperti ini, ramai kenalan baharu yang ditemui dan ini merupakan peluang yang amat berharga dan bernilai untuk saya. Satu lagi kenangan yang tidak dapat saya lupakan adalah apabila tenaga elektrik di Menara Tun Mustapha mengalami masalah dan setiap staf diarahkan turun menggunakan tangga sehingga ke podium. Apabila sampai di rumah, badan dan lutut saya terasa sakit. Sehingga kini saya masih tidak dapat melupakan pengalaman tersebut.
Nasihat saya untuk staf Kumpulan Yayasan Sabah yang masih berkhidmat, sentiasalah bersikap jujur dan amanah. Dengar arahan yang diberikan selagi tidak menyalahi undang-undang dan apabila berjanji haruslah ditepati.”
“Saya telah menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 16 September 1980 dan ditugaskan di Jabatan Kaji Selidik. Pada 7 Mei 2003 saya telah dipindahkan ke Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran sebagai Penolong Pegawai Sumber Manusia.
Kerjasama dalam kalangan staf dan Pengurusan telah banyak membantu saya dalam aspek pekerjaan. Saya dapat mempelajari perkara baharu dan memperbaiki kelemahan dalam bidang pekerjaan. Manakala aspek sukar ketika bertugas adalah apabila sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan cabaran baharu dan juga apabila menerima arahan kerja yang kurang jelas. Perkara ini menyukarkan saya untuk menyelesaikan kerja-kerja tersebut.

Setelah bersara saya akan lebih aktif untuk melibatkan diri dalam aktiviti kerohanian, persatuan dan rekreasi yang sebelum ini masa agak terhad untuk menyertai aktiviti-aktiviti seumpama ini. Di samping itu saya juga akan mula menceburi bidang pelaburan dan pengurusan kewangan sebagai persediaan awal semasa persaraan kelak.
Saya akan merindui rakan-rakan serta suasana tempat kerja yang banyak meninggalkan kenangan manis. Gelagat rakanrakan yang sentiasa menghibur seperti keluarga sendiri antara kenangan terindah yang tidak akan saya lupakan.
Kepada staf yang masih bertugas, sentiasalah belajar meningkatkan kemajuan diri dan bekerja dengan ikhlas serta saling bantu membantu rakan sekerja sekiranya diperlukan. Pihak Pengurusan juga haruslah menunjukkan kepimpinan yang baik, prihatin kepada kebajikan bekerjasama sebagai satu pasukan organisasi ini.”
“Syukur
Saya mula berkhidmat sebagai Renjer Hutan dan seterusnya berpindah ke Unit Pengeluaran, Unit Keselamatan Konsesi, Unit Inventori dan Silvikultur, Comprehensive Harvesting Plan Unit dan akhir sekali sebelum bersara, saya bertugas di Unit Pentadbiran dan Kewangan.
Pengalaman berpindah-pindah unit ini memberi peluang kepada saya untuk menimba pengetahuan dan tidak lupa cabaran dimana setiap kali berpindah saya perlu belajar perkara-perkara baharu. Pahit manis pengalaman kerja tidak akan saya lupakan.
Cabaran bekerja yang paling terkesan dalam ingatan saya adalah ketika dihantar bertugas di Hutan Simpan Sg. Malua dan Hutan Simpan Sg. Pinangah untuk membuat bancian dirian pokok yang dibalak. Dengan sistem perhubungan jalan raya dan komunikasi yang sukar pada ketika itu saya dan rakan setugas perlu berada dalam hutan tersebut selama dua hingga tiga bulan. Kesengsaraan yang dialami dimana kami perlu mengangkat barang keperluan seperti pakaian dan makanan sambil berjalan atau bermalam dalam hutan sukar untuk dilupakan. Pelbagai rintangan yang kami lalui sebelum sampai ke lokasi kerja.
Pernah suatu ketika saya sesat di tengah hutan semasa dalam perjalanan pulang ke khemah setelah selesai menjalankan tugas membanci pokok, ini salah satu saat-saat yang tidak akan dapat saya lupakan. Seterusnya, saya pernah pengsan dalam hutan kerana terlalu penat. Akhir sekali, saya tidak akan lupa yang saya pernah terlibat dalam kemalangan dengan lori ketika dalam perjalanan ke Nabawan untuk menjalankan tugas inventori di Hutan Simpan Sg. Pinangah.
Rancangan saya setelah bersara ialah ingin berbakti kepada tanah dengan bercucuk tanam seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kepada rakan-rakan yang masih berkhidmat, sentiasalah bersikap rendah hati, terbuka dan berbudi bahasa serta bersikap jujur, patuh dan komited ketika bertugas. Sudah pasti saya akan merindui suasana kerja dan rakan-rakan sepejabat.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah untuk pengalaman yang sangat berharga ini.”
“Perjalanan kerjaya saya dalam Kumpulan Yayasan Sabah bermula pada 1 April 1985 sebagai Jurutaip di Bahagian Perkhidmatan Sosial. Berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah telah memberi banyak pengalaman dan pengetahuan kepada saya. Sepanjang perkhidmatan, saya telah ditugaskan di beberapa bahagian dan unit antaranya, Bahagian Perkhidmatan Sosial, Bahagian Amanah Rakyat Negeri Sabah, Bahagian Pentadbiran, Pusat Kajian Borneo dan Pejabat Timbalan Pengarah. Ketika bertugas di Pejabat Timbalan Pengarah, saya belajar banyak perkara dan pengalaman kerja yang mencabar. Cabaran tersebut saya hadapi dengan terbuka dan Alhamdulillah ilmu yang saya peroleh, saya terima sebagai ganjaran yang bernilai.


Sememangnya telatah rakan-rakan sepejabat yang sentiasa ceria membuatkan saya merindui mereka. Setelah bekerja bersama selama bertahun-tahun, saya menganggap rakanrakan sepejabat seperti keluarga sendiri.
Buat masa ini, saya berehat di rumah dan merancang untuk melancong dalam tempoh masa terdekat. Akhir kata daripada saya, teruskan berkhidmat dengan cemerlang dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Kumpulan Yayasan Sabah amat prihatin terhadap stafnya terutamanya dalam aspek pendidikan. Teruskan belajar hingga ke peringkat tertinggi selagi berpeluang.”
“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 8 April 1987. Saya berasa bertuah, bangga dan bersyukur kepada Tuhan atas peluang yang diberikan untuk berkhidmat dengan organisasi ini yang sememangnya saya kagumi sejak di zaman persekolahan lagi.
Keprihatinan pihak Pengurusan dalam menjaga kebajikan staf dengan baik seperti kemudahan rawatan perubatan, biasiswa dan pinjaman pendidikan, subsidi perumahan dan kereta adalah antara aspek terbaik bekerja di sini. Dengan adanya kemudahan ini, staf dapat memajukan diri dari segi kerjaya dan telah meningkatkan penjanaan ekonomi keluarga. Setelah bersara, saya akan meluangkan banyak masa bersama keluarga.
Bila ada segelintir staf memiliki sikap yang tidak mahu bekerjasama dalam satu pasukan merupakan aspek yang paling sukar semasa bekerja di sini.
Mengimbau kembali saat-saat semasa berkhidmat, saya pastinya terharu dan merindui rutin kerja harian di samping gelak tawa teman-teman sepejabat. Apatah lagi, teman sepejabat ibarat keluarga kedua bagi saya kerana dari mula saya bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah iaitu selama 35 tahun 7 bulan, saya tidak pernah berpindah tempat. Rakan-rakan sepejabat ibarat adik-beradik rasanya, pahit manis dipikul bersama dan sudah pasti saya tidak mudah melupainya.
Saya ingin menyeru kapada warga Kumpulan Yayasan Sabah agar menunaikan tanggungjawab kerja dengan penuh berhemah, telus dan komited demi mencapai visi dan misi organisasi. Selamat Maju Jaya warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus berkembang maju agar dapat meneruskan peranan dan objektif organisasi ini.”
“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Oktober 1988. Sepanjang berkhidmat, saya sering berkongsi ilmu mengenai budaya masyarakat tempatan kepada para saintis daripada luar negara. Kenangan ini membuatkan saya berasa bangga dan tidak akan saya lupa. Aspek yang paling sukar ketika bertugas ialah apabila berada dalam keadaan kesihatan tidak menentu untuk membolehkan saya turun bekerja. Akan tetapi saya menganggap ianya sebagai satu cabaran buat diri saya.
Rancangan saya semasa persaraan kelak adalah untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
Antara aspek yang saya akan rindu ialah semasa membuat pelbagai aktiviti bersama staf dan juga berborak dengan pelawat-pelawat daripada dalam negeri dan luar negara yang datang melawat kawasan konservasi.

Antara saat yang tidak akan dilupakan ialah saya dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai masakan dan dapat memperbaiki kemahiran memasak dari semasa ke semasa. Di samping itu, saya gembira dapat bekerjasama dengan staf lain dan juga ketua-ketua unit di organisasi ini.
Nasihat saya kepada semua staf dan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, semoga dapat memperbaiki mutu kerja pada masa akan datang.”

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1981 sebagai Renjer Hutan Rendah. Saya sangat bersyukur dapat berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah kerana setiap staf menerima banyak manfaat seperti kebajikan, pemberian skim persaraan dan sebagainya.
Terdapat banyak aspek sukar yang dilalui dan antara yang tidak dapat dilupakan adalah ketika menyelamatkan Badak Sumatra di sungai dalam Kawasaan Konservasi Lembah Danum.
Apabila saya bersara, saya akan lebih kepada bekerja sendiri seperti menguruskan kebun kelapa sawit dan buah-buahan. Sudah tentu banyak aspek yang saya rindui terutamanya ketika masuk hutan bersama rakan sekerja, melakukan kerja bersama dan kami tidak pernah merasa penat ketika bekerja bersama kerana nilai bekerja dalam satu pasukan sangatlah utuh.
Nasihat saya kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah adalah sentiasa saling bertolak ansur bila bekerja dalam kumpulan. Sentiasalah bertanggungjawab terhadap kerja yang diberi kepada kita.”
Tuan Haji Ahmad Hussin bin Sabli Pegawai Pelajaran Kanan Bahagian Pembangunan Pendidikan


“Saya mula menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Ogos 1981. Pada awal perkhidmatan saya berkhidmat sebagai Pegawai Paramedik di Bahagian Kesihatan dan Paramedik. Ketika itu, saya banyak terlibat dengan situasi kecemasan dalam bertugas. Terlalu banyak kenangan yang saya perolehi sepanjang perkhidmatan di organisasi ini.
Selepas itu saya berkhidmat di beberapa bahagian dan Bahagian Pembangunan Pendidikan adalah bahagian terakhir dalam perkhidmatan saya. Antara kenangan manis ialah ketika mewakili Kumpulan Yayasan Sabah dalam beberapa acara sukan iaitu PESADA, PESAIP dan PESAYA dari tahun 1990 hingga 2005.
Saya bangga berkhidmat di organisasi ini kerana Kumpulan Yayasan Sabah adalah antara organisasi di Malaysia yang mempunyai sumber dana sendiri. Organisasi ini juga berpaksikan kesepakatan staf dan keluarga besar yang terdiri daripada pelbagai bangsa serta latar belakang. Apa yang menyedihkan sejak kebelakangan ini keakraban dalam jabatan agak kurang di mana staf baru agak kurang kenal dengan staf lama. Disarankan kepada semua staf pelapis, perlu muhasabah diri dan ingat pepatah, ‘tiada lama, maka tiada yang baharu. Nasihat saya terimalah ilmu daripada mereka yang berpengalaman kerana pengalaman tidak dapat diperoleh daripada ilmu yang dipelajari.
Selepas bersara, saya ingin menjalani kehidupan secara santai dan ingin meningkatkan keagamaan. Saya juga akan berusaha semampu daya demi kelangsungan hidup di masa mendatang.”
“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 April 1982 sebagai Kerani Am dan dinaikan pangkat sebagai General Services Section.
Sejak penubuhannya, Kumpulan Yayasan Sabah merupakan lambang kemegahan negeri Sabah yang amat dikagumi oleh seluruh rakyat Sabah. Kebajikan pekerja sangat diutamakan, terjaga dan terjamin jika kita setia kepada majikan dan bekerja dengan penuh komited.
Selain aspek kebajikan, Kumpulan Yayasan Sabah juga memberi peluang latihan dan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara kepada staf yang berpotensi melalui program Anugerah Latihan Kakitangan.
Selain tekanan tugas, keperluan menjaga keharmonian antara agensi-agensi, pihak berwajib dan yang berkepentingan amat mencabar kredibiliti dalam melaksanakan tugas. Saya merancang untuk memulakan aktiviti ekonomi sederhana yang kurang berisiko, sesuai dengan kemampuan dan yang paling penting dapat menyihatkan tubuh badan dan mental.
Dengan pengalaman ini, saya juga akan membantu membuat kerja-kerja kemasyarakatan melalui penglibatan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) jika tidak ada halangan.
Sudah pasti saya akan merindui semua rakan sekerja yang ditinggalkan dan juga aktiviti kerja berpasukan dalam melaksanakan tugas di semua wilayah; Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Keningau. Saya juga akan merindui Majlis Makan Malam Kumpulan Yayasan Sabah yang mana semua staf di ibu pejabat dan wilayah serta zon dapat berkumpul bersama. Antara kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan adalah semasa menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 2014 yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, serta mendapat naib johan dalam pertandingan nyanyian berkumpulan dalam Pertandingan Bakat Safond pada tahun 1986.
Teruslah bekerja dengan telus, berinovasi, profesional dan komited ke arah menaikkan imej Kumpulan Yayasan Sabah.”
“I joined the Yayasan Sabah Group in 1989. I have been primarily involved in social and community work during the past 33 years of service. I am grateful for the opportunity to work with different groups of people and make a difference in their lives. I work under constraints sometimes, but I enjoy doing my work.


After my retirement, I may be working with NonGovernmental Organisations (NGOs) to continue serving the community in different capacities and doing things that I could not do when I was working.
I will miss my friends in Yayasan Sabah Group and the communities in which I have worked and served. The most important and memorable moment would be when I started working as a People Development Catalyst, which developed my career to where I am now.
My advice to my colleagues and friends is to practice good work ethics, be disciplined and respect the rules and authority.”
“I joined Yayasan Sabah Group on 3 July 1985 as a Librarian Clerk at the Tun Haji Mohd. Fuad Stephens Borneo Research Library. For me, the best aspects of working with the Yayasan Sabah Group are job security and benefits for the staff. In my case, the opportunities to work outdoors and occasionally overseas.

Besides that, I met some very important people and witnessed historical events while on duty. On top of that, we have an excellent team that handles some difficult but interesting assignments in the remote and unexplored part of Sabah.
After my retirement, I want to do all the things I could not do while I was attached to the Yayasan Sabah Group. I will miss the adrenaline rush when completing impossible tasks and succeeding all the time with a superb technical team. Too many memorable moments to mention, but just being with the CCD staff during work assignments and completing the tasks is remarkable for me.
To all staff, you are privileged to work with Yayasan Sabah Group, but your health and your family are more important. That’s why you are there in the first place. Do your job well and quietly, and when your time is up, leave quietly with your head high.”

Lan Senior Officer Corporate Business Development Division
“I joined Yayasan Sabah Group (YSG) in December 1980 as a typist. During my service with YSG for about 42 years, I have served in various divisions such as Accounts & Financial Services (ICSB), Office of the Group General Manager, and Corporate Business Development Division (CBDD) which has allowed me to enrich my knowledge, experience, be more motivated and efficient. I thank YSG for having me in this organisation.
I enjoyed working at YSG as it is a rewarding job. I thank my former superior, Ms Susanna Willie, for guiding me. Being my superior, she always made me feel important and appreciated. I also want to thank the present Group Manager of the Corporate Business Development Division (CBDD), Mr Ronald Ong, for all the advice and understanding of my needs throughout my service. The most challenging aspect of working in YSG is being caught up in work pressure related to meeting deadlines. The information was not always available, but I guess it is normal in life.
After retirement, I intend to explore new opportunities that will continue to keep me mentally and physically fit. I will miss my working lifestyle under different good bosses, all my colleagues, and the friendship we developed over the years of working together as a team. The good thing is that I can earn the freedom to do my own thing, at my own pace, with no deadlines to meet and spend more time with my family members. My most memorable moment in YSG was when I was transferred to the Office of the Group General Manager in early 2004 following the implementation of VSS in 2003. When informed by the Management about my transfer, I was not ready to be transferred because I had never thought I get transferred to another office. At that time, I really missed my job in Accounts and all my colleagues with whom I had worked for 22 years.
To the staff still in service with YSG, I hope that all of you will continue your work with dedication to achieve excellent results within the organisation for the next generation’s good.”
Gan Chau Min Senior Accounting Officer Account & Financial Services Division (YS/ICSB)

“I started working as a typist in the Shipping Division on 15 December 1980. Before retiring, I was assigned to the Accounts and Financial Services Division as a Senior Finance Officer. Throughout the service, I greatly appreciate the cooperation and every colleague from all the departments I have been assigned to.
As I remember, there was no difficulty that I could not face as long as I was in the Yayasan Sabah Group. Of course, working with colleagues will be one of the things I will miss. The retirement celebration and group activities at the office will be memories I will never forget. I will spend my retirement with quality time with my beloved family. To my friends who are still struggling, work hard, play hard, look after yourself and each other, and you will be fine.”
Security & Enforcement Unit Human Resource & Corporate Services Division (YS/ICSB)
“I joined Yayasan Sabah Group on 10 October 1988. I have served the Yayasan Sabah Group for 34 years. Staff welfare was well taken care of. I was one of those fortunate ones who were given a chance to further studies for self-enhancement. When I was attached to the then Manpower Development and Training Unit in 1998, with zero knowledge, I was tasked with helping the Unit implement the MS ISO quality management system and obtained certification, which we achieved with flying colours. Subsequently, more division/ zone offices followed suit. From then on, there were always new things to learn, even until now.
After I retire, I will do the things I have not had time to do: catch up on reading, hone my cooking skills and gardening. Do small business and projects.
I will miss all my good friends and the spectacular view from my office. Everything is memorable-the jokes and fun among office mates, the joy of working together, even the pressure faced at work and the wrath of certain bosses. Laugh out loud.
Rosla bte Joanes Senior Admin Officer


Forestry Division, Tawau
“I joined Yayasan Sabah Group through Rakyat Berjaya Sdn. Bhd., Forestry Division, Tawau Region, on 14 September 1987 as a Clerk and after 34 years with the Group, I finally retired in 2022. I will miss the office environment the most, but I look forward to spending more time with my family. Then I will occupy my time going to places of interest. The best part of working with the Group is staff career advancement. Everyone has a chance to develop their career advancement. Being awarded as Best Staff Award in 2012 is one of the sweet memories of working with the Group. However, along the way, having dynamic bosses can trigger your blood pressure but rest assured, you will have invaluable experience and will progress with them!
My advice to all my fellow friends in the Group, always think positively in whatever situation you are in, always prioritise your time, and it will be kind to you. Hopefully, the Management will be able to sustain in many years to come.”
For the Management-give due recognition of staff’s abilities and contribution to the organisation by promoting them to higher ranks, i.e. putting the right people in the right place and rank. To the staff, do your job well and always goes the extra mile, i.e. even if the task is not in your Job Description, just do it as you will learn a lot from doing the additional job.
Work as a team as better results are achieved, and everyone will get the credit. If you did not do the job, do not take credit for it. Last but not least, remember that there are always new things to learn. Share your knowledge with others. If you feel you are smart, others are always smarter than you.”