5 minute read

Aktiviti MBJ Kumpulan Yayasan Sabah

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah Siri-3 telah diadakan pada 28 September 2022 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC). Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Pengurus Kumpulan Kanan Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) merangkap Wakil Pengurusan MBJ Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Zulkhairi Haji Ismail.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau menyampaikan ucapan Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar selaku Pengerusi MBJ Kumpulan Yayasan Sabah yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi yang lain. Dalam ucapannya, antara lain Dato’ Sri Haji Ghulamhaidar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Wakil Pekerja kerana telah menjalankan amanah dengan baik. Beliau juga menekankan agar warga Kumpulan Yayasan Sabah berganding bahu untuk memperkasakan nilai-nilai murni dan integriti, yang merupakan tunjang kepada pembentukan sebuah organisasi yang cemerlang.

Sebanyak tiga isu telah diselesaikan, manakala empat isu baharu telah dibincangkan dalam mesyuarat ini yang melibatkan isu-isu sumber manusia, hartanah, kewangan dan infrastruktur.

Sebelum itu, satu mesyuarat pra MBJ telah diadakan pada 23 September 2022 bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit dan isu-isu baharu yang dikemukakan oleh Wakil Pekerja. Daripada 12 isu yang dikemukakan, lapan isu telah dapat diselesaikan di mesyuarat pra MBJ ini, manakala empat isu dibawa ke mesyuarat Induk MBJ. Mesyuarat pra MBJ dipengerusikan oleh Encik Zulkhairi.

Hajah Ainahwati binti Abd. Sani Pengurus Kumpulan Bahagian Audit Dalaman

“Saya berasa gembira bekerja di sebuah organisasi yang selamat dan prihatin terhadap stafnya dan membuatkan saya ingin bekerja lebih untuk mendapatkan lebih pencapaian demi membalas keprihatinan dan layanan yang saya terima daripada organisasi ini.

Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah akan terus menjadi sebuah organisasi yang mapan dan berdaya saing dan mampu membina nama bukan hanya di dalam negeri dan negara malahan di peringkat global.

Bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah semestinya telah mengubah kehidupan saya. Sejak daripada awal saya diterima bekerja di dalam organisasi ini saya mula membina kerjaya dan kehidupan bersama Kumpulan Yayasan Sabah, pelbagai cabaran dan dugaan dilalui dalam kerjaya. Kini setelah lebih 25 tahun bersama Kumpulan Yayasan Sabah pastinya ia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan yang bermanfaat kepada organisasi, keluarga dan masyarakat.”

Iskandar bin Bahar Pemandu Enjin Genset Bahagian Perhutanan Wilayah Tawau

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan rezeki dan kesihatan baik sepanjang berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun.

Selama bekerja bersama organisasi ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan yang bermanfaat di samping membantu memajukan diri sendiri dalam aspek kerjaya.

Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus maju pada masa akan datang di samping membantu golongan anak muda menerusi penyediaan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan di organisasi ini.”

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 24 April 1997 sebagai Pembantu Makmal di Plant Biotechnology Laboratory yang pada masa kini dikenali sebagai YSG Bioscape Sdn. Bhd. Jawatan terkini saya ialah Pemangku Penolong Pegawai Tadbir di Bahagian Perhutanan, Wilayah Tawau.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan rezeki dan kesempatan untuk berkhidmat selama 25 tahun di Kumpulan Yayasan Sabah yang telah banyak memberi pengalaman pahit manis bersama rakan-rakan sekerja. Harapan saya untuk Kumpulan Yayasan Sabah pada 25 tahun akan datang agar organisasi ini akan terus maju ke hadapan untuk membantu generasi muda yang bakal menerajui kepimpinan negeri ini.

Saya bersyukur kerana sepanjang berkhidmat di organisasi ini, telah banyak memberi pengalaman kerja untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang daripada kerja bergaji hari sehinggalah mendapatkan apa yang saya kecapi pada masa kini.”

“Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kerana diberi peluang berkhidmat dalam organisasi ini sehingga ke hari ini. Terlalu banyak pengalaman yang saya lalui selama bersama dengan organisasi ini, baik yang manis mahupun sebaliknya. Semua menjadi pengajaran terbaik dalam kerjaya saya.

Sepanjang saya berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah, banyak perkara yang mengubah kehidupan saya dimana keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan adalah impian setiap insan.

Harapan saya agar kewujudan Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa relevan dan terus maju dengan cemerlang agar terus dapat membantu rakyat Sabah khususnya, sekata dengan visi penubuhan Kumpulan Yayasan Sabah.”

“Alhamdullilah, saya sangat bersyukur diberi peluang selama 25 tahun berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah serta dapat mempelajari pelbagai pengalaman semasa bertugas di beberapa bahagian. Tidak dilupa juga kerjasama kawankawan yang sentiasa membantu bila diperlukan.

Harapan saya untuk Kumpulan Yayasan Sabah dalam masa 25 tahun yang akan datang agar organisasi ini terus maju dan berkembang dengan visi, misi serta tujuan penubuhannya.

Bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah telah mengubah kehidupan saya serta berpeluang melanjutkan pelajaran, dan sentiasa bersyukur dapat menerima gaji setiap bulan dimana kehidupan pada masa kini banyak yang terkesan akibat COVID19.”

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 2 Mei 1989 dan meletakkan jawatan pada 1993 untuk melanjutkan pelajaran. Saya kembali bertugas pada 1997. Saya sangat bangga kerana dapat menyumbangkan tenaga dan ilmu untuk Kumpulan Yayasan Sabah.

Harapan saya untuk Kumpulan Yayasan Sabah dalam masa 25 tahun akan datang adalah semoga Kumpulan Yayasan Sabah akan terus teguh dan maju jaya dalam melaksanakan objektifnya sebagai sebuah organisasi yang telah banyak menyediakan peluang pendidikan dan pembangunan sosial di samping memantapkankan fungsi komersialnya sebagai penjana dana utama.

Untuk itu, Kumpulan Yayasan Sabah memerlukan pemimpin yang berwibawa dan pengurusan sumber manusia yang strategik. Staf-staf muda yang ada sekarang haruslah dipupuk agar mempunyai matlamat yang jelas untuk memikul amanah Kumpulan Yayasan Sabah. Merekalah yang bakal menerajui kepimpinan Kumpulan Yayasan Sabah dalam masa 25 tahun akan datang. Mereka perlu memiliki kemahiran dan kemampuan untuk menghadapi perubahan dan mendepani cabaran kerja serta berani untuk memikul tanggungjawab supaya dapat mencipta masa depan Kumpulan Yayasan Sabah yang lebih makmur dan sejahtera.”

Pegawai Tadbir Bahagian Perhutanan Wilayah Lahad Datu

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT saya telah berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun. Saya amat gembira dan bangga kerana dapat bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah kerana persekitaran kerja dan rakan-rakan sekerja yang baik. Saya berharap organisasi ini akan terus memberi perkhidmatan yang cemerlang dan terbilang terutamanya untuk rakyat Sabah.

Banyak perubahan dalam kehidupan saya selama bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah. Tidak dapat dinafikan bahawa organisasi ini telah memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan diri daripada segi pergaulan, pertuturan, pengurusan, pentadbiran dan sebagainya. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah!”

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun bermula dari 1 April 1997 sehingga kini. Selama berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah ini jugalah saya dapat mengenali, bekerjasama dan berkongsi pengalaman bersama staf yang baharu dan lama dalam bidang berlainan yang mana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Saya percaya dan yakin di bawah pentadbiran yang ada sekarang, Kumpulan Yayasan Sabah akan lebih maju lagi ke hadapan untuk meneruskan khidmat kepada rakyat Sabah.

Tidak dapat dinafikan semenjak berkhidmat dengan Kumpulan Yayayasn Sabah banyak perubahan yang saya alami. Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Pengurusan. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah akan terus unggul.”

Unit

Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan

“Saya mula berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Julai 1997 sebagai Kerani Am.

Saya berasa gembira dan bersyukur dapat berkhidmat dengan baik dalam Kumpulan Yayasan Sabah selama 25 tahun. Saya amat menghargai peluang dan kemudahan yang disediakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah terus dinamik, komited dan prihatin demi kemajuan negeri Sabah. Saya juga berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah dapat terus membantu lebih ramai anak-anak Sabah yang susah dengan memberi bantuan pendidikan dan lebih banyak peluang pekerjaan yang dikembangkan oleh anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah di masa hadapan.

Kumpulan Yayasan Sabah banyak mengubah kehidupan saya sepanjang berkhidmat dengan membesarkan empat orang anak-anak saya dengan baik.”

“Selama 25 tahun berkhidmat pelbagai perasaan gembira dan pahit telah dilalui. Tetapi apa yang penting bagi saya adalah kepuasaan dalam berkhidmat. Kumpulan Yayasan Sabah banyak mengubah kehidupan saya dalam pelbagai aspek terutamanya dalam sosioekonomi.

Setelah berkhidmat selama 25 tahun dengan Kumpulan Yayasan Sabah, harapan saya agar Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju dalam memartabatkan generasi yang akan datang.”

This article is from: