Buatjulung kalinya, pengurusan bangunan ibupejabat Yayasan Sabah khususnya Bahagian Hartanah - Perkhidmatan Bangunan menganjurkan Minggu Mencegah Kebakaran Yayasan Sabah 1996 pada 9-12 Disember lalu. Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penghuni bangunan ibupejabat Yayasan Sabah akan bahaya kebakaran dan 1angkah-langkah pencegahannya. Di samping itu, iamemberikan pendedahan kepada para penghuni mengenai sistem pencegahan dan keselamatan kebakaran yang terdapat di bangunan ibupejabat Yayasan Sabah. Sempena dengan Minggu tersebut, Bahagian Hartanah-Perkhidmatan Bangunan melalui Seksyen Perlindungan dan Pencegahan Kebakaran mengadakan pameran keselamatan kebakaran bertempat di ruang legar Teater Mini Yayasan Sabah. Turut serta dalam pameran tersebut termasuklah labatan Perkhidmatan Bomba Negeri Sabah dan dua buah syarikat pembekal sistem keselamatan kebakaran, Telesafe Sdn. Bhd. dan Maritime Industrial Engineers Sdn. Bhd .. Program lain term as ukiah taklimat keselamatan kebakaran, pertandingan kawad basah melibatkan ketua-ketua lantai bangunan, pertandingan pejabat terbaik . dan pertandingan kuiz keselamatan kebakaran.
Datuk Seri Khalil (kanan sekali) tertumpu kepada penerangan peralatan mencegah kebakaran yang dipamerkan.
YS Thbuh
Pasukan
Bomba
Sukarela
,
Yayasan Sabah menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela di bangunan ibupejabat Yayasan Sabah sebagai salah satu langkah proaktif ke arah pencegahan kebakaran, demikian menurut Pengarah/Ketua Eksekutif Datuk Musa Haji Aman dalam ucapan beliau sempena Majlis Perlancaran Minggu Mencegah Kebakaran Yayasan Sabah 1996 di Teater Mini. "Penubuhan pasukan tersebut adalah selaras dengan seruan labatan Perkhidmatan Bomba dan Yayasan Sabah merupakan agensi kerajaan 16
'-
Datuk Musa menunjukkan kemah iran menggunakan alat memadam api . sempena majlis pelancaran.
pertama di negeri ini yang mempunyai badan seumpama itu," kata Datuk Musa .. Beliau menegaskan, Yayasan Sabah: melalui Bahagian Hartanah Perkhidmatan Bangunan sentiasa memberi penekanan kepada aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran di bangunan Yayasan Sabah. "Malah pada masa ini, anggotal keselamatan kita hampir kesemuanya mempunyai kemah iran dan pengetahuan dalam bidang kebombaan dan mereka telah dilatih agar sentiasa' bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, berkat dari kursus kursus keselamatan kebakaran yang dianjurkan oleh Seksyen Perlindungan dan Pencegahan Kebakaran," tambah beliau. Sementara itu, dalam ucapan penutupan beliau pada 12 Disember yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah; DatukMohd. Tahir laafar,DatukMusa berkata Yayasan Sabah akan terus memperkemas dan meluaskan program dan usaha ke arah pencegahan kebakaran secara menyeluruh.