PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MaU) DI ANTARA MAC RES DE GAN KUMPULA YAYASA SABAM Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Malaysian Centre for Remote Sensing (MACRES) dengan Kumpulan Yayasan Sabah dan Sawit Kinabalu Berhad telah diadakan di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu pada 7 April, 2005. Majlis menandatangani perjanjian di antara ketiga-tiga pihak telah disaksikan olah VB. Datu Nasrun Datu Mansur selaku wakil YAB Datuk Seri Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah. Dalam teks ucapannya, YAB. Datuk Musa Aman menegaskan bahawa masanya adalah tepat sekali bagi kedua-dua agensi kerajaan negeri ini untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran daripada sistem teknologi terkini dalam usaha untuk mengurus sumber dan meningkatkan produktiviti masing-masing. "Kumpulan Yayasan Sabah memiliki kawasan hutan yang agak luas di negeri ini, penggunaan teknologi remote sensing dapat membantu usaha meningkatkan pengurusan hutan mapan yang berkesan. Manakala Sawit Kinabalu Berhad sedang giat mengusahakan industri perladangan kelapa sawit. Justeru itu,
SENSINC
Y. Bhg. Tan Sri Datu Khalil bin Datu HI Jamalul (kiri) bertukar-tukar dokumen dengan Dato' Nik Nasruddin Mahmood (kanan) sambi! diperhatikan oleh VB. Datu Nasrun Datu Mansur (tengah).
penggunaan teknologi pengimbasan kawalan jauh (remote sensing technologi) ini dapat menjamin keupayaan peningkatan produktiviti'. Hadir sama pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman ialah Setiausaha Kerajaan NegeriSabah, Datuk K.Y
Mustafa, Pengarah Malaysian Centre for Remote Sensing (MACRES), Dato' Nik Nasruddin Mahmood, Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Datu Khalil bin Datuk Hj. Jamalul dan Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Berhad, EncikSalim Mohammad.
TAKLIMAT KESELAMATAN DARI NIOSH bertempat di Aras 3, Wisma Innoprise, Kota Kinabalu pada 13 April, 2005.
Pengurus Besar Operasi NIOSH, Hajah Maimunah (ketiga dari kiri) semasa pertemuan dari Pegawai-Pegawai Kanan, Kumpulan Yayasan Sabah. Turut kelihatan Pengarah EksekutiflPengurus Kumpulan, Bahagian Pengangkutan, Encik Mohd Zahari Zinin.
Pengurus Besar Operasi, National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Puan Hajah Maimunah Hj. Khalid bersama tiga orang pegawai telah melakukan pertemuan dengan Pegawai-pegawai Kanan Kumpulan Yayasan Sabah,
Hadir sama pada pertemuan ini ialah Pengarah EksekutifjPengurus Kumpulan Bahagian Pengangkutan, Mohd Zahari Zinin, Peguam Korporat Kanan, Richard Kastum dan wakilwakil ketua BahagianjUnit, Kumpulan Yayasan Sabah. Terdahulu rombongan daripada NIOSH telah diberikan taklimat ringkas oleh En. Mohd Sharuddin Mohd Wali selaku wakil Pengurus Kumpulan, Bahagian Perhutanan, Pemprosesan dan Pemasaran mengenai aktiviti dan langkahlangkah keselamatan di tempat kerja kepada warga Kumpulan Yayasan Sabah. Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk memberi peluang kepada pihak
NIOSH memberikan peneranga,. mengenai panduan-panduan tertentu yang harus dipatuhi oleh ketua-ketua Bahagian/Jabatan dalam usaha mempastikan keselamatan dan kesihatan pekerja semasa di tempat pekerjaan terjamin dan selamat.
Pengarah EksekutiflPengurus Kumpulan Bahagian Pengangkutan, Mohd Zahari Zinin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Pengurus Besar Operasi, NIOSH, Hajah Maimunah Hj. Kha/id (kanan) semasa kunjungannya ke Wisma Innoprise pada 13 Apri/2005.