3 minute read

Perjanjian Persefahaman (MaUl Di Antara Macres Dengan Kumpulan Yayasan Sabah

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MaU) DI ANTARA MAC RES DE GAN KUMPULA YAYASA SABAM

Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Malaysian Centre for Remote Sensing (MACRES) dengan Kumpulan Yayasan Sabah dan Sawit Kinabalu Berhad telah diadakan di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu pada 7 April, 2005. Majlis menandatangani perjanjian di antara ketiga-tiga pihak telah disaksikan olah VB. Datu Nasrun Datu Mansur selaku wakil YAB Datuk Seri Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah.

Dalam teks ucapannya, YAB. Datuk Musa Aman menegaskan bahawa masanya adalah tepat sekali bagi kedua-dua agensi kerajaan negeri ini untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran daripada sistem teknologi terkini dalam usaha untuk mengurus sumber dan meningkatkan produktiviti masing-masing.

"Kumpulan Yayasan Sabah memiliki kawasan hutan yang agak luas di negeri ini, penggunaan teknologi remote sensing dapat membantu usaha meningkatkan pengurusan hutan mapan yang berkesan. Manakala Sawit Kinabalu Berhad sedang giat mengusahakan industri perladangan kelapa sawit. Justeru itu,

SENSINC

Y. Bhg. Tan Sri Datu Khalil bin Datu HI Jamalul (kiri) bertukar-tukar dokumen dengan Dato' Nik Nasruddin Mahmood (kanan) sambi! diperhatikan oleh VB. Datu Nasrun Datu Mansur (tengah).

penggunaan teknologi pengimbasan kawalan jauh (remote sensing technologi) ini dapat menjamin keupayaan peningkatan produktiviti'.

Hadir sama pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman ialah Setiausaha Kerajaan NegeriSabah, Datuk K.Y Mustafa, Pengarah Malaysian Centre for Remote Sensing (MACRES), Dato' Nik Nasruddin Mahmood, Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Datu Khalil bin Datuk Hj. Jamalul dan Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Berhad, EncikSalim Mohammad.

Pengurus Besar Operasi NIOSH, Hajah Maimunah (ketiga dari kiri) semasa pertemuan dari Pegawai-Pegawai Kanan, Kumpulan Yayasan Sabah. Turut kelihatan Pengarah EksekutiflPengurus Kumpulan, Bahagian Pengangkutan, Encik Mohd Zahari Zinin.

Pengurus Besar Operasi, National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Puan Hajah Maimunah Hj. Khalid bersama tiga orang pegawai telah melakukan pertemuan dengan Pegawai-pegawai Kanan Kumpulan Yayasan Sabah,

TAKLIMAT KESELAMATAN DARI NIOSH

bertempat di Aras 3, Wisma Innoprise, Kota Kinabalu pada 13April, 2005.

Hadir sama pada pertemuan ini ialah Pengarah EksekutifjPengurus Kumpulan Bahagian Pengangkutan, Mohd Zahari Zinin, Peguam Korporat Kanan, Richard Kastum dan wakilwakil ketua BahagianjUnit, Kumpulan Yayasan Sabah.

Terdahulu rombongan daripada NIOSH telah diberikan taklimat ringkas oleh En. Mohd Sharuddin Mohd Wali selaku wakil Pengurus Kumpulan, Bahagian Perhutanan, Pemprosesan dan Pemasaran mengenai aktiviti dan langkahlangkah keselamatan di tempat kerja kepada warga Kumpulan Yayasan Sabah. NIOSH memberikan peneranga,. mengenai panduan-panduan tertentu yang harus dipatuhi oleh ketua-ketua Bahagian/Jabatan dalam usaha mempastikan keselamatan dan kesihatan pekerja semasa di tempat pekerjaan terjamin dan selamat.

Pengarah EksekutiflPengurus Kumpulan Bahagian Pengangkutan, Mohd Zahari Zinin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Pengurus Besar Operasi, NIOSH, Hajah Maimunah Hj. Kha/id (kanan) semasa kunjungannya ke Wisma Innoprise pada 13 Apri/2005.

PENYERAHAN BUKU "ENGLISH INTERNATIONAL READING PROGRAM"

Kumpulan Yayasan Sabah melalui Yayasan Sabah, Zon Pantai Barat Utara telah menyampaikan sumbangan bahan bacaan Bahasa Inggeris untuk Sekolah-sekolah Rendah Daerah Kota Belud. Majlis ini telah diadakan pada 25 April 2005 bertempat di Ruang Legar Bangunan Gunasama Persekutuan Kota Belud disempurnakan oleh Tuan Haji Darus Nasir, Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah selaku wakil Pengarah Yayasan Sabah.

Dalam teks ucapannya, YBhg. Tan Sri Datu Khalil bin Datu Hj. Jamalul, J.P. menyatakan bahawa Yayasan Sabah sentiasa berusaha melaksanakan program-program pembangunan yang difikirkan mampu membawa kebaikan kepada masyarakat khususnya yang menjurus kepada tiga teras utama, iaitu Pembangunan Intelek dan Minda, Pembangunan SosioEkonomi dan Pembangunan SosioBudaya. Beliau juga menekankan, Yayasan Sabah sentiasa menjalin kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain agar kelancaran perlaksanaan program dapat dicapai dengan berkesan seperti kerjasama Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Belud, En. Jame Alip dan ahli jawatankuasanya.

Sumbangan bahan bacaan Inl bertujuan membantu para pelajar dan guru-guru khususnya sekolah yang berada di luar bandar untuk meningkatkan kemudahan dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Justeru itu, Yayasan Sabah mengambil inisiatif ini dengan harapan dapat membantu meringankan beban Jabatan Pelajaran dan dapat membantu meningkatkan semangat para pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih dalam menguasai Bahasa Inggeris.

Penyampaian bahan bacaan daripada Hj Darus, Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan kepada salah seorang Guru Besar sekolah rendah Kola Belud.

Hj Darus, Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan menyampaikan cenderahati kepada Pegawai Pelajaran Gabungan Kola Belud, En. Jame Alip.

This article is from: