2 minute read

Perteguhkan Tekad, Perkukuhkan Perteguhkan Tekad, Perkukuhkan

Kecemerlangan Kecemerlangan

Advertisement

Oleh: Shahrul Jama bin Othman

Bersempena dengan tahun baharu 2023, warga Pejabat Pendaftar, UMT sekali lagi berkumpul untuk mendengar dan menghayati perutusan serta amanat yang disampaikan oleh Tuan Haji Zukiferee bin Ibrahim, Pendaftar UMT sebagai panduan melaksanakan segala hasrat yang telah direncana.

Majlis Aspirasi Pendaftar kali pertama telah diadakan bermula tahun 2021 dengan tema “Mengoptimumkan Sumber Daya Insan, Menggandakan Pencapaian”, diikuti majlis pada tahun 2022 dengan tema “Menggerakkan Transformasi, Meningkatkan Prestasi Penyampaian”. Manakala pada tahun 2023 ini, Majlis Aspirasi Pendaftar diteruskan dengan tema Perteguhkan Tekad, Perkukuhkan Kecemerlangan Tema-tema yang dipilih mempunyai objektif yang sama iaitu memacu kecemerlangan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan warga Pendaftar.

Majlis Aspirasi Pendaftar 2023 telah berlangsung pada 14 Mac 2023 bertempat di Dewan Senat, UMT dan dihadiri oleh semua staf di bawah portfolio Pendaftar. Perutusan dimulakan dengan kenyataan hasrat Pendaftar yang ingin melihat warganya sebagai sebuah pasukan yang bersatu hati dengan tekad dan kesungguhan yang jitu demi mengejar kecemerlangan.

“…memiliki rasa yang sama, tekad dan kesungguhan yang sekata, untuk sederap langkah menuju kejayaan dan kecemerlangan, tanpa mengira siapapun kita, apa pun kedudukan kita, dengan peranan masing-masing secara berkesan, sebagai satu kumpulan besar yang terus mara, tanpa ragu, tanpa keliru, tanpa rasa jemu!”

- Aspirasi Pendaftar 2023

Mendepani cabaran tahun 2023, aspirasi Pendaftar mengangkat prinsip T E K A D untuk dihayati dan dijadikan pegangan iaitu Tambah Baik, Etika Kerja, Kompetensi, Amalan Terbaik dan Daya Saing.

Penambahbaikan berterusan merupakan faktor penting dalam menawarkan perkhidmatan yang cemerlang. Staf perlu komited dan sentiasa bersedia untuk melakukan penambahbaikan sama ada dari aspek sistem, peraturan, proses kerja dan hasilnya agar memberi manfaat kepada semua.

Etika kerja merujuk kepada adab atau tingkah laku terhadap kerja yang perlu dipandang dengan sikap positif dan dipegang sebagai satu kepercayaan yang menganggap bahawa kerja itu adalah penting. Etika kerja terangkum daripada salah satu atau beberapa kepercayaan berikut:

Kewajipan menjalankan tugas dan memenuhi kehidupan dari segi agama dan moral.

Menggunakan masa kerja bukan untuk kepentingan peribadi.

Mempunyai rekod kehadiran bekerja yang baik.

Sentiasa produktif dalam memberi perkhidmatan

Mempunyai semangat libat sama dan setia kepada kerja, tempat kerja dan rakan sekerja

Sentiasa bangga dengan kerja dan berusaha melaksananya dengan baik.

Sentiasa berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

Percaya bahawa kesenangan akan dikecapi melalui kerja yang jujur.

Kompetensi pula merujuk kepada set tingkah laku, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Staf perlu membangunkan kompetensi supaya dapat memenuhi keperluan semasa serta bersedia menghadapi cabaran akan datang Pembangunan kompetensi diperluaskan dengan menggunakan pendekatan Model Pembangunan 3P iaitu Pendidikan, Pendedahan dan Pengalaman.

Amalan terbaik atau best practices merupakan piawaian kerja atau garis panduan etika yang menyediakan tindakan terbaik dalam situasi tertentu Ia berfungsi sebagai panduan kepada staf dalam menguruskan peranan dan tanggungjawab serta menyediakan cara terbaik untuk menangani masalah dan isu yang timbul.

Sementara daya saing pula berkait rapat dengan kreativiti dan keupayaan seseorang staf untuk terus relevan dengan persekitaran kerja semasa Keupayaan berdaya saing akan melahirkan golongan subject matter expert dalam kalangan staf dan menjadi rujukan rakan sekerja dan luar UMT.

Pendaftar juga sekali lagi menegaskan tentang matlamat merealisasikan kecemerlangan sumber daya insan berteraskan Model 4Q iaitu yang menekankan kekuatan fizikal dan intelektual, kemantapan spiritual, keutuhan nilai dan kewibawaan kepimpinan

Majlis Aspirasi Pendaftar 2023 turut menyaksikan seramai 33 orang staf menerima Sijil Anugerah Sanjungan Amal atas kecemerlangan prestasi serta memberi sumbangan signifikan kepada organisasi, penglibatan dalam inovasi dan lain-lain.

Semoga aspirasi yang telah disampaikan ini disahut, disambut, dihayati dan diaplikasikan dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti tinggi

This article is from: