1 minute read

Majlis Sambutan Aidilfitri UMT 2023 Majlis Sambutan Aidilfitri UMT 2023

Oleh:Khasmiliah binti Mohd Azmi

Ketibaan Syawal disambut dengan penuh rasa kesyukuran atas segala kemanisan nikmat dan rahmat yang dikecapi dalam menyempurnakan ibadah sepanjang bulan Ramadan sebelumnya. Saban tahun, UMT meneruskan tradisi mengadakan majlis sambutan Aidilfitri dan berkongsi kemeriahan bersama-sama warganya

Advertisement

Pada tahun ini, Pejabat Pendaftar sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri yang telah diadakan pada 15 Mei 2023 bersamaan 24 Syawal 1444H bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT Selain warga UMT, majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengarah, serta Pengarah atau wakil agensi-agensi setempat dan pihak media. Tidak dilupakan, UMT turut meraikan sebilangan anak-anak yatim yang terdiri dalam kalangan murid-murid daripada beberapa buah sekolah berhampiran serta anak-anak yatim kepada staf UMT sendiri

Sebanyak 17 buah gerai makanan dan minuman telah disediakan untuk para tetamu. Geraigerai yang diuruskan oleh wakil-wakil dari setiap pusat tanggungjawab (PTj) ini menyajikan pelbagai juadah istimewa seperti nasi minyak, laksa, ketupat, lemang dan rendang, sate, tapai dan lain-lain Para tetamu juga disajikan dengan 10 ekor kambing bakar hasil sumbangan warga UMT yang budiman.

UMT turut meraikan seramai 67 orang anak-anak yatim yang diundang khas ke Majlis

Sambutan Aildilfitri UMT 2023 Selain sama-sama menikmati juadah yang disediakan, anakanak ini turut menerima sumbangan duit raya yang telah disampaikan oleh YBhg Prof Dato’

Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, Naib Canselor UMT. Duit raya yang diagihkan ini merupakan sumbangan daripada pelbagai pihak seperti warga UMT, syarikat pembekal dan klinik panel yang berdaftar dengan UMT.

Sebagai acara sampingan, tiga gerai terbaik dipilih berdasarkan beberapa kriteria iaitu hiasan, santunan dan kemeriahan. Tahniah diucapkan kepada tiga buah PTj yang telah terpilih sebagai gerai terbaik iaitu Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM), gabungan PTj Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko (TSR), Penerbit UMT, Pejabat Komunikasi Korporat (PKK) dan Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) serta gabungan Pejabat Naib Canselor (PNC), Pusat Pengurusan dan Penjaminan Kualiti (PPPK), Bahagian Audit Dalam, Unit Integriti dan Pejabat Penasihat Undang-undang (PPUU). Manakala dua orang tetamu bertuah telah dipilih menerima cenderamata bagi kategori pakaian lelaki dan wanita terbaik.

Penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri UMT bukan hanya bertujuan untuk kemeriahan sematamata. Malah ia merupakan wadah untuk mengukuhkan jalinan silaturrahim khususnya dalam kalangan warga UMT di samping menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikecapi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para dermawan yang budiman dan seluruh warga yang sama-sama hadir dan menjayakan majlis ini

This article is from: