
1 minute read
Siri Minda Sihat 1/2023 – Aku Cinta Padamu Siri Minda Sihat 1/2023 – Aku Cinta Padamu

Ada apa dengan cinta
Advertisement
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah
Begitu indah bait puisi lirik dendangan penyanyi tersohor Melly Goeslow yang menjadi fenomena pada tahun 2002 melalui filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’. Kisah antara Rangga dan Cinta menjadi dambaan remaja saat itu Namun, bukan itu yang hendak disampaikan
Berkenaan cinta, ia merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta juga membawa erti perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada negara, orang tua, kebebasan dan lain-lain Sebagai contoh, sebagai rakyat Malaysia, mengibarkan Jalur Gemilang merupakan salah satu cara menzahirkan rasa cinta terhadap negara Berbakti dan membalas jasa budi kedua-dua ibu bapa pula sebagai memanifestasikan cinta kepada mereka.
Menurut Gunarsa dan Gunarsa (1982), cinta itu tidak dapat diterangkan. Cinta hanya dapat dilaksanakan dan diamalkan Ada betulnya juga Seorang suami yang memberikan perlindungan kepada pasangan atau keluarganya dengan menyediakan tempat tinggal, makanan dan pendidikan juga bentuk pelaksanaan cinta yang dizahirkan melalui perbuatan. Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Fazilah Idris dan Aminudin Basir (2013) pula menjelaskan cinta itu kecenderungan hati seseorang terhadap individu atau sesuatu perkara disertai dengan pengorbanan bagi menunaikan tuntutan dan kehendak individu atau perkara yang dikasihi tersebut. Dalam erti lain, cinta itu diserikan dengan adanya elemen pengorbanan. Mengorbankan masa, hobi dan sebagainya bagi memenuhi magnet cinta dalam perhubungan.

Pada kali ini, Siri Minda Sihat yang pertama bagi tahun 2023 membawakan topik perkongsian mengenai “Aku Cinta Padamu”
Perkongsian secara fizikal yang dijalankan di Bilik Latihan Ibnu Khaldun, Bangunan Pusat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan UMT ini telah berjaya dilaksanakan pada 5 April 2023 Siri Minda Sihat 1/2023 memberikan fokus kepada faktor-faktor yang mempengaruhi tarikan dan kewujudan perasaan cinta, etika dalam percintaan dan menariknya, para peserta didedahkan dengan teori-teori gaya bercinta Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menjawab Inventori

Gaya Bercinta yang meliputi enam (6) Gaya Bercinta iaitu Persahabatan, Romantis, Permainan, Logikal, Pengorbanan dan Kepunyaan

Diharapkan dengan pelaksanaan Siri Minda
Sihat 1/2023 - Aku Cinta Padamu pada kali ini dapat memberikan motivasi kecintaan kepada para peserta yang romantik dan penuh kasih sayang.
