1 minute read

Bakti Disanjung Budi Dijunjung Bakti Disanjung Budi Dijunjung

Oleh: Shahrul Jama bin

Othman

Advertisement

Puan Rohamiza binti Omar, atau lebih mesra disapa sebagai Kak Miza dalam kalangan staf, merupakan seorang Pembantu Operasi yang telah berkhidmat kira-kira 27 tahun di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Puan Rohamiza memulakan karier di UMT yang ketika itu dikenali sebagai Universiti Pertanian

Malaysia Terengganu (UPMT) pada 29 Jun 1996 di Pejabat Pendaftar dan kemudian meneruskan khidmatnya di Pusat Pembangunan dan Harta (PPH) pada tahun 2002. Lima tahun kemudian, iaitu pada tahun 2008, Kak Miza kembali berbakti di Pejabat Pendaftar selama 15 tahun sebelum bersara pada 9 April 2023 di usia 56 tahun

Sebagai seorang senior, beliau sentiasa mempamerkan komitmen dan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Pengurusan stok dan stor pejabat, urusan terimaan dan agihan surat menyurat, telefonis pejabat serta penglibatan dalam penganjuran programprogram rasmi universiti merupakan antara khidmat yang telah dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Di luar urusan kerja rasmi, beliau merupakan seorang sangat mesra dan ringan tulang serta sangat disenangi oleh rakan-rakan sekerja Apatah lagi sikap beliau yang pemurah dan acap kali membawa masakan sendiri dari rumah untuk dinikmati oleh rakan-rakan sepejabat.

Keluhuran budi dan bakti beliau sentiasa akan dikenang dan jalinan silaturrahim khususnya bersama staf Pejabat Pendaftar dan UMT tidak akan terlerai Selamat bersara Kak Miza

This article is from: