1 minute read

Hari Mesra Pelanggan Pejabat Pendaftar Hari Mesra Pelanggan Pejabat Pendaftar

Umt 2023 Umt 2023

Advertisement

Oleh: Wan Nor Ahmad Syaifuddin bin Wan Norazmi

24 Mei 2023 - Sebagai salah satu usaha mendekati para pelanggan dan warga UMT, Pejabat Pendaftar mengambil inisiatif dan peluang dengan menganjurkan Hari Mesra Pelanggan Pejabat Pendaftar UMT 2023. Program yang julung kali diadakan secara mega ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan jumlah kehadiran berdaftar seramai 310 orang pengunjung

Pelbagai aktiviti dan pengisian yang menarik turut dilaksanakan sepanjang program berlangsung. Pendaftar UMT, Tuan Haji Zukiferee bin Ibrahim dalam ucapan alu-aluannya berkata: “Pelaksanaan Hari Mesra Pelanggan Pejabat Pendaftar UMT tahun 2023 ini merupakan salah satu wadah atau pendekatan segar yang diambil bagi membolehkan Pejabat Pendaftar UMT mendapatkan pandangan warga staf dan juga para pelanggan tentang perkhidmatan yang diberikan oleh Pejabat Pendaftar UMT”.

Program ini diserikan dengan program Sembang Santai: “Kemudahan, Layakkah Aku ?” oleh Seksyen Persaraan dan Khidmat Sokongan; dan Seksyen Gaji dan Kemudahan, Jabatan Sumber Manusia pada sebelah pagi serta Sembang Santai PPBI: “Pengembangan Bakat: Satu Perkongsian” oleh Dr. Siti Tafzilmeriam binti Sheikh Abdul Kadir (INOS) dan Encik Ahmad Nur Rafaei bin Alias (PKU) pada sebelah petang Turut disampaikan pada majlis ini adalah sijil pentauliahan AKRAB UMT, hadiah pemenang bagi pertandingan fotografi, penulisan artikel, teka helaian kertas dan sebagainya.

Selain itu, program ini juga turut dijayakan oleh pelbagai agensi seperti Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Gac-Superfruit Research Team UMT, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Cawangan Kuala Terengganu, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Bank Muamalat Cawangan Kuala Terengganu, Klinik Keluarga Ilyana Kuala Terengganu, Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Chendering, Klinik Perubatan Wildan 24 Jam Batu Rakit, Persatuan Usahawan Trak Makanan Terengganu (TTRAK) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Cawangan Kuala Terengganu.

Para pengunjung turut berpeluang menyaksikan demonstrasi keselamatan kebakaran yang dibimbing oleh pegawai-pegawai bomba yang hadir Pembukaan akaun emas juga turut dimanfaatkan oleh sebahagian pengunjung dan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan dalam program pada kali ini selain daripada pengambilan pelekat kenderaan serta diskaun hebat notis kompaun UMT. Salah seorang pengunjung ketika ditemu bual berkata bahawa program ini sangat bagus kepada semua staf dan pelajar Tambahnya lagi, beliau berharap agar program sebegini sentiasa diadakan pada masa-masa yang akan datang

This article is from: