1 minute read

Kalam Pendaftar

Saya mulakan catatan kali ini dengan memanjangkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua Pusat Tanggungjawab yang telah memberikan kerjasama padu kepada Pejabat Pendaftar bagi UMT mencapai kedudukan teratas dalam kalangan Universiti Awam/ Hospital Universiti dalam pengemaskinian Modul MyPortfolio, Human Resource Management Information System (HRMIS) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sudah pasti penghargaan yang lebih utama ditujukan kepada semua pentadbir sistem (system admin) yang telah dilantik di setiap PTj. Inilah natijah yang kita akan perolehi berkat kesatuan semua warga.

Advertisement

Selain itu, Pejabat Pendaftar juga telah mencatat sejarah tersendiri apabila buat kali pertamanya telah berjaya menganjurkan Hari Mesra Pelanggan 2023. Program julungjulung kali ini telah mendapat sambutan dan pujian ramai warga. Ia merupakan langkah proaktif dalam mendekati warga melalui usaha turun padang. Sekali lagi, ia adalah manifestasi komitmen warga Pendaftar untuk menterjemahkan kualiti dan citra perkhidmatan mesra kepada warga UMT.

Pencapaian setengah tahun di atas akan menjadi landasan kukuh untuk kami mengatur langkah yang lebih tersusun (concerted) bagi mencapai matlamat menyediakan perkhidmatan terbaik buat warga.

Dalam setengah tahun yang masih berbaki, kita mensasarkan Pelan Strategik Pembangunan Bakat UMT (2023-2027) dapat dilancarkan dalam masa yang terdekat. Ia merupakan dokumen komitmen Pejabat Pendaftar sebagai peneraju perancangan dan pembangunan sumber daya insan di UMT. Walaupun ia akan membuka ruang kritikan terhadap pencapaian masa hadapan selaku pihak bertanggungjawab mengenai urusan sumber manusia, namun atas dasar penambahbaikan berterusan, kita berlapang dada menyahut cabaran yang mendatang!

ZUKIFEREE BIN IBRAHIM

Pendaftar

Universiti Malaysia Terengganu

This article is from: