Nilai Integrity Pelbagai Agama- Pengikat Persefahaman
31
ikhlas akan mencapai kebebasan kerohanian dan terlepas daripada kitaran kelahiran dan kematian. Dharma menjadi aspek asas dalam pembinaan keperibadian. lanya adalah prinsip yang mempertahankan segala kebaikan dan keadilan pada diri seseorang, menjadi teras moral yang tinggi, memelihara hubungan baik sesama manusia serta segala apa yang wujud di alam ini. Konsep lyama dan Niyama yang ditegaskan dalam karya Patanjali Yoga Sutra dan Thirumantiram juga menjadi sebahagian daripada konsep dharma, lyama bermaksud mengelak diri daripada segala perbuatan tidak bermoral dan Niyama bererti menuruti segala nilai moral yang dituntut oleh umat manusia. Tuntasnya, insan yang menuruti kedua-dua prinsip ini tidak akan melakukan sesuatu yang tidak bermoral pada diri mahupun terhadap orang lain. Dharma mendasari segala undang-undangtermasukundangundangsemulajadi. Hakimnya di sini ialah Tuhan. Mematuhi dharma merupakan perbuatan berpahala, melawan dharma adalah perbuatan dosa, melawan nilai kemanusiaan. Oleh yang demikian, dharma menjadi prinsip pemelihara keperibadian yang unggul. Agama Hindu menyatakan bahawa dharma adalah sesuatu yang semula jadi, sedia terbina dalam diri seseorang. Apabila prinsip ini digiatkan, insan biasa akan mengalami transformasi menjadi insan yang terpuji dengan nilai keperibadian yang tinggi. 3. NILAI KEKELUARGAAN Keluarga adalah sebuah unit bio sosial yang terdiri daripada pasangan suami isteri yang memiliki anak-anak dan hidup bersama, biasanya di bawah bumbung yang sama. Perkahwinan adalah aspek yang penting dalam pembinaan keluarga. Agama Hindu menyatakan bahawa jodoh ditentukan di syurga, dikabulkan oleh Tuhan. Perkahwinan adalah ikatan suci yang perlu dipelihara dan diperkukuhkan oleh suami isteri. Tiada konsep penceraian dalam agama Hindu. Berkahwin hanyalah sekali. Hal ini ditegaskan dalam agama Hindu sebagai suatu penghormatan kepada kaum wanita. Suami diumpamakan sebagai dewa. la wajib memelihara keperluan fizikal, minda dan emosi isteri. Isteri diumpamakan sebagai dewi kebahagiaan saling melengkapkan kasih sayang. Cahaya mata adalah rezeki Tuhan dan penyambung zuriat yang amat dihargai. Orang perseorangan dianggap tidak sempurna kerana kaum lelaki memiliki lebih sifat kelelakian dan kurang akan nilai kewanitaan. Wanita pula kurang nilai kelelakian dan lebih nilai kewanitaan. Kekurangan pada