
10 minute read
NILAI INTEGRITI DALAM AGAMA HINDU
ikhlas akan mencapai kebebasan kerohanian dan terlepas daripada kitaran kelahiran dan kematian. Dharma menjadi aspek asas dalam pembinaan keperibadian. lanya adalah prinsip yang mempertahankan segala kebaikan dan keadilan pada diri seseorang, menjadi teras moral yang tinggi, memelihara hubungan baik sesama manusia serta segala apa yang wujud di alam ini. Konsep lyama dan Niyama yang ditegaskan dalam karya Patanjali Yoga Sutra dan Thirumantiram juga menjadi sebahagian daripada konsep dharma, lyama bermaksud mengelak diri daripada segala perbuatan tidak bermoral dan Niyama bererti menuruti segala nilai moral yang dituntut oleh umat manusia. Tuntasnya, insan yang menuruti kedua-dua prinsip ini tidak akan melakukan sesuatu yang tidak bermoral pada diri mahupun terhadap orang lain. Dharma mendasari segala undang-undangtermasukundangundangsemulajadi. Hakimnya di sini ialah Tuhan. Mematuhi dharma merupakan perbuatan berpahala, melawan dharma adalah perbuatan dosa, melawan nilai kemanusiaan. Oleh yang demikian, dharma menjadi prinsip pemelihara keperibadian yang unggul. Agama Hindu menyatakan bahawa dharma adalah sesuatu yang semula jadi, sedia terbina dalam diri seseorang. Apabila prinsip ini digiatkan, insan biasa akan mengalami transformasi menjadi insan yang terpuji dengan nilai keperibadian yang tinggi.
3. NILAI KEKELUARGAAN
Advertisement
Keluarga adalah sebuah unit bio sosial yang terdiri daripada pasangan suami isteri yang memiliki anak-anak dan hidup bersama, biasanya di bawah bumbung yang sama. Perkahwinan adalah aspek yang penting dalam pembinaan keluarga. Agama Hindu menyatakan bahawa jodoh ditentukan di syurga, dikabulkan oleh Tuhan. Perkahwinan adalah ikatan suci yang perlu dipelihara dan diperkukuhkan oleh suami isteri. Tiada konsep penceraian dalam agama Hindu. Berkahwin hanyalah sekali. Hal ini ditegaskan dalam agama Hindu sebagai suatu penghormatan kepada kaum wanita. Suami diumpamakan sebagai dewa. la wajib memelihara keperluan fizikal, minda dan emosi isteri. Isteri diumpamakan sebagai dewi kebahagiaan saling melengkapkan kasih sayang. Cahaya mata adalah rezeki Tuhan dan penyambung zuriat yang amat dihargai. Orang perseorangan dianggap tidak sempurna kerana kaum lelaki memiliki lebih sifat kelelakian dan kurang akan nilai kewanitaan. Wanita pula kurang nilai kelelakian dan lebih nilai kewanitaan. Kekurangan pada
1. NILAI KETUHANAN
Tuhan adalah satu kuasa yang Maha Suci, Maha Besar lagi sempurna, menyelubungi seluruh alam semesta. Tuhan dikatakan dapat dipersepsikan dalam dua tahap. Tahap pertama dirujuk sebagai kedudukan khusus (Soruupa Nilai/Cirappu lyalbu) manakala tahap kedua dirujuk sebagai kedudukan am (Tadathta Nilai/Pothu lyalbu). Pada tahap khusus, Tuhan dirujuk sebagai Parasivam dan Kesaktian-Nya dirujuk sebagai Parasakti. Tuhan dikatakan memiliki lapan sifat asas iaitu Maha Mengetahui, Maha Sempurna, Maha Arif, Maha Mulia, Maha Bebas, Maha Berkuasa, Maha Gembira dan Maha Bahagia dalam kedua- dua kedudukan tersebut. Dalam kedudukan khusus Tuhan berada dalam keadaan statik, tidak mengeluarkan kesaktian-Nya. Tuhan turut disifatkan sebagai Maha Wujud, menyelubungi segala-galanya (Aganditam). Dalam kedudukan ini, Tuhan adalah Kekal Abadi (Sathtu), Maha Tahu (Cithtu), Maha Gembira (Anantham). Hal ini disebut sebagai 'Satchitanantham'. Tuhan dalam kedudukan khusus sukar untuk dijiwai oleh umat manusia. Oleh itu, Tuhan diperibadikan dalam pelbagai rupa suci dan pada tahap ini Tuhan mengerakkan 'Sakti'Nya' lalu melaksanakan aintholil, iaitu aktiviti Penciptaan, Pemeliharaan, Penghapusan, Pengaburan dan Penganugerahan (Padaittal, Kaattal, Alittal, Maraittal & Arulal). Tuhan juga bebas daripada segala kejahilan, Tuhan Kekal Abadi tiada kuasa nelebihi Tuhan. Agama Hindu menegaskan bahawa Tuhan wujud dalam setiap kehidupan. Setiap insan harus menjiwai hal ini. Umat manusia keseluruhannya adalah anak Tuhan, semua adalah bersaudara. Oleh itu, nilai ketuhanan dalam agama Hindu menegaskan supaya persaudaraan sejagat dijulung dan kebaikan dunia diutamakan, mendahului sebarang kepentingan yang lain.
2. NILAI KEPERIBADIAN
Keperibadian adalah gabungan ciri-ciri atau sifat yang membentuk watak tersendiri seseorang mdividu. Keperibadian ini boleh dibentuk dan boleh juga berubah kerana adanya pendedahan baru. Keperibadian penganut agama Hindu dipelihara berdasarkan prinsip dharma. Dharma adalah perintah moral alam semesta dan kod hidup yang meliputi prinsip-prinsip asas hidup bermasyarakat, berkeluarga, undang- undang, agama serta tugas yang menguruskan segala realiti. Prinsip ini menegaskan bahawa sebarang insan yang menuruti dharmanya dengan
ikhlas akan mencapai kebebasan kerohanian dan terlepas daripada kitaran kelahiran dan kematian. Dharma menjadi aspek asas dalam pembinaan keperibadian. lanya adalah prinsip yang mempertahankan segala kebaikan dan keadilan pada diri seseorang, menjadi teras moral yang tinggi, memelihara hubungan baik sesama manusia serta segala apa yang wujud di alam ini. Konsep lyama dan Niyama yang ditegaskan dalam karya Patanjali Yoga Sutra dan Thirumantiram juga menjadi sebahagian daripada konsep dharma, lyama bermaksud mengelak diri daripada segala perbuatan tidak bermoral dan Niyama bererti menuruti segala nilai moral yang dituntut oleh umat manusia. Tuntasnya, insan yang menuruti kedua-dua prinsip ini tidak akan melakukan sesuatu yang tidak bermoral pada diri mahupun terhadap orang lain. Dharma mendasari segala undang-undang termasuk undangundang semula jadi. Hakimnya di sini ialah Tuhan. Mematuhi dharma merupakan perbuatan berpahala, melawan dharma adalah perbuatan dosa, melawan nilai kemanusiaan. Oleh yang demikian, dharma menjadi prinsip pemelihara keperibadian yang unggul. Agama Hindu menyatakan bahawa dharma adalah sesuatu yang semula jadi, sedia terbina dalam diri seseorang. Apabila prinsip ini digiatkan, insan biasa akan mengalami transformasi menjadi insan yang terpuji dengan nilai keperibadian yang tinggi.
3. NILAI KEKELUARGAAN Keluarga adalah sebuah unit bio sosial yang terdiri daripada pasangan suami isteri yang memiliki anak-anak dan hidup bersama, biasanya di bawah bumbung yang sama. Perkahwinan adalah aspek yang penting dalam pembinaan keluarga. Agama Hindu menyatakan bahawa jodoh ditentukan di syurga, dikabulkan oleh Tuhan. Perkahwinan adalah ikatan suci yang perlu dipelihara dan diperkukuhkan oleh suami isteri. Tiada konsep penceraian dalam agama Hindu. Berkahwin hanyalah sekali. Hal ini ditegaskan dalam agama Hindu sebagai suatu penghormatan kepada kaum wanita. Suami diumpamakan sebagai dewa. la wajib memelihara keperluan fizikal, minda dan emosi isteri. Isteri diumpamakan sebagai dewi kebahagiaan saling melengkapkan kasih sayang. Cahaya mata adalah rezeki Tuhan dan penyambung zuriat yang amat dihargai. Orang perseorangan dianggap tidak sempurna kerana kaum lelaki memiliki lebih sifat kelelakian dan kurang akan nilai kewanitaan. Wanita pula kurang nilai kelelakian dan lebih nilai kewanitaan. Kekurangan pada
kedua-dua pihak ini dipersepsikan sebagai kelemahan masing-masing. Apabila mereka berkahwin kelemahan kedua-dua orang diatasi dan mereka mewakili kesempurnaan. Kesempurnaan ini harusdiperkukuhkan dengan kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Meminati isteri/suami orang adalah perbuatan berdosa. Perbuatan zina wajib dielakkan, ia dirujuk sebagai karppu vaalkai dalam bahasa Tamil. Menurut agama Hindu, suami isteri wajib memelihara keluarga bahagia. Keluarga bahagia harus menjaga kepentingan anak-anak, orang tua, alim ulamak dan Iain-Iain. Agama Hindu menegaskan bahawa kebahagiaan keluarga akan menjamin kebahagiaan masyarakat dan negara. Suami isteri yang memelihara keluarga yang bahagia juga akhirnya dikatakan akan mencapai kebebasan kerohanian yang dijanjikan oleh agama Hindu.
4. NILAI KEMASYARAKATAN
Masyarakat menandakan kelompok manusia yang hidup bersama dalam uatu ruang menurut suatu sistem dan identiti yang sama, bersatu •adu, bersahabat dan mempunyai persamaan tujuan yang diterima dan diamalkan bersama. Agama Hindu menegaskan bahawa umat manusia semuanya (semua masyarakat) adalah sama, satu keluarga besar dipimpin oleh Tuhan Yang Maha Esa. Hal inilah disampaikan menerusi sebutan 'Vasudeva kudumbaka' dan 'ondre kulam'. Bersesuaian dengan semangat ini, orang Hindu tiada konsep 'bukan Hindu'. Kaniyan Poongkundranar, seorang pujangga zaman Sangam (abad ke 3SM) menegaskan bahawa 'seluruh alam ini umpama kampung kita, setiap insan adalah saudara mara kita, segala kebaikan dan keburukan yang dialami kita adalah hasil perbuatan kita sendiri dan bukannya perbuatan orang lain'. Kenyataan ini turut memuatkan ajaran karma yang menegaskan konsep sebab akibat. Nilai integriti di sini ialah tidak memberikan layanan yang berbeza kepada seseorang kerana mereka adalah berlaman agama, bahasa, budaya, kepercayaan, cara hidup, makanan minum, kedudukan, berlainan warna kulit, dan Iain-Iain. Sewaktu berdoa pada Tuhan juga masyarakat Hindu berdoa bagi kebahagiaan seluruh umat manusia. Itulah sebab mengapa sembahyang orang Hindu diakhin dengan sebutan, 'Inbame Sulga, Ellorum Vaalga'/'Lokah Samastah Sukhino Bhavanthu'. Nilai egosentrik dalam apa jua bentuk akan menghakis integriti manusia. Agama Hindu turut menegaskan
supaya tiada siapa yang berlapar atau dinafikan hak yang sewajarnya. Jangan menjatuhkan sesiapa, utamakan kasih sayang dan keprihatinan. Kepentingan umum harus diutamakan berbanding dengan kepentingan diri. Individu adalah gabungan penjumlahan kelompok masyarakat dan kelompok masyarakat pula menentukan peranan dan identiti individu tersebut. Jika ini dijadikan teras kepercayaan, umat manusia mampu memperkukuhkan integriti masingmasing.
5. NILAI KENEGARAAN
Negara disifatkan sebagai sebuah kawasan yang didiami oleh masyarakat dan diperintah oleh sebuah kerajaan. la adalah suatu entiti politik dan geopolitik. Kenegaraan adalah merujuk kepada komitmen rakyat terhadap pembinaan negara bangsa. Menurut agama Hindu, pemerintah adalah wakil Tuhan di dunia. Itulah sebabnya Raja dan pemerintah dirujuk dengan istilah 'Iraivan'. Prinsip dharma (divine law, way of righteousness) menjadi asas pemerintahan sesuatu negara kerana ia adalah undang- undang semula jadi yang ditetapkan oleh Tuhan. Raja bertanggungjawab untuk menjaga keadilan dan kesaksamaan, memberikan perlindungan serta menjaga kebajikan rakyat tanpa sebarang perbezaan. Kekuatan pemerintah dalam memelihara dharma dipercayai akan menambah rezeki negara dan rakyat, kesuburan negara akan bertambah, kekayaan negara akan melimpah ruah, integriti rakyat akan bertambah kukuh, kesetiaan rakyat terhadap Raja akan berterusan. Pemerintahan zalim mesti diatasi kerana ia adalah bertentangan dengan dharma. Negara disayangi dan dihormati sebagai Bharatamatha (ibu pertiwi). Karya Arthasastra (abad ke 3SM) memperkenalkan satu perumpamaan yang amat besar mesejnya. Pemerintah (Raja) adalah umpama suami, negara adalah umpama permaisun (isteri) dan rakyat adalah umpama anak mereka. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menjaga isteri dan anakanaknya dalam konteks ini. Nasihat para menteri kepada pemerintah biarlah bertolakdari kepentingan rakyat. Setiap warganegara hendaklah sentiasa bersedia untuk mempertahankan maruah negara. Agama Hindu turut menyatakan para perwira yang terkorban di medan peperangan demi negara, roh mereka akan ditempatkan di syurga. Kepercayaan kepada Tuhan dan amalan sembahyang yang berterusan dipercayai akan memperteguhkan pemerintahan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
KESIMPULAN Secara keseluruhannya, pembinaan integriti seseorang individu dipengaruhi pendedahan yang telah dihayati oleh individu tersebut dalam hidupnya. Agama Hindu menyatakan bahawa pendidikan agama yang sistematik sejak awal dapat banyak mempengaruhi nilai integriti seseorang insan. Apa yang disampaikan itu hendaklah bersifat natural, relevan dan amat dekat dengan realiti serta pengalaman individu tersebut. Jangan sama sekali menanam kebencian terhadap individu lain atas apa juga sebab. Prinsip dharma dalam agama Hindu adalah antara contoh yang amat cocok dalam konteks ini. Prinsip ini walaupun tidak bertulis tetapi sesuatu yang diperakukan oleh umat manusia secara semula jadi. Tiada siapa suka dirinya disusahkan. Oleh itu, dharma seru jangan sama sekali menyusahkan orang lain. Inilah apa yang ditegaskan dalam konsep karma. Prinsip ini secara positif membina nilai integriti dalam diri seseorang individu, membina keperibadian yang unggul, terima tanggungjawab diri dalam keluarga, masyarakat dan negara. Keluarga yang bahagia terbina pada teras ikatan suci yang direstui Tuhan. Unit ini mampu membina asas bagi segala moraliti dalam pelbagai aspek. Segalagalanya bermula dari keluarga. Sekiranya nilai integriti yang ditanamkan dalam keluarga adalah kukuh, ia sukar digugat. Nilai keperibadian individu juga akan mencerminkan integriti masyarakat dan negaranya. Oleh itu, setiap individu harus memelihara integriti masing-masing demi memelihara kebahagiaan hidup bersama.
Rujukan
Kitab Suci Bhagavad Gita Brihadaranyaka Upanishad Chandokya Upanishad Mahabharatha Nalayith Thivya Pirabantam Ramayana Rig Veda Sivanyana Bodham Taittiriya Brahmana Tevaram Thirukkural Thirumanthiram Thiruvarudpayan. Thiruvasagam Unmai Vilakkam
Antoine, R. (1964). Religious Hinduism. (2nd Edition). Bombay: St, Paul Publications.
Bloomfield, M. (1969). The Religion of the Vedas, the Religion of India (From Rig Veda to Upanisads). New York: AMS Press.
Bouquet, A., C. (1969), Hindusm. London: Hutchinson University Library.
Keith, AB. (1925). The Religion and Philosophy of the Vedas and Upanishads.
Cambridge: Harvard University Press.
Mahadevan, T., M ., P. (1984). Outlines of Hinduism. (4th Edition). Bombay: Chetana
Private Ltd.
Michaels, Axel. (2004). Hinduism: Past and Present. Princeton, New Jersey: Princeton
University Press.
Morgan Kenneth, W. (1953). The Religions of the Hindus. New York: Ronald Press Co.
Nagappan Arumugam. (2011). Siddhantha Saivam. Kuala Lumpur: Aathi Enterprise.
Parthasarathy, A. (2004). Vedanta Treatise The Eternities. (12th Edition). Mumbai.
Radhakrishnan, S. (1977). Indian Philosophy. (10th Revised Edition). London: George
Allen and Unwin Ltd.
Rajantheran, M. & Silllalee, K. (2011). Glory and Philosophy of Lord Thirumal. Kuala
Lumpur: Sri Maha Mariamman Temple.
Rajantheran, M , Silllalee, K. & Raja Viknarasa. (2009). An Introduction to Hinduism.
Selangor: Malaysia Hindu Sangam.
Sarma, D., S. (1961). Hinduism Through the Ages. Bombay: Bharatiya Vidya Bhavan.
Satguru Sivaya Subramuniyaswami, (1993). Dancing With Siva. USA: Himalayan
Academic.
Satguru Sivaya Subramuniyaswami. (2004). Living With Siva. USA: Himalayan
Academic.
Sen, K., M. (1963). Hinduism. Harmodworth: Penguin Books.
Sri Paramahansa Yogananda. (2002). The Bhagavad Gita, Royal Science of God-
Realization. (Vol I & II). Kolkata: Yogada Satsanga Society of India.
Subbu Rediyaar, N. (1982). Mukthi Neri. Chennai: Selvan R Vasudevan Publication.
Thatchinamurthy, A. (2005). Tamilar Naagarigamum Panbadum. Chennai: Yaazh
Publications.
Walker, Benjamin. (1968). Hindu World: An Encyclopedic Survey of Hinduism (Vol. 1). London: G. Allen & Unwin Ltd.