2 minute read

NOTA EDITOR

di rak-rak buku tanpa disentuh. Sebab itu peranan pembaca yang menjadi sasaran buku ini juga sangat penting bagi kami di INTEGRITI. Tuan-tuan dan puan-puanlah yang dapat membantu kami untuk menyebarluaskan mesej yang terkandung dalam buku kecil ini. Semoga buku kecil ini menjadi panduan dan rujukan berguna untuk membudayakan integriti berasaskan nilai-nilai murni pelbagai agama.

Salam hormat dan selamat membaca.

Advertisement

DATUK DR. ANIS YUSAL YUSOFF

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia

Hasrat merealisasikan keperluan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang betapa pentingnya menghormati aktiviti keberagamaan dan memupuk budaya berintegriti dari perspektif agama tel ah mendorong portfolio Institusi Agama di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) untuk menyediakan sebuah buku kecil yang bertajuk Nilai

Integriti Pelbagai Agama: Pengikat Persefahaman.

Pelan Integriti Nasional (PIN) telah menggariskan pelaksanaan agenda integriti untuk institusi agama sebagai salah satu daripada lapan strategi teras bagi membudayakan integriti dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. INTEGRITI melihat institusi agama sangat penting dalam membina integriti individu, masyarakatdan negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama masing-masing.

Justeru, buku kecil ini mengetengahkan lima nilai utama yang bersifat sejagat, yang tersirat dalam semua agama iaitu ketuhanan (kepercayaan kepada tuhan), keperibadian, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Contohnya, nilai ketuhanan yang merupakan sifat sejagat bagi semua penganut agama di negara ini merupakan sumber bagi setiap kebaikan. Kebaikan merupakan nilai sejagat yang diterima oleh kesemua agama. Pembangunan dan pembentukan insan, masyarakat dan negara berintegriti adalah bermula dari nilai ketuhanan atau kepercayaan kepada Tuhan, yang turut termaktub dalam Rukun Negara sebagai prinsip pertama yang diterima oleh setiap rakyat negara ini demi kesejahteraan hidup. Nilainilai sejagat yang lain iaitu keperibadian, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan juga diterima dan dipraktis oleh penganut pelbagai agama.

Ini bermakna melalui pemahaman dan penghayatan kelima- lima nilai ini, yang dikupas menerusi perspektif tujuh agama, kita dapat mencari satu titik persamaan untuk mengembang dan memantapkan lagi usaha membudayakan integriti dalam kalangan penganut pelbagai agama ke arah menjayakan Gagasan 1 Malaysia.

INTEGRITI mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, Felo Kanan/Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia atas tulisan beliau yang bertajuk "Nilai Integriti Dalarr Agama Islam", Rev. Dr. Hermen Shastri, Setiausaha Agunc Majlis Gereja-gereja Malaysia merangkap Ahli Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama, yang telah mengupas tajuk "Nilai Integriti Dalam Agama Kristian", Prof. Dr. Rajantheran Muniandy dari Jabatan Pengajian India Universiti Malaya yang telah membantu menyediakan penulisan bertajuk "Nilai Integriti Dalam Agama Hindu", Dr. Wendy Yee, Pensyarah Kanan Pusat Pencetus Bakat dan Latihan Industri, Universiti Malaya dan Encik Chiew Kiang Keng, seorang guru berpengalaman yang telah sudi untuk menyumbangkan penulisan tentang "Nilai Integriti Dalam Agama Buddha", Prof. Madya Dr. Sarjit Singh, Pensyarah Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Universiti Putra Malaysia merangkap ahli INTEGRITI dan Dr. Charanjit Kaur, Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Industri Kreatif, Universiti Tunku Abdul Rahman yang telah menghasilkan tulisan di bawah tajuk "Nilai Integriti Dalam Agama Sikh". Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Yam Kah Kean, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Tionghoa, Universiti Malaya yang menyumbangkan tulisan bertajuk "Nilai Integriti Dalam Agama Taoism" dan Encik T.K. Lee, yang telah sudi dan komited untuk menyediakan penulisan menyentuh "Nilai Integriti Dalam Agama Baha'i".

Pada kesempatan ini, kami juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu ke arah penerbitan buku kecil ini. Pertama sekali, YBhg. Dr. Chandra Muzaffar dan

This article is from: