

Amalan Terbaik Penilaian Di Bilik Darjah
PUSAT BAHASA MELAYU SINGAPURA
AKADEMI GURU SINGAPURA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN SINGAPURA
e-Penerbitan Julai 2023
Hak cipta terpelihara © 2023 Pusat Bahasa Melayu Singapura, Akademi Guru Singapura, Kementerian Pendidikan Singapura. Tidak dibenarkan mengulang cetak atau menerbitkan semula mana-mana bahagian isi kandungan e-buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapatkan keizinan bertulis daripada pemilik hak cipta e-buku ini.
ISBN: 978-981-18-7619-6
Diterbitkan oleh
Pusat Bahasa Melayu Singapura
Akademi Guru Singapura
Kementerian Pendidikan Singapura
Reka bentuk oleh
Oxford Graphic Printers Pte Ltd Tel: 6748 3898
Catatan
Pendapat dan pandangan yang terkandung dalam penyelenggaraan bahan perkongsian ini merupakan pendapat dan pandangan pembentang dan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pandangan Pusat Bahasa Melayu Singapura.
NORHAYATI AWANG
Pengarah Pusat
Pusat Bahasa Melayu Singapura

Akademi Guru Singapura
Kementerian Pendidikan Singapura
Salam sejahtera para guru yang budiman,
Semenjak penubuhan Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS), Akademi Guru Singapura, Kementerian Pendidikan Singapura pada Julai 2010, pelbagai program pembelajaran profesional bagi para guru Bahasa Melayu telah berjaya dijalankan. MLCS gembira dengan sambutan menggalakkan yang diberi bagi setiap kursus dan program yang dianjurkan. Yang nyata, para guru Bahasa Melayu kita komited dalam usaha untuk mempertingkat keupayaan mereka sebagai pendidik dan memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu dapat terus dipertingkat.
Hal ini telah memacu lagi semangat kami untuk terus menawarkan pelbagai program pembelajaran profesional bermutu bagi guru-guru kita. Maka itu, lahirlah ‘Perkongsian Profesional 2023’, satu lagi wadah yang memberikan peluang kepada para guru berkongsi ilmu dan pengalaman pengajaran terbaik di bilik darjah. Dengan perkongsian yang berfokus pada penilaian, guru-guru pembentang telah menyerlahkan ciri-ciri inovatif dalam penilaian Bahasa Melayu di bilik darjah agar PdP Bahasa Melayu menjadi seronok untuk pelajar-pelajar kita.

Memandangkan Perkongsian Profesional ini diadakan buat julung-julung kalinya, program ini diberikan suntikan baharu dengan corak penyampaian bercorak poster dan infografik. Suntikan kreatif dan inovatif ini diharapkan dapat memberikan kesan yang mendalam kepada pemahaman peserta mengenai tema penilaian yang dibincangkan.

Di samping itu, program ini juga menyediakan ruang bagi perbincangan interaktif antara pembentang dengan peserta dan peluang untuk menjalin hubungan serta rangkaian profesional sesama guru Bahasa Melayu; lantas mempertingkat keupayaan bersama.
MLCS adalah milik kita bersama dan aset bersama ini perlu tekal relevan dalam usaha memperkasa guru, mempercekap pelajar dan memperkaya kurikulum. Marilah kita terus membudayakan kecemerlangan profesional dan mengukuhkan bahasa lambang jati diri kita.
Guru cemerlang, pelajar budiman.





Amalan Terbaik Penilaian Di Bilik Darjah

Perkongsian 1


Keberkesanan Penggunaan Akronim ‘BKEMAS’
dalam Menulis Karangan Bergambar
Sekolah St Stephen
SinopSiS
Menulis karangan bergambar merupakan komponen yang baharu untuk pelajar-pelajar darjah 3. Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh mana pelajar darjah 3 dapat menulis karangan bergambar secara berstruktur. Berdasarkan dapatan awal, guru-guru mendapati pelajar tidak dapat membina perenggan yang baik dan menghubungkaitkan setiap perenggan yang telah dibina. Pelajar juga didapati tidak mampu meluaskan idea dan kosa kata yang diberikan. Maka itu, akronim ‘BKEMAS’ diperkenalkan kepada pelajar-pelajar untuk menjana idea yang berkaitan dengan gambar karangan dengan cara yang lebih berstruktur.

Pengenalan
Pelajar-pelajar darjah 3 belum lagi didedahkan dengan menulis karangan dalam bentuk perenggan. Maka itu, guru-guru memperkenalkan rutin penulisan yang berstruktur untuk membantu mereka menjana idea baharu. Akronim ‘BKEMAS’ (Bila, Keadaan, Emosi, Mana/ Mengapa, Apa, Siapa) diperkenalkan untuk membantu pelajar menulis karangan berdasarkan gambar-gambar yang diberikan. Guru-guru memastikan setiap pelajar faham dengan maksud setiap huruf dalam akronim tersebut. Selanjutnya, guru-guru juga memberikan soalan-soalan bantuan sebagai perancah struktur yang dapat membantu mereka berfikir dengan lebih baik. Dengan langkah ini, pelajar-pelajar dapat menghasilkan lebih banyak idea dan tidak bergantung sahaja dengan 10 kosa kata bantuan yang diberikan dalam kertas karangan mereka.
Permasalahan
Secara am, pelajar-pelajar darjah 5 dan 6 akan menghasilkan karangan yang terlalu ringkas dan tidak bermutu. Antara sebabnya adalah kerana pelajar-pelajar hanya bergantung kepada 10 kata bantuan yang diberikan dalam kertas karangan mereka. Selain itu, pelajarpelajar tidak tahu mengembangkan cerita mereka secara tersusun kerana tidak ada idea yang baik. Akhir sekali, pelajar-pelajar yang lemah mempunyai penguasaan kosa kata yang terhad kerana tidak dapat menterjemahkan idea mereka dalam bahasa Melayu.
Intervensi
Guru telah mengambil pendekatan secara eksplisit dengan memperkenalkan akronim ‘BKEMAS’ ini. Dengan adanya model yang ditunjukkan kepada pelajar-pelajar darjah 3 dan 4, mereka lebih jelas memahami langkah yang perlu diambil. Guru juga menggunakan rutin ‘Lihat-Fikir-Tanya’ sebagai perancah untuk menggerakkan pemikiran mereka untuk menghasilkan kosa kata bagi setiap huruf ‘BKEMAS’ tersebut. Pengajaran ini dijalankan secara berperingkat dalam memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengakplikasikan teknik ‘BKEMAS’ secara berkumpulan kemudian, secara kendiri.
Cabaran
Cabaran terbesar merupakan pelajar-pelajar yang sememangnya tidak punya penguasaan yang baik dalam bahasa Melayu secara sendiri. Selain itu, Akronim ‘K’ dalam ‘BKEMAS’ juga sangat sukar dilengkapkan kerana mereka tidak dapat memikirkan perkara-perkara lanjutan daripada apa yang dilihat dalam gambar.
REFLEKSI & SARANAN
Salah satu intervensi adalah untuk menggunakan pengajaran pembezaan ketika menjalankan pengajaran ‘BKEMAS’ ini di dalam kelas. Dengan langkah ini, guru-guru dapat memberikan cabaran kepada pelajar-pelajar yang lebih bersedia dan sekaligus, memberi keyakinan kepada pelajar-pelajar yang lemah untuk mencuba melakukan latihan akronim ‘BKEMAS’ dan menjana idea mereka. Latihan ‘BKEMAS’ ini boleh dipertingkatkan dalam usaha membaca petikan kefahaman atau bahan bacaan yang lain agar mereka lebih cekap mengaplikasi akronim ‘BKEMAS’ ini.
Rujukan
Ritchhart R., Church M. & Morrson, K. (2011). Making Thinking Visible: How to promote engagement, understanding, and independence for all learners. San Francisco: Jossey-Bass










Perkongsian 2
Kemajuan Membaca @ MS Teams dalam

Kemahiran Membaca

Sekolah Menengah Queenstown
Cikgu
Yahida Yahya
SinopSiS

CikguSitiNur AishahShawall
Prestasi pelajar menengah rendah kami kurang menyerlah dalam penguasaan bahasa Melayu. Pelajar juga didapati kurang terdedah kepada peluang menggunakan bahasa Melayu di rumah. Akibatnya, ramai dalam kalangan mereka yang tidak gemar menggunakan bahasa Melayu kerana kurang yakin menggunakannya. Natijahnya, kebolehan pelajar-pelajar dalam pertuturan dan penulisan terjejas. Ini menjadikan prestasi mereka dalam subjek Bahasa Melayu agak lemah, sekaligus mematahkan semangat mereka untuk mendalami bahasa Melayu. Kami cuba membina semangat dan meningkatkan keyakinan mereka dengan memberikan fokus pada bahagian lisan dalam bahasa Melayu. Aplikasi Kemajuan Membaca (Reading Progress) di MS TEAMS, membantu kami untuk mencapai matlamat meningkatkan prestasi membaca pelajar-pelajar.
Pengenalan
Aplikasi Kemajuan Membaca (Reading Progress) di MS TEAMS telah kami gunakan bagi tujuan membantu pelajar-pelajar berlatih dan menyemak bacaan mereka. Di sini guru memberikan petikan bacaan. Pelajar akan berlatih dengan merakam bacaan mereka. Rakaman bacaan disertakan dengan bahagian maklum balas bagi guru untuk melihat tahap kelancaran, penyebutan, penambahan (yang tidak disengajakan), perkataan-perkataan yang tertinggal dan peratusan penyebutan yang tepat. Aplikasi ini sangat mudah digunakan dan berupaya menjimat masa semasa menjalankan latihan dan juga ujian membaca. Kami telah menggunakan aplikasi untuk menjalankan sesi latihan dan sekaligus sebagai bahan bagi menggunakannya untuk menjalankan Peperiksaan Akhir Tahun 2022.
Permasalahan
Prestasi pelajar-pelajar kami kurang menyerlah dalam Bahasa Melayu. Seperti yang kita sedia maklum sekarang ini, pelajar-pelajar Melayu kurang peluang berinteraksi menggunakan bahasa Melayu di rumah dan di sekolah. Ini sudah pasti menjejas keupayaan mereka menguasai dan memahami kosa kata bahasa Melayu. Kebolehan pelajar-pelajar dalam penulisan juga turut terjejas. Ini menjadikan prestasi bahasa Melayu pelajar agak lemah.
Intervensi
Aplikasi Kemajuan Membaca (Reading Progress) di MS TEAMS telah kami gunakan sebagai langkah intervensi untuk membantu pelajar-pelajar berlatih dan menyemak bacaan mereka. Kami memberi fokus pada Komponen Bacaan Lantang dengan mempersiapkan pelajar untuk membaca dengan lancar dan mengajar pelajar agar faham bahan bacaan yang diberikan. Kami pastikan wujudnya pembelajaran sepanjang hayat melalui cara penilaian dijalankan (Sustainable Assessment).
Cabaran
Terdapat beberapa cabaran yang kami hadapi. Antaranya maklum balas yang diberikan kurang tepat. Proses rakaman audio agak sensitif dan boleh menangkap butiran perbualan yang berlaku di sekeliling pelajar. Butiran tambahan ini akan dianggap sebagai ‘kesilapan’ mengikut penilaian MS TEAMS. Rakaman sesetengah pelajar kurang jelas dan boleh menjejas mutu rakaman yang dinilai. Hal ini berlaku disebabkan aksesori yang digunakan pelajar untuk merakam. Penggunaan fon telinga serta mikrofon yang berwayar lebih jelas berbanding fon telinga tanpa wayar ataupun mikrofon di komputer riba.
REFLEKSI & SARANAN
Latihan bacaan yang dikendalikan dalam talian memberi ruang kepada guru untuk mendapatkan audio rakaman yang boleh dijadikan contoh semasa pengajaran. Pelajar boleh menjadikan rakaman bacaan yang telah sedia ada sebagai rujukan dan dijadikan sebagai kayu ukur semasa membuat perbandingan bacaan contoh untuk melakukan penilaian kendiri. Meskipun fungsi Reading Progress di aplikasi MS TEAMS ini masih serba kekurangan, ia tetap menepati objektif pelajaran.
Rujukan
1. Microsoft Education Center course: https://aka.ms/ReadingProgressMEC.
2. Reading Progress in Microsoft Teams to improve student reading fluency. https:// techcommunity.microsoft.com/t5/education-blog/reading-progress-in-microsoft-teamsto-improve-student-reading/ba-p/267573










Perkongsian 3
Memperkasakan Pelajar untuk Meningkatkan
Kemahiran Penilaian Rakan Sebaya dalam
Penulisan Ekspositori
Sekolah Menengah Deyi
CikguNorashikinHassan
SinopSiS

CikguJassika MurniJasni
Kajian Pengajaran ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan penilaian rakan sebaya dalam memperbaik penulisan ekspositori.
Penilaian rakan sebaya telah digunakan bagi menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran yang berpusat kepada pelajar serta penggunaan bahasa positif dalam memberi maklum balas. Tiga alat penilaian rakan sebaya telah digunakan iaitu Ladder of Feedback, TAG dan rubrik penulisan ekspositori. Dapatan kami menunjukkan maklum balas yang menggunakan TAG lebih autentik dan bersifat ‘mesra pelajar’. Dengan ini, pelajar lebih aktif dalam memberikan maklum balas dan ‘suara pelajar’ lebih terserlah. Penggunaan rubrik juga membantu pelajar menilai dan membezakan antara penulisan yang baik dan kurang baik.


Pengenalan
Penggunaan Tangga Maklum Balas (Ladder of Feedback) dan TAG sebagai rangka maklum balas yang berstruktur bagi pelajar. Kami mengkaji keberkesanan kedua-dua rangka maklum balas dan menyesuaikannya untuk keperluan pelajar. Kami juga memperbaik rancangan pengajaran kami dan mengajar kemahiran memberi maklum balas sebagai sebuah genre agar pelajar faham tuntutan dalam memberi maklum balas yang berkesan.
Permasalahan
Pertama, para pelajar tidak tahu apa yang perlu ditulis sebagai maklum balas kerana kurang pendedahan. Kedua, mereka tidak mempunyai penguasaan bahasa yang baik dan pengetahuan tentang isi yang mencukupi untuk memberikan maklum balas berkualiti. Selain itu, kosa kata pelajar berkaitan maklum balas juga terbatas. Pelajar sukar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan hasil kerja rakan. Bila diberikan contoh, pelajar sekadar salin dan tampal, tidak ada nilai autentik suara pelajar.
Intervensi
Kami telah hasilkan terjemahan akronim TAG kami sendiri iaitu T untuk Ucap Tahniah (Beritahu satu perkara positif), A untuk Ajukan Soalan (tentang hasil kerja tersebut) dan G untuk Gagasan Idea (Beri saranan untuk perbaiki hasil kerja tersebut). Alat sokongan pembelajaran seterusnya yang digunakan ialah panduan ayat-ayat rangsangan untuk rujukan pelajar bagi memberi mereka idea cara-cara berbeza menyusun ayat dalam memberi maklum balas. Alat sokongan selanjutnya ialah rubrik penulisan ekspositori yang dipermudahkan, merangkumi aspek isi dan bahasa sebagai alat penilaian. Aspek-aspek bagi isi ialah Ayat Judul, Huraian, Contoh, Penyusunan dan Rumusan. Bagi bahasa pula, Kosa Kata, Penanda Wacana, Imbuhan, Ejaan, Tanda Baca, Tatabahasa dan Ayat.
Cabaran
Untuk mengajar kemahiran ini, memerlukan pelaburan masa, yang akan mengambil beberapa waktu pengajaran. Para pelajar juga perlu dibimbing dalam memanfaat rubrik yang diberikan.
REFLEKSI & SARANAN
Pertama, alat sokongan PdP perlu sesuai bagi memperkasakan pelajar dalam memberi maklum balas yang autentik dan bermakna. Kedua, guru perlu memilih pelajaran yang sesuai kerana jika ia merupakan kemahiran atau topik yang pertama kali diajar, pelajar tidak akan mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk memberi maklum balas yang bermakna dan aktiviti ini menjadi sesuatu yang sia-sia. Akhir sekali, penilaian rakan sebaya merupakan jendela kepada proses berfikir pelajar dan memberitahu guru apa yang pelajar tahu atau tidak tahu. Dengan ini, ia menjadi platform untuk menilai keberkesanan pengajaran dan membantu guru merancang pengajaran seterusnya.
Rujukan
1. https://teaching.betterlesson.com/strategy/511/giving-and-receiving-peer-feedback
2. Chen, Jialiang. (2021). Research on the Effect of Peer Feedback Training in English Writing Teaching—A Case Study of Students in Business English Major. English Language Teaching; Vol. 14, No. 6; 2021, 12–24.

3. Bürgermeister, A., Glogger-Frey, I., & Saalbach, H. (2021). Supporting Peer Feedback on Learning Strategies: Effects on Self-Efficacy and Feedback Quality. Psychology Learning & Teaching, 20(3), 383–404.


4. Students Personalize Their Reading Diets. Peer Feedback Sentence Starters. https:// bwrsdready.wordpress.com/tag/literacy/







Perkongsian 4
Meningkatkan Kemahiran Membaca dengan
Menggunakan Aplikasi ThingLink dan Portal SLS
Sekolah Rendah Pei Tong
SinopSiS

Cara pelajar Abad ke-21 membaca sudah berubah. Untuk terus menarik minat pelajar membaca, bahan dan bentuk bacaan juga perlu disesuaikan agar kekal relevan kepada pelajar apatah lagi kepada pelajar-pelajar MTSP (Mother Tongue Support Programme).


Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan aplikasi
ThingLink dan portal SLS dalam membantu para pelajar MTSP menambah kosa kata dan meningkatkan pemahaman ketika membaca buku kecil khususnya.
Pengenalan
Menarik minat pelajar membaca merupakan satu tugasan yang mencabar. Cabaran ini menjadi semakin genting jika pelajar tersebut merupakan pelajar yang bukan penutur jati bahasa Melayu. Untuk menarik minat pelajar MTSP, bahasa harus diperlihatkan sebagai sesuatu yang relevan dan mengikut perubahan teknologi. Penggunaan aplikasi ThingLink dan portal pendidikan sudah pasti dapat menarik minat pelajar mempelajari bahasa Melayu sekaligus menimbulkan minat membaca.
Permasalahan
Apabila kita memikirkan isu membaca, kita sering membayangkan kanak-kanak yang sukar untuk membunyikan huruf-huruf dalam teks dan menjadikannya bahasa pertuturan. Walau bagaimanapun, terdapat ramai pelajar yang boleh membaca dengan lancar tetapi menghadapi kesukaran untuk memahami perbendaharaan kata dan bahasa kiasan untuk membuat inferens dalam teks yang dibaca.
Intervensi
Oleh itu, perkongsian ini akan memberi tumpuan kepada penggunaan aplikasi ThingLink dan portal SLS untuk mencipta kandungan interaktif yang bukan sahaja akan meningkatkan perbendaharaan kata dan pemahaman pelajar semasa membaca buku kecil tetapi juga menggalakkan pembelajaran kendiri.
Cabaran

Faktor masa menjadi pertimbangan utama bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran tambahan yang perlu ditangani guru. Guru perlu mengenalkan dan mengajarkan kepada pelajar akan penggunaan aplikasi ThingLink terlebih dahulu agar memudahkan pelajar melaksanakan tugasan. Ini penting kerana guru perlu merancang penggunaan masa secara efektif.
REFLEKSI & SARANAN
Aktiviti interaktif membuktikan bahawa kemahiran pelajar dapat dibina apabila pelajar dapat melihat peningkatan dalam pemahaman dan kemahiran mereka. Ada peningkatan kemahiran pada pelajar yang telah didedahkan dengan bentuk pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh itu, digalakkan untuk guru-guru memberikan tumpuan dalam membina PdP yang ditambah dengan aktiviti interaktif yang mampu menambah pemahaman serta meningkatkan kemahiran mereka, tidak kira kemahiran membaca, bertutur mahupun menulis.
Rujukan
Roslan, N. N. A. ., & Sahrir, M. S. . (2020). The Effectiveness of ThingLink in Teaching New Vocabulary to Non-Native Beginners of the Arabic Language. IIUM Journal of Educational Studies, 8(1), 32–52. https://doi.org/10.31436/ijes.v8i1.274









Perkongsian 5
Meningkatkan Kemahiran Lisan melalui Projek
VLOG & Podcast
Sekolah Menengah Spectra
CikguSharifah YasmineSyedTaher

CikguShahirah MohamadAzib

SinopSiS
Pelajar kini lebih banyak meluangkan masa di media sosial, lantas guru-guru Spectra mengenalkan Projek Vlog & Podcast sebagai wadah untuk menilai kemahiran lisan. Matlamat utama penilaian alternatif ini adalah untuk menyokong pelajar agar terus maju dan mengasah kemahiran lisan bahasa mereka dengan lebih mencabar dan kreatif, tetapi tetap sesuai dengan konteks yang relevan. Penilaian Alternatif ini juga menggabungkan aspek bahasa, ekspresi diri dan aplikasi pelajaran lisan bersama kreativiti pelajar. Projek Vlog & Podcast ini dapat menguji para pelajar untuk bertutur dengan fasih sesuai dengan konteks, tujuan dan khalayak sambil menimbulkan keseronokan dalam proses pembelajaran dan penghasilan karya.

Pengenalan
Idea untuk menghasilkan projek ini tercetus secara organik sewaktu perkongsian antara guru-guru kami tentang cabaran-cabaran yang dihadapi di dalam kelas masing-masing. Maka terhasillah projek Podcast dan Vlog yang sesuai untuk dijadikan sebagai wadah penilaian alternatif di Spectra.
Permasalahan
Pelajar-pelajar didapati tidak dapat menyusun idea dan pemikiran secara teratur sekiranya tidak diberikan perancah yang sesuai. Kebanyakan pelajar kami mempunyai tahap motivasi dan penguasaan bahasa yang rendah, dengan segilintir pelajar SBB (Subject-Based Banding) yang bahasanya agak sederhana. Tambahan, sekitar 50% pelajar kami mempunyai keperluan pembelajaran khas. Untuk merumitkan perkara lagi, pelajar-pelajar ini semua digolongkan dalam satu kelas yang sama.
Intervensi
Projek Vlog & Podcast merangkumi (i) Pembinaan Storyboard untuk mengasah kemahiran pelajar menyatakan isi secara berurutan, (ii) Penulisan Skrip untuk mengembangkan idea yang dijana dengan perincian yang sesuai dan mencukupi dengan menggunakan kosa kata yang sesuai bagi suara latar vlog mereka. Lanjutan daripada perancangan ini, para pelajar berjaya menghasilkan karya vlog dan podcast yang imaginatif dan kreatif.
Cabaran

Cabaran utama yang dihadapi guru adalah membina bahan yang sesuai dengan profil pelajar Spectra yang pelbagai. Bahan-bahan ini juga perlu disesuaikan dengan tahap pemahaman pelajar. Di samping itu, memilih pedagogi yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang tertentu juga merupakan cabaran yang perlu dihadapi guru dan pelu disesuaikan dengan kemahiran berbahasa pelajar. Ini penting memandangkan kurikulum aliran Normal Teknikal menekankan kepada ketrampilan lisan. Pemberatan 50% ditetapkan bagi penilaian lisan. Pelaksanaan ini menjadi lebih mencabar kerana proses untuk melaksanakan setiap latihan mengarang mengambil masa yang lama.
REFLEKSI & SARANAN
Setelah melaksanakan projek ini, guru-guru mendapati pencapaian pelajar sangat berbezabeza. Seperti contoh, Pelajar Tier 1 & 2 tidak mengalami masalah yang besar dalam melaksanakan tugasan. Manakala, Pelajar Tier 3 memerlukan lebih banyak perancahan dan sokongan untuk merancang kandungan podcast dan vlog. Guru-guru juga mendapati podcast dan vlog ini dapat dijadikan sebagai bahan penilaian alternatif yang baik terutama sekali dengan sokongan rubrik penilaian yang telah disediakan. Saranan yang boleh dibuat, agar pelajar dimahirkan dengan penggunaan Capcut dan guru perlu ‘Check In’ secara kerap. Guru juga disarankan agar merancang bersama pelajar bagi membuat sesi rakaman yang mungkin memakan masa 20 hingga 30 minit biarpun podcast itu hanyalah sepanjang 5 minit.
Rujukan
1. Pusat Bahasa Melayu Singapura (2020). Memanfaatkan Teknologi Meningkatkan Pembelajaran. Singapura: Oxford Graphic Pte Ltd.

2. NPR (2021, July 27) The Student Podcasthttps://www.npr.org/podcasts/510354/thestudents-podcast/
3. Indeed (2021, July 27) How to start Vlogging in 4 steps https://www.indeed.com/ career-advice/finding-a-job/how-to-start-vlogging#:~:text=Benefits%20of%20 vlogging&text=Vlogging%20can%20give%20you%20a,specific%20topics%20of%20 your%20choice.
Men 2NT (Vlog)

Men 3NT (Podcast)
Pengetahuan Sedia Ada:








Sofwe Video



Editor/Capcut/Zoom













PENDEDAHAN KONSEP
PENJANAAN IDEA








'Check In' bersama pelajar
secara kerap

Mendapatkan bantuan ibu

bapa pelajar
Ada beberapa pelajar yang
masih belum mahir dalam
penggunaan Capcut
PENULISAN SKRIP RAKAMAN
SUNTINGAN
Mengatur masa bersama
pelajar untuk membuat


rakaman


Podcast 5 minit - -





















Rakaman 20 hingga
30minit
Pelajar Tier 1 & 2
Tidak mengalami masalah yang

besar dalam melaksanakan
tugasan








Berjaya menghasilkan podcast & vlog dalam waktu yang tertentu

Keterbatasan kosa kata yang
menyekat penyampaian idea
Pelajar Tier 3
Memerlukan lebih banyak
perancah untuk merancang isi
kandungan podcast & vlog

Menghadapi masalah
menyusun dan menyampaikan idea







Naharudin Shariff (Projek Vlog)
naharudin_b_shariff@moe.edu.sg
Sharifah Yasmine Syed Taher (Projek Podcast)
Sharifah_Yasmine_syed_taher@moe.edu.sg






Syahirah Mohamad Azib
syahirah_mohamad_azib@schools.gov.sg

Perkongsian 6
Meningkatkan Motivasi Pelajar melalui e-Pedagogi
Sekolah Rendah Zhenghua
CikguJumilahAhmad

SinopSiS

Aktiviti menggunakan aplikasi telah direka oleh guru untuk memupuk minat belajar dan menggalakkan pembelajaran kendiri dalam diri pelajar. Pada akhir pelajaran, pelajar lebih yakin untuk bertutur dalam Bahasa Melayu Baku mengenai cita-cita mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang sifat pekerjaan yang dipilih.
Pelajar-pelajar darjah 3 menjalani Hari Pembelajaran Kendiri melalui pembelajaran teradun untuk pelajaran bertajuk “Cita-cita Saya”. Kami menggunakan Peta Reka Bentuk sebagai perancangan bagi pakej pengajaran ini untuk meningkatkan kemahiran lisan dalam kalangan pelajar.

Pengenalan
Guru memperkenalkan beberapa contoh pekerjaan melalui aplikasi e-book, EducaPlay dan video. Pelajar belajar tentang jenis pekerjaan secara kendiri di rumah. Mereka juga menjawab soalan berkaitan pekerjaan berdasarkan EducaPlay di Padlet.
Kami mempunyai 2 kelas Bahasa Melayu di sekolah kami dan kelas-kelas itu ialah Kelas Arif dan Kelas Bestari. Kelas Arif merupakan pelajar HP (High Progress), MP (Middle Progress) dan LP (Low Progress). Kelas Bestari pula merupakan kelas MTSP (Mother Tongue Support Programme)
Permasalahan
Secara umumnya, pelajar-pelajar darjah 3 ini kurang yakin berbahasa Melayu semasa bertutur secara santai mahupun secara formal. Oleh itu, objektif Hari Pembelajaran Kendiri ini adalah untuk menggalakkan pelajar bertutur dalam Bahasa Melayu dengan yakin. Bagi Kelas MTSP ini, ada 12 orang pelajar dan setiap seorang daripada mereka adalah unik. Ada tiga orang pelajar yang bukan berbangsa Melayu dan segelintir ibu bapa dalam kalangan pelajar berbangsa Melayu yang tidak berbahasa Melayu di rumah bersama mereka. Selain itu, beberapa pelajar ini mengalami masalah pembelajaran seperti tidak boleh membaca. Kebanyakan pelajar ini tidak berbahasa Melayu dan tidak memahami bahasa tersebut. Guru perlu menterjemahkan kepada bahasa Inggeris bagi setiap pelajaran. Oleh itu, objektif Pembelajaran Kendiri ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dengan meneroka minat mereka. Guru merancah proses pengajaran dan pembelajaran secara bertahap dan secara kecilan supaya pelajar dapat mengikuti dan menjalankan tugas mereka. Proses pembelajaran juga melibatkan ibu bapa dan rakan sebaya mereka.
Intervensi
Penggunaan Padlet dilakukan sepenuhnya, termasuk penilaian rakan sebaya serta penilaian guru. Setiap aktiviti dan bahan pengajaran dipautkan di Padlet supaya mudah dipantau guru. Pelajar yang tidak hadir juga tidak akan ketinggalan kerana mereka boleh merujuk arahan guru dan hasil kerja rakan mereka.
Pengajaran Pembezaan dilakukan bagi menyesuaikan tahap kemahiran antara kedua-dua kelas darjah 3.
Pratinjauan dan pascatinjauan dijalankan untuk melihat secara kualitatif, sejauh mana pelajarpelajar yakin menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan.
Secara kuantitatif, pelajar-pelajar semakin yakin bertutur menggunakan bahasa ibunda semasa pembentangan di dalam kelas serta video/audio yang dirakam dalam Padlet. Teknik PQP digunakan untuk maklum balas antara rakan sebaya dan Teknik Drama telah digunakan untuk meningkatkan keyakinan mereka bertutur.
Cabaran
Pelajar-pelajar yang dibimbing kami ini merupakan golongan pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang keluarga. Ada antara mereka yang kurang atau tidak mendapat sokongan keluarga. Mereka kurang mendapat perhatian untuk melakukan pembelajaran di rumah baik dari segi sokongan moral atau pun dari segi teknikal. Keadaan ini menyukarkan pelajar untuk melaksanakan tugasan sekolah di rumah. Lantas, ini menyebabkan mereka tidak menyelesaikan tugasan seperti yang diharapkan semasa aktiviti Hari Pembelajaran Kendiri berlangsung.

REFLEKSI & SARANAN
Minggu Pembelajaran Kendiri adalah proses pembelajaran secara kendiri untuk pelajar dan guru. Dalam melaksanakan pembelajaran kendiri ini, guru perlu menyesuaikan diri dan harus bersedia melakukan perubahan dalam melaksanakan pendekatan pengajaran yang telah dipilih untuk anak didik mereka. Ini melibatkan banyak faktor, seperti contoh tanggungjawab dan sokongan keluarga di rumah. Ini penting untuk mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Berdasarkan pemantauan pelaksanaan, pelajar didapati lebih bermotivasi. Ini merupakan petanda yang menggalakkan. Pakej pembelajaran yang telah dibina khusus untuk Minggu Pembelajaran Kendiri ini boleh diubah dan disesuaikan dengan topik yang lain. Pelajar-pelajar juga didapati suka dan terasa teruja dengan kaedah pembelajaran seperti ini. Malah, mereka juga mencadangkan agar kaedah ini diteruskan bagi topik yang lain dan dilaksanakan untuk penggal seterusnya.
Rujukan
Wassila N.M. (2004, September) e-Pedagogy: the pedagogies of e-learning. ALT-J, Research in Learning TechnologyVol. 12, No. 3, Carfax Publishing










Perkongsian 7
Penerapan Feedback Loop dalam Penulisan

Karangan
Sekolah Rendah Frontier
CikguRasidah MohdRasit

SinopSiS
Maklum balas merupakan tunjang dalam penilaian formatif. Biasanya, selepas pelajar menulis karangan, guru akan memarkahkan karangan dengan memberikan maklum balas dan markah. Namun, dalam karangan seterusnya, guru mendapati bahawa pelajar-pelajar tidak menambah nilai karangan mereka. Malahan, kesilapan-kesilapan sebelumnya turut diulangi. Jadi, sejauh manakah keberkesanan maklum balas guru? Berlandaskan trifecta amalan maklum balas (Goh, 2021), satu proses maklum balas yang berstruktur dan berpusatkan pelajar telah dijalankan dalam pengajaran karangan bagi darjah 5. Dengan proses ini, pelajar-pelajar dapat mengambil tindakan terhadap maklum balas guru dan seterusnya berupaya memperbaik karangan mereka secara terpandu.
Pengenalan
Berlandaskan trifecta amalan maklum balas (Goh, 2021), satu proses maklum balas yang berstruktur dan berpusatkan pelajar telah dijalankan dalam pengajaran karangan bagi pelajar darjah 5.
Permasalahan
Biasanya, selepas pelajar-pelajar menulis karangan, guru akan memarkahkan dengan memberikan maklum balas dan markah. Namun, dalam karangan seterusnya pula, guru mendapati bahawa pelajar-pelajar tidak menambah nilai karangan mereka berdasarkan maklum balas yang telah diberikan dan kesilapan-kesilapan sebelumnya turut diulangi.
Intervensi
Bagi mengatasi masalah pelajar darjah 5 yang sering mengulangi kesilapan dalam penulisan karangan mereka, feedback loop berdasarkan trifecta amalan maklum balas diterapkan. Ia merangkumi tiga tahap iaitu (a) menentukan standard penilaian, (b) melibatkan pelajar dalam proses maklum balas, (c) mereka tugasan seterusnya bagi pelajar mengaplikasikan maklum balas yang diberi.
Cabaran
Menerapkan proses maklum balas yang berkesan dalam pengajaran seharian memakan masa dan memerlukan perancangan yang teliti oleh guru-guru. Pelajar-pelajar harus dilatih untuk memproses maklum balas yang diberikan oleh guru-guru dan rakan-rakan supaya mereka dapat memperbaik karangan seterusnya. Mereka juga perlu dilatih untuk memberikan maklum balas yang bermanfaat kepada rakan-rakan.
REFLEKSI & SARANAN
Proses maklum balas merupakan satu proses dua hala antara guru dan pelajar. Oleh sebab itu, literasi maklum balas guru dan pelajar adalah sama penting. Guru perlu melatih pelajar supaya mempunyai kemahiran untuk memberikan maklum balas kepada orang lain dan mengaplikasikan maklum balas yang diberikan. Semasa membina aktiviti penilaian, guru juga perlu memikirkan bagaimana penglibatan pelajar dalam proses maklum balas dapat dipertingkat supaya mereka dapat menjana dan memproses maklum balas dengan baik.
Rujukan
1. Goh, R. (2021). Designing Quality Assessment Feedback Practices in Schools. Pearson Custom Publication.
2. Tan, K., & Wong, H. (2018). Assessment Feedback in Primary Schools in Singapore and Beyond. In A. Lipnevich & J. Smith (Eds.), The Cambridge Handbook of Instructional Feedback (Cambridge Handbooks in Psychology, pp. 123-144). Cambridge: Cambridge University Press.










Perkongsian 8
Penerapan Senarai Semak dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kefahaman
Sekolah Rendah Oasis
Cikgu AhadrinaSupri
SinopSiS

Guru berperanan untuk membimbing para pelajar memantau dan menyemak tugasan secara kendiri sebagai sebahagian proses pembelajaran. Penggunaan senarai semak merupakan antara kaedah penilaian yang dapat membantu guru dalam proses tersebut. Pelajar darjah 4 didapati kurang memahami cara untuk menjawab soalan kefahaman. Justeru, Senarai Semak 3M (Meneliti, Memahami dan Menyemak) diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran kefahaman. Senarai semak ini dibina untuk pelajar memantau dan menyemak pembelajaran mereka serta memudahkan guru memantau pelajar. Dengan pendekatan ini, pelajar dapat berfikir secara berstruktur dan menjawab kefahaman dengan lebih berstruktur. Selain itu, pencapaian pelajar didapati meningkat dalam komponen kefahaman.

Pengenalan
Senarai semak merupakan satu alat yang berguna dalam proses penilaian di dalam bilik darjah. Ia adalah satu senarai langkah atau kriteria yang digunakan oleh guru untuk menilai pencapaian pelajar dalam sesuatu tugasan atau aktiviti. Senarai semak ini membantu guru untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar terhadap konsep atau kemahiran yang diajar. Selain itu, senarai semak juga memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Dalam perkongsian ini, kami akan menerangkan penggunaan Senarai Semak 3M yang boleh digunakan sebagai senarai semak dalam proses penilaian formatif di dalam bilik darjah.
Permasalahan
Permasalahan yang kerap dihadapi oleh pelajar darjah 4 adalah kurangnya pemahaman dalam menjawab soalan kefahaman. Pada peringkat ini, pelajar diharapkan mampu memahami dan menganalisis teks yang diberikan dengan baik. Namun, ramai pelajar menghadapi kesukaran dalam mengenal pasti maklumat utama, idea utama, dan makna perkataan yang tidak dikenali. Selain itu, mereka juga menghadapi kesukaran dalam merumuskan jawapan dengan lengkap dan tepat. Faktor-faktor seperti lemah dalam kemahiran membaca dan kurangnya latihan dalam menjawab soalan kefahaman juga turut menyumbang kepada permasalahan ini.
Intervensi
Melalui pemerhatian kami pada awal tahun, pelajar-pelajar yang mengikuti pelajaran kefahaman menunjukkan prestasi yang berbeza dan lebih ramai yang kurang memahami cara menjawab soalan kefahaman. Untuk memudahkan pelajar mencerna pemahaman mereka, kami mengenalkan Teknik 3M (Meneliti, Memahami dan Menyemak) secara eksplisit dalam pengajaran dan pembelajaran kefahaman dan membina senarai semak untuk pelajar memantau dan menyemak pembelajaran mereka. Dengan senarai semak ini, guru juga dapat memantau pelajar. Selain itu, suntikan Refleksi: Kawal Selia Kendiri juga diterapkan supaya pelajar sendiri dapat mengenal pasti kekuatan atau kelemahan mereka dalam penggunaan Teknik 3M ini.
Cabaran
Dalam aktiviti yang direncanakan, pelajar diminta untuk melengkapkan setiap butiran. Namun, sering didapati ada pelajar tidak melengkapkan bahagian yang mereka kurang pasti atau tidak faham. Dari itu sukar bagi guru untuk mengetahui tahap kemahiran pelajar.
REFLEKSI & SARANAN
Senarai Semak yang telah dilakarkan khas untuk PdP kefahaman ini dirasakan perlu diperbaik. Frasa-frasa yang membentuk kriteria kejayaan pelajar perlu lebih spesifik agar pelajar tahu perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat pembelajaran. Kawal Selia Kendiri juga perlu ditegaskan sekurang-kurangnya sekali setiap penggal supaya menjadi satu rutin dalam lingkaran pembelajaran. Diharapkan Kawal Selia Kendiri yang dijalankan dalam pengajaran kefahaman dapat membentuk kebiasaan dalam diri pelajar setiap kali melakukan latihan kefahaman.
Rujukan
1. Heritage, M (2018). Australian Educational Researcher, v45 n1 p51-63.
2. Amalan Pengajaran Singapura. https://mlcs.moe.edu.sg/mlcs/resources/singaporeteaching-practice/









Latar Permasalahan Intervensi Dapatan Refleksi
Latar Permasalahan Intervensi Dapatan Refleksi


Penggunaan Senarai Semak 3M










Latar Permasalahan Intervensi Dapatan Refleksi



Sekolah Rendah


ahadrina_supri@moe.edu.sg


9

Penghasilan Vlog dalam Penilaian Alternatif
Sekolah Menengah Kuo Chuan PresbyterianSinopSiS
CikguNorHajarillahAbdulBaki
Penilaian alternatif telah menjadi tumpuan bagi penilaian di sekolah kami. Bagi membangkitkan semangat dan memotivasikan pelajar untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu, kemahiran lisan telah menjadi tumpuan bagi pihak kami. Oleh itu untuk menarik minat pelajar, mereka diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah Vlog berdasarkan topik ‘Seni Persembahan’. Namun, didapati bahawa pelajar kurang yakin untuk menggunakan bahasa Melayu ketika bertutur. Untuk mengatasinya, kami mengenalkan rubrik penilaian bagi kemahiran penulisan dan lisan untuk pelajar gunakan semasa menghasilkan Vlog mereka. Secara keseluruhan, pelajar menunjukkan peningkatan keyakinan untuk menyampaikan idea-idea yang tersusun.

Pengenalan
Penilaian Alternatif berbeza daripada penilaian tradisional yang sering digunakan dalam sistem pendidikan. Pendekatan ini diperkenalkan oleh Wolf(1993). Penilaian Alternatif bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam konteks sebenar dan memperoleh maklum balas yang lebih komprehensif tentang kemahiran mereka. Kaedah ini memberi tumpuan kepada pemikiran kritis dan kreatif, serta melibatkan pelbagai jenis tugasan seperti projek kumpulan, menulis esei atau skrip, menghasilkan Vlog, papan cerita dan pembentangan lisan. Penilaian Alternatif diharapkan dapat memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang pencapaian pelajar dan membantu meningkatkan proses pembelajaran mereka.
Permasalahan
Berdasarkan markah SA2 yang diperolehi pelajar pada tahun 2022, kami dapati bahawa mereka lemah dalam penyampaian lisan. Berdasarkan rubrik penilaian yang digunakan bagi menilai kemahiran lisan pelajar, mereka hanya mampu mendapatkan markah dalam lingkungan sederhana atau baik. Ini disebabkan penyampaian bahagian isi yang tidak menepati kehendak rubrik. Pelajar kurang berkeyakinan untuk meluahkan idea mereka. Pelajar juga didapati tidak yakin atau berupaya untuk menyusun idea dan menuturkannya. Pelajar juga secara bertulis ramai yang mengaku bahawa mereka tidak dapat melahirkan idea, tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan idea dan hanya mampu berfikir dalam bahasa Inggeris. Tambahan, mereka mempunyai masalah dalam penggunaan kosa kata bahasa Melayu.
Intervensi
Penilaian WA telah digunakan untuk menilai kemahiran pelajar. Kami menetapkan objektif pelajaran, kemahiran yang ingin dinilai, pedagogi yang ingin digunakan serta strategi yang sesuai. Kami juga menerapkan Pengajaran Pembezaan (DI) bagi memberikan peluang kepada pelajar yang mempunyai tahap kemahiran yang pelbagai. Sampel bagi rujukan pelajar juga telah disediakan. Kertas latihan yang terarah untuk kumpulan G2/G1 tetapi menggunakan senarai semak untuk kumpulan pelajar G3. Kami juga menunjukkan contohan yang pelbagai seperti contoh video seperti seorang pempengaruh.
Cabaran
Guru-guru menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan Penilaian Alternatif menggunakan strategi senarai semak. Pertama, guru perlu menyediakan senarai semak yang sesuai dengan objektif penilaian dan keperluan pelajar. Ini boleh menjadi cabaran kerana guru perlu memastikan bahawa senarai semak mencakupi semua aspek yang perlu dinilai. Selain itu, penggunaan senarai semak juga memerlukan guru untuk memberi penilaian yang objektif dan adil kepada setiap item dalam senarai semak. Guru juga perlu memberi maklum balas yang jelas dan konstruktif kepada pelajar berdasarkan hasil penilaian mereka. Selain itu, pelajar yang menghadapi masalah dalam kemahiran bahasa mungkin menghadapi kesulitan dalam memahami dan melaksanakan arahan yang diberikan dalam senarai semak. Mereka juga mengalami kesukaran dalam menyusun ayat atau mengungkapkan pendapat mereka dengan jelas dan teratur.

REFLEKSI & SARANAN
Guru perlu memberi sokongan tambahan kepada pelajar yang menghadapi masalah ini, seperti bahan bantu mengajar tambahan atau bimbingan individu untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran bahasa mereka. Secara keseluruhannya, guru-guru perlu mengatasi cabaran dalam melaksanakan Penilaian Alternatif menggunakan strategi senarai semak dan memberi perhatian kepada masalah kemahiran bahasa pelajar. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan sokongan yang tepat, guru dapat memastikan keberkesanan Penilaian Alternatif dan membantu pelajar meningkatkan kemahiran mereka dalam pelbagai aspek.
Rujukan
1. Griffin, Patrix. and Nix, Peter. (1991). Educational Assessment and Reporting. Sydney: Harcout Brace Javanovich, Publishers.
2. Amalan Pengajaran Singapura. https://mlcs.moe.edu.sg/mlcs/resources/singaporeteaching-practice/

Boleh kemukakan soalan-soalan sewaktu perkongsian.
Isi
Utama


Penilaian Alternatif adalah berdasarkan kepada ujian-ujian yang berasaskan pencapaian (performance based). Penilaian alternatif harus mempamerkan apa yang dianggap sebagai kemahiran, dan apa yang akan diterima atau ditolak, sebagai petunjuk kepada pencapaian.
(Wolf, 1993)
1) Melakukan kajian tentang topik – Seni Persembahan
• Tajuk
2) Mengajar menulis skrip

3) Pelajar menulis skrip (draf 1)
• Permasalahan
4) Pelajar memperbaiki skrip (draf 2)
• Dapatan
5) Mengajar pelajar tentang menghasilkan Vlog
• Refleksi
6) Pelajar melakukan perancangan / story board untuk Vlog
• Saranan

7) Pelajar merakamkan Vlog
Penghasilan Vlog dalam
Penilaian Alternatif
Masalah

1) Masalah yang pelajar hadapi
Permasalahan Profil Pelajar
2) Masalah yang guru hadapi
G3 (EXP)

- Boleh bertutur dengan lancar
- Tidak dapat mengatur idea
Masalah yang guru hadapi
G2 (NA)
- Bertutur secara teragakagak
1. Kelas kecil tetapi jurang aliran yang besar
- Mengambil masa memikirkan idea
2. Menggunakan kekuatan pelajar dalam kumpulan
- Tidak dapat meluahkan idea / mengatur idea

- Kosa kata dan Tatabahasa terhad
3. Penggunaan DI untuk memudahkan pemantauan
G3 (SBB)
Masalah yang pelajar hadapi
- Boleh bertutur dengan lancar
- Kurang yakin meluahkan idea
- Tidak dapat mengatur idea
1. Pemerhatian guru melalui peperiksaan akhir tahun 2021.
- Kosa kata dan Tatabahasa baik
2. Tinjauan guru daripada maklum balas yang diberi pelajar.
- Kosa kata dan Tatabahasa sederhana









Sesi Tanya Jawab


Boleh guna ‘Slido’ untuk mengemukakan soalan
Ter ima Kasih
Norhajjarrillah Abdul Baki
norhajjarrillah_abdul_baki @ moe.edu.sg

Perkongsian 10
Penilaian Alternatif dalam Pengajaran Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Ketiga
Pusat Bahasa Kementerian Pendidikan (Kampus Bishan)
CikguAzizah AbdulRahim


SinopSiS

CikguAzyanti MohamedMudakir
Pelajar didapati kurang bermotivasi untuk melaksanakan kerja projek kerana kaitan antara tugasan itu dan apa yang dipelajari di dalam kelas tidak dapat dilihat dengan jelas. Bagi mengatasi permasalahan ini, penilaian alternatif bersandarkan ‘can-do statement’ diberikan kepada pelajar di mana kerja projek yang diketengahkan, dihasilkan dalam bentuk tugasan-tugasan mini dan dikaitkan dengan tema/unit yang diajarkan setiap minggu. Rasional di sebalik penilaian alternatif adalah untuk menunjukkan kerelevanan tugasan agar pelajar dapat melihat dengan jelas kaitan antara tugasan yang diberikan dengan kemahiran bahasa dan ilmu yang telah diraih di dalam kelas, yang kemudiannya dapat diaplikasikan secara langsung dalam kehidupan mereka. Tujuannya juga untuk meningkatkan motivasi pelajar, terutama pelajar yang lebih terpacu untuk meningkatkan kemahiran bahasa dan ingin menggunakan bahasa tersebut untuk berkomunikasi. Pelajar yang mengambil Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga ini lebih terdorong dan bermotivasi untuk melakukan tugasan yang diberikan.
Pengenalan
Tugasan penilaian alternatif yang diketengahkan guru merupakan bahan penilaian yang relevan daripada perspektif pelajar di mana mereka dapat mengaitkan dan mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam tugasan penilaian yang diberikan.
Permasalahan
Dalam kalangan pelajar, terdapat juga pelajar yang kurang bermotivasi untuk melaksanakan tugasan penilaian formatif atau tugasan projek. Pelajar tidak dapat melihat kaitan antara kemahiran yang dipelajari dengan penilaian formatif yang dijalankan.
Intervensi
Satu strategi penilaian alternatif yang telah digunakan dalam pelaksanaan tugasan pelajar atau unit dalam pembelajaran ialah ‘can do statement’. Strategi ini melibatkan penilaian berdasarkan kemahiran dan kebolehan pelajar untuk melaksanakan tugas atau mencapai matlamat pembelajaran yang ditetapkan. Dalam strategi ini, guru akan menyediakan pernyataan ‘boleh lakukan’ yang merangkumi kemahiran, pengetahuan, dan sikap yang perlu dicapai oleh pelajar. Pelajar kemudian akan dinilai berdasarkan kebolehan mereka dalam melaksanakan tugas atau mencapai matlamat yang ditetapkan dalam pernyataan tersebut. Strategi ini memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kemahiran mereka secara praktikal dan memberi ruang untuk pelajar menunjukkan kebolehan mereka dalam situasi sebenar. Ia juga memberi maklum balas yang berterusan dan membantu pelajar memahami dengan lebih baik kemajuan mereka dalam pembelajaran.
Cabaran
Cabaran besar bagi kami di Pusat Bahasa MOE (Kampus Bishan) ini adalah kehadiran pelajar yang sukar dapat diduga memandangkan kelas dijalankan seminggu sekali. Pelajar-pelajar pula merupakan pelajar dari sekolah-sekolah lain yang harus bergerak agak jauh dari sekolah mereka untuk ke pusat kami. Memandangkan sesi bertemu pelajar terhad, pelajar-pelajar perlukan bimbingan yang lebih terperinci terutama ketika melaksanakan tugasan projek mereka.
REFLEKSI & SARANAN

Berdasarkan pembelajaran secara kolaboratif dan dialogik, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan pemahaman pelajar. Pertama, guru boleh menerapkan aktiviti-aktiviti kolaboratif seperti projek kumpulan atau tugasan berkumpulan. Selain itu, guru juga boleh menggalakkan perbincangan berpusatkan pelajar dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar menyuarakan pendapat mereka, bertanya soalan, dan berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya. Dengan menerapkan pembelajaran secara kolaboratif dan dialogik, guru boleh meningkatkan pemahaman pelajar dalam bahasa Melayu. Melalui aktivitiaktiviti kolaboratif, perbincangan berpusatkan pelajar, penggunaan bahan pembelajaran yang relevan, dan memberikan peluang untuk memberikan maklum balas, pelajar akan dapat memahami konsep-konsep Bahasa Melayu dengan lebih baik dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian mereka.
Rujukan
Suskie, L. (2009) Assessing Student Learning: A Common Sense Guide, 2nd Edition (San Francisco: Jossey-Bass.)









Perkongsian 11
Penilaian Alternatif Lisan dalam Bahasa Melayu
Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang
Nur’Hanim Mohamed
SinopSiS

Norazlina AbdulJalil


Pelajar Bahasa Melayu (Program Khas) merupakan golongan pelajar bukan penutur jati bahasa Melayu yang mempelajari Bahasa Melayu bermula dari menengah 1. Pelajarpelajar tersebut mempunyai masalah dalam penggunaan bahasa
Melayu. Namun, dengan adanya wadah seperti Vodcast dan Pidato, pelajar diberi peluang untuk meningkatkan kemahiran berbahasa mereka semasa menjalankan aktiviti. Penggunaan slaid PPT, Screencast-omatic dan Vimeo mampu meningkatkan kemahiran menggunakan bahasa
Melayu. Manakala wadah slaid PPT boleh dijadikan pemangkin bagi meningkatkan kemahiran berhujah pelajar. Dengan disokong oleh ICT dan aplikasi piihan, pelajar dapat membuktikan kebolehan mereka berpidato serta meningkatkan keyakinan diri dalam pertuturan.
Pengenalan
Penilaian alternatif lisan yang dilakukan melalui aktiviti pidato dan vodcast bercirikan 3 dimensi dapat menyokong pemikiran berorientasi konsep. Ia juga berlandaskan daya fikir intelektual ‘Thinking Classroom’, iaitu pemikiran kritis, kreatif, dan reflektif. Dengan melakarkan penilaian alternatif lisan, tugasan juga lebih dibezakan agar bersifat holistik dan memotivasikan pelajar.
Intervensi

Aktiviti seperti pidato dan vodcast merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menilai kemahiran lisan pelajar. Aktiviti tersebut boleh membantu untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar yang lemah dalam kemahiran lisan. Pelajar dapat memilih tema berdasarkan minat atau pengetahuan sedia ada serta memilih aplikasi atau wadah yang sesuai. Salah satu proses penting ialah memperuntukkan masa di kelas untuk sesi maklum balas serta memberikan rubrik penilaian kepada pelajar agar mereka memahami kehendak tugasan.
Cabaran
Pelajar perlu menerima arahan bagi tugasan penilaian alternatif awal dan peruntukan masa harus bersesuaian agar mereka dapat menyelesaikan tugasan penilaian dengan baik. Pelajar juga harus diberi masa meneroka aplikasi yang digunakan dan digalakkan berkolaborasi dan bertukar-tukar idea supaya dapat memperbaik hasil kerja.
REFLEKSI & SARANAN
Para guru amat dialu-alukan untuk cuba meneroka penilaian alternatif seperti pidato dan vodcast sewaktu membuat rancangan penilaian sekolah, terutamanya Weighted Assessment (WA). Setelah menjalankan penilaian alternatif tersebut, para pelajar M(SP) didapati lebih yakin untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Penilaian alternatif menjadi lebih berkesan kerana ia dapat menilai pelajar lebih holistik. Pelajar boleh meneroka dan memaparkan kreativiti ketika menyiapkan pembentangan masing-masing. Sebagai guru M(SP), kami akan terus meneroka penilaian alternatif menarik yang lain untuk dijalankan di dalam bilik darjah kami. Panduan dan senarai semak yang jelas juga mampu membantu pelajar memahami kehendak tugasan dan membuat penyelidikan. Mereka dapat memaparkan kreativiti dan menggabungkan konsep atau pengetahuan pelbagai disiplin.
Rujukan
Amalan Pengajaran Singapura. https://mlcs.moe.edu.sg/mlcs/resources/singapore-teachingpractice/












Perkongsian 12
Penilaian Alternatif bagi Menilai Projek

Video Pelajar
Sekolah Menengah Woodlands
CikguMohamedFazilAris
SinopSiS

Para pelajar menengah 1 di Sekolah Menengah Woodlands

dikehendaki menghantar sebuah video bagi tujuan penilaian untuk
Penggal 1 (WA1). Topik bagi pelajar Ekspres ialah ‘Ulasan Produk
Pilihan’. Bagi pelajar aliran Normal Akademik dan Normal Teknikal pula, mereka diberi kebebasan untuk memilih ‘Perkara yang Saya
Gemar Lakukan’ ataupun ‘Aktiviti Kokurikular Saya’. Selain bertujuan meningkatkan kecekapan berkomunikasi, pelajar juga diharapkan dapat membina keyakinan mereka bertutur dalam bahasa Melayu. Melaksanakan tugasan secara kendiri didapati amat bersesuaian bagi projek video ini. Antara kelebihan projek video ini ialah pelajar boleh berlatih beberapa kali dalam masa dua minggu yang diberikan untuk memperbaik penyampaian mereka.
Cikgu Eliza MohamedPengenalan
Penilaian alternatif bagi Projek Video didapati berkesan untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran lisan para pelajar dan pada masa yang sama menarik minat pelajar terhadap bahasa Melayu.
Permasalahan
Pelajar-pelajar menengah 1 didapati lemah dalam pertuturan dan penyampaian menggunakan bahasa Melayu. Mereka juga didapati kurang keyakinan diri semasa bertutur.
Intervensi
Bagi memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran bertutur mereka, Projek Video dilaksanakan dengan mengenalkan tema yang dekat dengan diri mereka. Topik yang mudah serta penggunaan ICT dapat menarik minat serta motivasi pelajar untuk menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan.
Cabaran
Cabaran untuk menjalankan projek video ini merupakan waktu kurikulum yang terhad. Waktu khas selepas waktu sekolah perlu disediakan untuk pelajar melengkapkan tugasan mereka. Ada segelintir pelajar yang kurang mahir dalam penggunaan ICT. Bimbingan dan panduan harus diberikan kepada mereka agar mereka dapat sama-sama mengikuti proses perkembangan projek dengan pelajar lain.
REFLEKSI & SARANAN
Walaupun projek video ini agak mencabar, pelajar-pelajar berasa seronok kerana aktiviti pembelajarannya menarik dan unik. Guru boleh menjalankan Bengkel Pembinaan Video Capcut bagi memastikan semua pelajar tahu membuat dan menyunting video.
Rujukan
1. Cruse, E. (2011). Using educational video in the classroom: Theory, research and practice. Retrieved Dec 31, 2016 from http://www.safarimontage.com/pdfs/training/ UsingEducationalVideoInTheClassroom.pdf
2. Amalan Pengajaran Singapura. https://mlcs.moe.edu.sg/mlcs/resources/singaporeteaching-practice/










Perkongsian 13
Penilaian Alternatif melalui Aplikasi
GooseChase untuk Meningkatkan Kemahiran
Bertutur Pelajar
Sekolah Rendah Naval Base
SinopSiS

Perkongsian berjudul ‘Penilaian Alternatif melalui Aplikasi
‘GooseChase’ Untuk Meningkatkan Kemahiran Bertutur Pelajar’ menyentuh tentang pembelajaran autentik yang berpaksikan penilaian alternatif. Pelajar perlu melaksanakan tugasan bermakna yang menepati hasil pembelajaran. Alat penilaian yang dimanfaatkan ialah aplikasi ‘GooseChase’. ‘GooseChase’ merupakan kaedah gamifikasi yang dapat membina semangat kerja berpasukan semasa melaksanakan misi-misi. Melalui wadah ini, pelajar yang kurang yakin bertutur berpeluang untuk berlatih kemahiran lisan. Pelajar dinilai berdasarkan masukan yang berbentuk rakaman audio dan video. Secara kualitatif, ia berjaya memupuk keseronokan dalam pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Untuk menjalankan penilaian alternatif yang lebih berkesan, penilaian kendiri dan rakan sebaya boleh diterapkan.


Pengenalan
Pembelajaran autentik yang berpaksikan gamifikasi sebagai penilaian alternatif menggalakkan pelajar-pelajar melaksanakan tugasan bermakna yang mencerminkan pemahaman yang jelas tentang objektif pengajaran dan pembelajaran.
Permasalahan
Kebanyakan pelajar kini lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan seharian mereka. Ini menyebabkan mereka berasa canggung menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan dan penulisan. Ini menjejas prestasi mereka dalam peperiksaan seperti lisan dan penulisan karangan.
Intervensi
Alat penilaian yang dimanfaatkan untuk penilaian alternatif tersebut ialah aplikasi ‘GooseChase’. Aplikasi ‘GooseChase’ dipilih kerana ia merupakan kaedah gamifikasi yang dapat membina semangat dan bekerja secara berpasukan. Ia boleh menambah minat dan motivasi pelajar dalam melaksanakan misi-misi yang disediakan dalam aplikasi ini. Ia juga akan meningkatkan tahap metakognisi pelajar. Misi-misi tersebut boleh merangkumi pelbagai kemahiran. Pelajar yang kurang mahir dalam penulisan boleh mencerminkan pemahaman dalam kemahiran yang berlainan contohnya, perbualan. Oleh itu, penilaian seperti ini mengambil kira gaya pembelajaran (learning styles) dan kecerdasan pelbagai (multiple intelligences) pelajar.

Cabaran
Hanya 15 orang pelajar dibolehkan bermain menggunakan aplikasi tersebut dalam satu-satu masa. Maka, guru perlu bijak menyesuaikan waktu untuk pelajar bergilir-gilir menjalankan aktiviti. Ini juga akan mengambil masa yang lebih lama untuk dilaksanakan.
REFLEKSI & SARANAN
Guru melihat kesan positif kaedah gamifikasi dalam pelbagai aspek pembelajaran yang berasaskan kemahiran bertutur. Kaedah ini menyokong pembelajaran pelajar dan mendorong pelajar untuk bertutur dengan lebih yakin.
Rujukan
Van Roy, R., Zaman, B. (2017). Why Gamification Fails in Education and How to Make It Successful: Introducing Nine Gamification Heuristics Based on Self-Determination Theory. In: Ma, M., Oikonomou, A. (eds) Serious Games and Edutainment Applications . Springer, Cham. https://doi.org/10.1007/978-3-319-51645-5_22











Perkongsian 14
Penilaian Kemahiran Bertutur melalui
Taman@Woodlands
Sekolah Menengah Woodlands
SinopSiS

CikguKhairunisaZulkifli

Yuk Teroka: Projek Taman@Woodlands merupakan satu penilaian alternatif untuk mengasah kemahiran bertutur pelajar. Dalam mereka alat penilaian yang dapat mengasah kemahiran bertutur dan menyuntik keseronokan dalam pembelajaran, sebuah penilaian autentik yang menggabungkan pelbagai aspek budaya telah dijalankan. Para pelajar yang kurang peka tentang budaya diajak untuk menjejak jenis-jenis tanaman dan makanan Melayu dalam suasana pembelajaran yang autentik. Pelajar kemudiannya menghasilkan vlog untuk memaparkan proses pembelajaran mereka. Ini memberi peluang kepada para pelajar untuk memilih corak pembelajaran mereka dan mencapai kejayaan. Para pelajar dapat melihat peningkatan dalam kemahiran lisan mereka. Mereka juga kini lebih sedar akan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka di samping lebih mampu untuk menggabungjalinkan pengetahuan daripada subjek-subjek lain.

Pengenalan
Penilaian autentik ini membolehkan para pelajar untuk belajar dalam konteks yang autentik dan membolehkan mereka untuk meningkatkan kemahiran mereka belajar secara kendiri. Kriteria kejayaan, jangkaan guru yang jelas dan maklum balas yang diberikan membantu memperbaik kelakonan pelajar. Ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mencorak pembelajaran dan mencapai kejayaan.
Permasalahan
Para pelajar didapati kurang yakin apabila mengutarakan pandangan mereka, terutama sekali bagi topik-topik berkaitan budaya. Disebabkan pendedahan kepada aspek budaya yang terbatas, ramai pelajar yang menghadapi cabaran untuk berbincang tentang topiktopik tersebut.
Intervensi
Bagi mengatasi permasalahan yang telah dikenal pasti, rutin berfikir Menjadikan Pemikiran Jelas telah digunakan dalam aktiviti perbincangan dan latihan pengumpulan maklumat. Bagi aktiviti pembelajaran kendiri, alat dan wadah ICT banyak digunakan agar pelajar dapat mengumpulkan maklumat atau menghasilkan produk.
Cabaran
Faktor masa merupakan cabaran utama dalam mengendalikan projek ini. Komponen projek yang pelbagai merupakan satu lagi cabaran bagi pelajar. Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan projek tersebut adalah ketika penggal 3 dan waktu ini amat sibuk bagi para guru.
REFLEKSI & SARANAN

Melalui projek penilaian ini juga, kami boleh meningkatkan kesedaran para pelajar tentang kriteria kejayaan dan jangkaan bagi perbualan lisan. Kami dapati bahawa pelajar juga lebih bermotivasi untuk berbual dalam bahasa Melayu melalui pengalaman ini. Dengan memberi pilihan dan ruang kepada para pelajar untuk meneroka, mereka lebih cenderung untuk mengarah pembelajaran mereka. Projek ini boleh dijalankan pada Penggal 2, memandangkan peperiksaan pertengahan tahun sudah ditiadakan. Dengan ini, ia menjadi satu peluang yang boleh dimanfaatkan.
Rujukan
Ritchhart R., Church M. & Morrson, K. (2011). Making Thinking Visible: How to promote engagement, understanding, and independence for all learners. San Francisco: Jossey-Bass









Perkongsian 15
Penggunaan 5 Nemonik dalam Penilaian PdP
Bahasa Melayu (5K)

Sekolah Menengah Meridian
SinopSiS

CikguNoraishaMostapa
Strategi penggunaan 5 Nemonik bertujuan mempertingkatkan kemahiran berbahasa secara kritikal dan kreatif melalui teknik akronim NEMONIK iaitu JAMPI, CINTA, KASIH, RINDU & SAYANG dalam mengajar komponen 5K iaitu K arangan, K efahaman, K osa Kata, Kiasan Peribahasa & K omunikasi Lisan. Strategi ini memudahkan guru mengajar secara berstruktur dan sekali gus meningkatkan daya ingatan yang dapat membimbing para pelajar menganalisis soalan serta menjawab dengan lebih tuntas dan tersusun. Idea akronim 5 Nemonik ini lahir kerana melalui pengamatan peribadi di mana para pelajar didapati mengalami kesukaran untuk mengingat apa yang diajar dan ini menghambat mereka untuk menjawab serta menyusun jawapan mereka secara berstruktur dan tersusun. Ia juga bersesuaian dalam menekankan aspek literasi penilaian di mana penggunaan maklum balas sebagai instrumen penilaian formatif dalam pengajaran Bahasa Melayu bagi Kertas 1, 2 dan 3.
Pengenalan
Amalan terbaik penilaian yang dilakukan adalah memantau pemahaman pelajar dan memberi maklum balas yang efektif untuk memperbaik dan mengenal pasti kesilapan mahu pun kelemahan dalam sesuatu tugasan yang diberi. Ia juga menyokong pembelajaran secara kendiri di mana pelajar menilai hasil tugasan mereka selaras dengan rubrik penilaian. Guru juga menyediakan tugasan yang bermakna untuk menguji tahap pemahaman pelajar dalam sesuatu topik. Oleh yang demikian, Strategi 5 Akronim Nemonik melengkapkan para guru dan pelajar dengan kemahiran abad ke-21 serta melahirkan pelajar yang yakin dan berwibawa. Melalui kerja kumpulan dan akitiviti yang pelbagai dan selaras dengan strategi 5 Akronim Nemonik ini dapat memberikan pembelajaran yang seronok dan menghiburkan. Aktivitiaktiviti yang dipilih dimantapkan dengan penggunaaan portal SLS, video, permainan, nota kecil dan kad emoji dapat memudahkan pemahaman pelajar dalam menggarap informasi dan kemahiran yang ingin diajarkan.
Permasalahan
Masalah yang sering dihadapi pelajar ialah terlalu banyak informasi yang perlu diingat dan dihafal. Kelima-lima akronim NEMONIK mempunyai penjelasan dan makna yang tersendiri. Oleh yang demikian, para pelajar perlu sering menggunakannya agar dapat melihat keberkesanan strategi 5 Akronim NEMONIK tersebut. Bukan sekadar menghafal atau mengingat semula, malah mencerakinkan isi-isi penting untuk disesuaikan dengan tuntutan soalan.
Intervensi

Strategi 5 Akronim NEMONIK adalah 5 strategi yang menyeluruh bagi mengajar atau menjawab
Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3 Bahasa Melayu. Secara ringkas, strategi NEMONIK ini amat memanfaatkan pelajar kerana ia boleh dijadikan sebagai sandaran untuk senarai semak; rangka peta minda dan rubrik penilaian. Ia juga mengajar pelajar untuk ada ‘photographic memory’ iaitu kemampuan untuk mengingat peristiwa, gambar, angka dan hal-hal lain dengan terperinci. Seorang pakar ilmu saraf Dr. Barry Gordon menjelaskan bahawa daya ingat fotografi mirip seperti fotografi dengan kamera. Kita memotret suatu peristiwa atau objek dengan fikiran kita. Kemudian potret tersebut kita simpan dan ketika memerlukan informasi tertentu, kita membuka ‘album foto’ itu. Kita tinggal mengamati, memperbesar (zoom in) atau memperkecil (zoom out) bahagian yang diinginkan. Ia dapat mempertingkatkan pembelajaran kerana guru tahu apa yang hendak diajar dan pelajar faham apa yang telah diajar dan apa yang perlu diaplikasikan semasa menjawab kertas Bahasa Melayu sebagai Latihan Untuk Menguasai (Practice of Mastery)
Cabaran
Cabaran dan masalah yang sering dihadapi guru mahupun pelajar ialah terlalu banyak informasi yang perlu diingat dan dihafal. Kelima-lima NEMONIK mempunyai penjelasan dan makna yang tersendiri. Oleh yang demikian, guru dan pelajar perlu sering menggunakannya agar dapat melihat keberkesanan strategi tersebut. Bukan sekadar menghafal atau mengingat semula malah mencerakinkan isi-isi penting untuk disesuaikan dengan tuntutan soalan. Cabaran utama adalah masa. Bagi setiap strategi perlu diperuntukkan sekurangkurangnya 3 minggu dan perlu diselaraskan dengan TOS, SOW dan buku teks serta buku
aktiviti.
REFLEKSI & SARANAN
Semasa mengajar 5 Akronim Nemonik ini, guru perlu memastikan para pelajar telah memahami sesuatu akronim dahulu sebelum meneruskan kepada akronim yang seterusnya. Latihanlatihan dalam aktiviti menulis perlu diselaraskan dengan mana-mana akronim NEMONIK yang hendak difokuskan dan kemahiran bahasa yang ingin ditekankan. Jangan gusar sekiranya ada pelajar yang mencampuradukkan kelima-lima akronim Nemonik semasa menjawab mana-mana bahagian soalan kerana kelima-lima akronim NEMONIK sesuai diaplikasikan semasa menjawab mana-mana komponen kertas Bahasa Melayu. Dapatan daripada refleksi para pelajar amat memberangsangkan kerana para pelajar mendapati 5 Akronim Nemonik ini dapat membantu mereka menjawab kertas-kertas soalan dengan lebih baik dan lebih tersusun. Ini terbukti dengan keputusan cemerlang dalam Bahasa Melayu.
Rujukan
1. Ritchhart R., Church M. & Morrson, K. (2011). Making Thinking Visible: How to promote engagement, understanding, and independence for all learners. San Francisco: JosseyBass
2. Amalan Pengajaran Singapura. https://mlcs.moe.edu.sg/mlcs/resources/singaporeteaching-practice/
3. Pusat Bahasa Melayu Singapura (2019). Keberkesanan Maklum Balas sebagai elemen penilaian formatif: Oxford Graphic Pte Ltd.
4. Brookhart, Susan M. (2010). Formative assessment strategies for every classroom. Virginia: ASCD.










Perkongsian 16
Penggunaan Anotasi dalam Memahami Teks Kefahaman
Sekolah Rendah Pei Tong
Cikgu FarhanahDamli
SinopSiS

Berdasarkan hasil penilaian kefahaman pelajar-pelajar darjah 6, pelajar membuat anotasi tetapi tidak menggunakan maklumat tersebut untuk menjawab soalan-soalan kefahaman. Justeru, proses anotasi kefahaman telah diperkemas. Lembaran kerja (Pengajaran Pembezaan) dan aplikasi-aplikasi seperti Google Classroom, Blooket dan portal SLS telah diterapkan dalam penilaian yang bertahap. Kebanyakan pelajar dapat mengaplikasikan kata kunci anotasi yang sesuai. Guru dapat menilai pemahaman pelajar-pelajar dan mendapatkan maklum balas pelajar secara langsung. Aplikasi-aplikasi ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar bertanya soalan untuk mengukuhkan pemahaman mereka. Dengan pengajaran pembezaan, guru dapat memberikan pemerancahan yang berstruktur. Secara keseluruhan, pelajar-pelajar dapat memahami proses anotasi dan memperbaik kemahiran menjawab soalan-soalan kefahaman.

Pengenalan
Penggunaan Anotasi dalam memahami teks kefahaman dijalankan. Penilaian pemahaman pelajar-pelajar dari aplikasi-aplikasi seperti Google Classroom, Blooket dan portal SLS ini dapat dilihat secara langsung. Aplikasi-aplikasi ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar bertanya soalan untuk mengukuhkan pemahaman mereka dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Permasalahan
Berdasarkan pemantauan dan hasil penilaian kefahaman pelajar-pelajar serta tinjauan praujian, guru mendapati pelajar-pelajar darjah 6 membuat anotasi tetapi tidak dapat menggunakan maklumat itu untuk menjawab soalan-soalan kefahaman.
Intervensi
Lembaran kerja (pengajaran pembezaan) dan aplikasi-aplikasi seperti Google Classroom, Blooket dan portal SLS telah diterapkan dalam penilaian yang dijalankan secara bertahaptahap. Kemahiran anotasi pelajar telah diperkemas dan kini lebih berstruktur. Pelajar-pelajar didedahkan dengan Kata Kunci Anotasi untuk mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap teks kefahaman.
Cabaran

Pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti lemah perlu diberikan lebih banyak pemerancahan dan latihan dan pengukuhan. Ini bersesuaian dengan proses pemerancahan yang dilakukan.
REFLEKSI & SARANAN
Latihan anotasi yang dijalankan telah membantu pelajar mengukuhkan pemahaman pelajar LP (Low Progress) dan juga HP (High Progress). Namun, pelajar HP perlu juga diberikan peluang untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar dan kolaboratif. Ini dapat memberikan peluang untuk meningkatkan kemahiran sedia ada mereka.
RUJUKAN
Pusat Bahasa Melayu Singapura (2018). Amalan Pengajaran Singapura. Singapura: Oxford Graphic Pte Ltd.









Perkongsian 17
Penggunaan Gamifikasi dalam Penilaian Peribahasa
Sekolah Rendah Punggol Green
CikguNorhidayanaJabar
SinopSiS

CikguMunirah Mohamed

Pelajar-pelajar darjah 3 didedahkan dengan pembelajaran peribahasa. Namun, didapati bahawa penguasaan dan pemahaman mereka terhadap makna serta penggunaan peribahasa kurang kukuh. Dengan itu, pelbagai aplikasi berteraskan ICT seperti Blooket, Kahoot & Wordwall digunakan untuk menilai pemahaman mereka. Guru kemudian memberikan variasi terhadap pembelajaran peribahasa menerusi gamifikasi di portal SLS. Ini membolehkan guruguru menjalankan pembelajaran teradun. Elemen gamifikasi menerusi portal SLS berjaya menarik minat pelajar-pelajar di dalam pembelajaran peribahasa. Mereka telah menunjukkan pemahaman serta cara-cara mengaplikasi peribahasa tertentu di dalam ayat. Selain itu, guru-guru juga dapat menyesuaikan penilaian untuk pembelajaran bagi pelajar-pelajar berlainan kemahiran serta membolehkan pelajar-pelajar menerima maklum balas dengan berkesan.

Pengenalan
Pelajar-pelajar darjah 3 datang daripada pelbagai latar belakang dan kemahiran bahasa. Oleh kerana penggunaan peribahasa dikenalkan buat pertama kali di darjah 3, maka mereka menghadapi kesukaran untuk memahami makna peribahasa. Oleh itu, penggunaan gamifikasi di portal Ruang Pembelajaran Pelajar Singapura (SLS) dapat membantu dalam mengukuhkan pemahaman pelajar-pelajar tentang peribahasa serta penggunaan peribahasa berdasarkan konteks.
Permasalahan
Menerusi latihan penilaian peribahasa setiap unit dan latihan yang dijalankan, kami dapati pelajar-pelajar LP (Low Progress) memaparkan kesukaran untuk memahami makna peribahasa yang diberikan. Kosa kata pelajar-pelajar tersebut juga amat terhad. Dapat diperhatikan juga bahawa pelajar-pelajar MP (Middle Progress) & HP (High Progress) mengalami kesukaran untuk mengaplikasikan penggunaan peribahasa berdasarkan konteks dalam penulisan karangan.
Intervensi
Bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi pelajar-pelajar pelbagai tahap ini, penilaian berterusan telah dirancangkan bagi melihat perkembangan setiap pelajar yang terlibat. Untuk meningkatkan minat pelajar-pelajar terhadap pembelajaran peribahasa yang sememangnya sukar bagi mereka untuk memahaminya, pelajaran berbentuk permainan atau Gamifikasi telah diterapkan dalam PdP Bahasa Melayu.
Cabaran
Penggunaan ICT dalam pengajaran sememangnya akan terdedah kepada masalah teknikal yang tidak dapat diduga.
REFLEKSI & SARANAN
Keberkesanan penilaian formatif ini akan dilanjutkan ke peringkat darjah 4 hingga 6. Dengan penggunaan gamifikasi, pelajar dapat berlatih mengaplikasikan penggunaan dengan lebih berkesan. Kini pelajar dapat menggunakan peribahasa dalam karangan.
Rujukan
Welbers, K., Konijn, E. A., Burgers, C., de Vaate, A. B., Eden, A., & Brugman, B. C. (2019). Gamification as a tool for engaging student learning: A field experiment with a gamified app. E-Learning and Digital Media, 16(2), 92–109. https://doi.org/10.1177/2042753018818342












Perkongsian 18


Penggunaan Kriteria Kejayaan dalam
Penulisan Kreatif
Sekolah Menengah Tanjong Katong
CikguNoorashikin MohamedIshak CikguNurul
SinopSiS
Melalui satu tinjauan dan penilaian diagnostik karangan menengah 1, kurangnya tabiat membaca didapati berkait rapat dengan kesukaran menulis. Kebanyakan jalan cerita yang dihasilkan pelajar berbentuk klise, bersifat laporan atau pernyataan semata-mata. Untuk memupuk kemahiran penulisan kreatif, beberapa kriteria kejayaan telah dipilih sebagai pengukur tahap berfikir secara kreatif kerana pelajar sudah terbiasa dengan penggunaan senarai semak. Aspek kreatif yang dijadikan tumpuan ialah pembinaan watak dan perwatakan yang rencam dan dinamik. Bahan sastera seperti cerpen dan aktiviti pascabacaan pula dijadikan sebagai alat pengajaran watak dan perwatakan. Dalam penilaian akhir, pengajaran watak dan perwatakan serta penggunaan Kriteria Kejayaan dilihat telah menambah nilai kepada kualiti penulisan pelajar.

Pengenalan
Untuk memupuk kemahiran penulisan kreatif, Kriteria Kejayaan digunakan sebagai pengukur tahap penulisan kreatif pelajar dan aspek kreatif yang boleh dijadikan tumpuan pengajaran. Setelah melaksanakan penilaian diagnostik karangan naratif, aspek kreatif yang sesuai dijadikan tumpuan pengajaran ialah pembinaan watak dan perwatakan yang rencam dan dinamik. Lantas, bahan sastera seperti cerpen, yang juga bahan Program Bacaan Luas menengah 1, dijadikan sebagai alat pengajaran watak dan perwatakan. Pelajar melalui beberapa aktiviti pascabacaan untuk mempelajari penulisan kreatif menerusi aspek watak dan perwatakan dan menggunakan beberapa Kriteria Kejayaan sebagai panduan untuk berfikir secara kreatif dalam penulisan karangan naratif.
Permasalahan
Dalam mengenal pasti permasalahan yang ingin diatasi, kami telah menjalankan tinjauan ‘Profil Pembaca’ terhadap para pelajar menengah 1, Bahasa Melayu & Bahasa Melayu Lanjutan yang merupakan kumpulan pelajar pada tahun 2022. Berdasarkan tinjauan tersebut, kami mendapati hanya dalam 23% pelajar menengah 1 membaca buku berbahasa Melayu sekurang-kurangnya seminggu sekali, yang pastinya mempunyai kesan terhadap keupayaan menulis pelajar dalam bahasa Melayu. 46% pelajar didapati menghadapi kesukaran dalam penguasaan kosa kata sementara 41% menghadapi kesukaran untuk berfikir secara kreatif. Selain tinjauan, kami juga menjalankan penilaian diagnostik karangan naratif untuk mengenal pasti kelemahan pelajar dalam penulisan. Berdasarkan penilaian tersebut, kami mendapati bahawa ciri-ciri penulisan kreatif bagi isi karangan sangat terhad. Kebanyakan jalan cerita berbentuk klise, bersifat laporan atau pernyataan semata. Gambaran dan penerangan tentang watak dan perwatakan juga kurang menonjol. Kekangan dan penguasaan kosa kata yang terhad juga menyebabkan pelajar kurang menggambarkan keadaan. Ciri saspens dan ‘plot twist’ juga sangat terhad. Hanya 3 pelajar daripada 40 orang pelajar (7.5%) yang mampu mengaplikasikannya. Jika disenaraikan ciri-ciri kreatif yang ada, hanya 30% pelajar yang dapat menunjukkan watak yang hidup dan realistik.
Intervensi
Dalam memikirkan soal intervensi bagi permasalahan ini, kami rujuk kajian (Reeves, 2004) mengenai Penilaian untuk Pembelajaran (AfL). Menurut beliau, “Asas sesebuah penilaian bilik darjah ialah guru-guru (yang mengajar) kandungan yang sama mempunyai persetujuan mengenai standard pembelajaran yang paling penting.” Jika dirujuk jadual Research for Better Teaching pula, senarai tujuan-tujuan penilaian termasuk memberi isyarat tentang kriteria dan standard serta maklum balas untuk kedua-dua guru dan pelajar. Di Sekolah Menengah Tanjong Katong, memang sudah mempunyai amalan penggunaan senarai semak untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran penulis dari menengah 1 hingga ke menengah 4. Namun, senarai semak yang ada agak umum dan berdasarkan skema pemarkahan penulisan Peperiksaan Peringkat ‘O’. Dengan ini, alat penilaian Kriteria Kejayaan dipilih sebagai intervensi kerana menurut (Saphier, Haley-Speca dan Gower, 2008), Kriteria Kejayaan ialah kualiti yang mesti ada untuk mempertingkatkan prestasi..
Cabaran
Meskipun Kriteria Kejayaan Penulisan Kreatif digunakan sebagai pengukur tahap penulisan kreatif pelajar dan aspek kreatif yang boleh dijadikan tumpuan pengajaran, terdapat banyak jurang kelemahan dalam penulisan para pelajar yang perlu masa untuk diatasi. Senarai kriteria kreatif yang panjang juga boleh memberikan gambaran bahawa kemahiran penulisan kreatif

agak sukar untuk dibina dan membuat para guru dan pelajar tertekan. Meskipun dengan penggunaan bahan bacaan seperti cerpen, pengajaran eksplisit watak dan perwatakan serta Kriteria Kejayaan digunakan, ada segilintir pelajar yang tidak berupaya untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam penulisan karangan naratif. Mereka memerlukan bimbingan lebih rapi oleh para guru dan kurang menampakkan sebarang peningkatan setelah penilaian akhir dijalankan.

REFLEKSI & SARANAN
Pengajaran tentang watak dan perwatakan dilihat telah menambah nilai kepada kualiti penulisan pelajar. Malah, pelajar bukan sahaja mencipta watak dan perwatakan secara lebih kreatif, apek-aspek kreatif lain (plot twist, saspens) dalam Kriteria Kejayaan juga dilihat dalam karangan naratif pelajar. Para pelajar mendapati Program Bacaan Luas (ERP) sangat bermanfaat kerana dapat mempelajari banyak gaya bahasa seperti peribahasa yang baharu dan metafora daripada cerpen yang boleh diaplikasikan dalam karangan. Selain itu, mereka juga mempelajari cara-cara untuk memulakan karangan dengan lebih menarik. Teknik mengenal pasti perasaan dan mengembangkan perwatakan seseorang watak dalam cerpen juga membolehkan pelajar memahami jalan cerita dan perspektif pengarang dengan lebih baik lagi. Kriteria Kejayaan Penulisan Kreatif pula didapati amat berfaedah dan efektif kerana membolehkan pelajar untuk mengenal pasti bahagian mana yang patut diperbaiki. Kebanyakan pelajar biasanya setakat mahu tahu markah yang diraih sahaja tanpa berfikir lebih lanjut bagaimana untuk memperbaiki karangan mereka. Dengan itu, Kriteria Kejayaan ini membuat pelajar lebih terdorong untuk menulis karangan yang lebih baik kerana membantu mereka mengenal pasti bahagian mana untuk diperbaik. Kriteria Kejayaan juga cukup spesifik dengan pelbagai contoh yang diberikan.
Rujukan
1. Reeves, D.B. Accountability in Action: A Blueprint for Learning Organizations. (2nd ed.). Englewood, Colo.: Advanced Learning Press, 2004; 2.
2. Saphier, J., Haley-Speca, M.A. and Gower, R. The Skillful teacher: Building Your Teaching Skills. 6th Edition, Research for Better Teaching, Inc., 2008.









Perkongsian 19
Penggunaan Lihat-Fikir-Tanya dalam
Penulisan Karangan Bergambar
Sekolah Rendah Compassvale
CikguSyahirah NabilaSalleh CikguSharifah AyyooAli


SinopSiS
Rutin Berfikir See-Think-Wonder (STW) atau Lihat-FikirTanya yang kami namakan sebagai ALFA, muncul kerana minat untuk memanfaatkan kemahiran melihat dengan teliti semua aspek gambar yang diberikan sambil mengaitkannya dengan pengalaman. Sebelum pelajaran, pelajar telah didedahkan dengan teknik menulis menggunakan strategi ALFA (STW). Pada permulaan rutin ini, pelajar meluangkan masa memerhati gambar secara senyap dan menghasilkan kosa kata yang sesuai. Melalui perbincangan kelas, pelajar akan mengumpul maklumat baharu melalui pemerhatian dan mengenal pasti kemungkinan jalan cerita yang akan ditulis. Pelajar perlu ke wadah SLS untuk membuat tugasan mudah sebelum ke kelas. Guru akan mengulangi teknik penulisan di dalam kelas dan membimbing pelajar menyiapkan penulisan untuk gambar pertama. Pelajar akan diberi lembaran kerja yang berpaksikan Pengajaran Pembezaan (DI) berdasarkan kebolehan pembelajaran mereka.

Pengenalan
Amalan STW atau Lihat-Fikir-Tanya ini merupakan kemahiran untuk menguasai kebolehan mengamati bahan yang diberikan dan dalam hal ini mengamati semua aspek gambar yang diberikan. Rutin STW membiasakan pelajar untuk meluangkan sedikit masa dalam meneliti gambar dan menulis kosa kata yang berkaitan. Ia juga memerlukan pelajar untuk membuat andaian dan berfikir di luar kotak dalam mengembangkan idea mereka.
Permasalahan
Pelajar kurang minat untuk memanfaatkan kuasa melihat dengan teliti semua aspek gambar yang diberikan sambil mengaitkannya dengan pengalaman mereka. Pelajar juga membuat tugasan sekadar untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dan tidak dapat menjana isi dengan baik. Oleh yang demikian, kehilangan isi menjejas markah pelajar untuk karangan walaupun bahagian aspek bahasa agak memadai apabila pelajar tidak dapat mengaitkan isiisi gambar bersiri yang disediakan dengan baik.
Intervensi
Proses pertama mendedahkan pelajar kepada rutin Lihat-Fikir-Tanya seperti berikut:
Rutin Lihat-Fikir-Tanya atau ALFA ialah:
Andai (Wonder): Apa yang kamu andaikan berlaku sebelum dan selepas gambar itu?
Lihat (See): Apa yang kamu lihat dalam gambar?
Fikir (Think): Fikirkan apa lagi yang berlaku di dalam gambar.

Proses kedua melibatkan pemerancahan dengan mengenalkan satu gambar dahulu kepada pelajar untuk mereka menganalisis dengan menggunakan rutin Lihat-Fikir-Tanya. Proses ketiga pula meminta pelajar untuk ke portal SLS untuk melakukan aktiviti berkaitan. Pelajar juga akan mendapat penerangan tentang strategi tersebut dan mengimbas kembali apa yang telah diajarkan kepada mereka. Selepas itu, proses terakhir yang memerlukan mereka menghasilkan penulisan di dalam kelas.
Cabaran
Masih ada pelajar yang tidak dapat memahami penggunaan strategi tersebut terutama sekali pelajar yang lemah dalam bahasa Melayu. Kami dapati kurangnya penguasaan bahasa juga akan menjejaskan cara mereka berfikir untuk mendapatkan idea.
REFLEKSI & SARANAN
Kami dapati ada peningkatan markah yang diperolehi pelajar bagi karangan bergambar setelah menggunakan rutin Lihat-Fikir-Tanya. Kami juga percaya bahawa kami boleh menggunakan strategi yang sama untuk aktiviti pembinaan ayat berdasarkan gambar.
Penggunaan rutin Lihat-Fikir-Tanya merupakan strategi berterusan yang boleh dijalankan untuk setiap peringkat. Aktiviti yang lebih interaktif mampu menggilap kemahiran berfikir secara kritis.
Rujukan
Ritchhart R., Church M. & Morrson, K. (2011). Making Thinking Visible: How to promote engagement, understanding, and independence for all learners. San Francisco: Jossey-Bass









Perkongsian 20
Penggunaan Media Baharu sebagai Wadah
Penilaian Alternatif
Sekolah Menengah Compassvale
DrFawziyahAli

SinopSiS

Cikgu NoranikaMurni
Video ciptaan pelajar yang bertemakan peribahasa menggalakkan pelibatan pelajar dalam pembelajaran peribahasa. Untuk menyuntik kreativiti pelajar dan mengikut trend media sosial terkini, pelajar memuat naik video mereka ke wadah aplikasi TikTok Instrumen ini memfokuskan aspek penilaian dan maklum balas. Kajian ini memberi fokus pada pembelajaran e-Pedagogi bagi mewujudkan pengalaman baharu kepada pelajar dengan memanfaatkan media sosial terkini. Pendekatan ini mengenal pasti pengajaran alternatif yang mendorong pelajar berfikir secara kritis dalam menjelaskan makna peribahasa yang dipilih. Pembelajaran peribahasa melalui pembinaan video aplikasi TikTok menunjukkan ia berjaya meningkatkan pemahaman peribahasa dalam kalangan pelajar dan mengaplikasikan peribahasa dalam komponen lain seperti lisan dan karangan.

Pengenalan
Perkongsian ini akan membincangkan satu cara alternatif untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran peribahasa dengan berkesan sambil memanfaatkan media baharu sebagai alat bantu mengajar. Aktiviti ini menggalakkan pelibatan pelajar dalam pembelajaran peribahasa. Ia menyuntik kreativiti dengan mengikut trend media baharu terkini, contohnya penggunaan aplikasi Capcut, aplikasi TikTok dan sebagainya.
Permasalahan
Daripada pratinjauan yang kami jalankan dengan pelajar-pelajar menengah 3E, pelajar menghadapi kesukaran dalam penggunaan peribahasa. Mereka jarang mengaplikasikan apa yang telah diajar guru ke dalam karangan mereka. Lantaran itu, kami ingin menggalakkan pelajar menggunakan pakai peribahasa yang telah diajar dalam penulisan serta pertuturan mereka.
Intervensi
Intervensi yang kami ambil ialah pelajar mencipta video dengan menggunakan senarai peribahasa yang telah dipelajari. Video merupakan wadah baharu yang digunakan sebagai wadah penilaian alternatif.
Kami menggunakan Model ADDIE dalam merangka projek kami ini. Model ADDIE ini amat sesuai untuk pembinaan video. Model ini memberikan panduan yang jelas iaitu setiap aktiviti yang dilalui oleh pelajar dalam setiap tahap Model ADDIE ini terbimbing.
A - Analisis (Analysis)
D - Mereka (Design)

D - Membentuk (Develop)
I - Melaksanakan (Implementation)
E - Menilai (Evaluate)
Sebelum menjalani proses pertama iaitu analisis, pelajar telah memilih peribahasa daripada senarai peribahasa yang disediakan oleh SEAB. Kemudian, di dalam kumpulan mereka, pelajar menganalisis makna peribahasa dengan membuat inkuiri, mencari informasi di Internet dan sebagainya. Setelah itu, mereka membina papan cerita dan menulis draf skrip bagi menerangkan peribahasa dalam video mereka. Ini memaparkan kolaborasi antara ahli kumpulan dalam tahap mencipta dalam Model ADDIE. Proses ketiga di mana guru membuat reviu pertama mengenai papan cerita dan skrip pelajar. Proses ini dijalankan untuk mengetahui sama ada ia sesuai dengan peribahasa yang telah dipilih. Ini juga merupakan sesi kritik yang selaras dengan tahap membentuk di dalam Model ADDIE. Berdasarkan Sesi Kritik yang dijalankan dalam Reviu 1, pelajar membuat perubahan yang perlu. Jadi di dalam proses keempat iaitu ‘I’ (Melaksanakan), pelajar sudah mula melaksanakan pembinaan video peribahasa mereka. Selanjutnya, dalam proses kelima iaitu Reviu 2 (Menilai), guru memantau perkembangan rekaan video pelajar. Guru bertindak sebagai pemudah cara untuk membantu pelajar memperbaik video mereka. Proses seterusnya, pelajar mengedit video masing-masing berdasarkan maklum balas guru. Akhir sekali, penilaian alternatif dilaksanakan di mana guru menilai hasil video pelajar dengan merujuk rubrik persembahan video yang disampaikan pelajar di dalam kelas. Pada masa yang sama, guru juga boleh menjalankan penilaian rakan sebaya pada tahap ini.
Cabaran
Dalam keterujaan untuk menggunakan teknologi, banyak perkara yang harus difikirkan. Tidak semua pelajar yang berupaya atau mampu memiliki peranti-peranti yang ada pada sebilangan pelajar. Kemahiran mereka juga berbeza kerana ada pelajar yang sudah mahir dan ada yang baru hendak belajar menggunakan aplikasi atau program di dalam peranti. Proses pembinaan video juga merupakan satu cabaran kerana banyak proses yang harus dilalui dari segi teknikal mahupun perancangannya.
REFLEKSI & SARANAN
Daripada pascatinjauan, pelajar-pelajar akur bahawa media baharu membantu mereka dalam pembelajaran peribahasa. Pelajar dapat menggunakan media baharu dalam mengaplikasikan kemahiran abad ke-21. Contohnya, mereka menganalisis makna peribahasa yang hendak digunakan sebelum mereka mencipta video peribahasa. Pembelajaran pelajar meningkat setelah melalui pengalaman pembinaan video. Video hasil pelajar ini dapat digunakan dalam pengajaran LISAN. Bagi penilaian alternatif, penilaian rakan sebaya boleh juga dilaksanakan. Rubrik penilaian video diberikan kepada pelajar untuk menggalakkan pelajar berfikir secara mendalam dalam membuat penilaian yang bernas dan mengikut kriteria yang diberikan.
Rujukan
1. Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail (2016). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2), 49-63.
2. Senarai Peribahasa SEAB. https://www.seab.gov.sg/content/syllabus/olevel/2018Syllabus/ 1148_2018.pdf
3. Bates, T. (2014, September 9). Is the ADDIE model appropriate for teaching in a digital age? Retrieved September 7, 2018, from https://www.tonybates.ca/2014/09/09/is-theaddie-model-appropriate-for-teaching-in-a-digital-age/










Perkongsian 21
Penggunaan Nearpod dalam Pembelajaran


Kata Kerja Tak Transitif
Sekolah Rendah Huamin
Cikgu SanisahRahim
SinopSiS
Pembentang berkongsi tentang penggunaan Aplikasi Nearpod
dalam pembelajaran dan pengajaran Kata Kerja Tak Transitif bagi
pelajar darjah 3 yang menghadapi masalah memahami konsep
penggunaannya. Aplikasi ini digunakan sebagai alat Penilaian
Formatif agar guru dapat memantau kefahaman pelajar dengan segera.
Penggunaan aplikasi Nearpod bukan hanya setakat menimbulkan minat
pelajar kepada pembelajaran BM, tetapi juga dapat menambah nilai pengetahuan mereka.
Pengenalan
Melalui aplikasi Nearpod, guru boleh memantau dan menilai pemahaman pelajar berkaitan pelajaran. Guru dapat mengesan kelemahan atau kekuatan setiap pelajar secara langsung apabila jawapan mereka terpancar pada skrin projektor. Penilaian rakan sebaya juga digunakan dalam pelajaran ini.

Permasalahan
Ketidakfahaman pelajar mengenai Kata Kerja Tak Transitif agak jelas. Selain itu, penglibatan pelajar sepenuhnya tidak dapat dilihat dalam aktiviti pembelajaran BM.
Intervensi
Bagi menangani masalah ini, penggunaan Nearpod dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu dalam suasana yang menyeronokkan dan dapat menambah nilai pengetahuan mereka.
Cabaran
Waktu menunggu pelajar menaip jawapan yang agak lama dan memerlukan masa. Waktu yang telah ditetapkan dalam perancangan telah terjejas.
REFLEKSI & SARANAN
Kami dapati 100% pelajar berasa seronok akan pelajaran yang dijalankan. Kami dapat membina penilaian formatif yang menarik. Latihan yang berulang kali pasti akan membuat pelajar-pelajar terlatih dan akhirnya mereka dapat menggunakan Nearpod dengan lancar.
Rujukan
1. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. (2014). Singapura: Kementerian Pendidikan Singapura.
2. Ng, Chee Meng. (2016 , Oktober 4). Speech by Acting Minister for Education (Schools) Mr Ng Chee Meng at the Official Opening Ceremony of Spectra Secondary School . Retrieved from Ministry of Education: https://www.moe.gov.sg/news/speeches/speech-by-actingminister-for-education-schools-mr-ng-chee-meng-at-the-official-opening-ceremony-ofspectra-secondary-school











Perkongsian 22


Penggunaan Pendekatan UDL
Penilaian Formatif

Sekolah Rendah Innova
dalam
Cikgu SupinaTaib
SinopSiS
CikguNoor RatnawatiOsman
Pemantauan yang kerap terhadap kemajuan pelajar ke arah matlamat pembelajaran merupakan elemen utama Universal Design for Learning (Reka Bentuk Universal bagi Pembelajaran). Untuk mengekalkan motivasi pelajar dan membantu mereka menangani cabaran pembelajaran yang dihadapi, penilaian secara berterusan juga perlu dijalankan. Oleh itu, untuk memastikan penilaian yang tepat terhadap kemahiran atau pengetahuan yang perlu digarap pelajar-pelajar, rangka kerja UDL dijadikan panduan dalam menjalankan penilaian formatif untuk pengajaran peribahasa bagi para pelajar darjah 3 dan 4. Selain itu, penggunaan aplikasi Nearpod telah digunakan sebagai wadah dalam pembelajaran peribahasa. Melalui pengamatan guru, para pelajar dilihat lebih bermotivasi dalam mempelajari peribahasa dan lebih yakin ketika menggunakannya dalam pertuturan.
Pengenalan
Penilaian formatif merupakan penilaian rasmi dan tidak rasmi yang digunakan oleh para guru semasa proses pembelajaran bagi menyesuaikan aktiviti mengajar dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian pelajar.
Permasalahan
Berdasarkan pemantauan guru dan hasil kerja pelajar, guru mendapati para pelajar darjah
3 dan 4, menghadapi kesukaran memahami dan mengaplikasikan peribahasa dalam penggunaan harian.
Intervensi
Rangka kerja UDL (Reka Bentuk Universal bagi pembelajaran) adalah suatu pendekatan dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang menekankan pada kepelbagaian dan jangkauan bagi semua pelajar, termasuk pelajar dengan keperluan khas. Guru merancang aktiviti yang membolehkan pelajar memilih cara mereka mendapatkan maklumat, mengaplikasikan maklumat, dan menyampaikan hasil pembelajaran. Selain itu, rangka kerja UDL juga membantu guru dalam merancang penilaian formatif dalam pembelajaran. Dalam merancang penilaian formatif, guru akan memikirkan cara-cara yang berbeza untuk mengumpulkan maklumat tentang pembelajaran pelajar, seperti melalui tugasan, ujian lisan, projek, atau refleksi diri. Guru juga akan memberi peluang kepada pelajar untuk memberi maklum balas dan melibatkan mereka dalam proses penilaian.
Cabaran
Guru memerlukan masa yang panjang untuk merancang PdP yang melibatkan ICT dan harus memastikan langkah-langkah pengajaran dapat dijalankan dengan baik. Tambahan, bahanbahan ICT amat terhad untuk dijadikan bahan pengajaran yang ada masanya guru harus membinanya sendiri. Ini memerlukan banyak masa.
REFLEKSI & SARANAN
Selain daripada aplikasi Nearpod, guru-guru boleh menggunakan aplikasi seperti Classpoint dan Kahoot untuk merancang pengajaran yang lebih menarik. Melalui pengamatan guru, para pelajar dilihat lebih bermotivasi dalam mempelajari peribahasa dan lebih yakin ketika menggunakannya dalam pertuturan. Langkah selanjutnya adalah untuk melihat para pelajar menggunakan peribahasa ini dalam penulisan mereka.
Rujukan
1. CAST (2018). Universal Design for Learning Guidelines version 2.2. Retrieved from http:// udlguidelines.cast.org.
2. Clark, I. (2012). Formative assessment: Assessment is for self-regulated learning. Educational psychology review, 24, 205-249.










Perkongsian 23
Penggunaan Senarai Semak dalam
Penulisan Karangan Naratif
Sekolah Rendah Innova
CikguHaslinda Ibrahim

SinopSiS

CikguAnisah Mustaffa
Senarai semak (SS) ini dapat membantu pelajar darjah 5 dan 6 untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran kendiri. Selain itu, SS ini boleh digunakan bagi setiap latihan karangan sebagai refleksi ketika menulis agar menepati kriteria penulisan karangan yang bermutu. Senarai Semak yang menyeluruh dan berstruktur berupaya membantu pelajar untuk mengolah penulisan karangan mereka agar lebih berstruktur. Pelajar juga menjadi lebih yakin untuk menulis setelah menggunakan SS dalam proses penulisan karangan.

Pengenalan
Melalui senarai semak, guru menjelaskan kriteria kejayaan karangan yang bermutu. Senarai semak ini digunakan pada setiap karangan sebagai refleksi ketika menulis agar menepati kriteria penulisan karangan yang bermutu.
Permasalahan
Guru mendapati bahawa penulisan pelajar kurang menarik, kreatif dan matang dari segi isi. Isu-isu ini dapat dihidupkan melalui permulaan, perkembangan plot, pengakhiran dan perkembangan isi dalam karangan. Untuk membantu pelajar mengembangkan idea dan menulis karangan yang bermutu, guru menghasilkan senarai semak dalam penulisan karangan bagi meningkatkan kemahiran pembelajaran kendiri. Bimbingan dan panduan yang diberikan ini dapat membina kemahiran yang diperlukan agar mereka dapat berdikari dan terarah semasa menghasilkan karangan.
Intervensi
Intervensi yang menggunakan Senarai Semak dalam pengajaran dan pembelajaran karangan adalah suatu pendekatan di mana guru menggunakan senarai semak sebagai alat bantu untuk mengajar dan membimbing pelajar dalam menulis karangan. Senarai semak ini berfungsi sebagai panduan langkah demi langkah yang memastikan pelajar menulis karangan dengan teratur dan lengkap. Dalam pengajaran karangan, guru akan memberikan senarai semak kepada pelajar sebagai panduan. Senarai semak ini mengandungi langkah-langkah yang perlu diikuti oleh pelajar dalam menulis karangan, seperti mengenal pasti tajuk, membuat peta pemikiran, menyusun butir-butir utama, menulis perenggan, dan mengemukakan kesimpulan. Pelajar akan mengikuti senarai semak ini untuk memastikan mereka tidak terlepas langkah dan memahami struktur yang betul untuk menulis karangan. Intervensi ini membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam menulis karangan.
Cabaran
Proses pengajaran yang lengkap dan sistematik memerlukan langkah-langkah yang disusun sebegitu rupa untuk pelajar faham dan mengikut peraturan. Guru juga akan menilai setiap proses. Ini akan memerlukan banyak masa, maka proses pembelajaran boleh menjadi agak lama.
REFLEKSI & SARANAN

Pelajar-pelajar boleh memilih bahagian senarai semak yang ingin mereka tumpukan. Masa yang lebih lama juga harus diberikan kepada pelajar untuk menggunakan senarai ini. Pelajar harus diberikan masa untuk mengenal pasti perkara-perkara yang harus diperbaik sebelum ke bahagian selanjutnya.
Rujukan
Penggunaan Portal SLS Dalam Meningkatkan Kemahiran Penulisan Karangan Naratif. Memanfaatkan Teknologi Meningkatkan Pembelajaran, Seminar Bahasa Melayu 2020. https://mlcs.moe.edu.sg/mlcs/resources/malay-language-seminar-seminar-bahasa-melayupublications/seminar-bahasa-melayu-2020/











Perkongsian 24
Penggunaan Rutin Berfikir ‘Permainan
Penerangan’ dalam Pengajaran Kata
Adjektif
Sekolah Rendah Fengshan
CikguRuhaidahRahmat
SinopSiS

Kata adjektif merupakan salah satu jenis golongan kata yang penting dalam pembelajaran subjek Bahasa Melayu. Namun, guru sering mendapati pelajar-pelajar darjah 2 tidak berupaya menggunakan kata adjektif yang tepat dalam ayat. Hal ini berlaku kerana pelajar tidak melihat frasa nama dalam ayat dengan teliti lantas hanya menambah kata adjektif yang mereka ketahui. Penggunaan rutin berfikir ‘Permainan Penerangan’ mampu meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengenal pasti penggunaan kata adjektif yang tepat dalam ayat dan mewujudkan budaya berfikir dalam kelas. Selain daripada rasa seronok, pelajar dapat meneliti kata adjektif yang digunakan dalam ayat dan kemudian mengenal pasti jika penggunaan kata adjektif itu tepat.

PENGENALAN
Rutin berfikir ‘Permainan Penerangan’ mampu memberikan kesan yang positif dalam meningkatkan pemikiran pelajar agar lebih kritikal dan menyusun pemikiran mereka secara sistematik. Pengajaran secara eksplisit juga menggalak pelajar mengikuti urutan proses pembelajaran secara tersusun.
Permasalahan
Pelajar darjah 2 didapati tidak berupaya untuk mengenal pasti kata adjektif di dalam ayat. Mereka juga tidak dapat menggunakan kata adjektif dengan tepat dari segi penggunaannya. Maka itu, ayat yang mereka bina tidak gramatis dan lengkap.
Intervensi
Bagi menggalakkan pelajar agar mampu berfikir secara kritis dan sistematik, Rutin Berfikir ‘Permainan Penerangan’ diperkenalkan dalam PdP kata adjektif. Pelajar dapat mengenal pasti penggunaan kata adjektif dengan mengikuti pengajaran guru yang dijalankan secara eksplisit.
Cabaran

Pelajar-pelajar sering menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan, dengan menggunakan rutin ini, pelajar-pelajar dapat menggunakan kata adjektif dengan tepat dan memahami kata adjektif dengan lebih baik.
REFLEKSI & SARANAN
Penggunaan rutin ini membolehkan pelajar-pelajar mempelajari kata adjektif dengan lebih efektif. Dengan itu, penggunaan ‘Permainan Penerangan’ ini boleh diterapkan untuk PdP tatabahasa yang lain juga.
Rujukan
Ritchhart R., Church M. & Morrson, K. (2011). Making Thinking Visible: How to promote engagement, understanding, and independence for all learners. San Francisco: Jossey-Bass








Perkongsian 25
Penggunaan Rakaman Audio dan Maklum
Balas dalam Meningkatkan Kemahiran Bertutur
Sekolah Perempuan Haig
SinopSiS

Perkongsian ini memaparkan cara menilai kemahiran bertutur pelajar darjah 2 menggunakan rakaman audio dan maklum balas dengan bantuan ICT. Profil yang pelbagai dan kelemahan kemahiran bertutur menjadi cabaran untuk meningkatkan kemahiran bertutur pelajar. Keadaan menjadi lebih mencabar disebabkan kekangan Covid-19 dan kaedah ini diharapkan dapat mengatasi masalah guru. Pengajaran teradun secara eksplisit dijalankan dan pelajar merakam respons dan perbualan mereka di portal SLS. Penilaian dijalankan menggunakan rubrik dan maklum balas rakaman. Minat pelajar dapat dipertingkat melalui persekitaran yang positif, kondusif dan menyeronokkan. Kaedah ini membantu meningkatkan kemahiran bertutur pelajar. Pelajar menerima maklum balas guru dalam talian melalui penilaian formatif sebelum penilaian formal dijalankan.


Pengenalan
Kemahiran bertutur pelajar darjah 2 dapat dipertingkat dengan menggunakan aktiviti rakaman audio. Intervensi juga dapat dilakukan guru dengan memberikan maklum balas dan pelajar menggunakan rubrik secara kendiri.
Permasalahan
Profil pelajar darjah 2 yang pelbagai dan kelemahan kemahiran bertutur mereka menjadi cabaran untuk meningkatkan kemahiran bertutur mereka. Keadaan menjadi lebih mencabar disebabkan kekangan COVID-19 dan pengajaran secara bersemuka tidak dapat dijalankan.
Intervensi
Pengajaran bercorak teradun diajar secara eksplisit dan pelajar merakam respons dan perbualan mereka di portal SLS. Pelajar menerima maklum balas guru dalam talian melalui penilaian formatif sebelum penilaian formal dijalankan.

Cabaran
Banyak masa diperlukan untuk menyiapkan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan keberkesanan strategi yang digunakan. Disebabkan profil pelajar yang berbezabeza, masa juga diperlukan untuk membimbing mereka lebih-lebih lagi bagi pelajar yang lemah. Memandangkan pembelajaran bercorak teradun dijalankan, apabila pelajar diberi tugasan di rumah, masalah ketiadaan alat ICT menjadi masalah dan guru terpaksa memastikan pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan.
REFLEKSI & SARANAN
Guru dan pelajar mendapati kaedah yang digunakan membantu dalam pengajaran dan pembelajaran bertutur. Disebabkan banyak masa diperlukan untuk menyiapkan bahan, guru-guru berkongsi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan. Penilaian formatif yang dijalankan bertahap membantu penilaian formal. Melalui penilaian formatif, disarankan penggunaan rubrik dalam talian bagi memudahkan pelajar membuat penilaian kendiri dan juga rakan sebaya. Penggunaan ICT bercorak teradun menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan bagi pelajar-pelajar kerana mereka boleh menggunakan alat ICT untuk melengkapkan tugasan mereka di rumah.
Rujukan
1. Vygotsky. Vygotsky, L. 1978/1995. Mind in society: The development higher psychological processes. (M.cole, V.John-Steiner, S. Sribner, & E.Souberman, Eds., and Trans.) . Cambrigde, Ma: Harvard University Press.
2. Penerapan Amalan Pengajaran Singapura(STP). https://mlcs.moe.edu.sg/files/1-stp_ gambaran-keseluruhan.pdf
3. Pendekatan Menjadikan Pemikiran Jelas(MLCS). https://mlcs.moe.edu.sg/files/8%20.pdf
4. Kaedah Pembelajaran Pembezaan, MLCS (2019). https://mlcs.moe.edu.sg/files/26pengajaran-pembezaan-berasaskan-profil-murid.pdf









Perkongsian 26
Penggunaan Wordwall dalam PdP Kata Majmuk
Sekolah Rendah Greenwood
CikguNajiyyah MohamedSaid CikguNur Adilah Khamsani


SinopSiS
Topik perkongsian ini ialah Penggunaan Perisian Wordwall dalam PdP Kata Majmuk. Pengajaran dijalankan kepada 35 orang pelajar darjah 4. Berdasarkan pemerhatian guru, pelajar mudah bosan, kerap hilang fokus dan tidak berminat akan pembelajaran melalui latih tubi. Wordwall dipilih dalam pengajaran untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang Kata Majmuk dan memupuk keseronokan dalam pembelajaran. Perisian Wordwall merupakan perisian yang mempunyai pelbagai templat berunsur permainan. Pelbagai aktiviti telah dibina melalui templat-templat seperti Match Up dan Game Show Quiz. Pada akhir pembelajaran, keputusan melalui Papan Mata telah menunjukkan peningkatan dalam pemahaman mereka. Melalui maklum balas pelajar, pengajaran yang menggunakan perisian Wordwall telah berjaya menyuntik keseronokan dalam pembelajaran.

Pengenalan
Sebelum ini, pelajar-pelajar belum dikenalkan kepada perisian Wordwall. Pelajar-pelajar mempelajari Kata Majmuk melalui kaedah yang biasa seperti slaid Powerpoint dan kuiz kilat. Pelajar-pelajar mudah bosan menggunakan kaedah biasa seperti ini. Penggunaan Wordwall dalam PdP Kata Majmuk telah dijalankan kepada 35 orang pelajar darjah 4 dengan harapan dapat menggalakkan keseronokan dan lebih fokus dalam pembelajaran.
Pemasalahan
Terdapat 35 orang pelajar darjah 4 yang menghadapi masalah-masalah seperti pertama, mereka menghadapi kesukaran dalam memahami konsep Kata Majmuk. Kedua, mereka mudah berasa bosan ketika menggunakan kaedah pembelajaran yang biasa seperti Kuiz Kilat. Ketiga, mereka sering kehilangan fokus apabila bekerja secara individu; dan keempat, mereka tidak mempunyai minat terhadap pembelajaran melalui latih tubi.
Intervensi
Mengenalkan penggunaan Perisian Wordwall. Pelbagai aktiviti telah dibina melalui templattemplat seperti Match Up dan Game Show Quiz
Cabaran
Dalam usaha untuk menggunakan peranti dan alat-alat ICT, kadangkala akan berlakunya keadaan di mana jaringan Wifi tidak dapat dihubungkan dengan peranti iPad. Penggunaan kod QR juga terjejas kerana peranti tidak dapat mengimbas Kod QR tersebut.
REFLEKSI & SARANAN

Guru boleh meneroka pelbagai templat permainan yang berlainan tanpa membina semula bahan (fleksibel & mudah ditukar ganti). Ada juga versi ‘Pro’ yang ada lebih banyak templat yang boleh dipilih dan digunakan sertai komuniti dalam perisian Wordwall (seperti portal SLS) untuk mengakses bahan-bahan yang sudah dibina. Pengajaran Pembezaan (DI) juga dapat dibina menggunakan aktiviti yang sesuai.
Rujukan
Mazelin, Nussrah & Maniam, Mahendran & Benjamin Jeyaraja, Shereen Shamala & Ng, Marina & Xiaoqi, Zhou & Zhong, Jingjing. (2022). Using Wordwall to Improve Students’ Engagement in ESL Classroom. International Journal of Asian Social Science. 12. 273-280. 10.55493/5007. v12i8.4558.









Perkongsian 27
Penilaian Alternatif melalui Penyampaian Infografik
Sekolah Menengah Bukit View
CikguMarhainiRahmat
SinopSiS

CikguSiti AisahMaduri


Perkongsian ini dijalankan untuk berkongsi dapatan bagaimana wadah infografik digunakan sebagai wadah penilainan alternatif di bilik darjah. Pelajar aliran-aliran 2 Ekspres, Normal (T), Normal
(A) dan Bahasa Melayu Lanjutan ditugaskan untuk mencipta infografik dan perlu disampaikan di bilik darjah. Pelajar juga perlu menggunakan senarai semak semasa menghasilkan tugasan infografik. Guru pula menggunakan rubrik penilaian untuk menilai penyampaian secara lisan pelajar. Topik-topik bagi tugasan pelajar ini merupakaan topik yang dekat di hati pelajar. Turut dikongsi sama, bagaimana perancangan awal penilaian perlu dilakukan pada awal tahun untuk menjadikan pelaksanaannya lebih berkesan.
Pengenalan
Penyampaian lisan merupakan satu kaedah untuk berkongsi maklumat atau pendapat. Bagi pelajar, penyampaian lisan boleh menjadi cabaran terutamanya apabila topik yang dibincangkan adalah dekat dengan diri pelajar. Namun, terdapat satu kaedah yang boleh membantu pelajar mengolah jawapan mereka dengan lebih berkesan iaitu menggunakan infografik. Infografik merupakan satu bentuk visual yang menggabungkan elemen gambar, grafik, dan teks untuk menyampaikan maklumat secara ringkas dan jelas. Dalam penyampaian lisan, pelajar boleh menggunakan infografik sebagai panduan untuk mengolah jawapan mereka.
Permasalahan
Kurangnya keyakinan diri pelajar-pelajar apabila berdiri di hadapan khalayak ramai untuk berkongsi sesuatu dalam bahasa Melayu boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu faktor adalah rasa takut atau cemas akan penilaian orang lain terhadap kemahiran berbahasa, kurangnya latihan dan pengalaman dalam berucap di depan orang ramai juga boleh menimbulkan kurang keyakinan diri.
INTERVENSI

Intervensi autentik dilakukan untuk memastikan pelajar dapat menggunakan bahasa Melayu dengan baik dalam persembahan mereka. Terdapat beberapa langkah yang diambil untuk melaksanakan intervensi ini. Langkah-langkah ini telah kami lakukan untuk mengatasi pelajar yang kurang lancar pertuturan dalam bahasa Melayu. Salah satu daripadanya ialah penggunaan tema-tema yang dekat di hati para remaja dan pelajar agar mereka secara naluri tahu akan isi atau perkara yang hendak dibincangkan. Secara keseluruhan, intervensi autentik sangat penting dalam memastikan pelajar dapat menggunakan bahasa Melayu.
Cabaran
Cabaran pengajaran dan pembelajaran yang utama ialah masalah waktu. Penting bagi pelajar untuk memiliki masa yang mencukupi untuk menyiapkan penyelidikan dan penyampaian mereka. Selain itu, penyediaan infografik juga perlu dilakukan dengan lengkap dan menepati jadual yang telah ditetapkan. Dalam konteks ini, pelajar mungkin menghadapi kesukaran dalam menguruskan masa mereka dengan baik. Terdapat banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang terhad. Selain itu, pelajar juga perlu memastikan bahawa mereka dapat menyiapkan infografik dengan lengkap dan menepati jadual yang telah ditetapkan. Proses penyediaan infografik mungkin memerlukan masa yang banyak, termasuk dalam mencari maklumat yang relevan, merancang reka bentuk, dan menyusun maklumat dengan cara yang jelas dan menarik.
REFLEKSI & SARANAN
Pentingnya menjaga masa dalam enakmen pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memastikan pelajar memiliki waktu yang mencukupi untuk membuat persiapan yang sesuai. Menjaga masa dalam enakmen pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk membolehkan pelajar membuat persiapan yang sewajarnya sebelum sesi pembelajaran dimulai. Dengan menggunakan masa dengan bijak, pelajar akan dapat meningkatkan prestasi akademik mereka dan mencapai kejayaan dalam pendidikan.
Rujukan

1. What Are Some Types of Assesment? Edutopia (2008). https://www.edutopia.org/ assessment-guide-description.
2. The Importance of Alternative Assessment. https://classful.com/the-importance-ofalternative-assessment/










Perkongsian 28
Proses Mengasah Kemahiran Lisan & Kemahiran Berfikir melalui Penilaian Alternatif
Sekolah Menengah Anderson
CikguNoorlizabariahRamli


SinopSiS

Selaras dengan tumpuan dan tanjakan Unit Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Anderson ‘Santun berbahasa, Yakin bersuara’, sebagai wadah penilaian alternatif berbentuk video lisan telah diperkenalkan. Pelajar menengah 1-3 (kecuali pelajar menengah 3 Bahasa Melayu Lanjutan) dikehendaki menghasilkan
rakaman laporan aktiviti Program Dwiminggu Bahasa yang dijalankan di sekolah. Pelajar-pelajar dikehendaki menghasilkan rakaman laporan aktiviti yang dijalankan secara berpasangan atau berkumpulan. Melalui penilaian alternatif ini, pelajar-pelajar lebih untuk bekerjasama dengan satu sama lain dalam penghasilan skrip, penyusunan grafik untuk membuat laporannya menarik serta berkesan selain daripada menyampaikan laporan dengan sebutan yang baik. Pelajar-pelajar juga dapat belajar
daripada kumpulan-kumpulan lain serta perkongsian projek-projek AA
(Alternative Assesment) yang dihasilkan oleh pelajar terdahulu yang dikongsi oleh guru sebagai contoh. Ini telah menggalakkan pelajar
untuk berusaha memperkasakan projek penilaian alternatif mereka dengan lebih baik.
Cikgu Filzatul AzreenPENGENALAN
Tumpuan dan tanjakan Unit Bahasa Melayu Sekolah Menengah Anderson untuk membina generasi Melayu yang santun berbahasa dan yakin bersuara ketika berucap di khalayak awam mula dikehadapankan, maka penilaian alternatif berbentuk video lisan diperkenalkan pada 2016.
Permasalahan
Semakin ramai pelajar yang kurang atau tidak bertutur dalam bahasa Melayu di rumah. Ini menjejas kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu. Tambahan, pelajar-pelajar ini juga kurang peka akan perkembangan isu semasa kerana kurang pendedahan terhadap bahan bacaan dan media berbahasa Melayu. Masalah yang berlarutan ini akan menyebabkan mereka semakin kurang berpengetahuan mengenai budaya dan bahasa Melayu.
Intervensi
Untuk membentuk kemahiran berfikir, kami membentuk Kemahiran Beraras Rendah (KBAR) dan mengasah keupayaan berfikir pelajar kepada Kemahiran Beraras Tinggi (KBAT) melalui Pembelajaran berdasarkan inkuiri. Guru tidak sahaja menyoal pelajar untuk meningkatkan pemahaman dan pemikiran kritikal mereka. Perbincangan antara teman-teman sekumpulan dan juga kesedaran akan perkembangan kumpulan lain atau projek AA yang dilakukan dahulu merangsang pelajar untuk mempertingkat mutu penghasilan projek AA mereka.
Cabaran
Pada awalnya ialah cabaran dalam aspek media dan teknologi kerana pelajar-pelajar pada awalnya agak lemah dalam melakukan rakaman yang sesuai dan sepatutnya. Pemantauan kerja pelajar dan juga kesilapan bahasa dalam skrip juga menjadi masalah pada akhirnya kerana tiada ruang untuk guru memantau perkembangan dan pelaksanaannya.
REFLEKSI & SARANAN
Untuk mengatasi masalah pemantauan perkembangan tugasan, semua pelajar harus memuat naik kerja dan laporan projek dalam Google Drive. Setiap minggu, satu sesi pengajaran diketepikan untuk pelajar membuat projek dan guru memantau. Melalui cara ini, guru dapat membantu pelajar berfikir untuk mempertingkatkan tugasan dan kesedaran akan perkembangan kumpulan lain juga merangsang pelajar untuk membuat tugasan yang baik. Bagi cabaran penyuntingan dan rakaman, paparan video AA yang cemerlang bagi setiap tahun dikongsi agar pelajar meraih idea dan dapat membuat yang lebih baik. Ini menggalakkan pembelajaran daripada satu sama lain.
Rujukan
1. Pusat Bahasa Melayu Singapura (2018). Amalan Pengajaran Singapura. Singapura: Oxford Graphic Pte Ltd
2. Sukatan Pelajaran Singapura (2015). Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan.
3. The Importance of Alternative Assessment (2023). Classful. https://classful.com/theimportance-of-alternative-assessment/
4. 21st Century way of learning: Inquiry-based Learning (2019). The Lab. https://www.thelab. sg/21st-century-way-of-learning-inquiry-based-learning/












Perkongsian Profesional 2023
Penasihat
Puan Norhayati Awang
Jawatankuasa Projek
Muslim Hanafiah

Muhamad Rafi Abu Bakar
Haryati Surana
Salina Hussin
Ahli
Rahmat Subadah
Siti Faridah Omar
Arshid Abdullah
Elyyah Kamsin
Nurul Huda Md Yassin
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dihulurkan kepada: Para pembentang.
Para Guru Peneraju dan Guru Kanan yang bertugas sebagai pemudah cara semasa hari pembentangan:
• Azah Abdul Aziz
• Salinah Rahman
• Norhayati Ruhani
• Sarimah Sainin
• Yasmin Azahari
• Muliana Mohammad
• Siti Atiqah Punari
• Zuraidah Abdul Karim

• Zulkifli Khamis
• Nur Fadelinah Yusof
• Ibrizi Ishak
dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau
tidak dalam menjayakan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan Perkongsian Profesional 2023.
Pusat Bahasa Melayu Singapura

Akademi Guru Singapura
Kementerian Pendidikan Singapura
