Agromalaysia 2016 julokt

Page 1

INSPIRASI

‘BUAH SYURGA’

Menjana Transformasi

ISSN 1985-7659 PP 16868/06/2013 (029887) HARGA: RM14.00 BIL: 17 (EDISI JUL-OKT 2016) WEB: blogandnetwork.blogspot.my

STIK WA’GYU

PERGHHH...

9 771985

765000


Bank Pilihan Anda (Agensi di bawah KPDNKK)

Fleksibiliti Kewangan

PEMENANG BEST SHARIAH PROGRAM DARIPADA MASTERCARD

Kad Kredit-i PERLINDUNGAN TAKAFUL PERCUMA | KHAIRAT KEMATIAN SEHINGGA RM1,000 | TIADA KADAR TAMBAHAN UNTUK TRANSAKSI DI LUAR NEGARA | GST DISERAP OLEH BANK Kad Kredit-i Bank Rakyat memberi anda ketenangan ďŹ kiran kerana ia boleh digunakan dengan selamat untuk semua jenis transaksi berlandaskan Syariah, pada bila-bila masa, di mana sahaja. Tanpa elemen berganda dan tiada kadar tambahan untuk transaksi di luar negara, anda kini bersedia untuk membuat sebarang pembelian yang anda ingini tanpa memerlukan wang tunai atau cek. Nikmatilah kebebasan anda hari ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah hebat!

*Tertakluk pada terma dan syarat

1300 80 5454

www.bankrakyat.com.my

/ myBANKRAKYAT


Pemerkasaan program diversifikasi menerokai potensi bidang niaga baru menerusi anak syarikat.

DIVERSIFIKASI

Mengoptimumkan perolehan syarikat melalui aktiviti pemprosesan sisa buangan kilang sawit.

APLIKASI WASTE TO WEALTH

Aplikasi operasi ladang berjadual, teratur dan efisen dalam meningkatkan produktiviti estet padi.

PENGURUSAN ESTET PADI BERSISTEMATIK DAN PEMBEKAL BENIH PADI SAH NEGARA

Membawa realiti pemodenan ke luar bandar untuk dinikmati oleh kehidupan di desa.

RUMAH BINA NEGARA

08

07

06

05

04

03

02

01

Mewujudkan komuniti usahawan yang dilengkapi dengan kepakaran dan pengalaman sebagai profesional “enterpreneur”.

PEMERKASAAN KEUSAHAWANAN DAN MODAL INSAN

Mengurus tadbir 8 buah kilang berjadual kilang sawit di seluruh Malaysia secara berpusat dan menekankan peraturan serta piawaian prosuder operasi standard (SOP) bagi seluruh operasi kilang.

KILANG SAWIT

Pengkomersialan input pertanian yang bermutu dan diyakini serta inovasi pertanian yang berprestasi tinggi.

PENGEDARAN INPUT DAN INOVASI PERTANIAN

Menyatupadukan pembangunan tanah menerusi pemulihan dan tanam semula bagi pertumbuhan dan pembangunan ladang komersial.

PEMBANGUNAN TANAH DAN LADANG

TEL : 03 - 4145 5000 FAX : 03 - 4142 8162 E-MAIL : felcrabhd@felcra.com.my

WISMA FELCRA, LOT 4780, JALAN REJANG, SETAPAK JAYA, PETI SURAT 12254, 50772 KUALA LUMPUR.

MEMFENOMENAKAN PEMBANGUNAN



Coffee Rider, cetusan kecekalan dan kehebatan jiwa si pengembara. ALAMINYA SEKARANG!

Hubungi 012-2015 234 untuk pembelian.


Editor Menulis SELAGI JANTUNG BERDENYUT

BANYAKKAN MEMBACA... JANGAN BERHENTI BERFIKIR SALAM SEJAHTERA

Noraini Nordin noraininordinpenulis@gmail.com Facebook: Noraini Nordin blogandnetwork.blogspot.my

Apabila saya bertemu usahawan soalan pertama yang saya tanya, “Apakah bahan bacaan yang anda sedang baca atau kali terakhir membacanya?”. Kerap para usahawan ini terkial-kial mengingati buku atau majalah yang terakhir mereka mentelaahnya. Ada yang terus menjawab terlalu sibuk menguruskan perniagaan hingga ‘tidak sempat membaca apa pun’. Aduh...terkedu saya seketika bagaimana mahu terus berfikir jika malas membaca! USAHAWAN BUDIMAN Ramai orang mahu menjadi usahawan dan amat gemar bila digelar usahawan. Menjadi usahawan memang nampak glamour, lebih-lebih lagi jika berjaya dan ada wang berjuta-juta. Tetapi untuk berjaya dan memiliki wang berjuta, ia tidaklah semudah yang disangka. Banyak laluan dan ranjau yang perlu dihadapi terlebih dahulu. Ramai usahawan yang ditemui memang berbakat dan memiliki idea cemerlang. Mereka juga rata-ratanya rajin dan ada daya usaha yang tinggi untuk berjaya. Namun, selalunya setelah berusaha dan mengeluarkan idea yang hebat daripada segi produk dan promosi, tidak sedikit yang tersangkut apabila permintaan tiba-tiba meningkat.

Mereka seperti tidak bersedia dengan pengeluaran yang berganda apabila permintaan turut bertambah. PELANGGAN PATAH HATI Disebabkan tidak dapat memenuhi permintaan itu, pelanggan jadi patah hati dan kemudian menjauhkan diri. Seharusnya apabila gigih mempromosi, usahawan juga perlu bersedia dengan peningkatan pengeluaran. Atau setidak-tidaknya, promosi yang dilakukan itu mestilah sepadan dengan keupayaan. Kelemahan lain yang selalu kedapatan ialah usahawan enggan berkongsi kejayaan. Ramai yang hanya memikirkan produk sendiri semata-mata tanpa melihat keluaran orang lain. Keluaran orang lain sebenarnya perlu dilihat bukan saja untuk perbandingan, malah juga untuk padanan. Ada produk yang boleh dijual secara sendirian, tetapi ada juga yang perlu dipadankan dengan produk-produk lain bagi kelihatan lebih menarik dan menggamit hati pembeli. Usahawan budiman tidak harus kedekut berkongsi dan melakukan padanan pakej produk. Sifat murah hati dan ikhlas berkongsi rezeki dengan orang lain insya-Allah pasti Tuhan juga membalasnya dengan memberikan kemurahan rezeki-Nya kepada kita. Yang penting, terus berusaha dan jangan berhenti berfikir. SELAMAT MEMBACA.

Penasihat Penerbitan Tan Sri Sabbaruddin Chik Dato’ Zamri Mohamed Pengarah Penerbitan/Editor Noraini Nordin Pengarah Promosi & Reka Bentuk Shamsuhazli Mamat Penyelaras Reka Bentuk/ Pembantu Suntingan Wan Muhammad ‘Atiyya Wan Azman Pengarah Pembangunan Perniagaan Muhamad Asri Wan Ismail

PP 16868/06/2013 (029887) BIL: 17 (EDISI JUL-OKT 2016) WEB: blogandnetwork.blogspot.my

Wartawan Hassuria Ahmad Ain Syuhada Shahbudin (Praktikal) Nur Alia Syamimi Shamsuhazli (Praktikal) Pembantu Penyelaras (Usahawan) Muhammad Sidek Osman Jurufoto Muhammad Najmi Rayyan Amar Ridzwan Shahbudin (Praktikal)

Promosi & Pengiklanan Mimie Nasa Zainuddin Ariffin Supardi Ariffin Syed Mohd Uwais Pengurusan Penerbitan A & D Network 002357087-D 10-3, Jalan PJU 5/4, Dataran Sunway Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan T : 019-6620 234 E : noraininordinpenulis@gmail.com Diterbitan Oleh Agro Publication Suite-2-4-6, Wisma Rampai Taman Sri Rampai 53300 Setapak, Kuala Lumpur T : 03-4143 8382 F : 03-4143 8382 E : agropublication@gmail.com agromalaysia2008@gmail.com agromalaysia1@gmail.com Dicetak Oleh Percetakan SM Sdn. Bhd. Pengedaran Komik Tian Sdn. Bhd.


KANDUNGAN

Personaliti Usahawan 06 Ugly Cookies Si ‘Hodoh’ Jadi Rebutan Produk Inovasi 16 ‘Kukur Emas’ Ke Pasaran Antarabangsa Usahawan Srikandi 24 Travelog Semprot Demi Pertanian Lestari Info Tani 32 Pertanian Bandar Ringankan Kos Sara Hidup 33 Pokok Pudina: Cara dan Panduan Menanam Pada Batas 34 Labu oh Labu Kos Murah Kaya Khasiat 36 37 38 39

Info Sihat Terung Kawal Sembelit Kacang Kelisa Bantu Rawat Vertigo Buah Markisa Cegah Kanser Asam Gelugur Penawar Demam Panas

40 41 42 43 44

Bioteknologi Daun Sukun Sebagai Anti Kanser Bunga Puding Bukan Sekadar Hiasan Limau Purut Untuk Awet Muda Hapuskan Nyamuk Dengan Serai Wangi Elak Sakit Urat Dengan Daun Cekur

06

Jejak Bisnes 46 Faeiz Dumyati Legasi ‘Raja Kerepek’ Banting Jejak Usahawan 52 Inspirasi ‘Buah Syurga’ Saf Fa Fig Garden

24

Info Produk 62 Coffee Rider Pilihan Ramai

66

Restoran Pilihan 66 Stik Wa’gyu Memang Perghhh... Usaha Niaga 78 Penangan...Daging Salai Asli Nazimah Memang Luar Biasa 84 Nurita Tinggal Jurutera Kerana ‘Gadis Jolobu’ Produk Pilihan 90 Limpahan Keju dalam Nusantara Macaroni Cheese Penulis Tamu 94 Bongkar Misteri Rerama Hijau Bingkisan Selatan 100 ‘Killer Product’ Huczens Resources Bingkisan Utara 104 Tak Perlu Rebus Minum Terus CV Extra Plus Usahawan Tamu 106 Formula Zainal & Fareza Tawan Pelanggan 112 Rahsia Bidara Showeray Abang Awal Sorotan Berita 118 MAHA 2016 Bakal Jana RM200 Juta 120 Kajian Baru Hasilkan Variasi Durian Berkualiti 122 Kenali Spesies Udang Kara Air Tawar

124 Kempen ‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’ Info Niaga 126 7 Prasyarat Sebelum Menjadi Francaisor Agro Pelancongan 128 Jom Bercuti di Tasik Pilihan 132 Jalan-Jalan di Johor

16


PERSONALITI USAHAWAN Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Ugly Cookies ‘Si Hodoh’ Jadi Rebutan 06 A G R O M A L A Y S I A


Catatan Penulis (1)

DESTINASI UGLY COOKIES

B

UKA je licin...tagline yang amat bertepatan untuk Ugly Cookies ciptaan dua sahabat iaitu Mid dan Ila. Biskut hodoh ini bukan sebarang biskut. Ugly Cookies adalah lambang ikatan dua sahabat yang melakar harapan untuk melonjakkan ‘si hodoh’ ke pentas bisnes supaya setanding dengan pesaing-pesaing yang telah sekian lama di pasaran. Melihat kegigihan Mid atau nama penuhnya Hamidah Birang dan rakan kongsinya Ila atau Fazilah Idris tidak mustahil hajat tersebut mampu dilaksanakan. M e n g g a b u n g k a n kepakaran, bermodalkan semangat setiakawan yang kental tidak mustahil hajat dua wanita ini bukan sekadar khayalan. Biarpun masa kerap mencemburui mereka, namun

Mid dan Ila terus meluangkan masa untuk menggali ilmu daripada usahawan-usahawan senior yang produk sudah gagah di pasaran. IMPIAN DALAM DIARI Mereka membariskan setiap impian dalam diari kerja Ugly Cookies. Menunggu detik untuk dilaksanakan secara berperingkat-peringkat serta keupayaan diri. Meskipun bahtera Ugly Cookies ada waktunya dicabar badai yang tidak semena-mena menerpa namun matlamat pelayaran tidak tersasar. Menyusuri destinasi Ugly Cookies bersama Mid dan Ila tergambar kebalnya jiwa wanita mereka. Bagaimana Ugly Cookies bermula diceritakan oleh mereka kepada Agro Malaysia dengan telus sebagai motivasi kepada anda yang berminat untuk menjadi usahawan.

A G R O M A L A Y S I A 07


Profil Ringkas Nama: Fazilah Idris atau lebih mesra dengan panggilan Ila Umur: 35 tahun Asal: Kuala Lumpur Pendidikan: Melanjutkan pelajaran ke Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di Shah Alam dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat pada tahun 1999. Pengalaman Pekerjaan: Memulakan kerjaya di Maybank pada tahun 2001 dan berkhidmat selama 12 tahun (2001 sehingga 2012). Fazilah juga aktif dengan pasukan futsal wanita selama lima tahun di Maybank.

Kisah Fazilah@Ila 10 TAHUN JADI EJEN KINI ‘TAUKE’ BISKUT Saya mula minat berbisnes semasa membantu datuk yang berniaga roti canai dan kedai runcit di kawasan kami tinggal. Waktu itu saya membantu tugasan di bahagian kaunter bayaran. Daripada kecil dah bercita-cita hendak menjadi seorang akauntan. Masuk sekolah menengah memang saya ambil bidang akaun. Tetapi apabila melanjutkan pelajaran saya memilih jurusan Teknologi Maklumat. Memang tersasar daripada cita-cita asal. Sewaktu berkerja di Maybank, tahun pertama saya sudah mula menjadi ejen menjual kuih raya. Setiap kali musim raya memang wa08 A G R O M A L A Y S I A

jah saya pasti muncul menjual pelbagai jenis biskut raya dalam kalangan kawan sepejabat, saudara mara dan sahabat handai. Hampir 10 tahun saya menjadi ejen kuih raya produk orang lain. Tahun 2012 saya bertemu Mid untuk berbincang bagaimana mencari pendapatan tambahan semasa hari raya. Mid memang pakar membuat kek dan pelbagai jenis biskut. Sewaktu perbincangan itu, kami sepakat hendak mengeluarkan produk sendiri yang diberi nama Ugly Cookies serta tart nenas. Bermula dengan pengeluaran 200 balang kini jualan semakin bertambah mengikut pemintaan pelanggan.


TUBUH DB TASTE BERSAMA HAMIDAH Pada tahun 2013, saya berhenti daripada Maybank kerana bertukar kerjaya sebagai perunding unit amanah. Apabila menjadi perunding amanah ini masa saya lebih bebas mengatur tugasan harian. Tidak terikat dengan waktu kerja seperti di bank dahulu. Allah SWT telah mengatur cantik perjalanan hidup saya. Selepas berhenti kerja, arwah ibu saya disahkan menghidap sakit buah pinggang dan perlu dialisis seminggu tiga kali. Selama arwah ibu dialisis saya tiga beradik bergilir-gilir menghantar serta mengambil beliau di PICOMS Batu Caves (Selangor). Itulah hikmahnya saya berhenti kerja kerana boleh membantu menjaga ibu pada penghujung hayatnya. Tahun 2013 kami mempromosi serta memasarkan Ugly Cookies dengan lebih teratur melalui penubuhan syarikat DB Taste bersama Hamidah. Dengan wujudnya syarikat tersebut Ugly Cookies dijual sepanjang masa dan tidak lagi terhad hanya pada musim perayaan semata-mata. Alhamdulillah kini Ugly Cookies semakin berkembang dan kami sudah mampu menggaji dua orang pekerja untuk melancarkan pengeluaran Ugly Cookies. Harapan dan impian saya supaya produk Ugly Cookies diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. A G R O M A L A Y S I A 09


DB Taste mensasarkan jualan sebanyak RM1 juta pada 2018.

10 A G R O M A L A Y S I A


Kisah Hamidah@Mid BEKAS ATLET SUKAN SEA 1997 Saya dibesarkan dalam dunia perniagaan. Ibu dan ayah saya berniaga roti canai selama lebih 20 tahun. Saya juga adalah penebar roti canai hujung minggu di kedai mereka sejak zaman sekolah. Saya memang suka berniaga dan selalu menjual pelbagai produk makanan meskipun sudah dewasa serta mempunyai pekerjaan tetap. Tetapi minat saya lebih kepada menghasilkan produk makanan tambahan pula ramai kenalan yang berminat untuk membantu memasarkan hasil usaha saya. Tahun 2010 saya menjadi ibu tunggal dan pada waktu itulah saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Saya mahu memberi tumpuan terhadap anak-anak yang masih kecil

dan menceburi bidang insurans untuk menjana pendapatan. Tahun 2012 saya pun memulakan projek biskut raya bersama sahabat saya iaitu Fazilah atau Ila yang mempunyai misi yang serupa. Pada tahun pertama, kami mengeluarkan dua jenis biskut iaitu almond chocolate chip cookies dan tart nenas. Seterusnya pada tahun kedua kami mengambil keputusan untuk menumpukan hanya kepada sejenis produk sahaja iaitu biskut almond chocholate chip. Daripada situ lahirlah nama Ugly Cookies dan kami menubuhkan syarikat perkongsian DB Taste pada 2013. Kami mula melantik ejen-ejen dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan bagi menjual serta memasarkan produk kami.

Profil Ringkas Nama: Hamidah Birang (Mid) Umur: 43 tahun Asal: Kuala Lumpur Status: Ibu tunggal Anak-anak: 1. Aina Sofea berumur 13 tahun 2. Aida Syuhada berumur 12 tahun 3. Aziq Hamdi berumur 11 tahun Pengalaman Kerja: 1. Bekas anggota Polis dan pegawai bank Aktiviti: 1. Pernah mewakili Malaysia dalam sukan hoki dari tahun 1991-2001. 2. Pernah mewakili Malaysia dalam sukan bola sepak di Sukan Sea Jakarta 1997. 3. Mewakili Kuala Lumpur daripada zaman persekolahan hingga 2011 dalam sukan hoki, bola sepak dan futsal. 4. Atlet Sukan SEA 1993, 1995, 1997 dan 2001.

KONGSI REZEKI DENGAN EJEN Bermula pada April 2016 kami tidak lagi menjual Ugly Cookies secara runcit. DB Taste telah menetapkan hanya ejen sahaja yang boleh berurusan memandangkan ejen-ejen syarikat telah semakin ramai. Bukan sahaja dalam kalangan mereka yang dikenali malah juga daripada rakan-rakan media sosial. Impian DB Taste pada masa akan datang untuk memasarkan Ugly Cookies ke seluruh negara melalui 100 ejen yang aktif. Sasa-

ran syarikat adalah supaya setiap ejen dapat menghasilkan jualan sekurang-kurangnya RM600 sebulan menjelang 2017. Inilah rezeki yang mampu DB Taste kongsikan dengan para ejen. Pada tahun 2018, kami juga mensasarkan jualan berjumlah RM1 juta. Bagi mencapai sasaran tersebut kami perlu mendisiplinkan diri dengan jadual kerja serta lebih aktif melakukan promosi dan pemasaran produk Ugly Cookies.

A G R O M A L A Y S I A 11


Semarak

12 A G R O M A L A Y S I A


Hubungi: DB TASTE Jalan Nirwana 1, 68000 Taman Nirwana Ampang, Selangor 011-3294 3284 dbtaste@yahoo.com DB Taste

A G R O M A L A Y S I A 13


22

KULAT .indd 22

A g r o M a l ay s i a

9/19/16 10:03:04 PM


A g r o M a l ay s i a

KULAT .indd 23

23

9/19/16 10:18:08 PM


INOVASI

Oleh: MOHD ZABIDI HAJI SAIDI

“Kukur Emas” Ke Pasaran Antarabangsa

16

KULAT .indd 16

A g r o M a l ay s i a

9/19/16 9:50:20 PM


Cendawan kukur yang tumbuh secara semula jadi pada batang kayu getah.

‘CENDAWAN Kukur’ atau panggilan lain ‘Kulat Sisir’ atau nama saintifiknya schizophyllum commune adalah spesis cendawan yang tumbuh meliar pada kayu reput dan biasanya ditemui pada batang kayu getah. Sambutan hangat masyarakat terhadap masakan berasaskan cendawan kukur mendorong minat Mohd Rashid Samsudin mengusahakan penanaman cendawan tersebut secara komersial sejak tahun 2014. Menurut Mohd Rashid, 32 tahun, ilham menanam cendawan timbul apabila beliau menyertai program keusahawa­nan Symbiosis MTDC yang dianjurkan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dengan kerjasama Koridor Utara Malaysia (NCIA) pada tahun 2013. Program ini merupakan program teknousahawan

Cendawan kukur (liar) yang dijual oleh peniaga kecil di tepi jalan Cameron, Tapah, Perak. -Gambar hiasan. A g r o M a l ay s i a

KULAT .indd 17

17

9/19/16 9:50:31 PM


Pemenang RBC 2015 bagi kategori pengemba­ ngan perniagaan.

Datuk Norhalim Yunus, Ketua Eksekutif MTDC (tengah) bersama pe­ ngasas Syarikat Norsym Sdn. Bhd. Mohd Rashid Samsudin (kanan) dan rakan kongsi syarikat Noor Fathiah Meor Aris (kiri).

Bersama pegawai MARDI bagi tujuan usahasama perlesenan pengkomersialan teknologi cendawan kukur.

18

KULAT .indd 18

(Techno­preneurship) yang memberi peluang pada para graduan tempatan untuk menjalankan perniagaan bagi mengkomersialkan teknologi hasil kajian dan inovasi daripada universiti atau pusat penyelidikan tempatan seperti MARDI, MPOB, FRIM, Lembaga Koko Malaysia, Agensi Nuklear Negara dan sebagainya. Menerusi program keusahawan Symbiosis MTDC ini, pada Ogos 2013 syarikat Norsym Sendirian Berhad telah ditubuhkan bagi mengkomersialkan teknologi penghasilan benih cendawan kukur hasil kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Teknologi ini telah dilesenkan kepada syarikat Norsym Sendirian Berhad dengan bantuan pembiayaan daripada MTDC dibawah Dana Pengkomersilan Teknologi CDRFMTDC. Syarikat Norsym Sendirian Berhad men­dapat sokongan penuh dari Datuk Norhalim Yunus, Ke­tua Eksekutif MTDC bagi usaha mengko­mersialkan teknologi cendawan kukur di Malaysia. Pada tahun 2015, Rashid telah mencuba nasib dibawah nama syarikat

A g r o M a l ay s i a

9/19/16 9:50:50 PM


Coconut Island Resources bagi pertandingan Rural Business Challenge (RBC) yang dianjurkan oleh Kementerian Ke­ majuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi merebut hadiah berbentuk geran untuk kategori pengembangan per­ niagaan. Berkat usaha dan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan, Rashid berjaya memenangi pertandingan RBC dan dinobat­kan sebagai pemenang RBC Jaya 2015. Beroperasi di Kg Alor Batu, Mukim Gelong, Jitra, Kedah, beliau kini mempunyai lima orang pekerja. Tapak ladang sedang dibangunkan menggunakan geran RBC dan MTDC. Beliau yang berasal dari Kampung Pulau Nyior, Jitra berkata tempoh hasil cendawan kukur ini boleh dituai dalam

masa tiga minggu di mana satu minggu pemeraman, satu minggu hasil tuaian kali pertama dan satu minggu hasil tuaian kali kedua. Rashid berkata antara masalah utama yang dihadapi ialah penyakit serangan serangga kerana cendawan kukur me­ ngeluarkan bau yang kuat bagi menarik pelbagai jenis serangga. “Serangga yang hadir akan bertelur dan membiak pada beg cendawan dan merosakkan cendawan,” katanya dalam satu pertemuan dengan Agro Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini, kata­ nya, rumah cendawan perlu ‘direhatkan’ selepas selesai hasil tuaian. Ia adalah untuk memastikan rumah cendawan dalam keadaan bersih serta bebas dari serangga perosak. KHIDMAT NASIHAT MARDI Dalam tempoh dua tahun syarikatnya beroperasi, Rashid yang mendapat khidmat nasihat dan pembiayaan pelesenan teknologi daripada MARDI berkata beliau turut mendapat latihan intensif di Thailand yang dibiayai oleh pihak MTDC. Rashid juga bercadang ke Jepun pada bulan Disember ini untuk mencari peluang pasaran serta mempromosi­­kan cendawan ini diperingkat antarabangsa. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang banyak membantunya seperti MTDC, MOSTI, KKLW, Kerajaan negeri Kedah, Jabatan Pertanian dan MADA. Katanya lagi, cendawan kukur dipa­ sarkan ke seluruh negara melalui ejennya di setiap negeri, secara perseorangan,

A g r o M a l ay s i a

KULAT .indd 19

19

9/19/16 9:51:00 PM


terus dari ladang, media sosial seperti facebook, instagram dan Expo seperti MAHA, SDSI dan KUD. “Sambutan pelanggan amat menggalakkan kerana cendawan yang di­ usahakan secara komersial tidak banyak di negara ini. “Cendawan ini lebih dikenali dan diminati oleh masyarakat Melayu berban­­ding masyarakat Cina dan India,” kata­ anak jati Jitra, Kedah. Beliau mensasarkan pengeluaran cendaan kukur secara komersial sebanyak 200 kilogram sebulan. Menurut beliau lagi, sasaran masa depan ialah sejumlah pengeluaran satu tan sebulan dengan harga cendawan kukur segar mencecah RM80.00 sekilogram. Rashid menjelaskan cabaran yang dihadapinya ialah masyarakat masih tidak tahu cendawan kukur. Dalam isu ini, kita kena mendidik masyarakat supaya mengenali dan makan cendawan kukur terutamanya generasi Y dan mereka yang tinggal di bandar kurang pengetahuan tentang cendawan ini. Pada masa hadapan, beliau bercadang mengeluarkan produk hiliran seperti burger dan serunding yang ber­ asaskan cendawan.

pada tahun 2012. Kepada usahawan baru yang mahu menceburi bidang ini, beliau menasihati mereka supaya mengikuti kursus-kursus untuk memahami dengan lebih arif tentang kaedah penanaman cendawan kukur. “Ini adalah kerana cendawan kukur dan cendawan tiram adalah amat berbeza sama sekali,” jelasnya. Katanya, cendawan kukur berbeza dengan cendawan tiram dari segi kaedah penanaman, penjagaan, suhu, kelembapan, formulasi dan serangan penyakit. “Cendawan kukur ditanam menggunakan sistem gantung berbeza dengan jenis cendawan tiram yang disusun secara bertingkat,” katanya lagi. Untuk keterangan lanjut berkenaan proses penanaman cendawan kukur, sila hubungi En. Rashid Samsudin di talian 018-9596588 atau Noor Fathiah Meor Aris 013-4044634.

Bahan Pengganti Daging “Cendawan kukur mempunyai teks­ tur liat serta rasa seperti daging. Oleh itu cendawan ini amat sesuai untuk diproses sebagai bahan pengganti daging untuk makanan berasaskan sayuran,” kata­ nya. Rashid lulusan Ijazah Sarjana Muda Pemutusan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), telah menerima banyak anuge­ rah, antaranya Best CEO Small Medium Enterprise UUM pada tahun 2014, Winner of Rural Business Challenge pada tahun 2015 dan Commodity Farmer Award

20

KULAT .indd 20

Kaedah penanaman cendawan kukur menggunakan sistem gantung.

A g r o M a l ay s i a

9/19/16 9:51:09 PM


PRODUK NORSYM SDN BHD Produk yang dihasilkan oleh syarikat ini ialah benih cendawan, cendawan kukur segar dan ke­ring Norsym Sendirian Berhad mengkomersialkan tek­ nolgi penghasilan benih cendawan kukur hasil kajian MARDI dengan kerjasama MTDC bagi tujuan pemindahan teknologi. Menerusi teknologi ini, syarikat mampu menghasilkan benih cendawan berkualiti dalam kuantiti yang banyak bagi menampung permintaan. Pada masa ini, syarikat memberi tumpuan kepada penghasilan cendawan kukur dengan me­ ngeluarkan produk jenama Kukur Emas (KE). Dengan teknologi yang sama, syarikat mampu berkembang maju dengan penghasilan pelbagai variati cendawan untuk memenuhi permintaan industri cendawan negara. KAYA KHASIAT Berdasarkan kajian, cendawan mengandungi banyak khasiat dan nilai perubatan yang tinggi. Se­perti mana cendawan Lingzhi (ganoderma lucidum), Cordyceps, cendawan susu harimau (lignosus rhinoceros), cendawan kukur juga merupakan dari kumpulan cendawan perubatan. Ia mengan­ dungi schizophyllan iaitu bahan aktif dalam ubat anti tumor dan anti kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan sistem imunasi, anti radangan, anti bakteria, anti parasit dan melindungi hati. Selain dari penggunaan dalam industri perubatan, bahan aktif ini turut digunapakai dalam industri kosmetik termasuk industri minyak dan gas. Syarikat antarabangsa Wintershall’s di German telah menggunapakai bahan aktif schizophyllan dalam membantu meningkatkan ekplorasi pengeluaran dan penghasilan minyak mentah dan gas asli. Perbezaan kukur emas dengan cendawan kukur yang lain ialah cendawan ini ditanam, cukup nutrisi, bersih dari bendasing (seperti kulit kayu), selamat untuk dimakan, saiz lebih besar, warna lebih cerah dan keemasan. Menariknya cendawan ini boleh dike­ ringkan untuk disimpan dan tahan lebih lama.

A g r o AgroMalaysia M a l a y s i << a 21

KULAT .indd 21

9/19/16 9:51:12 PM


24

KULAT .indd 24

A g r o M a l ay s i a

9/19/16 11:22:43 PM


Susunan oleh:

Wan Muhammad 'Atiyya Wan Azman Membantu ramai usahawan melalui perkhidmatan packaging design. Info lanjut layari hello.atiyya.my

Gedung Motivasi

itu murah, “ CAKAP TINDAKAN itu mahal. BERSAING, “ Usah mari BERGANDING.

Labur pada ILMU, subur dada KAMU.

penuh ALASAN, “ Diri mari bunuh KEJAYAAN. yang TULUS, “ Niat hasilnya LURUS.


USAHAWAN SERIKANDI Oleh: Wartawan Agro Malaysia

TRAVELOG SEMPROT Demi Pertanian Lestari

Profil Nama: Nur Wahidah Hambali Umur: 36 tahun Asal: Shah Alam, Selangor Tel: 017-393 0764 Anugerah: • Anugerah Pegawai Pembimbing Terbaik Negeri Selangor empat tahun berturut-turut bermula tahun 2012. • Johan Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif, Jabatan Pertanian Malaysia. • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) • Wakil MOA ke Latihan Pengurusan Pengaliran dan Saliran Padi di Jepun pada tahun 2015. Alamat: Sri NF Services, Kampung Batu 8, Jalan Raja Musa, 45000 Selangor

24 A G R O M A L A Y S I A


Suami saya meninggal dunia kesan daripada penggunaan racun kimia sepanjang bertani selama 20 tahun. Tragedi pahit itu meningkatkan keazaman saya untuk menghasilkan produk Semprot bagi tanaman. NUR WAHIDAH HAMBALI Pemilik Sri NF Services

Catatan Penulis (1)

T

ERPEGUN saya melihat perkebunan wanita ini. Tanaman subur menghijau dan ada yang sedang rimbun berbuah. Udara persekitaran yang lepas bebas serta berbau segar. Bayu lembut Kuala Selangor bertiup nyaman mengharmonikan lagi penorama. Jiwa berbuai ceria. Aduhai inilah kebun idaman saya jika dimurahkan rezeki untuk memiliki kawasan sendiri. Setiap inci tanah di kawasan seluas dua ekar tersebut dimanfaatkan dengan pelbagai jenis tanaman terutama sayursayuran. Hati tertawan melihat pohon-pohon cili bara yang beralun dengan buah lebat menegak. Jika buah cili masak warnanya bertukar menjadi merah menyala menambah seri kawasan yang

terletak di Kampung Batu 8, Jalan Raja Musa, Kuala Selangor ini. Walaupun kerap meninjau ladang usahawan tani di beberapa negeri di negara ini namun belum pernah saya temui pokok lada atau nama saintifiknya Capsicum annum variati tersebut. “Pokok bara spesies ini menghasilkan buah yang lebih banyak. Penjagaan tanaman juga amat mudah jika tahu rahsianya. Seratus peratus organik. “Alhamdulillah, pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia tani saya manfaatkan untuk mencari kaedah terbaik menggalakkan dan menyegarkan tanaman sambil meraih rezeki juga melestarikan pertanian,� bicara wanita manis bertubuh kecil molek ini kepada penulis .

A G R O M A L A Y S I A 25


Pertemuan pertama kami di Hotel Nouvelle, Kuala Lumpur dilanjutkan ke Pusat Pembangunan Komuniti Pertanian Lestari Raja Musa yang juga menempatkan pejabat Sri NF Services milik ibu tunggal ini serta koleksi tanaman sekitarnya. Saya mahu melihat hasilan wirawati tani ini yang juga pengasas Rangkaian Produk Organik Semprot yang berjaya meningkatkan pendapatan para petani di negara ini. Patutlah kebun usahawan Semprot ini harumannya asli serta

26 A G R O M A L A Y S I A

tidak memedihkan mata serta hidung. Kebun yang bebas racun. Para pekerja boleh bertani dengan tenang tanpa risaukan bahaya racun. Paling penting hasilan yang dituai sihat lagi amat berkhasiat hasil penggunaan Semprot. Hampir dua jam bersama wanita mudah mesra ini pasti saya berjaya mengorek rahsia bagaimana menghasilkan tanaman lumayan dengan penggunaan Semprot demi pembaca majalah Agro Malaysia tersayang.


Catatan Penulis (2) BANGKIT DENGAN SEMPROT “Suami saya Norhisam Ramlan meninggal dunia kesan daripada penggunaan racun kimia sepanjang bertani selama 20 tahun. Tragedi pahit itu meningkatkan keazaman saya untuk menghasilkan produk Semprot bagi tanaman sambil berkempen bahaya racun kimia untuk tempoh jangka panjang. “Saya berusaha keras menyedarkan masyarakat bahaya racun tersebut. Saya beri kursus percuma kerana tidak mahu ramai yang kehilangan nyawa akibat racun yang tidak disedari,” luah Nur Wahidah Hambali, 36 tahun, tenang. Jelas beliau lagi pengalaman masa lalu membangkitkan semangat juang dalam diri sehingga sanggup meletak jawatan bagi merealitikan azam yang tersemat kemas dalam dirinya. “Saya berhenti sebagai kakitangan kerajaan walaupun sudah selesa kerana mahu berjuang. Kematian suami amat memberi impak dalam kehidupan saya serta anak-anak yang masih kecil. “Bidang pertanian satu bidang yang murni namun rosak oleh ‘tangan-tangan rakus’ hingga menjejaskan alam sekitar. Saya mahu mengubah landskap pertanian negara ke arah lebih lestari dan organik. Saya mahu memberi pendidikan bahawa pertanian fitrah itu lebih baik,” ujar bekas Penolong Pegawai Pertanian Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor. Tidak terus larut dalam emosi kehilangan insan tersayang, Nur Wahidah meneruskan cerita rangkaian produk Semprot yang diadun daripada bahan-bahan semulajadi yang berfungsi sebagai foliar, kawalan serangga dan perosak.

A G R O M A L A Y S I A 27


Catatan Penulis (3) SEMPROT PILIHAN PETANI Walaupun sedang giat menjelajah Malaysia dengan produk Semprot namun beliau mudah ditemui. Tagline ‘saya ada di mana-mana’ dipraktikkan

28 A G R O M A L A Y S I A

bagi keselesaan pelanggan. Lebih 30 grup Whatsapp ditubuhkan untuk khidmat nasihat serta ilmu. Pesanan ringkas atau mesej media sosial juga dijawab pantas. Muka buku Nur Wahidah meriah dengan

rakan-rakan serta kenalan yang berminat atau baru berjinak-jinak dengan industri tani. Padang ‘bumi hijau’ kini sudah menjadi lombong rezeki beliau sekeluarga serta team Semprot.


Kehadiran rakan kongsi yang berpengalaman luas dalam pemasaran serta promosi iaitu Muhammad Idlan Latip menyemarakkan lagi bara perjuangan Semprot. Operasi pengagihan produk Semprot kepada ejen-ejen serta pelanggan diperkemaskan lagi dengan bantuan Muhammad Idlan yang pernah menimba ilmu pemasaran di Taiwan selama tujuh tahun. Syarikat Idlan Network Marketing milik bapa tunggal itu bertanggungjawab mengedarkan produk organik Semprot ke seluruh negara dengan lebih pantas serta berkesan. Dalam rangka Kembara Semprot Jelajah Malaysia Nur Wahida dan Muhammad Idlan berpadu tenaga untuk meledakkan lagi Semprot kepada golongan sasar khas tanpa mengira golongan. “Kami perlu terus gigih. Pelan pemasaran dan promosi yang dirangka bakal dilaksanakan secara berperingkat. Tumpuan pelanggan bukan sahaja kepada individu tetapi juga pemilik ladang dan nurseri. “Sambil mencurahkan ilmu tani lestari rangkai niaga Semprot juga akan diperluaskan kepada mereka yang berminat menjana pendapatan melalui produk ini. Untuk menjadi ejen tidak payah modal dan hanya perlu bijak menggunakan media sosial,” jelas Nur Wahidah penuh makna. Catatan Penulis (4) SEDEKAH BUAH TIN Terpesona saya melihat barisan pohon-pohon ‘buah syurga’ atau buah tin di kebun Nur Wahidah Hambali. Wahhh...mudahnya cara Nur Wahidah menanam pokok buah tin. Sempoi sungguh. Tidak perlu ‘green house’. Dahan yang ditut ditanam dalam pasu. “Pohon tin mudah ditanam dan boleh hidup subur di negara ini. “Saya guna produk saya sendiri untuk memastikan tanaman subur dan berbuah lebat,” ujar Nur Wahidah, pengeluar produk Semprot yang sedang ‘hot’ di pasaran. Paling menarik, pokok buah tin Nur Wahidah tidak berhenti berbuah. “Saya tidak menjual buah tin. Saya sedekahkan kepada penduduk kampung atau mereka yang mengunjungi tempat ini,” ujar wanita gigih ini.

Profil Nama: Muhammad Idlan Latip Umur: 37 tahun Tel: 012-566 5100 Pengalaman: 1. Pengurus Syarikat Helrry Brother (1998 -2008) 2. Pengurus Pemasaran (Wakil Malaysia) Syarikat Jang Hong International trade Co, LTD, Kaosiung City, Taiwan (2009-2015) Alamat Perniagaan: Idlan Network Marketing Kampung Batu 8, Jalan Raja Musa, 45000 Kuala Selangor, Selangor

A G R O M A L A Y S I A 29


13 Kelebihan Produk Semprot • Menggalakkan pertumbuhan dan kesegaran tanaman. • Meningkatkan kekuatan tanaman. • Meningkatkan kandungan nutrien tanah. • Meningkatkan kesuburan tanah. • Mengubat dan mencegah daripada serangan serangga. • Membantu meningkatkan metabolisma tanaman. • Menghasilkan buah yang berkualiti, cantik dan segar. • Merangsang pengeluaran bunga. • Memulihkan tanah dan memperkayakan mikrob dalam tanah. • Mesra alam, selamat dan menguntungkan. • Mengurangkan kos penggunaan bahan kimia. • Meningkatkan hasil tanaman. • Jimat, selamat dan menguntungkan serta 100 peratus organik.

30 A G R O M A L A Y S I A


A G R O M A L A Y S I A 31


INFO TANI

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Pertanian Bandar Ringankan Kos Sara Hidup

Objektif Program Pertanian Bandar

A

KTIVITI pertanian dalam kalangan penduduk bandar di negara ini masih lagi kurang mendapat sambutan dengan pelbagai alasan contohnya tiada masa, kawasan sempit atau tidak tahu cara menanam sayursayuran. Selain itu mudahnya membeli bekalan sayur-sayuran atau keperluan dapur di pusat-pusat membeli belah, pasar tani atau pasar basah juga menjadi punca orang bandar malas bertani. Untuk merangsang minat bertani atau mengamalkan pertanian bandar, kempen berterusan perlu konsisten dijalankan terhadap golongan sasar. Berdasarkan kepada situasi tersebut, program pertanian bandar dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan penduduk bandar menanam sendiri sayur-sayuran/ tanaman makanan di sekitar kediaman mereka supaya beban kenaikan kos sara hidup dapat dikurangkan. Berikut adalah jenis sayur-sayuran yang sesuai untuk pertanian bandar:

1

2

3

4

Menggalakkan penduduk setempat untuk menanam dan mengeluarkan sendiri bahan makanan bagi menampung keperluan harian serta mengurangkan kos sara hidup. Menambahkan pendapatan sampingan komuniti bandar melalui lebihan pengeluaran hasil pertanian. Menyokong usaha kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan negara. Memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran komuniti bandar.

5

Bawang Putih Seulas bawang putih apabila ditanam semula boleh membiak dan menghasilkan satu labu bawang putih.

6

Daun Bawang Daun bawang mudah ditanam di rumah. Jika membeli daun bawang simpan sedikit untuk ditanam di rumah.

7

Lobak Merah Lobak merah merah boleh ditanam di dalam pasu. Batang Saderi Batang saderi juga mudah ditanam dan dibiakkan dalam kawasan rumah.

32 A G R O M A L A Y S I A

8

Serai Serai mudah ditanam dalam pasu dan boleh membiak dengan subur jika dijaga dengan baik. Kunyit Ditanam di dalam pasu dan diletakan di ruang balkoni rumah anda. Daunnya yang lebar menghijau menyejukkan pandangan. Halia dan Lengkuas Sama seperti kunyit ia juga boleh ditanam dalam pasu dan cantik untuk menjadi penghias rumah. Cili Padi Cili padi selalu menjadi bahan utama dalam masakan. Boleh ditanam di dalam pasu dan berbuah lebat jika dijaga dengan sempurna.


INFO TANI

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Pokok Pudina: Cara dan Panduan Menanam Pada Batas

P

OKOK pudina atau dalam nama saintifiknya dikenali sebagai Mentha Arvensis yang tergolong dalam keluarga Labiatae ini adalah tumbuhan herba jenis pokok berbantang lembut dan beraromatik. Daunnya kecil bujur serta menjalar jika tidak dipotong ini mudah tumbuh di negara kita. Mereka menanamnya di dalam pasu dan diletakkan di kawasan strategik di halaman rumah. Pudina juga berfungsi sebagai penghalau sesetengah makhluk serangga yang menyerang sayuran kita. Oleh itu anda boleh menanamnya bersama sayuran berdaun lain dalam satu batas. Berikut adalah cara menanam pokok herba pudina di atas batas:

1

2 3

4

5

Pokok pudina tidaklah memerlukan cahaya matahari yang banyak cukup sekiranya kawasan yang dipilih itu terkena cahaya pada waktu pagi atau hanya pada waktu petang. Pokok pudina ditanam daripada keratan batang. Gemburkan tanah hingga menjadi ketulan-ketulan kecil. Buang segala benda asing yang terdapat dalam tanah tersebut seperti akar kayu, ranting dan sebagainya. Tambah kompos atau tinja binatang atau kedua-duanya sekali, lima genggam kompos dan segenggam tinja ayam dan tabur pada batas mini yang anda telah gemburkan. Gaul hingga merata. Pastikan kawasan batas tersebut tidak ditakungi air ketika hujan. Pokok pudina alah dengan kandungan air yang banyak.

6

7

8

9

10

Jika tanah anda jenis tanah liat, tambah kompos sebanyak setengah kilogram pada tanah dan gembur hingga sebati. Anda juga boleh menambah rumput kering pada tanah tersebut untuk pengudaraan dan saliran yang baik. Rumput kering akan mereput menjadi humus yang kaya dengan nutrisi dan baik untuk pokok pudina anda. Tanam keratan batang pokok pudina dengan membuat lubang secara rawak ke atas batas sedalam 2 inci setengah. Tanam keratan batang pudina setengah dari panjangnya. Padat-padatkan tanah di sekitar pangkal pokok pudina agar udara mampat di sekelilingnya. Elak tanam terlalu dalam atau terlalu di permukaan tanah untuk mengelakkan keratan batang pokok pudina sukar tumbuh.

A G R O M A L A Y S I A 33


INFO TANI

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Labu Oh Labu Kos murah kaya khasiat

R

AMAI yang menyukai labu tetapi kurang menyedari khasiat sayuran yang berasal daripada keluarga Cucurbitaceae ini. Sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber amat berguna untuk kesihatan tubuh. Kandungan Vitamin A dan C dalam sayuran labu boleh membantu anda mencergaskan tubuh.

34 A G R O M A L A Y S I A


Manfaat Buah Labu • Jika anda menghadapi masalah rabun terutama pada waktu malam atau mengalami ketidakseimbangan gula dalam darah, labu merah amat sesuai untuk menu anda. • Labu kuning pula adalah penawar racun dan cacing pita. Air buah labu sangat berguna untuk penawar racun binatang. Manakala bijinya boleh membantu merawat cacing pita dan mengatasi sembelit. • Pucuk dan daun muda labu boleh dijadikan sayuran yang enak serta amat berkhasiat. • Buah labu boleh dibuat sup, kuih, bubur atau gulai lemak. Buah labu juga boleh dijadikan untuk dibuat kuih.

Panduan Menanam Labu Menanam labu amat mudah dan kosnya juga murah. • Benih labu tidak boleh hidup ditanah yang terlalu sejuk. Labu memerlukan sinar matahari sepanjang hari. • Tanam labu di kawasan yang memiliki tanah dengan daya serap yang tinggi untuk mengelakkan air hujan bertakung dalam kebun anda. • Benih labu harus ditanam berbaris dan pisahkan antara satu sama lain dalam jarak beberepa meter. • Tutup benih labu yang ditanam dengan kompos atau jerami. Kompos akan mencegah pertumbuhan rumput liar dan menyuburkan tanaman anda. • Siram tanaman labu jika tanahnya mula mengering. • Ketika buah labu mulai tumbuh dan berwarna jingga kurangkan jumlah siraman air. Hentikan siraman seminggu sebelum buah labu itu dipetik. A G R O M A L A Y S I A 35


INFO SIHAT

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Terung Kawal Sembelit

T

ERUNG adalah tumbuhan berbuah yang dijadikan sayur-sayuran. Ia boleh dimasak atau dijadikan ulam dan berasal dari India dan Sri Lanka. Jenis-jenis terung yang biasa terdapat di Malaysia ialah terung panjang ungu atau Solanum Melongena, terung bulat, terung bulu, terung telunjuk, terung putih, terung susu kambing dan terung pipit.

8 1

2

3

4

Keistimewaan Terung

Menyihatkan jantung Kandungan kalium dalam terung berupaya menurunkan kadar kolesterol serta membantu menstabilkan tekanan darah yang secara langsung mengurangkan risiko penyakit jantung. Mencerdaskan otak Terung mengandungi fitonutrien yang berperanan melindungi sel-sel otak daripada segala bentuk kerosakan serta melestarikan fungsi memori. Menurunkan berat badan Terung adalah sejenis sayur yang mengandungi kadar air yang tinggi, namun rendah kalori. Hal ini membuatkan ianya makanan yang ideal untuk menurunkan berat badan. Membantu pencernaan Terung juga berupaya menjaga sistem pencernaan badan kerana ia mengandungi bahan serat yang tinggi. Kerap makan terung mampu mencegah sembelit dan menghilangkan risiko kanser usus besar.

36 A G R O M A L A Y S I A

5

6

7

8

Mengawal kadar gula Kandungan serat tinggi dan karbohidrat larut yang rendah sangat bermanfaat untuk mengimbangi kadar gula dalam darah dan mengawal penyerapan glukos. Oleh itu, memakan terung amat baik untuk mengelakkan diabetes daripada menyerang tubuh badan. Mencerahkan kulit Kadar air yang tinggi, mineral dan vitaman dalam terung juga mampu menghasilkan kulit tubuh yang sihatdan bersinar. Melembapkan kulit kepala Di dalam terung terdapat sejumlah mineral dan vitamin baik yang merupakan sumber bagi mengekalkan kulit kepala kekal sihat. Kekerapan memakan terung akan menghindari beberapa masalah berkaitan kulit kepala. Anti penuaan Selain baik untuk menjadikan kulit bersinar, kandungan vitamin E dalam terung seterusnya dapat berperanan mencegah penuaan dengan pengambilan secara rutin akan mengelakkan kulit kerepot dan usang sebelum waktunya.


INFO SIHAT

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Kacang Kelisa

K

Bantu Rawat Vertigo

ACANG kelisa atau selalunya dipanggil kacang botol ialah tumbuhan kekacang yang berasal dari Papua New Guniea. Ia boleh tumbuh dengan baik dalam iklim tropika lembap dengan hujan yang lebat. Oleh itu, kacang kelisa banyak terdapat di kawasan khatulistiwa Filipina, Indonesia, Myanmar hinggalah ke India dan Sri Lanka.

Kongsi Rahsia Kacang Kelisa 1

2

Kacang kelisa muda mengandungi banyak kalsium, zat besi dan vitamin A. Kandungan karbohidratnya pula ialah 30 peratus. Ia juga mengandungi protein yang tinggi. Daunnya saja mengandungi 5-7 peratus kandungan protein, vitamin A, Vitamin C dan garam galian.

3

4

Kandungan asid amino dalam kacang kelisa adalah sama dengan kacang soya. Ia juga mampu mengubati demam campak. Akar kacang kelisa boleh digunakan untuk mengubati penyakit vertigo. Air bancuhan daunnya baik untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul bernanah. Daun kacang kelisa, jika selalu dimakan dapat mencegah ulser kulit. A G R O M A L A Y S I A 37


INFO SIHAT

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Buah Markisa

Cegah Kanser

B

UAH markisa juga dikenali sebuah buah susu. Ia merupakan sejenis pokok menjalar dengan buahnya sedikit masam dan manis, boleh dimakan begitu saja atau dijadikan air minuman. Ia banyak ditanam di negara tropika dan sub-tropika, terutamanya Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawai. Buah markisa terdiri daripada dua jenis, warna kuning dan warna ungu.

8 1

2

3

4

5

Khasiat Buah Markisa Sumber vitamin C Buah markisa mengandungi vitamin C yang sangat baik di mana memakannya dalam kadar yang berpatutan dalam sehari dapat memenuhi 50 peratus keperluan vitamin C untuk tubuh. Antioksidan Kandungan antioksidan dalam buah markisa mampu untuk melawan pelbagai jenis kanser dan radang dalam badan. Menjaga pencernaan Bagi mereka yang menghadapi masalah pencernaan seperti sembelit, pengambilan buah markisa berupaya mengatasi kesulitan itu. Kaya dengan betakerotena Kandungan bahan ini dalam buah markisa mendorong pertumbuhan tulang dan gigi, membaiki sistem tubuh badan, mengurangkan risiko atritis, parkinson dan kemurungan. Zat besi Kandungan zat besi dalam buah markisa dikira cukup tinggi di mana secawan airnya mengandungi sekitar 4 miligram zat tersebut.

38 A G R O M A L A Y S I A

6

7

8

Asid folik Asid berkenaan berfungsi menjaga kesihatan mental dan otak serta mencegah terjadinya kemungkinan cacat pada bayi ketika dalam kandungan. Menstabilkan berat badan Buah markisa dapat membantu menurunkan berat badan kerana rendah kalori, sodium dan juga lemak. Ia turut mampu meningkatkan stamina setelah seharian menjalankan aktiviti harian. Baik untuk penderita asma Melalui buah markisa, asma boleh diringankan oleh kandungan vitamin C yang tinggi, selain keupayaannya mengekang histamin yang merupakan penyebab gelaja tersebut.


INFO SIHAT

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Asam Gelugur

Penawar Demam Panas

A

SAM gelugur atau asam keping adalah sejenis pokok nadir yang dipercayai berasal dari Semenanjung Malaysia yang kemudian disebarkan ke negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan juga India. Buah asam gelugur yang siap diproses sering digunakan sebagai bahan perisa dalam makanan untuk menghilangkan bau atau rasa hanyir pada ikan atau daging. Ia juga sering digunakan untuk menambah rasa kemasaman pada masakan.

5

1

2

Manfaat Asam Gelugur

Buah asam gelugur mengandungi asid sitrik, asid tartarik, asid malik dan asid askorbik yang berperanan sebagai anti bakteria, selain asid hidroksistrik, flavonoid, serat, vitamin dan mineral.

3

4

5

Dengan rajin memakan daun, bunga atau buah asam gelugor turut dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, menurunkan berat badan, mengatasi masalah tidak selera makan dan sakit jantung. Buah, bunga dan pucuknya mengandungi anti oksidan yang tinggi, di mana kekerapan mengambilnya boleh menyumbang untukterlihat awet muda. Air asam gelugur yang dibuat jus atau minuman dapat mengurangkan kolesterol dalam badan, manakala air rebusannya bila diminum menjadi penawar meredakan demam panas.

Air rebusan kulit buahnya sering digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Buahnya boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan untuk melegakan kesakitan gusi. Air rebusan daun dan akarnya juga mampu menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga. A G R O M A L A Y S I A 39


BIOTEKNOLOGI

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Daun Sukun Sebagai Anti Kanser

G

ENERASI Y pasti kurang mengenali daun pokok sukun apatah lagi berminat untuk menjadikan daun tersebut sebagai altenatif perubatan. Namun bagi yang berminat untuk daun buah yang enak ini Agro Malaysia sedia berkongsi dengan anda. Pokok sukun atau nama saintifiknya Artocarpus Altilis mudah hidup di negara kita. Jika dijaga dengan sempurna pokok ini mampu menghasilkan buah yang amat lebat. Pokok sukun yang dipercayai berasal dari Polynesia kini banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Malaysia, Sri Lanka dan Kepulauan Pasifik yang lain.

Khasiat daun sukun • Sebagai anti kanser. • Mengurangkan kadar kolestrol. • Ubat kepada penyakit ginjal • Mencegah inflamasi dan peradangan. • Sebagai ubat kepada penyakit jantung.

Cara penggunaan 1. Pilihlah daun sukun yang segar serta berlubang. 2. Kemudian rebus air selama 30 minit. 3. Sebaiknya air rebus daun sukun ini diminum sekali sehari.

40 A G R O M A L A Y S I A


BIOTEKNOLOGI

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Bunga Puding bukan

sekadar hiasan

P

OKOK bunga puding lazimnya menjadi penghias laman kerana bukan sahaja cantik tetapi boleh membantu merawat pelbagai penyakit.Pokok bunga puding atau nama saintifiknya Codiaeum variegatum menjadi hidupan subur kerana tumbuhan ini mudah membiak dan lasak.

Cara penggunaan

Khasiat daun bunga puding • Membantu melawaskan pembuangan air besar dan kekejangan perut. • Merawat demam panas. • Merawat bisul. • Menurunkan gula darah. Merawat bibir pecah.

1. Rebus daun pokok bunga puding ini selama 30 minit . 2. Minum air rebusannya sebanyak segelas sekali. 3. Daun pokok bunga puding ini juga boleh disapukan pada badan untuk menyejukkan tubuh. A G R O M A L A Y S I A 41


BIOTEKNOLOGI

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Limau Purut Untuk Awet Muda

N

AMA botanik atau saintifik bagi limau purut ialah citrus hystrix. Ia digunakan secara meluas di dalam masakan masyarakat Asia. Dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai kaffir lime, masyarakat Indonesia memanggilnya dengan nama jerut purut, manakala di Thailand dikenali dengan nama Bai Makrut. Pokok limau purut tergolong di dalam keluarga Rutaceae. Walaupun pokok ini berasal dari benua Asia tetapi pada hari ini ia banyak ditanam di Malaysia dan Thailand.

Khasiat daun limau purut • Merendahkan paras kolestrol dalam darah. • Mengharumkan dan menghilangkan bau badan yang busuk. • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh. • Melambatkan proses penuaan, menaikkan seri wajah dan awet muda. Kulit menjadi gebu dan cerah jika digosok dengan kulit limau purut. • Melancarkan peredaran darah sekaligus dapat menghilangkan selesema, kekurangan tenaga dan keletihan.

42 A G R O M A L A Y S I A


BIOTEKNOLOGI

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Hapuskan Nyamuk dengan

SERAI WANGI S ERAI wangi, nama saintifiknya Cymbopogon nardus adalah tumbuhan dari keluarga rumput Poaceae, berasal dari kawasan tropika Asia. Serai wangi biasanya ditanam di kawasan rumah atau secara komersial untuk penghasilan minyak pati. Serai wangi amat popular dalam kalangan wanita yang baharu lepas bersalin untuk mandian herba. Ia juga digunakan untuk menghalau nyamuk, lalat, serta tikus.

Khasiat serai wangi • Mencegah radang kulit. • Mencegah masalah pencernaan. • Meransang peredaran darah dan merendahkan tekanan darah. • Sebagai asas dalam industri kosmetik. Di antaranya mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. • Sebagai penghalau nyamuk.

A G R O M A L A Y S I A 43


BIOTEKNOLOGI

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Elak Sakit Urat dengan

Daun Cekur

C

EKUR atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga Zingiberaceae adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 sentimeter dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda manakala batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari. 44 A G R O M A L A Y S I A

Khasiat daun cekur • Merawat atau mengelakkan sakit urat saraf. • Melegakan batuk. • Melegakan bengkak. • Menghilangkan sakit sendi. • Membuang angin. • Amalan memakan daun cekur sebagai ulam juga boleh menaikkan seri wajah serta awet muda.


JEJAK BISNES

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Faeiz Dumyati Legasi ‘Raja Kerepek’ Banting 46 A G R O M A L A Y S I A


Catatan Penulis (1)

KEREPEK PISANG TANDUK ‘TERLAJAK LARIS’

K

EREPEK pisang tanduk syarikat Siti Noridah Enterprise memang ‘terlajak laris’. Jadi rebutan kalangan peraih dan pemborong. Permintaan mengatasi bekalan hingga ada yang sanggup ‘bertunggu bertangga’ di premis yang terletak di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor. Peraih atau pemborong datang dari segenap pelusuk negara. Ada yang yang membawa lori lima tan, kenderaan pacuan empat roda dan juga van. Kagum saya melihatnya. Saya bernasib baik ‘ada kabel’ bolehlah mendapat sedikit bekalan kerana sudah terlanjur berjanji dengan kenalan untuk membawa ‘ole-ole’ dari daerah yang terkenal dengan industri pengeluaran kerepek tersebut. Begitulah larisnya kerepek apabila musim perayaan. Namun sebaik bulan Syawal berakhir industri kerepek menjadi suram semula. Inilah dilema yang dihadapi oleh kebanyakan usahawan pengeluar kerepek negara ini. Produk laris ikut musim dan

‘mood’ pengguna. Berkenalan dengan Mohd Izzat Faiz Mohd Yusoff atau dikenali sebagai Faeiz Dumyati memberi peluang kepada Agro Malaysia menyusuri perjuangan dunia bisnes syarikat Siti Noridah Enterprise sebagai ‘Raja Kerepek’ Banting, Selangor. GANDA USAHA SITI NORIDAH ENTERPRISE “Saya mahu menggandakan usaha Siti Noridah Enterpise menginovasikan pelbagai produk berasaskan ubi, pisang, keladi, labu ataupun sukun. Yang paling saya impikan adalah menghasilkan kerepek pisang coklat yang boleh disejukbekukan,” lafaz Mohd Izzat Faiz dalam satu pertemuan santai dengan Agro Malaysia di ibu negara. Saya membiarkan jejaka ini bercerita mengenai cita-cita dan impiannya dalam dunia niaga. Sebagai orang muda yang dibesarkan dalam masyarakat usahawan tani pasti beliau lebih memahami apa yang mahu direalisasi untuk cemerlang.

IKHTIAR...Mohd Izzat Faiz merancang untuk mempelbagaikan inovasi kerepek untuk menarik pelanggan khasnya generasi Y.

A G R O M A L A Y S I A 47


Catatan Penulis (2) FASIH BERBAHASA ARAB

Faeiz Dumyati (kanan) bersama bapa saudaranya, Haji Abdul Aziz Wasidi.

48 A G R O M A L A Y S I A

Saya ada keyakinan terhadap tekad anak muda ini untuk membawa produknya ke persada antarabangsa khasnya di negara Timur Tengah. Beliau fasih berbahasa Arab dan pernah menuntut di Mesir, berpengalaman sebagai penterjemah dan menjadi pemandu pelancong orang Arab yang berkunjung ke negara ini. Ramai

kenalan beliau daripada anakanak muda dalam dan luar negara yang juga minat berniaga. “Saya tidak boleh berpusat di satu tempat dan menunggu pelanggan. Usaha berterusan perlu dijalankan tanpa jemu,� kata beliau selesa dengan panggilan Faeiz Dumyati. Anak sulung daripada lima beradik ini juga sudah memiliki syarikat sendiri iaitu FYD Helwa Enterprise.


Catatan Penulis (3) IMPIAN FAEIZ DUMYATI MEMPELBAGAI INOVASI TANI “Saya tidak mahu industri kerepek Banting hanya ‘panas’ pada musim perayaan. Selepas raya menjadi ‘sejuk dingin’. Lebih sukar lagi jika berlaku lambakan bahanbahan mentah. Harga yang tidak stabil kerana permintaan berkurang. “Menyedari keadaan tersebut, kerepek pisang perlu dipelbagaikan rasanya. Contohnya, kerepek pisang coklat dan kerepek ubi kayu BBQ untuk merangsang ‘mood’ penggemar kerepek khasnya kalangan generasi Y,” kata Faeiz Dumyati. Jejaka yang kaya dengan senyuman ini, memiliki Ijazah Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar Cawangan Dumyat, Mesir. Sejak kembali ke tanah air lebih setahun lalu, beliau menggalas tanggungjawab mempromosi dan memasarkan produk kerepek keluaran syarikat Siti Noridah Enterprise milik bapa saudaranya iaitu Haji Abdul Aziz Wasidi

yang beroperasi di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor. Haji Abdul Aziz yang pernah bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat perkhidmatan kurier menubuhkan syarikat tersebut bersama isterinya Hajjah Siti Noridah Haji Tohiron pada tahun 2002. Antara cabaran Faeiz Dumyati adalah bagaimana mahu melipatgandakan keuntungan supaya para pekerjaan yang terdiri daripada ahli keluarga dan penduduk tempatan turut menerima hasilnya. KEAZAMAN TINGGI Anak muda yang dibesarkan dari rezeki pertanian ini juga menyimpan azam yang amat tinggi untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat tani di daerahnya melalui usaha mempelbagaikan produk inovasi bukan sahaja berasaskan pisang dan ubi kayu semata-mata tetapi juga sukun serta keledek. “Saya adalah anak peladang sejati. Daripada datuk hingga ayah serta kebanyakan

bapa saudara saya merupakan pekebun kecil yang menampung hidup hasil bercucuk tanam seperti cili, buah-buahan serta sayur-sayuran. “Penubuhan syarikat Siti Noridah Enterprise membuka lembaran baru bagi keluarga kami. Sedikit demi sedikit pendapatan keluarga dapat dipertingkatkan hasil jualan pelbagai jenis kerepek dari hasil tani yang kami proses sendiri. “Bermula dengan ahli keluarga sebagai pekerja kini operasi dibantu oleh penduduk kampung daerah ini,” katanya mengimbas kembali bagaimana syarikat tersebut ditubuhkan. Jelas beliau, nama Siti Noridah Enterprise diabadikan daripada nama isteri Haji Abdul Aziz (Siti Noridah) yang banyak menyokong perjuangan suaminya sebagai usahawan kerepek. Ibu Faeiz Dumyati iaitu Kalsom Isman turut menjadi tulang belakang memajukan syarikat tersebut selain seorang lagi ibu saudaranya, Nor Azna Wasidi. A G R O M A L A Y S I A 49


Catatan Penulis (4) KEREPEK SITI NORIDAH LAHIR RAMAI USAHAWAN Berkat usaha gigih mereka, jumlah pengeluaran produk mampu dipertingkatkan hingga mencecah lima hingga tujuh tan seminggu. Kerepek Siti Noridah Enterprise menjadi rebutan pemborong-pemborong bukan sahaja sekitar daerah tetapi juga luar Selangor. Ramai peniaga membeli kerepek tersebut secara borong dan dibungkus semula menggunakan jenama masingmasing. Sejak beroperasi 12 tahun lalu syarikat Siti Noridah Enterprise secara tidak langsung melahirkan ramai usahawan makanan ringan dan menjana pendapatan tambahan kepada ‘usahawan’ musim raya. Usaha Siti Noridah Enterprise yang pada awalnya hanya sekadar ‘produk belakang rumah’ kini turut mempopularkan Banting sebagai daerah penghasilan kerepek yang lazat, rangup, halal lagi berkualiti tinggi. Dengan adanya ladang-ladang pisang melebih 50 ekar termasuk di Pahang proses menghasilkan kerepek semakin lancar khasnya pisang tanduk dan ubi kayu.

50 A G R O M A L A Y S I A


Profil Ringkas Nama: Mohd Izzat Faiz Mohd Yusoff(Faeiz Dumyati) Umur: 29 tahun Asal: Banting, Selangor Pendidikan: Ijazah Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Cawangan Dumyat Mesir. Nama Syarikat: Siti Noridah Enterprise Produk: • Kerepek pisang tanduk, kerepek ubi pedas, maruku, kerepek bawang, karipap mini dan lain-lain. • Turut dijual adalah pisang tanduk dan anak pokok pisang tanduk. • Jumlah pengeluaran kerepek pisang - lima hingga lapan tan seminggu. Telefon: 019- 230 5240 / 0111- 544 0895 Alamat: Lot 1386 Batu 22 1/2, Jalan Durian/Sukun Kanchong Darat 42700 Banting, Selangor

GIGIH TIMBA PENGALAMAN Menjelaskan lagi perancangan masa depan Siti Noridah Enterprise, Faeiz Dumyati berkata, adalah menjadi hasrat beliau untuk membantu mempelbagaikan lagi produk khasnya daripada hasil bumi daerah itu. “Niat saya adalah untuk meneruskan legasi Pak Ngah (Haji Abdul Aziz) dan ibu. Jika produk yang diinovasikan mendapat sambutan keuntungan boleh dipertingkatkan lagi. “Dengan cara ini kadar upah pekerja dapat dipertingkatkan dan rangkai niaga boleh ditambah. Insya-Allah kami sedang gigih berusaha untuk mencapai misi itu,” luah Faeiz Dumyati lagi.

Bagaimanapun untuk melaksanakan impiannya, beliau perlu gigih menimba pengalaman khasnya daripada bapa saudaranya sendiri. “Pak Ngah mahu saya bermula daripada bawah. Bukan sahaja bertemu pelanggan tetapi juga ‘turun’ ke kebun pisang. Saya sedar tidak ada jalan singkat untuk berjaya tanpa usaha yang gigih,” ujar beliau yang turut berpengalaman menjadi pemandu pelancong dan penterjemah kepada pelancong Arab yang berkunjung ke negara ini. Dalam kesibukan menguruskan perniagaan keluarga, Faeiz Dumyati tetap meluangkan masa menjadi guru al-Quran dan bahasa Arab di tempat beliau. A G R O M A L A Y S I A 51


JEJAK USAHAWAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

INSPIRASI

‘Buah Syurga’

Saf Fa Fig Garden 52 A G R O M A L A Y S I A


Catatan Penulis (1) DIPAYUNGI RIBUAN POHON TIN EJUJURNYA, saya terpukau seketika dipayungi ribuan pohon-pohon tin yang merimbun milik Saf Fa Fig Garden. Buahbuah comel bergayut lebat cukup mempersonakan. Ada yang baru mula berputik manakala yang sedang masak ranum menunggu masa untuk disunting. Pawana yang bertiup permai mengalunkan tarian dedaun sebagai fisioterapi pancaindera. Kebun yang dijaga rapi serta bersih ini dipagari dengan semaian anakanak pokok zaitun. Jika pandangan tidak dikejutkan dengan hamparan sawah padi yang terbentang menguning di hadapan kebun pasti saya tidak menyedari diri berada di tanah air. Manakan tidak, buah tin segar yang dahulunya hanya saya nikmati

S

di bumi Osmaniah (Turki) kini sudah terbentang depan mata. Boleh dipetik dan dimakan tanpa mengira musim. Anak jati Kampung Saga Rantau, Negeri Sembilan yang bernama Shamsul Akmal Shamsudin sudah membuktikan bahawa tumbuhan yang dikatakan eksklusif ini boleh hidup subur dalam iklim khatulistiwa. Cuaca panas dan lembap sepanjang tahun amat sesuai untuk pohonpohon tin bermahligai di bumi bertuah ini. Saf Fa Fig Garden yang mengorak langkah membina ‘taman pohonpohon syurga’ ini sejak Februari 2016 telah membiakkan lebih dua ribu pokok buah tin atau nama saintifiknya Ficus carica iaitu sejenis buah daripada keluarga Moraceare.

A G R O M A L A Y S I A 53


‘SIFU’ BUAH TIN Dengan koleksi lebih empat ratus variati menggambarkan inspirasi Shamsul Akmal terhadap buah tin yang juga dikenal dengan nama ‘buah Ara’ (sempena nama pokok Ara dalam al-Quran) bukan kepalang. Lelah team Agro Malaysia mengharungi perjalanan dari ibu kota ke Kampung Rembang Panas Juasseh, Kuala Pilah negeri Adat Perpatih ternyata berbaloi. Ternyata usahawan berusia 47 tahun ini boleh menjadi ‘sifu’ kepada khalayak yang menyulam impian menjadikan buah yang kaya khasiat ini cabang rezeki baru menjana pendapatan.

54 A G R O M A L A Y S I A


Catatan Penulis (2) DUNIA BARU SHAMSUL AKMAL “Saya bukanlah pakar dalam bidang pertanian. Namun dengan lahirnya Saf Fa Fig Garden, saya memulakan gedung ilmu untuk berkongsi pengetahuan dengan masyarakat umum khasnya peminat pokok istimewa ini,� tutur Shamsul Akmal merendah diri sebelum memulakan bicara. Sebelum menyambung perbualan, Shamsul Akmal menghidangkan dua dulang buah tin pelbagai warna daripada variati berbeza. Ada yang merah tua, hijau berbintik perak, hijau berjalur kuning yang telah disejukkan dan ada yang baru dipetik oleh pekerja ladang. Sambil menanti Shamsul Akmal menyusun belahan buah tin yang diatur cermat dalam piring. Kami merakamkan foto-foto buah yang teksturnya amat halus, indah lagi berseni. Anugerah Allah SWT terhadap setiap biji teksturnya amat berbeza. Bagai lukisan abstrak yang tidak semua insan mampu mentafsirkan ertinya. Buah yang cukup sempurna. Manis, rangup, mewah khasiat untuk mencegah penyakit daripada bersarang dalam tubuh dan mengekalkan kecergasan minda. Penggunaan yang amat berfaedah daripada buah, akar, batang, ranting, daun hinggalah getahnya. Tanaman yang mudah dibiakkan melalui keratan ranting yang sudah matang menjadikan pokok tin hadiah sangat bernilai daripada Allah SWT yang tiada bandingan kepada hamba-Nya. A G R O M A L A Y S I A 55


BUKAN TANAMAN KUMPULAN ELIT Penerokaan saya di Saf Fa Fiq Garden mencelikkan lagi tanggapan saya terhadap penanaman pokok tin di negara ini. Usaha pengembangan pokok tin perlu dilihat dalam perspektif yang berbeza. Bukan lagi tanaman untuk ‘kumpulan elit’ atau ‘kebun orang berduit’ tetapi mampu diusahakan insan yang rajin dan tekun. “Setiap variati ada kelebihan. Jangan menilai secara luaran lalu membandingkan dengan harga atau kos sehingga menumpulkan minat untuk memiliki tanaman ini,” ujar Shamsul Akmal mencerahkan lagi peluang orang ramai menanam pokok ini secara peribadi atau komersial. Sebelum memilih tanaman tersebut sebagai hijrah baru selepas bersara awal dari MASkargo Logistics, Shamsul Akmal giat membuat kajian yang menemukan beliau keistimewaan buah ini.

56 A G R O M A L A Y S I A


HAB PELANCONGAN BARU KUALA PILAH Berbekal modal sendiri, beliau membeli empat ekar tanah di kampung ibu mertuanya sebagai lokasi Saf Fa Fig Garden. Desa yang tenang dan nyaman serta dikelilingi bukit bukau menghijau sebagai nilai tambah untuk Saf Fa Fig Garden muncul sebagai satu lagi hab pelancongan yang mampu menarik orang luar mengunjungi daerah Kuala Pilah. Sa Fa Fig Garden bagaikan sebuah lagi jendela pemangkin yang amat berpotensi menggerakkan industri pokok tin bukan sahaja khusus untuk Negeri Sembilan malahan juga di Malaysia. “Iklim Malaysia amat istimewa yang membolehkan tanaman ini cepat membiak dan berbuah sepanjang tahun. Ladang-ladang pokok tin boleh menjadi tarikan pelancong luar ke negara ini. “Keadaan ini berbeza dengan negara yang memiliki empat musim,” ujar beliau yang tidak lokek berkongsi tips penjagaan pokok tin dengan Agro Malaysia. Jelasnya, bagi menceriakan pelancongan daerah, Saf Fa Fig Garden membuka pintu untuk dikunjungi oleh khalayak dalam dan luar daerah dengan koleksi pokok tin sebagai aset utama. “Orang ramai boleh melihat sendiri bagaimana tanaman ini diusahakan atau membeli anak-anak pokok serta buah tin. Pelbagai variati disediakan dengan kadar harga mampu milik. Kami juga sedang membuat penyelidikan untuk menghasilkan minuman daun tin yang berkhasiat. Selain itu, bebarapa lagi produk berasaskan buah tin akan diperkenalkan di Saf Fa Fig Garden,” jelas mantan Pengurus Besar MASkargo Logistic. A G R O M A L A Y S I A 57


Catatan Penulis (3) JELAJAH BUAH TIN DI LUAR NEGARA Bagi menambah pengetahuan, Shamsul Akmal tidak jemu melawat ladang-ladang tin terkenal di luar negara. Beliau juga aktif berkongsi informasi dengan sahabat-sahabat sealiran menggunakan media sosial termasuk Whatsapp dan Facebook.

58 A G R O M A L A Y S I A

Sebagai pengumpul koleksi pokok buah tin Shamsul Akmal juga tekun mengabadikan setiap momen perkembangan pokok-pokok kesayangan. Beliau merakamkan sendiri foto-foto sewaktu proses percambahan tunas baru, aktiviti mengerat ranting, tut dan pembesaran buah serta pohonnya.


ARKIB SAF FA FIG GARDEN Ribuan foto tanaman disimpan dalam arkib peribadinya termasuk foto-foto melawat ladang-ladang tin di luar negara. Ramai sahabat dan peminat buah tin menjadikan Saf Fa Fig Garden tempat rujukan untuk menyelami hayat pokok tin di Malaysia dan negara luar. Sewaktu mengunjungi ladang saya bertemu dengan sekumpulan pelajar dari pusat pengajian tinggi yang menjadikan Saf Fa Fig Garden pusat rujukan untuk menambahkan ilmu dalam industri ini. Semoga usaha murni Shamsul Akmal melalui Saf Fa Fig Garden membuka ruang baru membantu mempelbagaikan pendapatan yang bermanfaat untuk semua pihak.

PROFIL Nama: Shamsul Akmal Shamsudin Pendidikan: Degree in Estate Management, University of Northumbria Newcastle, United Kingdom Pemilik: Saf Fa Fig Garden No. 30, Kampung Kuala Rembang Panas Juasseh 72500 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Tel: 06-498 1761 / 012-200 9080 Nama Isteri: Prof. Dr Zahira Yaakob, Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia Anak-Anak: 1. Zubair Shamsul Akmal, graduan tahun akhir Chemical Engineering, University of Iowa USA. 2. Safwan Shamsul Akmal, Degree in Translation University of Azhar, Egypt. 3. Ehsan Shamsul Akmal, 17 tahun. Nota: Shamsul Akmal adalah berpengalaman selama 20 tahun dalam MASkargo Logistics dan jawatan terakhirnya sebelum bersara awal adalah General Manager (empat tahun).

A G R O M A L A Y S I A 59


Khasiat Buah Tin kalium, omega 3 dan Memakan buah tin secara harian juga 1 Kandungan omega 6 pada buah tin boleh mem- 6 dapat mengurangkan keletihan, meninbantu menjaga tekanan darah tinggi dan mengelakkan dari serangan penyakit jantung.

2

Buah tin kaya dengan serat yang sangat baik untuk menurunkan berat badan.

gkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.

serat larut dalam buah tin 7 Terdapat yang dipanggil Pektin, ia sangat ber-

manfaat untuk mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah.

buah tin sebagai rutin harkadar air yang tinggi di dalam 3 Memakan 8 Berikutan ian juga dapat mengurangkan risiko buah tin, ia juga boleh bertindak sekanser payudara.

coumarin pada buah tin 4 Kandungan mampu mengelakkan risiko kanser prostat untuk kaum lelaki.

5

Kandungan tryptophan dalam buah tin dapat menyenyakkan tidur dan sekaligus menyingkirkan masalah gangguan seperti insomnia dan sebagainya.

60 A G R O M A L A Y S I A

bagai pembersih kulit yang baik dan membantu mencegah jerawat.

kalsium dan kalsium alterna9 Kandungan tif dalam buah tin adalah sangat baik sebagai terapi perubatan untuk mereka yang alergik terhadap produk tenusu.

tin turut kaya dengan phenol dan 10 Buah benzaidehid, suatu bahan anti tumor yang sangat berkesan.


itu, dalam kitab tafsir Al Munir, tulisan 11 Selain Dr. Wahbah Az Zuhaili, tokoh ulama Syria ada

menyebut, pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari selama sekurang-kurangnya 40 hari dapat memberi manfaat seperti berikut:

a

Membersihkan buah pinggang dan suatu bentuk rawatan kepada buah pinggang yang rosak.

b

Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.

c

Memecahkan batu karang dalam badan.

d e f g h

Menyegarkan badan yang lesu. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan. Rawatan buasir. Meredakan sakit kulit seperti ruam serta panau. Rawatan bagi gout.

Khasiat Daun Tin 1

Meminum air rebusan daun tin dapat membantu pesakit diabetis mengurangkan jumlah insulin dalam badan.

2

Di dalam daun tin terdapat kandungan polyphenois yang berperanan sebagai anti oksidan dan benzaldehyde serta coumarins yang baik sebagai anti tumor dan kanser.

3

Khasiat lain daun tin ialah mengawal tekanan darah tinggi, mengurangkan risiko sakit jantung, mengurangi sesak nafas, melancarkan pembuangan air kecil dan besar, membersih hati dan limpa, mencegah kanser usus besar, mengawal kadar gula dalam darah dan melambatkan penyerapan glukos dalam usus kecil.

4

Daun tin tidak mengandungi garam, lemak dan kolesterol.

A G R O M A L A Y S I A 61


INFO PRODUK

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Pilihan Ramai Viral Tanpa Henti Kongsi khasiat buah tin, habbatus sauda dan madu.

K

OPI pracampuran buah tin semakin diminati penggemar kopi. Rasanya yang enak, lazat berkhasiat menjadikan kopi tersebut semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Selain buah tin, Coffee Rider turut memanfaatkan khasiat habbatus sauda dan madu dalam kandungannya untuk memberi nilai tambah kepada penggemarnya. Sejak diperkenalkan pada Mac 2016, Coffee Rider memulakan promosi dan 62 A G R O M A L A Y S I A

pemasaran dengan tagline ‘menjana tenaga, secekal pengembara dan ‘Viral Tanpa Henti’. Coffee Rider dipasarkan melalui promosi yang berterusan dalam media sosial dan media cetak. Selain itu turut merancakkan jualan adalah pelantikan ejen-ejen secara berperingkat di seluruh negara. Anda yang berminat untuk menjadi ejen Coffee Rider boleh menghubungi talian 012-2015 234.


Jom Mengopi Rider!

Hubungi: A&D BAKTI TRADING 10-3, Jalan PJU 5/4, Dataran Sunway Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor 012-2015 234 sales.andbt@gmail.com facebook.com/MyCoffeeRider blogandnetwork.blogspot.com

A G R O M A L A Y S I A 63


‘UNIVERSITI COFFEE RIDER’ SENARAI TEAM COFFEE RIDER

Anda boleh menghubungi mereka untuk Coffee Rider.

ARMASI DUTAHEALTH

AZRA GRILL TRUCK

No. 12, Jalan Dataran Kemuning 1 (Rawang & Food Truck) Dataran Kemuning 70450 Tel: 012-637 9835 Senawang, Negeri Sembilan 010-421 8544

NOREMELIA MOHAMAD NOR (KL)

Tel: 017-6766 621

Tel: 06-675 1587

JARIAH JURAIMI

SHAMSUHAZLI MAMAT

FAIZAL NORDIN

FAIRUZ

Tel: 018-230 0628

Tel: 017-622 2280

Tel: 012-750 0053

Tel: 013-625 6867

(Labu/ Nilai/ Sepang)

(Selangor/ KL)

(Johor)

(Negeri Sembilan)

HASSURIA RAYYAN

AYONG

KAK LONG

MAMA FATIHAH

Tel: 011-3932 0994

Tel: 014-212 9284

Tel: 011-1140 4128

Tel: 012-388 8249

(Jelebu)

(UIA Gombak)

(Perak, Selangor)

ABANG AWAL

NETTY

IDRIS TRADING

Tel: 019-322 2930

Tel: 019-358 4208

Tel: 019-210 1245

(Johor)

64 A G R O M A L A Y S I A

(Selangor/ KL)

(Negeri Sembilan)

(Gombak)

JAMIAH HUSIN (Teluk Intan, Perak) Tel: 019-540 8379


‘UNIVERSITI COFFEE RIDER’ SENARAI TEAM COFFEE RIDER

Anda boleh menghubungi mereka untuk Coffee Rider.

KASSIM LEE (Selangor)

Tel: 011-1232 4982 / 019-2003 738

WARISAN KEREPEK

AFIKAH DATO ZAMRI

FAIZ

FAUZIAH NORDIN

Tel: 019-644 1155

Tel: 013-320 2928

Tel: 019-230 5240

Tel: 013-620 3153

(Negeri Sembilan)

(Pahang)

(Banting)

(Negeri Sembilan)

HJ SAIFUL BAHARI MARZUKI

IWAN

NURUL

ROSILAH

Tel: 019-330 3466

Tel: 019-965 9311

Tel: 012-544 4372

Tel: 017-236 8439

(Petron Kampung Datuk Keramat)

(Pahang)

(Negeri Sembilan)

SAKINAH

SITI HAJAR

USTAZ HAZRUL

Tel: 017-596 7078

Tel: 012-656 1917

Tel: 019-892 2177

(Negeri Sembilan)

(Putrajaya)

(Sabah)

(Negeri Sembilan)

ZAMBRI CHE BADRULDDIN (Temerloh)

Tel: 013-937 1189 A G R O M A L A Y S I A 65


RESTORAN PILIHAN Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Stik Wa’gyu Memang Perghhh... 66 A G R O M A L A Y S I A


Catatan Penulis (1)

S

ATU persatu saya meneliti bungkusan daging yang disusun kemas dalam peti sejuk restoran ternama ini. Bukan sahaja ada daging lembu, terdapat juga daging ayam, kambing dan ikan salmon berserta kepalanya yang sedia untuk dipanggang. Tanda harga jelas tertera pada setiap kepingan daging tersebut yang membolehkan pelanggan memilih mengikut bajet masing-masing. Harga pula mengikut berat daging dan jenisnya. Apabila mengunjungi Me’nate Steak Hub idaman menu saya pastilah stik lembu Wa’gyu yang luar biasa lazatnya. Stik Wa’gyu di sini tidak diragui status halalnya tambahan pula salah seorang rakan kongsi pemilik restoran ini adalah kenalan rapat sejak 30 tahun lalu. Daging gred eksklusif ini apabila dipotong, teksturnya umpama songket yang ditenun cantik dan halus. Warna dagingnya lebih merah, rendah lemak dan kaya dengan Omega 3 dan Omega 6. Apatah lagi apabila dipanggang bukan sahaja aromanya menjerat selera malah rasa daging juga berperisa, segar dan manis. Lembu Wa’gyu genetiknya berasal dari negara Matahari Terbit (Wa’gyu dalam bahasa Jepun - Wa’ bermakna Jepun dan Gyu’ bererti lembu). Kerap juga si Wa’gyu disebut sebagai lembu tebaik dan termahal di dunia.

A G R O M A L A Y S I A 67


Catatan Penulis (2) LEMBU TEPUK YANG DIMANJAKAN DENGAN MUZIK MOZART Sewaktu mengunjungi Australia Barat, saya diperkenalkan dengan lembu Wa’gyu yang saya panggil ‘lembu tepuk’ yang ‘diurut’ semasa diberi makan bijirin sambil diperdengarkan muzik Mozart. Tujuannya, supaya lembu Wa’gyu boleh menikmati makanan dengan tenang dan menghasilkan daging yang tidak ‘stress’. Bagi memastikan kandungan daging ternakan ini kaya dengan khasiat, lembu

68 A G R O M A L A Y S I A

Wa’gyu disimpan dalam sebuah kandang makanan untuk tempoh 300 ke 600 hari. Bijirin yang dipilih untuk lembu berkenaan daripada makanan bertenaga tinggi seperti barli, gandun dan jagung. Sewaktu lembu Wa’gyu disembelih binatang ini dipisahkan terlebih supaya tidak ‘dilihat’ oleh kelompoknya sendiri. Lembu yang ‘stress’ akan menghasilkan daging yang ‘stress’ serta keras. Inilah yang paling dielakkan oleh para penternak di negara kanggaru.


SOS LADA HITAM Stik Wa’gyu yang disajikan bersama sos lada hitam dan cendawan memang perghhhh. Tidak banyak restoran stik menyediakan daging Wa’gyu di negara ini. Me’nate Steak Hub mengerti keinginan pelanggannya. Paling penting harga stik Wa’gyu di Me’nate tidak membuat saya ‘stress’. Harganya jauh lebih murah daripada stik Wa’gyu yang saya nikmati di hotel-hotel ternama di negara ini. Pernah juga sekeping stik Wa’gyu yang saya nikmati dengan berat 150 gram harganya RM1,000 (di restoran Jepun Muslim di Tokyo). Alahai...patutlah Me’nate Steak Hub pantas meniti di bibir pencinta stik sejak beroperasi di ibu kota.

A G R O M A L A Y S I A 69


Me’nate Steak Hub

Sajian terbaik pilihan pelanggan

ANGUS STRIPLOIN

LAMB RACK

ANGUS RIBEYE

BEEF AGLIO e OLIO

70 A G R O M A L A Y S I A


LAMB LOIN

FRENCH RACK

FRESH SALMON STEAK (BONELESS)

WA’GYU RIBEYE A G R O M A L A Y S I A 71


RANGKAIAN ME’NATE STEAK HUB Cawangan Ampang No. 16, Jalan Kolam Air Lama Satu Taman Shuet Liang 68000 Ampang Jaya Kuala Lumpur 03-4251 3460

72 A G R O M A L A Y S I A

Cawangan Setapak C-01-03, Starparc Point Jalan Taman, Ibukota Off Jalan Genting Klang 53300 Kuala Lumpur 03-4131 1611 / 03-4131 0005

Cawangan Bangi No. 25, Jalan Medan Pusat 2D 3B Curve Business Park, Seksyen 9 43650 Bandar Baru Bangi Selangor 03-8922 0254


A G R O M A L A Y S I A 73


Catatan Penulis (3)

KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI - SYED SHAFIQ Amat mudah berurusan dengan jejaka yang bernama Syed Shafiq Syed Mohamed ataupun lebih mesra dikenali sebagai Syed Shafiq. Sebagai Ketua Operasi Palace Butcher Resources Sendirian Berhad (juga mengendalikan rangkaian Me’nate Steak Hub), beliau tahu apa yang perlu disediakan untuk team Agro Malaysia.

PRIHATIN TERHADAP ISU VIRAL Menurut Syed Shafiq, tugasan beliau adalah memastikan supaya segala operasi syarikat berjalan dengan lancar. “Bermula dengan pembelian bahan mentah, penyimpanan stok serta penjualan produk,” jelas beliau yang sudah berkhidmat dengan syarikat tersebut sejak setahun yang lalu. Sebelum ini Syed Shafiq pernah menimba pengalaman sebagai pengurus Jakel di Terengganu.

Profil Nama: Syed Shafiq Syed Mohamed Jawatan: Ketua Operasi Palace Butcher Resources Sdn Bhd Umur: 32 tahun (anak bongsu daripada tiga beradik) Pendidikan: Malaysian Institute of Avation Technology Pengalaman Kerja: Pengurus Jakel Terengganu

Jelasnya, selain itu adalah menjadi tanggungjawab beliau memastikan prestasi para pekerja berada dalam tahap terbaik agar setiap pelanggan yamg datang dilayan mesra, cekap serta berhemah. Beliau berkata, rangkaian petugas adalah seramai seratus orang termasuk yang bertugas di bahagian dapur dan penyediaan hidangan. Mengulas mengenai cabaran mengendalikan restoran ternama itu, beliau berkata kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan. “Kami mahu memastikan para pelanggan berpuas hati dengan layanan yg diberikan. 74 A G R O M A L A Y S I A

Kami juga berusaha keras menangani isu-isu viral jika tersebar dalam media sosial. Kami amat prihatin demi menjaga nama baik rangkaian restoran ini,” ujarnya berhemah. Syed Shafiq juga berkata suasana bekerja di Me’nate Steak Hub amat santai, selasa dan menarik. Jelas Syed Shafiq, beliau berazam mahu meningkatkan lagi pengalaman dan menimba ilmu untuk membina masa depan yang cemerlang. “Pada masa yang sama juga saya berharap Me’nate Steak Hub menjadi sebuah restoran stik yang terbaik di tanah air dan melebarkan sayapnya hingga ke luar negara,” ujar Syed Shafiq serius.


Catatan Penulis (4)

SAJIAN BERPERISA MEMUKAU SELERA Layanan yang mesra serta sajian dari ‘air tangan’ chef yang berperisa adalah faktor utama rangkaian Me’nate Steak Hub menjadi pilihan ramai. Pelanggan tidak perlu menunggu lama kerana sajian dihidangkan tepat pada masanya. Gaya hidangan dan susun atur meja makan memberi nilai tambah untuk menaikkan selera pelanggan. Rangkaian Me’nate Steak Hub bukan sahaja menawarkan sajian Wa’gyu

Selain itu juga Me’nate Steak Hub sering menawarkan harga pakej yang menarik pada musim tertentu. Contohnya diskaun harga sempena bulan merdeka Me’nate Steak Hub menawarkan potongan harga sehingga 20 peratus. Restoran ini juga turut berkongsi hidangan enak dengan mengadakan open house khas bagi kenalan serta para pelanggannya.

semata-mata tetapi juga banyak pilihan sajian lain tidak kurang lazatnya termasuk lamb chop, chicken chop, salmon panggang dan pelbagai menu yang pasti membuatkan anda kembali semula ke sini. Paling istimewa restoran ini tidak mengenakan bayaran terhadap minuman untuk sajian stik. Pilihlah minuman panas atau sejuk semuanya disediakan percuma dan boleh minum ikut kemahuan anda.

Hubungi: PALACE BUTCHER RESOURCES SDN. BHD. C-02-02, Starpac Point Jalan Taman Ibu Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur 019-3911 047 / 019-261 1047 / 019-477 1047 palacebutcher@gmail.com www.facebook.com/MenateSteakHub

A G R O M A L A Y S I A 75


Profil Nama: Muhammad Fazli Abdullah Jawatan: Ketua Chef Rangkaian Me’nate Steak Hub Umur: 39 tahun Pendidikan: Diploma In Chef Traning, ITM (UiTM) - 1997 Pengalaman Kerja: 18 tahun di restoran ternama. Pakar dalam masakan Barat, Sepanyol, Chinese dan Nusantara.

76 A G R O M A L A Y S I A


Me’nate Steak Hub

Daging yang ‘Diterbangkan dari Australia dan New Zealand

Wa’gyu Marbling Score 9-10

Wa’gyu Marbling Score 7-8

Wa’gyu Marbling Score 5-6

Angus Striploin

New Zealand Lamb Rack

New Zealand Lamb Loin

INFORMASI STIK DI RANGKAIAN ME’NATE STEAK HUB Jenis daging yang ditawarkan kepada pelanggan seperti berikut: Wa’gyu Marbling • Score 5 - 6 • Score 7 - 8 • Score 9 - 10 • Score 11 Perbezaan setiap score: Berdasarkan kualiti, kehalusan, tekstur serta kehalusan daging setelah dipanggang. Nota: - Semakin tinggi gred (score) daging wa’gyu semakin lazat ‘bak mentega’ cair di mulut. - Semua daging ini didatangkan khas dari Australia (chill). Rangkaian Me’nate Steak Hub juga tidak menggunakan daging frozen.

• Daging lembu - Grain Fed (Lembu makan bijirin barli) • Daging Lembu - Grass Fed (Lembu makan rumput khas) Daging Kambing Daging Kambing New Zealand dan Australia. Ikan Ikan salmon - Air Flown (‘diterbangkan’ terus dari Norway). Menu Lain Daging ayam, pizza, pasta, meat ball, sandwich dan manisan. Sos Sos Black Pepper Sos Cendawan Butang original Sos Garlic Rosemarry Tambahan Sajian Sayuran segar (brokoli, baby carrot dan lain-lain).

Daging Lembu Lain-lain jenis daging yang ditawarkan kepada pelanggan adalah seperti berikut: • Daging lembu - Black Angus (Lembu makan bijirin barli) A G R O M A L A Y S I A 77


USAHA NIAGA

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Penangan...

Daging Salai Asli Nazimah

Memang luar biasa

78 A G R O M A L A Y S I A


Catatan Penulis (1)

CUTI TANPA GAJI SENYUMAN ramah dua wanita berwajah ayu ini menceriakan penulis sebaik kaki melangkah masuk ke premis produk yang sedang ‘hot’ di pasaran iaitu Daging Salai Asli Negeri Sembilan yang juga dikenali sebagai Daging Salai Asli Nazimah. Khayal dengan aroma daging salai membuatkan saya menjadi tidak sabar untuk melihat sendiri ruang dapur menyalai daging dan proses pelaksanaannya.

“Kami baharu sahaja selesai menyalai lebih 300 kilogram daging segar untuk stok. Bekalan daging salai perlu sentiasa disediakan dalam bentuk sejuk beku bagi memenuhi permintaan pelanggan. “Alhamdulillah, sejak diperkenalkan sambutan terhadap produk daging salai keluaran syarikat kami amat menggalakkan. Pemintaan sentiasa ada bukan sahaja di ibu kota tetapi juga dari luar daerah termasuk Sabah dan Sarawak,” ujar Nazimah Mohd Nazim pemilik DS Nazimah Trading yang juga pengeluar produk tersebut.

Tujuh tahun bekerja ‘makan gaji’ saya mahu bangkit melakukan perubahan dalam kehidupan. Daripada pekerja biasa kepada empunya bisnes. Saya tahu pasti ada cabaran. Namun saya tekad dan bersedia melaluinya dengan tabah - Nazimah

A G R O M A L A Y S I A 79


Usahawan yang berusia 35 tahun ini sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan untuk memberi tumpuan terhadap syarikat yang baru ditubuhkan pada pertengahan Mei 2016. “Tujuh tahun bekerja ‘makan gaji’ saya mahu bangkit melakukan perubahan dalam kehidupan. Daripada pekerja biasa kepada empunya bisnes. Saya tahu pasti ada cabaran. Namun saya tekad dan bersedia melaluinya dengan tabah. “Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majikan amat memahami dengan memberi sokongan meluluskan permohonan cuti tersebut,” jelas Nazimah telus. Pertemuan santai petang itu turut mempertemukan penulis dengan kakak sulung usahawan ini yang bernama Nazuhaina Mohd Nazim yang berpengalaman mengusahakan bisnes butik dan kedai dobi. Nazuhaina diamanahkan menggalas tugas memasar dan mempromosikan produk tersebut khasnya melalui media sosial. Bagi memastikan perjuangan dalam bidang bisnes berjaya, Nazuhaina tidak ada keraguan untuk turut membantu adiknya itu. Berbekalkan pengalaman bisnes sebelum ini, dua beradik ini berpadu tenaga untuk meledakkan pasaran Daging Salai Asli Nazimah agar menjadi pilihan khalayak umum.

80 A G R O M A L A Y S I A


Catatan Penulis (2) SALAI TUJUH JAM Ini bukan daging salai biasa. Daging pilihan berkualiti tinggi yang disalai dengan teliti serta penuh perhatian. Daging yang sudah dibersihkan dipotong untuk disalai menggunakan kayu-kayu getah terpilih. Bara perlu dikawal agar daging yang disalai masak rata hingga ke setip liang. Asap daripada bara perlu seimbang untuk membangkitkan aroma daging salai asli Negeri Sembilan. Tujuh jam menyalai daging bukan satu tugasan yang mudah. Namun demi memastikan hasilannya enak lagi bermutu, Nazimah sanggup melakukannya. Dengan bantuan tiga pekerja, wanita cekal ini berupaya melaksanakan tugasan memotong, membersihkan serta menyalai lebih 200 kilogram daging dengan sempurna seperti yang dijadualkan. Jumlah itu akan bertambah berdasarkan permintaan para pelanggan terutama pada musim perayaan. Walaupun proses menyalai daging memakan masa namun usaha itu amat berbaloi. Produk keluaran syarikat DS Nazimah Trading yang dimiliki anak jati Negeri Sembilan ini memang lain daripada daging salai biasa yang pernah penulis nikmati. Rasa dagingnya gebu, kenyal, lembut, segar dan baunya amat menyelerakan. Daging salai ini juga langsung tidak berlemak. Selepas disalai, daging ini boleh terus dimakan atau dicicah dengan air asam. Selain itu, daging salai ini amat enak jika dimasak lemak cili padi, dibuat salad segar atau dicampur dengan pelbagai jenis sayuran. Wah, pasti sajian tengahari anda paling ceria dan menyelerakan menjadi pilihan khalayak umum. A G R O M A L A Y S I A 81


Catatan Penulis (3) KONGSI RESEPI DENGAN PELANGGAN Tidak cukup bertandang di premisnya untuk melihat bagaimana operasi menyalai daging dilalukan. Saya bertemu di kediaman mereka di Gombak, Selangor. Sajian hari itu pastinya masak lomak cili padi daging salai dicampur dengan belimbing buluh. Sajian ‘air tangan’ Nazuhaina Mohd Nazim memang menjerat selera. “Untuk menghasilkan masakan lemak cili padi daging salai yang enak saya menggunakan santan segar dan cili padi kampung. Kunyit dan serai kampung segar bagi membangkitkan aroma masakan. “Resepi asli warisan ibu yang menjadi kegemaran keluarga,” katanya sambil mempelawa penulis menikmati sajian yang disuai padan dengan ikan goreng serta sambal ikan bilis petai. Petah bicara wanita yang memiliki wajah rupawan ini sesuai dengan bidang tugas untuk menghangatkan lagi promosi Daging Salai Asli Nazimah. “Sewaktu melayan pelanggan ada yang bertanya resepi-resepi berasaskan daging salai selain daripada digulai. “Saya kerap berkongsi idea menghidangkan sajian daging salai. Contohnya salad daging salai, air asam dengan salad, mi goreng daging salai dan sayuran goreng campur daging tersebut,” katanya. Menurut beliau dengan mempelbagaikan menu berasakan daging salai bisnes tersebut dapat dikembangkan kepada pelbagai golongan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum. “Viral tanpa henti mempromosikan daging salai ini perlu berterusan. Selain melalui Facebook turut diadakan halaman khas dan grup Whatsapp daging salai. “Kami juga memperkenalkan produk ini secara jualan di premis dan juga menyertai Festival Makanan Halal anjuran agensi kerjaan atau swasta di kawasan strategik. “Alhamdulillah, pelanggan semakin bertambah dan jualan turut meningkat. Ia membangkitkan semangat kami untuk terus mengembangkan bisnes ini,” ujarnya wanita yang gemar membaca dan melancong ini.

82 A G R O M A L A Y S I A


Profil Ringkas Nama: Nazimah Mohd Nazim Umur: 35 tahun Jawatan: Pemilik dan pengurus DS Nazimah Trading Asal: Kampung Serting Tengah, Batu Kikir, Negeri Sembilan Status: Ibu tunggal Anak: 1. Ahmad Muallim Shahrin, 11 tahun. Hobi: Membaca dan melancong.

Hubungi: DS Nazimah Trading 15-G Jln bachang 2 1/2 miles off Jalan Ipoh 53000 Kuala Lumpur 012-227 1454 Daging Salai Asli Nazimah

A G R O M A L A Y S I A 83


USAHA NIAGA

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Nurita

Tinggal Jurutera Kerana ‘Gadis Jolobu’ 84 A G R O M A L A Y S I A


Bisnes Nurita mendapat sokongan daripada suaminya, Mohammad Fudhail Sulaiman.

Catatan Penulis (1) DAGING SALAI DAN JERUK JADI TARUHAN

A

LAHAI di saat para graduan lain ‘seriau’ belum mendapat kerja jurutera muda ini tidak ada keraguan melepaskan jawatan yang disandangnya. Tekad yang bukan kepalang dan hanya yang memiliki ‘hati besi’ mampu melepaskan kerjaya yang menjadi idaman ramai anak muda di luar sana. Sesungguhnya saya sendiri kagum dengan tindakan wanita yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Petronas ini. Daripada seorang jurutera beliau sanggup beralih bidang menjadi usahawan daging salai atau dikenali Daging Salai Gadis Jolobu. Selain daripada daging salai, wanita ini juga mempertaruhkan Daging Jeruk untuk menghangatkan jualan. Pemilik nama Nurita Zakaria, 28 tahun anak jati Kampung Pianggu, Jelebu, Negeri Sembilan ini tersenyum menawan tika saya melontarkan tujuh soalan untuk dikongsi bersama pembaca majalah Agro Malaysia.

BERSALIN ANAK KEDUA Sambil menyusu si comel Sarah Az Zahrah yang baru dua bulan dilahirkannya Nurita mulakan kisah ‘Gadis Jolobu’. “Sebetulnya hari ini adalah hari terakhir saya ‘dalam pantang’. Dari rumah ibu mentua di Melaka saya ke sini untuk berkongsi cerita dengan Agro Malaysia mengenai bisnes Daging Salai Gadis Jolobu,” ujar isteri kepada Mohammad Fudhail Sulaiman, 32 tahun. Sambil menghulurkan sebekas masak lemak cili padi Daging Salai Gadis Jolobu dicampur dengan pucuk ubi, beliau pantas bercerita produk, misi dan visi bisnes yang gigih dikomersialkannya.

A G R O M A L A Y S I A 85


7

Soalan untuk Nurita

1. Kenapa anda berhenti menjadi jurutera dan memilih daging salai sebagai bisnes? Saya memilih daging salai kerana ingin mengetengahkan makanan tradisi nenek moyang sekaligus dapat memeriahkan lagi industri desa di Negeri Sembilan. Selepas hampir setahun menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan saya melihat potensi yang sangat besar dan luas dalam industri ini. Di samping itu, saya mahu lebih fokus kepada perniagaan dan keluarga.

2. Bagaimana bidang kejuruteraan dapat dikaitkan dalam bisnes Daging Salai Gadis Jolobu? Sebagai seorang jurutera, saya amat mementingkan kualiti binaan berada pada tahap terbaik. Saya aplikasikan cara kerja ini ke dalam perniagaan dengan memberi kualiti yang ‘premium’ bermula daripada proses pemilihan bahan mentah, pembuatan, pembungkusan sehingga kepada pelanggan. Saya percaya fokus dan komitmen yang tinggi mampu menghasilkan produk yang terbaik.

86 A G R O M A L A Y S I A


3. Kenapa memilih bisnes daging salai bukan perniagaan lain contohnya bidang kecantikan atau pengurusan diri? Minat yang mendalam terhadap makanan menyebabkan saya memilih perniagaan daging salai. Saya juga ingin memperkenalkan makanan tradisi Negeri Sembilan ini bukan sahaja kepada penduduk di Negeri Sembilan tetapi seluruh warga Malaysia.

4. Bagaimana anda mendapat ilham untuk menghasilkan bisnes daging salai? Siapa yang mendorong anda? Pada mulanya bisnes daging salai ini hanya sekadar suka-suka ingin mencuba. Bermula dengan iklan di media sosial, kami tidak menjangka mendapat permintaan yang tinggi daripada penduduk Lembah Klang kerana kesukaran mendapatkan daging salai di sini. Dorongan yang tidak berbelah bagi terutamanya daripada suami dan keluarga menguatkan lagi semangat saya untuk meneruskan perniagaan ini.

A G R O M A L A Y S I A 87


5. Bagaimanakah bisnes Daging Salai Gadis Jolobu beroperasi? Bisnes Daging Salai Gadis Jolobu beroperasi secara ‘homemade’ di Kampung Pianggu, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Saya menggunakan medium online seperti Facebook, Instagram dan juga sistem ejen dan stokis.

6. Siapakah sasaran pelanggan anda? Pada mulanya fokus utama kami adalah penggemar-penggemar daging salai di sekitar Lembah Klang. Kebanyakan warga kota kesuntukan masa untuk memasak disebabkan kesibukan bekerja. Kami menyelesaikan masalah mereka dengan membekalkan daging salai yang sudah siap

88 A G R O M A L A Y S I A

dihiris, tidak perlu direbus sekaligus menjimatkan masa memasak malahan boleh dimakan begitu sahaja. Kini, kami juga fokus kepada peminat daging salai di seluruh Malaysia selepas mendapat permintaan yang tinggi seperti di negeri Johor, Pahang dan Perak.


7. Apakah perancangan anda pada masa hadapan untuk mengembangkan lagi bisnes ini? Kami sedang giat mencari ejen dan stokis seluruh Malaysia bagi menampung permintaan pelanggan selain berkongsi rezeki bersama. Dalam masa yang sama, fokus kami adalah untuk mem-

bekalkan daging salai ini ke kedai-kedai sejuk beku. Perancangan untuk jangka panjang pula, saya akan berusaha sehingga berjaya menembusi pasaran yang berskala besar dengan memasuki

pasaraya-pasaraya di Malaysia. Kepada yang berminat untuk menjadi ejen kami boleh lawati Facebook dan Instagram Daging Salai Gadis Jolobu atau Whatsapp ke 012-3011 527.

Hubungi: DAGING SALAI GADIS JOLOBU Kampung Pianggu, 71600, Kuala Klawang Jelebu, Negeri Sembilan 012-3011 527 dagingsalaigadisjolobu@gmail.com Daging Salai Gadis Jolobu

A G R O M A L A Y S I A 89


PRODUK PILIHAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Limpahan Keju dalam Nusantara Macaroni Cheese

90 A G R O M A L A Y S I A


Catatan Penulis (1) ILHAM MUHD TAMAM SULAIMAN ADUHAI...pasti selera peminat keju terbuka luas apabila melihat limpahan cheese mozzarela pada topping makaroni bakar jenama Deliziaz ini. Cheese atau keju krim yang amat dikenali sejak berkurun lamanya adalah magnet utama bagi syarikat Deliziaz Food memperkenalkan makaroni bakar tersebut kepada pelanggan. Dengan tagline ‘most delicious, most wanted’, produk sejuk beku tersebut boleh dinikmati sama ada perisa daging atau ayam. Muhd Tamam Sulaiman@Solihin telah mengil-

hamkan makaroni atau dalam bahasa Yunani disebut Makaria bersama isterinya Suliza Wahab sejak November 2015. PERISA DAGING DAN AYAM Makaroni cheese bakar perisa daging dan ayam tersebut disejubekukan bagi memudahkan pelanggan menikmati sajian ala Barat yang popular di Itali ini pada bila-bila masa di pejabat atau di rumah. “Kami memilih untuk menghasilkan produk tersebut kerana hidangan pasta bersama cheese semakin ramai penggemarnya di negara ini. “Nusantara Macaroni

Cheese amat mudah disediakan. Menjimatkan masa, sajian lazat yang mengenyangkan dengan khasiat yang diperlukan oleh tubuh,” ujar beliau yang turut melahirkan keyakinan terhadap pasaran produk sejuk beku terbuka luas untuk pengusaha seperti mereka. Makaroni bakar cheese yang diperkenalkan oleh kolonial British di negara ini juga sesuai disajikan dengan sos tomato atau sos merah. Pasta yang telah ditransformasikan menjadi sejuk beku ini semakin mendapat perhatian khususnya masyarakat kota yang sentiasa bergelut kesibukan serta dihambat waktu.

JIMAT MASA...Nusantara Macaroni Cheese mudah disediakan dan mengenyangkan.

A G R O M A L A Y S I A 91


Catatan Penulis (2) PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DELIZIAZ ISTIMEWA “Kebanyakan produk yang ada pun cheese untuk topping adalah agak kurang. Jenama Deliziaz menawarkan limpahan cheese mozzarela yang mewah. “Tambahan topping pepperoni yang lazat akan membuat pengemar menu ini tersenyum lebar,” kata anak jati Selangor sewaktu memperkenalkan jenama Deliziaz Food kepada Agro Malaysia baru-baru ini. Bermula dengan pek kecil untuk menguji minat pengguna kini saiz bungkusan diperbaharui setelah mendapat sambutan masyarakat. Beliau berkata, bisnes semakin berkembang apabila pihaknya memperkenalkan perkhidmatan penghanta92 A G R O M A L A Y S I A

ran terus ke rumah atau pejabat-pejabat sekitar Lembah Klang. Jelasnya, produk tersebut juga terdapat di beberapa outlet dan pasaraya mini sekitar Lembah Klang dan akan diperluaskan dari semasa ke semasa. “Tugasan isteri saya tertumpu kepada pengeluaran produk, menyediakan stok mencukupi, pentadbiran serta menguruskan akaun. Saya bertanggungjawab membuat penghantaran serta mencari pasaran baru. “Saya perlu bijak menguruskan masa bagi memastikan operasi syarikat berlangsung lancar,” ujarnya yang tidak segan mengakui masih ‘hijau’ dalam dunia niaga.


Catatan Penulis (3) TAWARAN UNTUK EJEN DAN STOKIS “Cabaran terbesar bagi pengeluar produk adalah pasaran dan jualan. Buat produk yang enak tidaklah terlalu sukar. Jika tahu rahsia resepinya, insya-Allah lazatlah produk itu. “Namun pengusaha perlu ada modal pusingan yang agak tinggi kerana kebanyakan outlet menggunakan terma pembayaran consignment,” kata Muhd Tamam. Bagaimanapun, bagi menangani ujian seumpama itu beliau akan berusaha meyakinkan pemilik premis supaya mengambil produk berkenaan secara tunai dengan pakej harga yang menarik. Kos logistik yang tinggi juga adalah salah satu lagi dugaan untuk usahawan. Namun beliau mempunyai fomula sendiri untuk mengatasinya. Berpegang kepada prinsip ‘yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang’ dan ‘Jika tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya’, anak jati Selangor ini meneruskan perjuangan menempa nama dalam industri penghasilan makanan sejuk

beku di negara ini. Bagi memastikan momentum Deliziaz Food terus bersinar, beliau mengambil usaha untuk menambahkan senarai ejen dan stokis ke seluruh Semenanjung Malaysia. “Tawaran untuk menjadi ejen atau stokis amat istimewa dengan pakej margin keuntungan hingga 40 peratus. “Insya-Allah bermula awal tahun 2017 kami akan membuka satu gerai untuk setiap daerah di Klang dan Shah Alam secara Profil Ringkas berperingkat. Jenis packaging juga akan Nama: Muhd Tamam Sulaiman@Solihin Umur: 29 tahun ditambah untuk pengAsal: Klang, Selangor guna,” azamnya cekal. Nama Isteri: Suliza Wahab Anda yang kepingin Anak-anak: untuk menikmat sajian 1. Muhammad Irfan Irsyad, 5 tahun. 2. Muhammad Arif, 3 tahun. ini boleh melawat 3. Muhammad Izzat,1 tahun 7 bulan. Facebook Page Deliziaz Food HQ - Nusantara Produk: Macaroni Cheese atau 1. Nusantara Macaroni Cheese perisa daging hubungi talian 018 2077 2. Nusantara Macaroni Cheese 976. perisa ayam

Hubungi: DELIZIAZ FOOD Lot 1082A Lorong Hajah Rogayah, Jalan Sungai Udang 41250 Klang, Selangor 018-2077 976 Deliziaz Food HQ - Nusantara Macaroni Cheese

A G R O M A L A Y S I A 93


PENULIS TAMU

Oleh: Tengku Ravalina Tengku Mohd Adlan, Arboris Bertauliah

HIASAN‌Selain mempunyai pelbagai manfaat, daun rerama hijau turut mencantikkan lagi kawasan rumah sebagai pokok hiasan.

Bongkar Misteri

Rerama Hijau 94 A G R O M A L A Y S I A


Nama saintifik: Mariposa Christia Vespertilionis Asal: Rantau Asia Fizikal pokok: • Mencapai ketinggian 1.5 sehingga 2 kaki dalam masa empat bulan jika ditanam daripada biji benih. • Boleh juga ditanam melului keratan batang. • Daun rerama ini terdapat dalam pelbagai warna tetapi yang digunakan untuk penyelidikan bagi tujuan perubatan ialah daun rerama yang berwarna hijau. • Pokok ini boleh mencapai ketinggian kira-kira dua meter, pucuknya harus selalu digunting bagi menggalakkan percambahan daun.

Kajian Mengenai Daun Rerama Hijau • Kajian awal oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap tumbuhan yang dikenali sebagai ‘daun rerama’, mendapati ia menunjukkan ciri-ciri antibarah dan anti-keradangan. • Daun rerama ini dikatakan bukan sahaja berkesan merawat barah tetapi juga berupaya mengubati penyakit SLE, denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak. • Secara umumnya ekstrak daun rerama ini tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya. • Saringan pertama yang dilakukan pada 2103 secara in vitro oleh UPM, menggunakan ekstrak daun rerama terhadap enam jujukan sel barah yang sukar dirawat termasuk barah payu dara, peparu, usus besar, serviks dan ovari, mendapati sel yang paling sensitif ialah sel kanser barah payu dara. Saringan kedua dijalankan bagi meneliti profil kimia daun rerama. Setakat ini secara umumnya ekstrak daun rerama ini tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya. • Kaedah rawatan yang digunakan ialah meminum air daun rerama, dengan cara merebus dan meminum air rebusan rerama tersebut. A G R O M A L A Y S I A 95


Daun Rerama Hijau Sebagai Tanaman Hiasan • Terdapat dalam pelbagai spesies dan warna, tetapi hanya daun yang berwarna hijau sahaja digunakan untuk tujuan perubatan. • Ianya sejenis tanaman separa teduhan. Ranting daun rerama yang halus dan panjang boleh dibiarkan berjuntai dan sesuai dijadikan tanaman hiasan gantung. • Ia juga sesuai ditanam di dalam pasu sebagai hiasan di luar dan di dalam rumah. • Ranting daun rerama yang panjang perlu disokong dengan diikat pada kayu pancang di dalam pasu bagi membolehkan ianya tumbuh tinggi.

96 A G R O M A L A Y S I A


A G R O M A L A Y S I A 97


M

98 A G R O M A L A Y S I A


bs r e H a s o p i r Ma ijau aH Daun Reram

Herba Rawatan Alternatif

asarkan Dibungkus & Dip

Email: arborina : 013-3002350 Hubungi Pn.Lina

oleh:

jaya@gmail.co

m

A G R O M A L A Y S I A 99


BINGKISAN SELATAN Oleh: Wartawan Agro Malaysia

‘Killer Product’ Huczens Resources

100 A G R O M A L A Y S I A


Profil Catatan Penulis (1) SAMBEL HIJAU RERAMA MELETOOP ‘BEKALAN’ WAKTU BERSARA

M

ESKIPUN tempoh bersara bakal bermula pada bulan Mac tahun 2017 namun lelaki ini sudah menyediakan padang baru untuk menjadi pemain yang lebih serius dalam dunia niaga. Sebagai peminat tegar pokok rerama lelaki bernama Haji Husin Chek ini telah menginovasikan tumbuhan yang mewah khasiat itu menjadi produk makanan dan juga minuman. Melalui syarikat yang diasaskannya iaitu Huczens Resources yang beroperasi di No. 65, Jalan Saujana 3/3, Taman Saujana Seksyen, Bukit Katil, Melaka, empat jenis produk berasaskan pokok rerama hijau telah diperkenalkan kepada khalayak.

Nama: Haji Husin Chek Nama Syarikat: Huczens Resources Alamat: No.65, Jalan Saujana 3/3, Taman Saujana Seksyen 3, Bukit Katil 75450 Melaka Jawatan Terkini: Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Melaka Produk: • Pokok Benih Rerama Hijau • Daun Rerama Hijau • Teh Rerama Hijau • Sambel Rerama Hijau “Meletoop” • Kapsul Ekstrak Peria Plus (akan dikeluarkan pada masa akan datang)

KONGSI HASILAN RATU PENAWAR HERBA Impian Haji Husin adalah supaya masyarakat umum boleh berkongsi hasilan produk-produk keluaran syarikatnya yang menggunakan bahan utama pokok rerama atau nama saintifiknya Mariposa Chistia Vispertillonis. Pokok rerama yang juga dikenali Ratu Penawar Herba dikatakan mampu mencegah penyakit termasuk kanser, gaut, resdung dan darah tinggi ini dimanfaatkan oleh syarikatnya untuk pasaran umum. Berkat tekun serta gigih lelaki yang berusia 59 tahun ini boleh menarik nafas lega. Usaha beliau tidak siasia. Bermula dengan mengeluarkan produk anak pokok rerama hijau, daun rerama, minuman teh uncang rerama hijau kini muncul pula Sambel Rerama Hijau Meletoop dengan tagline ‘Lazat Berkhasiat Pasti Meletoop’. Sambel Rerama Hijau Meletoop kini menjadi ‘killer produk’ syarikat yang membantu memantapkan bisnes ke arah lebih cemerlang.

A G R O M A L A Y S I A 101


Sriwati Man Shah

Catatan Penulis (2) SRIWATI BANTU PEMASARAN DAN PROMOSI Menyorot perkembangan Huczens melalui temu bual Agro Malaysia dengan Sriwati Man Shah yang diamanahkan membantu pemasaran serta promosi, beliau berkata produk Sambel Rerama Hijau Meletoop adalah produk ke empat syarikat tersebut sejak Julai 2016 lalu. “Pemilik syarikat peminat sambal hijau hingga mengilhamkan sambal hijau yang turut menjadikan daun rerama hijau sabagai bahan utama. “Isteri beliau yang mencipta resepi ini dengan ramuan berkhasiat serta mampu dinikmati semua orang. Sambal yang boleh dimakan bersama nasi, roti, mi atau makanan lain yang sesui. Mudah disediakan dan amat sesuai untuk dijadikan bekalan perjalanan,� jelas beliau dengan ramah. Teh Rerama Hijau, inovasi syarikat Huczens Resources.

102 A G R O M A L A Y S I A


PRODUK LARIS Sriwati, 37 tahun berkata, sejak dipasarkan secara jualan terus dan juga dalam talian sambutan terhadap produk tersebut amat menggalakkan. “Untuk mencapai kejayaan ada dua pilihan iaitu ‘NAK’ atau ‘TAK NAK’. Jika NAK berjaya kita akan temui seribu jalan di hadapan, jika TAK NAK berjaya kita akan mencari seribu alasan untuk mengelaknya. Selain kita memohon dan berdoa kepada Allah SWT tanpa jemu dan mudah mengalah,” ujar wanita gigih serta mudah mesra ini. Jelasnya, walaupun beliau baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan namun beliau tidak jemu menimba ilmu bagi membantu rakan kongsinya itu mengendalikan operasi pengeluaran produk. EDAR RISALAH Selain itu, Sriwati juga mempergiatkan lagi promosi serta pemasaran selain membantu pentadbiran serta kewangan syarikat. “Bagi memastikan produk terus menjadi pilihan pelanggan saya meneruskan usaha mengedar risalah, mengemaskini media sosial serta menyertai promosi di merata tempat. “Pada awalnya produk ini diperkenalkan kepada saudara mara, kenalan dan sahabat handai dengan memberi harga diskaun kepada mereka untuk mencuba produk syarikat kami. Selepas itu mereka turut membantu mempromosikan produk ini kepada orang lain,” jelasnya. Pada masa yang sama, Sriwati juga mempelawa mereka yang berminat untuk menjadi ejen menghubungi talian 011-3509 6465.

A G R O M A L A Y S I A 103


BINGKISAN UTARA

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Minum Terus

Tak Perlu Rebus

CV Extra Plus

C

V Extra Plus merupakan salah satu produk minuman kesihatan di bawah rangkaian Legacy Global Trade yang telah siap menjalani penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui ujikaji makmal dan didapati ia selamat digunakan setelah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk ini dihasilkan daripada ekstrak daun rerama hijau dan campuran beri Produk CV Extra Plus didatangkan dalam bentuk cecair pekat dan mempunyai elemen rasa yang sedap. Anda tidak perlu merebus daun dan ianya amat mudah. 104 A G R O M A L A Y S I A


Info Bahan Daun Rerama • Boleh mengubati pelbagai penyakit khususnya kanser dan SLE. • Mempunyai ciri-ciri anti-kanser dan anti-keradangan. • Mampu meningkatkan antibodi badan. • Boleh merawat penyakit berkaitan sel darah merah. Beri • Anti-oksidan tinggi. • Meneutralkan radikal bebas yang boleh memberi kesan kepada penyakit dan penuaan dalam badan. • Membantu membakar lemak yang disimpan. • Anti-penuaan. • Anti-radang. • Kaya dengan vitamin C.

Hubungi: LEGACY GLOBAL TRADE No. 19, Lorong Utama 17, Taman Pengkalan Utama 4 34700 Taiping, Perak 011-3789 0104 / 05-8492 049

A G R O M A L A Y S I A 105


USAHAWAN TAMU

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Formula

Zainal&Fareza Tawan Pelanggan

106 A G R O M A L A Y S I A


MESRA...Zainal melayan pelanggan umpama sahabat dan kenalan rapatnya.

Catatan Penulis (1) CERMIN MATA PERCUMA UNTUK ANAK YATIM DAN OKU

L

ELAKI yang bernama Mohd Zainal Abidin Hamzah memang amat sesuai menjadi ahli perniagaan. Sifat beliau mudah mesra, senang bergurau dan prihatin kepada kenalan atau sahabat. Begitu juga dengan isterinya, Fareza Hanum Mohd Radzi yang memiliki farmasi sendiri di Negeri Sembilan. Pasangan serasi yang berumur 38 tahun ini berkongsi formula bagaimana cara untuk menawan hati pelanggan dalam menghadapi cabaran bisnes masa kini. Pengalaman perniagaan Mohd Zainal Abidin Hamzah atau lebih mesra dengan panggilan Zainal, bermula pada 2007. Beliau membuka kedai cermin mata di Taman Semarak Nilai bersama rakan kongsinya Shaza Naquib Shafie yang memiliki Ijazah Optometri dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perniagaan beliau lancar dengan pelanggan terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur. Perkhimatan yang ditawarkan amat istimewa, iaitu ke sekolah-sekolah dan kawasan Felda berdekatan. POTONGAN 70 PERATUS UNTUK WARGA EMAS Beliau juga menawarkan potongan sehingga 70 peratus kepada warga emas dan pecuma kepada anak-anak yatim serta Orang Kelainan Upaya (OKU). Manakala para pelajar pula diberi potongan istimewa sehingga 70 peratus. Mengulas mengenai cabaran dalam bisnes cermin mata, menurut Zainal persaingan sentiasa ada terutama dengan lambakan kedai cermin mata ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Bagaimanapun beliau berusaha menangani cabaran itu dengan mempertingkatkan perkhidmatan serta pakej

tawaran menarik untuk pelanggan. “Untuk pembelian kanta sentuh sebanyak dua kotak akan diberi percuma satu kotak. Kanta untuk para pelajar pula diberi diskaun sebanyak 25 peratus,” ujarnya mesra. Jelas Zainal lagi pada masa akan datang beliau akan menambah cawangan di kawasan-kawasan strategi untuk mengembangkan perniagaanya. “Melalui cara ini kami dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Selain itu juga kami boleh menawar perkhidmatan yang menarik kepada penduduk kawasan tersebut,” katanya yang kini mempunyai pembantu seramai empat orang.

A G R O M A L A Y S I A 107


Galeri Puncak Optometri

Servis: • Pemeriksaan mata menyeluruh. • Cermin mata dan kanta sentuh. • Terapi penglihatan. • Kaca mata industri. Hubungi: PUNCAK OPTOMETRY NILAI: PT 5721 (B), Jalan TS 2/1 D , Taman Semarak Fasa 2, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel: 06-799 5768 KLANG: No. 218, Jalan Sungai Bertik, Teluk Pulai, 41100 Klang, Selangor Tel: 03-3370 1902

108 A G R O M A L A Y S I A


PAKAR...Fareza memiliki pengalaman selama 10 tahun dalam komuniti farmasi.

Catatan Penulis (2) PELANGGAN SETIA JADI SAHABAT Agro Malaysia turut berkongsi cerita dengan isteri Zainal iaitu, Fareza Hanum yang juga gigih dalam bisnes. Beliau berpengalaman dalam farmasi komuniti hampir 10 tahun. Membina kerjaya dalam farmasi komuniti bukan mudah. Ada yang belum begitu mengenali profesyen ahli farmasi. Ahli farmasi kerap dianggap seperti jurujual kedai – menjual ubat-ubatan di kaunter farmasi. Namun ada juga yang menjadikan farmasi umpama ‘hospital’ dan ahli farmasi dianggap ‘doktor’. Hingga apa sahaja ‘sakit’ dirujuk terus kepada farmasi. Dilema inlah yang kerap melanda ahli farmasi. Bertemu dengan Fareza Hanum menyingkap tabir, tugas ahli farmasi tidak terhad kepada penjualan ubat semata-mata. Menurut Fareza, ahli farmasi bertindak sebagai pembekal penjagaan kesihatan merangkumi konsultasi mengenai ubat. Selain itu, mereka juga membuat penyediaan ubatan mengikut preskripsi, sum-

ber informasi mengenai pengambilan ubat dan memberi khidmat memantau keberkesanan ubat tehadap tahap kesihatan pelanggan. Lama kelamaan profesyen ini mula dikenali dan masyarakat lebih terbuka untuk mendengar serta menerima pendapat seorang ahli farmasi. “Kami tidak menghadkan saranan ubatan semata-mata, malah kami memperluaskan skop penjagaan kesihatan dengan suplemen atau nutrisi tambahan untuk kesihatan keseluruhannya di samping cadangan penambahbaikan dalam amalan hidup seharian. “Terujanya apabila pelanggan datang dan menghargai segala nasihat yang diberikan, gembira bila ada yang dahulunya tidak sihat kini kembali bersemangat. Saya terharu apabila mereka berterima kasih dan akhirnya pelanggan setia ini menjadi sahabat,” ujarnya mesra.

A G R O M A L A Y S I A 109


Catatan Penulis (4)

FARMASI DUTAHEALTH MILIK FAREZA Beliau yang memiliki farmasi sendiri sejak setahun lalu sudah masak melayani karenah para pelanggan. Seperti kata Fareza pelanggan setia boleh menjadi sahabat yang rapat kalau saling memahami antara satu sama lain. Jika ada keserasian mereka juga boleh menjadi rakan niaga yang menguntungkan kedua belah pihak. Mengimbas kembali kerjayanya sebelum memiliki perniagaan sendiri, Fareza berkata, walaupun keputusan melepaskan kerjaya di hospital agak berat, namun tindakan diambil demi memenuhi impiannya. Dengan dorongan suami dan keluarga tercinta, terbinalah Farmasi Dutahealth yang bermula di Dataran Kemuning Senawang di bawah syarikat milik beliau dan suami, Al Fateh Resources Sendirian Berhad. Pada 8 Jun 2015, Farmasi

110 A G R O M A L A Y S I A

Dutahealth telah memulakan operasinya di kawasan tersebut. Bermula dengan hanya beberapa produk, akhirnya lebih 2,000 produk memenuhi ruang premis. Farmasi Dutahealth bukan hanya menjual ubat-ubatan, pelanggan juga boleh mendapatkan suplemen, produk nutrisi kesihatan, peralatan pemantauan, produk rehabilitasi dan sokongan. Beliau akan memastikan produk yang dijual di premis ini adalah berkualiti, selamat dan berdaftar. Selain daripada itu, Farmasi Dutahealth turut menawarkan khidmat kaunseling ubatan dan pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, gula dalam darah, kolesterol dan asid urik. Produk sampingan seperti produk penjagaan wajah dan badan, wangian, barangan keperluan ibu dan bayi juga boleh didapati di sini.


Terbaru sekali, Farmasi Dutahealth membuka peluang kepada peniaga-peniaga kecil memiliki ruang niaga di premis ini. Peluang perniagaan ‘vendor’ ini ditawarkan kepada mereka yang menjual produk berkaitan kesihatan, produk makanan kesihatan, produk penjagaan wajah dan badan serta pakaian untuk ibu dan bayi. Kadar sewa yang dikenakan berpatutan serta bergantung pada jenis dan kuantiti produk yang dipamerkan. Perancangan terkini yang masih dalam perbincangan adalah membuka kiosk minuman kesihatan di premis ini agar pelanggan dapat menikmati khasiat minuman Coffee Rider yang mengandungi habbatus sauda, buah tin, madu dan pemanis dari pada kulit tebu hitam yang dihasilkan dengan teknologi nano. Perjalanan hidup masih panjang, banyak lagi yang ingin dicapai oleh beliau. 10 tahun lalu beliau tidak menjangka akan berada di tahap ini. Meniti usia empat dekad, beliau ingin melakukan sesuatu di luar jangkaan. Harapan beliau satu hari nanti akan ada produk kesihatan di pasaran di bawah jenama beliau sendiri. Sesuatu yang beliau akan usahakan dalam masa terdekat. Inilah impian terbaru yang beliau garap bagi meneruskan legasi perniagaan ini. Seiring dengan perkembangan bisnes, Farmasi Dutahealth berpindah di kawasan baru (Bandar Enstek) yang lebih strategik untuk memberi khidmat kepada lebih ramai khalayak yang pelbagai kaum.

Hubungi: AL FATEH RESOURCES SDN. BHD. No. 58, Jalan Timur 6/1B, Mercato, Timur@Enstek, 71760 Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan. 011-2117 1690 alfateh.rsb@gmail.com www.facebook.com/farmasidutahealth A G R O M A L A Y S I A 111


USAHAWAN TAMU

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Rahsia Bidara Abang Awal

112 A G R O M A L A Y S I A


LUBUK REZEKI...Syawal Paino memperkenalkan tiga produk Showeray iaitu Bidara Shower Gel, Refreshing Oil dan Refreshing Mist Spray.

Catatan Penulis (1) APABILA BIDARA NAIK TARAF

S

UDAH lebih dua purnama saya menggunakan gel mandian Showeray hadiah daripada Syawal Paino kepada saya dalam satu pertemuan di ibu kota tidak lama dahulu. Bukan mudah untuk saya tertawan hati dengan produk pengurusan diri apatah lagi menjadi pengguna tetapnya. Namun bila disebut mandian botol putih 500 ml ini daripada pati daun bidara, lavender juga peppermit terus botol Bidara Shower Gel ini saya terima. Begitu juga dengan Refreshing Oil 10 mililiter yang mewah bauan bidara dan gaharu serta Refreshing Mist Spray mampu menarik minat saya untuk menggunakannya. Ironinya pokok bidara atau apa sahaja hasilan bidara kerap menterujakan saya. Sejak kecil saya melihat nenek menggunakan daun bidara atau nama saintifiknya Ziziphus Mauritiana yang ditanam di belakang untuk menyembuhkan demamnya. Ada waktunya nenek bergegas memetik daun bidara lalu mengunyah perlahan-lahan. Sangka saya untuk dibuat ulam tetapi rupanya untuk menghentikan pendarahan pada gusi nenek. Bila ada kematian daun bidara itu juga digu-

nakan untuk mandian jenazah. Rahsia amalan nenek dengan daun bidara terlipat kemas di minda saya sehinggalah saya bertemu dengan lelaki bangsa Johor ini. INOVASI BIJAKSANA Kehidupan moden tidak melenyapkan fungsi daun bidara malah diinovasikan oleh beliau secara lebih bijaksana. Pokok bidara yang berasal dari Afrika dan subur dalam iklim tropika kini sudah meluas di Malaysia. Kreatifnya usahawan apabila daun bidara kini lubuk rezeki mereka. Seperti kata Syawal, “Bidara merupakan keperluan akhir zaman. Sihir semudah mata memandang. Daun yang ada di sebut dalam Al-Quran. Jika ada yang terkena, santau atau sihir boleh guna Showeray. Insya-Allah,� katanya. Terdiam saya sebentar, jika nenek saya masih ada pasti beliau tersenyum gembira kerana bidara kesayangannya sudah diinovasikan untuk masyarakat moden. Pati daun bidara dalam botol comel, ditambah harum 7 limau dan gaharu. Mudah disimpan dan dibawa ke mana sahaja. Bidara sudah dinaikkan taraf. Ada harga dan ada kelasnya yang tersendiri.

A G R O M A L A Y S I A 113


Catatan Penulis (2)

Menyedari pengguna semakin beralih minat terhadap produk yang berasaskan tumbuhan ini Syawal membuka jendela bisnesnya bagi memenuhi kehendak masyarakat melalui syarikat SK Nusantara Enterprise yang berpusat di Kampung Sri Muar, Batu Pahat, Johor. Perniagaan yang bermula pada April 2015 menampilkan jenama Showeray yang terdiri daripada Bidara Shower Gel, Refreshing Oil dan Refreshing Mist Spray untuk pilihan umum. “Asalnya saya menjual produk bidara jenama lain tanpa rukyah. “Tetapi ramai pelanggan yang mahukan produk bidara yang ‘rukyah ready’ sehingga mendorong saya melahirkan jenama sendiri (Showeray),” ujarnya terus terang. Usaha usahawan yang berusia 42 tahun ini tidak sia-sia apabila satu ribu botol telah berjaya dijual sejak produk tersebut diperkenalkan dalam pasaran awam.

114 A G R O M A L A Y S I A


LANTIK EJEN DAN DROPSHIPPER Jelas lelaki berwajah kemas ini, promosi dalam media sosial dan lantikan ejen serta dropshipper membolehkan Showeray semakin mendapat tempat di hati pengguna. “Alhamdulillah, mereka yang sudah mengetahui khasiat dan keajaiban daun bidara terus menjadi pelanggan tetap produk ini. Mereka juga membantu memperkenalkan Showeray kepada kenalan serta saudara mara masing-masing. “Sambutan yang memberangsangkan ini menaikkan semangat saya untuk terus gigih meluaskan pasarannya ke pelusuk tanah air,� ujar beliau serius.

A G R O M A L A Y S I A 115


RANCANG TAMBAH PRODUK BARU Mengenai perancangan masa depan bisnesnya, Syawal bercadang menambahkan lagi produk lain yang berasaskan wangian bidara, gaharu dan garam syifa. Bagi memastikan kejayaannya, beliau akan memperkemaskan lagi strategi pemasaran serta promosi produk dengan cara tersendiri. Tidak mustahi impian tersebut boleh dilaksanakan kerana Syawal juga turut menjalankan perkhidmatan bekam sunnah, urutan tradisional, urutan therapeutik dan urutan mastersaraf. Perkhidmatan yang juga rawatan alternatif tersebut menjadi nilai tambah untuk beliau membentuk rangkai niaga yang sesuai serta mantap. 116 A G R O M A L A Y S I A


KHASIAT DAUN BIDARA Nama saintifik : Ziziphus Mauritiana Pokok bidara paling biasa ditemui di kawasan tropika dan sub-tropika. Ia berasal dari Afrika serta tersebar secara meluas di rantau tropika dari India ke Afghanistan dan China. Pokok bidara juga hidup subur di Malaysia, Australia serta di beberapa kawasan Pasifik. Enam Manfaat Pokok Bidara: • Daun digunakan untuk merawat gonorea dan kepialu dalam kalangan kanak-kanak. Cecair yang diperbuat daripada perahan rendaman daun dalam air diguna untuk merawat luka dan ulser. • Jus daripada daun dititis ke mata untuk merawat konjunktivitis. • Daun dianggap boleh mengeluarkan peluh (diaphoretic) dan menghalang demam (antipyretic) dan digunakan untuk merawat demam. Mengunyah daun membantu menghentikan pendarahan gusi. • Mengubati jerawat. • Mengubati luka. • Untuk memandikan jenazah.

Hubungi: SK NUSANTARA ENTERPRISE No 3, Kg Sri Muar, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor 019-322 2930 www.facebook.com/Syawalpaino

A G R O M A L A Y S I A 117


SOROTAN BERITA

Penghargaan: Berita Harian

MAHA 2016

Bakal Jana RM200 juta

P

E N G A N J U R A N Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 dijangka menjana pulangan RM200 juta hasil daripada aktiviti dagangan dan pemadanan perniagaan. Pameran pertanian terbesar negara itu akan berlangsung selama 11 hari (1-11 Disember 2016) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Menteri Pertanian dan 118 A G R O M A L A Y S I A

Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata penganjuran kali ini lebih meriah ekoran pembabitan 1,500 gerai pameran yang akan disertai agensi kerajaan dan syarikat swasta dari dalam serta luar negara. Oleh itu, katanya, ekspo ini diharap dapat menarik lebih 3.5 juta pengunjung. “Orang muda adalah golongan sasaran. Jadi, mereka amat dialu-alukan untuk datang dan terbabit dalam setiap aktiviti yang

dianjurkan sempena MAHA 2016 selaras matlamat kementerian meningkatkan perintis dalam sektor pertanian. “ B e r t e m a k a n #OurFoodOurFuture, ekspo ini menampilkan pelbagai saluran untuk perdagangan, pelaburan, kolaborasi dan pemindahan teknologi. Ini platform ideal bagi mengenali lebih banyak maklumat dan perkhidmatan baharu dalam sektor pertanian,�


katanya dalam ucaptama perasmian MAHA 2016 di MAEPS. Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar. UPIN DAN UPIN MASKOT MAHA 2016 Dalam majlis itu, Ahmad Shabery turut mengumumkan pelantikan Upin & Ipin sebagai maskot rasmi MAHA 2016. Beliau berkata, ekspo ini mengamalkan pendekatan serampang lima mata merangkumi keselamatan dan kedaulatan makanan, rekreasi, pemerkayaan pengetahuan, pelancongan serta kesejahteraan. Katanya, MAHA 2016 adalah acara unggul untuk mengembangkan perniagaan secara strategik dan antara tarikan terbaharu kali ini ialah Kampung Durian Runtuh Upin & Ipin, Kampung Mak Cun, Festival Muzik Ritma Petani dan Tapak Perkhemahan untuk 5,000 remaja sepanjang 11 hari ekspo itu berlangsung.

A G R O M A L A Y S I A 119


SOROTAN BERITA

Penghargaan: Prof. Madya Dr. Yahya Awang, Pensyarah di Jabatan 
Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia

Kajian Baru

Hasilkan Variasi Durian Berkualiti APABILA mendengar nama Musang King atau Raja Kunyit tentunya penggemar durian akan terus membayangkan sejenis durian tempatan yang isinya berwarna kuning terang dan tebal, dengan rasa lemak manis dan sedikit pahit. Buat masa ini Musang King adalah jenis durian yang paling popular dan mendapat permintaan yang menggalakkan meskipun harganya mahal. Sejak populariti Musang King ini meletup, klon yang dulunya popular seperti IOI (D168) dan D24 kian pudar.

Adakah Musang King sejenis durian baharu dan apakah yang menyebabkan durian ini menjadi begitu popular? Musang King ­telah didaftar di Jabatan Pertanian sebagai D197 pada 1993. Ini bermakna Musang King telah lama wujud, sekian lama sebelum pendaftarannya. Seperti kebanyakan klon du­ rian yang ada di Malaysia, kewujudan Musang King bukannya melalui proses kaji selidik dan program pembiakbakaan yang rumit. Ia ditemui, 120 A G R O M A L A Y S I A

kemudiannya dikenal pasti mempunyai ciri-ciri yang boleh memenuhi citarasa pengguna lalu dikembangkan dan diper­ kenalkan kepada orang ramai. Proses ini tidak melalui kaedah pembiakan yang mungkin sebahagian daripada kita menganggap klon durian yang popular di negara ini telah dibangunkan melalui kaedah kacukan. Jauh sekali mengaplikasikan kaedah kejuruteraan genetik. Terdapat beberapa pengecua­lian dalam

konteks ini, di mana beberapa klon durian kacukan atau hibrid seperti MDUR 78, MDUR 79 dan klon MDUR 88 telah dibangunkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) pada awal 1980an. Sehingga kini, setahu penulis belum ada lagi klon kacukan lain yang diperkenalkan di pasaran. Mengambil pengajaran ba­gai­­mana sesuatu jenis durian itu bo­ leh berkembang dan menjadi popular di Malaysia dan se­ terusnya menjadi satu komoditi eksport, usaha


yang serupa mungkin boleh dilakukan. Selain memikirkan untuk mengaplikasikan kaedah kacukan dan teknik molekul dan kejuruteraan genetik yang memerlukan peruntukan dan kemahiran saintifik yang tinggi, usaha yang lebih mudah boleh diterokai dengan mengenal pasti pokok durian secara individu yang mempunyai ciri ko­mersial. Bahan tanaman vegetatif daripada pokok individu ini boleh diperbanyakkan dan ditanam di pusat-pusat penyelidikan dan di kebun-kebun petani sebagai bahan kajian. Kajian dipelbagai lokasi ini boleh disifatkan sebagai kajian verifikasi setempat (local verification trial). Data atau maklumat yang diperoleh boleh diolah dan dibandingkan. Melalui kaedah ini selain dapat me­ngenal pasti tahap pengeluaran dan kualiti buahnya, kita juga dapat menentukan kesesuai­an atau adaptasi sesuatu jenis/klon durian bagi sesuatu sistem agroekologi. Sistem agroekologi ini pastinya mengambil kira pelbagai aspek komponen cuaca dan iklim, tanah dan amalan kultura yang diamalkan. Malah saya percaya dalam ka­langan klon durian Musang King sendiri mungkin terdapat variasi atau perbezaan antara buah yang dikeluarkan oleh ladang berlainan. Ada baiknya jika variasi dan faktor yang menyebabkan kewujudan variasi ini dikenalpasti. Kewujudan variasi dalam kalangan Musang King dan lain jenis durian hanya boleh diketahui sekiranya klonklon ini yang kini ditanam di pelbagai tempat di Malaysia dibanci dan ciriciri yang terperinci (termasuk genetik/ cap jari genetik) dilakukan. Lebih baik lagi apabila kita dapat mengumpulkan semua individu ini untuk kajian verifikasi setempat. Satu ketika dahulu, apabila tiba musim durian, pasar raya dan gerai-gerai buah di Malaysia akan penuh dengan durian yang diimport dari Thailand. Tetapi kini, pemandangan ini sudah tidak kelihatan lagi. Ini menunjukkan bahawa durian yang dikeluarkan di Malaysia mempunyai ciri-ciri yang digemari dan diterima baik oleh pengguna negara ini berbanding durian import.

setelah buah durian mencapai umur buah ter­ tentu (100 hingga 130 hari selepas bunga kembang, bergantung kepada klon), durian Malaysia dikutip setelah buah gugur apabila mencapai kematangan penuh. Buah-buah ini lazimnya mempunyai isi yang bertekstur lebih lembut dan mengeluarkan aroma yang lebih kuat dan rasa yang lebih enak. Buah sebegini tentunya mempunyai kandungan kimia dan nilai pemakanan yang berbeza berbanding dengan buah yang dipetik sebelum gugur. Buah-buah beginilah yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia.

TAHAP KEMATANGAN Nampaknya, selain klon, tahap kematangan boleh memainkan peranan yang penting dalam menentukan penerimaan pengguna. Berbanding durian Thailand yang lazimnya dituai

A G R O M A L A Y S I A 121


SOROTAN BERITA

Penghargaan: Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Kenali Spesies

Udang Kara Air Tawar

Udang kara merupakan makanan eksklusif di hotel dan restoran ternama, sajian udang kara pasti memikat selera sesiapa saja. Ia mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah dan tinggi protein. Malah, harganya lebih baik daripada udang galah dan lebih berat timbangannya. Di pasaran, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram. Ini menjadikan udang kara mampu dinikmati harganya yang berpatutan. Itulah spesies udang kara air tawar atau Blue (Cherax quadricarinatus) atau dikenali sebagai blue lobster dan red claw. Udang kara air tawar berasal dari Australia. Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Bagaimanapun, oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air 122 A G R O M A L A Y S I A


tawar ini sebagai hiasan akuarium. Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 38 liter yang boleh menempatkan sepasang udang kara. Penternakan udang kara sangat mudah dan kosnya sangat rendah yang mana kadar kematiannya adalah rendah berbanding spesies lain. Bahantara (medium) yang sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus (freshwater gravel) atau pasir sungai. Kayu bakau yang telah direndam dengan air tawar boleh digunakan untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara tersebut.

Karnivorisme selalu berlaku ketika udang melengkapkan proses penukaran kulit cangkerangnya (kulit udang yang baru adalah lembut selepas kulit asal ditanggalkan). Ruang yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian juga menyebabkan udang kara memakan sesama sendiri. Suhu air yang sesuai ialah antara 27 hingga 30 darjah Celsius. Udang kara juga bersifat omnivor dalam jenis pemakanannya iaitu ia akan memakan apa sahaja benda yang boleh dimakan di dalam akuarium. Pelet amat sesuai sebagai makanan udang kara yang boleh dibeli di kedai akuarium.

Makanan pelet ikan tilapia boleh juga digunakan sebagai makanan udang ini asalkan pelet itu boleh tenggelam di dalam dasar air. Semasa proses penukaran kulit cangkerang, udang ini akan memakan semula kulit cangkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan nutrien gentian bagi proses tumbesaran semula cangkerang. Proses pembiakan berlaku apabila undang kara mencapai saiz antara tiga hingga empat inci. Udang jantan akan memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di bahagian bawah perut udang betina. Telur udang akan menetas dalam tempoh 40 hari selepas disenyawakan. Setiap induk betina mampu bertelur antara 50 hingga 1,500 ekor anak setiap kali bertelur. Induk mampu bertelur tiga kali setahun. Ia amat mudah dipelihara dan dikendalikan oleh setiap golongan. A G R O M A L A Y S I A 123


SOROTAN BERITA Penghargaan: BERNAMA

Kempen

‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’

P

ERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan kempen ‘Mulakan Hari Anda Dengan Madu’ bagi menggalakkan pengambilan madu tempatan setiap hari sebagai makanan kesihatan tambahan bagi rakyat Malaysia. Kempen itu bertujuan menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai nilainilai nutrien dan manfaat madu dalam membantu mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kecergasan diri, menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Malaysia akan mengadakan promosi secara besar-besaran supaya madu kelulut Malaysia diterima di peringkat Pertubuhan Makanan dan 124 A G R O M A L A Y S I A

Pertanian sebagai ‘super food’ Malaysia yang pertama. “Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini dalam proses menggariskan satu standard bagi madu kelulut Malaysia supaya ia boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa sebagaimana madu manuka dari New Zealand. “Standard yang digariskan MARDI juga akan membantu pengguna membezakan madu yang asli dan tidak asli,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kempen itu. Ahmad Shabery berkata bagi mempromosikan khasiat dan kebaikan madu kelulut di seluruh negara, program Kelulut Walk akan bermula pada Hari Sukan Negara iaitu 8 Oktober 2016.


Dalam program Kelulut Walk, seorang pengguna madu kelulut Sabri Ali, 55 akan menjadi duta kelulut dengan berjalan sejauh 2,000 kilometer merentasi 14 negeri selama 50 hari sebagai testimoni kepada khasiat kelulut untuk kesihatan dan kecergasan. Jelas Ahmad Shabery, Sabri bukan sahaja menggunakan madu kelulut sebagai makanan tetapi merawat kakinya yang melecet atau sebarang luka dengan menyapu madu kelulut. Sepanjang program Kelulut Walk berlangsung, orang ramai boleh turut sama berjalan dengan Sabri sama ada untuk jarak 10 kilometer, lima kilometer atau satu kilometer, katanya lagi. Sabri ketika ditemui pemberita berkata sejak mengamalkan madu kelulut sebagai makanan kesihatan tambahan,

tahap kesihatan dan kecergasannya meningkat dan beliau tidak perlu terlalu menjaga atau berpantang makan. Kelulut Walk 2016 dianjurkan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Antarabangsa 2016 yang akan berlangsung dari 1 hingga 11 Disember 2016 di Serdang.

A G R O M A L A Y S I A 125


INFO NIAGA

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

7

Prasyarat Sebelum Menjadi Francaisor

mempunyai jenama dan Cap 1 Produk Dagangan yang telah didaftarkan di

‘Malaysia Intellectual Property Corporation’.

dokumen penzahiran 2 Mempunyai yang lengkap dan komprehensif.

3

Mempunyai manual francis yang lengkap dan berterusan.

program latihan yang 4 Mempunyai lengkap dan berterusan .

126 A G R O M A L A Y S I A

sistem perakaunan yang 5 Mempunyai seragam/ selaras. untuk memantau dan 6 Keupayaan mengawal produk bagi memastikan tahap kualiti yang konsisten.

perniagaan dan pemasaran 7 Pelan yang komprehensif.


AGRO PELANCONGAN Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Jom Bercuti

JEMU bercuti di pantai? Jom kita berkelah di tasik pula sambil memancing ikan, ‘cuci mata’ dan menghirup kesegaran rimbunan belantara yang mengelilinginya.

1

Tasik Kenyir, Terengganu TASIK Kenyir merupakan tasik buatan terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260, 000 hektar. Ia merupakan empangan konkrit terbesar di Malaysia. Apabila kawasan tersebut dibanjirkan kebanyakan bukit berada di atas air lalu membentuk kira-kira 340 pulau buatan manusia. Hutan hujan yang mengilingi kawasan tasik mewujudkan pemandangan flora dan fauna yang menakjubkan. Ini termasuk paku pakis , orkid, burung kenyalang, gajah dan harimau kumbang. Ia turut menjadi rumah kepada lebih 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuhan dan pokok, 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat. Ia adalah tempat percutian hebat bagi pencita alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi

128 A G R O M A L A Y S I A

oleh hutan hujan tropika tebal. Ia turut menjadi syurga bagi pengail kerana tasik ini dihuni oleh ratusan spesies ikan air tawar seperti baung, toman, kelisa, lampam dan kelah. Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik terkenal dengan aktiviti memancing, menaiki bo, berkayak, merendah hutan, pemanduan 4WD dan golf. Pelbagai jenis penginapan tersedia dari resort 3 bintang, chalet di atas pulau, resort terapung atau bot rumah di mana bilik dan makanan disediakan. Bot rumah yang menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun dan kawasan memancing memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi. Tasik Kenyir juga turut menjadi laluan utama ke Taman Negara melalu Tanjung Mentung.


di Tasik Pilihan

2

Tasik Dayang Bunting, Langkawi PULAU yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Pekan Kuah, Langkawi. Lagenda Tasik Dayang Bunting yang sering diceritakan daripada mulut ke mulut juga agak menarik. Kolam mandi kegemaran puteri kayangan bernama Mambang Sari telah dikatakan menjadi Tasik Dayang Bunting. Seorang putera telah jatuh cinta dengannya dan membuat helah untuk memperdaya puteri itu supaya mengahwininya.

Malangnya, anak mereka mati akibat penyakit misteri semasa berusia tujuh tahun hari. Akibat fikiran yang bercelaru, Mambang Sari yang sedih meninggalkan mayat anaknya di tasik ini dan kembali tinggal di kayangan. Dari Jeti Kuah atau Pantai Cenang, anda boleh menyewa bot daripada operator bot di sana untuk ke Pulau Dayang Bunting. Perjalanan ke sana memakan masa selama15 minit.

A G R O M A L A Y S I A 129


3

Tasek Bera, Pahang TASEK Bera adalah tasik air tawar terbesar di Malaysia yang terletak di daerah pedalaman negeri Pahang. Menariknya tasik ini dikelilingi hutan paya gambut yang dipenuhi pelbagai spesies hidupan liar dan tumbuhan eksotik hutan hujan tropika. Ribuan pokok periuk kera serta rotan berduri berlingkar menutupi ‘lantai’ hutan yang mewujudkan pemandangan yang unik lagi indah. Tasik ini juga menjadi tempat perlindungan lebih 200 spesies burung, 50 spesies mamalia dan lebih 90 jenis ikan air tawar membiak di perutnya.

130 A G R O M A L A Y S I A

Selain itu kawasan sekitarnya adalah tempat tinggal orang asli Suku Semelai. Aktiviti meredah hutan boleh dilakukan untuk menghayati keindahan alam semula jadi. Jika teringin menyusuri tasik tersebut boleh menggunakan perahu atau bot yang sesuai. Anda juga boleh melawat taman herba dan melihat kebudayaan masyarakat orang asli. Saat yang paling sesuai untuk mengunjungi Tasek Bera adalah pada musim hujan kerana tasik ini menjadi lubuk pancing terbaik selepas hujan lebat.


4

Tasik Beris, Kedah TASIK Beris adalah tasik buatan yang terletak di Utara Malaysia. Tasik ini dihasilkan dari pembinaan empangan Beris pada Ogos 2010. Kawasannya berbukit bukau, udara segar, tenang, klasik serta mempersonakan. Untuk mengelilingi tasik pelancong boleh menyewa bot sambil memancing. Airnya yang jernih mendamaikan jiwa dan merehatkan minda. Tidak rugi ‘lari’ dari hiruk pikuk kota untuk bersantai di Tasik Beris, Kedah ini.

A G R O M A L A Y S I A 131


AGRO PELANCONGAN Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Jalan-Jalan di

JOHOR

JOHOR merupakan antara negeri yang mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Daripada tempat bersejarah, pusat membeli-belah, pulau, pantai, zoo dan taman binatang, alam semula jadi, makanan, taman tema - bahkan hampir segala-galanya ada di Johor. Pendeknya, memang tidak rugi mengunjungi Johor, malah ramai yang datang berulangkali dan tidak pernah sama sekali timbul rasa jemu walau sudah berkunjung berkali-kali. Meluangkan masa berkunjung ke Johor pasti tidak mengecewakan. Selain semua tempat untuk berehat dan makanan yang menggamit selera banyak yang tersedia, yang penting juga perjalanan ke sana ada lebuhraya yang selamat dan selesa. Berikut ialah antara tempat-tempat yang boleh dilawati di Johor:

1

Lokasi Bersejarah

Muzium Kota Tinggi

2

Muzium Nenas, Pontian

Bangunan Sultan Ibrahim

Syurga Membeli Belah

Johor Premium Outlet (JPO)

3

Muzium Warisan Tiong Hua, Johor Bahru

Bazaar Karat atau Bazaar Johor

Puluhan pusat membeli-belah seperti City Square, Leisure Mall, Plaza Angsana, Sutera Mall dan banyak lagi.

Zoo dan Taman Binatang

Zoo Johor

132 A G R O M A L A Y S I A

Ladang Burung Unta

Taman Buaya Teluk Sengat

Ladang Kambing dan BiriBiri UK Agro Resort


4

5

Pulau dan Pantai

Pantai Desaru

Pantai Stulang Laut

Pantai Lido

Teluk Mahkota

Pulau Pemanggil

Pulau Kukup

Pulau Rawa

Pulau Dayang

Taman Negara Endau Rompin

Air Terjun Kota Tinggi

Gunung Ledang

Wet World Batu Pahat

Puteri Harbour Theme Hello Kitty Theme Park Park Lokasi lain: Angry Bird Theme Park dan Dinasour Alive Water Theme Park

Mee Bandung Muar

Medan Asam Pedas di Parit Jawa, Muar

Alam Semula Jadi

Tanjung Piai, Pontian

6

Taman Tema

Legoland

7

Makanan

Beriani gam di Batu Pahat

Lokasi lain: Taman Rekreasi Tasik Y di Batu Pahat, Gunung Lambak dan Taman Awam Hutan Bandar.

Belangkas dan segala jenis siput di Kota Tinggi A G R O M A L A Y S I A 133


AD KPJUC.indd 1

3/10/16 10:31:23 AM



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.