Agromalaysia-2015-01

Page 1

Menjana Transformasi

PP 16868/06/2013 (029887)

BIL: 13 (APRIL - JUN 2015)

HARGA: RM12.00

Usahawan Produk Sos Rock Melon Pertama Dunia Teego Ilham Dari Bonda

Fokus: Bangkit Selepas Banjir

Alahai Patin Air Tangan Chef Effendy

Cabaran Pasaran Produk DB Honey Ubi Junjung Sariah Dan Kerdas Pah

‘Ketagih’ Kopi

Pak Lah

Program Agropreneur Muda Jana Pendapatan

Info

Mimpi Shah Jadi Realiti

DEMI RArA COOKIES

Sihat

Daun Sup Hilangkan Jerawat

Erra Sanggup Berkorban

Jelajah Dunia:

Daging Asado Ala Argentina

Rumpai Miang Mexico

Ancam Kedah





Editor Menulis

Menjana Transformasi

SELAGI JANTUNG BERDENYUT

USAHAWAN OH USAHAWAN! Salam Sejahtera,

Sidang Redaksi Penasihat Penerbitan TAN SRI SABBARUDIN CHIK DATO’ ZAMRI MOHAMED Pengarah Penerbitan/Editor NORAINI NORDIN Pengarah Reka Bentuk SHAM SUHAZLI MAMAT Penyelaras Reka Bentuk WAN MUHAMMAD ‘ATIYYA WAN AZMAN Penyelarasan Suntingan NUR LIYANA ABD MALEK Wartawan/Jurufoto AHMAD BOHARI MARZUKI NADYAH RASHID Promosi & Pengiklanan ZAINUDDIN ARIFFIN SUPARDI ARIFFIN SYED MOHD UWAIS MIMIE NASA Pengurusan Penerbitan A & D NETWORK 10-3, Jalan PJU 5/4, Dataran Sunway Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor No 4, Jalan 2/18, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, 68100, Selangor Emel: noraininordinpenulis@gmail.com Diterbitan oleh AGRO PUBLICATION Suite-2-4-6, Wisma Rampai Taman Sri Rampai, 53300 Setapak, Kuala Lumpur Tel: 03-4143 8382 Fax : 03-4143 8382 Emel: agropublication@gmail.com agromalaysia2008@gmail.com agromalaysia1@gmail.com www.agromalaysia.com Dicetak oleh PERCETAKAN SM SDN BHD Pengedaran KOMIK TIAN SDN BHD

Pembaca budiman, Bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana atas limpah izinNya dapat Majalah Agro Malaysia menemui pembaca setianya bagi tahun 2015. Lebih istimewa lagi majalah Agro Malaysia membuat kemunculan sulung bagi tahun ini dengan wajah baru yang lebih segar, bertenaga dan inovatif. Perubahan ini dibuat supaya Majalah Agro Malaysia terus relevan serta dapat membantu usahawanusahawan khasnya yang baru menapak dalam bidang bisnes untuk mempromosikan produk mereka. Sejak mengambil alih pengurusan penerbitannya pada Disember 2014, saya berpeluang bertemu dengan ramai usahawan khasnya yang masih muda serta masih bertatih merebut peluang dalam bidang ini. Ada yang muncul secara solo, berkongsi dengan rakan-rakan dan terdapat juga yang mewarisi produk keluarga. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan - lambakan usahawan bagaikan satu trend di negara ini. Saya yakin antara faktor yang menjadi kebangkitan mereka adalah kerana banyaknya bantuan serta kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dalam bidang ini. Paling menonjol dalam usaha ini adalah peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang sangat konsisten serta berkesan membantu golongan ini. MOA yang kini diterajui oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri sangat aktif ‘turun padang’ meninjau sendiri perkembangan usahawan di bawah bimbingan mereka. Kita mengalu-alukan kehadiran usahawan-usahawan ini yang semakin kreatif menampilkan produk mereka . Semoga mereka terus tabah mengharungi cabaran dunia perniagaan. PEMBACA BUDIMAN Rajin-rajinlah menyelak serta membaca majalah ini. Sajian rencananya boleh membantu anda meningkatkan ilmu serta menyelami perit getir memilih kerjaya usahawan. Selain dapat berkongsi ilmu, mungkin suatu hari nanti anda juga mahu mengikut jejak mereka menjadi usahawan. SELAMAT MEMBACA.

4 >> AgroMalaysia

Noraini Nordin

noraininordinpenulis@gmail.com


Menjana Transformasi

Kandungan RENCAH 08 • Wujudkan Lebih Banyak Premis Jual Terus Produk Segar – Najib

10

27

FOKUS: BANGKIT SELEPAS BANJIR Rezeki Dari Sungai Pahang Ubi Junjung Sariah Dan Kerdas Pah • Kuih Akok Mak Cik Rokiah Yang Enak • Air Kelapa Bakar Pelaris Gerai Anuar • ‘Ketagih’ Kopi Pak Lah • •

CHEF TAMU ‘Air Tangan’ Chef Effendy Tawan Selera • Pengunjung Hotel Seri Malaysia Temerloh

30

32

48

52

AGRO PELANCONGAN Juadah Lazat Bersulam Layanan Mesra ‘Rahsia’ Gamit Pengunjung

PERSONALITI USAHAWAN Demi Rara Cookies... Erra Sanggup Korbankan Masa Emasnya • Teego Ilham Dari Bonda •

PENULIS TAMU Ketahui Rahsia Penjenamaan (Branding)

72

KAJIAN

• ‘Rumpai

Kedah

82

96 100

USAHAWAN FERTIGASI Mimpi Indah Dan Mimpi Ngeri Shah • Mempelbagaikan Tanaman Fertigasi Raih Keuntungan Lumayan • Antara

JELAJAH DUNIA Asado Ala Argentina

• Daging

BISNES

• ‘Syurga

House

112

114 122

Miang’ Mexico Ancam

Makanan’ Di Along Patin

INFORMASI Peluang Jana Pendapatan Dalam Program Agropreneur Muda

• Rebut

BIOTEK Naga Cegah Barah Usus

• Buah

INFO SIHAT • 9 Jenis Makanan Untuk Tubuh Bertenaga Daun Sup Hilangkan Jerawat

PRODUK Cinta Dan Rindu Sos Rock Melon Faezah • Cabaran Pasaran Produk Db Honey •

AgroMalaysia << 5


RENCANA IKLAN

Jom Makan Oleh: LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM)

IKAN SEJUK BEKU ‘J

OM Makan Ikan Sejuk Beku’ merupakan usaha kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat pada masa ini. Kempen ini baru sahaja dimulakan dan akan dibuat secara menyeluruh di seluruh negara bagi memastikan ianya dapat dimanfaatkan oleh semua. Ini merupakan usaha untuk mewar-warkan dan mendidik konsumer bahawa ikan sejuk beku bukanlah satu perkara yang baharu pada masa kini. Ini kerana penerimaan ikan sejuk beku di luar negara amat menggalakkan bahkan telah menjadi trend di negaranegara maju seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan negara rantau Asia seperti Korea Selatan. Bagi menggalakan pemakanan ikan sejuk beku, LKIM telah mengadakan Program Ikan Rakyat semenjak tahun 2013. Di bawah Program Ikan Rakyat, LKIM telah mengenal pasti beberapa spesis ikan yang kerap dibeli oleh rakyat Malaysia dan dijual pada harga siling yang dibenarkan oleh LKIM. Selain itu, ianya juga dapat membantu menangani isu lambakan ikan pada satu-satu masa dengan mewujudkan stok simpanan bekalan ikan bagi memastikan bekalan tidak terputus. Usaha ini turut mendapat sokongan pemimpin negara dan kerjasama Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) bagi memastikan rakyat mendapat ikan sejuk beku yang berkualiti. Terdapat sumber yang menyatakan bahawa semua nutrisi yang terkandung di dalam ikan sejuk beku adalah sama seperti anda memakan ikan segar yang tidak dibekukan.

6 >> AgroMalaysia

Objektif utama kempen Jom Makan Ikan Sejuk Beku adalah untuk mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup pengguna serta memastikan bekalan ikan tidak putus dengan mewujudkan stok simpanan bekalan Ikan Rakyat. IKAN POPULAR Antara spesis ikan popular yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang terlibat dalam kempen ini adalah daripada sumber marin dan air tawar iaitu kembong, kerisi, selayang, selar, cencaru, pelaling, tongkol, keli, tilapia dan patin. Lapan daripada spesis ini dikategorikan sebagai Ikan Rakyat kecuali tongkol dan patin. Secara dasarnya, sebab utama pengambilan ikan sejuk beku adalah kerana nilai khasiat, kesesuaian dan ekonomi. • Nilai khasiat – ianya disejukbeku menggunakan sistem penyimpanan yang mengekalkan ciri-ciri semulajadi bagi menjaga kualiti ikan. • Kesesuaian – dijual mengikut cadangan hidangan. Biasanya pembungkusan Ikan Rakyat dibuat secara sekilo mengikut spesis dengan purata lapan ekor ikan di dalamnya. • Ekonomi – Ikan sejuk beku lazimnya bersifat tahan lama serta mampu berkeadaan baik dengan penyimpanan yang betul. Selain itu, harganya bergantung kepada spesis adalah kekal di antara kadar harga daripada RM6.50 sehingga RM9.00 sebungkus. Sebagai contoh harga yang dibenarkan bagi sekilo ikan cencaru di bawah Program Ikan Rakyat hanya RM6.50. Malahan bekalan ikan sejuk beku juga tidak bergantung kepada


faktor cuaca atau pun musim kerana pihak pembekal telah menyediakan stok simpanan dari semasa ke semasa. Bagi memastikan bekalan stok Ikan Rakyat adalah konsisten, NEKMAT telah menyediakan stok simpanan secara sejuk beku dalam jumlah yang banyak melalui pendaratan ikan tempatan secara pukal ataupun sumber import yang dibenarkan. Ini juga secara tidak langsung telah membantu menjayakan kempen Jihad Memerangi Orang Tengah yang diwarwarkan oleh MOA. 160 LOKASI OUTLET Pada masa ini, terdapat sebanyak 160 lokasi outlet Ikan Rakyat di seluruh Malaysia. Jumlah tertinggi adalah di negeri Pahang dengan sebanyak 43 outlet. Selain itu, 12 outlet Ikan Rakyat di Wilayah Persekutuan bagi memudahkan warga kota memperolehi bekalan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) seperti KR1M Presint 16, Putrajaya; KR1M Bandar Tun Razak, KL dan KR1M Gombak. Bilangan outlet ini dijangka akan terus bertambah kepada 200 outlet menjelang akhir tahun 2015. LKIM akan memperhebatkan kempen ‘Jom Makan Ikan Sejuk Beku’ dengan roadshow kempen secara langsung di outlet-outlet Ikan Rakyat yang terpilih seperti Kedai Rakyat 1Malaysia serta di tapak pasar tani Mega seluruh negara bagi memastikan konsumer memperolehi informasi yang sebenar tentang ikan sejuk beku. LKIM juga bercadang untuk menerbitkan dokumentari berkenaan kaedah dan sistem penyimpanan ikan sejuk beku yang digunakan di Malaysia agar konsumer dapat menilai sendiri penyediaan

dan pelaksanaan ikan sejuk beku. Semoga kempen yang akan dilaksanakan ini akan memberi manfaat kepada seluruh warga Malaysia bagi membantu meringankan kos sara hidup terutama kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Tips & Informasi Berguna Mengenai Ikan Sejuk Beku Ikan sejuk beku adalah makanan semulajadi yang mana dalam keadaan beku pun ia masih melindungi dan mengekalkan segala kualiti dan khasiatnya walaupun disimpan dalam jangkamasa yang lama. Untuk mengekalkan kualiti, ikan hendaklah disimpan pada suhu kurang daripada -180 celcius. Dengan cara ini, khasiat atau nutrien semulajadinya dapat dikekalkan. Jangan sesekali menyahbeku semula makanan yang telah dinyahbekukan. Namun begitu jika ianya telah dimasak, ia boleh dimasukkan semula ke dalam bahagian sejuk beku. Jika anda tidak membawa beg pengekal haba atau suhu semasa membeli belah, anda boleh memasukkan ikan yang telah dibeli ke dalam beg plastik dan mengikatnya dan kemudian masukkan beg itu ke dalam satu lagi beg plastik yang lain dan mengikatnya. Ini adalah penyelesaian dalam waktu kecemasan bagi mengelakkan kemerosotan kualiti ikan dalam perjalanan. Untuk mengekalkan kualiti, ikan hendaklah disimpan pada suhu kurang daripada -180 celcius. Dengan cara ini, khasiat atau nutrien semulajadinya dapat dikekalkan.

AgroMalaysia << 7


RENCAH

Oleh: WARTAWAN AGRO MALAYSIA

BANYAKKAN PREMIS JUAL TERUS PRODUK SEGAR - NAJIB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap lebih banyak premis yang menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan penternakan, perikanan dan pertanian untuk mereka memasarkan produk kepada orang ramai. Menurutnya konsep Agrobazaar Rakyat 1Malaysia di Indera Mahkota yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dengan tawaran harga barang mentah seperti sayur - sayuran, buah-buahan, ayam, daging dan ikan lebih murah se-

8 >> AgroMalaysia

hingga 20 peratus berbanding di pasaran adalah model terbaik usaha ini. Najib berkata, cetusan idea MOA di bawah pimpinan Datuk Ismail Sabri dapat mengekang tindakan orang tengah yang mengaut keuntungan secara berlebihan daripada hasil usaha dan titik peluh golongan petani peladang, penternak dan nelayan. “Usaha gigih yang dijalankan kementerian ini adalah untuk tidak membenarkan orang tengah mengeksploitasi keuntungan yang mereka dapat.


Produk makanan yang telah disejukbekukan boleh dijual sebagai satu lagi sumber pendapatan usahawan yang terlibat dalam Agrobazaar Rakyat 1Malaysia.

Buah-buahan tempatan seperti rambutan, nenas, durian dan manggis antara yang boleh dijual terus oleh pengusahanya di gerai Agrobazaar.

FAKTA:Agrobazaar Rakyat 1Malaysia Mereka (orang tengah) mengawal rangkaian bekalan dan tentukan harga kepada pengguna,” katanya ketika berucap merasmikan Agrobazaar Rakyat 1 Malaysia di Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) baru-baru ini. Turut hadir dalam program tersebut adalah Menteri MOA, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalannya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

• Premis pertama terletak di bandar Indera Mahkota, Kuantan.

• Sasar wujud 600 premis menjelang 2020. • Sasar bangunkan 50 premis tahun 2015. • Memberi manfaat kepada penduduk luar • • • •

bandar mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan. Bekalan barangan segar terus dari sumber petani, penternak, nelayan dan usahawan. Menawarkan harga lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat bagi sayur, buah, ayam, daging dan ikan. Beroperasi di pinggir dan luar bandar. Anggaran kos untuk kerja menaik taraf adalah RM80,000 bagi satu premis.

AgroMalaysia << 9


FOKUS BANGKIT SELEPAS BANJIR

Mukadimah

Bukan mudah untuk mengatur semula kehidupan selepas dilanda musibah banjir. Majalah Agro Malaysia dalam ruangan fokus kali ini memilih Temerloh untuk meninjau sendiri kehidupan golongan peniaga-peniaga kecil (penjaja kecil) di Pekan Sehari yang selama ini menjadikan hasil tani, ternakan dan sumber dari sungai sebagai pendapatan. Tinjauan juga meliputi peniaga-peniaga gerai dalam daerah tersebut. Temerloh adalah antara daerah paling ramai mangsa banjir dalam negeri Pahang . Bah besar yang melanda daerah itu pada Disember 2014 membabitkan jumlah mangsa yang didaftarkan seramai 19,875 daripada 4,831. Mereka ditempat di 62 pusat pemindahan banjir daerah itu. Agro Malaysia berkongsi dilema dan semangat mereka selepas kemusnahan yang agak luar 足biasa yang hampir melumpuhkan aktiviti bandar Temerloh. Fokus Bangkit Selepas Banjir dilaporkan oleh NORAINI NORDIN (PENULIS) dan NUR LIYANA ABD. MALEK ( JURUFOTO)

REZEKIDARI

Sungai

PAHANG

Sekarang sukar untuk mendapat patin liar dari sungai ini. Kalau ada yang dijual di sini hanyalah adalah patin yang diternak dalam sangkar di tepian Sungai Pahang

- Hidi Maarof

10 >> AgroMalaysia


KHAZANAH DARI SUNGAI PAHANG… Walaupun jumlah tangkapan ikan di Sungai Pahang semakin berkurangan selepas banjir peniaga-peniaga tidak patah semangat untuk terus berniaga di Pekan Sehari Temerloh.

S

ECERIA matahari pagi begitu juga cerianya perasaan penulis dan jurufoto kerana hari ini kami berpeluang meninjau sendiri aktiviti peniaga-peniaga kecil di Pekan Sehari, Bandar Temerloh, Pahang. Kegiatan peniagaan di Pekan Sehari yang sangat popular ini pernah `terhenti’ apabila bah besar melanda bandar Temerloh serta kampung-kampung berhampiran pada Disember tahun lalu (2015). Dugaan banjir bukan sahaja mengugat ketabahan tetapi juga menyebabkan mereka hilang mata pencarian. Selepas banjir surut peniaga-peniaga Pekan Sehari yang rata-rata bergantung pendapatan daripada hasil pertanian, penternak dan tangkapan dari Sungai Pahang mula bangkit secara berdikitdikit. Pasar Sehari ini 

adalah terpanjang dan terbesar di negeri Pahang yang dibuka setiap hari Ahad bermula jam 6.30 pagi dan berakhir pukul 1.00 tengahari. Segala keperluan seharian terdapat di sini termasuklah pelbagai jenis sayuran, buah-buahan, 
kuih muih, pakaian sehinggalah hasil ternakan daripada ayam dan itik. Paling istimewa di Pekan Sehari inilah nelayan Sungai Pahang menjual hasil tangkapan mereka terutamanya ikan patin (patin sangkar dan patin liar), ikan baung, belida serta udang galah. Agro Malaysia menemui nelayan-nelayan Sungai Pahang ini serta peniaga di Pekan Sari untuk berkongsi kecekalan mereka ‘bangkit selepas banjir’ demi ke-

GIGIH… Borhan Kassim menjadikan Sungai Pahang sebagai sumber pendapatannya. Hasil tangkapan beliau turut dijual di Pekan Sehari Temerloh.

AgroMalaysia << 11


MOHD Arif Rajab menunjukan hasil tangkapan daripada Sungai Pahang yang dijualkan kepada pengunjung Pekan Sehari Temerloh.

MUDAH-Mudahan Sungai Pahang terus memberi tangkapan lumayan kepada nelayan sungai - Abdul Rahman Mohd Pilus.

12 >> AgroMalaysia

langsungan hidup. Bagi Hidi Maarof, walaupun selepas banjir hasil tangkapan ikan semakin berkurangan, ia tidak membantutkan usaha beliau untuk terus berniaga di Pasar Sehari ini. Menurut lelaki yang berusia 54 tahun ini, speasis ikan dari Sungai Pahang semakin berkurangan berban­ ding sebelum bah melanda. “Sekarang sukar untuk mendapat patin liar dari sungai ini. Kalau ada yang dijual di sini hanyalah adalah patin yang diternak dalam sangkar di tepian Sungai Pahang.


‘’Bagaimana pun saya tidak putus asa. Saya terus berniaga di sini dan menjual ikan-ikan sungai. Contohnya seperti ikan Belida, ikan Ru, ikan Baung atau ikan Jelawat. Jika ada udang galah saya juga akan menjualnya demi menambah pendapatan,” ujar beliau yang menetap di Kampung Che­ ngal, Temerloh, Pahang. Rakannya Mohd Arif Rejab, 55 tahun juga mengakui pendapatan sebagai nelayan sungai tidak selumayan seperti masa lalu. “Bagaimanapun saya tetap bersyukur dengan rezeki yang ada. Saya tidak merasa lemah sema­ ngat. Saya terus bertahan untuk berniaga di sini demi reze- RahTurut penulis temuimencari adalah Abdul ki yang diberkati,”. man Mohd Pilus, 75 tahun dari Kampung

Buntut Pulau, dalam daerah yang sama. “Rumah Pak Chik rosak terus. Air naik hingga bumbung rumah. 
Namun Pak Chik terima ujian ini dengan sabar. Hampir sebulan Pak Chik tidak berniaga garagara dugaan banjir. “Bagaimanapun kami bersyukur ke-

AgroMalaysia << 13


pada Allah kerana kami sudah boleh bangkit daripada kesukaran ini. Mudahmudahan akan bertambah rezeki semula. Sudah lama Allah menganugerahkan rezeki kepada kami melalui hasil tangkapan daripada Sungai Pahang. Semoga para nelayan sungai terus gigih mencari sara hidup,” ujarnya ramah. Bagi Borhan atau nama sebenarnya Borhan Kassim, 50 tahun, beliau tetap bersemangat meneruskan perniagaan di Pasar Sehari ini. “Walaupun hasil jualan berkurangan tetapi saya percaya ia akan bangkit semula. Masih ramai mangsa banjir yang juga

14 >> AgroMalaysia

peniaga seperti kami sedang mengatur semula kehidupan. Dugaan ini satu pe­ ngalaman baru bagi kami. Kami memberi semangat antara satu sama lain,” kata­ nya yang menetap di Kampung Bangau Tanjung dekat sini.

TABAH… Sukar mahu mendapatkan ikan patin di Sungai Pahang selepas banjir - Hidi Maarof.


FOKUS BANGKIT SELEPAS BANJIR

UBIJUNJUNGSARIAH DAN KERDAS PAH P

ASAR sehari Temerloh terus meriah de­ ngan penglibatan warga emas lelaki dan wanita yang gigih menjual hasil pertanian bukan sahaja sayur-sayuran serta perbagai jenis ulam-ulaman. Walau dibakar bahang matahari dan ada waktunya ditimpa hujan peniaga war­ ga emas ini tetap kental semangat mereka. Selesai solat subuh di masjid berhampi­ ran, peniaga warga emas ini membentang tikar untuk meletakkan hasil jualan mereka. Sambil duduk bersimpuh mereka melayan pelanggan.




 Sebut sahaja apa jenis sayuran kampung yang anda cari, pasti anda temui jika rajin menyusuri Pekan Sehari yang sepanjang ki­ ra-kira tiga kilometer ini. Petai, kerdas, jering, maman dan pucuk pengaga adalah antara ulaman yang sa­ ngat laris di Pekan Sehari ini. Sukar untuk menolak bagi mencuba SARIAH Daud berniaga ubi junjung dan pelbagai jenis tanaman lain

GIGIH... Walaupun mencecah usia 75 tahun Hajjah Pah Haji Awang tetapi gigih meniaga di Pasar Sehari di Temerloh. AgroMalaysia << 15


sayuran kampung serta ulaman yang dijual di sini kerana ia sangat segar serta menggunakan baja organik. Seorang peniaga warga emas yang penulis temui iaitu Sariah Daud, 65 tahun menyifatkan menjaja produk tani dari­ pada kampung sudah sebati de­ ngan dirinya.

“Ini adalah hasil tanaman di kebun be­ lakang rumah kami. Mak Cik dan suami sudah lama berniaga di sini. Kebanyakan yang membeli pun sudah kami kenali,” katanya mesra. Suami beliau iaitu Normin Suliman, 66 mengusahakan tanah terbiar di bela­ kang rumah mereka di Kampung Bador, Temerloh dengan menanam ubi junjung serta pelbagai jenis ulaman. Jelas wanita itu lagi, selepas banjir mereka bangkit untuk memulakan per­ niagaan. “Biasalah mana-mana pun ada du­ gaan. Kita perlu banyak bersabar,” ujar wanita ini sambil melayan pelanggan yang datang bertali arus di Pekan Sehari ini. Bagi Hajjah Pah Haji Awang, usia yang sudah mencecah 75 tahun tidak me­ lemahkan semangatnya untuk terus ber­ niaga. “Lebih 30 tahun Mak Cik menjadi pe­

CERIA... Normin Sulaiman sentiasa ceria menemani isterinya Sariah Daud ber­niaga di Pekan Sehari, Temerloh.

16 >>AgroMalaysia


niaga kecil. Sudah merata pekan sari di daerah ini Mak Cik pergi. Bawa barangbarang jualan dari kampung dengan menyeberang Sungai Pahang menaiki perahu. Semua sudah Mak Cik lalui,” ujar wanita yang menetap di Kampung Ban­ gau Tanjung, Temerloh. Jelasnya banjir yang melanda turut memusnahkan tanamannya. Namun bagi beliau sengsara banjir adalah satu dugaan Allah kepada penduduk Temer­ loh. “Selagi ada kudrat dan kesihatan diberikan Allah Mak Cik akan terus ber­ niaga di sini,” katanya yang memiliki 10 orang anak yang dibesarkan melalui ha­ sil jualan di Pekan Sehari.

nian, ternakan, perikanan dan sebagain­ ya secara langsung menjana pendapa­ tan mereka yang terlibat dalam bidang ini. Musibah banjir pastinya memberi pengalaman dan pengajaran berguna kepada masyarakat Temerloh khasnya mangsa banjir. Apa pun kesengsaraan yang menimpa perlulah dihadapi den­ gan jiwa yang kuat serta sabar dalam meneruskan kehidupan.

WARNA WARNI PASAR SEHARI Turut dijual di Pasar Sehari ialah pel­ bagai jenis juadah makanan tradisional termasuk kuih bahulu dan ketupat palas. Selain itu, bintang ternakan seperti ayam kampung terdapat di sini. Kepelbagaian produk daripada perta­

SEGAR... Pelbagai jenis ulaman dan sayuran dijual di Pekan Sehari Temerloh.

AgroMalaysia << 17


MAK CIK Akok ROKIAH YANG ENAK FOKUS BANGKIT SELEPAS BANJIR

A

ROMA kuih Akok yang dibakar oleh peniaga wanita di gerai ini memang membangkitkan selera. Bau asap sewaktu Kuih Akok ini juga wangi. Terasa tidak sabar untuk mengetahui apakah menjadikan Kuih Akok ini terasa enak walaupun belum lagi menikmatnya secara fizikal. Pasti Kuih Akok ini sangat istimewa kerana baunya sangat harum tidak seperti Kuih Akok yang pernah penulis nikmati sebelum ini. Ternyata tekaan penulis benar. Kuih Akok air tangan Mak Cik Rokiah atau nama sebe­ narnya Rokiah Md Said memang ada ke­ lainan. Kuih Akok yang terkenal kalangan masyarakat Pantai Timur ini dibakar secara tradisional menggunakan bahan bakar dari­ pada tempurung kelapa dicampur dengan

hampas serta kulit tebu. Gabungan bahan bakar inilah antara fak­ tor yang menjadikan Kuih Akok yang dibakar itu berbau harum serta membuka selera. Ternyata idea untuk menggunakan semula bahan terbuang iaitu tempurung kelapa serta hampas berserta kulit tebu menghasilkan Kuih Akok yang digemari pelanggan. “Saya bersyukur kerana mampu menjual Kuih Akok sehingga 700 keping sehari. Selain daripada pengunjung luar, pelanggan saya terdiri daripada penduduk tempatan yang sudah menjadi pembeli tetap di sini,” ujar wanita yang berusia 54 tahun ini. Beliau yang lebih senang dengan panggi­ lan Mak Cik Rokiah menjalankan perniagaan dengan dibantu oleh suaminya Mohd Sanusi Abdullah yang sama usia dengan wanita ini. Sementara Mak Cik Rokiah memasak Kuih Akok suaminya akan menjual air tebu serta air kelapa muda. Kulit tebu berserta hampas tidak akan dibuang. Begitu juga dengan sabut dan tempurung kelapa kerana ia boleh dijadi­ kan bahan bakar.

MOHD Sanusi membantu isterinya Mak Cik Rokiah di gerai mereka di Jalan Jerantut-Kuantan, Pahang.

18 >> AgroMalaysia


TELITI… Mak Cik Rokiah menggunakan kaedah tradisional untuk menghasilkan Kuih Akok yang enak.

Selain daripada Kuih Akok , Mak Cik Rokiah juga menjual air nira yang dibuat daripada buah kabong . Turut terdapat di gerai ini adalah sari kelapa `air tangan’ Mak Cik Rokiah. Sambil menikmat Kuih Akok yang la­ zat itu sempat juga penulis bertanya bagaimana kehidupan selepas menjadi mangsa banjir. Mohd Sanusi berkata, beliau reda dengan musibah yang melanda kerana yakin dengan rezeki daripada Allah. “Saya terima musibah ini dengan ber­ lapang dada. Waktu banjir melanda ru­ mah saya dinaiki air hingga ke bumbung. Walaupun terasa sedih tetapi kehidupan perlu diteruskan. “Semua barang-barang dihanyut ban­ jir. Kami tinggal sehelai sepinggang. Yang tinggal hanya baju ditubuh sahaja. Baju yang saya pakai ini juga adalah sumba­ ngan daripada orang ramai. Namun saya tetap bersyukur kerana kami semua selamat dan diberi peluang Allah masih untuk meneruskan kehidu­ pan,” ujarnya sambil tersenyum. Jelas Mohd Sanusi sewaktu banjir be­ liau tidur digerai tersebut. Bagaimanapun katanya perniagaan tidak boleh dibuka selama sebulan kerana tiada bekalan bahan mentah.

KUIH Akok yang dibakar secara tradisional menggunakan bahan bakar daripada tempurung kelapa dan kulit beserta hampas tebu membangkitkan selera pelanggan.

“Saya dan isteri tidur di pangkin gerai ini. Kami melalui banjir dengan debaran. Sepanjang musibah melanda semangat kami tetap tidak luntur. “Kini kami mahu membina semula ke­ hidupan. Semoga selepas ini tiada lagi bah melanda,” ujarnya dengan penuh harapan. 
Gerai pasangan suami isteri ini terle­ tak di Jalan Jerantut- Kuantan, Pahang tidak putus dikunjungi pelanggan.

Nota :- Agro Malaysia mendoakan semoga Mak Cik Rokiah dan suaminya dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan terbaik untuk meneruskan kehidupan.

AgroMalaysia << 19


FOKUS BANGKIT SELEPAS BANJIR

KREATIF... Buah kelapa pandan yang dibakar selama tiga jam boleh menghasilkan rasa airnya yang sangat enak

Air Kelapa Bakar

PELARIS GERAI ANUAR “H IDUP perlu diteruskan. Segala musibah yang menimpa sudah pasti ada hikmahnya. Rezeki Allah yang diberikan sudah diatur untuk kita. “Oleh itu sebaik sahaja banjir berakhir saya menyambung perniagaan ini,” kata Mohd Anuar Awang, 23 tahun kepada Agro Malaysia baru-baru ini. Jejaka yang berasal dari Kampung Paya Keladan, Temerloh, Pahang ini adalah antara peniaga-peniaga kecil yang bangkit semula meneruskan perniagaan selepas banjir berakhir. Gerai beliau terletak di Jalan Kampung Raja Songsang (Jerantut - Kuantan, Pahang) iaitu kira-kira dua kilometer dari rumahya di kampung berkenaan. Rumah beliau turut dinaiki air, begitu juga kediaman penduduk-penduduk di kawasan berhampiran. 20 >> AgroMalaysia

``Saya bersyukur kerana gerai tidak ditimpa musibah tersebut.,” ujar Mohd Anuar tenang sambil tangannya cekap memilih buah kelapa pandan untuk dibakar. Katanya sewaktu banjir melanda hampir sebulan beliau tidak dapat menjalankan perniagaan dan terpaksa tinggal di pusat pemindahan banjir sementara di daerah tersebut. Selepas musibah itu berlalu, Mohd Anuar kini meneruskan perniagaan iaitu menjual minuman air kelapa pandan yang telah dibakar terlebih dahulu dengan menggunakan kayu getah untuk mendapatkan rasa yang enak. Menurut Mohd Anuar lagi, sebelum dijual kepada pelanggan buah kelapa pandan itu akan dibakar selama dua hingga tiga jam . Jelasnya, air kelapa bakar ini sangat


enak dan juga digemari oleh penggunjung gerainya. “Minuman ini menjadi tarikan orang ramai yang mahu mencuba air kelapa dengan versi yang lain. Ternyata mereka menyukainya. Saya sungguh gembira dengan reaksi positif daripada mereka. “Oleh itu saya tidak perlu bersaing dengan peniaga-peniaga minuman air kelapa yang ramai di daerah ini,” ujar anak kedua daripada enam beradik yang masih bujang ini. AIR KELAPA PANDAN ASAM BOI MENU BARU ANUAR Selain menyediakan air kelapa pandan bakar, Mohd Anuar atau Anuar juga menghasilkan minuman air kelapa pandan asam boi. “Tidak sukar menyediakan air kelapa pandan asam boi kerana bahan-ba­ hannya mudah didapati di sini. Sebelum minuman air kelapa ini dipromosikan kepada pelanggan kami sekeluarga mencubanya terlebih dahulu. “Ternyata ada juga yang berminat minuman ini khasnya mereka yang datang dari luar daerah,” jelas beliau yang mendapat bekalan buah kelapa daripada pekebun-pekebun kelapa dari daerah berhampiran. Menurut Anuar sejumlah 50 biji buah kelapa dapat dijual dalam tempoh sehari termasuk air kelapa bakar dan air kelapa asam boi. Sebiji air kelapa pandan bakar dijual dengan harga RM5 manakala air kelapa biasa dijual dengan harga RM3.50. Gerai minuman Anuar dibuka setiap hari dengan dibantu oleh adik perempuanya iaitu Zawiyah Awang yang berusia 17 tahun.

GIGIH... Anuar sedang membakar buah kelapa pandan sebelum airnya dihidangkan kepada pelanggan di gerainya.

RAJIN... Zawiyah Awang turut membantu abangnya Anuar di gerai mereka yang terletak di Jalan Kampung Songsang, Temerloh, Pahang.

Nota:- Agro Malaysia mendoakan semoga perniagaan Anuar berkembang dan minuman air kelapa pandan bakar serta air kelapa asam boi yang diilhamkan oleh anak muda ini dapat dipasarkan secara meluas pada masa depan.

AgroMalaysia << 21


FOKUS: BANGKIT SELEPAS BANJIR Oleh: WARTAWAN AGRO MALAYSIA

‘Ketagih’

KOPI PAK LAH “Daripada menjual kain saya tukar berniaga kopi untuk mencari kelainan. ” - Pak Lah

Abdullah Shergawi (Pak Lah) LEKA seketika melihat lelaki ini memasukkan biji kopi ke dalam mesinnya. Deruman mesin kopinya sayup kedengaran dalam keriuhan Pekan Sehari Temerloh. Namun yang membuatkan saya terleka di gerai ini adalah bau kopi yang harum menyusuk.

22 >> AgroMalaysia

“Syukurlah mesin kopi Pak Cik tidak dihanyut oleh banjir tahun lalu. Kalau itu terjadi pasti Pak Cik tidak dapat berniaga di sini. Harga mesin mencecah tiga ribu ringgit. Pasti tidak mampu membeli yang baru” ujar peniaga kopi yang bernama Abdullah Shergawi ini kepada penulis.


Lelaki yang berusia 54 tahun ini memberitahu penulis mesin kopi tersebut ‘selamat’ daripada bah kerana disimpan dalam van yang digunakan untuk berniaga di Pekan Sehari.

Abdullah sangat dikenali oleh pengunjung Pekan Sari kerana serbuk kopi yang dijual beliau sangat enak. Lebih terasa enak jika air kopi Abdullah atau ‘kopi Pak Lah’ ini dinikmati dengan nasi lemak atau lontong pecal yang dijual di tepi Sungai Pahang. Bagi peminat kopi, melihat
 cara Abdullah memasukkan biji kopi ke dalam mesin untuk dijadikan serbuk sudah diketahui betapa sedapnya kopi tersebut.

TEKUN… Abdullah Shergawi melakukan proses memesin biji kopi untuk dijadikan serbuk dengan cermat serta berhati-hati.

HALUS… Serbuk kopi yang dimesin daripada biji kopi berkualiti menjadikan ‘Kopi Pak Lah’ digemari ramai. AgroMalaysia << 23


Tidak menang tangan Abdullah dan isterinya Dahlia Tuarin, 48 tahun melayan pelanggan yang datang membeli kopi di gerainya. Kebanyakan pengemar kopi ‘Pak Lah’ akan membeli kopi tersebut tidak kurang daripada dua bungkus iaitu kopi serbuk dan kopi campuran.

24 >>AgroMalaysia

”Syukurlah mesin kopi Pak Cik tidak dihanyut oleh banjir tahun lalu. Kalau itu terjadi pasti Pak Cik tidak dapat berniaga di sini.”


Ada yang mengakui bagaikan ‘ketagih’ dengan keenakan kopi ‘Pak Lah’. Tambahan pula, apabila diminum pada waktu pagi dan petang. Menurut Abdullah sebelum berniaga serbuk kopi beliau menjual pakaian di Pekan Sari tersebut. “Pak Cik tukar berniaga serbuk kopi kerana untuk mencari kelainan. Nampaknya berniaga kopi menghasilkan pendapatan yang lebih lumayan. 
Sekarang kami tumpu kepada menjual serbuk kopi sahaja termasuk serbuk kopi campuran.” ujar beliau yang menetap di Kampung Batu 1, Temerloh.

KERJASAMA… Isteri Abdullah Shergawi iaitu Dahlia Tuarin turut membantu suaminya menjual serbuk kopi di merata tempat sekitar Temerloh dan daerah berhampiran. AgroMalaysia << 25


AGRO PELANCONGAN

Oleh: WARTAWAN AGRO MALAYSIA

Juadah Lazat Bersulam Layanan Mesra

‘Rahsia’ Gamit Pengunjung SERI MALAYSIA TEMERLOH

AgroMalaysia << 27


Chef Effendy menunjukkan cara penyediaan susun atur hidangan untuk menarik selera pelanggan.

SEBAIK melangkah memasuki ruang tamu Hotel Seri Malaysia, Temerloh yang comel ini, terdengar mesra sapaan petugas-petugas menyambut kami. “Selamat kembali ke Hotel Seri Malaysia. Apa khabar puan. Puan sihat ke..? Nak makan dahulu ke atau nak daftar bilik dulu�. Bicara mesra, ramah dan penuh perhatian itulah yang membuai perasaan pelanggan. Apabila kehadiran dialualukan, letih dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh pasti terus lenyap. Begitulah istimewanya Hotel Seri Malaysia di hati pelanggan-pelanggannya yang tidak akan teragak-agak untuk menginap kembali di hotel tersebut jika ada urusan di Temerloh, Pahang. Terasa indah hubungan petugas dengan pengunjung tambahan pula mereka mudah mengingat wajah dan nama pelanggan yang kerap berurusan di hotel ini. Begitu juga dengan diri penulis, walaupun sebelum ini penulis pernah juga mencuba menginap di beberapa hotel lain di daerah tersebut tetapi akhirnya memilih semula Hotel Seri Malaysia Temerloh sebagai tempat beristirehat atau penginapan.

28 >> AgroMalaysia

PELBAGAI KEMUDAHAN MEMBUAT PELANGGAN SELESA Faktor yang menambat hati penulis untuk kembali semula adalah kerana keselesaan, keselamatan, menunya yang lazat, kemudahan wifi dan juga layanan mesra sikap prihatin petugas-petugasnya. Terasa berselera menikmat pelbagai hidangan resepi daripada Chef berpengalaman iaitu Chef Effendy Iswardy Bashri yang lebih lapan tahun bersama hotel ternama ini. Lebih nikmat lagi jika juadah tersebut dinikmati di tepi kolam renang yang terdapat di hotel itu. Sejuk mata melihat aliran arus Sungai Semantan yang terletak kira-kira lima meter daripada hotel tersebut. Dalam pertemuan dengan Majalah Agro Malaysia baru-baru ini, Pengurus Besarnya Datuk Zamri Mohamed berkata, kebanyakan petugas sudah bekerja di hotel tersebut sejak penubuhannya. “Mereka sudah terlatih dan memahami tugasan serta tanggung jawab masing-masing. Sama ada yang bertugas di bahagian Food & Beverages, pentadbiran dan juga bahagian hadapan atau front liner.


Cucur udang atau ikan bilis antara menu yang digemari oleh pengunjung.

“Saya bangga dengan sikap positif yang mereka tunjukkan. Pencapaian kerjaya mereka juga semakin berkembang. Faham mengenai pentingnya meningkatkan kualiti perkhidmatan agar mampu bersaing dengan hotel-hotel lain di daerah ini,” kata beliau yang berpengalaman menjadi usahawan dalam bidang perhotelan lebih sepuluh tahun lalu. Zamri yang dibantu oleh ‘orang kanannya’ Rosli Yusof yang sentiasa gigih menjalankan promosi dan memasarkan pakej istiwewa hotel tersebut kepada masyarakat luar. Ujarnya, Hotel Seri Malaysia Temerloh semakin menjadi sebutan terutama menjelang bulan Ramadan kerana buffet yang disedia menepati citarasa pelanggannya. “Kebanyakannya daripada penduduk luar daerah ini terutama dari ibu kota. Mereka berbuka puasa di sini bersama teman-teman atau keluarga,” katanya.

INFORMASI

• Jarak antara Hotel Seri Malaysia Temerloh dan Sungai Semantan-Temerloh ialah lima

meter sahaja.

• Hotel Seri Malaysia Temerloh adalah antara hotel yang ternama di daerah tersebut. • Mempunyai 50 bilik yang dilengkapi dengan wifi. • Menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan, jamuan dan kursus dengan harga

yang istimewa.

• Hotel Seri Malaysia Temerloh terletak di Jalan Hamzah, 28000 Temerloh, Pahang. • Untuk maklumat lanjut boleh hubungi di talian 09 2965776.

AgroMalaysia << 29


CHEF TAMU

Effendy Iswardy Bashri Sous Chef Hotel Seri Malaysia 09-296 5775

‘AirTangan’ChefEffendy PatinRangup(DeepFried) Seri Malaysia Temerloh Bahan-bahan: 1 ekor ikan patin sungai 100 gram udang kering 3 ulas bawang putih 5 camca besar kicap manis 5 camca besar air rebusan ayam Sedikit minyak untuk menggoreng Bahan hiasan: Daun bawang Cara memasak: 1. Panaskan minyak dengan api yang perlahan. 2. Kemudian, bersihkan ikan dan goreng sehingga kekuningan. 3. Setelah masak angkat dan ketepikan. 4. Kisar udang kering dan bawang putih. Kemudian tumis sehingga garing. 5. Campurkan bahan tumis tadi ke dalam kicap manis dan perisakan dengan lada sulah. 6. Tuang ke atas ikan dan taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

30 >> AgroMalaysia

Tip: Ikan patin akan lebih rangup jika menggunakan kaedah ‘goreng tenggelam’ (deep fried). Saiz hidangan: Untuk tiga orang


IKANPATINMASAKTEMPOYAK Patin Asam Tempoyak Bahan-bahan: 1 ekor patin 150 gram tempoyak 2 tangkai cili merah 2 senduk cili kering (dikisar) 10 tangkai cili padi 2 inci kunyit hidup 3 keping asam gelugur 1 kuntum bunga kantan 1 ikat daun kesom Garam secukupnya Gula secukupnya

Cara membuatnya: 1. Ikan dibersihkan kemudian dipotong mengikut kesesuaian. 2. Tempoyak, cili merah, cili padi dan kunyit dikisar. 3. Kemudian bahan yang dikisar dimasukkan ke dalam periuk bersama sedikit air. 4. Masukkan lada kering, asam gelugur, daun kesom dan bunga kantan, kacau dan didihkan. 5. Perasakan kuah dengan garam dan sedikit gula secukup rasa. 6. Setelah itu, masukkan ikan patin, apabila ikan sudah masak angkat dan hidangkan Pesanan Agro Malaysia: Bagi mengurangkan kolestrol dalam minyak masukkan dua keping asam keping ketika menggoreng. Penggunaan bawang putih dalam hidangan ini sangat berkesan untuk mengurangkan kolestrol. Ikan patin sungai pula kaya dengan sumber protein untuk menguatkan tenaga. Selain itu, ikan patin sungai juga boleh melegakan bengkak akibat arthritis remumatik. AgroMalaysia << 31


PERSONALITI USAHAWAN Oleh: NORAINI NORDIN

PROFIL RINGKAS ERRA FAZIRA Dilahirkan pada 9 Februari 1974. Erra Fazira sangat dikenali sebagai seorang model, pelakon, penyanyi, dan bekas ratu cantik Malaysia. Memenangi dua anugerah aktress terbaik FFM dan menerima jolokan “Primadona Filem Melayu Alaf Baru�. Dilahirkan di Sungai Choh, Rawang, Selangor oleh pasangan Wan Chek dan Azizah Zaik. Zaman sekolahnya Erra Fazira merupakan seorang yang aktif di sekolah dan menyertai banyak persatuan seperti Pengakap, St Johns Ambulans, Kelab Kebudayaan, dan Kelab Bahasa Inggeris. Selain aktif dalam bidang seni, beliau kini sedang menorak langkah untuk meneroka dunia keusahawanan.

Demi

RARA COOKIES

ERRA SANGGUP KORBANKAN MASA EMASNYA

32 >> AgroMalaysia


“Sejauh mana impian Erra terhadap produk Rara Cookies. Adakah hanya promosi di kalangan peminat-peminat atau bagaimana. Jika Erra bersungguh-sungguh untuk memasarkan produk ini adakah Erra sanggup ‘berkorban masa’ untuknya,” spontan penulis bertanya soalan itu kepada Erra Fazira, artis yang ‘top’ mempunyai jutaan peminat ini.

Sengaja penulis lontarkan soalansoalan ‘cepu emas’ ini kepada artis yang sangat dikenali di negara ini bagi menguji sejauh mana kecekalan beliau untuk menerokai bidang keusahawan melalui produk Rara Cookies. Walaupun produk tersebut sudah mula mempunyai penggemarnya tersendiri tetapi ia tidak cukup jika mahu ‘menjadi pemain’ dalam industri yang penuh cabaran ini.

“Erra memang serius Kak Ani. Erra memang bercita-cita mahu menjadikan Rara Cookies sebagai satu lagi platform untuk Erra menempa nama sebagai usahawan wanita yang berjaya. Tambahan pula dalam bisnes baru yang serius seperti ini.

“Walaupun masih bertatih Erra mahu Rara Cookies dapat diperkenalkan secara meluas. Bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga antarabangsa, “ ujar Erra Fazira serius dalam satu pertemuan dengan penulis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.




 AgroMalaysia << 33


Pertemuan santai bersama Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik turut disertai oleh Intan Zabidin bekas editor majalah hiburan terkenal Media Hiburan. Sejak meninggalkan ‘dunia media’ Intan juga ligat menjalankan bisnes sendiri iaitu menjual tudung, jubah dan pelbagai pakaian busana Muslim. LUANG MASA TIMBA ILMU Menurut Erra bagi meningkatkan pengetahuannya dalam bidang pembuatan biskut beliau sanggup mengorbankan masa emasnya untuk menimba ilmu dengan agensi yang menawarkan kursus yang berkaitan. “Erra sendiri akan luangkan masa untuk mengikuti kelas tersebut. Erra mahu belajar bagaimana menjadikan Rara Cookies supaya tahan lama dan tidak mudah rosak semasa berada di pasaran. Terutama jika dipasarkan secara besar-besaran.
 
 Sekarang Rara Cookies dibuat secara homemade. Pengeluaran biskut ini adalah mengikut pemintaan pelanggan,” jelasnya jujur. Sebenarnya sejak kecil lagi penulis bukanlah penggemar biskut manis tambahan pula jika ada campuran coklat atau butter.

Bagaimanapun setelah mencuba Rara Cookies yang dihadiahkan oleh Erra petang itu terasa nikmat pula produk tersebut. “Bolehlah saya beri lima bintang kepada Rara Cookies. Ada potensi untuk biskut ini melebarkan sayapnya pasaran seperti yang diidamkan oleh Erra,” ujar penulis ikhlas.

Rasa enak Rara Cookies sesuai juga dinikmati dengan teh dan kopi. Rara Cookies kini menjadi pilihan ramai bukan sahaja kalangan peminat Erra tetapi juga masyarakat tempatan.

34 >> AgroMalaysia


Album peminat RaraCookies

Sebelum ini penulis pernah menikmati ‘air tangan’ Erra iaitu kuih Tart Bengkulu yang terkenal dalam kalangan masyarakat Minangkabau. Erra akan membuat kuih tart itu sendiri untuk dihadiahkan kepada teman-teman rapat pada musim perayaan.

 Penulis sudah mengenali Erra sejak beliau merangkul gelaran Ratu Cantik Malaysia/ World pada tahun 1992 dan sekaligus mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss World di Bostwana, Afrika Selatan pada tahun yang sama.
 Kerjaya seni wanita tabah ini
 berkembang dan memberi pendapatan lumayan bagi dirinya. Bukan sahaja sebagai penyanyi, pelakon dan model produk tetapi juga mampu menjadi pengacara. Kami sering bekerjasama dalam pelbagai program sama ada dalam atau luar negara dan setiap penampilan Erra pasti tidak menghampakan. Hubungan mesra yang terjalin itulah menyebabkan Erra sudi menjadi cover girl wajah baru Majalah Agro Malaysia. Setinggi penghargaan untuk Erra. Semoga impian beliau untuk meluaskan lagi perniagaannya dipermudahkan.

BAGAIMANA MENDAPATKAN RARA COOKIES? Anda boleh mendapatkan Rara Cookies dengan menghubungi Intan Zabidin melalui emel beliau di intanzabidin@gmail.com atau sila layari Facebook beliau di www.facebook.com/intan.zabidin. AgroMalaysia << 35


PERSONALITI USAHAWAN Oleh: WARTAWAN AGRO MALAYSIA

Teego ilham dari

BONDA

Profil Nur Liyana Abd Malek atau Liyana Malek:

• Anak pertama daripada lima beradik. • Impian: Ingin membantu lebih ramai anak-anak agar • •

emosinya tenteram dan tidak mudah mengamuk serta dapat menjadi jambatan kebahagiaan anak-anak. Mempunyai pengalaman menguruskan tadika dan taska seawal usia 13 tahun. Di samping mempromosi dan memasarkan Teego, Liyana Malek banyak membantu usahawan dalam menaikkan imej produk /servis setanding di peringkat antarabangsa. Turut menghasilkan mini buku bertajuk ’30 Idea Tawan Hati Anak’ dan ‘7 Idea Tawan Minda Pelanggan’.

36 >> AgroMalaysia


CERITA LIYANA - BAGAIMANA MENGHASILKAN PRODUK TEEGO (NOVEMBER 2014) Pada mulanya, Teego adalah produk muruku yang dibuat menggunakan bahan rempah asli resepi daripada seorang teman. Setelah dua minggu muruku berjenama Teego dipasarkan di stesen minyak, saya mendapati persaingannya sangat hebat. Tanpa saya sedari lebih 100 jenama muruku sudah terdapat di pasaran sama ada dibuat di kilang atau secara homemade. Sebahagian daripada jenama muruku ini sudah memonopoli pasaran melebihi sepuluh tahun.

Oleh sebab itu jualan muruku Teego tidak begitu memberangsangkan. Sebanyak 200 pek percubaan (setiap pek 100g) tidak mendapat sambutan. Dalam tempoh dua minggu, hanya 50 pek sahaja yang berjaya dijual di 30 stesen minyak sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur). Saya terpaksa menarik semula muruku Teego dalam tempoh tersebut. Termenung seketika. Air mata menitis tanpa disedari. Saya bermuhasabah diri dan mencari kelemahan produk Teego sebelum memulakan langkah baru. Saya pulang ke rumah ibu bapa saya di Kampung Sungai Udang, Klang, Selangor untuk menenangkan fikiran. Ketika termenung di meja makan, ibu (Noor Fazilah Abetah) meminta saya mencuba sejenis snek yang saya tidak ketahui namanya. Saya mencuba snek tersebut tanpa memandangnya. Semakin dicuba, semakin terasa keenakan, kerangupan dan kelazatan snek ini. Terus saya bertanya ibu apakah nama produk tersebut. Lantas ibu menyebutnya, “inilah produk rumpai laut atau seaweed”. Emosi saya yang sedang bercelaru itu terus tenang kembali. Setenang air di tasik Putrajaya.

“Tugas ini menyebabkan saya berlinangan air mata kerana tiga jari tangan kanan saya membengkak akibat melakukan kerja memotong rumpai laut, menggoreng dan membungkus Teego sendirian sehingga jam tiga pagi.” BANGKIT SEMULA Sebelum menyertai gerai MAHA 2014, saya hanya ada satu minggu untuk melakukan kajian tentang produk rumpai laut ini di rumah serta dengan bantuan pihak MARDI. Saya nekad untuk memberanikan diri memasarkan produk rumpai laut dengan menggunakan jenama Teego. Penampilan pertama produk ini adalah di MAHA 2014. Hari pertama produk rumpai laut Teego di pasaran saya turut dijemput ke stesen TV1 (RTM) untuk berkongsi cerita mengenai produk Teego dalam slot Feminin. Penampilan saya dalam slot tersebut selama satu jam secara langsung di TV1 meningkatkan keyakinan diri untuk memasarkan Teego secara lebih meluas.

AgroMalaysia << 37


TUGASAN SEORANG DIRI Sebenarnya seminggu sebelum penampilan di MAHA 2014, saya sendiri yang menghasilkan 60 botol Teego (100g) bersamaan enam kilogram. Walaupun saya belum mahir memasak tetapi saya mencabar diri untuk menyediakan rumpai laut Teego secara homemade. Bukan mudah melakukan tugasan ini seorang diri. Tugas ini menyebabkan saya berlinangan air mata kerana tiga jari tangan kanan saya membengkak akibat melakukan kerja memotong rumpai laut, menggoreng dan membungkus Teego sendirian sehingga jam tiga pagi. Sehari sebelum MAHA 2014, snek Teego yang telah dibotolkan mula mengeluarkan minyak menyebabkan ia bertakung. Ligat otak saya memikirkan bagaimana mahu mengatasi masalah ini. Akhirnya, saya temui kaedah untuk membuang minyak dengan bantuan pihak MARDI iaitu dengan menggunakan mesin pemecah minyak.

FAKTA Khasiat Rumpai Laut Teego: 1. Mempunyai Vitamin A yang memiliki beta-Carotene baik untuk mata. 2. Vitamin C untuk mencantikkan kulit. 3. Melancarkan peredaran darah dan pencernaan usus. 4. Mengimbangkan emosi yang bercelaru terutama pada kanak-kanak yang kerap ‘mengamuk’.

38 >> AgroMalaysia


PENGALAMAN MEMASARKAN RUMPAI LAUT TEEGO MAHA 2014 menjadikan saya kuat dan tabah untuk pergi lebih jauh lagi. Hasilnya, saya memberanikan diri menghasilkan 500 botol snek Teego dibantu oleh tiga orang pekerja sepenuh masa. Setelah dua minggu, snek Teego berjaya dipasarkan di lebih 40 buah stesen minyak sekitar Lembah Klang. Ini menunjukkan pasaran untuk snek rumpai laut Teego sangat besar dan berpotensi besar di Malaysia. Alhamdulillah, antara kejayaan snek Teego selama tiga bulan di pasaran adalah berjaya menembusi lebih 110 stesen minyak dan memasuki pasaran pasaraya Haji Ismail Group (HIG) di Langkawi. Keyakinan saya semakin bertambah. Semasa pertunjukan LIMA 2015 di Langkawi, saya telah membuat pertemuan bersama Tuan Haji Rosli, pemilik HIG untuk menjual Teego di sana. Sokongan positif daripada beliau membolehkan saya menjual Teego di Kompleks HIG. Dalam masa 24 jam, 100 botol Teego berjaya dijual. Kini, pengeluaran untuk snek Teego adalah bersamaan 252 botol sehari. Tahun 2015 adalah permulaan untuk Teego meluaskan lebih bayak jaringan pengedaran seperti kedai serbaneka Circle K, sekolah rendah, tadika, klinik swasta dan hospital. Sejajar dengan penstrukturan semula konsep pemasaran Teego, kami menawarkan peluang menjadi ejen bagi mewakili setiap daerah di seluruh negara. Penstrukturan semula ini dibuat bagi menjaga kepentingan ejen dan mengelakkan cubaan pihak tertentu menjual dan menghasilkan produk Teego tiruan di pasaran.

AgroMalaysia << 39


Antara kelebihan produk Teego adalah: • Memiliki protien dan kandungan mineral yang tinggi mampu membantu tumbesaran anak-anak. • Emosi anak-anak lebih tenang apabila menikmati Teego kerana ia mempunyai kandungan mineral sodium yang mampu melancarkan aliran darah di otak dan peredaran darah ke jantung mereka.

40 >> AgroMalaysia


Pek baru rumpai laut Teego yang dijual dengan harga RM1.50 di pasaran umum.

• Kandungan pottasium dalam snek ini membantu meningkatkan metabolisma badan dan kekuatan otot badan. • Kandungan Teego sangat membantu menjadi inspirasi untuk melepaskan tekanan kerana kandungan pottasium membantu melancarkan peredaran darah.

AgroMalaysia << 41


TAWARAN EJEN TEEGO HANYA MENGGUNAKAN MODAL RM160 ANDA BOLEH MENJADI EJEN USAHAWAN TEEGO •Hanya dengan pembelian minima 1 kotak (20 botol) bersamaan RM160.00, anda sudah boleh menikmati penjimatan sehingga 50%. Sambil berniaga anda dapat menggunakan produk Teego ini pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. •Anda dapat menjana pendapatan sampingan hasil daripada jualan Teego ini sama ada secara online ataupun offline. •Maklumat anda akan dipaparkan dalam media pemasaran Teego seperti laman sesawang dan media sosial yang lain (Facebook, Twitter, dan Instagram). •Ejen akan dibekalkan dengan bahan promosi secara PERCUMA berupa 1 botol percubaan pada belian pertama. Satu botol percubaan akan diberikan bagi setiap belian ulangan. Untuk maklumat lanjut mengenai snek popia rumpai laut Teego, hubungi talian 017 6066 422 atau 013 6066 949. Anda juga boleh melayari www.teegomy.com untuk informasi tambahan atau emelkan ke teegomy@gmail.com untuk sebarang pertanyaan. Produk Teego juga boleh dibeli secara online di www.teegomy.com/shop. 42 >> AgroMalaysia


Promosi rumpai laut Teego turut diadakan di RTM TV1 dalam Slot Feminin.

PRODUK RUMPAI LAUT TEEGO TAWAN SELE1RA PELBAGAI GOLONGAN MASYARAKAT

AgroMalaysia << 43


KREATIF DAN INOVATIF... BOTOL TEEGO UNTUK PELBAGAI GUNA

“Jangan buang saya” - Botol Teego boleh digunakan sebagai tempat alat tulis yang serbaguna.

44 >> AgroMalaysia


PANDUAN MENYEDIAKAN SUP TEEGO 1. Masukkan 2 sudu teh Teego ke dalam 350ml air panas. 2. Biarkan selama 2-3 minit sehingga Teego kembang. 3. Masukkan daun bawang yang telah dihiris halus. 4. Gunakan campuran serbuk lada putih dan sedikit garam. 5. Untuk mendapat rasa yang lebih enak, masukkan rebusan air udang ke dalam sup tersebut. Nota: Sup Teego sangat sesuai dijadikan makanan pembuka selera bagi kanak-kanak, warga emas dan mereka yang tiada selera makan. Hidangan ini sesuai dinikmati pada waktu pagi dan malam.

Sup rumpai laut Teego sangat berkhasiat untuk mencerdaskan minda.

AgroMalaysia << 45


MEMPELBAGAIKAN HIDANGAN RUMPAI LAUT TEEGO

Mee kari rumpai laut Teego juga boleh dijadikan hidangan pembuka selera.

Rasa rumpai laut Teego yang rangup dan enak juga sesuai dinikmati dengan roti, kacang panggang serta omelette.

46 >> AgroMalaysia


Nasi lemak yang dimakan bersama rumpai laut Teego sangat sesuai untuk hidangan waktu pagi.

Lontong rumpai laut Teego. Untuk menambahkan keenakan lontong campurlah rumpai laut Teego dengannya. Pasti menambat selera anda.

AgroMalaysia << 47


PENULIS TAMU Oleh: LIYANA MALEK

Ketahui

KAJIAN‌ Penambah baikan secara berterusan membantu usahawan untuk terus menawan hati pelanggan secara lebih meluas dan mencakupi pelbagai golongan masyarakat.

RAHSIA

PENJENAMAAN (BRANDING)

Mengapa pengguna menyukai dan mempercayai produk anda? Walaupun anda hanya baru bermula semalam? Jawapanya‌ Branding yang betul.

48 >> AgroMalaysia


Penjenamaan sangat penting kerana manusia memang suka mencuba perkara yang baru. Situasinya adalah me足reka tidak tahu produk/servis yang mana yang boleh dipercayai. Maka, hanya pembungkusan produk sahaja cara untuk menawan hati pelanggan membeli produk/servis anda. -Liyana Malek Laser Fokus Membantu Usahawan Bina Perniagaan. Kita ini dikurniakan dengan banyak kebolehan untuk melakukan apa sahaja yang diiginkan. Masalahnya adalah ra-

N

AgroMalaysia << 49


mai usahawan yang baru hendak meningkat naik dalam perniagaan sering kali melakukan kesilapan ini. Mereka tidak laser fokus atau terlupa untuk laser fokus. Contohnya, Anda seorang pembuat kek yang sedap. Apa sahaja kek yang anda buat pasti menjadi dan dipuji oleh orang sekeliling. Anda pun berhasrat memulakan peniagaan. Jadi, anda mula membuat kek coklat, kek velvet, pavlova dan kek lapis. Anda sudah fokus untuk membuat kek tetapi tidak laser fokus. Belum laser fokus untuk memilih kek apa yang ingin dimulakan. Adakah kek coklat? Kek velvet atau kek lapis? Minda manusia tidak suka keliru. Ia benci untuk keliru. Perkara yang membuat minda keliru menyebabkan pengguna malas berfikir. Kesannya, mereka tidak mahu membeli apa-apa dari anda.

50 >> AgroMalaysia


Siapa yang rugi? Kita juga yang tepuk kepala. Bagaimana hendak memilih produk/servis yang ingin dilakukan terlebih dahulu? 1. Lakukan percubaan seperti memberi makan percuma kepada pelanggan. 2. Ambil gambar atau video pelanggan yang menikmati kek anda. 3. Lihat, dengar dan catat maklum balas pengguna terhadap pilihan mereka. Produk yang tertinggi permintaan dijadikan kayu ukur untuk dimulakan. 4. Berikan jenama kepada produk tersebut seperti ‘Kek Mak Kiah’. 5. Buat pemasaran dan promosi menggunakan gambar dan video yang telah diambil ke internet seperti facebook, instagram atau twitter. Ini lebih cepat dan menjimatkan. 6. Letakkan bersama cara untuk mendapatkan produk tersebut melalui penghantaran atau ambil sendiri di kedai anda. 7. Sentiasa membuat inovasi produk sama ada dari aspek rupa bentuk, rasa atau pun pembungkusannya.

TEKNOLOGI‌ Penggunaan media baru juga sangat membantu dalam memastikan pemasaran dapat dijalankan secara lebih berkesan.

Keluaran Agro Majalah yang seterusnya, kita akan membincangkan bagaimana menjadikan produk/servis boleh memiliki rupa pembungkusan yang bertaraf antarabangsa. 9 langkah mudah membuka peluang kepada produk/servis anda lebih dikenali.

NIKMATI‌ Jangan kedekut melambakkan produk untuk diuji kepada orang ramai.

Profil Liyana Malek: Memiliki pengalaman lebih 5 tahun dalam dunia imej penjenamaan. Membantu ramai usahawan dalam memulakan, membina, mengembangkan perniagaan mereka. Sebarang khidmat runding boleh layari ke www.liyanamalek.com atau email ke liyana@inspirehuman.my atau hubungi 017 6066 422 / 013 6066 949. AgroMalaysia << 51


PRODUK PILIHAN

Oleh: WARTAWAN AGRO MALAYSIA

CINTA DAN RINDU

sos rock melon

FAEZAH SEGAR... Buah rock melon yang segar akan menghasilkan sos yang berkualiti.

52 >> AgroMalaysia


Sos rock melon ‘Cinta’ adalah gabungan rasa masam, manis dan pedas (seperti juga perasaan cinta sesama insan yang berbaur perasaan sedemikian). Jelas Sidek lagi sos rock melon bernama ‘Rindu’ pula memiliki rasa pedas dan manis. Manakala sos rock melon yang bergelar ‘Sayang’ adalah campuran rasa lemak dan manis. Ketiga produk ini dipasarkan serentak dan ditampilkan dengan pek yang istimewa untuk menawan hati pelanggan MUHAMMAD SIDEK OSMAN Usahawan muda yang mempopularkan produk sos rock melon

AgroMalaysia << 53


‘C

INTA’ , ‘Rindu’ dan ‘Sayang’ lazimnya sering dilafazkan kepada seseorang yang dikasihi tetapi jika diberi nama kepada tiga jenis sos pasti ada sebab yang sangat istimewa.

54 >> AgroMalaysia

Apatah lagi yang memperkenalkan nama tersebut adalah seorang lelaki yang bernama Muhammad Sidek Osman (37 tahun) atau lebih mesra dengan panggilan Sidek usahawan muda yang mempopularkan produk sos rock melon.


Menurut Sidek penggunaan namanama romantik seumpama itu sebagai satu penyataan betapa istimewanya sos yang dihasilkan daripada buah rock melon oleh syarikat beliau bersama rakan kongsinya iaitu Saiful Asyraf Md Hisan (38), Mohd Munif Norulazmi (32 tahun) dan Nurul Faezah Jasni yang berusia 29 tahun.

PROMOSI... Sidek mempromosikan sos rock melon kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Sri Mustapa Mohamed.

AgroMalaysia << 55


NIKMAT... Sos rock melon juga lazat jika dinikmati dengan pelbagai jenis makanan termasuk berasaskan ikan dan daging.

56 >> AgroMalaysia


Sebagai pengasas dan pengeluar sos rock melon berjenama Faezah pertama dunia sudah pasti nama produk ini mesti istimewa, indah serta penuh kasih sayang. Katanya sos rock melon ‘Cinta’ adalah gabungan rasa masam, manis dan

pedas (seperti juga perasaan cinta sesama insan yang berbaur perasaan sedemikian). Jelas Sidek lagi sos rock melon bernama ‘Rindu’ pula memiliki rasa pedas dan manis.

AgroMalaysia << 57


“Manakala sos rock melon yang bergelar ‘Sayang’ adalah campuran rasa lemak dan manis. Ketiga produk ini dipasarkan serentak dan ditampilkan dengan pek yang istimewa untuk menawan hati pelanggan,” jelas Sidek lagi. Sidek bukanlah jejaka yang hidup dalam alam fantasinya. Sebagai Pengarah Urusan Syarikat KMS Agronomi Sdn Bhd yang mengeluarkan produk ini beliau bersama rakan kongsinya berusaha keras meluaskan pasaran ke seluruh negara. “Saya mula ‘jatuh cinta’ dengan buah rock melon apabila kali pertama menatapnya di sebuah pasaraya ternama bertaraf lima bintang di ibu kota pada 2013. “Waktu itu harga buah ini sebiji kira-kira RM12. Nampak comel dan segar serta menarik perhatian saya untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengannya,” ujar Sidek terus terang.

SERASI... Bagi menghasilkan sos yang berkualiti pelbagai ujian dijalankan dengan kerjasama pihak MARDI.

58 >> AgroMalaysia


Ujar beliau lagi, banyak rahsia serta khasiat buah rock melon jika rajin mencari maklumat berkaitan buah ini. Katanya, buah rock melon masih agak asing bagi penduduk negara ini khasnya masyarakat di luar bandar. Beliau menjelaskan ada yang sukar membezakan antara buah rock melon dengan tembikai susu, tembikai atau buah labu. “Inilah antara ujian getir yang dilalui sewaktu mula memasarkan sos ini. Bagaimana pun cabaran tersebut mampu kami lalui secara berperingkat. Kini semakin ramai yang mengenali Sos Rock Melon dan menyenangi rasanya,� ujar Sidek lega. AgroMalaysia << 59


BUAH KEMBAR YANG ENAK DAN MANIS BUAH Rock Melon yang dijadikan sos ini adalah yang dipetik segar dari ladang mereka di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor. Ladang seluas 0.6 hektar mampu mengeluarkan enam tan buah se­ bulan. Ada waktu pokok rock melon juga menghasilkan ‘buah kembar’ yang sangat manis dan enak rasanya. Buah yang rangup dan segar ini akan menghasilkan sos yang lazat dan bermutu tinggi. “Keadaan itu lebih mudah untuk kami meyakinkan pelanggan mengenai ketulinan sos tersebut yang diperbuat daripada buah rock melon dari ladang kami sendiri. Ladang kami telah memperolehi status MyGAP sejak Jun

2014,” jelas anak jati Kuala Lumpur ini. Beliau berkata, sejumlah 12, 000 bo­ tol sos dihasilkan dalam sebulan sejak produk tersebut diperkenalkan pada Oktober tahun lalu. Ujar beliau, selain daripada dijadikan sos, buah segar daripada ladangnya juga dieksport untuk pasaran Si­ ngapura. Katanya, syarikat mereka juga telah diiktiraf oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai pengeluar buah terbaik (dalam kelompoknya) yang mengusahakan tanaman fertigasi rock melon menggunakan struktur pelindungan hujan (SPH) serta kalis serangga.

KEMBAR... Jus rock melon dihasilkan daripada buah kembar dari ladang mereka di Jenjarom, Kuala Langat, Selangor.

60 >> AgroMalaysia


LARIS‌ Promosi yang konsisten berjaya mempopularkan sos rock melon kepada masyarakat negara ini.

INFORMASI n Tahukah anda masyarakat di Jepun

mengamalkan pengambilan buah rock melon dalam diet harian mereka. n Mereka percaya akan kelebihan dan khasiat yang terkandung dalam buah rock melon. n Tidak hairanlah mengapa mereka hidup sihat walaupun telah berumur. n Sos rock melon jenama FAEZAH keluaran KMS Agronomi Sdn. Bhd. satu-satunya produk sos rock melon pertama di Malaysia. Produk ini diproses daripada buah berkualiti tinggi gred A dan telah mendapat pengiktirafan daripada pihak MyGAP. n Sos rock melon FAEZAH dihasil dengan tiga perisa (set kombo) l Cinta (masam, pedas, dan manis) l Sayang (lemak manis) l Rindu (pedas dan manis)

RM30/set RM25/set

Harga pasaran set kombo Harga promosi

Sekiranya berminat boleh dapatkan produk kami di portal rasmi www. agrobazaar.com.my atau hubungi: 019 981 4094 (Sidek)

SEGAR DARI LADANG... Sebanyak enam tan buah rock melon dikeluarkan daripada ladang setiap bulan. AgroMalaysia << 61






PRODUK PILIHAN

Oleh: WARTAWAN AGRO MALAYSIA

Cabaran

PASARANPRODUK

DBHONEY ‘P

ERSAINGAN dalam perniagaan perlu ditangani dengan bijak. Setiap promosi produk yang mahu dijalankan harus dibuat dengan berhatihati serta menepati sasaran pelanggan. Tambahan pula jika sesuatu produk itu sudah mempunyai persaingan tersendiri, ;kata Pengarah Pemasaran EMD Concepts (M) Sdn Bhd Farah Hannan Mohd Shah. Menurut beliau yang juga rakan kongsi syarikat tersebut, sebagai pengeluar produk DB H0NEY atau nama sainstifiknya Acacia Mangium, syarikat EMD Concept

66 >> AgroMalaysia

perlu mengambil usaha membuat pe­ nerangan dengan lebih jelas keistimewaan produk tersebut supaya pelanggan lebih yakin. “Selain itu pelanggan atau bakal pelanggan perlu disedarkan mengenai bahaya penggunaan madu sintetik. Mereka perlu diyakinkan mengenai kehebatan khasiat madu asli. Jika langkah ini dapat dibuat barulah sesuatu produk itu dapat dipasarkan dengan berkesan,’’ jelasnya kepada Majalah Agro Malaysia. Bercerita mengenai operasi syarikatnya,


Farah Hannan atau lebih dikenali sebagai Farah berkata, syarikat tersebut diasaskan oleh Mohd Dainal Bero pada 2010. Katanya, bermula dengan jualan secara individu, keluarga dan kenalan, syarikat berkenaan berkembang dari semasa kesemasa mengikut pemintaan pelanggan.

JUALAN PRODUK MENINGKAT

Jelasnya, setelah bertatih, semakin lama permintaan terhadap DB HONEY meningkat sehingga dijual secara dalam

talian bagi menyebarluaskan produk ini. “Kami mengunakan medium facebook untuk membuat jualan kepada masyarakat umum. Permintaan terus bertambah terhadap DB HONEY daripada tiga angka hingga mencecah empat angka sebulan,’’ kata wanita yang telah memiliki tiga cahayamata ini. Ujar Farah lagi, syarikat EMD Concept yang digerakkan oleh empat bersaudara selaku pemilik saham serta juga pengarah syarikat kini mengambil langkah aktif memasarkan terus DB HONEY secara dalam talian. AgroMalaysia << 67


INFORMASI 1

MADU ACACIA MANGIUM Acacia Mangium merupakan salah satu spesis daripada pokok Acacia yang berasal dari Australia, dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan penghasilan kayu dan pulpa yang digunakan untuk penghasilan kertas. Pokok Acacia juga menjadi kesukaan lebah madu dan madu yang diperolehi dari pokok ini dikenali sebagai Madu Acacia Mangium. Madu Acacia Mangium dihasilkan secara organik daripada lebah jenis Apis Mellifera yang memungut honey dew dari pokok Acacia Mangium yang tumbuh segar di beberapa kawasan hutan simpan Malaysia. Warnanya kuning keemasan bergantung kepada tahap kematangan madu itu. Ianya mempunyai rasa yang unik, lembut dan bertekstur halus. Aromanya seakan-akan vanila yang wangi. Madu Acacia tidak mudah menghablur kerana kepekatan fruktosa tinggi. Ini bermakna madu acacia boleh kekal dalam bentuk cecair untuk tempoh masa yang lama selagi disimpan dengan baik. Selain itu, anda boleh menggunakan madu Acacia sebagai pemanis makanan atau minuman. Manfaat

kesihatan madu Acacia termasuk rawatan penyakit pernafasan akut, sakit kepala, penyakit buah pinggang dan aterosklerosis. Selain itu, anda boleh menggunakan madu Acacia sebagai sedatif untuk gangguan saraf dan insomnia. Mengetahui banyak kelebihan dan keunikan yang terdapat pada madu acacia ini, EMD Concepts (M) Sdn Bhd telah mengorak langkah dengan mengeluarkan produk madu lebah Acacia Mangium dengan jenama db Acacia Mangium berkualiti premium dan terbukti asli.

DB HONEY boleh dinikmati dengan pelbagai jenis minuman juga hidangan pencuci mulut. -Farah Hannan Mohd Shah

68 >> AgroMalaysia


INFORMASI 2

KEISTIMEWAAN DB HONEY

Produk ini mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri. Madu DB HONEY (Acacia Mangium) mengandungi asid fenolik, asid abscisic dan flavonoid. Terdapat tiga asid fenolik, p-hydroxybenzoic, asid ferullic dan t-cinnamic. Selain itu, terdapat lima flavonoid, pinobanksin, apigenin, pinocembrin, crysin dan acacetin. Profil asid fenolik madu Acacia juga termasuk p-coumaric, p-hydroxybenzoic, t-cinnamic dan asid vanillic. Selain daripada itu, produk ini mempunyai ciri-ciri yang unik iaitu ia sangat baik dan telah terbukti untuk rawatan penyakit hati, buah pinggang, dan sebagai sedatif untuk masalah saraf dan mental, ia juga boleh digunakan sebagai pemanis tanpa mengubah rasa atau aroma makanan dan seterusnya ia juga mempunyai ciri-ciri antiseptik yang ketara yang mana boleh diletakkan pada luka tanpa perlu dibasuh luka terlebih dahulu.

INFORMASI 3

Kebaikan dan Khasiat DB HONEY

Membantu mencegah pelbagai jenis penyakit termasuk asma, haid tidak teratur, resdung, alahan, jerawat dan rambut gugur.

INFORMASI 4

BAGAIMANA MAHU MENDAPATKAN DB HONEY EMD Concepts (M) Sdn telah mewujudkan beberapa platform utama bagi merealisasikannya iaitu dengan platform kedai online dan platform media sosial. Para pelanggan boleh membuat pembelian di kedai online di : premiumhoney.dbacacia.com. Penghantaran DB HONEY pantas terus ke muka pintu pelanggan melalui Poslaju yang hanya mengambil masa sekitar 48 jam sahaja. Bagi mendapatkan maklumat dan perkongsian terkini, pengguna boleh ke laman facebook kami di www.facebook.com/rahsiamaduacacia.

MENYELERAKAN‌ Anda juga boleh mencuba DB HONEY dengan Kopi Latte.

AgroMalaysia << 69


INFORMASI 5

EBUKU PRODUK DB HONEY

Bagi memastikan orang ramai di luar sana memahami dengan lebih mendalam mengenai madu Acacia mangium khususnya dan madu lebah secara amnya, pihak EMD telah mengeluarkan e-buku sebagai rujukan pengguna. Apa yang menariknya, pengguna boleh mendapatkan e-buku ini secara percuma! Pemberian e-buku ini diharap dapat memberi pemahaman yang mendalam kepada pengguna terutamanya dalam mengenalpasti madu asli dan tiruan serta mengetahui dengan lebih lanjut tentang mitos yang wujud dalam madu lebah. Para pengguna boleh mendapatkan e-book PERCUMA ini di http://ebook.dbacacia.com

INFORMASI 6

LADANG TERNAKAN LEBAH

Berdasarkan pengalaman di dalam industri madu lebah ini, syarikat sedar bahawa pendidikan dan pengetahuan secara berterusan adalah amat penting di dalam membangunkan perniagaan. Lantas ini mengambil keputusan untuk mendirikan ladang lebahnya sendiri secara berskala kecil bagi tujuan kajian dan pendidikan. Keputusan ini bukan sahaja dapat meningkatkan sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman bahkan dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran di samping bekerjasama dengan rakan-rakan pembekal yang lain di seluruh Malaysia di dalam memenuhi permintaan para pelanggan.

70 >> AgroMalaysia


INFORMASI 7

Program Perniagaan Bersama EMD

Syarikat juga telah mengorak langkah lagi bagi melahirkan lebih ramai usahawan madu lebah Acacia ini dengan menawarkan beberapa program khas bagi mereka yang serius untuk turut samasama membangun bersama kami. Antara program yang ditawarkan adalah seperti berikut : 1. 2.

INFORMASI 8

INOVASI MADU LEBAH UNTUK KEPELBAGAIAN PRODUK SEBAGAI syarikat yang memperjuangkan industri madu lebah yang berdaya saing, syarikat EMD Concepts (M) Sdn Bhd bakal melebarkan sayap dalam jaringan perniagaan melalui rakan niaga di dalam Program Perniagaan Bersama EMD dan terus menambah nilai hidup ramai orang yang berminat sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. EMD Concepts (M) Sdn Bhd juga merancang untuk mengeluarkan produk madu lebah Acacia yang diinovasi sebagai suplemen makanan super dengan bahan botani yang berkhasiat untuk mereka yang prihatin dalam menjaga kesihatan.

Program Ambassador ( Wakil jualan ) Program Stokis Negeri ( Setiap negeri )

Apa yang menarik untuk mereka yang menyertai program ini ialah, mereka akan diberi pendedahan yang berterusan dan khidmat nasihat berkenaan lebah dan madu, tunjuk ajar dalam memulakan perniagaan secara atas talian dan ‘offline’, disamping menawarkan perkongsian margin yang tinggi bersama usahawan-usahawan di bawah Program Perniagaan Bersama EMD. Mereka yang berminat untuk menyertai, boleh melayari www.dbacacia.com atau hubungi talian hotline 011-23888951.

AgroMalaysia << 71


KAJIAN Oleh: PROF. S. M. REZAUL KARIM, NORHAFIZAH MD ZAIN, MASZURA CHE MAT DAN MD ZOBAIDUL ALAM

‘RUMPAI MIANG’ MEXICO ANCAM KEDAH

‘R

UMPAI PARTHENIUM’ (Rumpai Miang Mexico), ialah spesies asing yang berbahaya dan telah dikesan di beberapa kawasan di Malaysia. Daripada 14 buah negeri di Malaysia, 10 daripadanya telah dipenuhi dengan rumpai pembunuh ini iaitu sembilan negeri di Semenanjung Malaysia dan sebuah negeri daripadanya ialah Sabah. Kumpulan Penyelidikan Rumpai parthenium (PWRG) daripada Universiti Malaysia Kelantan bersama-sama dengan kakitangan dari Jabatan Pertanian, Kedah dan Agricultural Chemicals Malaysia (ACM) Sdn. Bhd., Perai telah mengadakan lawatan ke Kedah pada November 2014 untuk meneroka status terkini Rumpai Miang Mexico di sana. Kedah adalah negeri yang paling teruk diserang oleh rumpai parthenium kerana lebih daripada 20 hektar tanah telah diserang oleh rumpai ini (DOA, 2015). Hasil daripada kajian yang dijalankan selama dua hari oleh kumpu72 >> AgroMalaysia

lan ini, didapati tiga buah daerah contohnya Kuala Muda, Kulim dan Alor Setar dicatatkan tahap berbahaya ancaman parthenium. RISIKO MASYARAKAT DI TAMAN CAHAYA BAIDURI, SUNGAI PETANI Kumpulan ini telah mengesan beberapa kawasan di Taman Cahaya Baiduri, Sungai Petani telah diserang oleh rumpai perthenium. Antaranya tanah kosong berhampiran dengan sebuah restoran, belakang dewan komuniti kelab sukan dan di tepi saluran pengairan di kawasan penanaman padi. Didapati sebahagian daripada rumpai yang telah berbunga di tepi saluran pengairan berkemungkinan menyebarkan benihnya untuk jarak jauh melalui sistem tersebut.


PARTHENUM MENYERANG LADANG KELAPA SAWIT Di kawasan Sidam, kumpulan ini telah mengenal pasti dua ladang kelapa sawit dan beberapa kawasan di tepi jalan yang telah diserang oleh rumpai parthenium. Serangan parthenium sangat teruk Di Ladang Victoria, Padang Serai terutamanya di halaman rumah pekerja ladang. Kebanyakan daripada pekerja yang menginap di kawasan tersebut tidak tahu mengenai bahaya rumpai ini terhadap manusia dan haiwan. Mereka berkata, “kami hanya menyedari kewujudan rumpai parthenium di sini sejak dua tahun yang lepas dan memanggilnya ‘pokok bunga putih’. Manakala, seorang lagi pekerja ladang iaitu Pn. Salmiza (35 tahun) berkata, “suami saya telah mengalami gatal (alergi) pada tangan selama tiga hari selepas mencabut rumpai parthenium dengan menggunakan tangan”. Penduduk tempatan berkata, “mereka tidak tahu mengenai rumpai ini tetapi ianya telah disembur dengan racun rumpai untuk membunuhnya. Mereka telah cuba untuk membunuhnya dengan menggunakan racun herba tetapi masih tidak dapat mengawalnya”.

Parthenium di tepi saluran pengairan di kawasan penanaman padi, Taman Cahaya Baiduri, Sungai Petani, Kedah.

Kumpulan penyelidik dari UMK dan wakil dari Jabatan Pertanian telah mengedarkan risalah mengenai masalah dan cara pengurusan parthenium kepada penduduk untuk menyedarkan mereka tentang masalah parthenium ini. POTENSI YANG SANGAT BERBAHAYA BAGI MASYARAKAT DI POKOK SENA Di Kawasan Pokok Sena, kumpulan ini telah melawat dan meninjau sebuah kawasan perumahan milik Majlis Bandaraya, Alor Setar, dan mendapati setiap halaman rumah mereka telah ditumbuhi parthenium. Beberapa orang penduduk telah membersihkan halaman rumah

Serangan di tepi jalan di Padang Serai di sekitar kuarters kakitangan Victoria Oil Palm Estate. AgroMalaysia << 73


Parthenium menyerang tanah kosong berhampiran sebuah restoran di Taman Cahaya Baiduri, Sungai Petani, Kedah.

mereka beberapa hari yang lepas tetapi anak benih rumpai parthenium yang masih kecil masih muncul di tempat yang sama. Ini menunjukkan bahawa saka benih parthenium masih terkandung di dalam tanah dan telah cambah selang beberapa hari selepas penggunaan racun rumpai. Penduduk yang lain tidak pernah menyentuh rumpai ini yang telah tumbuh mencecah ketinggian 2.5 - 3.0 kaki dan mengeluarkan banyak bunga. Debunga rumpai parthenium yang tinggi ini akan masuk ke dalam rumahrumah berdekatan dengan mudah melalui pintu-pintu dan tingkap dan akan menggangu sistem pernafasan mereka. Kesannya, mereka boleh mengalami ‘asma’ kerana terhidu debunga semasa bernafas. Kami turut mendapati bahawa banyak anak benih rumpai parthenium di taman kanak-kanak yang akan membahayakan mereka jika bermain di situ seperti akan dijangkiti dengan dermatitis kulit.

74 >> AgroMalaysia

BAHAYA LAGI AKAN BERLAKU DI KAMPUNG LADANG JABI Kampung Ladang Jabi di Pokok Sena adalah sebuah perkampungan kecil yang dihuni oleh masyarakat India. Di setiap pelusuk kampung ini, kami telah mendapati bahawa kepadatan pokok parthenium ini sangat tinggi dan telah berbunga, terutamanya di depan halaman rumah mereka. Sesetengah daripadanya didapati membesar, melekat pada dinding rumah dan berhampiran dengan longkang. Kanak-kanak juga didapati bermain-main di kawasan rumpai parthenium itu. Kami telah menyaksikan seekor kambing yang sedang memakan rumput di kawasan yang dipenuhi oleh parthenium. Hanya jumlah parthenium yang mencukupi sahaja boleh menyebabkan ketoksikan di dalam perut dan membawa kematian padanya. Ini kerana kambing tersebut terbiasa memakan rumpai parthenium tersebut secara langsung. Kami telah mengadakan temubual dengan seorang penduduk kampung, iaitu Encik Balu (57 tahun) dan beliau telah berkata bahawa “mereka ti-


Rumpai parthenium yang telah berbunga di halaman rumah penduduk di Pokok Sena.

dak tahu apa-apa mengenai tumbuhan ini tetapi mereka telah memusnahkannya dengan menggunakan racun rumpai�. Kami juga telah mengedarkan risalah mengenai masalah dan cara pengurusan parthenium kepada penduduk setelah selesai membincangkan masalah ini dengan mereka.

Temubual dengan penduduk bersama-sama dengan wakil Jabatan Pertanian dan wartawan media di Padang Serai, Kulim, Kedah.

AgroMalaysia << 75


Parthenium di Taman Permainan Kanak-kanak di Pokok Sena, Kedah.

Kami telah mengedarkan beberapa poster tentang masalah parthenium dan mencadangkan agar mereka mempamerkannya di tempat-tempat awam seperti kuil dan kedai makan yang berhampiran supaya masyarakat boleh mendapatkan maklumat tentang bahaya parthenium dengan cepat. PERSAMAAN ANAK POKOK PARTHENIUM DENGAN ULAM RAJA Kami telah memerhatikan perbezaan antara anak pokok parthenium dengan anak pokok ulam raja yang tumbuh bersebelahan. Kerana persamaannya yang sangat ketara menyebabkan orang ramai sangat keliru. Sebahagiannya tersilap menggunakan rumpai ini di dalam masakan dan memakannya sebagai ulam. Kesannya, pengguna tersebut boleh menyebabkan toksik di dalam perut dan beberapa gangguan kesihatan lain yang berkaitan. Pengenalan rumpai parthenium kepada orang ramai adalah penting kerana rumpai ini boleh membesar pada jenis tanah dan iklim yang sama dengan ulam raja.

76 >> AgroMalaysia


Parthenium di Kg. Ladang Jabi, Pokok Sena (parthenium yang disembur racun rumpai).

Parthenium didapati semakin dekat dengan dinding rumah.

Anak benih parthenium membesar bersama-sama dengan ulam raja.

AgroMalaysia << 77


Ahli-Ahli PWRG mengedarkan risalah parthenium kepada En. Zainal dan Abdul Mutalib di Kg. Banggol, Sidam Kiri.

KAJIAN YANG TEPAT UNTUK MENGESAN SERANGAN BARU PARTHENIUM Pada hari kedua lawatan ini, Kumpulan Penyelidik Rumpai Parthenium membuat kajian yang tepat untuk mengesan tempat-tempat baru yang diserangan oleh parthenium di Sg. Petani ini. Kami telah membuat tinjauan di sepanjang Jalan Sg. Petani ke Jalan Sidam Kiri. Dalam tinjauan ini, kami telah berhenti di setiap selang satu kilometer dan mengesan kehadiran parthenium. Daripada 15 tempat yang ditinjau, kami telah mengenal pasti empat sahaja tempat yang telah diserang oleh parthenium. Antaranya persimpangan antara Jalan Sg. Petani - Kuala Ketil, ke Jalan Sidam, Kulim, di tepi jalan sebelum menuju ke Kampung Banggol, ladang sawit di Kampung Banggol, Sidam Kiri, dan Ladang Victoria, Kulim. Dalam temubual dengan seorang pekerja (En Zainal, 43 tahun) dan seorang pekerja yang telah lama bersara (En

78 >> AgroMalaysia

Abdul Mutalib, 65 tahun), mereka hanya menjawab “tidak tahu�. Tetapi Encik Zainal memaklumkan kepada kami bahawa daun rumpai ini boleh digunakan untuk menyembuhkan pendarahan. Kumpulan itu telah mengesyaki banyak tempat-tempat lain yang berdekatan turut diserang oleh rumpai parthenium ini. Kami akan meneruskan kajian ini di seluruh Sg, Petani untuk meneroka lebih banyak kawasan yang dipenuhi oleh rumpai ini. MENYAMPAIKAN RISALAH KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT Ahli-ahli Kumpulan penyelidikan rumpai parthenium telah mengedarkan risalah dan poster mengenai parthenium dan bahayanya terhadap tanaman, haiwan dan manusia. Objektifnya adalah untuk memupuk kesedaran di kalangan penduduk tempatan dengan kehadiran rumpai asing ini dan mengamalkan langkah berjaga-jaga.


RINGKASAN Masalah kewujudan rumpai asing, Parthenium Hysterophorus, yang berleluasa sejak dua tahun yang lalu di Semenanjung Malaysia, akhirnya telah mendapat perhatian daripada kerajaan hasil kajian oleh Prof. Dr. S. M Rezaul Karim, Prof. Dr. Ahmad Anwar Ismail dan Dr. Norhafizah Md Zain dari UMK. Penduduk di negara ini perlu diberi kesedaran tentang bahaya yang akan berlaku kepada tanaman, haiwan dan manusia jika penyebaran rumpai ini tidak dikawal. Kempen kesedaran oleh badan-badan kerajaan yang berkaitan perlu dirangka dengan segara. Malah semua penduduk perlu bekerjasama untuk memerangi ancaman rumpai ini yang mana ianya banyak terdapat di beberapa negeri di India, Australia, Ethiopia, Bangladesh, Pakistan dan negara-negara Kepulauan Pasifik. Kumpulan Penyelidikan Rumpai Parthenium (PWRG) di UMK merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia yang telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pengurusan Parthenium. Baru-baru ini mereka telah mengadakan mesyuarat pertama pada awal bulan Disember 2014 dan seterusnya pada pertengahan bulan Februari 2015. Setakat ini ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada DOA, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Jabatan Perkhidmatan Haiwan (DVS), UPM dan lain-lain. Jawatankuasa khas ini telah bekerjasama dengan sektor awam dan swasta termasuk PWRG UMK. Pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif yang sewajarnya memandangkan ini adalah masalah nasional. Tindakan segera diperlukan untuk memerangi ancaman dan langkah-langkah berikut hendaklah diambil: i. Kempen kesedaran melalui radio dan televisyen dan media cetak perlu dipertingkatkan untuk memaklumkan kepada pendengar, penonton dan pembaca khususnya pihak yang terlibat dalam aktiviti pertanian dan rizab alam semula jadi.

ii. Papan iklan dan kain rentang yang menunjukkan rupa parthenium dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil harus dipaparkan secara meluas di kawasan awam terutamanya di tepi jalan, taman-taman dan tempat pelancongan. iii. Bagi kawalan kimia di kawasan yang diserang dengan parthenium, semburan berkala pada selang masa 4 bulan perlu dibuat dan dipantau sehingga 5 tahun untuk memastikan saka biji benih musnah sepenuhnya. iv. Kebersihan padang dan fitosanitasi untuk mengurangkan penyebaran benih rumpai perlu ditekankan, terutama dalam mengawal rumpai berhampiran longkang , terusan dan pengairan serta mewujudkan garis panduan untuk menyekat pergerakan jentera dan alat-alat pertanian di seluruh ladang , mengenakan arahan dan peraturan khas untuk menghapuskan parthenium dan benih. v. Kajian terperinci mengenai tahap penyebaran rumpai di negara ini perlu dikuatkuasa oleh Jabatan Pertanian dan dibantu oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar dan badan berkanun lain yang berkaitan. vi. Jawatankuasa Pengurusan rumpai Parthenium perlu diwujudkan oleh pihak berkuasa tempatan di setiap negeri dan mengambil ahli dari komuniti tempatan untuk menyertai Jawatankuasa ini. vii. Penyelidikan mengenai langkahlangkah kawalan yang sesuai samada kawalan secara tradisional, biologi dan kimia. Kumpulan penyelidik rumpai parthenium yang berkaitan perlu memikirkan penyelesaian jangka panjang bagi mengatasinya.

AgroMalaysia << 79


RENCANA IKLAN

Oleh: PUTERI ZURIN NATASHA

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Penuh Meriah FESTIVAL Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ke-20 yang diadakan pada 25 Februari hingga 1 Mac 2015 lalu di Bukit Layang-Layang, Taman Bandar, Pasir Gudang, berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang ramai. Pada festival kali ini, lebih 250 pelayang antarabangsa dari 50 negara, 17 peserta peringkat sekolah ASEAN dan lebih 410 peserta tempatan dari kategori kebangsaan, persatuan/kelab, industri, NGO dan sekolah, telah mengambil bahagian. Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah sudi mencemar duli meras-

80 >> AgroMalaysia

mikan festival kali ini. Turut berangkat hadir ialah isteri Tunku Mahkota Johor iaitu Yang Mulia Che’ Puan Khaleeda binti Bustamam dan adinda-adinda Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor. Turut hadir di majlis perasmian ialah Menteri Besar Johor, Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin. Apa yang lebih membanggakan, dalam festival tahun ini, turut menyaksikan penyertaan dari negara-negara baru seperti Poland, Romania, Liechtenstein, Scortland, Myanmar, Morocco dan Mongolia. Secara keseluruhan, jumlah peserta pertandingan tahun ini dianggarkan melebihi 1,000 orang manakala pengunjung


termasuk dari luar negara pula hampir mencecah satu juta orang. Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang adalah merupakan salah satu acara pelancongan anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persatuan Pelayang Johor dan Majlis Pelayang Malaysia. Festival yang penuh warna-warni ini diwartakan sebagai satu acara rasmi dalam kalendar Pelancongan Negeri Johor dan acara utama Malaysia Year Of Festivals 2015 atau Myfest 2015. Ia juga diiktiraf sebagai acara festival layang-layang tahunan terbesar dunia yang disertai oleh pelayang-pelayang dari dalam dan luar negara sekaligus dapat mengangkat Jabatan Pelancongan Negeri Johor menarik pelancong datang ke Malaysia.

Festival kali ini juga masih mengekalkan hubungan kerjasama antara penganjur di Pasir Gudang dengan di Satun, Thailand. Konsep penganjuran festival, sebagaimana lazimnya, akan menonjolkan acara persembahan, pertandingan, bengkel dan pameran wau atau layanglayang. Keistimewaannya pada tahun ini ialah Pasir Gudang akan menyambut ulang tahun penganjuran ke-20 di mana Majlis Anugerah Trofi Layangkasa akan dianjurkan bagi menghargai jasa-jasa pelayang. Tiga festival diadakan secara sirkit dengan penganjuran lokasi pertama ialah di Pasir Gudang pada 25 Februari hingga 1Mac 2015 dan diikuti Festival Layang-Layang Melaka Bandaraya Bersejarah pada 3 - 4 Mac 2015 dan Festival Layang-Layang Antarabangsa Satun, Thailand pada 6-8 Mac 2015.

AgroMalaysia << 81


INFO FERTIGASI

Tanaman

Fertigasi SEGAR‌ Semakin ramai usahawan di Malaysia menggunakan teknik tanaman fertigasi kepada pokok cili untuk mendapatkan hasil yang lumayan.

INFORMASI Fertigasi adalah satu teknik penanaman yang menggunakan persenyawaan (fertilization) dan pengairan (irrigation) bagi sesuatu tanaman. Ia juga dikenali sebagai inovasi pengagihan baja melalui sistem pengairan secara serentak dan bersepadu. Tanaman Fertigasi di Malaysia bermula pada tahun 1998. Tanaman ini juga digunakan oleh secara meluas oleh usahawanusahawan di bawah bimbingan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). HIJAU‌. Pokok anggur juga boleh ditanam secara fertigasi.

90 >> AgroMalaysia


PASARAN TERBUKA‌ Buah tomato yang ditanam menggunakan teknik fertigasi juga boleh dipasarkan secara meluas di negara ini.

Jenis tanaman yang boleh menggunakan untuk teknik ini ialah: 1. Timun 2. Terung 3. Cili 4. Strawberi 5. Rockmellon 6. Tomato Kebaikan teknik fertigasi: 1. Tidak memerlukan tanah tetapi hanya memerlukan kawasan. 2. Tanaman mendapat sumber nutrisi yang secukupnya. 3. Pengurangan kos pekerja, air dan baja.

MODEN‌ Kaedah tanaman fertigasi boleh diimplimentasikan kepada pokok Timun Jepun.

RANGUP‌ Pokok strawberi yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi menghasilkan buah yang enak dan rangup. AgroMalaysia << 91


JELAJAH DUNIA

Oleh: DATO’ ZAMRI MOHAMED

Profil Ringkas Dato’ Zamri Mohamed - King Rider Malaysia:

• Usahawan dalam bidang perhotelan • Pengalaman dalam dunia kembara

bermotosikal • Bermotosikal dari Malaysia ke Mekah menunaikan umrah pada 2010 (pengembaraan 54 hari) • Menjelajah dunia menggunakan motosikal pada 2013 hingga 2014 (perjalanan selama setahun 4 hari) • Aktif menjelajah negara-negara Asia dan Eropah dengan motosikal

Nota: Pengembaraan bermotosikal beliau telah dibukukan dalam tajuk ‘Kembara Umrah – Catatan Perjalanan Umat Islam Pertama Dunia Bermotosikal ke Mekah’.

Daging Asado Ala Argentina

96 >> AgroMalaysia


Datuk Zamri gemar memilih makanan yang berasaskan ikan Salmon atau daging segar (halal) untuk mencergaskan tubuh sewaktu mengembara.

Salam sejahtera pembaca budiman. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah di atas penerbitan wajah baru majalah Agro Malaysia di bawah pengurusan baru penerbitan A & D Network yang diterajui oleh Puan Noraini Nordin yang sangat dikenali dalam dunia penerbitan serta penulisan tanah air. Semoga majalah ini menjadi pemangkin kepada usahawan-usahawan tanah air untuk mengukir kejayaan lebih gemilang. Dalam ruangan Jelajah Dunia saya ingin berkongsi pengalaman pengembaraan bermotosikal menjelajah negaranegara luar. Pengembaraan saya bermotosikal bermula dari negara-negara Asia, Timur Tengah dan Eropah. Musafir darat yang saya lalui ketika pengembaraan merentasi dunia telah membuka minda dan mata untuk mengenali dengan lebih dekat tentang keadaan kehidupan manusia di seluruh dunia. Perjalanan ini juga membolehkan saya bercerita dengan lebih dekat lagi apa yang telah saya alami berdasarkan pengalaman yang ditempuhi. Bersesuaian dengan konsep majalah Agro Malaysia, rasanya lebih sesuai bagi saya untuk mengupas dan bercerita

mengenai pertanian yang menjadi sumber makanan serta memberi pendapatan kepada masyarakat setempat. AKTIVITI PERTANIAN Secara umumnya hampir seluruh dunia bergantung kepada aktiviti pertanian, perikanan dan penternakan bagi menampung keperluan makanan penduduk masing-masing. Cuma produktif atau tidak pengeluaran makanan di sesebuah negara berkenaan bergantung kepada usaha pemerintah bersama rakyatnya. Bagi negara yang menjalankan aktiviti pertanian secara besar-besaran mereka telah menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan penting kepada negara. Aktiviti ini juga memberikan peluang pekerjaan yang lumayan kepada penduduk sesetengah negara. Keadaan cuaca dan rupa bumi yang berbeza pula akan mempengaruhi jenisjenis hasil yang dikeluarkan daripada aktiviti-aktiviti pertanian. Ini akan menjadikan populariti makanan atau produk itu berbeza dari satu tempat ke satu tempat. Jikalau kita pergi ke Argentina, apa yang menarik di sana adalah daging lembunya yang enak. AgroMalaysia << 97


Pada mulanya saya tidak berapa Saya sendiri tidak pernah meramempercayai kenyataan ini tetapi apa- sa keenakan daging bakar seperti ini bila mendapat peluang menjamah seumur hidup saya walaupun berbagai daging bakar ini yang dipanggil Asado jenis resepi daging bakar atau steak permemanglah tidak dapat saya nafikan nah saya nikmati. keenakannya. Tidak hairanlah apabila Asado diSaya pernah ditanya oleh Ke Bawah katakan sebagai daging bakar yang terDuli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan baik juga di dunia. Pahang tentang apakah keistimewaan makanan di Argentina dan apabila saya menjawab Asado baginda menganggukkan kepada tanda INFORMASI RINGKAS setuju sambil menunjukkan isyarat bagus. Asado adalah teknik membakar daging yang lazimnya menjadi menu utama penggemar daging di negara Argentina. Jika di Malaysia, teknik Asado samalah seperti menyalai daging. Teknik Asado: • Pilih daging yang segar dan baru. • Salai daging tersebut menggunakan bahan bakar daripada arang. • Untuk menghasilkan daging Asado yang enak, ia akan disalai untuk tempoh hampir 24 jam. • Daging ini lembut serta lazat dimakan.

ASADO Ala Argentina

98 >> AgroMalaysia


Ikan Salmon di Chile, Argentina juga sangat enak - Dato’ Zamri Mohamed.

SEKILAS FAKTA IKAN SALMON:

Khasiat Ikan Salmon adalah sangat baik untuk kesihatan tubuh. Vitamin E (mampu mengurangkan diabetes), Vitamin D (mencegah Osteoporosis) dan Vitamin B6 (meningkatkan tenaga).

IKAN SALMON Saya juga merupakan peminat kepada ikan Salmon panggang yang banyak terdapat di restoran makanan barat di Malaysia. Di sini harganya agak mahal juga jika dibandingkan dengan menu-menu makanan tempatan. Bagi saya selama ini sudah cukup enaklah Salmon yang saya makan di negara kita. Apabila mengembara terutama di negara yang tidak banyak orang Islam saya sering memilih ikan Salmon sebagai makanan utama. Saya sendiri bagaikan sudah boleh menilai apakah gred-gred ikan Salmon di setiap tempat yang saya lalui. Apabila menjejakkan kaki di Chile saya begitu kagum akan keenakan ikan Salmonnya. Bukan sahaja segar ikannya tetapi juga sangat enak dan manis rasa dagingnya. Terdapat dua jenis Salmon di sini iaitu Pink Salmon dan White Salmon. Harganya di Chille juga murah dan ikan di sini sangat berkhasiat dan enak dibandingkan dengan ikan Salmon di negara lain yang pernah saya rasai dan saya meletakkan Chille sebagai negara yang mempunyai ikan Salmon terbaik dunia. AgroMalaysia << 99


BISNES

Oleh: WARTAWAN AGRO MALAYSIA

Syurga makanan

DI ALONG PATIN HOUSE “S

EBUT sahaja apa jenis masakan yang anda ingin cuba. Insya Al­ lah pasti akan ada. Daripada makanan tradisional Melayu hinggalah kepada masakan dari Barat, pasti se­ lera anda bakal dipenuhi,” bisik seorang teman yang mencadangkan penu­ lis berkunjung ke Restoran Along Patin House di Temerloh, Pahang. Ternyata apa yang diperkatakan oleh teman penulis itu adalah benar menge­

100 >> AgroMalaysia

nai restoran yang sangat dikenali oleh masyarakat daerah ini. Bagi yang ‘kaki makan’, Along Patin House yang terletak di Jalan BDS 2, Bukit Desa Semantan kira-kira sepuluh kilome­ ter dari bandar tersebut bagaikan ‘syur­ ga makanan’ untuk mereka. Pelbagai pilihan masakan terdapat di restoran ini yang mampu menarik selera pelbagai lapisan masyarakat.


Terdapat lebih 100 menu mampu disediakan bagi memenuhi kehendak pelanggan termasuk yang datang dari luar daerah. Menu ini tidak termasuk makanan panas yang diminta oleh pelanggan tetapi juga yang sudah sedia dihidangkan JAMALUDIN MANSOR Pemilik Along Patin House

AgroMalaysia << 101


WARTAWAN Majalah Agro Malaysia bersama dengan pengurus Along Patin House iaitu Mohd Shukri Husin

Terdapat lebih 100 menu mampu dise­ diakan bagi memenuhi kehendak pe­ langgan termasuk yang datang dari luar daerah. Menu ini tidak termasuk maka­ nan panas yang boleh diminta oleh pe­ langgan tetapi juga yang sudah sedia dihidangkan. Paling popular pastilah masakan ikan patin yang menjadi ‘trade mark’ bandar kelahiran Penyanyi Nombor Satu Negara, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Ar­ shad. Ikan patin dari Sungai Pahang dima­ sak dengan pelbagai cara antaranya Patin Tempoyak, Patin Lemak Cili Padi, Patin Tiga Rasa, Patin Paprik dan Patin Kukus (Steam).

MENU TILAPIA ‘TERBANG’ KEGEMARAN PELANGGAN

ASAM Rebus Ikan Tilapia bersama bunga kantan.

102 >> AgroMalaysia

Pelbagai jenis ikan tilapia juga terda­ pat di sini termasuklah Tilapia ‘Terbang’, Tilapia Kukus (Steam) serta Goreng


PATIN masak tempoyak adalah menu paling diminati oleh pelanggan Along Patin House. Tidak kurang 15 kilogram tempoyak diperlukan setiap hari untuk masakan ini. Tempoyak tersebut dibeli dari FAMA daerah Jerantut, Pahang.

Rangup. Anda juga oleh mencuba sambal hi足 tam Pahang, gulai kawah, sup, tom yam dan pelbagai jenis ulam-ulaman. Paling istimewa lempeng kelapa dipadankan dengan gulai tempoyak ikan patin. Se足

lain itu, boleh juga dicuba cucur ikan bilis atau cucur udang yang dicecah dengan gulai kawah. Turut terdapat di sini adalah juadah pencuci mulut termasuk pelbagai jenis bubur, tapai dan kuih muih. Ada wak足

LEMPING kelapa enak dimakan bersama Ikan Patin Tempoyak di Restoran Along Patin House. AgroMalaysia << 103


tunya jika ada bekalan hidangan ikan kelah goreng rangup juga terdapat di restoran ini. Mengulas lanjut mengenai keistime­ waan Along Patin House, pengurusnya Mohd Shukri Husin berkata, sambutan yang menggalakkan daripada pe­ langgan adalah pemangkin kejayaan restoran ini. Katanya, walaupun restoran tersebut baru dibuka beberapa bu­ lan lalu tetapi sudah mampu menarik pelanggan yang mahu mencuba pel­ bagai jenis menu di sini. “Kebanyakan pelanggan dari sekitar daerah ini. Selain itu ada yang da­ tang dari luar daerah ter­ masuk Kuala Lumpur. “Promosi dari ‘mulut ke mulut’ yang di­ 104 >> AgroMalaysia


IKAN Tilapia ‘Terbang’ yang rangup juga menjadi pilihan pelanggan.

lakukan oleh pelanggan yang per­ nah menikmati juadah di sini juga berkesan menarik pengunjung baru“ ujarnya. Selain itu, Mohd Syukri juga giat membuat promosi dan pemasaran untuk jamuan secara pakej khasnya kepada swasta, kerajaan dan agensi

yang bersesuaian. Sebelum membuka restoran, Along Pa­ tin House sudah dike­ nali sebagai sebuah syarikat katering untuk pelbagai jenis jamuan ter­ masuk majlis perkahwinan. AgroMalaysia << 105


Tambah beliau lagi, perkhidmatan tersebut telah berlangsung 15 tahun lalu dan ada waktunya melibatkan tetamu tiga ribu orang. “Oleh itu tidaklah sukar untuk mem­ perkenalkan restoran ini kepada umum kerana kebanyakan penduduk tempa­ tan sudah mengenali Along Patin House,” katanya. Walaupun ada waktunya jamuan yang diuruskan oleh syarikatnya lebih dari tiga tempat dalam satu-satu masa, ia mampu dilakukan dengan bantuan 20 tenaga kerja yang mereka miliki. Katanya, restoran yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 1 pagi ini dimi­ liki oleh Jamaludin Mansor, 48 tahun yang memang terkenal sebagai pakar dalam pelbagai jenis masakan tradisional Pa­ hang. Ditanya apakah rahsia Along Patin House mampu bertahan lama dalam industri walaupun ramai pesaing, Mohd Shukri memberitahu antara faktornya adalah ‘rasa masakan’ yang tidak per­ nah berubah sejak dari awal hingga kini. Katanya Along Patin House mem­ punyai dua chef yang pakar (seorang rakyat tempatan manakala seorang dari Thailand) dalam masakan tradisional dan makanan lain-lain. Jelasnya, kedua chef ini dibantu oleh empat orang pekerja yang juga bertu­ gas di bahagian dapur mengikut giliran masing-masing.

TOM yam kembar siam yang digemari oleh pelanggan.

106 >> AgroMalaysia


LEBIH seratus menu disediakan oleh Along Patin House.

Jenis perkhidmatan: Katering dan restoran

INFORMASI Nama restoran: Along Patin House

Alamat: No 82 Jalan BDS 2, Bukit Desa Semantan, 28000, Temerloh, Pahang Darul Makmur Nama pemilik: Jamaludin Mansor, 48 tahun Nama pengurus: Mohd Shukri Husin, 48 tahun (019 930 3003)

PENGALAMAN perkhidmatan: Sekitar daerah Temerloh, Bera, Jerantut, Kuala Lipis, Kuantan, Pekan juga Kuala Lumpur. Syarikat ini juga memberi perkhidmatan untuk jamuan, majlis perkhawinan dan sebagainya. Pernah juga menguruskan perkhid足 matan makanan untuk 3,000 tetamu dalam sesuatu majlis. Jenis masakan: Masakan tradisional Melayu/ Pa足hang yang berasaskan ikan patin, jelawat, lam足 pang, ikan kerai, ikan kelah, udang dan hasil laut yang lain. Popular juga dengan hidangan gulai kawah. Restoran ini juga mampu menyediakan ma足 sakan barat (kambing panggang dan steak) dan Thailand. Jumlah pekerja: 20 orang termasuk 2 orang chef yang pakar dalam masakan masing-masing.

Waktu beroperasi: 8 pagi -1 pagi

AgroMalaysia << 107


RENCANA IKLAN

Oleh: UNIT MEDIA KELAB SUARA UMNO MALAYSIA

KELAS RENANG OKU

B

ERENANG merupakan sukan yang popular dan digemari oleh semua lapisan masyarakat. Ianya juga merupakan senaman dan salah satu terapi untuk menghilangkan tekanan. Apa yang tidak diketahui ramai, berenang juga turut sama dipelajari oleh golongan OKU. Syarikat Hawary Sports Centre ialah antara syarikat yang bergiat aktif di ibu kota dalam menyediakan latihan renang untuk golongan OKU daripada pelbagai peringkat. Latihan ini Noorhaiza Abdullah, dijalankan di sukarelawan terlibat. sekitar Kuala Lumpur dan dalam kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri dari golongan OKU pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Dalam sesi temubual hari ini, kami berpeluang melihat sendiri latihan yang 108 >> AgroMalaysia

dijalankan oleh jurulatih syarikat ini bersama–sama sekumpulan 10 orang pelajar OKU cacat penglihatan dan sukarelawan NGO daripada Kelab Suara UMNO Malaysia yang turut sama menyertai jurulatih membantu melatih kumpulan ini. Pengarah jurulatih yang juga pemilik Hawary Sports Centre, Encik Hamlatul Hawary Bin Azizan atau lebih dikenali sebagai Cikgu Am memberitahu, penglibatan pelajar berkenaan merupakan antara aktiviti yang telah diatur oleh pihaknya bersama Puan Sumitha pengetua Persatuan Belia Buta Malaysia (MAB) yang dirancang pada bulan Januari lalu dan berakhir pada bulan Mac. “Aktiviti di bawah program khas ini telah mendapat persetujuan ibu bapa pelajar. Ia merupakan satu bentuk terapi dalam melatih pelajar mempelajari teknik renang yang betul dan selamat di samping membantu meningkatkan kemahiran sosial dalam kalangan pelajar.� PROGRAM SEMINGGU DUA KALI Jelas Am, setiap kumpulan akan mengikuti program itu seminggu dua kali selama 2 jam di kolam renang di bawah


Cikgu Am (berbaju hitam) sedang memberi tunjuk ajar kepada para pelajar.

bimbingan beliau sendiri. “Pada sesi latihan pelajar lelaki dan perempuan yang terlibat telah membuktikan bahawa mereka mampu melakukan renangan seperti pelajar normal. Disiplin dan kerjasama yang tinggi membuatkan mereka berjaya mempelajari dan memahami setiap arahan yang diberikan jurulatih. “Walaupun ia perkara baru buat pelajar ini, saya bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh setiap peserta kerana telah mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak kami. Diharapkan ia akan diikuti oleh rakan-rakan OKU lain dan ibu bapa lebih terbuka dan tidak takut bagi membenarkan anak-anak mereka utuk mengikuti latihan renang ini,� katanya. Pada sesi latihan itu, pelajar diajar teknik asas renang dan apungan secara individu dan dalam kumpulan. Pelajar istimewa, Muhammad Nuri Ajmal Bin Kamal, 22 berasal dari Kuala Lumpur dan buta sepenuhnya berkata, dia teruja apabila dibenarkan oleh ibu bapanya untuk menyertai aktiviti sedemikian dan mengakui ia pengalaman menyeronokkan dan benar-benar mencabar kemampuan dirinya. Hazel Sigang Daud, 35 berasal dari Sarawak dan menetap di Kuala Lumpur, yang menghadapi masalah cacat penglihatan sejak kecil pula berkata, dia mahu aktiviti itu diteruskan dan disertai oleh golongan istimewa sepertinya dan berharap kemudahan renang untuk warga OKU ditambah dan dipertingkatkan. “Aktiviti ini memang menyeronokkan kerana sebelum ini kami banyak melakukan aktiviti dalam bangunan seperti ber-

main boling. Saya sebelum ini memang takutkan air dan memang sukar pada mulanya untuk belajar namun setelah diberi panduan dan dorongan oleh cikgu, saya mampu lakukannya sedikit demi sedikit dan ini benar-benar menggembirakan saya dan kedua ibu bapa saya juga terkejut dengan pencapaian saya ini,� katanya sambil tertawa girang. Seorang lagi pelajar, Mailin, 23 berasal dari Sabah yang rabun teruk dan tidak mahir berenang berkata, aktiviti tersebut merupakan kali pertama buat dirinya. Penuntut dari MAB ini berasa bertuah kerana terpilih untuk menjalani latihan renang kini sudah boleh berenang dengan baik seperti rakan-rakannya yang normal. Sementara itu, Noorhaiza Abdullah, Pegawai Perhubungan Awam bagi NGO Kelab Suara UMNO Malaysia yang juga seorang sukarelawan dan kali pertama terlibat membantu jurulatih dalam mengendalikan aktiviti renang kepada pelajar OKU berkata, ia sesuatu yang menarik dan cabaran buat beliau dalam

AgroMalaysia << 109


sama-sama membantu melatih kumpulan berkenaan. Adalah sesuatu yang menyeronokkan melihat pelajar-pelajar ini mampu berdikari dan mencabar diri mereka tanpa jemu di kolam renang walaupun mempunyai kekurangan tersendiri. “Kita perlu ada kesabaran yang tinggi dan perlu menyukai untuk memahami keperluan golongan istimewa. Secara asasnya, mengajar renang adalah sama tetapi ia memerlukan tumpuan dan peka pada kemampuan masing-masing kerana tidak semua pelajar itu sama. “Usaha pihak Hawary Sports Centre

ini amat dialu-alukan bagi membuka persepsi umum. Insya-Allah tenaga sukarelawan yang lain mampu digerakkan jika ianya diteruskan pada masa akan datang,� ujarnya. Syarikat Hawary Sports Centre yang ditubuhkan pada 2013 dibantu oleh 3 staff separuh masa dan sukarelawan telah melatih ramai perenang termasuk golongan OKU, kanak-kanak, remaja dan dewasa sekitar Kuala Lumpur. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut atau untuk mendapatkan khidmat beliau bolehlah menghubungi Cikgu Am di talian 019 323 0073. 110 >> AgroMalaysia


INFORMASI

Susunan oleh: WAN MUHAMMAD 窶連TIYYA WAN AZMAN

9 PAKEJ

AGROPRENEUR MUDA

REBUT PELUANG JANA PENDAPATAN DALAM PROGRAM AGROPRENEUR MUDA SEMBILAN pakej telah ditawarkan dalam program Agropreneur Muda yang bertujuan untuk melahirkan Agropreneur Muda yang progresif, berdaya saing, kreatif, inovatif dan berpendapatan tinggi. Misi utama program ini adalah untuk menjadikan pertanian sebagai sektor moden dan dinamik serta pilihan kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi kepada generasi muda. Antara matlamatnya ialah menyelaras dan memudah cara program/ aktiviti jabatan/ agensi di bawah MOA dan/ atau swasta di dalam dan di luar negara. Selain itu, boleh mengubah persepsi dan menarik minat generasi muda terhadap bidang pertanian dan industri asas tani. Objektif program ini juga adalah membangunkan modul pakej keusahawanan berasaskan industri pertanian mengikut keserasian dan kehendak generasi muda.

112 >> AgroMalaysia

Ia juga untuk membangunkan Agropreneur Muda dengan memberi latihan, bimbingan dan khidmat perundingan serta sokongan teknikal, kewangan dan pemasaran secara berpakej. Di samping itu, program ini mampu menjana pendapatan tinggi di kalangan Agropreneur Muda melebihi RM5,000.00 sebulan. Maklumat lanjut sila hubungi: Unit Agropreneur Muda (UAM) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Aras 1, Blok 4G1 Wisma Tani, No. 28 Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya Tel: 03-8870 1234 / 1235 / 1236 Faks: 03-8888 2898 www.moa.gov.my


FAKTA

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut: i. Warganegara Malaysia. ii. Generasi muda berumur dari 18 hingga 40 tahun. iii. Tidak mengira latar belakang pendidikan. iv. Belia yang baru memulakan projek, wajib mengikuti program latihan teknikal anjuran Jabatan & Agensi berkaitan serta kursus kewangan oleh Agrobank. v. Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah & premis sediaada. Permohonan menggunakan borang UAM 01 / 14 dan setiap pemohon layak membuat satu (1) permohonan pada satu-satu masa. Borang permohonan boleh didapati di laman sesawang MOA.

FAKTA

PAKEJ-PAKEJ DI BAWAH PROGRAM AGROPRENEUR MUDA i. ii.

Pakej Usahawan Tanaman (Cendawan & Tanam Semula Buah-buahan). Pakej Usahawan Perikanan (Ternakan Ikan Air Tawar dan Ikan Marin, Ternakan Udang Galah, Ternakan Gamat, Propagasi Karang, Rumpai Laut, Ikan Hiasan & Tumbuhan Akuatik). iii. Pakej Usahawan Ternakan (Kambing/Biri-Biri, Puyuh, Ayam Kampung & Lembu). iv. Pakej Usahawan Produk Berasaskan Padi & Beras. v. Pakej Usahawan Tanaman Nenas dan Produk Industri Asas Tani Berasaskan Nenas. vi. Pakej Usahawan Produk Industri Asas Tani & Pemasaran. vii. Pakej Usahawan Fertigasi. viii. Pakej dengan kerjasama pihak swasta. ix. Pakej-pakej lain yang boleh dilaksanakan mengikut keperluan semasa.

AgroMalaysia << 113


Naga BIOTEKNOLOGI

Susunan oleh: LIYANA MALEK

Buah

CEGAHBARAHUSUS

114 >>AgroMalaysia


P

ELBAGAI vitamin serta mi­ neral yang terkandung dalam buah naga mampu meningkatkan tahap metabo­ lisma serta daya tahan tubuh. Buah ini ternyata baik un­ tuk sistem penghadaman serta melancarkan lagi peredaran darah. Disebabkan tindak balas memberangsangkan yang ber­ laku, maka tekanan emosi da­ pat dikurangkan serta meneu­ tralkan toksik dalam darah. Menurut kajian, buah naga mampu mencegah barah usus darah dan juga kolestrol. Malah, ia juga boleh menurunkan ka­ dar lemak dalam badan.

AgroMalaysia << 115


Mengikut kajian Prof. Dr. Yusuf Mizrahi dan Prof. Dr Avinoam Nerd dari Ben Gurion University di Asia Barat, pucuk tunas ca­ bang buah naga dapat menurunkan ka­ dar gula darah pada penderita diabetes yang tidak bergantung pada insulin.

PUCUK BUAH NAGA MUDA BOLEH DIBUAT ULAM Manakala, pucuk buah naga muda boleh dimakan secara ulam atau secara salad dan juga boleh diproses menjadi jus. Ia boleh dimasak sup dicampur de­ ngan tulang ataupun daging. Walaupun nilai zatnya adalah lebih kurang sama de­ ngan sayur-sayuran lain seperti bayam (90 peratus air, 3-7 peratus kar­ bohidrat dan 1.3 pera­ tus mineral, terutama kalsium) namun ia merupakan sum­ ber vitamin beta karotena serta vitamin C.

116 >> AgroMalaysia


KHASIAT YANG TERKANDUNG DALAM BUAH NAGA NUTRIEN

KANDUNGAN

KEBAIKAN

Protein (Albumen)

0.159-0.229g

Lemak Serat

0.21-0.61g 0.7-0.9g

Karotena

0.0012mg

Kalsium Fosforus Zat Besi Vitamin B1 Vitamin B2 Vitamin B3 Vitamin C

6.3-8.8mg 3.02-3.61mg 0.56-0.65mg 0.028-0.043mg 0.043-0.45mg 0.217-0.42mg 8.0-9.0mg

Mengurangkan metabolisam badan serta kesihatan jantung Mengawal kanser usus serta mencegah kencing manis dan bagus untuk usus Kesihatan mata serta menguatkan otak Menguatkan tulang Pertumbuhan tisu-tisu badan Menambahkan darah Mengawal kepanasan badan Menambah selera Menurunkan kadar kolestrol Menambahkan kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat AgroMalaysia << 117


BIOTEKNOLOGI

Susunan oleh: LIYANA MALEK

BungaKekwa

AIR REBUSAN

BOLEH CEGAH

RABUN

Bunga yang dikeringkan pula boleh direbus untuk dijadikan sebagai minuman untuk merawat lemah daya penglihatan, merangsang dan memperbaiki peredaran darah dan mengatasi masalah penghadaman.

118 >>AgroMalaysia


T

EH bunga sememangnya enak dinikmati pada waktu panas. Sebenarnya, bunga yang terdapat dalam teh itu adalah bunga kekwa yang berwarna kuning. Namun begitu, masih terdapat pelbagai jenis bunga kekwa dan berlainan warna yang mempunyai kegunaan tersendiri serta berkhasiat. Bunga kekwa bukan sahaja boleh dijadikan teh tetapi juga boleh dimakan kelopaknya mentah-mentah atau digoreng dengan tepung untuk dibuat lauk.

BOLEH DIJADIKAN LOSEN Apa kata anda rebus bunga kekwa dan dapatkan air rebusannya bagi mencuci kulit atau digunakan sebagai losen. Selain itu, losen ini juga boleh merawat pelbagai jenis penyakit seperti bisul, barah raja atau bengkak pada leher. Untuk masalah rabun penglihatan pula, anda boleh memasukkan bunga ke dalam air yang mendidih. Kemudian, wap yang terhasil dihalakan ke mata yang sakit atau kabur penglihatan.

AgroMalaysia << 119


Walaupun tidak ada bukti saintifik yang mengesahkannya, masyarakat dahulu kala menggunakannya sebagai ikhtiar mengubati penyakit rabun. Khasiat lain yang terdapat pada bunga kekwa ini boleh dijadikan ubat titik atau pupuk pada luka atau kecederaan. Ia juga berupaya menyembuhkan penyakit kulit. Bunga yang dikeringkan pula boleh direbus untuk dijadikan sebagai minuman untuk merawat lemah daya penglihatan, merangsang dan memperbaiki peredaran darah dan mengatasi masalah penghadaman.

120 >>AgroMalaysia

Ia juga boleh menyembuhkan penyakit berkaitan dengan sistem saraf, menghalang rambut beruban, sebagai ubat penyakit bronkitis, menghilangkan sakit kepala, telinga berdesing dan selesema. Namun begitu, hanya sebahagian daripada beberapa jenis bunga kekwa sahaja yang boleh digunakan sebagai ubat-ubatan atau makanan. Jangan sesekali menggunakan bunga kekwa yang dijual di pasaran kerana ia adalah bunga hiasan yang telah disembur dengan racun atau bahan kimia.


BIOTEKNOLOGI

Susunan oleh: LIYANA MALEK

Jus

PISANG KAKI

KURANGKANDARAHTINGGI

P

ISANG kaki sejenis buah yang berasal dari Negara China. Tetapi kini sudah ada di tanam di negara kita secara komersial. Pisang kaki mengandungi 80 peratus air dan buah ini kaya dengan kalium, vitamin A, B dan C.

UBAH SELERA‌ Buah pisang kaki yang dicampur dengan air laichi kang akan menghasilkan minuman berkhasiat

120 >>AgroMalaysia

Kebanyakan masyarakat di Malaysia ini menggemari buah pisang kaki dan buah tersebut dinikmati secara terus. Walaupun buah ini bukan berasal dari Malaysia, namun ia sememangnya digemari oleh masyarakat setempat.


Tanaman ini juga sudah mula ditanam di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand tetapi tidak sebanyak negara China. Buah pisang kaki yang kurang masak berasa kelat dan kurang sesuai untuk dimakan. Terdapat juga pisang kaki yang telah dikeringkan dan dijual di kedai-kedai ubat Cina. Buah yang telah kering ini direndam dan dimakan begitu sahaja. Bagi sesetengah orang, buah pisang kaki ini juga akan di campurkan ke dalam minuman seperti laichi kang dan ada juga dibuat jus, kordial dan jem. Air rebusan buah ini boleh dijadikan tonik untuk melegakan perut dan mengecutkan tisu, penyakit dada dan paru-paru. Perahkan buah yang belum masak dan ambil cecair yang keluar. Kemudian, dicampurkan dengan air untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Bagi mereka yang mengalami masalah sukar untuk bernafas dan berasa mual, apa kata cuba minum rebusan tangkai pokok pisang kaki ini. Ia juga berupaya dijadikan tonik untuk melegakan perut. Antara keistimewaan lain pisang kaki ini ialah tanin yang diperoleh daripada

kulit kayu pokok pisang kaki boleh dibuat kain dan kertas yang tahan lama. Ia biasanya digunakan dalam penghasilan produk kraf tangan. Bagi masyarakat Jepun, mereka menggunakan tanin untuk membuat wain beras atau sake.

AgroMalaysia << 121


9

INFO SIHAT

Susunan oleh: LIYANA MALEK

JENIS MAKANAN UNTUK TUBUH

BERTENAGA

122 >> AgroMalaysia


M

AKANAN yang pelbagai membekalkan kombinasi te足 naga dan nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, zat besi, vitamin, dan mineral kepada tubuh badan kita. Tubuh kita memerlukan lebih dari 40 jenis zat makanan untuk kesihatan. Setiap jenis makanan adalah unik, selain membekal足 kan zat makanan serta mengandungi pelbagai bahan lain yang memberi khasiat untuk kesihatan.

AgroMalaysia << 123


KARBOHIDRAT-MAKANAN PEMBERI TENAGA UBI

Tumbuhan berubi seperti ubi keledek, ubi kayu, ubi keladi, kentang, kacang atau kacang dal merupakan sumber karbohidrat kompleks yang paling baik. Ia turut juga bertindak membekalkan tenaga dan serat untuk fungsi tubuh badan kita.

BUAH-BUAH BIJIRIN

Buah-buah bijirin seperti pisang, sukun dan banyak lagi mengandungi khasiatnya yang tersendiri. Bagi buah pisang, ia mengandungi sumber vitamin B6 yang diperlukan untuk otak. Sebagai buah tradisional, pisang bertindak sebagai penyembuh kepada penyakit bisul.

BIJIRIN

Bijirin terdiri daripada beras, gandum, barli, oat dan sebagainya yang bertindak membekalkan tenaga untuk fungsi tubuh dan aktiviti harian. 124 >>AgroMalaysia


PROTEIN-MAKANAN UNTUK PERTUMBUHAN SUSU

Susu merupakan minuman bagi semua peringkat usia, bermula dari usia kanak-kanak sehingga dewasa. Susu mengandungi tahap protein yang tinggi. Susu yang paling baik untuk kesihatan adalah susu awal lembu yang membantu dalam proses tumbesaran dan antibodi.

DAGING

Terdiri dari pelbagai jenis daging seperti daging lembu, kambing, unta, arnab dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, daging yang paling berkhasiat sekali adalah daging kambing kerana kandungan lemaknya adalah kurang jika dibandingkan dengan daging biri-biri dan lembu.

KEKACANG DAN BIJIRIN

Kekacang terdiri daripada kacang tanah, kacang hijau, kacang soya dan banyak lagi. Kekacang mengandungi khasiatnya yang tersendiri. Dengan mengamalkan makan kekacang, ia dapat mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, kekacang juga banyak memberikan tenaga yang maksimum, selain dipercayai dapat mencegah penyakit kanser kerana ia mengandungi sejenis enzim yang dapat mencegah selsel kanser dari merebak. AgroMalaysia << 125


VITAMIN DAN ZAT GALIAN-MAKANAN YANG MENJAUHKAN PENYAKIT SAWI Sawi banyak mengandungi vitamin dan mineral. Ia mempunyai khasiat yang tersendiri selain mempunyai gizinya yang seimbang. Ia sesuai untuk wanita hamil serta membantu mencegah osteoporosis atau tulang reput. Selain itu, sawi juga mampu mencegah penyakit jantung dan sebarang penyakit kanser.

JAMBU BATU Jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi mengekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia. Buah jambu juga efektif menurunkan tahap kolestrol dalam darah manusia dan elok sekiranya dimakan setiap hari.

BETIK Betik kaya dengan vitamin A dan C, selain kaya dengan kalsium. Sejenis buah-buahan yang mengandungi banyak khasiat. Betik dipercayai mampu melancarkan sistem perkumuhan, baik untuk penglihatan mata, malah sesuai untuk meningkatkan kesuburan sperma.

126 >>AgroMalaysia


INFO SIHAT

Susunan oleh: NUR LIYANA ABD MALEK

Daun sup

HILANGKAN

JERAWAT DAUN sup atau nama botaninya Apium Graaveolens L. biasanya digunakan sebagai penambah perisa dalam pelbagai jenis makanan. Ia dikenali dengan pelbagai nama iaitu saderi, saleri dan selderi. Walau apa juga nama yang diberikan, khasiat daun sup ini memang tidak banyak diketahui umum. Terdapat tiga jenis daun sup yang dikenal pasti iaitu jenis daun sup yang biasa digunakan dalam masakan biasa, daun sup jenis tangkai atau saderi tangkai, dan yang ketiga ialah dari jenis saderi umbi (umbi yang digunakan bukan daun). Khasiat daun sup tidak terletak pada daun supnya sahaja, malah akarnya mempunyai kebaikan daripada segi pe-

rubatan. Akarnya boleh dijadikan ubat bagi merawat penyakit busung, sakit perut dan memulas. DAUN SUP RANGSANG PENGHADAMAN Akarnya boleh dijadikan dedoksi atau infuse bagi merawat penyakit gout, masalah haid tidak teratur, ketidakselesaan perut, kembung, radang sendi dan banyak lagi. Biji daun sup boleh digunakan untuk merangsang penghadaman di samping merawat penyakit asma dan bronkitis. Minyak esen daripada biji daun sup digunakan dalam industri kosmetik terutamanya untuk dijadikan minyak wangi.

AgroMalaysia << 127


Lobak yang dikisar bersama daun sup sangat baik untuk tubuh manusia.

Sejak sekian lama dahulu, daun sup ini digunakan sebagai ubat herba sebelum ia dijadikan sayur dalam masakan seharian. Orang Yunani sendiri menjadikan daun sup sebagai ubat bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Jika anda mengalami masalah busung dan demam panas, apa kata anda cuba minum jus daun sup yang segar bagi merawat masalah itu. Ia juga berupaya merawat masalah ginjal, demam kuning dan banyak lagi. Ada juga yang mengamalkan minum jus daun sup dicampur dengan lobak merah bagi merawat mati pucuk. Daun dan tangkainya boleh merawat masalah jerawat jika diamalkan selalu. Masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu memang kaya dengan petua sejak turun-temurun. Ada sesetengahnya menjadikan daun sup sebagai ubat herba untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan fungsi penghadaman. Daun sup yang dijadikan ubat dalam bentuk cecair boleh ditambahkan sedikit gula bagi melancarkan haid. Daun sup mengandungi 90 peratus air, 2.2 peratus protein dan lemak, fiber, kalsium dan vitamin. Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan, daun sup memang berupaya menurunkan tekanan darah, namun bijinya tidak sesuai untuk wanita hamil atau ingin hamil. 128 >> AgroMalaysia


N A N

AS

M

D2

LPNM Peneraju Industri

NANAS Negara LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

Wisma Nanas, No 5, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Sila Hubungi Bahagian Pemasaran dan Promosi: Tel: 07-236 1211, 236 1012 Fax: 07-236 5694 Email: umum@mpib.gov.my Website: www.mpib.gov.my


RENCANA IKLAN

Oleh: LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU (KADA)

YB Dato Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Pengerusi KADA melawat kawasan pertanian KADA

KADA PENERAJU DASAR AGROMAKANAN NEGARA Dalam usaha negara melahirkan golongan sasar yang berpendapatan tinggi, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) turut mempunyai visi utama untuk menjadi salah satu agensi peneraju dalam bidang agromakanan negara. Visi itu terkandung dalam pelan strategik KADA bagi tempoh 2013-2020 yang menggariskan lima teras utama. 130 >> AgroMalaysia


Pengerusi Datuk Md Alwi Che Ahmad bersama Pengurus Besar KADA, Mohd Rais Mohd Ariffin meninjau kemelut bekalan air yang dihadapi petani.

Lima teras utama itu adalah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran, perkhidmatan serta pembangunan modal insan ke tahap piawaian global, mempelbagaikan produk nilai tambah serta meningkatkan sumbangan sumber pertumbuhan yang baharu. Ianya turut melibatkan penyertaan dan pengukuhan ke arah membudayakan keusahawanan dan menumpukan kepada penggunaan teknologi di peringkat pengurusan serta pengeluaran. Produk utama KADA ialah komoditi padi dan komoditi bukan padi meliputi sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan ternakan air iaitu ikan. Mengikut statistik, pada tahun 2013, jumlah kegunaan tanah dalam kawasan KADA ialah sebanyak 82,900 hektar dengan padi meliputi kawasan seluas 29,450 hektar; getah (12,185 hektar); kelapa (570 hektar); perladangan campur (14,130 hektar) dan lain-lain (26,565 hektar). Kawasan penanaman padi mengikut Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) pula meliputi Nilam Puri dan Tanjung Puri bagi Kota Bharu Utara, Jaya Peringat dan Sungai Ketereh (Kota Bharu Selatan); Sri Gunong dan Puteri Saadong (Bachok); Bukit Jawa dan Cherang Rotan (Pasir Puteh); Kubang Sepat, Kubang Bunut dan Alor Mas (Pasir Mas) serta Bunga Raya dan Bakat Baru (Tumpat). KADA SASAR PENGELUARAN BERAS 340,000 TAN METRIK Pengerusi KADA, Yang Berhormat Datuk Hj Md. Alwi Hj Che Ahmad berkata, sasaran KADA kini adalah untuk mengeluarkan beras sehingga 340,000 tan metrik menjelang 2020 dan beliau percaya sasaran itu mampu dicapai melalui beberapa inovasi baharu yang bakal diperkenalkan pihaknya.

Beliau berkata, antara inovasi baharu atau pendekatan yang diambil bagi mencapai sasaran tersebut ialah dengan menambah kawasan penanaman baharu, meningkatkan prasarana, menyatukan mini-mini estet bagi membolehkan pengeluaran padi dilakukan dalam skala yang lebih besar di samping penggunaan benih padi varian baharu. “Sasaran kita pada tahun depan ialah untuk meningkatkan pengeluaran padi kepada 6 tan metrik setahun. Pada tahun 2011, jumlah sumbangan KADA terhadap pengeluaran padi negara (padi sawah) ialah 192,399 tan metrik bersamaan dengan 7.58 peratus. Purata bersih padi yang dikeluarkan KADA pada tahun 2012 ialah 4.196 tan metrik, meningkat sedikit berbanding 4.096 tan metrik pada tahun 2011 dan 3.974 tan metrik pada tahun 2010,� kata beliau. Oleh yang demikian tambah beliau, KADA perlu berubah dan tidak boleh berada di takuk lama iaitu menjadi pembekal air kepada petani semata-mata. KADA sebaliknya perlu melihat peluang-peluang baharu bagi meningkatkan pendapatan golongan sasar tanpa mengabaikan peranan utama dalam menghasilkan bekalan makanan untuk negara. “Pada masa yang sama, KADA juga berhasrat untuk melahirkan 100 usahawan muda tani setiap tahun khususnya dalam bidang industri asas tani termasuk melalui program Azam Tani yang sehingga kini menerima peruntukan sebanyak RM9.2 juta daripada Kerajaan Pusat. “Program Azam Tani KADA melibatkan projek-projek pertanian yang mendapat pulangan jangka pendek seperti tanaman cili merah, kangkung, sawi dan jagung serta projek akuakultur dan ternakan AgroMalaysia << 131


Pengerusi KADA, Datuk Md Alwi Che Ahmad bersama Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KADA, Nik Roslan Idris dalam program menuai di bendang Lancang Ketereh di bawah projek NKEA padi.

jangka pendek seperti projek penggemukan lembu,” katanya. Menurut YB Datuk HJ Md. Alwi, KADA mesti menjadi sebuah institusi yang terlibat sama dalam pembinaan modal insan setempat selain perlu terlibat sama dalam program melahirkan petani dan usahawan tani yang berjaya. “KADA mesti berusaha untuk memastikan bekalan makanan dalam kawasan seliaannya mencukupi dan menjadi sebuah institusi yang berwibawa dalam soal membangunkan usahawan.” katanya. MENDEPANI CABARAN MASA DEPAN Bagi menjayakan agenda yang dirancang, YB Datuk Hj Md. Alwi mengakui perkara itu bukan satu tugas yang mudah kerana KADA perlu berdepan dengan pelbagai cabaran yang lebih hebat pada masa akan datang. Cabaran itu rata-ratanya membabitkan bisnes teras (core business) iaitu penanaman padi yang berdepan dengan masalah pengairan. KADA mempunyai hampir 1,000 kilometer tali air dan setiap kemudahan itu perlu sentiasa berair bagi memastikan sasaran meningkatkan hasil padi tercapai. Cabaran itu bukan mudah untuk ditangani memandangkan KADA hanya diberikan peruntukan pembangunan sebanyak RM34.5 juta bagi menguruskan tali air dan memastikan kawasan sawah sentiasa diairi. Justeru, untuk penyelesaian jangka panjang KADA memerlukan empangan yang mungkin dibina di kawasan Hulu Kelantan. Empangan itu bukan sahaja diperlukan untuk sistem pengairan 132 >> AgroMalaysia

sawah, tetapi juga untuk kegunaan seharian rakyat di negeri ini. KADA juga perlu membelanjakan RM4 juta setahun untuk membuang mendapan lumpur di hadapan pintu masuk rumah pam ekoran pencemaran yang menjejaskan kualiti air dan boleh menjejaskan aktiviti penanaman padi. Untuk merealisasikan projek tersebut sudah pasti ia memerlukan komitmen bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang mempunyai kuasa ke atas sungai dan tanah di negeri ini. Selain masalah pengairan, KADA turut dihimpit pembangunan apabila banyak kawasan bendang yang dibangunkan dengan projek-projek komersial, perumahan dan jalan raya. Sebagai contoh pembangunan kawasan Bandar Baru Tunjong. Untuk mengatasi masalah pembangunan ini, YB Datuk Hj Md. Alwi mencadangkan agar kerajaan negeri mewujudkan zon padi iaitu kawasan pertanian yang tidak boleh sewenangwenangnya dibangunkan dan sekiranya hendak dibangunkan juga, ia perlu diganti dengan kawasan yang baharu. “Langkah ini bertujuan memastikan penanaman dan pengeluaran padi tidak terjejas yang mana secara tidak langsung ia akan dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan negara. “Selain itu, ancaman lain yang turut menjejaskan produktiviti pengeluaran padi juga ialah keadaan cuaca dan musuh tanaman seperti tikus, padi angin, siput gondang emas, karah padi yang semuanya perlu diatasi dengan efektif bagi memastikan hasil padi meningkat,” katanya.






Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.