Agro Malaysia (Edisi Mac-Mei 2016)

Page 1

Menjana Transformasi

ISSN 1985-7659 PP 16868/06/2013 (029887) HARGA: RM14.00 BIL: 16 (EDISI MAC-MEI 2016)

9 771985

Secekal Jiwa Pengembara

HALA TUJU UDA

bersama Dato’ Dr. Mohd Shafei Abdullah

KPJUC BEKALKAN Tenaga Terlatih Industri Kesihatan

MISO WALAI HOMESTAY Tinggal Bersama Keluarga Orang Sungai

‘Iron Lady’ Universiti Frozen Food Fatihah Anis PESONA

Cantek Manees

Sajian Enak

Gamit Pengunjung

765000



Untitled-1 1

3/9/16 12:11:51 PM


AD SKM .indd 1

3/9/16 4:23:55 PM


Coffee Rider, cetusan kecekalan dan kehebatan jiwa si pengembara. ALAMINYA SEKARANG!

Hubungi 012-2015 234 untuk pembelian.


Editor Menulis SELAGI JANTUNG BERDENYUT

Peluang dan Ruang Salam sejahtera,

Noraini Nordin noraininordinpenulis@gmail.com Facebook: Noraini Nordin blogandnetwork.blogspot.my

Apabila bercakap mengenai usahawan, perkara yang paling menarik diperbualkan tentunya tentang peluang dan ruang. Para usahawan sendiri selalu bersinar-sinar matanya bila dihadapkan dengan topik peluang dan ruang ini. Peluang dan ruang ini sebenarnya mencakupi pelbagai aspek - peluang dan ruang dalam pinjaman, pemasaran, meluaskan perniagaan, potensi mengeluarkan produk baru, rangkaian ke luar negara dan macammacam lagi. Para usahawan, khususnya yang muda memang ghairah dalam konteks peluang dan ruang ini. Cuma, selalunya tidak banyak peluang dan ruang itu jatuh ke ribaan mereka.

Dari segi pinjaman, bukan saja kerajaan tetapi juga bank-bank sendiri ada banyak menyediakan pelbagai bentuk peluang dan ruang kepada usahawan, sama ada untuk memulakan mahupun mengembangkan lagi perniagaan. Dari aspek pemasaran, meluaskan perniagaan, potensi mengeluarkan produk baru dan rangkaian ke luar negara pula, juga banyak kementerian dan agensinya sedia menyediakan laluan ke arah itu. Itu belum dikira lagi pelbagai bentuk pameran dan forum perniagaan yang diadakan sama ada di dalam mahu pun di luar negara yang boleh dikatakan bersambungsambung jadualnya.

Pokoknya, apabila bercakap mengenai peluang dan ruang ini, ia kadang-kadang bagaikan tiada had untuk para usahawan mengejar dan menjadikan sesuatu impian itu milik mereka. Yang penting, rajin-rajinlah bertanya, merisik khabar, mendapatkan maklumat dan kemudian ‘memasarkan’ syarikat atau produk kita sehingga peluang dan ruang yang dikejar itu benar-benar jatuh ke ribaan akhirnya. Ahli perniagaan yang berjaya sekali pun selalu mengingatkan, tiada yang mudah dalam menempa kejayaan. Tangganya tidak lain ialah usaha, usaha, terus berusaha dan jangan ada perasaan malu untuk berjaya. SELAMAT MEMBACA.

Penasihat Penerbitan Tan Sri Sabbaruddin Chik Dato’ Zamri Mohamed Pengarah Penerbitan/Editor Noraini Nordin Pengarah Promosi & Reka Bentuk Shamsuhazli Mamat Penyelaras Reka Bentuk/ Pembantu Suntingan Wan Muhammad ‘Atiyya Wan Azman Pengarah Pembangunan Perniagaan Muhamad Asri Wan Ismail

PP 16868/06/2013 (029887)

Wartawan Hassuria Ahmad Ain Syuhada Shahbudin (Praktikal) Nur Alia Syamimi Shamsuhazli (Praktikal) Pembantu Penyelaras (Usahawan) Muhammad Sidek Osman Jurufoto Muhammad Najmi Rayyan Amar Ridzwan Shahbudin (Praktikal)

Promosi & Pengiklanan Mimie Nasa Zainuddin Ariffin Supardi Ariffin Syed Mohd Uwais Pengurusan Penerbitan A & D Network 002357087-D 10-3, Jalan PJU 5/4, Dataran Sunway Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan T : 019-6620 234 E : noraininordinpenulis@gmail.com Diterbitan Oleh Agro Publication Suite-2-4-6, Wisma Rampai Taman Sri Rampai 53300 Setapak, Kuala Lumpur T : 03-4143 8382 F : 03-4143 8382 E : agropublication@gmail.com agromalaysia2008@gmail.com agromalaysia1@gmail.com Dicetak Oleh Percetakan SM Sdn. Bhd. Pengedaran Komik Tian Sdn. Bhd.


KANDUNGAN

Wawancara Khas 06 Hala Tuju UDA bersama Dato’ Dr. Mohd Shafei Abdullah Travelog 12 AnCasa Royale Pekan Pahang ‘Syurga’ Pencinta Makanan Usahawan Srikandi 30 Iron Lady...‘Universiti Frozen Food’ Fatihah Anis Bisnes 38 Sapurah’s Homemade Bake Diadun dengan Kasih Sayang Agropelancongan 47 “Miso Walai Homestay” KOPEL Merintis Pembangunan Komuniti Berasaskan Pelancongan Masyarakat Luar Bandar

12

Pendidikan Kesihatan 58 KPJUC Bekalkan Tenaga Kerja Terbaik Untuk Industri Kesihatan 67 Gedung Motivasi 72 78 84 86 90

Produk Pilihan Coffee Rider Secekal Jiwa Pengembara Rezeki Dari Tunjuk Langit Raja Penawar Herba Zees Fresh Mint Gabungan Bahan Suci dan Halal Red SoyCollagen Double Stemcell Rahsia Jelita Keajaiban ‘Stem Sel Epal’ Meranum Kesihatan

Personaliti Usahawan 94 Pesona Cantek Manees Lubuk Emas Usahawan Kristal

30

Info Sihat 102 Punca Tubuh Lesu 104 Penjagaan Bayi Baru Lahir 106 Tips Tambat Selera Warga Emas 108 108 110 111

Bioteknologi Bunga Merak Penawar Sakit Kelamin Lidah Kucing Rawat Demam Panas Rahsia Kunyit dan Halia Bunga Raya Kuncup Sembuhkan Sakit Dada

Bingkisan Selatan 112 ‘Jurutera Serai’ Hijrah Baru Khairil Nizam 118 Ternakan ‘Ayam Sayur’ Inovasi Cikgu Mariahni Jejak Usahawan 124 Haji Yussup dengan Kejayaan 1,500 Ekor Ternakannya

78

72

Trip Joran 128 Nibong Tebal Tumpuan Kaki Pancing

06


WAWANCARA KHAS BERSAMA PENGERUSI UDA HOLDINGS BERHAD Oleh: Noraini Nordin

HALA TUJU UDA bersama

Dato’ Dr. Mohd Shafei Abdullah

06 A G R O M A L A Y S I A


Soalan untuk Pengerusi UDA

1. Apakah Dato’ berpuas hati dengan perjalanan UDA setakat ini, terutama dalam skop perniagaan yang dijalankan khususnya, pembangunan hartanah?

Sudah semestinya saya berpuas hati. UDA Holdings Berhad (UDA), syarikat pembangunan hartanah, menyasar melaksanakan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) yang meningkat menjelang tahun depan berdasarkan pelan lima tahun syarikat itu. Sasaran itu dibuat berikutan pembangunan beberapa projek berskala besar di seluruh negara.

UDA Land East, (Kemaman, Kuantan dan Kuala Terengganu). UDA juga giat melaksanakan pembangunan di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur antaranya Anggun JSI, Legasi Kampong Bharu dan BBCC demi memastikan ia seiring dengan misi untuk meletakkan UDA di tangga 10 teratas dalam senarai pemaju hartanah terkemuka di negara kita dalam tempoh empat tahun lagi.

Projek hartanah UDA yang menyumbang kepada nilai berkenaan ialah menerusi projek di Kuala Lumpur akan dikendalikan anak syarikat UDA Holdings iaitu UDA Land (Central) Sdn Bhd bagi projek perumahan di Bandar Tun Hussein Onn Cheras; UDA Land North (Bertam, Pulau Pinang dan Kangar, Perlis); UDA Land South (Bandar Baru UDA, Johor Bahru) dan

Satu usaha unik UDA yang mematuhi undangundang Islam ialah pembangunan tanah wakaf. Ini adalah salah satu sumbangan UDA kepada masyarakat untuk membantu pemegang amanah tanah wakaf, yang mungkin tidak mempunyai cara-cara dan sumber untuk membangunkan tanah mereka. UDA WAQF Sdn. Bhd. (UDA WAQF) adalah

sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) 100% milik UDA Holdings Berhad yang diwujudkan untuk membangunkan tanah wakaf secara komersial di Malaysia. Bersamasama Majlis-majlis Islam Negeri dan Institusi-institusi Kewangan Islam, UDA WAQF bertanggungjawab untuk memaksimakan potensi tanah wakaf bagi menjana ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup umat Islam. Wakaf Seetee Aisah di Pulau Pinang adalah perintis projek UDA yang merangkumi pembangunan pusat komersial dan perumahan teres dua tingkat. Usahasama dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang diteruskan dengan Wakaf Muhammad Hashim iaitu projek perumahan pangsapuri yang bakal dibangunkan.

A G R O M A L A Y S I A 07


2. Apa perancangan dan idea-idea baru yang akan dilakukan di UDA ini?

UDA akan membangunkan semula Kompleks Niaga Utama (KNU) yang terletak di Bangsar dengan servis apartment serba lengkap dengan Nilai Pembangunan Kasar dianggarkan lebih RM250 juta. Projek tersebut dijangka siap pada tahun 2019 memberi fokus untuk menggalakkan pemilikan hartanah dalam kalangan bumiputera seterusnya mengembangkan portfolio UDA sebagai salah sebuah syarikat peneraju dalam pembangunan hartanah dan pengurusan aset mampan di negara ini. Pembangunan semula ini merupakan menara kediaman kedua yang akan dibangunkan UDA di Bangsar. Yang pertama adalah pada tahun 2008 iaitu Gaya Bangsar melibatkan pembangunan 285 unit kediaman di sebelah Dataran Maybank, berkeluasan antara 671 hingga 1,610 kaki persegi dan berharga antara RM350,000 dan RM900,000 setiap satu. 95% peratus daripada unit kediaman ini telah dijual dalam masa semingu selepas majlis pra-pelancarannya. Selain itu juga, UDA akan membina beberapa unit rumah mampu milik serta kemudahan lain khusus untuk golongan

08 A G R O M A L A Y S I A

bumiputera dalam projek pembangunan yang akan dijalankan di Kampong Baru. Projek pembangunan tersebut adalah khusus untuk membantu golongan bumiputera memiliki kediaman di kawasan yang berpotensi tinggi di ibu negara dengan harga yang berpatutan. Harga rumah tersebut yang bakal dijual bermula dari RM300,000 merupakan tawaran harga terbaik jika dibandingkan dengan beberapa kawasan lain yang berhampiran Kampong Baru. Kawasan ini merupakan kawasan strategik untuk pembangunan. Harga pasaran rumah di kawasan sekitar ini biasanya lingkungan RM1 juta dan ke atas. Golongan bumiputera seharusnya tidak melepaskan peluang sebaik sahaja projek ini dilancarkan. Ia dijangka siap pada tahun 2019. Pembangunan Pusat Bandar Bukit Bintang (BBCC) dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM8.7 bilion diunjur menjadi magnet kepada pelaburan langsung asing (FDI). Projek ini juga dikatakan telah menyahut seruan kerajaan terhadap kerjasama di antara sektor awam dan

swasta bagi menyokong pertumbuhan ekonomi. Ini merupakan projek ikonik baharu negara. Fasa pertama projek itu dijangka dimulakan pada pertengahan tahun ini. Pelaburan Mitsui Fudosan akan membabitkan pembangunan pusat beli belah di BBCC manakala Sony menerusi anak syarikatnya, Zepp Hall pula akan melabur dalam membangunkan dewan hiburan yang dapat memuatkan 2,700 penonton dengan dengan sistem audio tercanggih pertama di Malaysia dan pertama di luar Jepun. BBCC akan membangunkan servis apartment dan sedang dalam perbincangan bersama The Ascott Limited, operator terbesar ‘serviced apartment’ antarabangsa yang berpengalaman mengurus 45,000 unit di serata 27 buah negara. BBCC ditubuhkan untuk memajukan semula kawasan berkenaan dalam tempoh lapan hingga 10 tahun akan datang, apabila UDA, EcoWorld dan KWSP memeterai perjanjian pegangan saham pada 4 Februari tahun lalu bagi bersama-sama melabur dan membiayai projek tersebut.


3. Bagaimana dengan usaha melibat dan mengukuhkan lagi penyertaan bumiputera untuk menjalankan perniagaan di ruang-ruang niaga milik UDA, terutama di kompleks perniagaannya yang utama? Pada masa ini, UDA memiliki ruang perniagaan, terminal dan pejabat seluas lebih 1.8 juta kaki persegi bersamaan 1,060 lot ruang niaga. Penyewaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu penyewaan lot tetap dan penyewaan ruang promosi. Statistik penyertaan bumiputera dalam penyewaan ruang niaga (mall) setakat 31 Disember 2015 bagi lapan (8) kompleks perniagaan milik UDA, hampir 60%. Bagi meningkatkan penguasaan penyertaan bumiputera, UDA memberi keutamaan kepada usahawan bumiputera untuk menyewa jika terdapat mana-mana

kekosongan lot ruang niaga. Manakala penglibatan bumiputera dalam penyewaan ruang promosi melebihi kelompok etnik lain. Selain itu, UDA mengambil pendekatan menganjurkan program promosi bertema di mana penyewa bumiputera akan diberi keutamaan untuk mengambil bahagian. Ini merupakan penghargaan/ insentif yang diberikan oleh UDA kepada para penyewa bagi menghargai penglibatan mereka sepanjang menyewa di kompleks milik UDA. Dengan cara ini juga ia membantu peniaga dari segi aliran tunai mereka.

4. Dalam penilaian Dato’, apakah masalah utama peniaga-peniaga Melayu, khususnya untuk bersaing dalam menjalankan perniagaan di kompleks-kompleks perniagaan di dalam bandar? Kejayaan pusat membeli-belah sangat bergantung kepada keupayaannya memenuhi kehendak membeli-belah pengunjung. Oleh itu, imej dan reputasi positif setiap kompleks perniagaan perlu diberi perhatian kerana ini merupakan salah satu faktor tarikan pengunjung. Selain itu, pemilihan penyewa yang mempunyai jenama amat penting untuk tarikan pengunjung. Bagi penyewa yang tidak mempunyai jenama khususnya bumiputera perlu mengambil inisiatif untuk menaiktaraf premis untuk setanding dengan pesaing-pesaing lain. Dengan cara ini, akan menggalakkan ramai pengunjung ke premis peniagaan mereka dan akan membantu usahawan dari segi aliran tunai mereka. Bagi meningkatkan penguasaan efektif bumiputera, mereka perlu mengambil inisiatif dengan mengikut tren perniagaan terkini yang mana menggunakan

konsep perniagaan ‘showroom + online’ (perniagaan berteraskan medium internet/ media sosial) bagi membolehkan bumiputera bersaing dalam perniagaan moden. Peniaga-peniaga Melayu perlu maju ke hadapan dengan menceburi bidang baru yang mendatangkan pendapatan yang lumayan seperti perniagaan francais, IT, teknologi dan lainlain yang mendapat sambutan hangat di pasaran. Penguasaan peniaga Melayu dalam bidang tersebut masih lagi rendah jika dibandingkan kelompok etnik lain. Strategi UDA adalah bagi mewujudkan peluang perniagaan kepada usahawan muda bumiputera sebagai pelapis untuk menceburi bidang baru (trade mix baru) bagi menarik lebih ramai pengunjung terutama golongan muda dan usaha ini bagi menambahkan bilangan usahawan bumiputera yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing.

A G R O M A L A Y S I A 09


5. Benarkah UDA tidak cukup membantu usahawan bumiputera untuk menjalankan perniagaan di kompleks-kompleks perniagaan miliknya dengan dikatakan lebih memberi keutamaan peniaga-peniaga kaum lain seperti di Kompleks Pertama dan Bukit Bintang sebagai contohnya?

Kadar sewa bagi kompleks perniagaan milik UDA dikategorikan masih rendah berbanding pesaing-pesaing dalam pasaran. Tambahan pula UDA banyak membuka peluang kepada usahawan bumiputera untuk bertapak di kompleks komersial di dalam bandar. Di samping itu juga UDA turut memberi kelonggaran kepada penyewa yang mempunyai tunggakan sewa tidak lebih daripada tiga bulan untuk terus berniaga di premis kami di mana penyewa boleh membuat bayaran secara ansuran dan pembayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Selain itu, UDA turut mempelbagaikan aktiviti promosi (musim perayaan) di ruang legar utama kompleks (tertakluk kepada kekosongan) bagi mewujudkan peluang perniagaan kepada penyewapenyewa Melayu bagi tujuan memasarkan dan mempromosikan produk mereka. Usaha ini bagi menggalakkan penglibatan bumiputera sebagai usahawan dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, setiap strategi dan hala tuju yang ditekankan oleh UDA adalah bertujuan supaya ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa dalam usaha memacu bidang keusahawanan bumiputera secara efektif.

6. Dari segi statistik, berapa peratus jumlah peniaga bumiputera di ruang-ruang niaga milik UDA di seluruh negara dan berapa pula peluang yang diberikan kepada bukan bumiputera?

UDA meletakkan keutamaan kepada penyewa bumiputera dan selebihnya kepada bukan bumiputera dan lain-lain seperti Public Listed Company (Giant, Nagoya, KFC, MCD, Maybank, Digi) dan UTC bagi mempelbagaikan jenis perniagaan yang

10 A G R O M A L A Y S I A

mana menjadi faktor utama kepada jumlah aliran pengunjung ke kompleks. Merujuk kepada peratusan kadar penghunian di premis milik UDA di seluruh negara setakat Disember 2015, hampir 60% merupakan penyewa bumiputera

dan ini adalah satu kejayaan UDA kerana telah melepasi sasaran minima yang ditetapkan dan ini menggalakkan penyertaan peniaga bumiputera secara meluas dalam sektor ekonomi.


7. Ada juga persepsi mengatakan peniaga bumiputera yang menyewa di kompleks-kompleks perniagaan milik UDA hanya diletakkan di sudut-sudut tidak strategik berbanding bukan bumiputera, apa pandangan Dato’mengenainya dan jika ianya benar, apakah pula langkah-langkah untuk mengatasi keadaan itu? Isu ini sebenarnya tidak wujud. Ini kerana hampir kesemua ruang perniagaan di kompleks UDA mempunyai ‘marketable ratio’ (nisbah kebolehpasaran) yang seimbang di semua tingkat untuk ‘lower and upper floor’ dan tiada istilah tidak strategik kerana rekod menunjukkan kompleks utama milik UDA seperti Angsana Johor Bahru Mall dan Angsana Ipoh Mall mencatatkan kadar penghunian hampir 100% dan penyewa bumiputera boleh didapati di semua tingkat di dalam kompleks.

8. Dari segi jangka panjang dan akan datang, apa yang Dato’ mahu UDA lakukan agar ia dilihat terus signifikan dengan arus pembangunan semasa? UDA sebagai pemaju hartanah yang telah lama bertapak di negara ini sejak 45 tahun sentiasa seiring dengan Dasar Pembangunan dalam melaksanakan pembangunan nasional. Kami sentiasa mengikuti dan sedaya upaya menepati arus pembangunan dan kehendak pasaran semasa agar dapat menyediakan sebuah pembangunan yang boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.

A G R O M A L A Y S I A 11


TRAVELOG

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

ANCASA ROYALE PEKAN PAHANG ‘Syurga’ pencinta makanan

12 A G R O M A L A Y S I A


Merehatkan tubuh yang lesu menyegarkan minda...

EXECUTIVE SUITE

PREMIERE SUITE

FAMILY SUITE A G R O M A L A Y S I A 13


DELUXE PREMIER KING

DELUXE PREMIER TWIN

JUNIOR SUITE 14 A G R O M A L A Y S I A


Kemudahan Lain

Pusat Perniagaan

Kolam Renang

Studio

Saffron

Bilik Perbincangan

Ballroom

Kedai Cenderamata

Gimnasium

Spa

A G R O M A L A Y S I A 15


Catatan Penulis 1

T

ERPEGUN penulis sebaik kaki melangkah memasuki ruang Coffee House untuk menikmati sajian pagi di Ancasa Royale Pekan, Pahang. Tidak kurang 100 menu sarapan pagi meriah menyambut bagaikan pesta ujian selera. Sajian terdiri daripada hidangan-hidangan tradisional masakan Pahang dan antarabangsa. Sajian yang amat mewah dengan pakej harga bilik yang amat berbaloi. Sedang ralit mengira juadah penulis disapa mesra oleh Nasir Kadir Salleh (Food & Beverages Manager) dan Chef Zambri Che Badrulddin.

16 A G R O M A L A Y S I A


Bagai sudah bertahun berkenalan perbualan mesra terasa santai dan menjadikan penulis semakin tidak sabar menikmati ‘air tangan’ chef-chef Ancasa Royale Pekan pagi ini. Lalu spontan penulis bertanya kepada Chef Zambri mana satukah sajian yang beliau sediakan. Sambil tersenyum mesra pantas beliau menunjukkan berpuluh-puluh hidangan

yang berhias molek di pulau hidangan. Pelbagai jenis roti, pemanis mulut, salad, sajian barat dan tradisional pelbagai kaum di Malaysia. Daripada nasi lemak, mee mamak, pau, murtabak, lempeng, rendang, pulut kuning. Aduhai banyaknya...berbahagialah si kaki makan jika menjadi pelanggan Ancasa Royale Pekan, Pahang.

A G R O M A L A Y S I A 17


Catatan Penulis 2

Aduhai si Puding Raja

Begitu lemah lembut Chef Zambri Che Badrulddin (Pastry Chef) menunjukkan cara menyediakan sajian Puding Raja kepada penulis. Sambil memperkenalkan satu persatu bahan-bahan untuk menghasilkan Puding Raja sambil bercerita mengenai hidangan sajian pemanis mulut kegemaran kerabat diraja Pahang. Sesekali terselit gurauan chef yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang masakan ini. Gurauan yang amat menghiburkan sehingga sesi membuat Puding Raja berlangsung ceria. Ujar chef berkulit cerah itu lagi, menanggalkan kulit buah pisang untuk sajian Puding Raja juga ada seninya. Sambil itu sempat juga Chef Zambri mempromosikan daerah Pekan yang bertuah. Begitu juga sewaktu mengoreng pisang yang comel ini hingga menjadi warna coklat yang serata. Jangan lupa Puding Raja yang enak mestilah menggunakan Pisang Lemak Manis dari kebun tanah Pekan Pahang. Pilih telur ayam yang berkualiti. Guna kuning telur sahaja untuk membuat ‘jala’. Jika anda singgah di sini jangan lupa menguji selera anda dengan Puding Raja yang pastinya memukau rasa.

18 A G R O M A L A Y S I A


Chef Zambri adalah anak jati Kelantan. Bermusafir di bumi Pekan Pahang membolehkan beliau menimba ilmu sajian Puding Raja dan kini pakar menyediakan hidangan tersebut untuk tetamu Hotel Ancasa Royale yang menjadi mercu tanda daerah itu.

A G R O M A L A Y S I A 19


Catatan Penulis 3

Haruman aroma essential oil mengejutkan minda yang mula mahu beradu. Minda kembali segar dan nyaman mengikut irama muzik Ancasa Spa. Penulis tidak mahu bertangguh lagi lalu memilih pakej yang membelai tubuh dari hujung kaki ke hujung rambut.

20 A G R O M A L A Y S I A

Layanan ‘bak puteri’ di Ancasa Spa Dua terapi urut yang berwajah ayu bagaikan mengerti tugasan mereka lalu menunjukkan bilik yang berhias indah umpama melayan seorang ‘puteri’ yang mahu beristirahat. Bilik privasi untuk pelanggan yang mahu merehatkan minda dan tenggelaman dalam dunia belaian spa yang pro-

fesional untuk kembali segar bertenaga. Bertuah sungguh penulis, bilik privasi yang dipilih menghadap Sungai Pahang. Aduhai...satu lagi bonus untuk terapi mata. Patutlah spa ini menjadi pilihan pelanggan terutama pelanggan elit serta kerabat diraja.


Bukan sahaja belaian pakejnya bertaraf 5 bintang, pancaindera penglihatan juga mendapat santapannya. Hidangan jus serai, tumbuhan hijau, hiasan dinding dan ruang menunggu yang berhias indah adalah nilai tambah untuk pelanggan. Bijak pengurusan Ancasa Royale Pekan menyediakan perkhidmatan spa sendiri. Pasti pelanggan tidak sabar untuk kembali semula ke Ancasa Royale Pekan untuk bercuti bersama keluarga.

A G R O M A L A Y S I A 21


Warna Warni AnCasa Royale dari Lensa Agro Malaysia

Koleksi

Warisan

22 A G R O M A L A Y S I A


Antik

Halwa Telinga

Riadah A G R O M A L A Y S I A 23


Warna Warni AnCasa Royale dari Lensa Agro Malaysia

(Front d Abd Rashid Ahmad Ziya bantu em m er) yang Office Manag an gi ha ba gi melicinkan la serta pelanggan perkhidmatan adakan di Hotel di program yang hang. le Pekan, Pa AnCasa Roya

Abdul Jam il Mohame d (Assistan Director of t Sales) turu t menjadi penggera k utama ya n g merangsa ng pening katan pelangga n untuk Ho tel AnCasa Pekan Pah ang.

ullah man d Nazir Abd Mohamma iliki pengala em m ) er g ana M n l a a d er n a en (G gurus bidang pen luas dalam perhotelan.

Nasir Kadir Salleh (Food & Beverages Manager)kreatif dan inovatif.

MESRA...Suzanna Hassan (Sales Manager) sering mengadakan perbincangan dengan kakitangan hotel termasuk tenaga penggerak yang bertugas di bahagian penyediaan makanan.

24 A G R O M A L A Y S I A

Chef Mohd Badrulhisyam Abu Bakar, pakar menyediakan hidangan tradisional termasuk ikan patin dan murtabak Pekan.

din (Display q Shahabud Ahmad Taufi akam foto embantu mer Artist) turut m . Agro Malaysia untuk album


AS: GAAN KH PENGHAR d harum a B a ings Berha iz sn Puan Ro , UDA Hold t, n n io e is d iv si D re s P e ation Senior Vic ommunic rporate C Group Co h a Abdulla Norazuan sident 3, ision re P e ic V t ations Div Assistan ommunic C te ra o rp Group Co s Berhad ing UDA Hold

.com

asahotels

www.anc

600 Pekan, antan, 26 Pekan-Ku n ysia la la a Ja , M , ur No. 2670 arul Makm 09 424 6700 Pahang D +6 | F 00 424 66 T | +6 09

A G R O M A L A Y S I A 25


Resipi

Sajian Tradisional

Oleh: Chef Mohd Badrul Hisyam Abu Bakar, Malay Chef Chef Mohd Hazlan Hamzah, Executive Sous Chef

01 Puding Raja Bahan-bahan: 5 sikat - Pisang lemak manis 1 cawan - Gajus goreng 2 mangkuk - Jala emas 300 gram - Buah prun 3 biji - Ceri merah dan hijau 1 cawan - Minyak sapi Minyak untuk menggoreng Sos Puding: 1 tin (susu sejat - tambah air ikut sebanyak 1 tin ½ susu), 2 biji telur, daun pandan, gula secukup rasa dan sedikit esen vanila. Cara Penyediaan Sos Puding: 1. Pukul telur bersama susu sejat. 2. Tapis dan letak diatas api yg sederhana kuat, masukan gula daun pandan dan esen vanila. 3. Kacau perlahan-lahan sehingga masak. Jala Emas: 5 biji telur itik (kuning sahaja), 3 cawan air, 1 cawan gula pasir dan daun pandan. Cara Penyediaan Jala Emas: 1. Didihkan 3 cawan air bersama 1 cawan gula pasir dan daun pandan (tambah atau kurangkan gula jika air didihan terlebih pekat atau cair). 2. Masukkan telur kuning ke dalam acuan corong 1 lubang dan masak di dalam air gula yang sudah mendidih.

26 A G R O M A L A Y S I A

Cara Penyediaan: 1. Goreng pisang bersama minyak sapi. 2. Apabila pisang sudah masak kehitaman, angkat dan susun di dalam mangkuk. 3. Untuk lapisan kedua, susunkan jala emas di ikuti buah prun, kacang gajus goreng serta buah ceri hijau dan merah.


Murtabak AnCasa Pekan

02

Bahan-bahan: 10 biji - Telur ayam 6 senduk - Daging kisar (digoreng tanpa minyak) 6 senduk - Bawang besar (dipotong dadu dan digoreng dengan marjerin, serbuk kunyit, bunga cengkih, bunga lawang ditumbuk halus) 1 senduk - Daun bawang, daun sadri dan cili 4 sudu - Gula 10 renjisan - Kicap Sedikit serbuk perasa Rempah ratus (campuran daripada 14 jenis ramuan seperti jintan manis, jintan putih, bunga lawang, biji pelaga dan lain-lain) Campurkan kesemua bahan-bahan di atas, kacau hingga sebati. Cara Memasak: 1. Kisar bawang putih dan bawang merah kecil dan tumiskan hingga garing. 2. Masukan udang kering - biarkan garing kemudian baru masukkan cili bersama belacan yang dikisar (biarkan garing serta naik minyak). 3. Masukkan daun pucuk ubi dan garam. 4. Kacau sehingga kering.

03

Opor Daging

Bahan-bahan: 1 kg - Daging lembu 70 gram - Rempah opor 200 gram - Bawang Merah (dikisar) 30 gram - Halia (dikisar) 30 gram - Lengkuas (dikisar) 5 batang - Serai 80 gram - Tomato puri 100 gram - Kerisik 8 cawan - Santan pekat 50 gram - Cili giling 70 gram - Gula Melaka 2 batang - Kulit kayu manis 5 biji - Buah pelage 4 biji - Bunga lawing 7 kuntum - Bunga cengkih 50 gram - Minyak sapi Garam secukup rasa. Cara Penyediaan: 1. Tumis batang kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan kuntum bunga cengkih bersama minyak sapi sehingga wangi. 2. Masukkan bahan yang telah di kisar serta serai. 3. Apabila sudah wangi masukkan cili giling diikuti rempah opor dan kurma. 4. Tunggu sehingga pecah minyak masukkan daging lembu. 5. Perlahankan api, masukan tomato puri dan gula melaka. 6. Apabila daging sudah mula empuk masukkan santan dan garam secukup rasa. A G R O M A L A Y S I A 27


04 Patin Tempoyak Bahan-bahan: 1 ekor - Ikan patin segar 350 gram - Tempoyak 100 gram - Cili api (ditumbuk) 200 gram - Cili merah (ditumbuk) 1 inci - Kunyit hidup (ditumbuk) 1 kuntum - Bunga kantan 5 batang - Daun kesum Garam secukup rasa Asam keping (jika perlu) Cara Penyediaan: 1. Masukkan semua bahan bersama ikan patin dan didihkan atas api yang sederhana.

28 A G R O M A L A Y S I A


05 Ayam Golek Semantan Bahan-bahan: 1 ekor - Ayam 6 cawan - Santan 2 biji - Buah keras (dikisar) 3 cm - Lenkuas (dikisar) 6 batang - Serai (dititik) 100 gram - Cili giling 100 gram - Bawang merah (dikisar) 7 ulas - Bawang putih (dikisar) 50 gram - Kacang tanah (ditumbuk) 50 gram - Gula melaka Air Asam jawa secukup rasa Sedikit belacan Cara Penyediaan: 1. Untuk sos ayam,tumis semua bahan yg dikisar. 2. Apabila sudah wangi ,masukkan serai bersama cili giling. 3. Masukkan santan beserta belacan. 4. Apabila sudah mendidih, masukan air asam jawa dan gula Melaka. 5. Setelah ianya mendidih, masukan ayam sehingga ayam 他 masak. 6. Keluarkan ayam dan panggang sehingga masak. 7. Curahkan sos di atas ayam dan hidangkan.

A G R O M A L A Y S I A 29


USAHAWAN SRIKANDI Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Iron Lady...

‘Universiti Frozen Food’ Fatihah Anis

30 A G R O M A L A Y S I A


MUKADIMAH Mama oh Mama... Penulis merenung wajah wanita ini, lembut menawan, tutur kata manis bersantun. Jauh daripada sifat riak apatah lagi bangga diri. Berjuta insan telah menikmati ‘air tangan’ wanita yang bernama Hajjah Fatihah Anis Ibrahim (Pengarah Pengurusan Fatihah Frozen Food Sdn. Bhd.) ini. Ada yang membesar bersama produk keluaran syarikat beliau sejak lebih 30 tahun lalu.

Muncullah pelbagai jenis produk pun yang cuba menyaingi barangan syarikat beliau namun Hajah Fatihah yang lebih mesra dengan panggilan Mama Fatihah tidak berasa goyah. Malah, dengan berlapang dada beliau pula sanggup menjadi ‘sifu’ jika usahawan baru mahu berguru dengannya. Soalan terjah penulis di pagi yang santai bersaksikan kehijauan padang Golf KLGCC dijawabnya tenang untuk dikongsi bersama pembaca Agro Malaysia.

A G R O M A L A Y S I A 31


Catatan Penulis (1)

S

EBAGAI usahawan ikon yang membina legasi bermula dari sekilo tepung penulis membiarkan beliau berbicara. Sambil itu penulis mencelah bertanya beberapa soalan yang berkait rapat dengan kehidupan masa lalu, visi dan misi Fatihah Frozen Food. Menyorot kehidupan yang penuh liku wanita ini menjelaskan pada asalnya berniaga adalah untuk mencari pendapatan bagi membesarkan anak -anak sambil mencari peluang dan ruang melebarkan bisnes. Namun berkat kegigihan mempromosi dan memasarkan produknya Allah S.W.T memperluaskan lagi padang rezeki beliau sekeluarga. Ikhtiar tanpa henti sambil mengendong anak sambil beliau mencari ruang dan peluang untuk melebarkan sayap Fatihah Frozen Food.

32 A G R O M A L A Y S I A


Jangan panggil mama ‘iron lady’. Mama berusaha keras kerana Mama bukan usahawan yang dilahirkan dalam ‘dulang emas’.

TERUS BANGKIT MELAWAN DUGAAN Namun sewaktu meniti tangga-tangga kejayaan, ranjau dan duri menanti wanita anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Dugaan demi dugaan menguji hati wanitanya tanpa henti secara sedar atau tanpa disedarinya. “Mama gunakan kemahiran memasak untuk menyara kehidupan. Walaupun ada waktunya dugaan datang menerpa tanpa amaran. Mama reda. Mama bangkit pujuk hati jangan beralah. Terus cekal demi anak-anak. Allah adalah tempat Mama mengadu. Untuk melepaskan keluh kesah dan kesedihan. Doa Mama

kepada Allah tidak pernah putus. Mohon kuatkan hati dan semangat Mama. “Mama amat bersyukur setelah melalui pahit manis bisnes, Allah S.W.T membuka pintu rezeki untuk Fatihah Frozen Food. Alhamdulillah jenama Fatihah Frozen Food semakin dikenali pelanggan,” kata Fatihah atau lebih mesra dengan panggilan Mama. ‘IRON LADY’ FROZEN FOOD Jelasnya tidak terlintas langsung di hati beliau untuk merasa riak atau bangga diri apabila Fatihah Frozen Food dikenali pelbagai golongan dan menjadi sebutan sejak 30 tahun lalu. Sifat rendah diri wanita

ini terus kekal sehingga ramai usahawan muda mencari peluang untuk berguru dengan iron lady Fatihah Frozen Food ini. “Jangan panggil Mama ‘iron lady’. Mama berusaha keras kerana Mama bukan usahawan yang dilahirkan dalam ‘dulang emas’. “Mama gigih untuk menaikkan jenama Fatihah Frozen Food dengan bertemu pelanggan akar umbi. Mama positif menerima sebarang teguran demi penambahbaikan produk Fatihah Frozen Food,” ujarnya merendah diri apabila penulis menyifatkan beliau ‘iron lady’ dalam industri frozen food.

A G R O M A L A Y S I A 33


Jangan mudah mengalah. Berkawanlah dengan insan yang berfikiran positif serta kaya ilmu. Mama pun sampai hari ini masih belajar dalam bidang yang Mama belum ketahui termasuk anjuran agensi kerajaan. Segalanya untuk memastikan Fatihah Frozen Food terus unggul dan terbaik. HAJJAH FATIHAH ANIS IBRAHIM Pengarah Pengurusan Fatihah Frozen Food Sdn. Bhd.

Catatan Penulis (2) ‘UNIVERSITI’ USAHAWAN BARU BERGURU Walaupun Mama Fatihah sudah memiliki pentasnya sendiri namun beliau sentiasa sudi meluangkan masa bagi memberi peluang usahawan baru yang mahu berguru dengannya. Mama Fatihah ibarat ‘universiti’ bagi usahawan baru dalam bisnes frozen food. Pengalaman jatuh bangun beliau dalam bisnes adalah modal terbaik untuk membina jiwa kental kepada usahawan yang masih hijau. Ada yang menjadikan beliau sebagai mentor mereka dalam bidang bisnes. “Nasihat Mama kepada usahawan baru jangan berhenti menuntut ilmu. Dunia tanpa sempadan 34 A G R O M A L A Y S I A

membolehkan kita belajar dengan pelbagai cara. “Jangan mudah mengalah. Berkawanlah dengan insan yang berfikiran positif serta kaya ilmu. Mama pun sampai hari ini masih belajar dalam bidang yang Mama belum ketahui termasuk anjuran agensi kerajaan. Segalanya untuk memastikan Fatihah Frozen Food terus unggul dan terbaik,” ujar bekas pelajar Sekolah Menengah Zainab, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan. LULUH BERBUDI CEKAL BERBAKTI Walaupun sudah dikenali sebagai pemain profesional dalam frozen

food, wanita ini tidak ‘terlena dalam zon selesa’. Usaha penjenamaan Fatihah Frozen Food tidak pernah terhenti termasuk melakukan Research & Development untuk mengeluarkan produk baru yang mampu menggamit hati pelanggan. “Mama amat menyayangi pelanggan Mama. Mama mahu mereka menikmati produk Fatihah Frozen Food seperti masakan ‘air tangan’ ibu di rumah. “Jika pelanggan berpuas hati, Mamalah insan paling gembira,” jelas wanita yang mewah dengan kasih sayang serta bersifat keibuan.


Catatan Penulis (3)

Sambil bercerita Mama Fatihah mempelawa penulis menikmati roti paratha yang dimasaknya sendiri menggunakan kuali ‘ikan emas’. Aroma paratha yang enak membuatkan penulis tidak bertangguh lagi untuk menikmati sajian tersebut. Perghhhh...memang roti paratha Fatihah Frozen Food ‘menjerat lidah’ walaupun dimakan tanpa sebarang pencicah. Penulis sudah jatuh cinta dengan roti paratha produk keluaran syarikat ini. Tidak hairan jika Fatihah Frozen Food mempunyai jutaan pengemar-pengemar setia dan sentiasa tertunggu-tunggu produk terbaru keluaran syarikat yang sudah menempa nama hingga ke negara luar.

PILIHAN RAMAI TERMASUK PEMBESAR NEGARA DAN KERABAT DIRAJA Mama Fatihah sudah mengerti kehendak pelanggan-pelanggannya. Kebijaksanaan beliau menggunakan media sosial juga adalah bonus untuk Fatihah Frozen Food diingati oleh penggemarnya daripada kanak-kanak sehinggalah ke warga emas. Penggemar Fatihah Frozen Food juga terdiri daripada pembesar negara dan kerabat diraja termasuk di negara Brunei. Sejak kemunculan Fatihah Frozen Food merantai selera penggemarnya, harihari seorang wanita (ibu) kini semakin tenang dan ceria dengan kehadiran roti paratha, samosa, karipap, aiskrim goreng vanila, murtabak, sardin roll dan pelbagai lagi produk enak Fatihah Frozen Food. Semua produk ini adalah idea dan ilham daripada Mama Fatihah demi memenuhi cita rasa pelanggan. Ibarat kata pepatah, jika mahu disayangi sebagai ibu rumahtangga ‘jagalah perut’ keluarga anda dengan produk Fatihah Frozen Food yang sihat dan enak. A G R O M A L A Y S I A 35


Galeri Gemilang Menuju Puncak Fatihah Frozen Food

36 A G R O M A L A Y S I A


Hubungi: FATIHAH FROZEN FOOD SDN. BHD. Lot 12, Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) KM13, Off Jalan Batu Caves 68100 Kuala Lumpur 603-6185 6690 fatihahff@yahoo.com.my www.fatihahfrozenfood.com.my

A G R O M A L A Y S I A 37


BISNES

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Sapurah’s

Homemade Bake

Diadun Dengan Kasih Sayang 38 A G R O M A L A Y S I A


Untuk memastikan keaslian dan keenakannya, saya akan menghasikan berdasarkan tempahan secara peribadi. Kami tidak membuat secara banyak tetapi mengikut tempahan setiap orang sebab saya mahu ada personal touch daripada segi pembuatannya. SITI SAPURAH SALEH Usahawan Bakeri Sapurah’s Homemade Bake

M

ENJADI seorang suri rumahtangga tidak pernah melenyapkan mimpi seorang isteri dan ibu kepada enam orang anak untuk merealisasikan impiannya selama ini. Siti Sapurah Saleh, 51 tahun, isteri kepada pegawai kerajaan melahirkan impiannya di rumah melalui Sapurah’s Homemade Bake.

Setiap kali sambutan Hari Raya, kuih muih dan biskutnya menjadi idaman pelanggan yang kebanyakannya menetap sekitar Putrajaya serta daerah berhampiran. Malah ‘air tangannya’ juga menarik minat penduduk kampung asalnya di Kampung Ulu Duyong, Bemban Jasin, Melaka. Biskut moden dan tradisi keluaran produk Sapurah’s

Homemade Bake pasti menjadi sajian mereka. Menurut Siti Sapurah penghasilan biskut dan roti dibuat dengan bahanbahan berkualiti bagi memastikan kekal rangup dan enak. Dalam menjaga mutu biskutnya, Siti Sapurah membuat secara peribadi atau ‘personal touch’ mengikut tempahan yang diterima.

A G R O M A L A Y S I A 39


ADUNAN SECARA ‘PERSONAL TOUCH’ “Untuk memastikan keaslian dan keenakannya, saya akan menghasikan berdasarkan tempahan secara peribadi. Saya tidak membuatnya secara banyak tetapi mengikut tempahan setiap orang sebab kami mahu ada personal touch daripada

40 A G R O M A L A Y S I A

segi pembuatannya. “Kami mahu pastikan agar adunan yang dibuat secara sedikit lebih menepati citarasa dan keasliannya terjamin, kami buatnya dengan penuh kasih sayang. “Kami yakin keikhlasan membuatnya tanpa terlalu ‘gila’ mencari keuntungan akan menghasil-

kan biskut yang sedap dan unik rasanya,’’ kata Siti Sapurah kepada Agro Malaysia. Ibu kepada enam orang anak ini mula belajar daripada Chef Li ketika mengikuti suaminya mengajar di Johor Bahru sekitar tahun 90an. Beliau menghadiri kelas untuk modul biskut dan pastri.


EXPERIMENT SENDIRI Malah beliau juga menerima latihan dari Giat Mara cawangan Putrajaya untuk modul aneka roti. Selebihnya Siti Sapurah melakukan banyak experiment sendiri. “Berikutan banyak persaingan, kami harus membuat pelbagai kajian bagi menyedapkan lagi biskut, roti dan kek ini. Kami perlu ada kelainan berikutan banyak produk lain di pasaran dan memastikan menggunakan bahan masakan yang bermutu tinggi. “Walaupun harga agak sedikit tinggi dibandingkan penjualan di pasaraya namun harganya berbaloi dan mampu dimiliki setiap orang. Merasakan kesedapan dan kerangupannya menjadi tarikan pembeli, malah biskut-biskut ini dengan sendiri akan cair di mulut, sekaligus menghapuskan prasangka harganya. PELBAGAI...Antara jenis kuih yang mendapat sambutan hangat ketika waktu perayaan.

BISKUT SAPURAH’S HOMEMADE BAKE CAIR DI MULUT “Saya tidak menggunakan mesin tetapi menggunakan kudrat tangan sendiri mencorakkan setiap biskut dan ia dilakukan secara teliti. Melalui cara ini tetamu yang bertandang ke rumah akan pasti teruja melihat kecomelannya dan sekali gus membanggakan tuan rumah kerana bijak memilih biskut raya mereka,” ujarnya lagi. Setiap pengunjung akan bercerita mengenai Homemade Sapurah’s Cookies ini. Ia mendapat promosi dari mulut ke mulut berdasarkan kesedapan, kerangupan dan kecomelan biskut-biskut. Mereka yang pernah menempahnya tidak pernah jemu terus membuat tempahan. Antara biskut yang mendapat tempahan setiap tahun ialah semperit, tart,

dahlia, chocolate chips, almond London, snow almond dan green peas. Siti Sapurah juga belajar membuat kuih tradisional dari ibunya, Hajjah Umi Kalsom Haji Yusof seperti biskut bangkit, inang-inang, dodol, wajik dan pelbagai kuih tradisonal. Ibunya dahulu sering menjual kuih bangkit dan inang-inang, namun dalam usia 69 tahun dan faktor kesihatan menyebabkan ibunya menghentikan operasi. Anak yang ramai juga mendorong Siti Sapurah sentiasa membuat kuih sendiri untuk hidangan suaminya, Rahman Hussin dan enam orang anaknya, Mohamad Farhan, Alia Farhana, Mohamad Faris, Mohamad Farid, Mohamad Fiqri Haziq dan Ainah Filza yang suka makan air tangan ibu mereka lebih-lebih lagi pelbagai roti.

A G R O M A L A Y S I A 41


ENAK...Roti yang dibuat oleh Siti Sapurah menggunakan resepi sendiri.

CIPTA RESEPI SENDIRI Hampir setiap petang beliau akan menyediakan potato bread, bun gula, roti Marble dan pelbagai roti dan kek lain. “Mempunyai anak yang ramai menyebabkan saya sentiasa mencipta pelbagai resepi untuk memenuhi selera anak. Setiap seorang mempunyai selera tersendiri. “Setiap kali hari lahir mereka, saya sendiri akan membuat kek mereka mengikut corak yang mereka kehendaki,� ujarnya dengan wajah yang ceria dan bangga apabila rekaan keknya sentiasa dibanggai oleh anak-anak dan teman-teman mereka. Menurut Siti Sapurah pernah satu ketika, kawan-kawan sekolah anaknya meminta beliau menjual roti dengan harga mampu milik dan beliau pernah mengedarkan rotinya di sebuah kafe di kawasan Putrajaya. Malah rakan sekerja suaminya juga amat berminat untuk membuat tempahan. Melihat sambutan yang sangat menggalakkan, mendorong Siti Sapurah ingin terus mengembangkan lagi perniagaan dari rumah ini. Menjelang sambutan hari raya semakin tiba, beliau kini fokus menumpukan perhatian kepada biskut raya dan telah mula menghantar biskut-biskut dalam plastik kecil untuk dirasai oleh mereka yang belum pernah mencubanya. Malah banyak biskut baru yang akan diberikan secara percuma kepada pelanggannya.

42 A G R O M A L A Y S I A


BAHAGIA...Siti Sapurah bersama suami dan enam orang anaknya.

BISKUT DIADUN DENGAN KEIKHLASAN Tidak rugi membeli biskut buatan Sapurah’s Homemade Bake ini kerana pembuatan dari hati dengan penuh kasih sayang dan ikhlas akan menyebabkan pembeli ingin terus membelinya kerana hasil aduanan biskutnya yang ‘cair di mulut’. Mereka yang berminat untuk mencuba biskut dari Sapurah’s Homemade Bake ini boleh menghubungi di nombor telefon: 014-932 6165 atau 03-8861 4830 atau melayari Facebook: Siti Sapurah Saleh dan Instagram: ssapurah.

Hubungi SAPURAH’S HOMEMADE BAKE 014-932 6165 03-8861 4830 Siti Sapurah Saleh ssapurah

A G R O M A L A Y S I A 43


KOPERASI LADANG PEKEBUN-PEKEBUN KECIL MALAYSIA BERHAD

Serlah Potensi Koperasi Perladangan

M

engamalkan konsep “Pertanian Adalah Perniagaan”, Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad telah berjaya menjadikan aktiviti perladangan sebagai penjana utama ekonomi koperasi dengan perolehan pada tahun 2014 adalah sebanyak RM 15 juta. Didaftarkan pada 7 Januari 1970, koperasi yang dianggotai lebih 5,000 anggota kini memiliki dua buah ladang sawit iaitu di Sungai Ambat, Mersing, Johor dengan keluasan 4,857 ekar dan di Bukit Keramat, Bahau, Nege­ ri Sembilan dengan keluasan 1,235 ekar. Selain itu, koperasi juga turut terlibat dalam aktiviti tapak semaian sawit, pernia­ gaan input pertanian, ternakan lembu dan lain-lain aktiviti berkaitan perlada­ ngan dan pertanian. Tapak semaian sawit yang diusa­­ ha­kan di Ladang Sungai Ambat mempunyai kapasiti pengeluaran seba­

nyak 120,000 anak sawit setahun. Tapak semaian sawit ini telah dianuge­rahkan sijil “Code of Good Nursery Practice for Oil Palm Nurseries” oleh Lembaga Sawit Malaysia sejak tahun 2012. Koperasi juga merupakan salah satu pembekal yang dilantik oleh Lembaga Sawit Malaysia untuk membekalkan anak sawit ke­pada peserta-peserta Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil di bawah kelola­ annya. Perniagaan Input Pertanian bermula sejak tahun 2003 dan produk-produk yang diniagakan adalah baja, racun, peralatan sistem pengairan tapak semaian dan peralatan pertanian. Perniagaan Input Pertanian telah berkembang dengan baik disebabkan harga yang ditawarkan adalah kompetitif dan kualiti khidmat pelanggan yang baik di mana perolehan Perniagaan Input Pertanian bagi tahun 2014 dan 2015 adalah melebihi

44 Agro Malaysia

KOPERASI.indd 44

4/9/16 4:50:06 PM


Sijil “Code of Good Nursery Practice for Oil Palm Nurseries”

RM19 juta. Koperasi telah dilantik sebagai pengedar sah oleh kebanyakan syarikat pengeluar input pertanian di Malaysia seperti Behn Meyer, Dow AgroSciences, Crop Protection, Sime Darby, PK Fertilizers, Serba Kimia, Ancom, Mycrop, Halex dan Hextar Chemicals. Bagi memenuhi keperluan anggota dan pelanggannya yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, ladang-ladang swasta, koperasi-koperasi, syarikat-syarikat pengedar input pertanian dan juga pekebun-pekebun kecil, Koperasi telah membuka dua cawangan baharu bagi perniagaan Input Pertanian iaitu di Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan Bandar Gua Musang, Kelantan. Pembukaan

cawangan ini bertujuan memperluas­­kan lagi pasaran sedia ada di samping untuk memberikan khidmat pelanggan yang lebih baik. Agro Malaysia 45

KOPERASI.indd 45

4/9/16 4:50:21 PM


Antara produk-pruduk yang dikeluarkan oleh Kope足rasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat atau ke足 terangan lanjut berkaitan koperasi boleh menghubungi Encik Meor Amri Ibrahim (Pengurus Pemasaran) di talian 019-818 0185 atau layari laman web www.ko足 perasi-ladang.com. Koperasi juga boleh

dihubungi di alamat Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad, iaitu 2-5-14, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur atau talian 03-4256 6299/4256 6376 dan faks 03-4257 3513.

pengiktirafan yang diterima: f Anugerah Khas Aktiviti Perladangan - Hari Koperasi Negara 2006 f Anugerah Khas Aktiviti Perladangan - Hari Koperasi Negara 2007 Peringkat Wilayah Persekutuan f Tempat Ke-15 (Kluster Besar) Senarai 100 Koperasi Terbaik 2010 f Tempat Ke-19 (Kluster Besar) Senarai 100 Koperasi Terbaik 2012 f Tempat Ke-17 (Kluster Besar) Senarai 100 Koperasi Terbaik 2013 f Tempat Ke-21 (Kluster Besar) Senarai 100 Koperasi Terbaik 2014 f Tempat Ke-29 (Kluster Besar) Senarai 100 Koperasi Terbaik 2015 f Anugerah Inisiatif Laman Web Terbaik Koperasi 2015 - Konvensyen ICT - COOP & Inovasi Koperasi 2015 - ANGKASA

46 Agro Malaysia

KOPERASI.indd 46

4/9/16 4:50:35 PM


AGRO PELANCONGAN Penghargaan: KOPEL BERHAD

“Miso Walai Homestay”

KOPEL Merintis Pembangunan Komuniti Berasaskan Pelancongan Masyarakat Luar Bandar

K

operasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad atau lebih dikenali sebagai KOPEL Berhad terletak di Mukim Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah. Kinabatangan adalah sebuah daerah terbesar yang terletak di bahagian pantai timur Sabah yang juga terkenal dengan sungai terpanjang di negeri ini iaitu sungai Kinabatangan. Mukim Batu Puteh terletak di Hilir Su­ ngai Kinabatangan, lebih kurang 110 km daripada bandar Sandakan dan 75 km Agro Malaysia 47

KOPERASI.indd 47

4/9/16 4:50:57 PM


daripada bandar Lahad Datu melalui jalan darat manakala lebih kurang 170 km ke muara sungai Kinabatangan di Sandakan. KOPEL telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 17 Julai 2003 dengan keanggotaan kini seramai 270 orang yang terdiri daripada masyarakat setempat melibatkan empat buah kampung iaitu kampung Batu Puteh, Perpaduan, Mengaris dan Paris. Di antara aktiviti yang terkenal ialah ‘homestay’ yang juga dikenali sebagai ‘Miso Walai Homestay’. Nama Miso Walai Homestay adalah dipetik daripada Bahasa suku kaum sungai yang bermaksud ‘Miso’- satu, ‘Walai’- rumah iaitu ‘tinggal bersama dalam satu rumah’. Melalui program homestay, pelancong berpeluang tinggal bersama sebuah keluarga orang sungai dan mengikuti serta belajar cara hidup serta adat resam suku kaum sungai termasuklah makanan tradisi, pakaian tradisional, kebudayaan dan krafta­ ngan. Disamping itu, KOPEL juga menjalan­ kan pelbagai aktiviti pelancongan lain seperti perkhidmatan bot yang mana orang ramai berpeluang menyusuri su­ ngai Kinabatangan selama dua jam bagi melihat kepelbagaian hidupan liar seperti monyet proboscis, orang utan, hornbill, buaya, gajah pygmy serta pelbagai lagi spesies burung di sepanjang sungai Kinabatangan. 48 Agro Malaysia

KOPERASI.indd 48

4/9/16 4:51:07 PM


Selain itu, pelancong juga berpeluang mengikuti aktiviti ‘jungle trekking’, ‘Hammock Camping’, ‘Birdwatching’, ‘cave exploring’,‘night jungle walk’ dan melawat Muzium Agop Batu Tulug de­ngan diiringi pemandu pelancong berpe­ngalaman dan cekap yang terdiri daripada masyarakat setempat. Bagi mereka yang ingin menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar, KOPEL juga menyediakan aktiviti konservasi yang mana pelancong berpeluang mengikuti aktiviti penanaman pokok di dalam Hutan Simpan Supu, Kinabata­ ngan selain belajar bagaimana proses pengumpulan bijih benih pokok di tapak semaian sehinggalah proses penanaman dalam polybag dan penghantaran anak pokok di kawasan penanaman. Aktiviti di tapak ladang juga merupakan satu pengalaman yang menarik di mana pelancong berpeluang menye­

Agro Malaysia 49

KOPERASI.indd 49

4/9/16 4:51:15 PM


diakan tapak penanaman dengan menggunakan kompas untuk memetakan kawasan, membuat penandaan menggunakan tali sehinggalah proses penanaman pokok selesai. Program konservasi KOPEL ini telah menjadi akiviti yang semakin terkenal dan menarik minat ramai pelancong tempatan dan antarabangsa. Sepanjang 15 tahun program penanaman pokok ini dilaksanakan, hampir 18000 pelancong terlibat dengan 350000 pokok telah ditanam yang melibatkan kawasan seluas 300 hektar berjaya dipulihkan. KOPEL turut menyediakan pelbagai aktiviti lain sesuai dengan pelbagai pe­ ringkat umur dan tujuan lawatan pelancong ke Kinabatangan. Dengan menyediakan kemudahan penginapan lain seperti homestay di kampung Mandstay di mana pelancong yang ingin tinggal di bilik yang lebih selesa, berhawa dingin dan ‘hot shower’ serta inginkan ‘privacy’ boleh memilih penginapan ini dan dalam masa sama masih boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang disediakan di KOPEL.

Bagi pelancong yang suka kepada bunyi-bunyian hutan dan merasai kehidupan yang lebih tenang dan sedikit mencabar, mereka boleh memilih penginapan di Tungog Rainforest Eco Camp yang terletak berhampiran sebuah tasik ladam yang cantik iaitu tasik Tungog. Sejak penubuhan KOPEL, kedata­ ngan pelancong terutamanya daripada luar negara telah meningkat dari tahun ke setahun yang mana jumlah pelancong pada tahun 2000 hanya seramai 170 orang sahaja dengan jumlah malam tinggal sebanyak 760 malam telah me­ ningkat kepada 2816 orang pelancong dengan jumlah malam tinggal sebanyak 5422 malam. Hampir 95 peratus pelancong yang datang adalah daripada Australia, Englad, Amerika Syarikat, Scotland, Wales, Jepun, Argentina dan sebagainya. Aktiviti pelancongan ini telah menja­ na pendapatan daripada RM38,000 pada tahun 2000 kepada hampir RM1.5 Juta pendapatan kasar keseluruhan pada tahun 2015.

50 Agro Malaysia

KOPERASI.indd 50

4/9/16 4:51:23 PM


Peningkatan kedatangan pelancong serta penambahan pendapatan ini telah memberikan impak yang besar tehadap program KOPEL yang mana telah ber­ upaya memberikan peluang menambahkan pendapatan anggota yang terlibat serta memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Sehingga kini, KOPEL telah memberikan peluang pekerjaan kepada hampir 200 orang anggotanya secara tetap dan semen­tara yang terlibat dengan pelbagai akti­viti seperti bahagian pentadbiran, homestay, pemandu pelancong,

boat­man, persembahan kebudayaan, pemandu bas dan sebagainya. Purata pendapatan yang diperolehi oleh setiap anggota yang telibat berjumlah RM550 sehingga RM4,000 se­bulan. Ekoran daripada pencapaian ce­ merlang ini, KOPEL telah berjaya mendapat pengiktirafan dan menerima pelbagai anugerah sejak ditubuhkan. Antara­nya ialah diiktiraf 20 Terbaik ‘Community Best Tourism’ di bawah United Nations Development Program (UNDP), Equator Prize pada tahun 2004, Anuge­ rah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan tahun 2005, Anugerah Koperasi Terbaik Peringkat Negeri Sabah (Perkhidmatan) sempena Hari Koperasi Negara tahun 2007, Tempat Kedua Satu Daerah Satu Industri (SDSI); Homestay, Peringkat Kebangsaan di Melaka tahun 2008, Sabah Tourism Awards tahun 2009, Finalist Sabah Environmental Awards tahun 2009, menduduki 10 daripada 168 negara di dunia di bawah ‘GVI Volunteer Program’ tahun 2009, Anugerah Hari Koperasi Negara (sektor pelancongan) tahun 2011, Malaysia Tourism Awards (special awards); Best Contribution To Malaysia’s Rural Economy

Agro Malaysia 51

KOPERASI.indd 51

4/9/16 4:51:40 PM


tahun 2012, Hari Koperasi Negera (sektor pelancongan) tahun 2013, Anugerah Program Desa Lestari Terbaik Negara tahun 2015 dan ASEAN Homestay Standard Awards tahun 2015. Sesungguhnya pengiktirfan yang diterima oleh KOPEL ini telah membuktikan bahawa penubuhan koperasi oleh masyarakat luar bandar telah mening足 katkan kepercayaan orang ramai terhadap koperasi dan jika dilaksanakan dengan teratur pasti akan mencapai kejayaan yang membanggakan. Kewujudan KOPEL di Kinabatangan juga telah berjaya membantu meningkatkan pendapatan anggotanya yang terdiri daripada penduduk Mukim Batu Puteh yang terlibat secara langsung dengan Miso Walai Homestay. Selain itu, KOPEL dilihat telah berjaya membantu pihak kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan masyarakat luar bandar. Manakala peluang pekerjaan yang diwujudkan kepada golongan belia telah menarik minat generasi ini melibatkan diri dalam bidang pelancongan dan secara tidak langsung akan me足 ngurangkan penghijrahan belia ke bandar untuk mencari pekerjaan. KOPEL juga telah berjaya membantu meningkatkan taraf hidup penduduk

52 Agro Malaysia

KOPERASI.indd 52

4/9/16 4:52:01 PM


di Mukim Batu Puteh melalui program homestay yang mana setiap anggota diberikan bantuan dana khas melalui skim pembaikan rumah dan kemudahan asas para peserta. Selain itu beberapa tabung khas telah disediakan bagi membantu masyarakat daripada beberapa aspek di antaranya ialah tabung khairat kematian, tabung pendidikan khas, tabung untuk landskap dan keceriaan kampung dan tabung kebajikan pekerja KOPEL. Walaupun KOPEL telah dikenali ramai dan menempah nama di persada antarabangsa, namun usaha serta inisia­tif untuk memajukan ekonomi masyarakat kampung terus dirancang dan dimajukan

agar terus dapat bersaing. KOPEL telah merancang pelbagai aktiviti perniagaan baru seperti program agro tourism, pertanian fertigasi, penternakan, kedai runcit dan industri kecil dan sederhana untuk menambahkan pendapatan ahli-ahli. KOPEL juga akan menubuhkan sebuah anak syarikat (subsidiari) yang dimiliki sepenuhnya oleh KOPEL untuk menjalankan aktiviti Inbound dan bas persiaran di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Selain itu, pihak kope­ rasi telah merangka dan melaksanakan Bengkel Pelan Strategik KOPEL bagi tahun 2016 sehingga tahun 2020 yang telah diadakan pada Disember 2015 di Rainfo­ rest Discovery Center, Sepilok, Sandakan agar dapat bersaing dan menghadapi pelbagai rintangan dalam industri pelancongan dan konservasi. Langkah ini dilihat bijak dan berwawasan kerana untuk menjadikan sese­buah koperasi itu berjaya, perlulah mempunyai perancangan strategik agar persediaan menghadapi dunia per­niagaan dapat diatasi dengan lebih kompetitif. Usaha gigih semua anggota selama ini telah menjadikan koperasi ini sebagai sebuah model atau perintis kepada pembangunan yang berasaskan agro pelancongan masyarakat setempat. Semoga KOPEL maju jaya dan dapat membuktikan kepada kita semua bahawa kope­ rasi boleh terus membangun ke hadapan dengan kerjasama padu daripada semua pihak terutamanya agensi-agensi kerajaan, Kementerian Pelancongan Malaysia, serta pihak-pihak yang terlibat agar setaraf dengan industri pelanco­ ngan terkemuka di seluruh dunia.

Agro Malaysia 53

KOPERASI.indd 53

4/9/16 4:52:12 PM


54 Agro Malaysia

KOPERASI.indd 54

4/9/16 4:52:21 PM


Untitled-1 1

3/9/16 12:35:16 PM


Untitled-1 1

3/9/16 11:47:17 AM


Untitled-1 1

3/9/16 11:59:00 AM


PENDIDIKAN KESIHATAN Oleh: ABD RAHMAN HASHIM

Saya berhasrat untuk melihat setiap keluarga di negara ini mempunyai sekurangkurangnya seorang anak yang menjadi doktor atau jururawat atau apa-apa pakar dalam bidang kesihatan. Tiada yang mustahil untuk merealisasikan misi ini, kerana peluang ini memang tersedia di KPJUC -Tan Sri Siti Sadiah Sheikh Bakir Pengerusi dan Pro-Canselor KPJ Healthcare University College

KPJUC

Bekalkan Tenaga Kerja Terbaik Untuk Industri Kesihatan

58 Agro Malaysia

KPJ.indd 58

4/9/16 5:00:12 PM


K

PJ Healthcare University College (KPJUC) telah berjaya melahirkan tenaga kerja mahir yang berkualiti dalam industri kesihatan negara sejak ia ditubuhkan pada tahun 1991. KPJUC merupakan kolej universiti unggul yang bernaung di bawah KPJ Healthcare Berhad, manakala KPJ Healthcare Berhad pula ditubuhkan pada tahun 1979, dan ia mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1981 di Johor Bahru sebelum dikembangkan ke seluruh negara. Sehingga hari ini KPJ Healthcare telah mengembangkan sayapnya dengan mempunyai 26 buah hospital di seluruh negara termasuk Sabah dan Sa­rawak. Ia bukan sahaja terdapat di ne­gara ini malah KPJ Healthcare juga mempunyai dua buah hospital di Jakarta, Indonesia, sebuah di Dhaka, Bangladesh dan sebuah pusat penjagaan warga emas di Brisbane, Australia. Bercakap mengenai KPJUC ini, Agro Malaysia telah berkunjung ke kampus utamanya di Nilai, Negeri Sembilan, malah kami juga telah diberikan peluang mengadakan pertemuan dengan pene­ raju utama kolej universiti ini di ibu pejabatnya yang terletak di Menara 238, Jalan

Profesor Dato’ Dr Lokman Saim (kanan), Presiden dan CEO KPJUC ketika diwawancara oleh wartawan Agro Malaysia.

Agro Malaysia 59

KPJ.indd 59

4/9/16 5:00:31 PM


Tun Razak, Kuala Lumpur, seterusnya kami sempat mengadakan sesi wawancara dengan mereka. Selain kampus utama di Nilai, KPJUC juga mempunyai kampus cawa­ngan di Johor Bahru dan juga di Pulau Pinang. Tiga peneraju utama KPJUC yang berkenaan ialah Pengerusinya sendiri merangkap Pro-Canselor kolej universiti iaitu Tan Sri Siti Sadiah Sheikh Bakir. Beliau juga merupakan Pengarah Syarikat KPJ Healthcare Berhad yang bernaung di bawah Kumpulan Syarikat Johor Corporation. Selain beliau, kami juga diperkenalkan dengan Profesor Dato’ Dr. Lokman Saim iaitu Presiden dan CEO KPJUC. Turut berada dalam sesi ini ialah Haji Ahmad Nasirruddin Harun, Pengurus Besar Kanan KPJ Healthcare Berhad merangkap Pengarah Eksekutif KPJUC dan Zaila Idrus yang merupakan Pengurus Besar Kewa­ ngan dan Operasi KPJUC. Tan Sri Siti Sadiah Sheikh Bakir ketika ditanya mengenai operasi KPJUC, beliau begitu berbangga dengan perjalanan KPJUC sejak ia ditubuhkan dan telah berjaya melahirkan hampir 8,000 graduan sejak ditubuhkan pada 1991 di mana sebahagian besarnya telah diserapkan sebagai jururawat dan pekerja kesihatan terlatih di 26 buah hospital KPJ di seluruh negara. Hari ini KPJUC menjadi lebih terkemuka kerana ia berupaya melahirkan tenaga mahir yang diperlukan dalam industri kesihatan di negara ini. Tan Sri Siti Sadiah berkata KPJUC bermula dengan sebuah Kolej Kejururawatan pertama pada tahun 1991 yang menawarkan Diploma Kejururawatan, kini telah berkembang dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi sebagai sebuah kolej universiti pada tahun 2011 berteras60 Agro Malaysia

KPJ.indd 60

4/9/16 5:00:40 PM


kan kepada pendidikan kesihatan dan perubatan. “Sejak pengajian ini bermula pada tahun 1991, ketika itu dikenali sebagai Kolej Kejururawatan Puteri, dan selepas graduasi tiga tahun kemudiannya memperolehi skrol pada tahun 1994, kolej university ini telah berjaya membekalkan jururawat terlatih yang diperlukan oleh hospital KPJ Healthcare di seluruh negara.â€? Beliau berkata, Hospital KPJ Healthcare amat memerlukan tenaga mahir khususnya dalam bidang kejururawatan untuk menampung masalah kekura­ ngan jururawat yang agak kritikal pada masa itu. Menjelang tahun 1994 selepas pelajar-pelajar ini menamatkan tiga tahun pengajiannya, KPJ Healthcare telah menerima kemasukan graduan KPJUC yang pertama, iaitu 30 orang jururawat baru yang serba mahir dalam bidang tersebut. Tan Sri Siti Sadiah juga berkata, sebahagian besar daripada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di KPJUC adalah terdiri daripada anak-anak petani, nelayan dan penternak. Hanya lebih kurang 30 peratus sahaja pelajar-pelajar

Agro Malaysia 61

KPJ.indd 61

4/9/16 5:00:57 PM


urban berlatar belakangkan keluarga ‘berada’ yang belajar di sini. Menurutnya, walaupun ramai pelajar-pelajar berlatar belakangkan dari ke­luarga susah di luar bandar, namun be­ liau tetap berbangga kerana KPJUC telah dapat melahirkan graduan kesiha­tan berkemahiran tinggi sehingga ada yang akan menjadi doktor pakar dan ramai graduan juga sudah menjadi ketua jururawat dan pihak pengurusan di pel­ba­ gai hospital. Terdapat juga anak seorang pengawal keselamatan di hospital KPJ yang telah berjaya merubah kehidupan keluarganya setelah kejayaan anaknya memperolehi pencapaian cemerlang ketika belajar di KPJUC.

62 Agro Malaysia

KPJ.indd 62

4/9/16 5:01:08 PM


Profesor Dato’ Dr Lokman Saim

Pendekata, KPJUC berhasrat untuk melihat setiap keluarga di negara ini mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang menjadi doktor atau jururawat atau perkerja mahir dalam bidang kesihatan. Menurutnya, tiada yang mustahil untuk merealisasikan misi ini, kerana peluang ini memang tersedia di KPJUC. KPJUC sendiri menyediakan skim bantuan dan biasiswa kepada 100 orang pelajar untuk program diploma, mana­ kala seramai 30 orang pelajar pula untuk program ijazah sarjana muda. Tawaran biasis­wa ini dikhususkan untuk mereka yang dilihat memiliki kelayakan dan pastinya ke­utamaan untuk golongan kurang berkemampuan. Profesor Dato’ Dr Lokman Saim, Presiden dan CEO KPJUC pula menyatakan perbezaan di antara IPTS yang lain dengan KPJUC ialah KPJUC mendapat sokongan kuat daripada KPJ Healthcare Berhad yang memberi ruang terbaik untuk para graduan mengikuti latihan industri berasaskan kesihatan. “Kalau kita melihat IPTS lain, mereka menghadapi kekurangan tempat latihan apabila pelajar menamatkan pengajian, tetapi masalah ini tidak berlaku di KPJUC”, tambahnya. Menurutnya, graduan di KPJUC memiliki kualiti kemahiran yang tinggi. KPJUC akan pastikan graduan ini diberi latihan optimum dan fokus dalam bidang kemahiran kesihatan seperti dalam bidang kejururawatan, farmasi, fisioterapi dan lain-lain kemahiran yang berkaitan. Pendekata, latihan-latihan klinikal yang disediakan di semua rangkaian hospital pakar KPJ Helathcare akan dapat membantu para graduan didedahkan dengan cabaran kerjaya selepas tamat pengajian. Profesor Dato’ Dr Lokman juga berkata dalam KPJ Healthcare, terdapat ramai doktor-doktor pakar yang terlatih di semua rangkaian hospital. KPJUC dibenarkan untuk melatih doktor menjadi pakar sejak beberapa tahun yang lepas. Maka sebab itu peluang yang sedia ada ini memberikan dorongan kuat kepada KPJUC untuk menyediakan program latihan para doktor supaya mereka layak menjadi doktor pakar seperti yang dikehendaki oleh pihak kerajaan. Antara program di bawah beberapa sekolah / fakulti seperti School of Medi­ cine, School of Pharmacy, School of Nur­ sing, School of Health Sciences, School of Behavioural Science and Humanities dan School of Business and Management. KPJUC sentiasa memegang kepada misi Agro Malaysia 63

KPJ.indd 63

4/9/16 5:01:17 PM


untuk menjadikan pendidikan cemerlang kepada pelajar kesihatan serta melahirkan graduan berkualiti. “KPJUC menawarkan 32 program yang aktif bermula daripada sijil pendidikan asas kesihatan sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran PhD, termasuk sijil professional kejururawatan (post basic) bagi melahirkan lebih ramai graduan untuk memasuki industri kesihatan nega­ra”, katanya lagi. KPJUC juga menawarkan lima program pakar yang akan menerima gra­ duan pertama diakhir tahun 2016, iaitu Master of Head & Neck Surgery, Master of Paedictrics, Master of Radiology, Master in General Surgery dan Master in Ortho­ paedic. Status kolej universiti juga menjadikan KPJUC sentiasa menambah baik setiap kemudahan diperlukan oleh kakita­ngan dan pelajar iaitu dengan mewujudkan suasana persekitaran mesra pelajar bagi menikmati kehidupan kampus yang mendamaikan.

64 Agro Malaysia

KPJ.indd 64

4/9/16 5:01:32 PM


Selain itu, turut disediakan makmal sains, makmal bedah, pusat sumber, auditorium, asrama, kafeteria. gimnasium, pengangkutan dan bermacam lagi bagi membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang kekurangan dan gangguan. Justeru, KPJUC akan meningkatkan populasi pelajar daripada 2,500 orang pada tahun 2015 dan ia berpotensi untuk mencecah kepada 5,000 selepas ini. KPJUC membuka ruang terbuka kepada mereka yang layak dalam penca­ paian akademik lepasan SPM untuk mengikuti program-program diploma dan ijazah sarjana muda. Program “Foundation of Science’ selama se­ tahun juga ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM yang berkelayakan untuk mengikuti program ijazah sarjana muda selepasnya, mana­ kala pelajar-pelajar lepasan SPM mempunyai kelayakan minima boleh mengikuti pengajian masing-masing untuk program diploma.

Anak Bekas Polis Jadi Pelajar Terbaik 2015 Syazwani Bt Mohd Ali, 23 me­ rupakan siswi terbaik 2015, seorang anak bekas polis daripada Johor Bahru yang mengikuti program sarjana muda fisioterapi. Beliau terdorong untuk belajar di sini kerana yakin dirinya boleh mencipta kejayaan terhadap program yang diceburi. Beliau sangat berminat dalam bidang pendidikan kesihatan ini. Berkat daripada kegigihannya beliau telah berjaya menjadi pelajar terbaik dengan menerima anugerah Canselor bagi tahun 2015. Syazwani berkata, di antara keunikan belajar di KPJUC ialah kita berpeluang mengikuti latihan industri di hospital KPJ Healthcare setiap semester. Syazwani sendiri telah menjalani latihan klinikal ini sejak beliau mengikuti program diploma hinggalah ke hari ini dengan menyambung pengajiannya untuk program ijazah sarjana muda. Di antara hospital KPJ Healthcare yang telah beliau menjalani latihan klinikalnya ialah di KPJ Ipoh Specialist, KPJ Damansara Specialist, KPJ Ampang Puteri Specialist, Tawakal Health Centre dan di beberapa hospital KPJ Specialist yang lainnya. Syazwani juga berkata kebanyakan pensyarah di sini begitu komi­ ted dan berdedikasi serta mesra pelajar. Ramuan ini juga menjadikan Syazwani lebih terdorong untuk membuktikan betapa KPJUC adalah tempat terbaik untuk menamatkan pengajiannya.

KPJUC Jadi Pilihan Anak Peladang Yuvaneswari Chandran, 23 juga merupakan pelajar KPJUC yang mengikuti pengajian diploma dalam bidang farmasi. Beliau merupakan anak sulong daripada lima adik beradik. Bapanya seorang pekerja buruh ladang, manakala ibunya pula merupakan seorang pembantu pra sekolah. Yuva­ neswari memulakan pengajian di KPJUC sejak tahun 2014 dan sekarang beliau berada dalam semester ke empat. Ketika ditemui, Yuvaneswari berkata beliau seronok belajar di KPJUC kerana bidang farmasi merupakan bidang yang diminatinya. Walaupun dirinya berlatar belakangkan keluarga peladang, namun beliau yakin dirinya akan dapat merubah kehidupan keluarga menjadi lebih baik selepas beliau berjaya nanti.

Agro Malaysia 65

KPJ.indd 65

4/9/16 5:01:38 PM


66 Agro Malaysia

KPJ.indd 66

4/9/16 5:01:53 PM


Susunan oleh:

Wan Muhammad 'Atiyya Wan Azman Membantu usahawan melalui desain pelabelan dan pembungkusan. Info lanjut layari www.atiyya.my

at, in ‘pergi’ cep Jika anda ing seorangan, lakukan ke , rgi’ lebih jauh Jika ingin ‘pe rsama. lakukan be

RISIKO TERBES AR

adalah tidak ingi n menghadapi seba rang RISIKO.

Gedung Motivasi

Masa anda berharga, jangan bazirkan pada perkara-perkara yang kecil.

Kegagalan

api bukanlah kejatuhan tet keengganan untuk bangun semula.

ID

EA saha ja TIDAK BERGU N mulaka n SEKA A, RANG !


Jihad Fardu Kifayah PPNJ Yang

Membanggakan

P

ertubuhan Peladang Negeri Johor atau PPNJ tentunya boleh berbangga dengan kejayaan me­ reka dalam industri ternakan ayam di negara ini berikutan usaha yang dimu­ lakan sejak 2003 itu telah mampu meng­ hasilkan pengeluaran kira-kira 4.5 juta ekor setahun.

Ia dengan sendirinya menyumbang kepada sebahagian besar keperluan makanan rakyat di negara ini. Secara umumnya, industri penter­ nakan ayam yang diterajui PPNJ itu di­ jalankan melalui dua anak syarikat iaitu Medan Jaya Sdn Bhd dan PPNJ Poultry and Meat Sdn Bhd.

68 Agro Malaysia

PPNJ.indd 68

4/9/16 4:38:26 PM


Medan Juara Sdn Bhd adalah Syarikat usahasama antara PPNJ dengan Pertu­ buhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang nemberi tumpuan kepada menge­ dar dan memasarkan anak ayam dag­ ing dari baka COBB kepada penternakpenternak ladang kontrak. Sebuah lagi anak syarikatnya, PPNJ Poultry and Meat Sdn Bhd pula meng­ khusus dalam memelihara dan mem­ proses ayam daging serta memasarkan produk-produk berasaskan ayam PPNJ. PPNJ Poultry and Meat Sdn Bhd men­ ternak ayam di lima buah reban PPNJ dan 27 reban penternak (ladang kontrak) dengan kadar keluaran juga mencecah sehingga 4.5 juta ekor setahun. Selain itu, PPNJ Poultry and Meat Sdn Bhd juga terlibat dalam memproses ayam daging untuk pengeluaran pro­ duk-produk berasaskan ayam seperti ayam bulat, ayam potong, produk ayam tanpa tulang dan produk-produk hiliran. Agro Malaysia 69

PPNJ.indd 69

4/9/16 4:38:38 PM


Organisasi PPNJ Poultry and Meat Sdn Bhd terpecah kepada tiga iaitu:u Bahagian SKLT - Skim Kontrak Ladang Terselia untuk ternakan ayam daging. u Bahagian pemprosesan. u Bahagian Pemasaran. Dengan matlamat untuk meningkat­ kan taraf hidup ahli melalui peningka­ tan kuantiti dan kualiti hasil ladang, ba­ hagian SKLT menyediakan kemudahan kredit tanpa cagaran dan faedah bagi membiayai pembekalan input iaitu anak ayam, makanan ayam dan ubat-ubatan serta khidmat nasihat pengurusan. Bahagian SKLT ialah memberi khidmat membekalkan anak-anak ayam, mem­ bekalkan makanan ayam atau dedak, memberi khidmat nasihat/teknikal serta membekalkan ubat-ubatan dan vaksin. Bagi mereka terlibat dalam SKLT ayam daging, syaratsyarat yang diperlukan ialah minat yang mendalam, se­ dia memberi komitmen

yang tinggi, sedia be­kerjasama dengan PPNJ serta mestilah mempunyai pengu­ rusan yang baik dan sistematik di ladang ternakan. Mereka juga perlu menyediakan modal dan kos reban yang anggaran­ nya RM30/seekor untuk reban tertutup, selain perlu menyediakan pekerja dan keseluruhan keperluan reban serta mes­ tilah mendapatkan lesen dari Jabatan Perkhidmatan Veterina (JPV) bagi tujuan itu. Bahagian pemprosesan diwujudkan untuk memproses 100 peratus ayam hidup yang dikeluarkan oleh SKLT. Kilang­ nya yang beroperasi di Machap, Johor mempunyai kapasiti memproses antara 10-15 ribu ekor ayam hidup setiap hari. Antara hasil prosesnya ialah ayam bulat, ayam potong, produk tanpa tu­ lang dan produk-produk nilai tambah berasaskan ayam untuk pasaran dalam dan luar negara. Bahagian pemasaran pula, selain menumpukan penghantaran bekalan kepada 12 outlet kepunyaannya, turut memberi khidmat yang menyeluruh yang antaranya kepada kontrak tetap seperti Ayamas, Felda D’Saji dan sebagainya. 14 ahli PPK yang menjadi agen, usahawan Peladang Nita, usahawan Peladang Muda/Kortani, peruncit, ko­perasi, pe­ langgan yang membeli ayam mentah untuk dijadikan produk lain berasaskan ayam seperti Ramly Burger, Nafas, Pela­ dang Edar Sdn Bhd serta juga un­ tuk pasaran eksport ke luar negara. Dengan mematuhi semua persijilan asas dalam keperluan pen­ geluaran makanan yang dikehendaki oleh kerajaan, PPNJ melalui peranannya ini ingin kekal komited dalam pengeluaran ayam yang halal dan berkualiti, bukan saja untuk memenuhi permintaan pelanggan, bah­ kan juga dalam menyahut jihad fardu ki­ fayah yang sememangnya begitu ditun­ tut oleh agama Islam.

70 Agro Malaysia

PPNJ.indd 70

4/9/16 4:38:49 PM


PPNJ POULTRY & MEAT SDN BHD (PPMSB)

Pusat Industri Peladang, Batu 53 Âź, Jalan Ayer Hitam, 86100 Johor Telefon: 07-2082000 Faks: 07-2081004 e-Mel: info@ppnj.com.my

www.ppnj.com.my Agro Malaysia 71 PPNJ.indd 71

4/9/16 4:39:00 PM


PRODUK PILIHAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Secekal Jiwa Pengembara Catatan Penulis (1)

P

RODUK Coffee Rider amat istimewa. Kopi pracampuran keluaran syarikat A&D Bakti Trading dihasilkan kerana kisah di sebaliknya. Kisah dunia pengembaraan bermotosikal yang tanpa sempadan. Si pengembara ini telah berjaya merentas dunia dengan mengharungi perjalanan lebih 40 negara selama setahun empat hari. Meredah gurun pasir, sejuk salji yang hampir mencecah paras beku, terik mentari benua asing dan mengharungi Tasik Garam terbesar dunia (di Bolivia). Si pengembara adalah merupakan kumpulan umat Islam pertama Malaysia memilih untuk bermotosikal ke Mekah untuk menunaikan umrah. Pengembaraan bersejarah 54 hari yang cukup mendebarkan serta menyentuh emosi. ‘Nyawa ibarat di hujung tanduk’ apabila melalui negara-negara yang bergelora, Gurun Ghobi yang berliku, menziarahi lebih 50 masjid ternama dunia sambil bersolat jemaah bersama penduduk tempatan. Si pengembara berkongsi rahsia kisah di sebalik Coffee Rider untuk pembaca Agro Malaysia.

72 A G R O M A L A Y S I A


Pemandangan Tasik Garam terbesar di dunia, Bolivia.

A G R O M A L A Y S I A 73


Catatan Penulis (2)

“Sewaktu mengembara selain mengamalkan zikir dan doa saya juga mengamalkan pemakanan yang sihat dan sunnah. “Sebelum memulakan perjalanan saya makan habbatus sauda, madu dan buat tin. Makanan yang menjadikan saya kekal cergas semasa menunggang motosikal sepanjang bermusafir,” ujar Dato’ Zamri Mohamed yang sudah menempa nama dalam dunia permotoran sejak awal tahun 90an. Beliau yang dikenali sebagai King Rider Malaysia ini berkata, sebagai pengembara pemilihan makanan dan minuman perlu dititikberatkan untuk keselesaan perjalanan. “Khasiat yang terkandung dalam habbatus sauda, madu dan buah tin adalah anugerah Allah S.W.T kepada hamba-Nya. “Insan yang mengutamakan kesihatan pasti tidak ragu-ragu untuk memilih minuman Coffee Rider. Kopi pracampuran yang mengandungi habbatus sauda, madu dan buah tin. Insya-Allah, tubuh pasti bertenaga dan minda cerdas untuk mengharungi cabaran,” ujar beliau kepada Agro Malaysia. 74 A G R O M A L A Y S I A


Insan yang mengutamakan kesihatan pasti tidak raguragu untuk memilih minuman Coffee Rider. Kopi pracampuran yang mengandungi habbatus sauda, madu dan buah tin. Insya-Allah, tubuh pasti bertenaga dan minda cerdas untuk mengharungi cabaran

A G R O M A L A Y S I A 75


Catatan Penulis (3) Pesawat Gulf Air sudah pun berada di ruang angkasa untuk membawa pulang pengembara yang telah lama berkelana. Walau susah, biar sukar dan perit menempuh segala rintangan ia menjadi memori manis untuk dikenang. Dato’ Zamri menyandarkan kepala di tempat duduknya sambil mengingati Info kembali apa yang telah berlaku sepanjang Khasiat Buah Tin pengembaraannya. • Menghilangkan batu buah Satu persatu kenangan pinggang & batu karang. itu diselak hingga • Anti racun. • Tinggi dengan zat. sampai kepada • Baik untuk mengatasi sakit lembaran pertamanya. kerongkong, dada, mencuci hati Beliau ingin terus dan limpa. mengembara. Merentas • Membersihkan kahak. • Melancarkan buang air kecil. benua ke benua. Melihat kebesaran Khasiat Habbatus Sauda alam. • Mampu mengurangkan tekanan Asam garam darah. • Mampu mengawal penyakit sebagai musafir telah diabetes tahap dua. dilaluinya. Pengalaman • Meningkatkan kesihatan hati. yang tidak boleh • Meningkatkan daya ingatan. dibayar dengan harta • Merawat penyakit asma. • Mengurangkan risiko kanser. benda atau emas • Merawat cirit-birit. permata. Terlalu mahal • Merawat ekzema. kenangan itu. • Meningkatkan warna kulit. Pengalaman yang • Merawat masalah keguguran rambut. dirasai itu mungkin tidak akan sama

dengan apa yang dilalui oleh orang lain. Setiap pengembara sudah pasti memiliki kenangan berbeza. Apa yang dicatat ini adalah pengalaman peribadinya. Misi sucinya ke Mekah dengan motosikal telah terlaksana dengan izin Allah. Apa yang dicatatkan juga adalah kenangan peribadinya untuk diceritakan kepada anak cucunya nanti. Dato’ Zamri menggunakan sumber kewangan peribadi untuk membiayai perjalanan daripada awal hingga akhir. Beliau bergerak sendiri dan mengeluarkan simpanan untuk sampai ke Mekah dengan bermotosikal. Keseluruhan kos perjalanannya mencecah RM50,000 tidak termasuk motosikal Kawasaki yang dibelinya khusus untuk misi suci itu. Motosikal yang dibawa ke Mekah itu amat disayangi kerana telah membawanya menempuh sepanjang perjalanan kenangan ke Tanah Suci. Begitu juga dengan motosikal yang membawanya berkelana merentas dunia. Coffee Rider adalah sebahagian daripada sejarah kenangan pengembaraan beliau. Kini rahsia itulah yang mahu dikongsi untuk dimanfaatkan sesama insan dari generasi ke generasi.

Info Khasiat Madu 1. Meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. 2. Memberi tenaga dan kesihatan mental & fizikal. 3. Mengatasi insomnia. 4. Mencegah bakteria dalam badan. 5. Mengurangkan alergi dan asma. 6. Melancarkan sistem pencernaan. 7. Menurunkan berat badan. Khasiat Kopi 1. Mencegah penyakit gout. 2. Mengandungi lebih kurang 1,000 antioksidan yang dapat menyingkirkan toksin dalam badan. 3. Mencegah strok. 4. Kemampuan kognitif lebih baik. 5. Meningkatkan tenaga & prestasi. 6. Mengurangkan ketagihan terhadap merokok.

76 A G R O M A L A Y S I A

LAZAT DAN MEWAH DENGAN KHASIAT Bagi berkongsi rahsia kecergasan Dato’ Zamri Mohamed, syarikat A&D Bakti Trading mengambil usaha mengeluarkan produk Coffee Rider. Kopi pracampuran dari biji kopi bermutu tinggi yang memiliki khasiat tersendiri. Adunan kopi, habbatus sauda, madu dan buah tin bukan sahaja lazat tetapi mewah dengan khasiat yang mampu menjana tenaga sepanjang hari. Mulakan pagi anda dengan Coffee Rider bersama sarapan pagi yang bersesuaian. Coffee Rider amat sesuai untuk bekalan pengembara, mereka yang aktif serta minuman seisi keluarga.


‘UNIVERSITI COFFEE RIDER’ SENARAI TEAM COFFEE RIDER

Anda boleh menghubungi mereka untuk Coffee Rider.

1. FARMASI DUTAHEALTH

No. 12, Jalan Dataran Kemuning 1 Dataran Kemuning 70450 Senawang, Negeri Sembilan

Tel: 06-675 1587

2. EATIME (Kuantan)

1

2

A-11, Ground Floor, Lorong Berjaya Permai 1 Taman Berjaya Permai 26060 Kuantan, Pahang

Tel: 013-940 9192

RUDYZ (Pantai Timur) Tel: 019-934 3487 / 013-391 0707

AZRA GRILL TRUCK (Rawang & Food Truck) Tel: 012-637 9835 / 010-421 8544

NOREMELIA MOHAMAD NOR (KL) Tel: 017-6766 621

JARIAH JURAIMI (Labu/ Nilai/ Sepang) Tel: 018-230 0628

SHAMSUHAZLI MAMAT (Selangor)/ KL) Tel: 017-622 2280

KASSIM LEE (Selangor) Tel: 011-1232 4982 / 019-2003 738

NAJMI RAYYAN (Jelebu) Tel: 011-3932 0994

FAIZAL NORDIN (Johor) Tel: 012-750 0053

FAIRUZ (Negeri Sembilan) Tel: 013-625 6867

HASANUL & PUAN LILI (Johor) Tel: 019-932 7050

JAMIAH HUSIN (Teluk Intan, Perak) Tel: 019-540 8379

Hubungi: A&D BAKTI TRADING 10-3, Jalan PJU 5/4, Dataran Sunway Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor 012-2015 234 sales.andbt@gmail.com facebook.com/MyCoffeeRider blogandnetwork.blogspot.com A G R O M A L A Y S I A 77


PRODUK PILIHAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Rezeki Dari Tunjuk Langit Raja Penawar

Herba

78 A G R O M A L A Y S I A


HASSURIA AHMAD Usahawan Produk Tunjuk Langit

M

ELIHAT keceriaan pengguna yang semakin sembuh selepas mengamalkan kapsul Tunjuk Langit perasaan Hassuria (atau lebih selesa dengan panggilan Suria) turut berbunga riang. Terasa penat lelah beliau menghasilkan kapsul ‘ajaib’ itu berbaloi apabila pengguna produk Tunjuk Langit atau juga dikenali sebagai buah Swietenia macrophylla berbaloi.

Ayah mertua dahulu penghidap kencing manis kronik. Menyedari kandungan gula dalam tubuhnya tidak pernah surut beliau terus gigih mencari ubat-ubat herba yang mampu membantu menurunkan paras gula. “Beliau mengamalkan buah tunjuk langit. Ternyata usaha itu berkesan dan penyakit kencing manis ayah dapat dikawal. “Penyakit darah tinggi sudah dikawal, terima kasih kerana perkenalkan pil tunjuk langit. Sebagai usahawan yang mengeluarkan produk kapsul Tunjuk Langit asli testimoni positif seumpama itu menjadi pemangkin semangat beliau untuk melebarluaskan herba ‘hebat’ tersebut kepada lebih ramai pengguna. “Untuk menghasilkan kapsul Tunjuk Langit berkualiti tinggi kami sentiasa melakukan R&D dengan bimbingan tenaga pakar yang berpengalaman menghasilkan produk berasaskan herba. A G R O M A L A Y S I A 79


Bersama suami, Najmi Rayyan yang banyak membantu beliau.

“Buahnya yang dipilih mestilah segar dan cukup matang. Kawalan suhu sewaktu proses pengeringan amat dititikberatkan supaya khasiatnya tidak terjejas,” ujar Suria yang juga pemilik Spa Qaseh Kristal. Bisnes produk ini juga turut dibantu oleh suami beliau iaitu Najmi Rayyan yang juga berpengalaman menghasilkan herba. Produk Tunjuk Langit membuahkan hasil apabila syarikat A&D Bakti Trading berminat untuk memasarkan produk tersebut secara lebih tersusun. “Kini tugasan lebih mudah kerana kami hanya perlu fokus kepada pengeluaran sahaja. Menyediakan stok produk dan memastikan kualitinya sentiasa konsisten,” ujar beliau.

Hubungi: A & D Bakti Trading 019-222 9895 / 013-397 9585 sales.andbt@gmail.com

80 A G R O M A L A Y S I A


Untuk menghasilkan kapsul Tunjuk Langit berkualiti tinggi kami sentiasa melakukan R&D dengan bimbingan tenaga pakar yang berpengalaman menghasilkan produk berasaskan herba.

A G R O M A L A Y S I A 81


9 Fakta Buah Tunjuk Langit 1. Buah Tunjuk Langit juga dipanggil buah Swietenia macrophylla. 2. Buahnya tergantung terbalik di atas pokok dan menghadap ke langit. 3. Buah ini juga dikenali sebagai Sky Fruit atau buah Mahagony yang merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara. 4. Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutama di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. 5. Ia juga digelar Raja Swietenenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi. 6. Pokoknya berbuah hanya setahun sekali. 7. Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi yang disahkan melalui kajian oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). 8. Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan rasanya lemak. Daunnya boleh dijadikan sayur dan ada waktunya dimakan bersama daun sirih. 9. Batangnya yang tua boleh dianyam untuk dijadikan tikar.

82 A G R O M A L A Y S I A


Khasiat Buah Tunjuk Langit 1. Buah Tunjuk Langit digelar Raja Penawar Herba kerana mampu mencegah pelbagai penyakit. 2. Buahnya digunakan untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi, asma, gaut, demam selsema, gastrik, buasir, sakit sendi, senggugut saraf dan mencegah tumur. 3. Paling popular digunakan untuk merawat lemah tenaga batin, sukar tidur, melambatkan proses penuaan, mencantikkan kulit, mengurangkan kolestrol, tosid melancarkan pengaliran darah serta kekejangan otot. 4. Meningkatkan sperma lelaki, mencergaskan minda dan menjana tenaga tubuh yang lesu serta menguatkan jantung. 5. Buah ini kaya dengan protein, mineral, vitamin enzim, karbohidrat, asid lemak yang diperlukan oleh tubuh. Mudah dihadam dan diserap untuk kecergasan tubuh. 6. Rasa buahnya yang teramat pahit dapat membantutkan pertumbuhan virus dalam salur darah.

A G R O M A L A Y S I A 83


PRODUK PILIHAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Zees Fresh Mint gabungan bahan suci dan halal

P

ERGHHH...terasa segar nafas pagi ini. Ternyata gabungan dingin pudina, cengkih, kayu manis dan daun sirih memberi aura baru terhadap penjagaan mulut dan gigi. Produk ubat gigi keluaran Zees Valley Bioscience semakin digemari pengguna kerana fomulanya. Fomula ubat gigi Zees Fresh Mint terdiri daripada gabungan bahan-bahan yang suci dan halal.

84 A G R O M A L A Y S I A

Info Khasiat DAUN PUDINA • Antiseptik, antiparasit dan antivirus. • Boleh dibuat ubat sapu merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit badan. • Menghilangkan rasa loya serta kejutan untuk mempertingkatkan tumpuan. CENGKIH • Membantu mengubati sakit gigi. • Mencegah peradangan. • Meningkatkan sistem pencernaan. • Mengatasi mual dan loya tekak.


Zees Valley Bioscience adalah sebuah syarikat kilang bumiputera yang merumus dan mengeluarkan produk-produk minuman, produk penjagaan diri dan kosmetik yang berasaskan Etnofarmasi Melayu yang berlandaskan sains dan metodologi Islam. Bangunan kilang yang terletak di kawasan Perindustrian Chembong, Rembau dan di kawasan seluas 5,000 persegi. Zees Valley mempunyai dua fungsi utama iaitu membuat dan membekalkan secara ‘contract manufacturing’ untuk lebih 22 syarikat perniagaan yang lain sama ada secara ‘trading’ atau jualan terus. Keduanya kilang ini sendiri ada mengeluarkan sebanyak sembilan produk jenama sendiri iaitu atas nama ‘Zees’. Hubungi: ZEES VALLEY BIOSCIENCE ENTERPRISE Bangunan Terminal Chembong Kawasan Perindustrian Chembong 71300 Rembau, Negeri Sembilan 019-649 4198 (Zainab Ali)

Kapten (B) Zainal Abidin Ali (berbaju merah), pemilik Zees Valley.

Info Khasiat KAYU MANIS • Mengawal gula dalam darah. • Mengurangkan kolestrol. • Mengelakkan penyakit bisul. • Mencegah parkinson. • Mencegah tumor otak. DAUN SIRIH • Antiseptik menghilangkan bau badan. • Mengelakkan hidung berdarah. • Menahan pendarahan.

A G R O M A L A Y S I A 85


PRODUK PILIHAN

Oleh: ABD RAHMAN HASHIM

Red SoyCollagen Double Stemcell

Rahsia Jelita FORMULA SOYA MERAH, EPAL DAN ANGGUR

86 Agro Malaysia

COL NEW .indd 86

4/9/16 5:03:58 PM


Para pengguna tidak perlu gusar dan ragu-ragu kerana produk ini telah dirumuskan mengikut spesifikasi Kemen足 terian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tidak mengandungi bahan kimia serta dijamin halal. Saladdin Ramthandin Pengarah My Beauty World Industries Sdn Bhd

M

enghirup ramuan Red Soycolla足 gen Double Stemcell merupakan formula pilihan bagi mereka yang inginkan rahsia kejelitaannya kelihatan bertambah seri. Ramuan pati buah epal dan anggur berperisa soya merah merupakan formula seri makanan tambahan yang sesuai bukan sahaja untuk wanita malah untuk lelaki. Red Soycollagen Double Stemcell ini juga sesuai untuk dijadikan minuman tambahan kepada kanak-kanak kerana ia berperisa campuran epal dan anggur yang bermutu tinggi selain menjadi ejen penjana kesihatan dalaman.

Red Soycollagen Double Stemcell menjadi kegemaran orang ramai termasuk juga kanak-kanak serta dapat mencerdaskan minda. Agro Malaysia 87

COL NEW .indd 87

4/9/16 5:04:05 PM


Jenama kolagen semulajadi ini menggabungkan kandungan vitamin C yang tinggi dan berkeupayaan membentuk gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat serta berkesan mencantikkan kulit sekaligus boleh mengembalikan keremajaan pada wajah serta mengaktifkan semula sel-sel pada tubuh badan agar sentiasa cergas, cerdas dan lebih bertenaga. Red Soycollagen Double Stemcell ini juga mampu mengatasi masalah dalaman badan wanita serta dapat menyihatkan tubuh badan. Ia juga berupaya memulihkan sistem kardiovaskular, risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta boleh mengawal diabetis kerana ramuannya juga diperkaya dengan pemanis stevia, meningkatkan sistem imunisasi badan dan melegakan penyakit pada sendi. Minuman kolagen ini juga mampu mengatasi simptom sesak nafas untuk mereka yang mengidap penyakit athma. Sel stem buah epal dan anggur pada kolagen ini mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ia berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan di samping menggalakkan penghasilan sel baru. Ia juga mampu melambatkan proses penuaan. Jika anda meminum Red Soycollagen Double Stemcell ini, pasti menyegarkan keang足 gunannya kerana sel stem daripada buah anggur mengandungi kandungan antioksidan yang sangat berkesan dan merupakan penyingkir radikal bebas untuk perlindungan UV. Ia merangsangkan pembaharuan yang berterusan dan memperbaiki sel kulit untuk mengekalkan kelembapan serta menjadikan nya lembut dan gebu. Aktiviti sel stem kulit adalah faktor utama dalam memastikan tenaga dan kapasiti penjanaan semula kulit. Ketika ditemubual di pejabatnya di Plaza Mont Kiara, Saladdin Ramthandin, Pengarah My Beauty World Industries Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar dan pengedar utama Red Soycollagen Double Stemcell begitu optimis betapa minuman berkhasiat kolagen ini berupaya menembusi pasaran kerana ia ter足 bukti mampu memenuhi keinginan orang ramai terutama bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan keanggunan diri. 88 Agro Malaysia

COL NEW .indd 88

4/9/16 5:04:13 PM


Menurutnya, para pengguna tidak perlu gusar dan ragu-ragu kerana produk ini telah dirumuskan mengikut spesifikasi kesihatan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tidak mengandungi bahan kimia terlarang serta dijamin halal. Kolobarasi di antara syarikat kami dengan syarikat Toyyib Pharm Indsustries Sdn Bhd yang dikilangkan di Nilai, Negeri Sembilan telah menghasilkan Red Soycollagen Double Stemcell yang amat berkhasiat ini, katanya. “Kami juga mensasarkan jualan mencecah RM2 juta pada tahun ini kerana permintaan dari seluruh negara begitu memberangsangkan. Kami mempunyai rangkaian pemasaran di seluruh negara serta membuka peluang kepada mereka yang berminat menjadi ejen bagi menjana pendapatan. “Kami juga telah melantik ejenejen di negeri Sabah dan Sarawak selain daripada di Negeri Sembilan. Di atas permintaan, kami juga sedang melebarkan sayap pasaran produk ini di Negara Brunei Darussalam, kerana formula kolagen ini begitu menambat hati pengguna-pengguna di negara tersebut”, ujar beliau lagi.

Minuman berkhasiat Red Soycollagen Double Stemcell ini boleh diperolehi dengan harga berpatutan RM69.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM79.00 untuk harga di Sabah dan Sarawak. Mereka yang berminat untuk menjadi ejen pemasaran bolehlah menghubu­ngi pejabat kami di My Beauty World Industries Sdn Bhd, di alamat 05-09, Plaza Mont Kiara, No. 2, Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur. No. Telefon 603-62115568 Fax: 603-62114568 atau email: mybeautyworld_industries@ yahoo.com dan laman sesawang www. mybeautyworld.my

Agro Malaysia 89

COL NEW .indd 89

4/9/16 5:04:17 PM


PRODUK PILIHAN

Oleh: ABD RAHMAN HASHIM

KEAJAIBAN

‘Stem Sel Epal’

MERANUM KESIHATAN

E

pal merupakan buah ranum yang berkhasiat tinggi. Mengikut kajian kesihatan, epal bukan sahaja me­ ngandungi vitamin A, B dan C malah ia kaya dengan serat yang boleh mem­ bendung penyakit jantung, mengawal berat badan dan juga boleh mengawal tahap koletsrol dalam badan kita. Epal liar daripada Switzerland ini yang di fomulisasikan oleh saintis Dr. Fred Zulli, Managing Director Mibelle Biochemistry (Pythocelltech Malus @ Apple Stem Cell) adalah satu hadiah yang teristemewa dan terunggul bagi mereka yang me­ mentingkan kecantikan dan kesihatan. Justeru buah epal memang terbaik un­ tuk penjagaan dan kesegaran pada kulit muka, malah stem sel epal juga bertin­ dak sebagai ejen antipenuaan dan an­ tioksida yang mampu memperbaiki dan meremajakan kulit dari dalam hingga luarannya. Stem sel epal bagaikan satu feno­ mena baru yang terbukti begitu ampuh dalam sistem pertumbuhan sel kulit anda kerana ia mampu menggantikan tisutisu yang lama dalam badan kepada sel yang baru. Stem sel epal bukan sekadar itu sahaja, malah ia teruji untuk memulih­ kan sel kulit kita yang rosak dalam badan serta ia boleh menyahkan risiko penyakit jantung, diabetes dan juga buah ping­ gang. Berbagai kaedah boleh digunakan untuk formulasi stem sel epal kepada kesihatan anda. Keajaiban stem sel epal kini telah dirumus rapi sehingga boleh ke tahap menyelesaikan masalah ke­

Pengambilan ‘stem sel epal’ dengan formulasi buah epal dari swiss ini sebagai alternatif terbaik terhadap kesihatan tubuh badan Azhar Ab. Hamid Usahawan BOB2e

90 Agro Malaysia

66-71 DB HONEY.indd 90

4/9/16 5:06:09 PM


gemukan, selulit dan regangan pada kulit (strechcmark). Kami berkesempatan menemui usa­ hawan BOB2e Azhar Ab. Hamid atau lebih dikenali dengan nama komersilnya ‘To’ Abah’ yang merupakan perunding dan penasihat pemasaran produk stem sel epal ini. Beliau secara bergandingan begitu bergaya sekali bersama-sama dengan isterinya Norzarina Ismail yang lebih dikenali ‘kak Ina’ dalam usaha gigihnya menjana pendapatan dengan memberikan kepuasan kepada pelang­ gannya bukan sahaja dalam aspek pe­ masaran malah berjaya meyakinkan be­ tapa pengambilan stem sel epal dengan formulasi buah epal dari swiss ini sebagai alternatif terbaik terhadap kesihatan tu­ buh badan. Pasangan suami isteri ini telah mence­ burkan diri dalam bidang perniagaan ini sejak tahun 2014 sehingga hari ini. Mereka berjaya memperkenalkan produk kesiha­ tan stem sel epal ini sehingga mempunyai rangkaian yang luas di seluruh Negara. Kejayaannya memasarkan produk ini di khalayak bukannya tercipta de­ ngan sendiri, tetapi ia perlu dicipta de­ ngan usaha yang bersungguh-sungguh. To’ Abah dan Kak Ina pernah mencipta kejayaan dengan berpendapatan me­ lebihi RM100,000 dalam tempoh 3 bulan dengan hanya sekadar berkongsi de­ ngan sesiapa sahaja yang menginginkan kesihatan yang sempurna serta mem­ bantu mereka yang inginkan pendapa­ tan tambahan. Mereka juga telah berjaya meraih ber­ bagai anugerah sebagai bukti pengik­ tirafan di atas kegigihan mereka mem­ perkenalkan produk kesihatan stem sel epal ini.

Berbagai produk yang dihasilkan daripada formulasi stem sel epal ini, di antaranya ialah seperti berikut:• Bio Extreme Spray • L’arome Clear Skin • L’arome Warm Serum

BIO EXTREME SPRAY (BES)

Bio Extreme Spray (BES) merupakan salah satu produk yang menggunakan formulasi stem sel epal yang terbukti berkesan terhadap kecantikan dan kesihatan tubuh badan. Hanya den­ gan tiga semburan di bawah lidah den­ gan pengambilan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam sebelum tidur, ia akan merangsang pertumbuhan sel baru pada kulit dan mampu memper­ baiki sel-sel kulit yang telah mati. BES juga terbukti mampu mencantikkan dan meremajakan kulit tubuh badan. Selain itu, penggunaan Bio Extreme Spray (BES) juga akan dapat mengawal tekanan darah tinggi dan rendah. Ia juga akan meresap ke seluruh tubuh badan sehingga mampu mengatasi masalah gout, strok, gastrik, lelah (asma), kelesu­ an yang melampau dan banyak lagi.

Agro Malaysia 91

66-71 DB HONEY.indd 91

4/9/16 5:06:20 PM


L’AROME WARM SERUM Produk ini adalah serum yang men­ jadi idaman wanita yang ingin kelihatan cantik, kurus, langsing dan berseri. Serum ajaib L’arome ini juga mampu menyingkir­ kan lemak pada badan dengan begitu pantas dengan hanya sapu di bahagian badan yang diinginkan. Ia meresapi di lapisan luar dan dalam. Anda boleh men­ cuba keajaibannya dengan segera, kera­ na pembakaran lemak boleh berlaku se­ tiap kali anda makan dan berpeluh. Insya Allah, tiada lemak degil lagi yang akan mencacatkan kelangsingan tubuh badan kita. Lemak yang kelihatan berlapis di ba­ hagian dagu anda juga akan dapat di­ nyahkan sehingga menjadikan anda lebih menawan. Jika kita rimas pula dengan regangan pada bahagian kulit (stretch Mark) teruta­ manya kepada mereka yang baru lepas bersalin, hanya dengan titikkan 5 – 6 ti­ tik pada bahagian yang berkenaan dan sapu dua kali sehari selepas mandi pagi dan malam. Begitu juga kepada mereka yang me­ ngalami selulit di bahagian bawah lengan, peha dan punggung, anda boleh menitik­ kan L’arome Apple Stem Cell Warm Serum ini dan sapu pada bahagian badan yang dikehendaki. Diingatkan iaitu cara menyapunya hendaklah dibuat berlawanan arah jam, cubit dan tepuk pada tempat yang di­ sapu. Menggunakan bahan ini anda diin-

gatkan juga supaya membasuh tangan selepas guna. Jika ada di kalangan kita pula yang mempunyai tubuh gempal dan seluruh badan dipenuhi dengan lemak, ber­ segeralah mendapatkan L’arome Warm Serum. Jumlah titik yang perlu disapu ber­ gantung pada berat badan. Kesannya boleh dilihat seawal satu minggu sahaja.

92 Agro Malaysia

66-71 DB HONEY.indd 92

4/9/16 5:06:34 PM


Terdapat juga produk selain dari stem sel epal yang dipasarkan oleh To’abah dan Kak Ina antaranya: • Cocoallagen COQ10 • Redslim

L’AROME CLEAR SKIN

Produk ini dirumus khas daripada formu­ lasi stem sel epal untuk mereka yang ingin mencerahkan kulit, memudarkan parut jera­ wat dan jeragat serta boleh melembabkan kulit. L’arome clear skin ini mengandungi anti oksida yang tinggi yang mampu bertindak menegangkan kulit.

COCOALLAGEN C0Q10

Sementara itu, Cocoallagen C0Q10 adalah minuman harian antaranya mengandungi ramuan marin kolagen, Kacip Fatimah dan juga ekstrak kopi Arab yang enak diminum untuk mengurangkan kole­ strol dalam badan, menstabilkan hormon dan gula dalam darah. Ia juga dapat menambahkan sperma (bagi yang menantikan zuriat) serta masalah migrin yang kronik.

REDSLIM

Penggunaan produk Redslim pula akan dapat mengawal masalah berat badan dan meningkatkan metabolism serta boleh mengawal masalah kolestrol. Redslim juga mampu menga­ tasi masalah pengumpulan lemak dalam badan dan meningkatkan penggunaan tenaga yang luar bi­ asa. Pendekata, kejayaan mereka ini merupakan berkat rezeki yang di­ hasilkan secara bergandingan se­ bagai suatu kepuasan membantu orang lain. Sambil mengalu-alukan kemun­ culan di kalangan mereka yang ber­ minat untuk turut serta dalam arena pemasaran produk stem sel epal ini, beliau juga menyarankan supa­ ya mereka yang berminat ini tidak berlengah lagi menghubunginya di talian To’ Abah 013-3596223 atau di talian Kak Ina 017-9918136. Anda boleh juga menghubungi emelnya ttoabah@gmail.com serta layarilah Youtube Larome toabah. Agro Malaysia 93

66-71 DB HONEY.indd 93

4/9/16 5:06:50 PM


PERSONALITI USAHAWAN Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Pesona

Cantek Manees

Lubuk Emas Usahawan Kristal 94 A G R O M A L A Y S I A


CATATAN PENULIS (1)

L

EBIH setahun saya tidak bertemu dengan wanita ini. Usahawan bertubuh ramping dan memiliki rupa paras menawan ini dikenali sewaktu beliau mengikuti kuliah saya awal tahun 2015. Melihat daripada ‘mata hati’ saya dapat merasakan di sebalik tubuh molek ini tersembunyi jiwa seampuh kristal. Jangan sebarangan menguji keteguhan ‘tembok bisnesnya’ kerana ia dibina daripada kecekalan, ketekunan, disiplin dan kejujuran. Sepak terajang dunia bisnes sudah dihadam dan menjadi santapan hariannya.

Ternyata telahan saya tidak tersasar. Aura Cantek Manees June semakin hari semakin menyinar. Pesona Cantek Manees turut melimpahkan rezeki kepada usahawan-usahawan didiknya. Produk Cantek Manees keluaran syarikat Empire Cantek Rich menjadi ‘lubuk emas’ kepada usahawan-usahawan yang gigih dan berhati kristal. Agro Malaysia berkongsi kisah Cantek Manees bersama pengasasnya, pasangan Julara Zahid (juga dikenali sebagai Kak June Cantek) dan suaminya, Mohd Nazim Kama Basri untuk anda.

PROFIL Nama: Julara Zahid Asal: Kajang, Selangor Jawatan: Pengarah Urusan, Empire Cantek Rich Tel: 017-293 4919 Pendidikan: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Nama Suami: Mohd Nazim Kama Basri Jawatan: Ketua Pegawai Eksekutif

A G R O M A L A Y S I A 95


CATATAN PENULIS (2)

S

AYA tahu Kak June Cantek Manees memang sibuk. Masa bagaikan terlalu mencemburui dirinya. Bagaimana pun saya masih mahu menguji tembok cekalnya dalam mengurus waktu. Melihat sejauh mana kebijaksanaan menguruskan masa terutama apabila pihak media mahu bertemu. Ternyata beliau pintar memilih antara keperluan, kepentingan dan bijak mencari ruang demi bisnesnya yang sedang mekar berkembang. Pertemuan yang diatur di Riverside Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlangsung lancar. Sambil menikmati teh tarik Kak June menyusun kata.

Tips Cantik Kak June 1. Mengamalkan teknik 4CRB. 2. Amalan sentiasa minum jus Cantek Manees setiap hari untuk kesihatan dalaman. 3. Untuk penjagaan luaran terutamanya menaikkan seri wajah, perlu menggunakan mandian D’Aurya Cantek. Mandian pada bilasan terakhir sebanyak 2 kali sehari. Konsisten mandi DAC selama 21 hari dan lihatlah hasilnya.

96 A G R O M A L A Y S I A


Saya mahu semua usahawan berjaya seiring dengan perkembangan Cantek Manees. Rebut peluang bersama Cantek Manees. Banyak yang anda boleh buat bersama dengan kami. Jika kita bersaing secara positif pasti hasilnya terbaik untuk anda.

Istiqamah Marketing Ketika beliau menjadi sebagai pengedar di sebuah syarikat jualan langsung (MLM) enam tahun lepas, Kak June Cantek hanya perlu fokus kepada kumpulan jualan sahaja. Segala urusan syarikat, kilang dan produk biarlah pemilik syarikat yang fikir. Kak June Cantek hanya memikirkan tugasnya sebagai pengedar sahaja. Walau bagaimanapun, perkara itu tidak terjadi apabila beliau mula menggalas tanggungjawab sebagai pengasas produk jus Cantek Manees. Semua urusan daripada hal produk dan pengilangan perlu diuruskan oleh beliau sendiri dari pagi hinggalah ke lewat petang. “Bagaimanalah kalau saya masih lagi bekerja dan dalam masa yang sama menggalas tanggungjawab sebagai pemilik produk? “Dan sebab itu saya ambil keputusan berani berhenti kerja pada tiga tahun lepas. Demi memenuhi komitmen terhadap bisnes Cantek Manees yang semakin rancak. “Bukan mudah nak menjadi CEO jika diri masih belum ‘hot’ untuk menerima beban dan tanggungjawab,” ujarnya sambil ketawa kecil.

1. Marketing adalah tugas wajib yang perlu anda lakukan setiap hari tanpa henti. 2. Pemilik bisnes mesti ada bajet untuk marketing. 3. Walaupun anda ada 15,000 ejen sekali pun jangan harap ejen anda yang buat marketing. 4. HQ kena kuat dalam branding, sediakan bahan-bahan untuk iklan, promosi dan lain-lain.

A G R O M A L A Y S I A 97


Motivasi TERIMA KASIH SUAMI. Sehebat mana seorang wanita tidak bermakna jika tiada sokongan daripada seorang insan yang bergelar suami. Dia suami dan dalam masa yang sama dia juga kepada ‘boss’ saya. Sukar adakalanya saya nak membezakan perasaan isteri dan staf apabila kami bersama-sama bekerja. Cabaran majikan adalah suami sendiri.

CATATAN PENULIS (3) JATUH BANGUN DUNIA BISNES Sebaik meneroka perkebunan untuk mendirikan mahligai Cantek Manees, Kak June Cantek tidak menoleh di belakang lagi. Dengan bantuan suami tercinta, Mohd Nazim Kama Basri, Kak June Cantek sudah bersedia dengan strategi bisnes yang konsisten serta berintegriti. Anak-anak didiknya dilatih dengan ilmu keusahawanan agar mampu menepis ombak dan gelombang lautan perniagaan. “Pengalaman jatuh bangun menjadikan saya lebih kreatif dan lebih berhati-hati. “Saya akur Allah S.W.T menguji kerana tahu hamba yang dipilih untuk diuji mampu menahannya. Setiap kali ada ujian melanda saya teguhkan lagi keyakinan diri. Mahu mengalah jauh sekali kerana saya sedar Cantek Manees ada tanggungjawab kepada anak-anak didik serta rantaian syarikat ini. Cantek Manees perlu bertahan. Terus fokus melahirkan usahawan baru yang mempunyai semangat juang yang tinggi,” ujar wanita ini sambil menghirup teh tarik di kafe Riverside PWTC. Jelas hala tuju bisnes mudah difahami oleh rangkaian usahawan kerana Kak June Cantek sentiasa berkongsi ilmu dengan mereka. Bimbingan secara konsisten serta ikhlas menjadikan nama pasangan ini meniti dari bibir ke bibir sebagai pengeluar produk yang ada misi serta visinya. 98 A G R O M A L A Y S I A


“Apa yang penting usahawan perlu cekal dan tekun. Jika ada cabaran lalui dengan tenang. Insya-Allah pasti mendatangkan hasil yang cemerlang,” tambah beliau lagi. Cantek Manees berkongsi ‘kek rezeki’ sambil mengajar mereka erti ketabahan, kecekalan dan mengelakkan sifat rakus memburu harta kebendaan. “Saya mahu semua usahawan berjaya seiring dengan perkembangan Cantek Manees. “Rebut peluang bersama Cantek Manees. Banyak yang anda boleh buat bersama dengan kami. “Jika kita bersaing secara positif pasti hasilnya terbaik untuk anda,” kata wanita ini ceria. AMANAH IKHTIAR BANTU CANTEK MANEES Walaupun produk Cantek Manees semakin berkembang, Kak June Cantek mengakui masih memerlukan suntikan dana untuk merancakkan lagi perniagaannya. “Jujur saya akui bahawa Amanah Ikhtiar turut membiayai bisnes ini sejumlah RM30 ribu untuk mengembangkan perniagan Cantek Manees. “Saya bersyukur dengan pembiayaan tersebut. Saya semakin bersemangat untuk terus membina Cantek Manees,” jelasnya terus terang.

A G R O M A L A Y S I A 99


Keceriaan kumpulan Cantek Manees

Hubungi: EMPIRE CANTEK RICH H-22A-1B, Jalan Prima Saujana 2/D Taman Prima Saujana 43000 Kajang, Selangor 03-8739 0176 / 017-2934 919 ajunzahid@gmail.com

100 A G R O M A L A Y S I A


SENARAI STOKIS NEGERI

STOKIS NEGERI PERAK Nurul Hidayah Hj. Basri Telefon: 012 656 9920

STOKIS NEGERI KELANTAN Normahizalmyra Mahmud Telefon: 014 214 1252

STOKIS NEGERI KEDAH Azura Abd Aziz Telefon: 019 577 5893

STOKIS NEGERI SEMBILAN Norazreen Md Saat Telefon: 012 637 5526

STOKIS NEGERI MELAKA Noor Ropidah Bujal Telefon: 013 939 9226

STOKIS NEGERI TERENGGANU Azian Abdul Rahman Telefon: 012 918 2905

STOKIS NEGERI PAHANG Nor Azmira Ismail Telefon: 016 711 2523

STOKIS NEGERI SELANGOR Nur Hawa Zakaria Telefon: 012 323 7861

STOKIS KUALA LUMPUR Azlinda Subandi Telefon : 019 368 4798

STOKIS NEGERI PULAU PINANG Adila Abdul Rahman Telefon : 017 569 4708

STOKIS PUTRAJAYA Nor Hasni Hamid Telefon: 012 269 4422

STOKIS NEGERI JOHOR Masriah Karim Telefon: 012 685 3542

STOKIS NEGERI SELANGOR Haslida Nasir Telefon: 013 351 4179

STOKIS NEGERI SABAH Nik Nur Azah Nik Mat Telefon: 011 2524 2499 A G R O M A L A Y S I A 101


INFO SIHAT

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

PUNCA TUBUH LESU

1

TIDAK SARAPAN PAGI Pengambilan sarapan pagi sangat penting sebelum melakukan sebarang aktiviti sama ada untuk beriadah, menguruskan keperluan peribadi ataupun sebelum melangkah ke tempat kerja. Sarapan pagi yang ringkas seperti sajian dua keping roti bakar bersama mentega, telur separuh masak serta minuman berkhasiat adalah bekalan tenaga yang membantu anda cergas dan aktiviti berlangsung lancar. Lebih baik lagi jika sajian pagi anda bersulam buah-buahan seperti pisang. Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan sarapan pagi anda bagi memastikan tubuh bertenaga.

102 A G R O M A L A Y S I A


2

DIET TIDAK SEIMBANG Tubuh kerap lesu berpunca daripada diet yang tidak seimbang serta pengambilan makanan yang tidak berkhasiat. Apabila paras gula dalam darah terlalu rendah anda akan mudah diserang pitam secara tiba-tiba. Oleh itu pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang serta bersesuaian dengan aktiviti serta usia.

3

4

93

92 5 46

93 47

48 4

STRES Tekanan emosi yang keterlaluan boleh menyebabkan tubuh menjadi lesu. Fizikal akan menjadi lemah kerana minda ‘tidak tenang’ dan terlalu memikirkan pelbagai masalah yang melanda hidup anda. Ada waktunya stres juga meragut selera makan anda. Justeru itu bijaklah mengawal stres supaya tidak memudaratkan tubuh anda.

PENGAMBILAN KAFEIN Pengambilan kafein secara berlebihan juga boleh melesukan tubuh terutama bagi mereka yang sudah mencecah usia 50-an. Contohnya pengambilan kopi terutama selepas pukul 5 petang boleh mengganggu jadual tidur anda di waktu malam. Oleh itu kurangkan minuman berkafein kerana ia juga meningkatkan tekanan darah serta menyebabkan degupan jantung anda menjadi laju (tidak normal).

5

DEHIDRASI Kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi) juga boleh menyebabkan anda cepat letih. Rasa dahaga yang keterlaluan adalah petanda anda mengalami kehilangan air dalam badan. Oleh itu pastikan anda minum air secukupnya sebelum dehidrasi mengancam tubuh anda.

6

TIDUR TERGANGGU Tidur yang mencukupi sangat penting untuk kesihatan tubuh. Elakkan berjaga lewat malam dan pastikan tidur anda berkualiti. Orang yang tidak cukup tidur kerap tertekan, murung dan wajah tidak berseri. Tidurlah sekurangkurangnya lima hingga enam jam sehari bagi memastikan tubuh direhatkan secukupnya.

A G R O M A L A Y S I A 103


INFO SIHAT

Penghargaan: Kementerian Kesihatan Malaysia

PENJAGAAN LAHIR PENYUSUAN BAYI Susu ibu merupakan makanan yang paling sesuai bagi bayi. Penyusuan susu ibu memberikan faedah daripada segi fizikal dan emosi kepada ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu bagi 6 bulan yang pertama adalah sangat digalakkan. Menyusui bayi mengikut permintaan: Lebih kurang 8 hingga 12 kali sehari. Biasanya selepas 2 hingga 3 bulan bayi akan selesa dengan penyusuan sebanyak 6 hingga 8 kali sehari. Mengikuti cara bayi anda menyusu: seperti mengocak (stirring), menggeliat (stretching), pergerakan menghisap dan pergerakan bibir. Mengetahui bila bayi anda kenyang: apabila bayi berhenti menghisap, menutup mulut atau mengalih mulutnya dari puting, dia mungkin kekenyangan atau berehat sebentar. Cuba sendawakan bayi atau tunggu sebentar sebelum menyusukan sekali lagi. Sekiranya bayi kenyang, bayi akan mengelak daripada disusukan. Menyusu dengan mencukupi: Ibu bapa sentiasa risau sama ada bayi mereka menyusu dengan mencukupi atau tidak. Beberapa panduan berikut mungkin dapat membantu. Perhatikan kepuasan bayi antara masa penyusuan, kesedaran bayi, kesihatan kulit dan peningkatan berat badan. Bayi anda mungkin tidak menyusu dengan secukupnya sekiranya dia kurang membuang air besar atau air kecil dan lampin perlu ditukar kurang daripada 6 hingga 8 kali sekali, atau dia sentiasa tidur sepanjang masa. Jika anda mengesyaki yang bayi anda mungkin tidak menyusu dengan cukup, anda perlu membawanya untuk berjumpa dengan doktor.

104 A G R O M A L A Y S I A


BAYI BARU

Strategi bagi ibu bapa yang tertekan MENGURUT BAYI Sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat banyak kajian telah dibuat dalam bidang mengurut bayi. Mengurut bayi menggunakan sentuhan, mengurut dan refleksologi bagi mempromosi kesihatan bayi. Mengurut bayi meningkatkan perkembangan bayi termasuk otak, fizikal, emosi, mental dan perkembangan sosial. Ada terdapat bukti bahawa sentuhan kasih sayang dapat membantu bayi membesar dan berkembang. Bayi yang diurut kerap kali oleh ibu bapa biasanya kurang menangis berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Ia mungkin berkaitan dengan fakta yang mana bayi akan tidur dengan lebih lama dan menghasilkan kurang hormon tekanan berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Selain itu, terdapat peningkatan dalam fungsi sistem pencernaan.

FAEDAH-FAEDAH MENGURUT BAYI

•Menyokong proses ikatan (bonding) antara anda dan bayi anda. •Melegakan tekanan otot yang disebabkan oleh ‘motor skills acquisition’. •Menenangkan bayi dan melegakan simptom ‘colic’. •Menyumbangkan kepada perkembangan otak dan motor serta keyakinan diri. •Membantu bayi mempelajari postur yang betul dan cara pergerakan.

Memandangkan terdapat begitu banyak faedah mengurut, ibu bapa kepada bayi yang tidak cukup bulan digalakkan mengurut bayi mereka untuk membantu tumbesaran dan perkembangan bayi. Sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang dapat meningkatkan ikatan anda dengan bayi anda melalui komunikasi secara positif dan pemeliharaan hubungan. Bercakap atau menyanyi kepada bayi semasa mengurut dapat membantu bayi untuk mempelajari bahasa. Pengekalan hubungan mata semasa mengurut adalah penting untuk komunikasi dan mengenali isyarat bayi.

A G R O M A L A Y S I A 105


INFO SIHAT

Penghargaan: Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia

TIPS TAMBAT SELERA WARGA EMAS 1. Galakkan mereka makan bersama dengan kawan-kawan. 2. Galakkan mereka berjalan-jalan sebelum makan untuk merangsang selera makan. 3. Bagi warga emas yang mengalami masalah mengunyah, galakkan mereka memakai gigi palsu. 4. Bagi warga emas yang tidak boleh menyuap makanan sendiri, sediakan peralatan makan yang dapat membantu mereka berlatih menyuap makanan dengan sendiri. Jika perlu, bantu mereka menyuap makanan tersebut. 5. Gunakan perkakas makan yang menarik. 6. Hiaskan meja makan dengan alas meja yang menarik atau dengan meletakkan bunga. 7. Sediakan ruang makan yang bersih, selesa dan ceria. 8. Minta pendapat tentang makanan yang disediakan dan cuba perbaiki makanan daripada maklum balas yang diterima daripada mereka.

106 A G R O M A L A Y S I A


Apakah saranan yang perlu diikuti untuk memastikan keperluan pemakanan warga emas dipenuhi? Untuk memastikan keperluan pemakanan warga emas dipenuhi, penyediaan makanan mereka perlulah selaras dengan saranan Piramid Makanan.

Lemak, Minyak, Gula & Garam Makan sedikit

Ikan, Ayam, Daging & Kekacang Makan secara sederhana

Buah-buahan Makan banyak

Susu & Produk Tenusu Makan secara sederhana

Sayur-sayuran Makan banyak

Nasi, Mi, Roti, Bijirin, Produk Bijirin & Ubi-ubian Makan secukupnya

A G R O M A L A Y S I A 107


BIOTEKNOLOGI

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

BUNGA MERAK

Penawar sakit kelamin

B

UNGA merak atau dikenali sebagai jambul merak atau cana adalah daripada keluarga leguminosae yang berasal dari Amerika Tropika tetapi sudah banyak terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Daunnya mempunyai dua pinat dan panjang, buahnya jenis kekacang leper, bunganya berwarna merah dan tepinya berwarna kuning. Air rebusan akar pokok ini dapat merawat penyakit kelamin di samping memberikan kesan julap. Jika bunganya direbus, ia dapat mencuci mulut dan merawat sakit tekak. Bagi mereka yang menghadapi masalah batuk boleh mencampurkan telur dengan air rebusan tadi dan minum.

Selain itu, air rebusan bunga merak pula boleh digunakan untuk mencuci mata, dijadikan losyen untuk merawat kulit dan melawaskan haid. Campurkan sedikit gula ke dalam air rebusan merawat selesema dan melawaskan haid. Bagi merawat masalah cacing dalam perut, ramas bunga sehingga hancur dan masukkan ke dalam air panas lalu diminum. Daun pokok merak ini dikeringkan lalu dicampurkan dengan air mendidih dan diminum secawan setiap hari untuk menyingkirkan batu karang. Khasiat pokok merak ini memang tidak dapat disangkal lagi. Kulit pokok merak ini juga berupaya menguatkan gigi jika air rebusan dikemam di dalam mulut. Kulitnya boleh dicampurkan dengan air yang mendidih dan diminum untuk melawaskan haid.

108 A G R O M A L A Y S I A


BIOTEKNOLOGI

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Lidah kucing

RAWAT demam panas

L

IDAH kucing atau nama saintifiknya turnera ulmifolia I adalah pokok renek yang mempunyai bunga berwarna kuning, putih, merah jambu, biru atau ungu. Biji daripada bunga mengandungi kafein dan keseluruhan pokok terdiri daripada karbohidrat, mineral dan serabut. Setiap kelopak bunga pokok lidah kucing ini mempunyai kebaikan yang tersendiri. Bunganya direbus dan air rebusannya diminum bagi mengatasi masalah sembelit. Daunnya pula boleh dipanggang dan dihancurkan lalu ditampalkan pada bisul dan kudis. Apabila air rebusan daun lidah kucing ini diminum, ia dapat mengatasi masalah selesema dan boleh dijadikan tonik. Jika anda mengalami masalah demam panas, penyakit dada, tidur tidak lena, sakit di bahagian rahim, apa kata cuba minum air rebusan daun dan bunga lidah kucing ini. Ia berupaya melegakan sakit dan sebagai rawatan terbaik. Cara lain yang boleh digunakan ialah dengan merebus keseluruhan pokok ini. Airnya diminum dan dapat mengatasi masalah bronktis, kejang otot semasa haid, penghadaman kurang lancar, perut terlalu berasid, sakit di bahagian dada, perut memulas, melawaskan pembuangan air, merawat buasir, demam panas dan banyak lagi.

A G R O M A L A Y S I A 109


BIOTEKNOLOGI

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

RAHSIA

Kunyit dan halia

K

UNYIT dan halia, begitu sinonim dengan masyarakat negara ini. Tumbuhan tersebut hidup segar di negara ini dan mudah ditanam walaupun di ceruk lumpur. Khasiat yang terkandung di dalamnya memberi banyak manfaat dalam kehidupan seharian. Anda di antara anda yang tidak tahu bahawa kunyit mampu mencegah kuman bukan? Bagaimana pula dengan halia yang ternyata dapat menghilangkan bau nafas? Mari selongkar rahsia dua tumbuhan ini.

110 A G R O M A L A Y S I A

KUNYIT CEGAH KUMAN KUNYIT mempunyai banyak khasiat antaranya adalah zat pewarna kuning kerana mampu mencegah kuman. Ia juga boleh dimanfaatkan sebagai ubat sakit perut akibat dimasuki angin. Selain daripada itu, kunyit juga digunakan bagi mengubat penyakit kuning kerana doktrin signatur iaitu berwarna kuning. Dalam masyarakat India, serbuk kunyit digunakan untuk mencantikkan lagi kulit mereka dan ia juga digunakan dalam masakan mereka. Sari kunyit juga mengandungi zat pewarna kuning (kuurkurmia) yang merupakan sejenis alkanon hidroksimetoksifenil-heptadiena-dion. Oleh itu, zat ini bersifat menumpaskan kuman. Contohnya, kuman yang menyebabkan demam, kunyit bertindak sebagai ubat anti-demam. HALIA BUANG ANGIN DALAM BADAN SEPERTI mana yang diketahui umum, halia dapat meningkatkan lagi tahap metabolisme darah ke seluruh organ badan. Masyarakat di negara ini percaya bahawa halia mampu menyembuhkan sekiranya mengalami kurang selesa makan, sakit kepala, kesakitan pada sendi, badan-badan gatal serta bengkak. Di sampung itu, halia juiga digunakan untuk memanaskan tubuh badan serta banyak membantu dalam memproses penghadaman. Halia jugas dipercayai dapat meningkatkan lagi nafsu syahwat dan boleh membuang angin dalam badan. Halia mampu menghilangkan bau nafas dengan cara meminum air rebusannya. Jika diamalkan setiap pagi dan petang, ia boleh melenyapkan masalah bau mulut yang tidak menyenangkan. Manakala bagi mereka yang mengalami selesema anda disyorkan agar minum teh halia yang dicampur sedikit madu. Ia boleh melegakan kesakitan terutama ketika mengalami kesukaran bernafas akibat selesema.


BIOTEKNOLOGI

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Bunga raya kuncup

SEMBUHKAN sakit dada

B

UNGA raya kuncup mempunyai banyak khasiat yang tidak diketahui. Setiap bahagian pokok itu mempunyai kegunaan tersendiri. Akar bunga raya kuncup ini boleh menyembuhkan bengkak, radang, luka, lebam, ruam dan sakit dada. Cara terbaik ialah dengan mengambil akarnya, kemudian dihancurkan dan ditampal pada tempat sakit. Bunga raya kuncup adalah jenis tumbuhan asli yang banyak terdapat di Texas sehingga Mexico, dan dari Amerika Tengah sehingga Brazil. Namun kini ia juga banyak tumbuh di kawasan tropika dan subtropika di pelbagai negara. Bunga raya kuncup ini biasanya berwarna merah atau merah jambu dan mempunyai lima kelopak. Bunganya boleh direbus dan air rebusannya disapu pada bahagian yang sakit, contohnya pada bibir. Ia juga boleh digunakan untuk mencuci mulut sebagai alternatif penyakit mulut, kerongkong dan seriawan. Untuk merawat penyakit cirit-birit, minum air rebusannya. Daun bunga raya kuncup ini juga banyak manfaatnya. Kebiasaannya ia dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang bengkak, lebam, luka, radang dan ruam. Air daripada rebusan daun ini boleh merawat bengkak, pundi kencing, cirit-birit, demam panas dan masalah perut.

A G R O M A L A Y S I A 111


BINGKISAN SELATAN Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Profil Nama: Khairil Nizam Mohd Hashim Asal: Shah Alam, Selangor Tel: 019-366 8355 Pendidikan: Ijazah Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alamat: Kampung Kapal Ulu Beranang, 71760 Lenggeng, Negeri Sembilan

‘JURUTERA SERAI’ HIJRAH BARU Khairil Nizam 112 A G R O M A L A Y S I A


Mengapa berhenti bekerja sebagai jurutera dan memilih menjadi usahawan serai? Adakah bidang kejuruteraan ‘tidak lagi’ menjanjikan masa depan cemerlang? Bagaimana pengalaman sebagai seorang jurutera boleh ‘diadaptasikan’ dengan penanaman serai?

KASIH SEJATI...Sokongan isteri memberi motivasi kepada Khairil untuk meniti kejayaan.

Catatan Penulis (1)

S

PONTAN saya menerjah soalan tersebut kepada anak muda yang memiliki ijazah kejuruteraan dari Universiti Teknologi MARA yang bernama Khairil Nizam Mohd Hashim dalam pertemuan pertama kami di Riverside Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini. Hati saya terdetik bertanya soalan itu kerana semakin ramai usahawan muda yang saya temui telah beralih ke bidang pertanian walaupun sudah berpengalaman sepuluh tahun sebagai jurutera.

Khairil adalah testimoni yang sesuai untuk ditanya soalan tersebut bagi dikongsi bersama pembaca majalah Agro Malaysia. Sempat saya melirik senyuman manis si isteri sambil menunggu Khairil Nizam atau Khairil mengatur bicara. Tidak melatah dengan soalan terjah, Khairil tersenyum tenang menghulur fail Kenzamie Agrofarm yang mengandungi butiran lengkap dirinya serta aktiviti bisnes yang sedang dijalankan oleh beliau.

A G R O M A L A Y S I A 113


Bidang kejuruteraan berkait rapat dengan kecekapan merancang dan mentadbir sesuatu projek dengan kaedah yang terbaik. Pengalaman sebagai jurutera boleh membantu saya menguruskan projek tanaman serai serta menjadi petani yang beriltizam. KHAIRIL NIZAM MOHD HASHIM Pengarah Kenzamie Agrofarm Sdn. Bhd.

Profil syarikat yang lengkap mengikuti urutan disertai dengan laporan bergambar perkembangan syarikat yang disusun kemas. “Bidang kejuruteraan berkait rapat dengan kecekapan merancang dan mentadbir sesuatu projek dengan kaedah yang terbaik. Pengalaman sebagai jurutera boleh mem-

114 A G R O M A L A Y S I A

bantu saya menguruskan projek tanaman serai serta menjadi petani yang beriltizam. “Saya bertukar bidang untuk memenuhi impian peribadi setelah memenuhi impian keluarga. Saya tinggalkan gaji yang lumayan untuk menjadi petani moden semasa masih muda dan bertenaga. Sejak kecil saya

bukan sahaja suka bertani tetapi juga menternak,” jelas usahawan muda ini kepada Agro Malaysia. Ujar beliau, bidang kejuruteraan yang menjanjikan masa depan cerah ‘ditinggalkan’ kerana penghijrahan sebagai usahawan tani menuntut waktu, tenaga, masa dan modal.


“Saya perlu fokus untuk menjaga tanaman dan rajin bertemu pelanggan. Melawat ladang dan menimba ilmu untuk menambah baik produk serta mencari peluang baru supaya bisnes berada di landasan yang tersusun,� katanya jujur. Sebagai usahawan yang berwawasan Khairil pintar menggunakan media sosial untuk memperkenalkan produk ladangnya kepada khalayak. Beliau berkongsi foto-foto perniagaan dan ladang sebagai promosi tanpa henti serta strategi pemasaran yang berkesan bagi menarik pelanggan.

A G R O M A L A Y S I A 115


Catatan Penulis (2) “Semasa melalui kawasan perkampungan daerah Beranang, Selangor saya melihat banyak tanah terbiar yang tidak diusahakan. Kawasan tersebut dipenuhi semak samun dan kurang terurus. Pokokpokok yang telah tua mereput dan tidak ditebang. Hati tertanya-tanya siapakah pemilik tanah tersebut dan mengapa ia

dibiarkan seperti itu. Kalau diusahakan pasti menjana pendapatan lumayan. “Ilham menerpa di minda untuk saya mengusahakan kawasan terbiar dengan tanaman serai. Kerana saya tahu serai mudah ditanam dan harga pasaran juga berbaloi,” Khairil menyambung kata.

Info • Tanaman serai secara umumnya sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika, cukup cahaya matahari serta menerima taburan hujan yang seragam dengan jumlahnya yang paling baik antara 250 hingga 300 sentimeter. • Serai juga tahan kepada cuaca kemarau. • Boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah, kecuali tanah yang terlalu liat dan salirannya tidak baik. • Air yang bertakung tidak sesuai untuk serai. • Tanah gembur dan jenis berpasir adalah paling baik untuk serai.

Khasiat Serai • Mencegah kanser. • Mengatasi gangguan pencernaan. • Minyak serai digunakan untuk menguatkan & meningkatkan fungsi sistem saraf. • Menurunkan tekanan darah. • Mengurangkan jerawat & berfungsi sebagai penyegar. • Menyegar dan menyejukkan badan. • Mengurangkan sakit haid & rasa mual.

116 A G R O M A L A Y S I A

MAJU...Tanaman serai dari ladang Kenzamie Agrofarm dipasarkan dipasarkan di pasaraya sekitar Lembah Klang.


Tanpa bertangguh, Khairil mencari pemilik tanah terbiar tersebut untuk merealisasikan ilham beliau. Bermula dengan sepuluh ekar, kini Kenzamie Agrofarm telah mengusahakan tanaman seluas 18 ekar. Selain tanaman serai Khairil juga memanfaatkan ternakan kambing untuk menjana pendapatan sampingan. Berkat usahanya yang gigih menubuhkan Kenzamie Agrofarm sejak tahun 2014, kini menampakkan hasil yang menggalakkan. Pada masa ini, Kenzamie Agrofarm berjaya menjual serai ke pasaraya sekitar Lembah Klang dan Melaka. “Setiap usaha pasti ada dugaan. Saya tidak mudah berputus asa. Terima kasih kepada isteri dan keluarga atas sokongan yang diberikan,� katanya yang kaya dengan semangat juang. PENDAPATAN TAMBAHAN...Khairil turut memanfaatkan ladangnya dengan ternakan kambing.

Hubungi: KENZAMIE AGROFARM SDN. BHD. Kampung Kapal Ulu Beranang 71760 Lenggeng, Negeri Sembilan 019-366 8355 kenzamie_agrofarm@yahoo.com www.kenzamiebklin.com A G R O M A L A Y S I A 117


BINGKISAN SELATAN Penghargaan: Niaz Najjah

TERNAKAN

‘AYAM SAYUR’ Inovasi Cikgu Mariahni PROFIL Nama: Mariahni Mohamad Alamat: Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan Tel: 019-2761 774 (HP) 011-3275 2995 (Whatsapp) 06-661 9005 (Rumah) Syarikat: Niaz Najjah

NIAZ NAJJAH

118 A G R O M A L A Y S I A


CERITA MARIAHNI BAGAIMANA TERNAKAN ‘AYAM SAYUR’ BERMULA

P

ADA pertengahan Jun 2013, disebabkan cuaca panas banyak makanan yang berlebihan dibuang begitu sahaja. Terasa sangat membazir dengan rezeki yang diberi Allah. Keadaan berlarutan sehinggalah pada bulan Oktober. Niat di hati untuk membela ayam semula sudah lama timbul tetapi ada banyak faktor yang menghalang. Antaranya tiada kesempatan untuk membina reban dan kawasan rumah yang baru tidak berapa sesuai untuk menternak ayam.

Kepulangan adik dari Terengganu kerana telah berhenti kerja dari pelantar minyak menyemarakkan semula niat di hati. Sebuah reban kecil dibina untuk memulakan usaha ini yang dapat menampung lebih kurang 50 ekor ayam sayur. Setelah tiga bulan penduduk di kawasan sekeliling mula mencari ayam di rumah sedangkan ayam pada masa ini masih lagi kecil dianggarkan seberat 800 gram seekor. Sambutan yang nampaknya menggalakkan memberi satu aspirasi untuk menternak secara lebih serius.

A G R O M A L A Y S I A 119


BERSIMEN...Reban ayam disimen untuk mengelakkan tikus yang suka memakan organ dalaman ayam masuk ke reban.

Percubaan untuk menghasilkan sendiri anak ayam sayur. Kos yang berkurangan dan kualiti yang terjamin adalah fokus utama Niaz Najjah dalam menghasilkan baka ayam sayur.

BAKA AYAM DARI PERANCIS Kawasan belakang rumah yang berhutan kerana tidak diusahakan oleh tuannya memberi peluang untuk meneruskan niat. Kebenaran tuan tanah untuk menggunakan tanah seluas satu ekar atau 0.4 hektar merupakan asas untuk menternak ayam sayur secara lebih komersial. Sebuah reban berukuran 3 x 7 meter dibina di atas tanah. Lantai disimen untuk mengelakkan serangan tikus. Pertemuan dengan rakan sekolah yang telah tinggal di Australia memberi satu idea untuk menternak ayam baka dari Perancis yang dipanggil ayam sayur. Ayam ini cepat membesar dan makanannya terdiri daripada 70% sayuran. Rasa dagingnya lebih pejal dan 120 A G R O M A L A Y S I A

manis berbanding ayam kacukan biasa di pasaran. Percubaan pertama sebanyak 300 ekor memberikan hasil yang menggalakkan. Kadar kematian yang rendah iaitu hanya empat ekor sangat memberi kesan positif pada diri. Pasaran tidak menjadi masalah yang besar kerana masyarakat di sekeliling menggemari ayam ini terutama kaum Cina. Bagi mereka ayam betina jenis ini sangat lazat untuk dimasak sup manakala kaum India menggemari ayam jantan kerana dagingnya lebih keras untuk dimasak kari. Kaum Melayu menggemari ayam ini sama ada digoreng kunyit atau dibuat rendang.


KOS PENJAGAAN Kini ternakan ayam sayur dibuat secara tiga fasa. Anak ayam, ayam dara dan ibu ayam. Percubaan untuk menjadikan ayam ini bertelur membuahkan hasil kerana 15 ekor ayam betina yang dicuba telah bertelur. Telur-telur ayam ini bersaiz besar melebihi saiz telur ayam biasa. Kini, proses untuk mengeramkan telur-telur ayam di dalam inkubator sedang diusahakan untuk menjimatkan kos kerana harga anak ayam ini agak mahal iaitu RM3.00 untuk setiap ekor. Saya memilih ternakan ayam sayur kerana ia mudah dan kos penjagaan yang murah. Ayam sayur hanya perlu

diberi makan dan minum sebanyak dua kali sehari. Pada pukul lapan pagi ayam diberikan nasi yang dimasak dengan jagung serta sayur-sayuran. Kira-kira jam sebelas pagi ternakan dikeluarkan dari reban dan diberikan makanan daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun ubi, pisang dan daun pandan. Batang pisang juga digemari oleh ternakan ini. Jam lima petang ternakan ini dilepaskan keluar dari kawasan luar kandang bagi membolehkannya mencatuk rumput serta mencari serangga. Haiwan ini direbankan semula pada jam tujuh petang sebelum waktu Maghrib.

ORGANIK...Ayam sayur ini menggemari makanan daripada tumbuhan sebagai makanan utama. A G R O M A L A Y S I A 121


SOKONGAN...Mariahni mendapat sokongan padu daripada suaminya (Zulkifly Ujang) dan anak-anak (Nurul Izzaty Asyikin, Umi Waheeda I’zaaz, Muhammad Adib Akhtar dan Adibah Aqeela).

Kini, saya sedang membuat kajian untuk menghasilkan telur ayam sayur yang berkualiti tinggi daripada ayam-ayam jenis ini. Pasaran telur ayam ini nampak sedikit sukar kerana pengguna meragui saiznya yang terlalu besar. Namun saya berasa pengguna akan dapat menerima keadaan ini jika saya terus konsisten dalam menghasilkan produk yang mempunyai nilai komersial yang tinggi ini.

SAJIAN AYAM SAYUR PANGGANG MAYONIS Bahan-bahan: 1 ekor ayam kampung sayur(anggaran 1.4 kilogram) 3 labu bawang besar 1 labu bawang putih 4 cm halia 1 sudu makan lada hitam (boleh tambah jika mahu rasa lebih pedas) 7 sudu makan mayonis (ikut suka) Cara memasak: Ayam sayur dibelah empat dan dibersihkan. Toskan ayam ini sehingga kering. Kisar semua bahan di atas sehingga halus. Lumurkan bahan-bahan kisar pada ayam dan perap selama 1 jam. Panggang ayam di dalam ketuhar selama satu jam dengan suhu 180 celcius. Keluarkan ayam dan hias. Ayam ini sedap dimakan panas-panas begitu sahaja tanpa sos pencicah. NOTA: Resepi Ayam Sayur Panggang Mayonis adalah ciptaan Cikgu Mariahni khas untuk pembaca majalah Agro Malaysia.

122 A G R O M A L A Y S I A


6

1 2 3 4 5 6

Tips Ternakan Ayam Sayur

Dari menetas sehingga berumur sebulan, anak-anak ayam ini dikurung dalam reban khas. Air dan dedak halus diberikan sehari sekali.

Selepas berumur sebulan beras hancur dan jagung halus juga diberi untuk menjadikan daging ayam lebih pejal. Makanan juga mula diberikan sebanyak dua kali sehari. Daun pandan, pisang dan ubi buluh digantung untuk memudahkan ayam-ayam mencatuk daun-daun tersebut.

Setelah berumur dua bulan ayam-ayam ini dilepaskan di reban yang lebih besar. Ternakan ini diletakkan di dalam reban yang disimen lantainya. Tujuan menyimen lantai adalah supaya tidak dimasuki tikus yang suka makan organ dalaman ayam. Pasir ditabur di atas lantai untuk mengelakkan ayam kesejukan pada waktu malam dan kepanasan pada waktu siang. Selain itu supaya reban tidak menjadi lembap akibat najis ayam. Reban yang lembap akan membebaskan gas ammonia yang akan menyebabkan penyakit sampar yang boleh membunuh semua ayam.

Pada masa ini juga ayam diberi makan jagung yang dimasak bersama-sama dengan beras ternakan. Daun pandan, pisang masak dan sayur-sayuran dicampur untuk menjadikan daging ayam lebih lazat dan manis. Garam laut juga dicampur untuk menambah kalsium dalam badan ayam.

Ternakan dilepaskan di kawasan luar reban untuk membolehkannya berlari bebas. Dengan ini daging ayam benar-benar pejal kerana ototototnya telah bertugas dengan maksimum. Pada pukul lima petang hingga tujuh petang ternakan ini dilepaskan di kawasan kebun di sekitar reban. Ayam ini akan mencari serangga dan rumput-rumput liar yang sebahagiannya merupakan ubatan semula jadi. Ayam-ayam akan masuk ke reban secara sendiri apabila langit mula gelap.

Ternakan ini mula dipasarkan setelah berumur melebihi 100 hari. Ini menjadikan dagingnya benar-benar pejal, lazat dan manis tanpa rasa dedak.

A G R O M A L A Y S I A 123


JEJAK USAHAWAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Haji Yussup Dengan Kejayaan 1,500 Ekor Ternakannya

S

iapa sangka hanya dengan modal permulaan sejumlah RM25 ribu dan jumlah ternakan sebanyak 20 ekor lembu yang beroperasi secara intergrasi dalam ladang kelapa sawit, beliau kini boleh berbangga dengan kapasiti ternakannya yang sudah meningkat kepada angka 1,500 ekor. Itulah yang dilalui oleh pemilik Hafiz Farm Sdn Bhd, Haji Yussup Bin Nannong yang kini berjaya menghimpunkan ternakan sejumlah 1,000 ekor lembu dan 500 ekor kambing di ladang ternakannya di Sungai Pin Kinabatangan, Sabah. Menceritakan bibit-bibit usahanya, beliau yang berusia 53 tahun dan mempunyai lima anak memberitahu, usaha penternakannya bermula pada tahun 1994 dengan ternakan permulaan sebanyak 20 ekor lembu dan modal RM25 ribu. Katanya, beliau mengusahakan penternakan dengan mendapat bimbingan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah atau JPHPT serta mengambil pengalaman daripada orang-orang yang sudah berjaya dari dalam dan luar negara. “Bantuan awal yang pernah saya terima ialah daripada JPHPT Sabah di bawah Program 100 Breeders,” jelasnya lagi. Dari semasa ke semasa, tambah beliau, berikutan jumlah ternakannya bertambah, maka modal perniagaannya juga ditingkatkan sesuai dengan keperluan semasa yang diperolehi daripada perniagaan-perniagaan lain yang dijalankannya. Semua ternakan itu kini diusahakan di ladang seluas 500 ekar di Sungai Pin, se-

Haji Yussup Nannong

lain turut mendapat sokongan kawasan ragutan untuk lembu daripada Sawit Ki­ nabalu Farm Product Sdn Bhd serta juga daripada pekebun-pekebun kecil yang berhampiran ladangnya. Bagaimanapun dengan jumlah ternakan sebanyak itu, kata Haji Yussup, edaran daging lembu ternakannya se­ takat ini hanya diedarkan untuk pasaran Sabah sahaja melalui anak syarikatnya seperti Ridwan’s dan Megaridwan Cold Storage (terletak di Daerah Lahad Datu), Ridwan’s Pasar Segar (Kota Kinabalu) dan Ridwan Trading (Sandakan). “Tetapi untuk lembu hidup, saya telah berjaya menembusi pasaran Sarawak dan juga Brunei,” jelasnya lagi. Selain mengusahakan lading ternakan, Hafiz Farm Sdn Bhd juga mengendalikan Rumah Sembelihan yang terletak di Batu 8, Jalan Sandakan yang mampu menyembelih 20-30 ekor lembu dan 5,000-7,000 ekor ayam sehari.

124 Agro Malaysia

LEMBU.indd 124

4/9/16 4:43:12 PM


Agro Malaysia 125

LEMBU.indd 125

4/9/16 4:43:25 PM


Lembu dilepaskan dalam ladang kelapa sawit bagi mengurangkan kos operasi.

Dalam masa yang sama, syarikatnya juga mengeluarkan beberapa produk sendiri seperti jenama RIDWAN untuk produk yang berasaskan daging lembu, kambing, ayam dan rusa, jenama PILIHANKU untuk produk beras, air minuman melalui proses reverse osmosis dan air minuman berkarbonat jenama HANA dan MEGA. Semua produk itu dipasarkan di outlet sendiri milik Hafiz Farm Sdn Bhd yang terdapat di Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Kota Kinabalu serta beberapa kawasan Felda di negeri Sabah. Mengenai cabaran dalam pernia­ gaannya, Haji Yussup berkata, di Sabah ini masalah utama ialah kekurangan kawasan yang diperuntukkan khusus untuk aktiviti penternakan kerana kebanyakan tanahnya sudah dijadikan ladang berskala besar untuk pertanian seperti kelapa sawit dan sebagainya.

“Dalam hal ini JPHPT haruslah samasama mencari alternatif yang lebih berkesan untuk memajukan sektor penternakan di Sabah kerana dari segi cuaca, tanah dan sumber makanan, potensinya sangat besar untuk dimajukan,” jelas beliau lagi. Tambahnya lagi, Negara kita khususnya Sabah telah diiktiraf bebas daripada penyakit kuku dan mulut yang banyak mengancam ternakan sebagaimana yang selalu berlaku di negara-negara lain. Dari segi hasilnya pula, menurut Haji Yussup lagi, selain ia boleh dipelbagaikan seperti dalam bentuk daging bur­ ger, daging kisar dan lain-lain, sejarah juga menunjukkan hasil ternakan belum pernah mengalami kejatuhan harga di pasaran. Sehubungan itu, beliau berharap le­ bih ramai golongan muda melibatkan diri dalam sektor penternakan ini berikutan potensinya yang sangat besar sebagai sumber rezeki dalam perniagaan. Untuk rancangan masa depannya, Haji Yussup berhasrat membangunkan kualiti daging serta bentuk potongan yang lebih standard dengan pelbagai variasi bagi mememuhi pasaran dalam dan juga luar negara. Untuk itu, jelasnya, beliau sedang memperkemaskan jalinan kerjasama dengan pengusaha ternakan dan peng­ usaha yang berkaitan agar industri ini dapat dijayakan dalam ertikata yang sebenar-benarnya. Sepanjang melibatkan diri dalam industri penternakan ini, Haji Yussup telah menerima anugerah JPHPT samada peringkat negeri Sabah mahupun kebangsaan. Beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Usahawan Penternak Ruminan Jaya Peringkat Kebangsaan tahun 2011. Selain itu, beliau juga telah dianugerahkan Penternak Jaya Negeri Sabah pada tahun 2005-2011.

126 Agro Malaysia

LEMBU.indd 126

4/9/16 4:43:34 PM


HAFIZ FARM SDN BHD

KM 15, Jalan Sandakan, Peti Surat 60445, 91114 Lahad Datu, Sabah. Tel: 089-885750 / 886629 / 883629 Faks: 089-882751. Email: ridwan.mrc@gmail.com Agro Malaysia 127

LEMBU.indd 127

4/9/16 4:43:52 PM


TRIP JORAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Nibong Tebal Jadi Tumpuan

Kaki Pancing

Ikan-ikan yang biasa diper­­olehi ialah siakap, siakap merah, merah, gerut-gerut, bawal pinang, jenahak, ke­rapu, senangin, pari, gelama dan GT atau nyok-nyok” -Syaharul Izuandi Jamil @ DD Tekong Bot

B

agi kaki pancing di kawasan utara, khususnya di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Persatuan Unit Nelayan Changkat atau PUNC barangkali bukan­ lah asing bagi mereka memandangkan ia adalah antara persatuan paling aktif sekali. Persatuan yang sudah ditubuhkan sejak 9 tahun lalu dan mempunyai ke­ ahlian seramai 113 orang, sehingga ini menjalankan aktiviti memancingnya hampir setiap hari. Selain itu, aktiviti memancing juga menjadi kewajipan ketika cuti hujung minggu atau cuti kelepasan am yang lain. 128 Agro Malaysia

Nibung tbal.indd 128

4/9/16 4:56:13 PM


Oleh itu, sesiapa yang ingin melepas足 kan keinginan memancing, terutama pengalaman memancing di laut, PUNC adalah pilihan yang semestinya dihu足 bungi bagi tujuan itu. PUNC dipimpin oleh Abdul Rahman Kasa selaku Penasihat, Abdul Rahman Ibrahim (Ketua Unit), Nasir Ibrahim (Se足 tiausaha), Azman Ahmad (Bendahari) serta lima orang ahli jawatankuasa.

Agro Malaysia 129

Nibung tbal.indd 129

4/9/16 4:56:29 PM


PUNC aktif antaranya ialah kerana kawasan Nibong Tebal boleh dianggap syurga bagi kaki-kaki pancing berikutan banyak lubuk-lubuk ikan di kawasan itu. Kawasan memancing paling popu足 lar yang sering dikunjungi oleh kaki pan足 cing ialah sangkar Sungai Udang dan di persekitaran Jambatan Kedua Pulau Pinang. Biasanya memancing di laut adalah dengan menggunakan bot yang boleh memuatkan 4 hingga 6 orang dan akan bertolak pada pukul 8 pagi serta kembali semula pada jam 5 petang. 130 Agro Malaysia

Nibung tbal.indd 130

4/9/16 4:56:49 PM


Sewa bot pula antara RM250 hingga RM350 (bergantung kepada saiz) dan tempat berlepas ialah Jeti Nelayan Kam足 pung Changkat, Nibong Tebal. Ikan-ikan yang biasa diperolehi ialah siakap, jenahak, kerapu, senangin, pari, duri, gelama dan GT atau nyok-nyok. Tekong paling popular yang selalu membawa kaki-kaki pancing ke laut ialah Syaharul Izuandi Jamil atau juga dikenali ramai dengan panggilan glamour DD di kalangan penduduk tempatan. Dalam pengalaman memancing itu, Syaharul Izuandi pernah mencatat足 kan rekod kejayaan memancing ikan siakap paling berat iaitu 10.5 kilogram.

Agro Malaysia 131

Nibung tbal.indd 131

4/9/16 4:57:10 PM


Untuk memancing di laut, Syaharul Izuandi bukan saja meletakkan syaratsyarat asas seperti mesti memakai jaket keselamatan, penggunaan tali benang 50 paun keatas dan perambut 80 paun untuk mengelakkan mudah putus dan lain-lain kemudahan memancing yang sepatutnya. Bagi kaki-kaki pancing seluruh ne足 gara yang ingin menggunakan khidmat PUNC atau ingin merasai pengalaman memancing di laut sekitar Nibong Tebal, mereka bolehlah menghubungi Syaharul Izuandi atau DD di talian 012-5913787 atau Tekong Jamil 012-4587138. Jom, apa tunggu lagi...

132 Agro Malaysia

Nibung tbal.indd 132

4/9/16 4:57:20 PM


9

Tips Elak Mabuk Laut

1. MAKAN PIL PENAHAN MABUK Makan pil penahan mabuk sete­ ngah jam sebelum bot bertolak. Bawalah ubat-ubatan yang boleh mencegah terjadinya mabuk laut. Seperti; Novomin (ubat anti mo­ tion sickness), kimite patch (plester yang ditampalkan dibelakang telinga), analgetik un­ tuk menghilangkan pening atau mual. 2. PILIH POSISI TERBAIK Semasa bot bertolak, ada baiknya anda berada di posisi mengadap laut sambil menghidup udara segar. Jangan duduk secara mengiring atau banyak berbual, kerana ia membuatkan fi kiran anda tidak fokus. Paling penting jangan duduk di bahagian belakang bot yang menyebabkan anda terpaksa menghidu asap dan bau minyak diesel. 3. JANGAN LAKUKAN KERJA TEKNIKAL Ini khusus untuk mereka yang belum biasa berada di laut. Jangan lakukan kerja memasang mata kail, membuat pe­ rambut di atas bot atau membuat sambungan tali. Kerjakerja teknikal ini ada baiknya anda sediakan sebelum ber­ tolak. 4. SEDIAKAN UBAT-UBATAN RINGKAS Untuk mengelak rasa loya, air liur terasa pahit, ada baiknya anda membawa air yang masam seperti jus oren, gula gula berangin atau makanan jenis asam. Jangan dilupakan minyak angin atau balm yang boleh anda sapukan pada bahagian tengkuk, leher, dahi atau sekitar lubang hidung. 5. JANGAN MEMANDANG OMBAK SECARA FOKUS Bila berada di atas bot, elakkan mata tertumpu pada alu­ nan ombak. Sebaiknya biarkan mata anda memandang jauh ke hadapan. Badan jangan selalu membongkok atau melihat ke bawah, kerana ianya dapat membuat anda le­ bih cepat merasa mual, selain itu pula jangan melihat se­ suatu dari jarak dekat. 6. REHAT DENGAN CUKUP Rancang perjalanan anda dengan baik. Jika memandu dari KL ke Kuala Terengganu, ada baiknya bertolak awal dan rehat 2-3 jam sebelum menaiki bot. Bawa kenderaan secara bergilir-gilir dengan rakan. Jangan beri beban pada seorang rakan memandu secara berterusan. 7. JANGAN MAKAN BANYAK SEBELUM BERTOLAK Perut yang terlalu kenyang sebelum menaiki bot akan menyebabkan proses penghadaman tidak berlaku de­ngan betul. Akibatnya memang akan cepat mual dan boleh mun­ tah serta merta sebaik sahaja berlepas dari jeti. Sebaiknya alas perut sahaja sudah mencukupi. 8. MENDENGAR MUZIK jika anda memiliki Ipad atau mp3 player semasa bot bergerak cari tempat duduk yang selesa/nyaman dan mu­ lailah pasang muzik kegemaran anda, dengan itu anda akan lebih konsentrasi dengan alunan muzik dan lupa anda sedang berada di laut 9. CUBA DAN BIASAKAN IKUT TRIP PENDEK Jika berhasrat pergi memancing ke laut dalam (trip 2-3 hari) cuba dahulu trip pendek seperti mencandat sotong atau memancing di perairan yang tidak jauh dari pantai. Cara ini mampu membiasakan diri anda berhadapan dengan alun dan ombak. NOTA: Jika mabuk pastikan kedudukan kepala tidak tinggi dari kaki. Agro Malaysia 133

Nibung tbal.indd 133

4/9/16 4:57:34 PM



Bank Pilihan Anda (Agensi di bawah KPDNKK)

Fleksibiliti Kewangan

PEMENANG BEST SHARIAH PROGRAM DARIPADA MASTERCARD

Kad Kredit-i PERLINDUNGAN TAKAFUL PERCUMA | KHAIRAT KEMATIAN SEHINGGA RM1,000 | TIADA KADAR TAMBAHAN UNTUK TRANSAKSI DI LUAR NEGARA | GST DISERAP OLEH BANK Kad Kredit-i Bank Rakyat memberi anda ketenangan ďŹ kiran kerana ia boleh digunakan dengan selamat untuk semua jenis transaksi berlandaskan Syariah, pada bila-bila masa, di mana sahaja. Tanpa elemen berganda dan tiada kadar tambahan untuk transaksi di luar negara, anda kini bersedia untuk membuat sebarang pembelian yang anda ingini tanpa memerlukan wang tunai atau cek. Nikmatilah kebebasan anda hari ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah hebat!

*Tertakluk pada terma dan syarat

1300 80 5454

www.bankrakyat.com.my

/ myBANKRAKYAT


Pemerkasaan program diversifikasi menerokai potensi bidang niaga baru menerusi anak syarikat.

DIVERSIFIKASI

Mengoptimumkan perolehan syarikat melalui aktiviti pemprosesan sisa buangan kilang sawit.

APLIKASI WASTE TO WEALTH

Aplikasi operasi ladang berjadual, teratur dan efisen dalam meningkatkan produktiviti estet padi.

PENGURUSAN ESTET PADI BERSISTEMATIK DAN PEMBEKAL BENIH PADI SAH NEGARA

Membawa realiti pemodenan ke luar bandar untuk dinikmati oleh kehidupan di desa.

RUMAH BINA NEGARA

08

07

06

05

04

03

02

01

Mewujudkan komuniti usahawan yang dilengkapi dengan kepakaran dan pengalaman sebagai profesional “enterpreneur”.

PEMERKASAAN KEUSAHAWANAN DAN MODAL INSAN

Mengurus tadbir 8 buah kilang berjadual kilang sawit di seluruh Malaysia secara berpusat dan menekankan peraturan serta piawaian prosuder operasi standard (SOP) bagi seluruh operasi kilang.

KILANG SAWIT

Pengkomersialan input pertanian yang bermutu dan diyakini serta inovasi pertanian yang berprestasi tinggi.

PENGEDARAN INPUT DAN INOVASI PERTANIAN

Menyatupadukan pembangunan tanah menerusi pemulihan dan tanam semula bagi pertumbuhan dan pembangunan ladang komersial.

PEMBANGUNAN TANAH DAN LADANG

TEL : 03 - 4145 5000 FAX : 03 - 4142 8162 E-MAIL : felcrabhd@felcra.com.my

WISMA FELCRA, LOT 4780, JALAN REJANG, SETAPAK JAYA, PETI SURAT 12254, 50772 KUALA LUMPUR.

MEMFENOMENAKAN PEMBANGUNAN


AD KPJUC.indd 1

3/10/16 10:31:23 AM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.