Agro Malaysia Edisi Khas Disember 2015

Page 1

Menjana Transformasi

HARGA: RM14.00 PP 16868/06/2013 (029887)

EDISI KHAS DISEMBER 2015

Travelog Tok Bali Gua Musang

Menyusu Kelah Kerapu Hybrid Pak Mail Rahsia Buluh Minyak

Royal Berry

Zees Valley mimpi Usahawan Jadi Realiti

Pekasam Daging Rusa Azra Food Truck Republik Ayam Kampung Zehra Sentuhan Tengku Ravalina

HARGA: RM10.00

Hijrah Badri Demi Rudyz PP 16868/06/2013 (029887)

Transformasi COV AZURA CFM .indd 1

Raja Azura 1/7/16 12:04:46 AM








Editor Menulis

SELAGI JANTUNG BERDENYUT

APA LAGI USAHAWAN MAHU? Salam sejahtera,

Penasihat Penerbitan Tan Sri Sabbaruddin Chik Dato’ Zamri Mohamed Pengarah Penerbitan/Editor Noraini Nordin Pengarah Promosi & Reka Bentuk Shamsuhazli Mamat Penyelaras Reka Bentuk/ Pembantu Suntingan Wan Muhammad ‘Atiyya Wan Azman E-mel: atiyya.my@gmail.com Wartawan Hassuria Ahmad Ain Syuhada Shahbudin (Praktikal) Nur Alia Syamimi Shamsuhazli (Praktikal) Pembantu Penyelaras (Usahawan) Muhammad Sidek Osman Jurufoto Muhammad Najmi Rayyan Amar Ridzwan Shahbudin (Praktikal) Promosi & Pengiklanan Zainuddin Ariffin Supardi Ariffin Syed Mohd Uwais Mimie Nasa Pengurusan Penerbitan A & D Network 10-3, Jalan PJU 5/4 Dataran Sunway Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel: 019-6620 234 E-mel: noraininordinpenulis@gmail.com Diterbitan Oleh Agro Publication Suite-2-4-6, Wisma Rampai Taman Sri Rampai, 53300 Setapak, Kuala Lumpur Tel: 03-4143 8382 Faks: 03-4143 8382 Emel: agropublication@gmail.com agromalaysia2008@gmail.com agromalaysia1@gmail.com Dicetak Oleh Percetakan SM Sdn. Bhd. Pengedaran Komik Tian Sdn. Bhd.

Sepanjang mengendalikan penerbitan majalah Agro Malaysia saya bertemu ramai usahawan yang terdiri daripada pelbagai golongan serta peringkat umur. Sebelum itu sewaktu bertugas di akhbar arus perdana selama lebih 20 tahun saya kerap juga bertemu dengan ‘insan-insan bisnes’ yang berkeyakinan tinggi semasa memperkenalkan produk mereka kepada media. Ada yang membuat sidang akhbar sempena pelancaran produk, ada juga yang menghantar wakil atau pemilik produk datang sendiri bertemu kami. Jarang saya menolak permintaan usahawan yang mahu mempromosikan produk mereka. Bukan saya sahaja malahan rakan-rakan media lain juga turut membantu termasuk media elektronik. Daripada usahawan food truck hinggalah yang sudah memiliki kilang sendiri dan produk mereka telah diterima di pasaran antarabangsa. Kami mempromosikan produk mereka melalui penulisan dengan sebaik mungkin. Saya sendiri juga kagum dengan idea dan jenis produk yang mereka hasilkan. Cukup kreatif dan inovatif sesuai dengan misi negara yang mengimpikan usahawan yang mampu bersaing di pasaran terbuka. Namun dalam pada itu saya juga bertemu usahawan yang ‘merungut itu dan ini’, merintih kononnya tiada sokongan daripada kerajaan atau agensi-agensi berkaitan sama ada semasa memohon pinjaman atau dana. Sejauh manakah benarnya ‘dilema’

itu? Bagi mengelakkan usahawan ‘bermasalah’ ini menunding jari kepada pihak terbabit dalam diam saya ‘turun padang’ membuat beberapa survey dan ‘siasatan’ mengenai rungutan tersebut. Hasilnya saya dapati kebanyakan ‘usahawan bermasalah’ ini gagal memenuhi piawaian yang dikehendaki sewaktu memohon dana atau pinjaman. Isi borang pun tidak lengkap bagaimana pinjaman atau dana akan diluluskan oleh pihak terbabit. Ada juga usahawan yang tidak serius dengan produk mereka. Terjun dalam dunia bisnes tanpa kerelaan (atas kehendak keluarga) atau mahu merasa ‘gah’ dengan title usahawan. Ayuhlah...wahai usahawan. Apa lagi kamu mahu? Bersungguh-sungguhlah menghasilkan produk. Tingkatkan kualiti dan jati diri. Rebutlah peluang yang menunggu kamu. Hakikatnya memang terlalu banyak peluang dan kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan dan agensiagensi yang bertanggungjawab membimbing kamu. Lengkapkan diri dengan ilmu dan ikhlaslah terhadap khalayak kamu. Ibarat kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pembaca budiman, Sambil merehatkan minda selaklah Agro Malaysia di tangan anda. Edisi Khas ini menampilkan likuliku dunia usahawan Malaysia. Teruslah menyokong produk mereka agar mampu bertahan di pasaran. Semoga lebih ramai yang menceburkan diri dalam bisnes demi merancakkan lagi ekonomi negara.

SELAMAT MEMBACA. Noraini Nordin noraininordinpenulis@gmail.com Facebook: Noraini Nordin blogandnetwork.blogspot.my


Kandungan 60

40 84

36

107 09 12 15 17 20 22 25

Produk Pilihan Yusa Food Products...Universiti Saya Nurul Bangkit Dengan Cravia Carrot Chip Apabila...Tempe Bersalut Coklat Krunchy Karamel Sasar Pasaran Asean Fruitylicious Juice Jadi Rebutan Pelanggan Formula Hebat Xenergy Drink Malaysia The Midwest Griller Memang Perghhh...

Jejak Bisnes Hijrah Badri...Demi Rudyz Pekasam Daging Rusa Azra Grill Truck Pukau Selera Lalah Goat Milk Terbaik Dari Rembau Rahsia Keenakan Republik Ayam Kampung Organik Zehra 54 Norassikin Pilih Ternakan Itik 30 36 40 46

Personaliti Usahawan 60 Cinta Tengku Faridah Terhadap Royal Berry 68 Loveya Skincare Transformasi Raja Azura 78 Sentuhan Seni Landskap Tengku Ravalina Kafe Pilihan 84 Laypark Cafe Ampang Selera Desa di Tengah Kondo 88 Sajian Enak Nota Cafe

68 Kongsi Niaga 96 Zees Valley Mimpi Usahawan Jadi Realiti Agropelancongan 102 Jom Singgah Kedah 107 Travelog Tok Bali Bingkisan Pantai Timur 116 Kerapu Hybrid Pak Mail 120 Melihat Raja Ikan Gua Musang Menyusu Rencah 126 Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2015 Perkasa Teknologi Pertanian Bioteknologi 132 Bemban Sebagai Bio Baharu Dalam Perhutanan Tani


Susunan oleh:

Wan Muhammad 'Atiyya Wan Azman atiyya.my@gmail.com www.atiyya.my

Gedung Motivasi

Langkah untuk bermula adalah BERHENTI BERCAKAP dan MULAKAN TINDAKAN. Walt Disney

Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk DIHADAPI.

Belajar seperti perahu melawan arus. Jika tidak ke DEPAN, bererti ke BELAKANG. Pepatah Cina

SIKAP yang menentukan kesemuanya. Zig Ziglar

08 A G R O M A L A Y S I A


PRODUK PILIHAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

YUSA FOOD PRODUCTS... Universiti Saya

- Puteri Naomi Nazlyn

DI SAAT sebahagian rakan sebaya menyambung pelajaran di pusat-pusat pengajian tinggi atau kolejkolej swasta, gadis bernama Puteri Naomi Nazlyn Roslan memilih untuk terjun ke dunia niaga bagi meneruskan legasi keluarga dalam bidang bisnes.

Sejak kecil saya sudah terdedah dengan dunia perniagaan. Bermula dengan membantu ibu bapa ketika musim cuti sekolah atau hujung minggu yang menjual produk di pelbagai karnival serta pameran di seluruh negara. PUTERI NAOMI NAZLYN ROSLAN Ketua Pegawai Eksekutif Yusa Food Products Sdn. Bhd.

Bukan kecil tanggungjawab yang diamanahkan terhadap gadis manis yang berwajah lembut ini. Namun bagi anak sulung yang berusia 20 tahun ini, tugasan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, syarikat Yusa Food Products Sdn. Bhd. milik keluarga perlu digalasnya dengan tabah. Beliau tidak mahu menghampakan harapan ayah tersayang iaitu Ir. Roslan Salbi, 48 tahun, dan ibunya Norli Yusop yang bertatih

mengasaskan produk sehingga ‘gah’ di pasaran. Apatah lagi nama YUSA amat istimewa kerana ia adalah gabungan nama dua orang datuknya iaitu Yusop dan Salbi. Syarikat Yusa Food Products yang bermula pada tahun 1998 telah memperkasakan jenamanya dalam industri pengeluaran biskut keluaran produk Bumiputera bagi memenuhi pasaran negara. Sejumlah 30 jenis biskut telah dihasilkan oleh

syarikat yang beroperasi di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor ini dan yang paling popular adalah biskut tart nenas. “Kehidupan saya memang agak berbeza dengan remaja-remaja lain. Sejak kecil saya sudah terdedah dengan dunia perniagaan. Bermula dengan membantu ibu bapa ketika musim cuti sekolah atau hujung minggu yang menjual produk di pelbagai karnival serta pameran di seluruh negara. AGRO MALAYSIA

09


Norli Yusop ditemuramah oleh media mengenai kejayaan produk syarikatnya. Puteri Naomi Nazyln bersama ibunya, Norli Yusop semasa demo di Seri Pentas TV3.

BERMUTU...Produk Tart Nenas keluaran Yusa Food Products menggunakan resepi tradisional sejak tahun 1998.

“Kegigihan ibu bapa sebagai usahawan secara langsung menyuntik minat saya untuk menurut jejak mereka. Yusa Food Products adalah ‘universiti’ saya. Saya belajar dan menimba pelbagai pengalaman daripada syarikat ini dengan bimbingan orang tua. Saya juga mendisiplinkan diri bangun pagi, mengawasi operasi kilang dan memantau kualiti produk,” ujar bekas pelajar SMK Damansara Utama, Kuala Lumpur yang dilahirkan kembar ini. 10 A G R O M A L A Y S I A


ENAK...Antara produk keluaran Yusa Food Products Sdn. Bhd. seperti Almond Biscotti, Almond Flakes, Almond London, Anzac Cookies, Biskut Makmur, Dark Chocolate Cookies, Greeen Peas Cookies dan Mix Nuts with Almond Flakes. Outlet Yusa Food Products yang terdapat di Star Avenue Subang Bestari.

Puteri Naomi Nazyln ditemani ayahnya, Ir. Roslan Salbi dan ibunya, Norli Yusop semasa ditemubual oleh penulis.

PEMBELAJARAN TANPA HENTI Jelas usahawan muda ini, beliau melalui proses pembelajaran yang tiada hentinya apabila bertemu pelbagai khalayak pelanggan sama ada secara individu, berkumpulan hinggalah daripada wakil kerajaan serta sektor korporat dari seluruh tanah air. Katanya, selain mengadakan perbincangan pada masa yang sama beliau juga perlu memastikan penghantaran produk syarikat ke merata outlet berjalan lancar. “Melalui perniagaan ini, saya berpeluang mengunjungi negara-negara luar termasuk Eropah, Vietnam, Mesir, China, Brunei dan Singapura. “Cabaran yang biasa dihadapi biasanya berkaitan dengan harga bahan mentah yang tidak stabil, persaingan

Hubungi: YUSA FOOD PRODUCTS SDN. BHD. No. 7, Jalan PJU 10/10C, Damansara Damai 47830 Petaling Jaya, Selangor 019-222 9895 / 013-397 9585 yusafoodproducts@gmail.com yusafoodproducts.com

dan masalah pekerja. Justeru sangat penting untuk saya melakukan kajian dan inovasi dalam mengeluarkan produk supaya ia mampu bertahan di pasaran,” jelasnya yang tidak jemu meningkatkan ilmu dengan menghadiri pelbagai kursus yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan juga swasta. Puteri Naomi Nazlyn yang tidak lokek berkongsi ilmu ini amat menggalakkan para remaja menceburi perniagaan pada usia muda. “Saya mahu menjadi usahawan yang boleh dicontohi dengan membuktikan keupayaan melaksanakan perniagaan. Impian saya ialah mahu meluaskan lagi empayar bisnes Yusa Food Products bukan sahaja di negara ini malah di peringkat antarabangsa,” ujarnya sambil tersenyum. AGRO MALAYSIA

11


PRODUK PILIHAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

NURUL

BANGKIT Dengan Cravia Carrot Chip

ENAK...Pengasas produk Cravia Carrot Chip, Nurul Halimin Sabran.

LEKA penulis mengunyah kerepek lobak merah stevia yang dikenali sebagai Cravia Carrot Chip keluaran syarikat Oishi Desert yang dimiliki usahawan muda bernama Nurul Halimin Sabran, 31 tahun. Cravia Carrot Chip dikatakan sebagai snek pertama di negara ini menggabungkan khasiat lobak merah dan stevia Cravia Carrot Chip adalah tanpa menggunakan bahan pengawet snek pertama di Malaysia, yang menggabungkan khasiat lobak serta perwarna tiruan yang mampu merah dan stevia, keluaran Oishi menawan selera khasnya penggemar Dessert. tegar kudapan. Dengan slogan Cravia ‘Makan Sekali Namun ujian menimpa Nak Beribu Kali’ (Ultimate Craving Snack) mudah untuk produk ini mendapat tempat di hati pengapabila saya kehilangan guna di negara ini. sejumlah besar wang Berkongsi kisah di sebalik tabir pengeluhasil bisnes. Ibarat jatuh aran snek ini yang lebih tujuh bulan di pasaran, pengasasnya Nurul Halimin atau Nurul berkata, ditimpa tangga saya beliau bermula dengan bisnes biskut Mix Coklat diuji lagi dengan fitnah Chip dan kek Carrot Cheese pada Mei 2014. sehingga kehilangan “Perniagaan mendapat sambutan yang kawan-kawan seorang amat menggalakkan. Namun ujian menimpa apabila saya kehilangan sejumlah besar wang demi seorang. hasil bisnes. Ibarat jatuh ditimpa tangga saya diuji lagi dengan fitnah sehingga kehilangan kawan-kawan seorang demi seorang. 12 A G R O M A L A Y S I A


Cravia Carrot Chip ini adalah idea yang Allah pinjamkan pada saya, datang melalui kasih sayang seorang ibu dan ketabahan hati seorang wanita. NURUL HALIMIN SABRAN Pengasas Cravia Carrot Chip “Di saat musibah melanda hanya ibu yang sentiasa menjadi pendamping setia dan tidak jemu membantu,” ujar Nurul yang memiliki ibu yang penyayang bernama Don Lazim, 62 tahun, anak kelahiran Kedah. KASIH SAYANG IBU Jelas gadis gigih ini, susulan daripada musibah itu beliau mengalami kemurungan hampir tiga bulan sehingga penghujung Disember 2014. “Aktiviti bisnes saya terbantut. Suatu hari ibu mengilhamkan saya untuk membuat snek berasaskan lobak merah untuk bangkit semula sebagai usahawan. “Cadangan daripada ibu membangkitkan semangat saya untuk melangkah semula dalam dunia perniagaan. Saya membuat beberapa ujian untuk menghasilkan snek lobak merah yang bermutu tinggi. Alhamdulillah, laluan saya dipermudahkan sehingga terhasilnya Cravia Carrot Chip ini,” jelas Nurul yang memi-

liki Diploma Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2004. Jelas beliau lagi bermula saat itu, fokus terus kepada penghasilan Cravia Carrot Chip serta memastikan snek itu teguh di pasaran serta mampu menjadi kegemaran ramai. “Cravia Carrot Chip ini adalah idea yang Allah pinjamkan kepada saya dan hadir bersama kasih sayang seorang ibu dan ketabahan hati seorang wanita,” ujar beliau yang berpengalaman sebagai pengurus sebuah pasaraya ternama tanah air.

AGRO MALAYSIA

13


MAKAN SEKALI NAK BERIBU KALI...Produk Cravia Carrot Chip mendapat tempat di hati pengguna.

Kini Nurul mampu tersenyum, dengan bantuan serta bimbingan beberapa agensi kerajaan termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), bisnes snek tersebut mampu dipasarkan ke seluruh negara. Sejumlah 33 ejen membantu beliau memasarkan produk ini kepada pengguna termasuk di karnival usahawan Kedai Serbaneka, Halal Mart, Halal Fest Selangor 2015, Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 dan Sambutan Jubli Emas FAMA.

14 A G R O M A L A Y S I A

Hubungi: OISHI DESSERT 576 Jalan Samudera Utara 1, Taman Samudera 68100 Batu Caves, Selangor Tel: 013-2566 957 CRAVIA CARROT CHIP CRAVIACARROTCHIPNEW


PRODUK PILIHAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Apabila...

TEMPE BERSALUT COKLAT Coklat tempe....mmm terasa tidak sabar mahu menikmati coklat yang dibungkus dalam kotak comel gabungan warna merah dan merah jambu ini. Terbayang ‘wajah tempe segar’ yang banyak terdapat di pasar tani dan ada yang dijadikan tempe goreng berlada kegemaran ibu.

Wah...tempe tradisional kini sudah semakin moden dan mengalami inovasi yang tersendiri. Tempe yang dahulunya berwajah pucat dalam balutan hijau daun pisang kini berwajah baru. Tempe yang kaya dengan bijirin kacang soya sudah disalut coklat dan berbaju merah jambu. Rasanya tidak kalah dengan coklat jenama popular lain. Coklat tempe atau coklat kacang soya jenama Missla keluaran syarikat Zammar Trading ternyata memang rangup dan enak. Tidak rugi mencuba produk tambahan pula jika anda peminat tempe segar. ILHAM REMAJA Idea menghasilkan coklat kacang soya ini atau coklat tempe ini dicetuskan oleh usahawan muda bernama Nashazrin

Zamhari, 22 tahun, anak jati Felcra Bandar Baru Seberang Perak, Perak. Ilham itu timbul semasa beliau berusia 18 tahun yang ketika itu masih menuntut di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Teluk Intan, Perak. Beliau adalah pelajar dalam bidang pemprosesan makanan. Idea tersebut disampaikan kepada ibunya Junaidah Abdul Moin yang sudah sepuluh tahun menjadi usahawan tempe segar dan sambal tempe sekitar daerah tersebut. Junaidah, 44 tahun, adalah ibu tunggal lima anak yang berasal dari Kampung Sungai Sumum, Bagan Datoh, Perak.

Junaidah Abdul Moin.

Nashazrin Zamhari.

AGRO MALAYSIA

15


Pek terbaru coklat tempe keluaran Zammar Trading.

w

BANTUAN MARDI Bertitik tolak daripada itu kedua beranak ini melakukan kajian dengan bimbingan MARDI (oleh Dr. Kamal Kadir) bagi merealisasikan hasrat anak sulungnya untuk menghasilkan produk coklat tempe jenama Missla. Nashazrin mengabadikan nama jenama Missla daripada nama adik perempuan tunggalnya yang dipanggil ‘Miss Dilla’ oleh ahli keluarga mereka. Nama penuh Miss Dilla adalah Nursyaitul Adilla. Ternyata penat lelah Nashazrin bersama si ibu dalam usaha memperkenalkan coklat tempe kepada masyarakat umum sejak setahun lalu berbaloi. Coklat jenama Missla mudah diterima khalayak khasnya yang amat mengetahui khasiat kacang soya. Produk coklat tempe yang dikatakan pertama kali dihasilkan di negara ini mempunyai masa depan yang cerah jika dipasar serta dipromosikan secara serius serta dibantu oleh pelbagai agensi.

16 A G R O M A L A Y S I A

Hubungi: ZAMMAR TRADING Bangunan IKS Hasilan Soya, Taman Desa Teratai, Fasa 6, FELCRA Bandar Baru, Seberang Perak 36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan 011-123450200 / 017-4022401 Zammar Trading


PRODUK PILIHAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

KRUNCHY KARAMEL Sasar Pasaran

ASEAN

RANGUP, enak serta amat berkhasiat. Krunchy Karamel produk keluaran Dafinah Delight Sdn. Bhd. yang diperkenalkan kepada penulis memang mengasyikkan serta lazat. Sesuai dengan slogannya ‘Sekali Ngap Habis Sebalang’. Ralit mengunyahnya tanpa henti. Krunchy Karamel bukan sebarangan produk.

Promosi dan pemasaran dilaksanakan oleh syarikat pengeluarnya dengan cara tersusun. Kilang telah dinaiktaraf dengan menggunakan peralatan serta mesin yang canggih supaya penghasilan mampu memenuhi kehendak pasaran. Dilaksanakan oleh tenaga kerja yang berpengalaman termasuk di bahagian pengurusan. “2016 adalah tahun untuk kami mensasarkan produk Krunchy Karamel ke pasaran negara-negara ASEAN. “Langkah ini selaras dengan misi syarikat yang mahu mengukuhkan jenama produk sesuai dengan kemampuan kami sebagai pakar dalam penghasilan serta kudapan badam terbaik Malaysia,” kata Pengarah Urusan Dafinah Delight Sdn. Bhd., Muhamad Akmal Jamil dalam satu pertemuan dengan Agro Malaysia baru-baru ini. Beliau berkata, selain itu dalam masa yang sama Dafinah Delight juga akan terus berusaha meluaskan pasaran di negara ini bagi memastikan produkproduk keluaran syarikat boleh diperolehi dengan mudah dan cepat. Jelasnya lagi, pendaftaran rakanrakan niaga baharu yang disasarkan hingga mencecah 1,000 orang bagi membantu lebih ramai individu memulakan perniagaan mereka sendiri melalui produk tersebut.

2016 adalah tahun untuk kami mensasarkan produk Krunchy Karamel ke pasaran negaranegara ASEAN. MOHAMAD AKMAL JAMIL Pengarah Urusan Dafinah Delights Sdn. Bhd. AGRO MALAYSIA

17


Ramai yang sudah menikmati Krunchy Karamel.

SASAR 1,000 OUTLET “Pada masa ini produk-produk keluaran syarikat kami boleh didapati lebih 160 outlet di Lembah Klang termasuk stesen-stesen minyak serta premis-premis Rakan Niaga Premium manakala syarikat mensasarkan penjualan di lebih 1,000 outlet di seluruh negara menjelang akhir tahun 2016,� ujar beliau lagi. Mohamad Akmal Jamil yang juga seorang akauntan bertauliah dan pernah berkhidmat sebagai salah seorang pengurus di Bank Negara. Bercerita lanjut Mohammad Akmal berkata, empayar perniagaan ini telah diasaskan oleh isteri beliau, Annisha Mohd Khalid pada Januari 2012 setelah tertubuhnya Dafinah Delights Enterprise. Ujar beliau lagi, pada awalnya syarikat berkenaan hanya mengeluarkan produk kek coklat dan kemudian diikuti dengan produk Krunchy Karamel Almond yang menggunakan hirisan badam serta karamel berkualiti tinggi. Mohammad Akmal berkata, pada November 2013 pula syarikat tersebut telah menghasilkan satu lagi produk berasaskan pelbagai kacang berkhasiat yang dikenali sebagai Krunchy Karamel Nuts.

18 A G R O M A L A Y S I A


Proses dilakukan oleh staf di kilang baru.

Hubungi: DAFINAH DELIGHTS SDN. BHD. 29G, Jalan Hijau 5/3, Green Valley Park 48020 Rawang, Selangor 012-969 2586 dafinahdelights@gmail.com

Menurut beliau sambutan produkproduk tersebut sangat menggalakkan dan pemintaan sentiasa meningkat. Katanya, pengeluaran produk yang dahulunya dihasilkan di rumah kini berpindah ke dua lot kilang di Green Valley Park, Rawang, Selangor yang mampu menampung pengeluaran maksimum 30,000 balang sebulan. Ujar beliau lagi, sehingga Disember 2013, Dafinah Delight telah mempunyai enam stokis negeri serta membantu menambahkan pendapatan kepada 750 orang rakan niaga di seluruh Malaysia. Beliau berkata, sejak Febuari 2014 produk Krunchy Karamel boleh didapati di rangkaian kedai serbaneka Circle K Malaysia, secara online melalui kolaborasi bersama Celcom Axiata, FAMA, 11Street Malaysia dan JOCOM.

AGRO MALAYSIA

19


PRODUK PILIHAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

FRUITYLICIOUS Juice Jadi Rebutan Pelanggan Jika anda tercari-cari jus minuman untuk keluarga, penulis mencadangkan agar mencuba jus keluaran Reens Rich Empayar yang menawarkan 12 pati pelbagai perisa buah-buahan. Setelah mencuba jus tersebut penulis dapati rasa asli buah masih segar dinikmati serta berkhasiat bagi mencergaskan tubuh.

“Pelanggan mengenali produk kami sebagai Fruitylicious Juice. Terdapat 12 jenis jus yang kami hasilkan daripada pati buah-buahan tropika dan mediterranean,” kata pemilik syarikat Reens Rich Empayar iaitu Khairiah Mohammad atau lebih senang dipanggil Adreen, 38 tahun. Menurut wanita anak jati Kuala Lumpur ini, terdapat 12 jus keluaran syarikatnya namun yang paling ‘hangat di pasaran’ adalah pati jus blueberry, mango dan honeydew. Pati jus tersebut dijual dalam botol dua liter yang boleh juga digunakan untuk membuat manisan pencuci mulut seperti agar-agar dan karamel. Pati jus ini juga boleh dibuat ice blanded. Selain itu, syarikat Adreen juga turut memasarkan jus yang dijual dalam botol 350 mililiter dan boleh diminum terus. 20 A G R O M A L A Y S I A

Khairiah Mohammad tawar peluang menjadi ejen Fruitylicious Juice kepada anda yang berminat menjana pendapatan.

15 TAHUN DALAM BISNES “Sejak produk ini dipasarkan sambutan amat menggalakkan. Rasanya yang asli kerana pati buah-buahan digunakan melebih 35 peratus. Dalam tempoh sebulan lebih seribu botol produk dikeluarkan bagi memenuhi keperluan pelanggan. “Jualan semakin meningkat terutama pada musim perayaan dan bulan Ramadan sejak diperkenalkan November 2014,” ujar wanita yang telah berpengalaman dalam bidang bisnes sejak 15 tahun lalu. Sebelum ini Adreen pernah memasarkan produk Kacang Berperisa Sambal Berlado dan mengusahakan juga butik pengantin serta perkhidmatan katering.


Ceria bersama Fruitylicious Juice

Azian Marwan, suami kepada Khairiah Mohammad yang sentiasa menyokong bisnes isterinya.

“Untuk berjaya saya tidak mudah menyerah kalah walaupun sebelum ini menghadapi pelbagai ujian. “Saya bermula sebagai jurusolek pengantin dan artis. Sambil itu saya membuka butik pengantin yang dikenali sebagai Andaman Adreen di Batu Caves, Selangor. “Saya percaya dengan rezeki yang Allah S.W.T telah aturkan untuk kami. Walaupun pernah bekerja di sektor swasta sebelum ini namun saya tidak terkilan melepaskan jawatan demi mencapai impian menjadi usahawan,” ujar wanita periang ini. Adreen bertuah kerana usaha beliau melebarkan sayap perniagaan turut dibantu oleh suami yang bernama Azian Marwan, 41, yang berasal daripada Batu Pahat, Johor. Pengorbanan Azian yang memahami minat isterinya, bukan sahaja memberi khidmat nasihat yang diperlukan tetapi juga menghantar Adreen menemui

pelanggan-pelanggan sekiranya mempunyai waktu terluang. Mengenai operasi produk, Adreen berkata, pada masa ini jus dipasarkan melalui perniagaan online, pesta-pesta, festival, pasar tani dan agrobaazar sekitar Lembah Kelang dan Perak. EJEN JUALAN DIKEHENDAKI Bagi membantu mereka yang berminat dalam bidang perniagaan Adreen menawarkan anda peluang untuk menjadi ejen menjual produk jus keluaran syarikat beliau. “Selain boleh menjadi ejen sepenuh masa anda juga boleh melakukannya secara sambilan bagi menjana pendapatan keluarga. Hubungi: Jika berminat boleh mengREENS RICH EMPIRE No. 576 Jalan Samudera Utara 1 hubungi saya 016-2179890,” Taman Samudera katanya dengan ramah.

68100 Batu Caves, Selangor 016-217 9890 / 016-217 9873 reens.richempire@gmail.com

AGRO MALAYSIA

21


PRODUK PILIHAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Formula Hebat Xenergy Drink Malaysia

F

ORMULA yang hebat dan meyakinkan. Gabungan lima bahan berkhasiat iaitu guarana, ginseng, gingko, sarang burung dan vitamin (BI, B3, B6, B12) cukup menjadikan minuman berperisa dalam botol comel ini mampu menyuntik tenaga yang keletihan. Penulis sendiri sudah mencuba minuman ini sewaktu menempuh perjalanan jarak jauh yang agak menjemukan. Mata yang mula layu mula segar kembali setelah menghabiskan sebotol Xenergy Drink Malaysia buatan anak tempatan ini. Rasa minuman berperisa ini juga enak apatah lagi jika diminum sejuk setaraf dengan minuman produk luar yang dikilangkan di negara ini. Minuman bertenaga yang mensasarkan masyarakat umum khasnya terhadap golongan muda dihasilkan oleh syarikat Best Manufactured Produce Sdn. Bhd. yang beroperasi di Seremban, Negeri Sembilan sejak tahun 2015.

22 A G R O M A L A Y S I A


Dengan kemunculan produk ini rakyat Malaysia sudah ada pilihan lain yang bersesuaian dengan cita rasa mereka. Cabaran kami adalah terus mempromosikan minuman ini supaya boleh diterima sebagai minuman kegemaran ramai. MUHAMMAD FIRDAUS IBRAHIM Pengarah Eksekutif Best Manufactured Produce Sdn. Bhd.

Minuman Xenergy Drink Malaysia memberi kesegaran kepada tubuh yang keletihan.

MILIK USAHAWAN BUMIPUTERA Syarikat milik Bumiputera yang memiliki sijil halal JAKIM ini diterajui oleh usahawan berpengalaman iaitu Datuk Mohd Azman Ahmad yang dilahirkan pada 1968 dan menetap di Negeri Sembilan. Beliau dibantu oleh anak lelakinya, Muhammad Riedha yang juga lembaga pengarah syarikat tersebut. Turut menjadi nadi penggerak syarikat adalah anak kelahiran ibu kota iaitu Muhammad Firdaus Ibrahim selaku ahli lembaga pengarah syarikat. Dalam satu pertemuan dengan Agro Malaysia baru-baru ini, Muhammad Firdaus berkata, pihaknya sudah menyusun strategi pemasaran bagi memastikan jenama Xenergy Drink mampu menembusi pasaran tempatan dan seterusnya ke negara luar. Beliau berkata, bagi mencapai misi tersebut, promosi pemasaran produk sentiasa aktif dengan membuka gerai, kios di karnival-karnival dan mengadakan roadshow ke kawasan sasaran. “Kami juga turun naik ke pejabat swasta atau agensi-agensi kerajaan untuk memperkenalkan produk tersebut sambil memberi penerangan khasiat minuman ini.

Muhammad Riedha.

AGRO MALAYSIA

23


Lawatan daripada pihak agensi dalam meningkatkan mutu kualiti produk Xenergy Drink.

Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin bersama produk Xenergy Drink.

Hubungi: BEST MANUFACTURED PRODUCE SDN. BHD. 011-1111 3368 mfirdausibrahim04@gmail.com Xenergy Drink Malaysia

24 A G R O M A L A Y S I A

Dilawati oleh Datuk Sri Mustapa Mohamed ketika sesi pameran.

“Selain itu, penggunaan media baru, media elektronik dan media cetak turut membantu menghangatkan lagi pasaran Xenergy Drink ini kepada rakyat Malaysia. Medium seperti laman web, Facebook, Instagram dan Twitter turut dimanfaatkan supaya produk ini boleh dikenali lebih pantas,” kata anak muda yang dilahirkan pada Disember 1989. Penampilan Muhammad Firdaus atau Firdaus yang memiliki pesonaliti menarik, cergas serta berkeyakinan ini juga turut mempercepatkan penerimaan produk ini dalam kalangan pengguna. “Dengan kemunculan produk ini rakyat Malaysia sudah ada pilihan lain yang bersesuaian dengan cita rasa mereka. Cabaran kami adalah terus mempromosikan minuman ini supaya boleh diterima sebagai minuman kegemaran ramai. “Kami yakin pasaran terbuka luas dan perlu bekerja kuat untuk memasarkan jenama ini. Insya-Allah dengan sokongan pelbagai pihak misi mempertingkatkan jenama Xenegy Drink Malaysia mampu dicapai,” ujar Firdaus yakin.


PRODUK PILIHAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

MEMANG

PERGHHH... LIMA bintang penulis ‘hadiahkan’ untuk produk daging panggang berbalut roti tortilla keluaran The Midwest Griller yang diusahakan oleh usahawan muda tempatan ini. Bukan sahaja enak tetapi pembungkusan produk ini juga kemas, unik dan kreatif. Perkhidmatan penghantarannya cepat serta menepati masa khas rumah ke rumah atau pejabat.

CERIA...Mereka yang telah merasa produk The Midwest Griller pasti akan tersenyum puas menikmati kelazatannya.

AGRO MALAYSIA

25


B

ERPELUANG bertemu dengan tenaga penggerak utama produk ini iaitu Azmir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Abas, banyak yang boleh dikongsi dengan pembaca berkaitan keistimewaan produk The Midwest Griller. Menurut Azmir, The Midwest Griller diwujudkan pada awal bulan Mei 2015 di bawah syarikat Salted Men Sdn. Bhd. dan dikendalikan bersama dua lagi rakannya iaitu Ahmad Arif Sallehhudin dan Saiful Anuar Mohamed. “Bermula daripada hobi dan suka aktiviti memasak menggunakan teknik memanggang (griller) dengan arang (charcoal) atau kayu api (BBQ). Kami pertingkatkan kepakaran memanggang dengan mencuba pelbagai resepi sambil mempelajari jenis-jenis rempah di seluruh pelusuk dunia.

26 A G R O M A L A Y S I A

“Sebelum ini kami juga pernah memulakan pelbagai jenis perniagaan yang lain termasuk makanan dan pernah memiliki sebuah restoran makanan Timur Tengah,” kata anak jati dari Petaling Jaya, Selangor ini. Ujarnya pelbagai cabaran telah mereka lalui dan cuba membaiki kelemahan bagi memastikan bisnes berjalan lancar. “Kami tidak mudah berputus asa dan terus menimba kemahiran dalam ilmu masakan dari semasa ke semasa. Maka daripada apa yang telah berlaku tercetuslah sebuah bisnes makanan berasaskan grill yang tersendiri,” kongsinya dengan ramah.


Azmir bersama Saiful Anuar Mohamed (tengah) dan Ahmad Arif Sallehhudin.

RESEPI TIMUR TENGAH Menurut beliau, keistimewaan makanan The Midwest Griller ialah ianya menggabungkan resepi daripada Timur Tengah dengan prihatin terhadap cita rasa rakyat Malaysia. Cara menyediakan menu ini juga amat teliti dan mempunyai Standard Operating Procedure (SOP) yang tersendiri. “Petugas di bahagian dapur wajib berpakaian lengkap dangan penutup kepala, mulut, sarung tangan dan apron,� katanya. Cerita beliau lagi, memasak menggunakan teknik memanggang menjadikan makanan The Midwest Griller amat berkhasiat untuk tubuh.

TELITI...Menu yang dihidangkan mengikuti SOP yang telah disediakan.

1

2

PENGHANTARAN...Antara menu yang boleh dipesan sama ada Ala-Carte (1) atau Combo (2).

AGRO MALAYSIA

27


Bermula daripada hobi dan suka aktiviti memasak menggunakan teknik memanggang (griller) dengan arang (charcoal) atau kayu api (BBQ). Kami pertingkatkan kepakaran memanggang dengan mencuba pelbagai resepi sambil mempelajari jenis-jenis rempah di seluruh pelusuk dunia. MOHD AZMIR ABAS Pengasas The Midwest Griller

“Untuk menampung permintaan yang tinggi, The Midwest Griller mengambil langkah lebih teratur supaya dapat mengeluarkan produk berkualiti dalam jumlah yang banyak. Bukan sahaja terletak pada resepi dan cara panggang yang telah ditetapkan (SOP) atau kebersihan, kami juga harus teliti terhadap fizikal produk yang perlu termasuk pembungkusannya,” ujarnya serius. Bagi menjamin kualiti produk, katanya mereka menggunakan bahan yang dibekal daripada syarikat yang berdaftar. Jelasnya, beza ribs (lamb) dangan lamb wrap ialah, ribs adalah tulang rusuk manakala isi daging dan lemak biasa digunakan untuk lamb chop. Katanya, daging yang digunakan untuk lamb wrap adalah isi daging kambing dan sedikit lemak yang telah dikisar. NOTA Wrap itu bermaksud balut, The Midwest Griiler mengeluarkan produk berasaskan wrap. Lamb wrap ialah daging kambing yang dibalut dengan roti tortilla.

28 A G R O M A L A Y S I A

SASARAN BISNES 2016 •Meningkatkan tempahan •Membuka restoran, mewujudkan kiosk The Midwest Griller dan membuka trak makanan (food truck) untuk sebarang acara. Kami mencari bakal-bakal usahawan muda untuk menyertai perniagaan ini. Kepada yg berminat boleh hubungi kami segera di talian The Midwest Griller.

Hubungi: SALTED MEN SDN. BHD. No. 5, Jalan 51A/235A 46100 Petaling Jaya, Selangor 03-7865 3627 midwestgriller@gmail.com www.midwestgriller.com


INFO

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

3 HERBA Penawar Penyakit

BELALAI GAJAH

Pokok Belalai Gajah atau nama saintifiknya ialah Clinacanhus nutans. Pokok ini mampu merawat pelbagai jenis kanser antaranya kanser prostat, kanser payu dara, kanser paru-paru darah tinggi. Selain itu ia mampu mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Tumbuhan ini berasal dari negara Thailand dan lazimnya hidup subur dalam iklim tropikal.

TEBU GAJAH

Pokok Tebu Gajah atau nama saintifiknya Albizzia myriophylla sangat berkesan untuk penawar demam, racun (bersifat anitidot), kencing manis, lemah tenaga batin, angin dalam badan, darah tinggi, keputihan dan lesu-lesu badan. Tumbuhan yang juga dikenali sebagai akar manis atau akar kayu manis hidup subur di negeri Perak dan Pahang serta juga Selatan Thailand. Akar pokok ini digunakan untuk merawat demam. Manakala daunnya digunakan untuk mengubat sakit telinga, membuang angin dalam badan dan sebagai ubat tenaga batin serta memulihkan tubuh yang lesu.

MANGKOKAN

Mangkokan atau nama saintifiknya Polyscias scutellaria. Akar dan daunnya sangat bermanfaat untuk membantu melancarkan pencernaan usus. Daunnya memiliki serat yang cukup tinggi yang boleh mencegah sembelit, kesukaran membuang air besar serta kecil. Selain itu tumbuhan ini juga berkesan untuk mengelakkan masalah keguguran rambut lelaki atau wanita. Pengguna daun pokok ini dapat menyuburkan rambut serta mencegah kelemumur. Fungsi lain tumbuhan ini adalah merawat anemia, luka, radang tengkorok dan payu dara. Tumbuhan ini sangat popular penggunaannya di kalangan penduduk pedalaman Indonesia. Ia mudah ditanam di halaman rumah dan ketinggiannya boleh mencecah enam meter.

AGRO MALAYSIA

29


JEJAK BISNES

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

HIJRAH BADRI...

Demi Rudyz

P

ERLAHAN-LAHAN penulis menguyah karipap goreng berinti daging ayam jenama Rudyz. Menghayati keenakan pastry dan inti kuih yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ini. Biarlah deria rasa (lidah) yang menilai keenakan kuih gebu comel ini kerana sepasang pancaindera penulis sedang asyik melihat kehijauan ladang teh Cameron Highland. Emmm‌ dengan tiga kali gigitan karipap mewah inti selesai dihadam. Tidak puas dengan kelazatannya penulis mencapai sebiji lagi produk Rudyz ini. Aduhai‌memang enak...tidak sia-sia penulis membawa Rudyz sebagai bekalan naik ke Tanah Rata untuk dijadikan sajian santai pengalas perut sambil melawan angin sejuk daerah pelancongan ternama negara ini. Bukan sahaja penulis membawa karipap daging ayam tetapi juga daging lembu, samosa dan donat yang telah disejukbekukan oleh syarikat Rudyz Enterprise Sdn. Bhd. yang beroperasi di Dungun, Terengganu sejak tahun 2008. Gara-gara selera sudah tertambat dengan Rudyz, penulis meluangkan waktu untuk bersama dengan Muhammad Badri Shah Bahari yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang sudah dikenali dalam industri sejuk beku kuih muih tradisional dan moden khasnya di Pantai Timur. Muhammad Badri Shah yang lebih selesa dipanggil Badri ini bertemu penulis ditemani oleh Mohd Farid Zulkiffli, 25, yang juga Eksekutif Pemasaran dan Promosi produk syarikat tersebut. Tidak sukar untuk berkomunikasi dengan Badri walaupun beliau bergaya santai namun setiap pertanyaan penulis mampu dijawabnya dengan tenang serta berhemah melambangkan keperibadian usahawan muda yang berkeyakinan. 30 A G R O M A L A Y S I A

Muhammad Badri, CEO muda berwawasan.


Produk sejuk beku keluaran Rudyz Enterprise Sdn. Bhd. yang terdapat di lebih 10 outlet sekitar Lembah Klang.

Bagi memperkasakan Rudyz, padang pemasaran dan promosi Rudyz tidak lagi tertumpu di Pantai Timur sahaja. Kami perlu terus mengorak langkah walau apa jua kemelut ekonomi yang melanda. Jenama Rudyz perlu dikukuhkan supaya kental berdaya saing di pasaran terbuka. MUHAMMAD BADRI SHAH BAHARI Ketua Pegawai Eksekutif Rudyz Enterprise Sdn. Bhd.

AGRO MALAYSIA

31


Mohd Farid Zulkiffli.

Ditemuramah oleh TV3.

BERKORBAN DEMI AMANAH KELUARGA Demi amanah keluarga dan kasih sayang kepada Rudyz, Badri sanggup berkorban meninggalkan daerah tempat beliau dibesarkan untuk berhijrah ke ibu kota sejak beberapa bulan lalu. “Bagi memperkasakan Rudyz, padang pemasaran dan promosi Rudyz tidak lagi tertumpu di Pantai Timur sahaja. Kami perlu terus mengorak langkah walau apa jua kemelut ekonomi yang melanda. Jenama Rudyz perlu dikukuhkan su32 A G R O M A L A Y S I A

paya kental berdaya saing di pasaran terbuka. “Rancangan pemasaran dan promosi telah disusun. Kami mahu meluaskan lagi edaran produk ke seluruh negara secara berperingkat. Bermula di sekitar Lembah Klang dan seterusnya ke daerahdaerah berhampiran,� jelasnya yakin. Menurut beliau lagi, walaupun begitu operasi pengilangan produk tetap dikekalkan di lokasi asal memandangkan kilang tersebut telah pun memiliki sijil halal sejak tahun 2012.


SASARAN PRODUK UNTUK PENGUASA KAFE DAN HOTEL “Pemasaran dan promosi produk beroperasi di Kuala Lumpur dengan bantuan lima orang petugas yang berpengalaman dalam bidang tersebut. “Sasaran pelanggan bukan sahaja kepada masyarakat umum tetapi juga kepada pengusaha kafe dan hotel. In-

sya-Allah usaha untuk bertemu dengan golongan sasar telah dilaksanakan dan sambutan sangat menggalakkan,� jelas Badri yang dilahirkan di Bintulu, Sarawak, 28 tahun yang lalu. Menurut Badri, bagi pasaran luar negara pula, syarikatnya merancang untuk menembusi pasaran di negara Brunei pada tahun mendatang.

TEKUN...Badri dan Farid sering mengadakan perbincangan untuk meningkatkan mutu produk. AGRO MALAYSIA

33


Apa cabarannya menjadi CEO syarikat di usia muda, spontan penulis lontarkan soalan tersebut untuk menjentik minda usahawan bujang ini. “Orang kurang yakin. Ada waktunya sewaktu menghadiri kursus atau hadir di majlis-majlis rasmi bagi mewakili syarikat mereka berasa janggal. “Namun persepsi tersebut bersifat sementara sahaja. Lama-kelamaan setelah berurusan dengan saya mereka menjadi yakin. Mereka inilah yang banyak membantu dan memberi nasihat untuk saya melangkah lebih maju,� ujarnya tersenyum ceria. BAGAIMANA RUDYZ BERMULA Rudyz Enterprise Sdn. Bhd. nama yang diabadikan sempena daripada nama abang Mohammad Badri Shah iaitu Muhammad Badruddin Shah, 33 tahun yang juga Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat tersebut. Muhammad Badruddin Shah yang dipanggil Rudy oleh keluarga, mengilhamkan pengeluaran produk makanan sejuk beku sebagai satu bisnes komersial bagi menjana pendapatan keluarga di samping boleh membantu usahawan kecil lain yang berminat untuk menjadi pembekal. 34 A G R O M A L A Y S I A


Bahari Kamar Shah dan isterinya, Maznah Muiz.

Rudy yang berkelulusan jurutera eletronik Universiti Yamagata dari matahari terbit Jepun amat cintakan bidang bisnes. Setelah melakukan kajian dengan bimbingan SIRIM mereka memulakan perniagaan dengan pantauan bapa iaitu Bahari Kamar Shah, 61 tahun, yang sudah bersara lima tahun lalu sebagai perunding minyak dan gas di daerah tersebut. Bahari adalah anak jati Kuala Selangor,

Selangor merupakan bekas jurutera yang bersara daripada Petronas sejak lima tahun lalu. Resepi keluarga ini diperturunkan oleh ibunya iaitu Maznah Muiz, 54 tahun, yang memang pakar memasak terutama menghasilkan pastry serta pelbagai jenis kek. Sebagai surirumah Maznah meluangkan masa menjalankan bisnes secara kecil-kecilan dalam masakan. Wanita yang dilahirkan di Kampung Abdullah Hukum, Kuala Lumpur ini juga

giat menghasilkan decoupage setelah menimba ilmu berkaitan seni tersebut. Turut membantu anak sulung mereka iaitu Mohammad Bachtiar Bahari yang mahir daripada segi reka bentuk material publisiti produk. Bisnes yang turut mengeratkan ikatan kekeluargaan ini sudah semakin berkembang. Oulet besar sudah pun mencecah 10 buah dan 60 ejen turut membantu mengedarkan produk Rudyz ini.

Hubungi: RUDYZ ENTERPRISE SDN. BHD. 019-9343487 / 013-3910707 rudyzenterprise@yahoo.com Rudyz Frozen KL

AGRO MALAYSIA

35


JEJAK BISNES

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

PEKASAM

DAGING RUSA

Azra Grill Truck Pukau Selera DAGING rusa pekasam?...Aduhai dengan menu ini sahaja perut yang kenyang pun terasa lapar kembali. Terbayang sajian nasi putih panas yang boleh dinikmati dengan pekasam daging rusa bersama cabai burung. Wah, boleh juga sajian ini dimakan dengan bubur nasi. Pesakit yang ‘hilang’ selera makan pun pasti terbuka semula selera mereka untuk menikmat hidangan tersebut.

36 A G R O M A L A Y S I A


ENAK...Ternyata idea menghasilkan pekasam daging rusa mampu menambahkan pendapatan kepada usahawan.

Penulis bersama Fathi, Syazana Razalli (isteri beliau) dan anaknya.

Daging rusa yang berkualiti tinggi secara langsung menghasilkan pekasam yang enak. Kami tidak menghadapi masalah pembekalan daging rusa kerana boleh diperolehi secara segar dari ladang milik ayah. MUHAMAD FATHI HAJI MOHAMAD AKBAR Pemilik Azra Grill Truck

DI suatu petang yang indah, penulis berpeluang menikmati pekasam daging rusa ‘air tangan’ Syazana Razalli iaitu isteri kepada usahawan muda bernama Muhamad Fathi Haji Mohamad Akbar, 32 tahun, yang menjalankan perniagaan Azra Grill Truck. Mengerti penulis tidak pakar memasak daging pekasam tambahan pula daging rusa, Syazana membawa sebekas masakan itu untuk diuji rasa oleh penulis. Aduhai, spontan penulis terpesona dengan pekasam daging rusa ini. Memang enak, asli dan unik. Kreatif sungguh pasangan suami isteri yang menetap di Rawang, Selangor ini dalam mempelbagaikan produk berasaskan makanan untuk menambat hati pelanggan.

LADANG RUSA MILIK AYAH Bercerita lanjut mengenai bisnes mereka, Muhamad Fathi atau Fathi berrkata, ilham mengeluarkan produk Pekasam Daging Rusa dicetuskan oleh isterinya yang juga surirumah sepenuh masa. Bekalan daging rusa segar diperolehi dari ladang milik ayahnya Mohamad Akbar Chireghdin di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang. Jelasnya, Ladang D’ Paradise kepunyaan ayahnya menternak lebih 1,000 ekor rusa di kawasan seluas 257 ekar dengan bantuan enam orang pekerja. Ternakan rusa yang diberi makan rumput napier dan hampas kacang soya asli mampu menghasilkan daging rusa yang halus, gebu serta berkhasiat.

Mohamad Akbar Chireghdin.

Rusa diberi makan rumput napier.

AGRO MALAYSIA

37


Fathi turut dikenali sebagai ‘Along Rusa’ manakala nama Azra Grill Truck diambil sempena nama anak perempuan bongsunya, Siti Nur Azra.

“Daging rusa yang berkualiti tinggi secara langsung menghasilkan pekasam yang enak. Kami tidak menghadapi masalah pembekalan daging rusa kerana boleh diperolehi secara segar dari ladang milik ayah. “Selain itu kami juga ada menjual daging rusa sejuk beku dan rusa yang boleh dijadikan baka,” katanya yang turut membantu ayahnya menternak rusa serta memasarkan produk tersebut. Beliau berkata, terdapat enam jenis rusa yang diternak di ladang tersebut termasuk spesis Timorensis, Sika Axis Axis, Felore dan Nilgai.

Siti Nur Arisah, 8 tahun, adalah anak pertama yang paling banyak membantu Fathi.

PENGHANTARAN...Daging rusa segar siap dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan.

Fathi turut menerima kunjungan pelajar universiti ke ladangnya.

38 A G R O M A L A Y S I A


Selain daripada mempromosikan produk Pekasam Daging Rusa, Azra Grill Truck juga menjual Burger Rusa, Rusa Golek, Kambing Golek Akikah, Kambing Golek, Ayam Panggang, Prosperity Burger, Puyuh dan Kepak Panggang. Katanya, penyediaan rempah ratus serta sos lada hitam dibuat sendiri secara menual bagi mengekalkan keaslian rasa masakan tersebut. Bagi melebarkan lagi perniagaan kepada masyarakat umum di negara ini, Fathi menawarkan peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen memasarkan produknya termasuk Pekasam Daging Rusa.

Hubungi: 012-637 9835 / 010-421 8544 Azra Grill Truck

AGRO MALAYSIA

39


JEJAK BISNES

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

LALAH GOAT MILK TERBAIK DARI REMBAU

BERKHASIAT...Susu kambing keluaran Lalah River Goat Farm digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat.

40 A G R O M A L A Y S I A


BERSIH...Sumber air yang bersih dari anak sungai menjadikan ternakan sihat serta terhindar daripada penyakit.

SERASI bersama... Adil dan ayahnya, Haji Shahrom menternak kambing sejak 2011.

Alhamdulillah...sumber alam di sini juga segar serta menghijau dan pastinya berkhasiat untuk ternakan. ADIL SHAHROM Pengarah Lalah River Goat Farm

P

AGI yang sungguh nyaman dan permai. Kicauan unggas riuh menyambut ketibaan kami sebaik menjejakkan kaki di ladang ternakan kambing Kampung Lalah, Pedas, Rembau, Negeri Sembilan. Ternakan kambing tempatan ini diusahakan oleh oleh usahawan muda Adil Shahrom, 38 tahun, bersama ayahnya Haji Shahrom Mohd Dom, 71 tahun, sejak 2011. Turut bersama Agro Malaysia dalam tinjauan ini adalah usahawan tanaman fertigasi rock melon iaitu Muhammad Sidek Osman. Beliau juga adalah pengarah urusan syarikat KMS Agronomi Sdn.

Bhd. yang mengeluarkan sos rock melon pertama dunia. “Kambing-kambing yang dibesarkan di persekitaran yang kaya dengan sumber makanan menjadikan ternakan tersebut sihat serta terhindar daripada penyakit. Ternakan yang digembalakan itu mampu menghasilkan susu yang amat berkhasiat. “Alhamdulillah...sumber alam di sini juga segar serta menghijau dan pastinya berkhasiat untuk ternakan,� katanya sambil menunjukkan kawasan persekitaran yang menghijau saujana mata memandang. AGRO MALAYSIA

41


GIGIH...Adil meninggalkan kerjaya dalam pengiklanan untuk menjadi usahawan ternakan kambing.

Penulis lantas melontarkan pandangan di kawasan seluas satu hektar tersebut. Subur sungguh rumput di kawasan tersebut terutama di kebun getah berhampiran. Kambing-kambing yang diternak secara gembala lebih sihat dan aktif serta berbulu bersih. Terasa merdu nanyian unggas bersulamkan ‘aliran muzik’ dari anak sungai yang mengalir jernih berhampiran kandang kambing tersebut. Sumber air asli yang pastinya menyihatkan lagi ternakan. Selain daripada kambing kawasan tersebut juga dimanfaatkan dengan ternakan ayam dan itik. Turut ditanam di sini adalah pelbagai jenis pokok buah-buahan termasuk rambutan dan durian.

HIJAU...Kawasan seluas satu hektar ini turut dimanfaatkan dengan tanaman pelbagai jenis buahbuahan termasuk durian dan rambutan.

42 A G R O M A L A Y S I A


SUSU SEGAR PERAHAN TRADISIONAL Sambil mendengar cerita Adil berkaitan ternakannya, penulis leka melihat pekerja memerah susu daripada ibu kambing secara tradisional iaitu menggunakan tangan. Walaupun susu kambing diperah secara manual tetapi kebersihan amat dititikberatkan demi menjamin kualiti produk Lalah River Goat yang sedang hangat di pasaran. Setiap bulan lebih 2,000 botol produk susu kambing dihasilkan dari ladang ternakan kambing ini. Produk daripada syarikat Lalah River Goat Farm kini sedang aktif dipasarkan di sekitar Negeri Sembilan, Lembah Klang dan juga sekitar Bandar Teluk Intan, Perak.

PROMOSI...Lebih 2,000 botol susu kambing dikeluarkan oleh Lalah River Goat Farm untuk pasaran tempatan.

AGRO MALAYSIA

43


KHASIAT SUSU KAMBING Susu kambing diperah secara tradisional iaitu menggunakan tangan. Produk asli yang tidak dicampur bahan pengawet, perwarna tiruan dan dicampur air. Khasiatnya sangat baik untuk kesihatan tubuh kerana ia kaya dengan protin, kalsium, rendah laktosa, bersifat alkali dan tinggi riboflavin. Selain itu susu kambing ini juga dapat membantu melegakan gastrik dan mengurangkan ekzema. Rasa susu kambingnya yang enak dan tidak berbau amat digemari kanakkanak serta ibu-ibu hamil. “Suatu waktu dahulu kami gemar minum susu lembu asli tetapi sejak mempunyai ternakan kambing kami sekeluarga menjadi penggemar susu kambing. “Bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati khasiat susu kambing, ayah mengilhamkan hasil tenusu ini dibuat secara komersial,” ujarnya yang pernah bertugas di syarikat pengiklanan di ibu kota. Susu kambing diminum bersama kurma segar bagi membantu tubuh lebih sihat dan bertenaga serta minda yang cergas.

Pengguna susu kambing Lalah River Goat Farm.

44 A G R O M A L A Y S I A

CERIA...Dua beradik iaitu Nur Haibah Hakimah Sidek (tengah) dan adiknya Muhammad Hazim Hakim Sidek turut bersama penulis Agro Malaysia meninjau ladang ternakan kambing syarikat Lalah River Goat Farm.

Muhammad Sidek Osman juga tertarik untuk meninjau ternakan kambing keluaran syarikat ini.

SASAR 100 OUTLET Berkat kegigihan Adil, beliau telah berjaya mempromosi dan memasarkan produk di lebih 15 outlet termasuk di farmasi dan kedai-kedai pelbagai guna. Katanya promosi akan digiatkan lagi untuk mencapai sasaran 100 outlet penjualan produk tenusunya pada tahun depan. “Pada masa ini terdapat 100 ekor kambing dengan tiga orang pekerja. Bagi mencapai sasaran penambahan hasil jumlah ternakan akan ditambah lagi dari semasa ke semasa,” ujar beliau ramah kepada Agro Malaysia. Selain itu pengamal perubatan alternatif juga menggunakan susu kambing keluaran Lalah River Goat Milk untuk membantu memulihkan pelanggan mereka. Manakala pusat-pusat kecantikan turut menggunakan susu kambing ini untuk mencantikkan kulit serta mandian bagi menaikkan seri wajah.


PROFIL

Haji Shahrom Mohd Dom, Pengarah Filem Tersohor Karyawan dan insan seni pasti masih mengingati lelaki yang bernama Shahrom ini yang dilahirkan 71 tahun yang lalu di Sepri, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau pernah memeriahkan industri seni tanah air pada tahun 80an selaku pengarah beberapa buah filem popular termasuk Bintang Pujaan yang dibintangi oleh Datuk Sharifah Aini, Latiff Ibrahim, Rubiah Suparman, Nancie Foo dan ramai lagi. Nama Shahrom semakin dikenali apabila dalam Festival Filem Malaysia ke 2 (1981) filem Bintang Pujaan merangkul anugerah – Filem Drama Ringan Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (dirangkul oleh artis Rubiah Suparman), Lagu Tema Terbaik (melalui Komposer Datuk Ahmad Nawab dan Pelakon Harapan Wanita (melalui artis Nancie Foo). Pengarah tersohor ini juga turut mengarah filem Langit Petang pada tahun 1982 yang dibintangi oleh artis Azean Irdawaty dan aktor Dharma Harun Al Rashid. Penerbitan filem oleh Syed Kechik Filem Productions yang dimiliki oleh Syed Kechik Syed Mohamed. Hubungi: LALAH RIVER GOAT FARM (SA0274526) Lot 2107, Kampung Sungai Lalah, 71400 Pedas, Rembau, Negeri Sembilan PJ Outlet: 45, Jalan 17/45, 46400 Petaling Jaya, Selangor Tel: 016-919 3074 LALAH RIVER GOAT FARM

AGRO MALAYSIA

45


JEJAK BISNES

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Rahsia Keenakan

Republik Ayam Kampung Organik CATATAN PEN ULIS

ZEHRA

1. Ayam kampung yang dibesarkan dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci AlQuran sejak berumur satu hari. 2. Diternak di kawasan hutan dalam kem tentera di Gemas, Negeri Sembilan. 3. Ternakan ini hanya diberi makan Rumput Israel, daun-daun hutan dan jagung segar. Sumber minuman dari parit serta sungai kecil berhampiran. 4. Persekitaran yang mewah dengan oksigen serta makanan berkhasiat menghasilkan daging yang halus, gebu serta lembut. Organik asli. 5. Bebas antibiotik. 6.100 peratus menepati piawaian syariah. 7. Diternak dan diproses segar oleh Zehra - ODS Kem PPP Syed Sirajuddin. 8. Satu projek usahasama Zehra Sdn. Bhd. & Orang Dalam Selian (ODS) di Kem PPP Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan. 9. Menu paling 'top ' - Ayam kampung organik goreng berempah ‘meletup’.

46 A G R O M A L A Y S I A


Republik Ayam Kampung mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada masyarakat tempatan. Tambahan pula penggemar daging ayam kini semakin ramai yang bertukar selera. Mereka meminati ayam kampung organik untuk menjaga kesihatan. LILY JALETA SUBARI Republik Ayam Kampung

S

EMBILAN fakta itu sudah cukup menarik penulis untuk meninggalkan ibu kota buat seketika bagi meninjau ladang ternakan yang terletak nun jauh di selatan tanah air. Tambahan pula inilah pertama kali penulis mahu meninjau ladang ternakan ayam kampung organik yang diusahakan oleh dua wanita kota yang juga mengalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Lebih menarik, pembantu ladang adalah terdiri daripada warga tempatan iaitu anak jati dari daerah Rembau, Negeri Sembilan. Projek tersebut juga melibatkan tenaga kerja terdiri daripada Orang yang Diselia (ODS) yang sedang dibimbing untuk berdikari serta menjadi usa-

hawan setelah bebas dari penjara (CSR). Melihat kegigihan Lily Jaleta dan Nor Azura mempromosikan produk mereka yang dikenali sebagai Republik Ayam Kampung, penulis mengerti mereka amat memerlukan sokongan dan masih bertatih dalam bidang ternakan. Pastinya kegigihan dua wanita kota ini menawan hati penulis. Walaupun boleh memilih bidang lain untuk memulakan tapak dalam bisnes namun mereka merelakan diri menjadi pemain lapangan ternakan. Bergelumang bersama ribuan ayam di ladang yang jauh di pedalaman adalah satu usaha yang bukan kepalang pengorbanannya.

SEPAKAT...Lily dan Nor Azura (berkaca mata) sentiasa positif dalam meneruskan cabaran menternak ayam kampung di kawasan Gemas, Negeri Sembilan.

AGRO MALAYSIA

47


MENU TOP...Ayam goreng berempah ‘meletup’ resepi istimewa Republik Ayam Kampung.

AYAM YANG ‘DIZIKIRKAN’ Sebagai fasa pertama perkenalan dengan ayam kampung organik itu, penulis meluangkan waktu untuk menikmati hidangan ‘ayam yang dizikir’ ini di kafe mereka di Petaling Jaya, Selangor. Terpukau deria rasa. Ternyata memang enak dan ‘meletup’ daging ayam kampung organik Zehra ini. Itu baharu digoreng satu menu air tangan Lily. Ada banyak lagi resepi menggunakan Republik Ayam Kampung yang menyelerakan. Boleh dimasak dengan rempah beryani dan dibuat kari meletup atau dipanggang begitu sahaja. Penulis juga berkongsi sajian ayam kampung organik tersebut dengan penasihat majalah Agro Malaysia, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Datuk Zamri Mohammed. 48 A G R O M A L A Y S I A

ENAK...Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Datuk Zamri Mohamed turut mencuba keenakan ayam goreng berempah Republik Ayam Kampung baru-baru ini.

Ulasan spontan dua tokoh ini...mmm... memang enak ternakan jenama Republik Ayam Kampung ini. Beberapa hari kemudian, akhirnya penulis tiba di ladang ternakan usahawanita ini sebagai tanda sokongan kegigihan mereka untuk menjadi usahawan berjaya.


SERASI BERSAMA...Tenaga penggerak Republik Ayam Kampung, Lily Jaleta Subari (kanan), Khairul Firdaus Mustafa dan Nor Azura.

TENAGA PENGGERAK REPUBLIK AYAM KAMPUNG (ZEHRA) Nama: Lily Jaleta Subari, 45 tahun. Nor Azura Amzah, 45 tahun. Khairul Firdaus Mustafa, 33 tahun. Suria pagi agak terik sewaktu penulis tiba di kawasan ternakan Republik Ayam Kampung yang terletak dalam kawasan Kem PPP Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan. Setelah melalui pemeriksaan ketat (mengikut SOP) kawasan tentera, kelihatan petugas terdiri daripada ODS sedang tekun menjalankan tugasannya. Sebaik kaki memijak kawasan agak lembap itu, Lily Jaleta atau lebih mesra dengan panggil Lily menunjukkan Rumput Israel yang menjadi sumber makanan utama ternakan mereka. Tumbuhan yang hidup subur itu sangat berkhasiat dan amat digemari oleh haiwan tersebut. Ia juga dapat menjimatkan kos kerana mudah ditanam dan hidup liar tanpa perlu penjagaan rapi. AGRO MALAYSIA

49


Teruja untuk menyaksikan ayam memakan rumput tersebut, penulis menyertai Lily mencari mengambil rumput tersebut. Mudah sungguh untuk mendapatkan tumbuhan itu. Boleh dicabut menggunakan tangan atau digunting bagi mengekalkan akarnya supaya membiak semula. Untuk mengangkut tumbuhan tersebut ke reban ternakan, kami hanya menggunakan kereta sorong sahaja. Wah...terasa seronok melihat ayam makan rumput. Satu pengalaman baru bagi penulis melihat ternakan ayam kampung menggunakan Rumput Israel sebagai sumber makanan. Sambil memberi ayam makan Lily dan Nor Azura meninjau ternakan mereka yang berjumlah lebih 1,000 ekor itu. Ayam yang sudah cukup usia untuk disembelih dan dijual secara segar atau disejukbekukan akan diasing terlebih dahulu. 50 A G R O M A L A Y S I A


NOTA Rumput Israel yang menjadi makanan ayam kampung organik (produk Republik Ayam Kampung) - Rumput yang selama ini ‘dibenci’ oleh peladang kerana menyebabkan ladang menjadi semak amat berguna untuk ternakan ayam kampung. Rumput Israel atau nama saintifiknya Asystasia gigantica L atau Chinese Violet, seri pagi. Juga dipanggil ‘kangkung darat’. Sesungguhnya setiap yang dicipta oleh Allah S.W.T pasti ada kegunaannya.

INFORMASI...Satu pengalaman baru bagi penulis melihat ternakan ayam diberi makan Rumput Israel.

AGRO MALAYSIA

51


Anak ayam yang berumur sehari dibesarkan di kawasan Kem PPP Syed Sirajuddin.

GEMAR...Ternakan Republik Ayam Kampung diberi makan Rumput Israel supaya dagingnya gebu dan berkhasiat.

52 A G R O M A L A Y S I A


SAMBUTAN MENGGALAKKAN “Republik Ayam Kampung mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat tempatan. Tambahan pula penggemar daging ayam kini semakin ramai yang bertukar selera. Mereka meminati ayam kampung organik untuk menjaga kesihatan. “Sebab itu kami merancang untuk menambahkan lagi jumlah ternakan sesuai dengan permintaan pasaran semasa,” jelas Lily yang pernah tinggal di Filipina beberapa tahun yang lalu. Bagi usahawan gigih ini, mereka juga mempunyai harapan iaitu mahu membuka lebih banyak ladang ternakan ayam kampung di kawasan yang telah dikenalpasti menggunakan kaedah yang sama. “Jika ada yang mahu mendapat khidmat nasihat mengenai kaedah ternakan ini kami tidak keberatan berkongsi pengetahuan,” jelas wanita cekal ini.

Hubungi

ZEHRA-ODS KEM PPP SYED SIRAJUDDIN 013-255 5873 republikayamkampung15@gmail.com Republik Ayam Kampung

AGRO MALAYSIA

53


JEJAK BISNES

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Ditanya apakah cabaran dalam bisnes ternakan tersebut, spontan Norassikin menjawab ‘kerana saya wanita’.

NORASSIKIN PILIH TERNAKAN ITIK

DI SAAT wanita lain memilih bidang kecantikan, butik atau pengurusan diri sebagai bidang bisnes ibu muda ini memilih ternakan itik untuk menjana ekonomi keluarga.

54 A G R O M A L A Y S I A


Jumlah ternakan itik Norassikin kini sudah mencecah sebanyak 600 ekor.

JELAS wanita bernama Norassikin Mohd Kahar ini, bisnes ternakan itik mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika diusahakan secara serius. “Pada mulanya saya memelihara itik secara ‘suka-suka’ sebagai mengisi masa terluang. Tugasan sebagai ‘Staff Nurse’ yang bekerja mengikut syif membuatkan saya ada masa lapang. “Tambahan pula anak perempuan juga suka akan binatang dan ahli keluarga yang lain amat menyokong usaha ini,” ujar wanita yang berusia 29 tahun dan bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor. Operasi pengurusan ternakan tersebut turut diban-

tu oleh ayahnya Mohd Kahar Haron, 55 tahun, dan ibunya Arbayah Jalaini, 48 tahun. PRODUK TELUR MASIN Melalui syarikatnya iaitu Umidamia Enterprise, Norassikin bukan sahaja memasarkan telur itik segar tetapi juga itik daging dan itik nila. Produk tersebut dipasarkan di sekitar Muar dan beberapa daerah di Melaka. “Apabila pengeluaran telur itik semakin bertambah serta permintaan meningkat ia menaikkan semangat saya untuk melebarkan lagi bisnes termasuk mengeluarkan produk telur masin,” kata anak sulung kelahiran Muar ini.

Telur itik yang sudah dibersihkan untuk diedarkan kepada pelanggan.

AGRO MALAYSIA

55


Kawasan ternakan itik yang terletak di Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, Melaka kini mampu menampung 600 ekor itik dalam satu-satu masa. Selain ternakan itik, Norassikin juga turut memelihara ayam kampung secara kecilkecilan. Bercerita lanjut mengenai ternakannya, Norassikin berkata, bekalan anak itik tempatan yang berumur tiga hari diperolehi daripada Persatuan Penternak Negeri Melaka (PPAKM). Sehingga kini syarikatnya mampu mengeluarkan lebih 3,000 biji telur sebulan tidak termasuk produk telur masin. “Jualan itik daging dan itik nila juga semakin mendapat permintaan daripada masyarakat tempatan terutama pengusaha restoran,� ujar beliau ramah. 56 A G R O M A L A Y S I A

Daun buluh madu yang dijadikan makanan kepada ternakan Norassikin.


PELBAGAI...Norassikin turut membuka booth untuk menjual hasil produk ternakannya.

MODAL TIGA RIBU Berkongsi pengalaman memelihara itik, beliau berkata modal asal hanya kira-kira RM3,000 yang digunakan untuk membina reban, membina kolam serta makanan itik. “Selain daripada makan jagung dan dedak, ternakan ini juga diberi makan daun buluh madu yang kaya dengan vitamin sepanjang tempoh pembesarannya. Sebab itu kami turut menanam buluh madu sebagai sumber tambahan makanan haiwan ini,” ujar wanita gigih yang berhati cekal . Berkaitan dengan masa depan perniagaannya, Norassikin merancang untuk mengusahakan daging itik sejuk beku untuk pasaran tempatan. “Saya akan berusaha melaksanakannya secara berperingkat sesuai dengan perkembangan pemintaan semasa,” ujar Norassikin yang mempunyai hobi melancong bagi meluaskan pengalaman. Ditanya apakah cabaran dalam bisnes ternakan tersebut, spontan Norassikin menjawab ‘kerana saya wanita’. “Masih ramai yang tidak percaya wanita seperti kami mampu mengusahakan ternakan itik secara komersial. Apabila melihat kawasan ternakan ini baru mereka mengakui keupayaan saya,” ujarnya sambil ketawa.

PROFIL

Nama Syarikat: Umidamia Enterprise Nama: Norassikin Mohd Kahar Umur: 29 tahun (anak sulung daripada tiga adik beradik) Nama Suami: Abdul Hadi Ibrahim (35 tahun) Anak: Dhia Damia Abdul Hadi (3 tahun 4 bulan) Ayah: Mohd Kahar Haron (55 tahun), bekas tentera Ibu: Arbayah Jalani (48 tahun), surirumah Lokasi Ternakan: Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai 77400 Melaka Pekerjaan: Jururawat Pediatrik Telefon: 019-653 6914

AGRO MALAYSIA

57


10

Manfaat Daging Itik untuk Tubuh

Itik adalah haiwan yang termasuk dalam spesis unggas. Spesis unggas yang satu ini tergolong sebagai haiwan yang suka hidup berkumpulan. Itik terkenal memiliki kualiti telur yang bagus serta daging yang lazat dan enak. Selain rasanya yang bersesuaian dengan lidah, daging itik juga mempunyai pelbagai manfaat. Berikut adalah beberapa manfaat daging itik bagi tubuh:

1

Menjaga prestasi otot Daging itik mengandungi sodium sebanyak 3%, sesuai dengan keperluan tubuh yang berfungsi untuk menjaga kestabilan prestasi otot.

2

Mencegah anemia Zat besi biasanya banyak didapat dari manfaat bayam, namun manfaat daging itik juga mengandungi zat besi. Zat besi berguna untuk memenuhi keperluan hemoglobin dalam tubuh dan mencegah anemia.

3

Merawat suara yang serak Kandungan mineral yang tinggi dalam daging itik mampu meredakan sakit tekak yang membuat suara serak. Hal ini juga banyak didapatkan dari pelbagai jenis manfaat buah-buahan.

4

Melancarkan sistem pencernaan Kandungan niacin dalam manfaat daging itik juga berfungsi untuk melancarkan pencernaan.

5

Menambah daya hidup pada lelaki Zat tiamin dalam daging itik mampu melancarkan peredaran saraf dan sekaligus menjaga daya hidup pada lelaki.

6

Memperbaiki sistem imunisasi badan Daging itik mengandung mineral zink yang berfungsi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara natural pada tubuh.

7

Menjaga kestabilan tekanan darah Daging itik mengandung mineral jenis sodium yang mampu mengoptimumkan tekanan darah.

8

Memenuhi keperluan vitamin B12 Daging itik memiliki kandungan vitamin B12 sebesar 13%, jumlah tersebut sangat sesuai dengan keperluan yang diperlukan tubuh.

9

Membantu menghangatkan suhu tubuh Kandungan lemak yang tinggi dalam daging itik akan mampu menghangatkan tubuh yang kesejukan.

10

Mencukupi keperluan protein Protein yang tinggi dalam daging itik juga mampu mencukupi keperluan protein dalam tubuh badan kita.

58 A G R O M A L A Y S I A


BAWAL TAUCU

Bahan-bahan: 1 ekor bawal sederhana besar (dibersihkan dan dilumur kunyit, garam serta rempah kari. Goreng garing). 2 sudu besar taucu. 3 biji cili hijau (besar) dibelah dua. 5 biji kacang bendi. Satu labu bawang besar (dimayang). Satu labu bawang putih (dimayang). Satu inci halia -(dimayang). 1 batang serai (dimayang). 2 sudu minyak jagung.

Cara memasak: 1. Tumiskan dahulu bahanbahan yang dimayang iaitu bawang besar, bawang putih, halia serta serai hingga naik baunya. 2. Masukan taucu - kacau untuk 3 minit. 3. Masukkan cili besar dan kacang bendi. Kacau untuk 3 ke 4 minit. Angkat dan tuangkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng garing tadi.

01 ..................................................... PUCUK UBI GORENG BELACAN

Jangan letak garam kerana taucu sudah masin.

Bahan-bahan: Dua ikat daun pucuk ubi (basuh dan toskan hingga kering). 15 ulas cili padi dan 5 ulas cili besar hijau (kisar kasar kedua jenis cili ini). Satu labu bawang putih. 3 ulas bawang merah (kecil). 10 ekor udang kering . 3 inci belacan (kisar cili bersama belacan). 2 sudu besar minyak masak. Garam halus (secukup rasa).

Cara memasak: 1. Kisar bawang putih dan bawang merah kecil dan tumiskan hingga garing. 2. Masukan udang kering - biarkan garing kemudian baru masukkan cili bersama belacan yang dikisar (biarkan garing serta naik minyak). 3. Masukkan daun pucuk ubi dan garam. 4. Kacau sehingga kering.

02 ..................................................... 03 Toskan jika ia berminyak secara berlebihan. Pucuk ubi goreng belacan ini amat sesuai dihidangkan dengan nasi putih atau bubur nasi.

RENDANG PUCUK UBI

Bahan-bahan: 2 ikat pucuk ubi yang sederhana tua. Santan segar daripada tiga biji kelapa. 5 ulas bawang merah kecil. 3 batang serai (dititik). 15 ekor ikan bilis. 30 biji cili padi yang dikisar bersama satu inci kunyit hidup. 2 keping asam gelugur dan garam secukup rasa.

Cara memasak: 1. Masukkan santan, serai, ikan bilis, bawang asam keping dan cili padi ke dalam kuali. 2. Kacau hingga pekat dengan api yang sederhana. 3. Bila santan sudah berminyak (naik minyak) serta susut masukkan pucuk ubi. 4. Kacau hingga garing dan berwarna kehitaman. AGRO MALAYSIA

59


JEJAK BISNES

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Ditanya apakah cabaran dalam bisnes ternakan tersebut, spontan Norassikin menjawab ‘kerana saya wanita’.

NORASSIKIN PILIH TERNAKAN ITIK

DI SAAT wanita lain memilih bidang kecantikan, butik atau pengurusan diri sebagai bidang bisnes ibu muda ini memilih ternakan itik untuk menjana ekonomi keluarga.

54 A G R O M A L A Y S I A


Jumlah ternakan itik Norassikin kini sudah mencecah sebanyak 600 ekor.

JELAS wanita bernama Norassikin Mohd Kahar ini, bisnes ternakan itik mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika diusahakan secara serius. “Pada mulanya saya memelihara itik secara ‘suka-suka’ sebagai mengisi masa terluang. Tugasan sebagai ‘Staff Nurse’ yang bekerja mengikut syif membuatkan saya ada masa lapang. “Tambahan pula anak perempuan juga suka akan binatang dan ahli keluarga yang lain amat menyokong usaha ini,” ujar wanita yang berusia 29 tahun dan bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor. Operasi pengurusan ternakan tersebut turut diban-

tu oleh ayahnya Mohd Kahar Haron, 55 tahun, dan ibunya Arbayah Jalaini, 48 tahun. PRODUK TELUR MASIN Melalui syarikatnya iaitu Umidamia Enterprise, Norassikin bukan sahaja memasarkan telur itik segar tetapi juga itik daging dan itik nila. Produk tersebut dipasarkan di sekitar Muar dan beberapa daerah di Melaka. “Apabila pengeluaran telur itik semakin bertambah serta permintaan meningkat ia menaikkan semangat saya untuk melebarkan lagi bisnes termasuk mengeluarkan produk telur masin,” kata anak sulung kelahiran Muar ini.

Telur itik yang sudah dibersihkan untuk diedarkan kepada pelanggan.

AGRO MALAYSIA

55


Kawasan ternakan itik yang terletak di Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, Melaka kini mampu menampung 600 ekor itik dalam satu-satu masa. Selain ternakan itik, Norassikin juga turut memelihara ayam kampung secara kecilkecilan. Bercerita lanjut mengenai ternakannya, Norassikin berkata, bekalan anak itik tempatan yang berumur tiga hari diperolehi daripada Persatuan Penternak Negeri Melaka (PPAKM). Sehingga kini syarikatnya mampu mengeluarkan lebih 3,000 biji telur sebulan tidak termasuk produk telur masin. “Jualan itik daging dan itik nila juga semakin mendapat permintaan daripada masyarakat tempatan terutama pengusaha restoran,� ujar beliau ramah. 56 A G R O M A L A Y S I A

Daun buluh madu yang dijadikan makanan kepada ternakan Norassikin.


PELBAGAI...Norassikin turut membuka booth untuk menjual hasil produk ternakannya.

MODAL TIGA RIBU Berkongsi pengalaman memelihara itik, beliau berkata modal asal hanya kira-kira RM3,000 yang digunakan untuk membina reban, membina kolam serta makanan itik. “Selain daripada makan jagung dan dedak, ternakan ini juga diberi makan daun buluh madu yang kaya dengan vitamin sepanjang tempoh pembesarannya. Sebab itu kami turut menanam buluh madu sebagai sumber tambahan makanan haiwan ini,” ujar wanita gigih yang berhati cekal . Berkaitan dengan masa depan perniagaannya, Norassikin merancang untuk mengusahakan daging itik sejuk beku untuk pasaran tempatan. “Saya akan berusaha melaksanakannya secara berperingkat sesuai dengan perkembangan pemintaan semasa,” ujar Norassikin yang mempunyai hobi melancong bagi meluaskan pengalaman. Ditanya apakah cabaran dalam bisnes ternakan tersebut, spontan Norassikin menjawab ‘kerana saya wanita’. “Masih ramai yang tidak percaya wanita seperti kami mampu mengusahakan ternakan itik secara komersial. Apabila melihat kawasan ternakan ini baru mereka mengakui keupayaan saya,” ujarnya sambil ketawa.

PROFIL

Nama Syarikat: Umidamia Enterprise Nama: Norassikin Mohd Kahar Umur: 29 tahun (anak sulung daripada tiga adik beradik) Nama Suami: Abdul Hadi Ibrahim (35 tahun) Anak: Dhia Damia Abdul Hadi (3 tahun 4 bulan) Ayah: Mohd Kahar Haron (55 tahun), bekas tentera Ibu: Arbayah Jalani (48 tahun), surirumah Lokasi Ternakan: Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai 77400 Melaka Pekerjaan: Jururawat Pediatrik Telefon: 019-653 6914

AGRO MALAYSIA

57


10

Manfaat Daging Itik untuk Tubuh

Itik adalah haiwan yang termasuk dalam spesis unggas. Spesis unggas yang satu ini tergolong sebagai haiwan yang suka hidup berkumpulan. Itik terkenal memiliki kualiti telur yang bagus serta daging yang lazat dan enak. Selain rasanya yang bersesuaian dengan lidah, daging itik juga mempunyai pelbagai manfaat. Berikut adalah beberapa manfaat daging itik bagi tubuh:

1

Menjaga prestasi otot Daging itik mengandungi sodium sebanyak 3%, sesuai dengan keperluan tubuh yang berfungsi untuk menjaga kestabilan prestasi otot.

2

Mencegah anemia Zat besi biasanya banyak didapat dari manfaat bayam, namun manfaat daging itik juga mengandungi zat besi. Zat besi berguna untuk memenuhi keperluan hemoglobin dalam tubuh dan mencegah anemia.

3

Merawat suara yang serak Kandungan mineral yang tinggi dalam daging itik mampu meredakan sakit tekak yang membuat suara serak. Hal ini juga banyak didapatkan dari pelbagai jenis manfaat buah-buahan.

4

Melancarkan sistem pencernaan Kandungan niacin dalam manfaat daging itik juga berfungsi untuk melancarkan pencernaan.

5

Menambah daya hidup pada lelaki Zat tiamin dalam daging itik mampu melancarkan peredaran saraf dan sekaligus menjaga daya hidup pada lelaki.

6

Memperbaiki sistem imunisasi badan Daging itik mengandung mineral zink yang berfungsi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara natural pada tubuh.

7

Menjaga kestabilan tekanan darah Daging itik mengandung mineral jenis sodium yang mampu mengoptimumkan tekanan darah.

8

Memenuhi keperluan vitamin B12 Daging itik memiliki kandungan vitamin B12 sebesar 13%, jumlah tersebut sangat sesuai dengan keperluan yang diperlukan tubuh.

9

Membantu menghangatkan suhu tubuh Kandungan lemak yang tinggi dalam daging itik akan mampu menghangatkan tubuh yang kesejukan.

10

Mencukupi keperluan protein Protein yang tinggi dalam daging itik juga mampu mencukupi keperluan protein dalam tubuh badan kita.

58 A G R O M A L A Y S I A


BAWAL TAUCU

Bahan-bahan: 1 ekor bawal sederhana besar (dibersihkan dan dilumur kunyit, garam serta rempah kari. Goreng garing). 2 sudu besar taucu. 3 biji cili hijau (besar) dibelah dua. 5 biji kacang bendi. Satu labu bawang besar (dimayang). Satu labu bawang putih (dimayang). Satu inci halia -(dimayang). 1 batang serai (dimayang). 2 sudu minyak jagung.

Cara memasak: 1. Tumiskan dahulu bahanbahan yang dimayang iaitu bawang besar, bawang putih, halia serta serai hingga naik baunya. 2. Masukan taucu - kacau untuk 3 minit. 3. Masukkan cili besar dan kacang bendi. Kacau untuk 3 ke 4 minit. Angkat dan tuangkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng garing tadi.

01 ..................................................... PUCUK UBI GORENG BELACAN

Jangan letak garam kerana taucu sudah masin.

Bahan-bahan: Dua ikat daun pucuk ubi (basuh dan toskan hingga kering). 15 ulas cili padi dan 5 ulas cili besar hijau (kisar kasar kedua jenis cili ini). Satu labu bawang putih. 3 ulas bawang merah (kecil). 10 ekor udang kering . 3 inci belacan (kisar cili bersama belacan). 2 sudu besar minyak masak. Garam halus (secukup rasa).

Cara memasak: 1. Kisar bawang putih dan bawang merah kecil dan tumiskan hingga garing. 2. Masukan udang kering - biarkan garing kemudian baru masukkan cili bersama belacan yang dikisar (biarkan garing serta naik minyak). 3. Masukkan daun pucuk ubi dan garam. 4. Kacau sehingga kering.

02 ..................................................... 03 Toskan jika ia berminyak secara berlebihan. Pucuk ubi goreng belacan ini amat sesuai dihidangkan dengan nasi putih atau bubur nasi.

RENDANG PUCUK UBI

Bahan-bahan: 2 ikat pucuk ubi yang sederhana tua. Santan segar daripada tiga biji kelapa. 5 ulas bawang merah kecil. 3 batang serai (dititik). 15 ekor ikan bilis. 30 biji cili padi yang dikisar bersama satu inci kunyit hidup. 2 keping asam gelugur dan garam secukup rasa.

Cara memasak: 1. Masukkan santan, serai, ikan bilis, bawang asam keping dan cili padi ke dalam kuali. 2. Kacau hingga pekat dengan api yang sederhana. 3. Bila santan sudah berminyak (naik minyak) serta susut masukkan pucuk ubi. 4. Kacau hingga garing dan berwarna kehitaman. AGRO MALAYSIA

59


PERSONALITI USAHAWAN Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Cinta Tengku Faridah

terhadap Royal Berry

PROFIL Nama: Tengku Faridah Tengku Hussain, 33 tahun. Jawatan: Pengarah Urusan Arus Pesona Sdn. Bhd., pengarah Temusai Enterprise serta Pengerusi Peladangnita Daerah Cameron Highlands. Pendidikan: Diploma Pertanian, Universiti Putra Malaysia (dahulu Universiti Pertanian Malaysia) Nama Suami: Kamarul Azli Ahmad, 40 tahun. Anak-Anak: Putera Muhammad Naufal, Putera Muhammad Adam, Tengku Qistina Amani, Puteri Zahra Elysya dan Putra Yusuf. Alamat: Ladang dan Kafe Royal Berry, Lot 89, Pusat Memproses Strawberi 39000 Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang. Nota: Tengku Faridah Tengku Hussain adalah Penerima Anugerah Peladang Jaya Wanita Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 (anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang LPP). Pada tahun 2014 beliau merangkul anugerah Peladang Jaya Wanita Pahang.

BERPENGALAMAN...Tengku RavaAktiviti Ekonomi lina Tengku Mohd Adlan adalah • Tanaman strawberi. seorang Arboris Bertauliah dari • Tanaman sayuran kaukei, kobis bulat, tamato dan pudina. International Society of Arbori• Pemprosesan strawberi – jem, kordial, aiskrim dan halwa. culture (ISA) serta merupakan • Agropelancongan Royal Berry dan Homestay. • Kontrak perladangan. ahli Persatuan Arborist Malaysia (PArM) serta ahli Persatuan Taman & Rekreasi Malaysia.

60 A G R O M A L A Y S I A


Saya bertani sambil membesarkan anak. Lazimnya memang saya selalu membawa anak-anak ke ladang. Saya mahu menerapkan semangat cinta akan tanah dan ladang kepada mereka. Biar anakanak menimba pengalaman menjadi usahawan tani.

A

PA istimewanya ladang strawberi dan kafe Royal Berry sehingga penulis sanggup meninggalkan ibu kota untuk berkampung di ladang ini serta menangguhkan hasrat untuk menonton filem meletup ‘Dilwale’ lakonan aktor Shahrukh Khan dan artis top Kajol. Ternyata tindakan penulis mengunjungi ladang di bumi bertuah ini amat berbaloi. Selain dapat mengenali pemiliknya iaitu Tengku Faridah Tengku Hussain, Royal Berry juga menawarkan panorama yang amat mempersonakan saujana mata memandang. Buah strawberi merah yang masak ranum bagaikan melambai untuk dinikmati. Buah anggur hitam yang bergantungan menambahkan pesona ladang seluas dua ekar itu. Lebih menaikkan aura ladang tersebut adalah tanaman

pudina yang menghijau hingga menghasilkan aroma bau pudina yang menenangkan jiwa. Minda terasa lapang dan tubuh yang lesu kembali segar sebaik menyedut oksigen kawasan hijau tersebut. Royal Berry bagaikan lukisan alam anugerah Allah S.W.T kurniakan kepada pemiliknya yang juga amat menitikberatkan kebersihan serta pemuliharaan alam semula jadi. Pelbagai jenis bunga ditanam sepanjang laluan dan juga dijadikan bunga pagar untuk mengindahkan lagi pemandangan. Deretan pohonpohon si mawar merah, putih kuning serta oren memukau pancaindera. Semakin luas penjelajahan, penulis bertambah terbuai perasaan melihat ladang yang mengamalkan sistem giliran tanaman bagi menambahkan nutrein tanah tersebut.

AGRO MALAYSIA

61


BULUH MINYAK INOVASI BARU ROYAL BERRY Kreatif sungguh pemiliknya. Tanaman strawberi yang sebelum ini menggunakan polibeg dan pasu kini beransuransur beralih kepada penggunaan buluh minyak sejak setahun yang lalu. Agro Malaysia difahamkan, Royal Berri adalah ladang strawberi yang pertama di negara ini yang memanfaatkan batang-batang buluh minyak sebagai ganti pasu atau polibeg (atau pot). Satu inovasi yang kreatif dan bijak dalam menangani kos perladangan yang semakin meningkat. Satu kaedah yang berbeza dengan usahawan strawberi yang lain serta mampu menarik minat lebih ramai pelawat ke Royal Berry. Hikmah penggunaan buluh itu menjadikan ladang tersebut unik, klasik dan menjimatkan kos lantaran buluh boleh bertahan empat hingga lima tahun. Menurut Tengku Faridah, strawberi yang ditanam dalam buluh lebih cepat membiak dan sangat subur. Daun dan buahnya lebih besar kerana ruang tidak terhad. “Tenyata kaedah menggunakan buluh memberikan hasil yang lebih lumayan. Tanaman strawberi cepat membesar berbanding jika menggunakan pasu atau polibeg.

SUBUR...Ruang yang tidak terhad menyebabkan strawberi yang ditanam dalam buluh lebih cepat membiak.

“Polibeg mudah pecah apabila tanaman membesar. Jika ditanam dalam pasu pula ruang untuk pokok strawberi membesar terhad. Sebagai pengusaha kita perlu peka dengan tumbesaran tumbuhan dan membuat perubahan demi penambahbaikan pengeluaran,� ujar beliau yang memiliki Diploma Pertanian daripada Universiti Putra Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia atau UPM).

KREATIF...Penanaman strawberi menggunakan buluh minyak mampu memberi pulangan yang lebih lumayan.

62 A G R O M A L A Y S I A


MANFAAT...Setiap inci tanah dimanfaatkan dengan pelbagai tumbuhan. Di bahagian bawah ditanam dengan pudina.

MANFAATKAN TANAH Seperti kata Tengku Faridah, setiap inci tanah Cameron Highlands sangat berharga. Justeru itu sambil mengusahakan tanaman strawberi menggunakan kaedah fertigasi, kawasan tersebut juga dimanfaatkan dengan tanaman pudina. “Harga pasaran daun pudina kini mencecah lebih RM4 sekilo. Jika gigih berbakti kepada tanah boleh menjana pendapatan tambahan kepada petani,� ujarnya yang tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang tani kepada masyarakat umum. Menurutnya, Royal Berry dahulu bermula dengan tanaman kubis dan diikuti dengan tanaman kaukei di kawasan seluas dua ekar pada tahun 1990. Katanya, kini mereka mengusahakan tanaman komersial di kawasan seluas 40 ekar yang terletak di Sungai Palas dalam daerah yang sama. Ujarnya lagi tanaman yang diusahakan adalah kubis, kaukei, tomato, kacang buncis dan kubis panjang. “Separuh kebun sayur tersebut menggunakan bumbung lindungan hujan manakala selebihnya tanaman terbuka,� katanya lagi. Hasil tanaman ladang beliau dipasarkan di sekitar daerah tersebut dan menjadi rebutan pelancong yang berkunjung ke ladang tersebut. Menurut Tengku Faridah sejak ladang Royal Berry dan kafe dibuka, setiap tahun lebih 200 ribu pelancong mengunjungi ladang tersebut termasuk daripada negara-negara luar terutama Eropah.

Antara tanaman yang ditanam di ladang Sungai Palas adalah kubis, tomato dan kacang buncis.

AGRO MALAYSIA

63


INFO BULUH MINYAK

Buluh minyak atau juga dikenali sebagi buluh gading, buluh aro atau buluh temalang. Nama saintifiknya adalah Bambusa vulgaris ialah salah satu spesies pokok buluh berumpun-rumpun dalam genus Bambusa. Pokok ini besar, dengan banyak cabang yang tumbuh. Biasanya satu atau dua daripada cabangcabang ini adalah lebih besar daripada yang lain. Buluh minyak biasanya tumbuh di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Asia, khususnya di kawasan tropika monsun dan lembap. Spesies ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan. Nama botaninya Bambusa vulgaris var. striata. Ia juga sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan batang penyepit makanan, pencungkil gigi atau pencucuk makanan. Rebungnya boleh diambil untuk dimakan.

BERGUNA...Buluh minyak mempunyai pelbagai kegunaan yang boleh menghasilkan pendapatan lumayan kepada usahawan.

64 A G R O M A L A Y S I A


Permata hati seramai lima orang turut dibawa bersama apabila Tengku Faridah turun ke ladang.

ROYAL BERRY DAN TENGKU FARIDAH Tiga hari di Cameron Highlands menemukan penulis dengan wanita rupawan ini. Bertubuh kecil molek, peramah dan memiliki personaliti menawan. Bagi pengunjung luar pasti tidak menyangka wanita bernama Tengku Faridah Tengku Hussain ini adalah pemilik ladang Royal Berry yang terletak di lokasi strategi kawasan terkenal pelancongan terkenal tersebut. Gaya Tengku Faridah cukup santai. Ibu yang memiliki lima cahaya mata ini ‘turun padang’ dengan membawa anak-anak beliau sewaktu menjalankan tugasan di ladang atau pun pejabat yang terletak dalam kawasan tersebut. Beliau tidak kekok mendukung bayi comelnya sambil memantau operasi ladang dan kafe tersebut. Sambil itu matanya tidak lepas memerhatikan empat lagi permata hatinya yang asyik bermain di ladang yang diusahakan sejak tahun 2010. Royal Berry adalah antara 40 ekar ladang yang diusahakan oleh Tengku Faridah. Selebihnya terletak di Kampung Sungai Galas yang dimanfaatkan dengan tanaman sayuran termasuk kobis dan kacang buncis. AGRO MALAYSIA

65


SOKONGAN PADU...Tengku Faridah bersama dengan suami dan anak-anaknya yang menjadi tulang belakang kepada beliau untuk terus maju sebagai usahawan berjaya.

Kejayaan Tengku Faridah sebagai usahawan berjaya menjadi ikon kepada penduduk wanita Cameron Highlands.

SOKONGAN KELUARGA Bagi penduduk tempatan, nama Tengku Faridah sudah lama meniti di bibir mereka sebagai usahawan yang gigih dan cekal serta menjadi ikon mereka dalam sektor pertanian komersial. Wanita yang berusia 33 tahun ini adalah Pengerusi Peladangnita Daerah Cameron Highlands yang juga penerima Anugerah Peladang Jaya Wanita Peringkat Kebangsaan 2015 anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Bukan sahaja Tengku Faridah amat dikenali dalam bidang pertanian tetapi juga bapa mentuanya iaitu Ahmad Sohor antara peneroka terawal tanaman sayur-sayuran di Taman Sedia iaitu pada tahun 1969. Turut menyokong usaha beliau ialah ibu mentuanya Kamariah Alias yang sanggup menjaga anak-anak Tengku Faridah jika ada urusan yang memerlukan tugasan di luar daerah. Begitu juga ibu kandungnya yang sanggup datang menziarahi Tengku Faridah di Cameron Highlands. Menurut Tengku Faridah, sebelum ini beliau sekeluarga tinggal bersama dengan keluarga suaminya selama sepuluh tahun. Hubungan yang rapat sesama keluarga menyebabkan Tengku 66 A G R O M A L A Y S I A

Faridah berpindah tidak jauh daripada keluarga tersebut apabila tinggal berasingan. Cinta dan kasihnya kepada Cameron Highlands terbukti apabila beliau sanggup menetap di kawasan itu demi membina keluarga bahagia. “Saya bertani sambil membesarkan anak. Lazimnya memang saya selalu membawa anak-anak ke ladang. Saya mahu menerapkan semangat cinta akan tanah dan ladang kepada mereka. Biar anak-anak menimba pengalaman menjadi usahawan tani dan pewaris Royal Berry,” ujarnya yang pernah menjalani latihan pratikal di Jabatan Pertanian daerah itu pada tahun 2003. Sewaktu menjalani latihan di daerah ini, beliau dipertemukan dengan suaminya, Kamarul Azli Ahmad. Cameron Highlands menjadi saksi cinta pasangan ini sehingga ke jinjang pelamin. Beliau berkata semasa menuntut di UPM, beliau banyak belajar mengenai pengendalian penanaman dan sistem pengurusan ladang yang sebenar. “Di UPM pun saya belajar mengembangkan bisnes dengan lebih maju sealiran dengan perkembangan dunia yang semakin moden,” kata bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Kuala Besut dan Sekolah Menengah Tengku Mahmud 1 Kuala Besut, Terengganu.


SANTAI PAGI DI LADANG DAN KAFE ROYAL BERRY Aduhai...Mewah sungguh kafe Royal Berry ini dengan buah buah strawberi. Buah-buahan tersebut baru sahaja dipetik dari ladang milik Tengku Faridah Tengku Hussain, wanita yang menjadi ikon usahawan daerah Cameron Highlands. Melihat buah merah berkilat itu, penulis teruja untuk menikmatinya bersama sajian nasi lemak bungkus daun pisang yang terdapat di kafe tersebut. Sebelum ini penulis pernah menikmati sambal strawberi yang menggunakan ikan masin. Kali ini terasa mahu mencuba pula sambal nasi lemak bungkus dengan strawberi segar. Pasti rasanya lebih enak apabila pedas, masin dan manis digaul bersama. Nasi lemak sambal ikan masin yang dimakan bersama strawberi segar terasa lazat di kafe Royal Berry.

Pilih sahaja mana yang menepati selera anda. Ada nasi lemak sambal ikan bilis, nasi lemak sambal petai, nasi lemak sambal ikan masin serta nasi lemak sambal telur mata. Wah..semuanya enak belaka apabila dipadankan dengan buah strawberi yang dipetik segar dari ladang Royal Berry yang terletak di tepi laluan utama daerah tersebut. Penulis juga mencuba aiskrim strawberi asli ala Royal Berry yang dihasilkan daripada buah-buah strawberi segar ladang tersebut. Sempat juga penulis meninjau kaedah pembuatan aiskrim yang menggunakan teknologi moden. Patutlah enak aiskrim tersebut kerana dimewahkan dengan buah yang memiliki bentuk artistik itu. Selain itu, penulis mencuba minuman strawberi milk shake dan strawberi yang dicelup coklat bersama cecair coklat pekat. Turut dijual di kafe tersebut adalah madu asli, pelbagai jenis jem termasuk jem strawberi dan oren. Anda boleh membelinya untuk dijadikan cenderahati bagi keluarga serta sahabat-sahabat tersayang. AGRO MALAYSIA

67


PERSONALITI USAHAWAN Oleh: Noraini Nordin

Raja Azura

Transformasi

PROFIL

Nama: Y.M. Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin Nama Glamor: Kak Engku / KE Tempat Lahir: Klang, Selangor Pencapaian: The Most outstanding Female on Astro Radio 2013, Anugerah Oscar TEGAR 2008 (Pelakon Jahat Wanita Terbaik), Anugerah Bintang Popular 2002 & 2003 (Pengacara Wanita Popular), Anugerah Buletin 2001 (Pengacara Sensasi Popular) dan Anugerah Bintang Popular 1993 & 1994 (Pelakon TV Wanita Popular) Anak-Anak: Megat Mohamad Raziq, Megat Luqman Haqim dan Puteri Mia Maizura

68 A G R O M A L A Y S I A


CATATAN PENULIS Transformasi Raja Azura Sebagai Usahawan Roda perjuangan insan bernama Raja Azura atau lebih popular dengan panggilan Kak Engku (KE) sentiasa berputar ligat. Tekun mengayuh karier seni meskipun tidak henti dipukul badai yang ada waktu menerpa entah dari mana. Artis berdarah kerabat yang bernama Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin tidak mudah menyerah kalah apatah lagi mahu melupakan bidang yang telah melonjak namanya sehingga dikenali jutaan khalayak yang terdiri daripada peringkat umur. Sentiasa positif melayari bahtera seni sehingga namanya terus gah dalam industri glamor ini. Demi memastikan legasi jenama Raja Azura (Kak Engku) terus gagah di persada beliau meluaskan lagi lautan pelayarannya. Kali ini Raja Azura menerokai bidang kecantikan bersama produk LOVEYA SKINCARE. Pintar sungguh artis top ini mengatur kehidupannya demi jaminan masa depan. Produk LOVEYA SKINCARE yang berkualiti tinggi adalah titik permulaan untuk beliau serius menjadi usahawan. Selain itu hasrat murni Raja Azura adalah untuk membantu insan-insan lain khasnya peminat beliau untuk menambah pendapatan menjadi ejen LOVEYA SKINCARE. Mengenali Raja Azura sejak berusia belasan tahun penulis yakin artis yang sentiasa bergaya dan jelita ini bakal meraih kejayaan dan membantu menyemarakkan dunia usahawan tanah air. Istimewa untuk pembaca Agro Malaysia, Raja Azura berkongsi cerita mengenai LOVEYA SKINCARE.

AGRO MALAYSIA

69


8

eksklusif

1. Bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan produk dan nama yang cantik itu terilham? Terima kasih Agro Malaysia kerana telah memberikan KE ruang untuk menceritakan kisah LOVEYA SKINCARE. Tercetusnya idea untuk LOVEYA SKINCARE ini bermula apabila KE seringkali mengendalikan segmen kecantikan dalam rancangan Primadona. Tak kurang juga ramai yang bertanya mengenai penjagaan wajah KE yang tidak dimakan usia. Mer-

70 A G R O M A L A Y S I A

SOALAN untuk

Raja Azura

eka ingatkan saya sering mendapatkan rawatan estetik yang mahal, seperti suntikan Botulinum Toxin Type A (botox) dan sebagainya. Mereka meminta saya berkongsi rahsia dan juga petua menjaga kecantikan wajah dan sudah tiba masanya saya berkongsi rahsia yang disimpan selama ini. Sejak dari dulu, saya sering percaya dengan penjagaan kulit wajah secara semula jadi tanpa suntikan yang akan mengubah kecantikan semula jadi anugerah Ilahi. Sebagai seorang personaliti, niat saya adalah ingin membantu

dan berkongsi. Saya ingin berkongsi rahsia yang boleh membantu baik lelaki mahupun wanita untuk menyelesaikan masalah kulit wajah mereka. Bagaimana tercetusnya idea dan juga perkataan LOVEYA ini adalah gabungan idea saya dan juga rakan kongsi perniagaan saya yang dimulakan dengan perkataan LOVE YOU dan diringkas serta diberikan suntikan moden – LOVEYA. Saya amat berharap perkongsian LOVEYA SKINCARE by KE ini akan dapat membantu masalah kulit wajah Asia.


Sebagai seorang personaliti, niat saya adalah ingin membantu dan berkongsi. Saya ingin berkongsi rahsia yang boleh membantu baik lelaki mahupun wanita untuk menyelesaikan masalah kulit wajah mereka.

AGRO MALAYSIA

71


...saya masih belajar dengan mereka yang pakar dan sering berguru dengan senior dalam bidang kecantikan untuk masa depan perniagaan saya.

72 A G R O M A L A Y S I A


2. Apakah kekuatan produk ini hingga menyakinkan KE untuk memasarkan dan berkongsi dengan khalayak umum. Buat mereka yang mengenali saya, Raja Azura ini memang terkenal dengan sifat mementingkan kesempurnaan dan juga agak sukar untuk meyakinkan saya mengenai produk baru di pasaran selagi orang yang memperkenalkan produk itu tidak mempunyai kelayakan yang diiktiraf. Formula khas ini dihasilkan untuk saya dan juga kepentingan menjaga kulit secara semula jadi tanpa paksaan agen pencerah yang bahaya. Kekuatan produk ini terletak pada formulasi asid buah-buahan yang boleh membantu merawat kulit dari dalam. Produk yang ditransformasikan daripada asid buah-buahan ini akan merawat kulit dari dalam secara semula jadi dan akan mengambil masa yang lebih lama dari produk yang mengandungi agen pemutih dan penghakis kulit yang sering dijual di pasaran. LOVEYA tidak mengandungi bahan kimia yang akan merosakkan kulit dan asid buah-buahan ini lembut serta sesuai untuk semua jenis kulit baik utk wanita mahupun lelaki. Asid buah-buahan yang akan bertindak sebagai agen pemulih kulit secara semula jadi adalah keistimewaan utama produk ini. LOVEYA tidak mengandungi bahan pemutih dan asid yang boleh menghakis kulit. Wanita sekarang terlalu obses nak putih sampai terlupa yang mereka sebenarnya perlu menjaga keseimbangan kulit wajah yang sihat dengan pemakanan yang seimbang. Kalau putih tapi kulit nipis dan nampak kemerahan seperti nak merekah, buat apa kan? Lebih baik lambat prosesnya janji sihat daripada dalam. Saya cuba membantu merelasasikan impian wanita dengan memperkenalkan hanya empat langkah mudah dari LOVEYA SKINCARE. Penting untuk mereka tahu yang pencuci muka LOVEYA akan memulihkan kulit daripada lapisan epidermis sehinggalah ke lapisan dermis wajah anda. LOVEYA bebas hydroquinone dan agen pemutih bahaya yang akan menghakis kulit anda. LOVEYA menggunakan kaedah merawat daripada punca sebagai penyelesaian pada masalah kulit.

3. Bagaimana promosi dan pemasaran dilaksanakan di negara ini? Setakat waktu ini, saya dan juga rakan kongsi perniagaan saya, Liza Ramli sedang merencana promosi terbaru untuk tahun 2016. Kami lebih fokus melakukan promosi di laman sosial kerana ini adalah trend semasa yang sememangnya menjadi perhatian ramai. Saya pun kena ikut trend semasa dan segala promosi telah dijalankan oleh rakan kongsi perniagaan saya dan kami banyak rancangan untuk tahun 2016 ini. Antara strategi terbaru kami adalah dengan memasarkan LOVEYA di salun kecantikan yang ada di setiap negeri atas permintaan ramai. LOVEYA kini mempunyai lebih 20 orang ejen berdaftar dan selepas ini kami akan mengembangkan sayap kecantikan LOVEYA ke Indonesia, Brunei dan India. Saya berharap tahun 2016 ini akan memberikan lebih banyak ruang untuk saya fokus kepada bayi baru saya, LOVEYA SKINCARE. 4. Siapakah sasaran pengguna ? Sasaran pengguna LOVEYA SKINCARE adalah golongan wanita dan lelaki yang berusia 15 tahun hingga 60 tahun. Kami meletakkan sasaran umur yang agak besar kerana LOVEYA SKINCARE memang mampu merawat masalah jerawat bermula daripada peringkat remaja, masalah tona kulit sekata yang sering menjadi masalah golongan usia 25 tahun ke atas, masalah kulit berminyak terutamanya di sekitar zon-t golongan 30 tahun yang aktif serta terdedah pada pancaran UV, serta masalah jeragat yang sering menjadi kerisauan mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

AGRO MALAYSIA

73


5. Rancangan masa depan tiga tahun dan lima tahun mendatang. LOVEYA SKINCARE ingin melebarluaskan sayap perniagaan ini ke tahap multinasional sekaligus membawa nama Malaysia. Kami ingin mempunyai kilang kami sendiri dan juga ingin melatih golongangolongan ibu tunggal sebagai usahawanita yang berjaya. Ini memang antara sebab saya memilih bidang kecantikan untuk dijadikan perniagaan utama saya agar saya dapat membantu golongan ibu tunggal dalam mencari rezeki membesarkan anak-anak. Saya berharap dalam jangka masa kurang dari lima tahun saya dan rakan kongsi perniagaan dapat melebarkan sayap kami ke seluruh Asia sekaligus menubuhkan pusat latihan perniagaan kecantikan khas buat usahawanita.

74 A G R O M A L A Y S I A


6. KE dikenali sebagai artis yang sangat berdisplin dan komited terhadap kerjaya seni. Kini KE muncul dengan yang pasti menuntut waktu untuk KE fokus terhadapnya. Boleh kongsi dengan usahawan tips mengurus masa untuk terus mantap dalam bidang bisnes khasnya kaum wanita.

MERIAH...Raja Azura telah melancarkan produk Loveya Skincare baru-baru ini.

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang ibu tunggal, seorang pengacara, seorang pelakon dan juga seorang usahawanita dalam satu masa yang sama. Saya telah meninggalkan dunia radio dan mengorak langkah ke bidang perniagaan dan fokus sepenuhnya pada perniagaan. Saya meletakkan diri sebagai anak yang baru bertatih dalam bidang ini kerana saya masih belajar dengan mereka yang pakar dan sering berguru dengan senior dalam bidang kecantikan untuk masa depan perniagaan saya. Cara saya mengurus masa adalah dengan menyusun jadual dengan teratur dan terima kasih atas bantuan pengurus saya, semuanya dipermudahkan. Saya amat mementingkan ketepatan waktu dalam setiap agenda dan juga komunikasi dengan mereka yang menguruskan jadual agar tidak akan wujud percanggahan dan sebagainya. Disiplin dan juga perlu bersungguh-sungguh, jangan leka jangan separuh jalan ketika berbuat apa saja. Agihkan masa dengan bijak dan ingat, sediakan sedikit ruang waktu untuk diri sendiri dan keluarga, walau sesibuk manapun kita.

AGRO MALAYSIA

75


7. Apakah peluang bisnes yang mampu ditawarkan oleh untuk masyarakat Malaysia? Kami masih lagi membuka peluang perniagaan untuk semua golongan yang berminat untuk menjadi Ejen Sah LOVEYA dan juga Stokis LOVEYA. Anda boleh hubungi ibu pejabat kami di talian 016-389 0969 untuk sebarang pertanyaan. 8. Dan juga yang boleh meningkatkan industri ini selain membantu merancakkan ekonomi negara. Saya amat berharap yang LOVEYA SKINCARE bukan saja dapat membantu memulihkan kulit wajah setiap golongan yang mencubanya malah dapat membuka peluang perniagaan buat mereka yang berminat. Siapa tahu, tuah anda dengan LOVEYA SKINCARE. Rezeki daripada perniagaan ini memang sudah pasti dan saya suka nak memaklumkan yang kami masih baru dan banyak lagi ruang untuk sama berkembang pesat seiring perjalanan perniagaan kami.

76 A G R O M A L A Y S I A


AGRO MALAYSIA

77


PERSONALITI USAHAWAN Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Sentuhan Seni Landskap Tengku Ravalina

BERPENGALAMAN...Tengku Ravalina Tengku Mohd Adlan adalah seorang Arboris Bertauliah dari International Society of Arboriculture (ISA) serta merupakan ahli Persatuan Arborist Malaysia (PArM) serta ahli Persatuan Taman & Rekreasi Malaysia.

78 A G R O M A L A Y S I A


T

ERASA segar jiwa dan lapang fikiran sebaik kaki melangkah masuk ke halaman rumah seorang teman penulis yang terletak di pinggir bandaraya Shah Alam, Selangor. Terdengar siulan burung-burung dan pancaindera terpesona melihat sepasang rama-rama terbang riang mengelilingi rimbunan mawar putih di halaman rumah teres dua tingkat itu. Suasana hijau semula jadi, berlatarkan tumbuhan berbunga ungu segar menjalar sebagai pelengkap pagar bagaikan penyambut tetamu yang menziarahi rumah kediaman ini. Tidak terasa terik mentari bila berada di halaman rumah tersebut. Suasana terasa redup dan nyaman kerana pepohon yang ditanam berfungsi untuk mendinginkan kawasan. Hati tertambat melihat deretan pasu-pasu yang ditanam dengan pelbagai jenis bunga yang menggambarkan keceriaan kehidupan si penghuni rumah. Hati berbisik, pasti landskap halaman ini mendapat sentuhan pereka bentuk landskap seorang wanita yang mewah idea serta kaya pengalaman. Telahan penulis ternyata benar apabila teman mengakui menggunakan khidmat syarikat Arborina Jaya yang dimiliki oleh Tengku Ravalina Tengku Mohd Adlan. Tidak sukar mencari wanita yang sudah menempa nama dalam bidang landskap ini tambahan pula sudah mengenali beliau sejak tahun 2010. Sudah acap kali bekerjasama dan melihat buah tangannya yang kreatif dan berseni.

AGRO MALAYSIA

79


Dalam pertemuan santai di ibu kota baru-baru ini, Tengku Ravalina berkata, bidang landskap hari ini memberi sumbangan besar dalam membantu menyelesaikan isu-isu alam sekitar seperti perubahan iklim, pencemaran tanah, udara, kemampanan bandar, pemuliharaan hutan dalam dan luar negara. Jelas beliau lagi, telah ramai menyedari seni bina landskap juga adalah suatu disiplin yang menggabungkan seni dan sains demi memulihara alam terutama di kawasan yang tercemar. PERSEKITARAN BEBAS “Landskap mencantikkan pemandangan supaya orang ramai berasa nyaman dan minda berasa segar. “Keindahan landskap juga menyegarkan penglihatan, menghasilkan udara segar dan persekitaran bebas daripada pencemaran,� ujar wanita yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam seni reka bentuk dan pengurusan taman.

KEMAS...Elemen water feature bagi landskap kediaman hasil kerja Tengku Ravalina.

80 A G R O M A L A Y S I A

Ujar bekas pelajar Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah, bukan sahaja insan akan berasa damai malahan haiwan atau unggas-unggas juga dapat menumpang keceriaan landskap yang indah. Beliau berkata, selain itu landskap juga menjadikan pengguna merasa selamat serta

selesa. “Contohnya landskap yang mempunyai laluan perjalan kaki boleh digunakan untuk bersenam. Taman yang memiliki landskap boleh dijadikan tempat riadah seisi keluarga terutama yang tinggal di kawasan yang pesat dengan pembangunan,� jelas ibu kepada empat orang anak ini.


MISI SYARIKAT Arborina Jaya yang ditubuhkan sejak Jun 2015 menawarkan perkhidmatan sebagai perunding landskap, arboris, kerja-kerja inventori dan penilaian pokok, pengurusan taman, penyelenggaraan taman, membersih kawasan, pemangkasan pokok,

membekal tanaman dan benih semaian, membekal baja dan racun tanaman. Misi perniagaan syarikatnya adalah menjamin pengurusan pokok dan tanaman yang cemerlang.

AGRO MALAYSIA

81


INFO Arborikultur Arborikultur dalam bahasa yang mudah adalah satu bidang pengurusan penjagaan pokok dalam konteks pemilihan, penanaman dan pengurusannya sebagai elemen landskap dan komponen taman. Bidang arborikultur telah berkembang luas di negara-negara maju seperti di Amerika dan di Eropah. Di Malaysia, bidang arborikultur ini baru diperkenalkan pada tahun 2005 menerusi Program Persijilan Arboris.

82 A G R O M A L A Y S I A


Sebagai seorang arboris, beliau selalu ‘berinteraksi’ dengan pokok-pokok.

KELUARGA TENGKU RAVALINA Suami: Mazlani Mohd Shah (46 tahun) Anak: Adam Ihsan Mazlani (19) Adib Hannan Mazlani (15) Putri Adriana Hurun ‘Ain Mazlani (12) Putri Lu’lu Adzahra Mazlani (3)

Mempunyai latar belakang pengalaman dalam bidang yang berkaitan selama lebih 15 tahun. Merupakan graduan dari Universiti Teknologi Mara dalam bidang Reka Bentuk Landskap, Pengurusan Taman & Ameniti serta mempunyai Ijazah Sarjana dalam Alam Bina. Menimba pengalaman di syarikat perunding landskap terkemuka sebelum memulakan perniagaan sendiri pada 2004 dengan penubuhan syarikat Kencana Puri. Beliau kemudian dipanggil untuk terlibat dalam menubuhkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan dengan seni landskap pada 2009. Setelah enam tahun mencurahkan bakti dalam NGO beliau kembali menumpukan kepada perniagaan sendiri dengan menubuhkan semula syarikat yang menjalankan perniagaan yang berkaitan landskap. Tengku Ravalina juga merupakan seorang Arboris Bertauliah dari International Society of Arboriculture (ISA) serta merupakan ahli Persatuan Arboris Malaysia (PArM) dan ahli jawatankuasa Pertubuhan Taman & Rekreasi Malaysia. Bilangan Arboris Bertauliah tidak ramai di Malaysia dan sekiranya anda memerlukan perkhidmatan arboris, bolehlah menghubungi beliau yang juga pemilik Arborina Jaya.

SOKONGAN PADU...Keluarga bahagia Tengku Ravalina. Suami dan anak-anak sentiasa memahami tugas dan minat beliau dalam bidang seni landskap.

Tengku Ravalina T. Mohd Adlan Consultant & Contractor Dip. Landscape Design, Bach. Hons. Parks & Amenity Management & M. Sc. Built Environment

Certified Arborist No: MY-0357A M : 013-3002350 E : arborinajaya@gmail.com

Commercial & Residential Tree Services ~ Trees Evaluation ~ Trees Inventory & Mapping (GIS) ~ Landscape Design & Planting ~ Turfing ~ Water Feature ~ Gazebo ~ Pergola ~ Function / Event Decoration ~ Landscape / Arboriculture Training

AGRO MALAYSIA

83


KAFE PILIHAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia Penghargaan: Sarimah Hussin

LAYPARK CAFE Ampang Selera desa di tengah kondo Laypark Cafe Poolside Kojaya Kondo Jalan Mamanda 11 Ampang Jaya 68000 Ampang, Selangor 016-220 5141 / 011-3779 7088

Safiah Hussin, pengusaha Laypark Cafe, Ampang.

M

encari makanan ala kampung bagi mereka yang tinggal di bandar bagaikan satu kemestian dan keseronokan. Maklumlah berada di tengah-tengah kota bukan mudah untuk mendapatkan makanan seenak masakan ibu di rumah. Jikalau ada pun harganya juga agak mahal. Laypark Cafe Ampang yang terletak di Kojaya Kondo, Jalan Memanda 11, Ampang, Selangor yang diusahakan oleh Safiah Hussin bersama teman karibnya mungkin mampu memenuhi selera anda. Kafe yang dibuka sejak enam bulan lalu oleh usahawanita ini mendapat 84 A G R O M A L A Y S I A

perhatian khalayak umum, khasnya penghuni kondominium tersebut. Safiah bertindak sebagai pengurus kafe manakala promosi dibantu oleh adiknya Sarimah Hussin serta teman baiknya, Noriah Idris. Sarimah dan Noriah mempunyai pengalaman luas dalam pengendalian majlis dan juga promosi media. Bercerita lanjut mengenai bidang bisnesnya, Safiah berkata beliau juga mempunyai butik pengantin yang menawarkan kelengkapan untuk majlis perkahwinan dari hujung kaki ke hujung rambut kepada bakal mempelai.


DEKORASI DAN HIDANGAN DIUTAMAKAN Menurut Safiah, rancangan untuk membuka kafe itu bermula apabila pihak pengurusan kondominium menawarkan beliau sekiranya berminat bagi membuka kafe. Tujuan kafe ini adalah sebagai satu kemudahan kepada penghuni-penghuni kondominium dan juga mereka yang gemar bersantai di sini. Ekoran daripada tawaran itu, Safiah mengambil peluang menyediakan perkhidmatan makanan ala kampung dengan dibantu oleh teman baiknya sebagai chef. “Sambil memantau kafe, saya juga menjalankan perniagaan butik pengantin. “Untuk merancakkan lagi perniagaan, pada masa yang sama, saya turut menawarkan perkhidmatan katering untuk majlis-majlis

tertentu seperti yang diminta oleh pelanggan,” katanya. Antara sajian yang terdapat di Laypark Cafe ialah sambal sotong, sambal udang, gulai lemak cili padi, kari terung ikan masin, gulai lemak rebung daging dan daging rendang jintan. “Masakan paling istimewa ialah nasi lemak. Chef kami ada keistimewaan tersendiri apabila menyediakan resipi kampung. Jarang yang tidak memuji apabila menikmati masakannya. Jadi saya sarankan dia agar kekalkan sentuhan dan menu itu di kafe ini,” ujar Safiah. Ujar wanita yang berusia 59 tahun ini, kafe yang terletak berhadapan dengan kolam renang menjadikan ia satu lokasi yang memukau pandangan. “Lokasi yang cantik Ini memberi satu kelebihan kepada kafe kami. AGRO MALAYSIA

85


Kafe yang terletak di hadapan kolam renang kondominium memberi ketenangan kepada pengunjung sambil menikmati hidangan petang yang santai.

“Oleh itu semasa membuat dekorasi kami menitikberatkan konsep yang bersesuaian dengan persekitaran kafe ini,” jelasnya lagi. Menurut beliau lagi, dekorasi tersebut juga mengambil kira kehendak pihak pengurusan kondominium yang mahukan keselesaan untuk semua golongan pelanggan. “Paling mudah dan kebetulan saya juga mengusahakan butik, kami pilih konsep taman. Konon-konon English Garden kata orang, namun alhamdulillah semua menyukai. “Kedinginan air kolam dengan hiasan ala taman ini nyata sesuai dan digemari pelanggan dan penduduk di sini,” tambah beliau lagi. RESEPI ISTIMEWA

Nasi Lemak Sotong Kari Terung Ikan Masin Rendang Daging Jintan Sambal Sotong Daging rebung

SOFIE BUTIK

TEMPAHAN MAJLIS

Majlis Hari Jadi Majlis Reunion Majlis Bertunang Majlis Bersanding Sambutan Hari Raya

Sofie Butik yang terletak bersebelahan Laypark Cafe pula menyediakan semua keperluan majlis pertunangan dan perkahwinan. Antaranya: • Set bertunang - Pakaian sehingga barangan hantaran dan hiasan pelamin kecil. • Set kahwin - Semua keperluan perkahwinan daripada set pakaian, pelamin, hiasan dewan, makanan dan khemah. • Tempahan pakaian pengantin • Tempahan pakaian komersial dan tradisional • Majlis Berendoi

86 A G R O M A L A Y S I A


Sarimah Hussin (kiri) dan Noriah Idris (tengah) adalah tenaga penggerak yang membantu mempromosikan Laypark Cafe kepada masyarakat umum.

TEMPAHAN MAJLIS Antara tempahan majlis yang Laypark Cafe terima ialah majlis reunion, majlis hari jadi, majlis bertunang dan majlis perkahwinan. Makanan yang disediakan berdasarkan pilihan pelanggan kemudian diselarikan dengan konsep atau tema majlis itu. Jelas beliau lagi, contohnya majlis hari jadi bertemakan hiasan hitam putih atau majis pertunangan bertemukan taman terbuka. “Itulah salah satu keistimewaan kami walaupun kafe ini terletak dalam ruang kondominium dan tepi kolam yang mana tempat agak terhad. Kami berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberikan kerjasama begitu juga dengan penduduk.” Dalam satu majlis Laypark Cafe boleh memuatkan antara 40 hingga 60 pelanggan. Sofiah lega setelah hampir setengah tahun beroperasi sambutan yang mereka terima amat menggalakkan. Bukan setakat penduduk kondominium malah pihak luar

dalam kalangan teman dan kenalan turut memberi sokongan. Lebih menggembirakan beliau apabila ada pelanggan yang mencuba sekali menganjurkan majlis di kafe ini akan datang semula bersama teman-teman baru. Keenakan masakan kafe ini diwar-warkan daripada mulut ke mulut. “Ada yang datang hanya nak makan kari terung ikan masin atau sambal sotong sahaja. Tidak kurang yang mahu sambal goreng ikan bilis dan kentang. Rata-rata berpuas hati dengan resepi kami. “Paling penting harga yang kami sediakan tidak terlalu mahal walaupun harga barang kini melambung tinggi,” ujarnya ramah. Laypark Cafe turut menerima tempahan untuk majlis di luar atau penghantaran makanan ke pejabat sekitar Lembah Klang. Harga untuk penghantaran makanan ini bergantung kepada resepi yang dipilih. Laypark Cafe turut menyediakan lunch pack atas permintaan.

AGRO MALAYSIA

87


KAFE PILIHAN

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

88 A G R O M A L A Y S I A


SAJIAN ENAK C

A

F

E

SAJIAN berbola daging dengan sos perang, nasi goreng Nota Noti berapi, Kentang Goreng Bolognese, Kek Keju Mangga antara menu yang mampu menggamit selera pelanggan untuk terus mengunjungi Nota Cafe milik wanita gigih bernama Shazlira Hamzah berusia 35 tahun.

L

OKASI kafe comel ini amat strategik kerana berhampiran dengan Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang juga rancak dengan projek perumahan termasuk pembinaan kondo serta perumahan mewah baru di Selayang Height. Kafe yang menampilkan konsep komuniti santai dan sederhana ini mampu menawan pelanggan yang mencari ‘port bertemu teman-teman’ untuk berbincang sambil menjamu selera . Hiasan dindingnya sederhana namun kreatif manakala ‘perabot terpakai’ yang pelbagai saiz tidak langsung mencacatkan ruang malah terasa bagai rumah sendiri. Meja makan pula terdiri daripada pelbagai saiz yang amat selesa, kemas dan bersih. Pelanggan boleh memilih meja makan untuk keluarga atau teman-teman (meja yang dilengkapi enam kerusi) atau untuk empat orang. Turut disediakan sofa dan kerusi bar. Tambah menarik terdapat pelbagai bahan bacaan seperti majalah dan buku-buku bacaan ringan sesuai dengan hobi pemiliknya yang gemar membaca. Kafe ini juga dilengkapi dengan wifi percuma.

AGRO MALAYSIA

89


Walaupun Bandar Baru Selayang dikenali sebagai ‘bandar makan-makan’ lantaran terdapat lebih 20 pengusaha makanan di sini namun Nota Cafe ada kelainannya. Nota Cafe adalah satu-satunya menawarkan sajian gabungan Barat dan Timur dengan gaya ringkas namun berkhasiat. Apa faktor yang menarik minat Shazlira untuk membuka kafe sedangkan sebelum ini beliau pernah terlibat dalam industri filem tanah air dan berpengalaman luas dalam bidang komunikasi korporat. Spontan pertanyaan itu penulis lontarkan kepada wanita yang telah memiliki tiga cahaya mata ini. “Sudah lama saya mengimpikan mempunyai kafe sendiri serta menawarkan perkhidmatan katering. Tambahan pula keluarga saya sendiri terlibat dalam 90 A G R O M A L A Y S I A

bisnes penyediaan makanan sejak bertahun lamanya. “Setelah berbincang dengan suami kami memilih konsep Kafe Komuniti untuk memulakan perniagaan. Alhamdulillah, sambutan daripada pelanggan juga amat menggalakkan,” ujar usahawan yang memiliki Sarjana Komunikasi Korporat ini. Suami beliau iaitu Ismed Chayadi Che Din, 35 tahun adalah seorang arkitek yang memiliki perniagaan sendiri. “Bisnes Nota Cafe akan diperluaskan melalui perkhidmatan katering dan penghantaran pakej sajian dari rumah ke rumah atau pejabat ke pejabat khasnya di kawasan berhampiran,” ujarnya yang juga memiliki pengalaman dalam bidang pendidikan dan pernah bertugas dengan MERCY Malaysia.

Sudah lama saya mengimpikan mempunyai kafe sendiri serta menawarkan perkhidmatan katering. Tambahan pula keluarga saya sendiri terlibat dalam bisnes penyediaan makanan sejak bertahun lamanya.

SHAZLIRA HAMZAH Pemilik Nota Cafe


No 8, Jalan 2/8 Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor (berhampiran Stadium Majlis Perbandaran Selayang). Konsep sajian gabungan Barat dan Tempatan gaya Nota Cafe. Nasi Goreng Mentega Nota Noti Berapi, Kentang Goreng Bolognese Berkeju, Bebola Daging dengan Sos Perang, Pasta Carbonara Seafood, Pasta Aglio E Olio Ayam Panggang dan Pasta Aglio E Olio Seafood. Mango Cheese Cake, Hazelnut Nutella Torta, Nutella Cheese Cake, Penkek Nota, Penkek Nutela, Penkek Klasik dan Penkek Mentega Kacang. Solo Espresso, Cappuccino, Caffe Latte, Long Black dan Jasmin Green Tea. 12 tengahari hingga 10 malam. Strategi pemasaran: Perkhidmatan catering dan penghantaran makanan dari rumah ke rumah atau pejabat. +603-612.80.074 / +6017.372.3395 notacafe.my AGRO MALAYSIA

91


92 A G R O M A L A Y S I A


ADUHAI...aroma kopi yang dikisar oleh barista Muhammad Farid Mohd Fadzil di Nota Cafe membangkitkan nostalgia penulis sewaktu menghirup kopi segar long black di Venice, kota eksotik di Utara Itali yang ternama di dunia. Sepanjang penjelajahan dari kafe ke kafe di ibu kota Wilayah Veneto itu keharuman kopi turut menyegarkan tubuh. Suhu yang dingin mampu ditangkis dengan menghirup secawan minuman yang dikisar segar ini.

“Mengisar biji kopi perlu ada kemahiran tersendiri. Jika mahu menghasilkan kopi yang enak wajar mahir bermain dengan mesin pengisar. Bukan mengisar sebarangan,� kata Muhammad Farid, 21 tahun yang memiliki Diploma Culinary Arts daripada Food Institute Of Malaysia di Kelana Jaya, Selangor. Katanya, selain daripada kopi black, minuman yang digemari menjadi pilihan pelanggan adalah Espresso, Cappuccino, Caffe Latte Jasmin Green Tea.

long dan Solo dan

AGRO MALAYSIA

93


GIGIH..Tenaga muda yang melancarkan operasi Nota Cafe.

Ahmad Syaiful Amri.

Muhammad Yunus.

Amar Faiz.

Selain daripada Muhammad Farid, turut bertugas di Nota Cafe adalah bekas rakan sekolejnya iaitu Muhamad Yunus Mohamad Radzikin, 22 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau bertugas sebagai Chef di Nota Cafe tersebut bagi membantu menyediakan sajian termasuk Bebola Daging Sos Perang, hidangan pelbagai masakan pasta termasuk Carbonara Seafood. Petugas lain ialah Amar Faiz Jamaluddin, 21 tahun yang amat berbakat menghasilkan ilustrasi. Tugasan menyelaras Nota Cafe dilaksanakan oleh Ahmad Syaiful Amri yang berusia 32 tahun. Kecekapan melayan pelanggan serta menyediakan sajian adalah faktor menarik pelanggan tidak jemu berkunjung ke kafe tersebut.

Sajian Nota Cafe digemari pelanggan terutama yang tinggal di kawasan berhampiran.

94 A G R O M A L A Y S I A


PROFIL

Shazlira Hamzah, Pemilik Nota Cafe Umur: 35 Tahun Nama Suami: Ismed Chayadie Che Din, 35 Tahun, Arkitek Anak-anak: Dhea Batrishea (7 Tahun), Sufy Hady (4 Tahun), Nuriea Inara (6 Bulan) Kerjaya Dahulu: Penerbit Eksekutif Filem dan Program TV (Grand Brilliance), Pensyarah Sambilan dan Pegawai Komunikasi NGO (MERCY Malaysia) Pendidikan: Bachelor Media Innovation (MMU Cyberjaya) dan Sarjana Komunikasi Korporat (UPM Serdang). Hobi: Membaca, seni dan kKraftangan Impian untuk Nota: Menjadi salah satu ikon untuk Selayang dan NOTA dapat memenuhi cita rasa semua lapisan masyarakat setempat sambil bersantai.

AGRO MALAYSIA

95


KONGSI NIAGA

Oleh: Wartawan Agro Malaysia

ZEES VALLEY Mimpi Usahawan Jadi Realiti CATATAN PENULIS Bukan kecil cabaran yang direntasi oleh Kapten (B) Zainal Abidin Ali untuk mencapai impian memiliki kilang pemerosesan dan pembungkusan produk yang memiliki sijil Halal JAKIM. 'Turun naik' pejabat kerajaan dan agensi-agensi berkaitan dianggap sebagai kewajaran demi menaiktaraf Zees Valley syarikat yang menjadi mercu tanda ketabahan dalam bidang bisnes. Kini lebih 70 syarikat menggunakan perkhidmatan kilangnya dalam menghasilkan produk minuman dan pengurusan diri. Zees Valley menjadi sebutan usahawan kerana menawarkan perkhidmatan yang cekap, berhemah dan memenuhi piawaian yang dikehendaki. Teruja dengan kejayaan beliau, penulis bersama Datuk Zamri Mohammed (penasihat majalah Agro Malaysia) turun padang bertemu dengan usahawan gigih sambil melihat operasi kilang yang menjadi penyeri kawasan Perindustrian Chembong, Rembau, Negeri Sembilan ini. Ternyata 'saintis kecil' (gelaran yang penulis berikan kepada Kapten Zainal) sarat dengan ilmu dan pengalaman dalam pembuatan produk. Bertuahnya Kapten Zainal kerana dibantu oleh isterinya iaitu Zainab Ali bekas wartawan dan penyunting akhbar Utusan Malaysia yang penulis kenali sejak tahun 1991. Tugasan pemasaran dan promosi dilaksanakan oleh Zainab dengan dibantu oleh petugas yang lain.

Kami memulakan perniagaan di Chembong, Rembau dengan sebuah mesin yang dibawa dari Kuala Lumpur dan bermula dengan mengilang serta menjual sendiri secara runcit. KAPTEN (B) ZAINAL ABIDIN ALI Pemilik Zees Valley

96 A G R O M A L A Y S I A


Datuk Zamri Mohammed (bertopi) turut berminat meninjau operasi Zees Valley di Rembau baru-baru ini.

Kerja-kerja pembungkusan produk dilakukan oleh petugas Zees Valley. Datuk Zamri (bertopi) bersama penulis turut mencuba melakukan kerja-kerja pembungkusan di kilang tersebut.

M

INATNYA dalam bidang herba membuatkan Kapten (B) Zainal Abidin Ali sanggup meninggalkan bidang tentera darat untuk menceburi dalam bidang perniagaan mengkhususkan pembuatan herba dalam minuman pracampuran kopi, koko, teh dan kosmetik. Bermula perniagaan dalam tahun awal 90an, beliau memberanikan diri membuatkan teh herba dan kopi pracampuran tongkat ali bertempat di sebuah pejabat yang disewa di Taman Maluri, Kuala Lumpur. “Pernah dalam satu majlis penutupan seminar perniagaan yang diadakan di The Weld, Kuala Lumpur, semua hadirin termasuk menteri ketawa apabila nama syarikat saya diumumkan sebagai pengeluar kopi tongkat ali,� katanya tersenyum mengimbau zaman-zaman ketika tongkat ali merupakan bahan herba yang sering dikaitkan dengan kekuatan untuk lelaki. Namun kini, beliau merasa bangga kerana tongkat ali termasuk herba tempatan yang lain sudah diterima masyarakat sehingga terdapat pelbagai minuman botani dan kopi dicampurkan dengan bahan ini tidak lagi dipersendakan malah kajian telah membuktikan herba tempatan kita memang berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Setelah melalui naik turun dalam dunia perniagaan, syarikat Zees Valley mula menampakan sinar kejayaan setelah berhijrah dari Kuala Lumpur ke Rembau, Negeri Sembilan.

AGRO MALAYSIA

97


CANGGIH...Kilang Zees Valley yang terletak di lokasi strategik bandar perindustrian Chembong, Rembau, Negeri Sembilan menggunakan teknologi moden bagi menghasilkan produkproduk untuk usahawan Malaysia.

“Kami memulakan perniagaan di Chembong, Rembau dengan sebuah mesin yang dibawa dari Kuala Lumpur dan bermula dengan mengilang serta menjual sendiri secara runcit,� katanya sambil menambah keadaan ini berubah menjadi kilang pembuatan atau OEM setahun kemudian. KILANG PEMBUATAN Setelah enam tahun berlalu Zees Valley kini berdiri megah di kawasan perindustrian Chembong, Rembau dengan mempunyai 70 syarikat lain yang menggunakan perkhidmatan (OEM) pembuatan kopi, teh koko, minuman botani termasuk produk penjagaan diri seperti syampu, sabun, ubat gigi dan kini produk terbaru coklat nutri berkhasiat untuk murid-murid sekolah sedang rancak beroperasi. 98 A G R O M A L A Y S I A


Zees Valley juga merupakan syarikat keluarga milik Bumiputera yang pertama mengeluarkan krimer bukan tenusu di Negeri Sembilan dan mungkin di Malaysia. Mereka turut merancang untuk membeli mesin yang bersaiz besar untuk menampung permintaan daripada syarikat-syarikat tempatan yang kian meningkat. “Dengan mesin spray dry hari ini kami mampu mengeluarkan 80 kilogram sehari, yang mana setengah daripadanya untuk kegunaan kilang sendiri manakala selebihnya memenuhi permintaan dari para pelanggan kita,” ujarnya. Zees Valley mempunyai dua fungsi utama iaitu membuat dan membekal secara contract manufacturing untuk 70 syarikat perniagaan trading atau jualan terus. Keduanya, kilang ini sendiri turut mengeluarkan sembilan produk minuman dan penjagaan diri jenama sendiri atas nama ‘Zees’. Kesemua produk keluaran syarikat ini berkonsepkan etnofarmasi Melayu berlandaskan sains dan metodologi Islam.

AGRO MALAYSIA

99


Promosi dan pemasaran Zees Valley dilakukan oleh Zainab Ali di dalam dan di luar negara.

Produk yang dihasilkan kesemuanya secara in house iaitu proses bermula daripada bahan mentah yang diproses sendiri atau dibekalkan oleh pembekal. Ia diadun dan diformulasikan sendiri daripada awal hingga menjadi produk akhir untuk memasuki pasaran tempatan mahupun antarabangsa. “Syarikat mempunyai keupayaan dan kepakaran daripada segi formulasi dan teknologi untuk mengeluarkan pelbagai jenis produk. Kami mempunyai lebih 18 mesin pebagai jenis dan fungsi untuk proses pengeluaran dibantu seramai 20 orang pekerja,� katanya.

100 A G R O M A L A Y S I A


PASARAN ANTARABANGSA Untuk pasaran antarabangsa, syarikat Zees Valley telah mengeluarkan teh botani yang dikatakan baik untuk pesakit diabetis untuk sebuah syarikat di Dhaka, Bangladesh. Dan yang terbaru sebuah syarikat dari New Guinea telah menunjukkan minat untuk membuat kopi pracampuran dan coklat nutri apabila delegasi Kedutaan New Guinea yang diketuai oleh isteri duta negara berkenaan melawat dan menyaksikan proses pembuatan di kilang itu sendiri.

Hubungi: ZEES VALLEY BIOSCIENCE ENTERPRISE Bangunan Terminal Chembong Kawasan Perindustrian Chembong 71300 Rembau, Negeri Sembilan 019-649 4198 (Zainab Ali)

AGRO MALAYSIA

101


AGROPELANCONGAN Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Penghargaan: Penaja Penginapan Agro Malaysia Hajjah Zarinah Haji Mohd Jamil Pengurus Besar Hotel Seri Malaysia Sungai Petani Seksyen 21, Jalan Pasar 08000 Sungai Petani, Kedah Tel: 04-423 4060 Faks: 04-423 4106

JOM

SINGGAHKedah 1

2

3

5

4

6

7

1. Ladang Anggur Tasik Beris 2. Menara Alor Setar 3. Masjid Zahir 4. Kolam Air Panas Ulu Legong

5. Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad 6. Pekan Rabu 7. Ibu Pejabat MADA

ADUHAI Kedah...Walaupun hampir saban bulan penulis mengunjungimu yang juga dikenali sebagai negeri Jelapang Padi Malaysia namun kejemuan tidak pernah datang bertamu. Setiap kali tiba di bumi bertuah ini, pasti ada sahaja yang menawan hati penulis sama ada persekitaran yang asli serta indah atau pun sajian tradisional pelbagai juadah yang memukau selera. Agro Malaysia kali ini mengajak anda berjalan-jalan ke beberapa lagi tempat menarik di negeri yang juga memiliki pulau ternama iaitu Pulau Langkawi. 102 A G R O M A L A Y S I A


LADANG ANGGUR TASIK BERIS Ladang Angur Tasik Beris menjadi satu lagi ikon baru pelancongan di Kedah khasnya di daerah Sik. Ladang seluas 34 hektar itu menghasilkan tidak kurang daripada 3.5 tan anggur segar. Hasil tanaman tersebut turut diproses untuk dijadikan kordial dan jam. Jenis anggur yang ditanam di sini terdiri daripada empat jenis iaitu: • Black Opal • Black Grape • White Malaga • Loose Pelite

MENARA ALOR SETAR MENGINTAI GUNUNG JERAI DARI MENARA ALOR SETAR Menara Alor Setar merupakan menara yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Lokasi menarik untuk melihat keindahan bandar Alor Setar melalui teropong binokular automatik juga membolehkan anda melihat berkilo meter jauhnya. Pastinya boleh melihat puncak Gunung Jerai sehingga Gunung Keriang serta sawah padi yang terbentang luas sayup mata memandang. Indahnya melihat matahari tenggelam dari menara tersebut.

MASJID ZAHIR

MASJID ZAHIR ANTARA MASJID TERCANTIK DI MALAYSIA Masjid istimewa ini terletak dalam bandar serta berhadapan dengan bangunan pentadbiran kerajaan negeri dan Alor Setar ‘1-City’. Sebuah bangunan masjid yang amat berseni serta tertua di Alor Setar. Dibina pada tahun 1912. Reka bentuknya menyerupai Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang. Anda boleh singgah bersolat di sini sambil berehat bersama keluarga.

AGRO MALAYSIA

103


KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG, BALING BERKHEMAH DI KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG, BALING Kolam Air Panas yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Baling merupakan tempat pelancongan yang popular di Kedah dan dibuka 24 jam sehari. Ulu Legong Hot Spring ini diselenggarakan oleh Jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling dan mempunyai lima kolam air panas yang mengandungi kandungan sulphur dan suhunya di antara 30-60 darjah Celsius. Dengan kandungan air panas ini yang semulajadi dipercayai boleh mengubat penyakit kulit dan baik untuk kesihatan. Turut terdapat di sini taman perrmainan, gazebo, laluan jogging, restoran dan kedai serbaneka. Terdapat pelbagai jenis penginapan, bajet homestay dan jika mahu lebih jimat boleh berkhemah di sini.

RUMAH KELAHIRAN TUN DR. MAHATHIR

RUMAH KELAHIRAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD `The Legend Was Here’ Destinasi Alor Setar yang bersejarah dan penuh dengan galeri gambar yang cantik mengenai Tun Dr. Mahathir. Galeri di sini banyak menceritakan kehidupan Tun Dr. Mahathir daripada kecil, menjadi doktor di Alor Setar, Perdana Menteri hinggalah kehidupan terkini beliau. Jika anda ingin melihat bakat Tun semasa muda menjadi wartawan di Singapore Straits Time dahulu bolehlah melihatnya di sini. Turut dikongsi perjalanan kerjaya politik Tun Dr. Bermula sebagai ahli politik sehingga hari pertama beliau di pejabat sebagai Perdana Menteri pada 1981.

104 A G R O M A L A Y S I A


PEKAN RABU SYURGA MAKANAN TRADISIONAL DI PEKAN RABU ‘SUPERMARKET MELAYU’ Sebuah pasar atau tempat membeli-belah di Alor Setar yang unik iaitu Kompleks Pekan Rabu yang kini bertempat di Ukir Mall. Dahulu Pekan Rabu terletak di tempat lebih kecil. Makanan tradisional orang Kedah sama ada kuih muih, kerepek, kuah rojak, ikan pekasam, serunding, dodol dan sebagainya. Pada hujung minggu, Pekan Rabu atau dikenali `Supermarket Melayu’ memang sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Turut dijual barangan kraftangan sebagai cenderahati.

LAKSA SOTONG DAN MEE ABU Orang Kedah memang kreatif dan mewah idea. Selain menyediakan menu laksa ikan ada juga peniaga menawarkan laksa yang lebih lazat iaitu Laksa Sotong. Rahsia keenakan laksa ini adalah sotong segar yang direbus bersama telur sotong tersebut. Setelah kuahnya dimasak laksa ini dihidangkan bersama tambahan sotong yang telah direbus. Rasanya, wah memang asli dan enak. Anda juga boleh mencuba Mee Abu yang juga digemari oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

IBU PEJABAT MADA KEDAH IBU PEJABAT LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA), ALOR SETAR, KEDAH Kehijauan serta pemandangan yang indah disertai dengan tasik yang tenang di ibu pejabat MADA menenangkan sesiapa yang melihatnya. Terdapat juga pusat rekreasi bersebelahan dengan ibu pejabat MADA ini. Segala aktiviti sukan sungai akan diadakan di sini, contohnya pertandingan lumba perahu sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah yang diadakan setiap tahun. Selain daripada itu pada hari biasa pengunjung juga dapat melakukan aktiviti-aktiviti sungai yang disediakan seperti berkayak, jet ski, luncur air dan sebagainya. Selain aktiviti sungai, ia juga menyediakan tempat permainan kanak-kanak yang mana ianya sesuai untuk beristirehat bersama keluarga. AGRO MALAYSIA

105


AGROPELANCONGAN

Penghargaan: Zainal Abidin Zakaria (Pegawai LKIM Kelantan Selatan)

Travelog Tok Bali MUKADIMAH TOK BALI sangat dikenali sebagai terminal pendaratan ikan segar hasil tangkapan nelayan tempatan di kawasan Pantai Timur. Sebut sahaja nama Tok Bali terbayang wajah segar pelbagai spesis hasil laut seperti sotong, ikan, udang dan ketam yang menggamit selera. Kompleks Pendaratan Ikan (LKIM) Tok Bali, Pasir Puteh berfungsi menjana pertumbuhan ekonomi dan merubah wajah nelayan di persisiran pantai. Projek mega ini adalah di bawah Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) yang menjadikan ia bandar termoden di wilayah tersebut. Kompleks berkenaan dilengkapi dengan ruang pendaratan, kemudahan dermaga, pusat pemprosesan produk berasaskan ikan, pusat jualan, bekalan subsidi minyak dan pejabat pentadbiran. Projek ini juga mengubah taraf nelayan miskin kepada nelayan berpendapatan tinggi serta memiliki kediaman yang kemas tersusun. Terdapat antara 300 dan 400 buah bot laut dalam termasuk bot nelayan pantai yang sebelum ini mendarat di merata tempat diwajibkan mendaratkan tangkapan mereka di kompleks tersebut. Tok Bali juga adalah syurga bagi kaki pancing. Jarang pemancing pulang dengan tangan kosong jika mencuba nasib di muara sungai bersebelahan jambatan Tok Bali atau lautannya yang luas terbentang. Selain kawasan perikanan, tumpuan Tok Bali juga adalah destinasi pelancongannya yang amat menarik. Antara landmark utama adalah replika kapal serta jambatan melengkung kira-kira 300 meter panjang dan tinggi 100 meter panjang yang membolehkan bot nelayan melaluinya. Di kawasan pesisir pantai sepanjang kuala sungai adalah lokasi perkelahan yang cantik dan bersih. Travelog Tok Bali bersama Agro Malaysia memberi ruang untuk pembaca menghayati keistimewaan daerah ternama ini.

106 A G R O M A L A Y S I A


TRAVELOG TOK BALI CATATAN 1

Alhamdulillah, sampai juga saya di Tok Bali. Lebih meriah, pelbagai ikan segar ‘menyambut’ saya. Ikan gagah bernama siakap, ikan pari, sikacak ikan sebelah. Si comel lokan dan ketam pun ada. Terasa berbaloi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tok Bali.

AGRO MALAYSIA

107


TRAVELOG TOK BALI CATATAN 2

108 A G R O M A L A Y S I A

Sempat juga saya singgah di pasar Tok Bali yang comel ini..Pasar basah dan kering dibuka setiap hari. Mulai pukul 9 pagi hingga 10 malam. Menurut peniaganya pasar tersebut hanya tutup dua hari setahun (Aidil Fitri dan Aidil Adha). Amboi, rajin sungguh adik, kakak, mak cik dan pak cik di sini. Alhamdulillah.


TRAVELOG TOK BALI CATATAN 3

Aduhai comel dan ceria wanita-wanita (kebanyakannya isteri-isteri nelayan) yang sedang bertugas di sini. Mereka mengambil upah mengasingkan ikan-ikan yang baru tiba di Pelabuhan Perikanan LKIM di Tok Bali. Wah, meriahnya di Pelabuhan Perikanan LKIM ini, beribu-ribu ikan sudah ‘naik ke darat’.

AGRO MALAYSIA

109


TRAVELOG TOK BALI CATATAN 4

110 A G R O M A L A Y S I A

Kongsi foto bersama Nelayan Otai - Mohad Hanafiah Dollah, 58 tahun, yang juga penghuni Kawasan Penempatan Semula Nelayan Tok Bali. Tinjauan di kawasan Penempatan Semula Nelayan Tok Bali. Gigih ke laut...rajin di darat. Selain bertani ada juga yang mengusahakan ternakan ayam dan itik sebagai sumber pendapatan sampingan.


TRAVELOG TOK BALI CATATAN 5

Terima kasih Encik Zainal Abidin Zakaria (Pegawai LKIM Kelantan Selatan) yang sangat membantu melicinkan tugasan saya di sini. Gigih sungguh beliau (dibantu oleh En Wan) menaiktarafkan kehidupan nelayan daerah ini. Perkongsian informasi yang sangat berharga untuk Agro Malaysia.

AGRO MALAYSIA

111


TRAVELOG TOK BALI CATATAN 6

112 A G R O M A L A Y S I A

Aduhai, pagi-pagi sudah ada yang belanja Nasi Dagang Gulai Ayam Kampung, tambah lagi gulai itik serati, ikan tongkol segar. Perghh, pelbagai jenis lagi lauk pauk di gerai Kak Ju Nasi Dagang (Jalan Tok Bali/ Kuala Besut). Setiap hari tiga hingga lima besen Nasi Dagang habis dijual. Walaupun gerainya kecil tetapi pelanggan tidak putus-putus. Memang enak sangat ‘air tangan’ Kak Ju. Kak Ju juga sangat ramah dan mesra melayan pengunjung. Patutlah ramai yang suka. Syabas Kak Ju. Saya tabik dengan usahawan yang cekal seperti Kak Ju. Wah, banyaknya kuih muih gabungan moden dan tradisional di gerai Kak Su. Paling enak Apam Senyum, Cik Mek Molek, nasi manis (wajik) dodol, pulut dan pelbagai lagi. Ada yang manis ada yang pedas. Emmm, sangat menyelerakan.


TRAVELOG TOK BALI CATATAN 7

Besar juga sotong ini ya. Sup belut herba Tok Bali memang perghh... Kreatif - Satar goreng. Emmm, menu yang sangat enak untuk dinikmati di Tok Bali bersama sos Sri Murni. Laksam ‘ikan seekor’, memang enak. Air tebu segelas RM1 oleh Pakcik Arifin Musa, 63 tahun. Alasannya, “Ini cara nak berbakti untuk ramai. Tidak kaya di dunia pun tidak mengapa, yang penting di sana nanti..”

AGRO MALAYSIA

113


RENCANA IKLAN

Jom Makan

Oleh: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

IKAN SEJUK BEKU ‘J

OM Makan Ikan Sejuk Beku’ merupakan usaha kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat pada masa ini. Kempen ini baru sahaja dimulakan dan akan dibuat secara menyeluruh di seluruh negara bagi memastikan ianya dapat dimanfaatkan oleh semua. Ini merupakan usaha untuk mewar-warkan dan mendidik konsumer bahawa ikan sejuk beku bukanlah satu perkara yang baharu pada masa kini. Ini kerana penerimaan ikan sejuk beku di luar negara amat menggalakkan bahkan telah menjadi trend di negaranegara maju seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan negara rantau Asia seperti Korea Selatan. Bagi menggalakan pemakanan ikan sejuk beku, LKIM telah mengadakan Program Ikan Rakyat semenjak tahun 2013. Di bawah Program Ikan Rakyat, LKIM telah mengenal pasti beberapa spesis ikan yang kerap dibeli oleh rakyat Malaysia dan dijual pada harga siling yang dibenarkan oleh LKIM. Selain itu, ianya juga dapat membantu menangani isu lambakan ikan pada satu-satu masa dengan mewujudkan stok simpanan bekalan ikan bagi memastikan bekalan tidak terputus. Usaha ini turut mendapat sokongan pemimpin negara dan kerjasama Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) bagi memastikan rakyat mendapat ikan sejuk beku yang berkualiti. Terdapat sumber yang menyatakan bahawa semua nutrisi yang terkandung di dalam ikan sejuk beku adalah sama seperti anda memakan ikan segar yang tidak dibekukan.

114 A G R O M A L A Y S I A

Objektif utama kempen Jom Makan Ikan Sejuk Beku adalah untuk mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup pengguna serta memastikan bekalan ikan tidak putus dengan mewujudkan stok simpanan bekalan Ikan Rakyat. IKAN POPULAR Antara spesis ikan popular yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang terlibat dalam kempen ini adalah daripada sumber marin dan air tawar iaitu kembong, kerisi, selayang, selar, cencaru, pelaling, tongkol, keli, tilapia dan patin. Lapan daripada spesis ini dikategorikan sebagai Ikan Rakyat kecuali tongkol dan patin. Secara dasarnya, sebab utama pengambilan ikan sejuk beku adalah kerana nilai khasiat, kesesuaian dan ekonomi. • Nilai khasiat – ianya disejukbeku menggunakan sistem penyimpanan yang mengekalkan ciri-ciri semulajadi bagi menjaga kualiti ikan. • Kesesuaian – dijual mengikut cadangan hidangan. Biasanya pembungkusan Ikan Rakyat dibuat secara sekilo mengikut spesis dengan purata lapan ekor ikan di dalamnya. • Ekonomi – Ikan sejuk beku lazimnya bersifat tahan lama serta mampu berkeadaan baik dengan penyimpanan yang betul. Selain itu, harganya bergantung kepada spesis adalah kekal di antara kadar harga daripada RM6.50 sehingga RM9.00 sebungkus. Sebagai contoh harga yang dibenarkan bagi sekilo ikan cencaru di bawah Program Ikan Rakyat hanya RM6.50. Malahan bekalan ikan sejuk


beku juga tidak bergantung kepada faktor cuaca atau pun musim kerana pihak pembekal telah menyediakan stok simpanan dari semasa ke semasa. Bagi memastikan bekalan stok Ikan Rakyat adalah konsisten, NEKMAT telah menyediakan stok simpanan secara sejuk beku dalam jumlah yang banyak melalui pendaratan ikan tempatan secara pukal ataupun sumber import yang dibenarkan. Ini juga secara tidak langsung telah membantu menjayakan kempen Jihad Memerangi Orang Tengah yang diwarwarkan oleh MOA. 160 LOKASI OUTLET Pada masa ini, terdapat sebanyak 160 lokasi outlet Ikan Rakyat di seluruh Malaysia. Jumlah tertinggi adalah di negeri Pahang dengan sebanyak 43 outlet. Selain itu, 12 outlet Ikan Rakyat di Wilayah Persekutuan bagi memudahkan warga kota memperolehi bekalan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) seperti KR1M Presint 16, Putrajaya; KR1M Bandar Tun Razak, KL dan KR1M Gombak. Bilangan outlet ini dijangka akan terus bertambah kepada 200 outlet menjelang akhir tahun 2015. LKIM akan memperhebatkan kempen ‘Jom Makan Ikan Sejuk Beku’ dengan roadshow kempen secara langsung di outlet-outlet Ikan Rakyat yang terpilih seperti Kedai Rakyat 1Malaysia serta di tapak pasar tani Mega seluruh negara bagi memastikan konsumer memperolehi informasi yang sebenar tentang ikan sejuk beku. LKIM juga bercadang untuk menerbitkan dokumentari berkenaan kaedah dan sistem penyimpanan ikan sejuk beku yang digunakan di Malaysia agar kon-

sumer dapat menilai sendiri penyediaan dan pelaksanaan ikan sejuk beku. Semoga kempen yang akan dilaksanakan ini akan memberi manfaat kepada seluruh warga Malaysia bagi membantu meringankan kos sara hidup terutama kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Tips & Informasi Berguna Mengenai Ikan Sejuk Beku Ikan sejuk beku adalah makanan semulajadi yang mana dalam keadaan beku pun ia masih melindungi dan mengekalkan segala kualiti dan khasiatnya walaupun disimpan dalam jangkamasa yang lama. Untuk mengekalkan kualiti, ikan hendaklah disimpan pada suhu kurang daripada -180 celcius. Dengan cara ini, khasiat atau nutrien semulajadinya dapat dikekalkan. Jangan sesekali menyahbeku semula makanan yang telah dinyahbekukan. Namun begitu jika ianya telah dimasak, ia boleh dimasukkan semula ke dalam bahagian sejuk beku. Jika anda tidak membawa beg pengekal haba atau suhu semasa membeli belah, anda boleh memasukkan ikan yang telah dibeli ke dalam beg plastik dan mengikatnya dan kemudian masukkan beg itu ke dalam satu lagi beg plastik yang lain dan mengikatnya. Ini adalah penyelesaian dalam waktu kecemasan bagi mengelakkan kemerosotan kualiti ikan dalam perjalanan. Untuk mengekalkan kualiti, ikan hendaklah disimpan pada suhu kurang daripada -180 celcius. Dengan cara ini, khasiat atau nutrien semulajadinya dapat dikekalkan.

AGRO MALAYSIA

115


BINGKISAN PANTAI TIMUR Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Kerapu Hybrid Pak Mail

Jana Pendapatan Lumayan

T

EPAT pukul lapan pagi lelaki bertubuh sasa bernama Ismail Hussin, 56, sudah sedia menunggu penulis bersama Pengarah Reka Bentuk Agro Malaysia Sham Suhazli Mamat di tepi jeti Kuala Sungai Semerak, Pasir Puteh, Kelantan ini. Kawasan yang dipagari hutan bakau kelihatan tenang dan masih basah dengan titisan embun pagi. Bayu lembut dari kuala menyapa dan mengeringkan tubuh yang mula berpeluh dek sinaran suria pagi. Dari kejauhan kedengaran bunyi bot enjin sangkut yang dipandu oleh Mohd Faiz Rosdi, 25, menantu kepada Ismail (atau lebih mesra dengan panggilan Pak Mail) yang datang menjemput kami yang bertandang ke daerah mereka. Pagi itu Pak Mail membawa kami meninjau ternakan ikan kerapu hybrid (kacukan) yang diternak dalam sangkar di Kuala Semerak sejak tahun 2014. Ikan kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus Coioides adalah kacukan daripada spesies kerapu kertang dan kerapu ibu harimau yang kerap disebut sebagai ‘kerapu mewah’ yang digemari golongan berkemampuan. PENGALAMAN 33 TAHUN SEBAGAI NELAYAN Pak Mail berpengalaman lebih 30 tahun menjadi nelayan (laut dalam dan pantai) adalah antara usahawan ikan kerapu sangkar yang dikenali daerah tersebut. Beliau mengusahakan ikan kerapu hybrid setelah menyedari bidang ini mampu menjana pendapatan lumayan tambahan pula pemintaannya tinggi. Harga pasaran kerapu mencecah sehingga RM80 sekilo dan bergantung kepada spesies yang ditawarkan. 116 A G R O M A L A Y S I A

Ismail Hussin atau Pak Mail, usahawan ternakan ikan kerapu hybrid.


Ikan kerapu hybrid yang diternak oleh Pak Mail.

Mengusahakan ternakan ikan sangkar mesti tekun dan rajin. Ternakan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja jika mahu menghasilkan produk berkualiti. ISMAIL HUSSIN Usahawan Ikan Kerapu Sangkar

AGRO MALAYSIA

117


Pak Mail sentiasa memantau kesihatan ternakan ikan kerapu yang diternaknya di dalam sangkar di Kuala Sungai Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.

BERMULA DENGAN 50 SANGKAR Katanya, beliau bermula dengan 50 buah sangkar yang mengandungi sepuluh ribu benih ikan yang dibelinya daripada penduduk Pantai Ayer Tawar yang tidak jauh dari daerah tersebut. Kini jumlah ternakan ikan meningkat dan ditempatkan di dalam 100 buah sangkar yang setiap satunya bersaiz 10 x 20 persegi. “Mengusahakan ternakan ikan sangkar mesti tekun dan rajin. Ternakan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja jika mahu menghasilkan produk berkualiti. “Kena selalu memantau kesihatan ikan yang diternak. Membuang parasit yang melekat di badan ikan, membuat rawatan jika ada ikan yang luka, memberi ikan makan mengikut jadual dan sesekali memandikan dengan air tawar,� jelas anak jati Kuala Besut, Terengganu ini. Selain itu, menurut Pak Mail, sangkar pelampung perlu sentiasa dibersihkan bagi mengelak teritip melekat pada sangkar pelampung dan pemberat pukat. Ada waktunya jelas beliau pukat juga perlu ditukar untuk memastikan ia sentiasa bersih dan tidak terkoyak. Ternyata langkah Pak Mail memilih industri ternakan ikan marin yang semakin mendapat perhatian pengusaha ikan sangkar sangat berbaloi. Harga ikan kerapu yang lumayan itu menarik minat anak lelakinya iaitu Noramin Ismail (yang bertugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia) yang turut berkongsi modal dengan ayah tersayang.

Pak Mail memulakan ternakan ikan kerapu dalam 50 sangkar di Kuala Sungai Semerak.

118 A G R O M A L A Y S I A


Pak Mail membuat penggredan ternakan ikan kerapu sangkar mengikut jadual yang disediakan.

Pak Mail memberi makan ikan kerapu sambil diperhatikan oleh isterinya (Maimunah Ismail) dan cucu mereka (Mohd Danial Mohd Faiz).

CHALET TERAPUNG Bila berpeluang bercuti Noramin juga turun padang membantu ayahnya dan adik iparnya (Mohd Faiz). Antara tugasan yang mereka lakukan termasuk membuat penggredan ikan, pemberian makan ikan, pembersihan pukat dan merawat penyakit ternakan tersebut. Selain mengusahakan ternakan kerapu, Pak Mail juga memiliki beberapa buah chalet terapung yang dilengkapi kemudahan asas iaitu bekalan elektrik, air, perabut ringkas serta dapur untuk memasak. Chalet tersebut yang sering dijadikan tempat istirehat keluarga ataupun kenalan rapat yang berhasrat menikmat hidangan kerapu segar daripada sangkar ternakan.

Mintalah apa sajian yang menggunakan kerapu, isteri Pak Mail iaitu Maimunah Ismail, 51 tahun, akan menyediakan masakan tersebut. Maimunah akan dibantu oleh anak perempuan mereka iatu Norhafiza (isteri kepada Mohd Faiz) yang juga mahir menyediakan hidangan ikan mewah itu. “Tetamu amat menggemari menu kerapu yang dimasak kari atau pun stim. Mereka datang ke sini untuk menikmati hidangan kerapu segar. Ada juga yang datang untuk memancing kerapu dan tangkapan dibawa pulang. “Mungkin mereka lebih suka memasak kerapu dengan cara tersendiri untuk dimakan bersama keluarga,� ujar Pak Mail ramah sambil membawa penulis melihat ternakannya daripada sangkar ke sangkar. AGRO MALAYSIA

119


BINGKISAN PANTAI TIMUR Oleh: Wartawan Agro Malaysia

Melihat

Raja Ikan Gua Musang Menyusu

Botol susu (beserta puting) yang digunakan untuk menyusu ternakan ikan kelah gua batu kapur di Gua Musang, Kelantan.

M

ENJEJAKI usahawan penternakan ikan kelah terkenal Mohd Shaiful Basri Mat Yaacob, 41 tahun, di Kampung Lepan Jaya Gua Musang memang mengujakan. Pemenang Anugerah Belia Negara 2011 Peringkat Negeri Kelantan yang menternak ikan kelah atau tor tambroides telah mencipta sejarah baru dalam industri ternakan atas usahanya memanfaatkan kawasan gua batu kapur yang dahulunya terbiar sepi. Dari laluan jalan utama sempadan Pahang-Kelantan sudah boleh dilihat puncak gua batu kapur yang berbalam-balam diselimuti rimbunan hutan hijau begitu memukau pandangan. Keindahan hutan asli persekitaran dan gua batu kapur adalah aset paling istimewa untuk ternakan kelah yang memerlukan aliran air yang bersih dan jernih supaya boleh membesar dengan sihat. Udara persekitaran yang segar serta oksigen yang mencukupi perlu dititikberatkan dalam membesarkan ternakan kelah. Kejayaan menternak kelah di kawasan unik di dalam gua batu kapur bukan diraih sekelip mata oleh lelaki cekal ini. 120 A G R O M A L A Y S I A


Alhamdulillah ternyata rezeki memihak kepada saya. Spesies kelah yang diternak dalam gua batu kapur hidup sihat dan ceria. Cepat membiak dan dagingnya ternyata lebih enak serta berkhasiat. MOHD SHAIFUL BASRI MAT YAACOB Usahawan Ikan Kelah

Hubungi: PUSAT PENGUMPULAN & PEMULIHARAAN KELAH Mohd Shaiful Basri Mat Yaacob Kampung Lepan Jaya 18300 Gua Musang, Kelantan 019-941 0429


MENGGALI KOLAM DI KAKI GUA KAMBING Sebelas tahun lalu beliau memulakan usaha menggali sendiri kolam ternakan kelah di kaki Gua Kambing tersebut. Bagi memastikan ternakan kelah bebas berenang hingga ke dalam gua batu kapur, beliau turut mendalamkan serta meluaskan sumber air dalam gua tersebut. Usaha ini perlu dibuat dengan cermat tanpa mencacatkan keaslian gua batu kapur tersebut. Mohd Shaiful mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan ‘istana’ raja ikan ini kerana beliau hanya berpeluang melakukannya pada waktu malam kerana pada siang perlu bekerja di ladang sawit. Bermula dengan sebuah kolam, kini lelaki gigih itu memiliki tujuh buah kolam yang menempatkan lebih lima ribu ikan kelah termasuk dua ribu benih ikan kelah yang diperolehi daripada pembekal di daerah tersebut. Ada juga benih ikan kelah yang dibeli terus daripada penduduk Orang Asli Hulu Kelantan.

Shukri Mat Hashim menangkap ikan kelah hasil ternakan di gua batu kapur.

122 A G R O M A L A Y S I A


KELAH LENYAP AKIBAT BANJIR Sebelum itu bukan kecil cabaran Mohd Shaiful untuk menternak kelah. Beliau pernah ditimpa kerugian hampir RM200 ribu apabila ternakan kelah yang diusahakan berhampiran Taman Rusa musnah dilanda banjir kilat yang menimpa kawasan tersebut. Musibah yang tidak diduga itu menghanyutkan kesemua ternakan ikan kelah pelbagai saiz selepas hujan lebat hampir enam jam. “Termanggu-manggu saya seketika. Namun saya pantas bangkit semula. Lantaran tragedi itu saya kuatkan semangat mencari kawasan baru yang tidak berisiko untuk meneruskan usaha menternak kelah. “Allah S.W.T mengilhamkan saya supaya memanfaatkan kawasan gua batu kapur ini. Sumber airnya amat jernih dan bersih. Kawasan segar dengan oksigen amat sesuai untuk membina kediaman baru kelah. “Alhamdulillah ternyata rezeki memihak kepada saya. Spesies kelah yang diternak dalam gua batu kapur hidup sihat dan ceria. Cepat membiak dan dagingnya ternyata lebih enak serta berkhasiat,” ujar beliau yang pernah menerima anugerah penghargaan Peladang Jaya Muda Lelaki pada tahun 2009 oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gua Musang. Katanya, berat seekor ikan kelah yang diternak mencecah tujuh hingga lapan kilogram. Pengalaman ini juga meningkatkan pengetahuan beliau untuk memahami tabiat si kelah yang manja serta suka dibelai.

AGRO MALAYSIA

123


GUNA PUTING SUSU RANSANG SELERA KELAH “Ikan kelah suka dimanja terutama jika ada yang sakit. Untuk meransang selera ikan kelah kami menggunakan puting susu yang dilubangkan untuk memudahkan kelah memakan palet. Ikan kelah lebih gemar menghisap palet daripada lubang puting tersebut. “Jika kita dapat memahami tabiat dan kerenah kelah seronok bergurau dengan ternakan ini,� jelasnya yang turut memberi ikan kelah makan pucuk ubi kayu. Tugasan memberi makan kelah dilakukan oleh pembantunya, Shukri Mat Hashim, yang turut menetap di kawasan tersebut. Menurut Mohd Shaiful, ternakan kelah telah membantu menggalakkan industri pelancongan tempatan dan negara apabila ramai yang mengunjungi ladang ternakan seluas dua ekar itu.

Mohd Shaiful memberi makan ternakan ikan tilapia yang juga dibela di kawasan gua batu kapur.

124 A G R O M A L A Y S I A

Selain ikan kelah, Mohd Shaiful juga mengusahakan ternakan ikan tilapia secara komersial bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan. Ayam, angsa, dan itik juga ditenak di kawasan tersebut dalam skala sederhana bagi menarik pengunjung. Sebagai nilai tambah kepada pengunjung, kawasan itu diserikan lagi dengan tanaman herba dan buahbuahan tempatan termasuk durian, rambutan, manggis serta mangga. Bagi menimba ilmu Mohd Shaiful menghadiri pelbagai kursus termasuk kursus Kesedaran Awam Burung Layang-Layang 2008 anjuran Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).


IKLAN AGRO .pdf

1/6/16

2:43:19 PM

Dapatkan Majalah

1

Majalah Agro # Di Malaysia

Menjana Transformasi

Di

Pasaran

Atau hubungi:

AGRO PUBLICATION Suite 2-4-6, Wisma Rampai, Taman Sri Rampai, 53300 Setapak, Kuala Lumpur

Tel: 03-4143 8382, 017-62222 80 Email: agromalaysia2008@gmail.com atau agropublication@gmail.com

1

COV 2 maha 12 .pdf

11/21/12

14

1:29:51 PM

Keluaran Khas Sempena MAHA International 2012

BIL: 11 JAN - APRIL 2014 PP 16868/06/2013 (029887) HARGA: RM10.00

8 Jan-Mac 2013 PP: 16868/06/2012

IS

> Kampung Lintang Pengeluar Padi Organik

B

> Cendawan Tiram Kelabu Mampu Jana Pendapatan > Mengubah Nelayan Tradisional Kepada Berteknologi

A

> Sayur Organik Cameron Highlands Makin Popular

H

> FIMA Mahu Menjadi ‘Raja Nanas’ Melebarkan Sayap Ke Pasaran Dunia > Ternak Kelah Dalam Gua Batu Kapur

KKLW Merintis

> Bekas Juruterbang Buka Ladang Burung Unta C

Ternakan Lebah Kelulut > Pusat Percutian Mesra Alam Tropical Spice Garden

M

Y

2

5

8

11

> Taman Rama-Rama Pulau Pinang Gamit Pelancong Luar Negara

CM

MY

CY

CMY

BIL: 9 (APRIL - OGOS 2013) PP 16868 / 06 / 2013

K

IS

ELDA

B

57 Tahun Menabur Bakti

H A

Khasiat Dhab Selesaikan Penyakit Pelbagai LKIM Terus Bela Nasib Nelayan, Pertingkat Sosio Ekonomi

3

FELCRA Hasilkan Baja Bio-Organik

9

6

12

cov ogos 2013-cfm.pdf

9/19/13

9:40:14 PM

Menjana Transformasi

▼ ▼▼

PP 16868/06/2013 (029887)

BIL: 7 (SEP - DIS 2012) PP 16868 / 06 / 2012

BIL: 10 SEP-DIS 2013 PP16868/06/2013 (029887) HARGA: RM10.00

BIL: 13 (APRIL - JUN 2015)

HARGA: RM12.00

Usahawan Produk Sos Rock Melon Pertama Dunia Teego Ilham Dari Bonda

Fokus: Bangkit Selepas Banjir

> Belimbing Madu Jana Pendapatan

Alahai Patin Air Tangan Chef Effendy

> Tasik Kenyir Destinasi Eco Pelancongan Memperkasa Sektor Pertanian Melalui Pendidikan Tinggi FRIM Hasilkan Perabot Berasaskan Kayu Bakau

> Produk Herba Untuk Haiwan Ternakan

Selamatkan Spesis Kelah

Pak Lah

Info

Sihat

Daun Sup Hilangkan Jerawat

Jelajah Dunia:

Daging Asado Ala Argentina

Rumpai Miang Mexico

Ancam Kedah

DEMI RARA COOKIES

Sistem Tagal Sungai Muroli

7

‘Ketagih’ Kopi

Program Agropreneur Muda Jana Pendapatan

Mimpi Shah Jadi Realiti

Strawberi Sudah Sebati Dengan Syed Abdul Rahman

4

Cabaran Pasaran Produk DB Honey Ubi Junjung Sariah Dan Kerdas Pah

> Kenali Spesies Udang Kara Air Tawar

Erra Sanggup Berkorban

10

13 COV NEW.indd 1

4/20/15 12:33:29 PM


RENCAH

Oleh: MOHD AMMAR WAZIF

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) 2015

Perkasa

Teknologi Pertanian

‘

Saya percaya dengan adanya teknologi-teknologi baharu yang diperkenalkan, ia akan membantu meningkatkan produktiviti, sekaligus menjamin pembangunan dan kemajuan yang berterusan dalam bidang pertanian - Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah

126 AGRO MaLaYSIa

HPPNSABAH.indd 126

1/7/16 11:37:24 AM


Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman mencuba alat menoreh getah pada sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2015 baru-baru ini.

S

AMBUTAN Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2015 (HPPNS 2015) berlangsung pada 23 – 25 Oktober 2015 di daerah Putatan turut menumpukan kepada aspek teknologi pertanian dan industri asas tani dalam usaha memperkasa bidang pertanian di negeri ini. Sesuai dengan tema ‘Agroteknologi Pemangkin Transformasi’, HPPNS 2015 mengetengahkan teknologi-teknologi terkini dalam sektor perladangan, penternakan dan akuakultur yang dapat membantu golongan petani, penternak dan nelayan meningkatkan produktiviti sekaligus meningkatkan pendapatan mereka serta mengurangkan import makanan. Tanggapan sesetengah pihak ter­ hadap sektor pertanian sebagai usaha kecil-kecilan aktiviti sara diri dan pekerjaan sampingan perlulah dikikis. Kita sedar pertanian sebenarnya adalah satu bidang yang menguntungkan dan ber­ upaya mendatangkan pulangan lumayan. Atas sebab tersebut, kerajaan telah menjadikan pertanian sebagai agen pertumbuhan ekonomi negeri dan negara. “Saya percaya dengan adanya teknologi-teknologi baharu yang diperkenalkan, ia akan membantu meningkatkan produktiviti, sekaligus menjamin pembangunan dan kemajuan yang berterusan dalam bidang pertanian,” kata Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ini mendapat sambutan hangat daripda penduduk Sabah. AGRO MaLaYSIa 127

HPPNSABAH.indd 127

1/7/16 11:37:33 AM


Pengarah Pertanian, Encik Idrus Shafie (tengah), bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Pertanian Sabah semasa sambutan HPPNS 2015.

ketika merasmikan HPPNS 2015 di Dewan Sri Putatan, Putatan, Sabah baru-baru ini. Jelasnya lagi, HPPNS 2015 dianjurkan dengan tujuan meng­ iktiraf dan menghargai sumba­ ngan serta peranan golongan petani, penternak dan nelayan di negara ini yang bertungkus lumus mengusahakan produk masingmasing. “Dari segi pencapaian dan sumba­ ngan sektor pertanian terhadap pertumbuhan ekonomi negeri, sememangnya kita amat berpuas hati kerana sejak beberapa tahun lalu sektor komoditi sawit merupakan penyumbang kedua terbesar selepas petroleum mentah. Adalah dijangka bahawa nilai berkenaan akan terus meningkat selaras dengan permin­ taan beberapa negara pengimport baharu,” katanya. Dalam pada itu, tahap pengelua­ ran kebanyakan jenis makanan seperti pruduk perikanan, buah-buahan, hasil ternakan unggas dan sayur-sayuran dapat dipertingkat sesuai dengan permin­ taan masyarakat tempatan. Sehubungan itu, kerajaan negeri akan terus berusaha

128 AGRO MaLaYSIa

HPPNSABAH.indd 128

1/7/16 11:37:40 AM


Antara produk pertanian, ternakan dan buah buahan yang dipamerkan di hari tersebut.

untuk melaksanakan program-program yang bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dan pada masa yang sama akan terus mempromosi industri-industri tem­ patan kepada industri berorientasikan eksport. “Saya mengajak golongan petani, penternak dan nelayan untuk memanfaatkan sepenuhnya HPPNS 2015 ini, se­ terusnya meneroka potensi dan meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan inovasi dan teknologi dalam bidang perladangan, penternakan dan perikanan. Kita juga boleh berkongsi pengalaman dan kejayaan dengan para penerima

anugerah dalam pelbagai kategori bagi membantu meningkatkan produktiviti sektor pertanian yang diceburi,� ujar beliau lagi. Sementara itu, pada masa sama Datuk Seri Panglima Musa juga berharap agar gerai-gerai jabatan, institusi penyelidik dan perladangan yang akan memAGRO MaLaYSIa 129

HPPNSABAH.indd 129

1/7/16 11:37:51 AM


pamerkan teknologi-teknologi pengurusan tanaman, ternakan dan perikanan serta pemprosesan produk-produk industri hiliran dapat berkongsi idea, saranan dan pendapat untuk dimanfaatkan oleh pengusaha-pengusaha atau bakal-bakal pengusaha ke arah pengeluaran bahanbahan dan produk-produk makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat untuk dimakan. “Saya menguncapkan selamat menyambut Hari Peladang, Penternak dan Nelayan kepada semua warga peladang, penternak dan nelayan di seluruh negeri. Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga sambutan ini akan meningkatkan lagi semangat dan iltizam kita, untuk memacu kemajuan negeri menerusi agro teknolo-

Kreativiti hasil makanan penduduk Sabah antara yang menjadi tarikan orang ramai.

130 AGRO MaLaYSIa

HPPNSABAH.indd 130

1/7/16 11:38:01 AM


gi dan transformasi dalam industri pertanian negeri, demi kemakmuran dan kesejahteraan kita bersama,” ujar beliau lagi. HPPNS 2015 menjadi satu acara besar dan bermakna buat rakyat negara ini khususnya negeri Sabah kerana di sinilah pelbagai aspek pertanian moden dapat diketengahkan seterusnya banyak memberi pengetahuan, pendidikan malah keceriaan kepada pengunjung yang hadir. Pelbagai lapisan masyarakat dari sekitar negeri Sabah, termasuk Sarawak, Brunei dan Semenanjung Malaysia telah memenuhi karnival selama tiga hari yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, pelbagai pameran dan aktiviti jualan diadakan oleh agensi kerajaan dan swasta. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah pameran 60 jenis hasil pertanian dan industri asas tani, teknologi tumbuhan, pameran ikan hiasan dan laut dalam, ikan air tawar, haiwan ternakan dan peliharaan serta pelbagai lagi. Antara gerai yang menjadi tumpuan ialah produk minyak lintah gunung. Produk ini diterbangkan khusus dari Semenanjung Malaysia untuk rakyat negeri Sabah yang mengandungi 1,001 khasiat dari sumber semula jadi serta diproses dengan kawalan mutu yang tinggi dari ekstrak lendir lintah gunung.

Pengusahanya, Mejar (K) Dato’ Muhammad Badrol Ihsam Hussin berkata minyak lintah gunung dapat membantu masalah seperti selaput mata bersilau, sakit sendi, gaut, urat saraf, masalah kulit, buasir dan melancarkan perjalanan darah serta mempercepatkan proses penyembuhan terkena minyak panas. “Bukan senang untuk mendapat eks­ trak lendir lintah gunung dan ianya ba­ nyak didapati di puncak gunung dan lintah ini hanya akan keluar selepas waktu hujan. Ia dicampur dengan hampas kelapa dan dikukus dengan suhu tertentu untuk membunuh bakteria. “Minyak lintah gunung sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita, ia tidak berbau dan halal serta boleh diminum,” katanya ketika ditemui di tapak karnival. Selain dari itu, Korporasi Pembangunan Desa (KPD) juga telah terlibat secara langsung dalam persediaan tempat khususnya infrastruktur serta kemudahan logistik yang lain. KPD mempengerusikan Jawatankuasa Pelaksana Gerai Pa­meran Teknologi dan Hasil-Hasil Perta­ nian, Jawatankuasa Kecil Pengadilan dan Pertandingan Gerai Pameran Teknologi dan Hasil-Hasil Pertanian, Jawatankuasa Kecil Pembaikan dan Penyelenggaraan Tapak dan Jawatankuasa Kecil Lalu Lintas dan Keselamatan Tapak.

AGRO MaLaYSIa 131

HPPNSABAH.indd 131

1/7/16 11:38:10 AM


BIOTEKNOLOGI Oleh: Abdul Hamid Hj. Mar Iman * (Universiti Malaysia Kelantan)

Bemban Sebagai

Bio Baharu

Dalam Perhutanan Tani

Universiti Malaysia Kelantan sedang merintis pengetahuan baru dalam pembiakan dan penggunaan spesies bemban sebagai tumbuhan tidak berkayu untuk dijadikan sebagai sumber bahan bio baharu di Malaysia, terutamanya dalam sektor pembinaan dan kraftangan

Pendahuluan Bemban adalah nama yang amat dikenali oleh ramai orang kampung terutama­ nya generasi lama yang lahir di sekitar tahun 1960an atau sebelum itu. Secara tradiisi, bemban digunakan oleh orang kampung untuk menjahit atap rumbia yang kemu­ diannya dijadikan sebagai atap atau dinding rumah atau tali pengikat. Akan tetapi ia juga telah lama digunakan sebagai bahan asli kraf tangan seperti raga, bakul, tikar, tabir, dan sebagainya. Lapisan epidermis yang cantik, licin, kilat, dan berlilin menjadi­ kan bemban memiliki ciri-ciri estetika bagi tujuan hiasan dan kemasan permukaan. Ia juga mempunyai ciri-ciri ketahanan dan rintangan cuaca yang agak baik. Kini, Universiti Malaysia Kelantan sedang merintis pengetahuan baru dalam pem­ biakan dan penggunaan spesies bemban sebagai tumbuhan tidak berkayu untuk dijadikan sebagai sumber bahan bio baharu di Malaysia, terutamanya dalam sektor pembinaan dan kraftangan. Potensi perhutanan tani spesies bemban Dua daripada spesies utama bemban ialah bemban batu, Donax grandis dan bemban air, Donax canniformis. Kedua-duanya boleh didapati di kawasan lemba­ ngan sungai, tetapi bemban batu tumbuh di habitat yang lebih kering di atas garis kelompok pertumbuhan bemban air. Epidermis bemban batu lebih keras sedikit dari­ 132 AGRO MaLaYSIa

UMK.indd 132

1/7/16 9:42:25 AM


pada epidermis bemban air dan sesuai dijadikan bahan parket manakala bemban air yang lebih lembut lebih sesuai dijadikan bahan kraf tangan. Spesies bemban mempunyai potensi aktiviti huluan dalam konteks pembangunan perhutanan tani di Malaysia malahan di rantau Asia Pasifik. Konsep perhutanan tani ini dapat dikembangkan di mana proses domestication boleh dilakukan ke atas spe­ sies bemban. Walau bagaimanapun, proses ini memerlukan penyelidikan dan pem­ bangunan selanjutnya terutamanya dalam pembiakan dan pengurusan tanaman. Ujikaji lapangan di Agropark, Fakulti Industri Asas Tani, Universiti Malaysia Kelantan te­ lah menemui beberapa fakta tentang spesies bemban. Anak benih yang dirawat dengan hormon tumbuh dengan sedikit lebih baik daripada anak benih yang tidak dirawat dengan hormon (Rajah 1). Walau bagaimanapun, bemban dikategorikan sebagai spesies lambat membesar dan biomass yang diperolehi daripada se­batang pokok bemban adalah kecil. Pertumbuhan pokok bemban didapati menuruti bentuk lengkuk S (Rajah 2).

Peringkat awal

Enam minggu

Rajah 1: Kelakonan pertumbuhan spesies bemban di tapak semaian (GS0 – tanpa hormon; GS1 – dengan hormon)

Rajah 2: Kelakonan pertumbuhan spesies bemban Setiap pokok yang diberi hormorn dan ditanam di dalam persekitaran biasa kebun diramal mampu tumbuh dengan ketinggian 2 m, garis pusat 3 cm, dan jum­ lah keluasan permukaan epidermis 0.188 m2 dalam masa kira-kira 6½ tahun. Ini ber­ makna, untuk mendapatkan 1 m2 keluasan permukaan epidermis batang bemban, sebanyak 531 pokok bemban diperlukan. Dengan dimensi penanaman 0.5 m x 0.5 m dan 2 m dari sempadan kebun, sebanyak 36,864 pokok bemban boleh dimuat­ AGRO MaLaYSIa 133

UMK.indd 133

1/7/16 9:42:25 AM


kan di dalam sehektar kawasan sebagai tanaman tunggal. Walau bagaimanapun, jika ia ditanam secara selingan dengan tanaman lain, kapasiti sebenar setiap hektar adalah lebih kecil daripada itu. Sebagai contoh, di kebun getah yang mempunyai 450 pokok matang, sebanyak hanya kira-kira 4,000 pokok bemban boleh ditanam sehektar. Ini akan menghasilkan sebanyak 752 m2 keluasan permukaan epidermis ba­ tang bemban. Jika harga bersih bemban dianggarkan sebanyak RM 0.50 / pokok, pendapatan tambahan sebanyak RM 2,000/ha. boleh diperolehi dalam tempoh 6 tahun dari pertumbuhan pokok matang. Ini bersamaan dengan kira-kira RM 333.33 / ha. / tahun. Ini adalah jumlah yang kecil dan tanpa rawatan hormon terhadap benih pokok, pulangan bersih yang mungkin diperolehi akan menjadi lebih rendah. Maka, dapat disimpulkan bahawa bemban sebagai tanaman tunggal bukanlah pelaburan yang lumayan terutamanya kerana potensi kuantiti biomass yang dapat dihasilkan dari setiap pokok adalah kecil. Potensi Tambah Nilai Bemban Melalui penyelidikan dan pembangunan produk selanjutnya, bemban mampu mewujudkan lebih banyak produk tambah nilai yang boleh mencipta peluang ke­ usahawanan. Salah satu inovasi yang telah dijalankan di Universiti Malaysia Kelantan ialah ciptaan parket bio-komposit yang diberi nama Donaca®. Ia adalah sejenis ba­ han parket yang diperbuat daripada kombinasi kulit buah salak, Salacca zalacca, bahan plastik, dan kulit pokok bemban, Donax grandis serta isi buluh, bambusa spp. Ia adalah bahan binaan dalaman ringan yang berpotensi sebagai produk kemasan permukaan seperti parket lantai atau dinding. Penggunaan produk ini mampu me­ ngurangkan pergantungan sektor pembinaan kepada bahan-bahan berasaskan kayu, terutamanya bagi kemasan dalam bangunan. Proses Menghasilkan Donaca® Kulit buah salak dan isi buluh dikumpulkan dan dikisar halus menjadi hablur secara berasingan mengikut saiz yang dikehendaki. Kulit bemban diasingkan dari pokok be­ mban yang telah dipotong dan diproses menjadi keratan-keratan dan jalur-jalur kecil. Hablur kulit salak dan hablur isi buluh digaul dengan apoxy sebelum menjalani proses cold press. Hasil yang diperolehi adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Faedah dari bemban Penciptaan produk baru ini tepat pada masanya kerana industri pembinaan di Malaly­ sia sentiasa mencari-cari ba­ han binaan bukan kayu untuk digunakan sebagai produk ke­ masan permukaan bagi meng­ gantikan sumber kayu kayan yang semakin berkurangan. Parket, yang kebanyakan­ nya diperbuat daripada kayu, adalah salah satu jenis produk kemasan permukaan yang te­ lah lama berada di pasaran dan diterima oleh pengguna. Produk kemasan permukaan yang lain diperbuat daripada bahan bukan kayu seperti bu­ luh dan rotan. Produk kemasan permukaan yang diperbuat daripada bemban masih be­ lum terdapat di pasaran. Dari sudut ekonomi, bahan ini mampu memberi persain­ gan pasaran terhadap produkproduk kemasan dalaman se­ dia ada daripada kayu dan buluh seperti panel, dinding, partition, dll. Jumlah kos bagi

Rajah 3: Proses ringkas pembuatan Donaca®

134 AGRO MaLaYSIa

UMK.indd 134

1/7/16 9:42:27 AM


sekeping parket Donaca® bersaiz 15 cm x 10 cm dianggarkan sebanyak RM 8.80, termasuk kos buruh. Harga ini adalah 10-25% lebih rendah daripada kos produk yang sama dari buluh atau kayu. Produk ini juga mempunyai kesan rantaian nilai di mana ia mampu memacu aktiviti-aktiviti huluan dan hiliran yang berkaitan dengan spesies bemban (Rajah 4). Rantaian huluan telah dibincangkan di atas. Dari segi aktiviti hiliran, ia menggalak­ kan proses industri (pengilangan) bersumberkan bemban. Proses industri ini seterus­ nya dapat menghasilkan ciptaan automasi perindustrian dalam proses pengeluaran Donaca® secara besar-besaran. Jika dimajukan dengan betul, ia mampu membuka pintu kepada pembangunan bio-ekonomi Malaysia melalui aktiviti-aktiviti pembua­ tan berasaskan sumber semula jadi daripada bemban. Maka, dapat dikatakan ba­ hawa produk baru ini mempunyai potensi mewujudkan pembangunan komuniti. Dari sudut alam sekitar, pembangunan bahan ini mampu membantu negara dalam menggunakan keka­ yaan sumber tropika yang terdapat di dalam hutan Ma­ laysia bagi pengitaran dan penggunaan semula bahan bio. Penutup Spesies bemban belum pernah menjalani proses domestication di mana ia ditanam di kebun dengan persekitaran baru yang agak berbeza dari habitat asal. Kuantiti biomass per pokok yang kecil merupakan caba­ ran utama dalam memfae­ dah guna bemban teruta­ Rajah 4: Potensi rantaian nilai dari bemban manya bagi aktiviti hiliran. Pulangan yang kecil seunit kawasan mungkin tidak menarik minat petani untuk menanam bemban di kebun mereka. Walau bagaimanapun, penyelidikan lanjut diharapkan mampu mencari jalan bagi menghasilkan pengeluaran ladang bemban secara besar-besaran. Ke­ upayaan bemban untuk tumbuh dengan lebih baik dan menghasilkan biomass yang lebih tinggi perlu menjadi agenda penyelidikan di masa hadapan. Seterusnya, potensi penggunaan bemban dalam industri pembuatan perlu dimajukan dengan lebih giat untuk menjadikannya sebagai industri baru yang viable.

* Dr. Abdul Hamid Hj. Mar Iman ialah Profesor dan Dekan, Fakulti Industri Asas Tani, Universiti

Malaysia Kelantan. Beliau boleh dihubungi di alamat e-mail: hamid.m@umk.edu.my. Hasil pe­ nyelidikan produk Donaca® telah mendapat pingat gangsa dalam ITEX 2014 di Kuala Lumpur.

AGRO MaLaYSIa 135

UMK.indd 135

1/7/16 9:42:32 AM


136 AGRO MaLaYSIa

UMK.indd 136

1/7/16 9:42:33 AM



Dapatkan

bekalan bahan tanaman & biji benih berkualiti MARDI

Produk dan perkhidmatan kami: ü Anak pokok buah-buahan terpilih seperti durian, manggis, mangga, rambutan, ciku dan nanas ü Biji benih sayuran berbuah terpilih seperti cili, kacang panjang, petola segi, peria, timun dan terung ü Anak pokok pisang kultur tisu – Berangan, Nangka, Tanduk dan Mas ü Tanaman ladang – jagung manis, keledek, ubi kayu, kopi dan kacang tanah ü Khidmat nasihat percuma

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Unit Pengeluaran Bahan Tanaman Biji Benih dan Baka Ternakan (BB) Ibu Pejabat MARDI Persiaran MARDI-UPM 43400 Serdang, Selangor Tel: +603-8943 7311 Faks: +603-8943 7366 E-mel: bbsale@mardi.gov.my


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.